51
Isi kandungan Noor Hazimah binti Hazah AE 9 Bab 1-2 : CERITA KE- 1 ASAL KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU CERITA KE-2 ANAK RAJA SURAN Mamai Anak Guang AE 16 Bab 3-10 CERITA KE- 3 ASAL USUL SINGAPURA CERITA KE- 4 PERKAHWINAN RAJA KECIL BESAR DAN RAJA KECIL MUDA CERITA KE- 5 PEPERANGAN SINGAPURA DENGAN MAJAPAHIT CERITA KE- 6 BADANG CERITA KE- 7 PEMBUKAAN NEGERI SEMUDRA CERITA KE- 8 AWI DICU MENANGKAP RAJA SEMUDRA CERITA KE-9 ALAMAT AKAN BINASA NEGERI SINGAPURA CERITA KE- 10 SINGAPURA DILANGGAR TODAK Nazurah binti Hamdan AE 10 Bab 11-18 CERITA KE- 11 PEMBUKAAN MELAKA CERITA KE- 12 KISAH MANI PURINDAN CERITA KE- 13 SIAM CUBA MENYERANG MELAKA CERITA KE-14 KISAH TUAN PUTERI KI KESUMA DAN SI PENYADAP CERITA KE-15 KEDATANGAN ROMBONGAN CHINA BAB KE-16 PERTIKAMAN ANTARA HANG TUAH DAN HANG KASTURI CERITA KE 17 MELUASKAN EMPAYAR MELAKA CERITA KE-18 PERISTIWA RAJA MUHAMMAD MEMBUNUH ANAK BENDAHARA Norizan Binti Ridzuan AE 8 Bab 19-26 CERITA KE-19 SEMERLUKI KE MELAKA CERITA KE-20 PENYEBARAN KITAB DARUL MAZLUM DI MELAKA CERITA KE-21 KISAH RAJA CHEMPA CERITA KE-22 KISAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, RAJA PASAI YANG LARI KE MELAKA CERITA KE-23 KISAH RADEN KELANG ANAK SULTAN MANSUR SYAH CERITA KE-24 PEPERANGAN PASAI DAN HARU CERITA KE-25 RAJA MALUKU KE MELAKA CERITA KE-26 KISAH SULTAN IBRAHIM RAJA SIAM Nurjanatul Majidah B. Hj Abd Rahman AE 6 Bab 27-34 CERITA KE- 27 KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR KAMPAR DAN BENDAHARA DAN KISAH PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG CERITA KE-28 KISAH ORANG INDERAGIRI BOSAN TINGGAL DI MELAKA, KISAH CERITA KE-29 HANG NADIM MENDAPATKAN TUN TEJA CERITA KE-30 KEMATIAN RAJA ZAINAL CERITA KE-31 SIAM CUBA MENYERANG PAHANG. 1

Kajian Sejarah Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

my school work.. kajian bersama kumpulan saya..credits to Nazurah Hamdan, Hazeemah Hazzah, Mamai Guang dan Norizan Ridzuan:) thank u guys!!

Citation preview

Page 1: Kajian Sejarah Melayu

Isi kandungan

Noor Hazimah binti Hazah AE 9

Bab 1-2 : CERITA KE- 1 ASAL KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU

CERITA KE-2 ANAK RAJA SURAN

Mamai Anak Guang AE 16

Bab 3-10CERITA KE- 3 ASAL USUL SINGAPURA

CERITA KE- 4 PERKAHWINAN RAJA KECIL BESAR DAN RAJA KECIL MUDA

CERITA KE- 5 PEPERANGAN SINGAPURA DENGAN MAJAPAHITCERITA KE- 6 BADANG

CERITA KE- 7 PEMBUKAAN NEGERI SEMUDRACERITA KE- 8 AWI DICU MENANGKAP RAJA SEMUDRA

CERITA KE-9 ALAMAT AKAN BINASA NEGERI SINGAPURACERITA KE- 10 SINGAPURA DILANGGAR TODAK

Nazurah binti Hamdan AE 10

Bab 11-18CERITA KE- 11 PEMBUKAAN MELAKA

CERITA KE- 12 KISAH MANI PURINDANCERITA KE- 13 SIAM CUBA MENYERANG MELAKA

CERITA KE-14 KISAH TUAN PUTERI KI KESUMA DAN SI PENYADAPCERITA KE-15 KEDATANGAN ROMBONGAN CHINA

BAB KE-16 PERTIKAMAN ANTARA HANG TUAH DAN HANG KASTURICERITA KE 17 MELUASKAN EMPAYAR MELAKA

CERITA KE-18 PERISTIWA RAJA MUHAMMAD MEMBUNUH ANAK BENDAHARA

Norizan Binti Ridzuan AE 8

Bab 19-26CERITA KE-19 SEMERLUKI KE MELAKA

CERITA KE-20 PENYEBARAN KITAB DARUL MAZLUM DI MELAKACERITA KE-21 KISAH RAJA CHEMPA

CERITA KE-22 KISAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, RAJA PASAI YANG LARI KE MELAKACERITA KE-23 KISAH RADEN KELANG ANAK SULTAN MANSUR SYAH

CERITA KE-24 PEPERANGAN PASAI DAN HARUCERITA KE-25 RAJA MALUKU KE MELAKA

CERITA KE-26 KISAH SULTAN IBRAHIM RAJA SIAM

Nurjanatul Majidah B.Hj Abd Rahman AE 6

Bab 27-34CERITA KE- 27 KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR KAMPAR DAN

BENDAHARADAN KISAH PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

CERITA KE-28 KISAH ORANG INDERAGIRI BOSAN TINGGAL DI MELAKA, KISAH

CERITA KE-29 HANG NADIM MENDAPATKAN TUN TEJACERITA KE-30 KEMATIAN RAJA ZAINAL

CERITA KE-31 SIAM CUBA MENYERANG PAHANG.CERITA KE-32 CAU SERI BANGSA MEMELUK ISLAM

CERITA KE-33 TUN FATIMAH BERKAHWIN DENGAN SULTAN MAHMUD SYAH.

CERITA KE-34 JATUHNYA NEGERI MELAKA DITANGAN PORTUGIS.

1

Page 2: Kajian Sejarah Melayu

Bab 1-2:

CERITA KE- 1 ASAL KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU

CERITA KE-2 ANAK RAJA SURAN

Dikaji oleh-

Noor Hazimah Binti Hazah AE 9

2

Page 3: Kajian Sejarah Melayu

CERITA KE- 1 ASAL KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU

Bab ini mengisahkan mengenai Raja Iskandar Zulkarnain iaitu anak Raja Makduniah yang inigin melihat matahari terbit. Beliau tiba di Hindi. Ada banyak peristiwa yang berlaku sehingga beliau berkahwin. Di antara keturunan yang terkenal ialah Raja Suran yang memerintah di Amdan Nagara. Raja Suran dapat menakluki kerajaan-kerajaan penting. Beliau juga Berjaya menawan kerajaan Gangga Nagara. Akan tetapi, Raja Suran gagal menakluki Negeri China dan di sebabkan kegagalan ini beliau mengubah rancangan untuk melihat kehidupan di dasar laut. Di sana, beliau berkahwin dengan Mahtabul Bahari dan mendapat 3 orang putera. Sebelum pulang ke dunia, beliau berpesan kepada bapa mertuanya supaya menghantar putera-puteranya apabila mereka dewasa nanti. Setelah sampai di dunia, baginda mengarahkan orang-orangnya membuat satu tanda bahawa beliau pernah ke dasar laut. Lalu, di pulang ke negerinya di Benua Keling. Watak-watak:

1. Raja Iskandar Zulkarnain2. Raja Suran3. Mahtabul Bahari4. 3 Orang Putera Raja Suran5. Bapa mertua Raja Suran

CERITA KE-2 ANAK RAJA SURANWan Malini dan Wan Empok berkahwin dengan seorang lelaki bernama Bat yang dimuntahkan bersama buih oleh lembu yang dinaiki tiga orang putera keturunan Raja Dzul Kanain di Bukit Siguntang. Akhirnya lahirlah anak-anak bernama Awang dan Dara. Anak-anak raja tadi digelar Sang Sipurba. Dia berkahwin dengan Wan Sedari anak kepada Deman Lebar Daun. Mereka mengikat perjanjian. Kemudian mendapat anak bernama Sang Nila Utama. Dia menjadi raja di Mingkabau apabila Berjaya menewaskan seekor ular bernama ular Saktimona.

WATAK-WATAK WAN MALINI WAN EMPOK RAJA DZUL KARNAIN BAT AWANG DAYANG DARA SANG SAPURBA RAJA PALEMBANG SANG NILA UTAMA ULAR SAKTIMONA.

3

Page 4: Kajian Sejarah Melayu

Bab 3-10

CERITA KE- 3 ASAL USUL SINGAPURACERITA KE- 4 PERKAHWINAN RAJA KECIL BESAR DAN

RAJA KECIL MUDACERITA KE- 5 PEPERANGAN SINGAPURA DENGAN

MAJAPAHITCERITA KE- 6 BADANGCERITA KE- 7 PEMBUKAAN NEGERI SEMUDRACERITA KE- 8 AWI DICU MENANGKAP RAJA SEMUDRACERITA KE-9 ALAMAT AKAN BINASA NEGERI SINGAPURACERITA KE- 10 SINGAPURA DILANGGAR TODAK

Di kaji oleh-Mamai Guang AE 16

CERITA KE- 3 ASAL USUL SINGAPURA

4

Page 5: Kajian Sejarah Melayu

Sang Nila Utama yang tinggal di Bentan ingin pergi berburu dan membawa isterinya Wan Seri Beni bermain-main di Tanjung Bemban. Walaupun hajatnya ini di halang oleh Permaisuri Iskandar namun ia tetap berkeras dan akhirnya ia diizinkan pergi ke Tanjung Bemban. Sang Nila Utama ditemani oleh dua orang pengiringnya yang setia iaitu Aria Bupala dan isteri-isteri mereka. Setelah tiba di Tanjung Bemban, raja perempuan dan para dayang begitu asyik mengutip lokan, siput dan ketam sementara Sang Nila Utama pergi berburu. Semasa berburu ini, baginda telah naik ke atas satu batu besar lalu terlihat tanah seberang yang terlalu putih pasirnya dan bila mengetahui tempat itu bernama Temasik, di hujung tanah besar maka baginda berhasrat untuk ke sana lantas rombongan baginda menyeberang. Dalam pelayaran menyeberang ini, turun ribut yang kuat dan kapalnya dipenuhi air. Segala barang-barang yang berat telah dibuang teyapi kapal itu tetap hamphir tenggelam. Akhirnya dengan nasihat penghulu, mahkota Sang Nila Utama dibuang ke laut. Dengan itu ribut pun teduh. Sampai di pantai, baginda berjalan ke padang Kuala Temasik dan terlihat seekor binatang yang tangkas bernama Singa, lalu mengambil keputusan untuk membuat negeri di situ dan dinamakan Singapura. Sang Nila Utama mengarahkan Indera Bupala kembali ke Bentan untuk memberitahu mertuanya yang ia hendak membuka negeri di Temasik. Baginda telah ditabalkan sebagai raja Singapura oleh Bat dengan gelaran Seri Teri Buana. Di singapura ini Seri Teri Buana ini mendapat dua orang anak lelaki bernana Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda.

WATAK-WATAK1. Sang Nila Utama2. Wan Seri Beni3. Permaisuri Iskandar4. Aria Bupala5. Indera Bupala6. Pembesar-pembesar7. Dayang-dayang8. Bat9. Raja Kecil Besar10. Raja Kecil Muda

CERITA KE- 4 PERKAHWINAN RAJA KECIL BESAR DAN RAJA KECIL MUDA Bab ini mengisahkan perkahwinan anak-anak Seri Teri Buana iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. Seri Teri Buana Menghantar utusan yang diketuai oleh Maha Indera Bupala dan Maha Indera Bijaya ke Benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi iaitu anak Raja Jambuga Rama Mendeliar untuk anaknya Raja Kecil Besar. Utusan ini telah disambut sendiri oleh Raja Mendeliar dan bersetuju dengan peminangan tersebut dan baginda juga berjanji untuk menghantar anaknya ke Singapura dan menyatakan keputusan Raja Mendeliar kepada Seri Teri Buana. Setelah semusim berganti, Raja Mendeliar memerintahkan agar sebuah kapal bersedia untuk menghantar Puteri Nila Pencadi serta 500 orang perwiranya. Ia diiringi oleh 40 orang hulubalang yang diketuai oleh Nina Marikana Ampama sebagai panglimanya. Setelah tiba di Singapura, rombongan inji dialu-alukan dengan kemuliaan dan Puteri Nila Pencadi dikahwinkan dengan Raja Kecil Besar. Adindanya Raja Kecil Besar Muda pula menjadi Bendahara dengan gelaran Tun Perpatih Permuka Berjajar. Paduka Seri pikrama telah membuat satu peraturan mengenai tempat duduk orang-orang besarnya. Seri Pikrama Wira dan Puteri Nila Pancadi mendapat seorang anak dan diberi gelaran Raja Muda.

5

Page 6: Kajian Sejarah Melayu

WATAK-WATAK1. Seri Teri Buana (Sang Nila Utama)2. Raja Kecil Besar 3. (Paduka Seri Pikrama Wira)4. Raja Kecil Muda (Perpatih Permuka Berjajar)5. Maha Indera Bupala6. Maha Indera Bijaya7. Puteri Nila Pancadi8. Raja Jambuga Rama Mendeliar9. Nina Marikana Ampama10. Cucu Demang Lebar Daun

CERITA KE- 5 PEPERANGAN SINGAPURA DENGAN MAJAPAHIT Perkahwinan Betara Majapahit dengan anak raja Bukit Seguntang telah menghasilkan dua orang putera iaitu Raden Inu Merta Wangsa dan Raden Mas Pamari. Setelah Betara Majapahit mangkat Raden Inu Merta Wangsa ditabalkan sebagai pengganti ayahnya. Baginda mendengar bahawa Singapura adalah sebuah negara besar, tambahan pula rajanya adalah saudara sepupu dengannya telah menghantar utusan dan bingkisan ke Singapura. Bingkisan berisi sekeping tatal, tujuh depa panjangnya seperti subang dan dipersembahkan kepada Raja Singapura. Tujuannya berbuat demikian ialah untuk menanyakan adakah Singapura mempunyai tukang utas yang sepandai tukang utas di Majapahit. Bingkisan tersebut membuatkan Seri Pikrama marah kerana ia menyangka yang persembahan itu seolah-olah mempermainkan baginda. Raja Singapura juga telah menunjukkan kepandaian orang Singapura dengan mengarahkan seorang pakar, Pawang Bentan untuk menarah rambut seorang kanak-kanak yang sedang menangis dengan menggunakan kapak dan kapak itulah yang dipersembahkan kepada Bertara Majapahit. Bertara Majapahit rasa tersinggung dan mengganggap ianya satu kejian ke atas dirinya. Akibat dari pengiriman dan pembalasan bingkisan ini, Bertara Majapahit telah menghantar hulubalang untuk menyerang Singapura tetapi angkatan perang ini tidak dapat menawan Singapura. Setelah beberapa lama kemudian, Raja Paduka Seri Pikrama mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Muda dengan gelaran Seri Rama Wira Kerma. Baginda telah dikahwinkan dengan anak Bendahara Perpatih Permuka Berjajar (sepupunya). Bendahara juga telah mangkat dan digantikan oleh anaknya Tun Perpatih Tulus.

WATAK-WATAK1. Bertara Majapahit2. Anak Raja Bukit Seguntang3. Radin Inu Merta Wangsa4. Raden Mas Pamari5. Raja Paduka Seri Pikrama6. Pawang Bentan7. Raja Muda(Seri Rama Wira Kerma)8. Anak Bendahara Perpatih Permuka Berjajar9. Tun Perpatih Tulus

6

Page 7: Kajian Sejarah Melayu

CERITA KE- 6 BADANGBab ini mengisahkan Badang iaitu seorang hamba yang berasal dari benua Sayung dan disuruh oleh tuannya membersihkan hutan di Saluang. Sambil menebang pokok ia juga manahan lukah tetapi setiap kali dia melihat lukahnya, didapati hanya tinggal sisik dan tulang saja. Pada suatu hari diintainya siapa yang selalu mencuri ikan-ikannya dan didapati hantu sedang makan ikan dalam lukahnya. Badang pun menangkap hanyu itu dan hendak dibunuhnya dengan parang puting. Hantu itu meminta ia dilepaskan dan sebagai gantinya Badang boleh meminta apa saja. Dengan iti Badang meminta untuk menjadi gagah. Dia telah disuruh memakan muntah hantu tersebut tetapi janggut hantu tersebut tetap tidak dilepaskannya sambil dia mencuba mencabut kayu besar. Kayu itu dengan mudahnya dapat dicabut. Dengan itu hantu itupun dilepaskan dan Badang menjalankan kerja menebang hutan dalam masa yang singkat sahaja. Oleh kerana ia telah berbakti kepada tuannya ia telah dimerdekakan dan berkhidmat dengan raja Singapura dan diberi gelaran Raden. Raja Benua Keling telah mengetahui tentang kekuatan Badang mengarahkan hulubalangnya yang bernama Nadi Bijaya Pikrama pergi ke Singapura untuk beradu kekuatan dengan Badang dan membawa 7 buah kapal sebagai pertaruhannya. Akan tetapi Badang telah berjaya mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama dan kapal tersebut pun diserahkan kepada Badang. Khabar tentang kekuatan Badang juga telah Sampai ke Perlak. Benderang meminta izin daripada rajanya untuk beradu kekuatan dengan Badang. Mendengarkan itu, Badang meminta supaya raja Singapura mengadakan jamuan pada malam sebelum perlawanan dimulakan dan Benderang pun didukan di sebelah Badang. Dalam jamuan itu Benderang telah mencuba menindih peha Badang tetapi dapat diangkat oleh Badang. Badang kemudiannya menindihkan pehanya ke atas peha Benderang tetepi Benderang tidak dapat mengangkatnya. Kesokannya apabila persediaan telah siap, Mangkubuminya Tun Perpatih Pandak pun menghadap Seri Rama Wira Karma dan memberitahukan hal tersebut kerana bimbang menjadi perselisihan antara Singapura dan Perlak. Dengan itu, Benderang dan Badang dititahkan merentangkan rantai besar di Seri Rama supaya kapal tidak boleh lalu. Setelah beberapa lama kemudian Badang pun mata dan dikuburkan di Buru. Apabila berita ini di ketahui oleh Raja Benua Keling, ia telah mengirimkan batu nesan sebagai tanda peringatan. WATAK-WATAK

1. Badang2. Hantu3. Raja Benua Keling4. Nadi Bijaya Pikrama5. Benderang6. Mangkubumi Tun Perpatih Pandak7. Seri Rama Wira Kerma

CERITA KE- 7 PEMBUKAAN NEGERI SEMUDRAMerah Caga dan Merah Silu merupakan dua orang adik-beradik yang berasal dari gunung Sanggung dan tinggal berhampiran Pasangan. Merah Silu bekerja sebagai penahan lukah tetapi lukahnya ini sering dimasuki cacaing gelang. Telah beberapa kali dibuangnya tetapi cacing gelang juga yang masuk ke dalam lukahnya. Oleh itu direbusnya cacing-cacing gelang tersebut lalu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Abangnya Merah Caga menyangka adiknya memakan cacing gelang lalu hendak dibunuhnya dan Merah Silu pun

7

Page 8: Kajian Sejarah Melayu

melarikan diri ke Rimba Jerum. Merah Silu mempunyai seekor anjing perburuan bernama si Pasai. Suatu hari ia pergi berburu di kawasan tanah tinggi dan anjingnya menyalak ke arah sesuatu. Di lihatnya seekor semut sebesar kucing. Semut itu ditangkapnya lalu dimakan oleh Merah Silu. Bersempena denga kejadian tersebut tempat itu dinamakannya Semudra, bererti bsemut besar. Nabi pernah bersabda mengenai sebuah negeri bernama Semudra dan menyuruh para sahabatnya kenegeri itu untuk mengislamkan penduduknya dan berpesan supaya membwa bersama raja negeri Muktabar. Berita kewujudan negeri semudra telah diketahui oleh penduduk Mekah dan Syarif di Mekah telah menyuruh sebuah kapal dan segala perkakas kerajaan ke Semudra dengan bernakhodakan Syeikh Ismail. Kapal ini singgah di negeri Muktabar dan sultan Muhammad telah mengetahui bahawa kapal tersebut hendak belayar ke Semudra, ia turun dari takhta dan melantik anaknya yang tertua sebagai raja. Setelah sampai ke Semudra, Sultan Muhammad bertemu dengan Merah Silu di tepi dan langsung mengislamkannya. Merah Silu dirajakan di negeri tersebut dengan gelaran Sultan Malikus Salleh. Pengislaman Merah Silu ini diikuti oleh dua orang pemuda di Semudra dengan mamakai nama Sidi Ali Ghiyathuddin dan Sidi Ali Hishamuddin. Sultan Malikus Salleh kemudiannya berkahwin dengan anak gundik Sultan Perlak yang bernama Puteri Genggang dan mendapat dua orang putera iaitu Malikut Tahir dan Malikul Mansur. Negeri Semudra bertambah Makmur dan berpengaruh bila ramai penduduk dari Perlak yang datang datang berikutan kekalahannya untuk dibuat negeri. Semudra ditinggalkan di bawah kekuasaan Malikul Mansur. Malikus Salleh telah membuka negeri Pasai dan meletakkan Malikut Tahir sebagai rajanya. Sebelum beliau mangkat beliau telah berpesan kepada anaknya supaya berbaik-baik dengan kedua-dua orang besar negeri itu iaitu Sidi Ali Ghiyathuddin (pembesar Pasai) dan Sidi Ali Hishamuddin (pembesar Semudra).

WATAK-WATAK

1. Merah Caga2. Merah Silu3. Syeikh ismail4. Sultan Muhammad (Sultan Malikus salleh)5. Puteri Genggang6. Malikut Tahir & Malikul Mansur

CERITA KE- 8 AWI DICU MENANGKAP RAJA SEMUDRA Kebesaran dan kemaknuran Semudra telah sampai ke pengetahuan Raja Syahrun Nuwi iaitu Raja negeri siam. Baginda telah menitahkan 4000 orang hulubalang diketuai oleh Awi Dicu untuk menangkap Raja Semudra itu. Angkatan ini menuju ke Semudra bersama seratus buah pilu dengan alasan untuk berniaga. Setelah sampai ke darat, Awi Dicu pun mengisikan empat buah peti dengan hulubalang yang gagah. Peti ini akan dihadiahkan kepada Sultan Malikut Tahir Sebagai persembahan dari Raja Syahrun Nawi. Apabila peti tersebut sampai di hadapan sultan Malikut Tahir, keempat-empat hulubalang itupun keluar daripada peti masing-masing lalu menangkap raja Semudra. Hulubalang raja Semudra menjadi gempar dan cuba menyelamatkan raja mereka tetapi pahlawan Semudra telah diugut jika mereka menentang hulubalang siam, raja mereka akan dibunuh. Oleh itu mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Raja Semudra telah dibawa pulang ke Siam oleh Awi Dicu dengan selamatnya. Baginda telah diberikan persalinan dan dijadikan seorang gembala ayam. Sidi Ali Ghiyathuddin telah bermuafakat dengan menteri-menterinya cara untuk menyelamatkan raja mereka. Oleh itu

8

Page 9: Kajian Sejarah Melayu

Sidi Ali Ghiyathuddin telah menyamar sebagai seorang saudagar Arab kerana semua penduduk Samudera pada ketika itu pandai berbahasa Arab. Beliau belayar ke Syahrun Nuwi bersama barang-barang untuk diperniagakan. Setelah sampai ke sana, beliau membawa berbagai-bagai persembahan untuk rajanya. Persembahan pertamanya ialah pohon kayu emas dan buahnya dari permata dan persembahan keduanya ialah papan catur emas dan buahnya juga diperbuat daripada emas. Sidi Ali Ghiyathuddin tidak menerima sebarang hadiah daripada Raja Syahrun Nuwi kerana persembahannya yang bergitu berharga sehingglah tiba persenbahannya yang ke tiga. Beliau telah menghadiahkan Raja Syahrun Nuwi sepasang itik berserta pasu emas. Bila ditanya apakah balasan yang diminta oleh Sidi Ali Ghiyathuddin, beliau memberitahu yang ia mahukan gembala ayam yang terdapat di istana tersebut. Dengan ini, Sultan Malikut Tahir telah dapat diselamatkan dan dibawa balik ke Samudera dengan penuh kebesaran.

