14
Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna Perpustakaan Negara Malaysia YAZID IBRAHIM Perpustakaan Negara Malaysia ([email protected]) ABSTRAK Kejayaan mengekpolitasi maklumat telah menyaksikan banyak negara-negara maju berjaya mewujudkan masyarakat bermaklumat yang menjadi asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dengan menggunakan maklumat untuk menjana pendapatan tinggi dan memajukan ekonomi negara. Negara-negara ini juga berjaya mewujudkan masyarakat yang bijak menggunakan maklumat untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat. Uterasi maklumat adalah elemen penting di dalam mewujudkan masyarakat bermaklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran literasi maklumat di kalangan pengguna Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi membantu PNM mewujudkan program literasi maklumat yang baik dan berkesan. Hasil kajian menunjukkan pengguna PNM masih kurang berpengetahuan dalam menilai dan memilih sumber maklumat dengan tepat. Justeru itu PNM perlu meningkatkan dan menggiatkan lagi program literasi maklumat untuk mendidik kemah iran literasi maklumat di kalangan penggunanya. Kata kunci: kemahiran maklumat, literasi maklumat, pembelajaran sepanjang hayat LATAR BELAKANG Malaysia sedang menuju ke arah negara maju dari segala aspek terutama dari aspek perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ini secara tidak langsung n:enuntut rakyat Malaysia mengguna dan mengekploitasi maklumat secara optimum untuk menjana pendapatan dan untuk menjadikan rakyat negara kita sebagai masyarakat bermaklumat yang sentiasa menghasilkan maklumat berkualiti, patuh kepada etika penggunaan maklumat dan mempunyai kefasihan yang tinggi dalam penggunaan ICT. Oleh itu, para pustakawan harus sedar akan peranan mereka untuk mendidik pengguna perpustakaan dengan ilmu literasi maklumat supaya mereka boleh kenalpasti, guna, nilai dan mematuhi etika penggunaan maklumat dengan betul. Definisi Literasi Maklumat Definisi literasi maklumat yang paling popular dipetik daripadaAmerican Library Association (ALA). ALA mentakrifkan bahawa orang celik maklumat seharusnya dapat: 31 Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

  • Upload
    others

  • View
    73

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna Perpustakaan Negara Malaysia

YAZID IBRAHIM Perpustakaan Negara Malaysia

([email protected])

ABSTRAK

Kejayaan mengekpolitasi maklumat telah menyaksikan banyak negara-negara maju berjaya mewujudkan

masyarakat bermaklumat yang menjadi asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dengan menggunakan

maklumat untuk menjana pendapatan tinggi dan memajukan ekonomi negara. Negara-negara ini juga berjaya

mewujudkan masyarakat yang bijak menggunakan maklumat untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat.

Uterasi maklumat adalah elemen penting di dalam mewujudkan masyarakat bermaklumat dan pembelajaran

sepanjang hayat. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran literasi maklumat di kalangan

pengguna Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi membantu PNM mewujudkan program literasi maklumat

yang baik dan berkesan. Hasil kajian menunjukkan pengguna PNM masih kurang berpengetahuan dalam

menilai dan memilih sumber maklumat dengan tepat. Justeru itu PNM perlu meningkatkan dan menggiatkan

lagi program literasi maklumat untuk mendidik kemah iran literasi maklumat di kalangan penggunanya.

Kata kunci: kemahiran maklumat, literasi maklumat, pembelajaran sepanjang hayat

LATAR BELAKANG

Malaysia sedang menuju ke arah negara maju dari segala aspek terutama dari aspek perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ini secara tidak langsung n:enuntut rakyat

Malaysia mengguna dan mengekploitasi maklumat secara optimum untuk menjana pendapatan dan

untuk menjadikan rakyat negara kita sebagai masyarakat bermaklumat yang sentiasa menghasilkan

maklumat berkualiti, patuh kepada etika penggunaan maklumat dan mempunyai kefasihan yang

tinggi dalam penggunaan ICT.

Oleh itu, para pustakawan harus sedar akan peranan mereka untuk mendidik pengguna

perpustakaan dengan ilmu literasi maklumat supaya mereka boleh kenalpasti, guna, nilai dan

mematuhi etika penggunaan maklumat dengan betul.

