30
Kajian Tindakan Pengaplikasian kaedah “MST NMDL” Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengecam Huruf Kecil b, d, n dan u dalam kalangan murid Disleksia. Nama Pengkaji Thulasi a/p Balasubramaniam Livesha a/p Singgaravi Sumithra a/p Pushpanathan Vichitra a/p Kumarian INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM 1

Kajian Tindakan New

  • Upload
    deva

  • View
    284

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

njm

Citation preview

Page 1: Kajian Tindakan New

Kajian Tindakan

Pengaplikasian kaedah “MST NMDL” Dalam Meningkatkan

Kemahiran Mengecam Huruf Kecil b, d, n dan u dalam kalangan murid Disleksia.

Nama Pengkaji

Thulasi a/p Balasubramaniam

Livesha a/p Singgaravi

Sumithra a/p Pushpanathan

Vichitra a/p Kumarian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

1

Page 2: Kajian Tindakan New

1.0 Pendahuluan 4

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 5

1.2 Sorotan Literatur 7

2.0 Fokus Kajian 9

2.1 Huraian Fokus Kajian 10

2.2 Pengumpulan Data Awal 11

2.3 Tindakan / Intervensi 12

3.0 Objektif dan Soalan Kajian 13

3.1 Objektif Kajian 13

3.2 Soalan Kajian 13

4.0 Kumpulan Sasaran 14

5.0 Perancangan Pelaksanaan Tindakan 14

5.1 Langkah-langkah Tindakan 14

5.2 Cara Mengumpul Data 17

5.3 Cara menganalisis Data 19

5.4 Dapatan kajian 19

5.5 Cadangan kajian 21

Senarai Rujukan 21

Lampiran

2

Page 3: Kajian Tindakan New

Pengaplikasian kaedah “MST NMDL” Dalam Meningkatkan

Kemahiran Mengecam Huruf Kecil b, d, n dan u dalam kalangan murid Disleksia.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan

kaedah multisensori dalam meningkatkan daya tumpuan murid disleksia . Subjek kajian

terdiri daripada 3 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan mempunyai masalah

tumpuan yang singkat (attention-deficit). Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian

tingkah laku murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran serta soal selidik kepada guru

yang mengajar subjek kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti keberkesanan

kaedah multisensori bagi peningkatan tumpuan murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Pengkaji berasa amat berpuas hati kerana dapat membantu murid disleksia

dalam meningkatkan tumpuan mereka dan membantu mereka dalam mengenal pasti huruf-

huruf tertentu melalui kaedah yang dicadangkan.

Kata kunci: Kaedah multisensory, attention-deficit, token ekonomi, Integrasi.

3

Page 4: Kajian Tindakan New

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia merupakan satu sistem yang mementingkan

keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial dalam melahirkan

modal insan yang kamil yang dapat memenuhi aspirasi negara. Pendidikan di Malaysia juga

tidak hanya terhad kepada mereka yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di

aliran perdana bahkan turut juga melibatkan murid dan tenaga kerja dari kategori pendidikan

khas bermasalah pembelajaran. Masing-masing mempunyai standard kurikulum yang perlu

diikuti agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar, teratur dan

terancang.

Bagi kanak-kanak pendidikan khas, mereka akan mempelajari pelbagai kemahiran

pembelajaran tidak kira daripada aspek akademik, kemahiran sosial mahupun kemahiran

untuk berdikari. Perkembangan potensi diri murid-murid istimewa ini dapat diteroka oleh

setiap guru yang mengajar program pendidikan khas dengan menggunakan pelbagai kaedah

dan pendekatan bagi memastikan murid mereka mendapat kualiti pengajaran dan

pembelajaran yang terbaik.

Komponen Bahasa Melayu menjadi salah satu komponen utama yang ditekankan

dalam bidang akademik berfungsi. Akademik berfungsi merupakan mata pelajaran

akademik seperti mana yang dipelajari oleh murid biasa seperti pelajaran Bahasa Melayu,

Matematik dan Bahasa Inggeris. Tetapi kelainan akademik berfungsi adalah daripada segi

kepentingannya kepada murid berkeperluan khas. Mata pelajaran ini diajar sebagai asas

kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seperti untuk berinteraksi, bersosialisasi dan

menjalankan kehidupan seperti individu biasa. Mereka tidak ditekankan untuk belajar dan

menjalani peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM tetapi pelajaran ini adalah bekalan

kepada mereka untuk berkomunikasi dan bercampur gaul dengan masyarakat. Menyedari

hal ini, murid-murid berkeperluan khas sentiasa ditekankan dengan pembelajaran dan

