162
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hari ini wanita memainkan peranan besar dalam membantu pembangunan dan daya saing kebanyakan negara. Mengikut Smith-Hunter dan Leone (2010), lima puluh peratus populasi di kebanyakan negara adalah terdiri daripada wanita dan lima puluh peratus daripada jumlah itu adalah tenaga buruh yang berpotensi. Di Asia Tenggara bilangan usahawan wanita adalah lebih daripada lima puluh peratus (Coughlin & Thomas, 2002). Manakala, di Eropah sebanyak 25 peratus wanita telah memiliki empayar perniagaan sendiri dan 64 peratus di Russia dan ia telah menunjukkan sumbangan yang signifikan serta berterusan ke atas ekonomi yang dahulunya tidak menunjukkan gerak maju (laman web Jabatan Perdana Menteri, 2011). Saiz penduduk wanita di Malaysia telah meningkat daripada 11.5 juta pada tahun 2000 kepada 13.5 juta pada tahun 2010 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Oleh itu, wanita akan terus menjadi sumber utama dalam mempengaruhi pembangunan generasi akan datang serta menjadi penyumbang kepada ekonomi.

Kajian Terhadap Tahap Kesediaan Keusahawanan Di Kalangan Bakal Usahawan Wanita KPWKM - Final

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Hari ini wanita memainkan peranan besar dalam membantu pembangunan dan daya saing kebanyakan negara. Mengikut Smith-Hunter dan Leone (2010), lima puluh peratus populasi di kebanyakan negara adalah terdiri daripada wanita dan lima puluh peratus daripada jumlah itu adalah tenaga buruh yang berpotensi. Di Asia Tenggara bilangan usahawan wanita adalah lebih daripada lima puluh peratus (Coughlin & Thomas, 2002). Manakala, di Eropah sebanyak 25 peratus wanita telah memiliki empayar perniagaan sendiri dan 64 peratus di Russia dan ia telah menunjukkan sumbangan yang signifikan serta berterusan ke atas ekonomi yang dahulunya tidak menunjukkan gerak maju (laman web Jabatan Perdana Menteri, 2011).

Saiz penduduk wanita di Malaysia telah meningkat daripada 11.5 juta pada tahun 2000 kepada 13.5 juta pada tahun 2010 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Oleh itu, wanita akan terus menjadi sumber utama dalam mempengaruhi pembangunan generasi akan datang serta menjadi penyumbang kepada ekonomi.1

Peratus wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam telah meningkat daripada 6.9 peratus pada tahun 1995 kepada 30.5 peratus pada tahun 2010. Pada tahun 2008, wanita juga mewakili 65.9 peratus daripada enrolmen pelajar lepasan sekolah menengah di sekolah bantuan penuh kerajaan serta dianggarkan 62.3 peratus enrolmen bagi Ijazah Pertama dan 52.7 peratus dalam enrolmen untuk Ijazah Sarjana di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (Rancangan Malaysia ke-Sepuluh, 2010). Bilangan ini berpotensi untuk menjadi tenaga buruh dan kemungkinan

sebahagiannya akan menjadi usahawan.

Penyertaan wanita dalam tenaga buruh meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 2005 kepada 45.7 peratus pada tahun 2008 dan bilangan tersebut terus meningkat kepada 46.4 peratus pada tahun 2009. Penyertaan wanita Malaysia dalam tenaga buruh agak rendah jika dibanding dengan negara jiran seperti Thailand (70.0 peratus), Singapura (60.2 peratus) dan Indonesia (51.8 peratus). Secara purata, perbezaan upah antara wanita dan lelaki telah berkurangan daripada 1:1.16 pada tahun 2006 kepada 1:1.08 pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, nisbah berkenaan berkurangan secara perlahan. Selanjutnya, daripada 155,600 wanita menganggur pada tahun 2009, terdapat seramai 16,182 wanita berkahwin, 2,178 balu dan 2,956 janda.

Merujuk kepada Carta 1, bilangan usahawan di Malaysia menunjukkan peningkatan yang marginal. Bilangan usahawan dalam tempoh 1982 hingga 2003 adalah di antara 1.2 hingga 1.9 juta orang. Pertambahan bilangan usahawan ini2

sejajar dengan peningkatan bilangan penduduk bekerja daripada 5.25 juta pada 1982 kepada 1.66 juta pada tahun 2008.1

Namun demikian, peratusan usahawan di Malaysia agak kecil iaitu tidak melebihi 26 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja dalam tempoh 25 tahun. Peratusan tersebut juga didapati menunjukkan tren yang menurun daripada 25.1 peratus pada tahun 1982 kepada 20.9 peratus pada tahun 2008.

Carta 1.1: Bilangan dan Peratusan Usahawan mengikut Jantina, Malaysia 1982 - 2008

1

Siaran Khas Penyiasatan Tenaga Buruh Usahawan di Malaysia, Siri 4 Bil 1/2009.

3

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Menurut Siasat Khas Penyiasatan Tenaga Buruh Usahawan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, secara keseluruhannya bilangan usahawan di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 2.22 juta iaitu daripada 10.66 juta penduduk bekerja di Malaysia dengan taburan usahawan lelaki sebanyak 25.2 peratus dan usahawan wanita sebanyak 13.1 peratus. Ini menunjukkan bahawa bilangan usahawan telah dimonopoli oleh golongan lelaki memandangkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) lelaki juga mengatasi perempuan dengan kadar penyertaan di antara 79.0 peratus hingga 85.8 peratus dalam tempoh tersebut. Bilangan usahawan lelaki juta didapati telah melebihi 1 juta orang kecuali pada tahun 1982 (988.8 ribu orang) dan 1984 (948.3 ribu orang).

4

Sebaliknya, bilangan usahawan wanita berada pada tahap yang rendah berbanding usahawan lelaki dengan mencatatkan bilangannya tidak melebihi 500,000 orang pada tempoh yang sama kecuali pada tahun 2007 (525.4 ribu orang). Jurang perbezaan di antara usahawan lelaki dan perempuan adalah ketara susulan daripada KPTB wanita secara relatifnya agak rendah berbanding lelaki (di antara 44.4% hingga 47.8%).

1.2

Latar belakang Kajian

1.2.1 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :

"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini."

Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal5

Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dengan penstrukturan baru ini, KPWKM mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :

i. ii. iii. iv.

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW); Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM); Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah6

KPWKM selepas Malaysia diberi mandat untuk menubuhkan sebuah institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara Anggota NAM.

KPWKM dipimpin oleh YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (2001 - Februari 2008) sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya peranan golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Masyarakat juga diberi kesedaran dan bimbingan dalam aspek pembangunan sosial terutamanya kebajikan masyarakat, bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.

Pada masa ini, KPWKM diterajui semula oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil. Manakala YB Senator Datuk Heng Seai Kie dilantik sebagai Timbalan Menteri (Sumber: Internet, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2011).

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009, KPWKM telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui salah satu cabang NKRA iaitu

meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

7

1.2.2 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Pada 27 Julai 2009, YAB Dato' Sri Hj. Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. usaha bagi mengurangkan kadar jenayah; memerangi rasuah; meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Bagi setiap NKRA, seorang menteri telah dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik adalah seperti berikut: i. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan

berkemampuan, menterinya ialah YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran);8

ii.

Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri);

iii.

Bagi NKRA memerangi rasuah, YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri);

iv.

Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah YB Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat);

v.

Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah YB Dato Seri Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah); dan

vi.

Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah YB Dato' Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan).

Di bawah NKRA ke empat iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah yang diterajui oleh YB Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat empat sasaran utama atau sub-NKRA iaitu:

i.

Membasmi kemiskinan tegar 44,643 is rumah miskin tegar di bawah sistem eKasih menjelang 31 Disember 2010;

ii.

Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 3.6% kepada 2.8% menjelang Disember 2010;9

iii.

Melatih dan membangunkan 2,000 usahawan wanita menjelang 31 Disember 2010 dan 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012; dan

iv.

Meningkatkan kadar pemilikan atau penyewaan rumah ke 50% dikalangan rakyat berpendapatan RM2,500 sebulan ke bawah menjelang Disember 2010 (Sumber: Internet, Jabatan Penerangan Malaysia, 2011).

Kajian ini akan menumpukan kepada sub-NKRA yang ke tiga iaitu melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012. Untuk memastikan matlamat sub-NKRA ini tercapai, KPWKM telah bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan sehingga kini seramai 2,330 orang usahawan wanita telah berjaya dilatih seluruh negara dengan pencapaian pendapatan di antara RM3,500 hingga RM5,000 sebulan dalam usaha mengeluarkan wanita dari kepompong kemiskinan.

Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) iaitu salah satu agensi KPWKM juga telah melatih 3,433 orang peserta menerusi program-program pembangunan kapasiti wanita seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) dan Jejari Bestari untuk menjadi usahawan.

10

1.3

Penyataan Masalah

Kepentingan wanita dalam pembangunan negara semakin diakui. Wanita memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi rumah tangga dan seterusnya membangun ekonomi negara (Chamhuri, 1996). Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Namun begitu tidak dinafikan juga usahawan wanita perlu menghadapi pelbagai rintangan dan liku-liku hidup sehingga mereka berjaya dapat keluar dari kemelut kemiskinan dan kesukaran dalam hidup. Golongan wanita miskin sekiranya diberi peluang untuk melawan kemiskinan akan mengambil sebarang peluang tipis yang akan menolongnya keluar daripada keadaan buruk yang dialaminya. Contohnya, wanita miskin di Bangladesh mempunyai kualiti yang positif untuk menjamin dan menguatkan proses pembangunan. Mereka mempunyai semangat untuk terus maju, bekerja keras, berfikir tentang kemuliaan mereka, mengambil tahu tentang anak-anak dan masa depan mereka. Mereka juga sanggup berkorban untuk kebaikan anak-anak dan bergerak dengan cara yang sistematik dalam mencapai cita-cita (Gibbons, 1988).

Pada zaman ini kewujudan usahawan tumbuh bak cendawan dan kaum wanita lebih ramai memberanikan diri berkecimpung dalam arena keusahawanan setanding dengan lelaki (Ab. Aziz, 2010). Kejayaan usahawan wanita patut dicontohi dan dipelajari oleh golongan yang sama bagi memperbaiki taraf hidup mereka. Kerajaan melalui pelbagai agensi telah berusaha menyalurkan pelbagai bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau program latihan bagi membantu golongan wanita untuk mengatasi masalah ekonomi ini melalui program-program keusahawanan.11

Namun demikian, tidak ramai yang mampu keluar daripada kemelut kemiskinan walaupun telah diberikan pelbagai bantuan. Oleh yang demikian adalah sangat perlu bantuan dan sokongan yang diberikan mencapai matlamat yang disasar agar tidak berlaku pembaziran sumber.

Bagi mengelakkan pembaziran sumber tidak berlaku, KPWKM memerlukan pangkalan data profil yang lengkap untuk merancangkan program-program pembangunan usahawan dalam kalangan wanita. Namun begitu, pada masa kini, masih tiada lagi pangkalan data mengenai profil usahawan wanita yang telah mendapat latihan di bawah program KPWKM. Justeru itu, siapa mereka ini masih menjadi tanda tanya dari segi tahap pendidikan mereka, tanggungan mereka, perniagaan yang akan mereka jalankan dan lain-lain fakta yang masih kesamaran. Oleh itu, sukar untuk dibangunkan program yang menepati matlamat dalam melahir dan memperkasa golongan wanita supaya mereka boleh menjadi usahawan yang berjaya.

Di dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011 2015), terdapat objektif pembangunan jangka panjang yang cuba memastikan wanita terutama yang berpendapatan rendah meneroka sokongan institusi dan memperkasa mereka agar keluar dari kepompong kemiskinan. Pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan terutama dalam bidang kemahiran dan keusahawanan kepada wanita dan ibu tunggal seperti program I-KIT, Jejari Bestari dan I-KeuNita. Program ini dirangka bagi

12

menggalakkan wanita yang menghadapi kesukaran terutama wanita dalam kalangan isi rumah 40% terendah menjalankan lebih banyak aktiviti keusahawanan. Namun begitu, memandangkan masih banyak maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan program pembangunan usahawan di kalangan wanita, maka kajian ini amat perlu dijalankan bagi mengenal pasti keadaan penglibatan wanita sebagai usahawan dengan mengambil kira faktor-faktor yang mendorong penglibatan mereka sebagai usahawan dan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan serta kegagalan wanita di dalam bidang keusahawanan.

Oleh yang demikian, menerusi kajian ini ianya dapat merungkai beberapa persoalan dan KPWKM dapat memanfaatkan maklumat yang diperolehi bagi membantu bakal usahawan wanita untuk menjadi lebih produktif dan mampu menjalankan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada ekonomi keluarga khususnya dan ekonomi negara amnya.

1.4

Matlamat Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keadaan penglibatan bakal usahawan KPWKM dalam bidang keusahawanan dalam usaha untuk membantu mereka menjadi usahawan wanita yang berjaya

13

1.5

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk: 1.5.1 Mengenal pasti profil peserta program-program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh JPW;

1.5.2 Mengenal pasti keinginan peserta menjadi usahawan;

1.5.3 Mengenal pasti tahap kesediaan dari aspek minat bakal usahawan wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan usahawan KPWKM;

1.5.4

Mengenal pasti tahap kesediaan dari aspek sikap bakal usahawan wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan usahawan KPWKM;

1.5.5 Mengenal pasti hubungan antara ciri-ciri dari aspek minat dan sikap bakal usahawan wanita untuk menjadi seorang usahawan; dan

1.5.6 Mengenal pasti masalah yang mungkin dihadapi oleh bakal usahawan wanita untuk menceburi bidang keusahawanan.

14

1.6

Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti: 1.6.1 Apakah profil peserta program-program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh JPW?

1.6.2 Apakah keinginan peserta program menjadi usahawan?

1.6.3 Apakah tahap kesediaan dari aspek minat bakal usahawan wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan usahawan KPWKM?

1.6.4 Apakah tahap kesediaan dari aspek sikap bakal usahawan wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan usahawan KPWKM?

1.6.5 Adakah ciri-ciri dari aspek minat bakal usahawan wanita mempunyai hubungan dengan ciri-ciri dari aspek sikap untuk menjadi seorang usahawan?

1.6.6 Apakah masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh bakal usahawan wanita KPWKM untuk menceburi bidang keusahawanan?

15

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting dan memberikan implikasi yang baik kepada pihakpihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di mana maklumat yang diperolehi boleh digunakan dalam merangka dan melaksanakan program keusahawanan untuk wanita terutamanya yang berpendapatan rendah.

Antara kepentingan kajian ini adalah:

1.7.1 Dapat

membantu

KPWKM

untuk

mewujudkan

program

pembangunan keusahawanan yang bersesuaian dengan keperluan wanita.

1.7.2 Dapat membantu KPWKM untuk membangunkan dengan lebih efektif seberapa ramai usahawan wanita hasil daripada kefahaman tentang permasalahan yang mereka hadapi dan bagimana cara bagi mengatasi masalah tersebut.

1.7.3 Dapat membantu KPWKM dalam mengenal pasti bantuan dan latihan yang diperlukan oleh bakal usahawan wanita bagi membolehkan mereka meningkatkan prestasi perniagaan serta membolehkan mereka mampu bersaing.

1.7.4 Dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji lain dalam membuat kajian seterusnya memandangkan kajian keusahawanan di kalangan wanita

16

masih kurang dijalankan dalam kalangan penyelidik-penyelidik tempatan.

1.8

Skop Kajian

Skop kajian ini melibatkan bakal usahawan wanita di bawah KPWKM yang akan menceburi diri dalam bidang keusahawanan.

1.9

Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada bakal usahawan wanita di bawah KPWKM di negeri Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur sahaja. Oleh itu, maklumat yang diperolehi adalah terbatas kepada bakal usahawan wanita di negeri Melaka, Pahang, Selangor dan WP Kuala Lumpur sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada semua bakal usahawan di bawah KPWKM. Kajian ini masih tidak dapat meliputi semua bakal usahawan KPWKM kepada kesuntukan masa. Kajian ini juga terhad kepada kajian yang menggunakan instrumen soal selidik sahaja dan terhad kepada dimensi minat, sikap dan masalah yang mungkin dihadapi oleh responden.

17

1.10

Definisi Pengoperasian

1.10.1 Usahawan

Usahawan adalah individu yang menubuhkan sesebuah organisasi atau firma perniagaan. Usahawan adalah pencipta perniagaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses yang dibantu oleh rangkaian kerjasamsa dalam Kerajaan, pendidikan dan institusi (Jasiman, 2005).

1.10.2 Usahawan Wanita

Usahawan adalah merujuk kepada wanita yang melibatkan diri dalam apa jua bidang perniagaan dan menggunakan kreativiti mereka dalam menjayakan perniagaan tersebut. Untuk menjadi usahawan, seseorang itu perlu memiliki beberapa ciri-ciri tertentu yang dapat mendorong mereka untuk menerokai bidang keusahawanan seperti mempunyai daya usaha untuk menceburi bidang perniagaan dan sanggup mengambil risiko.

1.10.3 Keusahawanan

Keusahawanan ialah satu proses menghasilkan sesuatu yang berbeza dan bernilai dengan menumpukan usaha dan tenaga yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima ganjaran dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri (Robert, 1985 dalam Aini, Faridahwati & Hasni, 2000). 1.10.4 Sikap keusahawanan18

Sikap keusahawanan adalah sikap yang mempengaruhi tindakan-tindakan keusahawanan dan memainkan peranan penting dalam apa jua tuntutan keusahawanan seperti mengenal pasti teknik dan kaedah yang harus digunakan untuk mengurusakan perniagaan yang dilakukan oleh individu terbabit.

