150

KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…
Page 2: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…
Page 3: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

02. Pencapaian Utama 2010

07. Mesej Daripada Menteri

11. Prakata Daripada Pengerusi

15. Ulasan Tahunan Daripada KPE

23. Anggota Suruhanjaya SSM

31. Pengurusan Eksekutif SSM

41. Imbasan Ekonomi 2010 Dan Analisa Utama Statistik SSM

49. Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam

63. Laporan Inisiatif Penguatkuasaan

93. Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingan Dan Pembaharuan Undang- Undang

113. Penyata Kewangan

KANDUNGAN

RASIONAL KULIT DEPAN

Kulit depan Laporan Tahunan 2010 menggambarkan pantulan indah ibu pejabat SSM melalui panel kaca bangunan lain: Gambaran jelas SSM 2010 yang berdiri teguh, komited untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dan memudahkan perniagaan. SSM bersedia untuk mencapai tahap baharu dalam memenuhi keperluan perniagaan dengan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan responsif untuk negara.

Page 4: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

2 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENCAPAIAN UTAMA 2010

‘MoU di antara SSM dan UNICEF berkaitan Tanggungjawab Korporat (CR)’

UNIVERSTIKEBANGSAANMALAYSIANational University of Malaysia

Your Assurance Of Excellence

CollegePTPL

UNIVERSITI AWAM

UNIVERSITI SWASTA

27–29 JANUARI 2010

Program Outreach : “Perniagaan Anda Bermula di SSM” diadakan di UniKL. Sebanyak empat universiti awam dan tujuh universiti swasta terlibat dalam menggalakkan keusahawanan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi IPTA serta IPTS.

Universiti Awam• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)• Universiti Teknologi MARA (UiTM)• Universiti Malaya (UM)

Universiti Swasta• Universiti Kuala Lumpur (UniKL)• Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM)• Management and Science University (MSU)• Kolej PTPL• Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)• Universiti Tenaga Nasional (Uniten)• Universiti Kuala Lumpur Metropolitan (KLMU)

28 JANUARI 2010

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SSM dan UNICEF dengan objektif utama untuk bekerjasama bagi meningkatkan kebajikan kanak-kanak di Malaysia melalui amalan tanggungjawab korporat di kalangan komuniti korporat dan perniagaan.

Page 5: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

3SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pencapaian Utama 2010 (bersambung)

Fasa Pertama

11 FEBRUARI 2010

Pelancaran projek Fasa Pertama Malaysia Corporate Identity (MyCoID) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

18 MAC 2010 DAN 16 JULAI 2010

Forum Tanggungjawab Korporat dan Integriti Korporat SSM-IIM bertujuan memberi pemahaman mengenai konsep tanggungjawab korporat dan integriti korporat serta memupuk budaya kedua-dua konsep ini di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (SME).

1 APRIL 2010

Pengenalan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua SSM dari 1 April 2010 sehingga 31 Disember 2010 untuk menyokong usaha Kerajaan bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi negara sejak kegawatan ekonomi dunia pada tahun 2009. Inisiatif ini menawarkan pengurangan fi sementara sebanyak 15% untuk pemerbadanan syarikat baharu dengan modal yang dibenarkan kurang daripada RM1 juta.

Page 6: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

4 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pencapaian Utama 2010 (bersambung)

HARIPEMERBADANAN SYARIKAT

2010

THE REGIONALCAMBRIDGEINTERNATIONALSYMPOSIUM ONECONOMIC CRIME

KUALA LUMPUR

1 APRIL 2010

Pengenalan perkhidmatan 1-Hari Pemerbadanan Syarikat melalui kaunter interaksi tunggal. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan SSM melakukan prosedur pendaftaran (carian dan kelulusan nama, penyerahan borang-borang pemerbadanan, penyeteman Memorandum & Artikel (M&A) serta pembelian buku statutori, meterai syarikat dan sijil saham) secara cepat dan efisyen pada hari yang sama. Jika dokumen pemerbadanan diserahkan sebelum tengah hari, sijil pemerbadanan akan dikeluarkan pada hari yang sama.

22–24 JUN 2010

Simposium Regional Cambridge International Symposium On Economic Crime dengan tema Attaining Corporate Resilience Through Governance and Integrity telah berjaya dianjurkan oleh SSM dengan kerjasama The Centre for International Documentation on Organised and Economic Crime (CIDOEC), UK. Seramai 24 penceramah dari CIDOEC berserta pakar tempatan. Simposium ini telah dihadiri seramai 342 delegasi yang terdiri daripada peserta dari Malaysia dan negara asing.

18 JUN 2010

Pengendorsan oleh Kabinet ke atas 19 Kenyataan Polisi yang menjadi asas untuk penggubalan Rang Undang-Undang Syarikat yang baharu. 19 Kenyataan Polisi tersebut merangkumi cadangan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-Undang Korporat SSM ke arah kerangka perundangan korporat yang moden dan dinamik. Rang Undang-Undang Syarikat yang baharu ini bakal memudahkan undang-undang dan prosedur, membantu perkembangan syarikat persendirian dan pada masa yang sama mengekalkan amalan-amalan tadbir urus terbaik.

Page 7: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

5SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Menara SSM@Sentral

Pencapaian Utama 2010 (bersambung)

29 JULAI 2010

Pelancaran bangunan korporat baharu SSM ’Menara SSM@Sentral’. Bangunan moden 31 tingkat yang bertaraf antarabangsa ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini, membolehkan SSM memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

7 SEPTEMBER 2010

Dato’ Azmi Bin Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif SSM menyampaikan ucaptama di Simposium Cambridge mengenai Jenayah Ekonomi ke 28, di Jesus College, Universiti Cambridge, United Kingdom atas undangan dari Centre for International Documentation on Organised and Economic Crime (CIDOEC), UK.

TWENTY-EIGHTH INTERNATIONALSYMPOSIUM

ON ECONOMIC CRIMESUNDAY 5TH SEPTEMBER - SUNDAY 12TH SEPTEMBER 2010

JESUS COLLEGE, UNIVERSITY OF CAMBRIDGE

The New Deal - Ensuring Integrity, Stability and Survival

Principal SponsorSerious Fraud Office England & Wales

Centre for International Documentation on

Organised and Economic Crime

Page 8: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

6 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pencapaian Utama 2010 (bersambung)

19 OKTOBER 2010

Persidangan Undang-Undang Tuanku Ja’afar. Persidangan ini yang berkaitan isu kontemporari tadbir urus korporat dan tanggungjawab korporat telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga Canselor UKM.

3 NOVEMBER 2010

Pelancaran dan mobilisasi Fasa Kedua sistem MyCoID. MyCoID membolehkan pendaftaran secara serentak dengan Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana (SME Corp) dan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melalui satu serahan apabila syarikat diperbadankan di SSM.

Fasa Kedua

PENDAFTARANSERENTAK

PERKESOPembangunan SumberManusia Berhad

9 NOVEMBER 2010

Pelancaran kit panduan SSM-UNICEF ‘How to Set Up a Child Care Centre at the Work Place’ oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Kit panduan ini menggambarkan sokongan SSM bagi menggalakkan amalan tanggungjawab korporat di tempat kerja di kalangan komuniti korporat di Malaysia.

