kaedah penyelidikan kumpulan

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUK

:

SATU KAJIAN UNTUK MENGENAL PASTI PUNCA PERMAINAN TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT SEKARANG DAN LANGKAH-LANGKAH YANG WAJAR DIAMBIL JEA080103 JEA080081 JEA080106 JEA080157 JEA080083 JEA080072 JEA080069 JEA080010 JEA080165 JEA080178 JEA080174 JEA080084 JEA080065 JEA080079 JEA080020 JEA080139 JEA080033

NAMA

: NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN NORAIN BINTI ABDULLAH NURUL HUSNA BINTI AZMI ZAINUN BINTI ABDUL HAMID NORAINI SAHAINI NOR HAFIZAN BINTI MD DESA NOR AZNIE BINTI AZIZAN CHE ALIRA BINTI IBRAHIM MARY KWAN SITI ZURAINI BINTI MOHD ROSNIZA BINTI MOHAMED ABDULLAH NOR HAZNI SUHAILI NOOR AMIZA BINTI ZAINAL ABIDIN NOR ADIBAH HANIM BINTI MOHD NASIR HAFFIDAH BINTI ABDULLAH SITI YUSRINA BINTI MOHD YUSOF MAIZATUL AFZA BINTI MASTA

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

TAJUK KAJIANSatu kajian untuk mengenalpasti punca permainan tradisional semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat sekarang dan langkah-langkah yang wajar diambil.

PENGENALANPermainan tradisional merupaka salah satu warisan yang diwariskan oleh generasi dahulu kepada generasi sekarang. Namun, warisan yang amat tinggi nilainya ini semakin kurang dimainkan dalam kalangan masyarakat kini. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya permasalahan ini. oleh itu, kami telah menjalankan satu penyelidikan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.

TUJUAN/OBJEKTIF PENYELIDIKAN Menyemai semula tradisi dan warisan generasi dahulu kepada generasi sekarang. Supaya permainan tradisional sentiasa dimainkan oleh setiap lapisan waima kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Dapat mengekalkan warisan dan tradisi nenek moyang terdahulu yang hampir lupus ditelan zaman pemodenan. Untuk memartabatkan permainan tradisional ini di arena antarabangsa.

PERTANYAAN KAJIAN Apakah yang menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan? Kenapa permainan tradisonal ini semakin dilupakan? Mengapakah permainan tradisional ini kurang diminati? Bagaimanakah cara untuk mengelakkan permainan tradisional ini dilupakan?

MASALAH PENYELIDIKAN Penetapan bidang atau tajuk yang hendak dipilih mempunyai ramai ahli dan pendapat tersendiri tetapi akhirnya semua mempersetujui tajuk kajian yang dipilih setelah mengetahui tujuan penyelidikan ini dilakukan Kurang pemahaman tentang kaedah penyelidikan yang tersusun dan teratur menyebabkan kajian dan penyelidikan yang dilakukan terpesong dari

pertanyaan masalah yang menjadi fokus atau pokok perbincangan yang dipilih Penentuan kaedah penyelidikan kami bersepakat dan memilih kaedah kualitatif iaitu menemu ramah informan selain itu, kami turut membuat kaedah kuantitatif iaitu soal selidik yang melibatkan 100 orang responden dalam kalangan pelajar, pekerja di Universiti Malaya Pemilihan informan yang sesuai kami berbincang dan bersepakat memilih informan yang mempunyai pengetahuan berkaitan masalah ini selain mendapatkan maklumat terperinci.

