24
KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL MELAYU MELAKA Muhammad Zulhilmi Bin Mohammad (52751) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2018

KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL MELAYU MELAKA

Muhammad Zulhilmi Bin Mohammad

(52751)

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2018

Page 2: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA

RUMAH TRADISIONAL MELAYU MELAKA

MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMMAD

52751

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2018

Page 3: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade:

Please tick (..J)

Final Year Project Report IZJ ~asters c===J PhD c==J

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ... ... ~ ...... ...day of... ~.~~... .. 2018.

Student's Declaration:

I MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMMAD. 52751. FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL MELAYU MELAKA is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

Date submitted ~uham

Supervisor's Declaration:

I Mohd Sharizam Bin Hamzah hereby certifies that the work entitled Kaiian Ke Atas Kelangsungan dan Pemuliharaan Tangga Rumah Tradisional Melavu ..... Melaka was prepared by the above named student, and was submitted to the "FACULTY" as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONORS (ARTS MANAGEMENT), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.

(Mohd Sharizam Bin Hamzah)

Date: _--,-' I-+--=­J, 1 1 r_

ii

Page 4: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (.../)):

D CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

D RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*

I2fuPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

• This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNlMAS).

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNlMAS.

• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNlMAS permission.

Student signatu... , ,/ Supe",i." signatu,", ~~ Current Address: '/ Lot 4-2 Batu 9, P~ Tangga Batu, 76400 Tanjong Kling, Melaka.

Notes: * If the ProjectlThesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

iii

Page 5: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

PENGAKUAN

Projek bertajuk 'Kajian Ke Atas Kelangsungan Dan Pemuliharaan Tangga

Rumah Tradisional Melayu Melaka' telah disediakan oleh Muhammad Zulhilmi

Bin Mohammad dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Mohd Sharizam Bin Harnzah)

Tarikh: bIr. (If Mohd Sb.rtum bID IbIIIIIIIII

PrDtyara Fakulti S ...i Gunaan daD Kn tif

t ;":1\·t:H~1 n I ,\, •. S,'IA S~RAWAJ(

iv

Page 6: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk 'Kajian Ke Atas

Kelangsungan Dan Pemuliharaan Tangga Rumah Tradisional Melayu Melaka'

ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan.

Tarikh (MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMMAD)

No. Matrik : 52751

v

Page 7: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagiMu Ya Allah. Selawat dan salam kepada rasul junjungan

Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah dipanjatkan rasa kesyukuran ke had rat Allah S.W.T yang telah

memanjangkan umur dan masih diberi nikmat iman dan Islam. Dengan

pertolonganNya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda Pengurusan Seni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia

kajian ini iaitu Encik Mohd Sharizam Bin Harnzah di atas segala bimbingan, tunjuk

ajar, saranan yang bernas, sokongan serta kesediaan beliau membantu saya

menyiapkan kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada keluarga tersayang kerana

memberi semangat serta dorongan dan tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan

seperjuangan yang banyak membantu dan sentiasa memberi pertolongan sokongan

dan peransang dan juga orang perseorangan yang telah memberi bantuan kepada saya

dalam menyempurnakan Projek Tahun Akhir ini sarna ada secara langsung atau tidak ....,.

langsung. Semoga sumbangan dan budi baik yang diberikan mendapat rahmat dan

ganjaran dari-Nya.

vi

Page 8: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan usaha ke arah kelangsungan pemeliharaan tangga

rumah tradisional Melayu Melaka. Kajian ini akan dilakukan di Duyong Melaka.

Hasil dapatan diharap akan membantu dalam usaha terutama kepada kerajaan negeri

Melaka untuk meneruskan kelangsungan pemuliharaan tangga rumah tradisional

Melayu Melaka.