Definisi Literasi Maklumat

Definisi literasi maklumat yang paling popular dipetik daripadaAmerican Library Association (ALA).

ALA mentakrifkan bahawa orang celik maklumat seharusnya dapat:

31

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

i. Mengetahui keperluan maklumat

ii. Mengenalpasti maklumat yang berkaitan dengan sesuatu isi atau masalah

iii. Berkebolehan mencari maklumat

iv. Menilai maklumat

v. Menyusun maklumat

vi. Menggunakan maklumat secara berkesan.

(ALA,2008)

Manakala, American College and Research Libraries (ACRL), mentakrifkan orang yang celik

maklumat mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Mengenalpasti keperluan maklumat

ii. Menentukan sejauh mana maklumat yang diperlukan

iii. Mengakses maklumat dengan cekap

iv. Menilai sumber-sumber maklumat secara kritikal

v. Menyusun, menyimpan, dan memanipulasi maklumat yang dikumpul atau dihasi lkan

vi. Menggabungkan maklumat terpi lih dengan as as pengetahuan mereka.

vii. Menggunakan maklumat dengan berkesan untuk belajar, mewujudkan pengetahuan baru,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

(ACRL, 2000)

PERANAN PERPUSTAKAAN DALAM PROGRAM LlTERASI MAKLUMAT

Ulasan Kesusasteraan Literasi maklumat di definisikan sebagai kemampuan untuk mengenalpasti, mencari, mengguna,

menilai dan mematuhi etika penggunaan maklumat (ALA, 2001) dan pembangunan pesat

dalam teknologi maklumat telah mengubah manusia dalam mengekploitasi dan menggunakan

maklumat dan ini menjadikan literasi maklumat sebagai kompetensi yang penting di dalam era

ekonomi berasaskan pengetahuan (Jingxia, 2002). Oleh itu, perpustakaan awam harus berubah . .

daripada peranan sebagai pusat repositori maklumat kepada pemangkin perkongsian maklumat

dan membuka peluang kepada masyarakat untuk belajar mencari maklumat (Goodman, 2009).

Perpustakaan awam adalah organisasi yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan

berkeupayaan untuk merapatkan jurang antara kurang maklumat dan kaya maklumat dengan

menawarkan akses Internet percuma dan menawarkan latihan untuk memperbaiki kemahiran literasi

maklumat (Horng-Ji Lai, 2011). Hal ini disokong oleh Harding, 2008 yang menyatakan bahawa

perpustakaan awam adalah tempat ideal dan berkemampuan untuk mengurus perkembangan

maklumat yang sentiasa bertambah dan membantu pengguna untuk belajar mencari, mengguna

dan menilai maklumat. Perpustakaan awam juga memainkan peranan penting dalam merapatkan

jurang digital antara mereka yang mempunyai akses Internet dan mereka yang tidak memilik akses

Internet. Masyarakat yang kurang kebolehan untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat

secara efektif akan ketinggalan dalam aspek pekerjaan, pembelajaran sepanjang hayat, kualiti

hidup dan akses kepada maklumat asas (Ward, 2006).

32

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Pihak kerajaan di seluruh dunia telah mengiktiraf peranan perpustakaan awam dalam

membangunkan kemahiran literasi maklumat di kalangan rakyatnya. Oi Malaysia melalui

Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya membangunkan garis panduan literasi maklumat

pada tahun 2011 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepent ingan literasi maklumat di

kalangan rakyat Malaysia. Oi Kanada, pihak kerajaan telah mengenalpasti perpustakaan awam

sebagai organisasi yang ideal untuk menjalankan program akses komuniti (Community Access

Programmes) iaitu satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan akses Internet yang berpatutan

dan kemah iran yang mereka perlukan untuk menggunakannya secara efektif (Ju lien & Hoffman,

2008).

Perpustakaan awam adalah salah satu jenis perpustakaan yang terli bat secara langsung

dengan literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Perpustakaan awam mempunyai

peranan besar untuk menjayakan literasi maklumat dan mempunyai kuasa untuk terlibat secara

aktif dalam proses pembinaan pengetahuan kumpulan sasarannya dan bekerjasama dengan pihak

lain yang berkepentingan (Skov, 2004).

