Kajian Kes

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN KESKisahstealing time ini telah ditulis oleh Robert Carter, seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 7 tahun. Sebagai seorang guru tahun 4, beliau telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun iaitu dengan memastikan semua pelajar tahu akan had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku yang dapat diterima di dalam bilik darjahnya (baris 1-3, para 1). Robert percaya kepada ketegasan tetapi perlulah dikuatkuasakan bersama undang-undang yang adil, dan dia dapati murid-muridnya dapat mematuhi standard yang beliau tetapkan (baris 4-5, para 1). Robert juga percaya, jika dia berlaku adil dengan murid-muridnya, maka mereka juga akan berlaku adil dengannya (baris 5-6, para 1). Kesannya, bilik darjah tersebut menjadi seperti sebuah komuniti kecil di mana setiap ahlinya tahu apa yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa.Robert juga dapati murid-murid yang sentiasa mendatangkan masalah di dalam kelas turut berubah seperti yang dia harapkan (baris 6-10, para 1). Semester musim luruh berlangsung seperti yang Robert harapkan. Dia sangat gembira apabila Andy dan Matin, murid yang mempunyai latar balakang dan tingkahlaku bermasalah serta lemah dalam akademik telah menunjukkan peningkatan terhadap kemampuan mereka. Kara, seorang murid yang juga bermasalah tingkahlaku turut menunjukkan kemajuan atas bantuan guru pendidikan khas. Begitu juga David, seorang murid daripada kelas bermasalah pembelajaran telah disahkan normal bagi mata pelajaran harian pendek yang bukan akademik.David akan datang ke kelas Robert pada waktu pagi untuk roll call ,kutipan wang makan tengah hari, ikrar taat setia dan sebagainya. David juga menghadiri kelas seni, muzik dan PJ bersama murid kelas Robert. Tidak lama kemudian, selepas, cuti Krismas, David telah layak untuk ditempatkan di dalam kelas biasa sekurang-kurangnya 51 peratus setiap hari. Kini, Robert menjadi guru matematik David (baris 4-7, para 3). Tidak lama kemudian, Robert dapat menghidu permulaan kepada pengakhiran apa yang dirasakan tahun persekolahan yang menarik. Bagi subjek matematik, David tidak menghantar tugasan dan tidak menyiapkan kerja yang Robert berikan. Semasa Robert mengajar, David akan membuat bunyi yang pelik dan mengganggu Robert dan pelajar lain. (David akan menghempas buku dengan kuat atas lantai, mengetuk-ngetuk pensil di atas meja, dan membuat bising di mejanya). David tidak menghiraukan teguran Robert. Robert menganggap tingkah laku David itu sebagai satu gangguan serangan yang kejam dan tidak sopan (para 4).Tingkah laku David menjadi bertambah teruk. dia selalu menjerit bahawa dia mahu kembali ke kelassebenar bersama guru yang sebenar. Dia langsung tidak memberi Robert peluang untuk menjadi gurunya. Hubungan David dengan murid-murid lain menjadi bertambah buruk (para 5). Robert menjalankan pengajaran matematik menggunakan kaedah pengajaran korperatif. Keengganan David untuk menyiapkan tugasan menyebabkan markah kumpulannya merosot. Apabila ada rakan yang mahu membantunya, dia akan menolak dengan kasar usaha mereka. Hal ini menyebabkan rakan-rakan sekelasnya mula mengadu tentang perbuatannya itu (para 6).Pada hari David mengambil tugasan yang diberikan oleh Robert, dia telah mencampakkannya di atas meja. Hal ini menyebabkan Robert marah padanya sehinggalah waktu rehat tiba (para 7). Selepas waktu rehat, tingkah laku David menjadi bertambah teruk. Robert telah mengenakan time-out kepada David. Walaubagaimanapun, setelah tiba di tempat yang David perlu duduk, dia telah menghempaskan barang-barangnya dengan kuat menyebabkan Robert menjadi marah padanya. Robert kemudiannya membawa David ke meja pelajar di dalam pejabat pengetua (para 8).David berhasrat mahu bercakap sesuatu kepada Robert.Namun setelah bertemu Robert, dia hanya berkata,lupakan saja. Namun setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya David meminta maaf atas segala perbuatannya tetapi dia tidak mahu semua rakan dalam kelasnya, merenungnya. Robert menjelaskan kepada David mengapa rakan-rakannya merenungnya. Namun, David yakin dia akan melakukan kerja dengan lebih baik jika mereka tidak merenungnya dan dia tidak suka Kevin menyibuk tentang dirinya. Semasa perundingan itu, David berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Tingkah laku David menjadi bertambah baik untuk beberapa hari selepas itu (para 10).Bagaimanapun, sekali lagi David menunjukkan tingkah laku seperti sedang marah pada semua orang. Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana dia tidak menyiapkan tugasan dan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik pengetua.Robert telah menjelaskan kepada pengetua tentang David (baris3-11, para 11).Suatu hari semasa David tiada di dalam kelas, Robert telah berbincang dengan pelajar-pelajar lain tentang tingkah laku David. Robert merasakan dia telah berlaku jujur terhadap para pelajarnya. Para pelajarnya merasakan David seperti seorang pembelot dan mereka tidak suka dia berada di dalam kelas tersebut (para 12). Suatu tengah hari, Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. David dibiarkan bersendirian di dalam kelas.Selepas waktu rehat, sekembalinya para pelajar ke dalam kelas, Bob mendapati jam tangannya telah hilang (para 13). Keesokan harinya, David berlari ke meja Robert dan memberitahu bahawa bapanya telah memberikan dia jam tangan. Robert meminta David menanggalkan jam tersebut. Setelah diteliti, Robert berasa begitu marah dan kecewa. Dia begitu yakin jam tangan tersebut milik Bob (para 14).

