23
KAJIAN SEJAUH MANAKAH PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN E-LEARNING SECARA WIRELESS DI SEKITAR KAMPUS UTM NURAINA BINTI AZHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN SEJAUH MANAKAH PELAJAR TAHUN EMPAT … fileaku begitu memerlukan seseorang, Nur Aimi Bt. Mohd Idrus.. pahatkanlah segala kenangan suka duka kita di UTM ini dalam hatimu selamanya

  • Upload
    dobao

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

KAJIAN SEJAUH MANAKAH PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN

MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN E-LEARNING SECARA WIRELESS DI

SEKITAR KAMPUS UTM

NURAINA BINTI AZHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

KAJIAN SEJAUH MANAKAH PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI

PENDIDIKAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN E-LEARNING

SECARA WIRELESS DI SEKITAR KAMPUS UTM

NURAINA BINTI AZHARI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

iv

DEDIKASI

Alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-Nya, akhirnya sempurna jua projek ku ini

walaupun banyak cabaran yang perlu ku tempuhi. Ku panjatkan sepenuhnya

kesyukuran pada-Mu Ya Allah.

Buat insan yang amat ku kasihi, bonda dan ayahandaku, Pn. Hjh. Nooraini Bt. Dato’

Harun dan Tn. Hj. Azhari B. Hj. Abdullah yang telah banyak memberi bantuan dan

dorongan kepadaku selama ini. Maafkan anakandamu ini yang telah banyak

melukakan hati dan mengalirkan airmata bonda dan ayahanda dalam berkorban

mendidik dan membesarkan diriku ini.

Kepada kedua kakandaku, Muhammad Nazim B. Azhari dan Mohamad Razif B.

Azhari..terima kasih yang tidak terhingga atas segala kasih sayang dan tunjuk ajar

yang telah kalian curahkan pada adindamu yang bongsu ini.

Tidak lupa kepada sahabat-sahabatku yang telah banyak membantuku dari segi

bantuan dan sokongan terutamanya pada sahabat yang selalu berada di sisi di saat

aku begitu memerlukan seseorang, Nur Aimi Bt. Mohd Idrus.. pahatkanlah segala

kenangan suka duka kita di UTM ini dalam hatimu selamanya.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa kalian dan semoga kalian

semua mendapat rahmat serta dicucuri hidayah-Nya.

Terima kasih atas segalanya...

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya,

dapat sayamenyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Di sini,

saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima

kasih kepada Encik Juhazren Bin Junaidi selaku pensyarah pembimbing projek ini

kerana telah banyak mencurahkan ilmu yang tidak ternilai, idea yang bernas,

bimbingan serta nasihat yang berguna dan juga tidak jemu-jemu memberi tunjuk

ajar kepada saya sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan ini juga dititipkan buat semua pensyarah yang selama ini

memberi tunjuk ajar sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya

berada di bumi UTM yang bertuah ini. Juga kepada rakan-rakan seperjuangan,

khususnya sahabat-sahabat 4 SPT yang banyak membantu dan memberikan

kerjasama bagi menjayakan projek ini.

Akhir sekali, buat semua insan yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam proses menyempurnakan projek ini, jutaan terima kasih

atas segala bantuan yang diberikan.

vi

ABSTRAK

Sejajar dengan berkembangnya teknologi wireless di UTM, e-learning

semakin mudah digunakan dan boleh dicapai pada bila-bila masa. Sehubungan itu,

tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana pelajar UTM

menggunakan perkhidmatan wireless ini untuk melayari e-learning. Seramai 129

pelajar tahun empat yang mengikuti program SPT, SPK dan SPP, Fakulti Pendidikan

dijadikan responden kajian. Data diperolehi dengan menggunakan instrumen borang

soal selidik yang diedarkan kepada responden. Analisis statistik deskriptif

menggunakan peratus, kekerapan dan min dibuat dengan menggunakan perisian SPSS

11.5 for windows. Kebolehpercayaan kajian ini adalah 0.9444. Sehubungan itu, kajian

ini diharap dapat memberi maklumat kepada pihak yang berkaitan tentang sejauh

manakah pelajar UTM melayari e-learning dengan menggunakan perkhidmatan

wireless yang disediakan di sekitar kampus UTM.

vii

ABSTRACT

With the development of wireless technology internet in UTM, e-learning has

become an easy accessible website that can be accessed anytime, any place. In line

with that, the main purpose of this research is to study the useful of wireless

technology in accessing e-learning for UTM students. A number of 129 final year

students were taken as samples from different programs in Faculty of Education that

are SPT, SPK and SPP students. A set of questionnaire is used to collect the data and

was distributed to the respondents. Descriptive statistic analysis using frequency,

percentage and mean were calculated using Statistical Package for Social Science

(SPSS) for Windows 11.5 to analyze data. The reliability of this research is 0.9444.

