kajian lalu lintas

Embed Size (px)

Citation preview

1

BAB I

PENGENALAN

1.0

PENGENALAN

Sistem letak kereta adalah salah satu cabang dalam bidang kejuruteraan dan ianya adalah salah satu daripada tugas-tugas Jurutera Lalulintas. Tempat letak kereta adalah penting untuk dibuat kajian bagi mengetahui samada ianya mencukupi keperluan semasa atau sebaliknya.Tempat letak kereta boleh di definasikan sebagai satu kawasan perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan dimatikan enjinnya di sesuatu kawasan. Ianya merupakan satu kemudahan kepada pemandu-pemandu meletak atau menyimpan kenderaan untuk menjalankan urusan masing-masing. Kepadatan tempat meletak kereta dapat diukur dalam kenderaan perluas kawasan atau kenderaan per panjang jalan.

Kemudahan tempat meletak kereta merupakan kunci utama dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengangkutan yang sempurna dalam sesuatu kawasan.

2 Perkembangan dan kemajuan pesat di sesebuah kawasan akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan dengan secara tidak langsung akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan tempat meletak kereta juga bertamabah.

Dalam kajian tempat meletak kereta, kita perlu tahu masalah yang sebenarnya, kemudahan yang sediada bersesuaian atau tidak, kesan terhadap lalu lintas dan juga kesan pada persekitaran perlu dipertimbangkan dalam penilaian masalah perletakan kereta. Disamping membuat kajian terhadap pergerakan kenderaan, kajian terhadap kenderaan berhenti juga adalah sangat penting. Setelah kenderaan sampai ke distinasi masing-masing, pemandu akan memandu secara perlahan-lahan untuk mencari tempat meletak kenderaan.

Beberapa kaedah bancian tempat meletak kereta yang boleh dijalankan mengikut jenis dan saiz kawasan kajian. Daripada kaedah kajian ini dapat mengambarkan keadaan sebenar sistem letak kereta yang sediada ataupun untuk penyediaan tempat meletak kereta yang baru. Daripada datadata yang diperolehi dapat menyediakan polisi-polisi perletakan kereta disamping ciri-ciri dan kawalan tempat perletakan kereta yang diperlukan.

1.1

SEJARAH TEMPAT MELETAK KERETA

Jika dilihat daripada segi sejarah, kemudahan tempat meletak kereta telah diadakan sejak zaman pemerintahan Kaiser Juleus di Rom lagi dan beliau juga telah mengadakan undang-undang melarang kenderaan yang berlebihan daripada memasuki Bandaraya Rom pada masa yang tertentu yang boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas. Ini bermakna tempat letak kereta

3 bukanlah merupakan satu fenomena yang baru wujud masa kini. Ianya telah wujud sejak zaman dahulu lagi.

Pada abad ke-18 dan ke-19 di England telah berlakunya Revolusi Perindustrian yangmenyebabkan pembangunan terhadap kemudahan pengangkutan seperti keretapi dan juga sistem pengangkutan jalanraya yang bermula pada tahun 1825. Pertambahan penduduk dan juga perkembangan perindustrian yang berpusat di kawasan bandar juga menyebabkan penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta juga bertambah. Oleh kerana di bandar yang telah pesat membangun, perancangan yang baru merangkumi rangkaian jalanraya, sistem pengangkutan keretapi dan penempatan penduduk telah dibuat. Di negara-negara Eropah seperti Belgium, Perancis dan German juga berlaku keadaan seperti ini.

Pengguna kenderaan bermotor terus bertambah menjelang abad ke-20. Kepentingannya sebagai kemudahan pengangkutan serta kemajuan rekabentuk kenderaan itu sendiri telah menarik minat orang ramai untuk memiliki kenderaan sendiri. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan sudah pastinya permintaan terhadap kemudahan meletak kenderaan juga bertambah.

1.2

KEPENTINGAN TEMPAT MELETAK KERETA

Tempat meletak kereta perlu disediakan untuk kemudahan orang ramai meletak kereta mereka dengan mudah dan selamat untuk mereka mereka menjalankan sesuatu urusan. Kemudahan tempat meletak kereta yang disediakan mestilah mempunyai kawalan keselamatan supaya pemandu tidak perlu bimbang terhadap kereta mereka yang ditinggalkan.

4 Memang tidak dapat dinafikan tentang kepentingan tempat meletak kereta selaras dengan peningkatan penggunaan kereta pada masa kini. Pihak berkuasa perlu menyediakan tempat meletak kereta disetiap kawasan atau bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok tertentu tidak kira samada ia terletak di kawasan bandar atau pun di luar bandar. Contohnya seperti dikawasan kolej dan universiti, hospital, stadium, kompleks membeli belah, pejabat dan lain-lain lagi.

Kekurangan tempat meletak kereta akan menyebabkan kesesakan serta memberi pemandangan yang tidak elok disamping pencemaran lain seperti bunyi bising dan udara. Dari segi ekonomi juga berlakunya pembaziran kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dari segi penggunaan minyak.

Penyediaan tempatmeletak kereta yang cukup dapat memenuhi permintaan yang datang daripada para pemandu terutamanya pada masa puncak. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya. Tempat meletak kereta yang tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan pemandu akan menyebabkan pergerakan kereta di jalanraya akan menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah kereta yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan kurangnya aliran tepu di kawasan jalan tersebut.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya, penyediaan tempat meletak kereta yang cukup adalah diperlukan. Orang ramai akan berpuashati untuk meletak kereta mereka apabila berkunjung ke sesuatu tempat.

5 1.3 KAEDAH-KAEDAH KAJIAN RUANG LETAK KERETA

Kaedah-kaedah yang dijalankan ke atas ruang meletak kereta adalah bertujuan untuk memastikan keberkesanan sistem ruang letak kereta dan juga untuk mendapatkan bilangan ruang letak kereta yang diperlukan. Penyediaan ruang letak kereta bergantung kepada faktor ekonomi dan sosial. Kebanyakan permintaan ruang letak kereta di bandar besar dan sederhana memerlukan permintaan yang tinggi dan biasanya pihak pengurusan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Antara masalah yang menghalang kelancaran perancangan ruang meletak kereta secara tepat dan berkesan adalah :-

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.

Pertambahan bilangan penduduk pada masa hadapan bagi Aras pemilikan kereta pada tahun rekabentuk. Bilangan dan kadar perjalanan perseorangan. Kadar perjalanan harian yang wujud semasa waktu perjalanan Muatan jalan yang menuju kekawasan kajian. Hubungan antara jumlah tumpuan pengguna ruang letak kereta Tempoh letak kereta bagi pelbagai kategori pengguna ruang Masa yang dipertimbangkan bagi tujuan perancangan. Pertambahan luas lantai bagi kawasan kajian yang sedang Perubahan tarikan terhadap kawasan yang berkenaan selepas

kawasan kajian.

harian biasa dan waktu perjalanan puncak.

tempoh puncak dengan jumlah ruang letak kereta keseluruhan. letak kereta.

dalam pembinaan. pembangunan.

Butiran yang di atas perlu diberi perhatian yang serius bagi mendapatkan penilaian yang lebih realistik dan keputusan yang dibuat lebih tepat. Dengan keputusan yang tepat keperluan permintaan ruang letak kereta

6 pada masa hadapan dapat dikurangkan. Jumlah ruang meletak kereta yang diperlukan adalah berkadar terus dengan pertambahan bilangan penduduk dan perkembangan kawasan kajian.

1.4

LATARBELAKANG KAJIAN

Di Malaysia, sehingga ke akhir tahun 1970-an, Pihak Berkuasa Tempatan tidak begitu mengambil berat tentang menyediakan tempat letak kereta di pusat bandar. Bahkan banyak perhatian diberi bagi mengurangkan bilangan tempat letak kereta dilorong dan mengimbangi tempat letak kereta ini yang dikendalikan oleh orang awam (dalam lorong dan sisi lorong) dengan berbagai-bagai bentuk pengawalan. Tetapi penguasaha tempat letak kereta ini biasanya hanya memikirkan tentang pulangan ekonomi yang baik sahaja tanpa memikirkan dan tanpa memberi banyak perhatian tentang tempat letak kereta yang strategi di pusat bandar.

Kepincangan pengawalan atau pengurusan tempat letak kereta ini mula diatasi pada akhir tahun 1980-an dimana apabila Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen kepada pengusahapengusaha persendirian tempat letak kereta di sisi lorong dalam kawasan bandar. Pengusaha-pengusaha tempat letak kereta ini diberi syarat-syarat berikut :-

a. b. c. d.