KAEDAH PENYELIDIKANBagi menghasilkan kajian yang lebih baik, kami telah bersetuju untuk membuat dua kaedah penyelidikan iaitu kaedah kepustakaan dan kerja lapangan. Melalui kadeah kepustakaan, kami telah menggunakan pendeta webpac untuk mencari bahan rujukan seperti buku, jurnal, disertasi, manuskrip dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi tajuk yang kami pilih. Selain itu, bagi mendapatka maklumat dengan lebih terperinci, beberapa ahli kumpulan telah ditugaskan untuk mencari bahan di enjin gelintar internet atau melayari internet dan mereka telah menjumpai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan skop tugasan kami. Bagi kaedah kerja lapangan pula, kami telah menggunakan kaedah participant observation iaitu pemerhatian untuk memerhatikan keadaan semasa berkaitan dengan permainan tradisional ini. kami telah membuat perbandingan antara permainan tradisional dengan permainan moden yang ada pada masa sekarang untuk melengkapkan lagi kajian kami. Kami juga telah merangka soalan-soalan untuk borang soal selidik yang kemudiannya diedarkan kepada 100 responden di sekitar Universiti Malaya. Kami telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak responden. Melalui soal selidik yang kami lakukan, kami telah mendapat data untuk membina jadual dan seterusnya membuat graf . Selain itu, kami juga telah menjalankan kaedah temu ramah untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi penyelidikan ini. Kami telah menemu ramah empat orang informan bagi mendapatkan maklumat berhubung kajian yang kami lakukan di

samping mengukur tahap pengetahuan terhadap permainan tradisioanl ini. Kami juga turut mendapat kerjasama yang baik daripada mereka.

SOALAN TEMU RAMAH1. Dalam era yang serba canggih ini, terdapat pelbagai alat permainan/ hiburan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi masa kini, hal ini menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan. Pada pendapat saudara, apakah faktor lain yang menyebabkan permainan ini semakin kurang diminati? 2. Bagaimanakah langkah-langkah untuk menaikkan minat generasi sekarang dalam permainan tradisional ini? 3. Berikan contoh permainan tradisional yang masih dimainkan pada masa kini di negeri saudara? 4. Pada pendapat anda, mampukah permainan tradisional ini bertahan dan masih dimainkan oleh generasi akan datang?

INFORMAN PERTAMA

1.Dalam era yang serba canggih ini, terdapat pelbagai alat permainan/ hiburan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi masa kini, hal ini

menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan. Pada pendapat saudara, apakah faktor lain yang menyebabkan permainan ini semakin kurang diminati?

J: Pada pendapat saya, permainan tradisional ini semakin kurang diminati berlandaskan faktor usia. Permainan rakyat lebih bersifat kebudak-budakkan di mana tidak lagi diminati oleh generasi tua. Selain itu, perkembangan arus teknologi juga salah satu penyebab, di mana permainan rakyat dicipta dahulu kerana untuk hiburan, manakala sekarang masyarakat lebih terdedah kepada dunia siber.

2.Bagaimanakah langkah-langkah untuk menaikkan minat generasi sekarang dalam permainan tradisional ini? J: Bermula pada peringkat kecil ini iaitu institusi kekeluargaan di mana ibu bapa berperanan sebagai pembawa warisan turun-temurun. Kedua, organisasi pendidikan (matapelajaran seni). Tenaga pengajar perlu ada informasi dalam bidang ini supaya boleh menarik minat pelajar, manakala, di peringkat universiti, jawatankuasa tinggi perlu giatkan program tentang pendedahan kesenian yang dapat memuatkan banyak elemen. Program tersebut boleh dikenalkan kepada pelajar antarabangsa supaya mereka dapat mempelajari budaya Malaysia. Ketiga, peringkat kerajaan di mana barisan

jawatankuasanya haruslah lebih menggiatkan program ini. seperti Allahyarhamah Datin Seri Endon mampu menaikkan batik dan songket, mengapa tidak permainan tradisional. Selain itu, pihak kerajaan haruslah memperuntukkan dana bagi manjalankan program kesenian itu.

3.Berikan contoh-contoh permainan tradisional yang masih dimainkan pada masa kini di negeri saudara? J : Baling tin, baling selipar, aci sorok dan guli.

4.Pada pendapat anda, mampukah permainan tradisional bertahan dan masih dimainkan oleh generasi akan datang? J : Boleh, ini kerana ianya merupakan warisan Melayu dan perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.

