KAEDAH kUALITATIF.pptDPP407

  • View
    34

  • Download
    4

Embed Size (px)

Transcript

KAEDAH kUALITATIFDPP 407 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

DATA KUALITATIFTerdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan "data deskriptif" supaya mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam bilik darjah. Untuk tujuan tersebut terdapat TIGA teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan: Pemerhatian Temu Bual Bukti Dokumen (seperti hasil kerja murid tulisan, lukisan)

Penggunaan beberapa teknik pengumpulan dara bertujuan memberi triangulation atau pengukuhan data. Contohnya, anda telah memerhati sesuatu tingkahlaku yang berlaku di kalangan murid tetapi kurang pasti apakah yang menyebabkannya. Untuk itu, anda mungkin boleh temu bual beberapa murid untuk memastikan apakah yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Ini dimaksudkan dengan triangulation atau memperkukuhkan data.

Penggunaan pelbagai teknik pengumpulan data juga memastikan pengkaji tidak hanya bergantung kepada satu teknik. Hal ini akan memperkukuhkan kesahan kajian yang dijalankan. Setiap data atau maklumat yang diperolehi diperkuatkan dengan pemerolehan maklumat data atau maklumat dengan teknik lain.

(1) PEMERHATIAN (OBSERVATION)Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian anda akan melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah.

Melalui pemerhatian, anda dapat merapatkan diri dengan murid disamping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, anda dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas, meminjam buku murid lain, mengetuk meja dengan pensel, mengusik murid lain dan sebagainya. Maklumat yang diperolehi didapatkan dalam situasi dan keadaan yang realistik. Sesuatu yang biasanya dianggap rutin dalam bilik darjah, bagi anda sebagai penyelidik dianggap sebagai maklumat penting.

A)

CATATAN LAPANGAN

Catatan lapangan merupakan cara anda merekodkan pemerhatian tentang apa yang dilihat dalam kelas. Dengan perkataan lain, anda mencatatkan apa yang anda perhatikan secara langsung seperti: pernyataan verbatim; iaitu pernyataan yang dibuat oleh murid seperti soalan yang ditanya, jawapan yang diberi, arahan yang diberi dan sebagainya fenomena yang dilihat berlaku seperti gerak-geri murid, murid yang kerap bercakap, murid yang enggan bercampur gaul, murid yang menunjukkan minat, murid yang tidak minat dan sebagainya.

CONTOH CATATAN LAPANGAN:Murid tertarik dengan cerita-cerita saya. Zambri dan Swee Leong yang selalu diam kelihatan lebih cergas dan juga telah cuba bercakap. Murid yang lebih pandai minat membantu murid lemah dalam penulisan karangan. Beberapa idea diberi oleh murid pandai kepada murid lemah. Perbualan di antara murid lemah dan murid pandai lebih kerap. Lebih ramai murid perempuan mengangkat tangan dan bertanya soalan. Soalan-soalan yang dikemukakan sungguh mencabar.

B)

CATATAN JURNAL (JOURNAL NOTES)

Catatan Jurnal berlainan daripada catatan lapangan kerana ia merupakan rekod tentang idea atau pemikiran, pendapat, pengalaman, dilema, perancangan, masalah dan keraguan yang timbul berkaitan dengan pemerhatian kelas.

Catatan jurnal adalah seperti menulis sebuah diari di mana anda;

peluang meluahkan perasaan, memikirkan semula tentang apa yang telah berlaku dan membuat komentari secara peribadi terhadap data yang didapati. Apabila sahaja anda teringat atau terfikir sesuatu yang terlintas semasa menjalankan kajian, anda dikehendaki mencatatnya dalam jurnal.

CONTOH CATATAN JURNAL:Saya tanya sendiri; mengapa selama ini saya yang paling banyak

bercakap dalam kelas? Baru saya sedar bahawa sebahagian besar pernyataan yang saya buat di kelas bermula dengan "Jangan". Kini saya elak menggunakan perkataan "jangan", murid lebih selesa. Saya telah mengajar selama 15 tahun dan baru sedar bahawa pengajaran saya memang berpusatkan guru. Saya telah menganggap murid sebagai "tin kosong" dan saya sebagai guru perlu mencurahkan ilmu ke dalam "otak murid". Apabila saya mengaitkan sesuatu idea yang dipelajari dengan keadaan sebenar atau dunia sebenar; murid lebih memahami dan minat mereka juga telah bertambah.

(2) TEMU BUAL (INTERVIEW)Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif.

Contohnya, tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit, bank atau sebagainya. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan.

Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan dimana anda ialah guru dan juga penyelidik, anda mungkin akan temu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Anda mungkin temu bual mereka sebelum, semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.

Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai TRIANGULASI yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Contohnya: daripada pemerhatian dalam kelas, anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang. Dengan menemu temu bual Saiful, anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu bercakap.

Patton (1980); We interview people to find out from them things we

cannot directly observe.... We cannot observe feelings, thoughts, and intentions.... We cannot observe how people organise the wjorld and meaning they to what goes in the world. We have to ask questions about those things. The purpose of interviewing, then is to allow us to enter into the other person's perspectives (hal: 196).

Menurut Patton (1980), temu bual ialah salah satu cara anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda ingin mengetahui perasaan dan pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan.

CARA MELAKUKAN TEMU BUALTemu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat. Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran holistik atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku semasa pengajaran dijalankan Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh murid, iaitu bila murid ada masa bebas seperti masa rehat atau semasa berada di perpustakaan.

PANDUAN TEMU BUALBerikut ini ialah panduan umum dalam temu bual proses pengajaran dan pembelajaran: 1) Mengenal pasti dan menentukan perlakuan atau tingkah laku yang tunjukkan. m.s. Murid kelihatan sungguh seronok berbincang dalam kumpulan kecil.

2)

Tanya murid mengapakan sesuatu perlakuan atau tingkah laku di tunjukkan.

"Adakah anda suka berbincang dengan kawankawan anda?". "Manakah anda lebih suka; mendengar guru bercakap atau berbincang dengan kawan?". Mengapa? Sukakah anda jika semua mata pelajaran memberi murid peluang berbincang? Mengapakah anda ketawa tadi? Dalam perbincangan tadi siapakah yang banyak sekali bercakap? Dalam kumpulan ini, adakah seorang ketua? Mengapakah anda memilih ........sebagai ketua?

3) Seelok-eloknya, temu bual yang dijalankan dirakamkan dalam pita kaset serta membuat catatan tentang perlakuan bukan lisan (non-verbal language) yang ditunjukkan oleh murid semasa mereka ditemu bual

(3) BUKTI DOKUMEN (DOCUMENT EVIDENCE)Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, data juga boleh diperoleh daripada dokumen. Pengutipan dan pengumpulan maklumat daripada dokumen membolehkan anda menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatiang dan teknik temu bual.

Inilah yang dimaksudkan TRIANGULASI. Contoh Bukti Dokumen: Nota yang dibuat oleh murid Latihan yang dibuat oleh murid Karangan, sajak, puisi oleh murid Ujian yang diberikan kepada murid Lukisan murid Gambarajah yang dibuat oleh murid

Hasil kerja seperti rekaan, model, arca, kraf tangan dan sebagainya Hasil kerja seperti ujian nyanyian, permainan alat muzik, permainan perkusi, not-not muzik dan sebagainya. Hasil kerja seperti senarai semak ujian kecerdasan, catatan kebolehan bermain bola, bola jaring, sepak takraw dan sebagainya. Pita audio / video / Filem Diari / Buku catatan murid

Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku serta menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian.