8
PertanikaJ. Trap. Agric. Sci. 27(1): 39-46 (2004) ISSN: 1511-3701 © Universiti Putra Malaysia Press Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan JUMAAT H. ADAM, DAYANI H. DAIMAN,GERI KIBE GOPIR, A.K. JAlALUDI PENGIRAN BESAR, RAMLAN OMAR & HAFIZA A. HAMID Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia E-mel: adamj@pkrisc. cc. ukm. my Kata kunci: Nepenthes, struktur, komposisi spesies, kepadatan, taburan ABSTRAK Dua spesies periuk kera iaitu epenthers gracilis Korthals dan N. mirabilis (Loureiro) Druce direkod di dalam plot berkeluasan 0.1 hektar. epenthes gracilis berbeza daripada . mirabilis dengan keratan rentas batangnya yang bersudut, daun yang tidak bertangkai, peristom yang nipis 1 mm tebal), permukaan bawah tudung periuk ditutupi oleh kelenjar madu yang jarang, dinding dalam periuk ditutupi sebahagiannya oleh kelenjar penghadaman jenis terdedah sebaliknya pada . mirabilis batangnya berbentuk bulat, daun yang bertangkai, peristome yang tebal (;?1 mm tebal), permukaan bawah tudung periuk ditutupi oleh kelenjar madu yang padat, permukaan dalam dinding periuk ditutupi sebahagiannya oleh kelenjar penghadaman jenis populasi berbumbung. Kepadatan populasi N. gracilis mengatasi populasi N. mirabilis masing-masing mempunyai 147 dan 15 individu. Kepadatan rendah . mirabilis adalah kerana spesies ini sangat cenderung hidup di kawasan tanah yang sangat lembap terutamanya di kawasan berpaya. Corak taburan fasa anak cambah dan dewasa N. gracilis dan N. mirabilis adalah signifikan berkelompok. ABSTRACT Two species of pitcher plants namely Nepenthes gracilis Korthals and . mirablis (Loureiro) Druce were recorded in the plot with an area of 0.1 hectare. The former species differed from the later species lJy its angular stem, sessile leaves, very thin peristome 1 mm thick), under surface of pitcher lids were sparsely glandular, inner surface of the pitcher cavities were partly covered with exposed type of digestive glands whereas the later species have cylindrical stem, petiolate leaves, thick peristome (;? 1 mm thick), under surface of pitcher lids were densely glandular, inner surface surface of the pitcher cavities were partly covered with overarched type of digestive glands. The population density of N. gracilis is greater than that of N. mirabalis, each contained 147 and 15 individuals respectively. The low density of the former species was attributed to its strong tendency to grow in wet soil particularly in temporary and permanent inundated secondary vegetation. The population dispersion pattern of seedlings, saplings and matured plants of N. gacilis and N. gracilis were significantly aggregated. PENGENALAN Nepenthes genus tunggal dalam famili Nepenthaceae adalah salah satu daripada jenis tumbuhan kamivor yang terdapat hidup di dunia ini. Tumbuhan karnivor lain ialah spesies-spesies daripada famili seperti Dorseraceae (Drosera spp., Dionaea spp - Venus's Fly Trap), Sarraceniaceae (Sarmcenia spp & Heliamphora spp.) dan Lentibulariaceae (Utricularia spp.). Tumbuhan karnivor ini terutamanya Nepenthes cenderung untuk hidup di kawasan hutan terganggu atau terbuka, tanah yang kurang subur. Struktur periuk atau kantung yang terbentuk pada hujung salur paut daun tumbuhan ini berupaya memerangkap haiwan kecil terutamanya serangga seperti semut, belalang, lipas, anai-anai dan lalat (Adam 1997). Serangga tersebut akan dihurai melalui proses penghadaman oleh cecair mengandungi enzim yang dirembes oleh kelenjar penghadaman dan yang sarna menyerap nutrien untuk pertumbuhannya (Adam 1997).

Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

  • Upload
    buidieu

  • View
    242

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

PertanikaJ. Trap. Agric. Sci. 27(1): 39-46 (2004) ISSN: 1511-3701© Universiti Putra Malaysia Press

Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Keradi Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi, Selangor Darul Ehsan

JUMAAT H. ADAM, DAYANI H. DAIMAN,GERI KIBE GOPIR, A.K. JAlALUDIPENGIRAN BESAR, RAMLAN OMAR & HAFIZA A. HAMID

Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains & Teknologi,Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi,

Selangor, MalaysiaE-mel: adamj@pkrisc. cc. ukm. my

Kata kunci: Nepenthes, struktur, komposisi spesies, kepadatan, taburan

ABSTRAK

Dua spesies periuk kera iaitu epenthers gracilis Korthals dan N. mirabilis (Loureiro) Druce direkod di dalamplot berkeluasan 0.1 hektar. epenthes gracilis berbeza daripada . mirabilis dengan keratan rentasbatangnya yang bersudut, daun yang tidak bertangkai, peristom yang nipis (~ 1 mm tebal), permukaan bawahtudung periuk ditutupi oleh kelenjar madu yang jarang, dinding dalam periuk ditutupi sebahagiannya olehkelenjar penghadaman jenis terdedah sebaliknya pada . mirabilis batangnya berbentuk bulat, daun yangbertangkai, peristome yang tebal (;?1 mm tebal), permukaan bawah tudung periuk ditutupi oleh kelenjar maduyang padat, permukaan dalam dinding periuk ditutupi sebahagiannya oleh kelenjar penghadaman jenispopulasi berbumbung. Kepadatan populasi N. gracilis mengatasi populasi N. mirabilis masing-masingmempunyai 147 dan 15 individu. Kepadatan rendah . mirabilis adalah kerana spesies ini sangat cenderunghidup di kawasan tanah yang sangat lembap terutamanya di kawasan berpaya. Corak taburan fasa anakcambah dan dewasa N. gracilis dan N. mirabilis adalah signifikan berkelompok.

ABSTRACT

Two species of pitcher plants namely Nepenthes gracilis Korthals and . mirablis (Loureiro) Druce wererecorded in the plot with an area of 0.1 hectare. The former species differed from the later species lJy its angularstem, sessile leaves, very thin peristome (~ 1 mm thick), under surface ofpitcher lids were sparsely glandular, innersurface of the pitcher cavities were partly covered with exposed type of digestive glands whereas the later specieshave cylindrical stem, petiolate leaves, thick peristome (;? 1 mm thick), under surface of pitcher lids were denselyglandular, inner surface surface of the pitcher cavities were partly covered with overarched type ofdigestive glands.The population density of N. gracilis is greater than that of N. mirabalis, each contained 147 and 15individuals respectively. The low density of the former species was attributed to its strong tendency to grow in wetsoil particularly in temporary and permanent inundated secondary vegetation. The population dispersion patternof seedlings, saplings and matured plants of N. gacilis and N. gracilis were significantly aggregated.

PENGENALANNepenthes genus tunggal dalam famili Nepenthaceaeadalah salah satu daripadajenis tumbuhan kamivoryang terdapat hidup di dunia ini. Tumbuhankarnivor lain ialah spesies-spesies daripada familiseperti Dorseraceae (Drosera spp., Dionaea spp ­Venus's Fly Trap), Sarraceniaceae (Sarmceniaspp & Heliamphora spp.) dan Lentibulariaceae(Utricularia spp.). Tumbuhan karnivor initerutamanya Nepenthes cenderung untuk hidup

di kawasan hutan terganggu atau terbuka, tanahyang kurang subur. Struktur periuk atau kantungyang terbentuk pada hujung salur paut dauntumbuhan ini berupaya memerangkap haiwankecil terutamanya serangga seperti semut, belalang,lipas, anai-anai dan lalat (Adam 1997). Seranggatersebut akan dihurai melalui proses penghadamanoleh cecair mengandungi enzim yang dirembesoleh kelenjar penghadaman dan kela~ar yangsarna menyerap nutrien untuk pertumbuhannya(Adam 1997).

Page 2: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

JUMAAT H. A, DAYANI H. D., GERI K.G., AK. JALALUDIN P. B., RAMLAN O. & HAFlZA A H.

Tumbuhan Nepenthes mempunyai pelbagainama tempatan di Malaysia iaitu periuk kera(Melayu Semenanjung Malaysia), somboi-somboi(Melayu Brunei), tetuyud (Melanau, Sarawak),entuyud (Iban, Sarawak) dan kekuanga (Dusun,Sabah). Tumbuhan periuk kera adalah tumbuhanpemanjat dan kadangkala menjalar, dioesius iaitujambak bunga jantan dan betina terletak padapokok yang berasingan (Adam 1998; Phillipps &Lamb 1996; Rolttum 1954). Kebanyakan spesiesperiuk kera adalah terestrial (hidup di lantai hutan)tetapi beberapa spesies boleh ditemui hidup sebagaitumbuhan epifit seperti Nepenthes veitchii, Nepentheslowii dan juga akuatik seperti N. bicalcarata, N.ampullaria dan N. mirabilis. Genus ini diwakili oleh81 spesies di dunia (Adam 2002b) dan taburannyadilaporkan terhad di kawasan tropika dansubtropika (Adam 1995; Adam et al. 1994 & 1992;Smythies 1965). Pusat taburan utama genus iniialah di Kepulauan Borneo, Sumatra, Filippina,Semenanjung Malaysia, New Guinea (Adam &Wilcock 1996 & 1992; Adam et al. 1994 & 1992).Genus ini juga boleh ditemui di New Caledonia,Isles of Pines, Sri Lanka, Seychelles, Madagascar,India, Thailand, Indo-China, China Selatan danAustralia (York Peninsular).