Had bilangan tempat letak kereta. Nisbah petak yang perlu disediakan untuk berlainan kategori Kadar bayaran bagi berbagai-bagai jenis kenderaan. Masa dibuka dan ditutup.

kenderaan.

7 Peranan dasar dan strategi tempat letak kereta ini perlulah difikirkan dari semasa ke semasa kerana semakin maju sesebuah negara maka akan bertambahlah jumlah kenderaan di atas jalanraya dan secara tidak langsung maka tempat letak kereta perlulah ditambah dari masa ke semasa dan untuk tidak mendatangkan banyak masalah di kemudian hari, maka sistem pengurusan hendaklah diambil berat oleh semua golongan.

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tempat letak kereta dijalankan bertujuan untuk mengetahui samada ianya mencukupi ataupun tidak bagi kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah kerana kawasan ini sering berlaku kesesakan lalulintas akibat pemandu yang memandu dengan perlahan untuk mencari tempat letak kereta pada satu-satu masa tertentu. Disamping itu, kawasan ini adalah kawasan pusat bandar dan ianya berhampiran dengan pasaraya, pasar, bank, farmasi, kedai makan dan sebagainya.

Tempat letak kereta merupakan asas kepada pengawalan sistem lalulintas di kawasan pusat bandar ataupun tempat-tempat tumpuan orang ramai menjalankan urusan harian. Oleh kerana itu, saya akan cuba untuk mengatasi serta memperbaiki sistem yang sediada agar dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan dan pengawalan tempat letak kereta. Satu kajian perlu dilakukan sehinggalah siap agar ia dapat membantu sistem yang telah dilaksanakan.

Dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun, kenderaan dijalan raya semakin banyak dan ianya memerlukan tempat letak kereta yang

8 selamat dan sesuai dengan tempat urusan masing-masing. Tempat-tempat yang biasa menjadi tumpuan orang ramai dan sering berlaku kekurangan tempat letak kereta ialah seperti di bank, pasar raya, jabatan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai dan lain-lain lagi. Dengan ini, diharap kajian yang akan saya laksanakan nanti akan dapat membantu mengatasi masalah kekurangan dan pengurusan tempat letak kereta.

1.6

SKOP KAJIAN

Oleh kerana peruntukkan masa yang terhad untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, maka hanya skop-skop kerja yang tertentu sahaja digariskan untuk mencapai objektif kajian. Kerja-kerja yang dikaji hanyalah melibatkan tentang pengurusan tempat letak kereta yang terlibat sahaja. Dalam hal ini hanyalah dua (2) perkara sahaja yang ditumpukan iaitu :-

a. b.

Kajian ditumpukan di Medan Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan Kajian hanyalah tentang pengurusan tempat letak kereta yang

Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. terlibat sahaja.

Beberapa kaedah bancian tempat letak kereta perlu dijalankan. Melalui bancian yang dibuat, maka keputusan tentang keperluan tempat letak kereta akan diketahui dan digambarkan dengan jelas. Analisa juga akan dapat dijalankan samada perlu penyediaan tempat letak kereta yang baru ataupun sebaliknya.

9 Dalam kajian yang dibuat dikawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya, kaedah bancian kandang atau bancian keliling dijalankan. Melalui kaedah ini, jumlah kereta yang masuk dan keluar dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan akan dicatat. Perbezaan di antara kereta yang masuk dan keluar akan memberikan jumlah kereta yang terkumpul dalam kawasan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan.

Selain daripada itu, penilaian permintaan meletak kereta juga dilakukan. Untuk membuat anggaran berkenaan permintaan tempat letak kereta ini memerlukan teknik kajian mengikut perkembangan semasa yang mana soal selidik atau temuramah pemandu-pemandu kereta di kawasan kajian atau pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan tempat letak kereta di Medan Letak Kereta Pantai Jaya dilakukan. Melalui kaedah ini, gambaran tentang permintaan yang berlebihan atau berkurangan diperolehi. Perbezaan di antara permintaan dan penyediaan tempat letak kereta membolehkan pernilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat letak kereta yang diperlukan.

Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa jangkaan menunjukkan keperluan tempat letak kereta di kawasan ini adalah tidak mencukupi kerana permintaan yang terlalu tinggi terutamanya dalam satusatu masa tertentu. Ini adalah kerana kawasan ini adalah kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai urusan semasa.

10

BAB II

HUBUNGAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA DENGAN KEPERLUAN TEMPAT LETAK KERETA DI BANDAR KOTA BHARU

2.1

LATARBELANG KEPERLUAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA.

Perancangan pembangunan sesuatu kawasan memerlukan satu penilaian yang mendalam dan teliti bagi keselesaan penduduk kawasan tersebut dan memastikan keadaan persekitaran tidak terjejas akibat kesesakan lalulintas di jalanraya. Sesuatu perancangan yang dibuat seharusnya akan dapat menampung pertambahan penduduk dan kemajuan lain dimasa akan datang.

Salah satu kemajuan yang telah pun dilihat ialah bertambahnya kenderaan di jalanraya jalanraya dan dengan secara tidak langsung bertambahlah juga tempat letak kereta. Keadaan ini adalah disebabkan oleh pertambahan keperluan individu disamping itu juga ia adalah disebabkan oleh kemajuan dan pembahuruan terhadap rekabentuk kenderaan.

11 Setip kawasan mempunyai ciri ciri dan persekitaranya yang tersendiri. Oleh itu, sesuatu perancangan pembinaan dan kemudahan di sekitar Jalan Pintu Pong perlu dilaksanakan. Maka, penilaian yang teliti perlu dilakuakn agar memenuhi keselesaan semua pengguna jalan raya. Keperluan kepada tempat letak kereta adalah disebabkan oleh faktor sosio ekonomi yang semakin bertambah. Ini secara tidak langsung menyebabkan semakin ramai yang menggunakan kereta dalam sebarang urusan harian. Oleh yang demikian, perancangan yang dibuat hendaklah mengambil kira dalam semua aspek terutamanya dalam keselesaan tempat meletak kereta.

Dua aspek penting dalam perancangan tempat meletak kereta ialah :

a)

Kemudahan bagi kenderaan adalah merangkumi perkara perkara seperti rangkaian jalanraya yang baik bagi memudahkan kenderaan tersebut menuju ke destinasi yang dituju dan juga kemudahan untuk meletak kereta.

b)

Masalah persekitaran ialah proses penyelenggaraan kenderaan seperti bunyi bising, asap kenderaan dan bahaya kemalangan.

Sebelum membuat sesuatu perancangan untuk penempatan tempat letak kereta di sesuatu kawasan, kod bangunan dan zon bolehlah digunakan sebagai panduan. Ia berguna kerana didalam kod ini telah dinyatakan tempat letak kenderaan yang minimum dan juga yang maksimum.

Sebagai kesimpulan, sebelum membuat sesuatu perancangan lalulintas, perkara penting yang perlu diketahui adalah sistem jalanraya di kawasan tersebut berupaya menampung bilangan kenderaan, tempat letak kereta yang sedia ada dan masalah masalah yang terdapat di kawasan tersebut. Perkara perkara yang perlu ada di dalam setiap keputusan dan cadanagn yang dibuat ialah :

12 a. b. c. d. e. Perancanagn untuk memperbaiki simpang jalan Penyediaan kawalan ke atas zon meletak kereta Spesifikasi kajian untuk memperbaiki keadaan jalan Perancangan untuk jalanraya Tempat letak kereta di luar dan di dalam kawasan jalan

dan persekitaran

2.2

KAJIAN KENDERAAN LALULINTAS DAN PENGGUNAAN TANAH

Kajian kenderaan lalulintas adalah merupakan satu bahagian yang penting dalam proses perancangan di sesebuah bandar. Ia akan menyediakan faktor asas yang penting dalam penilaian dan perancanagan pembangunan. Ini adalah kerana ia melibatkan penggunaan tanah di sesuatu kawasan dan satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan.

Cara kajian kenderaan lalulintas dan penggunaan tanah di buat dengan menentukan kawasan kaijan. Kawasan tersebut pula dibahagikan kepada beberapa zon tertentu iaitu zon zon luaran dan zon dalaman. Kajian yang dijalankan biasanya meliputi kajian temuramah di jalanraya, kajian tempat letak kereta, kajian bilangan jumlah kenderaan dan jenis serta kegunaan kenderaan tersebut.