WATAK-WATAK1. Raja Syahrun Nuwi2. Awi Dicu3. Raja Semudra4. Malaikat Tahir5. Sidi Ali Ghiyathuddin

CERITA KE-9 ALAMAT AKAN BINASA NEGERI SINGAPURA Mengisahkan peristiwa raja Malikul Mansur berhasrat untuk pergi melihat keadaan saudaranya Malikut Tahir di Pasai. Hasratnya ditegah oleh mangkubuminya Sidi Ali Hisamudin kerana takut timbul fitnah memfitnah tambahan pula ketika itu Malikut Tahir tiada di Pasai kerana baginda masih lagi dalam tawanan Syahrun Nuwi. Raja Malikul Mansur sedikit pun tidak menghiraukan tegahan Sidi ali hisamudin itu, lalu beliau telah berangkat mengelilingi Pasai lalu masuk ke Istana sultan Malikut Tahir. Baginda telah mengambil seorang daripada dayang sultan malikut tahir dan membawa pulang ke istannya. Dia menyedari kesilapannya itu kerana mengikut hawa nafsu tetapi telah terlambat. Akibat dari perbuatannya itu raja Malikul tahir menyimpan dendam terhadap saudaranya itu. Sultan Malikut Tahir mempunyai seiorang anak iaitu raja Ahmad, ketika ia ditangkap anaknya masih kecil dan ketiak baginda pualng dari Syahrun Nuwi anaknya sudah besar dan Sidi Ali meletakan jawatannya. Sultan Malikut Tahir dan Mangkubuminya yang baru iaitu Tun Perpatih Tulus Tukang Sagari telah membuat perancangan membalas dendam dengan menjemput Sultan Malikul Mansur dan Ali Hisamudin di hari mengkhatankan puteranya raja Ahmad. Setibanya di dalam istana, Malikul Mansur dan Sidi Hisamudin ditangkap lalu dihukum pancung dan kepalanya telah dibuang ke laut. Sultan Malikul Mansur dibawa ke arah timur, sebelah Jambu Air dan semasa berperahu itu, kepala Sidi Hisamudin telah lekat pada kemudi perahu tersebut. Baginda pun memerintahkan supaya mayat Sidi ali dicantumkan dan di kuburkan di padang Maya. Setelah 3 tahun Sultan Malikul Mansur dibuang di Manjung barulah Malikut Tahir merasa menyesal dengan sikapnya dan menjemput saudaranya kembali. Dalam perjalanan pulang itu, Malikul Mansur telah singgah di Padang Maya tempat Sidi Ali dikebumikan. Baginda bersembahyang dan tertidur disisi kubur lalu meninggal dunia. Dia dikebumikan di padang Maya seperti adat raja-raja. Baginda terlalu sedih dengan kemangkatan Malikul Mansur lalu baginda turun dari takhta dan digantikan oleh anaknya raja Ahmad.

9

Page 10: Kajian Sejarah Melayu

WATAK-WATAK1. Malikul Mansur2. Malikut Tahir3. Sidi Ali Hisamudin4. Syahrun Nuwi5. Tun Perpatih Tulus Tukang Sagari6. Raja Ahmad

CERITA KE- 10 SINGAPURA DILANGGAR TODAKBab ini mengisahkan tentang pembunuhan Tun Jana Khatib dan tanda-tanda keruntuhan negeri Singapura dan permulaan sejarah Melaka. Tun Jana Khathib berasal dari Pasai, merupakan seorang yang bijak dalam ilmu Tauhid dan khayal telah datang ke Singapura. Ketika beliau lalu berhamphiran dengan istana, raja perempuan terpandangkan wajahnya lalu beliau menunjukkan kepintarannya menilik batang pinang hingga terbelah dua.melihatkan ini Paduka Seri Maharaja sungguh marah dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib dihukum bunuh tetapi badannya ghaib hanya darahnya saja yang menitik ke bumi. Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, Singapura telah diserang todak. Ramai rakyat Singapura terkorban kerana berkubukan denagn betis sahaja kerana ini adalah arahan dari Seri Maharaja. Muncul seorang kanak-kanak yang memberikan cadangan yang bernas supaya berkubukan dengan batang pisang. Dengan itu todak yang melompat pun melekat di batang pisang tersebut. Tanda-tanda keruntuhan ini lebih nyata apabila kanak-kanak yang cerdik itu dihukum bunuh kerana desakan pembesar-pembesar yang takut ia akan menjadi lebih cerdik lagi apabila dewasa nanti dan ini tentunya mengancam kedudukan mereka. Selepas Seri Maharaja, Singapura diperintah oleh Raja Iskandar. Beliau telah berkahwin dengan dengan anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang putera bernama Raja Ahmad. Walaupun sudah beristeri Raja Iskandar mempunyai ramai gundik kesayangannya termasuklah anak perempuan Sang Rajuna Tapa iaitu seorang bendahari Singapura. Ia telah difitnahkan oleh gundik-gundik lain kerana iri hati dan telah dihukum sula dihujung pasar. Sang Rajuna Tapa berasa sangat malu dan menaruh dendam terhadap Raja Iskandar. Ia telah mengirim surat kepada Betara Majapahit di Jawa, yang memang berhasrat menawan Singapura, supaya menyerang Singapura. Setelah beberapa hari berperang Raja Iskandar memerintahkan agar Sang Rajuna Tapa mengeluarkan beras bagi dilaburkan kepada rakyat tetapi Sang Rajuna Tapa berhelah dengan dengan mengatakan bahawa beras telah habis. Menjelang waktu subuh Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota Singapura. Tentera Majapahit berjaya menawan Singapura dan Raja Iskandar lari ke Muar dan terus ke Bertam. Sang Rajuna Tapa dan isterinya menjadi batu selepas rumah mereka roboh dan segala beras yang disimpan turut musnah.

WATAK-WATAK1. Tun Jana Khatib2. Raja Perempuan3. Paduka Seri Maharaja

10

Page 11: Kajian Sejarah Melayu

4. Raja Iskandar5. Tun Perpatih Tulus6. Sang Rajuna Tapa7. Raja Ahmad8. Betara Majapahit

11

Page 12: Kajian Sejarah Melayu

Bab 11-18

CERITA KE- 11 PEMBUKAAN MELAKACERITA KE- 12 KISAH MANI PURINDANCERITA KE- 13 SIAM CUBA MENYERANG MELAKACERITA KE-14 KISAH TUAN PUTERI KI KESUMA DAN SI

PENYADAPCERITA KE-15 KEDATANGAN ROMBONGAN CHINABAB KE-16 PERTIKAMAN ANTARA HANG TUAH DAN HANG

KASTURICERITA KE 17 MELUASKAN EMPAYAR MELAKACERITA KE-18 PERISTIWA RAJA MUHAMMAD MEMBUNUH

ANAK BENDAHARA

Dikaji oleh-

Nazurah binti Hamdan AE 10

12

Page 13: Kajian Sejarah Melayu

CERITA KE- 11 PEMBUKAAN MELAKAMengisahkan tentang pembukaan negeri Melaka dan perkembangannya. Sewaktu Raja Iskandar pergi berburu, anjing perburuannya ditendang oleh pelanduk putih hingga jatuh ke dalam sungai. Melihat keadaan itu, baginda bercadang untuk membuka negeri di situ dan menamakannya negeri Melaka sempena nama pokok yang menjadi sandarannya. Setelah kemangkatan baginda, digantikan pula oleh anaknya Raja Besar Muda. Dia membuat berbagai-bagai peraturan yang mesti dipatuhi yang mana tidak pernah dilakukan oleh raja-raja sebelumnya. Beliau mempunyai 3 orang putera iaitu Raden Bagus, Raja Tengah dan Raden Anum. Setelah kemangkatan Raja Besar Muda digantikan pula oleh Raden Tengah. Raden Tengah seorang raja yang adil dan mempunyai seorang anak yang bernama Raja Kecil Besar. Beliau bermimpi bertemu Rasulullah dan dia diajar mengucap dua kalimah syahadat serta diberi nama Sultan Muhammad. Mimpinya jadi kenyataan saat kapal yang dikatakan di dalam mimpinya itu tiba di Melaka. Mereka turun dari kapal itu dan bersembahyang di tepi pantai. Rombongan ini dibawa ke istana dan kesemua orang besar serta rakyat Melaka memeluk agama islam. Semenjak itu, banyak perubahan dalam adat istiadat yang diubah oleh Sultan Muhammad seperti melarang memakai pakaian atau sebarang benda dari kain yang berwarna kuning, tidak boleh memakai emas jika tidak dianugerahkan oleh raja, tidak boleh masuk istana jika tidak memakai keris di hadapan dan tiada kain berpancung. Selain itu juga, Sultan Muhammad sama-sama bersembahyang dengan pembesar dan orang kebanyakan. Dalam masa pemerintahannya, Melaka mulai masyur kerana menjadi persinggahan para pedagang terutama dari Arab.

Watak-watak1. Raja Iskandar2. Raja Besar Muda3. Raden Bagus4. Raden Tengah5. Raden Anum6. Tun Perpatih Permuka Berjajar7. Raja Kecil Besar8. Rasulullah9. Sultan Muhammad10. Fakir Muhammad11. Makdum Saiyid Abdul Aziz12. Pembesar13. Orang Kebanyakan14. Pedagang-pedagang15. Iskandar Zulkurnain

CERITA KE- 12 KISAH MANI PURINDANMengisahkan tentang Mani Purindan yang mempunyai 3 orang adik-beradik. Setelah ayahandanya meninggal, anaknya yang bernama Raja Akhbar Muluk ditabalkan menjadi raja dan berkuasa dalam pembahagian harta. Akibat dari perselisihan paham mengenai pembahagian harta itu, Mani Purindan membawa diri dan sebelum

13

Page 14: Kajian Sejarah Melayu

sampai ke Melaka kapalnya dipukul rebut lalu pecah. Tapi sempat diselamatkan di Pasai di mana kemudian beliau dikahwinkan dengan anak raja Pasai. Beberapa lama kemudian beliau kembali ke benua keling dan datang semula ke Melaka bersama dengan penghulu tenteranya yang bernama Khoja Tandil Muhammad berserta 7 buah kapal. Kedatangannya disambut oleh Sultan Muhammad lalu dia dilantik menjadi menteri. Seri Nara Diraja pula mengahwinkannya dengan anak gadisnnya Tun Rana Sandari dan mendapat 2 orang anak yang bernam Tun Ali dan Tun Wati. Setelah Tun Wati dewasa, dia dikahwinkan oleh Sultan Muhammad dan mendapat seorang putera bernama Raja Kassim. Setelah kemangkatan Sultan Muhmmad Syah, Raja Ibrahim ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid dan disebabkan baginda masih muda beliau dibantu oleh bapa saudaranya bernama Raja Rekan. Raja Kassim pula disingkirkan dari istana dan menjadi pengail. Tetapi Raja Kassim dibantu oleh saudagar Maulana Jalaludin untuk menjadi raja Melaka dengan syarat ibu Sultan Abu Syahid hendaklah diberikan kepadanya. Setelah rancangan mereka ini berjaya, Raja Kassim ditabalkan menjadi raja dan memerintah dengan adil. Baginda telah berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama raja Abdullah. Bendahara Seri Amar Diraja digantikan oleh anaknya.

