Upload
doanh
View
274
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
POTENSI PERLAKSANAAN KURSUS PENDEK KE ARAH PEMBANGUNAN
USAHAWAN: KAJIAN KES DI KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG, SABAH
Betsy Vine Sidion, Mohd Suhairi bin Mohd Shariff dan Corine Ahlai @ Eric
Kolej Komuniti Penampang
E-mel: [email protected], [email protected],
Abstrak
Kursus pendek merupakan antara satu program utama yang dilaksanakan oleh semua Kolej
Komuniti di seluruh Malaysia. Kursus yang dikendalikan adalah bertujuan untuk memberi ilmu
kemahiran kepada komuniti setempat dalam pelbagai bidang. Selain daripada itu, kursus pendek
juga menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan. Kajian ini bertujuan untuk
membincangkan potensi perlaksanaan kursus pendek ke arah melahirkan dan membangunkan
golongan usahawan di kalangan komuniti setempat khususnya di Kolej Komuniti Penampang.
Rekabentuk kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual untuk
mendapatkan data. Data diperolehi melalui temubual kepada bekas peserta kursus pendek yang
bergiat aktif dalam bidang keusahawanan berdasarkan kursus yang telah mereka sertai di Kolej
Komuniti Penampang. Lapan orang usahawan terlibat dalam kajian ini. Data dirujuk melalui
analisis teks temubual yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan kursus
pendek di Kolej Komuniti Penampang memberikan impak tinggi kepada peserta kursus
khususnya dalam bidang pastri dan jahitan. Selepas mengikuti kursus tersebut, peserta lebih
berkeyakinan untuk menjadikan bidang pastri dan jahitan sebagai produk keusahawanan mereka.
Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor minat dalam bidang keusahawanan membantu
mereka bersaing dengan usahawan lain di samping sentiasa mengikuti kursus pendek yang
berkaitan sebagai alternatif pembelajaran sepanjang hayat.
Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kursus Pendek dan Keusahawanan
PENDAHULUAN
1.0 Latar Belakang Kajian
Pendidikan di Malaysia amnya, dirangka untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi pendidikan di
Malaysia di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, merupakan sebuah
institusi pengajian tinggi awam yang menumpukan usaha ke arah menjadi peneraju pendidikan
dan latihan dalam Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang
tahun 2025. Menurut Rohizani yaakub (2004), objektif utama pengajaran ialah untuk
mentransformasikan hasil pembelajaran kepada bentuk tingkah laku. Keberkesanan pengajaran
pula amat bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan kemahiran yang diajar boleh
berjaya diaplikasikan untuk memudahkan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran ialah proses
pemperoleh maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan
sikap dan kepercayaan seseorang. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia, berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Selain itu, menurut Gronlund
(2000) di dalam Mohd Zohir Ahmad dan Hazri Jamil (2004), kebolehan mempersembahkan
‘performance’ pelajar yang dapat dilihat atau ditunjuk oleh pelajar pada akhir pengajaran
menggambarkan bahawa mereka telah berjaya mencerap kemahiran yang diterapkan.
Selain daripada menawarkan kursus sepenuh masa, Kolej Komuniti pada umumnya juga
menawarkan kursus pendek bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Tujuan kursus
adalah untuk meningkatkan taraf hidup, memberi galakan, menanam minat dan mendidik
masyarakat mengenai konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pembelajaran Sepanjang
Hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperoleh dan pemindahan pengetahuan, nilai
murni dan kemahiran. Ini kerana, dahulunya pengalaman pendidikan prasekolah yang
mengembirakan dan bermakna akan hanya dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam
diri seseorang sejak kecil hinggalah ke akhir hayat mereka. Maka dengan itu, sejajar dengan
konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu sebagai suatu pendemokrasian pendidikan yang
merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara
formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan
latihan di tempat kerja.
Bidang keusahawanan telah lama bertapak di Malaysia sejak bermulanya aktiviti
perdagangan menggunakan sistem barter (Yusof & Shafie, 2012). Kegiatan ekonomi ini terus
dipelopori sebagai aktiviti perniagaan secara kecil - kecilan sehingga berkembang kepada
perdagangan antarabangsa iaitu kedatangan pedagang asing dan perdagangan Negara luar pada
zaman kerajaan Melayu Melaka (Hashim, Othman & Buang, 2009). Perkataan usahawan mula
diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Perkataan
usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris entrepreneur. Perkataan
entrepreneur berasal dari perkataan Perancis, entreprendre yang bererti memikul tugas atau
tanggungjawab. Kerajaan bermatlamat untuk menjadikan bidang keusahawanan terutamanya
sektor industri kecil dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan dan seterusnya
membantu perkembangan ekonomi negara pada abad ke-2l (Lope Pihie, 2009). Atas kesedaran
untuk mewujudkan masyarakat yang produktif serta berdaya saing pelbagai usaha telah diambil
untuk meningkatkan minat lebih ramai peserta menyertai bidang keusahawanan. Namun, usaha
ini tidak akan berjaya sepenuhnya jika tidak dilaksanakan dengan cara yang betul (Othman &
Ishak, 2009). Malaysia sedang mengubah keadaan masyarakat daripada masyarakat yang
bergantung kepada kerajaan kepada masyarakat yang bekerja sendiri. Kerajaan menyarankan
agar masyarakat berkerja sendiri dengan tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk menyara
diri dan keluarga (Buang & Yusof, 2006).