Page 9: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

MESEJDARIPADA MENTERI

Page 10: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

8 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Saya telah memantau dengan penuh minat usaha Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyokong agenda nasional

termasuk pelaksanaan strategi bagi menghadapi cabaran masa

depan melalui Pelan Hala Tuju Strategik Kedua (SDP II).

Tahun 2009 menyaksikan kemelesetan ekonomi dunia yang paling buruk selepas Perang Dunia II. Walaupun ekonomi dunia kini dalam proses pemulihan, namun tahap pemulihannya belum menunjukkan hasil terbaik. Kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan Eropah, United Kingdom dan institusi-institusi kewangan masih menguruskan kelembapan pertumbuhan pinjaman, serta para pengguna masih berusaha untuk berbelanja secara berhemah, antara lain, akibat daripada peluang pekerjaan yang tidak menentu dan hutang isi rumah yang meningkat.

Setiap rantau telah mengalami krisis ekonomi dengan tahap yang berbeza. Walau bagaimanapun, proses pemulihan di negara-negara membangun adalah memberangsangkan kerana terdapat pertumbuhan yang stabil dalam permintaan domestik. Negara-negara membangun bukan sahaja menerajui proses pemulihan bahkan muncul sebagai sumber penting kepada kestabilan,

MESEJDARIPADA MENTERI

Page 11: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

9SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

manakala risiko terhadap pertumbuhan ekonomi dunia tertumpu kepada negara-negara berpendapatan tinggi. Permintaan domestik di negara-negara membangun yang mengalami pertumbuhan ketara akan terus menerajui pertumbuhan ekonomi dunia.

Usaha kerajaan Malaysia yang berterusan untuk meningkatkan ekonomi negara telah membuahkan hasil. Pada tahun 2010, ekonomi Malaysia kembali melonjak dengan peningkatan sebanyak 7.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding pengucupan 1.7% pada tahun 2009. Perbelanjaan awam melalui dua pakej rangsangan ekonomi dan dasar kewangan yang akomodatif telah membantu Malaysia kembali mengecapi pertumbuhan ekonomi negara.

Sektor perkhidmatan telah menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara apabila berkembang 6.8% setiap tahun sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010), dan menyumbang sebanyak 58% terhadap KDNK pada tahun 2010. Pertumbuhan yang kukuh di subsektor seperti kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan syarikat, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran serta pengangkutan dan komunikasi telah menyumbang kepada pengembangan tersebut.

Malaysia telah muncul sebagai ekonomi yang berorientasikan eksport dengan dipacu oleh teknologi tinggi, ekonomi berasaskan pengetahuan, industri bermodal intensif dan produktiviti serta inovasi. Perkembangan ini akan dapat memelihara, menarik dan mengekalkan sumber manusia yang berprestasi dan menguntungkan syarikat. Ekonomi Malaysia perlu tumbuh sebanyak 6% setiap tahun sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) agar dapat mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Saya telah memantau dengan penuh minat usaha Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

untuk menyokong agenda nasional termasuk pelaksanaan strategi bagi menghadapi cabaran masa depan melalui Pelan Hala Tuju Strategik Kedua (SDP II). SDP II diperkenalkan sebagai usaha yang strategik untuk meletakkan negara sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan di rantau ini. Saya percaya bahawa Tujuh Teras Strategik yang merangkumi pelbagai inisiatif akan memacu ke arah mencapai aspirasi negara:

• mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat demi memastikan persekitaran perniagaan yang kondusif dan berterusan;

• menyediakan produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk memenuhi keperluan pihak- pihak berkepentingan;

• memberikan perkhidmatan unggul melalui kecemerlangan operasi;

• menghasilkan sinergi melalui kerjasama strategik;

• berkembang sebagai organisasi yang mengutamakan ilmu demi membangunkan kelebihan bersaing;

• membina kemampuan dan keupayaan ke arah budaya kerja yang berprestasi tinggi; dan

• mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan keanjalan syarikat.

Pengenalan MyCoID merupakan salah satu inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi terkini SSM yang dilaksanakan bersama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Inisiatif rangkaian

Mesej Daripada Menteri (bersambung)

Page 12: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

10 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

strategi untuk mengekalkan modal insan yang mahir dan terlatih, terutamanya di kalangan ibu yang bekerja dengan syarikat yang mempunyai dasar kerja berorientasikan keluarga. Ia akan meningkatkan produktiviti, moral, komitmen dan mengurangkan ketidakhadiran, kelewatan dan pemberhentian kerja di kalangan kakitangan.

Pelancaran Menara SSM@Sentral pada tarikh 29 Julai 2010 merupakan satu lagi kejayaan besar bagi SSM. Sebelum ditubuhkan pada 2002, SSM telah berpindah dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain dan akhirnya kini memiliki bangunannya sendiri. Ibu pejabat korporat ini menjadi simbol kepada pencapaian bagi badan berkanun yang berusia lapan tahun ini. Saya percaya bangunan ini mampu menjadi mercu tanda kejayaan SSM bagi mencapai visi untuk memenuhi keperluan perniagaan menerusi prosedur pendaftaran yang efisyen, bekalan maklumat yang tepat, kawal selia dan khidmat nasihat yang berkesan ke arah mempertingkatkan daya saing ekonomi negara yang akan menarik ramai pelabur asing melabur di Malaysia.

Untuk memastikan Malaysia terus berkembang, masyarakat perlu berubah dari segi cara pemikiran dan mengamalkan nilai-nilai yang positif demi membangunkan budaya berproduktiviti tinggi dan unggul. Ini pasti akan menghasilkan kejayaan yang berterusan.

Tahap pencapaian yang telah dikecapi pada tahun 2010 menggambarkan komitmen SSM untuk sedia berkhidmat pada masyarakat Malaysia dan negara. Dengan usaha SSM yang berterusan, saya yakin pada tahun 2011 SSM akan menjadi lebih gigih dalam pencapaiannya.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOBMenteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi & Kepenggunaan23 Mei 2011

kerjasama ini dapat mengurangkan masa, prosedur dan kos secara ketara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Pelaksanaan sistem ini bukan hanya akan memberi manfaat kepada pihak-pihak berkepentingan, malah akan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam seiring dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sepanjang tahun 2010, saya mendapati SSM telah menunjukkan tahap pencapaian yang membanggakan dengan memperkenalkan Kaunter perkhidmatan 1-Hari Pemerbadanan Syarikat, di seluruh negara dan penganjuran The Regional Cambridge International Symposium on Economic Crime 2010 di Kuala Lumpur dalam usaha memperkenalkan tanggungjawab korporat dan menyemai tadbir urus korporat. Selain daripada itu, SSM telah melaksanakan pelbagai aktiviti melalui kerjasama strategik dengan Tabung Kanak–Kanak Pertubuhan Bangsa–Bangsa Bersatu (UNICEF), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Saya telah menyaksikan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara SSM dan UNICEF yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan/kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Sehubungan itu satu Pekeliling Amalan Syarikat Terbaik (Best Business Practice Circular 1/2010) (BBPC) bertajuk “Penubuhan Pusat Jagaan Kanak–Kanak di Tempat Kerja oleh Majikan Korporat dan Perniagaan” telah diterbitkan bersama dengan UNICEF, SSM juga pada tahun yang sama mengeluarkan kit panduan untuk melengkapi BPPC agar dapat membantu majikan mendirikan sebuah pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja. Saya percaya inisiatif ini juga merupakan salah satu