4

Page 5: Kajian Tindakan New

pengajaran bahasa melayu di sekolah tidak kira daripada aspek kemahiran lisan, membaca

dan juga menulis.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Dalam mendidik dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk murid-

murid pendidikan khas masalah pembelajaran guru akan menempuhi saat-saat yang agak

mencabar. Ini kerana murid-murid di kelas khas adalah mereka yang terdiri daripada

pelbagai latar belakang dan juga masalah seperti masalah autisme, hyperaktif, disleksia dan

lain-lain masalah yang sememangnya perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Selain perlu

bijak mengawal tingkah laku mereka yang kadangkala agak mencabar batas kesabaran

seorang insan, guru juga perlu memastikan apa yang hendak dicapai pada akhir proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekiranya matlamat

pengajaran pada hari tersebut tidak berjaya maka guru perlu mencari jalan lain dalam

mengatasi masalah tersebut.

Perkara yang sama turut kami alami semasa mengajar murid-murid pendidikan khas

masalah pembelajaran di salah sebuah sekolah Foon Yew yang terletak di daerah Johor

Bahru,Johor. Kami mengajar matapelajaran Bahasa Melayu bagi kelas tahun 2 di mana

bilangan pelajarnya adalah seramai lapan orang. Di dalam kumpulan tersebut terdapat

empat orang murid yang menghadapi masalah disleksia. Manakala seorang pelajar adalah

dari kategori Attention Defisit Hyperactive Disorder (ADHD) dan tiga lagi menghadapi

masalah pembelajaran (slow learner).

Kajian kami lebih tertumpu kepada empat orang murid yang menghadapi masalah

disleksia. Menurut K.A Razhiyah (2006) kanak-kanak atau murid yang menghadapi masalah

ini akan melihat huruf dan perkataan di dalam buku seolah-olah bergerak. Perkataan dan

huruf itu seolah-olah timbul dan tenggelam. Muka surat buku pula kelihatan kabur dan

kurang jelas dan mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

5

Page 6: Kajian Tindakan New

Daripada pemerhatian yang saya jalankan dan menerusi temubual dengan guru-guru

yang mengajar mereka saya dapati mereka menghadapi masalah dalam mengenal huruf

yang seakan-akan sama bentuknya. Contohnya huruf yang seringkali mengganggu proses

pembelajaran mereka adalah huruf ‘b’ dengan ‘d’ dan ‘n’ dengan ‘m’. Mereka seringkali keliru

dengan kehadiran huruf-huruf ini dan akibatnya perkataan seperti ‘dadu’ akan disebut ‘babu’.

Manakala perkataan ‘nama’ akan ditulis ‘mama’. Kekeliruan murid dalam menulis dan

menyebut huruf tersebut dengan betul merupakan satu cabaran yang perlu difikirkan supaya

guru dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

Setelah hampir seminggu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, kami dapati

murid-murid di kelas ini mengalami kesukaran dari aspek membaca, mengingat dan menulis

huruf kecil yang mempunyai bentuk yang hampir sama seperti b, d, m, n, u, c dan e. Pada

hari pertama berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya telah menggunakan

kad abjad untuk menunjukkan huruf-huruf tersebut. Terbukti semasa sesi latih tubi dijalankan

murid-murid dapat menyebut huruf-huruf tersebut dengan bantuan guru. Tetapi apabila guru

menyoal mereka satu persatu, mereka gagal menyebut huruf yang ditanya oleh guru. Malah

apabila guru menunjukkan kad abjad dan mengemukakan soalan mengenainya mereka tidak

mampu untuk memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

Secara keseluruhannya dapatlah dibuat kesimpulan bahawa walaupun di akhir sesi

pengajaran dan pembelajaran saya merasa agak kecewa kerana gagal untuk mencapai

objektif yang dikehendaki namun secara tidak langsung ianya merupakan satu titik tolak

kepada kami untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid

kami boleh menguasai kemahiran mengenal beberapa abjad agar mereka tidak terkeliru dan

sekaligus memudahkan mereka untuk mempelajari aspek-aspek kemahiran bahasa yang

lain.

6

Page 7: Kajian Tindakan New

1.2 Sorotan Literatur

Dalam menjalankan penyelidikan ini, beberapa sumber telah diambil sebagai bahan

rujukan. Hal ini bertujuan bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dijalankan adalah

berdasarkan tujuan pendidikan sebenar.

Roslinda Abdullah (2010) telah mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan

mengenali ciri-ciri spatial tertentu. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting

dalam membantu murid bagi mengenal dan mengecam huruf tertentu dengan menggunakan

alat bantuan mengajar atau mempelbagai kaedah serta teknik pengajaran.

Apabila murid mula mengenal huruf maka kemahiran-kemahiran bahasa yang lain

akan lebih mudah untuk dipelajari. Di dalam mengajar murid kemahiran-kemahiran bahasa

satu kaedah yang seringkali digunakan oleh para guru untuk murid-murid kelas khas

masalah pembelajaran adalah kaedah multisensori.