1.1 Pernyataan Masalah
Ilmu pengetahuan dan teknologi semakin berkembang pesat pada abad ini seiring dengan
jumlah penduduk yang semakin bertambah. Oleh itu, permintaan kepada keperluan seharian
seperti produk makanan dan minuman, produk-produk kesihatan dan kecantikan, dan lain-lain
adalah merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pendapatan masyarakat setempat
melalui pengwujudan usahawan-usahawan kecil yang berniaga samada sebagai pendapatan
harian mahupun sebagai pendapatan sampingan mereka. Namun begitu, untuk menjadi seorang
usahawan, seseorang itu memerlukan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang usahawan
yang diceburi serta kelayakan akademik untuk berniaga.
Di Kolej Komuniti Penampang khususnya, di bawah unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH), salah satu proses Pembelajaran & Pengajaran yang diterapkan adalah melalui kursus-
kursus pendek yang ditawarkan iaitu contohnya seperti bidang masakan, jahitan, perisian
komputer, kecantikan dan sebagainya, yang mana relevan dengan keperluan masyarakat
setempat. Kursus pendek ini kebiasaannya dilaksanakan pada hujung minggu iaitu samada pada
hari Sabtu atau Ahad di antara 5 jam atau 8 jam pengajaran dalam sehari. Melalui pengalaman
yang lepas, didapati kebanyakan peserta kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti
Penampang, Sabah sepanjang tahun 2015 sehingga Jun 2016 memberi impak kepada mereka
iaitu dari segi kemahiran untuk melahirkan minat masyarakat menjadi usahawan yang berjaya di
suatu masa kelak. Kesan ini sedikit sebanyak memberi impak peserta Program Pembelajaran
Sepanjang Hayat di kolej komuniti untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat kursus. Sebagai
langkah penyelesaian pihak kementerian mengambil keputusan untuk menjadikan usahawan
melalui penganjuran kursus-kursus pendek sebagai salah satu penyelesaian kepada isu
penganguran dengan mengwujudkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti
untuk melahirkan bakal – bakal usahawan.
Oleh yang demikian, pengkaji terpanggil untuk mengkaji potensi yang timbul daripada
kursus-kursus pendek yang dianjurkan di Kolej Komuniti Penampang dalam melahirkan serta
membangunkan usahawan di kalangan peserta kursus pendek tersebut dimana seramai 10 orang
usahawan yang terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi melalui temubual kepada bekas peserta
kursus pendek yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan berdasarkan kursus yang telah
mereka sertai di Kolej Komuniti Penampang, Sabah.
1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah:
a) Membuat tinjauan terhadap maklumat sekunder berkaitan dengan statistik kursus
pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Penampang, Sabah
sepanjang tahun 2015 sehingga Jun 2016
b) Mengenalpasti tahap minat peserta terhadap kursus pendek Pembelajaran Sepanjang
Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan
c) Mengenalpasti peserta yang telah menjadi usahawan melalui implikasi kursus pendek
yang diikuti
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Perkara yang akan dibincangkan di dalam bab ini ialah mengenai perkara-perkara
berhubung dengan kata kunci kajian iaitu seperti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), kursus
pendek dan Keusahawanan.
2.1 Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat bagi seseorang manusia, dan ianya berlaku di mana-mana tempat dan pada
sebarang masa. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif,
pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan
tingkahlaku yang agak kekal. Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai suatu pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
samada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan
pengalaman dan latihan di tempat kerja. Konsep pendidikan tidak formal ini merupakan proses
yang berlaku sepanjang hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ianya
diperolehi menerusi aktiviti harian. Contoh seperti sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun,
sistematik yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan
tertentu. Pendidikan formal pula adalah pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan
teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara. Seseorang pekerja perlu
memahami keseluruhan sistem kerja. Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir
walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan. Justeru itu, Pembelajaran Sepanjang
Hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan telah menukar cara berfikir masyarakat
kita khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi. “Konsep
pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan
peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan untuk
melahirkan generasi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang” (menurut kata Tun
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia, 2011). Usaha
membangunkan modal insan adalah satu daripada pendekatan utama yang perlu ditekankan
dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana setiap warga diberi peluang untuk melanjut
atau menyambung pelajaran. Mereka yang bekerja pula perlu menambah nilai terhadap pekerjaan
mereka melalui tambahan ilmu pengetahuan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri
dengan suasana pekerjaan yang sentiasa berubah secara drastik serta mencuba
untukmemberanikan diri menjadi seorang usahawan kecilan sebagai permulaan.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat yang diamalkan di negara-negara maju adalah
berlandaskan kepada beberapa objektif utama iaitu pencapaian atau pembangunan peribadi
(personal fulfillment/development), memenuhi keperluan guna tenaga (employability),
mewujudkan warga negara yang aktif (active citizenship) dan penyertaan sosial (social
inclusion). Bagi tujuan itu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menyediakan peluang
dan kemudahan kepada masyarakat dalam pelbagai situasi untuk memperoleh kemahiran asas,
menyediakan pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, meningkatkan perkongsian
dengan agensi dalam dan luar negeri bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanannya,
meningkatkan kelayakan dan pengalaman terdahulu serta meningkatkan penglibatan komuniti
(Mohd Yahya, 2005). Pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) adalah sebahagian
dari reformasi pengajian tinggi negara yang termaktub dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara. Ia juga merupakan pelantar untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyediakan
peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh rakyat (Mustapa Mohamed, 2007). Antara
peluang tersebut termasuklah membenarkan akses melalui Pengiktirafan Pengalaman
Pembelajaran Terdahulu (PPPT).
