34
Meningkatkan penguasaan suku kata (kv+kv) dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu kalangan murid tahun 2 melalui kaedah belajar sambil bermain. 1.0 PENDAHULUAN Tajuk ini akan memperkatakan mengenai latar belakang pengkajian, dapatan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan pentafsiran nilai pendidikan mencakupi teori-teori model atau model yang bertunjangkan pengkajian ini. 1.1 Pengenalan Mengikut penulisan Jamila Mohamed (2006), Pendidikan Khas merupakan pengajaran yang mengisi intipati pendidikan murid keperluan khas. Beliau telah membuat kenyataan bahawa sistem pendidikan untuk murid berkepeluan khas dirancang secara tersendiri dan dilaksanakan secara sistematik serta memtafsirkan keberkesanannya secara tepat bagi membimbing murid keperluan khas meningkatkan potensi diri senormal mungkin bagi usaha mencapai kejayaan hidup normal tanpa kebergantungan kepada masyarakat sekeliling. Culatta (1999) mendefinisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum arus perdana danmewujudkanpenambaikkan yang bersesuaian dalam pembelajaran. Oleh itu, pendidikan khas merupakan pengajaran yang diwujudkan dan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas dan [1]

Kajian Tindakan Eddie Idris

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian Tindakan Eddie Idris

Meningkatkan penguasaan suku kata (kv+kv) dalam Mata Pelajaran Bahasa

Melayu kalangan murid tahun 2 melalui kaedah belajar sambil bermain.

1.0 PENDAHULUAN

Tajuk ini akan memperkatakan mengenai latar belakang pengkajian, dapatan refleksi

pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan pentafsiran nilai pendidikan mencakupi

teori-teori model atau model yang bertunjangkan pengkajian ini.

1.1 Pengenalan

Mengikut penulisan Jamila Mohamed (2006), Pendidikan Khas merupakan pengajaran

yang mengisi intipati pendidikan murid keperluan khas. Beliau telah membuat

kenyataan bahawa sistem pendidikan untuk murid berkepeluan khas dirancang secara

tersendiri dan dilaksanakan secara sistematik serta memtafsirkan keberkesanannya

secara tepat bagi membimbing murid keperluan khas meningkatkan potensi diri

senormal mungkin bagi usaha mencapai kejayaan hidup normal tanpa kebergantungan

kepada masyarakat sekeliling.

Culatta (1999) mendefinisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak

individu yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid

kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak

disediakan dalam kurikulum arus perdana danmewujudkanpenambaikkan yang

bersesuaian dalam pembelajaran.

Oleh itu, pendidikan khas merupakan pengajaran yang diwujudkan dan

dilaksanakan untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas dan pembelajaran

[1]

Page 2: Kajian Tindakan Eddie Idris

yang telah ditetapkan oleh kementerian. Pendidikan khas ini diwujudkan dan dihasilkan

kerana murid berkeperluan khas memerlukan kaedah pengajaran berbeza dengan

murid diarus perdana. Murid berkeperluan khas ini terbahagi kepada beberapa cabang

pendidikan seperti, masalah pendengaran, pintar cerdas, masalah pembelajaran dan

masalah penglihatan.

Murid bermasalah penglihatan menghadapi masalah yang berbeza dengan

masalah pendidikan khas yang lain ini kerana masalah penglihatan mempunyai

pentakrifan tersendiri. Menurut Hewett dan Forness (1974) dalam penulisan Hasnah

(1998) menerangkan definisi awal berkaitan kurang upaya penglihatan yang digunakan

di Amerika Syarikat pada tahun 1961. Menurut definisi itu, seseorang dikatakan

mengalami kecacatan penglihatan yang sepenuhnya apabila penglihatanya adalah

20/200 ataupun kurang. Kecacatan penglihatan tidak sepenuhnya berlaku apabila

seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 atau 20/70. Namun begitu, masalah

penglihatan yang dihadapi oleh murid ini secara tidak langsung akan mempengaruhi

keberkesanan penguasaan terhadap subjek Bahasa Melayu di sekolah. Guru perlulah

merancang satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang manpu membantu

murid untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu terutama dalam suku kata.

Terdapat satu kaedah pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas

iaitu mengaplikasikan aktivtiti permainan didalam pengajaran dan pembelajaran di

sesebuah kelas. Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main adalah bermotivasi

intrinsik, bermakna, menyeronokkan, simbolik, berperaturan berbentuk episodik, dan

sukarela. Sering kali bermain dikatakan antonim kepada kerja atau belajar. Sebenarnya

konsep tersebut boleh ditakrifkan kurang tepat kerana kerja atau belajar yang

menikmati kepuasan tergolong dalam konsep main. Melalui permainan, murid

berpenglihatan terhad akan aktif untuk menguasai aktiviti permainan maka ia adalah

proses pembelajaran akan berlaku.

[2]

Page 3: Kajian Tindakan Eddie Idris

Aktiviti permainan dalam pembelajaran dapat menggalakkan penglibatan aktif

murid berpenglihatan terhad dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid berusaha,

cuba untuk melibatkan diri, berinteraksi dengan baik dan sebagainya. Selain itu, aktiviti

permainan perlu diuruskan dan dikelolai dengan sempurna supaya matlamat dan tujuan

pembelajaran permainan berkesan. Ini menunjukkan aktiviti permainan dapat

membantu murid berpenglihatan terhad menguasai suku kata Bahasa Melayu andaian

guru mampu merancang dan menggunakan kaedah yang bersesuai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Penguasaan suku kata yang luas amat penting untuk menjamin pelajar dapat

membrialle dan menulis dengan baik. Apabila sesuatu tajuk karangan mempunyai

perkataan atau suku kata yang kurang biasa digunakan, maka murid akan menghadapi

masalah memahami kehendak tajuk. Penguasaan Bahasa Melayu dari aspek

penggunaan suku kata amat berkait rapat dengan perkembangan bahasa. Skinner

(1957), berpendapat perkembangan bahasa adalah dipengaruhi faktor persekitaran.

