8
Kumpulan 6 Topik: Mengenal komputer Tahun: 1 Bijak Tempoh masa: 60 minit SK TMK: 1.0 SP TMK: 1.1, 1.2, 1.3, 1.5, 1.6, 1.7 Kreativiti : menyusun atur peralatan asas komputer mengikut keperluan individu. Sumber : Perkakasan dan peralatan asas komputer. Set Induksi 1. Guru menutup komputer dengan menggunakan kain hitam. 2. Murid meneka apa yang terdapat disebalik kain hitam tersebut (watak guru seperti ahli silap mata untuk menarik minat murid) 3. Guru membuka dan menunjukkan komputer di sebalik kain tersebut Aktiviti 1: 1. Murid meneka bahagian komputer yang ditunjukkan. (terima semua jawapan yang diberi, untuk mengetahui pengetahuan yang sedia ada) 2. Guru memperkenalkan bahagian-bahagian komputer seperti monitor, tetikus, papan kekunci, unit sistem, pemacu CD- ROM, pemacu cakera liut, mikrofon dan pembesar suara dengan menggunakan kad imbasan. 3. Guru menerangkan fungsi setiap bahagian komputer. Contoh: tetikus digunakan untuk mengawal penuding (pointer) di skrin komputer. Aktiviti 2: 1. Guru tunjuk langkah menghidupkan komputer dengan cara yang betul. 2. Guru meminta : A) Murid menghidupkan suis pada palam. B) Hidupkan suis monitor.

K6 MENGENAI KOMPUTER.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Topik: Kotak Ajaib Saya

Kumpulan 6Topik: Mengenal komputerTahun: 1 Bijak Tempoh masa: 60 minit

SK TMK: 1.0

SP TMK: 1.1, 1.2, 1.3, 1.5, 1.6, 1.7Kreativiti : menyusun atur peralatan asas komputer mengikut keperluan individu.Sumber : Perkakasan dan peralatan asas komputer.Set Induksi

1. Guru menutup komputer dengan menggunakan kain hitam.2. Murid meneka apa yang terdapat disebalik kain hitam tersebut (watak guru seperti ahli silap mata untuk menarik minat murid)3. Guru membuka dan menunjukkan komputer di sebalik kain tersebut

Aktiviti 1:1. Murid meneka bahagian komputer yang ditunjukkan.

(terima semua jawapan yang diberi, untuk mengetahui pengetahuan yang sedia ada)

2. Guru memperkenalkan bahagian-bahagian komputer seperti monitor, tetikus, papan kekunci, unit sistem, pemacu CD- ROM, pemacu cakera liut, mikrofon dan pembesar suara dengan menggunakan kad imbasan.3. Guru menerangkan fungsi setiap bahagian komputer. Contoh: tetikus digunakan untuk mengawal penuding (pointer) di skrin komputer.

Aktiviti 2:

1. Guru tunjuk langkah menghidupkan komputer dengan cara yang betul.

2. Guru meminta : A) Murid menghidupkan suis pada palam.

B) Hidupkan suis monitor.

C) Hidupkan suis unit sistem.

D) Gambar akan terpapar di skrin.

Aktiviti 3:

1. Guru menunjukan cara memegang tetikus yang betul. ( Guru mengingatkan murid menggunakan tetikus dengan cermat supaya tidak rosak)

2. Guru menerangkan tetikus mempunyai dua butang, iaitu butang kiri dan butang kanan.

3. Murid pegang dan gerakkan tetikus.4. Murid klik butang kiri dan kemudian lepaskan.

5. Murid klik butang dua kali dengan cepat dan kemudian lepaskan.(Guru membantu murid yang

mempunyai masalah)

Aktiviti 4:

1. Guru menerangkan langkah menutup komputer yang betul.

2. Guru menerang sambil meminta murid:

A) Klik start dengan menggunakan tetikus.

B) Pilih turn off.

C) Klik turn off pada menu turn off computer

D) Tunggu sehingga paparan di skrin monitor kosong.

E) Tekan butang tutup.

Aktiviti 5: 1. Guru memperkenalkan kedudukan kekunci abjad, kekunci nombor dan kekunci arah.2. Murid mula menaip dengan meletakkan lapan jari pada kekunci abjad A,S,D,F dan J,K,L,:.

3. Guru mengingatkan murid supaya gunakan jari yang betul pada setiap kekunci.

4. Guru menggalakkan murid jangan melihat pada papan kekunci ketika menaip.

Aktiviti 6:

1. Guru menerangkan perkara yang sepatutnya dilakukan ketika menggunakan TMK.

2. Guru menerangkan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika menggunakan TMK.

Penutup:

1. Guru mengedarkan lampiran kerja.

2. Murid menjawab lampiran kerja 1.

Pentaksiran:

1. Lampiran Kerja 1

2. Aktiviti Pemulihan bagi murid yang tidak menguasai kemahiran hari ini

3. Aktiviti Pengayaan bagi murid yang dapat menguasai kemahiran hari ini.

Lampiran Kerja 1:

Contoh:

Labelkan bahagian-bahagian komputer dengan menggunakan kad perkataan.

Aktiviti Pemulihan:

Suaikan gambar dengan perkataan.

1

2

3

4

5Aktiviti Pengayaan:

Nyatakan fungsi-fungsi bagi setiap bahagian komputer yang ditunjukkan dalam ruangan yang disediakan,

1.

2.

3

4.

5.

Klik di sini

Klik di sini

Klik di sini

L

;

K

J

F

D

S

A

Jari telunjuk di sini

Monitor

Pembesar Suara

Tetikus

Papan Kekunci

Unit Sistem

Unit Sistem

Papan Kekunci

Tetikus

Pembesar Suara

Monitor

Unit Sistem

Papan Kekunci

Tetikus

Pembesar Suara

Monitor

1