2.2 Kursus Pendek
Kursus jangka pendek ialah kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar,
seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari
kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik. Manakala, dalam kajian ini, pengkaji
mendefinasikan kursus jangka pendek adalah sebarang kursus atau latihan berupakan akademik
atau praktikal, lawatan sambil belajar, seminar, bengkel dan penempatan industri yang bercorak
latihan sepenuh masa yang tempohnya iaitu tidak melebihi tiga bulan calendar dan cuti am.
Kolej Komuniti melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah diamanahkan bagi
membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui pelbagai kursus-
kursus jangka pendek. Di antara kursus pendek yang dijalankan adalah seperti kursus aplikasi
perisian computer, bahasa, dandanan rambut dan kecantikan, fesyen dan pakaian, fotografi
komersial, jahitan kreatif, kulinari dan pastri, lanskap dan nursery, seni kreatif & senireka grafik,
servis kenderaan ringan, terapi kecantikan dan SPA, dan sebagainya.
2.3 Keusahawanan
Menurut Chiew et al (2011), keusahawanan merupakan satu tindakan permulaan,
mencipta, membina dan memperluaskan satu perusahaan atau organisasi, mewujudkan satu
pasukan usahawan serta mengumpul sumber-sumber untuk mencari peluang dalam pasaran
jangka panjang. Dalam konteks kajian ini, keusahawanan merujuk kepada usaha berterusan oleh
individu atau sekumpulan individu yang membentuk organisasi untuk menjalankan proses
mewujudkan barangan atau perkhidmatan baru di mana ianya dilakukan secara sistematik
dengan menggunakan sumber secara optimum untuk memenuhi permintaan bagi mengwujudkan
permintaan baru. Menurut Van Gelderen (2007), beliau menakrifkan kebolehan keusahawanan
sebagai suatu kemampuan yang diterjemahkan dalam kelakuan atau tindakan seseorang
usahawan yang merangkumi kemampuan untuk memulakan perniagaan baru, mengurus
perniagaan, membuat keputusan, mengenal pasti peluang, mengurus masa, berkomunikasi
dengan baik, menyelesaikan masalah secara kreatif dan mengurus stress yang semuanya
dianggap sebagai kebolehan asas dalam pengurusan perniagaan. Dalam kajian ini, penyelidik
mendefinisikan kebolehan sebagai sesuatu yang perlu ada dalam di peserta bagi memastikan
perjalanan syarikat yang akan mereka buka serta terurus dengan sempurna.
Yusof (2009) menyatakan bahawa golongan pendidik merupakan pendorong dan juga
penyuntik pada penghayatan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan modal insan iaitu pelajar.
Hujah beliau lagi, pendidik perlu bersedia member dorongan kepada pelajar untuk mengubah
sikap dan mengambil faedah daripada gabungan antara potensi yang mereka miliki dengan ilmu
yang disuntik dalam memastikan berlakunya cetusan pembudayaan keusahawanan mereka
sebagai satu pilihan kerjaya yang terbaik. Dalam kajian ini, penyelidik mendefinisikan dorongan
sebagai sesuatu yang menjadi pemangkin yang diperolehi oleh setiap peserta bagi menceburi
bidang usahawan.
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan metodologi atau kaedah serta prosedur dalam
melaksanakan kajian ini. Kaedah yang akan digunakan adalah berdasarkan kepada objektif yang
hendak dicapai seperti yang terkandung di dalam Pendahuluan pada kajian ini. Perbincangan
adalah meliputi sampel kajian, instrument kajian, kaedah pengumpulan data, kaedah
menganalisis data dan kajian rintis.
3.1 Polulasi dan Sampel Kajian
Menurut Krejie dan Morgan (1970), untuk menentukan kesahan bahawa sampel mewakili
populasi bilangan sampel yang dipilih secara rawak, mestilah sekurang-kurangnya 27.5 peratus
dari jumlah populasi. Dalam kajian ini, populasi adalah terdiri daripada peserta-peserta kursus
pendek yang dianjurkan di Kolej Komuniti Penampang, Sabah sepanjang tahun 2015 sehingga
Jun 2016. Pemilihan sampel adalah seramai 8 orang yang dipilih secara rawak.
3.2 Instrumen Kajian
Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah:
a) Borang Soal Selidik
Bagi kajian berbentuk tinjauan atau mendapatkan maklumbalas daripada responden,
instrument ini lazimnya digunakan dalam kajian ialah soal selidik (Abdul Fatah Abdul
Malik, 1986). Ini adalah kerana dengan menggunakan soal selidik, ia dapat menjimatkan
penggunaan masa untuk menjawab soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik
ini iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan item-item berkenaan
dengan latar belakang responden. Bahagian B mengemukakan item-item yang berkaitan
dengan Kursus Pendek yang diikuti di Kolej Komuniti Penampang serta pendapat mereka
mengenai kursus-kursus tersebut.
Sebanyak 8 item dikemukakan dan responden hanya perlu menandakan pada
ruangan berkenaan mengikut skala “Likert”. Skala “Likert” digunakan dimana responden
memilih jawapan daripada satu kontinum. Oleh itu, responden perlu menandakan
jawapan mereka mengenai kenyataan mereka berdasarkan satu skala dari satu ekstrem
yang lain seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1(Wiersm, 2000) yang menyatakan
bahawa skala “Likert” boleh terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 dan tidak melebihi 7
bilangan skala/ kaedah ini dipilih kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk
menjawab.