Watak-watak

1. Mani Purindan2. Nizamul Muluk Akhbar Syah3. Raja Akhbar Muluk4. Raja Pasai5. Khoja Tandil Muhammad6. Sultan Muhammad7. Seri Nara Diraja8. Tun Rana Sandari9. Tun Ali10. Tun Wati11. Raja Kassim12. Raja Ibrahim13. Raja Rekan14. Sultan Abu Syahid15. Maulana Jalaludin16. Ibu Sultan Syahid17. Sultan Muzaffir Syah18. Anak Bendahara Seri Amar Diraja19. Raja Abdullah20. Seri Wak Raja21. Tun Kudu22. Tun Perak23. Tun Perpatih Putih

CERITA KE- 13 SIAM CUBA MENYERANG MELAKA

14

Page 15: Kajian Sejarah Melayu

Mengisahkan tentang Raja Syahrun Nuwi yang ingin menakluki negeri Melaka yang pada ketika itu Melaka tersangatlah masyur. Sultan Muzaffar enggan lalu Melaka diserang oleh Siam. Maka semua rakyat dikumpulkan dan kesemuanya ialah lelaki tetapi Tun Perak dan orang-orang Kelang membawa anak-anak serta isteri mereka untuk mempertahankan Melaka bersungguh-sungguh dah akhirnya Siam dapat dikalahkan. Selepas itu Tun Perak dijadikan bentara dan sama tarafnya dengan Seri Nara Diraja yang menjadi bendahara. Disebabkan inilah orang-orang besar Melaka terbahagi 2 dan sering menyebabkan pertelingkahan di antara keduanya. Ini akan menyebabkan kebinasaan negeri Melaka lalu Sultan Muzaffir Syah mencarikan Seri Nara Diraja isteri supaya boleh berbaik dengan Tun Perak. Akhirnya Sultan terpaksa menceraikan isterinya tun Kudu kerana dia yang dimahukan oleh Seri Nara Diraja. Setelah itu, Seri Nara Diraja pun berbaik-baik dengan Tun Perak. Siam sekali lagi mencoba untuk menyerang Melaka tapi tetap gagal atas kepintaran Tun Perak yang memperdayakan mereka. Selepas kematian Sultan Muzaffir Syah, dia digantikan pula oleh Sultan Mansur dan baginda telah berkahwin dengan Tun Putih Nur Pualam. Dalam pemerintahannya itu baginda mengarahkan Tun Perak untuk menyerang negeri Pahang kerana ia adalah negeri taklukan Siam. Pahang telah kalah dan rajanya melarikan diri tetapi sempat ditangkap oleh Seri Bija Diraja dengan jasanya itu beliau telah dilantik sebagai raja sementara di Pahang. Hasil perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu telah mendapat 3 orang anak bernama Tun Tahir, Tun Senaja dan Tun Mutahir. Tun Kudu telah meninggal dunia sejak anak-anaknya masih kecil lagi. Sultan Mansur berhasrat untuk berbail-baik dengan negeri Siam lalu memerintahkan Bendahara menulis surat untuk dihantar ke negeri Siam. Di sana mereka telah menunjukkan kepintaran dan kekuatan orang-orang Melaka di hadapan raja Siam iaitu Bubunnya.

Watak-watak1. Muzaffir Syah2. Raja Syahrun Nuwi3. Awi Cakri4. Tun Perak5. Orang-orang Kelang6. Anak dan Isteri mereka7. Orang Melaka8. Orang Siam9. Seri Nara Diraja10. Paduka Raja11. Tun Kudu12. Kakak Tun Perak13. Awi Dicu14. Seri Bija Diraja15. Tun Hamzah16. Tentera Siam17. Tun Umar18. Cau Pandan19. Sultan Muzaffir syah20. Tun Putih Nur Pualam21. Maharaja Dewi Sura22. Raja Ahmad23. Raja Muhammad

15

Page 16: Kajian Sejarah Melayu

24. Gajah Sultan Mansur bernama Kuricak25. Tun Tahir26. TUn Mutahir27. Tun Senaja28. Tun Telanai29. Menteri Jana putera30. Raja Siam

CERITA KE-14 KISAH TUAN PUTERI KI KESUMA DAN SI PENYADAPRaja Majapahit telah mangkat dan digantikan oleh Raden Galuh Wi Kesuma dengan dibantu oleh Patih Aria Gajah Mada. Suatu hari seorang penyadap di Majapahit telah menjumpai seorang budak hanyut di laut yang sebenarnya anak kepada Raja Tanjung Pura bernama Raden Kirana Langu. Si penyadap itu menjadikannya anak angkatnya dan menamakannya Kimas Jiwa. Pada suatu hari, Patih Gajah Mada menyamar menjadi orang kebanyakkan dan mendengar beberapa orang pemuda mengatakan dia hendak berkahwin dengan Puteri Majapahit. Oleh itu dia menghimpunkan orang-orang muda kerana Raden Galuh ingin memilih calon suami dan dalam upacara itu Raden Galuh telah memilih Kimas Jiwa menjadi suaminya dan hasil dari perkahwinan itu mereka dikurniakan puteri yang bernama Raden Galuh Cendera Kirana. Setelah Raden Galuh Cendera Kirana beasr ramai yang hendak meminangnya tetapi ditolak oleh Betara Majapahit dan berita ini sampai kepengetahuan Sultan Mansur Syah. Baginda mengambil keputusan untuk dating meminang.Kedatangannya disambut secara besar-besaran dan di sanalah mereka menunjukkan kepandaian mereka melalui beberapa peristiwa dan akhirnya Sultan Mansur Syah pun berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana dan dikurniakan seorang anak bernama Raden Kelang. Hubungan antara Sultan Mansur dan Hang Tuah semakin rapat hingglah timbul fitnah yang akhirnya Hang Tuah diperintah bunuh oleh Sultan Mansur tanpa diselidiki perkara sebenar.

Watak-watak1. Raja Majapahit2. Radeb Galuh Wi Kesuma3. Patih Aria Gajah Mada4. Bendahara5. Anak Raja Tanjung Pura6. Raden Kirana Langu7. Kimas Jiwa8. Puteri Majapahit9. Raden Galuh10. Sang Aji Jaya Ningrat11. Patih Aria12. Raja-raja Besar13. Sultan Mansur Syah14. Para pembesar15. Hulubalang16. Tun Bija Sura

16

Page 17: Kajian Sejarah Melayu

17. Betara Majapahit18. Pahlawan Majapahit19. Pahlawan Daha20. Tun Bija Sura21. Anjing Betara Majapahit22. Hang Jebat23. Hang Kasturi24. Hang Tuah25. Raden Kelang26. Orang Besa

CERITA KE-15 KEDATANGAN ROMBONGAN CHINARaja China telah menghantar utusan ke negeri Melaka dengan membawa jarum sarat dalam sebuah pilu, sutera, benang emas dan beberapa benda-benda yang pelik dan ini dibalas dengan mengisi sagu rending sehingga penuh pilu melambangkan betapa ramainya rakyat negeri Melaka oleh Raja Melaka. Tun Perpatih Putih diperintahkan untuk membawa bingkisan tersebut ke negeri china dan ini merupakan tipu muslihat mereka untuk melihat wajah Raja China yang mana tidak pernah dilihat oleh rakyat china itu sendiri. Raja China bercadang untukmengahwinkan puterinya dengan raja Melaka tetapi disebabkan raja Melaka tidak dapat meninggalakan negerinya lalu puteri Hang Li Po dibawa ke Melaka dengan kesanggupan Tun Perpatih unuk membawanya dengan selamat. Setelah tiba di Melaka, Puteri Hang Li Po disambut serta diberi tempat tinggal di kawasan Bukit China. Perkahwianan antara Sultan Mansur dan Puteri Hang Li Po menghasilkan seorang anak yang diberi nama Paduka Mimat. Setelah beberapa lama di Melaka, menteri yang menghantar Hang Li Po meminta izin untuk pulang ke negeri China akan tetapi kapal yang membawa mereka itu dipukul rebut dan tiba di Brunai. Di sana beliau menghadap Raja Brunai dan ditanyakan tentang isi surat Raja Melaka kepada raja China itu. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera kembali ke Melaka bersama surat sembah Raja Brunai kepada Sultan Mansur. Surat Raja Melaka disambut sukacita oleh Raja China dan dengan itu hasratnya untuk mendapatkan sembah dari raja Melaka tercapai tapi selang beberapa hari tubuh bgainda diserang penyakit gatal lalu mencari kedal. Beberpa orang tabib tidak dapat menyembuhkan penyakit itu lalu Raja Melaka berkirim sembah kepadanya dan hanya boleh diubati jika baginda sanggup minum dan mencuci muka dengan air basuh kaki Raja Melaka. Setelah mendapatkan air tersebut dan membuat seperti yang disuruh maka Raja China pun sembuh, Baginda bersumpah bahawa baginda dan anak cucunya tiada mahu di sembah oleh raja Melaka. Ini menunjukkan bahawa kedaulatan Raja Melaka sangat tinggi dan tidak boleh dipermainkan.

Watak-watak1. Raja china2. Raja Melaka3. Rakyat Negeri Melaka4. Tun Perpatih Putih5. Puteri Hang Li po6. Paduka Mimat7. Tun Telanai8. Menteri Jana Putera9. Raja China

17

Page 18: Kajian Sejarah Melayu

10. Raja Brunai11. Sultan Mansur

BAB KE-16 PERTIKAMAN ANTARA HANG TUAH DAN HANG KASTURIMengisahkan tentang Hang Kasturi yang inginkan dayang-dayang kesayangan raja dan ini menyebabkan Sultan Mansur dan seluruh isi istana berpindah ke istana lain dan tiada siapa yang berani mengusir Hang Kasturi. Akibatnya banyak dayang-dayang sultan tersebut telah dibunuh. Melihat keadaan ini Sultan Mansur menyesal kerana telah terburu-buru membunuh Hang Tuah tetapi Seri Nara Diraja akhirnya memberitahu yang dia sebenarnya tidak jadi membunuh hang Tuah seperti yang telah diarahkan. Lalu hang Tuah dipanggil untuk mengalahkan Hang Kasturi dan akhirnya Hang Kasturi pun tewas ditangan Hang Tuah. Dengan kejayaan ini Hang Tuah telah diberi gelaran Laksamana dan Seri Nara Diraja pula diserahkan daerah Sening Ujung. Sultan Mansur tidak mahu lagi tinggal di istannya itu lalu membina istana lain yang sangat besar. Tidak berapa lama kemudian istana itu dibakar dan tiada siapa berani masuk ke dalam. Banyak barang yang dapat diselamatkan kecuali warisan dari kerajaan sang Nila Utama dan selepas itu sebuah istana dibina lagi untuk kediamana SultanMansur. Seri Nara Diraja jatuh sakit dan mewasitakan hartanya kepada anak-anaknya Tun Tahir, Tun Mutahir dan Tun Abdullah. Semua anak Seri Nara Diraja tinggal bersama Bendahara Paduka Raja dan suatu malam ketika Bendahara hendak turun untuk bersembahyang subuh beliau melihat satu cahaya di kepala Tun Mutahir dan terus ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan menjadi orang besar dan lebih berkuasa dari dirinya tetapi kekuasaan itu tidaj kekal. Bila Tun Tahir dan Mutahir besar mereka telah dipinjamkan emas sebagai modak untuk berniaga tetapi dipulangkan. Kerana kejujuran mereka inilah Bendahara telah menterhakan emas peninggalan ayah mereka. Tun Tahir dilantik oleh Sultan Mansur Syah menjadi penhulu bendahari dan Seri Nara Diraja dan Tun Mutahir dijadikan Temenggung bergelar Seri Maharaja dan Tun Abdullah bergelar Seri Nara Wangsa.

Watak-watak1. Hang Kasturi2. Dayang Dayang kesayangan raja3. Sultan Mansur4. Raja Perempuan5. Penghuni Istana6. Sening Ujung7. Sang Nila Utama8. Seri Nara Diraja9. Paduka Raja10. Tun Tahir11. Tun Mutahir12. Tun Abdullah13. Sultan Mansur Syah14. Seri Maharaja15. Seri Nara Wangsa

18

Page 19: Kajian Sejarah Melayu

CERITA KE 17 MELUASKAN EMPAYAR MELAKAMengisahkan tentang Maharaja Jaya yang tidak tunduk di bawah kekuasaan Raja Melaka lalu Sultan Mansur Syah memerintahkan Seri Nara Diraja untuk menyerang Kampar. Setelah Raja Kampar mengetahui hal tersebut baginda menghimpunkan segala rakyatnya. Mereka pun berperang dengan hebatnya tetapi akhirnya peperangan ini telah dimenangi oleh Melaka. Tun Demang mati dalam peperangan itu dan ini membuatkan Maharaja Jaya mengamuk tetapi sempat ditikam oleh Seri Nara Diraja lalu mati. Negeri Kampar pun ditawan dan Khoja Baba diberikan gelaran akhtiar Muluk. Siak juga telang di serang kerana tidak tunduk kepada Melaka. Siak kalah dan di sini orang Melaka banyak memperolehi harta rampasan. Anak Maharaja Permaisuri, Megat Kudu dan mangkabuminya Tun Jana Pakibul dibawa ke Melaka oleh Seri Udani. Hasil kejyaannya inilah Seri Udani dilantik menjadi Perdana menteri dan Megat Kudu pula dikahwinkan dengan Raja Mahadewi dan dirajakan di Siak dengan gelaran Pakibul. Perkahwinan Sultan Ibrahim dan Raja Mahadewi telah dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah.

