Upload
anonymous-4hzumzshjz
View
234
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kitaran 1
Citation preview
5.0 TINDAKAN KAJIAN
5.1 Perosedur Tindakan
Pada kajian tindakan kali ini saya memilih untuk menggunakan model Kemmis dan McTaggart
(1988). Ini kerana model tersebut mudah difahami dan mudah dilaksanakan. Jika kita lihat pada
rajah di bawah, model ini merangkumi empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan mereflek. Pada peringkat pertama, individu yang menggunakan model ini akan membuat
segala perancangan terhadap isu yang ingin dikaji. Ia akan menyediakan segala instrument yang
boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Seterusnya ialah fasa tindakan, dalam fasa ini, individu
tersebut perlulah melaksanakan perancangan yang telah dibuat pada sebelumnya. Individu akan
mengaplikasikan bahan atau kaedah yang ingin digunakan bersama responden. Pada peringkat
ketiga pula ialah pemerhatian. Pada fasa ini, individu tersebut akan memerhatikan keberkesanan
kaedah atau bahan yang digunakan dalam kajian tersebut bersama responden. Pada peringkat
terakhir bagi kajian ini ialah membuat refleksi. Individu tersebut perlu melihat sejauh mana
keberkesanan dan sejauh mana objektif dapat dicapai. Individu tesebut juga seharusnya membuat
muhasabah dan membuat penambah baikan di dalam penggunaan bahan atau kaedah yang
digunakan. Jika terdapat kekurangan atau objektifnya tidak tercapai maka seharusnya pengkaji
tersebut menggunakan kitaran yang kedua bagi memastikan kajian berjaya dilaksanakan.:
Rajah 1 : Model Kemmis & McTaggart (1988)
Berdasarkan kitaran pertama dalam penggunaan model kajian ini, penyelidik harus mengenal
pasti isu yang timbul dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Pada peringkat ini,
pengkaji seharusnya memahami isu yang ditengahkan dengan mendalam dan memliki
perangcangan untuk menyelesaikan isu yang timbul. Kemudian, proses pertama yang perlu
dilakukan oleh individu yang memilih model Kemmis & McTaggart ini ialah merancang. Pada
peringkat ini, perancangan perlu disusun dengan baik dan rapi supaya ia dapat memudahkan
proses kajian yang akan dijalankan. Penggkaji juga seharusnya membuat pertimbangan tentang
tindakan yang akan diambilnya dan memilih satu tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan isu
yang timbul. Ketika ini, pengkaji telah membuat pemilihan tindakan berdasarkan impak dan
tahap pencapaian yeng diperolehi oleh responden kajian.
Pada fasa kedua merupakan proses tindakan. Pada fasa ini, pengkaji telah melaksanakan segala
bentuk yang dirancang dan dipilih olehnya. Susulan daripada proses tersebut, pengkaji perlu
membuat pemerhatian terhadap keberkesanan idea yang ditonjolkan dalam kajian menerusi data
yang telah dikutip dan membuat analisis terhadap hasil intervensi.
Akhirnya pengkaji berada pada tahap membuat refleksi terhadap keberkesanan kajian dalam
menyelesaikan isu yang timbul. Sekiranya, kajian tersebut kurang berjaya, maka pengkaji
seharusnya melaksanakan kitaran kedua bagi membolehkan isu yang timbul dapat diselesaikan
dengan jayanya.
5.2 Tinjauan Masalah
Dalam membuat kajian ini, beberapa tinjauan telah dibuat berdasarkan pemerhatian, jurnal dan
analisis dokumen ( lembaran kerja) yang telah dijalankan.
5.2.1 Pemerhatian
Bagi mengenal pasti masalah responden dan melihat sejauh mana keberkesanan idea yang
dilontarkan di dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah pemerhatian
berstruktur bagi tinjauan masalah. Pemerhatian dijalankan ke atas reponden dalam sebelum
penggunaan bahan kajian dan selepas kajian dijalankan untuk melihat tingkah laku dan reaksi
responden ketika sesi pembelajaran dan pengajaran serta menilai kemampuan murid
membezakan kesan apabila individu itu tidak beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat dengan
kelebihan indidvidu yang beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat. Pengkaji telah menggunakan
borang pemerhatian bagi memudahkan pengkaji mencatat dan merekodkan maklumat
berdasarkan item-item yang ingin diperhatikan.