Jadual 1: Jadual Skala “Likert”
SKALA LIKERT MAKLUMBALAS SINGKATAN
4 Sangat Setuju SS
3 Setuju S
2 Tidak Setuju TS
1 Sangat Tidak Setuju STS
b) Borang Temuduga
Temu bual digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan data tambahan dan
makluman lebih terperinci daripada responden. Temu bual dilaksanakan terhadap 10
orang peserta yang terlibat dengan kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang,
Sabah sepanjang tahun 2015 sehingga Jun 2016. Kaedah bersemuka telah dilaksanakan
kerana mudah untuk berinteraksi dengan responden bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Melihat kepada keperluan kajian, penyelidik memilih untuk mendapatkan data dengan
kaedah temu bual semi-struktur secara individu. Temu bual individu telah dijalankan
secara berasingan dimana penyelidik bertemu dengan responden secara berasingan dan
akan ditemubual dengan skop soalan-soalan yang sama disamping meminta responden
untuk mengisi boring soal selidik yang sedia ada.
3.3 Pengumpulan data
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara lansung dimana pengkaji
bertemu atau bersemuka dengan semua responden yang terlibat semasa kursus-kursus pendek
dijalankan. Kajian ini telah dilakukan selama sebulan bermula pada 02 Julai 2016 sehingga 30
Julai 2016. Prosedur kajian adalah seperti berikut:
1) Memilih kalangan responden yang mempunyai hubungan suami-isteri yang kerap kali
mengikuti kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang
2) Memilih kalangan responden yang mempunyai hubungan adik-beradik yang kerap kali
mengikuti kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang
3) Memilih kalangan responden secara rawak yang kerap kali mengikuti kursus-kursus
pendek di Kolej Komuniti Penampang dan telah menjadi usahawan
3.4 Kaedah Analisis Data
Data-data yang diperolehi daripada keputusan borang soal selidik akan dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif iaitu menunujukkan peratusan serta min keputusan hasil
dapatan data. Data yang diperoleh melalui soal selidik ini dianalisis mengikut urutan soalan
secara kuantitatif dan dapatan kemudiannya disusun, diringkaskan dan dipersembahkan dalam
bentuk yang mudah difahami. Bagi sesi temubual pula, data yang diperolehi seterusnya dianalisis
menggunakan pengkodan untuk membantu penyelidik melabel, menerima dan menyusun data.
Data-data tersebut akan digunakan sebagai data primer. Manakala data sekunder pula diperoleh
daripada pembacaan sumber rujukan yang sedia ada seperti data peserta dalam borang maklumat
peserta bagi kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang, Sabah. Penyelidik menggunakan
sumber tersebut kerana sumber ini sahih dan tidak diragui kebenarannya.
KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan
Dalam bab ini menerangkan mengenai hasil kajian yang diperolehi bagi menjawab
kepada objektif kajian sebelum ini. Analisis yang pertama diperolehi daripada kajian tinjauan
melalui data sekunder iaitu maklumat para peserta kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang.
Selain itu, analisa borang soal selidik juga dianalisis yang mana terbahagi kepada dua bahagian
iaitu Bahagian A menyatakan tentang profil responden, manakala Bahagian B menjawab kepada
persoalan kajian terhadap objektif pertama iaitu “Mengenalpasti tahap minat peserta terhadap
kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan”.
Analisis kedua pula diperoleh daripada hasil temubual 10 responden yang dipilih secara rawak
bagi menjawab kepada persoalan kajian terhadap objektif kedua iaitu “Mengenalpasti peserta
yang telah menjadi usahawan melalui implikasi kursus pendek yang diikuti”.
4.1 Maklumat Kursus-Kursus Pendek di Kolej Komuniti Penampang
Berikut merupakan maklumat-maklumat yang diperolehi dalam system capaian e-PSH
bagi kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Penampang, Sabah sepanajng
tahun 2015 sehingga Jun 2016. Mengikut hasil dapatan daripada data pada Jadual 2 dan Jadual 3,
kebanyakan peserta kursus-kursus pendek lebih memilih kepada bidang masakan iaitu catering &
sajian, bidang jahitan serta bidang grafik & senibina. Jadual 2 menunjukkan statistik bilangan
peserta kursus mengikut kluster masing-masing sepanjang tahun 2015
Jadual 2: Laporan Statistik Perlaksanaan Kursus Pendek Kolej Komuniti Penampang
sepanjang Tahun 2015
Kluster Kursus
Grafik &
multimedia
Komputer &
teknologi maklumat
Hospitaliti &
Perlancongan
Jahitan &
Pakaian
Elektrik &
Elektronik
Bil.
Kursus
9 1 0 7 0
Bil.
Peserta
124 3 0 62 0
Kluster Kursus
Teknologi
Agro
Bahasa Kraftangan &
Hiasan Dalaman
Kerohanian &
Keagamaan
Sains
Kesihatan
Bil.
Kursus
0 8 0 3 1
Bil.
Peserta
0 160 0 50 37
Kluster Kursus
Bangunan Program
Industri
Pembangunan diri
/ Motivasi
Perniagaan /
Keusahawanan
Katering
dan Sajian
Bil.
Kursus
0 1 2 2 20
Bil.
Peserta
0 38 36 44 362
Kluster Kursus
Kenderaan
& Automatif
Sanins dan
Matematik
Seni Kreatif Kecantikan dan
Dandanan
Bil.
Kursus
0 0 2 7
Bil.