Program Literasi Maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia PNM melalui Pelan Strategik Perpustakaan Negara Malaysia 2009 - 2013 iaitu memperkukuhkan

Penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat dengan membangunkan Progam Literasi

Maklumat secara bersepadu telah berjaya mewujudkan panduan program literasi maklumat.

Projek ini dijalankan bermula pada Mac 2011 dan telah di lancarkan pada 23 Oisember 2011 di

Maran , Pahang. Program literasi maklumat ini ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat

dengan menyediakan tiga jenis modul iaitu modul asas, pertengahan dan lanjutan. Program literasi

maklumat ini dijalankan di sekolah menengah, perpustakaan desa, agensi kerajaan dan swasta.

Selain daripada itu, PNM mengadakan program Sesi Pendidikan Pengguna khusus

untuk pelajar sekolah menengah. Para pelajar di beri penerangan dan pendedahan berkaitan

perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PNM, jenis-jenis bah an maklumat, penggunaan

OPAC, pangkalan data MyLib, Ebscohost, Nexis, BUS, pangkalan data tempatan dan lain-lain .

Para peserta turut diberikan peluang untuk mempraktikkan sendiri segala kemah iran yang telah ' .

dipelajari.

Sesi Pendidikan Kakitangan juga di jalankan bagi memahirkan kakitangan dengan maklumat

terkini iaitu maklumat pangkalan data, sumber elektronik dan perkhidmatan yang tersedia di PNM.

Sebagai langkah untuk memastikan kakitangan dapat mempromosi perkhidmatan PNM semasa

bertugas di kaunter rujukan. Pengguna perpustakaan akan lebih mempercayai kakitangan yang

berpengetahuan dan akan berpuas hati dengan layanan yang sempurna.

PNM juga ada menyediakan program literasi maklumat yang diadakan di sekolah-sekolah

menengah seluruh Malaysia. Program ini dikenali sebagai Program Literasi Maklumat PNM: Teknik

Pencarian dan Pempakejan Maklumat. Inisiatif in i dimulakan pada tahun 2010 yang dikenali

sebagai Program Outreach Perkhidmatan Maklumat Komuniti: Bengkel Rintis Teknik Pencarian

dan Pempakejan Maklumat. Kumpulan sasarannya adalah pelajar tingkat 1-5. Antara aktiviti yang

dijalankan dalam program ini adalah taklimat literasi maklumat, latihan (hands on), kuiz dan aktiviti

berkumpulan.

33

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengkaji kemahiran maklumat pengguna PNM

ii. Mengkaji kemahiran penyelidikan pengguna PNM

iii. Mengkaji peranan PNM dalam membangunkan progam literasi maklumat

Metodologi penyelidikan Penyelidikan secara kuantitatif telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap literasi maklumat

dikalangan pengguna PNM berkaitan dengan kebolehan dan kemahiran penyelid ikan mereka.

Enam elemen telah dikenalpasti untuk tujuan kajian iaitu:

i. Latarbelakang pengguna

ii. Maklumat as as kemahiran maklumat

iii. Mengenalpasti , mengguna, mengurus dan kepatuhan terhadap undang-undang dan etika

penggunaan maklumat

iv. Penilaian maklumat

v. Persepsi pengguna terhadap kemahiran penyelidikan mereka

Enam elemen ini dipilih kerana dapat memberikan gambaran yang lebih jelas bagaimana pengguna

PNM mencari dan menggunakan maklumat.

Kajian telah di jalankan selama sebulan iaitu pada 1 - 30 Mei 2012. Seramai 276 orang pengguna

PNM telah menjawab daripada 300 soal selidik yang diedarkan. Responden ini terdiri daripada

semua lapisan masyarakat tanpa mengira status pend idikan dan pekerjaan. Soal selidik yang

diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan yang disediakan berbentuk objektif dan subjektif

serta disediakan dalam bahasa Melayu.

