27
Nurmadihah Mardhiah bt Mohd Zulkifli Nur Ashikin bt Ahmad PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3043) KAJIAN KES: STEALING TIME (ROBERT CARTER)

Kajian Kes Stealing Time

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian kes

Citation preview

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

Disediakan oleh:Nurmadihah Mardhiah bt Mohd ZulkifliNur Ashikin bt AhmadPENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3043)KAJIAN KES: STEALING TIME(Robert Carter) SinopsisKajian kes ini mengisahkan tentang Robert merupakan seorang guru yang telah mengajar hampir 7 tahun dan mengajar kelas Gred 4. Dia percaya jika dia bersikap adil dan baik terhadap pelajar, pelajar pun akan berbuat sedemikian rupa kepada beliau. Robert mendapati pelajarnya yang selama ini bermasalah akan berubah sikap hasil daripada pengurusan bilik darjahnya yang berkesan. Dia bangga dengan pelajar seperti Andy dan Martin yang mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah dan mempunyai masalah pembelajaran. Tetapi mereka mampu berubah. Begitu juga dengan David yang bermula dari kelas bermasalah pembelajaran. David bersikap baik dan menyertai semua aktiviti dan pelajar lain mampu menerimanya seperti pelajar biasa.

Beberapa hari seterusnya, David tidak menghantar tugasan dan jauh ketinggalan dalam tugasan dan mengganggu perhatian pelajar lain semasa di dalam kelas. Robert beranggapan bahawa David sengaja bertingkah laku buruk dan menimbulkan masalah kerana cuba untuk mendapatkan perhatian seperti dalam kelas pemulihan khas. Rakan sekelasnya mula mengadu tentang sikap David kepada Robert. David mahu kembali ke kelas asalnya kerana dia tidak suka cara pelajar lain memandangnya. Apabila semua pelajar lain menghadiri kelas Pendidikan Jasmani, Robert telah berbincang dengan David dan David telah meminta maaf dengan Robert atas tindakannya selama ini. Selepas perbincangan tersebut, sikap David bertambah baik dan prestasi kerja sekolah meningkat selama beberapa hari. Pada minggu yang seterusnya, keadaan dan sikap lama David kembali seperti sebelumnya.Pada suatu petang, ketika David menyiapkan tugasan dalam kelas yang kosong, Robert keluar seketika untuk membuat salinan lembaran kerja yang harus disiapkan oleh David. Apabila Robert kembali semula ke dalam kelas, Bob, melaporkan bahawa jam tangannya hilang.Pada keesokan pagi, David bergegas ke meja Robert dan memberitahu bahawa ayahnya telah memberikannya seutas jam tangan yang baru. Setelah Robert meneliti jam tangan tersebut, dia berasa marah kerana itu merupakan jam tangan Bob yang hilang.

(II) ANALISIS KAJIAN KESa) Huraikan apakah yang anda faham tentang kes yang dikaji.Masalah yang dihadapiDavid, iaitu pelajar kepada Robert merupakan pelajar berkeperluan khas yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku. Setelah sikapnya bertambah baik, dia diserap masuk ke kelas biasa sama seperti pelajar yang lain.David mempunyai masalah kelakuan seperti disruptif dan bersikap ingkar terhadap arahan. Dia juga melanggar peraturan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan perhatian daripada rakan dan guru.David memiliki pola persahabatan pencilan, iaitu tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat.

Walaupun pada mulanya David bersikap normal seperti kanak-kanak lain di dalam kelas, namun dia juga menghadapi masalah emosi. Masalah ini bersifat dalaman dan mungkin tidak jelas kepada guru.Ini telah menyebabkan David bertindak agresif, tidak mengendahkan amaran guru, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan mudah marah.Hal ini adalah sebab dia merasakan dirinya tidak lagi diberikan perhatian seperti di dalam kelas pemulihan khas dahulu, di mana seorang guru hanya akan mengajar 4 orang pelajar sahaja.Tindakan David juga diklasifikasikan sebagai masalah disiplin iaitu, keadaan yang tidak terkawal misalnya keadaan bising dan tidak terurus di dalam kelas.Faktor-faktorDiri muridDavid yang berasal dari kelas pemulihan khas merasakan dirinya tidak lagi diberikan perhatian seperti sebelumnya setelah dia mengikuti kelas biasa seperti pelajar lain.Oleh itu, dia menunjukkan sikap disruptif semata-mata untuk mendapatkan perhatian guru.GuruGuru juga perlu menunjukkan minat dan mengambil berat tentang muridnya.Jika guru menunjukkan sikap tidak peduli, murid akan merasakan diri mereka tidak penting dan kehadiran mereka di dalam kelas tidak bermakna kepada guru tersebut.

SOALAN: Apakah strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dianalisis?Isu:Robert tidak membenarkan David rehat sehingga menyiapkan tugasannya, namun tidak berkesan. (P6, B68)David mengganggu pelajaran dengan mengatakanSaya tahu itu dan Biar saya buat.David menyatakan bahawa dia mahu kembali ke kelas asalnya dan tidak suka cara murid lain memandangnya.