Objektif kajian ini adalah untuk menentukankomposisi spesies Nepenthes dan kepadatannya dikawasan kajian, menyediakan peta populasimengikut peringkat umur dan spesies, mengenalpasti struktur populasi mengikut peringkat umurdan menentukan corak taburan populasimengikut fasa hidup dan spesies denganmenggunakan Indeks Taburan Populasi Morisita.

BAHAN DAN KAEDAH

Kawasan Kajian

Kajian ini dilakukan di kawasan Rutan PendidikanAlam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,Selangor Daml Ehsan. Lokasi tapak kajian adalahterletak di lereng bukit di tepi jalan pada altitud21 m. Kawasan ini dilitupi oleh belukar dandidominasi oleh paku pakis resam, Dicranopterislinearis, dan beberapa jenis pokok dan pokokrenek dan rendang seperti Dillenia suffructicosa,Melastoma malabathricum, Vitex pubescens danMallotus sp.

Penyediaan Plot

Satu plot berukuran 20 m x 50 m dengan keluasan0.1 hektar telah didirikan di lereng bukit di tepijalan raya. Kedudukan plot tersebut ialah pada02° 55.40' Utara dan 101° 46.93' Timur. Plot

tersebut dipecah kepada 10 subplot yang lebihkecil dan setiap satunya berukuran 10m x 10m.Pembinaan plot dan subplot ini dilakukan denganmenggunakan alat 'theodolite'. Pembahagian plottersebut kepada subplot ialah pertama untukmemudahkan kerja pemetaan populasi dankedua keperluan wajib untuk mengira nilai IndeksTaburan Morisita (Brower & Zar 1977).

Pemetaan Populasi Periuk Kera

Setiap individu tumbuhan periuk kera yangditemui di dalam setiap subplot ditentukan namaspesiesnya dan ditanda kedudukannya di ataskertas graf pada skala yang sepadan dengandengan pita pengukur di plot. Spesimen setiapspesies periuk kera berbeza yang direkod dikutipsebagai spesimen baucer herbarium. Spesimenbaucer yang diawet kering dengan menggunakankaedah piawai herbarium akan digunakan untukpengecaman taksa ke peringkat spesies dengankekunci kepada spesies periuk kera diSemenanjung Malaysia dan Singapura oleh Shivas(1984). Dalam kerja pemetaan populasi,pengecaman yang tepat amat diperlukan untukmencapai objektif kajian. Setiap individutumbuhan periuk kera dalam plot diukurketinggiannya dan ditentukan peringkat ataufasa hidupnya iaitu anak cambah, juvena dandewasa. Dewasa juga ditentukan jantinanyakerana tumbuhan periuk kera adalah doiesiusiaitu bunga jantan dan bunga betina terdapatpada pokok yang berasingan.

Kepadatan

Kepadatan ditakrif sebagai bilangan individuyang menempati di dalam satu unit luas kawasan(Brower & Zar 1977; Cintron & Novellii 1984).Kepadatan populasi mengikut fasa anak cambah,juvena dan dewasa diperoleh dengan mengirabilangan individu masing-masing dalam plot yangtelah ditetapkan keluasanya. Rumusan kepadatan(D) populasi diringkas seperti berikut:

Di = nil A

Dengan, Di = Kepadatan spesies im = Bilangan individu spesies iA = Luas kawasan sampel

Indeks Taburan Populasi

Corak taburan populasi tumbuhan Nepenthesdikira dengan menggunakan Indeks TaburanPopulasi Morisita (1) dan perbezaan coraktaburan cerapan daripada rawak diukur dengan

40 PERTANIKAJ. TRap. AGRIC. SCI. VOL. 27 NO.1, 2004

Page 3: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

KAJIAN TERHADAP STRUKTUR KOMUNITI TUMBUHAN PERIUK KERA DI HUTAN PENDIDIKAN AlAM

menggunakan Ujian Khi-Kuasa Dua (c 2)

(Brower & Zar 1977).

Indeks Taburan Populasi Morisita (1) = nLX2- / ( -1)

Dengan n: Bilangan subplot; N:Jumlah hitunganindividu dalam semua n subplot dan; LX2 :Jumlah Kuasa Dua Hitungan Individu dalamsatu subplot.

Jika Id

= 1, corak taburan ialah rawak, Id= 0,corak taburan ialah seragam; dan I

d= n, corak

taburan ialah berkelompok. Perbezaan signifikannilai I

ddaripada rawak boleh dirumus dengan

Ujian Khi Kuasa Dua (X2) (Brower & Zar 1977)

seperti di bawah:

dengan n: Bilangan subplot; :Jumlah hitunganindividu dalam semua n subplot dan; LX2:Jumlah Kuasa Dua Hitungan Individu dalamsatu subplot.

Jika X2 dikira lebih besar daripada X2~ = 005

Of=n-l' tolak hipotesis nol (Ho: Taburan Populasiadalah rawak). Jika I

d< 1 or >1, rumusannya

ialah corak taburan populasi adalah seragamdan berkelompok masing-masing.

HASIL DAN PERBINCANGAN

Komposisi dan Kepadatan Populasi Spesies

Daripada kajian ini, dua spesies dijumpai didalam plot kajian dengan keluasan 0.1 hektar.Spesies-spesies tersebut ialah Nepenthes gracilisKorthals dan Nepenthes mirabilis (Loureiro) Druce.Nepenthes gracilis boleh dibezakan daripada N.mirabilis berdasarkan kepada pemerhatian sifatmorfologi di lapangan. Nepenthes gracilismempunyai bentuk batang yang bersudut atausegi tiga, daun yang tidak bertangkai, pangkaldaun yang bersayap, bentuk periuk tubulos­ventrikos, bibir mulut periuk yang nipis, kelenjarpenghadaman pada permukaan dalam periukyang terdedah, taburan kelenjar madu padapermukaan bawah tudung periuk yang sangatjarang. Manakala itu, Nepenthes mirabilis pulamempunyai bentuk batang yang bulat, daunbertangkai, pangkal tangkai daun yang tidakbersayap, bentuk periuk tubulos-infundibulat,bibir mulut yang mendatar dan lebar, kelenjarpenghadaman pada permukaan dalam periukterlindung, taburan kelenjar madu padapermukaan bawah tudung periuk yang banyak

dan rapat. Sifat-sifat tersebut di atas boleh dilihatdengan mata kasar dan juga kanta tangan (XI0).Dalam kajian ini pengecaman spesies yang tepatadalah penting untuk mencapai objektif-objektiflain kajian ini.

Kedua-dua spesies tersebut tergolong kedalam kumpulan spesies tanah rendah (Adam2002a & 2002b; Kurata 1976) dan kerap ditemuidari paras laut hingga ke 100 m altitud. Bilanganspesies periuk yang boleh ditemui pada satukomuniti periuk kera lazimnya terdiri daripada1 hingga 5 spesies (Adam 2002a; Selle Suep2002; Nazuha Alias 2002; Nor Atiza MohamedAkil 2002; Tang Chun Keat 2002; Som 1988).

Kepadatan ditakrif sebagai jumlah bilanganindividu yang hadir dalam satu unit luas kawasantertentu (Brower & Zar 1977; Cintron & ovellii1984; Safiah Salwana Mohd oor 1992).Daripada keluasan plot 0.1 ha (20 m x 50 m),kepadatan tumbuhan periuk kera di kawasankajian mempunyai 147 individu Nepenthes gracilisdan 15 individu Nepenthes mirabilis. Hasil tersebutjelas menu~ukkan kepadatan Nepenthes gracilismelebehi kepadatan Nepenthes mirabilis iaitu90.74% berbanding 9.26%. Nepenthes gracilissangat berjaya tumbuh di kawasan kajian keranakawasan ini adalah kawasan hutan sekunder yangsederhana curam dan senantiasa berkeadaankering iaitu tidak digenangi oleh air pada keadaanbiasa. Keadaan habitat seperti ini adalah faktorpenghalang untuk pertumbuhan Nepenthesmirabalisyang sangat cenderung menjana denganbaik pada habitat terbuka dengan keadaan tanahyang senantiasa lembap dan digenangi oleh airbersifat sementara atau berpaya kekal. Para pen­yelidik lepas melaporkan Nepenthes gracilisditumbuhi hidup di kawasan yang kering danNepenthes mirabilis lebih mudah mendominasi dikawasan berpaya yang terbuka atau kawasan airyang bertakung dan berlopak dan bercahaya(Adam et al. 1994 & 1992; Kurata 1976).