Menurut ahli behaviorisme, bahasa kanak-kanak bergantung kepada teknik meniru

untuk menguasai bahasa yang komplek.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sepanjang mengajar di sebuah sekolah pendidikan khas Kuala Lumpur didapat

beberapa kelemahan dan masalah yang telah dikenalpasti serta diambil bagi

meningkatkan kemahiran terhadap murid berpenglihatan terhad bagi kelas tahun 2

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perkara tersebut ialah

berkenaan penguasaan suku kata yang amat kurang di dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu.

[3]

Page 4: Kajian Tindakan Eddie Idris

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras di dalam sistem pendidikan

kebangsaan. Penguasaan suku kata merupakan salah satu aspek yang dititik beratkan

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah aliran

kerajaan. Pengalaman murid dengan penguasaan suku kata adalah merupakan aspek

asas yang penting dalam membentuk atau mengembangkan sikap positif terhadap

Bahasa Melayu. Melalui penguasaan suku kata murid-murid akan mempelajari tentang

suku kata perkataan dan pembinaan ayat tunggal yang lengkap dan sebagainya.

Bahasa Melayu sudah serasi secara semualjadi dalam kehidupan untuk berkomunikasi

dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat

di kepulauan rumpun melayu sehinggakan dalam kehidupan seharian kita

menggunakan Bahasa Melayu dalam rancangan, perjalanan, pembelajaran,

perbincangan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada pemerhatian, perkara ini menjadi janggal apabila

kebanyakan murid berpenglihatan terhad mempunyai masalah penguasaan suku kata

serta kefahaman yang kurang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini wjud

disebabkanoleh murid yang sukar memahami pengajaran atau konsep yang

diterangkan oleh guru di dalm pengajaran. Oleh yang demikian ia menimbulkan

kebosanan dikalangan murid dan seterusnya menyebabkan murid kurang berminat

terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, murid berpenglihatan terhad

mempunyai masalah Bahasa Melayu dari aspek penguasaan suku permasalahan ini

wujud disebabkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran oleh guru kurang

menarik. Bukan setakat itu sahaja, murid berpenglihatan terhad kebanyakan daripada

mereka kurang memberi tumpuan dalam kelas ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan. Mungkin juga,kesedian murid tahun 2 berpenglihatan

terhad belum mempunyai minat untuk belajar atau tahap pemikiran mereka berada

ditahap yang lebih rendah .

[4]

Page 5: Kajian Tindakan Eddie Idris

Dalam usaha membantu murid berpenglihatan terhad menguasai suku kata

dengan betul, aktiviti permainan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Aktiviti permainan merupakan strategi berpusatkan murid di mana guru

akan bertindak sebagai fasilitator dan pembelajaran bercorakan permainan tersebut.

Terdapat kaedah yang bersesuaian untuk dipertimbangkan dalam pengajaran

pemusatan murid misalnya kaedah, inkuiri-penemuan, penyoalan, masalah, bermain,

perbincangan, kumpulan simulasi, penyelesaian, main peranan dan sumbangsaran.

Semua kaedah-kaedah ini hanya dapat digunakan dengan baik andainya guru sedar

tentang tanggungjawabnya dan peranan murid dalam pengajaran dan pembelajaran

(Kamaludin bin Ahmad, 1996).

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan

1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan

menengah aliran kerajaan. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan

dan bahasa pertuturan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat

membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran

rakyat, juga berperanan sebagai tunjang kepada semangat kewarganegaraan terhadap

tanah air yang dikongsi bersama oleh semua lapisan rakyat dalam satu wawasan.

Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke

peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi yang ada pada

masa kini.

[5]

Page 6: Kajian Tindakan Eddie Idris

Menurut Santrock (2004), bahasa membantu menurunkan informasi dari satu

generasi ke genarasi yang lain. Sejak turun-temurun bahasa meninggalkan warisan

yang kaya dengan khazanah budaya. Bahasa ialah satu instrumen untuk mewujudkan

dan melahirkan hubungan budaya murni serta alat berkomunikasi idea pemikiran. John

Stuart Mill pernah menyatakan bahawa bahasa ialah cahaya pada minda. Bahasa juga

suatu wadah untuk memberitahu perasaan, sentimen, ciri-ciri nilai semulajadi sesuatu

masyarakat dalam melahirkan identiti sosial.

Merujuk pada masalah yang berlaku di dalam bilik darjah ketika sesi

pembelajaran dan pengajaran, pengkaji mendapati bahawa segelintir murid

berpenglihatan terhad menghadapi kepayahan sukar untuk memahami makna sesuatu

suku kata dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, murid juga tidak pernah

menemui atau mendengar sesuatu perkataan misalnya perkataan “lara” sebelum ini.

Permasalahan ini wujud kerana murid kurang membaca bahan bacaan Bahasa Melayu

kerana bahan bacaan yang telah dibraille dan tulisan besar tidak begitu banyak. Boleh

dikatakan kemungkinan murid kurang berminat atau bosan dengan bahan-bahan

bacaan braille.

Oleh itu, bagi membantu murid berpenglihatan terhad menguasai suku kata

dengan betul, aktiviti permainan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Aktiviti permainan merupakan strategi berpusatkan murid di mana guru

akan bertindak sebagai fasilatator dan memikirkan kaedah yang bersesuaian untuk

dipertimbangkan dalam pengajaran berpusatan murid misalnya kaedah inkuiri-

penemuan, kumpulan, perbincangan, masalah, bermain, penyelesaian simulasi,

penyoalan, main peranan dan sumbangsaran. kesemua kaedah-kaedah ini hanya dapat

digunakan dengan baik jika guru sedar tentang peranannya dan peranan murid dalam

pengajaran dan pembelajaran (Kamaludin bin Ahmad, 1996).

[6]

Page 7: Kajian Tindakan Eddie Idris

Pengajaran dan pembelajaran bermain merupakan satu kaedah mengajar yang

member peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti secara beriadah di dalam

keadaan terkawal. Permainan dapat memberikan pengalaman awal tentang keadilan,

peraturan dan kesamaan (Ee Ah Meng, 1997). Di antara permainan yang biasanya

digunakan dalam bilik darjah ialah menyambung titik-titik, cantuman gambar, teka teki,

sahiba, kad-kad bergambar, teka silang kata, domino, kad perkataan, dan kad

bernombor. Melalui kaedah belajar sambil bermain, penglibatan murid perlu dalam

kumpulan seperti berbincang dan berlawan secara sihat bersama kanak-kanak lain.

Sekiranya kehidupan mereka pada peringkat ini tidak diisi dengan perkara-perkara yang

menyeronokkan diri mereka akan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini

(Pellegrini, 1995). Guru perlu pastikan rohani dan jasmani kanak-kanak sentiasa hidup.

Pendekatan belajar melalui bermain yang digalakkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan serta bermakna.

Kaedah permainan dirancang supaya penguasaan pengetahuan lebih berkesan kerana

melalui bermain kanak-kanak akan rasa gembira dan berkeinginan membuat

pembinaan, penerokaan dan penemuan melalui pengalaman langsung secara

semulajadi.

2.0 FOKUS KAJIAN

Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai

tinjauan, analisis tinjauan awal, kriteria pemilihan fokus kajian dan tinjauan literatur

berkaitan isu kajian.

[7]

Page 8: Kajian Tindakan Eddie Idris

2.1 Isu Kajian

2.1.1 Tinjauan Awal

Melalui pemerhatian secara umum yang dilakukan terhadap pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah ini didapati

menunjukkan masalah kurangnya pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

permainan dan aktiviti yang kreatif tidak membosankan murid. Sesi pengajaran serta

pembelajaran tidak menarik mungkin menjadi faktor atau punca masalah murid

berpenglihatan terhad kurang penguasaan Bahasa Melayu dari aspek suku kata.

Tinjauan awal yang digunakan adalah untuk mengumpul data dan maklumat

bagi mengenalpasti permasalah tentangan penguasaan suku kata tersebut. Bagi

mendapatkan hasilan terhadap masalah yang ingin dikaji, pengkaji telah menggunakan

ujian diagnostik sebagai pentaksiran. Menurut Zulkifley Hamid (2006) menerangkan

ujian diagnostik dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah-masalah khusus atau

tertentu yang besar kemungkinan bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar. Bagi mengesan

kelemahan yang dihadapi dalam penguasaan suku kata, pengkaji menjalankan ujian

diagnostik ke atas murid berpenglihatan terhad tersebut.

Semasa melaksanakan ujian diagnostik, pengkaji memberi murid beberapa baris

ayat untuk mendapat hasilan intensif. Murid membaca petikan kemudian pengkaji

mengemuanakan soalan pada murid mengenai perkataan yang sukar murid fahami.

Seterusnya pengkaji meminta murid mengenalpasti kesalahan dan membina ayat

mudah dari perkataan tersebut bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dari

aspek makna dan penggunaan suku kata yang dalam satu ayat.

[8]

Page 9: Kajian Tindakan Eddie Idris

Bagi memperolehi data peringkat awal, pengkaji membuat temu bual secara

tidak formal kepada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi

mengetahui tahap murid dalam Bahasa Melayu dari aspek penguasaan suku kata.

Temu bual ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan sedikit maklumat dan

gambaran awal mengenai tahap penguasaan suku kata setiap murid yang dikaji.

Maklumat guru Bahasa Melayu, murid berpenglihatan terhad mengalami masalah

kefahaman mengenai konsep dan makna sesuatu perkataan.

Setelah memperolehi sedikit maklumat daripada guru Bahasa Melayu, pengkaji

kemudiaannya membuat pemerhatian bagi yang hadapi murid tersebut dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Melalui pemerhatian,

pengkaji meminta murid menjawab soalan guru mengenai makna sesuatu perkataan

yang dikemukanan. Pengkaji mendapati murid menunjuk tingkah laku yang kurang

memuaskan kerana murid berasa tidak yakin dengan jawapan yang dikemukakan oleh

mereka. Murid juga menunjuk rasa bosan ketika aktiviti membaca petikan atau bahan

bacaan.

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran kelas terbabit, beliau

membantu murid yang kurang penguasaan suku kata dan makna sesuatu perkataan.

Murid-murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan pemahaman dan soalan

membina ayat dari gambar rajah diberi. Beliau juga biasa menggunakan kaedah

tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Strategi yang selalu

digunakan guru juga adalah berpusatkan guru maka penglibatan murid agak kurang.

[9]

Page 10: Kajian Tindakan Eddie Idris

Guru berkenaan banyak memberikan latihan dan penerangan kepada murid untuk

menilai kefahaman terhadap tajuk yang diajarkan kepada murid.