2.0 ANALISA KES2.1Model Asertif Carter

BUKTI KAJIAN 1

Robert menyatakan kehendaknya kepada muridnya dengan menetapkan peraturan bilik darjah yang harus diikuti oleh mereka. (m/s 161, p 1, b 3-9)

2.2Teori Pelaziman Skinner dan Teori Maslow

2.3Teori Modifikasi Tingkah LakuRancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik atau kaedah yang sesuai

Teknik ModifikasiTingkah Laku

Guru perlulah sentiasa melakukan pemantauan, membuat penilaian dan menyimpan rekod salah laku murid

Menurut Skinner, dendaan membawa kesan kepada tempoh yang singkat sahaja. Kebiasaannya, tingkah laku yang tidak diingini oleh guru tidak akan diulangi oleh murid-murid seandainya cara ini dilakukan kerana ia memberi kesedaran serta keinsafan kepada mereka bahawa perbuatan mereka salah di sisi peraturan. Contoh dendaan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: Diberikan amaran secara lisan (memarahi) atau fizikal (merotan). Dibawa berjumpa dengan guru besar.

BUKTI KAJIAN 2

Robert menahan David dari keluar rehat. (m/s 162, p 4, b 6) Robert memarahi David yang enggan membuat latihan yang diberikan. (m/s 163, p 1, b 3) Robert menghantar David ke bilik Pengetua. (m/s 163, p 2, b 12)

BUKTI KAJIAN 3

Robert telah mengarahkan David untuk pergi ke belakang bilik darjah supaya dia tidak menganggu rakan lain.(m/s 163, p 2, b 6)

Time-out

Murid dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru. Contohnya, satu sudut di dalam bilik darjah (murid menghadap dinding), bilik kecil di luar kelas dan lain-lain. Masa diperuntukkan ialah di antara 1 hingga 10 minit, ianya bergantung kepada tahap masalah tingkah laku murid tersebut. Selepas masa time-out, guru perlu menerangkan kepada murid mengapa dia telah dihukum sedemikian. Arahan asal diberikan kepada murid tersebut. Jika masih ingkar, masa time-out akan ditambah.