Mesej Daripada Menteri (bersambung)

Page 13: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

PRAKATA DARIPADA PENGERUSI

Page 14: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

12 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Saya bangga menyatakan bahawa pada tahun 2010, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengorak langkah merevolusi sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi sektor perniagaan di Malaysia dengan memudahkan proses dan prosedur untuk memulakan perniagaan. Saya melihat SSM telah melaksanakan inovasi perubahan yang membanggakan dalam menghasilkan perkhidmatan 1-Hari Pemerbadanan Syarikat dan Malaysia Corporate Identity Number atau perkhidmatan MyCoID. Inovasi ini akan melengkapi perkhidmatan yang sedia ada seperti perkhidmatan e-Info dan e-Lodgement yang diperkenalkan sebelum ini dan telah mendapat sambutan menggalakkan dari orang awam. Melalui usaha gigih secara berterusan dalam meningkatkan proses kerja, perkhidmatan SSM sekarang telah dipertingkatkan dan memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pada tahun 2010, SSM terus berusaha untuk meningkatkan

kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa

terutamanya pada indeks Bank Dunia ‘Ease of Doing Business’.

Kedudukan Malaysia pada indeks tersebut telah meningkat dengan mendadak berbanding

kedudukan dalam ‘Doing Business Report 2010’.

PRAKATA DARIPADA PENGERUSI

Page 15: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

13SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

1-Hari Pemerbadanan Syarikat adalah hasil daripada usaha sama di antara SSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Perkhidmatan yang baharu ini merangkumi pelbagai aspek yang melibatkan prosedur, tempoh masa dan kos untuk memulakan perniagaan. Bermula 1 April 2010, perkhidmatan 1-Hari Pemerbadanan Syarikat telah berjaya memudahkan masyarakat menubuhkan syarikat di Malaysia.

SSM juga mencapai tahap baru dalam inovasi serta kreativiti dengan melancarkan perkhidmatan pendaftaran secara serentak dengan 5 agensi melalui pemerbadanan syarikat dalam talian dikenali sebagai Malaysia Corporate Identity Number atau singkatannya MyCoID. Sejak perasmian fasa satu pada 11 Februari 2010 dan perasmian fasa kedua pada 3 November 2010, projek yang mencabar ini kini telah beroperasi sepenuhnya. Dengan pelaksanaan sepenuhnya, MyCoID akan menjadi satu lagi lakaran sejarah untuk SSM.

Pada tahun 2010, SSM terus berusaha untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa terutamanya pada indeks Bank Dunia ‘Ease of Doing Business’. Kedudukan Malaysia pada indeks tersebut telah meningkat dengan mendadak berbanding kedudukan dalam ‘Doing Business Report 2010’. Peningkatan dalam proses Memulakan Perniagaan, Kendalian Kontrak, Mendaftar Hartanah, Pembayaran Cukai dan Perdagangan Merentasi Sempadan telah membolehkan Malaysia berganjak dari kedudukan 23 ke 21.

Selain daripada itu, SSM turut menyertai Pasukan Petugas Khas untuk membanteras jenayah kolar putih. Setelah beberapa pertemuan diadakan sepanjang tahun 2010, Pasukan Petugas ini telah sebulat suara mencadangkan beberapa pindaan

terhadap peruntukan-peruntukan berkaitan dengan skim kutu (atau Tontine), seperti cadangan agar denda yang tinggi serta hukuman lebih berat dikenakan terhadap orang yang bertanggungjawab menganjurkan skim tersebut. Penglibatan SSM adalah penting dalam melaksanakan pindaan yang dicadangkan oleh Pasukan Petugas ini memandangkan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 adalah terletak di bawah bidang kuasa SSM.

Usaha SSM dalam memerangi jenayah kolar putih diteruskan dengan penganjuran Regional Cambridge International Symposium on Economic Crimes 2010 hasil kerjasama dengan Centre for International Documentation on Organised and Economic Crime atau CIDOEC, yang beroperasi di Jesus College, Universiti Cambridge, United Kingdom. Saya merasa kagum dengan simposium sebesar ini yang dianjurkan setiap tahun selama 27 tahun di Universiti Cambridge, buat julung kali diadakan di Kuala Lumpur untuk pihak-pihak berkepentingan di rantau Asia Pasifik.

Tahun 2010 juga memperlihatkan SSM menempah kedudukan di dalam arena tanggungjawab korporat atau tanggungjawab sosial korporat. Susulan daripada pelancaran Agenda Tanggungjawab Korporat SSM pada tahun 2009, SSM kini mempunyai sebuah Unit Tanggungjawab Korporat yang berdedikasi dan telah menjalinkan beberapa inisiatif kerjasama. Salah satu pencapaian daripada inisiatif tersebut adalah kerjasama SSM dengan Tabung Kanak–kanak Pertubuhan Bangsa–bangsa Bersatu (UNICEF). Inisiatif ini telah menghasilkan edisi pertama Pekeliling Amalan Terbaik Perniagaan 1/2010 dan kit panduan “Bagaimana Hendak Menubuhkan Pusat Jagaan Kanak–Kanak di Tempat Kerja”. Komitmen SSM terhadap tanggungjawab korporat adalah selari dengan teras strategik Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 dan

Prakata Daripada Pengerusi SSM (bersambung)

Page 16: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

14 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

diharapkan menjadi contoh di kalangan syarikat dan perniagaan di Malaysia sebagai tatalaku perniagaan yang bertanggungjawab.

Melangkah ke tahun 2011, SSM akan memperkenalkan dua pembaharuan dalam bentuk Rang Undang-undang Syarikat dan Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad. Rang Undang-undang Syarikat yang baharu ini akan mengubah serta memperkukuhkan lagi Akta Syarikat 1965 yang sedia ada dengan pembaharuan dalam aspek yang berkaitan dengan pemerbadanan, pengurusan, penyelenggaraan modal, saham, gadaian, tadbir urus korporat, pembubaran, mekanisma menyelamat syarikat daripada pembubaran, dan penguatkuasaan. Pembaharuan besar yang kedua adalah pengenalan Rang

Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad yang akan memberi komuniti perniagaan Malaysia dengan wahana perniagaan alternatif. Rang undang-undang baharu ini menggabungkan elemen-elemen yang ada pada syarikat dan perkongsian konvensional, yang akan menawarkan pilihan untuk pengurusan dalaman secara fleksibel.

Memandangkan SSM bakal memperkenalkan beberapa inisiatif untuk tahun ini, saya yakin SSM akan mengecapi pencapaian yang lebih cemerlang pada tahun 2011. Akhir sekali, saya menyeru semua warga kerja SSM untuk meneruskan budaya kerja yang berdedikasi demi menjadikan SSM salah satu agensi kerajaan yang unggul.

