KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM DI BATU PAHAT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengurusan kubur islam

Citation preview

  • UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

    PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

    KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM DI BATU PAHAT

    SESI PENGAJIAN : 2013/2014

    Saya SUHAILAH BINTI SUGIMAN mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ()

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    ALAMAT TETAP: PUAN NORJARIAH BINTI ARIF

    NO. 5 KG. PT. KERAJAAN, 86400 PT. RAJA, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh: ________________ Tarikh: __________________

    CATATAN:

    ** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, Sila Lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

  • KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM DI BATU

    PAHAT

    SUHAILAH BINTI SUGIMAN

    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah Dengan Kepujian

    Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    JANUARI 2014

    Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

    tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

  • Pelajar : ............................................................

    SUHAILAH BINTI SUGIMAN

    Tarikh : ............................................................

    Penyelia : ..........................................................

    PN. NORJARIAH BINTI ARIF

  • DEDIKASI

    Ucapan teristimewa buat ibu dan ayah tercinta

    Pn. Jamilah Binti Haron & En. sugiman Bin Ngadino

    Juga buat Sulastri, Budi Suffian, Hilman Safwan, Suliyana, Sukasih & Su Mahirah

    Terima kasih di atas segala pengorbanan, bantuan, doa dan sokongan yang tidak pernah henti

    Tidak lupa buat penyelia yang dihormati,

    Pn. Norjariah Binti Arif

    Di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan

    Ingatan tulus ikhlas buat sahabat-sahabat BPD 2010/2014 yang telah melalui susah senang bersama sepanjang tempoh pengajian

    Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan buat pegawai-pegawai serta individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak sepanjang penyelidikan ini

    dijalankan

    Di atas dahan burung tempua,

    Melihat rusa tepi perigi,

    Salam perpisahan untuk semua,

    Lain masa bersua lagi

  • PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, syukur di atas limpah kurniaNya yang memberikan nikmat

    dan memudahkan segala urusan saya sepanjang proses menjalankan penyelidikan ini.

    Terima kasih juga ditujukan khusus buat kedua ibu bapa saya iaitu Pn.Jamilah Binti

    Haron dan En. Sugiman Bin Ngadino di atas segala sokongan, dorongan,

    pengorbanan serta segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Setinggi-tinggi

    penghargaan juga ditujukan buat penyelia saya, Puan Norjariah Binti Arif yang

    sentiasa membantu, memberi tunjuk ajar, nasihat dan dorongan kepada saya.

    Penghargaan juga diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat iaitu pegawai-

    pegawai agama dan pembantu am pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di atas kerjasama,

    bantuan dan pendapat yang diberikan sepanjang temubual yang dijalankan. Akhir

    sekali , terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat, khususnya saudari Puteri

    Razaima, Nurlida, Zakiah, Wan Eamy Amierah dan Nurizyani Farhana di atas

    bantuan dan sokongan serta individu-individu yang terlibat secara langsung atau pun

    tidak dalam perjalanan menyempurnakan penyelidikan ini.

    Akhir kata, saya berharap agar projek sarjana muda ini mampu untuk

    memberikan sedikit perkongsian maklumat kepada pembaca. Semoga Allah

    memberkati kalian dan kita semua.

    Sekian, terima kasih.

  • ABSTRAK

    Abstrak : Pengurusan tanah perkuburan terletak di bawah Jabatan Agama Islam

    Johor (JAIJ). Ini adalah kerana pentadbiran agama terletak di bawah bidang kuasa

    negeri. Tiada peruntukan khas untuk menjaga tanah perkuburan kecuali tanah

    perkuburan yang melibatkan orang-orang kenamaan atau keluarga diraja.

    Pembersihan kubur terletak atas inisiatif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

    Kampung (JKKK) dan juga pemimpin masyarakat sekitar atau jawatankuasa masjid

    yang berhampiran. Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, setiap Pihak

    Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menyediakan pelan pembangunan bagi mengawal

    guna tanah dan pembangunan kawasannya. Perancangan mengenai tanah perkuburan

    adalah termasuk dalam pembangunan sesebuah kawasan kerana tanah perkuburan

    merupakan satu keperluan yang sangat penting. Kajian ini bertujuan untuk mengenal

    pasti sistem pengurusan dan permasalahan yang terdapat di tanah perkuburan Islam

    Batu Pahat. Dalam kajian ini, metodologi yang digunakan untuk pengumpulan data

    primer iaitu melalui kaedah temu bual semi berstruktur dan pemerhatian. Manakala,

    data sekunder pula diperoleh melalui dokumen dan laporan yang diperoleh daripada

    responden selain daripada penggunaan sumber rujukan bahan bacaan berkaitan dan

    laman web yang memaparkan maklumat terkini. Kajian ini telah menunjukkan

    bahawa sistem pengurusan tanah perkuburan di Batu Pahat dilaksanakan dengan

    membahagikan pengurusan perkuburan kepada dua bahagian iaitu tanah perkuburan

    kerajaan dan tanah perkuburan kariah. Terdapat juga permasalahan yang dihadapi

    pihak pengurusan tanah perkuburan khususnya tanah perkuburan kariah yang dapat

    dilihat kerana jumlah kubur yang banyak dan tiada perbadanan khusus yang menjaga

    kepentingan pengurusan tanah perkuburan kariah ini. Cadangan dan pandangan

    untuk penambahbaikan telah diambil kira untuk kegunaan pada masa akan datang.

  • ABSTRACT

    Management cemetery is under the Johor Islamic Religious Department (JAIJ)

    management. This is because religion is under the compliance and administrative

    jurisdiction of the state. There are no special provisions to protect the cemetery

    cemetery except those involving VIPs or the royal family. Graves maintenance

    initiatives is depend by Development and Security Committee (JKKK ) as well as

    community leaders around the mosque committee. According to the Town and

    Country Planning Act , 1976, every Local Authority ( LA ) should prepare

    development plans for land use and development control area. Planning the cemetery

    include the revitalization of the area as a very important requirement. This study

    aims to identify the management system and the problems within a Muslim cemetery

    in Batu Pahat. In this study , the methodology used for the collection of primary data

    is through semi-structured interviews and observations. Meanwhile, secondary data

    was obtained through documents and reports obtained from respondents other than

    the use of relevant literature references and websites featuring the latest information .

    This study has shown that the cemetry management systems in Batu Pahat divided

    into two parts, a government cemetery and parish cemetery . There are many

    problems in the management of cemeteries, especially Parish Cemetery. This is due

    to the no specific body appointed to be responsible for the cemetry management.

    Comments and suggestions for improvement were noted for future reference.