Watak-watak1. Maharaja Jaya2. Raja Minangkabau3. Raja Melaka4. Sultan Mansur Syah5. Seri Nara Diraja6. Sang Setia7. Sang Naya8. Sang Guna9. Khoja Baba10. Raja Kampar11. Tun Demang12. Seri Udani13. Maharaja Permaisura14. Akhtiar Muluk15. Megat Kudu16. Tun Jana Pakibul17. Raja Maha Dewa18. Sultan Ibrahim19. Raja Abdullah

CERITA KE-18 PERISTIWA RAJA MUHAMMAD MEMBUNUH ANAK BENDAHARAMengisahkan tentang Sultan Mansur Syah yang berhasrat menjadikan Raja Muhammad sebagai pengantinya kerana puteranya itu yang paling disayanginya. Sehinggalah suatu hari Raja Muhammad telah di buang ke Pahang disebabkan telah membunuh Tun Besar yang telah menyebabkan dastar Raja Muhammad jatuh ke tanah. Di Pahang, Raja Muhammad dirajakan bagi menggantikan tempat Seri Bija Diraja yang menjadi raja sementara di sana. Tun Hamzah dilantik menjadi Bendahara Pahang sementara Seri Akar dilantik menjadi

19

Page 20: Kajian Sejarah Melayu

hulubalang besar. Raja Muhammad berkahwin dengan Mengindera Putri iaitu cucu kepada Sultan Iskandar dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki bernama Raja Ahmad, Raja Jamil dan Raja Mahmud. Negeri Melaka bertambah maju dan pesat menandingi Pasai dan Haru dan ketiga-tiga negeri ini mempunyai hubungan yang baik satu sama yang lain. Seorang rakyat Pasai bernama Tun Bahara telah dating ke Melaka. Dia sangat pandai bermain catur dan tiada siapa dapat menandinginya pada zaman itu. Bagaiamanapun Tun Pikrama dapat juga menandinginya oleh itu beliau digelar Sayur Keladi.

WATAK-WATAK1. Sultan Mansur Syah2. Raja Ahmad3. Raja Muhammad4. Bendahara5. Tun Besar6. Beberapa anak muda7. Bendahara Paduka Raja8. Seri Bija Diraja9. Tun Hamzah10. Bendahara Seri Amar Diraja11. Seri Akar Raja12. Sultan Iskandar13. Raja Kelantan14. Mengindera Puteri15. Raja Jamil16. Raja Mahmud17. Tun Bahara (Sayur Keladi)18. Tun Pikrama

20

Page 21: Kajian Sejarah Melayu

Bab 19-26

CERITA KE-19 SEMERLUKI KE MELAKACERITA KE-20 PENYEBARAN KITAB DARUL MAZLUM DI

MELAKACERITA KE-21 KISAH RAJA CHEMPACERITA KE-22 KISAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, RAJA PASAI

YANG LARI KE MELAKACERITA KE-23 KISAH RADEN KELANG ANAK SULTAN

MANSUR SYAHCERITA KE-24 PEPERANGAN PASAI DAN HARUCERITA KE-25 RAJA MALUKU KE MELAKACERITA KE-26 KISAH SULTAN IBRAHIM RAJA SIAM

Dikaji oleh-NORIZAN MOHD RIDZUAN AE 8

CERITA KE-19 SEMERLUKI KE MELAKA

21

Page 22: Kajian Sejarah Melayu

Mengisahkan tentang Semerluki iaitu putera kepada Keraing Mancoko dengan isteri tuanya. Keraing Mancoko ialah pemerintah negeri Balului dan mempunyai 7 orang isteri dan semuanya ialah anak kepada Keraing Ditandering Jokanak. Semerluki telah terpikat kepada ibu tirinya ketika mengadap ibunya dan kelakuannya itu diketahui oleh ayahnya. Ayahnya menasihati Semerluki keluar dari negeri Mengkasar untuk mencari wanita yang serupa dengan ibu saudaranya itu. Semerluki pun berlengkap dengan peralatannya untuk mencari wanita yang serupa dengan ibu saudaranya itu serta berhasrat untuk menakluki negeri bawah angin. Beliau dapat mengalahkan banyak jajahan di Jawa dan kemudian di Siam dan tiada seorang pun dapat menghalangnya dan selepas itu beliau pergi ke Ujung Tanah dan merosakkan jajahan Melaka.Sultan Mansur Syah telah memerintahkan laksamana memerangi Semerluki. Laksamana berjaya mengalahkan Semerluki walaupun Semerluki menggunakan berbagai – bagai kesaktian. Ketika di Pasai, banyak jajahan negeri itu dimusnahkan oleh Semerluki. Raja Pasai telah memerintahkan orang kaya Raja Kenayan untuk menghalang Semerluki. Lalu mereka pun bertemu dengan Semerluki di Teluk Perli dan berperang dengan hebatnya.Semerluki lari dari Pasai dan laksamana dapat mengekorinya bila beliau lalu di Melaka dalam perjalanannya hendak pulang. Ketika di Ungaran kelengkapan Semerluki telah banyak musnah dan rosak. Beliau telah mencampakkan stu batu tolak baranya di Selat Ungaran supaya kapal laksamana tidak dapat mengejarnya dan berjaya puang ke Mengkasar.

Watak-watak

1. SEMERLUKI2. KERAING MANCOKO3. ISTERI TUA (IBU SEMERLUKI)4. IBU SAUDARA/ IBU TIRI5. SULTAN MANSUR SYAH6. LAKSAMANA7. RAJA PASAI8. ORANG KAYA RAJA KENAYAN9. 7 ORANGISTERI10. KERAING DITANDERING JOKANAK

CERITA KE-20 PENYEBARAN KITAB DARUL MAZLUM DI MELAKA

Mengisahkan seorang pendita zahid (warak) yang bernama Maulana Abu Ishak. Beliau telah mengarang Darul Mazlum dengan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa zat dan bahasa sifat. Abu Bakar adalah salah seorang dari muridnya dan menyuruh Abu Bakar membawa kitab (Darul Mazlum) ke Melaka. Oleh kerana Abu Bakar menghafal isi kitab itu maka dia mengetahui 3 bahasa. Ketibaan Abu Bakar dengan Darul Mazlum di sambut dengan kemuliaan. Sultan Mansur Syah pun berguru kepadanya. Kitab itu juga dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan oleh Makhdum Patakan. Sultan Mansur Syah menggalakkan para pembesar Melaka mempelajari kitab tersebut dan semakin bertambahlah orang berguru dengan Maulana Abu Bakar kecuali Kadi Yusof iaitu kadi di Melaka. Ketika Kadi Yusof lalu dihadapan rumah Maulana Abu Bakar hendak semahyang jumaat, beliau telah ternampak rumah Maulana Abu Bakar dikelilingi oleh cahaya lilin yang terang lalu Kadi Yusof pun berubah dan berguru dengan Maulana Abu Bakar. Beliau meletakkan jawatan dan

22

Page 23: Kajian Sejarah Melayu

menyerahkan kepada anaknya Kadi Menawar. Sultan Mansur Syah menitahkan Seri Bija Wangsa ke Pasai mengemukakan satu masalah dan sesiapa yand dapat menyelesaikan masalah ini akan diberi 7 tahil emas bersama 2 wanita. Raja Pasai menyuruh Makhdum Muda menyelesaikan dan bertemu dengan Seri Bija Wangsa secara peribadi untuk member jawapannya. Hadiah itu pun diberikan kepada Makhdum Muda dan jawapan ditabalkan serta ditunaikan syarat-syaratnya. Dang Bibah diambil oleh Makhdum Muda dan dinamakan Dang Lela Nidahari.

WATAK-WATAK

1. MAULANA ABU ISHAK2. MAULANA ABU BAKAR3. SULTAM MANSUR SYAH4. PARA PEMBESAR5. KADI YUSOF6. KADI MENAWAR7. MAKHDUN PATAKAN8. MAKHDUM MUDA9. RAJA PASAI10. SERI BIJA WANGSA11. DANG BIBAH12. DANG BUNGA

CERITA KE-21 KISAH RAJA CHEMPA

Mengisahkan tentang Pau Gelang yang ditemui oleh Raja Chempa dari mayang pokok pinang berhampiran dengan istana tersebut. Setelah dewasa Pau Gelang dikahwinkan dengan Pau Bia iaitu anak Raja Chempa sendiri. Bila Pau Gelang menjadi raja menggantikan mertuanya dann menbuka sebuah negeri bernama Bal dan melahirkan seorang putera iaitu Pau Gama. Setelah dewasa Pau Gama berkahwin dengan Radin Galuh Ajang,anak Betara Majapahit. Setelah Radin Galuh hamil, Pau Gama ingin pulang kenegeri Bal tetapi isterinya tidak dibenarkan oleh Betara Majapahit mengikutnya. Sebelum pulang baginda berpesan menamakan anak mereka Raja Jaknaka jika lelaki. Radin Galuh melahiran seoranh putera dan menamakannya Raha Jaknaka. Baginda mencari ayahnya dan dengan restu daru bonda dan datuknya baginda pun ergi menemui ayahandanya dan disana disambut dengan meriah oleh ayahandanya dan dijadikan pengganti. Baginda berkawin dengan Pau Chi Banci dan mendapat seorang anak bernama Pau Kubah. Ketika Pau Kubah naik takhta, Raja Kuci menyerang negeri tersebut kerana tidak mengizinkan mengahwini anak perempuan baginda. Raja Kuci telah merasuah penghulu bendahari Chempa. Oleh itu ramai rakyat kota Bal telah terbunuh dan anak raja Chempa dan menterinya melarikan diri. Syah Indera Burma dan isterinya melarikan diri ke Melaka dan disana Sultan Mansur Syah diislamkan dan dilantik sebagai menteri.

WATAK – WATAK23

Page 24: Kajian Sejarah Melayu

1. RAJA CHEMPA2. PAU GELANG3. PAU BIA4. RAJA SUBAL ANAK RAJA KADHIL5. PAU GAMA 6. RADEN GALUH AJANG7. BETARA MAJAPAHIT8. RAJA JAKNAKA9. PAU CHI BANCI10. PAU KUBAH11. RAJA KUCI12. PENGHULU BENDAHARI CHEMPA13. SYAH INDERA BERMA DAN ISTERI14. SYAH PAU LING DAN ISTERI15. PARA MENTERI16. SULTAN MANSUR SYAH.

CERITA KE-22 KISAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, RAJA PASAI YANG LARI KE MELAKAMengisahkan tentang Raja Muda yang merampas kuasa pemeritahan Pasai dan menyebabkan Sultan Zainul Abidin turun takhta dan ari ke Melaka. Sultan mengarahkan bala tenteranya menyerang Raja Muda yang diketuai oleh Bendahara dan diiringi oleh Seri Bija Diraja, laksamana dan segala hulubalang. Pasai tidak dapat dikalahkan oleh Melaka kerana rakyatnya yang ramai. Ketika mereka berehat di sebuah dusun,Seri Bija Diraja bercadang untuk pulang ke Melaka kerana sudah lama di Pasai. Tetapi Tun Pikrama Wira bercadang menyerang Pasai sekali lagi dan kali ini dibantu oleh Laksamana Hang Tuah,Tun Bija Diraja dan Hulubalang Melaka. Oleh keana angkatan Pasai terlalu besar maka ramai hulubalang Melaka lari dan terjun ke sungai. Bendahara sungguh marah dann membunuh mereka. Hanya Hang Isap, Tun Pikrama Dan Nina Isyak yang dapat bertahan. Tun Pikrama memanggil semua hulubalang yang lari dan di antarannya ialah Tun Hamzah iaitu menantu Tun Pikrama. Nina Isya menyindir Tun Hamzah sehingga beliau mengamuk dan mengetuai orang Melaka merempuh tentera Pasai sehinnga berpecah belah. Istana Raja Pasai telah ditawan dan Raja Muda Melarikan diri ke hutan dann Sultan Zainul Abidin di tabalkan menjadi Raja. Raja Zainul Abidin meyuruh orang Melaka pulang ke Melaka dan tida mahu mereka tinggal di Pasai. Bendahara amat marah dengan kata-kata tersebut dan berangkat ke Melaka bersama angkatan Melaka. Beliau terdengar bahawa Raja Zainul Abidin diserang Raja muda ketika beliau sampai di Jambu Air. Laksamana ingin membantu tetapi dilarang oleh Bendahara kerana Raja Zainul tidak mahu menyembah Raja Melaka. Di Melaka, laksamana mencerca bendahara. Sultan Mansur Syah amat murka dengan tindakan tersebut tetapi apabila bendahara dipanggil ia sedikitpun tidak berdendam malah memuji- muji laksamana. Laksamana menyesal dan mengadap bendahara.