Thus, this research was conducted with a hope to give relevant information to any

related bodies or organizations as to acknowledge how well UTM’s students use the

wireless internet to access e-learning.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SINGKATAN xiv

I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 7

ix

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 9

1.8 Penutup 12

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Sistem penyampaian berasaskan teknologi 14

2.2 Penggunaan internet dalam pendidikan 15

2.3 Perkembangan terkini dalam e-learning 17

2.4 Kelebihan menggunakan e-learning 19

2.5 Rangkaian wireless atau Wi-Fi serta piawaiannya. 21

2.6 Sistem komunikasi internet secara wireless 22

2.7 Aplikasi internet secara wireless 24

2.8 Cara untuk mendapatkan rangkaian wireless bagi

pengguna komputer di Malaysia. 26

2.9 Rumusan 28

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 29

3.1 Rekabentuk Kajian 29

3.2 Tempat Kajian 31

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.5 Kajian Rintis 35

x

3.6 Prosedur Kajian 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Jangkamasa Kajian 38

3.9 Penutup 38

IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 39

4.1 Maklumat Demografi Responden 40

4.1.1 Jantina 42

4.1.2 Umur 42

4.1.3 Program 42

4.1.4 Bangsa 43

4.1.5 Kolej 43

4.1.6 Pengguna e-learning 43

4.1.7 Pemilik komputer riba 44

4.1.8 Pengguna wireless 44

4.2 Analisis Deskriptif 44

4.2.1 Adakah pelajar menggunakan

perkhidmatan wireless di sekitar

kampus UTM untuk melayari e-

learning? 45

4.2.2 Di manakah tempat-tempat yang sering digunakan

oleh pelajar untuk melayari e-learning? 47

4.2.3 Sejauh manakah pelajar menggunakan perkhidmatan

wireless di sekitar kampus UTM untuk melayari

e-learning? 49

4.3 Kesimpulan Analisis Deskriptif 52

4.4 Penutup 53

xi

V ULASAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 54

5.1 Perbincangan Hasil Kajian 55

5.1.1 Maklumat Demografi Responden 55

5.1.2 Persoalan 1 56

5.1.3 Persoalan 2 57

5.1.4 Persoalan 3 59

5.2 Rumusan 62

5.3 Cadangan Penyelidik 63

5.3.1 Cadangan 1 63

5.3.2 Cadangan 2 64

5.3.3 Cadangan 3 65

5.3.4 Cadangan 4 66

5.4 Cadangan Lanjutan 66

5.5 Penutup 68

BIBLIOGRAFI 69 LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan pelajar tahun akhir program 32

SPT, SPK dan SPP

3.2 Item-item soalan yang akan diberikan 33

kepada responden

3.3 Taburan kandungan soal selidik dalam 34

Bahagian B

3.4 Pengkelasan nilai min yang digunakan 37

3.5 Pengkelasan Skala Likert 5 peringkat

kepada 3 peringkat 38

4.1 Taburan Responden Mengikut Maklumat 41

Diri Responden

4.2 Pengkelasan nilai min yang digunakan 44

4.3 Taburan Responden Bagi Persoalan 1 45

4.4 Taburan Responden Bagi Persoalan 2 47

xiii

4.5 Taburan Responden Bagi Persoalan 3 49

4.6 Analisis bagi item 12 dan 13 50

4.7 Analisis bagi item 14 dan 15 50

xiv

SENARAI LAMPIRAN

BIL PERKARA

A Borang soal selidik

SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

CICT - Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ICT - Information and Communication Technology

RMK – 9 - Rancangan Malaysia ke-9

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Berikutan penggunaan internet secara meluas pada awal 1990-an, telah banyak

manfaat yang diperoleh pengguna komputer khususnya melalui penggunaan

internet. Antaranya ialah mail elektronik atau e-mail iaitu cara untuk menghantar

dan menerima mesej kepada dan dari komputer (Rozinah, 2000), pencarian

maklumat serta pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer seperti e-

learning. Menurut Rosenberg (2001), industri e-learning adalah sangat meluas.

Menurutnya lagi, Florida’s Nova University (sekarang dikenali sebagai Nova

Southeastern University) merupakan satu-satunya perintis dalam pembelajaran jarak

jauh pada tahun 1970-an.

2

Melalui e-learning, komunikasi yang dijalankan secara maya antara pengajar

dan pelajar membolehkan pelajar tersebut membina sendiri pengetahuannya melalui

aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Kaedah ini berpusatkan pelajar iaitu pengajar

hanya berperanan untuk membina suatu persekitaran pengajaran dan pembelajaran

melalui aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran pelajar bagi mencapai objektif-

objektif pengajaran. E-learning membenarkan komunikasi antara pengajar dan

pelajar dijalankan secara perseorangan atau beramai-ramai melalui ruangan e-mail,

chat room, serta forum.