Jenny R. Rains, Catherine A. Kelly, Robert L. Durham (2008) telah menyatakan

bahawa kaedah multisensori merupakan satu proses belajar perkara atau ilmu baharu

melalui penggunaan dua atau lebih deria. Ini termasuklah gabungan beberapa deria seperti

deria visual, auditori, taktile-kinestatik dan juga deria rasa. Maka jelaslah di sini bahawa

gabungan pelbagai deria akan dapat membantu murid-murid untuk memahami sesuatu

konsep atau ilmu baharu dengan lebih mudah dan jelas kerana murid terlibat secara

langsung di dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Jenny

Rains , Robert Durham dan Catherine Kelly (2009) di dalam satu rumusan terhadap hasil

penyelidikan berkaitan dengan tajuk Executive Summary Multisensory Materials in K-3

Mathematics: Theory and Practice menyatakan bahawa sebanyak 94% guru menggunakan

teknik multisensori di dalam pengajaran matematik. Manakala 92% guru pula bersetuju

dengan pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan alatan multisensori dapat

7

Page 8: Kajian Tindakan New

meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep matematik yang diajar kepada

mereka. Oleh itu kaedah multisensori sememangnya memainkan peranan yang penting

dalam membantu bukan sahaja guru bahkan murid-murid dalam memastikan mereka faham

apa yang diajar dan disampaikan oleh guru.

2.0 Fokus Kajian

2.1 Huraian Fokus Kajian

Fokus kajian yang ditekankan di sini adalah untuk meningkatkan kemahiran

mengecam huruf kecil b, d, n dan m. Daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan kepada

murid-murid yang berkenaan, pengkaji mendapati bahawa mereka menghadapi kesukaran

dalam mengenal huruf-huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama. Huruf-huruf

tersebut adalah huruf b, d, n dan juga m. Murid-murid juga didapati mengalami kesukaran

untuk menyebut dan juga menulis huruf berkenaan dengan betul dan sempurna.

Kesukaran yang mereka alami ini dikenali sebagai disleksia. Disleksia menurut Zainal

Kassan & Suhaila Abdullah (2010) merupakan istilah yang berasal dari perkataan Latin dan

Greek. ’Dys’ bermaksud kesukaran manakala ’lexis’ bererti perkataan. Terdapat tiga kategori

disleksia iaitu disleksia visual yang berkaitan dengan masalah tidak dapat membezakan apa

yang dilihat ataupun menginterpretasi serta mengingatinya.

Disleksia auditori iaitu kesukaran mendiskriminasi bunyi, membezakan persamaan

dan perbezaan antara bunyi, mengenal pasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan

perkataan dalam sukukata. Dan yang ketiga adalah disleksia visual-auditori di mana murid

menghadapi masalah dalam menginterpretasi apa yang dilihat dan didengar.

8

Page 9: Kajian Tindakan New

Daripada kategori-kategori disleksia yang dibincangkan di atas tadi jelaslah bahawa

keempat-empat orang murid ini menghadapi masalah disleksia visual-auditory. Masalah ini

merujuk kepada kesukaran mereka mengenal huruf disebabkan mereka tidak dapat

membuat perbezaan dan mendiskriminasi huruf dari aspek visual dan auditori. Oleh itu

mereka selalu terkeliru dengan huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama

bentuknya. Dengan itu pengkaji merasakan perlunya ada satu tindakan intervensi untuk

mengatasin masalah yang dihadapi murid-murid ini.

Menurut Roslinda Abdullah (2010) sebelum seseorang murid itu mampu membaca,

mereka perlulah menguasai beberapa perkara asas sebelum membaca seperti mengenal

huruf, membunyikan huruf, mengeja dan membatang suku kata. Walaubagaimanapun, jika

perkara asas ini tidak mampu dikuasai dikhuatiri mereka tidak akan mampu untuk mencapai

objektif mampu membaca dan memahami sesuatu maklumat

Kajian ini juga akan memfokuskan kepada cara yang sesuai dalam menarik minat

murid untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar, dan aktiviti yang dijalankan bakal

menarik minat murid agar berminat untuk belajar seterusnya akan lebih fokus kepada

pembelajaran. Keadaan ini perlu dipupuk bagi memastikan murid tidak hilang tumpuan

dalam pembelajaran seterusnya mampu mencapai objektif pembelajaran. Oleh yang

demikian, pengkaji mengambil inisiatif bagi membantu mengatasi masalah ini. Terdapat

banyak kaedah yang boleh digunakan dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh

murid-murid ini dan berdasarkan sorotan literatur yang diperolehi, pengkaji berpendapat

kaedah multisensori dapat membantu pengkaji mengatasi masalah yang dihadapi oleh

murid-murid tadi.