WATAK -WATAK1. SULTAN ZAINUL ABIDIN2. RAJA MUDA

24

Page 25: Kajian Sejarah Melayu

3. SULTAN MANSUR SYAH4. SERI BIJA DIRAJA5. LAKSAMANA6. SEGALA HULUBALANG7. TUN PIKRAMA WIRA8. LAKSAMANA HANG TUAH 9. HANG ISAP10. NINA ISYAK11. TUN HAMZAH

CERITA KE-23 KISAH RADEN KELANG ANAK SULTAN MANSUR SYAHMengisahkan tentang Sultan Mansur Syah yang sangat sedih kerana anaknya Raden Kelang telah terbunuh semasa mengembari orang mengamuk di Kampung Keling. Baginda memanggil anaknya Raja Husin dan bendahara serta semua pembesar semasa baginda gering. Baginda menyampaikan pesanan supaya Raja Husin dijadikan Raja dan memperbetulan Raja Husin jika berlaku kesalahan kerana beliau masih kanak-kanak. Baginda juga berpesan supaya banyak bersabar dan adil dan jika teraniaya hendaklah diperiksa bersungguh-sungguh. Baginda pun mangkat selepas beberapa hari. Raja husin pun ditabalkan menjadi raja dan digelar Alauddin Riayat Syah. Keadaan di Melaka ketika itu tidak aman kerana kegiatan mencuri. Setiap malam ada sahaja barang yang hilang. Baginda sungguh sedih lalu baginda merancang menangkap pencuri tersebut. Baginda pun keluar dari istana bersama Hang Isap dan Hang Siak dengan menyamar menjadi pencuri. Baginda meronda disekelliling negeri dan betemu dengan 5 orang pencuri lalu 3 orang pencuri dapat di bunuh dan yang lainnya berjaya melepaskan diri. Keesokkanya baginda memanggil Temenggong Seri Maharaja dan betanya tentang kawalan dalam negeri dan temenggong menjawab semuanya dalam keadaan baik. Lalu baginda memanggil Hang Isap dan menceritakan semuanya. Setelah itu kawalan pun diperketatan dan tiada lagi pencuri di negeri Melaka. Baginda juga memerintahkan Bendahara Paduka Raja supaya membuat sebuahh balai di simpang empat di tengah-tengah negeri bagi mengumpulkan harta-harta yang tiada tuannya. Baginda juga menitahkan hukuman potong tangan bagi orang yang mencuri.

WATAK-WATAK1. RADEN KELANG2. SULTAN MANSUR SYAH3. RADEN GALUH CENDERA KIRANA4. RAJA HUSIN5. BENDAHARA6. PARA PEMBESAR7. RAJA MENAWAR8. RAJA ZAINUL9. TUN SENAJA10. RAJA HITAM11. RAJA MAHMUD12. RAJA FATIMAH

25

Page 26: Kajian Sejarah Melayu

13. RAJA PAHANG/ RAJA AHMAD14. SERI AMAR DIRAJA15. RAJA MANSUR 16. SULTAN MUHAMMAD SYAH17. RAJA JAMAL18. RAJA MUZAFFAR19. HANG ISAP20. HANG SIAK21. 5 PENCURI22. TEMENGGONG SERI MAHARAJA23. BENDAHARA PADUKA RAJA

CERITA KE-24 PEPERANGAN PASAI DAN HARUMengisahkan tentang Raja Pahlawan yang dibunuh beserta orang-orangnya dibunuh oleh Raja Pasai kerana mengamuk dan marah kerana surat yang diperutuskan dibaca lain daripada yang ditulis sehinggakan ramai orang Pasai menjadi mangsa. Berita Raja Pahlawan dibunuh diketahui oleh Maharaja Diraja dan memerintahkan hulubalang menyerang Pasai dan menitahkan penglimanya Seri Indera merosakkan segala jajahan Melaka dari Tanjung Tuan hingga ke Jugra kerana Pasai adalah neegeri taklukan Melaka. Paduka Tuan, anak Bendahara Paduka Raja, laksamana dan Seri Bija Diraja dititahkan untuk menyerang orang Haru. Di Pulau Arang-Arang, mereka bertemu sehinggakan angkatan Melaka hampir kalah kerana perahu Tun Isap bersama Seri Bija Diraja telah dinaiki musuh. Banyak perahu orang-orang Haru dilanggar dan mereka dapat mengalahkan orang Haru. Orang Haru yang dapat melarikan diri menyampaikan berita kekalah kepada Maharaja Diraja dan perkara ini menyebabkan baginda amat marah dan mengarahkan orang-orangnya menyerang jajahan Melaka sekali lagi. Di Dungun, kedua-dua buah negeri itu berperang. Angkatan perang Haru berjaya dikalahkan oleh orang Melaka dan Maharaja Diraja pun menghantar surat utusan berdamai kepada Paduka Tuan. Semua panglima dan hulubalang perang Melaka diberikan anugerah oleh Sultan Alaudin. Seri Bija Diraja diganti oleh anaknya yang bernama Tun Kerutup dan mempunyai dua orang anak bernama Tun Cendera Panjang dan Sang Setia.

WATAK-WATAK1. MAHARAJA DIRAJA / RAJA HARU2. SULTAN SUJAK3. RAJA PAHLAWAN4. ORANG PASAI5. HULUBALANG6. SERI INDERA7. SULTAN ALAUDDIN8. BENDAHARA PADUKA RAJA9. SERI BIJA DIRAJA10. ORANG HARU11. TUN KERUTUP

26

Page 27: Kajian Sejarah Melayu

12. TUN CENDERA PANJANG13. SANG SETIA.

CERITA KE-25 RAJA MALUKU KE MELAKAMengisahkan tentang Raja Maluku yang telah melarikan diri ke Melaka kerana Negeri Maluku dikalahkan oleh Kastilan. Sultan Alauddin menjaga baginda dengan mulia. Raja Maluku mempunyai satu keistimewaan iaitu pandai bermain sepak raga sehinggakan naik tangga pun beliau tidak berhenti menyepaknya. Baginda juga seorang yang gagah standing dengan Sultan Alauddin. Ketika Raja Maluku datang Melaka, baginda bertemu dengan Raja Rokan dan Telanai Terengganu. Tun Telanai dan Raja Maluku pun kembali ke negeri masing-masing. Raja Pahang, Sultan Mahmud mengetahui tentang Telanai Terengganu ke Melaka tanpa memberitahunya lalu dibunuh oleh Seri Akar Raja. Terengganu telah diserahkan kepada keturunan Seri Akar Raja. Bendahara Pahang menasihatkan baginda bahawa perbuatan itu adalah salah kerana tidak memberitahu Raja Melaka. Baginda tidak mahu tunduk kepada Sultan Melaka iaitu adiknya sendiri malah baginda behasrat hendak melanggar balairong Raja Melaka. Semua keluarga Telanai Terengganu lari ke Melaka dan memberitahu tentang kematiannya serta khabar Raja Pahang ingin melanggar balairong Melaka. Sultan Alauddin merasa marah dengan tindakkan abangnya dan hendak menyerang Pahang tetapi ditegah oleh Bendahara. Megat Sulaiman, Megat hamzah Dan Megat Umar iaitu cucu Telanai Terengganu dijaga dengan baik di Melaka. Laksamana diarahkan pergi ke Pahang dan membawa perutusan untuk Raja Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Raja Muhammad cuba berdalih dengan mengatakan Telanai dibunuh kerana mencerca negeri Melaka. Laksamana pulang ke Melaka dan menerangkan segala hal ehwal ketika di Pahang. Beliau mendapat kepujian dari Sultan Melaka.

WATAK-WATAK1. RAJA MALUKU2. SULTAN ALAUDDIN3. RAJA ROKKAN4. TELANAI TERENGGANU5. SULTAN MUHAMMAD/ RAJA PAHANG6. SERI AKAR RAJA7. LAKSAMANA

CERITA KE-26 KISAH SULTAN IBRAHIM RAJA SIAMMengisahkan tentang Sultan Alauddin memerintahkan Laksamana menyiasat tentang pembunuhan seorang rakyat Siak oleh Tun Jana Pakibul atas arahan Sultan Ibrahim lalu Sultan Ibrahim meminta maaf kepada Sultan Alauddin. Raja Menawar iaitu anak sulung Sultan Alauddin menjadi raja di Kampar dan diberikan gelaran Sultan Menawar Syah dan Seri Amar Diraja sebagai Bendaharanya. Ketika SultanAlauddin gering, baginda memanggil semua pembesar dan member pesanan kepada mereka. Baginda juga memberi pesanan kepada Raja Muhammad. Selepas kemangkatan Sultan Alauddin, Raja Muhammadditabalkan menjadi sultan sebagaimana yang diwasiatkan oleh Sultan Alauddin dan diberi gelaran Sultan Mahmud Syah. Diawal pemerintahannya, Sultan Mahmud telah menunjukkan keperibadian yang tidak baik. Ketika baginda naik takhta, baginda telah jatuh sakit (cirit-birit). Laksamana dan bendahara yang menjaga baginda. Berita tentang kegeringan Sultan Mahmud telah sampai kepengetahuan Raja Tua iaitu nenda Sultan Mahmud. Raja Tua ingin membunuh Sultan Mahmud tetapi dihalang oleh bendahara dan

27

Page 28: Kajian Sejarah Melayu

laksamana. Setelah Sultan Mahmud sembuh, laksama dan bendahara telah diberikan persalinan dan usungan. Laksamana menggunakan usungan tersebut tetapi bendahara tidak mahu menggunakannya kerana tidak mahu menyamakan taraf sultan dan dirinya. Sebelum Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan mati,beliau berpesan kepada anak cucunya seorang demi seorang supaya menukarkan agama dan berbakti kepada Raja. Beliau juga berpesan kepada Tun Puah supaya tidak tinggal di Melaka dan melarang Tun Isap bekerja dengan Raja. Sultan Mahmud juga sempat bertemu dengan bendahara dan member pesanan. Bendahara mati dan jawatannya diganti oleh Tun Perpatih Putih yang mana beliau adalah seorang yang pemboros. Sultan Mahmud tealah berkahwin dengan anak Raja Muhammad dari Pahang. Namun baginda selalu berbuat sumbang dengan wanita-wanita cantik di Melaka termasuk isteri Tun Biajid. Tun Biajid merasa marah dan menceraika isterina setelah mengetahuinya dan tidak mahu bekerja lagi dengan Sultan. Sultan Mahmud juga tertarik hati terhadap Tun Dewi dan menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali yang berada dirumah Tun Dewi ketika itu. Tun Isap berjaya menbunuh Tun Ali dan menyuruh baginda melarikan diri kerana Seri Dewa Raja hendak membalas dendam. Tun Isap dibunuh oleh Seri Dewa Raja ketika beliau kembali ke Melaka. Sultan Mahmud tidak melakukan sebarang tindakan kerana Seri Dewa Raja adalah pembesar kesayangannya selain dari Tun Umar,Hang Isa Pantas dan Hang Husin Jong. Seri Bija Diraja dihukum bunuh kerana lambat datang ke majlis Hari Raya di Melaka dan jawatan tersebut digantikan oleh Sang Setia Titayan dan keturunannya. Sultan Mahmud ingin mengaji dengan Maulana Yusof tetapi tidak dibenarkan masuk oleh beliau kerana dia adalah seorang fakir yang miskin. Lalu baginda menyamar menjadi Fakir Muhammad. Sultan Mahmud mengarahkan Paduka Tuan menyerang Manjung kerana ia adalah sebuah negeri besar dan bermusuhan dengan Beruas. Raja Beruas telah dipertanggungjawabkan oleh Sultan Mahmud untuk memerintah Manjung. Sultan Mahmud telah berkahwin dengan puteri Raja Kelantan Onang Kening.

