Upload
nathasyaazalia
View
41
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bhujb
Citation preview
KAJIAN TINDAKAN
Kajian Tindakan diadakan adalah bertujuan bertujuan untuk membantu meningkatkan atau mengurangkan masalah penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran tertentu yang diajar.
Kajian tindakan adalah sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah yang mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-
Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.
Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan- pendekatan pengajaran yang difikirkan perlu dan sesuai dengan murid masing- masing.
LOKASI KAJIAN :Kelas 6 Amanah, Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1, Jalan Enggang Timur 54200 Kuala lumpur.
FOKUS KAJIANMata Pelajaran Bahasa Melayu Kemahiran Ejaan dan Membina Ayat.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sewaktu saya menanda latihan yang dibuat oleh murid – murid Tahun 6 Amanah iaitu seramai 19 orang , 2 orang daripada murid tersebut adalah murid dalam katagori “Orang Kelainan Upaya”( OKU ). Walaupun terdapat kumpulan murid OKU, murid ini saya serapkan bersama dalam program pemulihan saya ,setelah saya diamanahkan untuk mengambil alih pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 6 Amanah bagi sesi 2011
.Daripada tinjiauan awal,murid-murid telah melalui ujian asas ejaan. Perancangan serta tindakan difokuskan kepada mengenal pasti responden pada ejaan perkataan-perkataan serta latihan membina ayat tunggal .Hasil daripada dapatan ini , saya mendapati murid terlalu
lemah dan saya telah telah mula mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan aras pelajar agar pelajar dapat menguasai kemahiran asas penting ini sekaligus menyediakan murid-murid menghadapi UPSR serta persiapan ke alam sekolah menengah seterusnya menghadapi kehidupan hari muka yang lebih mencabar. Murid- murid kelas 6 Amanah merupakan kumpulan murid yang lemah dalam pelajaran yang telah diasingkan mengikut kedudukan dalam aliran tahun 5 (2010) berdasarkan purata keseluruhan peperiksaan atau penilian sepanjang tahun sekolah. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 telah di “streaming” bagi memudahkan proses membantu murid-murid dalam PnP mengikut keupayaan murid.
Fokus kajian mata pelajaran ialah Mata pelajaran Bahasa Melayu, dalam kemahiran ejaan dan membina ayat.
Kemahiran ejaan dan membina ayat merupakan dua komponen asas kemahiran yang tidak boleh diabaikan , kegagalan pelajar menguasai kemahiran ejaan akan menyebabkan semua proses pembelajarn murid akan terbantut , sekaligus akan menjejaskan murid untuk menjawab kertas ujian Bahasa Melayu kertas II ( Penulisan ).Ejaan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir huruf yang seterusnya membina suku kata untuk menjadi satu perkataan yang betul sehinggalah ke peringkat pembinaan ayat. Asas Bahasa Melayu yang kukuh, penting bagi murid-murid meneruskan pendidikan mereka di sekolah menengah. Sekiranya penguasaan Bahasa Melayu murid-murid di sekolah rendah lemah maka mereka akan menghadapi masalah ketika berada di sekolah menengah. Ini adalah kerana Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar persekolahan yang memperlihatkan kepentingannya dalam sistem pendidikan negara (Hassan Ahmad, 1999).
Tujuan Dan Objektif Merancang Tindakan Pemulihan Ini
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mengeja serta membina ayat kalangan murid-murid darjah 6 Amanah. Kajian dijalankan di kalangan murid-murid yang sedang mengikuti pendidikan secara formal dalam darjah 6 Amanah di Sekolah Kebangsaan Taman keramat 1.
I. Mengenal pasti kelemahan murid dari aspek ejaan dan pembinaan ayat, seterusnya berusaha mencari ruang dan kekuatan menyelesai masalah ini.
II. Mengenalpasti sama kaedah kuiz serta permainan bahasa dapat membantu serta membetulkan kesilapan ejaan dan pembinaan ayat di kalangan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Taman Keramat , sekaligus meningkatkan lagi prestasi keputusan UPSR murid-murid .
III. Menyemai serta memupuk keyakinan diri dikalangan murid-murid untuk terus menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih mantap.
IV. Meningkatkan kemahiran murid mengeja pelbagai kosa kata serta membolehkan murid menggunakan kosa kata tersbut dalam pembinaan ayat serta memaksimakan penggunaan kamus secara efektif untuk membuat rujukan ejaan koas kata yang dipelajari.
V. Membantu murid menggunakan Kamus Dewan secara efektif
VI. Melaksanakan pembelajaran koperatif dalam kelas melalui kaedah kumpulan rakan sebaya.
Implikasi Jika Tindakan Ini Tidak DijalankanBerbalik kepada Falsafah dan dasar Pendidikan di Malaysia, “ Akauntabliti “ atau bertanggungjawab terhadap sesuatu atau terhadap profesionalisme. Seseorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.Maka bertitik tolak dari situ, saya selaku warga pendidik harus sedaya upaya berusaha memastikan diri saya sentiasa berusaha memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah.Implikasinya jika Tindakan ini Tidak dijalankan :
i. Murid lemah akan terus kekal menjadi lemah, malahan berterusan sehingga ke sekolah menengah .
ii. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mata pelajaran saya menjadi statik tidak dinamik.
iii. Prestasi sekolah saya tidak menerima sebarang kemajuan serta anjakan perubahan.
iv. Peratus murid lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semakin bertambah.
v. Keputusan UPSR tahun semasa sekolah saya akan jatuh.
vi. Saya akan sentiasa berasa bersalah kerana tidak melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang bergelar pendidik dengan penuh kesungguhan.
vii. Apa yang paling memalukan jika saya tidak menjalankan tindakan ini , terhadap anak didik saya , suatu hari nanti anak didik saya akan berpaling kepada saya dengan tohmahan yang benar , bahawa saya adalah seorang guru yang pemalas dan tidak bertanggungjawab.
Jangkaan Sekiranya Kajian Tindakan Ini Dapat Dijalankan
Sentiasa berpegang kepada prinsip “ KERJA KITA TIDAK PERNAH MENIPU KITA”.dan “JIKA BUKAN SAYA SIAPA LAGI” Jika saya melakukan dengan bersungguh- sungguh pasti segalanya akan menjadi serta membuahkan hasil Seperti mana hasil yang diharapkan:
i. Saya akan dapat merasakan kepuasan dalam bidang tugas yang telah diamanahkan Negara kepada saya.
ii. Peratus murid lemah dalam ejaan dan kemahiran membina ayat akan dapat dikurangkan.
iii. Murid lemah dalam penulisan serta mata pelajaran lain akan dapat diatasi dengan penguasaan ejaan dan membina ayat.
iv. Peratus pencapaian prestasi UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu akan dapat ditingkatkan.
v. Saya mempunyai peluang mempelbagaikan kaedah serta pendekatan untuk mengajar dan
menyelesaikan permasalah dalam bilik darjah semasa PnP Bahasa Melayu dijalakan serta
berkongsi dengan rakan guru yang lain.
vi. Apa yang paling benar , adalah tanggungbjawab saya berusaha memastikan semua murid
tahun 6 Amanah yang lemah , telah diusahakan sedaya upaya yang saya mampu untuk
menguasai kemahiran yang diajar oleh saya sebagai guru mata pelajaran sekaligus guru kelas
sebelum murid-murid saya melangkah ke alam Sekolah Menengah.
TEKNIK,PENDEKATAN ATAU MODEL YANG DIGUNAKANDemi memastikan tanggungjawab yang digalas terlaksana, saya telah memilih teknik dan pendekatan yang sesuai bagi memastikan murid-murid saya seronok belajar bersama saya pada setiap hari Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Antara Teknik serta Pendekatan yang digunakan.
Mengatasi masalah Ejaan.KUIZ EJAAN( INDIVIDU)
1. Sebelum memulakan Pengajaran dan Pembelajaran, saya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit pertama untuk aktiviti ejaan.
2. Murid akan diarahkan mengeluarkan buku tulis masing-masing, dan bersedia mendengar perkataan yang cikgu sebut.
3. Guru akan menyebut 10 patah perkataan pada setiap hari.
4. Guru menyebut perkataan : Contoh:( U-NI-VER-SI-TI ) , ( U- LAT ) , ( U- BAT )
5. Murid akan mengeja perkataan dengan cara memerhati dan mendengar sebutan daripada mulut guru,
6. Murid akan mengeja dan menulis di dalam buku tulis masing-masing.
7. Setelah selesai, ejaan . Guru mengarahkan murid-murid membuka( halaman Buku Teks, Lembaran Edaran , Langanan Harian Didik, Bahan Bercetah , Kamus Dewan atau apa jua bahan bercetak yang digunakan oleh guru pada hari tersebut sebagai sumber Pengajaran dan pembelajaran.