  • KANDUNGAN

    JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI RAJAH xii

    SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xiii

    SENARAI LAMPIRAN xviii

    BAB 1 PENGENALAN 1

    1.0 Pendahuluan 1

    1.1 Latar belakang kajian 2

    1.2 Penyataan masalah 3

    1.3 Persoalan kajian 4

    1.4 Objektif kajian 4

    1.5 Skop kajian 4

    1.6 Kepentingan kajian 5

    1.7 Metodologi kajian 6

    1.8 Jangkaan hasil kajian 7

  • BAB 2 SOROTAN LITERATUR 9

    2.0 Pengenalan 9

    2.1 Definisi 9

    2.2 Sejarah kewujudan kubur 10

    2.3 Jenis-jenis kubur 10

    2.4 Profil Daerah Batu Pahat 11

    2.5 Asas tanah perkuburan Islam 14

    2.5.1 Bentuk kubur 14

    2.5.2 Perancangan tapak 15

    2.5.2.1 Perletakan 15

    2.5.2.2 Topografi dan struktur tanah 15

    2.5.2.3 Kesihatan umum 16

    2.5.2.4 Zon penampan 16

    2.5.2.5 Keperluan tanah 16

    2.6 Tanah kubur sebagai harta wakaf umat Islam 17

    2.7 Prinsip-prinsip perancangan tanah perkuburan Islam 17

    2.7.1 Tepat dan saksama 17

    2.7.2 Kemudahsampaian 17

    2.7.3 Sistematik 18

    2.7.4 Keselamatan 18

    2.7.5 Bersih dan indah 18

    2.7.6 Pematuhan dasar dan perundangan 18

    2.8 Garis panduan khusus 19

    2.9 Alternatif perkuburan bagi kawasan kekurangan tanah 20

    2.9.1 Perkuburan Islam bertingkat 20

    2.9.2 Cara penyediaan kubur bertingkat 20

  • 2.9.3 Garis panduan kerja-kerja penambakan 21

    2.9.4 Penggunaan semula tanah perkuburan 22

    2.10 Fatwa berkenaan

    2.10.1 Hukum penamaan pokok buah-buahan di tanah 24 perkuburan

    2.10.2 Hukum menggunakan semula tanah perkuburan 24

    2.11 Pihak yang terlibat 23

    2.12 Pengurusan tanah Perkuburan Islam 23

    2.12.1 Raudhatul Sakinah (Malaysia) 23

    2.12.2 Perkuburan Islam di Singapura 24

    2.12.3 Ash Sharaya (Arab Saudi) 25

    2.12.4 Al-Azhar Memorial Garden (Indonesia) 25

    2.13 Kesimpulan 26

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 27

    3.0 Pengenalan 27

    3.1 Metodologi kajian 27

    3.2 Pengoperasian konsep 28

    3.3 Mengenal pasti masalah 29

    3.4 Reka bentuk kajian 29

    3.4.1 Membentuk persoalan, objektif dan skop kajian 30

    3.4.2 Pengumpulan data dan maklumat 30

    3.4.2.1 Data primer 31

    3.4.2.2 Data sekunder 32

    3.4.3 Analisis data 32

  • 3.5 Skop kajian 36

    3.6 Responden kajian 36

    3.7 Instrumen kajian 36

    3.8 Cadangan 37

    BAB 4 ANALISIS DATA 38

    4.0 Pengenalan 38

    4.1 Latar belakang responden 38

    4.2 Pihak bertanggungjawab 40

    4.2.1 Peranan Jabatan Agama Daerah Batu Pahat 40

    4.3 Analisis data 42

    4.3.1 Persoalan kajian 1 42

    4.3.1.1 Panduan asas pengurusan tanah perkuburan 42

    4.3.1.2 Pengurusan tanah perkuburan di Batu Pahat 47

    4.3.1.3 Peruntukan 47

    4.3.1.4 Sistem rekod kubur 48

    4.3.1.5 Pengurusan kubur kariah 48

    4.4.2 Persoalan kajian 2 50

    4.4.2.1 Permasalahan 50

    4.4.2.2 Isu kekurangan tanah perkuburan 55

    4.4.2.3 Kekangan yang dihadapi 56

    4.4.2.5 Kesimpulan 57

  • BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 58

    5.0 Pengenalan 58

    5.1 Ulasan persoalan kajian 58

    5.2 Ulasan objektif kajian 59

    5.3 Ulasan metodologi kajian 60

    5.4 Limitasi kajian 60

    5.5 Cadangan dan pandangan responden 62

    5.5.1 Penambahbaikan berdasarkan Tanah Perkuburan 62

    Jalan Bakri, Muar

    5.5.2 Analisis cadangan penambahbaikan 65

    5.6 Cadangan am 66

    5.7 Kesimpulan 67

    Rujukan 68

    Lampiran A 71

    Lampiran B 76

    Vita 87

  • SENARAI JADUAL

    2.0 Keluasan tanah setiap mukim di Batu Pahat 12

    2.1 Populasi penduduk mengikut peringkat umur di Batu Pahat 13

    4.0 Latar belakang responden 39

    4.1 Panduan jawapan persoalan kajian 1 42

    4.2 Kadar ukuran kubur 45

    4.3 Jarak antara kubur 45

    4.4 Kadar ukuran kepuk dan nisan 45

    4.5 Jumlah dan keluasan kubur kariah 49

    4.6 Panduan jawapan persoalan kajian 2 50

    4.7 Aspek kebersihan di tanah perkuburan sekitar kawasan Batu Pahat 51

    4.8 Aspek penggunaan ruang di tanah perkuburan sekitar kawasan Batu Pahat 52

    4.9 Rekod pengebumian di tanah perkuburan Banang, Batu Pahat 53

    4.10 Aspek penggunaan kepuk di sekitar perkuburan Batu Pahat 54

    4.11 Aspek susunan plot kubur di sekitar perkuburan Batu Pahat 55

    5.0 Aspek susunan plot kubur di tanah perkuburan Jalan Bakri, Muar 62

    5.1 Aspek kaedah penggalian di tanah perkuburan Jalan Bakri, Muar 63

    5.2 Aspek penggunaan batu peket di tanah perkuburan Jalan Bakri, Muar 63

    5.3 Aspek kemudahan penziarah di tanah perkuburan Jalan Bakri, Muar 64

    5.4 Aspek kebersihan di tanah perkuburan Jalan Bakri, Muar 64

  • SENARAI RAJAH

    1.0 Metodologi kajian 6

    3.0 Carta alir kajian 35

    4.0 Carta Organisasi Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat 41

    4.1 Carta aliran pengebumian di tanah perkuburan kerajaan 43

    2.4 Carta aliran pengebumian di tanah perkuburan kariah 44

  • SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

    JAIJ Jabatan Agama Islam negeri Johor

    JPBD Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

    MAIJ Majlis Agama Islam Johor

    PBT Pihak Berkuasa Tempatan

  • 1

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan Isu tanah kubur menjadi perbincangan sepanjang zaman, khasnya di

    kawasan yang padat dengan penduduk seperti di bandar-bandar besar. Kita

    perhatikan Islam banyak membicarakan perkara tentang kubur, misalnya

    bagaimana kubur dikorek dan mayat disemadikan. Islam mempunyai

    peraturan mengenai urusan pengebumian yang terhormat.

    Tanah perkuburan adalah salah satu keperluan yang sangat penting. Di

    bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, setiap Pihak Berkuasa

    Tempatan (PBT) perlu menyediakan pelan pembangunan (pelan struktur

    dan pelan tempatan) bagi mengawal guna tanah dan pembangunan

    kawasannya. Ini bermaksud setiap pelan pembangunan perlu sentiasa

    dikemaskini. Oleh itu, perancangan mengenai tanah perkuburan di sesebuah

    kawasan petempatan perlu dirancang dengan baik.

    Isu tanah perkuburan yang tidak diurus dengan baik akibat tiada

    perancangan yang terperinci sering timbul apabila memajukan sesebuah

    kawasan perumahan. Masalah ini menjadi lebih kritikal khususnya di

    kawasan kepadatan yang tinggi (bandar) kerana berlakunya masalah

    kekurangan tanah. Disebabkan penawaran tanah yang terhad, maka

    penggunaan ruang di tanah perkuburan perlu dirancang dengan sebaiknya.

    Justeru, pengurusan serta penyelenggaraan yang mapan sangat penting bagi

  • 2

    memastikan ruang tanah perkuburan tersebut dapat digunakan secara

    optimum

    1.1 Latar belakang kajian

    Kubur merupakan tempat menanam jenazah, atau lubang (liang) di tanah

    tempat menanam jenazah (Kamus Dewan, 2005) atau transit seseorang

    Islam ditanam sebelum ia dibangkitkan semula di alam akhirat. Perkuburan

    ialah tanah lapang atau kawasan tempat menanam jenazah orang yang telah

    meninggal dunia (Mohsin U., 2010). Sejak dahulu sehingga sekarang

    kebanyakan tanah perkuburan yang ada di negara ini kurang

    penyelenggaraan dan penjagaan rapi sama ada daripada penjaga kubur

    lebih-lebih lagi daripada ahli waris yang berkenaan. Implikasinya banyak

    kubur yang berlubang, mendap, retak dan seumpamanya.

    Keperluan tanah perkuburan adalah satu kemudahan asas yang sangat

    penting. Urusan perihal kematian ini merupakan fardu kifayah. Fardhu

    Kifayah pula bermaksud perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian

    anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat Islam. Jika diabaikan

    atau tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa.

    Penyelengaraan dan pengendalian tanah kubur lazimnya dikawal selia oleh

    pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa (Anuar S., komunikasi peribadi,

    April 25, 2013). Ahli jawatankuasa sesebuah masjid perlu memikirkan

    langkah-langkah atau perancangan yang efisien dalam memastikan kawasan

    tanah kubur lebih terpelihara.

    Masalah ini menjadi lebih runcing di kawasan bandar kerana kekurangan

    tanah (Hadi K., 2010). Faktor sosial seperti adat resam penduduk bandar

    yang berbilang kaum juga perlu diberi perhatian dalam merancang tanah

    perkuburan bagi memastikan keharmonian sejagat. Isu tanah perkuburan

    seolah-olah telah dipinggirkan sebagai agenda mesyuarat, bengkel, seminar

    atau sebagainya oleh agensi-agensi agama (Jabatan Agama Islam Selangor).

  • 3

    1.2 Penyataan masalah

    Tanah kubur merupakan satu keperluan dalam perancangan pembangunan

    sesebuah kawasan. Namun begitu, pada zaman ini terdapat pembangunan

    kawasan perumahan yang kurang peka terhadap kepentingan tanah kubur

    ini. Akibatnya, penduduk kawasan berkenaan menghadapi masalah dalam

    menguruskan kematian kelak. Terdapat juga aduan dari orang awam

    terhadap Jabatan Agama Islam Johor supaya dapat mengenal pasti tanah

    rizab baru yang boleh dijadikan kawasan tanah perkuburan akibat daripada

    ruang yang sedia ada sudah penuh (Hadi K, 2010).

    Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan di Malaysia sebanyak dua

    peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010 (Berita Harian Online, 2013).

    Peningkatan populasi penduduk menunjukkan terdapat potensi di mana

    negara kita akan kekurangan ruang untuk dijadikan kawasan tanah

    perkuburan sekiranya ruang yang sedia ada tidak diselenggara dan tidak

    digunakan secara optimum.

    Susun atur plot kubur di kawasan perkuburan adalah tidak sistematik. Ruang

    sempit di antara kubur menjadikan ia sukar bagi pengunjung untuk berjalan

    melalui dan mungkin tersesat dalam mencari jalan di sekitar kawasan tanah

    perkuburan tersebut. Selain itu, di kawasan tersebut tidak menggunakan

    sistem tertentu seperti blok atau pembahagian jalan, untuk menjadi pandu

    arah kepada pengunjung (Afla M., Reza M., 2012)

    Terdapat hukum keseimbangan antara permintaan, penawaran dan harga

    yang dipraktikkan dalam konteks ekonomi. Tanah adalah sumber yang

    terhad dan tidak boleh diperbaharui. Oleh sebab itu, penawaran yang terhad

    terhadap kadar permintaan yang tinggi menyebabkan harga tanah turut

    meningkat. Hal ini mengakibatkan luas tanah wakaf yang diperuntukkan

    akan berkurangan dari semasa ke semasa. Kebimbangan timbul kerana

    tanah kubur termasuk dalam kategori jenis wakaf tanah am dan khas (Majlis

    Agama Islam Negeri Johor).

    Keadaan kawasan perkuburan yang tidak terurus dan dipenuhi semak boleh

    menimbulkan keadaan suram dan tidak menarik terutamanya kepada

    penduduk setempat (Desa A. I., 2011). Seterusnya perasaan tidak ambil

    peduli komuniti setempat serta boleh menggalakkan timbulnya pelbagai

  • 4

    aktiviti kurang sihat seperti penyalahgunaan kawasan perkuburan untuk

    aktiviti terlarang seperti pemujaan, aktiviti khurafat dan juga dan juga

    vandalisme (Utusan Malaysia Online, 2010).

    Pengurusan yang tidak terancang dan pemilihan kawasan perkuburan yang

    kurang sesuai boleh mengakibatkan pemindahan kawasan perkuburan

    seperti yang dapat dilihat di Pengerang, Johor. Terdapat kubur-kubur telah

    digali semula tanpa pengetahuan waris berikutan projek Refinery and

    Petrochemical Integrated Development (RAPID) yang diterajui oleh

    Malaysia Petroleum Resources Corporation (mprc). Pemindahan yang tidak

    dilakukan secara baik ini menyebabkan kebanyakan konkrit yang digunakan

    untuk plot kubur itu rosak akibat kecuaian kontraktor yang melakukan

    kerja-kerja pemindahan (Samad Z. A., 2012).

    Oleh yang demikian berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, kajian ini

    dilaksanakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian.

    1.3 Persoalan kajian

    1.3.1 Bagaimanakah pengurusan yang dipraktiskan di tanah

    perkuburan Islam kawasan Batu Pahat?

    1.3.2 Apakah permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan tanah

    perkuburan Islam di Batu Pahat?

    1.4 Objektif kajian 1.4.1 Mengenalpasti amalan pengurusan tanah perkuburan Islam di Batu

    Pahat.

    1.4.2 Mengenalpasti permasalahan yang terdapat dalam pengurusan tanah

    perkuburan Islam di Batu Pahat.

    1.5 Skop kajian

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan terbaik yang boleh

    dilakukan untuk mengurus kawasan tanah kubur di kawasan Batu Pahat.

    Kajian ini akan melibatkan Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat, Jalan

    Bakau Condong, 83000 Batu Pahat.

  • 5

    Kajian yang dilakukan adalah mengikut panduan yang ditetapkan oleh

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa juga Kanun Tanah Negara.

    Keperluan tanah kubur Islam dan fatwa-fatwa yang telah ditetapkan juga

    akan diambil kira dalam kajian yang akan dijalankan

    1.6 Kepentingan kajian 1.6.1 Penyelidik

    Melalui kajian ini, banyak ilmu baru yang boleh diperoleh. Disamping dapat

    menambah ilmu dalam diri, ianya juga mampu menjadikan diri penyelidik

    lebih yakin menghadapi kehidupan mendatang hasil pengalaman yang

    diperoleh yang banyak membantu terutamanya dalam membina

    interpersonal diri.

    1.6.2 Orang awam

    Kajian ini dapat membantu masyarakat untuk mengubah persepsi terhadap

    tanah perkuburan yang sering dikaitkan dengan suasana seram dan kegiatan

    tidak bermoral. Selain itu, ianya juga dapat mempermudah urusan

    masyarakat yang bertanggungjawab dalam mengurus perihal kematian dan

    dapat menjadikan laluan pengunjung yang datang berziarah ke kawasan

    perkuburan lebih baik.

    1.6.3 Kerajaan/Jabatan Agama Islam

    Pihak yang bertanggungjawab dapat mengenalpasti kaedah terbaik yang

    boleh digunakan dalam menguruskan tanah perkuburan dan seterusnya

    menambahbaik sistem pengurusan sedia ada. Seterusnya, hasil kajian ini

    sedikit sebanyak boleh membantu dalam menjadi panduan pengurusan tanah

    perkuburan pada masa hadapan.

    1.6.4 Ahli akademik

    Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada ahli ilmiah yang

    menjalankan kajian lanjutan topik yang berkaitan.

  • 6

    1.7 Metodologi kajian

    Fasa 1

    --------------------------------------------------------------------------------------------

    Fasa 2

    --------------------------------------------------------------------------------------------

    Fasa 3

    --------------------------------------------------------------------------------------------

    Fasa 4

    --------------------------------------------------------------------------------------------

    Fasa 5

    Rajah 1: Carta alir kajian

    Mengenalpasti isu permasalahan dan pemilihan tajuk

    Sorotan literatur

    Rumusan dan cadangan

    Penganalisisan data

    Data primer

    Data sekunder

    Pengumpulan data dan maklumat

    Skop kajian Objektif kajian Persoalan kajian

  • 7

    Kajian ini dihasilkan melalui lima peringkat kajian seperti dinyatakan di

    Rajah 1. Kajian bermula dengan peringkat isu permasalahan dan pemilihan

    tajuk, sorotan literatur, pengumpulan data dan maklumat, analisis kajian,

    dan peringkat akhir adalah peringkat rumusan dan cadangan. Isu yang dikaji

    yang telah mewujudkan permasalahan mengenai pengurusan tanah

    perkuburan Islam dan pengenalan isu ini seterusnya dibincangkan dengan

    lebih mendalam dalam sorotan literatur. Kemudian, pengumpulan data dan

    maklumat ditentukan berdasarkan persoalan kajian, objektif kajian dan skop

    kajian. Kajian dibuktikan lagi dengan pengumpulan maklumat yang

    diterima daripada hasil data sekunder dan data primer. Setelah segala data

    dikumpulkan, peringkat penganalisisan data dijalankan sebelum ke

    peringkat akhir. Selepas hasil kajian diperolehi daripada penganalisisan

    data, rumusan dan cadangan kajian menjadi penutup seterusnya sebagai

    kesimpulan terhadap kajian yang dijalankan ini.

    Kaedah penyelidikan yang digunakan pada mulanya adalah untuk

    menggambarkan proses dan hubungan yang wujud dalam kajian kes.

    Seterusnya kajian yang dilakukan adalah untuk meneroka masalah utama

    yang mempengaruhi kajian kes serta peluang-peluang dalam menangani

    masalah dengan mencari kaedah alternatif untuk amalan pengurusan tanah

    perkuburan Islam. Kemudian, kajian kes akan dibandingkan untuk

    mengenal pasti persamaan dan perbezaan di antara pengurusan tanah

    perkuburan Islam di kawasan Batu Pahat dengan pengurusan di kawasan-

    kawasan perkuburan Islam yang lain. Seterusnya, penyelesaian akan

    dicadangkan setelah melalui spekulasi mengenai beberapa data atau idea

    daripada penemuan dan pengumpulan maklumat. Aspek kelestarian tanah

    perkuburan bandar telah diambil kira dalam membuat cadangan.

    1.8 Jangkaan hasil kajian Hasil penemuan kajian diharapkan dapat membantu MAIJ untuk

    mengenalpasti amalan terbaik dalam menguruskan tanah perkuburan Islam

    dan membantu mengaplikasi amalan tersebut terhadap perancangan

    pembinaan kawasan perkuburan Islam yang baru disamping membaik pulih

    keadaan kawasan perkuburan yang sedia ada. Dengan bantuan yang

  • 8

    diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan, maka diharapkan kajian ini

    dapat menghasilkan cadangan yang baik untuk membantu MAIJ bergiat

    secara efisien dalam pembangunan tanah perkuburan Islam dan sekaligus

    dapat menjelaskan halangan sebenar pembangunan tanah perkuburan Islam

    yang terdapat di Batu Pahat.

  • 9

    BAB 2

    SOROTAN LITERATUR

    2.0 Pengenalan

    Sebelum ini, BAB 1 telah menjelaskan berkenaan dengan kajian yang akan

    dijalankan bagi memudahkan isu dan permasalahan yang timbul sehingga ianya perlu

    dikaji. Oleh itu, isu dan persoalan kajian akan dijelaskan dengan lebih mendalam di

    dalam BAB 2 ini. Perkara yang akan dijelaskan adalah pengenalan mengenai tanah

    perkuburan Islam dari segi definisi, pengurusannya, contoh-contoh amalan

    pengurusan tanah perkuburan Islam sedia ada, pihak-pihak yang terlibat, serta fatwa-

    fatwa berkaitan dengan isu pengurusan tanah perkuburan Islam itu sendiri. Sorotan

    literatur di definisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke

    atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah

    memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan (Chua,

    2006).

    2.1 Definisi

    Mengikut Kamus Dewan 2005 halaman 838, kubur ialah tempat menanam jenazah,

    atau lubang (liang) di tanah tempat menanam jenazah. Tanah perkuburan pula

    menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia bermaksud

    kawasan tempat mengebumikan orang-orang yang telah meninggal dunia dalam

    tanah. Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perkuburan Islam bermaksud

    tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yang telah meninggal

    dunia, pemakaman yang jenazahnya diusung ke kubur. Selain itu, menurut Ibid,

    Udah bin Mohsin dalam bukunya yang bertajuk Hukum hakam berkaitan tanah

    perkuburan, perkuburan telah ditakrif sebagai tanah lapang atau kawasan tempat

    menguburkan orang-orang yang telah meninggal dunia. Dari sudut bahasa

  • 10

    perkuburan Islam bermaksud suatu tempat atau kawasan yang telah dikhaskan untuk

    mengebumikan jenazah.

    Justeru, dapat ditakrifkan bahawa tanah perkuburan Islam merupakan satu kawasan

    atau tanah lapang yang digunakan untuk menanam atau menguburkan jenazah

    seorang muslim yang telah meninggal dunia dengan mengikut syarat dan spesifikasi

    yang telah ditetapkan syariat dan penetapan yang telah dilakukan oleh para mufti

    dalam majlis Fatwa mahupun daripada Jabatan Perancangan Bandar dan desa.

    2.2 Sejarah kewujudan kubur

    Dikisahkan apabila anak-anak Nabi Adam (manusia pertama di dunia), Qabil dan

    Habil telah memasuki alam remaja, akibat daripada perasaan iri dan hasad dengki

    maka telah berlaku tragedi pembunuhan.

    Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya. Ia tidak tahu apa

    yang harus dilakukannya terhadap tubuh saudaranya yang semakin lama semakin

    membusuk. Diletakkannya tubuh itu di dalam sebuah peti yang dipikulnya, Qabil

    mundar-mandir dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan

    hendak menyerbu jenazah Habil.

    Kebingungan Qabil tidak lama kerana suatu contoh yang diberikan oleh Allah S.W.T

    kepadanya bagaimana untuk menguruskan jenazah saudaranya itu. Allah S.W.T yang

    Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana menunjukkan kepada Qabil, bagaimana seekor

    burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak

    lain yang sudah mati ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali

    dengan tanah. Kisah ini menjadi titik tolak kepada umat Islam terhadap pengenalan

    kepada kewujudan kubur (Sham, F. M., 2005).

    2.3 Jenis-Jenis Kubur

    Menurut Ustaz Mohd Ismail Bin Mohd Hashim (2009), jenis tanah perkuburan Islam

    boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

    (i) Tanah perkuburan yang diwakafkan bagi tujuan Perkuburan orang Islam.

    Hukumnya tidak boleh digunakan bagi tujuan-tujuan lain selain daripada

    mengebumikan jenazah orang Islam sama ada telah hancur luluh tulang dan anggota-

    anggota mayat atau sebaliknya.

  • 11

    (ii) Tanah perkuburan yang dinamakan musabbalah iaitu tanah yang biasa

    digunakan untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut oleh penduduk-penduduk

    di kawasan itu, sekalipun tidak diketahui asal puncanya. Maka tanah tersebut tidak

    boleh digunakan selain untuk mengebumikan mayat orang Islam. Walau

    bagaimanapun menurut pengarang Hasyiyah at-Tuhfah, boleh digunakan tanah

    tersebut selain mengebumikan mayat jika tulang-tulang dan suku-suku anggota

    mayat yang dikubur di situ telah hancur luluh, dan tanah itu digunakan lagi untuk

    mengebumikan mayat oleh penduduk-penduduk di kawasan itu pada masa sekarang

    dan berazam tidak akan mengebumikan mayat di tanah itu pada masa akan datang.

    Di Malaysia tanah-tanah perkuburan orang-orang Islam disediakan oleh pihak

    kerajaan dikenali sebagai tanah wakaf. Tanah-tanah perkuburan seperti ini dipanggil

    tanah perkuburan awam atau disebut juga kubur musabbalah.

    (iii) Tanah mawat iaitu tanah yang bukan kebiasaannya digunakan untuk

    mengebumikan jenazah di tanah tersebut, tanah yang dimiliki oleh seseorang atau

    tanah yang dipinjam untuk mengebumikan jenazah di tempat tersebut (tanah khas

    milik persendirian). Apabila ditanam jenazah pada salah satu daripada tempat-tempat

    yang disebutkan itu, maka harus digali kubur itu apabila telah hancur luluh segala

    tulang dan suku-sukunya, serta harus digunakan semula tanah itu kerana tujuan-

    tujuan yang lain seperti bertani, dibuat jalan atau didirikan rumah, dalam makna yang

    lain tanah itu tidak lagi dinamakan tanah perkuburan.

    2.4 Profil Daerah Batu Pahat

    Keluasan Daerah Batu Pahat adalah 187,702 hektar. Ianya merupakan 9.88% dari

    keluasan Negeri Johor. Daerah Batu Pahat terdiri daripada 14 Mukim. Jumlah

    penduduk Daerah Batu Pahat pada tahun 2000 mencecah sehingga 336,509 orang.

    Pada tahun 2005 jumlah penduduk meningkat kepada 382,175 orang dan terus

    meningkat kepada 401,902 pada tahun 2010 dan dianggarkan terus meningkat

    kepada 412,469 orang pada tahun 2015. Seterusnya unjuran penduduk pada tahun

    2020 ialah seramai 466,106 orang.