Peserta
0 0 17 113
Manakala, Jadual 3 pula menunjukkan statistik bilangan peserta kursus mengikut bulanan
perlaksanaan kursus pendek dari Januari sehingga Jun 2016
Jadual 3: Laporan Statistik Perlaksanaan Kursus Pendek Kolej Komuniti Penampang
Januari – Jun bagi Tahun 2016 mengikut jenis kursus
Bil Nama Kursus Melayu Cina India Lain Jumlah Jumlah
Keseluruhan L P L P L P L P L P
1 HIASAN PERMATA JAM TANGAN
(SESI 1) 0 17 0 1 0 0 0 5 0 23 23
2 RAINBOW CHEESECAKE (SESI 1) 0 9 1 4 0 0 1 8 2 21 23
3 HIASAN PERMATA JAM TANGAN
(SESI 2) 0 5 1 3 0 0 0 2 1 10 11
4 PEMBUATAN PIZZA (SESI 1) 0 10 0 4 0 0 0 6 0 20 20
5 JAHITAN BLOUSE DAN SKIRT
(SIRI 1) SESI 1 0 9 0 7 0 0 0 3 0 19 19
6 JAHITAN BLOUSE DAN SKIRT
(SIRI 2) SESI 1 0 9 0 7 0 0 0 3 0 19 19
7 KEK BUAH KUKUS 1 9 0 1 0 1 0 12 1 23 24
8 PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (DEWASA) SIRI 1 0 14 0 0 0 0 0 0 0 14 14
9 PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (DEWASA) SIRI 2 0 14 0 0 0 0 0 0 0 14 14
10 PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (DEWASA) SIRI 3 0 14 0 0 0 0 0 0 0 14 14
11 PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (DEWASA) SIRI 4 0 14 0 0 0 0 0 0 0 14 14
12
PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (KANAK-KANAK)
SIRI 1
8 18 0 0 0 0 0 0 8 18 26
13
PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (KANAK-KANAK)
SIRI 2
8 18 0 0 0 0 0 0 8 18 26
14
PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (KANAK-KANAK)
SIRI 3
8 18 0 0 0 0 0 0 8 18 26
15
PENGUKUHAN BAHASA
INGGERIS (KANAK-KANAK)
SIRI 4
8 18 0 0 0 0 0 0 8 18 26
16 RED VELVET CUPCAKES SESI 1 0 5 0 0 0 0 0 17 0 22 22
17 SULAMAN TAMPAL SERIBU
(PATCHWORK) SESI 2 0 11 0 4 0 0 0 9 0 24 24
18 ASAS FOTOGRAFI 1 3 0 0 1 0 2 3 4 6 10
19 ASAS JAHITAN LANGSIR 0 5 0 2 0 0 0 5 0 12 12
20 BISKUT RAYA (LIDAH KUCING) 1 10 0 1 0 0 0 10 1 21 22
21 CHOCOLATE MOIST CAKE
(STEAM) 0 7 0 0 0 0 0 13 0 20 20
22 FACIAL TREATMENT (MODUL
SKM) 0 4 0 1 0 0 0 8 0 13 13
23 GUBAHAN HIASAN BUNGA 0 10 0 0 0 0 0 1 0 11 11
4.2 Borang kaji selidik
Hasil kajian yang dibincangkan terbahagi kepada beberapa aspek yang mana setiap aspek
tersebut adalah berkaitan dengan persoalan kajian. Kesemua dapatan kajian ini dianalisis
berdasarkan Bahagian B dalam borang soal selidik iaitu merujuk kepada persoalan kajian
“Mengenalpasti tahap minat peserta terhadap kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat
dalam kecenderungan menceburi keusahawanan”.
4.2.1 Bahagian A: Maklumat mengenai Latar Belakang Responden
4.2.1.1 Jantina
Carta Pai di bawah menunjukkan pengagihan borang soal selidik kepada responden
mengikut jantina. Hasil dapatan mendapati, golongan perempuan / wanita merupakan golongan
yang ramai mengikuti kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh kolej komuniti berbanding
golongan lelaki
Rajah 1: Carta Pai bagi Jantina Responden
Lelaki
4.2.1.2 Pekerjaan
Carta Pai di bawah menunjukkan pengagihan borang soal selidik kepada responden
mengikut pekerjaan. Hasil dapatan mendapati, golongan responden yang bekerja di badan
kerajaan dan bekerja sendiri merupakan golongan yang ramai mengikuti kursus-kursus pendek
yang dianjurkan oleh kolej komuniti Penampang dengan masing-masing sebanyak 30%.
Rajah 2: Carta Pai bagi Pekerjaan Responden
4.2.1.3 Taraf Pendidikan
Carta Pai di bawah menunjukkan pengagihan borang soal selidik kepada responden
mengikut taraf pendidikan. Hasil dapatan mendapati, golongan responden yang berkelulusan
SPM cenderung dan berminat untuk mengikuti kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti
Penampang, Sabah iaitu sebanyak 60% daripada jumlah keseluruhan responden.
Rajah 3: Carta Pai bagi Taraf Pendidikan Responden
4.2.2 Bahagian B: Analisis terhadap tahap minat peserta terhadap kursus pendek
Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan
Jadual 4 : Skala Likert
Pemberat Skor
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Setuju 3
Sangat Setuju 4
(Sumber : Diadaptasi daripada Azizi et. al 2007)
Analisis data digunakan menggunakan Microsoft office excell. Pemberat skor min yang
diperolehi dirujuk melalui Jadual 4 dan dikodkan hasilnya samada rendah, sederhana ataupun
tinggi.
Jadual 5: Interpretasi Skor Min
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana
3.01 hingga 4.00 Tinggi
Sumber: Foo dan Tang (2002)
Daripada soal selidik yang telah dijalankan satu analisis telah dibuat dan keputusannya
adalah seperti Jadual 6.