8. Murid-murid diarah menyemak ejaan perkataan yang diberikan berdasarkan halaman teks.
9. Murid yang dapat mengeja betul semua , diberikan hadiah atau ganjaran.
10. Pada awal tahun murid hanya mampu mengeja dengan betul 1 atau 2 sahaja dari pada 10 perkataan dengan betul. Tetapi pada bulan ketiga murid mula dapat mengeja 9 hingga 10 ejaan dengan betul.
KUIZ EJAAN KUMPULAN.Langkah Permainan Kuiz.
1. Murid diarahkan duduk dalam kumpulan ( 4 orang satu kumpulan ).
2. Guru akan menyebut 5 perkataan . Murid menulis dalam buku Ejaan.
3. Murid diarahkan dalam kumpulan bekerjasama , memilih 1 daripada 5 perkataan untuk membina ayat mudah.( Kooperatif Learning).
4. Setiap kumpulan di minta memastikan ayat kumpulan masing-masing betul dari aspek ejaan dan struktur ayat.
5. Ketua/wakil kumpulan menulis ayat kumpulan masing-masing.
6. Kumpulan lain akan menyemak ayatyang telah ditulis dipapan tulis.
7. Kumpulan yang menulis ayat dengan struktur ayat dan ejaan yang betul akan mendapat hadiah.
TEKNIK ASAS MEMBINA AYAT UNTUK KUMPULAN MURID LEMAH
Teknik “ WAK”W – watakA - aktivitiK - keterangan
Langkah .1. Guru akan arahkan murid memerhati grafik / gambar yang terdapat dalam halaman buku
teks, akhbar didik, lembaran edaran, atau apa jua bahan bergambar yang berkaitan dengan aktiviti.
2. Guru akan bombing murid-murid meambina ayat mudah menggunakan teknik “ WAK”.
3. Perkara yang paling penting ialah saya berpeluang menyemak kerja murid secara individu memandangkan jumlah murid yang tidak ramai. Semasa menyemak secara individu saya dapat menerangkan kepada murid sambil memberikan motivasi , rangsangan serta pujian kepada murid dengan cara ini , murid juga mendapat sentuhan tangan saya , saya juga akan menepuk bahu murid agar murid berasa lebih dekat dengan saya serta berkeyakinan diri untuk terus memajukan diri.
TEKNIK MODEL” SALAK”S – SiapaA – AktivitiL – LokasiA – AlatanK - Keterangan
Langkah1.Selain menggunakan teknik asas pembinaan ayat ( Subjek dan Predikat ), atau teknik WAK , bagi membolehkan murid-murid kumpulan lemah menguasai kemahiran membina ayat, saya juga menggunakan teknik Model” SALAK “.2. Untuk kumpulan murid lemah kelas 6 Amanah saya menggunakan asas “ SALAK “, iaitu “ SAK” iaitu Siapa,Aktiviti dan Keterangan.3. Teknik ini akan di kembangkan lagi jika murid saya menguasai asas “ SAK “ kepada yang lebih kompleks iaitu “ SALK” iaitu Siapa, Aktiviti, Lokasi dan keterangan. Seterusnya kepada yang lebih tinggi iaitu “ SALAK “.4. Sepanjang menggunakan teknik WAK dan SALAK , murid lebih cepat dan mahir membina ayat. Kemahiran membina ayat sangat penting untuk murid terus menguasai kemahiran menulis.
ALAT BANTU MENGAJAR
Dalam usaha menarik minat murid-murid kumpulan lemah menumpukan perhatian terhadap pembelajaran yang dijalankan, bahan yang digunakan untuk Pengajaran dan pembelajaran saya antarannya ialah;
1. Buku teks tahun 62. Buku aktiviti tahun 63. Akhbar harian didik ( Pada setiap hari isnin )4. Keratan-keratan Akhbar5. Lembaran kerja6. Buku-buku cerita ( ke pusat seumber sekolah )7. Terkini Komputer8. White Board9. Kad imbasan10. Slaid “ SALAK “
PERINCIAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKUKAN SEWAKTU MELAKUKAN AKTIVITI PEMULIHAN.
CONTOH 1Teknik membina ayat menggunakan Kaedah WAK dan SALAK diguna dan diaplikasikan semasa Pengajaran Mikro kelas ( 5 rahmat ) baru-baru ini.