DATUK MOHD ZAIN BIN MOHD DOMPengerusi,Suruhanjaya Syarikat Malaysia23 Mei 2011

Prakata Daripada Pengerusi SSM (bersambung)

Page 17: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

ULASAN TAHUNAN DARIPADA KPE

Page 18: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

16 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Berikutan cabaran getir yang dihadapi pada tahun 2009, saya amat sukacita melaporkan bahawa tahun 2010 merupakan satu lagi tahun yang cemerlang bagi SSM kerana pelbagai kejayaan telah dicapai. Tahun 2010 menandakan permulaan era baru untuk SSM apabila organisasi ini telah berpindah ke bangunan baharunya di KL Sentral pada Januari lalu. Akhirnya, SSM memiliki bangunan korporat sendiri dan boleh disifatkan sebagai mimpi yang menjadi kenyataan kepada organisasi ini. Ibu pejabat berkonsep ultra moden yang mempunyai 31 tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan asas terkini untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang awam. Ia seiring dengan usaha gigih SSM untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi terbaik di dunia buat pelabur-pelabur menerusi amalan perniagaan yang mengikut piawaian antarabangsa. Menurut laporan World Bank Doing Business Report 2011, kedudukan Malaysia telah berganjak ke kedudukan 21 dari kedudukan 23 berbanding

tahun sebelumnya. Peningkatan ini adalah hasil daripada peningkatan secara menyeluruh di negara dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. SSM berjaya memainkan peranan penting dengan mengurangkan kos menjalankan perniagaan selain daripada memperbaiki prosedur bagi memulakan perniagaan di Malaysia.

Selain daripada bertindak sebagai pengawal selia yang efektif dan cekap, SSM akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan ahli perniagaan dan pelabur. Selepas kejayaan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi SSM yang bermula pada 1 April 2009, SSM telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi keduanya apabila pakej rangsangan yang pertama tamat pada 31 Mac 2010. Ia bertujuan memberi sokongan yang berterusan kepada usaha Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara akibat kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2009.

Selepas kejayaan melaksanakan pakej

rangsangan ekonomi SSM yang bermula pada 1 April 2009,

SSM telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi keduanya apabila pakej rangsangan yang

pertama tamat pada31 Mac 2010.

ULASAN TAHUNANDARIPADA KPE

Page 19: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

17SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Di bawah inisiatif kedua ini, SSM memberikan penawaran diskaun sebanyak 15% untuk fi pemerbadanan syarikat baharu yang mempunyai modal yang dibenarkan kurang daripada RM1 juta bermula 1 April 2010 sehingga 31 Disember 2010. Langkah tersebut telah menggalakkan penubuhan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi iaitu sebanyak 37% untuk KDNK dan 56% bagi jumlah peluang pekerjaan di negara ini. Sepanjang tahun ini, sebanyak 31,701 syarikat baharu yang mempunyai modal dibenarkan kurang RM1 juta telah menikmati faedah pengurangan fi ini.

Menerusi kajian semula sepanjang tahun ini, SSM telah mempergiatkan usaha bagi meningkatkan prosedur memulakan perniagaan di Malaysia supaya ia menjadi cekap, mudah dan kos efektif.

Hasil daripada inisiatif pembaharuan yang diperkenalkan oleh SSM menerusi kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bermula 1 April 2010, prosedur untuk pemerbadanan syarikat seperti carian dan kelulusan nama, serah simpan dokumen pemerbadanan, penyeteman pada Memorandum dan Artikel (M&A), pembelian buku berkanun, menterai rasmi syarikat dan sijil saham boleh dilakukan di SSM melalui interaksi satu kaunter pada hari yang sama. Lanjutan daripada merekayasa semula proses perniagaan (business process reengineering) bersama pihak MAMPU, sistem MyCoID telah diperkenalkan bagi membolehkan syarikat membuat pendaftaran secara serentak melalui satu serahan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana (SME Corp) dan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Kejayaan projek MyCoID merupakan penyelarasan dan kerjasama antara SSM dan kementerian-kementerian serta agensi-

agensi lain yang berkongsi impian untuk berdaya saing secara global dan meningkatkan persekitaran perniagaan di Malaysia.

Bermula 1 September 2008, SSM telah menggunakan Malaysia Standard Industrial Classification 2008 (MSIC 2008) iaitu kod penjenisan perniagaan baharu untuk syarikat dan perniagaan. MSIC 2008 diperkenalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bermatlamat untuk memastikan satu kod perniagaan standard digunakan oleh semua agensi kerajaan dan juga sektor swasta bagi tujuan rujukan dan transaksi.

SSM mengakui kepentingan untuk menjalin hubungan teguh dan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak berkepentingan supaya dapat bertindak secara responsif terhadap perubahan dalam persekitaran perniagaan yang dinamik demi menghadapi cabaran untuk memenuhi keperluan pihak-pihak berkepentingan.

Dalam usaha mengekalkan hubungan erat dengan pihak-pihak berkepentingan, SSM telah mengadakan program-program bagi mendapatkan maklum balas dan pertukaran pandangan daripada badan-badan profesional, agensi kawal selia dan komuniti perniagaan melalui dialog tahunan dan forum rundingan.

Sepanjang tahun lalu, SSM telah menganjurkan tiga (3) Forum Rundingan Amalan Korporat (CPCF) melibatkan ahli-ahli daripada badan yang ditetapkan serta persatuan setiausaha syarikat. Dua forum CPCF itu telah diadakan di Malaysia Timur. Forum CPCF di Sabah dan Sarawak itu bukan sahaja membolehkan SSM memberikan maklumat yang terkini kepada pihak-pihak berkepentingan tentang produk, dasar serta projek baharu, malah mempromosikan kesamarataan serta perpaduan antara masyarakat selari dengan konsep 1Malaysia. Selain itu dialog tahunan turut diadakan di kedua-dua negeri ini dan

Ulasan Tahunan Daripada KPE (bersambung)

Page 20: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

18 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

dihadiri seramai 250 orang peserta dari pelbagai badan profesional, Dewan Perniagaan, persatuan industri dan agensi-agensi Kerajaan. Program tahunan ini telah memberikan maklum balas yang konstruktif tentang inisiatif dan sistem operasi SSM.Ia membolehkan SSM melaksanakan inisiatif yang dirancang dengan berkesan di kalangan komuniti perniagaan di kedua-dua negeri ini.

SSM sentiasa giat melibatkan diri dalam program-program antarabangsa agar terus menyumbang secara aktif kepada perkembangan di peringkat antarabangsa. Penglibatan di peringkat antarabangsa adalah penting kerana perkembangan di dunia akan membentuk persekitaran perniagaan global yang secara tidak langsung akan mempengaruhi kerangka undang-undang kita. SSM kekal menjadi ahli aktif di Forum Pendaftar Korporat (CRF) dan mengikuti semua sesi CRF sejak penubuhannya. CRF 2010 telah diadakan di Mauritius dari 19 hingga 23 April 2010 dan SSM menghantar seramai tiga ahli delegasi menyertai program ini. Penyertaan kali ini membolehkan SSM memperbaiki diri dan menetap penanda aras terhadap kerangka kawal selia daripada pendaftar korporat terkemuka lain dan mengguna pakai strategi mereka.

