Upload
others
View
3
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KANDUNGAN 1. Evolusi Universiti Malaysia Terengganu 1 2. Pengenalan Pusat Pengajian Informatik Dan Matematik Gunaan 2 3. Latarbelakang Makmal 3 4. Fungsi Makmal 3 5. Piagam Pelanggan Perkhidmatan Makmal 4 6. Pengurusan Makmal 5 7. Kemudahan Perkhidmatan Makmal 7 8. Peraturan Makmal 18 9. Lampiran 21
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
1
1. EVOLUSI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
1979 : Stesen Perikanan & Sains Samudera Universiti Putra Malaysia 1996 : Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu [UPMT] 1999 : Kolej Universiti Terengganu [KUT] 2000 : Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia [KUSTEM] 2007 : Universiti Malaysia Terengganu [UMT]
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
2
2. PENGENALAN PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK DAN MATEMATIK GUNAAN
TAHUN PENUBUHAN
1 Disember 2013
Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan telah ditubuhkan hasil
daripada pengstrukturan semula Fakulti Sains dan Teknologi. Penubuhan
Pusat Pengajian ini adalah untuk menghimpunkan kepakaran dalam bidang
ilmu informatik, sains komputer, matematik dan statistik di bawah satu
organisasi serta menyediakan peluang yang baik ke arah penyepaduan dan
pengukuhan jaringan;
OBJEKTIF
Pusat Pengajian ini berhasrat untuk menawarkan program pengajian yang
berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam
bidang informatik, sains komputer, matematik dan statistik yang mampu
menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan menerusi
penyelidikan fundamental dan eksploratori;
Pusat Pengajian ini juga berhasrat untuk menyediakan kemudahan dan fasiliti
terkini bagi menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan;
dan menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan
dan berketrampilan.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
3
3. LATARBELAKANG SEKSYEN PENGURUSAN MAKMAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN,
Seksyen Pengurusan makmal pengajaran dan pembelajaran, PPIMG merupakan
gabungan kedua-dua unit makmal Jabatan iaitu Makmal Jabatan Sains
Komputer dan Makmal Jabatan Matematik semasa di bawah struktur yang
terdahulu.Menerusi penstrukturan semula fakulti kepada pusat pengajian di
UMT.Pengurusan PPIMG memutuskan untuk mengabungkan dua unit makmal
yang diletakan dibawah seksyen pengurusan makmal pengajaran dan
pembelajaran PPIMG.
4. FUNGSI SEKSYEN PENGURUSAN MAKMAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PPIMG
Makmal pengajaran dan pembelajaran, PPIMG berfungsi untuk menyokong
semua aktiviti pembelajaran, pendidikan, pembangunan, penyelidikan di Pusat
Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
4
5. PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN SEKSYEN PENGURUSAN MAKMAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PPIMG
Kami, di Makmal Pengajaran dan Pembelajaran, PPIMG berkomited untuk
memberikan perkhidmatan dengan penuh profesionalisme, mesra dan cekap
bagi memenuhi kepuasan pelanggan dengan tindakan berikut :
5.1. Memastikan persediaan makmal lengkap dalam tempoh 15 minit sebelum
amali bermula dan mengemaskan ruang kerja dalam tempoh 1 jam
selepas amali.
5.2. Memastikan makmal sedia untuk digunakan dan selamat mengikut Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
5.3. Memproses sebarang permohonan yang lengkap dalam tempoh 3 hari
bekerja.
5.4. Memberikan khidmat penunjuk ajar dan kawal selia bagi penggunaan
peralatan dengan tepat.
5.5. Memastikan perisian, alat bantu mengajar, peralatan makmal sentiasa
dalam keadaan baik.
5.6. Membaikpulih perisian dan menyelenggara komputer dalam tempoh 3
hari bekerja bergantung kepada jenis kerosakan dan bekalan alat ganti.