vii

Page 9: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

lSI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Judul

Pengesahan Penyelia II

Pengesahan status projek sarjana muda III

Pengakuan IV

Pengakuan Pelajar V

Penghargaan vi

Abstrak vii

Bab 1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan 1 - 4

1.2. Latar Belakang Kajian 4-6

1.3. Permasalahan Kajian 6-7

1.4. Persoalan Kajian 8

1.5. Objektif Kajian 8-9

1.6. Kepentingan Kajian 9 - 10

1.7. Limitasi Kajian 10 - 11

1.8. Lokasi Kajian 11 - 12

1.9. Rumusan 13

Page 10: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

Bab2 Kajian Literatur

2.1 Pengenalan

2.2. Buku

2.3. Tesis

2.4. Artikel Surat Akhbar Online

2.5. Rumusan

Bab3 Kajian Methodologi

3.1. Pengenalan

3.2. Kaedah Pengumpulan Data

3.3. Teori Pengumpulan Data

3.4. Sasaran Kajian

3.5. Rumusan

Bab 4 Analisis Data

4.1. Pengenalan

4.2. Dapatan Kajian

.... 4.3. Rumusan

14

14 - 26

27

28 - 29

29

30

31 - 33

33 - 35

35

35 - 36

37 - 38

38 - 50

50

Page 11: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

Bab5 Kesimpulan dan Cadangan

5.1. Pengenalan 51

5.2. Kesirnpulan 51 - 54

5.3. Cadangan 55 - 56

5.4. Rurnusan 57

Rujukan

Lampiran

Page 12: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

BABI

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini akan menjelaskan berkaitan perkara yang terkandung dalam

penyelidikan yang akan dijalankan oleh penyelidik. Selain itu, pada bahagian

ini juga penyelidik akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan tajuk yang

akan dikaji. Melalui kajian ini, pengkaji ingin membincangkan kaedah

kelangsungan dan pemuliharaan yang berkesan dalam mengekalkan tangga

rumah tradisional Melayu Melaka. Selain itu, pengkaji ingin melihat kesan dan

akibat sekiranya tiada usaha pemuliharaan terhadap juru tukang tangga rumah

tradisional Melayu Melaka.

Negeri Melaka kay a dengan sejarah dan sehingga kini Melaka antara

negen yang masih mengekalkan kesan kesenian binaan yang terdapat di

kawasan tersebut. Zaman kegemilangannya terbukti dengan bangunan­

bangunan hasil daripada kesan jajahan pedagang dan penjajah. Rumah

Tradisional Melayu Melaka juga adalah salah satu daripada struktur binaan

daripada prasejarah. Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan bangunan

dan seni ukiran mempunyai pengaruh daripada budaya luar seperti Cina dan

India. Zulkifli (200 I) mendakwa terdapat kesan pengaruh luar yang dibawa

oleh Budaya China yang pada ketika itu meresap di dalam seni bina rumah

tradisional Melaka setelah penghijrahan daripada pedagang China.

Pengaruh seni bina tangga Rumah Tradisional Melayu Melaka bermula

apabila terdapatnya sebahagian dari pedagang China yang menetap di Negeri

Melaka. Ini menyebabkan beberapa pengaruh kebudayaan China meresap di

1

Page 13: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

Negeri Melaka. Rumah Tradisional Melayu pad a asalnya menggunakan tangga

kayu sama seperti negeri-negeri yang lain. Namun struktur binaan tersebut

lama-kelamaan berubah apabila orang China memasukkan seni budaya mereka

di dalam sebahagian binaan rumah tradisional tersebut. Struktur binaan

terse but lama-kelamaan berubah apabila orang China memasukkan seni

budaya mereka di dalam sebahagian binaan rumah tradisional terse but. Zulkifli

(200 1) mendakwa " ... bahagian ini dahulunya lebih tinggi tetapi kini

kebanyakan dibina di atas tanah berIantaikan konkrit. Hal ini kemungkinan

dipengaruhi oleh seni bina Cina" (Zulkifli, 200 1, m.s.13).

Struktur binaan Rumah Tradisional Melayu Melaka mempunyal

pengaruh daripada budaya Cina yang dipercayai kesan perdagangan antara

negeri Melaka dan Negara China pada suatu ketika dahulu. Antara struktur

binaan yang ketara dapat dilihat adalah di bahagian tangga hadapan rumah

tersebut. Seni bina tangga Rumah Tradisional Melayu Melaka tersebut

mempunyai rekaan keunikan tersendiri yang disaluti jubin. Ini disokong

dengan kaj ian yang dilakukan oleh Ros Mahwati (200 I), " ... penggunaan

tangga di bahagian hadapan rumah ibarat komunikasi bukan lisan yang

memberitahu status pemilik rumah tersebut. .. " (para. 8). Rumah Tradisional

Melayu adalah salah satu komponen warisan budaya yang menjadi identiti

masyarakat Melayu. Struktur binaan Rumah Tradisional Melayu dipercayai

dibina mengikut sosiobudaya masyarakat Melayu. Halim dan Hashim (1997)

mendakwa "Rumah adalah satu keperIuan asas dalam warisan seni bina

Melayu yang berkaitan dengan nilai hidup seperti unsur alam persekitaran dan

kepercayaan agama" (Halim & Hashim, 1997, In.S. 35).