Selain daripada forum CRF, SSM juga menyertai mesyuarat ke-39 Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Undang-undang Perniagaan Antarabangsa (UNCITRAL) berkaitan Kumpulan Kerja V Undang-undang Insolvensi di Vienna, Austria dari 6 hingga 10 Disember 2010. Penyertaan ini memberikan gambaran jelas tentang kerjasama dalam bidang insolvensi merentasi sempadan berkaitan dengan prosiding yang melibatkan syarikat muflis yang mempunyai aset lebih daripada satu negara, dan perubahan yang perlu dilaksanakan dalam kerangka kawal selia insolvensi kita supaya setara dengan piawaian antarabangsa.

SSM berterusan mengkaji dan memperkemas kerangka kawal selia perniagaan dan korporat agar selaras dengan keperluan perniagaan dan amalan terbaik antarabangsa. Pengenalan perkongsian liabiliti terhad sebagai wahana alternatif untuk menjalankan perniagaan di Malaysia akan dilaksanakan tidak lama lagi. Setelah perundingan dijalankan bersama badan-badan profesional dan Majlis Peguam Malaysia, Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad telah pun selesai dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac 2011.

Agenda Tanggungjawab Korporat (CR) SSM merupakan agenda yang dikenalpasti untuk diperkembangkan di bawah Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM bagi tahun 2010-2014 yang akan menjadi pelan induk untuk memacu CR sebagai agenda syarikat dan perniagaan di negara ini. Berikut adalah kerjasama strategik yang telah dilaksanakan bersama badan-badan yang lain pada tahun lalu untuk mempromosi dan menyokong CR selaras dengan Agenda CR SSM:

1. Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF)

Kerjasama dengan UNICEF bermula secara rasmi pada 28 Januari 2010 menerusi majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU). MoU ini menggariskan tujuan utama kerjasama yang bertujuan melindungi kebajikan dan meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak di Malaysia menerusi amalan CR di kalangan komuniti korporat dan perniagaan.

Hasil pelaksanaan daripada MoU tersebut, SSM dan UNICEF secara bersama membangun dan menerbitkan dua dokumen pada 2010 berkaitan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. Bagi tahun 2010, SSM dan UNICEF masing-masing

Ulasan Tahunan Daripada KPE (bersambung)

Page 21: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

19SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

bersetuju untuk memberi fokus ke atas agenda ini dalam usaha membantu memenuhi aspirasi Kerajaan untuk melibatkan penyertaan kaum wanita yang ramai sebagai tenaga kerja selain membantu mewujudkan persekitaran korporat dan sosial yang berkekalan. Sehubungan itu satu terbitan yang bertajuk Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010 (BBPC 1/2010) telah dikeluarkan berkaitan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja oleh majikan perniagaan dan korporat. Terbitan ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob pada 28 Januari 2010.

Terbitan kedua pula merupakan kit panduan “Bagaimana Untuk Menyediakan Pusat Jagaan Kanak- kanak di Tempat Kerja” . Terbitan ini dikeluarkan bagi melengkapkan BBPC 1/2010 dan seterusnya memudahkan pemahaman di kalangan komuniti perniagaan dan korporat ke atas perkara berkenaan. Kit panduan tersebut telah dilancarkan pada 9 November 2010 oleh YABhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pada tahun 2010, SSM dan UKM telah bekerjasama menganjurkan Persidangan Undang-Undang Tunku Ja’afar yang menfokuskan kepada isu-isu berkaitan tadbir urus korporat dan tanggungjawab korporat (CR). Objektif utama persidangan ini adalah untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada dua konsep itu dan bagaimana ianya dapat dilaksanakan.

Persidangan ini telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2010 di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga merupakan Canselor UKM.

Persidangan selama dua hari ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menerokai pandangan pelbagai pihak berkuasa dari Malaysia, Amerika Syarikat, Indonesia, Hong Kong dan India ke atas isu kontemporari berkaitan tadbir urus korporat dan CR. Persidangan ini turut menonjolkan pengalaman dua syarikat utama di Malaysia iaitu Johor Corporation serta Khazanah

Nasional Berhad dan pemikiran individu yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dari komuniti korporat dan perniagaan, pengawalselia dan golongan akademik.

Tahun 2010 turut menyaksikan SSM dan UKM memulakan kerja di peringkat awal untuk Kajian Kebangsaan SSM-UKM ke atas CR. Kajian ini merupakan sebahagian daripada pengumpulan maklumat dan proses data untuk tujuan penyelidikan yang dikendalikan bersama untuk mengenalpasti trend dan tahap kesedaran ke atas CR di kalangan komuniti korporat dan perniagaan di Malaysia.

Kaji selidik kebangsaan ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan oleh SSM, membolehkan SSM memenuhi fungsinya di bawah Seksyen 17(f) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 secara berkesan. SSM dan UKM telah merancang untuk menerbitkan secara bersama hasil kajian tersebut untuk dijadikan rujukan utama dalam membangunkan kerangka CR Kebangsaan pada masa akan datang.

Ulasan Tahunan Daripada KPE (bersambung)

Page 22: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

20 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

3. Institut Integriti Malaysia (IIM)

SSM dan IIM telah berjaya menganjurkan dua siri Forum Integriti Korporat dan Tanggungjawab Korporat SSM-IIM pada tahun 2010. Siri pertama berlangsung pada 18 Mac 2010 di Kuala Lumpur manakala siri kedua pada 16 Julai 2010 di Pulau Pinang.

Forum ini berhasrat untuk memberi pemahaman yang lebih baik terhadap konsep CR serta integriti korporat dan seterusnya menyemai amalan kedua-dua konsep ini di kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terdiri daripada 99.2% syarikat yang ditubuhkan di Malaysia. Mengakui kepentingan sumbangan dan pengaruh SME kepada ekonomi negara, SSM dan IIM menggunakan forum ini sebagai platform terbaik untuk mengasuh dan memelihara SME supaya bersiap sedia menghadapi dimensi perniagaan pada abad ke-21.

Selain daripada menggalakkan pengawalseliaan diri dan pematuhan peraturan, bahagian penguatkuasaan SSM terus memainkan peranan penting bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan dipercayai melalui tindakan penguatkuasaan yang segera dan berkesan. Sebanyak 7,552 kes telah didakwa atas pelbagai kesalahan di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan oleh SSM - peningkatan sebanyak 11.6% berbanding tahun lalu. Lebih banyak kes yang didakwa merupakan kesalahan serius berkaitan tadbir urus korporat seperti di bawah seksyen 125(1), seksyen 132(1) dan seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965. Buat pertama kali tindakan pendakwaan jenayah juga telah diambil oleh SSM untuk kesalahan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Akademi Latihan SSM (COMTRAC) juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan pematuhan peraturan serta amalan tadbir urus korporat yang baik di kalangan pengarah, setiausaha dan pegawai-pegawai yang lain di syarikat. Bilangan program latihan yang diadakan di COMTRAC meningkat dari tahun ke tahun kerana mendapat sambutan baik daripada komuniti perniagaan. Sepanjang tahun kewangan, sejumlah 152 program latihan telah dijalankan di seluruh negara yang dihadiri seramai 6,255 peserta berbanding 134 program dan 3,749 peserta pada tahun 2009.