5.7. Memberikan perkhidmatan yang profesional, efisien dan layanan yang
mesra.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
5
6. PEGAWAI SEKSYEN PENGURUSAN MAKMAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PPIMG
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran PPIMG ini diketuai oleh Penyelaras
Makmal, Penolong Pendaftar dan disokong oleh 5 orang pegawai Sokongan
bukan akademik.
Pentadbiran
En. Mohd Azmi b. Mat Junoh [email protected] Penolong Pendaftar Bangunan Pentadbiran PPIMG Tel : 09-668 3367
Teknikal dan Operasi
En. Mohamad Nor Bin Hassan [email protected] Penyelaras Makmal/Pensyarah Bangunan Annex Tel : 09-668 3187 Engr. Sumazly b. Sulaiman [email protected] Penyelaras Makmal Rangkaian Piawaian CISCO/Pensyarah Bangunan Annex Tel : 09-668 3393 En. Fairuz Bin Ibrahim [email protected] Penolong Pegawai Sains Makmal CERMAT Tel : 09-668 3473 En. Zainuriman Bin Ideris [email protected] Pembantu Makmal Kanan Makmal PENGATURCARAAN 1 Tel : 09-668 3492
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
6
En. Wan Azri Kamel Bin Wan Awang [email protected] Pembantu Makmal Makmal Al-SAFA Tel : 09-668 3132 En. Abdul Fatah Bin Ismail [email protected] Pembantu Makmal Kanan Makmal PENGATURCARAAN 3 / Rangkaian CISCO Tel : 09-668 3488 Pn. Rosmawati Binti Mansor [email protected] Pembantu Makmal Kanan Makmal PENGATURCARAAN 1 Tel : 09-668 3492
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
7
7. KEMUDAHAN PERKHIDMATAN MAKMAL
7.1. Makmal Al-SAFA (Statistical Anaylsis Formulation and Application)
Makmal ini terletak di pejabat pentadbiran lama KUSTEM, (yang kini telah
dijadikan kompleks makmal Jabatan Sains Fizik) berhampiran pintu
belakang kampus UMT. Makmal ini merupakan makmal pengajaran dan
pembelajaran yang terbesar di PPIMG. Makmal ini dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan seperti berikut :
i) Kemudahan pengajaran SmartClassroom
ii) Kemudahan perisian pengajaran dan pembelajaran yang dikemaskini
iii) 71 Unit komputer DELL, 16Gb RAM , Intel Core i7
iv) Jaringan internet 100.0 Mbps
v) Kemudahan WiFi 54.0 Mbps
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
8
7.2. Makmal CERMAT (Conceptual Exploration Reasoning for Mathematics) Makmal ini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut;
i) 53 unit komputer DELL, 16Gb RAM , Intel Core i7
ii) Kemudahan perisian pengajaran dan pembelajaran yang dikemaskini
iii) Jaringan internet kelajuan 100.00 Mbps
iv) Kemudahan Wifi Kelajuan 54.0 Mbps
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
9
7.3. Makmal Pengaturcaraan 1
Makmal ini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut :
i) 56 unit komputer DELL, 16Gb RAM , Intel Core i7
ii) Kemudahan perisian pengajaran dan pembelajaran yang dikemaskini
iii) Kemudahan sistem ”Smart Classroom”
iv) Jaringan internet kelajuan 100.0 Mbps
v) Kemudahan WiFi kelajuan 54.0 Mbps
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
10
7.4. Makmal Pengaturcaraan 2
Makmal Ini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut :
i) 56 unit komputer DELL, 16Gb RAM , Intel Core i7
ii) Kemudahan sistem ”Smart Classroom”
iii) Kemudahan perisian pengajaran dan pembelajaran yang dikemaskini
iv) Jaringan internet kelajuan 100.0 Mbps
v) Kemudahan WiFi kelajuan 54.0 Mbps
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
11
7.5. Makmal Pengaturcaraan 3
Makmal Ini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut :
i) 50 unit komputer DELL, 16Gb RAM , Intel Core i7
ii) Kemudahan perisian pengajaran dan pembelajaran terkini
iii) Jaringan internet kelajuan 100.0 Mbps
iv) Kemudahan WiFi kelajuan 54.0 Mbps
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
12
7.6. Makmal Rangkaian Piawaian CISCO
Makmal Ini dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut :
i) 48 unit komputer DELL, 16Gb RAM , Intel Core i7
ii) Kemudahan perisian pengajaran dan pembelajaran dikemaskini
iii) Peralatan dan perkakasan pembelajaran dan pengajaran yang
lengkap mengikut piawaian Rangkaian CISCO
iv) Jaringan internet kelajuan 100.0 Mbps
v) Kemudahan WiFi kelajuan 54.0 Mbps
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
13
7.7. PERISIAN BERLESEN MAKMAL PPIMG
Makmal Pengajaran dan pembelajaran PPIMG, dilengkapi dengan perisian
berlesen yang terkini bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
dan penyelidikan. Perisian berkenaan diletakkan secara rangkaian
yang boleh dicapai menerusi rangkaian internet di dalam kampus
UMT Sahaja. Para pelajar boleh menggunakan perisian berkenaan yang
telah dipasang di semua makmal PPIMG. Pelajar PPIMG boleh
mendapatkan pemasangan perisian yang memiliki kampus lesen
dengan lengkapkan borang permohonan (seperti dilampiran) dan dihantar
kepada Penyelaras Makmal/Pen. Pegawai Sains bagi mendapatkan kelulusan.
7.7.1. Senarai Perisian Makmal Berlesen
Bil Perisian Bilangan Unit
1. Perisian Maple 2015 80
2. Perisian Matlab 2015b 75
3. Perisian IBM SPSS 22 80
4. Perisian Mathematica 9.1 30
5. Perisian Tibco S Plus 8.0 Kampus lesen
6. Perisian Microsoft Visual Studio 2010/2012 Kampus lesen
7. Perisian SAS 9.4 Kampus Lesen
8. Perisian Oracle 8.0 Kampus Lesen
7.8. PENGGUNAAN MAKMAL
Sebarang penggunaan makmal di Pusat Pengajian Informatik dan Matematik
Gunaan adalah tertakluk kepada jadual waktu makmal yang telah dipamerkan
di papan kenyataan makmal pada setiap semester. Para pelajar boleh
menggunakan makmal jika terdapat kekosongan waktu di makmal-makmal
Jabatan. Penggunaan makmal diluar waktu pengajaran dan
pembelajaran hanya untuk pelajar Pusat Pengajian Informatik dan
Matematik Gunaan sahaja.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
14
7.9. PERMOHONAN PENGGUNAAN MAKMAL
Sebarang permohonan penggunaan makmal diluar waktu amali / tutorial
hanya akan diluluskan sekiranya melibatkan aplikasi perisian dan
penggunaan komputer. Penggunaan makmal di luar waktu amali
hendaklah dimohon dengan mengisi borang penggunaan makmal (seperti
dalam Lampiran) dan dihantar 3 hari bekerja kepada Penyelaras
Makmal/ Penolong Pegawai Sains.
7.10. PERMOHONAN PINJAMAN PERALATAN DAN PERKAKASAN
Sebarang permohonan pinjaman peralatan dengan mengisi borang pinjaman
peralatan dan perkakasan (seperti dalam Lampiran) dan dihantar 3 hari
bekerja kepada Penyelaras Makmal/ Penolong Pegawai Sains.
7.11. PUSAT DATA MAKMAL
Para pelajar boleh membuat rujukan laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir
(PITA) dan Laporan Latihan Industri (LI) bagi program pengajian
Matematik. Dokumen –dokumen laporan berkenaan di muatnaik di server
makmal PPIMG. Para pelajar boleh mengakses dokumen-dokumen dengan
melayari
a) laman sesawang http://makmalppimg.umt.edu.my
b) Aplikasi atas talian -> Pilih Pusat Data makmal PPIMG
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
15
7.12. PAPARAN SKRIN ” Streaming Makmal ”
Bagi memudahkan proses pembelajaran di Makmal-makmal Pusat Pengajian
Informatik dan Matematik Gunaan, satu perisian aplikasi streaming telah
dipasang di komputer pengajar dan ianya di capai di komputer makmal
PPIMG. Aplikasi ”streaming” ini boleh diakses dengan melayari laman
sesawang
a) laman sesawang http://makmalppimg.umt.edu.my
7.13. PENYIMPANAN DATA DAN MAKLUMAT DI KOMPUTER MAKMAL
Para pelajar tidak di galakkan menyimpan sebarang data dan maklumat di
dalam komputer di makmal. Semua data dan maklumat yang disimpan
di komputer makmal akan terpadam secara automatik apabila
komputer dihidupkan semula ataupun ditutup. Tindakan ini bertujuan
untuk memastikan setiap komputer di makmal dan "Thumdrive ” pelajar
bebas daripada virus dan cecacing.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
16
8. PERATURAN MAKMAL
PERATURAN - PERATURAN AM 1. Pelajar dikehendaki MEMPAMERKAN KAD MATRIK di bahagian yang mudah
dilihat sepanjang berada di dalam kampus. 2. Setiap pelajar DILARANG MEMAKAI PAKAIAN atau AKSESORI yang
MELAMBANGKAN SEBARANG PERTUBUHAN atau KUMPULAN tertentu yang boleh mengakibatkan ketenteraman universiti terganggu atau menimbulkan ketidakharmonian dikalangan pelajar-pelajar di dalam kampus, kecuali atas sebab - sebab yang tertentu dan telah mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
3. Setiap pelajar DILARANG MEMPAMERKAN SEBARANG UNSUR YANG
BERTENTANGAN DENGAN MORAL yang baik atau mengandungi reka bentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma yang mulia dan baik.
4. Setiap pelajar adalah TERTAKLUK KEPADA SYARAT - SYARAT PAKAIAN
YANG DITETAPKAN di bawah peraturan makmal atau mana-mana peraturan di tempat- tempat atau pusat di dalam kampus yang mempunyai peraturannya sendiri.
PAKAIAN PELAJAR 1. Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar
universiti dengan menunjukan KEKEMASAN, KERAPIAN, KECERIAAN dan KESOPANAN dalam berpakaian.
2. Pelajar DIWAJIBKAN BERPAKAIAN SOPAN (baju kemeja, T-berkolar,
berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut) terutama ketika berada di ruang kuliah/makmal/perpustakaan/pejabat, kafetaria dan di luar bilik kediaman.
3. Pelajar TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PENUTUP MUKA, MEMAKAI
PAKAIAN YANG KETAT, MEMPAMERKAN SUSUK TUBUH, MENDEDAHKAN TUBUH BADAN DAN MENJOLOK MATA, antaranya adalah seperti berikut :-
o Berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek.
o Berbaju tanpa lengan.
o Berseluar/berskirt ketat/jeans lusuh.
o Berbaju tanpa kolar.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
17
o Berselipar.
o Berpurdah (menutup sebahagian muka)
o Bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan. 4. Pelajar LELAKI tidak dibenarkan berpakaian MENYERUPAI WANITA dan
sebaliknya.
5. Pelajar DILARANG MEMPAMERKAN “TATOO” di mana-mana tubuh anggota badan.
6. Semasa membuat urusan rasmi dan berada di dewan kuliah pelajar TIDAK
DIBENARKAN MEMAKAI TOPI atau BANDANA kecuali semasa aktiviti riadah. 7. Semasa menghadiri majlis rasmi universiti, pelajar DIWAJIBKAN
BERPAKAIAN FORMAL seperti berkemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (bukan jeans), berkasut atau berpakaian lengkap. Pelajar perempuan DIWAJIBKAN BERBAJU KURUNG atau BERPAKAIAN SOPAN seperti berskirt labuh di bawah paras lutut atau berseluar panjang yang tidak mengikut bentuk tubuh badan.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
18
PERATURAN MAKMAL 1. Mahasiswa/siswi dilarang membuat sebarang perubahan terhadap sistem
komputer, sebarang proses installasi perisian tanpa kebenaran dari kakitangan makmal dan memuat turun bahan – bahan hiburan.
2. Makan dan minum adalah TIDAK DIBENARKAN di dalam makmal. 3. Beg, payung, bungkusan dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke
dalam makmal. Tempat khas untuk menyimpan barang - barang tersebut disediakan di tepi pintu masuk setiap makmal. Pihak makmal tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan sebarang harta benda.
4. Mahasiswa/siswi dikehendaki merekodkan penggunaan makmal di luar waktu
amali setiap kali masuk ke makmal. 5. Pakej / perisian di dalam komputer adalah hak milik UMT. Mahasiswa/siswi tidak
dibenarkan mengolah, mengubah, memuat atau menyalin perisian di dalam komputer.
6. Sebarang peralatan dan dokumentasi kepunyaan makmal tidak boleh dibawa
keluar dari makmal. 7. Mahasiswa/siswi dilarang melayari laman sosial, laman web yang tidak berkaitan
dengan pembelajaran di makmal semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
8. Jangan membuat bising, bermain, bergurau di dalam makmal.
9. Komputer riba tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal KECUALI
mendapat kebenaran daripada kakitangan makmal. 10. Mahasiswa/siswi dikehendaki membuat laporan segera jika berlaku sebarang
kerosakan peralatan komputer kepada kakitangan makmal bertugas. 11. Mahasiswa/siswi hendaklah berpakaian kemas mengikut etika berpakaian di
UMT. Kakitangan makmal yang bertugas berhak mengarahkan anda meninggalkan makmal jika didapati mengganggu ketenteraman mahasiswa/siswi lain atau berpakaian tidak sopan.
12. Pengumuman makmal ditutup akan dibuat 10 minit sebelum waktu kerja tamat
dan semua mahasiswa/siswi dikehendaki meninggalkan makmal. 13. Sila pastikan brang-barang/dokumen peribadi anda dibawa bersama sebelum
meninggalkan makmal. Pihak makmal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan/kecurian milik anda.
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan , UMT
19
14. Peraturan ini diwujudkan dengan niat untuk menjaga kepentingan semua mahasiswa/siswi dan membantu pihak makmal menjalankan tugas dengan efisien.
15. Mahasiswa/siswi yang melanggar peraturan-peraturan di atas akan diberi
amaran dan diminta meninggalkan makmal. Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi suis komputer akan dimatikan.
16. Mahasiswa/siswi diingatkan bahawa tindakan disiplin boleh diambil oleh Jawatankuasa Disiplin UMT ke atas mana – mana mahasiswa/siswi yang didapati bersalah melanggar peraturan makmal.
LAMPIRAN
UMT/FST/JM/Makmal/B01
(Borang ini hendaklah diisi dalam dua (2) salinan dan dikemukakan tiga (3) hari sebelum penggunaanya)
A. MAKLUMAT PEMOHON
D. SOKONGAN
C. PERAKUAN
B. MAKLUMAT PERMOHONAN
E. KELULUSAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK DAN MATEMATIK GUNAAN
PERMOHONAN MENGGUNAKAN MAKMAL
NAMA : NO. MATRIK / KP : _________________________
PROGRAM : TAHUN : _________________________
PUSAT PENGAJIAN : NO. H/P : ________________________
MAKMAL :
TUJUAN
TARIKH : _____________________________________
MASA :
PERISIAN DIGUNAKAN :
Dengan ini saya akui syarat-syarat berikut : -
i. Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal yang dipohon/digunakan.
ii. Memastikan kebersihan makmal terjamin dan mematuhi segala peraturan makmal yang telah ditetapkan.
iii. Melaporkan secara bertulis kerosakan/kehilangan peralatan kepada Penyelaras Makmal dengan segera.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh :
Sokongan Penyelia / Pensyarah
Tandatangan dan Cop
Tarikh : _____________________
Penyelaras Makmal / Pen. Pegawai Sains
Tandatangan dan Cop
Tarikh :
Lulus
Tidak Lulus
MAKMAL AL-SAFA
MAKMAL CERMAT
MAKMAL PENGATURCARAAN 2
MAKMAL PENGATURCARAAN 3
MAKMAL PENGATURCARAAN 1 MAKMAL RANGKAIAN PIAWAIAN CISCO
PENGATURCARAAN
PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
TUTORAN
UMT/FST/JM/Makmal/B03
(Borang ini hendaklah diisi dalam dua (2) salinan dan dikemukakan tiga (3) hari sebelum penggunaanya)
F. MAKLUMAT PEMOHON
J. KELULUSAN I. SOKONGAN
H. PERAKUAN
K. PENGELUARAN L. PENGHANTARAN
G. MAKLUMAT PERMOHONAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK DAN MATEMATIK GUNAAN
PERMOHONAN PINJAMAN PERALATAN MAKMAL
NAMA : NO. MATRIK / KP : ____________________________
PROGRAM : TAHUN : ____________________________
FAKULTI / JABATAN : NO. H/P : ____________________________
PERALATAN YANG INGIN DIPINJAM :
Tarikh diperlukan : hingga : ____________________________________
Masa diperlukan : hingga : ____________________________________
Lokasi : __________________________________________________________________
Tujuan : _____________________________________________
Dengan ini saya akui akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan yang berlaku terhadap
peralatan tersebut.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh : ___________________________
Sokongan Penyelia / Pensyarah
Tandatangan dan Cop
Tarikh : _____________________
Disokong Tidak Disokong
Penyelaras Makmal / Penolong Pegawai Sains
Tandatangan dan Cop
Tarikh :
Diluluskan Tidak Diluluskan
BIL. PERALATAN KUANTITI NO. ID
1.
2.
3.
4.
5.
DISERAHKAN OLEH PENYERAHAN OLEH Nama: Nama:
Tandatangan Tarikh:
Tandatangan Tarikh:
DITERIMA OLEH DITERIMA DAN DISEMAK OLEH Nama: Nama:
Tandatangan Tarikh:
Tandatangan Tarikh:
UMT/FST/JM/Makmal/B04
(Borang ini hendaklah diisi dalam dua (2) salinan)
A. MAKLUMAT PEMOHON
E. KELULUSAN
D. SOKONGAN
C. PERAKUAN
F. PEMASANGAN
B. MAKLUMAT PERMOHONAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK DAN MATEMATIK GUNAAN
PERMOHONAN PEMASANGAN PERISIAN MAKMAL
NAMA : NO. MATRIK / KP : ____________________________
PUSAT PENGAJIAN : PROGRAM : ____________________________
NO. H/P : E-MEL : ____________________________
NAMA PERISIAN DIPERLUKAN : ___________________________________________________________________________
JENAMA / MODEL KOMPUTER : ___________________________________________________________________________
HAKMILIK KOMPUTERNO. H/P : ___________________________________________________________________________
Dengan ini saya akui syarat-syarat berikut : -
iv. Penggunaan perisian ini adalah untuk aktiviti akademik dan pembangunan kendiri sahaja.
v. Penggunaan perisian ini untuk tujuan komersial dan pihak ketiga iaitu orang lain daripada saya sendiri adalah ditegah
sama sekali.
vi. Penggunaan perisian ini adalah sehingga saya menamatkan pengajian di UMT.
Tandatangan Pemohon : _______________________________ Tarikh : ___________________________
Saya mengesahan pelajar di atas adalah pelajar saya dan beliau memerlukan perisian berkenaan untuk pembelajaran / PITA Sokongan Penyelia / Pensyarah
Tandatangan dan Cop
Tarikh : _____________________
Disokong
Tidak Disokong
Penolong Pegawai Sains
Tandatangan dan Cop
Tarikh :
Lulus
Tidak Lulus
NAMA PEGAWAI MEMASANG : ____________________________________________________________________________
TARIKH PEMASANGAN : ____________________________________________________________________________