INFORMAN KEDUA

1. Dalam era yang serba canggih ini, terdapat pelbagai alat-alat permainan/ hiburan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi masa kini, hal ini menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan. Pada pendapat saudari, apakah faktor lain yang menyebabkan permainan ini semakin kurang diminati? J : Pada pendapat saya, faktor yang menyebabkan permainan tradisional kian dilupakan ialah pertama, pengaruh Barat, dan kedua, kurangnya pendedahan. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam menerapkan minat dalam diri anak-anak, misalnya mengajar mereka bermain sesuatu jenis permainan tradisional. Selain itu, keadaan sekarang kurang sesuai dan dianggap tidak mencabar serta kurang sesuai dengan jiwa moden mereka sekarang.

2. Bagaimanakah langkah-langkah untuk menaikkan minat generasi sekarang dalam permainan tradisional ini?

J : Kempen kerajaan haruslah dilakukan secara berterusan dengan komitmen yang tinggi. Misalnya dengan menapis anasir negatif supaya tidak diserap masuk ke dalam jiwa anak moden sekarang. Contohnya, HipHop, Shuffle dan sebagainya. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mengawal aktiviti anak mereka, misalnya dengan kurang membelikan permainan teknologi.

3. Berikan contoh permainan tradisional yang masih dimainkan pada masa kini di negeri saudari?(Johor) J : Emtengteng, galah panjang, aci sorok, batu seremban dan congkak.

4. Pada pendapat saudari, mampukah permainan tradisional ini bertahan dan masih dimiankan oleh generasi akan datang? J : Saya rasa tidak mampu, sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

INFORMAN KETIGA

1. Dalam era yang serba canggih ini, terdapat pelbagai alat-alat permainan/ hiburan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi masa kini, hal ini menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan. Pada pendapat saudari, apakah faktor lain yang menyebabkan permainan ini semakin kurang diminati? J : Pada pendapat saya, factor yang menyebabkan permainan ini semakin kurang diminati kerana tiada pendedahan daripada media massa. Dalam konteks ini, peranan media massa sangat penting untuk memupuk minat remaja. Selain itu, remaja menganggap permainan tradisional amat kolot dan ketinggalan zaman. Di samping itu juga, remaja lebih berminat dengan permainan moden seperti video game, snooker dan sebagainya.

2. Bagaimanakah langkah-langkah untuk menaikkan minat generasi sekarang dalam permainan tradisional ini? J : Pada pandangan saya, langkah untuk menaikkan minat generasi muda ialah menjadikan permainan tradisional sebahagian matapelajaran yang wajib di sekolah. Selain itu, universiti juga memainkan peranan untuk menaikkan minat generasi muda dengan mengadakan program-program yang berkaitan dengan permainan tradisional, contohnya program sehari bersama permainan tradisional. Di samping itu juga, pihak media haruslah menjalankan peranan seperti mengeluarkan majalah permainan

tradisional, memaparkan atau mewujudkan rancangan permainan tradisional dan sebagainya.

3. Berikan contoh permainan tradisional yang masih dimainkan pada masa kini. J : Permainan tradisional yang terdapat di Kelantan ialah wau, gasing, congkak dan batu seremban.

4. Pada pendapat anda, mampukah permainan tradisional ini bertahan dan masih dimainkan oleh generasi akan datang? J : Pada pendapat saya, permainan tradisional ini dapat bertahan dan akan dimainkan oleh generasi akan datang jika segala langkah-langkah yang dikemukakan diikuti oleh semua lapisan masyarakat.

INFORMAN KEEMPAT

1.Dalam era yang serba canggih ini, terdapat pelbagai alat-alat permainan/ hiburan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi masa kini, hal ini menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan. Pada pendapat saudari, apakah faktor lain yang menyebabkan permainan ini semakin kurang diminati? J : Pada pendapat saya, permainan tradisional di negara kita semakin dilupakan adalah disebabkan oleh factor-faktor yang tertentu. Contohnya, pada zaman atau era modenisasi ini, remaja terutamanya, mereka tidak lagi didedahkan dengan permainan ini, sebaliknya mereka dikaburi oleh kecanggihan teknologi pada masa kini seperti wujudnya pusat permainan video elektronik serta bahan-bahan hiburan seperti MP3,PS2 dan sebagainya.