RANCANCAN PENGAJARAN MIKRO
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Rahamat
Bilangan murid : 20 orang
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Keluarga harmoni Hidup Diberkati
Tarikh : 25.10.2011
Masa : 11.50 – 12.10
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran , pelajar akan dapat :
1. Menjawab untuk menjelaskan sesuatu perkara menggunakan bahasa yang santun.
2. Menulis perkataan dengan pelbagai ayat.
3. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Nilai : Kasih sayang , menghargai masa, menjaga keselamatan diri , menghormati
KBKK : mengecam maklumat di dalam grafik
Alat Bantu mengajar : Gambar, Lembaran kerja.
Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran
Langkah / isiPelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran catatan
Langkah 1 - Guru meminta murid- murid meneliti gambar yang diedarkan.
- Guru mengarahkan murid- murid mengecam aktiviti yang tersirat di dalam grafik.
- Murid-murid menyatakan aktiviti yang tersirat di dalam grafik.
NilaiKasih - sayang
Perincian Pelaksanaan Pengajaran dan PembelajaranMasa Pelaksanaan Aktiviti Langkah 1
1-5 minit(Kemahiran Memahami Grafik)
- Guru mengarahkan murid- murid bergerak dalam kumpulan.- Guru mengedarkan lembaran grafik kepada murid-murid.- Guru memerhati grafik secara berkumpulan.- Guru mengarahkan murid-murid mengeluarkan alat tulis.- Guru mengedarkan kertas/lembaran aktiviti- Guru mengarahkan murid membulatkan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam lembaran secara berkumpulan.
6-14 minit (Penerapan nilai)
- Guru meminta murid-murid menyatakan aktiviti dengan penuturan yang santun.- Guru meminta murid-murid menyatakan aktiviti lain yang boleh dilakukan semasa berkelah.
15-20minitTatabahasaKata kerja
- Guru menjelaskan kata kerja yang tersirat dalam grafik- Guru menjelaskan kaedah mudah mengolah ayat menggunakan Teknik “SALAK” dan Teknik “WAK”-Murid membina 2 ayat secara individu.-Guru meminta murid membacakan ayat secara lisan.-Murid menulis ayat di papan tulis.-Murid dibimbing menyemak struktur ayat dengan bimbingan guru.-Murid membetulkan kesalahan ejaan pada kamus jika ada kesalahan.-Murid meneruskan latihan membina ayat.
Contoh : Lembaran aktiviti untuk membina ayat mudah menggunakan Teknik” WAK” atau “ SALAK.”
Lembaran aktiviti
Arahan : Tulis lima tentang aktiviti- aktiviti yang terdapat di dalam gambar tersebut.
1……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
4……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
5……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
CONTOH 2 : Aktiviti Ejaan di terapkan di dalam PnP Makro baru-baru ini.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PENGAJARAN MAKRO )
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu.
Tahun : 5 Ehsan.
Tarikh : 25.Oktober 2011 ( 11.10-12.10)
Bilangan Murid: 25 orang
Tema :Nilai Murni .
Tajuk : Bersatu Teras Keharmonian
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajarana:
Fokus utama : 6.1 aras 1 ( i) merujuki kamus untuk mencari makna,sebutan yang betul, Ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.
Fokus sampingan : 11.2 aras 3(i) : mengemukakan pendapat tentang mesej yang terdapat dalam bahan.
Objektif pembelajaran :Pada akhir pelajaran murid-murid akan dapat
i) merujuki kamus untuk mencari makna perkataan dan frasa yang betul.ii) Menjelaskan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.
Sistem bahasa:
Tatabahasa : Kata ganda , penanda wacana.
Nilai murni :Bekerjasama, kerajinan, kasih sayang yakin diri, alam sekitar,kebersihan.
Nilai ilmu: Pendidikan sivik & kewarganegaraan ( semangat bermasyarakat )
Kemahiran berfikir :Mengecam dan memahami maklumat.
Kecerdasan pelbagai: Naturalis
Pengetahuan sedia ada :Murid-murid pernah mengikuti aktiviti gotong-royong yang pernah dijalankan di sekolah.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Nota
Permulaan mencungkilIdea(5 minit)
Pemerhatian
Pembelajarankontekstual
Mendengar secara aktif
1.Guru menayangkan slaid-slaid orang sedang melakukan aktiviti gotong-royong.
