Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

  • View
    47.185

  • Download
    1

Embed Size (px)

Transcript

1.0 PENDAHULUAN Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah. Semasa berada di institut perguruan atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan, bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar. Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn oleh murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan.

-1-

2.0 KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN 2.1 Sumbangsaran Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara kumpulan. Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian,penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru. Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu. Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya muridmurid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan. Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli kupulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh murid-murid.

-2-

Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal biasa.

2.2 BerceritaAktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam manamana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat muridmurid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah :

-3-

a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah.

b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu danmemiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknik bercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang paling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru selepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan tatabahasa dan merumuskan isi-isi penting dalam cerita. Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita : a) Sebelum bercerita Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.

-4-

Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkngsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam. b) Semasa bercerita Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu,ia juga bertujuan untul memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. 2.3 Perbincangan Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah. Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid. Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu , pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid kan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak muridmurid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf,perbincanganboleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif,

-5-

perbincangan

menggalakkan

murid-murid

meninjau

pendapat-pendapat

mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )Dalam perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. Dalam perbincangan kelas perlu dan wujud panel dan

perbahasan.Panel,

simposium

perbahasan

melibatkan

sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dn perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan. Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi manakala murid-murid lain