2

Page 14: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

A Ghafar mendakwa, di negara Malaysia, bidang pemuliharaan negara

menjadi semakin kenali setelah Bandaraya Melaka dan George Town diiktiraf

sebagai salah sebuah Tapak Warisan Dunia oleh United Nation Education,

Scientific and Cultural. Hasil daripada pengiktirafan tersebut membantu

membangunkan dan mengembangkan lagi bidang pemuliharaan bangunan di

Malaysia.

Jabatan Warisan Negara (2016), Akta warisan Kebangsaan 2005 (Akta

645) adalah Akta untuk menguatkuasakan peruntukan bagi kerja-kerja

pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan seperti warisan

kebudayaan tidak ketara dan ketara, warisan semuJajadi , warisan kebudayaan

di bawah air dan harta karun serta yang berkaitan dengannya. Pad a awaJnya

Akta Benda Purba 1973 dan Akta Harta Karun 1957 digunakan, namun telah

dimansuhkan pada 2006 dan digantikan dengan Akta 645 yang telah diluluskan

oleh Parlimen pada 7 Disember 2005 yang diperkenan oleh Yang di-Pertua

Agong pada 31 Disember 2005. Jabatan Warisan Negara menyatakan

"Konservasi pula adalah aktiviti pemuliharaan ke atas monumen, bangunan

dan tapak yang merangkumi beberapa aktiviti lain seperti proses pemeJiharaan

(preservation) , pemugaran (restoration) , pembaikpulihan (repair and

rehabilitation), pembinaan semula (reconstruction) dan penyesuaian guna

(adaptively reuse)" (Jabatan Warisan Negara, 2016, para I)

"Pemuliharaan bangunan warisan merupakan suatu usaha murni ke

arah melanjutkan jangka hayat keselamatan bangunan" (A Ghafar, 2010,

m.s.3). Menurutnya lagi, dalam kerja-kerja pemuliharaan ia dijalankan secara

berperingkat. Ini kerana adalah untuk memastikan struktur bangunan dan nilai

3

Page 15: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

estetika yang terdapat pada sesebuah bangunan tersebut dapat dikekalkan.

Dalam masa yang sama juga, beJiau menyatakan peme liharaan bangunan

warisan adaJah suatu bidang multidisip lin yang melibatkan peJbagai

profesional seperti arkitek, Jurutera struktur, pakar arkeologi, ahli sejarah dan

pemuliharaan bangunan.

Kerja pemuliharaan adalah penting dalam menjamin kesinambungan

warisan budaya yang terdapat dalam sesebuah negara. Pemuliharaan bangunan

warisan bukan satu fenomena yang baru dalam senario seni bina Malaysia.

Pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam menjaga seni

warisan sesebuah bangunan yang mempunyai nilai tersendiri. A Ghafar (20 10)

menyatakan walaupun kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan ban yak

dilaksanakan pada bangunan kolonial, rumah tradisional Melayu, masjid,

rumah kedai dan bangunan awam, namun masih ada segelintir masyarakat

yang masih kurang peka terhadap kepentingan bidang ini. A Ghafar (2010)

turut menjelaskan bahawa kerja-kerja pemuliharaan yang dibangunkan tidak

menjanjikan puJangan ekonomi yang lumayan. Namun begitu, mengikut kajian

dijalankan di negara luar seperti England, Itali, Australia, Jepun dan Korea

SeJatan menunjukkan bahawa pemuliharaan bangunan warisan dapat

meningkatkan ekonomi masyarakat setempat melalui perkembangan industri

peJancongan warisan yang bernilai.

1.2. Latar Belakang Kajian

Pengkaji telah memilih sebuah rumah pemilik Penghulu Abdul Ghani

Abdul Majid yang terletak di Merlimau Pantai, Jasin, Melaka. Menurut artikel

4

Page 16: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

labatan Warisan Negara (2016) rumah beliau adalah antara rumah tradisional

Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

bina yang amat unik dengan gabungan seni bina Melayu, Cina dan Eropah.

Rumah Tradisional Melayu ini pada asalnya dimiliki oleh Penghulu Abdul

Ghani Abdul Majid seterusnya di mana ia diserahkan hak milik kepada

anaknya iaitu Penghulu Natar Abdul Ghani, seterusnya lagi mewariskan

kepada En. Mohd Ramli Mohd Natar dan kini didiami oleh En. Rizal Mohd

Ramli, iaitu anak kepada En. Mohd Ramli Mohd. Pada masa yang sarna beliau

telah dijadikan Galeri oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) setelah

labatan Warisan Negara melaksanakan kerja-kerja baik pulih bagi menjaga

salah satu khazanah negara yang tidak ternilai.