5.2.2 Temu bual
Temu bual merupakan kaedah yang terbaik untuk mengetahui dan meneroka maklumat daripada
responden melalui sesi temu bual. Temu bual ini dijalankan secara formal dan berstruktur. Oleh
yang demikian, pengkaji telah menyediakan satu set soalan untuk dijawab oleh responden. Ini
juga bertujuan untuk memastikan soalan yang diutarakan berfokuskan pada tajuk kajian. Sesi
temu bual ini dijalankan selepas kajian untuk membolehkan pengkaji mengetahui kesan kajian
terhadap responden. Data yang diambil telah dicatat dan dianalisis untuk menunjukkan keperluan
terhadap penambahbaikan dalam menangani isu yang ditengahkan.
5.2.3 Analisis Dokumen (Lembaran kerja)
Analisis dokumen merupakan salah satu cara untuk membuktikan isu tersebut wujud dan
membuktikan keberkesanan terhadap kajian yang telah dijalankan. Bagi memudahkan pengkaji
untuk mendapatkan data yang berkait rapat dengan pencapaian dan prestasi responden dalam
menguasai fakta Allah bersifat Al-Hayat, maka pengkaji telah menyediakan dua set soalan
penilaian. Pada peringkat awal, murid hanya menjawab di dalam lembaran kerja sahaja tetapi
kemudiannya pengkaji memilih untuk melaksakannya dalam bentuk aktiviti. Ini membolehkan
responden tersebut meningkatkan keyakinannya dalam menjawab soalan berkenaan dengan fakta
Allah Bersifat Al-Hayat. Antara set lembaran kerja yang disediakan kepada reponden adalah
membuat pemilihan fakta berdasarkan jawapan-jawapan yang telah disediakan. Murid perlu
memilih fakta yang tepat dan menulisnya ke dalam ruangan yang betul. Pada set kedua pula,
pengkaji telah menyediakan soalan yang berbentuk pemahaman. Murid perlu menjawab soalan
yang diberikan berdasarkan pemahaman mereka setelah diterangkan di dalam sesi pembelajaran
dan pengajaran sebelum ini. Selepas responden menjawab soalan tersebut, pengkaji perlu
membuat semakan jawapan dan membuat analisis terhadap peningkatan pencapaian mereka.
Penilaian ini dijalankan bagi membolehkan responden tersebut dipilih untuk terlibat dengan
kajian. Pemilihan responden dibuat berdasarkan kesalahan yang ditunjukkan ketika menjawab
kedua-dua set soalan.
5.2.4 Jurnal
Jurnal merupakan salah satu cara guru untuk membuat refleksi dan merancang penambahbaikan
yang akan dijalankan pada sesi pembelajran dan pengajaran yang seterusnya. Dalam kajian ini,
pengkaji telah membuat jurnal pada minggu kesepuluh berpraktikum berkenaan dengan
keberkesanan penggunaan lirik lagu dalam membantu menghidupkan suasana pembelajaran.
Berdasarkan jurnal yang telah dibuat, pengkaji dapat mengesan beberapa isu yang boleh
diketengahkan di dalam kajian.
5.3 Analisis Tinjauan Masalah
Data yang diperolehi semasa tinjauan masalah perlu dianalisis untuk mengenal pasti isu sebenar
yang timbul serta membentuk satu kaedah penyelesaian yang sesuai terhadap isu yang timbul
berdasarkan data-data yang telah dikutip.
5.3.1 Analisis Pemerhatian
Dalam pemerhatian yang dijalankan, saya telah mengklasifikasikan pemerhatian saya kepada dua
kategori. Ia merupakantingkah laku murid secara am dan melihat tingkah laku murid ketika
proses pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan. Dalam membuat pemerhatian terhadap
tingkah laku murid, saya melihat sejauh mana perhatian murid terhadap proses pembelajaran dan
pengajaran. Saya fokuskan kepada reaksi yang bersifat minoriti, ini kerana hanya sebahagian
kecil sahaja yang ingin saya jadikan responden di dalam kajian saya. Saya juga menfokuskan
reaksi murid terhadap arahan-arahan yang diberikan semasa proses pembelajaran dan
pengajaran. Ini kerana, saya mengjangkakan respon yang berbeza daripada setiap responden.
Contohnya, apabila saya menyuruh murid-murid untuk menghafal isi pelajaran, maka
berkemungkinan ada yang merasakan arahan tersebut susah untuk dituruti, mungkin juga ada
dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai masalah dalam melakukan arahan tersebut. Dari
situlah saya menandakan beberapa tingkah laku murid di dalam borang pemerhatian yang
disediakan. Apabila selesai menanda borang pemerhatian, saya dapati ada sebilangan murid yang
tidak memberikan perhatian terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran. ini merupakan faktor
murid tidak menguasai fakta yang dipalajari. Murid juga tidak menunjukkan minat terhadap
bidang Al-Quran. Selain itu, murid tidak melibatkan diri secara aktif terhadap sesi pembelajran
dan pengajaran yang telah dijalankan. Ini disebabkan tidak adanya komunikasi dua hala di
dalam sesi tersebut. Seterusnya, murid seringkali bertanyakan soalan berkenaan dengan fakta
berulang kali. Ini berlaku ketika melakukan aktiviti kumpulan iaitu membuat peta minda
mengenai kelebihan Allah bersifat Al-hayat. Murid tidak dapat membezakan antara kelebihan
dan kesan terhadap inidividu yang percaya dan tidak beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat.
Murid juga dilihat ingin meniru jawapan rakan sebelah ketika membuat lembaran kerja. Ini
disebabkan murid tidak dapat menguasai isi pembelajaran yang dipelajari dengan baik. Selain
itu, murid juga kelihatan termenung ketika menjawab soalan lembaran kerja. Ini berpunca
daripada ketidakfokusan mereka di dalam kelas ketika isi-isi pembelajaran dibincangkan.
5.3.2 Analisis temu bual
Melalui kaedah temu bual, pengkaji menggunakan kaedah temu bual yang berstruktur. Pengkaji
menggunakan kaedah ini terhadap responden kajian. Pengkaji juga ada menjalankan temu bual
secara tidak berstruktur kepada guru Pendidikan Islam mengenai isu tersebut. Mereka
mengatakan bahawa murid kurang berminat terhadap bidang aqidah disebabkan kekangan idea
guru dalam menyediakan bahan bantu belajar dalam bidang tersebut. Apabila ditanyakan pada
murid pula, mereka tidak menyukai bidang aqidah ialah kerana sesi pembelajaran tersebut hanya
menggunakan satu kemahiran sahaja iaitu mendengar. Selain itu, murid turut menyatakan
kesusahan mereka dalam menghafal fakta dalam bidang aqidah. ini kerana mereka harus
menghafal ayat Al-quran yang juga merupakan dalil naqli dalam tajuk tersebut. Mereka juga
menyatakan keberkesanan dan keterujaan selepas menggunakan kaedah yang diterpkan di dalam
kajian ini. Mereka menyatakan kaedah tersebut mamapu untuk membantu mereka dalam
menguasai fakta-fakta yang telah diperolehi.
5.3.3 Analisis dokumen (lembaran kerja)
Melalui analisis dokumen pula, pengkaji mendapati terdapat seorang murid bertukar jawapan
antara kelebihan mengimani Allah bersifat Al-hayat dengan Akibat tidak mengimani Allah
bersifat Al-hayat. Ini disebabkan oleh kurang penguasaan murid terhadap fakta yeng dipelajari.
Dalam analisis dokumen tersebut juga, saya mendapati jawapan yang diisi pada ruangan-ruangan
yang tidak tepat berdasarkan apa yang mereka pelajari. Ini disebabkan oelh ketidakfokusan di
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Mereka tidak dapat menjawab definisi dengan tepat. ini
merupakan perkara asas bagi sesuatu mata pelajara. Itu membuatkan saya memilh responden
tersebut untuk dijadikan sebahagian daripada kajian.