  • 12

    Jadual 2.0: Keluasan tanah setiap mukim di Batu Pahat

    Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor

    Mukim Keluasan tanah

    Lubok 4,143.99 hektar

    Bagan 3,885.99 hektar

    Peserai 1,812 hektar

    Simpang Kanan 12,432.07 hektar

    Simpang Kiri 9,842.06 hektar

    Linau 10,101.06 hektar

    Tanjung Sembrong 34,447.21 hektar

    Sri Gading 19,166.12 hektar

    Minyak Beku 12,432.08 hektar

    Kampung Bahru 6,734.04 hektar

    Sungai Punggor 8,806.05 hektar

    Sungai Kluang 9,842.06 hektar

    Chaah Bahru 30,562.79 hektar

    Sri Medan 23,051.14 hektar

    Jumlah keluasan 187, 702 hektar

  • 13

    Jadual 2.1: Populasi penduduk mengikut kumpulan umur di Daerah Batu Pahat

    (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

    Guna tanah semasa tanah perkuburan (hektar) bagi perkuburan Islam sepertimana

    yang telah diperuntukkan pihak berkuasa ialah seluas 35.31 hektar. Jika dilihat,

    untuk kegunaan semasa tanah perkuburan Islam adalah mencukupi. Namun begitu,

    Mukim

    Kumpulan umur 40-49 50-59 60-69 70 +

    Batu Pahat 52,103 38,136 23,616 18,888 Bagan 1,012 843 578 577 Chaah Bahru 874 599 323 196 Kampong Bahru 1,419 1,120 881 1,010 Linau 2,508 1,733 989 917 Lubok 887 702 569 560 Minyak Beku 2,158 2,041 1,084 1,085 Peserai 1,151 988 525 518 Simpang Kanan 19,324 14,134 8,983 5,688 Simpang Kiri 3,836 2,232 1,369 942 Sri Gading 7,245 4,454 2,720 2,168 Sri Medan 2,845 2,108 1,296 1,184 Sungai Kluang 2,153 1,672 1,269 1,319 Sungai Punggor 1,260 1,158 884 724 Tanjung Sembrong 5,561 3,722 2,146 1,642

    Mukim Jumlah Kumpulan umur 0-9 10-19 20-29 30-39

    Batu Pahat 401,902 70,633 78,371 70,327 49,828 Bagan 7,591 1,241 1,524 1,061 755 Chaah Bahru 6,528 1,202 1,107 1,345 882 Kampong Bahru 11,997 2,158 2,355 1,710 1,344 Linau 19,658 3,388 3,900 3,406 2,817 Lubok 6,660 987 1,477 827 651 Minyak Beku 17,324 2,515 3,256 3,384 1,801 Peserai 9,527 1,689 1,795 1,616 1,245 Simpang Kanan 143,955 22,031 28,219 25,397 19,679 Simpang Kiri 24,416 5,072 5,338 4,168 3,095 Sri Gading 66,375 14,984 11,840 15,508 7,456 Sri Medan 23,275 4,422 4,890 3,835 1,695 Sungai Kluang 16,591 2,870 3,272 2,235 1,801 Sungai Punggor 10,417 1,895 2,082 1,334 1,086 Tanjung Sembrong 35,588 6,179 7,316 4,501 4,521

  • 14

    dikhuatiri tanah yang terhad sumbernya tidak mampu menampung keperluan

    pengebumian pada masa akan datang memandangkan populasi penduduk kian

    meningkat. Justeru, sistem amalan pengurusan tanah perkuburan Islam perlu

    dilakukan untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

    2.5 Asas tanah perkuburan dalam Islam

    Seperti yang telah disebut dalam kitab Matla al Badrain Wa Majma al Bahrain

    Karangan Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani di dalam bab jenazah,

    secara umum adalah wajib hukumnya mendalamkan kuburan untuk memelihara

    kubur dari bau yang kurang menyenangkan.

    Liang kubur sekurang-kurangnya hendaklah mempunyai

    i. Satu lubang yang dapat menegah daripada segala bau mayat dan lubang yang

    dapat mengelakkan daripada dibongkar oleh binatang buas

    ii. Kedalamannya kira-kira setinggi berdiri

    iii. Liang lahad adalah lebih baik dari liang belah (liang seperti parit) jika tanah

    yang digunakan kuat (tidak mudah runtuh)

    Cara penanaman mayat wajiblah dibaringkan jenazah pada lambungnya dan lebih

    baik sekiranya dibaringkan pada bahagian sebelah kanan. Tidak dibenarkan ditanam

    secara membelakangkan kiblat atau menelentang atau disembab mukanya ke bawah

    berpaling dari arah kiblat. Jika berlaku, maka wajib diperbetulkan kedudukan mayat

    selagi mayat itu belum berubah dari segi bau atau bentuk.

    2.5.1 Bentuk Kubur

    Permukaan kubur tersebut hendaklah ditambak dengan tanah setinggi

    sejengkal, tidak diratakan supaya dapat dikenalpasti dan bagi mengelak dari

    perkara yang boleh menghina jenazah dan tanah. Sebagaimana hadis yang

    direkodkan di dalam Sahih Bukhari :

    Bermaksud : daripada Sufyan al-Tammar bahawa dia pernah melihat kubur

    Nabi S.A.W dalam keadaan ditinggikan.

    Al-Imam al-Bayhaqi ada menyatakan di dalam bab kubur tidak boleh

    ditambah melebihi tanah yang digali agar tidak menjadi lebih tinggi

    bahawa maksud ditinggikan adalah merujuk kepada lebihan tanah yang

    digali sahaja. Lebihan tanah yang digali hasil daripada galian lubang

  • 15

    bertujuan untuk menanam jenazah sahaja yang dibenarkan untuk digunakan

    bagi meninggikan kubur. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti kedudukan

    kubur supaya dapat menghormati keadaan jenazah dan mudah untuk ahli

    keluarga datang berziarah. Tanah yang berlebihan tidak boleh digunakan

    untuk mengelakkan persaingan antara kubur mengikut saiz kubur dan tidak

    dapat berjimat dalam menggunakan ruang tanah kubur.

    2.5.2 Perancangan tapak

    2.5.2.1 Perletakan

    Tanah perkuburan baru tidak digalakkan diletak di dalam

    a) Kawasan kejiranan (perumahan) di kawasan bandar

    b) Kawasan perdagangan, pentadbiran atau pusat bandar yang kekurangan

    tanah

    c) Kawasan bekas lombong kerana tanah ini adalah jenis tanah yang mudah

    mendap dan mengandungi air

    Walaubagaimanapun, tanah perkuburan sedia ada di kawasan bandar boleh

    dikekalkan. Namun begitu, pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan

    kubur diselenggara dengan baik. Kawasan tanah perkuburan juga adalah

    sesuai ditempatkan di pinggir bandar atau di zon institusi. Selain itu,

    maksimum jarak antara tanah perkuburan dengan kediaman hendaklah tidak

    melebihi 45 minit masa perjalanan atau 45 km jarak perjalanan.

    2.5.2.2 Topografi dan struktur tanah

    Jenis tanah yang paling sesuai bagi tanah perkuburan ialah tanah terbuka

    jenis poros yang mempunyai laluan air dan udara yang mudah dari semua

    arah bagi membantu proses pereputan mayat. Perletakan tanah perkuburan

    hendaklah sekurang-kurangnya pada aras 2.0 meter (6.5 kaki) di atas paras

    banjir bagi setiap pusingan 100 tahun. Tanah perkuburan tidak sesuai

    diletakkan di kawasan yang mempunyai aras mata air yang tinggi. Aras air

    di dalam tanah harus melebihi 2.0 meter (6.5 kaki) di bawah permukaan

    bumi.

  • 16

    Tanah perkuburan juga tidak sesuai ditempatkan di kawasan yang mudah

    banjir dan runtuh, kawasan yang kerap diancam hakisan seperti sungai dan

    laut, tanah berkecerunan melebihi 35 darjah dan tanah berketinggian

    melebihi 300m dari aras laut serta tanah paya dan tanah liat. Hal ini adalah

    bertujuan menghormati jenazah dikhuatiri jika tanah perkuburan diletakkan

    di kawasan yang berisiko dikhuatiri menjejaskan keadaan jenazah.

    2.5.2.3 Kesihatan umum

    Tanah perkuburan hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 250m dari

    kawasan punca air, 50m dari saliran sungai, tasik, tanah lembap dan pantai

    dan 10m dari sistem perparitan sedia ada termasuk perparitan pengairan

    kawasan pertanian. Hal ini adalah untuk mengelakkan pengaliran air dari

    kawasan perkuburan ke tempat-tempat tersebut dan menjejaskan kualiti air

    dan juga sebaliknya iaitu dapat memelihara keadaan jenazah yang ditanam.

    2.5.2.4 Zon penampan

    Tujuan penyediaan zon penampan di antara tanah perkuburan dengan

    kawasan kediaman adalah untuk menjamin kesihatan umum, keselesaan dan

    impak visual yang mungkin menjadi isu sensitif kepada sesetengah kaum.

    Zon penampan antara tanah perkuburan dengan kawasan kediaman terdekat

    ialah sekurang-kurangnya 30m dan dibenarkan untuk dikurangkan sekiranya

    tanah rizab jalan, utiliti atau tanah lapang yang telah diwartakan.

    2.5.2.5 Keperluan tanah

    Kepeluan keluasan tapak perkuburan hendaklah berasaskan komposisi

    penganut di kawasan setempat, dan kadar kematian. Keluasan tanah

    perkuburan yang diperlukan bagi setiap 8000 penduduk ialah 1 hektar tanah.

    Purata keluasan untik satu lot kubur dianggarkan 8.36 meter persegi,

    termasuk kemudahan sokongan dan landskap

  • 17

    2.6 Tanah kubur sebagai harta wakaf umat Islam

    Maksud wakaf ialah terhenti, cegahan atau halangan. Sekiranya harta tanah itu telah

    diwakafkan maka harta tanah tersebut adalah terhalang sama sekali untuk berlaku

    transaksi ke atasnya. Namun begitu, sekiranya ia melibatkan pengambilan balik

    tanah, maka wajib hukumnya untuk digantikan dengan tanah yang lain dan tanah

    tersebut mestilah mempunyai keluasan yang sepadan atau lebih berbanding tanah

    wakaf yang asal (Majlis Agama Islam Johor).

    Dalam konteks tanah perkuburan Islam, wakaf selalu dikaitkan dengan tanah

    perkuburan dan pondok teduhan yang biasa digunakan oleh mereka yang

    berkemampuan untuk faedah penduduk setempat. Bagi kebanyakan umat Islam di

    Malaysia, mereka kebiasaanya menyerahkan harta yang kebiasaanya dalam bentuk

    tanah kepada Majlis Agama Islam Negeri untuk diuruskan bagi kepentingan ummah

    dengan matlamat mendapat ganjaran di akhirat.

    2.7 Prinsip-prinsip perancangan tanah perkuburan Islam

    2.7.1 Tepat dan saksama

    Perancangan dan pembangunan tanah perkuburan yang mencukupi dan

    sesuai dengan tuntutan agama, adat resam dan kepercayaan masyarakat serta

    menyediakan aktiviti yang selaras dengan keperluan penduduk.

    Kepercayaan masyarakat merupakan antara sentimen penting dalam

    membina tanah perkuburan Islam.

    2.7.2 Kemudahsampaian

    Perancangannya hendaklah dilengkapkan dengan rangkaian jalan yang

    membolehkan kemudahsampaian. Hal ini dapat memudahkan segala urusan

    terhadap jenazah dari awal pengurusan pengebumian jenazah sehingga

    aktiviti berziarah yang akan dilakukan oleh ahli keluarga si mati.

  • 18

    2.7.3 Sistematik

    Merancang keperluan tanah perkuburan yang mengambil kira keperluan

    jangka masa pendek dan panjang supaya lebih teratur dan mapan.

    Penyusunan setiap plot kubur sangat penting untuk menampung keperluan

    yang akan datang.

    2.7.4 Keselamatan

    Merancang perletakan tapak perkuburan yang bersesuaian dan selamat. Ia

    tidak membawa sebarang pencemaran kepada penduduk yang berada di

    kawasan berhampiran. Tanah kubur tidak boleh dibina terlalu hampir

    dengan kawasan punca air dikhuatiri menjejaskan kualiti air dan berpotensi

    menyebabkan tanah kubur itu sendiri mendap dan menjejaskan keadaan

    jenazah.

    2.7.5 Bersih dan indah

    Memastikan tanah perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, indah,

    teratur serta lengkap dengan kemudahan sokongan seperti tempat letak

    kereta, tempat istirehat atau tempat menunggu. Kawasan tanah kubur yang

    bersih dapat mengelakkan aktiviti khurafat seperti pemujaan kubur dan

    aktiviti vandalisme.