Cadangan penyelesaian:

Peneguhan positifMotivasi Perbincangan komunikasiPengurusan tingkah lakuDisiplin bilik darjahb) Apakah konsep/model/teori yang anda perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang dianalisis?Murid yang bermasalah dalam kes ini ialah David.Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu5. Teori Psikososial Erik EriksonKejayaan atau kegagalan menyelesaian krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.Personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembagan psikososial ini.Pada tahap 4th Standard David berada dalam peringkat Industri lawan rasa rendah diri.Kegagalan David untuk menyiapkan kerja rumah dan menyusahkan pelajar lain menyebabkan David tidak disenangi oleh rakan sekelas dan gurunya Cikgu Robert.Walaupun masalah rendah diri tidak begitu menonjol dalam situasi ini namun kita boleh lihat bahawa ketidakupayaann David dalam membentuk hubungan psikososial yang baik dengan rakan sekelas.Ini sekaligus membawa kepada masalah tingkah laku dalam diri David.6. Model Terapi Realiti William GlasserKeperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka ria. Kurikulum dan pengajaran mesti berfokuskan keperluan asas ini.7. Konsep Pengurusan Masalah Disiplin Bilik DarjahSebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan manfaat kepada murid.

c) Apakah strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dianalisis?Peneguhan positifBerfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tindakan yang dikehendaki.Tingkah laku berlaku hasil daripada rangsangan atau peneguhan.Jenis ganjaran yang sesuai diberikan ialah dalam bentuk material atau pujian.Contoh masalahPenyelesaianRobert tidak membenarkan David rehat sehingga menyiapkan tugasannya, namun tidak berkesan. (P6, B68)

Memberikan ganjaran sekiranya David menyiapkan tugasan.Namun, Robert harus mengelakkan memberi peneguhan secara berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesanannya.

2. MotivasiMotivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.Robert boleh menggunakan motivasi ekstrinsik untuk memberikan kesedaran kepada Robert.Sebagai contoh, memberi sokongan, memberi peneguhan positif yang terdiri daripada pujian, hadiah, gred dan suasana pembelajaran yang kondusif.Contoh masalahPenyelesaian1. David tidak menghantar tugasan Matematik.

2. David mengganggu pelajaran dengan mengatakanSaya tahu itu dan Biar saya buat.

Robert boleh memberikan bimbingan kaunseling kepada David secara individu.

Robert harus memberikan peluang kepada David untuk cuba menjawab soalan.

3. Disiplin Bilik DarjahMenurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi peraturan sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri.Turney dan Cairns (1976) meletakkan guru sebagai pusat tumpuan bilik darjah sekaligus bertanggungjawab dalam melaksanakan disiplin.

Contoh masalahPenyelesaianRobert menyuruh David berada di belakang kelas supaya tidak mengganggu murid yang lain kerana dia telah berbuat bising.

Robert harus bersikap adil dan tegas terhadap hukuman dan tindakan yang telah dikenakan.Elakkan menggunakan ugutan sebaliknya menggunakan kaedah kaunseling.Robert juga harus menyediakan aktiviti mengikut kebolehan murid.

4. Membuat kontrak lisan dan bertulisKontrak bertulis adalah lebih sesuai digunakan kerana setiap perkara dispesifikasikan dengan betul.Antara komponen yang ada dalam kontrak ialah:Sasaran tingkah lakuPeneguhan yang akan diterimaSyarat-syarat yang harus diketengahkan dengan jelas.

Contoh masalahPenyelesaian1. Selepas waktu rehat, perangai David semakin menjadi-jadi dengan membuat bising dan marah kepada kawan-kawannya.Robert boleh menggunakan kontrak bertulis untuk mengawal sikap Robert yang bertindak agresif.Walaupun pembinaan kontrak ini mungkin mengambil masa yang banyak, namun jika dibuat dengan teliti, hasilnya adalah sangat memuaskan.

5. KomunikasiKomunikasi sesama murid di dalam kelas adalah sangat penting supaya mereka berasa dihargai dan diterima dalam sesuatu kumpulan.

Contoh masalahPenyelesaianDavid menyatakan bahawa dia mahu kembali ke kelas asalnya dan tidak suka cara murid lain memandangnya.Dia berasa tidak selesa dengan keadaan dan komuniti kelasnya kerana tiada komunikasi yang baik berlaku antara dia dan murid lain.Komunikasi dua hala antara ahli komuniti amat penting.

Oleh itu, Robert harus bijak mewujudkan komunikasi antara murid dengan membuat aktiviti berkumpulan.

6. Membuat perbincanganPerbincangan terbahagi kepada dua iaitu perbincangan keseluruhan kelas dan perbincangan kumpulan kecil.

Contoh masalahPenyelesaianRobert membuat perbincangan dengan murid-murid yang lain sewaktu David tiada di kelas.Robert sepatutnya melibatkan kesemua murid-murid di dalam kelas ketika membuat perbincangan supaya masalah dapat diselesaikan dan kata sepakat dapat dicapai.Robert juga boleh mengadakan perbincangan dengan ibu bapa David mengenai sikapnya ketika di kelas.

7. Pengurusan Tingkah LakuTerdapat dua jenis tingkah laku iaitu disruptif dan destruktif.

Contoh masalahPenyelesaian1. Robert mengganggu pelajaran dengan berkata Saya tahu buat itu dan Biar saya buat. Ini adalah tingkah laku disruptif.Aspek mencegah-menyediakan RPH yang melibatkan semua murid.-peka terhadap keperluan murid.-menjelaskan peraturan dengan tegas dan adil.Aspek memupuk-memberikan motivasi-memberikan ganjaran-mengambil berat muridAspek memulih-pelajar perlu mengenalpasti kesilapan yang dilakukan.-berdamai dan sedia meminta maaf-Fokus kepada penyelesaian masalah.

SEKIAN TERIMA KASIH.