1.10.5 Ciri-ciri usahawan

Ciri-ciri usahawan adalah suatu kemampuan atau kemahiran diri yang perlu ada pada individu untuk memenuhi keinginan atau kehendak yang timbul daripada desakan dalaman atau galakan luaran yang wujud dalam persekitaran (Nor Aishah, 2002).

1.11

Pengorganisasian Kajian

Kajian ini dibahagikan kepada lima bab utama. Bab yang pertama menerangkan latar belakang kajian, objektif kajian, signifikan kajian dilakukan, skop kajian dan sebagainya. Dengan adanya bab ini, pembaca akan memahami dan gambaran awal mengenai kajian ini.

Bab kedua kajian ini adalah ulasan karya. Ulasan karya dibuat bagi menyokong kajian yang dilakukan. Ulasan karya ini adalah berdasarkan sokongan kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik terdahulu. Berdasarkan ulasan karya, ia dapat memacu menghasilkan kajian yang lebih kukuh.

19

Bab tiga pula menerangkan kaedah kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Antaranya adalah menerangkan kaedah kutipan data yang dilakukan serta analisi yang bakal digunakan. Manakala bagi bab empat merupakan analisis selepas dapatan kajian dilaksanakan. Ianya melibatkan analisis secara statistik yang diperolehi daripada maklumat para responden melalui kaedah kuantitatif. Bab lima iaitu bab terakhir berkaitan perbincangan lanjut hasil dapatan, rumusan penemuan kajian yang diperolehi serta cadangan penambahbaikan terhadap kajian pada masa akan datang. Carta aliran kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.1. Rajah 1.1: Carta Aliran Kajian Pernyataan Masalah

Persoalan Kajian

Objektif dan Matlamat Kajian

Ulasan Karya

Metodologi

Analisis Data

Hasil Analisis

Kesimpulan / Perbincangan

20

BAB 2

ULASAN KARYA

2.1

Pengenalan

Ulasan karya bertujuan untuk mengumpul kajian-kajian lepas yang berkaitan dalam membantu dan mengenal pasti arah kajian yang dijalankan. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara dijadikan sebagai rujukan dalam membentuk persoalan kajian ini. Ciri-ciri atau aspek dari segi minat dan sikap untuk menjadi usahawan serta permasalahan untuk memulakan perniagaan diperbincangkan melalui beberapa model dan teori yang berkaitan dengan usahawan. Bahan rujukan yang digunakan adalah seperti jurnal, buku, keratan akhbar, majalah, tesis, laporan-laporan internet, tinjauan rambang, bahan media massa dan bahan bercetak lain.

Melalui kajian-kajian yang dijalankan, usahawan dan keusahawanan sering dikaitkan dengan perihal kejayaan dan kekayaan di samping pelbagai bentuk halangan, kesukaran, dugaan dan cabaran. Lebih-lebih lagi kepada wanita terutama yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal untuk menjadi usahawan sudah pasti akan menempuh pelbagai cabaran bersifat struktural, fisikal dan emosional. Hanya mereka yang benar-benar cekal, tabah dan gigih sahaja akan mampu melepasi halangan ini. Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang mempunyai risiko21

ke arah kegagalan. Namun demikian, penglibatan wanita dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang positif.

2.2

Definisi Usahawan

Kirzner (1979) dalam Ab. Aziz (2009) mendefinisikan usahawan sebagai seorang yang sentiasa berwaspada terhadap peluang-peluang yang tidak disedari oleh orang lain. Usahawan akan mengambil tindakan secara imaginatif, kreatif dan inovatif. Beliau menyatakan:

Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who sees the future that no one else has seen and, if this perception is correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer satisfaction and technoogical effiency.

Shefsky (1994) mendefinisikan entrepreneur dengan membahagikan tiga perkataan entre, pre dan neur dan merujuk bahasa Latin, iaitu entre bermaksud entre, pre bermaksud before dan neur bermaksud nerve center. Dengan kata lain, beliau mendefinisikan usahawan sebagai seorang yang masuk ke alam perniagaan tidak kira dalam bentuk apa jua perniagaan dan pada masa yang sama bersaing untuk terus mengukuhkan lagi perniagaan yang dijalankan.

22

Selain itu, Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena yang baru. Usahawan telah muncul dan wujud di sepanjang perjalanan sejarah. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh usahawan adalah seperti berikut:

a.

Membolehkan berlakunya penggabungan faktor-faktor pengeluaran termasuk tanah, modal, teknologi, maklumat dan sumber tenaga bagi menghasilkan kerja dengan cekap.

b.

Melihat dan mengenal pasti peluang-peluang yang terdapat dalam persekitaran dengan menggiatkan aktiviti yang mampu memberi

kesejahteraan sejagat. c. Memilih pendekatan yang terbaik dalam usaha mengambil faedah daripada faktor-faktor pengeluaran agar tidak berlaku penyalahgunaan dan pembaziran dalam menjalankan aktiviti keusahawanan. d. Memastikan generasi akan datang terus mendapat kebaikan daripada setiap aktiviti keusahawanan yang dijalankan.

Khairuddin (1996) mendefinisikan usahawan sebagai seorang individu yang merancang, menerajui dan mengurus sebuah perniagaan atau perusahaan. Beliau juga menyatakan bahawa usahawan merupakan seorang individu yang berorientasikan tindakan, bersifat kreatif, inovatif, bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan.

23

Nor Aishah (2002) merujuk usahawan kepada individu yang berjaya menubuhkan atau menguruskan sesuatu jenis perniagaan atau perusahaan. Matlamat usahawan adalah untuk mencapai kejayaan atau keuntungan untuk dirinya dan menyumbang kepada kemakmuran masyarakat sekeliling dan negara. Dari segi istilah ekonomi pula, usahawan disifatkan sebagai individu yang menggabungkan dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan serta keuntungan. Dari segi istilah perdagangan pula, usahawan diertikan sebagai individu yang memiliki daya kreativiti dan inisiatif yang tinggi, berpandangan jauh serta mempunyai wawasan jangka panjang untuk mencipta kejayaan bagi dirinya dan masyarakat.

Menurut Boschee dan McClurg (2003), usahawan adalah individu yang mengatur, mengurus dan menanggung risiko perniagaan. Usahawan bermula dengan tiada apa-apa, hanya idea atau prototaip sehingga berkeupayaan untuk menjalankan perniagaan dan berkebolehan untuk menguruskan kewangan.

Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan usahawan sebagai seseorang yang mengelola, mengurus dan mengambil risiko perniagaan. Usahawan juga didefinasikan sebagai seseorang yang menerokai perniagaan baru dalam keadaan yang berisiko dan ketidakpastian untuk tujuan memperolehi keuntungan dan perkembangan dengan mengenal pasti peluang-peluang.

24

Bagi Jasiman (2005), usahawan ditakrifkan sebagai individu yang mampu mengenal pasti dan mengambil peluang daripada perubahan ekonomi, menyediakan keperluan kewangan, bertanggungjawab dan pengurusan dan pengambilan risiko serta memperbaiki teknik pengurusan, strategik dan sebagainya. Usahawan bertanggungjawab menubuhkan sesuatu perniagaan yang diminati. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang boleh diceburi bergantung kepada kemampuan, pengalaman, jumlah pelaburan dan sebagainya. Usahawan bukan sahaja terdiri daripada kalangan usahawan lelaki, tetapi juga melibatkan kaum wanita, muda atau tua.

2.3

Konsep dan teori

Katz dan Gartner (1988) mendefinisikan tekad sebagai satu pencarian maklumat yang boleh digunakan untuk membantu memenuhi matlamat penubuhan perniagaan. Tekad bermaksud satu konsep yang aktif yang bukan sahaja menyatakan keinginan membentuk perniagaan tetapi juga merangkumi tekad lain seperti mencari nasihat pakar rujuk dan menjalankan kajian pasaran.

Menurut Krueger (1993), tekad keusahawanan juga berkait dengan komitmen individu untuk memulakan perniagaan. Malah, literatur telah membuktikan tekad terhadap sesuatu tingkah laku merupakan peramal terbaik untuk tingkah laku tersebut. Jadi, tekad keusahawanan adalah penting dalam memahami program keusahawanan secara keseluruhan kerana ia merupakan pencetus untuk bertingkah laku seterusnya dalam aktivti berkaitan memulakan perniagaan.25

Boyd dan Vozikis (1994) menyatakan bahawa faktor situasi seperti kesuntukan masa, kesukaran tugas dan pengaruh orang lain melalui tekanan sosial juga mempengaruhi tekad keusahawanan. Dyner (1994) menunjukkan kerjaya dalam keusahawanan muncul apabila terdapat kekurangan peluang untuk pekerjaan dalam organisasi semasa.