Pengkaji juga memilih sebuah rumah tradisional iaitu Rumah

Tradisional Bukit Godek di Melaka. Rumah ini dihuni oleh Encik Yaakop

Buang sejak beliau kecil dan rumah ini sudah berumur 103 sejak dibina pada

tahun 1909 (Kosmo Online, n.d). Oifahamkan rumah tradisional beliau

mempunyai keistimewaan dari segi seni ukiran Melayu dan seni binanya yang

masih kukuh, Rumah tradisional beliau juga sering mendapat tumpuan

daripada pelancong, penuntut universiti tempatan, jurutera dan arkitek. Rumah

beliau juga sekarang di bawah penjagaan pihak PERZIM dalam

mempromosikan sektor pelancongan dan pembangunan warisan

Seterusnya pengkaji memilih responden daripada pihak PERZIM.

PERZIM adalah badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam

pembangunan warisan di negeri Melaka. Oi bawah Enakmen Lembaga

Muzium Melaka 1955, PERZIM telah melaksanakan pelbagai usaha dalam

5

Page 17: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

II

mengumpul dan mempamerkan koleksi yang terdapat dalam sejarah dan

warisan budaya Melaka untuk tatapan masyarakat dan pelancong asing yang

mengunjungi negeri Melaka. Kakitangan yang berkhidmat dalam pentadbiran

negeri Melaka adalah dari kalangan anak jati negeri Melaka. Pengkaji

mendapatkan beberapa maklumat yang berkaitan dengan rumah tradisional

yang dikaji dan beberapa maklumat mengenai kerja-kerja konservasi daripada

Unit Konservasi Bahagian Antikuiti Perbadanan Muzium Melaka sendiri.

Bidang permuziuman dipergiat selaras dengan aspirasi kerajaan negeri

sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan dan sejarah negeri. Dalam

masa yang sarna, penubuhan PERZIM juga untuk menjadi salah sebuah badan

korporat yang memajukan bidang permuziuman di dalam konteks bidang

pendidikan dan juga pelancongan. Moto PERZIM adalah "Wawasan Teras

Wawasan" yang bennaksud kemajuan dalam meneroka dimensi baru melalui

bidang pembangunan, pengendalian muzium di Melaka dan pengurusan.

Terdapat 26 muzium, 11 Galeri dan beberapa tapak sejarah di negeri Melaka

di bawah kendalian PERZIM sendiri dalam usaha menjadikan muzium sebagai

produk utama pelancongan selaras dengan menjayakan matlamat utama

sebelum ini iaitu Melaka Maju Negeri pada tahun 20 I O.

1.3. Permasalahan Kajian

Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat dua pennasalahan yang

akan dikemukakan oleh pengkaji dalam kajian ini bagi menyempurnakan serta

mendapatkan data kajian yang dijalankan. Melalui bahagian ini, pengkaji akan

membincangkan mengenai permasalahan yang berlaku di kawasan kajian

6

Page 18: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

pengkaji serta beberapa isu-isu yang mendorong pengkaji untuk membuat

kajian. Oleh itu, pengkaji telah membincangkan isu atau permasalahan terse but

secara teliti. Pengkaji hanya menjalankan kajian terhadap kelangsungan dan

pemuliharaan Tangga Rumah Tradisional Melayu Melaka tangga Melayu

Melaka di kawasan daerah Duyong Melaka.

Berdasarkan pemerhatian awal pengkaji mendapati bahawa

pemuliharaan tangga rumah tradisional Melayu Melaka kurang dititikberatkan

ini jelas apabiJa hasil temubual awal didakwa bahawa kerajaan Negeri Melaka

tidak melaksanakan pemuliharaan terhadap tangga terse but. lusteru pengkaji

melihat ia merupaka satu permasalahan dala meneruskan kelangsungan

seorang juru tukang untuk mencari pendapatan menerusi pemuliharaan tangga

rumah tradisonal Melayu Melaka. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh

kerajaan negeri tidak dapat memberikan dana tersebut dan menyebabkan

tangga tersebut tidak dapat dibaikpulih.

