13
Kaedah Pengajaran Pemulihan Matematik Pengenalan kepada Matematik

Kaedah Pengajaran Pemulihan Matematik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pemulihan matematik

Citation preview

PowerPoint Presentation

Kaedah Pengajaran Pemulihan MatematikPengenalan kepada MatematikKlasifikasi adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.Klasifikasi objek tersebut boleh dilakukan berdasarkan kepada :-

a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )c) Tiga ciri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi membentuk konsep nombor. Oleh itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :-

a) Memilih dan membandingb) Mengumpulc) Memilih semulad) Mengasingkan kumpulane) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsepHubungan Satu Kepada Satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objekyang sama atau berbeza.proses memadan bermula daripada konsep memadan objekdengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objekdengan nombor dan nombor dengan nombor. memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep hubungan satu kepada satu. Contoh :Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu.Memadan bilangan yang sama.Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.KEABADIAN/PENGEKALAN

Definisi

Keabadian merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid- murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbezaKanak-kanak perlu memahami konsep pengekalan supaya dapat kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang sukar dalam matematik.

Terdapat Tiga Aras Pengekalan:Kanak-kanak menganggap sebagai semulajadi untuk bentuk atau bahan nombor bertukar atau kepelbagaian mengikut susunannya, bentuk atau ke dalam bekas yang boleh dimasukkan.Semasa aras seterusnya, sebahagian pengekalan kelihatan dan kanak-kanak membina idea bahawa jumlah sesuatu perkara akan kekal sama walau pun jika di susun dengan cara yang berlainan.Apabila mencapai usia tujuh atau lapan tahun, kanak-kanak berupaya untuk mengekalkan kuantiti, jumlah, menyambungkan kuantiti dan kepelbagaian. Kanak-kanak akan memberitahu," Ia masih sama, anda mengalihkannya." anda tidak mengambilnya atau menambah, anda cuma meletakkannya rapat-rapat."Contoh Situasi 1Kanak-kanak memperoleh konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Contohnya dua gelas (gelas A dan gelas B) yang sama besar diisi air yang sama banyak. Kemudian,kandungan air dari gelas B dituang kepada gelas lebar iaitu bekas C. Kanak-kanak pada peringkat ini sedar bahawa isipadu air kedua-dua gelas adalah sama walaupun bentuk gelas adalah berbeza. gelas c= gelas a =gelas b

Contoh Situasi 2

Dua biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama ditunjukan kepada murid murid.Mereka akan menyatakan bola-bola itu mengandungi plastisin yang sama banyak. Apabila salah sebiji bola itu diuli menjadi bentuk bujur, murid - murid akan menyatakan kuantitinya sekarang tidak sama dengan bola bulat yang sama. Bentuk baru itu mengaburi fikiran tentang kuantiti bola itu.Selepas dilatih oleh guru, murid murid tidak mudah terkeliru dengan masalah seperti ini. Murid - murid pada peringkat ini sedar bahawa kuantiti plastisin itu kekal sama walaupun bentuknya berubah-ubah. Terdapat pengekalan kuantiti plastisin itu dalam ingatan sungguhpun berlaku perubahan yang ketara pada bola itu.TERIMA KASIH