Kajian Geografi Tempatan (Pencemaran Alam Sekitar)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian Geografi Tempatan (Pencemaran Alam Sekitar)Note: Some of the add-on is not supported by the reader. So that it look uglier than my original copy

Citation preview

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Senarai KandunganBil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Mukasurat 1 2 3 4 7 8 13 14 16

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

PenghargaanSaya Ch'ng Yi Cong, pelajar Tingkatan 1B mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya membuat Kajian Geografi Tempatan (KGT). Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan upcapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Ch'ng Hock Sang (Bapa), Ng Lay Tin (Ibu) yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya, Cikgu Tan Ah Kim telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbang dengan begitu dedikasi. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya. Meraka telah memberi maklumat yang amat berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini. Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang menolong saya. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selamalamanya.

1

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

PendahuluanSaya memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Georgetown, Pulau Pinang kerana Georgetown terletak berdekatan dengan tempat kediaman saya. Saya telah memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada aspek Pencemaran Alam Sekitar yang terdapat di Georgetown. Saya juga mengkaji pencemaran yang berlaku di sekeliling Georgetown. Saya menyiapkan kajian ini dalam tempoh lebih kurang empat minggu. Walaupun samasa membuat kajian ini, kami menghadapi pelbagai jenis masalah, tetapi akhirnya semua masalah telah diatasi. Saya berasa sungguh puas hati kerana dapat menyempurnakan kajian ini. Akhirnya, saya berharap kajian ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dan rakanrakan saya.

2

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: a) Mengenal pasti jenis pencemaran di kawasan kajian. b) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian. c) Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah ini. d) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran di kawasan Georgetown.

3

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Kawasan KajianDalam kajian ini, saya telah memilih Georgetown, Pulau Pinang sebagai kawasan kajian untuk mengkaji pencemaran yang berlaku di tempat tersebut. Georgetown terletak di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Peta lakar 1.1 menunjukkan Peta Daerah Negeri Pulau Pinang dan peta lakar 1.2 ialah menunjukkan kedudukan Georgetown di Pulau Pinang. Kawasan kajian saya merupakan kawasan tanah pamah yang kurang daripada 100 meter dari aras laut. Jarak kawasan kajian dari sekolah saya ialah kira-kira 4 kilometer dan mengambil masa selama 15 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini sedang pesat membangun. Banyak tanam perumahan yang sedang dibina seperti IVORY Time Square. Di samping itu, bangunan kerajaan KOMTAR, Balai Polis Jalan Patani, dan beberapa buah sekolah juga terletak di kawasan ini.

4

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Peta Lakar 1.1: Peta Daerah Negeri Pulau Pinang 5

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Peta Lakar 1.2: Kawasan Georgetown

6

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Kaedah KajianSaya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat Kajian Geografi Tempatan. Antara kaedahkaedah yang digunakan ialah: a) Rujukan :Saya telah membuat rujukan daripada palbagai sumber, contohnya buku teks, buku latihan, surat khabar dan internet. b) Temu bual :Saya telah menemu bual 10 orang penduduk untuk mengumpulkan maklumat tentang pencemaran di Georgetown.

7

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Dapatan KajianSelepas membuat kajian, kami mendapati kawasan Georgetown menghadapi masalah pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang sangat serius. Definisi Isu Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Definisi Literal Faktor faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran. -Pembangunan tidak terancang. -Kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. -Sikap penduduk dan lain-lain. Pencemaran Air Sistem Sungai Utama Di Negeri Pulau Pinang terdapat 5 buah Lembagan Sungai Utama seperti dalam Jadual 1.1. Air sungai digunakan untuk pelbagai tujuan seperti saliran, bekalan air untuk kegunaan domestik, pembekalan air untuk industri, akuakultur dan pengangkutan air (navigation). Di sepanjang rezab sungai terdapat juga aktiviti pertanian, pembinaan bangunan dan penempatan setinggan dan taman rekreasi dan riadah. Penggunaan air sungai dan rezab sungai tanpa kawalan bagi pertanian, penempatan setinggan, pengambilan pasir sungai, pembinaan jeti dan struktur melintasi sungai telah menyebabkan gangguan terhadap kestabilan saluran sungai dan sistem sungai amnya, serta menyekat perlaksanan kerja kerja penyelenggaraan denga efektif. Jadual 1.1: Lembagan dan Cabangan Sungai Utama Di Negeri Pulau Pinang Lembagan Cabangan Sungai Utama Sungai Sungai Pinang Sungai Perai Sungai Juru Sungai Jejawi Sg. Air Terjun, Sg. Air Puteh, Sg. Air Itam, Sg. Jelutong dan Sg. Dondang Sg. Air Melintas, Sg. Kubang Semang, Sg. Jarak, Sg. Keladi, Sg. Kereh, Sg. Kulim, Sg. Perai, Sg. Seluang dan Sg. Seluang Bawah Sg. Ara, Sg. Juru, Sg. Kilang Ubi, Sg. Pasir dan Sg. Rambai Sg. Cempedak, Sg. Jawi dan Sg. Junjong