    2.7.6 Pematuhan dasar dan perundangan

    Mematuhi perundangan yang ditetapkan supaya tidak menimbulkan

    sebarang konflik pada masa hadapan.

    Garis panduan umum merangkumi aspek-aspek perancangan dan

    pengawalan pembangunan tapak perkuburan. Ia meliputi aspek perancangan

    tapak, zon penampan, keperluan ruang, konsep perkuburan bersepadu,

    perancangan mengikut hierarki petempatan dan alternatif perkuburan,

    khususnya bagi kawasan kawasan yang mengalami kekurangan tanah.

  • 19

    2.8 Garis panduan khusus

    Garis panduan khusus merangkumi aspek-aspek perancangan dan

    pengawalan pembangunan tapak perkuburan Islam.

    Susun atur tanah perkuburan Islam berdasarkan sistem modul. Sistem modul

    ini mengandungi dua barisan kubur di mana satu baris mempunyai 20 lot

    kubur. Setiap tanah perkuburan hendaklah mengandungi sekurang-

    kurangnya 25 modul yang memuatkan sebanyak 1000 lot kubur. Keperluan

    minimum ruang yang diperlukan adalah 1 hektar, termasuk ruang landskap,

    tempat letak kereta dan kemudahan sokongan yang berkaitan.

    Sistem modul bagi kubur bertingkat mengandungi dua barisan kubur di

    mana satu baris mempunyai 20 lot kubur. Setiap tanah perkuburan

    hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya modul yang boleh memuatkan

    sebanyak 2000 hingga 3000 lot kubur. Keperluan minimum ruang yang

    diperlukan adalah 1 hektar termasuk ruang landskap, tempat letak kereta dan

    kemudahan sokongan yang berkaitan.

    Dalam pengurusan kubur yang baik, kemudahan awam perlu disediakan.

    Tanah perkuburan Islam hendaklah mengandungi kemudahan seperti

    landskap (5%), 8-10 lot tempat meletak kereta (20-25 meter persegi lot), 2

    lot tempat meletak bas (54 meter persegi per lot), satu bangunan awam

    seluas 400 meter persegi untuk memuatkan ruang pejabat, kawasan rehat,

    surau dan kemudahan tandas, kemudahan utiliti yang secukupnya serta

    petunjuk arah kiblat diletakkan di atas tanah perkuburan bagi memudahkan

    urusan penggalian kubur.

    Dalam peruntukan rizab landskap, satu rizab landskap selebar 1.5 meter

    yang berfungsi sebagai pendinding perlu disediakan di sepanjang laluan

    pejalan kaki. Rupa bentuk landskap dan jenis-jenis pokok perlu mematuhi

    syarat-syarat dalam Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2 (2008).

    Sistem sirkulasi juga sangat penting bagi memudahkan pengurusan

    pengebumian. Di kawasan tanah perkuburan perlu disediakan sistem

    sirkulasi selebar 2 meter (6.5 kaki) mengelilingi setiap modul iaitu jalan

    masuk ke setiap lot kubur dan laluan membawa keranda. Sistem sirkulasi ini

    juga penting untuk memudahkan pergerakan penggali dan pelawat.

  • 20

    Konsep perancangan tanah perkuburan Islam adalah berpusat di mana wakaf

    dan tempat letak kereta perlu disediakan di tengah-tengah kawasan

    perkuburan di hadapan pintu masuk.

    2.9 Alternatif perkuburan bagi kawasan kekurangan tanah

    2.9.1 Perkuburan Islam bertingkat

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama

    Islam Malaysia Kali ke-92 pada 16 Disember 2010 telah memutuskan

    bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara

    bertingkat boleh dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi

    mengatasi kekurangan tanah perkuburan Islam pada tempoh semasa (Majlis

    Fatwa Kebangsaan, 2010).

    Asas pertimbangan pelaksanaan perkuburan bertingkat adalah seperti

    berikut:

    a) Tanah perkuburan sedia ada sudah penuh jenazah yang disemadikan

    b) Kawasan bandar dan kawasan yang mengalami kekurangan tanah

    c) Didapati lebih menjimatkan kos berbanding dengan pelaksanaan

    kubur di tapak baru

    d) Aras tanah yang rendah yang boleh menyebabkan berlakunya banjir

    e) Tidak menghalang sistem pengudaraan di kawasan sekitar

    f) Mendapat persetujuan daripada pewaris

    Pelaksanaan tanah perkuburan bertingkat perlu mendapat kelulusan daripada

    Jawatankuasa Agama Islam Negeri sebelum ia dilaksanakan.

    PBT hendaklah memaklumkan kepada pewaris mengenai pelaksanaan tanah

    perkuburan sebelum kerja penambakan dijalankan

    2.9.2 Cara penyediaan kubur bertingkat

    Sejak kebelakangan ini beberapa kawasan di Malaysia telah mengambil

    langkah dan melaksanakan kubur bertingkat contohnya di Kepala Batas,

    Pulau Pinang. Perkara ini dilakukan kerana kawasan tanah perkuburan yang

    amat terhad dan telah habis digunakan. Cara yang telah dilakukan ialah

    dengan mencabut semua penanda batu nisan dan melabelkan dengan tanah

  • 21

    yang baru menggunakan lori setinggi 2 kaki seterusnya meletakkan penanda

    nama dan mencabut batu nisan dan melabelkan tanah. Namun begitu,

    terdapat beberapa kelemahan di atas kerja-kerja yang dinyatakan. Waris si

    mati tidak dapat mengesan dengan tepat lokasi sebenar kubur si mati. Selain

    itu, kerja-kerja melabelkan tanah dengan memerlukan tenaga dan masa yang

    panjang atau kos yang tinggi.

    Justeru, perlaksanaan kubur bertingkat perlu merekodkan semua kubur yang

    ada dan disimpan dalam sistem berkomputer dan buku manual disertakan

    dengan kod rujukan. Maklumat terperinci si mati dan waris juga perlu

    direkodkan. Kedudukan kubur (garis bujur dan garis lintang) juga perlu

    direkod selain melakukan kerja-kerja pengukuran kubur baru yang mengikut

    arah kiblat.

    2.9.3 Garis panduan kerja-kerja penambakan untuk kubur bertingkat

    Sebelum kerja penambakan bagi pembinaan tanah perkuburan bertingkat,

    sebuah tembok konkrit setinggi 4 kaki (minimum) dan sistem perparitan

    hendaklah dibina terlebih dahulu di sekeliling tanah perkuburan sedia ada

    berdasarkan pelan kejuruteraan yang diluluskan

    Jenis tanah yang sesuai untuk tujuan penambakan hendaklah sekurang-

    kurangnya 50% tanah merah jenis topsoil dan selainnya adalah tanah pasir.

    Konsep bucket railing merupakan antara kaedah yang sesuai dan selamat

    untuk mengangkut tanah terus ke liang lahad kubur. Batu-batu nisan yang

    sedia ada hendaklah dipindahkan secara berperingkat mengikut kawasan

    yang hendak ditambak.

    Bagi menjamin batu-batu nisan yang diubah supaya dapat dielakkan semula

    ditempat asalnya, maka sistem pancang hendaklah digunakan. Batu nisan

    yang diubah hendaklah diberi nombor yang sama dengan kayu pancang

    yang digunakan.

  • 22

    2.9.4 Penggunaan semula tanah perkuburan

    Secara umumnya, sesuatu tanah perkuburan tidakboleh digunakan semula

    sebelum 30 hingga 50 tahun mengikut keadaan tanah, selepas pengebumian

    terakhir, bagi memastikan jenazah yang dikebumikan telah reput

    sepenuhnya.

    Penggunaan semula tanah perkuburan hanya dilakukan di kawasan yang

    amat mendesak sahaja dan ia hendaklah mengambil kira kepercayaan agama

    dan adat resam kaum masing-masing. Sebelum ia dilaksanakan, PBT

    hendaklah mendapat persetujuan daripada pewaris jenazah.

    Bagi tanah perkuburan Islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

    (1992) bersetuju kawasan tanah perkuburan lama yang lebih 90 tahun boleh

    digunakan secara berperingkat-peringkat (Majlis Fatwa Kebangsaan, 1992).

    2.10 Fatwa berkenaan

    2.10.1 Hukum penanaman pokok buah-buahan di tanah

    perkuburan

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama

    Islam Malaysia Kali ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah

    membincangkan mengenai penanaman pokok buah-buahan di tanah

    perkuburan. Muzakarah telah memutuskan bahawa menanam pokok buah-

    buahan di atas tanah yang dikhaskan bagi kubur di Rancangan Felda

    hukumnya harus dan hasil yang diperolehi adalah hasil halal asalkan ianya

    digunakan bagi kegunaan umum (Majlis Fatwa Kebangsaan, 2002).

    2.10.2 Hukum menggunakan semula tanah perkuburan

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama

    Islam Malaysia kali ke-61 yang bersidang pada 27 Jun 2004 telah

    membincangkan hukum mengguna semula tanah perkuburan Islam.

    Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah harus menggali semula tanah

    perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat

    dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak dan adalah harus

  • 23

    menggali semula tanah perkuburan setelah dikenalpasti mayat itu telah reput

    oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan jenazah baru

    (Majlis Fatwa Kebangsaan, 2002).

    2.11 Pihak yang terlibat

    Penyelengaraan dan pengendalian tanah kubur lazimnya dikawal selia oleh

    pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa (Jabatan Agama Islam Johor, 2013).

    Ahli jawatankuasa sesebuah masjid perlu memikirkan langkah-langkah atau

    perancangan yang efisien dalam memastikan kawasan tanah kubur lebih

    terpelihara. Selain itu, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan perancangan

    Bandar dan Desa turut terlibat dalam perancangan tanah kubur Islam di

    Negara ini untuk menentukan piawaian yang perlu diikut.

    2.12 Pengurusan tanah perkuburan Islam 2.12.1 Raudhatul Sakinah (Malaysia)

    Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi

    mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama

    Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

    Islam Kuala Lumpur-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah

    dijadikan projek rintis kerana dua tanah perkuburan ini telah mempunyai

    sistem lot kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik.

    Jika dilihat, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dengan keluasan 55 ekar

    dan merupakan tanah perkuburan yang terbesar di Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur dan menerima hampir 50 hingga 60 jenazah sebulan sama

    ada yang berwaris atau tidak berwaris.

    Jika sebelum ini persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan adalah

    menakutkan dan suram, maka dengan projek ini diharapkan pandangan

    berkenaan dapat dihapuskan dan membolehkan tanah perkuburan ini

    menerima kunjungan waris-waris dengan hati yang tenang dan damai.

    Projek Raudhatul Sakinah dan sistem e-pusara ini telah dibuat perasmiannya

    pada 20 Julai 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri

    Dato Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin dan merupakan projek pertama

  • 24

    seumpamanya di Malaysia dan diharapkan ia dapat menjadi perintis kepada

    tanah perkuburan lain.