Keputusan Tema 1 : Latarbelakang Responden

Jantina _ Lelak i _ W ani t a

Rajah 4.1: Jantina Respoden

34

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Pekerjaan

• Kerajaan .Swasta . Sendiri • Pelajar _ Tidak Bekerja

Rajah 4.2: Pekerjaan Responden

Pendidikan • SRP/PMR • SPM/SPMV • Sijil/Diploma .Ijazah . Sarjana • PhD

0%

Rajah 4.3: Pendidikan Responden

Tema 2: Maklumat Umum

120

100

80

60

40

20

o Sangat ker ap Kerap

(Harian) (mingguan) Kadang­kadang

Jarang (> 1 Tidak pernah kali sebulan)

Rajah 4.4: Kekerapan Penggunaan Perpustakaan oleh Responden

35

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Rajah 4.5: Kekerapan Penggunaan Sumber Maklumat Perpustakaan oleh Responden

250

200

150

100

50

o

Rajah 4.6: Latihan Literasi MaklumatiKemahiran Maklumat/Kemah iran Perpustakaan oleh Responden

Rajah 4.6 menerangkan bahawa seramai 41 responden (15%) telah mengikuti latihan literasi

maklumat manakala seramai 235 responden (85%) t idak pernah menghadiri latihan berkaitan

literasi maklumatlkemahiran maklumat/kemahiran perpustakaan. Ini jelas menunjukkan bahawa

pustakawan perlu melat ih pengguna untuk mendapat kemah iran mencari maklumat.

Lai n-lain

Rajah 4.7: Tujuan Datang ke Perpustakaan oleh Responden

36

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Tema 3: Pencarian Maklumat dan Sumber Maklumat, Guna dan Susun, Undang-Undang

dan Etika Penggunaan Maklumat

Jadual 4.2: Pencarian Maklumat

Va Pencarian

Kekerapan Peratus

Judul 169 61 .2

Penerbit 37 13.4

Subjek 110 39.9

Pengarang 58 21

Tidak Tahu 70 25.4

Kebanyakan responden menjawab dengan betul iaitu menggunakan "judul" atau "subjek"

dengan 61.2% memilih "judul" dan 39.9% memilih "subjek" untuk mencari maklumat mengenai

Mahathir. Manakala seramai 21 .0% (58 responden) memilih "pengarang" , diikuti 13.4% (37

responden) memilih "penerbit" dan 25.4% (70 responden) memilih "tidak tahu".

Jadual 4.3: Cara Terbaik Mencari Buku

Va Pencarian

Kekerapan Peratus

Kata Kunci 114 41 .3

Subjek 121 43.8

Pengarang 71 25.7

No. Panggilan 49 17.8

Tidak Tahu 71 25.7

Kurang daripada separuh responden memilih jawapan yang betul kaedah terbaik mencari buku .

di perpustakaan. Hanya 41.3% (114 responden) memilih kata kunci dan 43.8% (121 responden)

memilih subjek sebagai kaedah terbaik mencari buku. Ini diikuti oleh pengarang sebanyak 25.7%

(71 responden), nombor panggilan 17.8% (49 responden) dan 25.7% (71 responden) tidak tahu.

Jadual 4.4: Cara Pengguna Mencari Maklumat

Va Cara Guna

Kekerapan Peratus

Melalui OPAC 139 50.4

Melalui Pustakawan 126 45.7

Cari di rak 161 58.3

Melalui Pengguna lain 13 4.7

Melalui Kawan 36 13

Tidak tahun 9 3.3

Lain-lain (Internet, nota) 6 2

37

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Separuh daripada responden mahir mencari maklumat di perpustakaan iaitu 50.5% (139

responden) menggunakan OPAC untuk mencari maklumat di perpustakaan. Malangnya 58.3%

(161 responden) terus mencari di rak koleksi untuk mencari maklumat. Manakala 45.7% (126

responden) mencari maklumat melalui pustakawan, diikuti 13.0% (36 responden) melalui kawan,

4.7% (13 responden) melalui pengguna, 2.0% lain-lain seperti internet dan nota. Sebanyak

3.3% (9 responden) menjawab tidak tahu. Jelas menunjukkan bahawa kemah iran menggunakan

perpustakaan masih kurang dikalangan pengguna PNM.