Pengkaji telah menperolehi beberapa data melalui pemerhatian yang telah

dilakukan oleh pengkaji terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Pengkaji mendapati

murid-murid memberikan respon terhadap pengajaran guru namun keadaan di dalam

kelas yang tidak ceria kerana hanya guru yang memainkan peranan dalam proses

pembelajaran tersebut. Tidak kesemua murid dapat mengetahui dan memahami

makna sesuatu perkataan dalam soalan latihan yang diberikan oleh guru dengan betul.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji hanya seorang murid dapat menjawab 7 dari10

soalan dengan betul berbanding dengan murid-murid yang hanya betul 5 dari 10 dan 3

dari 10.

2.1. 3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Pengkaji telah memerhatikan beberapa kriteria yang perlu dititikberatkan semasa

kajian. Antara kriteria ialah penetapan fokus kajian seperti kebolehgunaan,

kepentingan, kawalan, kolaborasi, kebolehtadbiran dan kerelevenan.

[10]

Page 11: Kajian Tindakan Eddie Idris

Kebolehtadbiran

Pemilihan permainan dibuat berdasarkan kesesuaian dari semua aspek,

pengkaji telah melaksanakan pengubahsuaian ke atas permainan yang dipilih.

Pengubahsuian dilakukan supaya permainan yang dipilih ada keserasian untuk

dilaksanakan ke atas murid berpenglihatan terhad dan subjek kajian.

Murid berpenglihatan terhad ini juga menunjukkan kerjasama sepenuhnya

sepanjang tempoh kajian dilaksanakan. Subjek kajian sentiasa mencuba melibatkan

diri dalam aktiviti permainan yang dijalankan. Pengubahsuaian dilakukan ke atas bahan

untuk aktiviti permainan bertujuan membantu murid untuk melibatkan diri dalam

tindakan kajian pengkaji.

Kepentingan

Kajian tindakan ini penting untuk menunjukkan pendekatan berkonsepkan

permainan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang ceria dan menarik di dalam sesebuah proses pembelajaran.

Pendekatan ini juga akan dapat membantu subjek kajian memajukan diri dalam bidang

akademik, secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa tidak yakin pada diri dan

melahirkan perasaan keseronokan dalam pembelajaran.

Kajian ini boleh dikatakan amat penting kepada murid berpenglihatan terhad

kerana kebanyakan murid berpenglihatan terhad sangat lemah dalam penguasaan

suku kata. Pengkaji perlu menyelesaikan masalah tersebut sebelum permasalahan ini

menjadi serius dan mengganggu proses pembelajaran murid tersebut. Jika masalah ini

[11]

Page 12: Kajian Tindakan Eddie Idris

tidak diselesaikan, murid berpenglihatan terhad akan menghadapi masalah dalam

memahami sesuatu makna pertuturan, perkataan dan membina ayat atau membuat

penulisan.

Kebolehgunaan

Kajian tindakan ini boleh digunakan oleh semua guru di sekolah yang mengajar

murid pendidikan khas berpenglihatan terhad tidak kira di sekolah khas atau pun di

program integrasi. Guru boleh menggunakan pelbagai aktiviti permainan lain yang

bersesuai dengan murid berpenglihatan terhad. Melalui pendekatan secara permainan

dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam kelas

supaya lebih menarik. Suasana pembelajaran yang menyeronokan mampu menaik

minat murd. Oleh yang demikian murid akan bermotivasi untuk melibatkan diri dalam

pengajaran dan pembelajaran yang di ajar oleh guru tersebut.

Kawalan

Aktiviti permainan sesuai untuk dijalankan dalam pengajaran murid

berpenglihatan terhad. Namun guru perlu memberikan penerangan tentang aktiviti

permainan dan peraturan yang perlu diikuti sebelum, semasa dan selepas permainan

berjalan. Peraturan dan arahan penting bagi memastikan objektif dan matlamat

permainan tercapai. Penerangan dan peraturan permainan adalah bertujuan untuk

mengawal aktiviti permainan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Kajian ini hanya ditetapkan kepada tiga orang murid Tahun 2 di sebuah sekolah. Kajian

ini tidak melibatkan murid-murid dari kelas lain. Hanya pengkaji sahaja yang terlibat

dalam menjalankan intervensi bagi mengelakkan kecairan maklumat. Fokus kajian

berada dalam luang lingkup kuasa pengkaji untuk bertindak

[12]

Page 13: Kajian Tindakan Eddie Idris

Kerelevenan

Kajian ini sangat releven untuk dipraktikkan. Bukan itu sahaja, kajian wajar

dilakukan kerana intervensi mempunyai implikasi baik kepada pihak sekolah. Ini kerana

aktiviti permainan merupakan satu kaedah pembelajaran yang amat pentingserta

mampu menari minat murid. Bukan sahaja dapat membantu menwujudkan keyakinan

dalaman murid, tetapi juga dapat membantu guru untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif bagi murid berpenglihatan terhad. Melalui kajian ini,

pengkaji dapat meningkatkan penguasaan suku kata melalui aktiviti permainan dan

secara tidak langsung sapat meningkatkan kualiti dalam bidang penulisan murid

tersebut. Dari sudut keseluruhan ia akan meningkat prestasi sekolah umumna.

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian

Bahagian ini akan membincangkan isu kajian merangkumi teori-teori, model-

model, pendekatan, strategi serta kajian lepas yang berkaitan.

2.2.1 Teori, Model, Pendekatan dan Strategi Berkaitan

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan

[13]

Page 14: Kajian Tindakan Eddie Idris

mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan

murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan

peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang

ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Menurut Bloom. (2005), kanak-kanak belajar menggunakan bahasa dalam

bentuk berhubungan. Secara tidak langsung, mereka dapat menggabungjalinkan ayat-

ayat untuk mewujudkan penulisan, definisi dan pentafsiran yang bermakna ini kerana

semakin meningkat umur seseorang kanak-kanak tersebut semakin bertambah

penguasaan suku kata.