Selain daripada program-program tempatan, SSM dengan kerjasama The Centre for International Documentation on Organised and Economic Crime (CIDOEC) telah berjaya menganjurkan Regional Cambridge International Symposium on Economic Crime di Kuala Lumpur yang bertema ‘Attaining Corporate Resilience Through Governance and Integrity’. Tema ini sejajar dengan penekanan Kerajaan bagi memastikan sektor korporat mengutamakan integriti dan ketelusan dalam pengurusan syarikat. Simposium ini membincangkan banyak isu berkaitan pentingnya integriti kepada mereka yang mempunyai kewajipan fidusiari terhadap syarikat dan juga kepada mereka yang menguruskan aset orang awam. Program tersebut telah dihadiri seramai 342 delegasi yang terdiri daripada peserta tempatan dan antarabangsa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap warga kerja yang bertanggungjawab menganjurkan simposium dengan usaha dan komitmen yang gigih sehingga menjadikan program antarabangsa ini satu kejayaan yang besar.

Tahun 2010 juga memperlihatkan pengenalan perkhidmatan e-Library yang dikenali sebagai Virtual Library System (VLIB) di Pusat Sumber SSM. VLIB menyediakan dalam talian katalog buku, artikel dan bahan-bahan lain yang terdapat di perpustakaan dan perkhidmatan nilai tambah yang lain untuk para

Ulasan Tahunan Daripada KPE (bersambung)

Page 23: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

21SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

pengguna. Selain daripada VLIB, perpustakaan juga menambah bilangan buku dan laporan undang-undang, serta menyediakan perkhidmatan dalam talian melalui Lexis Nexis dan Current Law Journal untuk memperolehi berita autoritatif, maklumat perniagaan dan dokumen-dokumen perundangan.

Sebagai usaha SSM yang berterusan untuk membantu pihak-pihak berkepentingan memahami dan mematuhi Akta Syarikat 1965, sebanyak empat (4) Nota Amalan (PN) telah pun diterbitkan pada tahun 2010:

• PN 6/2010 – Garis panduan permohonan pemotongan nama syarikat yang dalam penggulungan

• PN 7/2010 – Garis panduan untuk juruaudit memaklum Pendaftar sebelum penamatan perkhidmatan di bawah seksyen 172A Akta Syarikat 1965

• PN 8/2010 - Penjelasan tentang batasan yang diperuntukkan di bawah seksyen 132C(1b) Akta Syarikat 1965

• PN 9/2010 – Garis panduan permohonan untuk lanjutan masa bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan di bawah Seksyen 143(1) dan membentangkan akaun di bawah seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965

Jumlah keseluruhan pendapatan SSM pada tahun 2010 mencapai rekod tertinggi iaitu RM328.72 juta walaupun dengan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi kedua SSM. Pencapaian ini disebabkan oleh kenaikan pendapatan daripada kegiatan

pendaftaran dan juga pelaburan. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga SSM atas kerja keras dan komitmen serta pendekatan proaktif yang telah menghasilkan prestasi operasi yang menakjubkan pada tahun 2010.

PELAN HALA TUJU STRATEGIK KEDUA SSM

Tahun 2010 merupakan tahun penting bagi SSM kerana ia menandakan bermulanya Pelan Hala Tuju Strategik Kedua selama lima tahun (SDP II) dari 2010 sehingga 2014. SDP II, dengan kenyataan visi dan objektif strategik yang baharu telah mengenalpasti Tujuh Teras Strategik (7) dan projek yang akan dilaksanakan oleh SSM bagi memenuhi fungsi berkanun sebagaimana yang ditetapkan mengikut seksyen 17 Akta Suruhanjaya Syarikat 2001. Daripada 54 projek yang dikenalpasti untuk pelaksanaan, tiga(3) projek telah berjaya diselesaikan, iaitu:

• Membangunkan Tanggungjawab Korporat SSM

• Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi terkemuka

• Mengadakan program pendidikan dengan kerjasama institusi antarabangsa

Secara keseluruhan, tahun 2010 merupakan tahun yang cemerlang untuk SSM dan kita akan terus melangkah maju berdasarkan pencapaian prestasi yang telah dikecapi demi menjadikan tahun yang akan datang lebih bermanfaat bagi kesemua warga SSM dan pihak-pihak berkepentingan.

DATO’ AZMI BIN ARIFFINKetua Pegawai Eksekutif,Suruhanjaya Syarikat Malaysia23 Mei 2011

Ulasan Tahunan Daripada KPE (bersambung)

Page 24: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…
Page 25: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

ANGGOTASURUHANJAYA SSM

Page 26: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…
Page 27: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

25SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

ANGGOTASURUHANJAYA SSM

Anggota Suruhanjaya SSM terdiri daripada lapan orang tokoh pelbagai bidang yang bertanggungjawab untuk mentadbir, membimbing dan memantau hala tuju SSM. Mereka dilantik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah Seksyen 6(2) Akta SSM 2001. Anggota Suruhanjaya yang terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai kanan kerajaan dan ahli korporat yang telah banyak membantu SSM dalam pelaksanaan mandatnya. Pelbagai pencapaian dan peningkatan terutamanya dari segi perkhidmatan kepada pelanggan, pentadbiran dalaman organisasi, penambahbaikan kerangka perundangan yang telah berjaya dilaksanakan dengan panduan daripada Anggota Suruhanjaya.

Sejak dari awal penubuhan SSM, mereka telah banyak menyumbang pengalaman dan kepakaran bagi memastikan pencapaian yang berterusan.

Pada tahun ini, Anggota Suruhanjaya telah bermesyuarat sebanyak enam kali untuk membincang dan meluluskan pelbagai pelan jangka panjang, memantau prestasi KPI dan membuat keputusan mengenai pelbagai isu penting. Anggota Suruhanjaya begitu komited dalam memastikan tadbir urus yang baik serta amalan terbaik dilaksanakan oleh SSM. Butir-butir mesyuarat Anggota Suruhanjaya pada tahun 2010 adalah seperti berikut :

Anggota Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat

ke 53 Khas ke 54 ke 55 ke 56 Khas

23/2/10 19/3/10 29/7/10 2/9/10 15/10/10 6/12/10

(1/2010) (2/2010)

Y. Bhg. Datuk Mohd Zain

bin Mohd Dom (Pengerusi) • X • • • X

Y. Bhg. Datuk Idrus bin Harun • • • • • •

Puan Zaiton binti Mohd Hassan • • X • • •

Y. Bhg. Datuk Idris bin Abdullah • • • • • •

Y. Bhg. Dato’ Azmi

bin Ariffin (KPE) • • • • • X

Y.B. Dato’ Hj. Ismail bin

Hj. Mohamed Said • X X X X •

Y.B. Datuk Hj. Sapawi

bin Ahmad • X • • • •

Y. Bhg. Datin Rozaina

binti Zainuddin • • • • X X

• HadirX Tidak Hadir

Page 28: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

26 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

01 DATUK MOHD ZAIN BIN MOHD DOM Pengerusi

02 DATO’ AZMI BIN ARIFFIN

03 DATUK IDRUS BIN HARUN

04 PUAN ZAITON BINTI MOHD HASSAN

01

02

03

04

Page 29: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

27SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

05 DATUK IDRIS BIN ABDULLAH

06 DATO’ HJ. ISMAIL BIN HJ. MOHAMED SAID

07 DATIN ROZAINA BINTI ZAINUDDIN

08 DATUK HJ. SAPAWI BIN HJ. AHMAD

05

06

07

08

Page 30: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

28 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

DATUK MOHD ZAIN BIN MOHD DOM Pengerusi

Datuk Mohd Zain bin Mohd Dom berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sosiologi. Datuk Mohd Zain memulakan kerjayanya dalam bidang Pentadbiran dan Diplomatik dengan Kerajaan Malaysia pada tahun 1976. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Penolong Wakil Tetap Malaysia di Geneva dan juga Timbalan Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Geneva (Bahagian Perdagangan Antarabangsa). Antara jawatan penting lain yang turut dipegang beliau termasuklah menjadi Penasihat Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Wakil Tetap Malaysia kepada Kesatuan Eropah (EU), Brussels dan Pejabat Wakil Tetap ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Geneva. Beliau merupakan Perunding Utama Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia – Australia (FTA), FTA Malaysia – New Zealand dan juga FTA ASEAN – Australia – New Zealand pada tahun 2005 dan 2006.