2. Bagaimanakah langkah-langkah untuk menaikkan minat generasi sekarang dalam permainan tradisional ini? J : Pada pandangan saya, untuk meningkatkan minat generasi muda terhadap permainan tradisional adalah dengan melakukan aktiviti yang melibatkan permainan tradisional. Sebagai contoh, di sekolah ataupun universiti, para remaja haruslah diperkenalkan kepada permainan tradisional dengan bantuan dan sokongan daripada pihak sekolah mahupun universiti. Selain itu, ibu bapa juga haruslah menerapkan permainan tradisional di rumah.

3. Berikan contoh permainan tradisional yang masih dimainkan pada masa kini. J : Permainan tradisional yang masih dimainkan di Kuala Lumpur ialah batu seremban.

4. Pada pendapat anda, mampukah permainan tradisional ini bertahan dan masih dimainkan oleh generasi akan datang? J : Pada pendapat saya, permainan tradisional mampu bertahan dan masih boleh dimainkan oleh generasi akan datang sekiranya permainan ini dipelihara dari zaman ke zaman.

BORANG SOAL SELIDIKTAJUK : SATU KAJIAN UNTUK MENGENAL PASTI PUNCA PERMAINAN TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT SEKARANG DAN LANGKAH-LANGKAH YANG WAJAR DIAMBIL.

Jantina : Umur :

Perempuan Kanak-kanak Dewasa

Lelaki Remaja Warga tua India Lain-lain ..(sila nyatakan) Bukan Islam

Bangsa :

Melayu Cina

Agama : Warganegara : Status :

Islam Malaysia Bujang

Lain-lain..(nyatakan) Berkahwin

Adakah anda bersetuju atau tidak dengan soalan-soalan yang dikemukakan dengan pernyataan tajuk di atas ? Tandakan ( x ) mengikut penilaian anda bagi soalan-soalan berikut : 1- sangat setuju 3- tidak pasti 5- sangat tidak setuju 2- setuju 4- tidak setuju SOALAN SOAL SELIDIK BIL (A) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. UMUM Permainan Tradisional adalah permainan rakyat Adakah anda mengetahui jenis-jenis permainan tradisional Permainan tradisional hanya dimainkan di kampungkampung Pemainan tradisional masih dimainkan oleh masyarakat Melayu pada masa sekarang Permainan rakyat ini dianggap ketinggalan zaman dan lebih suka bermain permainan moden Permainan tradisional hanya dimainkan oleh kanak-kanak sahaja Permainan ini tidak sesuai dimainkan oleh masyarakat pada masa sekarang Permainan rakyat ini hanya terdapat di beberapa buah negeri sahaja 1 2 3 4 5

(B) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. (C) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

FAKTOR Tradisi permainan tradisional yang tidak diperturunkan kepada generasi baru Masyarakat sekarang tiada kesedaraan dan terlalu mengagung-agungkan permainan moden Faktor usia menjadi penyebab permainan tradisional semakin dilupakan Tidak mempunyai kemudahan dan tempat untuk bermain permainan tersebut. Tiada galakan atau pendedahan daripada pihak tertentu. Masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada pekerjaan harian Tiada masa untuk bermain permainan rakyat ini Mereka menganggap permainan ini bosan dan lapuk LANGKAH YANG WAJAR DIAMBIL Kempen ini perlu diadakan setiap tahun Sekolah turut menyelitkan permainan rakyat sebagai salah satu aktiviti kokurikulum Memperbanyak tempat atau ruang untuk bermain permainan rakyat seperti padang, dewan Permainan tradisional harus diperkenalkan ke peringkat yang lebih tinggi Permainan ini perlu digabungkan dengan permainan moden bagi menarik minat masyarakat sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan haruslah mengekalkan permainan ini sebagai satu permainan warisan bangsa Membuat satu Karnival Kesenian dan Kebudayaan ini Kementerian Belia dan Sukan haruslah membuat satu pertandingan permainan tradisional yang menggolongkan semua jenis permainan dan melibatkan semua golongan belia Perlu mewujudkan pusat-pusat permainan tradisional Pewujudan badan-badan bukan kerajaan bagi menjamin warisan ini terus kekal