Data data yang diperolehi dianalisa untuk membuat perancangan dan seterusnya meramalkan pertambahan aliran kenderaan untuk masa hadapan dengan menggunakan faktor pertumbuhan yang sesuai. Kajian ini dapat memberi garis panduan yang sesuai bagi mencadangkan penggunaan

13 tanah dan dengan ini juga dapatlah menafsirkan permintaan terhadap sisitem pengangkutan di masa akan hadapan. 2.3 PENEMPATAN TEMPAT LETAK KERETA

Penempatan tempat letak kereta juga merupakan satu perkara penting dalam membuat perancangan pembangunan di sesuatu kawasan. Proses kajian lalulintas dan penggunaan tanah serta kajian tempat letak kereta dapat memberi garis panduan kepada kita untuk menyediakan tempat letak kereta yang diperlukan sama ada untuk kegunaan jangka pendek atau pun jagkamasa panjang.

Penyediaan tempat letak kereta dalah bedasarkan kepada masa puncak jumlah kereta dan juga jumlah kereta keseluruhan di jalanraya.Penyedian tempat letak kereta yang mencukupi akan menggelakkan daripada berlakunya kesesakan di tempat letak kereta dan juga dapat meggelakan pemandupemandu kereta meletak kereta mereka di tempat-tempat larangan.

Kesesakan lalulintas di Bandar Kota Bharu adalah semakin meningkat memandangkan pembangunan yang semakin pesat di bandar ini. Oleh sebab itu, langkah-langkah kawalan diperlukan untuk memastikan kawasan tempat letak kereta adalah mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak.

Oleh sebab itu, penempatan tempat letak kereta mestilah dibuat dengan melihat perkara-perkara yang mempengaruhi tumpuan kenderaan ke sesuatu kawasan tersebut bagi memastikan kemudahan tersebut berfungsi dan berkesan kepada orang ramai, seterusnya ia akan dapat mengelakkan kesesakan lalulintas dan pencemaran persekitaran.

14

2.4

KESAN TEMPAT LETAK KERETA KE ATAS LALULINTAS

Kawasan tempat letak kereta sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kenderaan yang terdapat di jalanraya. Ini dapat dilihat di mana penempatan tempat letak kereta pada kawasan jalan on-stereet parking akan mengurangkan muatan kenderaan di jalan tersebut. Selain dari itu, jumlah, jenis dan keluasan ruang di jalan atau sisi jalan akan mempengaruhi jumlah kenderaan. Seterusnya penempatan kawasan tempat letak kereta tersebut akan memberi kesan terhadap perjalanan dan pergerakan kenderaan.

Tanpa pengawalan yang sewajarnya,penempatan tempat letak kereta di kawasan jalan akan menimbulkan kesan yang merbahaya pada kenderaan yang bergerak berikutan kekurangan lebar jalan tersebut.

Cara meletak kereta yang berdekatan antara satu sama lain akan mengakibatkan kesukaran kepada kereta lain yang keluar masuk ke kawasan tempat letak kereta. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain dan juga kepada pejalan kaki.

Mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai hendaklah di buat pengawalan yang sempurna terhadap tempat letak kereta. Dengan cara ini, ianya akan dapat memberi keselesaan kepada para pemandu dan ianya juga dapat menjimatkan masa. Jika pengawalan yang sempurna dapat di buat, tempat letak kereta di kawasan yang terlibat dapat menampung bilangan kereta yang banyak dalam masa yang singkat.

15 Oleh itu, prinsip utama dalam polisi tempat letak kereta adalah menyediakan kawasan tempat letak kereta yang mencukupi bagi kereta yang menuju ke sesuatu kawasan. 2.5 KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP PERSEKITARAN.

Kenderaan-kenderaan yang berhenti di kawasan tempat letak kereta akan memberi kesan besar terhadap persekitaran di kawasan sekitarnya. Di mana kita akan dapati bunyi bising dan asap yang keluar dari kenderaan akan bergerak bebas di kawasan sekitar tempat letak kereta.

Cara yang lebih baik dan yang lebih sesuai untuk kawasan tempat letak kereta ialah mengadakan tempat letak kereta di luar kawasan jalan offstreet parking. Di mana,ianya dapat mengurangkan masalah gangguan terhadap persekitaran. Sebagai kesimpulannya, dapatlah di rumuskan bahawa polisi tempat letak kereta perlu diambil berat dengan mengambilkira kesan terhadap kenderaan dan juga kawasan persekitaran.

2.6

KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP KEINDAHAN

Kesan tempat letak kereta yang tidak begitu di ambil berat adalah kesan terhadap keindahan kawasan persekitarannya. Di mana, kebanyakkan cadangan membina kawasan tempat letak kereta yang baru, perkara ini tidak begitu diambil berat.

16 Kesan kerosakkan yang paling nyata adalah kerosakan dari segi pemandangan, dimana kita hanya dapat melihat deretan kenderaan yang panjang sahaja walhal sebelum ini kita mungkin dapat melihat tumbuhan yang hidup menghijau dan pemandangan yang lebih menarik. Jadi, untuk mengatasi keadaan ini kawasan tempat letak kereta yang menarik hendaklah direka dan dibina dengan begitu teliti agar kesan dari segi keindahan pemandangan dapat di kekalkan.

2.7

JENIS-JENIS TEMPAT LETAK KERETA

Terdapat berbagai jenis tempat letak kereta yang dapat diperolehi dalam sistem lalulintas. Jenis tempat letak kereta boleh di kelaskan kepada dua iaitu :-

1. 2.

Tempat letak kereta di atas kawasan jalan Tempat letak kereta di luar kawasan jalan.

2.7.1

Tempat Letak Kereta Di Atas Kawasan Jalan

Penyediaan tempat letak kereta di atas kawasan jalan boleh dibina samada pada satu sisi atau kedua-dua sisi jalan mengikut kesesuaian jalan tersebut. Penyediaan tempat letak kereta jenis ini biasanya dilakukan di kawasan jalan yang mengandungi kenderaan yang sedikit dan permintaan terhadapnya rendah.

17

Tempat letak kereta jenis ini boleh dikawal dengan menghadkan jangkamasa perletakan kereta. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti berikut :Menggunakan meter letak kereta b. Menetapkan masa yang tertentu untuk meletak kereta di sesuatu kawasan yang kritikal Menetapkan keluasan tempat letak kereta

2.7.1.1.Tempat Letak Kereta Bermeter

Terdapat letak kereta jenis ini banyak terdapat di bandar-bandar yang peratus lalulintasnya tinggi. Kaedah ini diperkenalkan oleh Well pada tahun 1969. Sesuatu kawasan bandar boleh direkabentuk sebagai zon meter iaitu semua dilarang meletak kecuali di lot kereta yang telah ditandakan.

Di dalam kaedah ini terdapat beberapa kebaikan diantaranya ialah :-

a. b.

Perletakan kereta mudah diselaraskan. Tempoh perletakan kereta akan berkurangan. a. b. Kawasan letak kereta ditandakan dengan terang dan pemandu akan sentiasa mengawasi yang ia tidak meletak di tempat lain. Pembayaran yang dikenakan menggalakkan perusahan persendirian menyediakan tempat letak kereta luar jalan dengan itu menjimatkan peruntukan awam.

2.7.1.2 Pita Letak Kereta

18 Merupakan alternatif utam kepada kaedah letak kereta bermeter.Skim ini menawarkan pemanduan meletak kereta percuma di sepanjang bebendul yang tidak bertanda pada masa-masa yang ditetapkan. Apabila pemandu memasuki zon skim ini dia akan mencari tempat meletak kereta dan mempamerkan pita tersebut di cermin keretanya.

Kebaikan kaedah ini ialah tiada kos modal pemasangan tetapi kaedah ini terdapat beberapa keburukan iaitu:

a) b) c)

Tiada hasil yang dikeluarkan. Memerlukan ramai pegawai lalulintas Pemandu-pemandu dalam lawatan sukar untuk mendapatkan pita berkenaan.

2.7.2

Tempat Letak Kereta Di Luar Kawasan Jalan.

Penyediaan tempat letak kereta di luar jalan dapat mengurangkan tumpuan pemandu untuk meletak kereta di atas kawasan jalan sahaja. Dengan cara ini ianya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di jalan tersebut. Penempatannya mesatilah bersesuaian dan strategik untuk memudahkan orang ramai menjalankan urusan mereka.