Berdasarkan pandangan behavioris, perkembangan bahasa kanak-kanak

banyak dipengaruhi oleh komunikasi dengan masyarakat persekitarannya. Oleh yang

demikian, sokongan dan penglibatan ibu bapa atau penjaga dan guru-guru banyak

membantu penguasaan bahasa kanak-kanak (Berko Gleason, 2000; Hoff, 2003).

Menurut Santrock (2004), kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan status persekitaran

sosioekonomi yang rendah tidak terdedah dengan penglibatan bahasa secara

maksimum. Contohnya, dalam kajian yang berfokus pada persekitaran bahasa bayi dan

pengalaman hidup kanak-kanak dalam perkembangan suku kata,

Kemudian, status sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi penguasaan

bahasa dari aspek kosa kata. Menurut Hart dan Risley (1995), didapati ibu bapa kanak-

[14]

Page 15: Kajian Tindakan Eddie Idris

kanak yang berpendidikan tinggi membantu mewujudkan persekitaran berfaedah untuk

kanak-kanak menguasai suku kata berbanding ibu bapa yang berstatus sosioekonomi

yang rendah. Ibu bapa berstatus sosioekonomi rendah kurang berbual, kurang

berbincang peristiwa-peristiwa yang lepas dan tidak atau kurang menghuraikan dengan

terperinci tentang sesuatu perkara atau peristiwa.

Di sini mampu pengkaji simpulkan, bahasa memainkan peranan penting dalam

kehidupan seseorang. Murid memerlukan bahasa untuk membaca ,berkomunikasi dan

menulis. Bahasa mempunyai peraturan serta pengorganisasian dalam lima peraturan

yang berbeza, iaitu morfologi, pragmatik, sintaksis, semantik dan fonologi bagi

memudahkan murid berinteraksi dalam proses pertuturan persekitaran dan

pembelajaran.

2.2.2 Kajian lepas yang berkaitan

Pembelajaran melalui kaedah bermain merupakan satu teknik pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui kaedah ini keseronokkan

dan kepuasan kepada murid dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan

akan berkesan. Melalui pendekatan bermain juga menyebankan kanak-kanak dapat

menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal serta penguasaan bahasa dari segi

suku kata dan peraturan tatabahasa.

.

Melalui pendekatan secara permainan juga dapat memberi pengalaman tentang

kesamaan, keadilan dan peraturan serta memperkuatkan kebolehan berfikir secara

kratif dan kritis dalam pelbagai keadaan. Antara permainan lazim yang dimainkan

dalam bilik darjah kad-kad bergambar, teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor,

[15]

Page 16: Kajian Tindakan Eddie Idris

catur dan sebagainya. Bermain adalah satu bentuk kesenian dan pembentukkan

kognatif kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan tunjang

untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984) menyatakan kanak-

kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan

bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan,

kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam

permainan secara aktif.

Menurut Ghulam (1993) dalam Saayah (2005) telah mengkaji strategi

pengajaran dan pembelajaran Alam dan Manusia di sekolah rendah dan mendapati

majoriti guru menggunakan teknik pengajaran berpusat guru, gambar dan rajah,

perbincangan dan penerangan dengan banyuan carta, manakala video dan slaid tidak

pernah digunakan atas alasan tidak bersesuaian untuk murid. Kajian Saayah (2005),

pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum, (2003) ia adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan

bermakna. Penekanan pada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menggembirakan di samping keupayaan kognitif, kehendak untuk

meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, peningkatan kemahiran motor halus

dan motor kasar, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.

Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil

bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak

dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi

peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain.

Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan

mengambil kira aspek pembelajaran yang ingin dicapai dan ditetakan. Bahan yang

[16]

Page 17: Kajian Tindakan Eddie Idris

digunakan perlu bersesuai dan berfaedah kepada perkembagan muridtersebut sepert

bahan konkrit, benar dan bermakna

disediakan untuk menggalakkan penglibatan murid. Melalui pendekatan ini guru akan

dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih

jelas. Pembelajaran secara bermain juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif

malah peluang bersosialisasi dengan masyarakat sekeliling mereka. Pendekatan ini

juga dapat meningkatkan, menguasai kemahiran manipulasi, mengukuhkan

perkembangan fizikal, penguasaan kemahiran emosi, menguasai daya reka cipta

secara konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan

sendiri.

2.3 Istilah Kajian

Pada bahagian ini pengkaji akan memberitahu mengenai istilah-istilah kajian

yang digunakan di dalam kajian ini.

2.3.1 Berpenglihatan Terhad/ Masalah Penglihatan

Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun

atau dikenali sebagai penglihatan dari segi perundangan yang terhad (low vision).

Definisi bermasalah penglihatan dari segi perundangan (Legal of definition of visual

impairment), mengatakan bahawa kebutaan ialah tahap penglihatan yang kurang

daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10

setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive). Selain itu, rabun

atau penglihatan terhad (low vision), pula ditakrifkan sebagai penglihatan yang kurang

daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan

penglihatan yang kurang daripada 10 sesudah rawatan.

[17]

Page 18: Kajian Tindakan Eddie Idris

Individu dengan penglihatan terhad tetap dapat melakukan tugas seharian

dengan menggunakan deria penglihatan mereka. Disamping itu, masalah penglihatan

juga boleh dimaksudkan sebagai seorang yang mempunyai ketajaman penglihatan

20/200 ataupun kurang daripada penglihatn normal dengan pembetulan kaca mata atau

mempunyai medan penglihatan yang sempit berdiameter kurang daripada 20 darjah.