Jadual 4.5: Mahir Dalam Sesuatu TopikiSubjek Baru

MahirTopik Kekerapan Peratus

Ya 58 21

Tidak 217 78.6

Tidak tahu 1 0.4

Keputusan: Jadual 4.5 menunjukkan bahawa sedikit sahaja pengguna menjawab dengan betul

iaitu ensaiklopedia sebagai sumber utama untuk mahir dalam subjekltopik baru iaitu sebanyak

21 % (58 responden) dan 78.6% (217 responden) menjawab jawapan yang salah.

JaduaI4.6: Operator Boolean AND

Strategi Pencarian Kekerapan Peratus

Ya 93 34

Tidak 183 66

Kajian menunjukkan bahawa hanya 34.0% (93 responden) memilih jawapan yang betul.

Manakala 66.0% (183 responden) memil ih jawapan yang salah. Ini menunjukkan bahawa

kebanyakkan pengguna PNM tidak memahami Boolean Logik.

Jadual 4.7: Kenalpasti Petikan Jurnal

Kenai Jurnal Kekerapan Peratus

Ya 120 43

Tidak 156 57

Kurang daripada separuh responden memilih jawapan yang tetap iaitu hanya 43.0% (120

responden) dan seramai 57% (156 responden) memilih jawapan yang salah walaupun dua petikan

jurnal diberikan

38

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Jadual 4.8: Rujuk Pustakawan

Rujuk Pustakawan Kekerapan Peratus

Tidak Pernah 59 21

1 kali 74 27

2-5 kali 97 35

< 5 kali 36 13

Tidak tahu 10 4

Kajian menujukkan bahawa pengguna perpustakaan kurang merujuk kepada pustakawan

kerana hanya 13.0% (36 responden) merujuk pustakawan untuk mencari maklumat. Manakala

35.0% (97 responden) merujuk pustakawan 2-5 kali, 27.0% (74 respond en) merujuk 1 kali,21.0%

(59 responden) tidak pernah merujuk pustakawan dan 4.0% (10 responden) t idak tahu. Hal ini

berlaku berkemungkinan pengguna sudah mah ir dalam pencarian maklumat atau pustakawan

PNM tidak mesra pengguna.

Jadual 4.9: Kaedah lain Mendapatkan Maklumat

Kaedah Lain Kekerapan Peratus

Pinjaman antara perpustakaan 59 21

Cari tempat/organisasi lain 74 27

ImejNideol Aud io 97 35

Tidak Tahu 36 13

Lain-lain seperti internet, bel i buku, tesis,jurnal 40 14.8

Sebanyak 35.0% (97 responden) akan mencari imej/video/audio untuk mencari maklumat,

manakala 27.0% (74 responden) mencari maklumat di tempat/organisasi lain, 21.0% (59 responden)

memilih pinjaman antara perpustakaan, 14.8 % (40 responden) memilih Internet, membeli buku', .

rujuk tesis dan jurnal. Seramai 13.0% (36 responden) tidak tahu.

JaduaI4.10: Kaedah Menyimpan Maklumat

Kaedah simpan maklumat Kekerapan Peratus

Simpan dalam komputer/Pen drive 137 50

Cetak dan simpan dalam fail 52 19

Tiada sistem simpanan 20 7

Pelbagai sistem simpanan 67 24

39

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Kajian menunjukkan bahawa 50.0% (137 responden) menyimpan maklumat di dalam

komputer/pen drive . Ini menunjukkan keb anyakkan pengguna menggunakan Internet atau jurnal

atas talian untuk mencari maklumat. 19.0% (52 responden) mencetak maklumat dan simpan di

dalam fai l, 24.0% (67 responden) mempunyai pelbagai sistem simpanan dan 7.0% (20 responden)

tiada sistem simpanan.