Sila nyatakan permainan tradisional yang yang terdapat di tempat anda ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ __

TAJUK : PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT TAHAP PERSETUJUAN BAGI SETIAP FAKTOR FAKTOR-FAKTOR Tidak diperturunkan Tiada kesedaran Faktor usia Tiada kemudahan atau tempat Tiada galakan atau pendedahan Tumpuan lebih kepada kerja harian Tiada masa Bosan dan lapuk 1 40 35 20 35 50 45 44 57 2 35 50 30 60 20 12 12 22 3 5 2 15 2 15 30 10 11 4 15 10 25 10 10 11 17 7 5 5 6 10 6 5 2 17 3

Peratus Responden Mengikut Tahap Persetujuan Bagi Setiap Faktor100% Peratus Responden(%) 80% 60% 40% 20% 0% 1 2 3 4 5 6 7 8 Tahap Persetujuan tidak tahu sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

PETUNJUK: 5 1 2 3 4 Tidak diperturunkan Tiada kesedaran Faktor usia Tiada kemudahan @tempat 6 7 8 Tiada galakan @pendedahan Tumpuan lebih kepada kerja harian Tiada masa Bosan dan lapuk

TAJUK : PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT TAHAP PERSETUJUAN BAGI SETIAP LANGKAH YANG WAJAR DIAMBIL LANGKAHLANGKAH Mengadakan kempen Aktiviti kokurikulum Tempat dan ruang Perkenalkan di peringkat antarabangsa Digabungkan dengan permainan moden Karnival Keseniaan &kebudayaan Wujudkan badan-badan bukan kerajaan Wujudkan pusat 1 35 47 16 21 52 44 38 59 27 23 11 51 27 30 13 21 2 15 13 29 8 11 19 20 10 3 13 10 39 14 7 5 19 7 4 10 7 5 6 3 2 10 3 5

Peratusan Responden Mengikut TahapPersetujuan Bagi Setiap Langkah Yang Wajar DiambilPeratusan Responden(%) 100% 80% 60% 40% 20% 0% 1 2 3 4 5 6 7 8 Tahap Persetujuan tidak tahu sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

PETUNJUK : 1 2 3 4 Mengadakan kempen Aktiviti kokurikulum Tempat atau ruang Perkenalkan di peringkat antarabangsa 5 6 7 8 Digabungkan dengan permainan moden Karnival Kesenian dan Kebudayaan Wujudkan badan bukan kerajaan Wujudkan pusat

HASIL PENYELIDIKANBerdasarkan kajian tang dilakukan telah dikenalpasti bahawa permainan tradisional semakin dilupakan disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor adalah disebabkan oleh kurangnya kemudahan dan tempat untuk bermain pemainan tradisional. Hal ini kerana kebanyakan tempat yang dibina pada masa kini adalah lebih berbentuk kepada padang, dewan dan gelanggang sedangkan untuk bermain permainan tradisional memerlukan tempat yang luas. Kekurangan yang ada ini menyebabkan masyarakat sekarang lebih cenderung memainkan permainan moden seperti video game. Selain itu, kurangnya galakan atau pendedahan daripada pihak yang terbabit seperti media, pihak sekolah dan kerajaan. Pihak media sama ada media cetek atau media elektronik lebih cenderung memberi pendedahan tentang permainan yang popular sahaja sehingga mengabaikan permainan tradisional. Pihak sekolah pula kurang mendedahkan tentang permainan tradisional kepada pelajar dan pihak sekolah tidak menjadikan permainan tradisional ini sebagai satu kegiatan kokurikulum. Oleh itu, masyarakat sekarang terutama generasi muda tidak mengenali permainan tradisional. Pihak kerajaan juga memandang remeh terhadap permainan tradisional ini dan lebih memberikan keutamaan kepada permainan yang bertaraf dunia. Disamping itu, permainan tradisional semakin dilupakan kerana tidak diperturunkan kepada generasi-generasi baru. Permainan tradisional memerlukan kepakaran atau kemahiran tertentu untuk dimainkan dan ini menyebabkan sesetengah orang tidak berpeluang untuk memainkannya. Hal ini kerana orang yang mempunyai kemahiran atau kepandaian dalam memainkan permainan ini tidak mengajar atau