Sungai Kerian Sg. Udangm Sg. Setar dan Sg. Kechil Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran, 2002 Kualiti Air Sungai Penilaian corak tahap kualiti air sungai berdasarkan indeks kualiti air (IKA) mendapati Lembagan Sungai Pinang berada pada status tercemar (rujuk Jadual 1.2). Pencemaran sungai didapati berpunca daripada peningkatan Keperluan Oksigen Biologikal (BOD) (rujuk Jadual 1.3), Ammonikal Nitrogen (An) (rujuk Jadual 1.4), dan Pepejal Teranpai (SS) (rujuk Jadual 1.5)

8

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Jadual 1.2: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA)Lembangan Sungai Sungai Pinang Tahun 1993 24 1994 36 1995 30 1996 28 1997 42 1998 39 1999 41 2000 41 2001 46 2002 37 2003 52 2004 45 Tercemar Status

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005 Nota: Bersih = > 80 Sederhana Bersih = 60 80

Tercemar = < 60

Antara tahun 1990 hingga 2001, Lembagan Sungai Pinang menunjukkan kemerosotan kualiti air berdasarkan kepada bacaan BOD (rujuk Jadual 1.3). Keadaan ini berlaku disebabkan bertambahnya kandungan buangan organik daripada industri berasaskan pertanian dan penternakan serta industri pembuatan bersifat organik yang lain dialirkan terus ke sungai. Jadual 1.3: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Keperluan Oksigen BiologikalLembangan Sungai Sungai Pinang Tahun 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 15 23 16 31 36 39 39 43 45 29 63 43 Tercemar Status

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005 Nota: Bersih = > 90 Sederhana Bersih = 80 90

Tercemar = < 80

Parameter Ammonikal Nitrogen (An) dikenalpasti untuk menilai tahap pencemaran yang berpunca dari buangan air sisa kumbahan terutamanya domestik yang tidak dirawat dengan sempurna. Secara am, kesemua lembagan sungai di Negeri Pulau Pinang berada pada status tercemar (rujuk Jadual 1.4). Jadual 1.4: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Ammonoikal Nitrogen (An)Lembangan Sungai Sungai Pinang Tahun 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 0.1 3 40 21 12 7 6 20 8 37 10 Tercemar Status

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005 Nota: Bersih = > 91 Sederhana Bersih = 71 91

Tercemar = < 71

Kandungan pepejal terampai adalah untuk menilai tahap kelodakan dan hakisan tanah yang berpunca daripada aktiviti pembangunan/pertanian yang melibatkan kerja-kerja tanah. Hasil analisis menunjukkan peringkat ke arah tahap yang bersih seperti Sungai Pinang (rujuk Jadual 1.5). Jadual 1.5: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Pepejal Terampai (SS)Lembangan Sungai Sungai Pinang Tahun 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 15 50 42 34 71 58 72 72 71 54 71 82 Sederhana Bersih Status

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005 Nota: Bersih = > 75 Sederhana Bersih = 70 75

Tercemar = < 70

Di dalam Rancangan Malatsua Kelapan peruntukkan telah diperolehi sebanyak RM30 juta untuk perbaiki kualiti air Sungai Pinang bagi mencapai tahap kualiti air Kelas II. Di bawah projek sambungan 9

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

ke RMKe-9, tambahan sebanyak RM20 juta telah dipohon oleh JPS Pulau Pinang untuk meneruskan pelaksanaan projek ini. Pencemaran Udara Kualiti Udara Pada umumnya kualiti udara di Negeri Pulau Pinang sejak lima tahun kebelakangan didapati merosot berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Terdapat tiga stesen pengawasan kualiti udara automatik (CAQM) iaitu di bahagian Pulau. Pada keseluruhan status kualiti udara masih berada pada tahap sederhana sihat (rujuk Jadual 1.6). Jadual 1.6: Perbandingan Status Kualiti Udara (IPU) Tahun 1998-2001Stesen Pengawasan Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia 28 Tahun 1997 1998 1999 2000 2001 28 32 38