2.4Pembelajaran Koperatif

BUKTI KAJIAN 4

Robert telah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ketika mengajar kelas Matematik.(m/s 162, p 4, b 1)

2.5Kepemimpinan Autoritarian

BUKTI KAJIAN 5

Robert tidak berpuas hati dengan David dan bertekad hendak menggunakan caranya sendiri.(m/s 164, p 1, b 7)

2.6Perbincangan

Robert bersetuju apabila David ingin melakukan perbincangan dengannya.(m/s 163, p 4, b 2)

2.7Model Disiplin Sosial

BUKTI KAJIAN 5

David cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), menghempas buku di lantai dan mengetuk pensel di meja.(m/s 162, p 2, b 3)

3.0 CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH3.1Cadangan Penyelesaian Berdasarkan RujukanModel Akibat Logikal atau lebih dikenali sebagai Model Disiplin Sosial telah dipelopori oleh seorang tokoh iaitu Robert Dreikurs. Model ini dibentuk berasaskan empat premis asas Teori Sosial Adler. Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik dan murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin mengawal suasana dalam bilik darjah tidak seharusnya menggunakan hukuman. Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik, tidak seharusnya menggunakan hukuman. Menurut beliau, masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh motif-motif murid iaitu inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam, dan memaparkan kekurangan (Choong Lean Keow, 2009).Sikap David lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara cadangan yang disyorkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan perhatian murid berkenaan. Cikgu Robert hendaklah mengubah strategi atau aktiviti pembelajaran seperti menyanyi, bersoal jawab yang lebih menarik minat David serta meninggalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, Cikgu Robert meminta David duduk di tempat lain atau pergi ke Sudut Berfikir. Guru juga perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan memberi peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja. Malahan, untuk mengelakkan tingkah laku David berterusan, lakukan sesuatu yang bersifat luar jangkaan seperti memasangkan lampu atau mainkan alat muzik.Kajian ini juga berkait rapat dengan Teori Pelaziman B.F. Skinner. Skinner telah menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Melalui kajian ini, Skinner mendapati gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan dan merangsang otak (Amir Awang, 1986).Di sini, teknik modifikasi tingkah laku iaitu rancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik atau kaedah yang sesuai. Guru perlu membuat pemantauan, penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid. Antara teknik modifikasi tingkah laku yang digunakan adalah time-out, iaitu di mana murid akan dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru seperti satu sudut bilik darjah (murid menghadap dinding) atau bilik kecil di luar kelas. Masa yang diperuntukkan ialah antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan masalah tingkah laku tersebut. Selepas masa time-out, guru perlu menerangkan kepada murid mengapa dia telah memberikan hukuman sedemikian. Arahan asal diberikan kepada murid tersebut. Jika murid itu masih ingkar, maka, masatime-out ditambah. Bukti kajian adalah apabila Robert telah mengarahkan David untuk pergi ke belakang bilik darjah supaya dia tidak menganggu rakan lain.Selain itu, pembelajaran koperatif telah dijalankan dalam kajian ini. Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia (Noriati A. Rashid, et al., 2009). Pembelajaran koperatif lebih menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi dan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar akan mengajar dan berbincang sesama sendiri untuk mencapai satu tahap yang sama tinggi. Malahan, setiap individu bertanggungjawab dalam kumpulan masing-masing. Kebaikannya, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.Dalam kes ini, Robert telah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ketika mengajar kelas Matematik.

3.2Cadangan Penyelesaian Berdasarkan KesPeneguhan positif boleh diberikan kepada David sekiranya dia dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tindakan yang dikehendaki. Tingkah laku berlaku kesan daripada rangsangan atau peneguhan. Jenis ganjaran yang dapat diberikan iaitu bentuk material atau sosial seperti puji-pujian. Namun, Robert harus mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesanannya.Cikgu Robert boleh menggunakan motivasi secara bimbingan kaunseling bagi meningkatkan kesediaan David untuk belajar. Motivasi terdiri terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dapat diaplikasikan terhadap David. Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan,peneguhan positif seperi pujian, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif. Terlebih dahulu, beliau hendaklah memberi motivasi serta mengubah gaya pemikiran David terhadap kelas serta rakan-rakannya.Ketiga, mengadakan kaedah perbincangan. Kaedah ini merupakan satu kaedah dant eknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan serta aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan. Perbincangan terbahagi kepada dua bentuk iaitu perbincangan kumpulan kecil dan perbincangan keseluruhan kelas. Cikgu Robert seharusnya mengadakan satu sesi perbincangan yang melibatkan semua anggota kelas termasuk David bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cikgu Robert sepatutnya tidak mengadakan perbincangan dengan murid kelasnya sewaktu David keluar kelas. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati David terhadap cikgu Robert dan rakan-rakannya. Malahan, Cikgu Robert perlulah memanggil ibu bapa David untuk berbincang mengenai masalah anak mereka dan cara untuk mengatasi kelemahan itu.

4.0LAPORAN ANALISA INDIVIDU4.1Hairileqhwan Firdaus bin FadzilModel Asertif Carter telah diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini menekankan bahawa gaya tindak balas seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu salah laku. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Manakala, agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap autoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Carter, beliau menekankan tentang hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui Model Asertif Carter ini.Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Carter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran P&P yang sesuai supaya ia membantu murid memilih tingkah laku yang betul dan bermanfaat. Selain itu, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Misalnya, guru kelas Tahun Dua Ibnu Khaldun dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut. Pada suatu hari, Razman dan Daniyal terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Jadi, guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Dengan cara ini, mereka akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Lantas, ia menimbulkan rasa keinsafan terhadap rakan-rakan yang lain.Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan sedia ada, guru memberikan peneguhan positif seperti penghargaan, pujianatau ganjaran.Seandainya murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Inbu Sina, kebiasaannya ramai dalam kalangan murid-murid tidak menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru dalam masa yang ditetapkan. Malah, terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka. Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan mula berubah kerana melihat rakan mereka menerima peneguhan positif. Jadi, wujudlah persaingan yang sihat dalam usaha untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik terhadap diri mereka.Pada masa yang sama, guru kelas haruslah menekankan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru hanya memberi amaran kepada murid yang tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Sekiranya mereka enggan berubah sikap, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah atau guru besar. Akibatnya, murid-murid akan berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan negatif terbabit dan cuba menanam azam agar mereka dapat menyiapkan kerja rumah dalam masa yang ditetapkan.Carter berpendapat bahawa pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid perlu diterangkan tentang kesan-kesan yang berkemungkinan besar mampu memburukkan rekod disiplin apabila mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid akan sedar dan jelas apabila guru-guru menyampaikannya secara berhikmah dan bertoleransi.Guru-guru yang bersikap asertif tidak membawa perwatakan yang garang, kasar atau terlampau tegas. Sebaliknya, mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru-guru yang bersikap asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Ia mampu menjamin hubungan yang baik antara guru-guru dengan murid-murid. Sekaligus, pengurusan bilik darjah dapat dilakukan dengan berkesan. Hal ini dapat membantu membina persekitaran P&P yang tenang serta menyokong perkembangan pembelajaran murid.Menurut Carter, tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi, walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Tetapi, tindakan ini mampu mengurangkan kekecohan yang dicetuskan oleh murid-murid yang mengganggu proses P&P. Mereka perlu dibimbing oleh guru-guru yang arif dalam bidang bimbingan dan kaunseling seperti kaunselor sekolah. Melalui pendekatan ini, mereka dapat diperbetulkan dan dibawa kembali ke pangkal jalan semata-mata untuk menimba seberapa banyak ilmu yang dicurahkan oleh para guru.Selain itu, Carter menyarankan kepada para guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembetulan dalam hierarki akan dinilai daripada segi masalah yang dihadapi oleh murid-murid serta tahap-tahap masalah mereka. Sehubungan dengan itu, para guru perlu bersedia dan mengambil kira daripada aspek keperluan murid-murid, persediaan guru untuk mengajar murid-murid termasuk strategi, kaedah dan teknik yang bakal digunakan; penglibatan murid-murid dalam proses P&P dan pemberian peneguhan sama ada postif mahupun negatif.Tuntasnya, pengurusan bilik darjah merupakan salah satu tugas guru ketika berada dalam kawasan sekolah. Ia diibaratkan sebagai sebuah rumah dan mereka berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak murid. Jadi, mereka juga perlu membimbing dan membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan murid-murid seperti menjaga anak-anak sendiri. Para guru perlu memastikan tingkah laku murid-murid berada dalam keadaan yang sesuai mengikut keadaa. Ia dapat dijelmakan menerusi penampilan, perwatakan, amalan yang bermanfaat, hubungan interpersonal yang baik dan lain-lain. Lantas, murid-murid teruja dengan apa yang diperlihatkan oleh guru-guru mereka dan mereka mula mengorak langkah untuk menjadikan para guru mereka sebagai suri teladan yang patut dicontohi. Sekaligus, murid-murid dapat membentuk peribadi yang sejati lagi mulia dan menjadi insan yang berguna dewasa kelak.

4.2Mohd. Syahidan bin Abdul AzizDapatan kajian iaitu isu utama yang menjadi pokok persoalan daripada kisah stealing time ini adalah pemikiran yang lahir dari akal fikiran David itu sendiri di mana memberi impak yang negatif terhadap dirinya serta orang lain. Hal ini sekali gus mempengaruhi sikap serta nilai yang ada pada David. Apa yang menjadi masalah utama ialah corak pemikiran David terhadap kelas itu sendiri. Oleh keranasikapnya itulah menyebabkan emosinya terhadap persekitaran bilik darjah yang baharu terjejas. David tidak dapat menerima keadaan persekitarannya yang baharu, rakan-rakan serta guru yang baharu. Ini ditunjukkan melalui tingkah lakunya yang kurang menyenangkan di dalam bilik darjah terutama ketika sesi pembelajaran cikguRobert iaitu guru Matematik di kelas David. Tingkah laku David menjadi semakin ,teruk. Dia selalu menjerit bahawa dia mahu kembali ke kelas sebenar bersama guru yang sebenar. Dia langsung tidak memberi Robert peluang untuk menjadi gurunya. Hal ini dibuktikan dalam perenggan kelima. Ini jelas menggambarkan bahawa pemikirannya masih lagi berada di kelasnya yang dahulu. David mungkin merasakan bahawa rakan-rakan di kelasnya sekarang adalah lebih baik daripadanyaberbanding semasa di kelas lamanya dahulu. David juga turut berfikiran bahawa diatidak akan mendapat perhatian khas dalam kelas tersebut seperti mana perhatian yang diperolehnya sewaktu berada di kelas aliran khas.Berdasarkan bacaan serta pemahaman saya dalam kajian ini, saya telah mengenalpasti beberapa masalah yang timbul akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh David. Oleh kerana David beranggapan bahawa dia kekurangan perhatian semasa di kelas itu, maka dia sering memberontak sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap serta tingkah laku yang dipamerkan oleh Davidsemakin hari semakin bertambah buruk sehinggakan semua rakan-rakan kelas David merasakan David seperti seorang pembelot dan mereka tidak suka dia beradadi dalam kelas tersebut dan mereka sentiasa merenungnya. Hal ini menambahkan lagi rasa ketidakselesaan David untuk terus berada di kelas tersebut.Saya berpendapat bahawa punca yang menyebabkan David bertindak begitu adalah kerana inginkan perhatian daripada gurunya. Seperti mana yang kita ketahui, kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran memerlukan perhatian yang khusus daripada gurunya. Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurology. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai pemalas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir (Haliza Hamzah, et.al, 2009).Berkemungkinan, faktor yang mempengaruhi masalah serta tingkah laku David adalah faktor persekitaran. Ini adalah kerana, apabila David berada di kelas aliran khas, David akan diberi perhatian yang lebih berbanding di kelasnya sekarang. Ini menyebabkab David seolah-olah merasa terpinggir dan tidak diberikan perhatian seperti dahulu. Mungkin juga, David merupakan antara pelajar yang terbaik di dalam kelas khas, namun apabila dia memasuki kelas aliran perdana, dia tidak akan merasakan dirinya terbaik lagi kerana ramai rakannya di kelas tersebut lebih baik daripadanya. Hal ini menyebabkan David bertingkah laku yang tidak diingini.Seterusnya, saya akan mengaitkan kajian kes ini dengan model pengurusan bilik darjah, iaitu Model Akibat Logikal atau lebih dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Alasan yang menyebabkan saya mengaitkan model ini dengan kajian kes adalah kerana David cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, menghempas buku di lantai dan mengetuk pensel di meja. Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik, tidak seharusnya menggunakan hukuman. Menurut beliau, masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh motif-motif murid iaituinginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam, dan memaparkan kekurangan (Choong Lean Keow, 2009).Sikap David lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara cadangan yang disyorkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan perhatian murid berkenaan. Cikgu Robert hendaklah mengubah strategi atau aktivitipembelajaran seperti menyanyi, bersoal jawab yang lebih menarik minat David sertameninggalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, mengubah kedudukan murid yang berkenaan. Cikgu Robert meminta David duduk di tempat lain atau pergi ke Sudut Berfikir. Guru juga perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan memberi peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja. Malahan, untuk mengelakkan tingkah laku David berterusan, lakukan sesuatu yang bersifat luar jangkaan seperti memasangkan lampu, atau mainkan alat muzik.Selain itu, pembelajaran koperatif telah dijalankan dalam kajian ini. Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalamaspek sosial dan perhubungan manusia (Noriati A. Rashid, et al., 2009). Pembelajaran koperatif lebih menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi dan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar akan mengajar dan berbincang sesama sendiri untuk mencapai satu tahap yang sama tinggi. Malahan, setiap individu bertanggungjawab dalam kumpulan masing-masing. Kebaikannya, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.Dalam kes ini, Robert telah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ketika mengajar kelas Matematik.Secara keseluruhannya, saya berpendapat kaedah serta pendekatan yang digunakan oleh cikgu Robert adalah bersesuaian kerana beliau tidaklah terlalu menggunakan hukuman dalam pengajarannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan pendidikan untuk pembangunan kemanusiaan iaitu untuk menghasilkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Maka, sebagai seorang guru, kita perlulah menyedari tanggungjawab kita kepada anak bangsa tidak mengira bangsa, agama mahupun kekurangan yang dialami seperti kanak-kanak dalam kajian kes ini iaitu David. Walaupun David merupakan salah seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kelas, namunsebagai seorang guru, kita terlebih dahulu perlu memahami latar belakang murid tersebut. ini adalah untuk mengelakkan salah faham antara guru dengan murid sertamurid dengan murid.Strategi pengajaran dan pembelajaran juga perlulah dikemaskini serta dipelbagaikan dari semasa ke semasa agar pembelajaran tidaklah tertumpu pada satu kaedah sahaja. Gaya pembelajaran secara koperatif merupakan strategi pengajaran yang baik serta berkesan dalam bilik darjah. Ini kerana, pelajar dapat bertukar idea serta pengalaman sesama mereka. Sebagai guru, perlulah bijak memainkan peranan sebagai fasilitator dalam perbincangan.Secara rumusnya, teori-teori pembelajaran yang dipelajari mampu mengubah konsep pembelajaran dan pengajaran seseorang terutamanya dalam kalangan pelajar dalam memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh hal demikian, sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa haruslah bijak dalam menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Hasil pengajaran dan pembelajaran akan berkesan sekiranya teori-teori yang diaplikasikan kepada pelajar selaras dengan tahap pemikiran mereka. Tuntas daripada teori-teori tersebut, seseorang itu dapat memberikan cadangan cara menangani atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.

5.0REFLEKSI5.1Hairileqhwan Firdaus bin FadzilAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dan rakan sekerja saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi oleh saya sepanjang tugasan ini sedang dilaksanakan. Mudah-mudahan ia membawa erti dalam kehidupan saya untuk bergelar sebagai bakal guru kelak.Tugasan ini membawa saya ke dunia pendidikan yang serba luas dan penuh dengan onak duri serta cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi oleh seseorang yang meninginkan gelaran sebagai pendidik. Melalui tugasan ini, saya meneroka dan merenung sejenak akan zaman persekolahan sekolah rendah, iaitu ketika saya berusia 7-12 tahun. Alam persekolahan ketika berusia sedemikian merupakan tugas yang amat berat untuk dipikul oleh para guru. Murid-murid diibaratkan seperti kain putih dan para guru yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak murid mereka ketika mereka beransur dewasa. Guru-guru hendaklah membimbing serta mendidik mereka dan ia merangkumi aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana apa yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Selain itu, tugasan ini memberikan saya peluang untuk mengamati dan mempelajari pelbagai strategi, kaedah dan teknik untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tambahan pula, pelbagai teori-teori yang telah diutarakan oleh tokoh-tokoh psikologi, pedagogi dan pendidikan yang telah menjelaskan permasalahan dan penyelesaian bagi sesuatu masalah terhadap murid-murid tersebut. Ia telah memberikan nafas baru buat saya dalam mengatur langkah untuk mengejar cita-cita untuk menjadi seorang guru.Di samping itu, keperluan murid-murid perlulah dipenuhi oleh para guru terlebih dahulu. Sebelum proses P&P bermula, guru perlu menyarankan mereka untuk mengalas perut seperti bersarapan di waktu pagi agar mereka berasa selesa untuk mengikuti sesi P&P berkenaan. Pengetahuan sedia ada murid-murid juga merupakan salah satu daripada keperluan murid-murid. Guru hendaklah menanyakan kepada mereka terlebih dahulu tentang apa yang akan dipelajari pada hari terbabit.Peneguhan positif seperti pujian dan ganjaran hendaklah diberikan kepada murid-murid yang bersifat aktif dalam sesi P&P. sebaliknya, bagi mereka yang bersifat pasif; guru hendaklah membuat keputusan yang mempunyai rasional tersendiri dan tidak perlu bertindak di luar kawalan. Guru boleh memberikan nasihat atau melaporkan kepada guru-guru bimbingan dan kaunseling supaya mereka dapat membantu untuk mengubah pandangan serta pemikiran murid-murid berkenaanSecara kesimpulannya, guru merupakan suri teladan dalam membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan murid-murid. Prospek seperti penampilan diri, perwatakan, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap mereka dalam meneruskan kehidupan untuk menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti.

5.2Mohd. Syahidan bin Abdul AzizAlhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana dengan keizinanNya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah iaitu berkenaan dengan masalah disiplin kanak-kanak yang telah diberikan kepada saya ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, para sahabat, para tabi'in, tabi' tabi'in ryang telah banyak memainkan peranan di dalam menyumbangkan idea serta tenaga bagi memartabatkan agama Islam di seantero dunia.Dalam pembelajaran subjek EDU 3104, kami didedahkan dengan 8 topik. Antara topik yang didedahkan kepada kami ialah pengurusan bilik darjah sekolah rendah. Kami diceritakan tentang pengurusan bilik darjah dan ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah. Dalam topik ini saya dapat belajar bagaimana menjadi guru yang cekap dalam mengurus bilik darjah untuk menjadikan bilik darjah yang harmoni. Seterusnya kami diberi kuliah peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Antara perkara yang dikuliah kan ialah bagaimana guru ingin membentuk persekitaran yang kondusif dan mengurus segala yang berkait murid dan kelas.Sepanjang menyiapkan tugasan kajian kes ini, saya dapati beberapa kekuatan yang ada di sekitar kami sendiri. Pertama, masalah disiplin berkenaan tidak memberikan perhatian dan mengganggu proses p & p. adalah perkara yang rapat dengan kami kerana kami juga pernah melalui zaman persekolahan. Kedua, saya dan guru pelatih lain di IPG KSM ini telah lama dilatih untuk menjiwai perwatakan seorang guru walau di mana sahaja kami berada. Oleh itu, kajian kes kali ini tidaklah sukar bagi kami untuk mengenalpasti faktor-faktor dan ciri-ciri murid yang bermasalah dalam disiplin.Guru juga boleh mengaplikasikan konsep disiplin bilik darjah dan model pengurusan disiplin. Model pengurusan disiplin merangkumi Teknik Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Disiplin- Asertif Canter, Akibat Logikal Dreikurs, Model Kounin : Pengurusan Kelopmpok dan Teori Realiti dalam kaunseling : William Glasser. Sepertimana yang telah dihuraikan, disiplin merupakan salah satu latihan yang digunakan untuk melatih individu menjadi insan yang lebih baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Dengan wujudnya model dan konsep disiplin ini, dapat membantu para guru untuk mendisplinkan pelajar- pelajar yang mempunyai masalah disiplin dari yang ringan hingga ke peringkat serius.Melalui matapelajaran ini ,saya berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu berkenaan pengurusan bilk darjah dan tingkah laku murid yang bermasalah serta cara mengatasinya. Hal ini kerana, kami akan pergi ke praktikum pada tahun hadapan dan ini amat penting dalam memberi kami keyakinan dalam menguruskan kelas dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya berpeluang untuk memilih model dan teori yang mana ingin digunakan semasa di dalam kelas.Hal ini penting dalam menguruskan tingkahlaku pelajar yang bermasalah.Secara keseluruhan, matapelajaran ini amat baik dan bermakna kerana ianya adalah satu komponen yang penting dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan secara baik dan disiplin pelajar juga dapat dibina. Semoga kami dapat mempraktikkan segala apa yang telah diajar di dalam matapelajaran ini semasa bergelar seorang guru kelak.

6.0BORANG KOLABORASI

NAMA:HAIRILEQHWAN FIRDAUS BIN FADZILMOHD. SYAHIDAN BIN ABDUL AZIZKUMPULAN:3 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1MATA PELAJARAN:EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DANTINGKAH LAKUPENSYARAH:EN. RAZALI BIN SHAFEITARIKHPERKARA DIBINCANGKANKOMENTANDATANGAN

7.0BIBLIOGRAFI7.1.Buku IlmiahChoong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Choong Lean Keow. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Perak Darul Ridzuan:Multimedia Sdn. Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan:Oxford Fajar Sdn. Bhd.7.2Laman Sesawanghttp://wadira358.blogspot.com/2010/08/blog-post.html (diakses pada 9 Mac 2012)http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-pelaziman-operan-skinner.html (diakses pada 22 Mac 2012)http://akugpc.blogspot.com/2010/05/teori-dreikurs.html (diakses pada 15 Mac 2012)http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/model-akibat-logikal-dreikurs.html (diakses pada 24 Mac 2012)29