Datuk Mohd Zain telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 6 Februari 2007 dan sebagai Pengerusi SSM pada 1 Mac 2007. Beliau merupakan Pengerusi Maktab Kerjasama Malaysia dan juga anggota Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Beliau juga telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bermula Januari 2008.

DATUK IDRUS BIN HARUN

Datuk Idrus bin Harun telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya pada April 2002. Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. Datuk Idrus memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1980 dan selepas itu telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya. Beliau merupakan Pendaftar Syarikat pada tahun 1998 sehingga 2002. Beliau meneruskan perkhidmatannya di Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa serta sebagai Penggubal Undang-Undang Parlimen sebelum memegang jawatan terkini sebagai Peguamcara Negara.

Datuk Idrus juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA), Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC). Pada masa ini juga beliau merupakan Ahli Lembaga bagi Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

ANGGOTASURUHANJAYA SSM

Page 31: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

29SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

DATUK IDRIS BIN ABDULLAH

Datuk Idris bin Abdullah telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya berkuatkuasa pada 16 April 2007. Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Kelas Pertama dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya sebagai peguam di Ting and Company Advocates di Sibu, Sarawak. Antara tahun 1982 dan 1985, beliau telah berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dalaman kepada sekumpulan syarikat yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan hartanah, penebangan dan pemprosesan balak, perniagaan hiburan dan hospitaliti, perniagaan borong dan perdagangan runcit. Beliau juga terlibat secara langsung dalam beberapa syarikat yang berpangkalan di Sarawak. Beliau turut berkhidmat sebagai penasihat dalam pelbagai sektor pembangunan, pembinaan dan dagangan motor serta kelab-kelab rekreasi dan pendidikan.

Datuk Idris merupakan rakan kongsi kanan di Tetuan Idris and Company Advocates. Beliau turut memegang beberapa jawatan penting di Malaysia dan Singapura seperti Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Pengerusi/Pengarah Magnus Energy Group Ltd (tersenarai di SESDAQ, Singapura) dan Pengerusi/Pengarah Industrial Power Technology Pte. Ltd. Beliau juga dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

PUAN ZAITON BINTI MOHD HASSAN

Puan Zaiton binti Mohd Hassan telah berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya sejak Disember 2003. Beliau telah menerima kelayakan di bawah Chartered Association of Certified Accountants, UK (FCCA) pada tahun 1985. Beliau pernah berkhidmat sebagai juruaudit di PricewaterhouseCoopers sebelum menyertai Bank Pembangunan (M) Berhad. Beliau kemudiannya berkhidmat di Maybank selama 12 tahun sebelum menjadi Presiden di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) bermula tahun 1996 sehingga 2004. Pada masa ini Puan Zaiton merupakan Pengarah Urusan di Capital Intelligence Advisors Sdn. Bhd. Selain itu beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, BIMB Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, SME Credit Bureau Sdn. Bhd., Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan yang terkini, Sime Darby Berhad dan Sime Darby Overseas (HK) Limited.

DATO’ HJ. ISMAIL BIN HJ. MOHAMED SAID

Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Mohamed Said telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya pada 1 Jun 2009. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990. Dato’ Ismail memulakan kerjayanya sebagai Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Bahari, Choy dan Nongchik. Kini, beliau merupakan salah seorang rakan kongsi di firma guaman tersebut. Beliau juga turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Temerloh dan Pengarah Malaysia France Institute. Dato’ Hj. Ismail juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau dan Ketua UMNO Kuala Krau. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anggota Suruhanjaya SSM (bersambung)

Page 32: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

30 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

DATUK HJ. SAPAWI BIN HJ. AHMAD

Datuk Hj. Sapawi bin Hj. Ahmad telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya pada 20 Julai 2009. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum penglibatan beliau dalam bidang politik, Datuk Hj. Sapawi memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pendidikan selama 20 tahun sebelum dilantik sebagai Pengarah Biro Tatanegara (Sabah). Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dan juga Pengerusi Majlis Bahasa dan Sastera Sabah. Datuk Hj. Sapawi merupakan Ahli Parlimen Sipitang, Ketua UMNO Sipitang dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah.

DATO’ AZMI BIN ARIFFIN

Dato’ Azmi bin Ariffin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ketiga pada 16 April 2009. Sebelum menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Azmi merupakan Ketua Unit Jenayah Perdagangan di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dengan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1 Oktober 1987.

Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti sebagai Timbalan Pendakwaraya di Badan Pencegah Rasuah dari tahun 1987 hingga 1990, Majistret Kanan di Mahkamah Majistret Kuching daripada tahun 1990 hingga 1991, Timbalan Pendakwaraya di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dari tahun 1991 hingga 1994, pegawai penyelidik di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru dari Januari hingga Oktober 1994, Timbalan Pendakwaraya di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dari tahun 1994 hingga 2000 dan sebagai Ketua Unit

Pendakwaan di Pejabat Undang-Undang Negeri Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwaraya Unit Kes-Kes Terkelas dan pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Dato’ Azmi merupakan Pengerusi dalam beberapa jawatankuasa seperti Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jawatankuasa Disiplin Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), Jawatankuasa Kerja Jenayah Kolar Putih dan Jawatankuasa Pemandu MyCoID. Beliau juga merupakan Pengerusi beberapa jawatankuasa dalaman SSM seperti Jawatankuasa Perolehan, Jawatankuasa Perjawatan I dan II, Jawatankuasa Disiplin III dan IV, dan ahli Jawatankuasa Pelaburan. Selain itu, beliau juga merupakan ahli lembaga bagi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), ahli lembaga Corporate Governance Consultative Committee dan Lembaga Pemantauan Audit di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta ahli Yayasan Laporan Kewangan.

DATIN ROZAINA BINTI ZAINUDDIN

Datin Rozaina binti Zainuddin telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya pada 25 Ogos 2009. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan-Teknologi) dari Universiti Teknologi Malaysia dan merupakan ahli The Chartered Institute of Transport (UK). Beliau memulakan kerjaya di dalam perkhidmatan awam di Jabatan Pengangkutan Jalan pada tahun 1981 dan bermula dari situ beliau telah berkhidmat di pelbagai badan kerajaan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Kementerian Pengangkutan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau kini menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan di Kementerian Kewangan.