Untuk memudahkan kenderaan keluar masuk, lorong masuk dan lorong keluar hendaklah direka dengan baik supaya ianya dapat memberi keselesaan pada para pengguna tempat letak kereta tersebut. Penyelenggaraan dan pengursannya pula biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan ataupun syarikat-syarikat persendirian.

19

2.7.2.1 Letak Kereta Di Permukaan

Jenis ini merupakan yang paling terkenal di kalangan jenis letak kereta luar jalan. Ianya banyak menggunakan keluasan tanah. Jadi ianya memerlukan rekabentuk yang sempurna, sentiasa dikawal dan dibersihkan.

2.7.2.2 Letak Kereta Bangunan Bertingkat

Jenis ini pula popular di kawasan-kawasan bandar. Letak kereta jenis ini dapat mengurangkan penggunaan tanah. Kebiasaannya tempat letak kereta jenis ini disediakan berhampiran kawasan pejabat, hotel-hotel dan pusat membeli belah yang tertumpu di pusat bandar dan biasanya dijalankan oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai bangunan tersebut. Bayaran akan dikenakan kepada pemandu yang meletak kenderaan berdasarkan jangkamasa mereka meletak kenderaan.

Letak kereta bangunan bertingkat dapat dikelaskan kepada 3 kumpulan :

a) b) c)

Letak kereta beratendan Letak kereta pengguna Kombinasi letak kereta pengguna dan beratendan

2.7.2.3 Letak Kereta Bawah Tanah

20

Kebanyakan tempat letak kereta jenis ini biasanya disediakan di bahagian bawah bangunan hotel, pejabat, pusat membeli belah, di bawah jalan raya, taman awam ataupun pusat kominiti. Pembinaannya adalah mahal dan mungkin jenis ini adalah tempat letak kereta yang termahal. Oleh itu, dikebanyakkan tempat meletak kereta bawah tanah sebahagian daripada kos awal akan dioffsetkan oleh kerana ia mewakili kos-kos yang sepatutnya akan wujud meskipun tempat letak kereta tidak dibina.

Pemandu yang meletak kereta di kawasan ini biasanya akan dikenakan bayaran dan ini mengingatkan mereka agar tidak meletak kereta terlalu lama. Cara ini adalah merupakan satu cara pengawalan tempat letak kereta bagi mengurangkan kesesakan di dalam kawasan yang terlibat.

2.7.2.4 Letak Kereta Atas Bumbung

Letak kereta atas bumbung menyediakan tempat letak kereta pada kadar kos yang berpatutan. Perjalanan utama ialah untuk ram yang perbelanjaannya meningkat seimbang dengan ketinggian bangunan. Di dalam setengah kes adalah boleh menghubungkan dua atau lebih bagi membolehkan satu ram keluar masuk untuk seluruh kawasan.

2.7.2.5 Letak Kereta Sistem Ram

Letak kereta jenis ini adalah salah satu dari jenis tempat letak kereta di luar jalan. Ia biasanya dibina di kawasan pusat membeli belah, pasar dan bangunan hotel.

21

2.8

PIAWAIAN TEMPAT LETAK KERETA

Penyediaan tempat letak kereta dalam perancangan pembangunan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mestilah berdasarkan kepada piawaian yang tertentu mengikut kepentingan di sesebuah kawasan. Ini bermakna mereka mestilah menyediakan tempat letak kereta yang boleh beroperasi kepada pemandu tanpa kawalan ke atas mereka.

Di kawasan-kawasan perumahan dan luar bandar, polisi tersebut perlu dilaksanakan agar pemandu-pemandu mendapat kemudahan yang tempat letak kereta yang selesa. Ini bermakna, perancangan yang teratur perlu dibuat untuk menyelaraskan kawasan letak kereta dan jumlah bilangan kereta pada masa puncak. Oleh yang demikian pengawalan terhadap tempat letak kereta perlu dibuat oleh pihak berkuasa yang menguruskan kawasan yang terlibat.

Tempat letak kereta seharusnya boleh digunakan oleh orang ramai jika terdapat permintaan terhadapnya. Polisi tersebut adalah untuk membenarkan orang ramai meletak kereta mereka terutama di kawasankawasan yang tertentu.

2.8.1

Tujuan Piawaian Tempat Letak Kereta

Kepentingan bagi menyediakan piawaian terhadap tempat letak kereta adalah bertujuan :-

22

a.

Untuk memastikan bahawa kawasan tempat letak kereta yang disediakan adalah mencukupi bagi menampung jumlah perletakan kereta yang terdapat disesuatu kawasan.

b.

Untuk mengelakan kesesakan lalulintas jalan raya akibat jumlah kereta yang berlebihan dengan menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang lebih teratur. Ini akan dapat mengekalkan keadaan persekitaran.

Piawaian tempat letak kereta yang dibuat adalah berbeza dan berlainan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Ini disebabkan oleh permintaan yang berbeza terhadap tempat letak kereta di antara kawasan yang terlibat.

Selain daripada itu, piawaian tersebut dibuat berdasarkan kepada jumlah bilangan kereta yang terdapat di kawasan tersebut. Kawasan yang mempunyai taraf kemajuan dan kepentingan yang berbeza menyebabkan bilangan kereta di sesuatu kawasan adalah berbeza. Perbezaan ini dilihat pada permintaan keperluan tempat letak kereta untuk operasi dan bukan operasi.

2.8.2

Spesifikasi Tempat Letak Kereta

Spesifikasi untuk tempat letak kereta adalah perlu bagi menentukan bilangan tempat letak kereta untuk sesuatu kawasan. Ia perlu dibuat untuk memastikan tempat letak kereta yang disediakan akan beroperasi pada tahap yang paling optima bagi setiap kereta. Kawasan yang diperlukan untuk tempat letak kereta boleh di lihat pada jadual di sebelah.

23

Jadual 2.8.1 : Spesifikasi Tempat Letak Kereta Jenis Bangunan Kawasan Perumahan Kawasan Kedai Kawasan Pejabat Kawasan Bank Kawasan Perindustrian Perpustakaan Awam Tempat letak kereta Penghuni : 1 Pelawat : 1 Pekerja : 1 Pelanggan : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan kedai Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain Pelawat : 10 % dari ruang letak kereta untuk pekerja Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain Pekerja : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan perindustrian Pelawat : 10 % dari tempat letak kereta untuk pekerja Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas Pengunjung : 3 untuk setiap 500 ahli dan 1 tambahan untuk Hospital Sekolah Institut setiap 10 kerusi Pekerja : 1 untuk setiap doktor dan 1 unit setiap pekerja lain Pesakit dan pelawat : 1 untuk setiap 3 katil Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja Pelawat : 4 untuk setiap 1000 orang murid Pengajian Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas

Tinggi Pelawat : 5 untuk setiap 1000 orang pelajar Muzium Dan Pusat Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas Galeri Seni Panggung Wayang Pengunjung : 1 untuk setiap 30 m2 keluasan kawasan Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas Pengunjung : 1 untuk setiap 5 tempat duduk

24

BAB III

KAEDAH-KAEDAH BANCIAN, CIRI-CIRI DAN KAWALAN DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS

3.1

KEPENTINGAN BANCIAN TEMPAT LETAK KERETA DI DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS

Bancian tempat letak kereta merupakan satu kriteria penting dalam perancangan lalulintas. Melalui bancian meletak kereta adalah lebih mudah bagi perancang-perancang lalulintas meramal kaedah sebenar yang dibawa oleh kereta terutama tentang kesan-kesan seperti pencemaran dan kesesakan.

Daripada bancian tempat letak kereta dapat diketahui tentang permintaan dan keperluan tempat letak kereta sesuatu kawasan tersebut mencukupi atau sebaliknya. Keamatan tempoh meletak kereta juga boleh didapati daripada bancian ini.

Konsep rangka masa perlu diambil kira dalam membuat sesuatu penilaian permintaan meletak kereta.Sebagai contohnya, permintaan meletak kereta di kawasan sekitar Jalan Pintu Pong perlu dinilai terlebih dahulu. Waktu-waktu yang dipilih hendaklah waktu puncak di tempat tersebut. Definasi tentang permintaan meletak kereta tidak akan didapati dengan betul tanpa memasukkan konsep rangka masa. Perjalanan seseorang

25 itu selalunya diianggarkan didalam jangka masa 24 jam, dengan ini permintaan tempat letak kereta juga adalah di dalam satu hari.Tetapi bilangan jumlah tempat letak kereta yang di perlukan mestilah menggambarka keperluan waktu puncak didalam sehari.