9

Page 10: Kajian Tindakan New

2.2 Pengumpulan Data Awal

Disebabkan daya kecerdasan murid pendidikan khas yang berbeza dengan murid

aliran perdana, cara penyampaian maklumat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

bagi membantu pemahaman mereka turut perlu diubahsuai mengikut tahap dan keperluan

mereka. Pelbagai kaedah boleh disesuaikan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran

guru mahupun pelajar. Sebelum seseorang guru dapat memilih kaedah yang bersesuai

untuk mengajar murid-muridnya, beliau perlulah membuat pengumpulan data untuk

memastikan permasalahan yang dihadapi oleh murid-muridnya.

Dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi di dalam kelas yang diajar beberapa

alat kajian telah digunakan antaranya ialah pelaksanaan ujian diagnostic (Lampiran A),

semakan hasil kerja murid (Lampiran B) dan juga pemerhatian sewaktu murid belajar

(Lampiran C) . Ujian diagnostik sememangnya akan digunakan bagi setiap guru pendidikan

khas sebelum mengambil alih sesuatu kelas pendidikan khas. Hal ini bertujuan bagi

mendapatkan gambaran awal berkenaan tahap pencapaian murid dalam sesuatu kelas

sebelum pengambilalihan kelas dijalankan. Ujian diagnostik secara lisan telah dijalankan ke

atas murid dalam kelas yang bakal diajar. Penggunaan ujian pengesanan ataupun ujian

diagnostik memang dapat membantu guru mengesan tahap pencapaian murid. Setiap murid

akan menerima ujian yang sama dan tahap pencapaian mereka diukur mengikut skor yang

diperolehi. Ujian yang dijalankan adalah berbentuk ujian lisan di mana guru akan

menunjukkan kad abjad dan murid perlu menyebut nama huruf-huruf tersebut.

Selain itu, semakan ke atas hasil kerja murid juga dilakukan. Semakan ini dijalankan

setelah mereka selesai kelas Bahasa Melayu. Memandangkan mereka menggunakan buku

latihan, maka semakan menjadi lebih mudah. Setiap turutan latihan yang dilakukan dapat

diteliti sepenuhnya. Hasil semakan hasil kerja mereka juga menunjukkan mereka masih tidak

10

Page 11: Kajian Tindakan New

berupaya mengenal huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan baik.

Tulisan yang comot dan penuh dengan kesan padam menunjukkan mereka menghadapi

masalah dalam mengenal huruf.Terdapat juga perkataan-perkataan yang ejaannya silap

disebabkan kekeliruan menulis huruf yang bentuknya seakan-akan sama. Kesan daripada

kegagalan mereka mengenal huruf tersebut, mereka tidak mampu mengeja ataupun

membatang suku kata mudah. Hal ini menyukarkan mereka untuk meneruskan

pembelajaran ke tahap lebih tinggi

Cara terakhir yang telah dilakukan bagi melihat tahap pencapaian murid dalam kelas

tersebut ialah dengan cara pemerhatian. Pemerhatian dijalankan sewaktu kelas bahasa

Melayu berlangsung. Dalam tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan semasa mengajar

bahasa Melayu, pengkaji dapati murid lemah dalam mengenal huruf serta membunyikan

huruf terutamanya yang mempunyai bentuk yang seakan-akan hampir sama. Keadaan ini

telah menyebabkan mereka tidak mampu mengeja dan ia telah menjadi satu masalah besar

yang menghalang mereka untuk belajar membaca. Masalah ini perlu diatasi segera bagi

membantu murid yang lemah dan seterusnya dapat memastikan mereka terus belajar ke

peringkat seterusnya. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan juga, pengkaji mendapati

murid-murid masih belajar dengan cara lama yang lebih berpusatkan guru. Pemerhatian

yang pengkaji jalankan merupakan pemerhatian yang tidak menggunakan sebarang senarai

semak. Ia hanyalah berbentuk deskriptif. Pengkaji melihat keadaan kelas tersebut ketika

mereka belajar mata pelajaran bahasa Melayu dan juga Matematik. Dua kali pemerhatian

yang dijalankan adalah melihat gaya pembelajaran mereka, penglibatan dan keupayaan

mereka untuk belajar disamping pendekatan dan kaedah yang dgunakan oleh guru-guru

mata pelajaran.

11

Page 12: Kajian Tindakan New

Kesimpulannya, pengkaji mendapati keupayaan murid dalam kemahiran huruf perlu

dipertingkatkan lagi. Oleh yang demikian, pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang

mungkin boleh membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut.