Menurut Cromie (1994), tekad keusahawanan ditentukan oleh aras kemahiran, bakat, nilai, minat dan dimensi psikologi lain yang dimiliki oleh individu. Seseorang yang percaya tentang nilai asas, kemahiran, bakat dan nilai dirinya akan menggalakkan individu tersebut memilih sesuatu pekerjaan yang selari dengan kepercayaan tersebut. Oleh itu, pilihan kerjaya akan wujud dalam diri individu. Ianya merupakan satu kumpulan pemahaman tentang bakat diri, motif dan nilai yang dimiliki sehingga satu fokus untuk membentuk konsep kendiri kerjaya individu tersebut dan pilihan kerjaya ini sebenarnya mempengaruhi tekad keusahawanan.

Ajzen (1991) telah mengenal pasti Teori Tingkah laku Terancang untuk memahami tekad keusahawanan. Dalam teori yang dikemukakan oleh Ajzen, pembolehubah yang terlibat adalah seperti di dalam Rajah 2.1.

26

Rajah 2.1:

Teori tingkah laku terancang

Sikap terhadap Tingkah Laku

Norma subjektif

TEKAD

T I N G K A H

Tingkah laku kawalan tertanggap

L A K U

Teori tingkah laku terancang mengenal pasti tiga pembolehubah sikap yang mempengaruhi tekad. Dua daripadanya menggambarkan keinginan tertanggap untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku iaitu sikap individu itu sendiri terhadap hasil tingkah lakunya dan norma sosial tertanggap. Faktor ketiga tingkah laku kawalan tertanggap yang bermaksud keupayaan yang dianggap boleh dilaksanakan dan ini amat berkait dengan efikasi kendiri.

Bagi

pembolehubah

sikap

terhadap

tindakan

atau

tingkah

laku,

Ajzen menjelaskan bahawa sikap terhadap tindakan atau tingkah laku bergantung kepada jangkaan dan kepercayaan tentang kesan peribadi hasil daripada tingkah laku tersebut. Individu akan menilai dan merasakan dirinya seronok atau tidak untuk melaksanakan tingkah laku tersebut, bermaksud dalam konteks keusahawanan adakah individu dapat merasa keseronokan apabila memulakan perniagaan nanti.27

Bagi pembolehubah norma subjektif pula menerangkan di mana individu cuba mendapatkan persepsi orang terpenting dalam hidupnya tentang keinginannya untuk menjawat sebarang pekerjaan termasuk sebagai usahawan.

Walaubagaimanapun, Ajzen (1987) telah mendapati norma subjektif kurang berupaya meramal tekad untuk individu yang mempunyai kawalan dalaman yang tinggi. Ianya penting untuk mengenal pasti siapakah orang terpenting yang boleh mempengaruhi tekad keusahawanan individu. Oleh itu, norma subjektif akan menentukan tekanan sosial untuk melaksanakan tingkah laku yang dipilih.

Bagi pembolehubah ketiga iaitu tingkah laku kawalan tertanggap adalah merujuk kepada kawalan tingkah laku yang mungkin bertindan dengan Bandura (1986) iaitu keupayaan untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku yang dirancang atau efikasi kendiri. Menurut Meyer (1993), efeksi kendiri berhubung secara konsepnya dan empirikalnya dengan teori atribusi yang telah berjaya diaplikasikan untuk memulakan perniagaan. Efeksi tersebut telah banyak dikaitkan secara teori dan empirikal dengan fenomena pengurusan dan keusahawanan.

Ajzen (1991) menegaskan bahawa tingkah laku kawalan tertanggap dapat meramal secara konsisten tingkah laku mencapai matlamat kerana kawalan merupakan satu masalah. Persepsi tentang kebolehlaksanaan penting untuk mendorong pilihan yang berkaitan dengan kerjaya termasuklah bekerja sendiri sebagai usahawan. Ajzen menjelaskan lagi bahawa individu membuat persepsi sama28

ada kerjaya yang dipilih itu mudah atau sukar. Menurut Dickson (1994) pula, lagi tinggi kawalan tingkah laku individu, lagi tinggi persepsinya terhadap peluang.

Efikasi kendiri dan tingkah laku keusahawanan boleh difahami melalui pandangan beberapa pengkaji dalam bidang keusahawanan. Efikasi ini meramal pengenal pastian peluang dan menurut Shapero (1989) efikasi kendiri tertanggap juga penting untuk tekad keusahawanan. Bagi Chander dan Jansen (1992) pula, mereka percaya bahawa laporan keupayaan dan kebolehan diri adalah peramal untuk prestasi keusahawanan. Menurut Krueger dan Dickson (1994), efikasi kendiri juga dikaitkan dengan pengambilan risiko dan pengenal pastian peluang perniagaan.

Dalam hal bakal usahawan wanita dalam kajian ini, model dan teori seperti yang dinyatakan dapat digunakan dalam menerangkan bagaimana minat dan sikap dapat mempengaruhi tahap kesediaan mereka untuk menceburi bidang

keusahawanan.

2.4

Kerangka teoritikal

Kerangka teoritikal bagi kajian ini terbahagi kepada tiga (3) pembolehubah utama iaitu pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini adalah minat terhadap bidang keusahawanan dan sikap untuk menjadi usahawan. Tahap kesediaan keusahawan29

adalah pembolehubah bersandar. Minat dan sikap dijangka akan mempengaruhi tahap kesediaan keusahawanan iaitu pembolehubah yang dikaji. Kajian ini juga memasukkan aspek profil peserta sebagai pembolehubah tidak bersandar untuk melihat perbezaan antara minat dan sikap serta tahap kesediaan keusahawanan di kalangan bakal usahawan wanita. Kerangka kajian adalah seperti di Rajah 2.2.

Rajah 2.2:

Kerangka Kajian / Teoritikal

Pembolehubah Tidak Bersandar Profil

Pembolehubah Bersandar

Minat

Tahap kesediaan keusahawanan di kalangan bakal usahawan wanita

Sikap

2.5

Usahawan wanita

Banyak kajian yang telah dibuat di mana ia membuktikan kepentingan wanita dalam menambah punca pendapatan keluarga. Kajian Firth (1966) terhadap wanita di Kelantan menonjolkan peranan penting wanita dalam organisasi ekonomi masyarakat. Wanita di Kelantan turut sama membantu keluarga untuk mengatasi masalah kemiskinan.30

Menurut Fatimah (1975), salah satu aktiviti tidak formal yang banyak diceburi oleh wanita ialah berniaga. Walaupun ramai wanita yang menceburi bidang perniagaan, namun jumlahnya masih kecil. Jumlah kecil ini menyebabkan tiada data lengkap yang terkumpul. Keadaan ini berlaku ekoran jurang yang wujud dalam penyelidikan mengenai wanita dan pekerjaan. Satu hakikat yang harus diterima ialah majoriti wanita negara ini yang terlibat dalam perniagaan tertumpu dalam perniagaan yang bersaiz sederhana dan kecil.

Fatimah (1975) dalam kajiannya mengenai penyertaan wanita Bumiputera di Kuala Lumpur dalam bidang perniagaan mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada suri rumah tetapi menceburi bidang ini atas galakan suami. Walau bagaimanapun, mereka lebih cenderung menceburi bidang perniagaan bersaiz kecil yang tidak memerlukan kemahiran serta modal yang tinggi, tidak rumit dan kurang risiko.

Di Malaysia, Fatimah (1975) mendapati ramai di antara usahawan wanita menceburi bidang penjaja, peruncitan dan penjualan secara borong. Ini adalah kerana bidang tersebut tidak memerlukan kemahiran tenaga buruh dan modal yang banyak, tidak kompleks dan risiko adalah rendah. Beliau juga telah merumuskan bahawa walaupun sebilangan peniaga wanita yang berniaga secara sambilan semata-mata untuk membantu menambahkan pendapatan suami mereka yang bergaji rendah, ramai juga yang berbuat demikian bagi mengambil kesempatan terhadap pelbagai31

jenis peluang dan kemudahan ekonomi yang telah disediakan oleh kerajaan. Malah, peniaga-peniaga dan pengusaha wanita Melayu yang menjalankan perniagaan dan perusahaan secara besar-besaran dan berjaya terdiri daripada isteri pegawai tinggi dan anggota golongan atasan.

Manakala di dalam kajian Strange (1981) mendapati wanita Terengganu sangat giat dalam perniagaan dan pertanian. Kajian ini juga menekankan tentang penyertaan wanita Melayu dalam bidang ekonomi pertanian. Peranan wanita dalam bidang ini amat penting dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan pada masa kini adalah untuk membuktikan bahawa wanita juga mempunyai daya yang setaraf dengan lelaki. Menurut Cromie (1987), wanita yang menceburi dalam bidang perniagaan adalah kerana ingin mencari wang sendiri, menggunakan kemahiran yang ada serta mencari status sebagai pengurus perniagaan sendiri. Namun begitu, menurut Goffee et al. (1982) ada juga penyelidik mendapati wanita yang menceburi dalam perniagaan kesan daripada anjakan negatif iaitu tidak berpuas hati dengan pekerjaan lalu.