Sebagai tambahan perlulah diperhatikan bahawa permintaan meletak kereta berbeza-beza mengikut satu corak yang bermusim. Dengan ini konsep rangka masa akan memberikan satu puncak atau kadar maksimun permintaan untuk satu musim puncak. Ini memberikan satu gambaran yang wajar tentang satu deskripsi tentang permintaan tempat letak kereta untuk sesuatu penggunaan tanah.

Analisis daripada kajian yang dijalankan, dapatlah pihak yang berkenaan mengadakan langkah-langkah kawalan untuk mengatasi atau mengurangkan segala isu dan faktor penting tentang ciri-ciri meletak kereta di sesuatu kawasan tersebut. Hanya dari sinilah segala bentuk kemudahan yng sesuai dan di sukai oleh pemandu dapat disediakan.

3.1.1

KAEDAH-KAEDAH BANCIAN

Di dalam menjalankan bancian meletak kereta,beberapa kaedah boleh diikuti. Kesesuaian penggunaan sesuatu kaedah itu adalah terletak kepada kawasan yang dipilih, sumber kewangan yang sedia ada, saiz kawasan bancian, tenaga dan peralatan.

Kaedah-kaedah bancian meletak kereta adalah seperti berikut:

26

1. 2. 3. 4. 5.

Perhintungan kadang atau keliling. Temuduga atau soal selidik. Bancian rondaan. Bancian keatas kemudahan yang sedia ada. Penilaian permintaan meletak kereta.

3.1.2

Perhitungan Kandang Atau Keliling

Penggunaan kaedah ini adalah bagi kawasan kajian yang dikelilingi oleh satu kandang(cordon) dan stesyen-stesyen pengiraan dibuat pada setiap persimpangan jalan. Di setiap stesyen-stesyen tersebut, pengiraan terhadap kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan tersebut akan dibuat dan dicatatkan secara berasingan pada setiap sela masa satu jam atau pada sela masa yang singkat.

Dengan cara campuran algebra bagi kenderaan yang keluar masuk akan memberikan jumlah kumulatif kenderaan yang terdapat dalam kawasan tersebut dan seterusnya bilangan kenderaan yang bergerak dapat ditentukan bagi menganggarkan jumlah tempat letak kereta bagi kawasan tersebut.

Satu rangka pengawalan terhadap permintaan tempat letak kereta dapat dihasilkan dengan menggunakan pengiraan ini. Kajian tempat letak kereta yang terperinci memerlukan masa yang panjang sehingga melebihi seminggu dan dalam jangka masa tersebut terdapat perbezaan di dalam jumlah perletakan kereta di kawasan tersebut. Data-data yang diperolehi boleh dibandingkan dengan rangka yang digambarkan oleh purata jumlah kumulatif.

27

Pengiraan yang dijalankan menggunakan kaedah ini biasanya memerlukan kakitangan pembanci atau dengan menggunakan alat automatik. Kakitangan pembanci diperlukan untuk menyemak rekod-rekod pengiraan dan untuk membuat klasifikasi yang akan memberikan perbezaan terhadap tempat letak kereta.

Stesyen yang mempunyai perbezaan aliran yang ketara boleh dijadikan sebagai stesyen kawalan dan jerja-kerja pengiraan dibuat untuk jangkamasa 24 jam dibuat berdasarkan data daripada stesyen kawalan.

Perbezaan kereta yang masuk dan keluar di kawasan tersebut untuk jangkamasa yang tertentu akan memberikan pertambahan atau pengurangan jumlah kereta dan seterusnya memberikan perhubungan penggunaan tempat letak kereta di kawasan tersebut.

3.1.3

Temuduga Atau Soal Selidik

Dalam kaedah ini,pemandu yang meletak kenderaan mereka di kawasan yang akan di soal selidik tentang asal dan destinasi perjalanan mereka serta tujuan mereka meletak kereta. Maklumat ini beserta jangkamasa meletak kereta akan membolehkan penentuan terhadap ciri-ciri tempat letak kereta dibuat.

Dalam menjalankan kajian tempat letak kereta menggunakan kaedah ini, kawasan kajian akan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang lebih

28 kecil bagi memudahkankumpulan pembaci menyiapkan kerja dalam masa sehari. Jarak perjalanan bagi seseorang pembanci ditentukan bedasarkan kepada keluasan tempat letak kereta, biasanya tidak melebihi 100 meter.

Kajian soal selidik yang dijalankan untuk kawasan tempat letak kereta di luar jalan dibuat pada susur masuk dan susur keluar kawasan tersebut. Pembanci yang ramai diperlukan pada masa puncak pada sebelah pagi dan petang di mana ia perlu dipertimbangkan melalui kajian awal.

Pembanci akan merekodkan maklumat meklumat seperti berikut :-

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Nombor pendaftaran kenderaan bagi tujuan pengenalan. Klasifikasi kenderaan seperti kereta, lori, teksi dan sebagainya. Jenis tempat letak kereta. Masa kenderaan berhenti. Masa kenderaan bergerak. Destinasi yang dituju selepas meninggalkan kenderaan. Tujuan berhenti dan meletak kenderaan seperti urusan perniagaan, membeli belah dan sebagainya.

Kajian soal selidik yang dijalankan akan dapat memberikan maklumat mengenai permintaan tempat letak kereta disesuatu kawasan tersebut.

3.1.4

Bancian Rondaan

29

Dalam kaedah ini, kawasan kajian akan dibahagikan kepada keluasan yang dapat diliputi tiap tiap satu kali dalam masa satu jam, setengah jam atau pun dalam jarak waktu yang sesuai.

Pada setiap kali rondaan dibuat, setiap nombor pendaftaran kenderaan yang diletakkan dalam kawasan kajian dicatat dan dikira. Dari sini akan memberikan jumlah kenderaan yang terkumpul pada jarak waktu bancian dijalankan. Tempoh perletakkan sesebuah kenderaan juga dapat diperolehi.

Rondaan rondaan boleh dilakukan dengan berjalan kaki ataupun berkereta bagi tempat letak kereta tepi jalan. Kawasan yang dibahagikan mestilah pada satu saiz yang sesuai, supaya pembanci dapat meliputi jarak yang ditetapkan kepadanya dan kembali semula pada tempat asal dalam jangka masa yang ditetapkan. Untuk memudahkan bancian, kawasan dibahagikan kepada seksyen seksyen dan tidak disambung akan melengkapkan satu sirkit. Oleh itu masa untuk pulang ke tempat asal dapat diselamatkan.

3.1.5

Bancian Keatas Kemudahan Sedia Ada

Setiap bancian meletak kereta mestilah mempunyai satu senarai tempat letak kereta yang didapati dalam sesuatu kawasan yang dikaji dan boleh digunakkan sebagai tempat letak kereta pada masa sekarang atau pun apabila pembangunan yang sesuia dijalankan.

30 Senarai tersebut mestilah mengandungi butir butir teperinci tentang tempat letak kereta , samaada di tepi jalan atau di luar jalan, dengan menggunakan segala atau sebahagian daripada butir butir lanjut yang di senaraikan di sebelah :

1)

Lokasi dan kawalan a. b. Tempat letak kereta atas jalan tepi jalan, sebelah,dua belah,selari dan menyerong. Tempat letak kereta di luar jalan-ruang lapang, tempat letak kereta berbumbung, jenis ram, susun atur tempat masuk dan tempat keluar. c. Persendirian atau hak awam.

2) a. b. c.

Had masa Jangka waktu dan had-had masa harian. Percuma dan bayaran. Kadar bayaran yang di kenakan.

3.1.6

Penilaian Permintaan Tempat Letak Kereta

Dalam kajian yang telah di bincangkan, kesemua adalah berhubungan dengan kenderaan di sesebuah kawasan. Penilaian di buat bagi menetukan kemudahan tempat letak kereta yang perlu di sediakan di sesebuah kawasan berdasarkan data-data yang diperolehi daripada kajian yang di jalankan.

Permintaan tempat letak kereta adalah berbeza bagi setiap kawasan yang berlainan terutamanya jika di lihat pada masa keperluan. Di kawasan

31 pejabat misalnya, permintaan yang tinggi adalah pada hari-hari bekerja manakala di kawasan pusat membeli belah adalah pada hari cuti.

3.2 CIRI-CIRI DAN KAWALAN TEMPAT MELETAK KERETA

Oleh kerana hingga sampai ketika ini, negara kita Malaysia masih belum lagi mempunyai satu bancian tempat letak kereta yang menyeluruh. Oleh itu adalah amat susah untuk menilai ciri tempat letak kereta di negara ini sepertimana yang telah di jalankan oleh negara-negara maju seperti di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.