Kitaran 1
a) Merancang
Berdasarkan kepada pemerhatian dan permasalahan yang telah ditemui oleh pengkaji, pengkaji
telah merancang satu strategi dan kaedah yang terbaik untuk membantu responden dalam
menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat. Pengkaji menengahkan isu ini kerana aqidah
merupakan perkara asas bagi umat Islam dan ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh
responden dalam menguasai definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi orang yang
beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat. Ini merupakan satu asas ilmu yang
perlu mereka ketahui bagi membolehkan ilmu tersebut menjadi pendinding bagi kehidupan
mereka pada masa akan datang.
Pada permulaan proses pembelajaran dan pengajaran, murid-murid sukar untuk menguasai
definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi orang yang beriman dan tidak beriman
terhadap Allah Bersifat Al-Hayat. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengatur langkah untuk
memilih dan menggunakan satu langkah yang sesuai dan menarik bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan satu kaedah nyanyian yang
dipanggil rentak ANC “Atas Nama Cinta” dalam membantu murid tahun 5 Khawarizmi dalam
menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat. Akhir sekali, pengkaji merancang kaedah penilaian
bagi tujuan melihat pencapaian murid.
Jadual 4 : Perancangan Pelan Tindakan Kitaran 1
Bil Tindakan
1. Pengkaji menganalisis tingkah laku murid ketika sesi pembelajran dan penagajran.
2. Pengkaji mengeluarkan isu hasil daripada analisi pemerhatian.
3. Pengkaji menggunakan kaedah nyanyian untuk memudahkan murid menguasai fakta
Allah bersifat Al-Hayat.
4. Pengkaji membuat lirik berdasarkan fakta yang terdapat dalam isi pelajaran Allah bersifat
Al-Hayat
5. Pengkaji memnggunakan kaedah nyanyian terhadap responden kajian dan memberikan
contoh nyanyian lagu tersebut.
6. Pengkaji membuat penilaian pertama melalui lembaran kerja.
7. Pengkaji mengkaji kekuatan dan kelemahan kaedah kajian dan membuat
penambahbaikan.
8. Pengkaji merancang pelan tindakan Kitaran 2
b) Bertindak
Dalam fasa ini, pengkaji telah melaksanakan teknik dan kaedah terhadap responden yang telah
diilih. Pada permulaan, pengkaji telah memberikan contoh nyanyian dalam penggunaan rentak
ANC kepada responden serta iramanya. Sehubungan itu, berikut merupakan langkah-langkah
yang pengkaji laksanakan untuk menggunakan Penggunaan Rentak ANC ini dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut :
Jadual 5 : Pelaksanaan Bahan Kajian di dalam Kelas
1. Pengkaji mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam menguasai definisi
dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi orang yang beriman dan tidak beriman
terhadap Allah Bersifat Al-Hayat
2. Pengkaji mencipta lirik berdasarkan isi pelajaran dan memlih penggunaan rentak yang sesuai
diterapkan pada murid-murid.
3. Pengkaji meminta responden untuk menyanyikan lagu yang telah dicipta berdasarkan isi
pelajran yang dipelajari oleh mereka.
4. Rasional penggunaan kaedah ini adalah memudahkan responden kajian menguasai fakta
Allah Bersifat Al-Hayat dengan baik.
Setelah responden menguasai penggunaan rentak ANC, pengkaji telah meminta mereka
untuk menyanyikan lagu secara berdua. Hal ini dapat memastikan responden kajian benar-benar
mengikuti aktiviti yang disediakan oleh guru. Kemudaian, responden diminta melengkapkan
lembaran kerja yang telah diberikan.
c) Memerhati
Fasa ketiga ini merupakan fasa memerhati. Pengkaji sendiri telah membuat pemerhatian terhadap
perkembangan responden dalam penguasaan fakta Allah bersifat Al-Hayat. Melalui hasil
dapatan, responden menunjukkan keterujaan yang tinggi dan berminat untuk menggunakan
kaedah tersebut dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam isi pelajran Allah Bersifat Al-
Hayat secara optimum.