Hisrich dan Brush (1984) mendapati bahawa jenis perniagaan yang dijalankan oleh usahawan wanita termasuk penjualan, penasihat, kesenian, pengiklanan dan perhubungan awam, perkhidmatan peribadi, perniagaan komputer, pengeluaran, kesetiausahaan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan dari segi undang-undang perubatan, kewangan dan pembinaan.32

Cromie (1987) dan Scott (1986) berpendapat bahawa keprihatinan terhadap keluarga merupakan punca utama wanita menjadi usahawan. Memiliki sesuatu perniagaan memberi peluang kepada wanita untuk bersama keluarga kerana mempunyai masa yang lebih fleksibel. Melibatkan diri dengan perniagaan membolehkan seseorang wanita itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dan kerjaya sekali gus.

Terdapat juga wanita yang mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan keperluan peribadi seperti memenuhi keinginan untuk berjaya dengan kerjaya di samping tanggungjawab dalam keluarga (Tigges & Green, 1994; Kallenberg & Leicht, 1991; Kelly,1988; Goffee & Scase, 1985). Mereka ini akan menyelesaikan masalah mereka dengan melibatkan dengan perniagaan.

Menurut Nelton dan Berney (1987) pula, wanita biasanya didorong oleh krisis peribadi pada awalnya dan minat mereka dalam perniagaan adalah terhad. Kemudiannya mereka akan didorong oleh kehendak kepada pencapaian, kebebasan dan kawalan.

Yep Putih (1989) dalam Nor Aishah (2002) telah menghuraikan kepentingan usahawan kepada sesebuah masyarakat dan negara. Menurut beliau, usahawan ialah seseorang yang memikirkan cara-cara untuk menyatukan tenaga manusia dengan modal dan tanah bagi menghasilkan pendapatan atau keuntungan yang halal dan lumayan. Selain itu, usahawan harus mengenal pasti teknik dan kaedah yang harus33

digunakan untuk mentadbir dan menguruskan usaha-usaha yang telah diwujudkan supaya perniagaannya berjalan lancar dan berkembang maju dari masa ke masa. Kesimpulan dari kajian beliau, usahawan memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara. Bagi seorang usahawan, setiap masalah yang dihadapi dianggap sebagai satu peluang ekonomi. Seorang usahawan sanggup mencuba pelbagai gabungan sumber secara maksimum untuk mengatasi sesuatu masalah.

Majoriti usahawan wanita memilih jenis perniagaan kerana mereka mengenali sektor itu dengan baik atau berminat kepadanya (Collerette & Aubry, 1990) atau mereka mempunyai pengalaman terdahulu dalam bidang tersebut (Stewars & Boyd, 1988). Usahawan wanita menjalankan perniagaan secara kecilkecilan dalam penjualan barang-barang dan sektor perkhidmatan (Hisrich & Brush, 1986; Nieder,1987; Burdette, 1990; Collerette & Aubry, 1990; Lee-Gosselin & Grise, 1990). Perniagaan mereka adalah muda secara relatif (Lee-Gosselin & Grise, 1990) dan kemungkinan besar perniagaan itu akan berkembang kepada perniagaan yang besar (Steward & Boyd, 1988), walaupun perkembangan adalah lambat (LeeGosselin & Grise, 1990; Teo, 1996).

Bhuptani (1993) pula menegaskan bahawa usaha untuk membangunkan wanita sebagai pengusaha perlu mengambil kira wanita sebagai pengusaha dan aktiviti perusahaan. Program latihan telah dikenal pasti sebagai satu pendekatan yang paling sesuai untuk membangunkan usahawan.34

Menurut kajian Sarimah (1994), kejayaan wanita dalam perusahaan mikro banyak bergantung kepada diri wanita itu sendiri serta sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga. Perusahaan yang lebih besar memerlukan wanita terlibat dengan kerja di luar rumah dan wanita memerlukan bantuan ahli keluarga untuk mengambil alih tugasan di rumah. Pada masa yang sama, penglibatan suami atau anak dewasa di dalam perusahaan yang dijalankan juga telah didapati menyumbang kepada kejayaan projek yang dijalankan.

Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wanita menceburi bidang keusahawanan secara kecil-kecilan kerana keadaan ekonomi yang mendesak. Terdapat juga sebahagian kecil wanita melibatkan diri kerana dibesarkan dalam kehidupan usahawan atau desakan diri untuk mencapai kejayaan (Egan, 1997; Sarimah,1994). Walau apa pun sebab yang mendorong wanita terutama wanita luar bandar menceburi diri dalam bidang keusahawanan, hakikatnya penglibatan mereka terbukti telah membantu meningkatkan tahap hidup keluarga luar bandar (Sarimah, 1994; Jariah & Laily, 1995). Malahan bidang keusahawanan adalah bidang yang terbanyak diceburi wanita yang berstatus ibu tunggal (Jariah et al, 1995).

Mohd Salleh (2004) menyatakan bahawa penglibatan wanita di dalam bidang keusahawanan tidak dapat dinafikan lagi. Sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi rasul, Baginda telah menjalankan perniagaan perkongsian dengan usahawan wanita berjaya pada zaman tersebut iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid yang merupakan isteri kepada Rasulullah S.A.W. Norashidah (2004) dalam kajiannya juga ada menyatakan bahawa35

melalui sirah dan riwayat hidup baginda Rasulullah S.A.W., telah diketahui bahawa Saiditina Siti Khadijah adalah usahawan yang mempunyai perniagaan yang maju. Sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau adalah bertepatan dengan ciri-ciri keusahawanan yang patut ada pada seseorang yang ingin bergelar usahawan. Saidatina Khadijah sanggup menanggung risiko yang akan dihadapi apabila menjadi orang pertama yang memeluk agama Islam selepas Rasulullah S.A.W., tabah menghadapi tekanantekanan daripada kaum Quraisy, mempunyai ketahanan jiwa, mental dan fizikal serta melakukan pengorbanan harta.

Kajian oleh Suaibah et al (2005) mendapati bahawa majoriti usahawan wanita menceburi bidang makanan dan minuman, pakaian serta peruncitan.

Zaidatol Akmaliah (2007) menyatakan bahawa perniagaan kecil menawarkan banyak peluang kepada wanita untuk melibatkan diri. Kebanyakan wanita menceburi bidang peruncitan dan perkhidmatan. Adalah lebih membanggakan sekiranya usahawan wanita mampu menceburi bidang yang sebelum ini dikendalikan oleh kaum lelaki seperti perkilangan, pengangkutan, pertanian, sekuriti dan pembinaan.

Menurut Ab Aziz (2010), perniagaan jualan langsung juga sesuai untuk pelbagai peringkat wanita yang tidak berpeluang untuk meneruskan kerjayanya akibat mereka berhenti bekerja kerana masalah rumahtangga. Justeru, perniagaan jualan langsung yang fleksibel sesuai untuk suri rumahtangga yang mahu mengekalkan pendapatan dengan memulakan aktiviti keusahawanan.

36

2.6

Keusahawanan

Cole (1969) dan Ab. Aziz (2003) mendefinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.

Menurut Pride, Hughes dan Kapoor (1988), keusahawanan ialah suatu bentuk perniagaan yang dimiliki secara berasingan oleh seseorang yang beroperasi untuk memperoleh keuntungan.

Bagi Hutt (1994), keusahawanan merupakan satu seni atau proses memasuki, mengurus perniagaan sendiri. Mereka muncul sebagai peniaga atau usaha sendiri dengan mempunyai sifat, sikap dan minat untuk bekerja sendiri, maka mereka di katakan mempunyai semangat keusahawanan iaitu mahu meneruskan kerjaya sebagai seorang usahawan.

Manakala bagi Ab. Aziz (2009), perbezaan antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, pengambilan risiko dengan kesungguhan bekerja untuk membentuk, membangun dan memaksimumkan potensi diri dengan memanfaatkan peluang yang diperoleh.

37

Manakala menurut Hisrich dan Peters (1998) pula, keusahawanan ialah proses penciptaan sesuatu yang baru yang bernilai di mana ianya memerlukan masa, usaha, melibatkan kewangan dan risiko sosial untuk mendapatkan ganjaran kewangan dan kepuasan diri.

Menurut Jariah (1998), keusahawanan didefinasikan sebagai penciptaan nilai dengan menggembelingkan sumber untuk mengeksplotasi peluang. Ia melibatkan kedapatan peluang ekonomi, unsur galakan budaya, program pembangunan kerajaan, dan ciri serta nilai diri yang sesuai.

Bagi Mohd Salleh et al. (2004), keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barang atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah.

38

2.7

Sikap keusahawanan

Menurut

Gasse (1982)

dalam Nawawi Mohd.