Apa yang perlu kita perhatikan di sini ialah ciri-ciri kawalan meletak kereta di negara kita adalah berbeza daripada yang terdapat di negara-negara yang di sebutkan tadi, terutamanya dari segi magnitud dan sedikit sebanyak daripada bentuk.

Dari sini bukanlah kita yang kita tidak boleh langsung mengambil bancian-bancian di sana sebagai contoh, tetapi janganlah mengambil datadata dan ciri ciri kawalan yang telah mereka buat sebagai asas dan andaian untuk kita gunakan dalam penyediaan tempat letak kereta. Kadangkala andaian yang mereka dapati dari kajian dan bancian yang dijalankan adalah berguna untuk kita gunakan sebagai asas dalam perancangan tempat letak kereta dan ciri-ciri kawalannya di Malaysia.

Daripada data-data bancian yang diperolehi dapatlah diketahui ciriciri dan kawalan tempat meletak kereta bagi kawasan tersebut. Ciri-ciri dan kawalan tempat meletak kereta boleh dinilai melalui perkara-perkara berikut :

32

1. 2. 3.

Pengukuran perletakan kereta. Penambahan perletakan kereta. Tempoh perletakan kereta.

3.2.1

Pengukuran Perletakan Kereta

Perkara-perkara utama yang digunakan untuk mengukur perletakan kereta ialah :

a.

Jumlah perletakan kereta iaitu bilangan kenderaan yang diletakkan di sesuatu kawasan pada masa-masa tertentu dan boleh dibahagikan kepada kategori-kategori mengikut tujuan perjalanan.

b.

Isipadu letak kereta ini ialah bilangan kereta di dalam parking load iaitu jumlah kenderaan pada jangkamasa tertentu, biasanya per hari. Masa yang diambil oleh kenderaan diletakkan dalam minit atau jam adalah merupakan tempoh perletakan kereta.

c.

Parking Turn Over adalah kadar penggunaan tempat letak kereta dan ianya diperolehi dengan membahagikan isipadu perletakan kereta dengan tempat meletak kereta untuk suatu jangkamasa tertentu.

d.

Penunjuk meletak kereta ini adalah satu ukuran untuk menentukan penggunaan panjang jalan yang selalunya diambil sebagai peratus panjang ruang tepi jalan yang secara teorinya adalah 6m yang dipenuhi oleh kereta yang diletakkan.

33 BAB IV

KAJIAN KES

4.0

PENGENALAN KAWASAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA

Medan Letak Kereta Pantai Jaya adalah salah satu tempat letak kereta yang terdapat di bandar Kota Bharu. Ianya diusahakan oleh orang perseorangan dengan menggunakan lesen yang diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Pantai Timur Parking Sdn. Bhd. ini terletak di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Ianya adalah kawasan yang sering berlaku kesesakan lalulintas yang teruk kerana di kawasan ini terdapat pelbagai tempat urusan orang ramai seperti pasaraya, bank, pasar dan sebagainya. Kawasan ini kekurangan tempat letak kereta kerana ianya adalah kawasan jalan sehala dan tempat letak kereta bermeter yang disediakan oleh pihak MPKB tidak mencukupi.

Medan Letak Kereta Pantai Jaya ini akan mula dibuka kepada pengunjung pada pukul 10.00 pagi. Ini adalah kerana pada sebelah pagi ianya dijadikan kawasan pasar borong untuk ikan. Operasinya akan berakhir pada pukul 10.00 malam. Tempat letak kereta ini mengandungi 98 petak sahaja. Bersebelahan dengan tempat letak kereta ini, terletak Pasaraya Maidin dan Pasaraya Pantai Timur disamping kedai-kedai makan dan sebagainya. Ini adalah faktor utama yang menyebabkan kawasan ini mengalami kekurang tempat letak kereta terutamanya pada waktu tengahari dan petang.

34

Bedasarkan kepada perkembangan sekarang kemungkinan akan wujud lain bangunan yang baru sekitar kawasan ini. Dari pemerhatian yang dibuat jika bangunan Pasar Besar Siti Khadijah yang dalam proses pembinaan bangunan tambahan siap, kemungkinan akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam pengurusan lalulintas dan juga pengurusan tempat letak kereta di kawasan ini. Bilangan pelancong dari luar juga semakin ramai datang ke Kota Bharu dan ini sudah semestinya kawasan ini menjadi tumpuan ramai. Dengan secara tidak langsung akan berlaku pertambahan bilangan kereta di sekitar Jalan Pintu Pong. Ini akan menimbulkan masalah dalam segi untuk meletak kereta.

Dengan pertambahan kenderaan seperti kereta, akan menimbulkan kesan lain seperti kesesakkan lalulintas dan juga berbagai kesalahan traffik lagi dan juga menyebabkan permintaan yang bertambah tinggi lagi dari segi tempat meletak kereta. Jika keadaan ini berterusan, maka timbullah kesesakan kerana banyak kereta akan diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya.

4.1 PERTAMBAHAN BILANGAN KERETA

Sekarang ini kebanyakkan pekerja sudah mampu memiliki kenderaan sendiri terutamnya kereta.Jadi dengan bertambahnya kereta maka permintaan untuk meletak kereta menjadi semakin tinggi. Dari pemerhatian, didapati banyak kawasan letak kereta di sekitar Jalan Pintu Pong dan Medan Letak Kereta Pantai Jaya sentiasa penuh. Jadi, mungkin dari masa kesemasa keadaan ini akan menjadi bertambah teruk jika pengurusan tidak dijalankan dengan sempurna. Disamping itu juga kesesakkan seringkali berlaku di

35 sekitar kawasan ini. Ini adalah disebabkan ramai pemandu-pemandu kereta meletak kereta secara tidak mengikut peraturan. Ini menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang memerlukan kepada tempat letak kereta untuk menjalankan urusan masing masing.

Dengan kekurangan kawasan tempat letak kereta ini , menyebabkan pemandupemandu kereta menagambil jalan mudah iaitu meletakkan kereta mereka di kawasan-kawasan yang dilarang. Ini menimbulkan kesesakkan di kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan Pegawai-Pegawai Polis Trafik dan juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu mengeluarkan saman untuk mengatasi masalah tersebut.

4.2

PENENTUAN KAWASAN KAJIAN

Dalam kajian tempat letak kereta yang dijalankan,penetapan kawasan kajian telah di buat di mana kawasan yang di pilih ialah kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Kawasan ini terletak dibelakang Pasaraya Pantai Timur dan berhampiran dengan Pasaraya Maidin, Bank Simpanan Nasional Dan Juga Pasar Besar Siti Khatijah. Medan Letak Kereta Pantai Jaya mengandungi 98 petak tempat letak kereta.

36

Rajah 4.1 : Gambar di atas menunjukkan lokasi kawasan kajian.

Rajah 4.2 : Kereta masuk ke kawasan kajian.

37

Rajah 4.3 : kereta kaluar dari kawasan kajian.

4.2.1 Kepentingan Kawasan Kajian

Keadaan geografi sesuatu kawasan adalah merupakan salah satu aspek penting yang mempengaruhi penumpuan orang ramai ke kawasan tersebut.Di kawasan yang di pilih ini, terdapatnya bank-bank, pasar, kedai makan, kedai menjual pelbagai keperluan, farmasi dan juga berhampiran dengan pusat membeli belah. Kesemua tempat yang di sebutkan adalah mempunyai kepentingan tertentu kepada orang ramai. Orang ramai meletak kereta mereka di kawasan kajian untuk menjalankan tugas masing-masing. Dengan ini kepentingan kereta yang di pilih sememengnya tidak dapat dinafikan lagi. Penyediaan tempat kereta yang tidak memenuhi permintaan akan menyebabkan perkara-perkara seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran ameniti kawasan akan berlaku.

38

4.2.2 Sebab-sebab pemilihan Kawasan Kajian.

Pemilihan kawasan kajian dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu :

1. 2.

Kawasan ini mempunya tempat letak kereta yang banyak tetapi masih tidak mencukupi. Kawasan ini merupakan kawasan yang selamat untuk meletak kereta dan dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan.

3.

Kawasan tersebut mempunyai kepentingan kepada orang ramai yang merupakan satu faktor yang mempunyai penumpuan mereka ke kawasan itu.

Berdasarkan kepada faktor-faktor diatas maka kawasan kajian yang telah dinyatakan telah dipilih.