Melalui pemerhatian pengkaji, penggunaan Kaedah Nyanyian dapat membantu
responden menguasai fakta sepserti definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi orang
yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat. Bagi responden kajian
pertama, responden kajian ketiga dan keempat menunjukkan perubahan dari segi tahap
keyakinan dan telah mewujudkan komunikasi dua hala. Ini menyebabkan mereka melibatkan diri
secara aktif dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Bagi reponden keempat, dia sudah tidak
kerap bertanyakan soalan yang sama tentang definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan
bagi orang yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat. Ini disebabkan
responden tersebut menguasai isi pelajaran. Mereka tidak lagi bersifat pasif, bosan dan suka
berkhayal. Mereka menumpukan tumpuan terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran.
d) Mereflek
Berdasarkan penilaian yang dibuat, pengkaji mendapati responden satu dan tiga dapat menguasai
fakta dan sangat berminat terhadap aktivit yang dilakukan setelah menggunakan kaedah
nyanyian. Mereka boleh menjawab soalan yang diutarakan oleh guru secara langsung. Namun,
responden kedua dan keempat masih lagi tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap
penggunaan kaedah ini. Setelah membuat penelitian, pengkaji telah menneruskan kitaran kedua
bagi penggunaan rentak ANC ke atas reponden kajian ini.
Kitaran 2
a) Merancang
Pengkaji telah menilai dan ingin merancang semula pelan tindakan bagi kitaran kedua dengan
penambahbaikan pada aktiviti selepas penggunaan kaedah tersebut. Pengkaji telah berbincang
dengan rakan-rakan praktikum bersama guru pembimbing, hasilnya pengkaji mendapat satu idea
untuk menambah baik aktiviti dimana pengkaji menggunakan kad baord sebagai bahan bantu di
dalam aktiviti. Ini untuk memupuk minat murid dalam aktiviti yang dijalankan ketika sesi
pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya, ialah untuk mengukuhkan lagi ingatan murid di dalam
menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat.
Jadual 6 : Perancangan Pelan Tindakan 2
Bil Tindakan
1. Pengkaji mengenal pasti masalah pada kitaran pertama.
2. Pengkaji menyemak kembali data awal yang dikutip pada kitaran pertama.
3. Pengkaji membuat penambahbaikan dari segi aktiviti yang lebih menarik untuk
mengukuhkan ingatan murid.
4 Pengkaji menyediakan kad board untuk digunakan di dalam aktiviti selepas penggunaan
kaedah penggunaan rentak.
5. Pengkaji menyediakan lembaran kerja dan intrumen kajian (borang pemerhatian, borang
temu bual dan dua set soalan)
6. Pengkaji mengaplikasikan segala penambahbaikan tersebut ke atas responden kajian.
7. Pengkaji menjalankan menjalankan pemerhatian dan membuat temu bual berstruktur.
8. Pengkaji membuat penilaian terhadap instrumen kajian.
9. Pengkaji menganalisis data dan membuat dapatan kajian.
10. Pengkaji membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan kajian untuk penambahaikan.
b) Bertindak
Pada kitaran pertama dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan soal jawab sahaja sebagai
aktiviti pengukuhan selepas penggunaan rentak ANC. Namun, pada kitaran kedua, pengkaji telah
membuat penambahbaikan dari segi aktiviti iaitu menggunakan kad board sebagai bahan dalam
aktiviti tersebut.
Dalam aktiviti tersebut, pengkaji menyediakan kad board sebagai satu papan untuk melekatkan
sesuatu ke atasnya. Pengkaji juga telah menyediakan potongan –potongan perkataan yang boleh
dibentuk ayat menerusi fakta Allah bersifat Al-hayat. Murid akan membina perkataan menjadi
satu ayat fakta menjurus kepada soalan yang ditanyakan oleh pengkaji. Dengan ini, responden
kajian lebih menarik untuk terlibat di dalam aktiviti pembelajaran dan dapat mengukuhkan lagi
ingatan responden kajian. Akhirnya minat dan tumpuan responden terhasil daripada penggunaan
kaedah nyanyian tersebut.