Pengunaan jaringan internet yang semakin meluas di dunia telah mendorong

pengguna untuk menerokai bidang wireless yang merupakan salah satu kecanggihan

teknologi yang popular pada masa kini. Wireless ataupun jaringan tanpa wayar

membolehkan pengguna melayari internet di mana-mana kawasan terbuka seperti di

kafeteria, lapangan terbang, hotel dan sebagainya pada bila-bila masa.

Salah satu jenis wireless internet ialah WiFi. WiFi adalah singkatan kepada

Wireless Fidelity iaitu rangkaian jaringan tanpa wayar yang menggunakan piawaian

wireless local area network (WLAN) untuk mengakses internet. WLAN

menyediakan capaian internet menerusi titik capaian yang meliputi sebuah kawasan

geografi yang kecil atau lebih dikenali sebagai “hotspots”.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Malaysia

telah lama dipraktikkan tidak kira sama ada di sekolah rendah, menengah ataupun di

universiti. Dari segi infrastrukturnya pula, makmal komputer didirikan, perkakasan

dan perisian dibekalkan dan perkakasan tambahan merupakan komputer riba dan

projektor LCD dibekalkan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains

dan Matematik. (Ismail, 2004).

Hal ini adalah kerana masyarakat mulai sedar bahawa negara kita perlu

melahirkan tenaga kerja yang mahir yang berilmu pengetahuan, mempunyai daya

pemikiran yang kreatif dan kritis, berdaya saing dan celik komputer agar dapat

bersaing dengan negara-negara lain di dunia ini. Ini adalah sejajar dengan falsafah

pendidikan negara yang ingin melahirkan individu yang seimbang daripada segi

intelek, spiritual, emosi dan fizikal.

3

Dengan menggunakan komputer, pelajar terlibat secara aktif dalam proses

pembelajaran dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menarik dan berkesan. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga telah lama dilaksanakan. Penggunaan

komputer ini secara keseluruhannya meliputi pelaksanaan tugasan-tugasan yang

diberikan oleh pensyarah, mencari bahan pembelajaran dan maklumat-maklumat

yang diperlukan serta melayari e-learning yang juga merupakan salah satu kaedah

pembelajaran di UTM sejak tahun 2004. (Buletin P&P UTM Edisi Mac 2006).

Semenjak e-learning mula diperkenal serta digunakan secara meluas di UTM,

kebanyakan pensyarah mula menggalakkan pelajarnya bergiat secara aktif

menggunakan kaedah pembelajaran ini. Hal ini kerana, melalui e-learning,

pensyarah dan pelajar dapat berkomunikasi dengan mudah dan cepat melalui

ruangan perbincangan atas talian, forum serta e-mail. Selain itu, pensyarah boleh

memasukkan bahan-bahan pengajarannya, nota kuliah serta menyediakan aktiviti-

aktiviti untuk pelajarnya secara atas talian. Pembelajaran melalui e-learning secara

tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut dan

proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya akan tertumpu di kelas semata-

mata.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Buletin P&P UTM Edisi Mac 2006, Moodle merupakan perisian

sistem pengurusan e-pembelajaran (e-learning) yang digunakan secara rasmi di

UTM sejak tahun 2004. Sistem yang boleh dicapai di alamat

http://elearning.utm.my ini menawarkan pelbagai kemudahan yang membolehkan

proses pengajaran dan pembelajaran menerusi web bukan sahaja menjadi lebih

menarik dan interaktif tetapi juga lebih berkesan.

Penggunaan e-learning di kalangan pensyarah dan pelajar UTM kini semakin

meluas. E-learning telah menjadi salah satu komponen yang penting dalam setiap

mata pelajaran yang didaftarkan oleh pelajar UTM. Tidak kurang juga ada

pensyarah yang mewajibkan penglibatan pelajar dalam e-learning dan markah akan

diambil bagi setiap penyertaan pelajar dalam setiap aktiviti. Antara aktiviti yang

sering dijalankan melalui e-learning adalah kuiz secara atas talian, ujian atas talian,

komunikasi melalui ruangan chat, forum, penghantaran tugasan melalui e-learning

dan sebagainya. Dengan kemudahan ini, komunikasi antara pelajar dengan pelajar

lebih mudah dan cepat.

Selain itu, setiap pensyarah juga dimestikan untuk menggunakan e-learning

sebagai medium dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Biasanya, pensyarah

akan masukkan setiap nota kuliah ke dalam e-learning dan pelajar boleh memuat

turun nota kuliah tersebut untuk dibaca dan disimpan sebagai nota masing-masing.

