30
Bincangkan karya-karya utama, peranan dan sumbangan Kala Dewata dalam perkembangan sastera Melayu moden. Riwayat Hidup Kala Dewata . “Dalam eseinya yang berjudul Beberapa Persoalan Drama dari Segi Penulisan , Mustapha Kamil Yassin dengan tegas semacam menolak drama- drama Bangsawan dan sandiwara yang meskipun sudah meninggalkan alam fantasi dan mula membawa ‘tema dan plot yang menjejak bumi’, masih belum membawa pembaharuan ke arah konsep moden dalam sejarah perkembangan drama Melayu.” 1 Mustapha Kamil Yassin atau nama penanya Kala Dewata telah berjaya membawa satu pembaharuan dalam bidang drama di Malaysia dengan aliran realisme. Kala Dewata membentangkan tema masalah kehidupan seharian dan berbicara secara pendek, kemas dan tepat di samping mempunyai maksud untuk membetulkan masyarakat. “Dalam penelitian saya, Kala Dewata dengan dramanya Atap Genting Atap Rumbia adalah orang yang pertama mempelopori kegiatan drama moden yang beraliran realisme di Malaysia. Membaca dengan kritis akan skrip-skrip dramanya, kita dapati Kala Dewata merupakan penulis yang penuh daya fikir, berdisiplin, komitmen dan memahami keadaan dan situasi masyarakatnya. Ia meninggalkan di belakangnya unsur-unsur tradisionalisme, romantisme dan idealisme, meninggalkan unsur-unsur lagenda, magis, mitos, dan apa saja bentuk khayal. Kala Dewata mula menyingkap dunia di depan matanya, mencari masalahnya, mempertikaikan kewujudannya, lalu cuba menyuguhkan penyelesaiannya.” 2 1 Zakaria Ariffin (Penyelenggara). Drama Melayu Moden dalam Esei ( Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981) hlm 7 2 Mana Sikana, Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1

Kala Dewata - final copy.doc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sumbangan Kala Dewata di arena sastera Melayu.

Citation preview

Page 1: Kala Dewata - final copy.doc

Bincangkan karya-karya utama, peranan dan sumbangan Kala Dewata dalam perkembangan sastera Melayu moden.

Riwayat Hidup Kala Dewata.

“Dalam eseinya yang berjudul Beberapa Persoalan Drama dari Segi Penulisan , Mustapha Kamil Yassin dengan tegas semacam menolak drama-drama Bangsawan dan sandiwara yang meskipun sudah meninggalkan alam fantasi dan mula membawa ‘tema dan plot yang menjejak bumi’, masih belum membawa pembaharuan ke arah konsep moden dalam sejarah perkembangan drama Melayu.”1

Mustapha Kamil Yassin atau nama penanya Kala Dewata telah

berjaya membawa satu pembaharuan dalam bidang drama di Malaysia

dengan aliran realisme. Kala Dewata membentangkan tema masalah

kehidupan seharian dan berbicara secara pendek, kemas dan tepat di

samping mempunyai maksud untuk membetulkan masyarakat.

“Dalam penelitian saya, Kala Dewata dengan dramanya Atap Genting Atap Rumbia adalah orang yang pertama mempelopori kegiatan drama moden yang beraliran realisme di Malaysia. Membaca dengan kritis akan skrip-skrip dramanya, kita dapati Kala Dewata merupakan penulis yang penuh daya fikir, berdisiplin, komitmen dan memahami keadaan dan situasi masyarakatnya. Ia meninggalkan di belakangnya unsur-unsur tradisionalisme, romantisme dan idealisme, meninggalkan unsur-unsur lagenda, magis, mitos, dan apa saja bentuk khayal. Kala Dewata mula menyingkap dunia di depan matanya, mencari masalahnya, mempertikaikan kewujudannya, lalu cuba menyuguhkan penyelesaiannya.”2

Mana Sikana meletakkan kekuatan drama Atap Genting Atap

Rumbia

pada kejayaan Kala Dewata menggambarkan naluri antara konsep

kehidupan di kota dengan keharmonian hidup di desa. Ini

1 Zakaria Ariffin (Penyelenggara). Drama Melayu Moden dalam Esei ( Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981) hlm 72 Mana Sikana, Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan, 1989) hlm 93 - 94

1

Page 2: Kala Dewata - final copy.doc

membuktikan kebolehan Kala Dewata mengutarakan kejadian sosial

yang masih relevan hingga ke hari ini dan menjadi panduan kepada

pembaca untuk menyelesaikan masalah yang serupa.

Mustapha Kamil Yassin lahir pada 1 Julai 1925 di Kajang,

Selangor Darul Ehsan. Beliau belajar di sekolah rendah aliran Melayu

dan menerima pendidikan menengah di aliran Inggeris. Belaiu

melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura sehingga meraih

ijazah Sarjana Muda Sastera. Kemudian beliau mengikuti kursus Ilmu

Pengurusan dan Pendidikan selama setahun di Universiti Malaya.

Selepas itu beliau bekerja sebagai guru. Sekolah pertama beliau ialah

Maktab Tentera Persekutuan, kemudian ditukarkan ke Sekolah King

George V di Seremban dan ke Sekolah Inggeris Sungai Udang,

Rembau, Negeri Sembilan. Dalam tahun 1959, beliau menjadi

pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.