Safani Bahari, 2006 mendefinisikan masalah penglihatan yang lain adalah kehilangan

daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan

dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya iaitu kebolehan untuk mengenalpasti

punca arah cahaya.

2.3.2 Belajar Melalui Bermain

Menurut Noriati Rashid (201) belajar sambil bermain merupakan satu teknik

mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti

secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja

kumpulan bagi kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh

mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Permainan

merupakan kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model

pendidikan awal kanak-kanak tersebut. Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan

Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan

berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas

dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

[18]

Page 19: Kajian Tindakan Eddie Idris

2.3.3 Suka Kata

Suku kata ialah keseluruhan vairiasi dalam sesuatu bahasa, malah juga dikenali

permbentukan kata.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Di bahagian ini, penjelasan dengan lebih padat akan diperjelaskan mengenai

objektif kajian yang telah dirangka pada dua bahagian objektif umum dan objektif

khusus.

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan suku kata murid masalah

penglihatan tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah permainan

bahasa.

3.2 Objektif Khusus

i. Meningkatkan penguasaan suku kata murid secara lisan dengan menggunakan

kaedah belajar sambil bermain.

ii. Meningkatkan penguasaan suku kata murid secara penulisan dengan

menggunakan kaedah belajar sambil bermain.

[19]

Page 20: Kajian Tindakan Eddie Idris

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini melibatkan tiga orang murid terdiri daripada satu kaum

Melayu dan dua kaum Cina. Seorang murid lelaki Melayu tersebut masalah penglihatan

buta “Totally Blind” manakala murid lelaki Cina tersebut masalah penglihatan rabun “low

vision”dan murid perempuan cina tersebut masalah rabun teruk “ low vision lever b1”.

Pengkaji juga menjalankan sesi temu bual bersama guru Bahasa Melayu untuk

mengetahui tahap pencapaian akademik mata pelajaran kajian terutamanya dalam

Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya tahap akademik subjek kajian adalah

sederhana dan masih perlu penambahbaikan.

Jadual 1

Kumpulan Sasaran

Bil Sampel Kajian

kecacatan Jantina

Kaum Umur Murid

1 P Buta Lelaki

Melayu 8 tahun

2 Q Rabun Lelaki Cina 8 tahun

3 R Rabun Perempuan Cina 8 tahun

[20]

Page 21: Kajian Tindakan Eddie Idris

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Bahagian ini menerangkan perancangan langkah-langkah tindakan intervensi

iaitu menyatakan aktiviti yang digunakan untuk penambahbaikan aspek yang masih lagi

kurang bagi pengkajian ini. Bahagian ini juga menerangkan cara pelaksanaan tindakan

intervensi secara jelas, tepat dan berperingkat-peringkat. Bahagian ini turut menyebut

serta menyenaraikan instrumen yang digunakan, bahan bantu mengajar dan bahan

bantu belajar yang terlibat dalam pelaksanaan tindakan intervensi untuk mengenalpasti

keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran terhadap kajian ini.

Permulaan kajian, pengkaji merancangkan masa yang sesuai untuk

menjalankan suatu pemerhatian terhadap kajian. Masa tersebut perlulah tiada

gangguan dengan aktiviti-aktiviti sekolah . Pengkaji boleh menentukan dan menetapkan

tempoh masa dengan membina jadual pelaksanaan iaitu menetapkan beberapa kali

perjumpaan dengan murid. Pengkaji juga merancangkan aktiviti ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan masalah murid tersebut seperti masalah

penguasaan suku kata.

Pengkaji akan menjalankan ujian diagnostik terlebih dahulu sebagai

pengumpulan data tinjauan awal. Ujian Diagnostik ditakrifkan sebagai ujian yang

dijalankan oleh guru untuk mengenal pasti masalah yang berbentuk kesukaran,

kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang sering dihadapi murid dalam

pembelajaran. Melalui hasil dapatan tersebut, masalah penguasaan suku kata oleh

murid-murid dapat ditentukan sama ada mengalami masalah sama ada dalam

pengolahan idea dan pembinaan ayat daripada perkataan cantum.

[21]

Page 22: Kajian Tindakan Eddie Idris

Perlaksanakan soal selidik akan lakukan terhadap guru yang mengajar mata

pelajaran Bahasa Melayu Tahap 1 untuk murid masalah penglihatan. Soal selidik ini

diuruskan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian dengan kaedah teka

silang kata, kad permainan dan sebagainya serta keberkesanannya. Setelah mengenal

pasti punca masalah yang dihadapi murid melalui pemerhatian awal dan sesi soal

selidik, pengkaji merancang melaksanakan tindakan intervensi bagi mengatasinya

permasalaan tersebut. Tindakan intervensi disusun dan dirancang berdasarkan model

Stephen Kemmis. Model tersebut menyarankan empat langkah dalam setiap kitaran

iaitu bertindak, memerhati, merancang dan penilaian. Model berkenaan dilaksanakan

sistem secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesai

sepenuhnya.

KITARAN 1

KITARAN 2

Rajah 1 : Kitaran Kajian Model Penyelidikan Tindakan Stephen Kemmis (1983)

[22]

Refleksi

Bertindak

Memerhati

Merancang

Refleksi

Bertindak Merancang

Memerhati

Page 23: Kajian Tindakan Eddie Idris

5.1.1 Perancangan

Pengkaji telah mencandangkan satu kaedah untuk mengurangkan memperbaiki

masalah kelemahan penguasaan suku kata murid berpeglihatan terhad. Pengkaji telah

perancang untuk satu kaedah belajar sambil bermain untuk mengurangkan permasalah

dan memperbaiki kelemahan yang ingin dikaji pada kitaran pertama ini, pengkaji

merancang menggunakan kad sebutan KVKV perkataan sebagai permainan semasa

menjalankan intervensi.