WATAK-WATAK1. TUN JANA PAKIBUL2. SULTAN IBRAHIM3. SULTAN ALAUDDIN4. LAKSAMANA5. RAJA MENAWAR 6. SERI AMAR DIRAJA7. RAJA MUHAMMAD / SULTAN MUHAMMAD8. SERI MAHARAJA9. SERI BIJA DIRAJA10. RAJA TUA11. BENDAHARA PADUKA RAJA12. TUN PUAH13. TUN ISAP14. TUN PERPATIH PUTIH15. RAJA MUHAMMAD DARI PAHANG16. RAJA AHMAD17. TUN BIAJID18. TUN DEWI19. TUN ALI SANDANG20. SERI DEWA RAJA21. SANG SETIA TITAYAN

28

Page 29: Kajian Sejarah Melayu

22. MAULANA YUSOF23. RAJA BERUAS24. PUTERI RAJA KELANTAN ONANG KENING

Bab 27-3429

Page 30: Kajian Sejarah Melayu

CERITA KE- 27 KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR KAMPAR DAN BENDAHARA

DAN KISAH PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

CERITA KE-28 KISAH ORANG INDERAGIRI BOSAN TINGGAL DI MELAKA, KISAH

CERITA KE-29 HANG NADIM MENDAPATKAN TUN TEJA

CERITA KE-30 KEMATIAN RAJA ZAINAL CERITA KE-31 SIAM CUBA MENYERANG PAHANG. CERITA KE-32 CAU SERI BANGSA MEMELUK

ISLAM CERITA KE-33 TUN FATIMAH BERKAHWIN

DENGAN SULTAN MAHMUD SYAH. CERITA KE-34 JATUHNYA NEGERI MELAKA

DITANGAN PORTUGIS.

Dikaji oleh- NURJANATUL MAJIDAH BINTI HAJI ABDUL RAHMAN AE 6

CERITA KE- 27 KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR KAMPAR DAN BENDAHARA PUTEHDAN KISAH PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG- KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR RAJA KAMPAR

30

Page 31: Kajian Sejarah Melayu

Setelah kemangkatan Sultan Menawar yang merupakan Raja kepada Negeri Kampar, tempatnya telah digantikan oleh Raja Abdullah yang kemudiannya menggelarkan dirinya sebagai Sultan Abdullah.

- KEMANGKATAN BENDAHAR A PUTEHSementara di Negeri Melaka, mereka telah kehilangan seorang pembesar Negeri iaitu Bendahara Puteh. Kemangkatan Bendahara Puteh membuatkan Sultan Mahmud menghimpunkan Sembilan orang yang layak untuk jawatan Bendahara menggantikan Bendahara Puteh. Pak Mutahir adalah orang yang telah dipilih dan layak untuk jawatan tersebut. Pak Mutahir telah digelar Seri Maharaja kerana jawatan yang telah dijawatnya.

- KISAH PEMINANGAN TUAN PUTERI GUNUNG LEDANGApabila Permaisuri Melaka mangkat, Sultan Mahmud ingin mencari penggantinya lalu, mengarahkan pembesar-pembesar negeri Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Perjalanan pendakian Gunung Ledang telah banyak menghalang rombongan peminangan Puteri Gunung Ledang. Hanya Tun Mamat seorang yang meneruskan perjalanan tersebut sehingga menjumpai seorang perempuan tua disebuah balai di tengah-tengah hutan tersebut. Tun Mamat telah menyampaikan hasrat Sultan Mahmud untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang melalui perbicaraannya dengan Perempuan Tuan tersebut. Perempuan Tua tersebut telah menyatakan 7 permintaan yang sepatutnya mesti dilaksanakan sebelum Puteri Gunung Ledang menerima pinangan tersebut. Tun Mahmud tidak mengetahui bahawa perempuan Tua tersebut adalah Puteri Gunung Ledang sendiri.

WATAK-WATAK1. Sultan Menawar Raja Kampar2. Raja Abdullah atau Sultan Abdullah3. Bendahara Puteh4. Sultan Mahmud(Melaka)5. Pak Mutahir atau Seri Maharaja (Bendahara Negeri Melaka)6. Patih Adam atau Pangeran Surabaya7. Tun Manda8. Seri Nara Diraja9. Permaisuri Melaka10. Laksamana (Pembesar Negeri Melaka)11. Sang Setia (Pembesar Negeri Melaka)12. Tun Mamat (Pembesar Negeri Melaka)13. Tuan Puteri Gunung Ledang yang menyamar sebagai Perempuan Tua bernama Dang

Raya Rani.14. 4 perempuan Muda15. Raja Ahmad *dalam permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang

WATAK BINATANG1. Burung2. Nyamuk * dalam permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang3. Kuman * dalam permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang

31

Page 32: Kajian Sejarah Melayu

CERITA KE-28 KISAH ORANG INDERAGIRI BOSAN TINGGAL DI MELAKA, KISAH SULTAN MAHMUD HENDAKKAN KAIN DI KELING DAN KEMANGKATAN HANG TUAH.

- KISAH ORANG INDERAGIRI YANG BOSAN TINGGAL DI MELAKAOrang Inderagiri di Melaka merasa bosan dengan penghinaan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Negeri Melaka sehinggakan mereka mengadu mengenai perkara tersebut kepada Raja Nara Singa yang mendapati bahawa Raja Isap telah menjadi Raja Inderagiri. Maharaja Isap telah dihalau oleh Tun Kecil dan Tun Ali.

- KISAH SULTAN MAHMUD HENDAKKAN KAIN DI KELINGSultan Mahmud (Raja Melaka) hendak membeli kain Serasah sebanyak 40 helai yang mempunyai pelbagai jenis bunga dan coraknya dan Hang Nadim yang merupakan menantu Laksamana telah diarahkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Setibanya Hang Nadim di Benua Keling, beliau menghadapi masalah dengan pencarian kain tersebut. Selain itu Hang Isap telah mengambil emas kepunyaan seorang saiyid yang mengatakan bahawa Hang Isap akan mendapat mala petaka jika dia tidak mengembalikan harta tersebut. Hang Nadim telah memohon kemaafan daripada wali tersebut. Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap untuk pulang ke Melaka yang ditimpa bencana ditengah pelayaran. Sultan Mahmud murka kerana kain yang didapati hanya sedikit.

- KEMANGKATAN HANG TUAHLaksamana Hang Tuah telah kembali ke rahmatullah dan Sultan Mahmud mengkebumikannya di Tanjung Keling. Khoja Husin telah dilantik menggantikan mentuanya menjadi laksamana. Beliau mempunyai anak bernama Tun Abdul.WATAK-WATAK

1. Orang –Orang Inderagiri(di Melaka)2. Pembesar-pembesar Melaka3. Raja Nara Singa4. Raja Meriang5. Maharaja Isap(Raja Inderagiri)6. Tun Kecil (Bendahara)7. Tun Ali8. Sultan Mahmud (Raja Melaka)9. Hang Nadim10. Hang Isap11. Saiyid12. Hang Tuah13. Khoja Husin14. Tun Abdul

CERITA KE-29 HANG NADIM MENDAPATKAN TUN TEJASultan Abdul Jamil adalah pengganti kepada Sultan Mahmud Negeri Pahang. Seri Amar Bangsa Diraja yang merupakan bendahara kepada Negeri Pahang mempunyai seorang puteri cantik yang bernama Tun Teja Ratna Benggala. Sultan Pahang berhasrat untuk mengahwini Tun Teja. Pada

32

Page 33: Kajian Sejarah Melayu

masa yang sama juga, Sultan Mahmud Negeri Melaka juga berhasrat untuk memperisterikan Tun Teja sehinggakan baginda bertitah untuk memberikan ganjaran yang lumayan dan diampukan segala dosa-dosanya kepada sesiapa saja yang Berjaya membawa Tun Teja ke Melaka. Saiyid Ahmad bersahabat dengan Hang Nadim yang ingin melarikan Tun Teja. Melalui Inang Tun Teja untuk membantunya untuk membawa Tun Teja keluar dari Istana Bendahara Pahang. Hang Nadim membawa Tun Teja lari menggunakan Jung Saiyid Ahmad. Bendahara Seri Amar Bangsa Diraja sangat berdukacita dengan kehilangan Puerinya lalu, mengkhabarkan perkara tersebut pada Sultan Abdul Jamil yang teramat murka pada Hang Nadim setelah mengetahui akan perbuatan Hang Nadim melarikan Puteri kesayangan Bendahara Pahang. Pertempuran telah berlaku diantara Hang Nadim dengan Orang-orang Pahang yang dititahkan oleh Sultan Abdul Jamil. Khoja Hasan telah diutus oleh Sultan Melaka untuk membantu Hang Nadim dan meredakan keadan selepas kekalahan Orang-orang Pahang. Selain itu, Khoja Hasan juga berhasrat untuk memiliki seekor gajah yang dimiliki oleh Sultan Abdul Jamil. Sikap Orang-Orang Melaka telah membuatkan Sultan Pahang berasa amat terhina. Di akhir bab ada menceritakan mengenai Sultan Abdul Jamil telah turun dari Kerajaan Pahang dan digantikan oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Abdul Jamil bermudik ke hulu ke Lubok Pelang dan menetap di sana dengan seorang Syikh yang digelar Marhum Syikh.WATAK-WATAK

1. Sultan Abdul Jamil2. Sultan Mahmud (Raja Pahang)3. Raja Mansur (putera Sultan Abdul Jamil)4. Seri Amar Bangsa Diraja (Bendahara Pahang).5. Tun Teja Ratna Benggala6. Saiyid Ahmad (nakhoda Chempa)7. Perempuan Tua (Inang Tun Teja)8. Laksamana Khoja Hasan9. Sultan Mansur Syah10. Syikh (Marhum Syikh)11. Orang-Orang Pahang12. Orang-orang Melaka

WATAK BINATANG1. Gajah

CERITA KE-30 KEMATIAN RAJA ZAINALRaja Zainal adalah saudara kepada Sultan Mahmud Syah. Sikapnya yang baik dan wajahnya yang tampan telah membuatkan ramai Perempuan di Melaka yang jatuh hati padanya. Sultan Mahmud Syah berasa cemburu dengan sikap Raja Zainal lalu menitahkan Hang Berkat untuk membunuh Raja Zainal. Hang Berkat telah menipu orang ramai Bahawa Raja Zainal telah dibunuh oleh Pencuri. Hang Berkat diberikan gelaran Sang Sura oleh Sultan Mahmud Syah. Turut diceritakan mengenai Isteri Sang Sura yang berzina dengan Sang Guna. Oleh kerana Sang Guna amat dikasihi oleh Sultan Mahmud Syah kerana Sang Guna adalah orang pertama yang membuat Keris Tempa Melaka. Sultan Mahmud telah mengenakan hukuman kepada Sang Guna

33

Page 34: Kajian Sejarah Melayu

untuk tidak keluar dari rumah kecuali dibenarkan. Tetapi Sang Guna tidak bersetuju dengan hukuman tersebut kerana dia lebih rela mati dibunuh oleh Sang Sura.WATAK-WATAK

1. Raja Zainal2. Sultan Mahmud Syah3. Perempuan Melaka4. Pengiring Yang Muda5. Hang Berkat (Sang Sura)6. Isteri Sang Sura 7. Sang Guna

CERITA KE-31 SIAM CUBA MENYERANG PAHANG.Maharaja Dewa Sura yang merupakan Raja Ligur telah menyuruh Raja Siam untuk menyerang Pahang. Sultan Abdul Jamil telah menitahkan kepada Rakyatnya untuk memperbaiki parit, kota serta membaiki senjata bagi persetiaan peperangan. Sultan Mahmud Syah yang merupakan Sultan Melaka membantu Pahang dengan meyuruh pembesar-pembesar negerinya untuk membantu Negeri Pahang menentang Siam. Di Pahang hanya dalam masa tiga hari saja mereka membangunkan semula Kota Pahang yang musnah dibakar. Maharaja Dewa Sura telah menyerang Pahang tetapi mereka menghadapi kekalahan kerana Orang Pahang dan Melaka telah bersatu untuk mengalahkan Orang Ligur. Sultan Mansor dan Sultan Abdul Jamil dari Pahang telah mengutuskan surat ke Melaka sebagai tanda terima kasih. Selain itu dalam cerita ke 31 ini juga menceritakan mengenai anak menteri Sultan Mahmud Syah yang bernama Tun Hussin yang telah marah kerana Bendahara telah mencerca Ayahnya Tun Pepatah Hitam. Mengikut adat, kepada sesiapa yang biadap terhadap Bendahara, Laksamana dan Temenggonglah yang akan menyempurnakan hukuman terhadap seseorang itu. Samada dengan pembunuhan yang akan dilaksanakan oleh Laksamana atau ditangkap dan dipasong yang akan dilaksanakan oleh Temenggong. Tun Pepatah Hitam telah ditikam oleh Laksamana dengan pedangnya Lakiwa dan menyebabkan kematian kepada ayah Tun Husin yang tidak berpuas hati dengan kematian ayahnya. Akhirnya dia juga ditikam dan meninggal dunia. Di akhir cerita ke 31 ini menceritakan mengenai Laksamana yang memiliki dua orang isteri.WATAK-WATAK