menurunkan permainan ini kepada anak atau warisnya. Oleh itu generasi muda masa kini kebanyakannya tidak mengenali dan mengetahui tentang permainan tradisional ini. Permainan trasional ini juga semakin dilupakan kerana generasi muda tidak berminat untuk bermain atau mempelajari tentang permainan tradisional kerana menganggap permainan ini membosankan dan lapuk. Hal ini disebabkan permainan ini mempunyai peraturan, cara bermain atau pantang larang yang ketat dan sukar untuk dimainkan menyebabkan generasi muda menganggap ia sesuatu yang membosankan. Malah ada segelintir yang menganggap permainan ini lapuk dan hanya sesuai untuk dimainkan oleh masyarakat dahulu yakni masyarakat zaman nenek moyang mereka. Kami juga telah mengenalpasti langkah-langkah bagi mengelakkan permainan tradisional ini terus dilupakan. Antaranya adalah memperkenalkan permainan tradisional ini diperingkat antarabangsa dan mewujudkan sukan-sukan khas yang berasaskan permainan tadisional. Bagi merealisasikan langkah ini pihak terbabit seperti Kementerian Belia dan Sukan perlu mengambil peranan denga menganjurkan aktiviti atau pertandingan yang melibatkan permainan tradisional. Selain itu, kempen yang berkaitan dengan permainan ini perlu diadakan bagi menimbulkan minat untuk bermain permainan ini. Pihak-pihak tertentu bukan sahaja perlu memberi pendedahan tentang cara-cara untuk bermain permainan tradisional ini tetapi perlu memperkenalkan aktiviti ini dalam satu bentuk ilmiah. Oleh itu, secara tidak langsung mereka kan lebih mengetahui tentang permainan ini dan akhirnya menimbulkan rasa minat dan cinta kepada permainan tradisional ini. Disamping itu, tempat-tempat untuk bermain permainan in perlu disediakan bagi memudahkan generasi kini untuk bermain permainan tradisional ini. Tempat yang terhad

telah menyebabkan generasi muda tidak berminat dan sukar ubtuk bermain. Hal ini penting bagi mengembalikan rasa minat untuk mencuba dan menceburi bidang permainan ini. Seterusnya badan-badan persatuan atau persatuan pencinta permainan tradisional perlu diwujudkan bagi menjamin permainan tradisional ini terus terpelihara. Pihak sekolah juga perlu menyelitkan aktiviti berkaitan permainan tradisional di sekolah dan menjadikan permainan ini sebagai aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan harus mengekalkan permainan sebagai satu permainan warisan bangsa Melayu yang unik. Kementerian boleh melakukan pelbagai usaha bagi menarik minat masyarakat untuk bermain permainan ini pada masa lapang atau dijadikan sebagai hobi. Sebagai contoh, satu Karnival kesenian dan kebudayaan boleh diadakan untuk mempromosi dan mempamerkan jenis-jenis permainan tradisional. Karnival seperti ini mampu menarik pelbagai golongan untuk melibatkan diri dalam permainan ini bahkan juga dapat menarik pelancong-pelancong asing ke negara ini.

KESIMPULANSecara kesimpulannya, permainan tradisional yang terdapatdlam negara ini dapat menggambarkan bahawa masyarakat Melayu masih memegang tradisi nenek moyang kita terdahulu walaupun sudah semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu kita pada masa sekarang. Pengekalan permainan tradisional membolehkan generasi yang akan datang dapat mewarisi kekayaan tradisi Melayu. Hal in dapat menggambarkan identity masyarakat Melayu sendiri dan meninggikan martabat budaya kita di peringkat dunia. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam mengekalkan tradisi nenek moyang kita ini agar permainan tradisional ini tidak dimamah terus oleh arus pemodenan dan pembangunan dalam negara kita kini.