5.1.2 Tindakan

Pengkaji telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian bagi sesi

pengajaran dan pembelajaran untuk melancarkan intervensi yang hendak dilaksanakan.

Pembinaan set induksi sebagai pengenalan terhadap tajuk yang hendak dijalankan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran hari yang telah ditentukan. Pengkaji telah

memberi bahan bacaan seperti petikan pendek serta menggunakan bahan maujud

untuk memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Pengkaji menjalankan kaedah belajar sambil bermain sebagai intervensi pada

sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengkaji menggunakan kad suku

kata serta bahan maujud, murid membaca dan menyentuh serta menyebut tentang

apa yang dibaca serta disentuh pada kad suku kata tersebut dan bahan maujud seperti

buku, dadu, baku dan lain-lain lagi, murid memberi penerangan tentang jelas.

Permainan yang sesuaian dilaksanakan seperti kotak muzik, murid yang terakhir

memegang kotak muzik selepas muzik diberhentikan dikehendaki membaca kad

perkataan yang ditunjukkan oleh guru serta meraba bahan maujud serta mengeja

behan maujud tersebut.

[23]

Page 24: Kajian Tindakan Eddie Idris

5.1.3 Pemerhatian

Terdapat sebahagian maklumat menjadi tumpuan pengkaji untuk menjadi hasilan

data. Antara aspek yang dititik beratkan ialah kemahiran menambat hati murid-murid,

perasaan murid-murid ketika melaksanakan aktiviti permainan, penglibatan murid-murid

dalam aktiviti permainan dan kefahaman murid-murid terhadap aktiviti permainan yang

dijalankan. Bagi mencatat maklumat pengaji telah menggunakan borang berstruktur

unuk mencatat maklumat dan data kajian.

5.1.4 Refleksi

Pemerhatian telah ke atas subjek kajian semasa intervensi pembelajaran secara

permainan dilaksanakankan. Melalui pemerhatian yang dilaksanakankan pengkaji

dapat memerhatikan tingkah laku murid yang aktif, melalui memek muka subjek kajian

yang gembira dan kerja kumulan yang baik di antara subjek kajian. Ketiga-tiga subjek

kajian melibatkan diri walaupun terdapat seorang daripada mereka tidak memahami

kaedah permainan pada mulanya.

Melalui pemerhatian, subjek kajian didapati masih lagi tidak mencapai tahapyang

di sasarkan bagi mengenal perkataan yang diberi. Namun demikian, subjek dapat

mentafsir mengenai bahan maujud dengan berkesan. Interaksi dan tingkah laku

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga amat mengalakkan. subjek telah

memberi komitmen dan menunjuk minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

[24]

Page 25: Kajian Tindakan Eddie Idris

5.2 Cara Pengumpulan Data / Penganalisiskan Data

Bahagian ini menjelaskan mengenai perancangan cara mengumpul data iaitu

menerangkan cara pengumpulan data bagi setiap instrumen kajian. Pengkaji juga akan

membuat penerangan bagaimana menggunakan instrumen kajian berkaitan untuk

mendapatkan data secara teperinci. Pengkaji menggunakan lebih daripada satu

instrumen kajian supaya boleh membuat ‘kesatuan’ data-data dari pelbagai instrumen

kajian. Data dikumpul mengikut soalan kajian dan objektif kajian.

5.2.1 Ujian

Pra Ujian akan dijalankan ke atas kelas subjek kajian tahun 2 untuk menilai

pencapaian subjek. Ujian akan dilaksanakan bertujuan untuk mendapatakan

pencapaian murid terhadap penguasaan Bahasa Melayu dari aspek suku kata sebelum

menjalankan aktiviti permainan di dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan

dijalanakan pada kelas tersebut. Subjek kajian dikehendaki menjawab soalan yang

dikemukanan secara bertulis dan braille. Setelah menjalankan ujian pra tersebut,

hasilan dari ujian akan disemak untuk diberikan markah kemudian keputusan tersebut

akan direkodkan di dalam carta jadual yang telah disediakan.

Pra Ujian juga dijalankan selepas subjek kajian tahun 2 selesai menjalani aktiviti

permainan yang telah dirancangkan secara berkala di dalam kelas. Ujian ini dijalankan

adalah untuk melihat pergerakan pencapaian subjek kajian dan kefahaman setelah

aktiviti permainan telah dilaksanakan. Soalan yang dikemukakan perlu dijawab secara

bertulis dan braille. Kemudian ujian yang diberikan akan disemak dan markah subjek

kajian akan direkodkan di dalam jadual yang telah disediakan

[25]

Page 26: Kajian Tindakan Eddie Idris

5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian dibuat untuk memerhatikan tingkah laku murid-murid sepanjang

pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas. Borang struktur pemerhatian

digunakan untuk memudahkan pengkaji mengenal pasti tingkah laku yang kerap

berlaku ketika pengajaran berjalan. Dengan menggunakan borang pemerhatian yang

disediakan data tingkahlaku murid dapat dikumpulkan dengan lebih sistematik.