Kala Dewata telah berpeluang melanjutkan pelajarannya ke

Universiti Indiana di Amerika Syarikat dan berjaya memperolehi ijazah

Sarjananya pada tahun 1967 dengan tesis berjudul “An Introduction to

Children’s Theatre In Malaysia”. Setelah pulang ke tanahair, beliau

menjawat tugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu,

Universiti Malaya dalam bidang drama dan penulisan kreatif. Beliau

adalah pelopor yang memperkenalkan pengajian drama di universiti

tersebut. Beliau telah ke Amerika Syarikat untuk meneruskan

2

Page 3: Kala Dewata - final copy.doc

pengajian di peringkat doktor falsafah di universiti yang sama iaitu

Universiti Indiana dan berjaya memperolehinya pada sesi 1974/75

dengan tesis bertajuk “Transitional Threatre of the Malay World”.

Seterusnya, beliau pulang ke Malaysia dan bertugas sebagai profesor

di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau

Pinang. Beliau kemudian meletakkan jawatan untuk menceburkan diri

dalam lapangan perniagaan di Diriwisma Sendirian Berhad bertempat

di Bangunan UDA Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Kala Dewata telah melibatkan diri dalam bidang penulisan

kreatif3 sejak tahun 1953. Beliau telah mencuba berbagai cabang

penulisan di antaranya ialah drama, novel, cerpen, puisi, kritikan

sastera dan rencana-rencana budaya.

Karya-karya Utama Yang Dihasilkan.

3 Hasil-hasil Karya Kala Dewata :1. Hati dan Hasrat (Novel. Pustaka Melayu, Kuala Lumpur, 1966)2. Yang Dihempas dan Dipulas (Cerpen. Penerbitan Federal, Kuala Lumpur, 1963)3. Perempuan dan Peristiwa (Cerpen. Penerbitan Federal, Kuala Lumpur, 1965)4. Ruangan Sari dan Cari, Berita Minggu.Drama :5. Robohnya Kota Lukut (1957)6. Tiga Drama (Kumpulan Drama. Pustaka Melayu Baru, 1965)7. Atap Genting Atap Rumbia (1963)8. Di Balik Tabir Harapan (1966)9. Dua Tiga Kucing Berlari (1966)10. Bujur Lalu Melintang Patah11. Pegawai Khalwat12. Manusia Hina13. Si Tanggang14. Titik-titik Perjuangan15. Jalan yang BenarEsei:1. Drama dan Persoalan Masyarakat.2. Beberapa Persoalan Drama dari segi Penulisan.3. Aspek-aspek Teknikal Dalam Pementasan.4. Berlakon dan Bersolek Dalam Seni Drama.

3

Page 4: Kala Dewata - final copy.doc

Berdasarkan drama-drama utamanya seperti Atap Genting Atap

Rumbia, Di Balik Tabir Harapan dan Dua Tiga Kucing Berlari, Kala

Dewata telah dapat menampilkan kekuatannya sebagai dramatis

terulung di Malaysia dengan membentang pelbagai tema yang

beraliran realisme untuk penghayatan peminat seni drama.

Sinopsis Drama Di Balik Tabir Harapan.

Drama ini menceritakan perihal keluarga Mohd Zain Tajuddin

Syah dengan dua orang anaknya. Dia meletakkan harapan yang tinggi

terhadap kedua-dua anaknya. Kepada anaknya Laili, dia ingin melihat

Laili berkahwin dengan seorang yang berketurunan dan kaya.

Manakala Ramli pula, dia berharap anak lelakinya itu akan menjawat

jawatan yang tinggi dan baik. Baginya, kejayaan anak-anak akan

menjamin kesenangan hidup dan keharuman statusnya. Sementara

itu, orang kampungnya mempelawa dia balik ke kampung untuk

mengetuai rancangan pembangunan di kampung tetapi dia menolak

dengan hinaan kerana dia memandang rendah terhadap usaha

mengendalikan 90 buah keluarga padahal dia sebagai pegawai M.C.S

berpencen sudah biasa mengendalikan 900 000 manusia.

Mohd Zain dianggap sebagai manusia yang lupa asal usul dalam

mengejar harapan untuk hidup senang melalui anak-anak dan

usahanya. Laili dibenarkan bergaul bebas tanpa batasan dengan anak-

anak leleaki orang ternama. Ayah Laili tahu bahawa dia sudah ada

4

Page 5: Kala Dewata - final copy.doc

pilihan sendiri iaitu Ariff untuk menjadi suaminya, tetapi Mohd Zain

melarang mereka. Ramli diarahkan untuk melanjutkan pelajaran

hingga ke universiti biarpun minatnya hanya dalam bidang sukan.

Mohd Zain sendiri melaburkan segala wang simpanannya ke dalam

syarikat gali bijih timah. Akhirnya, segala impian dan usahanya

kecundang. Laili mengambil keputusan untuk kahwin lari dengan Ariff,

sementara Ramli berhenti sekolah untuk meneruskan cita-citanya

dalam bidang “physical culture.” Pulangan pelaburannya juga merosot

kerana syarikat mengalami kerugian dan orang gajinya suami isteri itu

sudah lama tidak mendapat gaji. Dia mula sedar bahawa harapannya

sudah musnah dan dia redha dengan penentuan Allah. Kebetulan

rombongan dari kampung datang menjemputnya berunding semula,

kali ini dia bersetuju dan dia sedar bahawa kebahagiannya sekeluarga

masih ada biarpun tidak seperti yang diinginkan pada awalnya. Drama

ini mengajak semua kepala keluarga menyedari keupayaan diri sendiri

untuk mengecapi hidup bahagia.

Sinopsis Drama Dua Tiga Kucing Berlari .

Drama ini memaparkan soal perkauman. Ia berkisar pada watak

seorang gadis Melayu bernama Rosdiah. Dia telah bercinta dengan

seorang pemuda Cina bernama Kuan. Mereka tidak mendapat restu

untuk meneruskan perhubungan cinta mereka. Ayah Rosdiah, Dahalan

masih beranggapan bahawa anak lelakinya mati di tangan komunis.

5

Page 6: Kala Dewata - final copy.doc

Dari itu, semua orang Cina adalah komunis. Di samping itu, soal

agama menjadi hambatan cinta mereka. Ini ditambah dengan

penolakan peminangan Zarim. Melalui watak Kuan, Kala Dewata

menyatakan betapa kurangnya kefahaman orang Melayu terhadap

agama orang Cina. Kuan digambarkan hanya menurut perbuatan ibu

bapanya sahaja. Kuan sanggup menukar agamanya. Tekanan

keluarga Kuan supaya mengahwini Swee Lan yang tidak disukainya

menyebabkan Kuan melarikan diri dari rumah. Hasratnya kini hanya

untuk berkhidmat pada negara. Sepeninggalan Kuan, keluarga

Dahalan menjadi penganut Islam yang sejati. Kemudian Kuan datang

ke rumah Rosdiah untuk mendapat kepastian cintanya. Malangnya

Rosdiah terus menolak cinta Kuan yang sudah meninggalkan Swee

Lan, keluarga dan agamanya. Kuan rasa ditipu oleh cinta Rosdiah

yang dianggapnya palsu. Drama ini diakhiri dengan babak di Tugu

Kebangsaan yang dihadiri oleh Dahalan, Swee Lan, Zarim, Suriah dan

ibu Rosdiah. Kematian Kuan sebenarnya menunjukkan penolakan Kala

Dewata ke atas perkahwinan campuran dalam proses mengwujudkan

perpaduan kaum.

Sinopsis Drama Atap Genting Atap Rumbia .

Drama beraliran realisme ini mengisahkan dua keluarga yang

dijurangi oleh martabat dan penempatan antara keluarga pegawai di

bandar dengan keluarga petani di kampung. Pemasalahan sosial yang

6

Page 7: Kala Dewata - final copy.doc

di hadapi dua keluarga ini diseiringkan apabila anak gadis dari

keluarga atap genting dengan anak teruna dari keluarga atap rumbia

berjanji untuk berkahwin.

Shamsiah berasa bimbang kalau rombongan pinangan

Shamsuddin ditolak oleh ibu bapanya. Mak Temah dan Pak Abu

mencari akal lalu bersetuju untuk menerima rombongan itu dengan

menyamar sebagai ibu bapa Shamsiah. Cik Hindon, ibu Shamsiah

tidak bersetuju jika anak gadisnya dikahwinkan dengan Shamsuddin.

Dia ingin memulangkan balik cincin tanya belah rotan kepada keluarga

Shamsuddin. Setelah ke rumah Shamsuddin di kampung, Mak Piah ibu

Shamsuddin menyangkakan bahawa ibu bapa Shamsiah yang datang

itu adalah tukang masak dan tukang kebun keluarga Shamsiah.

Kemudian adegan lucu dan tegang itu dapat diselesaikan di mana

pendirian Cik Jamal dan Cik Hindon yang membenarkan anak gadis

mereka berkahwin dengan pemuda kampung. Kaum lelaki berbincang

bagaimana kedua pasangan itu harus menambung dahulu sebelum

berumahtangga. Pasangan itu bersetuju dengan syarat itu.

Keistimewaan Kala Dewata Sebagai Dramatis.

Isi :

Tema

1. Sosial

1.1) Membentangkan Pemikiran Rakyat.

7

Page 8: Kala Dewata - final copy.doc

Kala Dewata menonjolkan pertemburan pemikiran rakyat yang

bersikap modenisme dan tradisionalisme, konflik ekonomi di mana

bandar dipandang sebagai membawa kemewahan manakala desa

yang terlihat hanyalah kemiskinan dan kemelaratan seperti mana yang

dipaparkan dalam drama Atap Genting Atap Rimbia.

Sikap hidup, jaminan keselamatan dan masyarakat merupakan

persoalan penting drama realisme.4 Kala Dewata mempertahankan

bumi di mana dia pijak, sambil menyindir, kadang-kadang menusuk

dengan tajamnya. Ini merupakan satu lakaran yang akan menjauhkan

lagi jurang dalam masyarakat. Tema begini amat sesuai dengan

negara yang sedang membangun yang masih mempertikaikan nilai

dan justifikasi kehidupan. Kala Dewata menekankan akibat dari

kemerdekaan yang cara pengisiannya kurang sempurna. Watak

Shamsuddin yang ingin mengajar di desa bertentangan dengan

kerisauan Shamsiah untuk mengikutnya setelah berumahtangga

kerana melanggar norma-norma dan kehendak keluarga Shamsiah.

Bersesuaian dengan aliran realisme, Kala Dewata memberi

kemenangan kepada pihak desa, secara tegas kemenangan ini

merupakan kemenangan bagi orang Melayu yang hendakkan

perubahan, tetapi mestilah setiap orang bekerjasama bagi menjayakan

perubahan-perubahan itu. Dalam Atap Genting Atap Rumbia, Cik

Jamal orang bandar yang terkenal dengan keras hatinya telah tunduk

dengan kemahuan Mak Piah, orang desa. Kala Dewata juga seolah-4 Victor Geirge, Social Security and Society (Londan, Routledge & Kagen Paul, 1973) hlm 24 - 25

8

Page 9: Kala Dewata - final copy.doc

olah membentangkan jalan penyelesaian bagi drama-dramanya

dengan memberi nasihat diakhir cerita.

1.2) Percintaan antara Kaum

Pengolahan tema masalah hidup sehari-hari dan berbincang

secara pendek, kemas dan tepat di samping mempunyai tujuan-tujuan

untuk membetulkan masyarakat membuktikan era yang ditempohi

oleh dramatis Malaysia adalah satu era yang gemilang dan penuh

bererti dalam karier mereka sebagai pengarang dramatis.

Realiti kehidupan di dalam drama Dua Tiga Kucing Berlari

memperkuatkan daya ciptanya dengan membentangkan

permasalahan percintaan antara kaum yang agak hangat diperkatakan

waktu negara baru mencapai kemerdekaan sebagai satu cara untuk

mencapai perpaduan. Kuan Tie Che, protagonisnya jatuh hati dengan

gadis Melayu Rosdiah, tetapi kedua-dua keluarga mereka tidak

merestuinya. Namun cinta tidak mengenal kulit di samping tidak

mempedulikan akibat-akibat pertentangan keagamaan, kebudayaan

dan etika kedua-duanya untuk meneruskan percintaan mereka. Di

kemuncak ceritanya, Kala Dewata telah mentragiskan drama ini

dengan mematikan Kuan Tie Che, yang menjalankan tugas sucinya

sebagai seorang tentera. Di sini Kala Dewata mengambil keputusan

bahawa kahwin campur bukanlah satu cara untuk memadukan rakyat.

1.3) Pertentangan Kota dan Desa

9

Page 10: Kala Dewata - final copy.doc

Kota diangggap sebagai memberi harapan-harapan yang indah,

tetapi bila seseorang itu tidak dapat mengikut norma-norma

kosmopolitan, berlakulah pergelutan identiti. Desa pula digambar

sebagai sesuai dengan masyarakat Melayu ketika itu kerana hendak

mencari penempatan yang tetap dan kesimbangan dengan kota.

Inilah pertentangan dua daerah hidup yang menjadi pusat konflik

dalam drama Kala Dewata : gelagat kehidupan yang penuh

pertentangan dalam negara yang sedang bergulat dengan perubahan

fizikal dan mental.

Shamsuddin: Er… tidak. Dia pegawai tinggi.Mak Piah: Ah, pegawai tinggi macam mana pun, kalau dengan masjid takkan

berdiri depan. Mencelah-celah di belakang sajalah dia.Minah: (Manis lagi) Dia orang kaya; duduk di bandar pula.Mak Piah: Aku, orang kaya di bandar itu aku tak hairan. Kalau lebih bukan

boleh tempat bergantung. Kalau lebat bukan boleh tempat berteduh. Dia mengira batang dia aja.5

Mak Piah: (Beria-ia) Ya, Din. Bapa kau tu, puaslah mak tegang leher nak menegakkan kau. Tapi dia berkeras juga. Macam-macamlah katanya. Kita ini pipit, orang tu enggang. Takkan dapat sama. Kita ni dahlah miskin, katanya, besok anak pula hilang diambil orang.

Shamsuddin: (Bangun dan dengan tegas) Mak, pada Din tak ada soal kaya miskin. Tak ada soal tinggi rendah. Din mahu menegakkan rumahtangga dengan Shamsiah. Rumahtangga kami sendiri. Rumahtangga yang hendak kami bina dari awalnya dengan titik peluh kami sendiri. Kebetulan mak dan bapak berumah di kampung ini, beratap rumbia. Kebetulan mak dan bapak Shamsiah berumah di bandar beratap genting. Takkanlah atap genting dan atap rumbia ini menahan Din dan Shamsiah hendak membuat rumah baru. Entahkan lain pula atapnya.6

Kota dikatakan ekstrem, agresif dan tidak mempedulikan

manusia, sementara desa diselaputi oleh unsur-unsur tradisional yang

kukuh. Dari polarisasi dan susun lapis masyarakat yang digambarkan,

5 Rahmah Hj Bujang(Penyelenggara), Drama-drama Kala Dewata(Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm 3426 Ibid., hlm 347

10

Page 11: Kala Dewata - final copy.doc

terdapat semacam tindas-menindas, pertentangan antara golongan

bawahan terhadap atasan dan kelas. Nilai kota terletak pada

wangnya, jika orang desa hendak ke kota mestilah memahami

permintaan itu dan jangan mudah terpedaya oleh kepalsuan.

Disebabkan perkembangan yang tidak seimbang, kota menjadi tamak

dan sombong. Di sinilah pengarang mengutarakan nilai-nilai keadilan

sosial. Desa diberi kemenangan biarpun di akhir cerita mereka

berdamai. Bagaimanapun, talian persaudaraan harus ada.

1.4) Konflik Keluarga

Kesombongan kota dipaparkan juga di dalam drama Di Balik

Tabir Harapan.7 Penulis mggambarkan tragedi keluaraga

rumahtangga Mohd. Zain dengan anak-anaknya Ramli dan Laili.

Mereka dikatakan sebagai penderhaka kepada cita-cita ayah yang

menentukan dasar jalan hidup mereka. Ramli ingin menjadi jurulatih

sukan tetapi ayahnya mahukan dia menjadi:

Mohd. Zain: (Terdiam sebentar, kemudian bertempik) Bodoh! Bodoh! Kau tengok dia melepek di kampung. Dan aku di sini, di kota, telah menjadi pegawai tinggi. Datuk,datuk kepada 90 buah rumah, datuk apa itu? Ramli kau tidak mengerti. Kau tak tahu. Bila aku katakan pelajaran tinggi, aku mahu kau belajar ke sekolah tinggi, ke universiti, belajar ilmu undang-undang, ilmu ekonomi, ilmu politik dan lain-lain lagi supaya bila engkau keluar engkau ternama, terkenal.

Ramli: (Perlahan-lahan) Ya bapa!Mohd.Zain: Baik! Besok pergi kepada guru ... guru bodoh engkau itu –

katakan engkau mahu masuk unversiti; bukan jasa ... jasa ... jasmani.8

7 Kala Dewata, Di Balik Tabir Harapan (Kuala Lumpur, Federal Berhad, 1966) 8 Ibid., hlm 15

11

Page 12: Kala Dewata - final copy.doc

Mohd. Zain juga mengharapkan anaknya Laili yang gagal dalam

persekolahan itu agar dapat mendirikan rumahtangga yang bahagia

dari dasar yang teguh:

Mohd.Zain: Ah, budak itu! Budak pekerja biasa saja. Apa yang dapat diharapkan daripada dia, bapanya pun orang ulu. Laili, kau mesti berumahtangga dengan orang baik-baik supaya keluarga kita juga menjadi

orang baik- baik.

Laili: (Dengan pahitnya) Jadi sekarang belum lagi baik.Mohd.Zain: (Berang) kau anak memang tidak mengerti. Perempuan,

perempuan tolol! Membuat sesuatu mahu ikut sedap sahaja. Mahu ikut nafsu ...

Laili: (Dengan kuatnya) Bapa! Jangan bapa berkata begitu! Ada orang yang hendak hidup dengan Laili, yang Laili suka, bapa tidak mahu terima. Bapa suruh dia pergi. Bapa mahu Laili menunjukkan diri ke sana ke mari, supaya Laili dapat menangkap orang besar, orang ternama, supaya martabat bapa tinggi, bapa menjadi orang baik-baik. Bapa jadikan Laili korban supaya tercapai kemahuan bapa. Sekarang Laili yang bapa salahkan. Siapa yang mahu ikut ... ikut ...9

Kehendak bapa tidak sehaluan dengan kehendak anak-anak.

Lalu si anak merasakan bahawa tidak perlu mematuhi kehendak bapa

mereka. Anak zaman merdeka ini ingin kebebasan untuk memilih

haluan sendiri kerana di negara yang merdeka dan demokrasi, inilah

gambaran masyarakat yang membangun. Konflik keluarga diberi

kemenangan kepada pihak anak-anak.

Pemikiran utama yang hendak disampaikan ialah gejala penyakit

masyarakat terhadap ibu bapa yang materialistik, mereka lahir dari

pembangunan negara yang mengabaikan aspek kerohanian di mana

manusia hanya mementingkan kediri, kemewahan, pangkat dan

9 Ibid., hlm 24

12

Page 13: Kala Dewata - final copy.doc

nama.10 Bidasan sinis Kala Dewata amat sesuai dengan konteks dan

ruang.

Konflik orang-orang tua dan muda digambarkan di dalam drama

ini. Kehendak dan prinsip kota mestilah diikuti jika hendak berjaya.

Mohd.Zain terperangkap dengan kemegahan kota. Hidupnya semakin

sombong dan ego untuk mewakili konflik seorang ayah pada zaman

moden. Drama ini bukan sahaja hendak memaparkan kebenaran,

tetapi ingin menunjukkan cara-cara untuk membentuk masyarakat

yang dikehendaki.

1.5) Masalah moral dan agama

Dalam Di Balik Tabir Harapan, Kala Dewata mengutarakan

kesanggupan seorang ayah yang inginkan keduniaan sehingga

sanggup membenarkan anak perempuannya bergaul dengan lelaki-

lelaki yang bukan muhrim. Mujurlah anak perempuannya berkahwin

dengan seorang lelaki pilihannya secara sah. Perhatikan petikan

berikut:

Ramli: Ya. Tetapi bapa membenarkan Laili dibawa ke sana ke mari oleh anak datuk-datuk dan anak orang besar-besar yang mulia.Apabila mereka mahu kahwin mereka semua sudah ada plilihan-pilihan mereka yang tertentu. Laili mereka ketepikan, Laili hanya untuk berfoya-foya, untuk penghibur, sudah murah …11

Dalam drama Dua Tiga Kucing Berlari pula, Kuan Tie Che telah

sanggup memeluk Islam atas kesedaran fahaman agama Islam

10 Mana Sikana “Di Balik Tabir Harapan Memperkuat Kala Dewata” dlm Berita Harian, 13 Mac 197511 Rahmah Hj Bujang(Penyelenggara), Drama-drama Kala Dewata(Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm 281 - 282

13

Page 14: Kala Dewata - final copy.doc

bahawa untuk berkahwin dengan seorang muslim, pasangannya juga

mesti seorang muslim, baharulah sah. Bukti pendirian Kuan seperti

yang tertera dalam petikan berikut:

Kuan: Apa? Begini mudah sekali? Begini senang? Kerana kau aku telah

memutuskan kasih sayang Swee Lan padaku. Aku memutuskan kasih sayang hidupku dengan keluargaku. Aku meninggalkan agamaku! Tetapi sekarang apakah balasan yang aku dapat? Kau campakkan aku begitu saja. Dengan mudah kau putuskan segala-galanya. Kau putuskan? Mana letaknya jantung hati kau, Ros? Mana letaknyanya perasaan kau? Mana letaknya kasih sayang yang kau tunjukkan padaku? Palsu! Palsu belaka!12

1.6) Kedudukan wanita

Lagi satu pusat pemikiran Kala Dewata ialah kedudukan wanita.

Rosdiah dalam Dua Tiga Kucing Berlari contohnya, membayangkan

status wanita Melayu baru dalam negara membangun. Sikapnya yang

pemalu tetapi sudah sanggup menerima unsur-unsur kemajuan kota,

merupakan satu satira bahawa kaum wanita ini sedang berada dalam

satu ambang kemodenan.

Wanita sudah memilih profesionalisme sendiri. Ini menimbulkan

gejala baru. Kita dapat menyaksikan perubahan-perubahan akibat

kemerdekaan. Secara sejagatnya, ini adalah kebangkitan hasil dari

sistem pendidikan yang lebih moden. Contohnya:

Mak Timah: Awak tak tahukah sekarang, orang perempuan dalam bandar sudah maju dengan orang lelaki. Semua sama pandai, sama kerja dan sama dapat gaji.13

2) Ekonomi

12 Ibid.,hlm 20513 Rahmah Hj Bujang(Penyelenggara), Drama-drama Kala Dewata(Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm 362

14

Page 15: Kala Dewata - final copy.doc

Konflik modenisme dan tradisionalisme disamakan dengan

fahaman kota dan desa. Kota dilambangkan sebagai mewah dan

kesenangan sementara desa sebagai miskin dan melarat contohnya:

Pak Salleh: Cuma aku nak beri peringat. Kita datang dari kampung, budi bahasa

sopan santun tinggi. Jangan kerana dek berteduh di rumah batu atap genting, hilang pulak semuanya itu. Orang kampung yang beratap rumbia ini, itu sajalah modalnya kita – budi bahasa, sopan santun. Orang di bandar macam-macam, banyak duit, banyak harta. Tapi modal bahasa dari dunia sampai akhirat.14

Namun Kala Dewata yang penuh daya fikir, berdisiplin, komitmen

dan memahami keadaan masyarakatnya, telah berjaya dengan mesej

drama-dramanya untuk memperbaiki tafsiran mereka mengenai kota

dan desa dalam konteks negara yang sedang membangun dan baharu

sahaja mencapai kemerdekaan. Pertumbuhan ekonomi dan

perkembangan sosial adalah rapat di antara satu dengan yang lain.

Pertama, perkembangan sosial biasanya merupakan syarat utama bagi

pertumbuhan ekonomi. Kedua, pertumbuhan ekonomi satu-satunya

faktor yang paling penting untuk menentukan perubahan sosial.

Dalam perkembangan ekonomi banyak perubahan sosial yang berlaku.

3) Politik

Kala Dewata tidak berbicara soal politik dengan secara langsung

dalam drama pertamanya. Namun tidak dapat dinafikan akan

wujudnya implisitan politik itu. Kebiasaannya, penulis-penulis yang

14 Ibid., hlm 347

15

Page 16: Kala Dewata - final copy.doc

mendukung konsep modenisme dan realisme akan melibatkan dirinya

dalam persoalan politik. Penulis yang teruji

akan segera sensitif dan menentang godaan kezaliman, rasuah,

anarkisme dan hipokrit politik. Dia akan membersihkan dirinya

daripada segala maksiat dan bertindak sebagai “amar makruf nahi

munkar”15 dan melakukan koreksi terhadap sesuatu yang pincang

secara tegas. Sebagaimana yang digambarkan dalam petikan di

bawah:

Hassan: Ya, Encik Mohd Zain, betullah sebagai dalam suratkhabar itu. Perusahaan lombong bijih itu terpaksa ditutup, dan ditangguhkan perjalanannya buat sementara. (Dia memandang pada Mohd Zain, tetapi dia tidak mahu menoleh) Sungguhpun begitu, sebenarnya bukanlah perusahaan itu yang bersalah. Keadaan dunia yang memaksa.16

Daripada petikan di atas dapatlah ditafsirkan bahawa ahli politik

yang memerintah mempunyai kuasa untuk menentukan kegiatan

perusahaan sama ada patut diteruskan atau sebaliknya bergantung

kepada pulangan ekonomi iaitu menguntungkan atau merugikan

negara.

Sumbangan Kala Dewata dalam Perkembangan Sastera Melayu

Moden

1) Konsep Realisme

15 Inilah sebenarnya intisari dari pengertian firman Allah di dalam al-Quran, yang mengajak setiap Muslim itu harus kritis terhadap pergolakan masyarakatnya. Menjadi manusia mengajak kepada kebaikan dan membetulkan kesalahan.16 Rahmah Hj Bujang(Penyelenggara), Drama-drama Kala Dewata(Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm 270

16

Page 17: Kala Dewata - final copy.doc

Kelahiran realisme membuktikan adanya sistem hidup seperti

ekonomi, pendidikan dan sosial yang berjalan tidak mengikut ukuran-

ukuran yang menguntungkan manusia. Realisme tidak berdasarkan

pada khayalan, tetapi mencari ketepatan: … the objective

representation of contemporary social reality.17 Dari segi logiknya,

realisme mempunyai hubungan yang rapat dengan dasar dan corak

pemerintahan sesebuah negara itu. Protes sosial atau realisme hanya

akan muncul di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Ia

memperlihatkan ciri-ciri yang demokratik serta perkembangan

ekonominya, biasanya bergantung banyak pada bahan-bahan mentah,

industrialisme dan pertanian. Realisme menyedarkan pengertian

demokrasi di mana penulis bebas untuk berbicara dengan masyarakat

mengenai permasalahan dan kucar-kaciran yang wujud untuk

membentuk masyarakatnya agar menjadi baik. Demokrasi melahirkan

negara moden dan realisme membayangkan masyarakat moden.

Kala Dewata adalah orang yang pertama memperkenalkan

drama moden

yang beraliran realisme di Malaysia dengan munculnya drama Atap

Genting Atap Rumbia. Aliran terbaru ini telah menukarkan corak

drama-drama Melayu terutamanya sandiwara yang sudah menjadi satu

bentuk yang masyhur di tahun-tahun lima puluhan. Kala Dewata

menegaskan bahawa citrawara sebagai satu pegangan yang serius

terhadap seni drama. Menurut dramatis ini, citrawara merupakan 17 Rene Wellek, Concept of Criticism, hlm 242

17

Page 18: Kala Dewata - final copy.doc

“sebuah wara yang mengemukakan citra. Ia berbentuk sebuah

lakonan terus-menerus. Tidak ada lagi selingan yang merosakkan

suasana sebelum dan sesudah adegan. Tidak ada lagi tabir yang

diturunkan tetapi berlatar alat yang realistik. Tidak ada lagi kata bual

yang dibuat-buat sekejap-sekejap tetapi dialog yang mesti dihafal dan

difahami oleh para pelakon semuanya.” Konsep realisme ini

ditekankan lagi oleh Kala Dewata dengan lebih lanjut dalam eseinya

yang berjudul “Aspek-aspek Teknikal Dalam Pementasan”. Dia

menyatukan kemahiran seni sastera dengan keperluan pentas dan

juga menyatukan antara pemikiran, estetika dan etika yang

dihubungkan dengan keperluan masyarakat. Kala Dewata sebenarnya

menyederhanakan tekniknya, sehingga mudah difahami oleh semua

audiens. Drama realisme adalah drama intim interaksinya dengan

masyarakat. Ia adalah dari masyarakat dan untuk masyarakat yang

seiringan dengan amalan demokrasi negara yang menganjurkan

realisme ini.

2) Gaya

2.1) Komedi

“Saya berasa ada tanggapan pemikiran yang dapat ditarik di sini: bahawa dalam sikap kejenakaan orang Melayu, tersembunyi dalam jiwa mereka , peribadi yang kuat luhur dan dapat bertindak dengan bijak dalam suatu keadaan yang rumit dan genting."18

Kala Dewata menganggap bahawa orang-orang Melayu

walaupun suka berseluruh, mereka masih bertata susila bila 18 Mana Sikana, Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan, 1989) hlm 96

18

Page 19: Kala Dewata - final copy.doc

berhadapan masalah yang meruncing. Watak-watak komedi Kala

Dewata yang diikuti dari gelagat manusia Melayu itulah sebenarnya

menjiwai dan dalam beberapa, ia memberi kelancaran dan kesegaran

kepada drama. Peranan komedi sungguh besar dalam Atap Genting

Atap Rumbia. Jika diberi perhatian dengan halusnya, banyak cara

pengarang mengetengahkan unsur-unsur komedi:

Hindon: Memang awak dah tak ada fikiran lagi. Dah habis, dah out! Kalau

satu itu, satu itu sajalah!. Bukan tahu nak berikhtiar macam orang lain,

nak berakal.Jamal: (Berdiri dan berjalaan perlahan-lahan) Baiklah aku masukkan

iklan dalam suratkhabar … “Anak dara … sudah besar… mahu kahwin. Siapa yang berhajat … hantar permintaan pada Cik Hindon … dijamin.19

Komedi di atas dijadikan umpan untuk melancarkan dan

menyegarkan drama. Ia mengandungi ironi dramatik. Komedi Kala

Dewata menghala kepada tujuan untuk memperbaiki masyarakat. Dia

membandingkan secara realiti akan hubungan manusia yang berbeza

dari segi fahaman dan konsep hidup. Dia mengutarakan falsafah

masyarakat iaitu kehidupan sebenarnya tidak semudah yang

disangkakan dan peranan setiap individu itu sangat penting.

2.2) Plot

Sebagai sebuah model kepada drama Melayu moden, Atap

Genting Atap Rumbia dibina dari babak ke babak hingga kepada

klimaksnya. Setiap adegan diolah dengan berbagai suasana, “mood”

19 Rahmah Hj Bujang(Penyelenggara), Drama-drama Kala Dewata(Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm 309

19

Page 20: Kala Dewata - final copy.doc

dan unsur-unsur dramatik yang terkenal. Bahasa harian digunakan

untuk menyerlahkan suasana komedi yang diselitkan dan

menimbulkan kemesraan dengan khalayaknya.

Kala Dewata membina drama-dramanya dengan teliti,

memajukan plot beransur-ansur sehingga tiba pada kilmaks dengan

dialog yang menyegarkan. Klimaks beberapa buah drama yang telah

dibicarakan bolehlah dikatakan kebanyakannya berakhir dengan

tragedi. Drama-drama Kala Dewata seperti Di Balik Tabir Harapan

dan Dua Tiga Kucing Berlari jelas sekali tragedinya. Di akhir drama Di

Balik Tabir Harapan, Mohd. Zain terpaksa mengambil senapang

hendak menembak sesiapa saja bila mendengar kegagalan

harapannya, si anak melencong ke arah cara hidupnya sendiri dan

pelaburan wang si ayah yang begitu banyak telah kerugian besar.

Manakala drama Dua tiga Kucing Berlari pula, watak Kuan Tie Che

telah dimatikan untuk meleraikan ketegangan yang dihadapi oleh

Rosdiah untuk memilih bakal suaminya.

3) Esei

Dalam bidang penulisan esei, Kala Dewata memperlihatkan

kematangan dan kesungguhannya untuk menyatukan seni sastera

dengan keperluan pentas. Keempat-empat esei Kala Dewata yang

dimuatkan di dalam buku Zakaria Ariffin20 telah dapat membantu bagi

20 Zakaria Ariffin (Penyelenggara). Drama Melayu Moden dalam Esei ( Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981)

20

Page 21: Kala Dewata - final copy.doc

perlaksana pementasan supaya lebih lancar dan teratur. Dalam drama

Atap Genting Atap Rumbia Kala Dewata menegaskan latar yang

diinginkan sebagai berikut:

“Dalam bilik tetamu sebuah rumah batu. Perkakas di dalam bilik itu kelihatan lengkap sesuai dengan taraf rumahnya. Kerusi mejanya jenis baharu, moden, berkusyen tebal, beralas kain corak mahal. Warna kain kusyen itu berpasang pula dengan kain langsir jendela cermin yang terbuka luas; juga dengan warna tikar permaidani yang terbentang di lantai. Di satu sudut nampak sebuah radiogram tersergam indah. Di sudut lain pula sebuah almari cermin yang dipenuhi oleh buku-buku. Di atas almari itu …”21

Begitu juga dengan terhasilnya buku Tiga Drama yang

menjelaskan bahawa dramanya yang bercorak “citrawara” dan

“purbawara” ini ditujukan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Ini disebabkan sandiwara manjadi semakin rancak perkembangannya

selepas perang apabila setiap sekolah Melayu sekurang-kurangnya,

mengadakan satu malam sandiwara tahunan (biasanya lepas sukan

tahunan sekolah).

Renungan dan Penilaian Kritis mengenai Kala Dewata

A. Samad Said seorang penulis realisme pernah menyatakan:

“Pengarang mesti mengasah otak, menghirup kehidupan – yang

senang, getir dan memeningkan – dan mengolahnya semula sebagai

hasil cipta yang dapat membuka dada dan fikiran pembaca-

pembacanya. Mendorong pembaca-pembaca itu untuk memikirkan

lebih jauh lagi segala soal yang dikemukakannya, menyedarkan

mereka tentang kekotoran dan kepincangan yang meliar gagah di

sekelilingnya, dan menaruh jantung mereka seganas-ganasnya supaya

21 Rahmah Hj Bujang(Penyelenggara), Drama-drama Kala Dewata(Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm 295

21

Page 22: Kala Dewata - final copy.doc

diri mereka tahu bahawa mereka tidak harus berdiam diri dan berdiam

diri...".22 Dengan pegangan di atas. Kala Dewata telah berjaya

menghasilkan drama-drama yang tinggi nilai sasteranya untuk

dijadikan sebagai pedoman hidup dan bahan sejarah perkembangan

sastera Melayu.

Rahmah Hj Bujang memandang tinggi usaha Mustapha Kamil

Yassin atau Kala Dewata dengan menyelenggarakan hasil-hasil

dramanya dibukukan untuk dibuat rujukan oleh guru-guru, pelajar-

pelajar dan bacaan orang ramai. Prof Rahmah menyatakan:

“Drama-drama Kala Dewata memaparkan kejadian sosial yang menjadi persoalan masa itu. Apa yang terbukti ialah betapa persoalan itu masih menjadi isu sosial masa kini, telah hampir 30 tahun drama-dramanya itu ditulis. Masalah keluarga Mohd.Zain masih wujud baik dahulu mahupun sekarang. Pengisian drama-drama Kala Dewata yang memaparkan kejadian hidup yang terus segar inilah yang menjadi daya tarikan kepada penerbitan semula karya-karya dalam buku ini.”23

Ungkapan di atas memang tidak disangkal lagi kerana aliran

realisme Kala Dewata telah dapat perhatian pengamat-pengamat

sastera yang memuji penampilan karya-karyanya dan juga peminat-

peminat drama baik yang persembahan terus di atas pentas atau

persembahan perantaraan yang ditonton oleh orang ramai pada

wayang gambar ataupun televisyen atau yang didengar dari peti radio.

Dengan mengikuti dan meneliti adegan-adegan tragedi dan

komedi, watak-watak dalam drama-dramanya begitu hidup dan benar.

Tidak kurang juga kesedaran yang timbul hasil dari tontonan atau

22 Usman Awang dan A.Samad Said, Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden(Kuala Lumpur, Federal Berhad, 1963) hlm 6023 Rahmah Hj Bujang(Penyelenggara), Drama-drama Kala Dewata(Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm xix

22

Page 23: Kala Dewata - final copy.doc

pembacaan drama-dramanya kerana motif aliran realisme ini juga

ingin mendidik dan membetulkan masyarakatnya dengan landasan

yang dipersetujui oleh hukum-hukum agama dan negara. Drama-

drama Atap Genting Atap Rumbia, Dua tiga Kucing Berlari dan Di Balik

Tabir Harapan serta lain-lain dramanya membimbing manusia supaya

melaksanakan tugas sosial dengan baik untuk menentukan

pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan kesejahteraan rakyat

umumnya. Jika pengamat drama telah tahu tipu daya yang

dipraktikkan dalam sesebuah masyarakat, maka senanglah masalah

kejahatan dan penipuan dileraikan. Kala Dewata telah dapat

menambat hati pengamat drama dengan tragedi-tragedi dan juga

adegan-adegan komedi dalam karya-karya dramanya. Perjalanan

cerita dramanya dipenuhi dengan perbualan yang pendek tetapi terus-

menerus dan diselangi dengan pergerakan dan perlakuan yang cergas.

Bahasanya pula pada keseluruhannya adalah bahasa perbualan yang

pendek, tetap, tegas dan bernas. Dari itu, pembaca dan peminat

drama dapat mengikuti hasil-hasil karyanya dengan senang sekali dan

berkesan.

Penutup

Daripada karya-karya Kala Dewata yang telah dibicarakan,

ternyatalah bahawa dia telah dapat menyuguhkan pemikiran yang

sesuai dengan zamannya. Sumbangannya yang menitikberatkan

gambaran nyata dan benar, seiringan dengan konsep realisme yang

23

Page 24: Kala Dewata - final copy.doc

didukungi dan tugasnya sebagai seorang pengarang, akan menjadi

catatan sejarah yang dapat meningkatkan pemikiran masyarakat

sezaman dan yang akan datang. Sebagai pelopor gerakan realisme

dalam perkembangan Drama Melayu Moden di Malaysia, dia telah

diterima secara terbuka oleh masyarakat dan ini membuktikan lagi

bahawa realisme sebagai satu aliran kesusasteraan yang sesuai.

24