Jan (1992),

sikap

keusahawanan atau kecenderungan ke arah keusahawanan banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai hidup seseorang individu. Nilai-nilai hidup ditakrifkan sebagai suatu konsepsi umum dan tersusun yang mempengaruhi perilaku semulajadi seseorang. Nilai-nilai hidup juga merupakan satu set kepercayaan terhadap pelbagai aspek dalam persekitaran yang berupaya mempengaruhi pemikiran seseorang terhadap sesuatu idea dan pandangan individu terhadap orang lain.

Menurut Adnan (1992), usahawan mungkin didorong satu atau lebih faktor. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu faktor menolak dan faktor menarik. Di antara contoh faktor menolak adalah kekecewaan, peluang terbatas, ekonomi meleset, ketidakpuasan dan budaya keusahawanan. Manakala faktor menarik pula adalah dorongan psikologi, keuntungan, berkhidmat untuk masyarakat dan keredhaan Allah.

Menurut Nor Aishah (2002), individu yang mempunyai nilai-nilai inovatif, kebebasan atau hak milik, berorientasikan kecemerlangan dan menghormati tugas atau kerja umumnya cenderung bertindak dalam arah yang sama dalam apa jua situasi. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai nilai-nilai inovatif akan mempunyai kecenderungan untuk menggunakan daya imaginasi bagi mengesan peluang dan matlamat. Seterusnya, mereka akan menunjukkan kecenderungan dalam39

mengambil risiko yang sederhana dalam menentukan matlamat atau mengatasi sesuatu keadaan atau masalah. Suatu rangkaian kecenderungan yang lazim dan ketara akan membentuk sikap tertentu di kalangan usahawan. Sikap-sikap ini

mempengaruhi tindakan-tindakan keusahawanan dan memainkan peranan penting dalam apa jua tuntutan keusahawanan yang dilakukan oleh individu tersebut.

2.8

Ciri-ciri usahawan

Menurut McBer (1986) menyenaraikan ciri-ciri usahawan berjaya seperti berikut: a. Proaktif i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Inisiatif; Asertif; Orientasi Kejayaan; Melihat dan bertindak terhadap peluang; Berorientasi kecekapan; Rancangan yang sistematik; dan Membuat pemantauan / kawalan.

40

b. Komitmen kepada orang lain i. ii. Komitmen terhadap kerja; dan Mengenal pasti kepentingan hubungan dalam perniagaan.

Menurut Yep Putih (1987), ciri-ciri utama usahawan adalah mempunyai keyakinan dan kesanggupan untuk membuat apa yang patut dibuat bagi mendapatkan hasil, asalkan ia tidak bercanggah dengan kehendak agama, undang-undang dan juga norma-norma sosial. Kelayakan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah terletak pada diri sendiri iaitu kemahuan dan cita-cita.

Menurut Sarkom (1995), seorang usahawan adalah seseorang yang mempunyai ciri-ciri seperti: a. mempunyai kecekapan dalam menjalankan sesuatu perniagaan; b. mempunyai kebolehan untuk melihat, mengenal pasti, merebut dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan; c. berusaha menggembleng faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan keuntungan; d. seseorang yang sanggup menerima cabaran, cekap membuat keputusan dan berani serta sanggup menanggup risiko; dan e. dapat melihat peluang dalam bencana.

41

Menurut Hian Chye Hian (1996), terdapat enam (6) ciri penting yang perlu ada pada seseorang usahawan, iaitu (i) keperluan untuk mencapai kejayaan; (ii) lokus kawalan dalaman yang tinggi; (iii) kecenderungan untuk mengambil risiko; (iv) bertolak ansur dengan kekaburan; (v) mempunyai keyakinan diri serta (vi) kemampuan untuk bertindak secara inovatif.

i.

Keperluan untuk mencapai kejayaan

Keperluan untuk mencapai kejayaan merupakan hasil daripada dorongan psikologi yang kuat yang memandu pada tindakan seseorang memperoleh kejayaan dalam bidang keusahawanan. Individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi dipercayai lebih cenderung untuk berjaya kerana keinginan untuk melihat kejayaan akan menyemarakkan semangat

keusahawanan yang ada pada mereka. Individu yang mempunyai ciri-ciri seperti ini lebih cenderung membuktikan keyakinan diri yang tinggi, kemampuan untuk mencapai kejayaan dan pada masa yang sama akan mengelakkan diri mereka daripada menyerah pada nasib.

ii. Lokus kawalan dalaman yang tinggi

42

Lokus kawalan ialah persepsi usahawan terhadap ganjaran dan hukuman yang mempengaruhi kehidupan mereka apabila menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman

mempercayai bahawa mereka mampu mengawal kehidupannya sendiri dan yakin kejayaan berada di tangan mereka. Sementara individu yang mempunyai lokus kawalan luaran percaya bahawa kejadian dalam kehidupan merupakan hasil daripada faktor luaran seperti peluang, nasib atau takdir. Usahawan seperti lebih banyak mengharap bantuan, subsidi dan pertolongan. Jika kegagalan berlaku, mereka akan meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Umumnya, usahawan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam sesuatu yang berisiko dan penuh dengan ketidakpastian secara kalkulatif. Menurut Hannu (2000), kemahiran yang terdapat pada usahawan merupakan keupayaan mereka untuk bertindak selari dengan perubahan persekitaran yang dinamik lagi kompleks. Mereka membangunkan strategi selaras dengan perubahan dalam persekitaran perniagaan, meningkatkan dorongan dan jangkaan hasil daripada kemampuan mereka mengawal tuntutan, desakan diri sendiri dan keinginan yang tinggi untuk melihat kejayaan.

43

iii. Kecenderungan untuk mengambil risiko

Menurut Hannu (2000) lagi, ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh usahawan bagi memastikan kejayaan mereka ialah kesediaan untuk mengambil risiko, kesediaan berhadapan dengan ketidakpastian, melakukan inovasi, memiliki kemahiran pemasaran, pengurusan perniagan dan keupayaan untuk

mengoperasi syarikat. Hannu menjelaskan bahawa ciri-ciri yang perlu ada pada usahawan ialah keinginan untuk mengambil risiko, keupayaan untuk mengenal pasti peluang perniagaan, keupayaan untuk membetulkan kesalahan dan keupayaan untuk menilai peluang yang boleh mendatangkan keuntungan. Usahawan yang cenderung untuk mengambil risiko pada ketidakpastian. Sehubungan itu, usahawan akan lebih cenderung untuk mengambil risiko yang berbentuk kalkulatif dengan mengambil kira pulangan yang bakal diperoleh dan juga kedudukan serta kekuatan semasa mereka. Usahawan ini akan membuat analisis kos dan faedah terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang berisiko.

iv. Bertolak ansur dengan kekaburan

Menurut Hian Chye Koh (1996), individu yang mempunyai sifat tolak ansur dengan kekaburan yang tinggi ialah mereka yang merasakan situasi kekaburan yang dihadapi mampu untuk diatasinya. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dengan kebolehan, kepakaran, pengetahuan dan44

bimbingan yang diperoleh apabila berhadapan dengan ketidakpastian. Mereka yakin mampu untuk berhadapan dengan ketidakpastian. Faktor ini akan mendesak mereka untuk menubuhkan perniagaan sendiri dan percaya bahawa mereka dapat mencapai matlamat yang ditentukan oleh mereka sendiri (Hian Chye Koh, 1996).

v. Kemampuan untuk bertindak secara inovatif

Hannu (2000) menjelaskan bahawa semasa memulakan syarikat, ciri-ciri penting yang perlu ada pada usahawan ialah kelebihan inovatif dan kesanggupan untuk cepat bertindak terhadap sesuatu peluang. Usahawan yang inovatif dan kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan dan merebut peluang serta mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai. Selain itu, pembudayaan inovatif dalam mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap selesa, rutin dan terlalu yakin dengan kejayaan masa lampau dan semasa.

Pembudayaan inovasi berkait rapat dengan pengaplikasian secara yang baharu dan unik. Pembudayaan ini juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasi produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan. Usahawan mestilah mempunyai kemampuan45

untuk menyelesaikan masalah dalam keadaan yang dinamik melalui pelbagai pendekatan dan kaedah. Kemampuan bertindak sedemikian bergantung pada tahap latihan, pengalaman yang dilalui dan sumber yang dimiliki oleh mereka.

vi. Keyakinan diri

Greene (2000) merumuskan bahawa usahawan yang berjaya perlu bersedia untuk berdikari, mempunyai keyakinan diri, mempunyai keazaman dan tabah, berorientasikan matlamat, mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan, kreatif dan cepat bertindak terhadap peluang yang ada. Sebaliknya, usahawan yang gagal dalam mencapai matlamat adalah disebabkan oleh sikap tidak yakin kepada kebolehan diri sendiri. Dunia keusahawanan yang penuh cabaran memerlukan usahawan bersikap yakin terhadap kemampuan diri untuk membuat keputusan atau menyahut sesuatu cabaran. Usahawan juga perlu berpendirian teguh dalam segala yang dilakukan. Untuk meningkatkan keyakinan tersebut, usahawan perlu mengikis sikap takut pada kegagalan dan berusaha bersungguh-sungguh.