5.2.3 Temu bual

Bagi mendapatkan maklum balas lebih terperinci, temu bual akan dijalankan ke

atas murid-murid tahun 2. Tembual akan dijalankan selepas sehari aktiviti pembelajaran

di jalankan. Temu bual berstuktur akan dijalankan ke atas murid-murid supaya jawapan

yang diberikan dapat memberikan maklum balas ke atas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang telah dijalankan.Guru juga perlu memilih beberapa orang murid

untuk menjalankan temu bual. Sebelum menemubual perlu disediakan soalan yang

berkaitan supaya soalan tersebut supaya maklumat dan data daripada murid-murid

dapat diperolehi secara sistematik.

5.3 Cara Menganalisis Data

Bahagian ini memberikan penjelasan mengenai cara menganalisis data untuk

setiap instrumen kajian yang diguna pakai bagi mendapatkan data.

[26]

Page 27: Kajian Tindakan Eddie Idris

5.3.1 Ujian (peratus/min dan sisihan piawai)

Ujian merupakan satu instrumen kajian yang diguna pakai untuk mendapatkan

keputusan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Ujian

disediakan dalam pelbagai bentuk untuk menguji tahap afektif, kognitif dan psikomotor.

Pelbagai jenis ujian pencapaian seperti ujian personaliti, ujian kecergasan dan ujian

diagnostik,. Ujian biasa dilaksanakan di sekolah ialah ujian pencapaian dan ujian

diagnostik. Item dalam soalan ujian dan yang paling penting soalan berkenaan dibina

untuk menjawab persoalan kajian (Cohen, Manion & Morrison, 2000).

5.3.2 Pemerhatian (rekod naratif/ senarai semak)

Dalam membuat pemerhatian pelbagai cara telah digunakan oleh pelbagai

pengkajian sebelum ini. Pada kajian ini pengkaji akan menggunakan alaan teknologi

terkini iaitu alat perakam MP3 digunakan semasa membuat pemerhatian. Rakaman

pemerhati boleh menggunakan perakam video untuk merakam perbualan dan tingkah

laku yang dilakukan oleh subjek kajian. Pengkaji juga akan merekod pada kertas

mengenai maklumat interaksi murid-murid, tempat, tingkah laku, perbualan, interaksi

guru-murid, dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian secara ‘at hot’.

[27]

Page 28: Kajian Tindakan Eddie Idris

5.3.3 Temu bual (tema/kategori)

Setiap temu bual yang dilaksanakan direkodkan dengan menggunakan alat

perakam audio supaya tidak ada keterciciran maklumat semasa temu bual dibuat.

Temu bual akan ditafsirkan oleh pengkaji selepastemubual tersebut dibuat. Hasil

analisis data temu bual akan dipersembahkan dalam bentuk yang bertulis. Data temu

bual ditranskripsikan kemudian ditaip dan diberikan bilangan angka dibahagian sebelah

kiri dan disebelah kanan dikosongkan untuk tujuan pengekodan data. Unit yang telah

dikodkan ditulis pada ruang sebelah kanan kertas yang disediakan.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Bahagian ini menyatakan jadual pelaksanaan dan kos kajian penyelidikan

tindakan yang dijalankan.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan

Bahagian ini memperjelaskan mengenai pergerakan jadual pelaksanaan yang

telah dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang cadangan kajian ini dijalankan.

[28]

Page 29: Kajian Tindakan Eddie Idris

Jadual 2

Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1 Pengenalan dan Refleksi pengajaran lalu 10.01.2012

2 Refleksi nilai pendidikan 11.01.2012

3 Fokus kajian 22.02.2012

4 Mengumpul jurnal 29.02.2012

5 Tinjauan literatur 19.03.2012

6 Objektif kajian 20.03.2012

7 Persoalan kajian 22.03.2012

8 Kumpulan sasaran 26.03.2012

9 Perancangan kajian 10.04.2012

10 Instrument kajian 12.04.2012

11 Cara pengumpulan data 16.03.2012

14 Menghantar Proposal Kajian 23.04.2012

[29]

Page 30: Kajian Tindakan Eddie Idris

RUJUKAN

Jamila K.A Mohamad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

Lumpur: PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa dan Perkaedahan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2010). Murid dan

Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:

Percetakan Advanco Sdn. Bhd.

Thomas J. Zirpoli (2005). Behaviour Managment: Applications For Teachers; Fourth

Edition. United States: Pearson Education, Inc.

Saayah Abu. (2005). Pelaksanaan Aktivi Belajar Melalui Bermain di Tadika-tadika Kawasan

Melaka Tengah. Pengajaran Jurnal Psikologi.

Classroom Interventions for Children with Attention Deficit Disorder

http://popsmin.tripod.com/classtokenecon.html

Mohd Ihsan bin Faharol Razi (2009). Pengurusan Bilik Darjah: Masalah

Disiplin Dan

Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah. http://www.scribd.com/ -Definisi-

Masalah-Tingkah-Laku

Rosly Kayar. (2010). Teori dan Proses Pembelajaran. http://oslypunya.blogspot.com/

[30]

Page 31: Kajian Tindakan Eddie Idris

LAMPIRAN A

Borang pemerhatian P&P

Kawalan Kelas

Aspek Catatan

[31]

Page 32: Kajian Tindakan Eddie Idris

Murid memberikan perhatian

Murid memahami arahan

Murid bising

Murid berjalan

Murid mendengar arahan

Murid bergerak

Emosi

[32]

Page 33: Kajian Tindakan Eddie Idris

Aspek Catatan

Murid malas

Murid bosan

Murid marah

Murid menunjukan minat

Murid seronok

Murid sedih

Murid merajuk

Murid memberi perhatian

LAMPIRAN B

Borang analisis temu bual

Peserta Temu bual Refleksi penyelidik

[33]

Page 34: Kajian Tindakan Eddie Idris

Guru A

Guru B

Guru C

Guru D

[34]

Page 35: Kajian Tindakan Eddie Idris

[35]