Bagi mengukuhkan kecekapan responden dalam menguasai fakta Allah Bersifat Al-hayat,
pengkaji telah memeberi masa yang singkat untuk melengkapkan fakta yang diingini. Ini
menajamkan lagi kecerdasan responden dalam sesi pembelajaran.
Berikut merupakan langkah-langkah pengkaji yang telah dilaksanakan untuk penggunaan kaedah
rentak ANC pada sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Antara langkah-langkahnya
ialah :
Jadual 7 : Langkah Pelaksanaan Penggunaan Rentak ANC
Bil
.
Langkah Pelaksanaan
1. Responden mendengar contoh nyanyian dengan menggunakan audio.
2. Responden menyanyikan lagu secara kelas berdasarkan lirik yang telah dihasilkan oleh
pengkaji.
3. Responden diminta untuk datang ke hadapan kelas.
4. Responden diminta melengkapkan satu ayat fakta menjurus kepada soalan yang ditanyakan
oleh pengkaji.
5. Setiap responden akan melakukan aktiviti dihadapan kelas secara berseorangan
c) Memerhati
Melalui pemerhatian pengkaji dalam kitaran kedua, kesemua responden telah menunjukkan
minat yang tinggi terhadap aktiviti yang dilakukan. Secara tidak langung, ia telah mewujudkan
satu komunikasi yang baik di antara responden dan pengkaji. Kesemua responden juga telah
dapat menjawab persoalan dengan baik. Ini disebabkan penggunaan kaedah dan aktiviti tersebut
sesuai dengan minat murid yang juga dapat mengukuhkan lagi inngatan murid. Secara
keseluruhannya, apa yang pengkaji lakukan pada kitaran kedua ini dapat memberikan impak
positif kepada responden kajian. Pengkaji juga telah melihat kesungguhan yang dipamerkan oleh
responden kajian di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Mereka juga bermotivasi untuk
melibatkan diri di dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji. Hasilnya, mereka dapat
menguasai fakta Allah bersifat Al-hayat dengan baik.
d) Mereflek
Setelah melakukan penambahbaikan pada kitaran kedua, pengkaji mendapati kesemua reponden
mempunyai penguasaan dalam fakta Allah Bersifat Al-Hayat. Pengunaan Rentak ANC dan
aktiviti yang dijalankan dapat membantu kesemua responden untuk lebih mudah mengingati
fakta yang terdapat di dalam isi pelajaran. Responden juga mempunyai keyakinan yang tinggi
untuk menjawab persoalan daripada guru.
Pada fasa refleksi ini, pengkaji memperoleh kesedaran bahawa kelas cemerlang pun masih
mempunyai masalah di dalam penguasaan fakta inikan pula kelas yang berada pada tahap yang
rendah. Ia menuntut pengkaji untuk lebih kreatif dan inovasi di dalam menghasilkan sesuatu
kaedah yang dapat membantu murid untuk menguasai fakta di dalam isi pelajaran.
5.4 Cara mengumpul data
Perlaksanaan kajian ini telah menggunakan ketiga-tiga instrument dalam proses pengumpulan data bagi
tujuan triangulasi data. Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur, temu bual
berstruktur dan analisis dokumen yang dijalankan menerusi lembaran kerja.
Jadual 8 : Instrumen Kajian
INSTRUMEN TUJUAN
Pemerhatian berstruktur Memerhati tindak balas responden kajian
serta tingkah laku yang ditunjukkan semasa
perlaksanaan kajian.
Temu bual berstruktur Mendapatkan respon lisan berkenaan
penggunaan rentak ANC di dalam kelas.
Mengukuhkan data hasil pemerhatian
berstruktur.
Analisis dokumen ( lembaran kerja) Menilai tahap penguasaan responden dalam
penguasaan fakta Allah Bersifat Al-Hayat.