    Konsep 5S telah menjadi garis panduan dalam menghadapi cabaran bagi

    menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti di Tanah Perkuburan Islam

    KL-Karak dan bagi merealisasikan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan

    kecekapan dan keberkesanan JAWI dalam menyampaikan perkhidmatan

    kepada rakyat. Antara perkara yang dilakukan ialah pembersihan kawasan,

    penambahbaikan kemudahan awam, pembaikan kerosakan, pencegahan

    pencerobohan, pelaksanaan peraturan kepungan kuburan yang seragam dan

    mengawal selia susun atur pengebumian jenazah

    2.12.2 Perkuburan Islam di Singapura Pengebumian jenazah orang Islam yang menggunakan rangka konkrit

    pasang siap dilakukan pada pertengahan tahun 2009. Pembinaan kubur-

    kubur konkrit di tanah perkuburan Islam di Chou Chu Kang di sebidang

    tanah seluas sekitar dua padang bola sepak berhampiran Pusara Abadi

    dilakukan di bawah sistem pengebumian baru (NBS). NBS pertama kali

    digunakan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi penggalian dan

    pengebumian semula baki 68,000 kubur dari tanah perkuburan Bidadari ke

    Pusara Abadi di Chou Chu Kang. Sistem ini telah dipersetujui dan diterima

    oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kerana didapati tidak

    bercanggah dengan syarat pengebumian Islam dan telah diamalkan

    masyarakat Islam lain di Makkah, Arab Saudi dan Istanbul.

    NBS bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan tanah yang terhad, malah

    menjadikan tanah perkuburan lebih bersih dan teratur disamping

    memudahkan keluarga menziarah kubur. Menurut Pengarah Jabatan

    Kesihatan Sekitaran ia juga dilihat dapat memanjangkan tempoh

    penggunaan kawasan perkuburan sebelum ia akan digali semula selepas

    tempoh 15 tahun.

  • 25

    2.12.3 Ash Sharaya, Makkah Al-Mukarramah (Arab Saudi)

    Perkuburan Ash Sharaya terletak lebih kurang 15 kilometer dari Masjidil

    Haram, namun ia masih dalam Tanah Haram. Setakat ini ia menempatkan

    hampir 40 blok perkuburan. Di Arab Saudi, hanya lelaki sahaja yang

    dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan.

    Kubur-kubur di sini hanya bertandakan batu putih tanpa nama. Namun,

    mereka mempunyai sistem berkomputer yang sistematik dan membolehkan

    waris mengenalpasti lokasi kubur dengan memasukkan nama dan tarikh

    kematian si mati.

    Kubur ini juga akan di tebus guna apabila sampai tempoh yang telah

    ditetapkan. Hal ini adalah untuk menjimatkan ruang tanah yang digunakan

    untuk menguburkan jenazah memandangkan tanah suci mekah merupakan

    tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah.

    2.12.4 Al-Azhar Memorial Garden (Indonesia)

    Perkuburan ini merupakan konsep baru sebuah kawasan perkuburan unik di

    Indonesia. Ianya juga sebuah tempat yang bersih dan indah sekaligus

    menyediakan keselesaan untuk pengunjung atau ahli keluarga yang datang

    menziarahi pusara si mati.

    Al-Azhar Memorial Garden merupakan kawasan pemakaman yang

    berasaskan Syariah pertama di Indonesia yang menawarkan kelengkapan

    fasiliti dan layanan berkualiti, seperti taman pemakaman eksklusif, masjid,

    padang rumput, parkir yang luas dan laluan pejalan kaki, dan taman

    beraktiviti. Selain itu, berhampiran Al-Azhar Memorial Garden juga

    terdapat kawasan rehat Jakarta Cikampek disediakan khusus untuk

    kemudahan penziarah.

    Al Azhar memorial Garden menyediakan pelbagai perkhidmatan. Antaranya

    perkhidmatan sepanjang masa. Pengurusan dari proses memandikan,

    mengkafankan, solat jenazah sehingga proses pengebumian disediakan.

  • 26

    2.13 Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang pengurusan tanah

    perkuburan Islam dan garis panduan yang berkaitan dengan amalan

    pengurusan tanah perkuburan Islam. Tanah perkuburan Islam perlu

    diuruskan dengan baik. Di samping dapat memelihara kesejahteraan umat

    Islam sejagat, pengurusan tanah kubur yang baik juga dapat

    mengoptimumkan penggunaan tanah sekali gus menghindar daripada

    berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini pada masa akan datang

    seperti ketandusan tanah untuk mengebumikan jenazah. Justeru, untuk

    memastikan negara terus berada dalam keadaan yang harmoni, maka satu

    sistem untuk mengendalikan atau menguruskan tanah perkuburan Islam

    perlu diwujudkan.

  • 27

    BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pengenalan

    Metodologi kajian merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk

    mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dilakukan. Dalam bab metodologi

    kajian ini akan lebih tertumpu kepada kaedah kajian yang digunakan sebagai

    panduan di dalam menjalankan kajian. Terdapat banyak pendekatan yang perlu

    diambil bagi mencapai objektif kajian. Selain daripada kajian literatur, pemantauan

    di tanah perkuburan Islam adalah antara kaedah penting untuk mendapatkan

    keputusan analisis yang lebih tepat. Aspek-aspek yang diberikan tumpuan adalah

    berkaitan dengan reka bentuk kajian, pengumpulan data dan cadangan kajian.

    Menerusi kaedah yang digunakan dalam kajian, maklumat-maklumat yang diperolehi

    dapat menjawab persoalan kajian.

    3.1 Metodologi kajian

    Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

    menjalankan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan

    kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka

    adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah

    pengumpulan data, penentuan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah

    penganalisisan data.

    Metodologi kajian merupakan suatu proses bagi melaksanakan suatu penyelidikan

    dan perolehan maklumat, serta merupakan suatu seni bagi melaksanakan karya sains

    (Adams dan Schvaneveldt, 1995). Secara umumnya, Fielding dan Schreier (2001)

    telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian iaitu:

  • 28

    i) Kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah

    dikenal pasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh

    pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa menggunakan

    teknik statistikal (Neuman, 2000). Kaedah kajian kuantitaf yang biasa ialah kajian

    eksperimental dan kajian tinjauan (Fellows dan Liu, 1997)

    ii) Kajian kualitatif. Menurut Holloway (1997), kajian kualitatif merupakan

    suatu bentuk pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara interpretasi manusia

    dan logikal terhadap pengalaman mereka serta persekitaran di mana mereka tinggal.

    Kajian kualitatif termasuklah kajian tindakan, kajian kes dan juga kajian etnografi

    (Creswell, 1994).

    iii) Kaedah hybrid merupakan kajian integrasi antara kaedah kajian kuantitatif

    dan kaedah kajian kualitatif.

    3.2 Pengoperasian konsep

    Konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah meliputi persepsi,

    penyesuaian, interaksi, hubungan kerja dan pengetahuan. Persepsi merupakan

    tanggapan responden terhadap amalan, budi bahasa, cara hidup dan penerimaan

    komuniti lain terhadap diri mereka. Untuk konsep penyesuaian, ianya bergantung

    kepada kesediaan dan kebolehan responden untuk memahami dan menyesuaikan diri

    dengan cara pemikiran, pandangan, amalan dan kehidupan harian komuniti lain.

    Konsep interaksi dapat dilihat melalui kekerapan responden untuk mengekalkan

    jalinan perhubungan mereka dengan komuniti lain dan hubungan kerja dapat dilihat

    menerusi jalinan perhubungan responden dengan komuniti lain semasa menjalankan

    tugas. Dalam konsep pengetahuan, ianya diambil kira melalui sejauh mana

    responden mengetahui adat resam, budaya, kesenian, pantang larang, bahasa,

    kerjasama, perpaduan dan kemajuan sosioekonomi komuniti lain serta sistem

    pentadbiran kerajaan negeri yang lain.

  • 29

    3.3 Mengenal pasti masalah

    Tidak dapat dinafikan bahawa tanah perkuburan Islam merupakan salah satu

    daripada proses pembangunan dan merupakan antara tanda aras pelengkap

    pembangunan sesebuah kawasan. Hal ini adalah kerana kawasan tanah kubur

    merupakan satu elemen yang sangat penting. Apa yang pasti, setiap yang hidup pasti

    akan mati. Justeru, penyediaan tanah kubur di sesebuah kawasan adalah sangat

    penting. Sekiranya tiada peruntukan untu membina tanah kubur, maka masyarakat

    kita tidak akan dihormati memandangkan tidak berlakunya satu amalan yang

    menghormati orang yang telah meninggal dunia. Dalam Islam sendiri, amalan

    menyemadikan jenazah yang telah meninggal dunia adalah fardu kifayah di mana

    satu kewajipan yang dituntut dalam sesebuah masyarakat.

    Namun begitu, kewujudan tanah perkuburan Islam ini juga perlu sejajar dengan

    pembangunan semasa. Tahap pengurusan setiap tanah perkuburan Islam perlu

    dipertingkat. Susunan plot setiap kubur perlu mempunyai piawaian sendiri

    memandangkan masih terdapat penyusunan plot yang tidak tersusun. Seharusnya,

    susunan ini mengikut piawaian yang telah dipersetujui pihak berkenaan yang terlibat.

    Kubur yang bersih juga sangat penting kerana hal ini mencerminkan budaya

    masyarakat setempat disamping menggambarkan agama Islam itu sendiri. Setiap

    pihak yang berkenaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kubur adalah

    berada dalam keadaan yang bersih bagi menjaga kepentingan bersama.

    Untuk memastikan tanah perkuburan Islam yang disediakan lebih terancang dan

    sistematik, maka pengurusan terhadap tanah perkuburan Islam ini perlu di kaji

    semula seterusnya melakukan penambahbaikan agar membentuk satu sistem

    pengurusan tanah perkuburan Islam yang lebih baik.

    3.4 Reka bentuk kajian

    Reka bentuk kajian memberi gambaran tentang kerangka, perancangan atau strategi

    yang menetukan prosedur kajian. Reka bentuk kajian ini merangkumi aspek-aspek

    seperti pendekatan kajian, kaedah persampelan, cara pengumpulan data, teknik

    memproses dan menganalsis data dan penulisan laporan.

  • 30

    3.4.1 Membentuk persoalan, objektif dan skop kajian

    Kajian literatur boleh didefinisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal

    dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat,

    idea, data dan kaedah memperolehi maklumat yang berkaitan dengan tajuk

    kajian yang akan dilaksanakan (Chua, 2006).

    Kajian literatur dilakukan atas tujuan bagi menerangkan tajuk kajian dengan

    lebih terperinci. Bagi tahap Projek Sarjana Muda, kajian literatur boleh

    didapati daripada sumber-sumber seperti kajian yang terdahulu, surat

    khabar, jurnal, artikel, buku, laporan berkaitan, internet, konferens dan

    sebagainya. Oleh itu, dalam urutan kajian literatur ini dibahagi kepada

    banyak bahagian bagi meningkatkan tahap kefahaman pembaca tentang

    maklumat-maklumat yang ingin disampaikan. Corak pembahagian adalah

    dari umum ke khusus daripada pelbagai sumber.

    Dalam konteks ini, kajian literatur telah disusun dari maklumat umum ke

    khusus iaitu daripada pengenalan kepada definisi tanah perkuburan Islam,

    contoh amalan pengurusan tanah kubur di tempat-tempat lain yang boleh

    dijadikan sumber rujukan dari luar negara sehingga ke dalam negara.

    3.4.2 Pengumpulan data dan maklumat

    Pelbagai data diperlukan untuk kajian ini terutamanya maklumat mengenai

    pengurusan tanah perkuburan Islam yang dilakukan oleh Jabatan Agama

    Islam Negeri yang sedia ada segala data dan maklumat tersebut boleh

    didapati daripada pihak-pihak yang terlibat terutamanya dari Jabatan Agama

    Islam Negeri itu sendiri di samping penggerak utama pengurusan iaitu ahli

    jawatankuasa di setiap masjid. Rujukan juga telah dilakukan di pusat

    sumber dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih

    terperinci mengenai kajian, manakala bagi mendapatkan maklumat terkini,

    pengaksesan internet merupakan antara langkah yang efisien.