Pemetaan Populasi Periuk Kera

Rajah 1 menunjukkan taburan populasi dewasaNepenthes gracilis dan Nepenthes mirabilis dalamplot kajian. Kedua-dua spesies tersebut didapatitidak dapat menjana pada kedudukan subplot 9kerana kawasan ini berbatu dan mempunyaipermukaan tanah yang berkematu berbandingdengan 9 subplot yang lain. Adam (2002c) jugamendapati, Nepenthes villosa di Gunung Kinabalu,sukar untuk tumbuh dengan baik di kawasanyang mempunyai permukaan batuan yang

PERTANIKAJ. TRap. AGRIC. SCI. VOL. 27 O. 1,2004 41

Page 4: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

JUMAAT H. A., DAYANI H. D., GERI K.G., A.K. JALALUDIN P. B., RAMLAN O. & HAFIZA A. H.

terdedah dan juga pada kawasan kedalamantanah yang cetek. Nepenthes gracilis banyak ditemuipada subplot 10, 2 dan 1 masing-masing dengan32, 22 dan 17 tumbuhan dewasa. Tumbuhandewasa N. gracilis dalam ketiga-tiga plot inimewakili fasa lewat sesaran. Pokok dewasa inimampu bersaing dengan belukar paku-pakisDicranopteris linearis untuk mendapat cahayadengan memanjat di celah-eelah belukar dan padapokok renek Dillenia suffructicosa. Populasi dewasaNepenthes gracilis ini pada satu masa yang akandatang akan tersesar keseluruhannya apabila habitathutan sekunder ini tersesar oleh pokok-pokokcepat membesar seperti Macaranga, Mallotus,Dillenia suffructicosa, Vitex pubescens dan lain-lain.Nepenthes gracilis dilaporkan sebagai tumbuhanperintis kawasan cerang barn pada tanah rendahdi kawasan tropika (Green, 1967). Nepenthesmirabilis didapati tumbuh di kawasan subplottertentu sahaja iaitu di subplot 5, 6 dan 7. Tigasubplot tersebut mempunyai kawasan permukaantanah yang mampu menakung air sementaradan keadaan seperti ini merangsang pertumbuhanNepenthes mirabilis.

Populasi Nepenthes gracilis juga berpotensiuntuk terus hidup kerana 17 dan 7 tumbuhandewasanya menghasilkan bungajantan dan bungabetina masing-masing. Biji benih yang dihasiloleh proses persenyawaan mampu untukbercambah jika habitat asalnya terubah suaimenjadi kawasan terbuka kerana gangguanaktiviti manusia dan kematian belukar paku­pakis Dicranopteris linearis. Nepenthes mirabilisberupaya membiak kerana populasi dewasanyajuga didapati boleh menghasil bunga jantan danbunga betina. Rajah 2 jelas menunjukkan anakbenih Nepenthes gracilis boleh bercambahmenghasil populasi anak cambah dan membesarmenjadi anak pokok pada subplot 1, 2, 3, 4, 5,7, 8 dan 10. Cerapan ini menu~ukkan anakbenih Nepenthes gracilis dan Nepenthes mirabilisboleh bercambah di kawasan luang, celah dansisi atau pinggir belukar paku-pakis Dicranopterislinearis yang boleh ditembusi oleh cahayamatahari. Spesies periuk kera amat sukar untukhidup di kawasan yang terlindung daripada cahayamatahari seperti hutan berkanopi rapat padatanah rendah seperti hutan dipterokap (Adam

10m

o 6

5

o

o0

0

•CbO

Petunjuk:

• Dewasa N. gracilis

o Dewasa N. 11'1 irabilis

Batuan

Rumput renek

@] (SN. gracilis

~~N. gracilis

Belukar Dicranopterislinearis

'* Pokok Rendang Di/lenia sufJructicosa

42

Rajah 1: Taburan populasi dewasa Nepenthes gracilis dan Nepenthes mirabilis

PERTANIKAJ. TROP. AGRIC. SCI. VOL. 27 0.1,2004

Page 5: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

KAJIAN TERHADAP STRUKTUR KOMUNITI TUMBUHAN PERIUK KERA DI HUTAN PENDIDlKAN Al.AM

110m

10 7°0 6

Petunjuk:

G Anak cambah N gracilis

Q Anak cambah N mirabilis

~ Anak pokok N gracilis

E:2l Batuan

mIl Rumput renek

D Belukar Pakis Dicranopteris linearis

o Pokok Rendang Dillenia suffructicosa

Rajah 2: Taburan populasi anak cambah dan anak pokok Nephentes gracilis dan Nepenthes mirabilis

2002a & 2002 b; Adam 1995). Kajian oleh Adam(2002e) juga mendapati spesies seperti N. villosatumbuhan pada kawasan hutan tanah tinggi yangmempunyai kanopi yang jarang dan juga kawasanyang separa terbuka di atas batun ultrabes diGunung Kinabalu.