5.4.1 Pemerhatian
Dalam melakukan proses kutipan data pemerhatian ini, pengkaji telah mengmbil peranan peserta sebagai
pemerhati. Menurut Chong (2011), pengkaji terlibat dalam melaksanakan kajian dan pada masa yang
sama memerhati serta merekod data yang diperoleh sepanjang kajian berlansung. Menurut Akhiar dan
Shamsina (2011) pula, peranan pemerhati sebagai peserta membolehkan pengkaji menyelidik dangan
lebih mendalam isu yang dikaji. Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap responden semasa
proses pembelajran dan pengajaran di bawah tajuk Allah Bersifat Al-hayat. Pemerhatian ini dijalankan
untuk meneliti dan menilai tingkah laku kesemua reponden kajian. Tempoh pemerhatian ialah sepanjang
60 minit sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran berlangung. Pengkaji telah melaksanakan
pemerhatian berstruktur dalam kajian ini iaitu memerhati responden berdasarkan aspek-aspek yang telah
ditentukan. Aspek-aspek yang ditentukan ialah aspek tingkah laku ketika sesi pembelajaran dan
pengajaran berlangsung. Aspek yang kedua menjadi pemerhatian pengkaji ialah dari segi lisan responden.
Berikut merupakan aspek-aspek yang telah digunakan oleh pengkaji di dalam kajian yang dijalankan.
Jadual 9 : Senarai Semak Pemerhatian
ASPEK YANG DIPERHATIKAN SEBELUM SELEPASR1 R2 R3 R4 R5 R1 R2 R3 R4 R5
1. Memberi perhatian semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
2. Menunjukkan minat dalam pembelajaran aqidah.
3. Sering melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Menunjukkan minat dalam penggunaan rentak ANC
5. Dapat menyebut fakta-fakta Allah bersifat Al-Hayat dengan baik selepas penggunaan rentak
ANC6. Dapat mengaplikasikan kaedah
nyanyian dalam melengkapkan papan fakta dihadapan.
Dapat menyenaraikan kelebihan beriman dengan Allah bersifat Al-
Hayat7. Dapat membanding beza
kelebihan beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat dengan akibat tidak mengimani Allah bersifat Al-hayat.
5.4.2 Temu bual
Menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Palajaran
Malaysia (2008), temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi
bersemuka antara pnyelidik dan informan atau orang yang ditemu bual. Pengkaji telah
menggunakan temu bual secara berstruktur sebagai instrumen kajian.
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) temu bual secara berstruktur
merupakan kaedah penyelidikan yang lazimnya digunakan di dalam penyelidikan tinjauan.
Pengkaji telah melaksanakan temu bual berstrukutr bersama responden. Soalan temu bual ialah
berdasarkan pengalaman pemebelajaran yang lalu, penguasaan selepas menggunakan rentaj ANC
dan bagaimanan penggunaan kaedah ini dapat membantu responden dalam penguasaan fakta
Allah Bersifat Al-Hayat. Temu bual ini juga digunakan untuk mengukuhkan jawapan dari
pemerhatian yang telah dijalankan kepada responden. Jadual 10 menunjukkan item temu bual
bersama responden yang telah pengkaji gunakan dalam pelaksanaan kajian.
Jadual 10 : Soalan Temu Bual
Soalan 1 : Adakah sebelum ini kamu berminat untuk mempelajari bidang aqidah? Kenapa?
Soalan 2 : Bagaimanakah penggunaan rentak ANC ini boleh membantu kamu
mengingati fakta-fakta Allah bersifat Al-Hayat? Kenapa?
Soalan 3 : Adakah kamu boleh membezakan kelebihan orang beriman dengan Allah bersifat Al-
hayat dengan akibat tidak beriman dengan Allah Bersifat Al-Hayat?
5.4.3 Analisis Dokumen
Bagi tujuan menyokong data yang diperoleh, pengkaji turut menggunakan analisis dokumen
untuk mengukur sejauh mana pencapaian responden dalam menguasai fakta Allah bersifat Al-
Hayat. Dalam pelaksanaan kajian ini, dokumen yang dikumpul adalah dua set lembaran kerja
yang salah satunya berkenaan padanan perbezaan antara kelebihan dan kesan apabila individu itu
beriman atau tidak beriman dengan Allah Bersifat Al-Hayat. Kedua ialah berkisarkan soalan
pemahaman. Item dalam setiap ujian adalah sama bagi kesemua responden kajian. Ini bertujuan
bagi mengelakkan bias dan mendapatkan data yang tekal.