2.3 Tindakan / Intervensi

Pengkaji telah membuat keputusan untuk menggunakan kaedah multisensori dalam

mengatasi masalah murid mengenal huruf –huruf b,d,n dan m. Kaedah ini difikirkan sesuai

kerana ianya melibatkan penggunaan pelbagai deria yang mampu merangsang minat murid

dan juga menerapkan pemahaman terhadap apa yang hendak disampai semasa sesi

intervensi kelak.

Intervensi ini akan dibahagikan kepada empat peringkat yang melibatkan beberapa

aktiviti. Peringkat pertama aktiviti adalah penggunaan multi media yang menekankan aspek

visual dan auditori. Peringkat kedua pula adalah melibatkan pergerakan dan juga taktile.

Peringkat yang ketiga pula melibatkan aktiviti melihat dan membentuk huruf dengan

menggunakan doh.Aktiviti membentuk huruf menggunakan doh juga dikenali dengan istilah

kinestetik di mana ianya menguji tahap kebolehan pelajar untuk menyentuh dan mengawal

sesuatu objek. Manakala pada peringkat yang terakhir pula satu siri latihan akan diberikan

dalam mengenalpasti keberkesanan kaedah ini dan juga tahap kebolehan murid-murid

mengenal huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama.

Intervensi yang dijalankanakan memakan masa selama empat minggu. Pada minggu

pertama pengkaji akan mengaplikasikan aktiviti yang pertama iaitu tayangan multimedia

yang melibatkan aspek auditory dan visual. Untuk minggu yang kedua, aktiviti yang akan

dijalankan adalah pergerakan dan juga taktile. Manakala minggu ketiga aspek yang akan

dilaksanakan adalah kemahiran melihat dan membentuk huruf menggunakan doh. Akhir

12

Page 13: Kajian Tindakan New

sekali adalah aktiviti latihan yang menekankan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis

huruf-huruf b, d, n dan m.

Secara kesimpulannya adalah diharapkan agar intervensi yang akan dilaksanakan

dapat memberikan satu keputusan yang positif agar murid-murid mendapat faedah

daripadanya dan secara tidak langsung dapat membantu guru-guru pendidikan khas dalam

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid disleksia.

3.0 Objektif dan Soalan Kajian

3.1 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid pendidikan khas masalah

pembelajaran diharap akan mencapai objektif berikut :

a. Meningkatkan kefahaman murid mengecam huruf b, d, n dan m dengan

menggunakan kaedah multisensory “MST NMDL” di kalangan murid-murid

disleksia. .

3.2 Soalan Kajian

3.2.1 Sejauhmanakah penggunaan kaedah “MST NMDL” dapat membantu murid

mengecam huruf b, d, n dan m dengan betul?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan responden seramai tiga orang murid dari tiga buah sekolah

iaitu, SJKT Yahya Awal, SJKC Foon Yew 3, dan Sk Larkin 2. Seramai tiga orang murid telah

dipilih sebagai subjek utama kajian ini disebabkan masalah yang dihadapi oleh mereka

adalah yang paling ketara berbanding rakan-rakan mereka yang lain disebabkan mereka

terdiri dari kategori disleksia. Ketiga- tiga mereka menghadapi masalah dalam mengenal

huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama iaitu huruf b, d, n dan m.

13

Page 14: Kajian Tindakan New

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, pengkaji mendapati masalah

gagal mengenal huruf ini juga amat ketara dalam kalangan murid-murid pra sekolah dan juga

murid pemulihan. Namun begitu, murid-murid berkeperluan khas turut sama mengalami

permasalahan yang sama memandangkan ramai dalam kalangan mereka mempunyai tahap

kognitif yang lebih rendah dan juga mengalami masalah disleksia.

Setelah mengenalpasti masalah dan melakukan tinjauan awal berdasarkan beberapa

sumber pengkaji telah mengambil keputusan untuk memilih menggunakan kaedah “MST

NMDL” Menurut Ann Longsdon (2012) menyatakan bahawa kaedah “MST NMDL”

adalah satu kaedah di mana guru menggalakkan murid menggunakan sebahagian ataupun

kesemua deria yang ada. Diantaranya adalah penggunaan auditori seperti membaca dengan

kuat dan lantang, bahan bantu mengajar yang berbentuk pendengaran, peralatan

komunikasi seperti radio, televisyen mahupun komputer.

Selain penggunaan teknik auditori, kaedah multisensori juga melibatkan penggunaan

teknik taktile seperti penggunaan bahan yang berbentuk ‘modeling’ seperti tanah liat, dulang

yang berisi pasir, aktiviti mewarna menggunakan cat dan juga jari atau apa sahaja yang

melibatkan sentuhan dan juga pergerakan motor halus.