Struktur Populasi Periuk Kera

Peringkat hidup tumbuhan periuk kera bolehdikelaskan kepada fasa anak eambah, fasa juvenadan fasa dewasa (Adam 2002a; Safiah SalwanaMoh Noor 1992; Nor Atiza Mohamed Akil 2002;

azuha Alias 2002). Fasa anak eambah adalahfasa roset dengan susunan daun yang rapat danbertindih «10 em panjang); fasajuvena diwakilioleh tumbuhan menegak, mempunyai antararuas yangjelas dan hujung salur paut membentukperiuk atau kantung lantai sahaja. Fasa dewasa

adalah fasa tumbuhan yang mampu memanjat diatas pokok renek, belukar sebagai sokongan,membentuk periuk lantai pada bahagian bawahtumbuhan dan periuk udara pada bahagain atastumbuhan. Tumbuhan dewasa juga berpotensimenghasilkan bunga dan buah pada hujungbatangnya. Dalam semua spesies Nepenthes, periuklantai membentuk sepasang sayap pada bahagiandepannya dan sayap tersebut bertukar menjaditetulang yang tebal pada periuk udara.

Jaduall menunjukkan kepadatan tumbuhandewasa mengatasi kepadatan tumbuhan juvenadan anak eambah bagi Nepenthes gracilis danNepenthes mirabilis. Populasi kedua-dua spesiesini mewakili fasa lewat sesaran. Mengikut Adam(2002a) melaporkan populasi spesies tumbuhanperiuk kera fasa lewat sesaran terdiri daripadabanyak individu dewasa berbanding bilangan

PERTANlKAJ. TROP. AGRIC. SCI. VOL. 27 NO.1, 2004 43

Page 6: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

JUMAAT H. A, DAYANI H. D., GERI K.G., AK. JALALUDIN P. B., RAMLAN O. & HAFIZA A H.

individu fasa anak cambah dan fasa anak pokok.Tumbuban dewasa bagi kedua-dua spesies iniadalah tumbuhan perintis pada sesaran sekunderdan tersesar oleh belukar Dicranopteris linearisdan pokok renek Dillenia suffructicosa. Tumbuhanpaku-pakis Dicranopteris linearis ini akan menyesarkomuniti periuk kera dan seterusnya menutupikawasan tersebut. Tumbuhan dewasa kedua-duaspesies periuk kera boleh bersaing dengantumbuhan belukar lain untuk mendapatkancahaya dengan cara memanjat dan terdedah diatas permukaan belukar dan seterusnyamenghasilkan bunga dan buah. Kejayaan iniditunjukkan oleh sebanyak dua puluh enam sertatiga tumbuhan dewasa Nepenthes gracilis danNepenthes mirabilis boleh menghasilkan jejambakbunga jantan dan bunga betina atau buah. Bijibenih yang dihasil oleh buah kedua-dua spesiesperiuk kera ini disebar di kawasan plot kajiandan pada mikrohabitat yang sesuai iaitu dengancahaya dan kelembapan yang cukup bolehmerangsang percambahan dan pertumbuhannya.Bukti kejayaan komuniti ini boleh terus hidupialah dengan kehadiran sebanyak 25 dan 2 fasaanak cambah dan juvena Nepenthes gracilis danNepenthes mirabilis masing-masing. Bagi Nepenthesmirabilis, kepadatannya yang sangat rendahkerana kawasan yang tidak sesuai untuk pertum­buhannya berbanding kepadatan Nepenthesgracilis yang sangat tinggi. Mikrohabitat dengankehadiran lopak terhad dalam plot kajianmenghalang perkembangan dan penjanaan

Nepenthes mirabilis. Penjelasan yang sama cliperolehpenyelidik-penyelidik lepas yang melibatkankedua-dua spesies yang sama ( azuha Alias 2002;

or Atiza Mohamed Akil 2002). Selle Suep (2002)mendapati kepadatan populasi Nepenthes mirabilismengatasi kepadatan populasi Nepenthes gracilispada habitat yang senantiasa basah dan lembap.

