Kajian Kes Taska Al Mawaddah

Embed Size (px)

Citation preview

KAU 1013 |1

KAU 1013 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

PENILAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK : SATU KAJIAN KES DI TASKA AL-MAWADDAH, BEHRANG, PERAK.

NAMA NO MATRIK PROGRAM KURSUS

MOHAMAD HAFIZ BIN HASHIM E20111002435 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAU1013 (PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL

KAU 1013 |2

KANAK-KANAK) SEMESTER PENSYARAH SEMESTER 2: 2011/2012 ENCIK JUPPRI BIN BACOTANG

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah,segala puji bagi Allah.Setelah berminggu-minggu melaksanakan kajian kes ini,akhirnya tugasan ini dapat diselesaikan. Terlebih dahulu,jutaan ucapan terima kasih buat pensyarah bagi kursus ini iaitu En. Juppri bin Bacotang kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar untuk melaksanakan kajian kes ini sehingga berjaya tugas ini diselesaikan. Seterusnya, ucapan terima kasih buat semua kakitangan Taska Al-Mawadah, Behrang 2020, Perak kerana sentiasa memberi kerjasama yang amat baik dalam membantu kajian ini. Seterusnya, ucapan terima kasih buat semua rakan setugas yang sering mendorong dan memberi bantuan, dan galakkan dalam menjayakan lagi kajian kes ini.

KAU 1013 |3

1. PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Persekitaran pembelajaran awal kanak-kanak merujuk kepada keadaan sekeliling bagi peringkat awal kanak-kanak iaitu kanak-kanak yang berumur 0 hingga 6 tahun.Keadaan sekeliling ini termasuklah pengurusan pusat pendidikan awal kanakkanak yang merangkumi aspek kebersihan, keselamatan, pemakanan dan ketenteraman.Persekitaran dalaman termasuklah ruang-ruang,sudut-sudut di dalam pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti ruang makan,ruang aktiviti, sudut bacaan, sudut kerohanian, dan sudut ICT. Persekitaran sangat mempengaruhi semua aspek perkembangan kanak-kanak merangkumi aspek fizikal, emosi, bahasa, sosial, dan kognitif.Persekitaran yang baik dapat membantu kanak-kanak berkembang dengan baik.Persekitaran yang tidak baik pula akan membantutkan lagi perkembangan kanak-kanak.Sebagai contoh, jika sesebuah taska hanya menekankan asuhan dan tiada pendidikan melalui aktiviti dan permainan,perkembangan mental kanak-kanak tidak akan berkembang.Contoh lain, sesebuah pusat didikan awal kanak-kanak tidak menyediakan alatan permainan yang membantu perkembangan kognitif kanak-kanak,mental mereka tidak akan berkembang seperti mana kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik.

1.2 Tujuan kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat penilaian terhadap persekitaran pembelajaran awal kanak-kanak samada di taska, tadika, atau prasekolah

KAU 1013 |4

1.3 Objektif kajian 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 1.3.5 1.3.6 Untuk menilai persekitaran luaran dan dalaman premis pendidikan awal kanak-kanak Untuk menilai faktor kebersihan luar dan dalam premis. Untuk menilai keselamatan di dalam premis seperti kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api Untuk menilai aspek pendidikan di Taska Untuk menilai aspek keselamatan di taska. Untuk memantau pengurusan sampah dan penyediaan makanan di taska.

1.4 Kepentingan kajian 1.4.1 Kajian ini amat penting agar guru atau pengasuh dapat memperbaiki lagi kualiti dari segi asuhan,didikan, dan kebersihan ibu bapa.1.4.2 Kajian ini penting agar ibu bapa dapat menilai terlebih dahulu kualiti taska

dalam semua aspek merangkumi aspek pendidikan, asuhan, keselamatan sebelum menghantar anak mereka.1.4.3 Kajian ini juga penting agar masyarakat dapat bekerjasama dengan kaki

tangan taska dari segi kebersihan di luar taska.Contohnya jika taska di kawasan perumahan di dalam satu taman,jiran di sebelah taska boleh membantu menguruskan kebersihan di luar taska. 1.4.4 Kajian ini penting agar pemilik taska sentiasa memantau kerja-kerja pengasuh dan guru setiap masa.1.4.5 Kajian ini juga penting kepada ibu bapa agar ibu bapa tidak melepaskan

tanggungjawab sepenuhnya kepada guru atau pengasuh sebaliknya ibu bapa perlu terlibat dalam asuhan dan didikan seperti mana yang diterapkan dalam program Surestart di UK.