Penggunaan teknik visual seperti menunjukkan gambar-gambar yang menarik dan

berwarna juga dapat menarik minat para pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan juga

pembelajaran dengan lebih berkesan lagi.

Oleh yang demikian pengkaji bercadang untuk menggabungkan ketiga-tiga teknik

tersebut untuk mengajar murid-murid tadi mengenal huruf-huruf kecil b, d, n dan m agar

mereka tidak lagi merasa keliru dan dapat membezakan huruf-huruf berkenaan kelak.

14

Page 15: Kajian Tindakan New

Di dalam melaksanakan aktiviti ini, pengkaji telah membahagikan aktiviti-aktiviti

kepada empat aktiviti. Pada setiap intervensi akan dijalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

penggunaan kaedah multisensori.

Diantara langkah-langkah yang pengkaji telah jalankan adalah:

5.1.1 Aktiviti 1: Tayangan Multimedia (Lampiran 1)

Langkah Aktiviti 1

Guru telah menayangkan huruf-huruf b, d, n dan m dengan menggunakan perisian

Power Point Presentation yang menggunakan warna-warna yang dapat menarik

perhatian murid-murid.

Tayangan yang disertai dengan sebutan bunyi huruf-huruf tersebut akan didengar

oleh murid-murid dengan teliti.

Murid telah menyebut semula huruf-huruf tersebut dengan bantuan guru.

Guru memainkan semula tayangan multimedia untuk kali kedua dan mengulang

langkah yang sama di mana murid melihat huruf, murid mendengar dan menyebut

semula huruf yang ditayangkan kepada mereka.

Diakhir aktiviti ini, guru telah menyoal murid mengenai nama huruf yang ditunjukkan

menerusi tayangan multimedia.

Murid telah menamakan huruf yang mereka lihat di layar dengan menyebut kuat

nama huruf-huruf tersebut.

5.1.2 Aktiviti 2 : Pergerakan & Kad Tebuk (Lampiran 2)

Langkah Aktiviti 2

Guru telah menulis huruf-huruf b, d, n dan m dengan menggunakan pergerakan

tangan dan jari (menulis di atas angin/ di udara).

Semasa membuat aktiviti ini guru telah menyebut nama huruf-huruf tersebut dengan

lantang dan jelas.

15

Page 16: Kajian Tindakan New

Murid memerhati perbuatan guru dan meniru apa yang guru lakukan sambil

menyebut nama huruf-huruf yang ditulis.

Guru menunjukkan kad tebuk kepada pelajar.

Murid menggunakan jari mengikut bentuk huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru.

Apabila selesai mengikut setiap bentuk huruf dengan menggunakan jari, murid akan

menyebut nama huruf-huruf tersebut.

Di akhir aktiviti, guru telah menunjukkan kad tebuk dan murid perlu mengecam dan

menamakan huruf tersebut.

5.1.3 Aktiviti 3 : Kad Abjad Berwarna & Doh (Lampiran 3)

Langkah Aktiviti 3

Guru telah menunjukkan kad abjad dengan menggunakan warna yang menarik agar

murid lebih berminat terhadap apa yang dilihatnya.

Murid melihat kad-kad abjad tadi yang terdiri dari huruf b,d, n dan m.

Guru telah menyebut nama-nama huruf berkenaan dan murid mengikut apa yang

disebut oleh guru.

Guru telah meletakkan kad abjad dihadapan murid dan murid telah menguli doh dan

membuat bentuk huruf berkenaan dengan menggunakan acuan yang disediakan.

Selesai menyiapkan bentuk huruf dengan adunan doh tadi, murid akan mengikut

dengan jari bentuk huruf berkenaan dan menyebut nama-nama huruf tersebut.

Diakhir aktiviti, guru telah mengadakan satu sesi temubual dengan murid-murid untuk

melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam mmebantu murid

mengenal dan mengecam huruf-huruf berkenaan.

16

Page 17: Kajian Tindakan New

5.1.4 Aktiviti 4 : Lembaran Latihan (Lampiran 4)

Langkah Aktiviti 4

Guru mengedarkan lembaran berupa latihan kepada murid.

Latihan yang diberikan merupakan aktiviti menyambung garisan dan membentuk

huruf.

Murid menulis dan menyebut huruf yang telah ditulis.

Guru telah mengedarkan satu lembaran kertas kosong kepada setiap orang murid.

Guru telah menyebut huruf-huruf tersebut dan murid akan menulis huruf-huruf yang

disebut oleh guru.

Ganjaran diberikan begi setiap jawapan yang tepat dan betul.

Guru telah mengedarkan empat petikan ringkas kepada murid-murid.

Guru meminta murid-murid membulatkan huruf b, d, n dan m di dalam petikan-

petikan yang diterima.