Jadual 6 : Item – item berkaitan dengan Keberkesanan Kursus Pendek yang dianjurkan
di Kolej Komuniti Penampang, Sabah
Bil Item Berkaitan Dengan Keberkesanan Min Tahap
Keberkesanan
1. Kursus-kursus pendek yang dianjurkan di Kolej Komuniti
Penampang menarik minat saya untuk disertai 3.92 Tinggi
2.
Kursus pendek yang pendek yang dianjurkan di Kolej Komuniti
Penampang memberi peluang kepada saya untuk memperolehi
ilmu kemahiran yang baru
4.00 Tinggi
3. Kursus pendek yang dianjurkan di Kolej Komuniti Penampang
dapat membantu saya mempertingkatkan kemahiran sedia ada 3.87 Tinggi
4. Saya selalu diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus pendek
yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Penampang 2.74 Sederhana
5. Kursus masakan sajian & pastri merupakan kursus yang selalu
saya sertai dan kursus ini bermanfaat kepada saya 3.87 Tinggi
6. Kursus jahitan kreatif merupakan kursus yang selalu saya sertai
dan kursus ini bermanfaat kepada saya 3.82 Tinggi
7. Kursus lain seperti kecantikan, pertukangan dan perisian
komputer juga merupakan kursus yang selalu saya sertai 2.02 Sederhana
8.
Saya berasa selesa dengan kemudahan yang disediakan dan
bermanfaat mengikuti kursus-kursus pendek yang dianjurkan
oleh Kolej Komuniti Penampang
3.79 Tinggi
9.
Kursus-kursus pendek yang dianjurkan di Kolej Komuniti
Penampang adalah kursus kemahiran yang berinformasi terkini
serta banyak mengajar saya menggunakan kemahiran yang baru
3.84 Tinggi
10. Kursus Pendek yang dianjurkan mendorong saya untuk menjadi
seorang usahawan apabila tamat kursus yang diikuti 3.97 Tinggi
4.3 Borang Sesi Temubual
Kesemua 8 responden ditemubual secara berasingan dengan penyelidik bersemuka
dengan responden di tempat pekerjaan / rumah. Kesemua dapatan kajian ini dianalisis
berdasarkan kepada persoalan kajian iaitu “Mengenalpasti peserta yang telah menjadi usahawan
melalui implikasi kursus pendek yang diikuti”.
4.3.1 Responden Pertama
Nama : Syaza Haziqah binti Samsul Bahri
Merupakan seorang pelajar sekolah menengah di Sepanggar, Sabah. Mengikuti kursus
pendek di Kolej Komuniti Penampang seperti kursus berikut;
Kursus Masakan Kuih-Muih Tradisional: Tepung Pelita
Kursus Rainbow Cheesecake
Kursus Masakan Cina: Nyonya Kari Laksa
Kursus Hiasan Permata Jam Tangan
Berminat mengikuti kursus-kursus pendek terutama dalam bidang katering dan sajian
serta jahitan kreatif kerana membantu keluarga berniaga menjual kuih-muih di masa
lapang. Keluarga responden sudah lama memulakan perniagaan menjual kuih-muih di
kuarters Politeknik Kota Kinabalu, Sepanggar, Sabah dan beliau melihat peluang melalui
kursus pendek ini untuk menambah ilmu kemahiran masakan terutama mebuat kuih-muih
tradisional. Bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang sajian dan
katering apabila tamat sesi persekolahan nanti. Sangat bersetuju dan menyokong penuh
apa-apa kursus yang dianjurkan di Kolej Komuniti Penampang, Sabah kerana membantu
beliau meningkatkan kemahiran masakan.
4.3.2 Responden Kedua
Nama : Azpeda binti Osman
Merupakan seorang pekerja di sektor kerajaan dan tinggal di Kimanis Papar, Sabah.
Mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang seperti kursus berikut;
Kursus Jahitan Baju Kurung Moden
Kursus Jahitan Baju Melayu
Kursus Jahitan Blouse dan Skirt
Kursus Sulaman Manik Crumble
Kursus Jahitan Langsir
Kursus Patchwork
Berminat mengikuti kursus-kursus pendek terutama dalam bidang jahitan kreatif dengan
tidak mempunyai pengalaman lansung dalam bidang jahitan walaupun merupakan
seorang pekerja di sektor kerajaan. Kelapangan masa responden di hujung minggu diisi
dengan mengikuti kursus-kursus jahitan yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti
Penampang, Sabah kerana minat yang amat mendalam terutama dalam bidang jahitan dan
fesyen. Bercita-cita untuk membuka butik dan kedai jahitan sendiri di suatu masa nanti.
Responden juga sudah menghasilkan beberapa helai blouse atas tempahan yang diambil
dari saudara mara beliau. Sangat bersetuju dan menyokong penuh kursus jahitan yang
dianjurkan di Kolej Komuniti Penampang, Sabah kerana membantu beliau meningkatkan
kemahiran menjahit serta menyulam pakaian secara kreatif.
4.3.3 Responden Ketiga & Keempat; pasangan suami-isteri
Nama : Ferrer Petrus dan Olgah Girih
Kedua-dua pasangan suami isteri bekerja di sektor Sawasta dan tinggal di Kota Kinabalu,
Sabah. Mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang seperti kursus berikut;
Kursus Rainbow Cheesecake
Kursus Hiasan Permata Jam Tangan
Kursus Pizza
Kursus Masakan Kuih-Muih Tradisional: Tepung Pelita
Kursus Sulaman Manik Crumble
Kursus Lagsana
Berminat mengikuti kursus-kursus pendek terutama dalam bidang masakan dan jahitan.