1. Sultan Abdul Jamil (Raja Pahang)2. Sultan Mansor(Pahang)3. Maharaja Dewa Sura (Raja Ligur)4. Raja Siam5. Sultan Mahmud Syah(Sultan Melaka)6. Sang Setia7. Sang Naya8. Sang Guna9. Tuan Biajid10. Sang Jaya Pikrama11. Hulubalang

34

Page 35: Kajian Sejarah Melayu

12. Bendahara13. Laksamana Khoja Hasan14. Tun Pepatah Hitam(menteri Sultan Mahmud Syah)15. Tun Hussin16. Temenggong17. Laksaman Hang Tuah18. Seri Bija Diraja Datik Bungkuk19. Tun Biajid20. Tun Sirah 21. Tun Sabariah(Isteri Sultan Mahmud)22. Bendara Paduka Raja23. Sang Guna24. Isteri Hang Nadim

CERITA KE-32 CAU SERI BANGSA MEMELUK ISLAMKota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah adalah kota yang sangat indah sehingga Anak Raja Siam yang bernama Cau Seri Bangsa hendak menyerang kota tersebut. Raja Sulaiman Syah telah kalah ditangan Cau Seri Bangsa yang berniat untuk memeluk Agama Islam jika dia memenangi peperangan tersebut. Cau Seri Bangsa telah membuka tanah baru yang dinamakan Patani dan menhantar surat ke Melaka untuk mendapatkan pengesahan daripada Sultan Melaka. Sultan Mahmud menggelar Cau Seri Bangsa dengan gelaran Sultan Ahmad Syah setelah dinobatkan. Raja Kedah juga ingin dirinya dinobatkan. Pada ketika ini Melaka menjadi tumpuan segala pedagang-pedagang luar. Alfonso D’Albequeqeu melengkapkan 7 buah kapal, 10 kapal lama dan fusta 13 untuk menyerang Melaka. Benggali Putih telah menyerang Melaka dengan membedil dan menghancurkan seluruh Kota Melaka yang hairan dengan Senjata yang telah orang Benggali Puti itu gunakan. Rakyat Melaka bersatu menyerang kembali Tentera Goa tersebut dan kemenanga berpihak pada orang-orang Melaka. Pada masa yang sama, sebuah kapal dari Judah dating dengan sorang pendita bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan Mahmud and Raja Ahmad mengaji dengan pendita tersebut. Ketika Seri Rama dating denga keadaan mabuk, lalu pendita tersebut telah menegur bahawa Arak itu adalah ibu segala najis dan menimbulkan Kemarahan kepada Seri Rama. Seri Rama menuduh Pendita dating hanya untuk mencari harta. Apabila Makhdum mendengar belaiu telah berasa marah dan pulang kerumahnya. Selain itu dalam Cerita ke 32 ini juga ada menceritakan mengenai Tun Mai Ulat Bulu yang tidak pandai mengaji sehingga Makhdum berputus asa mengajar Tun Mai Ulat Bulu. Sultan Mahmud menghantar wakil untuk pergi ke Pasai untuk berbincang tentang Ulama Mawaran-Nahar dengan Ulama Khurasan dan Ulama Iraq.WATAK-WATAK

1. Sultan Sulaiman Syah.2. Cau Seri Bansa / Sultan Ahmad Syah (anak Raja Siam)3. Raja Siam 4. Raja Aji5. Raja Kedah6. Bendahara Seri Maharaja7. Tun Hassan Temenggong

35

Page 36: Kajian Sejarah Melayu

8. Dagang Santri9. Alfonso D’Alburqueqeu10. Orang Portugis atau Benggali Putih11. Gonzelo Pariera (kapitan)12. Rakyat Melaka13. Tentera Goa (Portugis)14. Kapitan Mur15. Maulana Sadar Jahan(Pendita)16. Seri Rama17. Tun Mai Ulat Bulu18. Tun Zainul Abidin19. Ulama Mawaran-Nahar20. Ulama Iraq

WATAK BINATANG1. Gajah.

CERITA KE-33 TUN FATIMAH BERKAHWIN DENGAN SULTAN MAHMUD SYAH.Tun Fatimah adalah anak kepada Bendahara Paduka Raja. Dia dikahwinkan dengan Tun Ali. Pada perkahwinannya Sultan Mahmud juga turut menghadirinya sehinggakan dia jatuh hati melihat rupa paras Tun Fatimah. Perkara tersebut sedikit membuatkan Sultan Mansur terkilan dengan Bendahara. Seorang Keling keturunan Nina Sura Dewana bernama Kitul berhutang kepada Raja Mendeliar sebanyak sekati emas. Kitul memfitnah bahawa Bendahara telah member 10 Kati Emas kepada Nina Sura Dewana untuk membunuh Raja Mendeliar dengan harapan supaya hutangnya kepada Raja Mendeliar akan langsai. Laksamana Khoja Hasan turut kehilangan pertimbangan apabila Raja Mendeliar menghadiahkan sejumlah harta yang amat besar kepada laksamana dengan syarat supaya laksamana akan menyampaikan perkara mengenai Bendahara yang ingin menderhaka kepada Sultan Mahmud. Tun Indera Segera telah dititahkan untuk membunuh bendahara dan Tun Fatimah diambil sebagai permaisuri apabila smua ahli keluarganya di bunuh. Setelah disiasat mengenai perkara tersebut ternyata keluarga Bendahara tidak bersalah dan perkara itu membuatkan Sultan Mahmud menyesal lalu mengarahkan untuk membunuh Raja Mendeliar, kitul disulakan bersama anak bininya serta Laksamana Khoja Hasan dirampas harta bendanya. Tun Fatimah tidak pernah tersenyum dan tertawa ketika dia menjadi permaisusi Melaka. Sultan Mahmud pergi meninggalkan Melaka dan Sultan Ahmad menggantikan baginda memerintah MelakaWATAK-WATAK

1. Tun Fatimah2. Bendahara Paduka Raja3. Tun Ali4. Raja Baroh5. Yang Di Pertuan Melaka Sultan Mahmud6. Saudagar Keling7. Nina Sura Dewana8. Kitul

36

Page 37: Kajian Sejarah Melayu

9. Raja Mendeliar10. Laksamana Khoja Hasan11. Tun Indera Segara12. Tun Sura Diraja13. Bendahara Lubuk Batu14. Sultan Ahmad15. Raja Putih16. Raja Khadijah

CERITA KE-34 JATUHNYA NEGERI MELAKA DITANGAN PORTUGIS.Feringgi telah menyerang Melaka dan Sultan Ahmad sendiri yang mengetuai dengan menaiki gajah dan baginda telah luka setelah ditembak. Tun Salehu-din telah mati ditombak oleh Feringgi. Akhirnya akibat kekalahan Sultan Ahmad beundur ke Ulu Muar lalu tinggal dipagoh. Selepas kejatuhan Melaka, Sultan Ahmad bersama keluarganya pergi ke Pahang. Hang Nadim telah menggantikan Laksamana Khoja Hasan selepas kematianya. Tun Fatimah juga melahirkan seorang putera dan dinamakan Sultan Alauddin Riayat Syah atau Sultan Muda.Sultan Abdullah telah ditangkap oleh Feringgi di Kampar. Feringgi juga telah membakar Bengkalis. Sultan Muhammad Terngganu ke Pahang. Raja Terengganu dikahwinkan dengan sepupu Sultan Mansur Syah di Pahang. Raja Ahmad dikahwinkan dengan Raja Puspa Dewi. Sultan Mahmud Syah telah gering di Kampar. Baginda telah jatuh sakit dan mangkat. Sultan Muda telah pergi ke Pahang dan berhasrat untuk mengahwini Raja Kusuma Dewi puteri Sultan Mansur Syah. Sultan Alaudin atau Sultan Muda mahu menubuhkan Kuala Johor menjadi Negeri. Hang Nadim diperintahkan untuk menjaga Bentan dan tinggal di Rocoh. Di Johor Sultan Alaudin Jatuh sakit dan tempatnya digantikan oleh Anakandanya Sultan Muzaffir Syah. Di Pahang, Sultan Mansur Syah juga digantikan oleh anakandanya Raja Ismail yang bergelar Sultan Jamal Syah yang membuat negeri di Seluyud. Sultan Muzzaffir mengambil Raja Mansur yang merupakan Putera kepada Raja Umar. Raja Abdul Jalil telah mangkat dan tempatnya nanti akan digantikan oleh adindanya Raja Abdullah dan bukanlah Raja Umar. Bendara pun menabalkan Raja Umar kerana Raja Fatimah cemburu. Raja Umar digelar Sultan A’la Jalia Abdul Jalil Syah.WATAK-WATAK

1. Alfonso D’Albequeque2. Sultan Ahmad3. Orang Feringgi4. Orang Melaka5. Tun Salehuddin6. Sultan Mahmud7. Pemaisuri Kelantan8. Sultan Mansur Syah9. Raja Muzzafir10. Laksamana Khoja Hassan11. Hang Nadim (Anak Laksamana Hang Tuah)12. Tun Fatimah13. Kadi

37

Page 38: Kajian Sejarah Melayu

14. Temenggung15. Raja Ali(Raja Kecil Besar)16. Sultan Alauddin Riayat Syah(Sultan Muda)17. Sultan Abdullah18. Kapitan Muir19. Temenggung Seri Udana20. Sang Aria21. Sang Jaya22. Sang Lela Segara23. Sang Lela24. Seri Wak Raja25. Raja Perempuan26. Raja Terengganu(Raja Muhammad)27. Raja Ahmad28. Raja Puspa Dewi29. Raja Umar30. Raja Kusuma Dewi31. Seri Nara Diraja32. Raja Fatimah 33. Raja Ismail(Sultan Jamal Syah)34. Raja Umar35. Raja Abdul Jalil36. Raja Abdullah(adik Sultan Abdul Jalil)

WATAK BINATANG1. Gajah

KESIMPULAN

Keseluruhan cerita Sejarah Melayu ini sebenarnya merupakan sebuah catatan sejarah mengenai bermulanya Kesultanan Melayu Di Melaka. Sejarah Melayu mempunyai 34 buah cerita yang

38

Page 39: Kajian Sejarah Melayu

mengandungi beberapa peristiwa-peristiwa penting yang berlaku disekitar tahun permulaan penubuhan Kerajaan Melayu sehinggalah jatuhnya Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.cerita-cerita ini dicatatkan sebagai sebuah buku Panduan yang dikarang oleh Tun Sri Lanang dengan harapan generasi di masa hadapan akan mendapat gambaran mengenai sejarah pentadbiran Melayu di masa silam. Selain itu, sejarah Melayu ini juga dapat membantu bangsa Melayu untuk memperbaiki sesuatu yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa dengan berpandukan sejarah ketamadunan Melayu klasik. Genarasi masa depan dapat mwngambil iktibar dan pengajaran daripada cerita-cerita yang dicatatkan. Dalam bab 34 ada menceritakan mengenai kejatuhan Melaka di tangan Portugis tetapi putera kepada Sultan Mahmud Shah mampu menyelamatkan Kerajaan Melayu dengan membuka sebuah empayar baru di Johor bagi mewarisi kesultanan Melaka.

RUJUKAN

Arbak Othman (1999) . Kamus Bahasa Melayu : Edisi Kedua . Cetakan Pertama . Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

http://ms.wikipedia.org/wiki/kesultanan_melayu_melakahttp://wikipedia.org/wiki/sejarah_melakahttp://www.sabrizain.org/malayahttp://malaya.org.uk

39