KAU 1013 |5

1.5 Batasan kajian 1.5.1 Masa untuk melaksanakan kajian ini ditetapkan oleh kakitangan taska sendiri kerana tidak mahu pelawat datang untuk melakukan kajian pada masa yang tidak sesuai seperti masa kanak-kanak makan atau tidur. 1.5.2 Masa untuk melakukan kajian juga tidak dibenarkan terlalu lama kerana mungkin mengganggu masa kanak-kanak untuk makan, tidur, atau dimandikan.1.5.3 Bilangan orang yang melakukan kajian juga tidak dibenarkan terlalu ramai

contohnya melebihi 6 orang.Ini untuk mengelakkan tugas guru dan pengasuh terganggu untuk melayan pelawat yang datang dan juga untuk mengelakkan kesesakan di dalam taska jika taska terlalu kecil. 1.5.4 Maklumat yang terlalu terperinci juga tidak dikongsi dengan pelawat yang datang untuk melakukan kajian kerana mungkin itu adalah arahan oleh pengusaha atau pemilik premis.1.5.5 Mengambil gambar yang terlalu banyak juga tidak dibenarkan kerana

mungkin mereka tidak mahu sesuatu kekurangan yang dimiliki premis mereka diketahui ramai atau mungkin gambar yang di ambil merupakan gambar yang sensitif buat mereka seperti gambar kebersihan dapur, dan tandas mereka. 1.5.6 Berinteraksi atau bermain dengan kanak-kanak yang ada juga tidak begitu digalakkan kerana mereka mungkin takut sesuatu yang tidak diingini terjadi kerana semua tanggungjawab di atas bahu guru atau pengasuh.

1.6 Definisi istilah Menurut kamus dewan edisi ke-4,penilaian bermaksud perihal atau perbuatan menilai atau pentaksiran. Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan,persekitaran atau sekitar bermaksud di sekeliling,di merata tempat,di setiap arah, dan di seluruhnya.

KAU 1013 |6

Menurut kamus dewan edisi ke-4 kembali,kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun) Kes pula bermaksud suatu perkara,hal atau kejadian menurut kamus dewan.Juga menurut kamus dewan,kajian bermaksud kegiatan (usaha,proses) mengkaji, kes kajian tentang sesuatu isu berdasarkan data,maklumat yang terperinci yang dikumpulkan dalam jangkamasa tertentu. Menurut kamus Zaba , taska ialah akronim untuk taman asuhan kanakkanak.begitu juga menurut kamus Perdana oleh Cheng Song huat, taska juga ialah singkatan bagi taman asuhan kanak-kanak

1.7 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah faktor persekitaran amat penting dan harus dititiberatkan oleh setiap pengusaha tidak kira pusat didikan awal kanak-kanak yang berstatus kerajaan atau swasta. Semua pusat pendidikan awal kanak seperti taska, taski, pasti, Tabika Kemas, taska permata Kemas,Pusat Anak Permata Negara (PAPN), Prasekolah dan juga institusi swasta harus menitikberatkan aspek persekitaran. Persekitaran sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak di dalam semua aspek perkembangan secara holistik.

2. METODOLOGI KAJIAN

KAU 1013 |7

2.1 Pengenalan Metodologi adalah dirujuk sebagai kaedah yang saintifik untuk huraian pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Mengikut kaplan ( 1973 ) , metodologi adalah digunakan untuk menghuraikan pendekatan dan kaedah dengan tujuan memberi kefahaman terhadap proses penyelidikan yang akan dilaksanakan. Jerry Wellington (2004) menginterpretasikan metodologi, di bawah konteks penyelidikan,sebagai aktiviti atau pemilihan untuk membuat refleksi, menilai dan menjustifikasikan kaedah yang digunakan.Mengikut beliau,justifikasi kaedah penyelidikan merupakan tindakan yang penting untuk persediaan laporan atau tesisi penyelidikan yang harus mengandungi justifikasi keputusan atau hasil dapatan daripada kaedah penyelidikan.Ini bermakna,tiada orang boleh menilai atau menentukan nilai kegunaan kajian itu tanpa metodologinya Berdasarkan huraian di atas,nyatalah tujuan metodologi dalam penyelidikan ialah digunakan untuk menganalisis kaedah-kaedah penyelidikan, menghuraikan kekurangan dan sumber-sumbernya, menjelaskan andaian dan akibatnya, dan menghubungkaitkan potentialitinya dengan ilmu-ilmu yang tidak ketara dalam tema kajian.