Pasangan suami-isteri ini selalu bersama-sama menimba ilmu kemahiran yang baru dan
terkini melalui kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang pada hujung minggu. Ini
kerana mereka berhajat untuk membuka perniagaan sendiri di suatu masa kelak. Minat
kedua-dua mereka untuk menjadi usahawan sudah lama wujud namun untuk mencapai
cita-cita tersebut, mereka melihat peluang untuk mempelajari kursus-kursus pendek di
Kolej Komuniti Penampang sebagai suatu batu loncatan kepada mereka.
4.3.4 Responden Kelima
Nama : Melissa Lapinjang
Merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan tinggal di Kg. Tanaki
Penampang, Sabah. Mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang seperti
kursus berikut;
Kursus Rainbow Cheesecake
Kursus Pizza
Kursus Masakan Kuih-Muih Tradisional: Tepung Pelita
Kursus Lagsana
Kursus Masakan Cina: Nyonya Kari Laksa
Berminat mengikuti kursus-kursus pendek terutama dalam bidang masakan yang
dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Penampang. Responden yang merupakan seorang
suri rumah dan mengambil tempahan membuat bakul anyaman tradisional sememangnya
seorang usahawan muda dan berhasrat untuk memperkembangkan kemahiran beliau
dalam bidang masakan pula. Responden juga pernah beberapa kali menerima tempahan
membuat kek daripada kawan-kawan yang dipelajari dari kursus pendek anjuran Kolej
Komuniti Penampang. Sangat bersetuju dan menyokong penuh apa-apa kursus yang
dianjurkan di Kolej Komuniti Penampang, Sabah kerana membantu beliau meningkatkan
kemahiran masakan serta kursus kemahiran kraftangan kreatif.
4.3.5 Responden Keenam & Ketujuh; pasangan adik-beradik
Nama : Haswati binti Kauman & Hasni binti Kauman
Haswati binti Kauman merupakan seorang usahawan kecil yang menerima tempahan dan
membuat kek-kek serta makanan dessert. Manakala Haswati binti Kauman merupakan
seorang seorang kakitangan awam berpangkat sebagai ketua kerani. Mengikuti kursus
pendek di Kolej Komuniti Penampang seperti kursus berikut;
Kursus Rainbow Cheesecake
Kursus Pizza
Kursus Masakan Kuih-Muih Tradisional: Tepung Pelita
Kursus Lagsana
Kursus Masakan Cina: Nyonya Kari Laksa
Kursus Chocolate Moist Ganache
Kursus Masakan Melayu: Set Nasi Kerabu
Kedua-dua responden berminat untuk mengikuti kursus-kursus anjuran Kolej Komuniti
walaupun sanggup dating dari jauh iaitu dari Kota Belud untuk menimba ilmu kemahiran
terutama dalam bidang masakan sajian & pastri. Telah membuka perniagaan keluarga
secara kecilan kerana pada masa ini, Haswati yang menguruskan perniagaan sepenuh
masa sementara Hasni membantu jika mempunyai kelapangan masa. Setelah pencen,
Hasni berhasrat untuk membawa adik beliau untuk membuka kedai bakeri di Kota Belud
kerana minat kedua-dua adik-beradik ini dalam bidang pastri sangat mendalam. Mereka
melihat peluang untuk mempelajari kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti Penampang
sebagai suatu batu loncatan kepada mereka.
4.3.6 Responden Kelapan
Nama : Lucy Justine
Merupakan seorang usahawan kecil-kecilan bersama rakan kongsi responden mengambil
tempahan katering makanan sejak tahun 2007 lagi. Mengikuti kursus pendek di Kolej
Komuniti Penampang seperti kursus berikut;
Kursus Rainbow Cheesecake
Kursus Pizza
Kursus Hiasan Permata Jam Tangan
Kursus Masakan Kuih-Muih Tradisional: Tepung Pelita
Kursus Lagsana
Kursus Jahitan Manik Crumble
Kursus Masakan Cina: Nyonya Kari Laksa
Berminat mengikuti kursus-kursus pendek terutama dalam bidang masakan dan jahitan
kreatif yang dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Penampang. Responden yang
merupakan seorang yang bekerja sendiri dan membuka bisnes menerima tempahan
catering mengganggap kursus-kursus yang ditawarkan adalah sebagai batu loncatan
kepada usahawan seperti beliau keran jika beliau mengikuti kursus di luar, yuran kursus
adalah mahal berbanding yang dijalankan di Kolej Komuniti Penampang.
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
4.0 Perbincangan
Pengkaji telah mengambil kira dapatan daripada persoalan kajian pertama, persoalan
kajian kedua dan analisis data hasil temubual. Beberapa standard sedia ada telah dirujuk seperti
“Panduan Perlaksanaan Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian
Terdahulu PPT (2007a). Dapatan analisis data yang diperolehi melalui boring soal selidik yang
telah diedarkan kepada 8 orang usahawan yang aktif mengikuti kursus-kursus pendek di Kolej
Komuniti Penampang, Sabah. Analisis tersebut telah mencapai objektif iaitu untuk menganalisis
faktor-faktor kejayaan kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Penampang, Sabah ke
arah membangunkan responden untuk menjadi usahawan atau memperkembangkan lagi
kemahiran keusahawanan mereka. Hal ini ditunjukkan pada analisis borang soal selidik yang
telah diedarkan serta hasil temubual kepada responden. Perkara seterusnya akan menerangkan
kesimpulan bagi keseluruhan kajian ini dan cadangan-cadangan kajian untuk akan datang.
4.1 Kesimpulan Kajian
4.1.1 Pencapaian Objektif
Objektif 1: Membuat tinjauan terhadap maklumat sekunder berkaitan dengan statistik
kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Penampang, Sabah
sepanjang tahun 2015 sehingga Jun 2016. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan
secara langsung di antara keberkesanan kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej
Komuniti Penampang terhadap melahirkan dan mempertingkatkan usahawan di kalangan
responden yang dipilih kerapa melalui data sekunder yang diperolehi dari system e-psh
menunjukkan kursus dalam bidang masakan sajian & pastri serta jahitan, merupakan
kursus yang paling ramai peserta dan paling banyak ditawarkan.
Objektif 2: Mengenalpasti tahap minat peserta terhadap kursus pendek Pembelajaran
Sepanjang Hayat dalam kecenderungan menceburi keusahawanan. Melalui borang soal
selidik yang telah diedarkan kepada responden mendapati purata min yang diperolehi
adalah sebanyak 3.28 iaitu dalam julat Tinggi dan dapat disimpulkan rata-rata responden
sangat berminat dan suka untuk mengikuti kursus-kursus pendek yang ditawarkan di
Kolej Komuniti Penampang terutamanya dalam bidang masakan catering & pastry,
jahitan kreatif dan kecantikan.
Objektif 3: Mengenalpasti peserta yang telah menjadi usahawan melalui implikasi kursus
pendek yang diikuti. Melalui temubual yang dijalankan kepada 8 responden dari pelbagai
latar belakang, sebahagian responden adalah terdiri daripada mereka yang sedia ada
sebagai seorang usahawan manakala ada yang masih baru dan minat serta ingin berusaha
untuk menjadi seorang usahawan di masa akan datang. Kebanyakan responden memuji
kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Penampang kerana kosnya yang
murah serta mereka memperoleh kemahiran secara “hands-on” tentang apa yang
dipelajari dan diberi membawa balik hasil yang dipelajari.
4.2 Cadangan Kajian
4.2.1 Cadangan kepada pihak Kolej Komuniti Penampang
i) Memperbanyakkan kursus kemahiran dalam penganjuran kursus pendek di Kolej
Komuniti Penampang khasnya kursus kemahiran yang mendapat sambutan ramai.
ii) Memberi peluang kepada peserta kursus pendek yang kini Berjaya sebagai seorang
usahawan untuk memberi penkongsian ilmu kepada para perserta yang baru
iii) Membuat penganjuran seperti pertandingan keusahawanan khasnya kepada peserta-
peserta kursus pendek semasa Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat dan dibuat
sebagai aktiviti tahunan
4.2.1 Cadangan kepada Usawahan
i) Mengambil inisiatif untuk mendaftarkan diri sebagai seorang usahawan melalu
program yang dianjurkan oleh mana-mana badan pembangunan modal insan
ii) Mendaftarkan diri secara terus sebagai peserta tetap kursus pendek Kolej Komuniti
Penampang dan memperoleh semua sijil kemahiran yang diperlukan
4.2.3 Cadangan Kajian untuk Masa akan Datang
i) Kajian ini perlu diteruskan bagi memastikan perlaksanaan kursus pendek ke arah
membangunkan usahawan di kalangan peserta (responden)
ii) Seterusnya, kajian pada masa hadapan juga boleh dibuat dengan mengkaji faktor-
faktor kejayaan kritikal yang membolehkan seseorang usahawan itu layak untuk
menggalakkan pertumbuhan usahawan bumiputra lebih berjaya dalam
mengembangkan perniagaan mereka daripada peringkat perniagaan kecil kepada
industri kecil dan seterusnya kepada usahawan kelas menengah.
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya. (2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Publication,
Selangor
Chell, E., Nicolopoulou, K. & Karatas-Ozkan, M. (2010). Social entrepreneurship and enterprise:
International and innovation perspectives. Entrepreneurship and Regional Development
Elly van Gelderen (2007).The DP Cycle in Germanic, December 2007, appears in Journal of
Germanic Linguistics.
Foo Say Fooi & Tang Keow Ngang (2002). Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Pengurusan Kolaboratif. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jld. 20, hal. 81-95
Krejie. , R.V. & O.Morgan. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement.
Linn, R. L., & Gronlund, N. E. (2000). Measurement and Assessment in Teaching (8th ed.).
Upper Saddle River, NJ: Merrill (Prentice Hall)
Lope Pihie ZA, Bagheri A. Self-Efficacy and Entrepreneurial Intention: The Mediation Effect of
Self-Regulation. Vocations and Learning 2013
Mustapa, B. M. (2008, February). Higher education in the frontline of battle for growth.World
Report, 2, 12. National Higher Education Action Plan.(2007). Genesis of the action
plan.Retrieved 20. 05, 2009, from http://www.mohe.gov.my/web_statistik/index.htm
Norashidah Hashim, Norasmah Othman & Noraishah Buang (2009). Konsep Kesediaan
Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di
Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1)(2009):187-203
Othman, N. & Ishak, S. (2009) Attitude towards choosing a career in entrepreneurship amongst
graduates, European Journal of Social Sciences
Shafie, R., Hussin, W. N. W., Yusof, M. A. M., &Hussain, M. H. M. (2009).Audit firm tenure
and auditor reporting quality: Evidence in Malaysia.International Business Research
Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi pembelajaran & personaliti.
Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
Wiersma, M. (2002). Making conscious choices in doing research on workplace
spirituality.Utilizing the holistic development model to articulate values, assumptions and
dogmas of the knower. Journal of Organizational Change Management