  • 31

    3.4.2.1 Data primer

    Data primer merupakan data utama yang akan digunakan dalam

    mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Data-data primer bagi kajian

    ini akan dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian.

    Tujuannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar fenomena, isu dan

    permasalahan yang berlaku dalam kajian.

    Kaedah temu bual temu bual ialah suatu perbualan yang bermatlamat.

    Matlamatnya ialah untuk mengetahui perkara yang ada dalam minda orang

    lain (Berg, 2004). Dalam hal ini temu bual sebagai kaedah mengumpul data

    dapat dilihat sebagai usaha bagi memahami pengalaman orang lain dan

    makna yang mereka berikan kepada pengalaman tersebut (Kvale, 1996)

    Temu bual digunakan secara meluas bagi mengumpul data berkenaan isu

    yang tidak boleh diperhatikan secara terus seperti sikap, pandangan,

    pengalaman, nilai yang dipegang, minat dan sebagainya (Gall et al., 2003).

    Temu bual adalah kaedah memungut data yang bergantung pada responden

    kajian membuat laporan kendiri. Maklumat yang diberikan adalah mengikut

    perspektif mereka dan sekiranya maklumat itu adalah berkenaan sesuatu

    peristiwa yang sudah berlaku, kualiti maklumat itu bergantung pada sejauh

    mana mereka masih ingat dan mahu memberitahu atau berkongsi maklumat

    tersebut (Lim, 2007). Maklumat tambahan juga boleh diperoleh melalui

    kaedah temu bual ini.

    Dalam konteks kajian ini, temu bual dilaksanakan terhadap pihak yang

    bertanggungjawab dalam pengurusan tanah perkuburan Islam di kawasan

    Batu Pahat.

    Kaedah pemerhatian - dalam kajian ini, pemerhatian telah dilaksanakan di

    tanah perkuburan Islam. Permerhatian dilaksanakan bertujuan untuk melihat

    situasi sebenar bagaimana pengurusan tanah perkuburan Islam dikendalikan

    di kawasan kajian. Pemerhatian merupakan kaedah memungut data yang

    telah lama digunakan dalam penyelidikan sosial (Flick, 2002)

    Dalam melaksanakan kaedah pemerhatian, penyelidik berpeluang

    mengumpul data dengan memerhati dan mendengar fenomena yang sedang

    berlaku dalam realiti kehidupan sebenar. Dalam konteks penyelidikan

    kualitatif, penyelidik menulis nota lapangan iaitu catatan berkenaan perkara

  • 32

    yang diperhatikan dan didengarinya termasuk pemikiran dan idea berkenaan

    perkara yang diperhatikan (Lim, 2007)

    Menerusi kaedah pemerhatian, penyelidik bepeluang mengumpul data

    dengan memerhati situasi bagaimana pihak berwajib mengurus dan

    menyelenggara tanah perkuburan di bawah selenggaraan mereka. Penyelidik

    menulis nota lapangan berkenaan pengurusan tanah perkuburan Islam yang

    diperhatikan. Selain itu, gambar-gambar mengenai tanah perkuburan Islam

    serta persekitarannya diambil bagi merekodkan suasana tanah perkuburan

    Islam tersebut.

    3.5.2.2 Data sekunder

    Data sekunder biasanya boleh diperoleh daripada laman web dan juga

    perkhidmatan perpustakaan dengan mengakses pengkalan data seterusnya

    boleh dijadikan sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian

    yang dilakukan.

    Sumber sekunder juga boleh diperolehi dengan membuat rujukan pada

    kajian-kajian yang terdahulu, rujukan laman web, rujukan bahan bacaan

    seperti surat khabar, artikel, jurnal, buku dan segala sumber penerbitan.

    Fungsi data sekunder adalah untuk mengukuhkan kesahihan data sekunder

    dan mencapai objektif kajian.

    Dalam kajian ini, pengumpulan data sekunder dijalankan dan data-data

    mengenai tanah perkuburan Islam diperoleh dan dijadikan sebagai bahan

    mengukuhkan data dalam kajian yang dilakukan.

    3.5.3 Analisis data

    Penyelidikan kualitatif kerap menghasilkan data yang banyak, terutama

    sekali data daripada temubual. Dengan berpandukan soalan-soalan temu

    bual dalam kajian ini, semua data temu bual yang diperoleh dibaca dengan

    teliti secara berulang kali.

    Data kualitatif telah ditransformasikan dan dikurangkan jumlahnya supaya

    lebih mudah diurus dan diinterpretasi.

    Analisis data kualitatif adalah proses berterusan mentransformasi dan

    menginterpretasi data kualitatif dengan cara yang sistematik dan rapi

  • 33

    berpandukan soalan kajian supaya dapat mengenalpasti kompleksiti realiti

    sosial yang menjadi tumpuan kajian (Lim, 2007).

    Ciri-ciri penyelidikan kualitatif

    Antara ciri-ciri bagi jenis penyelidikan kualitatif adalah seperti berikut:

    (i) Penyelidikan dijalankan dalam persekitaran semula jadi.

    Penyelidikan kualitatif menjalankan kajian dengan memasuki tempat

    manusia berada bagi membuat kerja lapangan iaitu mengumpul data dalam

    suatu tempoh masa (Lim, 2007). Dalam konteks kajian ini, tempat

    persekitaran semula jadi yang dimaksudkan ialah tanah perkuburan Islam di

    kawasan Batu Pahat.

    (ii) Teori berpaksikan logik induktif

    Dalam penyelidikan kualitatif, teori ditemui selepas data dikumpul, iaitu

    logik yang digunakan adalah induktif. Teori dalam penyelidikan dapat

    diperoleh daripada data yang dikumpul. Teori itu boleh berbentuk sebab-

    akibat ataupun tidak. Teori juga berbentuk induktif dan grounded (Glaser

    & Strauss, 1967).

    (iii) Kefleksibelan reka bentuk

    Implikasi berkenaan cara teori ditemui adalah reka bentuk penyelidikan

    kualitatif bersifat fleksibel. Semasa kerja lapangan iaitu fasa mengumpul

    data. Apabila kefahaman mula meningkat susulan daripada penganalisis

    yang dilakukan pada awalan, penyelidik adalah terbuka kepada

    mengubahsuai reka bentuk kajian mengikut kehendak dan situasi semasa.

    Penyelidikan kualitatif tidak mempunyai fasa yang tertentu bagi

    menganalisis data. Penganalisisan data berlaku sepanjang proses

    penyelidikan (Miles & Huberman, 1994).

  • 34

    (iv) Bentuk data

    Dalam penyelidikan kualitatif, data dikumpul bagi mewakili realiti sosial di

    mana kebanyakannya berbentuk perkatan. Penyelidik kualitatif mengumpul

    hampir semua data secara terus menerus melalui pendengaran dan

    pemerhatian mereka. Dalam konteks kajian ini, data yang dikumpul adalah

    melalui temubual, pemerhatian serta menulis nota lapangan. Data itu adalah

    dapat diperoleh dalam bentuk konteks (Lim, 2007).

    (v) Pendekatan menganalisis data

    Penyelidik kualitatif menganalisis data dengan menggunakan pendekatan

    induktif bermaksud penyelidik membaca data berulang kali dengan teliti dan

    membuat inferens bahawa perkataan-perkataan, fasa-fasa atau peristiwa-

    peristiwa tertentu adalah contoh-contoh yang boleh dikelompokkan di

    bawah kod-kod, terma-terma atau kategori-kategori tertentu (Miles &

    Huberman, 1994)

  • 35

    Rajah 2: Carta alir kajian

    TAJUK Kajian terhadap pengurusan tanah perkuburan Islam di Batu Pahat

    OBJEKTIF KAJIAN 2

    Mencadangkan amalan terbaik pengurusan kubur

    berdasarkan praktis sedia ada

    OBJEKTIF KAJIAN 1

    Mengenalpasti permasalahan pengurusan tanah kubur di kawasan

    kajian

    PERSOALAN KAJIAN 1

    Apakah permasalahan yang terdapat dalam pengurusan tanah kubur di

    kawasan kajian

    PERSOALAN KAJIAN 2

    Apakah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan

    tanah kubur di kawasan kajian

    SKOP KAJIAN Kawasan tanah perkuburan Islam di Batu Pahat

    PENGUMPULAN DATA

    Kaedah 1 -Temubual - Pegawai agama Jabatan Agama Islam Batu Pahat Kaedah 2 -Pemerhatian

    - Laman web - Tesis terdahulu - Bahan bercetak lain

    DATA SEKUNDER

    DATA PRIMER

    DATA ANALISIS

    KUALITATIF DATA

    HASIL KAJIAN

    KESIMPULAN DAN KAJIAN

  • 36

    3.5 Skop Kajian

    Tanah perkuburan yang dipilih ialah tanah perkuburan Islam daerah Batu Pahat sedia

    ada mahupun tanah perkuburan yang dalam perancangan pihak berkuasa. Populasi

    kajian adalah meliputi penduduk setempat sekitar kawasan tanah perkuburan Islam

    khususnya di kawasan Batu Pahat. Keberkesanan pengurusan tanah perkuburan

    Islam dapat dilihat daripada kawasan perkuburan itu sendiri di mana penyusunan plot

    kubur disusun secara teratur, kawasan tanah kubur kelihatan indah dan bersih yang

    dapat menghindar daripada aktiviti khurafat seterusnya dapat mengoptimumkan

    penggunaan tanah kubur.

    3.6 Responden kajian

    Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pihak Majlis Agama Islam Johor di

    mana pihak ini menguruskan hal-hal berkenaan peruntukan tanah atau tanah itu

    sendiri. Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab ialah pihak Jabatan Agama Islam

    Batu Pahat yang terlibat dalam hal-hal pengurusan tanah perkuburan Islam secara

    lebih dekat. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amalan

    pengurusan tanah perkuburan Islam ialah ahli jawatankuasa di setiap masjid yang

    berkenaan.

    3.7 Instrumen kajian

    Dalam penyelidikan kualitatif, penyelidik adalah instrumen utama mengumpul data

    (Eisner,1991). Oleh itu, dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik perlu berada

    dalam situasi yang dikaji iaitu di lapangan, mendengar dan memerhati sendiri secara

    dekat fenomena pengurusan tanah perkuburan Islam yang dikendalikan negeri Johor

    khususnya di kawasan Batu Pahat. Penyelidik memainkan peranan penting dalam

    mengendalikan sesi temubual dengan responden dan membuat pemerhatian apabila

    berada di lokasi kajian. Alat perakam suara untuk merakam perbualan temu bual dan

    kamera untuk mengambil gambar persekitaran lapangan di lokasi kajian juga antara

    instrumen yang penting dalam melaksanakan kerja lapangan bagi kajian ini.

  • 37

    3.8 Cadangan

    Satu rumusan dibuat daripada dapatan keseluruhan kajian selaras dengan objektif dan

    skop kajian yang telah ditentukan pada peringkat awal kajian. Pada masa yang sama,

    cadangan kajian lanjutan juga dibuat sebagai rujukan kepada pihak yang berkenaan.

    Seterusnya diharapkan agar pihak berwajib dapat merancang sistem pengurusan

    tanah kubur Islam yang komprehensif untuk menjaga kepentingan umat Islam

    khususnya pada masa akan datang.