2.2 Reka Bentuk Kajian Rekabentuk sesuatu penyelidikan atau kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.khususnya,rekabentuk sesuatu penyelidikan atau kajian membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan atau kajian.

KAU 1013 |8

Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek penyelidikan yang menyatakan apakah jenis kajian yang hendak dijalankan,jenis maklumat yang perlu dikumpul,daripada mana sumber maklumat boleh didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi. Sekiranya penyelidikan direkabentuk dengan berhati-hati,rekabentuk akan memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan masalah yang ingin diselesaikan.Di samping itu,maklumat yang dikumpul diperolehi dengan kaedah yang paling berkesan.

2.2.1

Kajian kes

Kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara insentif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu,satu keluarga,satu kampung,satu kelab,satu sekolah atau satu masyarakat.Penyelidik mengkaji dan memeriksa individu atau satu unit sosial secara terperinci. Kajian ini termasuklah menyelidiki pelbagai aspek pembolehubah yang terlibat dari segi sejarah dan perkembangan subjek.Penekanan kajian kes adalah kepada pemahaman mengenai persoalan mengapa individu atau unit sosial menjadi seperti keadaaannya sekarang dan bagaimana perubahan tingkah laku pada individu atau unit sosial tersebut berlaku disebabkan oleh pemboleh ubah berkaitan. Kebanyakkan kajian kes dilakukan dengan tujuan asal untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh individu atau unit sosial.Misalnya,masalah pembelajaran kanak-kanak luar biasa.Penyelidik mungkin mengkaji seorang atau sekumpulan kecil kanak-kanak luar biasa secara mendalam dengan tujuan untuk memahami dan menentukan keperluan pembelajaran khusus bagi kanak-kanak tersebut. Penyelidik mungkin mencatatkan tingkah laku kanak-kanak tersebut dari masa ke semasa dan menentukan faktor yang menyebabkan kanak-kanak luar biasa lebih cepat dan lebih cekap menghayati sesuatu pelajaran berbanding dengan kanak-kanak normal.

KAU 1013 |9

Kelebihan utama kajian kes adalah dari segi mendalamnya maklumat tentang sesuatu kes.Maklumat terperinci tentang individu atau unit sosial boleh didapati dengan sempurna.

2.3 Lokasi Kajian Lokasi kajian ialah tempat dimana kajian dijalankan.Bagi kajian ini ,lokasi kajian ialah di Taman Behrang 2020 yang berada berdekatan bandar Tanjung Malim di Perak.

Rajah 2.1 Peta Lokasi Taska Al-Mawaddah Rajah 2.1 menunjukkan lokasi taman Behrang 2020 yang berada berdekatan dengan banda Tanjung Malim.Taman behrang 2020 ini juga berada dalam daerah Batang Padang perak.

K A U 1 0 1 3 | 10

Rajah 2.2 Peta lokasi Taska Al-Mawaddah secara dekat Rajah 2.2 di atas menunjukkan lokasi di mana Taska Al Mawaddah berada dalam Taman Behrang 2020.Di kawasan yang ditandakan dengan tanda bulat merah itu ialah lokasi Taska Al Mawaddah berada iaitu di Jalan WM 3/8.

2.4 Persampelan Kajian Persoalannya ialah bagaimana hendak mendapatkan maklumat mengenai sesuatu masalah daripada seluruh individu dalam populasi sekiranya wujud batasan-batasan masa, tenaga dan wang bagi menjalankan suatu kajia atau penyelidikan? Kaedah statistik ada menyediakan cara untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahlisesuatu populasi.Kaedah tersebut dinamakan persampelan. Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menyertai populasi tersebut.Sebahagian individu yang diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. Maklumat yang didapati daripada sampel boleh digunakan bagi

menganggarkan maklumat tentang populasi yang dikaji.Daripada sampel,penyelidik boleh menganggar parameter populasi seperti min,varians dan sisihan piawai.Nilai-

K A U 1 0 1 3 | 11

nilai seperti min,varians dan sisihan piawai yang didapati daripada sampel dinamakan statistik.Dengan kata lain,melalui persampelan,kita boleh menggunakan statistik sampel untuk menganggar perameter populasi.