Setiap huruf yang dibulatkan telah menggunakan satu petikan sahaja. Manakala

untuk huruf-huruf yang lain telah digunakan petikan yang lain.

Dapatan daripada hasil kerja murid ini telah dicatatkan di dalam borang yang akan

disediakan untuk memudahkan guru membuat pengumpulan data dan juga untuk

proses menganalisis data kelak.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

5.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian akan dijalankan pada sesi intervensi tayangan multimedia. Pengkaji

akan menyediakan satu set borang senarai semak yang akan ditanda oleh seorang guru

yang bertindak sebagai pembantu pengkaji semasa sesi intervensi dilaksanakan untuk

melihat tahap keberkesanaan penggunaan kaedah ini dalam mengatasi masalah mengecam

huruf b, d, n dan m. Di dalam sesi ini pengkaji akan menayangkan tayangan multimedia MS

Power Point. Murid akan melihat tayangan tersebut dan menyebut nama huruf yang disoal

17

Page 18: Kajian Tindakan New

oleh pengkaji. Setiap soalan yang dijawab akan dicatatkan keputusannya di dalam borang

senarai semak oleh guru yang terbabit semasa berlangsungnya sesi intervensi tersebut.

Pemerhatian juga akan dilaksanakan untuk sesi intervensi yang kedua iaitu aktiviti

pergerakan dan kad tebuk. Pada sesi ini, murid akan mengikut pergerakan guru dengan

menggunakan anggota tangan dan jari (menulis di udara). Kemudian mereka akan mengikut

bentuk-bentuk huruf menggunakan kad tebuk dengan jari mereka. Diakhir sesi ini, pengkaji

akan menunjukkan kad tebuk dan menyoal nama huruf pada kad tersebut.Kemudian

pengkaji akan meminta murid menulis huruf yang beliau sebut di udara dengan

menggunakan pergerakan tangan dan jari. Murid akan memberi respond terhadap

pertanyaan guru dengan menyebut nama huruf yang berkenaan diikuti dengan menulis huruf

tersebut menggunakan jari di udara. Respond yang diberikan oleh murid tadi akan dicatat di

dalam borang senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji. Seorang guru akan

ditugaskan untuk membantu pengkaji mencatat keputusan di dalam borang yang akan

disediakan semasa berlangsungnya sesi intervensi.

5.2.2 Soal Selidik

Pengkaji akan menjalankan soal selidik yang merupakan temu bual berstruktur yang

dijalankan secara bertulis terhadap empat orang murid-murid pendidikan khas masalah

pembelajaran yang mengalami masalah disleksia. Soal selidik ini akan dijalankan untuk

aktiviti yang ketiga iaitu aktiviti kad abjad berwarna & doh. Soalan-soalan telah disusun

secara sistematik dan murid perlu memilih jawapan yang disediakan. Soalan-soalan yang

akan dikemukakan telah disemak terlebih dahulu dengan penyelaras pendidikan khas

sekolah tersebut dan beliau berpuas hati dengan bentuk soalan yang akan diberikan kepada

murid-murid beliau. Soalan-soalan yang akan diberikan adalah berbentuk soalan tertutup.

Melalui soalan-soalan tertutup ini, murid-murid berkenaan perlu memilih jawapan daripada

pilihan yang telah disediakan. Pilihan jawapan adalah berbentuk ‘Ya’ dan ‘Tidak’. Pengkaji

18

Page 19: Kajian Tindakan New

akan membimbing murid-murid dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Soal selidik akan

dijalankan kepada murid-murid tersebut setelah mereka selesai menjalani aktiviti intervensi.

5.2.3 Analisis Hasil Kerja Murid

Analisis hasil kerja murid akan dilaksanakan pada sesi intervensi yang terakhir iaitu

lembaran latihan. Pengkaji akan memberikan latihan kepada murid untuk melihat tahap

kebolehan murid dalam kemahiran mengenal dan mengecam huruf. Latihan yang diberikan

terdiri daripada tiga aktiviti. Aktiviti pertama adalah menyambung titik sehingga membentuk

huruf dan kemudian menyebut nama huruf yang ditulis. Latihan yang kedua adalah menulis

huruf yang disebut oleh guru di dalam ruangan yang disediakan. Latihan yang ketiga adalah

membulatkan huruf-huruf b, d, n dan m di dalam petikan yang diterima. Apabila selesai

kesemua latihan yang diberikan, guru akan menilai tahap kebolehan para pelajar melalui

keputusan yang diperolehi. Keputusan tersebut akan dicatat di dalam borang yang

disediakan.

5.3 Cara Menganalisis Data

Untuk melaksanakan dan menyempurnakan kajian ini, instrumen-instrumen yang

dipilih oleh ialah pemerhatian, soal selidik dan analisis hasil kerja murid. Instrumen ini dipilih

untuk memudahkan pemerolehan data yang tepat dan cekap.