    3.10 Kesimpulan

    Kesimpulannya, metodologi kajian yang digunakan bermula daripada peringkat

    mengenalpasti masalah sehingga kesimpulan dan cadangan yang dijelaskan dalam

    bab ini. Proses ini memastikan perlaksanaan kajian yang sistematik untuk mencapai

    objektif dan menghasilkan laporan kajian yang baik. Cadangan kajian akan diberikan

    dan kesimpulan bagi keseluruhan kajian akan dilakukan berdasarkan hasil kajian

    yang diperoleh.

  • 38

    BAB 4

    ANALISIS DATA

    4.0 Pengenalan

    Bab ini menerangkan tentang penganalisisan data yang diperolehi oleh penyelidik.

    Proses pengumpulan data dilakukan melalui dua cara iaitu kaedah temu bual yang

    merupakan sumber primer dan analisis dokumen yang dikategorikan sebagai sumber

    sekunder. Oleh yang demikian, bab ini memberikan fokus kepada analisis data yang

    diperolehi daripada temubual daripada dua buah organisasi iaitu Majlis Agama Islam

    Daerah Batu Pahat dan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat. Selain daripada itu, sesi

    temu bual juga dilakukan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam mengurus tanah

    perkuburan Islam di sekitar kawasan kajian.

    Keputusan analisis adalah sangat penting kerana keputusan tersebut akan

    menentukan sama ada objektif dan persoalan kajian dicapai atau tidak. Data-data

    yang telah dikumpul seterusnya dijadikan sebagai bukti untuk menyumbang kepada

    pencapaian objektif kajian ini. Bab ini telah distrukturkan serta membincangkan

    perkara seperti latar belakang responden, dapatan kajian, perbincangan dan ulasan

    daripada analisis kepada pembaca supaya meningkatkan kefahaman tentang

    pengurusan tanah perkuburan Islam yang dikendalikan di Batu Pahat

    4.1 Latar belakang responden

    Penyelidik menggunakan kaedah temu bual dan juga soal selidik untuk pengumpulan

    data. Temu bual semi berstruktur adalah dijalankan secara bersemuka dengan Ustaz

    Norazlan bin Nordin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Batu Pahat

    Bahagian Wakaf dan Baitulmal dan En. Mohd Rahim bin Paiman, Pembantu Tadbir

    (pengawas perkuburan) Daerah Batu Pahat.

  • 39

    Jadual 4.0 : Latar belakang responden

    Responden 1

    (R1)

    Nama pejabat/jabatan Bahagian Wakaf dan Baitulmal Daerah Batu

    Pahat

    Nama responden Ustaz Norazlan Bin Nordin

    Jawatan responden Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

    Alamat Pejabat Agama Daerah Batu Pahat Jalan Bakau

    Condong

    Responden 2

    (R2)

    Nama pejabat/jabatan Bahagian Masjid dan Surau Daerah Batu Pahat

    Nama responden En. Mohd Rahim Bin Paiman

    Jawatan responden Pembantu Tadbir (pengawas perkuburan)

    Alamat Pejabat Agama Daerah Batu Pahat Jalan Bakau

    Condong

    Responden 3

    (R3)

    Nama pejabat/jabatan Bahagian Saham dan Wakaf Negeri Johor

    Nama responden Ustaz Mohd Saiful Anuar

    Jawatan responden Pembantu Bahagian Saham dan Wakaf Negeri

    Johor

    Alamat Tingkat 4, Blok A, Kompleks Islam Johor, Jalan

    Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990

    Johor Bahru, Johor

    Responden 4

    (R4)

    Nama pejabat/jabatan Bahagian Masjid dan Surau Daerah Batu Pahat

    Nama responden En. Mohd Daud

    Jawatan responden Pekerja Am Bahagian Pusara Islam

    Alamat Pejabat Agama Daerah Batu Pahat Jalan Bakau

    Condong

    Sumber : Penyelidik (2013)

    Jadual di atas menunjukkan latar belakang responden bagi pihak bertanggungjawab

    dalam pengurusan tanah perkuburan Islam di Batu Pahat. Responden 1, Penolong

    Pegawai Hal Ehwal Islam dari Pejabat Agama Batu Pahat adalah bertanggungjawab

    dalam mengurus pembahagian tanah wakaf di Daerah Batu Pahat. Manakala,

    Responden 2 merupakan pihak yang ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan

    tanah perkuburan Islam di Batu Pahat. Responden 3 pula merupakan pihak yang

    bertanggungjawab dalam menguruskan pembahagian saham wakaf di Negeri Johor.

    Manakala Responden 4 merupakan pekerja am bahagian pusara di Batu Pahat.

  • 40

    4.2 Pihak bertanggungjawab dalam pengurusan tanah perkuburan Islam di

    Batu Pahat.

    Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang memberi mandat pengurusan tanah

    perkuburan bawah jagaan Majlis Agama Islam Johor. Di negeri-negeri lain, tanah

    perkuburan diurus oleh Majlis Perbandaran kawasan masing-masing. Sejak tahun

    2009, jawatan pembantu tadbir (penyelia kubur) diwujudkan di negeri Johor untuk

    mengurus tanah perkuburan. Pengurusan tanah perkuburan adalah terletak di bawah

    seliaan bahagian pentadbiran dan dipantau oleh Jabatan Kadi Daerah Batu Pahat .

    4.2.1 Peranan Jabatan Agama Daerah Batu Pahat

    Majlis Agama Daerah Batu Pahat bertanggungjawab untuk memastikan

    pengurusan tanah perkuburan Islam dalam keadaan terancang daripada segi

    staf yang bertugas, peruntukan yang disediakan dan pengurusan tanah

    perkuburan itu sendiri. Selain itu, Majlis Agama juga perlu menjaga

    kepentingan tanah perkuburan ini untuk kegunaan penduduk yang terlibat.

  • 41

    Rajah 4.0 : Carta Organisasi Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat

    Sumber : penyelidik (2013)

    Pejabat kadi Daerah Batu Pahat

    Dakwah

    Penguatkuasaan

    Pembangunan keluarga

    Pentadbiran

    Syariah

    Penyelidikan

    Masjid dan surau

    Pembantu tadbir

    Pembantu am pejabat

    Pekerja awam

    Kewangan Pengawas perkuburan

  • 42

    4.3 Analisis data

    4.3.1 Persoalan kajian 1

    Jadual 4.1 : Panduan jawapan persoalan kajian 1

    Panduan jawapan persoalan kajian 1

    Bagaimanakah pengurusan yang diamalkan di tanah perkuburan kawasan

    Batu Pahat?

    Kaedah : Responden:

    Temubual R1: Ustaz Norazlan Bin Nordin

    R2: En. Mohd Rahim Bin Paiman

    R3: Ustaz Mohd Saiful

    Sumber : penyelidik (2013)

    4.3.1.1 Panduan asas pengurusan tanah perkuburan

    i. Garis panduan Untuk menguruskan tanah perkuburan Islam, pekeliling yang dikeluarkan

    Jabatan Mufti Johor menjadi garis panduan supaya kaedah pengurusan

    tidak bercanggah dengan unjuran agama. Selain itu, sebarang

    permasalahan berbangkit akan dirujuk kepada fatwa yang dikemukakan

    oleh Jabatan Mufti Johor.

    ii. Pendaftaran

    Semua pengebumian di tanah perkuburan kerajaan, waris hendaklah

    memaklumkan kepada pegawai tadbir agama daerah manakala

    pengebumian di tanah perkuburan kariah hendaklah dimaklumkan kepada

    pengerusi jawatankuasa masjid atau wakilnya. Maklumat pengebumian

    tersebut hendaklah didaftarkan di dalam daftar khas.

    Sebelum pendaftaran pengebumian dibuat, waris dikehendaki

    menyerahkan permit menguburkan jenazah yang dikeluarkan oleh pihak

    hospital atau balai polis kepada pegawai tadbir agama daerah atau

    wakilnya bagi tanah perkuburan kerajaan dan kepada pengerusi

    jawatankuasa masjid atau wakilnya bagi tanah perkuburan kariah.

  • 43

    Setelah pendaftaran pengebumian dibuat, waris dikehendaki membuat

    pembayaran dengan kadar yang telah ditetapkan dan menerima resit

    kebenaran mengebumikan mayat. Bilangan pendaftaran hendaklah sama

    dengan bilangan daftar yang tercatat di batu peket.

    iii. Langkah pengurusan pengebumian

    Pihak Majlis Agama telah menyediakan garis panduan sebagai langkah

    untuk menguruskan kematian bagi jenazah yang hendak dikebumikan di

    kubur kerajaan dan kubur kariah. Langkah yang perlu diambil seperti

    yang dinyatakan dalam Rajah 4.1 dan Rajah 4.2.

    Rajah 4.1 : Carta aliran pengkebumian di tanah perkuburan kerajaan

    Sumber : penyelidik (2013)

    Kematian

    waris

    Pegawai polis/pegawai hospital

    Pejabat agama daerah

    Pengawas tanah perkuburan

    Ketua kerja tanah perkuburan

    Penyediaan batu peket

    Buku daftar kematian

  • 44

    Rajah 4.2 : Carta aliran pengkebumian di tanah perkuburan kariah

    Sumber : penyelidik (2013)

    waris

    Pegawai polis/pegawai hospital

    Pengerusi masjid atau wakilnya

    Penggali kubur yang dilantik

    Penyediaan batu peket

    Buku daftar kematian

    Pengerusi masjid kariah

    Kematian

    Laporkan di pejabat agama daerah

  • 45

    iv. Ukuran

    Kadar ukuran untuk setiap plot kubur telah ditetapkan dan dipersetujui

    majlis Agama Islam Johor. Penetapan kadar ukuran ini adalah untuk

    memastikan plot kubur tersusun dan tidak melanggar hukum syariat.

    Jadual 4.2 : Kadar ukuran kubur

    Panjang lubang

    kubur

    6 kaki (183 cm) / mengikut panjang

    jenazah

    Lebar lubang kubur 2 kaki (60.5 cm)

    Dalam lubang kubur 6 kaki (183 cm)

    Sumber : penyelidik (2013)

    Jadual 4.3 : Jarak antara kubur

    Jarak antara kepala

    dan kaki kubur

    1 kaki (35cm)

    Jarak antara sisi

    kubur

    1 kaki (35 cm)

    Sumber : penyelidik (2013)

    Jadual 4.4 : Kadar ukuran kepuk dan nisan

    Panjang kepuk 6.5 kaki (198 cm) termasuk tapak

    Lebar kepuk 2.5 kaki (75.5 cm) termasuk tapak

    Tinggi kepuk 1 kaki (30.5 cm)

    Tinggi nisan 2 kaki (60.5 cm) termasuk yang tertanam

    Sumber : penyelidik (2013)

  • 46

    v. Penggunaan kepuk

    Pembinaan kepuk bagi tanah perkuburan Islam kerajaan hendaklah

    mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pegawai tadbir agama

    daerah manakala bagi kubur kariah, perlu mendapat kebenaran

    terlebih dahulu daripada jawatankuasa masjid dan surau. Untuk

    memastikan bahawa pemasangan kepuk dan perletakan tanda

    menghala ke arah kiblat, hendaklah diawasi kerja-kerja tersebut oleh

    pegawai tadbir agama daerah atau wakilnya. Kepuk yang diletakkan di

    atas pusara hendaklah tidak mengambil kawasan yang lebih besar dari

    kadar asal liang kubur.

    Ukuran kepuk hendaklah mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh

    Majlis Agama/Jabatan Agama Johor. Pembuatan kepuk dan batu nisan