Seterusnya pemasalah kajian adalah mengenai kelangsungan

pengusaha tangga tradisional dalam mendapatkan permintaan semakin

berkurangan, ia memberi kesan yang negatif kepada kelangsungan tangga

tradisional tersebut. lika pengusaha tangga tradisional tidak mendapat tempat

dalam sektor pembinaan sebegini ia akan menyebabkan seni bina tradisional

Melayu semakin dilupakan dan ketiadaan pewaris daripada tenaga mahir.

7

Page 19: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

1.4. Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti beberapa

persoalan mengenai kajian ini yang akan menjawab tajuk yang akan dilakukan

oleh pengkaji. Berikut adalah dua persoalan kajian dalam melakukan kajian ini.

1.4.1. Apakah peranan kerajaan negeri dalam meneruskan kelangsungan dan

pemuliharaan tangga Rumah Tradisional Melayu Melaka?

1.4.2. Sejauh manakah juru tukang tangga rumah tradisional Melayu Melaka

relevan masa akan datang?

1.5. Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji kajian ke atas Kelangsungan dan

Pemuliharaan Tangga Rumah Tradisional Melayu Melaka tangga rumah

tradisional Melayu Melaka. Terdapat beberapa objektif yang mendorong

penyelidik untuk membuat kajian ini. Antaranya ialah:

1.5. I. Menilai usaha yang dijalankan kerajaan negeri dalam meneruskan

kelangsungan dan pemuliharaan Tangga Rumah Tradisional Melayu Melaka.

Objektif ini dikaji oleh pengkaji kerana pengkaji ingin mengetahui

kaedah yang berkesan dalam kelangsungan dan pemuliharaan yang dilakukan

oleh semua pihak. Objektif ini amat penting bagi pengkaji untuk mengetahui

apakah kaedah yang dilakukan oleh pihak yang terIibat dalam mengekalkan

tangga tersebut sebagai sebuah warian yang tidak akan pupus. Ini kerana

pelbagai konsep baru dalam pembangunan perumahan pada hari ini dipasarkan

Malaysia.

8

Page 20: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

1.5.2. Melihat kesan dan akibat sekiranya tiada usaha pemuliharaan terhadap

juru tukang tangga rumah tradisional Melayu Melaka.

Dalam kajian objektif ini , pengkaji ingin mengetahui kesinambungan

tangga rumah tradisional tersebut pada masa akan datang. Objektif ini dikaji

oleh pengkaji adalah untuk mengetahui adakah tangga rumah tradisional

Melayu Melaka masih dapat dikekalkan. Ini kerana pelbagai inovasi modern

yang mempengaruhi kepupusan seni bina tangga rumah tradisional ini tidak

lagi rnendapat perhatian ramai terutama pada generasi baru.

1.6. Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberi

kepentingan yang berguna kepada pihak berkenaan dengan pentingnya usaha

pernuliharaan Tangga Rurnah Tradisional Melayu Melaka. Dalarn rnasa yang

sarna, penyelidik juga berharap agar, tangga rurnah Melayu Melaka ini turut

ditekankan kepada masyarakat secara meluas selain dipelihara untuk tontonan

pelancong sahaja.

Selain itu, dengan usaha pemuliharaan juga dapat membantu juru

tukang menjana pendapatan daripada kerja-kerja pemuliharaan yang

dilaksanakan. Melalui usaha yang dijalankan juga dapat memberi peluang

pekerjaan kepada juru tukang dan golongan seni mahir yang ada di negara ini.

Jika tiada usaha pemuliharaan yang dijalankan ia akan menjejaskanjuru tukang

dalarn mendapatkan pendapatan.

9

Page 21: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

Sehubungan dengan itu, penyelidik berharap agar, pengkaji-pengkaji

yang akan datang dapat memberi idea baru dan penambahbaikan berkaitan

kelangsungan dan pemuliharaan seni bina rumah terutama tangga rumah yang

menjadi simbol identiti orang Melayu Melaka.

1.7. Limitasi Kajian

Terdapat beberapa Iimitasi kajian yang didapati dalam kajian ini.

Limitasi adalah batasan dan masalah yang berkemungkinan akan dihadapi oleh

pihak pengkaji semasa menjalankan kajian. Limitasi kajian ini adalah seperti

berikut:

1.7.1. Temu bual

Bilangan pihak responden terhad dan tidak memberikan kerjasama.

Terdapat soalan yang tidak sempat ditanya kepada responden kerana masa

yang tidak mencukupi. Malah informan tersebut menindakkan persoalan yang

diajukan oleh pengkaji Selain itu, pengkaji hanya memilih dua informan pihak

responden dalam kajian yang dijalankan. Kajian ini hanya menumpukan

kepada kajian ke atas kelangsungan dan pemuliharaan seni bina warisan tangga

daripada rumah tradisional masyarakat Melayu di Melaka.