2.5 Tempoh kajian Tempoh kajian merujuk kepada tempoh waktu atau masa yang diambil untuk melaksanakan sesuatu kajian. Menerusi kajian kes yang dijalankan di Taska Al-Mawaddah ini,tempoh kajian ialah selama 6 minggu.Untuk 2 minggu yang pertama, lokasi kajian dijalankan baru dicadangkan dan dicari iaitu di Taska Al-Mawaddah di Taman Behrang 2020, Tanjung Malim Perak. Untuk minggu yang ketiga,saya menyediakan senarai-senarai semak untuk dibawa semasa menjalankan kajian di taska tersebut.Di minggu keempat, saya pergi menjalankan kajian di Taska Al-Mawaddah dengan berjumpa dengan pemilik taska,guru serta pengasuh di taska dan menanyakan beberapa soalan berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Minggu seterusnya,saya terus mendapatkan bahan rujukan untuk membantu kajian saya dan seterusnya menyiapkan laporan mengenai kajian kes yang telah saya jalankan di Taska Al-Mawaddah.

2.6 Teknik pengumpulan data Teknik pengumpulan data ialah bagaimana sesuatu data dalam kajian yang dijalankan diperolehi.Terdapat 4 teknik pengumpulan data iaitu teknik wawancara, teknik observasi, teknik temubual, dan teknik pengambilan sampel. Menerusi kajian kes di taska Al-Mawaddah ini,teknik pengumpulan data yang digunakan ialah teknik wawancara.Menerusi teknik ini,saya menemubual seorang

K A U 1 0 1 3 | 12

pengasuh atau guru di taska ini dengan mengemukakan hasrat saya datang ke taska dan seterusnya menanyakan beberapa soalan berkaitan kajian saya dengan berdasarkan senarai semak. Seterusnya, saya menggunakan teknik observasi iaitu dengan melihat sendiri bagaimana keadaan di taska tersebut,bagaimana persekitarannya, dan bagaimana pengurusannya. Selain itu,saya menggunakan teknik temubual iaitu dengan menanyakan beberapa soalan berkaitan dengan taska,pengurusan taska, dan sebagainya.Soalan yang ditanya juga berdasarkan senarai semak yang telah disediakan.

2.6.1

Pemerhatian berstruktur merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara

Pemerhatian berstruktur.

kritikal.Pemerhatian dibahagikan kepada dua iaitu pemerhatian berstruktur dan tidak

Pemerhatian berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenalpasti.Penyelidik perlu menentukan fokus pemerhatian.fokus ini termasuk tingkah laku individu,body language semasa pengajaran dan pembelajaran dan pergerakan dalam bilik darjah

2.7 Instrumen kajian Menurut kamus dewan edisi ke-4,instrumen membawa dua maksud.Yang pertama ialah alat,perkakas.Yang kedua bermaksud dokumen rasmi yang sah di sisi undangundang dan mengikut peraturan tertentu yang menyatakan hak pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak. Di dalam kajian kes di taska Al-Mawaddah ini,instumen kajian ialah apa sahaja yang saya gunakan untuk membantu kajian saya.Dalam kajian saya,instrumen yang saya gunakan ialah senarai semak.

K A U 1 0 1 3 | 13

Berdasarkan senarai semak,saya mendapatkan semua maklumat mengenai taska dengan berpandukan soalan-soalan mengenai persekitaran taska tersebut. Instrumen lain yang saya gunakan ialah borang maklumat diri guru atau borang maklumat demografi.Menerusi borang ini,saya berjaya mendapatkan maklumat mengenai guru atau pengasuh di taska ini secara keseluruhan seperti umur dan kelayakan.