4.3 KAEDAH-KAEDAH KAJIAN DAN PENGAMBILAN DATA

Dalam menjalankan kajian ini saya menggunakan kaedah kajian kandang atau kaedah keliling untuk mendapatkan data-data yang diperlukan.

39

4.3.1

Kaedah kandang atau keliling

Dalam kaedah ini, perhitungan yang berasingan dijalankan untuk kereta masuk dan kereta keluar dari kawasan kajian dalam sela masa yang tertentu. Dari sini akan memberikan jumlah kereta yang terkumpul dalam sesuatu masa.

Pengambilan data dilakukan selama 7 hari iaitu bermula hari Ahad dan berakhir pada hari Sabtu. Data mula diambil pada waktu pagi bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada waktu petang iaitu pada pukul 6.00 petang. Ini adalah kerana kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya mula dibuka pada pukul 10.00 pagi disebabkan pada sebelum waktu itu, ianya dijadikan Pasar Borong Ikan. Waktu yang diambil ini merupakan waktu yang paling tinggi permintaan untuk meletakkan kereta bagi kawasan kajian.

Jumlah kereta yang masuk dan juga yang keluar akan dihitung, dimana pembanci diletakkan dipintu masuk dan juga dipintu keluar. Di kawasan kajian ini terdapat satu pintu masuk dan satu pintu keluar.

Daripada kaedah ini maka dapat memberikan gambaran tentang jumlah kereta yang terkumpul dalam sesuatu masa, kepentingan masa tersebut, kepentingan jalan disekitarnya serta pertambahan dan pengurangan kereta dalam kawasan tersebut.

40

4.3.2

Penilaian permintaan meletak kereta

Penilaian permintaan meletak kereta merupakan satu teknik yang digunakan dimana ia tidak mempunyai kaitan secara lansung dengan kenderaan. Untuk menganggarkan permintaan tempat letak kereta yang semakin meningkat, temuramah atau soal selidik pihak-pihak tertentu perlu dijalankan. Penilaian ini dibuat berdasarkan keadaan perkembangan semasa. Dalam kaedah ini, temuramah dengan pihak yang bertugas di bahagian perancangan bandar dan juga pihak Majlis Bandaran Kota Bharu telah dilakukan.

Melalui penilaian ini, perbezaan diantara penggunaan yang sedia ada dengan keperluan yang dikehendaki dapat ditentukan. Gambaran permintaan yang berlebihan ataupun yang tidak mencukupi juga dapat diketahui. Perbezaan antara permintaan meletak kereta dan penyedian tempat letak kereta akan membolehkan penilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat letak kereta yang diperlukan.

41

BAB V

PENGANALISAAN DATA DAN KEPUTUSAN

5.1

LANGKAH-LANGKAH PENGANALISAAN DATA

Data-data yang telah diambil dalam jangka masa 7 hari bermula dari hari Ahad (1 Ogos 2004) hinggalah pada hari Sabtu ( 7 Ogos 2004 ) telah dibuat analisa. Semua data-data yang telah diambil semasa kajian ditunjukan dalam lampiran iaitu bermula dari lampiran 1 hinggalah lampiran 7. Setelah itu graf-graf dibuat untuk menunjukkan hubungan antara kereta masuk dan kereta keluar dan disertakan juga graf bilangan kereta terkumpul. Semua grafgraf yang dibuat adalah dalam bentuk histogram.

Dalam menganalisa data langkah pertama yang diambil kira adalah membina graf-graf yang berbentuk histogram berpandukan dari data-data yang ditunjukan dalam lampiran B1 hingga B7. Dari graf-graf inilah dapat menunjukkan dengan jelas perbezaan antara kereta yang masuk dan kereta yang keluar dari kawasan kajian dalam satu-satu masa yang telah ditetapkan. Begitu juga bagi jumlah kereta yang terkumpul, graf dapat dibuat berpandukan dari data-data yang telah diambil. Graf-graf ini, boleh didapati di lampiran bermula dari lampiran C1 hinggalah lampiran C14

42

5.2

PENGANALISAAN DATA

Dari data-data yang telah dibuat, maka kita boleh dapati bahawa datadata yang telah diambil adalah bermula dari hari Ahad hinggalah hari Sabtu. Semua cerapan data dibuat bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah pada pukul 6.00 petang. Jangka masa cerapan dibuat adalah selama satu jam sekali, ini adalah disebabkan di kawasan kajian ini, kekerapan kereta keluar masuk adalah kerap. Jadi, untuk tujuan penganalisaan data masa yang sesuai adalah selama satu jam sekali.

Daripada graf yang telah dibuat iaitu graf 1a dilampiran C1 menunjukkan hubungan bilangan kereta masuk dan keluar ke kawasan kajian. Graf ini adalah untuk hari Ahad ( 1 Ogos 2004 ) bermula dari pukul 10.00 pagi hinggalah pukul 6.00 petang. Graf ini diplot berdasarkan dari dasar yang terdapat dalam lampiran B1 jadual 1. Dari graf tersebut boleh dilihat dengan jelas perbezaan kereta yang masuk dan juga yang keluar dari kawasan kajian dan dari sinilah juga akan memberikan jumlah bilangan kereta yang terkumpul dalam kawasan kajian untuk setiap sela masa 1 jam sekali. Setelah itu barulah jumlah kereta yang terkumpul dalam sela masa tersebut dapat diplot.

Dari graf 1b iaitu graf jumlah kereta terkumpul dalam satu masa yang telah diplot. Graf tersebut menunjukkan jumlah bilangan kereta dengan masa. Dimana dapat dilihat dengan jelas bahawa kawasan kajian ini adalah kawasan tempat letak kereta yang tinggi permintaannya.

Data-data hari Isnin hinggalah hari Sabtu juga di buat analisa, ia boleh dilihat dilampiran-lampiran yang telah disertakan. Dari data-data inilah penilaian dan keputusan dapat dibuat dan dicapai.

43

5.3

KEPUTUSAN

Setelah data dari kajian dan juga graf yang telah diplot diperolehi maka dari hasil analisis yang telah dibuat didapati bilangan tempat letak kereta di kawasan kajian berkurangan daripada bilangan kereta. Dari sinilah didapati kawasan kajian ini adalah popular dikalangan para pemandu kereta. Di mana pemandu-pemandu kereta lebih suka meletak kereta mereka di kawasan ini kerana ianya berhampiran dengan tempat yang akan dituju disamping ianya juga selamat.

Daripada graf 1a didapati kereta yang masuk ke kawasan kajian dalam masa 1 jam yang pertama ialah sebanyak 34 buah kereta dan kereta yang keluar sebanyak 5 buah kereta. Pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari, jumlah kereta yang masuk ke kawasan kajian adalah meningkat sebanyak 36 buah kereta sahaja. Manakala kereta yang keluar pula adalah sebanyak 8 buah kereta. Pada pukul 12.00 tengahari sehinggalah pukul 1.00 tengahari didapati 41 buah kereta yang masuk dan yang keluar pula sebanyak 12 buah kereta.

Manakala pada sebelah petangnya bermula pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang, bilangan kereta yang masuk ialah 46 buah kereta dan yang keluar pula sebanyak 34 buah kereta. Waktu ini adalah waktu puncak bagi permintaan terhadap tempat letak kereta bagi kawasan ini dan ianya terpaksa diletak papan tanda penuh bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan tempat letak kereta.Pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang didapati kereta yang masuk sebanyak 37 buah kereta sahaja manakala yang keluar pula ialah 41 buah kereta. Pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang bilangan kereta yang masuk ialah 20 buah sahaja dan yang keluar ialah 32 buah kereta. Pada pukul 4.00 petang sehingga 5.00 petang pula kereta yang masuk adalah sebanyak 18 buah kereta dan kereta yang keluar ialah 26 buah sahaja. Sejam yang terakhir iaitu pada pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang

44 ada 61 buah kereta yang masuk manakala yang keluar pula sebanyak 37 buah kereta. Waktu ini juga adalah waktu puncak bagi permintaan untuk tempat letak kereta.

Daripada analisis yang dibuat kereta yang masuk ke kawasan kajian pada waktu pagi agar kurang iaitu pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Manakala disebelah petang pula pada pukul 1.00 tengahari sehingga pukul 6.00 petang, keperluan tempat letak kereta meningkat dan tidak mencukupi. Ini adalah kerana pada masa ini ramai orang keluar untuk menjalankan urusan yang berkaitan seperti membeli-belah, makan dan sebagainya.