~ian ini juga mendapati tumbuhan yangmenghasilkan bunga jantan mengatasi bilangantumbuhan yang menghasilkan bunga betina bagikedua-dua spesies tersebut (Jaduall). Tumbuhanyang dioesius seperti periuk kera memerlukanbanyak bunga jantan untuk menjamin pemin­dahan debunga kepada permukaan stigma bungabetina dan seterusnya menentukan prosespersenyawaan garnet untuk membentuk bijibenih yang subur (Adam 1998; Safiah SalwanaMohd oor 1992).

Indeks Taburan Populasi Morisita (I)dan Khi Kuasa Dua (X2

)

Pengiraan yang dibuat mengikut rumus IndeksMorisita (Brower & Zar 1977) mendapati coraktaburan fasa anak cambah dan dewasa bagiNepenthes gracilis dan Nepenthes mirabilis adalahsignifikan berbeza daripada corak taburan rawak.Nilai I

dbagi dua fasa hidup kedua-dua spesies

ini melebehi nilai 1 iaitu berjulat antara 1.667hingga 10 menunjukkan corak taburanberkelompok Qadual 2). Corak taburanberkelompok populasi kedua-dua spesies ini bagifasa anak cambah dan dewasa adalah

JADUAL 1Struktur populasi Nepenthes gracilis dan Nepenthes mirabilis

Spesies (KepadatanjO.Ol ha) Anak cambah

Nepenthes gracilis (121) 23Nepenthes mirabilis (12) 2

Juvena

3o

Dewasa

9510

192

971

JADUAL 2Taburan populasi Nepenthes gracilis dan Nepenthes mirabilis mengikut fasa hidup

Spesies Fasa Hidup Id X2 X2 Corak Taburan

0.05,9

Matang 2.051 189.907 16.919 KelompokNepenthes gracilis anak pokok 1.667 11 16.919 Kelompok

anak cambah 2.806 48.7391 16.919 KelompokMatang 2.889 26 16.919 Kelompok

Nepenthes mirabilis anak pokok tiada Tiada Tiada Tiadaanak cambah 10 18 16.919 Kelompok

Id

= 1, taburan adalah rawak; Id

= 0, taburan adalah seragam; Id > 1, taburan adalah berkelompok; Jika nilai X2

yang dicerap melebihi nilai X20

.05

,9 =16.919, maka hipotesis nol ditolak.

44 PERTANIKAJ. TROP. AGRIC. SCI. VOL. 27 NO.1, 2004

Page 7: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

KAJIAN TERHADAP STRUKTUR KOMUNITI TUMBUHAN PERIUK KERA DI HUTAN PENDIDlKAN AlAM

dipengaruhi faktor cahaya. Tumbuhan periukkera sukar untuk hidup di kawasan plot kajianyang menerima keamatan cahaya yang rendahakibat daripada lindungan tumbuhan sepertipaku-pakis Dicranopteris linearis.

PENGHARGAAN

Kami mengucapkan terima kasih kepadaUniversiti Kebangsaan Malaysia selaku penajaprojek ini (Geran FST: STOII-2002) dan kerajaanMalaysia melalui Dana IRPA 09-02-020090-EA233,kakitangan Unit Pembangunan terutama En.Ramlee yang membantu kami mencari petakawasan kajian, En. Nizam, Cik Dayana, En.Dahari kerana membantu dalam penyediaan plot,dan Pn. Aspah Hashim kerana menaip manuskripini.

RUJUKAN

ADAM, J. H. 2002a. Population structure ofNepenthes species (pitcher plants) fromWeston, Sipitang in Sabah. Dalam Proceedingsof The 4th International Carnivorous PlantConference, disunting oleh K. Kondo, p. 15­21. Tokyo, Japan.

ADAM, J. H. 2002b. Ecology and diversity ofpitcher plants in Sarawak. Dalam Proceedingsof The 4th International Carnivorous PlantConference, disunting oleh K. Kondo, p. 165­169. Kyoto University, Japan.

ADAM, J. H. 2002c. Demographic study ofNepenthes species (Nepenthaceae) recordedalong the trail to the summit of Mt Kinabaluin Sabah, Malaysia. Pakistan Journal ofBiological Science 5(4): 419-426. Asian networkfor Scientific Information.

ADAM, J. H. 1998. Reproductive biology ofBornean Nepenthes (Nepenthaceae) species.Journal of Tropical Forest Science 10(4):456­

471.