2.7.1

Borang maklumat demografi

Berdasarkan kamus dewan edisi ke-4,demografi membawa maksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz,kepadatan,taburan,kelahiran,kamatian). Di dalam kajian ini,borang maklumat demografi lebih kepada maklumat diri guru atau pengasuh dan juga pengusaha taska itu sendiri.Borang maklumat demografi ini menekankan latar belakang guru dari segi bangsa,agama,umur,negeri asal, status perkahwinan,jawatan,tempat bertugas dan juga kelayakan akademik. Menerusi borang ini,saya dapat mengetahui latar belakang pendidik atau pengasuh di taska Al-Mawaddah ini.

2.7.2

Senarai Semak

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti masalah contohnya mengenal pasti perkembangan kanak-kanak.

K A U 1 0 1 3 | 14

Dalam kajian ini,senarai semak yang disediakan adalah berkaitan dengan persekitaran awal kanak-kanak yang merangkumi butiran mengenai premis,butiran mengenai pengusaha premis,jenis premis,persekitaran luar premis yang merangkumi pengurusan pelupusan sampah,perparitan,taman permainan kanak-kanak. Juga mengenai persekitaran dalaman premis yang merangkumi luas lantai,jenis lantai,pengudaraan dalaman,barangan kanak-kanak dalam premis,pencahayaan,kemudahan sanitari seperti sinki,bakul sampah,dapur,tandas dan sebagainya.

2.8 Kesimpulan Metodologi kajian merupakan aspek yang penting dalam melakukan sebarang jenis kajian.Metodologi kajian memberi kaedah,teknik yang betul dan tepat untuk melakukan kajian.Metodologi kajian memberikan hasil yang baik kepada dapatan kajian bermaksud dapatan kajian adalah bergantung kepada medotologi kajian yang kita

3. DAPATAN KAJIAN 3.1 Pengenalan

K A U 1 0 1 3 | 15

Saya memilih taska untuk menjalankan kajian ini kerana kanak-kanak taska berumur 0 hingga 4 tahun.Kanak-kanak pada umur ini mengalami perkembangan yang pesat.Oleh itu saya ingin menjalankan kajian terhadap kanak-kanak pada umur 0 hingga 4 tahun ini. Saya juga memilih taska swasta kerana kebanyakkan taska jenis swasta ini mempunyai persekitaran yang kurang baik.Seperti mana yang kita sedia tahu ,taska kerajaan seperti Pusat Anak Permata Negara (PAPN), Taska permata Kemas dan banyak lagi taska taska lain yang di bawah organisasi tertentu,semuanya memiliki persekitaran yang baik untuk kanak-kanak berbanding taska swasta. Kebanyakkan taska tidak mementingkan aspek pendidikan kerana hanya

mementingkan aspek asuhan .Oleh itu kebanyakkan taska kelihatan tidak menarik dari segi warna premis,tiada taman permainan untuk kanak-kanak, tiada persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak.

3.2 Maklumat Demografi Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui borang maklumat diri guru, salah seorang pengasuh atau guru di taska Al-Mawaddah ini bernama Puan Sariah binti Kadir yang berumur 36 tahun.Guru ini berasal dari negeri Terengganu,beragama islam dan telah pun berkahwin. Jawatannya di taska ini adalah sebagai penyelia dimana dia akan menyelia semua tugas-tugas pengasuh atau guru lain.Berdasarkan kajian, kelulusan akademik beliau ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kelayakan ikhtisas beliau pula ialah telah menjalani kursus asuhan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).Pengalaman beliau bertugas adalah selama 6 tahun. Alamat beliau berkhidmat ialah di Taska Al-Mawaddah, no 2, Jalan WM3/8, Bandar Behrang 2020,Tanjung Malim, Perak.

K A U 1 0 1 3 | 16

3.3 Laporan Kajian3.3.1 Masa kajian dijalankan

Kajian kes ini dilaksanakan pada hari Khamis, 29 Disember 2011 pada waktu 11.00 AM.Kajian dilaksanakan mengambil masa kira-kira 2 jam bermula pada pukul 11.00 AM hingga 1.00 PM. 3.3.2 Butiran mengenai premis berdasarkan senarai semak

Premis ini ialah sejenis taska yang bernama Taska Al-Mawaddah.Taska ini beralamat di ; No 2,Jalan WM 3/8, Bandar Behrang 2020, Perak Darul Ridzuan