Jadual 4.11: Kaedah Mendapatkan Maklumat Terkini

Maklumat Terkini Kekerapan Peratu5

Buku 65 23

Jurnal 37 13

Ensaiklopedia 7 2.5

Internet 156 56

Tidak tahu 11 4

Jadual diatas menunjukkan bahawa 56.0% atau 156 responden menggunakan Internet untuk

mencari maklumat terkini. Responden mungkin mencari maklumat melalui jurnal atas tal ian atau

enjin carian. Manakala sebanyak 23.0% (65 responden ) memilih buku. Pengguna mungkin tidak

menyedari bahawa buku adalah sumber maklumat sekunder. 13.0% responden (37 responden)

memilih jurnal, 2.5% (7 responden) memilih ensaiklopedia manakala 11 .0% tidak tahu.

JaduaI4.12: Akta Hak Gipta

Jawapan Betul TidakTahu Maklumat

Kekerapan Peratu5 Kekerapan Peratus

Gambar Siti Nurhaliza dari Internet 114 41.3 86 31 .2

lagu tema Ombak Rindu oleh KRU 72 26.1 95 34.4

Teks yang anda imbas dari Harry Potter and The 67 24.3 111 40.2

Prisoner of Azkaban

Teks artikel dari Malaysian Business yang mengkritik 94 34.1 122 44.2

Akta kementerian Kewangan yang anda imbas

Teks dari Akta Hak Cipta yang diperkenalkan oleh 46 16.7 129 46.7

Kabinet Malaysia

Kajian menunjukkan bahawa pengguna PNM tidak mempunyai pengetahuan yang baik

mengenai isu hak cipta di mana 41.3% responden menjawab dengan betul bahawa mereka boleh

menggunakan gam bar Siti Nurhaliza dalam laman web mereka dan 31.2% memilih t idak tahu.

Manakala 26.1 % responden menjawab dengan betul bahawa mereka tidak boleh meletakkan lagu

tema Ombak Rindu dalam laman web mereka tanpa mendapat kebenaran dan 40.2% memilih

tidak tahu. Keputusan lain juga menunjukkan bahawa hanya 24.3% memil ih jawapan yang betul

40

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

bahawa mereka tidak boleh mengimbas teks dari Harry Potter and The Prisoner of Azkaban untuk

laman web mereka.

JaduaI4.13: Peni laian maklumat

Kriteria Penilaian Kekerapan Peratus

Kelayakan Pengarang 92 33.3

Kelayakan Penerbit 39 14.1

Bandingkan dengan sumber lain 154 55.8

Bincang dengan pustakawan/ pensyarah/guru 114 41 .3

Bincang dengan kawan 101 36.6

Rujuk pakar 85 30.8

Lain-lain seperti Internet, peni laian sendiri dan buku rujukan 3 1.2

Keputusan menunjukkan hanya 33.3% (92 responden) memilih kelayakkan pengarang didalam

menilai maklumat yang diperoleh. Hal ini amat menyedihkan kerana kelayakkan pengarang adalah

faktor utama didalam menilai sumber maklumat. Hanya 41 .3% (114 responden) memi lih bincang

dengan pustakawan/pensyarah/guru untuk menilai maklumat. Kebanyakkan responden memilih

jawapan band ingkan dengan sumber lain di dalam menilai maklumat iaitu sebanyak 55.8% (154

responden). Jelas menunjukkan bahawa pengguna PNM tidak mempunyai kemah iran yang baik

di dalam menilai maklumat.

Jadual 4.15: Kebolehpercayaan Sumber Maklumat

Sumber maklumat Sangat dipercayai Dipercayai Kurang dipercayai Tidak dipercayai

Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus

Internet 14 5.1 147 53.3 112 40.6 3 1.1

Katalog Perpustakaan 82 29.7 179 64.9 12 4.3 3 1.1 . .

Jurnal 109 39.5 150 54.3 16 5.8 1 0.4

Buku 115 41.7 152 55.1 9 3.3 0 0

Tesis/Oisertasi 71 25.7 164 59.4 37 3.4 4 1.4

Majalah 15 5.4 114 41.3 127 46 20 7.2

Hanya 39 .5% dan 25,7% responden memilih jurnal dan tesis sebagai sumber maklumat

yang paling dipercayai walaupun ia adalah sumber primer dan 54.3% dan 59.4% memilih jurnal

dan tesis sebagai dipercayai. Ini menunjukkan bahawa pengguna tahu memilih sumber maklumat

yang terbaik. Manakala 40.6% responden memilih Internet sebagai sumber maklumat yang kurang

dipercayai.