5.4 Dapatan kajian

5.4.1 Pemerhatian (Lampiran 1 & 2)

Pengkaji telah menyediakan satu borang senarai semak untuk mencatat perubahan yang

berlaku pada murid. Pengkaji telah menjalankan satu sesi soal jawab dengan murid-murid

tersebut dalam mengumpul data. Pengkaji telah menunjukkan tayangan multimedia dan

murid akan cuba menyebut huruf tersebut. Aktiviti ini telah dilaksanakan semasa intervensi

untuk mendapat keputusan yang tepat. Keputusan daripada sesi ini akan direkodkan di

19

Page 20: Kajian Tindakan New

dalam borang yang disediakan. Borang senarai semak ini akan dianalisis berdasarkan

peratusan markah yang diperolehi oleh murid-murid tersebut.

Untuk sesi intervensi kedua, pengkaji telah menggunakan kaedah yang sama untuk

menilai tahap keberkesanan penggunaan kad tebuk dan pergerakan dalam membantu murid

mengecam huruf b, d, n dan m. Keputusan telah dicatat berdasarkan kebolehan murid

menyebut nama huruf dengan tepat dan membuat pergerakan bentuk huruf berkenaan

menggunakan tangan dan jari. Borang senarai semak yang diisi telah dianalisa berdasarkan

peratusan markah yang diperolehi oleh murid-murid berkenaan.

5.4.2 Soal Selidik (Lampiran 3)

Pengkaji telah menjalankan soal selidik dengan 3 orang murid. Satu set soalan

tertutup telah diberikan kepada mereka. Mereka akan menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan dengan bimbingan guru. Jawapan daripada sesi temu bual telah dijadikan

sebagai satu indikator dalam menentukan tahap kefahaman mereka terhadap apa yang

diajar oleh guru semasa sesi intervensi berlangsung. Jawapan yang mereka berikan juga

boleh menjadi kayu ukur sejauh mana keberkesanan kaedah multisensori dalam mengajar

mereka mengecam huruf yang seakan-akan sama. Analisis ini adalah berbentuk kualitatif

(Ya/Tidak) dan pengkajian akan menganalisa hasil dapatan soal selidik ini menggunakan

carta pai dalam bentuk peratus.

5.3.3Analisis Hasil Kerja Murid (Lampiran 4,5,6 & 7 )

Pengkaji telah menggunakan lembaran kerja berupa latihan kepada setiap orang

murid. Lembaran kerja tersebut terbahagi kepada tiga jenis. Lembaran yang pertama

memerlukan murid menyambung titik dan menulis huruf b, d, n dan m. Lembaran kerja yang

terakhir adalah memerlukan murid membulatkan huruf-huruf b, d, n dan m di dalam petikan

yang diberikan. Markah yang diperolehi melalui analisis akhir di dalam borang yang

disediakan telah dijadikan salah satu tanda aras tahap pencapaian murid. Pengkaji telah

20

Page 21: Kajian Tindakan New

menganalisis pemerolehan data ini berdasarkan markah skor yang diperolehi oleh murid-

murid tersebut.

5. 5 Cadangan kajian

Cadangan kajian lanjutan ialah penggunaan kaedah multimedia bercorak interaktif,

pemberian ganjaran dan token ekonomi serta terapi seni dalam meningkatkan tumpuan

murid Pendidikan Bermasalah Pembelajaran.

Senarai Rujukan

Ann Longsdon. (2012). Make Multi Sensory Teaching Materials. Diperoleh Jan 31, 2012 dari http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/mulitsensory.htm.

Jamila K.A. Mohamed. (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Jenny R. Rains, Catherine A. Kelly & Robert L. Durham. (2008). Journal of Theory & Practice in Education Vol 4 No 2:The Evolution of the Importance of Multi-Sensory Teaching Techniques in Elementary Mathematics. Published by University of Colorado at Colorada Spring: Stable URL: http://eku.comu.edu.tr/index/4/2/jrrains_cakelly_rldurham.pdf.

Jenny Rains, Robert Durham & Catherine Kelly.(2009). Executive Summary Multisensory Materials in K-3 Mathematics:Theory & Practice.University of Colorado at Colorado Spring: Stable URL: http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=. executive summary multisensory materials in k-3 mathematics.

K. A Radziah. (2006). Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar? Pahang Darul Makmur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Malek Muhamat Said (2004) Studi Smart. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Roslinda Abdullah (2010). Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah 2010. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Zaidah Hj Othman (1978). Satu Kajian Mengenai Kemahiran Asas Bacaan Murid-murid Darjah Dua dari Segi Huruf, Suku Kata dan Gabungan Bunyi Suku Kata. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

21