Rajah 3.1

K A U 1 0 1 3 | 17

Taska Al-Mawaddah,Behrang 2020 Taska ini berada dalam daerah batang padang di negeri perak,berdekatan dengan Majlis Daerah Tanjung Malim Status taska ini ialah swasta dengan nombor pendaftaran taska iaitu( 002053996-V ). Butiran lanjut mengenai pengusaha taska saperti di bawah ; Nama Alamat : Ustaz Sayed Zamzuri bin Sayed Nengah : No 2,Jalan WM 3/8, Bandar Behrang 2020, 35900 Tanjung Malim, Perak. No. Telefon : 0125278590

Berdasarkan kajian, taska ini adalah jenis rumah teres setingkat dengan keseluruhan dinding dari konkrit( batu ) dan anggaran keluasan lantai ialah 70 x 20 kaki persegi.Taska ini terletak di dalam taman perumahan.

K A U 1 0 1 3 | 18

Rajah 3.2 Taska Al-Mawaddah dari pandangan sisi Taska jenis rumah teres setingkat dengan dinding konkrit.Berdasarkan kajian, enrolmen kanak-kanak di taska ini pada masa ini adalah seramai 19 orang.Kanakkanak 1 tahun seramai 2 orang,kanak-kanak 2 tahun seramai 9 orang dan selebihnya ialah kanak-kanak 3 tahun seramai 8 orang.Bilangan kanak-kanak yang ada semasa kajian dijalankan hanyalah seramai 10 orang.

K A U 1 0 1 3 | 19

Rajah 3.3 Sebahagian kanak-kanak di taska Al-Mawaddah

K A U 1 0 1 3 | 20

3.3.3

Persekitaran luar taska

Rajah 3.4 keadaan di luar taska ( sebelah kanan taska) Rajah menunjukkan tiada taman permainan di luar taska mahupun sand play untuk kanak-kanak.Cuma mempunyai 2 gelung terpakai yang diletakkan disitu.Ini adalah persekitaran yang kurang baik untuk kanak-kanak.

K A U 1 0 1 3 | 21

Rajah 3.5 keadaan di belakang taska

K A U 1 0 1 3 | 22

Rajah 3.6 :keadaan di depan taska

Rajah 3.7 keadaan di depan pagar taska Taska ini bebas dari masalah bau dan mempunyai perparitan jenis konkrit dan saliran yang baik.Taska ini juga tiada taman permainan, tiada kolam pasir, dan tiada kolam renang di luar taska. Dari segi pengurusan sampah,kakitangan taska henya meletakkan sampah di hadapan pintu pagar dan sampah akan diuruskan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim.

K A U 1 0 1 3 | 23

Rajah: 3.8 Sampah yang diletakkan di depan premis dan akan diuruskan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim

K A U 1 0 1 3 | 24

Sumber air pula ialah dari Lembaga Air Perak ( LAP)

Rajah 3.9 paip air LAP

3.3.4 Persekitaran dalaman taska

Taska ini menggunakan lantai jenis simen dan faktor kebersihan didalam taska ini amat dititikberatkan.Anggaran keluasan lantai dalam taska ini ialah 70 x 20 kaki persegi.

K A U 1 0 1 3 | 25

Rajah 3.10 permukaan lantai jenis simen dan diletakkan tikar getah

Taska ini juga mempunyai 2 bilik untuk kanak-kanak. Satu bilik untuk bayi dan satu bilik lagi untuk ruang belajar.Bilik untuk bayi ini juga berperanan sebagai bilik pengasingan bagi kanak-kanak yang sakit. Rajah di atas juga menunjukkan taska ini sangat sempit di mana tiada ruang makan khas untuk kanak-kanak.Kanak-kanak makan di ruang utama di mana ruang tersebut untuk aktiviti bebas kanak-kanak.

K A U 1 0 1 3 | 26

Rajah 3.11 Rajah 3.11 menunjukkan dua buah bilik yang dimaksudkan.Bilik di sebelah kiri ialah bilik untuk bayi dan juga bilik pengasingan khas.Bilik di sebelah kanan pula ialah bilik untuk belajar bagi kanak-kanak

K A U 1 0 1 3 | 27

Rajah 3.12 terdapat kotak pertolongan cemas di dalam taska Terdapat barangan kanak-kanak yang dikongsi dan ada barangan yang dikongsi.Senarai barangan adalah seperti jadual berikut ; Berkongsi Tuala Botol susu Berus gigi Sikat Cawan Bantal Selimut Cadar Tidak berkongsi

K A U 1 0 1 3 | 28

Barangan seperti botol susu dan bekas makanan bayi sentiasa dicuci dan direbus setiap kali digunakan bagi mengelakkan jangkita bakteria. Mengenai kemudahan sanitari,taska ini mempunyai 1 singki di dapur.