2.Guru kemukakan soalan;a. Apakah aktiviti yang dilakukan orang di dalam slaid?
1.Murid-murid memerhatikan tayangan slaid
2.Murid menjawab soalan guru .a. Orang sedang melakukan aktiviti bergotong royong.
KBKKMenjana idea
BBMSlaid power point
Nilai:Semangat bermasyarakat
Langkah 1
15 minit
Permainan Ejaan
Aktiviti permainan Ejaan
Kosa katai.Memangkasii.Wakafiii.kudapaniv.Merarauv.hamper
1.Guru mengedarkan kertas aktiviti permainan ejaan kepada murid2.Guru menyebut perkataan.3.Guru arahkan murid-murid merujuk kamus Dewan Untuk menyemak ejaan.4Wakil atau ketua kumpulan diarahkan tanpil ke hadapan memberikan jawapan..
1.Murid mendapatkan kertas aktiviti ejaan.
2.Murid menulis perkataan.3.Murid-murid merujuk kamus mencari ejaan dan maksud perkataan.
4.Wakil kumpulan tanpil menaip jawapan kumpulan dapatan rujukan daripada kamus pada computer. Manakala murid lain memerhatikan jawapan yang diberikan
Nilai: Ketelitian
BBMKamus Dewan
Kertas aktiviti ejaan.
Nilai : Yakin diri
BBM; LCDComputer
Langkah 2Membaca
15minit
Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul
Tatabahasa:Kata ganda
1.Guru mengarahkan beberapa murid membaca edaran petikan secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang
1.Murid membaca petikan secara bergilir dengan sebutan dan intonasi yang betul.
BBM;Edaran Petikan
Nilai : Ketelitian
Membaca secara luncuran
Guru sebagai fasilitator.
KBKKMemahami dan mengesan maklumat
betul.
2.Murid diminta menyatakan kata ganda yang terdapat di dalam petikan
3.Guru meminta murid-murid mencari beberapa nilai murni yang tersirat didalam petikan dalam kumpulan
4.Guru meminta wakil kumpulan menaip nilai yang didapat di dalam computer
2.Murid menyatakan kata ganda yang terdapat dalam petikan.
3.Murid-murid mencari beberapa nilai murni yang tersirat di dalam petikan secara berkumpulan.
4.Wakil kumpulan ,menaip nilai yang didapati didalam computer dan dipancar terus pada skrin.(perbincangan guru murid-murid)
Nilai: kerjasama
Nilai: Yakin diri
Langkah 315minit
Penanda wacana
Menjawab dalam ayat yang lengkap
1.Guru menjelaskan penanda wacana2.Murid di arahkan menulis nilai dalam satu perenggan.
1.Murid mendengar penjelasan guru
2.Murid menulis latihan ,menulis nilai dalam satu perenggan dengan menggunakan penanda wacana.
Nilai: ketelitian
Langkah 45minit
Mendengar secara intensif
Membaca secara luncuran
1Guru arahkan .wakil murid diarahkan membacakan nilai yang telah dilengkapkan dalam satu perenggan.
1.Wakil murid membacakan nilai yang telah dilengkapkan dalam satu perenggan di hadapan kelas
Penutup5minit
Menjana idea 1.Guru aju soalan .Mengapakah kerjasama menjadi amalan penting di dalam hidup bermasyarakat
1. Jawapan murid,Eratkan perpaduan.Pupuk dan jalin kerjasama dikalangan masyarakat.
AKTIVITI 1 PERMAINAN EJAAN
Langkah-Langkah Permainan
1.Dengar dengan teliti perkataan yang disebut guru secara lisan.2.Tulis perkataan yang telah disebut guru di dalam lembaran yang telah disediakan.3.Semak ejaan perkataan didalam kamus Dewan.4.Cari maksud setiap perkataan di dalam Kamus Dewan.5.Setiap kumpulan yang menjawab aktiviti dengan betul akan mendapat hadiah.
Aktiviti Ejaan
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
Maksud Perkataan Berdasarkan Kamus.
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
AKTIVITI 2 Membaca Petikan.
Baca petikan berikut dengan teliti mengikut sebutan dan intonasi yang betul.
Pada hari Ahad yang lepas , satu program memperindah taman rekreasi di Desa Harmoni telah diadakan. Kegiatan ini telah disertai oleh penduduk desa.Mereka telah berkumpul di pintu gerbang taman itu sejak pukul 7.30 pagi untuk pembahagian kerja kumpulan.