41

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Jadual 4.16: Jenis Sumber Maklumat

Jenis Sumber Kekerapan Peratus

Buku 186 67.4

Buku Rujukan 152 55.1

Jurnal 88 31.9

Tesis 44 15.9

Internet 242 87.7

Surat khabar 118 42.8

Kajian menunjukkan bahawa 87.7% (118 responden) memilih Internet sebagai sumber rujukan

yang paling banyak digunakan dalam kajian mereka. Ini dikuti oleh buku sebanyak 67.4% (186

responden). Agak menyedihkan hanya 31.9% dan 15.9% responden memilih jurnal dan tesis

sebagai sumber maklumat mereka.

KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap literasi maklumat pengguna PNM dan untuk membantu

PNM membangunkan Program Literasi Maklumat dengan baik dan berkesan dalam menyokong

hasrat kerajaan untuk mempromosi pembelajaran sepanjang hayat iaitu salah satu elemen penting

didalam mewujudkan masyarakat bermaklumat.

Secara keseluruhannya di dapati bahawa pengguna PNM masih tidak mempunyai kemahiran

literasi maklumat yang baik terutama dari segi elemen asas pencarian maklumat, penilaian

maklumat dan kesedaran terhadap undang-undang dan etika penggunaan maklumat. Berikut

adalah keputusan berdasarkan tema.

Tema Keputusan Masalah Dikenalpasti

Pencarian · 39.9% memilih subjek untuk cari Kurang pengetahuan dalam controlled Maklumat maklumat mengenai Mahathir vocabulary di dalam Pangkalan Data

· 41.3% dan 43.8% pilih kat a kunci dan dan kesalahan dalan penggunaan subjek sebagai cara terbaik cari buku. Boolean AND

· 34% memilih dengan betul operator AND

Ciri-ciri dokumen · 43% dapat mengenalpasti petikan jurnal Tiada kebolehan untuk mentafsirkan jurnal ilmiah atau ciri-ciri sesuatu karya

Penilaian Maklumat · 33.3% memilih Kelayakan Pengarang Kurang pengetahuan di dalam menilai untuk menilai sumber maklumat. sumber maklumat

Sumber Maklumat · 31.9% dan 15.9% memilih jurnal dan Kurang pengetahuan dalam memilih tesis sebagai sumber maklumat utama sumber maklumat yang tepat , sahih

dan sah

Undang-undang · 26.1 % memilih jawapan yang betul Kurang pengetahuan dalam Akta Hak dan etika bahawa mereka perlu mendapatkan Cipta penggunaan kebenaran untuk meletakkan lagu tema maklumat Ombak Rindu dalam laman web mereka.

42

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

CADANGAN

Berdasarkan kepada analisis dan terjemahan kajian, projek ini mencadangkan:

1. Mewujudkan Program Literasi Maklumat khusus untuk pengguna PNM. Program ini boleh

dilaksanakan pada hujung minggu. Modul program mesti lah menekankan as as pencarian

maklumat, penilaian maklumat dan undang-undang dan etika penggunaan maklumat.

2. Mewujudkan kursus literasi maklumat secara atas tal ian. Kajian mendapati bahawa

kebanyakkan pengguna PNM lebih gemar menggunakan teknologi maklumat untuk mencari

maklumat. PNM boleh menawarkan kursus literasi maklumat secara atas talian yang

menekankan kepada aspek asas pencarian maklumat seperti Boolean.

3. Pembangunan kemahiran literasi maklumat kepada kakitangan PNM. Ini adalah elemen yang

sangat penting untuk menghasilkan program literasi maklumat yang berkesan. Kakitangan

yang terlibat perlu memperbaiki kemahiran maklumat dan kemahiran mengajar.

4. Persepakatan pintar dengan organisasi/institusi kerajaan dan swasta. PNM harus sedar bahawa

program literasi maklumat seharusnya diajar kepada orang ramai yang memerlukannya.

PNM seharusnya mengadakan kerjasama dengan pelbagai institusi dimana mereka boleh

menghadiri program literasi maklumat di mana-mana sahaja seperti di pusat-pusat belia dan

sukan, rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat serenti, dan pusat-pusat komunit i.