Zaidatol dan Habibah (1997) menyenaraikan enam (6) ciri usahawan yang berjaya iaitu tekun bekerja, rajin dan gigih; tabah hati; menetapkan standard pencapaian untuk berjaya; tumpuan pada masa depan; tidak bergantung pada nasib; bertanggungjawab dan sikap positif.46

Bagi Gibb dalam Kao dan Liang (2001) menyenaraikan sembilan (9) ciri usahawan iaitu kreatif, berinisiatif, pencapaian tinggi, pengambilan risiko yang sederhana, kepimpinan, autonomi dan bebas, keupayaan analitikal, bekerja keras dan kemahiran komunikasi yang baik.

2.9

Masalah atau halangan wanita untuk menjadi usahawan

Longstreth, Stafford dan Mauldin (1987) mendapati bahawa wanita sukar memperuntukkan masa antara keluarga dan perniagaan. Kebiasaannya suami mempunyai harapan tinggi terhadap isteri untuk bertanggungjawab terhadap rumah tangga. Peranan wanita sebagai usahawan dianggap tidak berpadanan dengan peranan tradisinya yang patut dimainkan dalam masyarakat.

Beberapa kajian juga mendapati wanita menghadapi masalah besar mendapatkan modal, kekurangan sumber kewangan, kemahiran dan pengalaman dan ketiadaan sistem sokongan dan jaringan (Aldrich, 1989). Selain itu, wanita juga sukar diterima oleh masyarakat perniagaan, kesukaran untuk mendapatkan keyakinan daripada pelanggan dan pembekal serta ketiadaan latihan yang mencukupi (Collerette & Aubry, 1990; Kent, 1988; Timmons, 1986). Walaubagaimanapun, masalah utama yang biasa dihadapi wanita ialah tekanan antara kehidupan peribadi dan kerjaya yang diceburi (Lee-Gosseling & Grise, 1990).47

Menurut Stoner, Hartman dan Arora (1990), kebanyakan wanita mengadu bahawa mereka terlalu letih untuk melakukan kerja domestik apabila pulang ke rumah. Mereka juga merasakan beban di tempat kerja menyebabkan mereka sukar untuk berehat.

Menurut Nor Aini (1996), kegagalan usahawan wanita sering dikaitkan dengan soal-soal yang berhubung dengan modal, kurang pengetahuan mengenai sumber kewangan, kurang pendidikan dan kurang kemahiran serta pengetahuan mengenai pengurusan dan pemasaran. Usahawan wanita juga lebih menumpukan kepada perniagaan yang kurang mencabar dan bersaiz kecil serta cenderung untuk kekal dalam perniagaan atau perusahaan yang sama. Kebanyakan perniaga kecil wanita juga tidak mempunyai cukup simpanan untuk dijadikan modal. Syarikat kewangan biasanya enggan meluluskan pinjaman kepada wanita kerana tidak yakin dengan perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

Mengenal pasti halangan dan kekangan yang boleh menghalang wanita berpotensi daripada memula dan menjayakan sesuatu perniagaan sendiri merupakan satu aspek penting dalam pembangunan ekonomi negara. Walaupun beberapa kajian telah dijalankan mengenai wanita di Malaysia (Roziah Omar & Azizah Hamzah, 2003; Maimunah, 2000) masih banyak ruang untuk kajian seterusnya bagi memahami secara terperinci berkaitan dengan keusahawanan wanita dan permasalah mereka.48

Maimunah (2001) menyatakan bahawa beberapa dasar kerajaan Malaysia yang menekankan kepada perindustrian, penswastaan dan keusahawanan telah berjaya meningkatkan bilangan wanita dalam bidang perniagaan. Penglibatan wanita ini boleh memberi kesan kepada ekonomi negara kerana ia juga merupakan satu sumber pekerjaan dan pendapatan yang boleh membantu keluarga dan rumah tangga. Namun begitu, wanita masih dipengaruhi oleh situasi dan budaya yang mungkin boleh menyekat mereka daripada berjaya dalam bidang keusahawanan. Wanita juga bertanggungjawab dalam pengurusan rumah tangga dan penjagaan anak. Ini secara tidak langsung boleh mewujudkan konflik antara kerjaya dan rumah tangga.

Usahawan wanita kini berdepan dengan cabaran globalisasi yang semakin kompleks yang memerlukan golongan itu melakukan perubahan minda. Usahawan wanita perlu lebih berani dan berfikiran terbuka serta perlu melihat negara maju yang lain sekiranya mereka ingin berjaya dan tidak hanya bertumpu di kampung sendiri sahaja (Utusan Malaysia, 2011)

2.10

Rumusan

Bab ini membentangkan ulasan karya ke atas kajian-kajian keusahawanan yang pernah dijalankan oleh penyelidik tempatan mahupun luar negara. Masalahmasalah yang dihadapi oleh usahawan wanita juga dibincangkan dalam bab ini. Bab seterusnya akan membincangkan metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

49

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Dalam sesuatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi merupakan faktor yang penting bagi membolehkan keputusan yang diperoleh mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, menurut Maarof dalam Suaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamuddin dan Syaharizatul (2007), pendekatan cara persampelan dan penganalisisan data yang digunakan perlu dikenal pasti agar ia bersesuaian dengan objektif kajian yang telah digariskan kerana kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajian yang sesuai dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.

Bab ini akan menerangkan kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian. Ianya menyentuh mengenai teknik persampelan, instrumen dan kaedah penganalisisan data kajian.

50

3.2

Reka bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan mengukur secara kuantitatif hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar. Alat-alat kajian bagi pendekatan kuantitatif adalah seperti ujian pencapaian, inventori dan soal selidik. Namun begitu bagi kajian ini menggunakan kaedah soal selidik.

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan (survey research) yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran siapa golongan ini, apa yang mereka lakukan dan masalah yang akan dihadapi. Tiun (1995) menyatakan bahawa kajian berbentuk tinjauan bertujuan untuk mendapatkan gambaran berhubung dengan sesuatu fenomena, bertanyakan soalan dan membuat penilaian terhadap fenomena tersebut daripada pelbagai perspektif.

Menurut Uma Sekaran (2003), kaedah yang dipilih ini bersesuaian kerana darjah kebolehpercayaannya yang tinggi, kos yang murah dan jangka masa yang diperlukan untuk melaksanakannya adalah singkat.

51

3.3

Populasi Kajian

Kajian ini meliputi bakal usahawan wanita di bawah KPWKM di negeri Melaka, Pahang, Selangor dan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Responden merupakan para peserta program pembangunan usahawan anjuran

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Melaka, PPWN Pahang, PPWN Selangor dan PPWN WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penyelidik memilih responden tersebut bagi mewakili zon utara, timur, selatan dan tengah.

3.4

Sampel Kajian

Sejumlah 158 responden kajian telah diperolehi secara persampelan kelompok (cluster sampling) daripada peserta program pembangunan usahawan seperti I-KIT Fasa II: Keusahawanan dan Majlis Dialog Memperkasa Ibu Tunggal anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Melaka, PPWN Pahang, PPWN Selangor dan Pejabat Pembangunan Wanita WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

52

Jadual 3.1 Negeri Melaka Pahang Selangor

:

Jumlah dan Peratusan Sampel Mengikut Negeri Peratusan (%) 20.3% 19.6% 36.7% 23.4% 100% Jumlah 32 31 58 37 158

WP Kuala Lumpur & Putrajaya Jumlah Keseluruhan

3.5

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data memfokuskan kepada sumber data. Sumber data yang diperoleh dalam kajian ini adalah data primer.

3.5.1 Data primer

Data primer adalah data asal yang dikutip oleh pengkaji. Dalam kajian ini, data-data diperolehi melalui maklum balas daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada bakal usahawan di negeri Melaka, Pahang, Selangor dan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

53

3.5.1.1 Soal Selidik

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada bakal usahawan di negeri Melaka, Pahang, Selangor dan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Borang soal selidik ini telah diedarkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) semasa penganjuran program keusahawanan. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka jawapan yang akan diperolehi tidak memberi pengertian yang nyata dan ini akan merosakkan hasil atau dapatan sesebuah kajian.

3.6

Instrumen Kajian

Menurut Suaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamuddin dan Syaharizatul (2007), soal selidik merupakan instrumen yang penting oleh seseorang pengkaji untuk menjalankan kajian. Ini adalah kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhannya. Menurut Mohd. Najib (1998) pula, instrumen kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat seperti soal selidik dan temu bual. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik. Soal selidik yang dibangunkan dibahagikan kepada enam (6) bahagian seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.2.

54

Jadual 3.2 : Pembahagian soal selidik Bahagian A Soalan-soalan Maklumat Peribadi Sumber: Jamsari Jamaluddin (2010) & Jabatan Pembangunan Wanita (2011) Latar belakang Pendidikan Sumber: Jabatan Pembangunan Wanita (2011) Kesediaan Menjadi Usahawan Sumber: Jabatan Pembangunan Wanita (2011) Minat Terhadap Bidang Keusahawanan Sumber: Zulkifli Saidon (1996) dalam Natifah (2006) Ciri-ciri / Sikap Keusahawanan Sumber: Zaidatol Akmaliah (2007) Masalah-masalah yang mungkin dihadapi Sumber: Noor Hasma (1995), Tee Kee Pei (2000), Suaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamudin & Syaharizatul (2007) Bilangan Soalan 13

B C D

5 5 14

E F

28 10

Bahagian A: Maklumat Peribadi

Bahagian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai latar belakang responden. Sebanyak tiga belas (13) soalan dikemukakan kepada responden merangkumi bangsa, umur, kawasan tempat tinggal, taraf perkahwinan, pendapatan suami, punca menjadi ibu tunggal, bilangan tanggungan, pendapatan isi rumah, pekerjaan semasa, tempoh bekerja, sebab-sebab berhenti kerja dan bantuan yang telah diterima.

55

Bahagian B: Latar Belakang Pendidikan

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan latar belakang pendidikan responden. Sebanyak lima (5) soalan yang dikemukakan iaitu pendidikan tertinggi, subjek yang pernah dipelajari, kursus atau latihan jangka pendek mengenai perniagaan kecil atau keusahawanan, pengalaman berniaga dan individu terdekat yang pernah memiliki atau mengendalikan perniagaan.

Bahagian C: Kesediaan Menjadi Usahawan

Bahagian ini mengandungi soalan bagi menguji tahap kesediaan responden untuk menjadi usahawan. Sebanyak lima (5) soalan yang dikemukakan iaitu sama ada minat untuk menjalankan perniagaan sendiri atau bekerja dengan orang lain, sama ada minat untuk memulakan perniagaan sendiri, sebab utama untuk memulakan perniagaan dan sebab utama untuk tidak memulakan perniagaan.

Bahagian D: Minat terhadap bidang keusahawanan

Bahagian ini mengandungi sembilan (9) penyataan yang berkaitan tahap kesediaan dari aspek minat responden terhadap bidang keusahawanan. Responden diminta untuk memilih jawapan berdasarkan Skala Likert seperti yang dinyatakan56

dalam Jadual 3.3. Data yang diperolehi akan digunakan untuk menjawab objektif kajian kedua dan ke-empat kajian ini seperti yang dinyatakan di dalam bab satu.

Bahagian E: Ciri-ciri atau Sikap Keusahawanan

Bahagian ini mengandungi 28 penyataan bagi menilai responden mempunyai ciri-ciri atau sikap untuk menjadi usahawan dan ianya mengambil kira elemen pengetahuan atau kemahiran, persekitaran dan sikap. Soalan 1 hingga 10 adalah bagi menilai tahap kecerdasan emosi dan soalan 11 hingga 14 adalah bagi mengukur kebolehan mengambil risiko. Manakala bagi soalan 15 hingga 28 adalah bagi mengukur potensi diri. Setiap elemen terdiri daripada beberapa soalan yang melibatkan penyataan-penyataan yang positif dan jawapan berdasarkan Skala Likert seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.3. Data yang diperolehi akan digunakan untuk menjawab objektif kajian ketiga dan ke-empat kajian ini seperti yang dinyatakan dalam bab satu.

Bahagian F: Masalah-masalah yang mungkin dihadapi

Bahagian ini mengandungi sepuluh (10) penyataan yang bertujuan bagi mengetahui masalah-masalah yang mungkin dihadapi responden sekiranya mereka berminat untuk memiliki perniagaan sendiri. Jawapan bahagian ini juga menggunakan Skala Likert seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.3. Data yang57

diperolehi akan digunakan untuk menjawab objektif kelima kajian ini seperti yang dinyatakan dalam bab satu. Jadual 3.3 1 Sangat Tidak Bersetuju (STS) Sumber: 2 Tidak Setuju (TS) Likert L.R. (1976) : Skala Likert 3 Agak Setuju (AS) 4 Setuju (S) 5 Sangat Setuju (SS)

3.7

Kaedah Penganalisisan Data

Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif kuantitatif. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0.

Analisis deskriptif kuantitatif merupakan kaedah analisis bagi melihat perhubungan antara pembolehubah kajian. Analisis deskriptif dilakukan untuk melihat taburan kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai data. Ianya melibatkan penghuraian secara menyeluruh berkaitan dengan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji iaitu minat, sikap dan tahap kesediaan keusahawanan. Jadual 3.4 menunjukkan kaedah penganalisisan data yang digunakan bagi setiap persoalan kajian.

58

Jadual 3.4:

Kaedah Penganalisisan Data

Persoalan Kajian Profil peserta program pembangunan usahawan Kesediaan Menjadi Usahawan Tahap kesediaan dari aspek minat Tahap kesediaan dari aspek sikap Hubungan di antara tahap kesediaan dari aspek minat dan tahap kesediaan dari aspek sikap Masalah-masalah yang bakal dihadapi

Kaedah Penganalisisan Data Statistik Perihalan Sukatan Serakan (Measures of variability) Statistik Perihalan Sukatan Serakan (Measures of variability) Statistik Perihalan Sukatan Serakan (Measures of variability) Statistik Perihalan Sukatan Serakan (Measures of variability) Korelasi Pearson Statistik Perihalan Sukatan Serakan (Measures of variability)

3.8

Rumusan

Kajian ini menggunakan kaedah primer untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menepati objektif dan matlamat kajian. Data yang diperolehi daripada data primer telah dibuat penganalisisan secara kuantitatif. Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara kelompok. Di dalam bab seterusnya akan membincangkan dapatan kajian melalui penganalisisan data.

59

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1

Pengenalan

Bab ini akan mengemukakan keputusan dan penemuan yang diperolehi dan hasil kajian yang telah dijalankan melalui 158 borang soal selidik yang telah dikembalikan oleh responden. Penganalisisan data dan perbentangan hasil kajian adalah berdasarkan beberapa objektif yang telah dibentuk seperti di Bab 1.

Penganalisisan data telah dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0. Data-data yang diperolehi telah dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif.

4.2

Persoalan Kajian 1: Profil peserta program-program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh JPW.

Dapatan kajian dalam bahagian ini akan dibentangkan dalam bentuk jadual kekerapan. Bahagian maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, kesediaan60

menjadi usahawan, minat terhadap bidang keusahawanan, ciri-ciri atau sikap keusahawanan dan masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh responden untuk memulakan perniagaan akan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif.

4.2.1 Maklumat Peribadi

Jadual 4.1: Taburan kekerapan responden mengikut bangsa. Bangsa Melayu Cina India Jumlah Kekerapan 146 3 9 158 Peratus (%) 92.4 1.9 5.7 100.0

Jadual 4.1 menunjukkan majoriti daripada responden merupakan berbangsa Melayu iaitu 92.4%. Manakala responden berbangsa India 1.9% dan 5.7% berbangsa Cina.

61

Jadual 4.2: Taburan kekerapan responden mengikut umur. Umur 20-29 tahun 30-39 tahun 40-50 tahun 50 tahun ke atas Jumlah Kekerapan 11 50 76 21 158 Peratus(%) 7.0 31.6 48.1 13.3 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan majoriti responden iaitu 48.1% berumur dalam lingkungan 40 tahun hingga 50 tahun. Manakala bagi lingkungan umur 30 tahun hingga 39 tahun adalah 31.6%. Seterusnya, 13.3% responden berumur lebih daripada 50 tahun dan 7.0% berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 29 tahun.

Jadual 4.3: Taburan kekerapan responden mengikut kawasan tempat tinggal. Kawasan Tempat Tinggal Luar Bandar Bandar Jumlah Kekerapan 50 108 158 Peratus (%) 31.6 68.4 100.0

Berdasarkan Jadual 4.3, boleh dirumuskan bahawa majoriti responden iaitu 68.4% merupakan penduduk bandar dan selebihnya merupakan penduduk luar bandar.

62

Jadual 4.4: Taburan kekerapan responden mengikut taraf perkahwinan. Taraf Perkahwinan Bujang Berkahwin Ibu Tunggal Jumlah Kekerapan 12 34 112 158 Peratus (%) 7.6 21.5 70.9 100.0

Berdasarkan Jadual 4.4, didapati majoriti responden merupakan berstatus ibu tunggal iaitu 70.9%. Diikuti dengan 21.5% berstatus berkahwin dan hanya 7.6% responden berstatus bujang.

Jadual 4.5: Taburan kekerapan responden mengikut pendapatan suami sebulan. Pendapatan Suami Sebulan