Pada pukul 8.00pagi, ketua kampong telah menyampaikan ucapan. Beliau telah menyeru penduduk mengamalkan sikap bersatu padu agar keadaan di desa sentiasa harmoni.
Pada pukul 8.15 pagi, kegiatan memperindah taman dimulakan. Antara kerja yang telah dilakukan oleh mereka termasuklah membersihkan kawasan taman, memangkas ranting pohon , menanam pokok hiasan dan pokok bunga, membersihkan kawasan air terjun buatan, mengecat wakaf dan membaiki pagar taman.
Pada pukul 10.30 pagi, mereka berehat untuk kudapan. Pada pukul 11.00 pagi pula, satu pengumuman telah dibuat oleh pengerusi persatuan. Beliau menyatakan bahawa satu pertandingan teka-teki akan diadakan pada sebelah petang.
Pada pukul 12.45 tengah hari, mereka berminat untuk merarau. Selepas itu, pada pukul 1.30 petang,pertandingan teka-teki pun diadakan. Hadiah berupa hamper telah disampaikan kepada pemenang pada pukul1.45petang. Cenderamata juga telah diberikan kepada mereka yang menyertai program itu.
Program itu telahberakhir pada pukul 2.00 petang. Mereka berasa bangga dan gembira aabila melihat taman itu bertambah indah.
AKTIVITI 3
Baca arahan berikut dengan teliti
Tuliskan 5 nilai yang kamu dapati dalam petikan.
1.______________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________
4.______________________________________________________________________
5.______________________________________________________________________
Tuliskan lima nilai murni yang kamu dapati dalam petikan dalam satu perenggan.
REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN
1. KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dirasai dan dikesan sepanjang saya menjalankan kajian tindakan melalui pemulihan ini ialah, kekuatan yang ada pada murid sendiri, walaupun murid saya lemah dalam ejaan namun murid-murid kelas 6 Amanah menguasai kemahiran membaca walaupun masih kurang lancer. Kekuatan yang ada ini membantu saya lebih mudah mencapai objektif saya di dalam melaksanakan pemulihan melalui tindakan ini. Dalam Modul OUM HBML1103(2007) dinyatakan bahawa kaedah permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, penggunaan permainan bahasa seperti kuiz sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah sebagai bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Penggunaan permainan bahasa ini dapat menarik minat dan perhatian pelajar kerana aktiviti yang dijalankan menyeronokan dan pelajar dapat terlibat secara aktif. Jesteru itu, kelebihannya sebagai satu teknik mengulang kaji dan pengukuhan akan membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan ingatan terhadap mereka terhadap pembelajaran. Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa bermain, pelajar akan bertindak balas secara spontan Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.
Selain itu, kekuata yang ada pada saya sendiri ialah kebolehan saya mengawal kelas , keadaan ini membolehkan saya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Semasa pengajaran “macroteaching “ dan “ microteaching “ saya juga telah menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama seperti mana murid-murid kelas 6 Amanah, ternyata kaedah ini memberikan keseronokan kepada murid , murid lebih terangsang serta bersaing untuk memberikan jawapan yang tepat dan betul.
2. KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan kajian ini ialah kerjasama di kalangan ibu bapa atau penjaga pelajar sendiri , di mana ibu bapa atau penjaga tidak memantau tugasan yang diberikan kepada murid-murid sebagai latihan lanjutan dirumah. Apa yang belaku murid akan membawa kembali latihan yang diberi tanpa disiapkan dengan memberikan pelbagai alasan. Keadaan ini amat menyedihkan. Sebagai tindakan saya untuk saya mengatasi masalah in saya tidak memberikan latihan di rumah , saya mengarahkan murid-murid menyiapkan juga latihan diberikan disekolah. Keputusannya amat memberangsangkan. Selain itu , terdapat kekangan serta halangan lain, antaranya ialah murid kerap ponteng sekolah , situasi ini memyebabkan murid lemah ini semakin ketinggalan.
3.Langkah Mengatasi
Kekuatan dan kelemahan , adalah merupakan cabaran dan halangan yang pastinya terdapat di mana-mana sahaja, walaubagaimanapun saya akan sedaya upaya berusaha memperbaiki serta mendidik dan membimbing anak didik saya yang masih lemah agar mereka akan lebih bersedia berdepan dengan cabaran masa depan.