Sumber: Jambatan Alam Sekitar, 2002 Nota: Baik (0 50) Sederhana (51 100) Tidak Sihat (101 200) Sangat Tidak Sihat (201- 300) Berbahaya ( > 300) Kemusnahan alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi akan membawa pelbagai penyakit kepada manusia. Antaranya ialah (rujuk Jadual 1.7): Jadual 1.7: Pelbagai penyakit yang akan dijangkitiPencemar Nitrogen oksida daripada asap kilang Keracunan plumbum dalam asap kilang dan asap kereta Kesan -Bara paru-paru -Sakit mata -Sakit jantung -Mengurangkan kecerdasan otak -Sakit buah pinggang -Sakit Kepala -Masalah pernafasan -Penyakit kulit seperti gatal dan kudis -Barah kulit

Karbon monoksida daripada asap kenderaan Sulfur dioksida daripada pembakaran arang batu Air yang kotor dan beracun

Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran yang kita menghadapi. Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran ialah: -Jangan membuang sampah ke dalam sungai / laut Jika kita membuang sampah sarap ke dalam sungai / laut, sungai/ laut akan menjadi kotor dan hidupan laut akan mati jika air sungai / laut adalah kotor. -Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor Asap dari kenderaan bermotor menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon, gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi. Ini menyebabkan suhu di bumi semakin meningkat. -Menjalankan kempen kesedaran Melalui kempen kesedaran, penduduk-penduduk akan mengetahui penyebaban pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi. 10

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Bilangan penggunaan kenderaan darat di Malaysia mengalami proses peningkatan setiap tahun. Keadaan seperti ini adalah menunjukkan tahap pembangunan bagi negara Malaysia sentiasa mengalami proses pengembangan. Berdasarkan kepada graf di atas, angka statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 1987, jumlah kenderaan bermotor di Malaysia ialah 3.6 juta meningkat sehingga 6.8 juta pada tahun 1995 dan terus meningkat sehingga 10.5 juta pada tahun 2000 dan pada tahun 2004 menjadi 13.7 juta. Peningkatan kenderaan itu adalah bagi ketagori kenderaan persendirian. Diikuti kenderaan perdagangan (lori dan trailer) dan kenderaan lain-lain (Kenderaan rasmi kerajaan / badan berkanun / Syarikat Swasta) Pertambahan kenderaan ini menunjukkan bahawa alam sekitar menjadi lebih parah dengan pencemaran bunyi dan pencemaran udara daripada asap kenderaan. Daripada statistik itu juga kita boleh lihat, kebanyakkan kenderaan yang digunakan di Malaysia adalah menggunakan enjin petrol dan enjin diesel banyak digunakan oleh kenderaan perdagangan. Bilangan kenderaan setiap tahun adalah meningkat dan tidak pernah mengalami penurunan. Proses peningkatan ini boleh berlaku adalah dipengaruhi oleh beberapafaktor. Menurut Khairani Alladin@Jalaudin Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi memiliki kenderaan persendirian iaitu sebuah kenderaan persendirian bagi setiap 5 orang. Oleh itu, keadaan ini mengambarkan bahawa pemilikan kenderaan persendirian ini adalah menjadi perkara utama di Malaysia. Selain itu, kita juga boleh lihat kepada sistem rangkaian jalan raya yang semakin berkembang dan keadaan memberi kemudahan kebolehsampaian antara sesuatu telmat. Ekoran daripada itu, keadaan ini juga menggalakkan orang ramai untuk memiliki kenderaan sendiri supaya dapat memudahkan perjalanan mereka dan selesa dengan sistem jalan raya yang sempurna. Selain itu, kebanyakkan penduduk di negara ini terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur kurang berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam. Berdasarkan daripada kajian yang dilakikan oleh Khairani Alladin@Jalaudin mendapati terdapat hanya 40 peratus sahaja penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan awam berbanding dengan orang Jepun dan 11