Bagi graf-graf yang lain setelah dibuat analisis didapati ada persamaan dengan graf 1a iaitu persamaan dari segi aliran kereta yang masuk dan kereta yang keluar. Dan juga pada masa-masa tertentu boleh didapati kereta yang masuk dan keluar begitu banyak.

Daripada graf 1b pula iaitu graf jumlah kereta yang terkumpul dalam satu masa didapati pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi, jumlah kereta ialah sebanyak 29 buah kereta sahaja. Manakala pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, didapati kereta mula bertambah iaitu sebanyak 57 buah kereta. Pada pukul 12.00 tengahari sehingga 1.00 tengahari, jumlah kereta ialah sebanyak 86 buah kereta. Kemudiannya pada pukul 1.00 tengahari sehingga pukul 2.00 petang pula jumlah kereta yang terkumpul ialah sebanyak 98 buah kereta. Manakala pada pukul 2.00 petang sehingga 3.00 petang pula sebanyak 94 buah kereta yang terkumpul dan pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang hanya terdapat 82 buah kereta sahaja. Kemudiannya 74 buah kereta yang terkumpul dalam pukul 4.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada pukul 5.00 petang sehingga 6.00 petang terdapat 74 buah kereta yang terkumpul. Merujuk kepada graf 1b juga, didapati

45 bahawa kawasan kajian ini telah mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta daripada permintaan. Semasa kajian ini dijalankan saya dapati pemandu-pemandu kereta terpaksa meletak kenderaan mereka merata-rata di kawasan yang berhampiran dengan tempat letak kereta ini. Ini adalah kerana Medan Letak Kereta Pantai Jaya telah penuh dan tidak dapat menampung keperluan yang meningkat. Walaupun saman-saman telah dikeluarkan oleh pihak Polis dan juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu tetapi pemandupemandu ini masih terpaksa berbuat demikian akibat ketiadaan tempat letak kereta. Keadaan ini menimbulkan kesesakan lalulintas di Jalan Pintu Pong. Ini juga boleh mengakibatkan kemalangan berlaku.

Daripada pemerhatian yang dibuat didapati pertambahan bilangan kereta menyebabkan tempat letak kereta yang disediakan di kawasan ini tidak mencukupi. Walaupun di bangunan-bangunan tertentu telah disediakan tempat letak kereta di dalam bangunan tetapi bilangan kakitangan yang berkereta adalah melebihi daripada tempat yang telah disediakan. Ini menyebabkan sebahagian kakitangan terpaksa meletak kereta mereka di kawasan yang disediakan untuk orang awam.

Dengan secara tidak langsung menimbulkan kesan kepada orang awam yang mana tempat letak kereta bagi mereka telah dipenuhi oleh pekerja-pekerja di sekitar kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan orang ramai meletak kereta mereka di kawasan-kawasan larangan dan kerana ini ianya mendatangkan kesesakan lalulintas. Di kawasan ini juga didapati banyak kereta yang menunggu untuk mendapatkan tempat letak kereta untuk menjalankan urusan masing-masing.

Bagi pendapat saya kawasan ini mengalami masalah meletak kereta yang kritikal di mana jumlah kereta yang masuk melebihi daripada jumlah tempat letak kereta yang disediakan. Dengan ini didapati bahawa tempat letak

46 kereta ini amat penting dalam semua bandar-bandar mahupun pekan-pekan. Ianya juga adalah salah satu punca yang mendatangkan kesesakan lalulintas dalam bandar.

47

BAB VI

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa di kawasan kajian yang telah dipilih didapati tempat letak kereta yang disediakan adalah berkurangan daripada permintaan. Ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta ini sentiasa tidak mencukupi dan pada waktu-waktu puncak, sesiapa yang ingin meletak kereta mereka di sini terpaksa menunggu. Ini telah mengakibatkan kesesakan lalulintas lebihlebih lagi terdapat pemandu yang meletak kereta mereka ditempat yang salah.

Bagi kawasan ini, tempat letak kereta perlu diperbaiki memandangkan permintaan semakin meningkat dan ini melibatkan kepentingan kepada orang ramai. Ada sesetengah pemandu sanggup menanggung risiko dengan meletak kereta mereka di kawasan-kawasan larangan tanpa menghiraukan keselesaan orang lain dan juga mereka masih berdegil walaupun dikenakan saman oleh pihak-pihak yang berkenaan. Dan dari pemerhatian yang di buat juga, didapati orang ramai tidak suka meletak kereta mereka di kawasan yang jauh

48 daripada tempat yang hendak dituju kerana pembaziran dari segi masa dan juga malas untuk berjalan kaki. Tempat letak kereta yang sempurna dan memenuhi permintaan ramai hendaklah disediakan berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai. Walaubagaimanapun tempat letak kereta yang hendak disediakan biasanya akan melibatkan penggunaan tanah dan ruang yang luas dan ini akan berlakunya pembaziran jika tempat letak kereta itu tidak digunakan dengan sepenuhnya. Jadi, sebelum sesuatu tempet letak kereta itu dibuat, kita hendaklah membuat kajian dan perancangan yang teliti. Ini adalah supaya tidak menjadi masalah apabila tempat letak kereta siap dibina.

6.2

CADANGAN

Masalah kekurangan tempat letak kereta perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan kesesakan lalulintas bagi sesuatu kawasan. Ini adalah kerana ia boleh mendatangkan banyak keburukkan kepada orang ramai seperti bunyi bising dari kenderaan, juga pencemaran alam sekitar akibat dari asap kenderaan dan juga boleh mendatangkan kemalangan.

Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan agar dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar kawasan Jalan Pintu Pong dan Medan Letak Kereta Pantai Jaya khususnya iaitu :-

1.

Lokasi tempat letak kereta yang hendak dibuat mestilah sesuai dan strategik dimana ianya hendaklah dibuat di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai supaya mereka tidak perlu berjalan jauh ke kawasan yang hendak dituju.

49 2. Bagi kawasan yang mengalami kekurangan tempat letak kereta, cara yang paling sesuai ialah menyediakan tempat letak kereta bertingkat dengan ini dapat menjimatkan penggunaan tanah di samping dapat menyediakan banyak tempat letak kereta. 3. Menggalakkan pekerja supaya mengamalkan sikap berkongsi kereta. Dimana ianya dapat menagtasi masalah kekurangan tempat letak kereta dan juga masalah kesesakan lalulintas. 4. Tindakan yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agar pemandu-pemandu kereta tidak meletak kereta mereka dimerata-rata tempat yang bukan disediakan kerana ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan kemalangan.

Pemilihan langkah-langkah dan strategi bagi mengatasi masalah tersebut adalah bergantung kepada pihak berkuasa atau pihak yang menguruskan kawasan tersebut dan kajian yang lebih terperinci lagi diperlukan kerana ianya melibatkan kos dan peruntukkan yang banyak untuk menyempurnakan saranan yang telah diberikan itu.

Dalam menyediakan perancangan tempat letak kereta, pihak-pihak yang berkenaan hendaklah mengambil kira beberapa kriteria dan ianya hendaklah dibuat dengan sempurna supaya dapat menampung pertambahan jumlah kereta dari semasa kesemasa.

50

RUJUKAN

1.

Geoffrey Baker & Bruno Funaro ( 1958 ). Parking New York : Reinhold Publishing Corporation.

2. 3.

Buchanan CD ( 1963 ). Traffic In Town. London : HMSO. John Brierley ( 1972 ). Parking Of Motor Vehicles ( Second Edition ). London : Applied Science Publisher Ltd.

4.

Edward M. Whitlock, P.E. (1982). Parking For Institutions And Special Event. ENO Foundation For Transportation, INC. Westport Connecticut.

5.

Jim Mc Cluskey ( 1987 ). Parking A Handbook Of Environmental Design. London : E & F.N Spon Ltd.

6.

Jason C.Yu ( 1982 ). Transportation Engineering Introduction To Planning, Design And Operation. Holland : Elsevier North Holland. Inc.

7.

Jeffrey Rowbotham (1976). The Need For Standards, Lancashire Country Planning Department.

8.

Paul H Wright & Radnor J. Paquette (1987). Highway Engineering Second Edition.

9. 10.

Alexander LA (1969). The Downtown Parking System; Traffic Quarterly. C A OFlaherty (1993). Jalan Raya : Perancangan dan Kejuruteraan Lalulintas. Terjemahan Abd. Rahman Mahmood Terbitan DBP.