PENUTUP

Hasi l kajian menunjukkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia menghadapi cabaran yang

besar di dalam membangunkan kompetensi kemahiran maklumat di kalangan penggunanya.

PNM perlu bertindak dengan agresif di dalam menawarkan latihan kemah iran maklumat kepada

penggunanya. Kajian membuktikan bahawa pengguna-pengguna PNM tidak mempunyai tahap

kemahiran literasi maklumat yang baik. Oleh itu, PNM seharusnya bertindak lebih jauh dengan

bekerjasama dengan semua institusi lain untuk menyebarkan kemahiran literasi maklumat di

kalangan penduduk Malaysia.

BIBLIOGRAFI

American Library Association. (2008). Information literacy. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: www.ala.org/ala/ acrl/acrlproftoo/s/informationliteracy.htm - 25k - 2007-07-05

Association of College and Research Library. (2000). Information literacy. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: http://www. ala. org/ ala/ acrl/ acrlstandards/ standards. pdf

Bahagian Teknologi Pendidikan (2012). Pengurusan Sumber Pendidikan. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/213-literasi-maklumat.html

Behrens, Shirley. (1994). A conceptual analysis and historical overview of information literacy. College and Research Library. 55(4), 309-320

Chan, J. & Dudley, J.(2009). Information literacy and public libraries, inCite, 30(1/2), p.18

Che Norma Bahri (2004). Program literasi maklumat diperpustakaan akademik: Satu tinjauan kaedah

dan pencapaian (Information literacy programmes in academic libraries: a review of methods and achievements). Paper presented at Seminar Kebangsaan Perpustakaan Malaysia.

43

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/854/1/Sekitar_41_2012_3.pdf · diedarkan mengandungi 27 soalan. Soalan-soalan

Goodman, J. (2009). Web 2.0 and public libraries: Essential innovation requires a national solution, Aplis, 22(3) ,1 04-105

Harding, J. (2008). Information literacy and the publ ic library: We've talked the talk, but are we walking the walk?, Australian Library Journal.

Harding, J. (2008). Information literacy and the public library. Aplis, 21(4),157-167.

Jingxia, Li (2002). The public library and citizens' information literacy education in China. A case study of

Wuhan area, China.IFLA Council and General Conference: Conference Programme and Proceedings , 18-24 August 2002. Glasgow, Scotland.

Jul ien, H., & Hoffman, C. (2008). Information literacy training in Canada's publ ic libraries. Library Quarterly, 78(1), 19-41.

King , Lizette. (2007). Information literacy of incoming undergraduate arts students at the Univeristy of the Western Cape: assessment of competencies and proficiencies. PhD Thesis, University of Western

Cape

Lai, Horng-Ji (2011). Information literacy training in public libraries: a case from Canada. Educational Technology and Society, 14(2), 81-88.

N.N. Edzan (2008). Information literacy development in Malaysia: a rev iew. Libri, 58, 265-280.

Pieper, L. (2010). Information literacy in public libraries.ALlA Access, 1-3 September 2010, Brisbane, Austral ia.

Pustaka Negeri Sarawak (2012). Program kemahiran literasi maklumat. Diakses pada 23 Mei 2012 dari:

http://www.pustaka-sarawak.com/Pustaka-Sarawak/perkhidmatan_kami.php?do=program_kemahiran_ literasi_maklumat

Skov, A (2004), Information literacy and the role of public libraries, electronic version , Scandinavian Public Library Quarterly, 37(3), 4-7

Salma Chowdry (July/Disember 2011) "The Information Literacy Education Readiness of Central Publ ic Library (CPL) in Dhaka of Bangladesh. International Journal of Information Science and Management, 1 (2),22-44

Ward, D. (2006). Revisioning information literacy for lifelong meaning. Journal of Academic Librarianship, 32(4) , 396-402.

Webber, S. and Johnston, B. (2003) "Information literacy in the United Kingdom: a critical review. " In: Basi li, C. (Ed) Information Literacy in Europe. Rome: Italian National Research Council. 258-283.

44

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia