1
Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar. Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok-pokok yang menghijau, burung-burung berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman, jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar. Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar seperti air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur- sayuran yang segar. Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong, bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara satu sama lain. Dengan ini, hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral. Suasana yang tenteram dan damai, udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar. Sumber: http://karangansr.blogspot.com/2010/02/perbincangan.html

kampung baik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kampung baik

Citation preview

Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandarTinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dankecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar.

Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok-pokok yang menghijau, burung-burungberkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman, jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.

Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar seperti air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.

Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong, bergotong-royong dan bertegur-sapa di antarasatu sama lain. Dengan ini, hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.

Suasana yang tenteram dan damai, udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasamenyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.

Sumber: http://karangansr.blogspot.com/2010/02/perbincangan.html