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Singapura 60-80 peratus pada tahun 1983. Walapun kajian ini adalah telah dilakukan dalam satu tempoh yang lama, namun begitu faktor ini sememangnya menyumbang kepada peningkat jumlah pemilik kenderaan. Peningkatan jumlah kenderaan boleh berlaku berdasarkan kepada Dasar Automatif Negara (DAN). Berdasarkan kepada DAN ini ia akan mengalakkan pengeluar-pengeluar kereta untuk melabur di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan penduduk di negara ini menpunyai banyak pilihan kenderaan dan mampu untuk memilikinya. Di samping itu, pemilikan sesebuah kenderaan ini menlambangkan kemewahkan atau status kehidupan seseorang itu. Ini bermaka, sekiranya seseorang itu memiliki kenderaan sendiri dianggap lebih berjaya dalam hidup. Sekiranya dilihat daripada kemampuan, kebanyakkan penduduk di Malaysia ini mempunyai pekerjaan dan berkemampuan dari segi ekonominya untuk memiliki kenderaan. Perkembangan kepada peningkatan penggunaan kenderaan itu juga turut dipengaruhi oleh proses pertamban penduduk. Negara Malaysia mengalami proses pertambahan penduduk. Keadaan ini boleh dilihat bermula daripada selepas merdeka jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta orang pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990. Pertambahan penduduk ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti seperti peningkatan dalam kadar kelahiran dan penrunan terhadap kadar kematian. Keadaan ini, menurut Khairani Alladin@Jalaudin (1993),dalam kajiannya menunjukkan kadar pertambahan kenderaan bagi tempoh 10 tahun (1976-1985) adalah sebanyak 196.8% dan nilai ini adalah lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penduduk pada tempoh tahun yang sama dengan nilai sebanyak 46.3%. Daripada ini, dapat disimpulkan bahawa semakin ramai penduduk sesuatu kawasan itu, semakin ramai bilangan pengguna kenderaan. Peningkatan jumlah kenderaan kaitan dengan pembebasan gas-gas bertoksid yang boleh mencemarkan udara.

12

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

RumusanSebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk di Georgetown. Kegiatan penduduk-penduduk di Georgetown bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan, dan menyediakan banyak kemudahan tetapi juga membawa kesan negatif. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah pembangunan yang pesat dan kebanyakkan penggunaan kenderaan bermotor. Masalah-masalah yang muncul daripada pencemaran ialah kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Langkahlangkah penyelesaian masalah ialah dengan mengurangkan pengunaan kenderaan bermotor. Di sini, saya berharap penduduk-penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi boleh dikurangkan pada masa yang akan datang. Jika penduduk-penduduk tempatan sihat setiap hari, negara kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.

13

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Lampiran Borang Temu Bual

1. Nama: 2. Jenis pekerjaan: 3. Masalah-masalah yang dihadapi sebagai penduduka) b) 4. Cadangan-cadangan penyelesaian masalah: a) b) Borang Soal Selidik Borang Soal Selidik Makluman kepada responden: Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian geografi sahaja. Segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan ianya hanya untuk kepentingan kajian sahaja. Adalah diharapkan pata pesponden dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang dekemukakan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih. Tema Kajian: Pencemaran Alam Sekitar Arahan: Tandakan () pada ruangan yang disediakan. BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN

1.Jantina Lelaki2.Kaum Melayu 3.Umur 18-29 Tahun

PerempuanCina 30-55 Tahun India 55 Ke Atas TERHADAP PENDUDUKLain-lain

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENDUDUK TEMPATAN Sampah Sarap Pencemaran Air Pencemaran Udara Kesan Rumah Hijau Hujan Acid Perubahan Pandang Barat

PENCEMARAN-PENCEMARAN

Kesan Lain-lain: (Sila Nyatakan) ..................................................................................... ..................................................................................... ..................................................................................... ..................................................................................... ..................................................................................... ..................................................................................... ................................................................ Terima kasih atas kerjasama anda. 14

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Bahan Sumber

Pencemaran Air

Pencemaran Air

Pencemaran Udara

Pencemaran Udara

Pencemaran Bunyi

Pencemaran Bunyi

15

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 1

Rujukan -Surat Khabar 1. The star, 12 Mei 2008, muka surat B12. 2. Guang Wah Yit Poh, 25 January 2008, muka surat B6. -Orang Sumber 1. Lena Gnoi, 20 tahun, 25-A Jalan Siam, 10400 Pulau Pinang. 2. Ng Lay Tin, 40 tahun, 21, Jalan Hijau 1, 11600 Pulau Pinang. -Buku 1. Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yeong, 2002. Geografi Tingkatan 1. Media Network Sdn. Bhd. Petaling Jaya. -Internet http://spgis.mpsp.gov.my/laporan_pemeriksaan/html/alamsekitar.html http://www.google.com http://www.gov.com.my

16