ADAM, J. H. 1997. Prey spectra of BorneanNepenthes species (Nepenthaceae) in relationto their habitat. Pertanika J of Trop. Agric.Sci. 20(2/3):121-134.

ADAM, J. H. 1995. The diversity, ecology andconservation of Nepenthes (Nepenthaceae)in Sabah state of Malaysia. Dalam The 4th

ASEAN Science & Technology Week "Science &Technology: The Future ofASEAN', ms. 39-48.

ADAM, J. H. dan C. C. WILCOCK. 1996. Pitcherplants of Mt. Kinabalu in Sabah. The SarawakMuseum Journal L(71) (New Series): 146-165.

ADAM, J. H. dan C. C. WILCOCK. 1992. Nepenthesmirabilis (Loureiro) Druce from Borneo.Malayan Nature Journal 46: 75-84.

ADAM, J. H., C. C. WILCOCK dan M. D. SWAINE.1994. Short notes on the ecology of BorneanNepenthes. Sumber 8: 99-10l.

ADAM, J. H., C. C. WILCOCK dan M. D. SWAINE.1992. The ecology and distribution ofBornean Nepenthes. Journal of Tropical ForestScience 5(1): 13-25.

BROWER, J. E. dan J. H. ZAR. 1977. Field andLaboratory Methods for General Ecology.Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Co.Publishers.

CINTRON, G. dan Y. S. NOVELLII. 1984. Methodsfor studying mangrove structures. DIm TheMangrove Ecosystem: Research Method, disuntingoleh S. C. Sneddaker dan J.G. Sneddaker,ms. 91-113. United Kingdom: Richard Clay(The Chaucer Press) Ltd.

GREEN, S. 1967. Notes on the distribution ofNepenthes in Singapore. The Gardens' BulletinSingapore 22: 53-65.

KURATA, S. 1976. Nepenthes of Mount Kinabalu.Sabah, Kota Kinabalu: Sabah National ParksTrustees. 80 ms.

HOLTTUM, R. E. 1954. Plant Life in Malaya.London: Longman, Green.

. NAZUHA ALIAS. 2002. Kajian keupayaan spesiesNepenthes bertapak di cerun bukitterganggu. Tesis SmSn FST, UniversitiKebangsaan Malaysia. 77 ms.

NOR ATIZA MOHAMED AKIL. 2002. Kajian terhadapstruktur komuniti Nepenthes dan pengaruhpersekitaran yang terpilih terhadapnya diSerandah, Selangor Darul Ehsan. TesisSMSn FST, UKM.

PHILLIPPS, A. dan LAMB. 1996. Pitcher Plants ofBorneo. Sabah: Natural History Publication(Borneo) Sdn. Bhd.

SAFIAH SALWANA MOHD NOOR. 1992. Kajian ekologidan taksonomi Nepenthes di Gunung Tawai,Sabah. Tesis SMSn, FSSA. Univesiti KebangsaanMalaysia. 117 pp.

PERTANlKAJ. TROP. AGRIe. SCI. VOL. 27 NO.1, 2004 45

Page 8: Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3548/1/Kajian_Terhadap_Struktur_Komuniti... · terletak di lereng bukit di tepijalan pada

JUMAAT H. A., DAYANI H. D., GERI K.G., A.K. JAlALUDI P. B., RAMlAN O. & HAFIZA A. H.

SELLE SUEP. 2002. Kajian struktur komuniti danpengaruh faktor persekitaran terpilihterhadap kepadatan dan corak taburanNepenthes di Hulu Yam, Selangor. BSc Thesis,Universiti Kebangsaan Malaysia. 63ms.

SHfVAS, R. G. 1984. Pitcher Plant of PeninsularMalaysia and Singapore. Singapore: MaruzenAsia.

SMYfHIES, B. E. 1965. The distribution and ecologyof pitcher plants (Nepenthes) in Sarawak.Humid Tropics Symposium, UNESCO, Kuching.ms. 170-176.

SOM, R. M. 1988. Systematic studies on Nepenthesspecies and hybrids in the Malay Peninsular.Ph.D Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.381 ms.

TANG CHU KEAT. 2002. Kajian penentuan spesiesdan pengaruh saiz panjang batang terhadapperiuk dan jejambak bunga di Ulu Yam,Selangor untuk epenthes spp. Tesis SMSnFST, Universiti Kebangsaan Malaysia. 61 ms.

(Received: 18 August 2002)(Accepted: 1 March 2005)

46 PERTANIKAJ. TROP. AGRIC. SCI. VOL. 27 0.1,2004