Terdapat juga, pertandingan e-learning yang aktif di kalangan pensyarah. Dalam

pertandingan ini, setiap pensyarah terlibat dan penilaian dimbil kira berdasarkan

penglibatan secara aktif pensyarah tersebut. Oleh itu, setiap pensyarah akan

berusaha mengoptimumkan penggunaan e-learning dalam pengajaran mereka dan

seterusnya menggalakkan pelajarnya untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang

disediakannya. Pensyarah yang diiktiraf paling aktif akan menerima anugerah

daripada pihak universiti.

5

Menurut Buletin UTM Centre for Teaching and Learning, UTM muncul

sebagai universiti pertama di negara ini menerima pakai dasar akses terbuka bagi

setiap penghasilan bahan ilmiah warga kampusnya. Dikenali sebagai UTM

Institutional Repository (UTM-IR) iaitu portal yang menyimpan bahan ilmiah,

jurnal elektronik atas talian dan e-pembelajaran terbuka. Pada masa ini, UTM-IR

mengandungi tiga sistem akses terbuka iaitu Open e-Journal (yang diuruskan oleh

fakulti), Open e-Learning (dikendalikan oleh CTL dan CICT) dan UTM-IR (yang

diuruskan oleh Perpustakaan Sultanah Zanariah). Akses terbuka bermaksud capaian

teks penuh bahan terbitan ilmiah yang dihasilkan warga kampus UTM tanpa sekatan

melalui Internet dan boleh digunakan sebagai rujukan, kerja-kerja penyelidikan dan

inovasi.

Universiti Teknologi Malaysia sedang berusaha untuk menjadikan universiti

ini 100% wireless. Hal ini bermaksud, pihak UTM sedang giat melaksanakan suatu

usaha menaikkan taraf penggunaan rangkaian jaringan tanpa wayar ini di setiap

kawasan di dalam UTM. Menurut Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi

(CICT) UTM (2007), fasa pertama penyediaan perkhidmatan Wireless Internet

UTM atau lebih dikenali sebagai WiFiUTM ini telah bermula sejak bulan Disember

tahun 2006.

Lokasi-lokasi utama pemasangan wireless terdapat di fakulti-fakulti, sekitar

pejabat setiap kolej iaitu di foyer, arked, bilik rehat dan bilik seminar. Kawasan-

kawasan yang menerima signal UTM Wireless akan diletakkan tanda WiFiUTM.

Oleh itu, pelajar boleh mengakses internet di kawasan tersebut pada bila-bila masa

tanpa perlu pergi ke pusat komputer atau kafe siber.

Fasa pertama projek penyediaan perkhidmatan wireless telah dilaksanakan

sepenuhnya pada bulan Mac tahun 2007. Setiap pelajar perlu menggunakan ACID

(Academic Computing ID) untuk mengakses perkhidmatan tersebut. Di bawah

Rancangan Malaysia ke-9, pihak universiti akan meluaskan rangkaian wireless

internet secara berperingkat bagi memastikan usaha untuk menjadikan seluruh

kawasan UTM 100% wireless akan tercapai.

6

Kemudahan wireless di sekitar kampus UTM memudahkan pelajar mengakses

internet pada bila-bila masa asalkan berada di dalam kawasan lingkungan yang

menerima signal wireless internet. Walau bagaimanapun, umum mengetahui

bahawa melalui internet, kita boleh mencari banyak maklumat di samping

menggunakan internet untuk tujuan lain seperti e-mail, blog, friendster dan lain-lain.

Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah pelajar

menggunakan perkhidmatan e-learning secara wireless di sekitar kampus UTM.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan internet khususnya secara wireless (talian tanpa wayar) boleh

digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk mengakses perkhidmatan

e-learning, e-mail, blog, friendster serta mencari maklumat melalui google search

dan lain-lain lagi. Oleh itu, selari dengan pelaksanaan UTM sebagai kawasan yang

menggunakan 100% wireless, kajian ini adalah untuk bertujuan untuk melihat

sejauh mana pelajar UTM menggunakan perkhidmatan wireless ini untuk melayari

e-learning.

7

1.4 Objektif Kajian

Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti tujuan pelajar menggunakan perkhidmatan wireless di

sekitar kampus UTM.

ii. Mengenal pasti tempat-tempat yang sering digunakan oleh pelajar untuk

melayari e-learning.

iii. Mengenal pasti sejauh mana pelajar menggunakan perkhidmatan wireless

di sekitar kampus UTM untuk melayari e-learning.

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat tiga persoalan kajian yang dapat dibentuk melalui objektif kajian ini:

i. Adakah pelajar menggunakan perkhidmatan wireless di sekitar kampus

UTM untuk melayari e-learning?

ii. Di manakah tempat-tempat yang sering digunakan oleh pelajar untuk

melayari e-learning?

iii. Sejauh manakah pelajar menggunakan perkhidmatan wireless di sekitar

kampus UTM untuk melayari e-learning?