1.7.2. Masa

Pengkaji mendapati terdapat masalah yang timbul semasa menjalankan

projek tahun akhir ini dan diberikan masa yang singkat untuk mengubah dan

membetulkan kesalahan yang terdapat di dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji

10

Page 22: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

juga menghadapi masalah masa dengan informan di mana informan tidak

berada di tempat kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji berjaya

menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang diberikan. Pembetulan

kajian juga telah dibuat berdasarkan kesalahan yang terdapat di dalam kajian

terutamanya di dalam bahagian penulisan.

1.7.3. Kesukaran mendapatkan maklumat

Pengkaji menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat

mengenai tangga rumah tradisional Melayu Melaka kerana kebanyakan

sumber yang diperoleh hanya menumpukan terhadap rumah tradisional

Melayu Melaka sahaja. Sumber mengenai tangga kurang terdapat dalam

sesebuah penulisan dan maklumat yang didapati salah sebuah penulisan tidak

banyak menceritakan mengenai tangga rumah tradisional tersebut.

1.S. Lokasi Kajian

Kajian ini menumpukan kepada kelangsungan dan pemuliharaan seni

warisan tangga daripada rumah tradisional masyarakat Melayu Melaka dengan

mengenal pasti kaedah kelangsungan tangga tersebut dan dikaitkan

kesinambungan pemasaran tangga rumah terse but pada masa akan datang.

Kajian kualitatif iaitu kaedah temu bual yang dijalankan dengan men genal

pasti kaedah dalam usaha yang dilakukan oleh pihak yang terlibat terhadap

tangga rumah tradisional terse but.

Lokasi kajian ini terbatas di Kampung Duyong yang dipercayai adalah

tempat kelahiran Laksamana Hang Tuah yang terletak di daerah Melaka

11

Page 23: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

Tengah. Kampung ini terletak 5.8 km ke arah Timur Bandar Hilir dengan

menggunakan Lebuh raya AMJ. Kampung ini difahamkan mempunyai tarikan

pelancongan negara kerana terdapatnya Perigi Hang Tuah dan Balai Adat

Perkampungan Hang Tuah lam bang ketinggian istiadat Melayu Melaka.

Selain itu, kajian ini terbatas di Merlimau Pantai, daerah lasin, Melaka.

Merlimau Pantai adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara

Bandar raya Melaka dan Bandar Muar, lohor. laraknya adalah kira-kira 23 km

dari Bandar raya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari ban dar lasin,

Merlimau Pantai adalah sebuah Mukim di dalam Daerah lasin dengan keluasan

4,674 hektar yang mempunyai 28 buah kampung.

Akhir sekali, kajian ini juga terbatas di lalan Pertam laya 6, Semabok,

Melaka. Semabok adalah sebuah pekan yang terletak di negeri Melaka Tengah.

la berhampiran dengan Bandar Hilir Melaka.

I.

H.JI " l~ &ki l ~l.l'bat'I

~ .. II VI ~

Gambar I: Peta Negeri Melaka

(Sumber: Google)

12

Page 24: KAJIAN KE ATAS KELANGSUNGAN DAN PEMULIHARAAN TANGGA RUMAH TRADISIONAL … ke atas... · 2019. 7. 11. · Melayu tercantik di Malaysia, ini kerana rumah tersebut mempunyai nilai seni

1.9. Rumusan

Secara rumusannya, bab ini menceritakan tentang tujuan utama kajian

ini dijalankan. Seterusnya harapan pengkaji demi mementingkan ilmu pada

masa hadapan dalam bidang pengurusan pemasaran seni bina tangga rumah

tradisional Melayu Melaka. Pengkaji juga menjelaskan permasalahan yang

dihadapi sepanjang menjalankan kajian ini. Permasalahan yang dihadapi oleh

pengkaji bukan sahaja memberi kesan terhadap dapatan kajian tapi juga

memberi kesan kepada pengkaji sendiri di dalam kajian ini. Oi samping itu,

dalam bab ini juga diselitan mengenai objektif dan skop kajian yang ingin

dijalankan, pennasalahan kajian, kepentingan kajian dan juga lokasi kajian.

Kesemua ini adalah aspek utama yang perJu diketahui membantu pengkaji bagi

menjalankan kajian.

13