Rajah 3.13

K A U 1 0 1 3 | 29

Rajah 3.14 Rajah menunjukkan keadaan dapur di taska ini.Segala makanan disediakan sendiri oleh pembantu taska di taska ini. Keadaan permukaan lantai juga bersih dan tidak licin.Juga terdapat almari peyimpanan makanan di dapur seperti dalam rajah di atas.

K A U 1 0 1 3 | 30

Rajah 3.15 Rajah di atas menunjukkan pagar yang diletakkan untuk mengelakkan kanak-kanak pergi dan bermain di kawasan dapur.

K A U 1 0 1 3 | 31

Rajah 3.16 Singki taska Rajah di atas menunjukkan keadaan singki di taska.Terdapat sabun pencuci dan terdapat bakul sampah yang diletakkan di bawah singki.Dari segi bakul sampah pula,terdapat bakul khas untuk membuang lampin bayi.Sinki ini tidak sesuai dengan umur kanak-kanak di taska dengan ketinggiannya.Sinki ini sesuai dengan penggunaan orang dewasa. Taska ini mempunyai 1 tandas dan 1 bilik air untuk kemudahan mandi kepada kanak-kanak.

K A U 1 0 1 3 | 32

Rajah 3.17 Tandas dan bilik air taska Rajah di atas menunjukkan tandas dan bilik air di taska ini.Tandas di taska ini adalah taska jenis curah.Kebersihan tandas dan bilik air juga memuaskan kerana ianya dicuci 2 kali dalam sehari.Tandas juga tidak sesuai dengan kanak-kanak kerana sinki yang terdapat tinggi dan menyukarkan kanak-kanak untuk menguruskan diri mereka sendiri.

1.1 Kesimpulan Persekitaran adalah amat penting kepada kanak-kanak.Persekitaran dapat

mempengaruhi aspek perkembangan kanak-kanak seperti fizikal,sosial,emosi,kognitif, dan bahasa.Persekitaran yang kurang baik dapat membantutkan perkembangan kanak. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Taska Al-Mawaddah,kelihatan persekitaran taska ini tidak begitu baik untuk kanak-kanak.Taska ini tidak mempunyai

K A U 1 0 1 3 | 33

taman permainan,sand play, dan juga kolam.Persekitaran seperti ini amat berbeza dengan persekitaran luaran di taska Permata di mana taska Permata mempunyai persekitaran yang lebih baik. Persekitaran dalaman taska ini juga kurang baik dimana ruang yang sangat kecil.Ruang makan tiada dan kanak-kanak makan di ruang utama tempat mereka bermain dan beraktiviti.Berdasarkan pemerhatian juga,terdapat pengasuh yang menyuap makanan kepada kanak-kanak.Sepatutnya,kanak-kanak perlu diajar makan sendiri agar perkembangannya berkembang dengan baik. Dari segi aspek pendidikan pula,berdasrkan pemerhatian taska ini lebih mementingkan kepada asuhan berbanding pendidikan.

RUJUKAN

K A U 1 0 1 3 | 34

Mohd Majid Konting,1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka Hajah Noresah binti Baharom, 1990.Kamus Dewan Edisi ke-3. Perpustakkan negara Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Hajah Noresah binti Baharom, 2005. Kamus Dewan Edis ke-4.Perputakaan Negara Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Haji Zainal Abidin Sakarwan,1995.Kamus besar Bahasa Melayu Utusan.Kuala Lumpur: Kusa Publication Sdn. Bhd Mook Soon Sang,2009.Literatur dan Kaedah Penyelidikan.Kuala Lumpur : Penerbit Multimedia Sdn Bhd. Internet Diperoleh daripada http://www.gangsir.com/download/5-TeknikPengumpulanData.pdf Diperoleh daripada http://www.docstoc.com/docs/24361516/pentaksiran-dan-rekod-penilaian

K A U 1 0 1 3 | 35

LAMPIRAN