Anggota Suruhanjaya SSM (bersambung)

Page 33: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

PENGURUSAN EKSEKUTIF SSM

Page 34: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

32 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

DATO’ AZMI BIN ARIFFIN Ketua Pegawai Eksekutif

Dato’ Azmi bin Ariffin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ketiga pada 16 April 2009. Sebelum menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Azmi merupakan Ketua Unit Jenayah Perdagangan di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dengan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1 Oktober 1987. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti sebagai Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Badan Pencegah Rasuah dari tahun 1987 hingga 1990, Majistret Kanan di Mahkamah Majistret Kuching dari tahun 1990 hingga 1991, Timbalan Pendakwaraya di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dari tahun 1991 hingga 1994, pegawai penyelidik di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru dari Januari hingga Oktober 1994, Timbalan Pendakwaraya di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dari tahun 1994 hingga 2000 dan Ketua Unit Pendakwaan di Pejabat Undang-Undang Negeri Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Bahagian Jenayah di Jabatan Peguam Negara. Selain itu, beliau juga merupakan ahli lembaga bagi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), serta ahli Yayasan Laporan Kewangan.

ZAHRAH ABD WAHAB FENNER Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan)

Zahrah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) [TKPE (Perkhidmatan)] pada 1 Jun 2002. Sebagai TKPE (Perkhidmatan), Zahrah mengetuai Bahagian Sumber Korporat, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan Seksyen Perhubungan Awam. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Pengesahan dan Pelaksanaan, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA). Zahrah telah menyertai SSM pada Julai 1995 dan dilantik sebagai Ketua Akauntan SSM (sebelum ini dikenali sebagai Pendaftar Syarikat). Zahrah pemegang Ijazah Pertama Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan Akauntan Bertauliah. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Penasihat Akauntan di Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja antara Ogos 1984 sehingga April 1992 selaku penasihat hal ehwal berkaitan penilaian mutu antarabangsa secara praktis di pasaran terbuka. Zahrah telah menyertai Kementerian Luar Negeri antara Mei 1992 sehingga Julai 1995 di mana beliau bertanggungjawab dalam akaun kewangan dan audit untuk Kedutaan Tinggi Malaysia di seluruh dunia.

PENGURUSAN EKSEKUTIF SSM

Page 35: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

33SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

DATO’ MUHAMMAD REDZUAN ABDULLAH Pengarah Kanan, Penguatkuasaan

Dato’ Muhammad Redzuan telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Penguatkuasaan pada Januari 2009. Beliau bertanggungjawab dalam portfolio aduan, pematuhan, pendakwaan, siasatan, litigasi awam dan penasihat undang-undang di SSM. Sebelum pelantikan beliau, antara Januari 2004 dan Disember 2008, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Perkhidmatan Perundangan, Pengarah Pematuhan, Pengurus Besar Kanan Penguatkuasaan dan Pengurus Besar Jabatan Perundangan. Dato’ Muhammad Redzuan merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Polis, berkhidmat dari April 1974 sehingga Mac 1995. Beliau juga pernah menyertai Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada 15 Mac 1995 dan berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar Kanan dan Majistret Kanan.

ROKIAH MOHD NOR Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi)

Rokiah telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) [TKPE (Operasi)] berkuatkuasa 5 Julai 2008. Beliau bertanggungjawab mengetuai Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran, Bahagian Pembangunan Korporat dan Polisi, Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, Seksyen Operasi Cawangan yang bertanggungjawab menyelia dan memantau 14 pejabat negeri, 4 pejabat cawangan dan satu pusat perkhidmatan di seluruh negara. Rokiah berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Pendaftaran Perdagangan pada Januari 1980. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah memegang pelbagai jawatan di Bahagian Pendaftaran dan selepas penubuhan SSM, beliau telah dilantik sebagai Ketua Seksyen Dokumen Am.

Pengurusan Eksekutif SSM (bersambung)

Page 36: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

34 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

MOHAMED ZANYUIN ISMAIL Pengarah, Bahagian Perkhidmatan

Pendaftaran

• Portfolio: Pengurusan pendaftaran dan serah simpan dokumen pemerbadanan, pembubaran syarikat dan pentadbiran skim kepentingan.

• Karier: Dilantik sebagai pegawai pendaftar/penolong pendaftar syarikat di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1980; Timbalan Pendaftar Perniagaan pada tahun 1995; Pengurus Kanan Seksyen Pendaftaran Perniagaan pada tahun 1995 dan Pengarah Perkhidmatan Pendaftaran pada tahun 2003.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian), Universiti Sains Malaysia.

AMIR AHMAD Pengarah, Bahagian Sumber Korporat

• Portfolio: Pengurusan modal insan, pengurusan bakat, pentadbiran organisasi, integriti dan disiplin, pentadbiran, pengurusan prasarana dan kewangan.

• Karier: Pernah berkhidmat bersama PA Management Consulting (M) Sdn Bhd; Maybank Bhd; UMW Corporation dan Eden Enterprise Bhd; dilantik sebagai Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia, SSM pada 2004 dan kemudian Pengarah Bahagian Sumber Korporat.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan, Bowling Green State University; Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Western Michigan University.

Pengurusan Eksekutif SSM (bersambung)

Page 37: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

35SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NOR AZIMAH ABDUL AZIZ Pengarah, Akademi Latihan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (COMTRAC) sehingga Ogos 2010; Pengarah, Bahagian Pembangunan Korporat dan Polisi dari September 2010

• Portfolio: Semakan semula Undang-Undang, polisi, hubungan domestik dan antarabangsa, statistik, penyelidikan ekonomi, pembangunan akaun, laporan berkala, perancangan strategik, pemantauan dan pengurusan projek, pengurusan risiko, tanggungjawab korporat.

• Karier: Bermula sebagai Peguambela dan Peguamcara pada tahun 1992; Pensyarah undang-undang di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Kebangsaaan Malaysia; dipinjamkan ke Institut Akauntan Malaysia pada tahun 2000; dilantik sebagai Pengurus Besar Jabatan Polisi, Perancangan dan Pembangunan Korporat, SSM pada tahun 2003; pada April 2007, dilantik sebagai Pengarah Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC). Berkuatkuasa September 2010 dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Korporat dan Polisi SSM.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Institut Teknologi MARA; Ijazah Lanjutan Undang-Undang (Business Law), University of Wales.

Pengurusan Eksekutif SSM (bersambung)

KHUZAIRI YAHAYA Pengarah, Bahagian Teknologi Maklumat

dan Komunikasi

• Portfolio: Mengurus teknologi maklumat dan komunikasi SSM.

• Karier: Memulakan kerjayanya di Bahagian Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Sekuriti selama 14 tahun; dilantik sebagai Pengurus Besar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, SSM pada tahun 2003; Pengarah Audit Dalam pada 2007 dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada tahun 2010.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Pengurusan, Purdue University.

Page 38: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

36 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

AZNORASHIq MOHAMED ZIN Pengarah, Bahagian Siasatan

• Portfolio: Siasatan.

• Karier: Berkhidmat bersama Jabatan Siasatan, Suruhanjaya Sekuriti selama 9 tahun; berpengalaman dalam siasatan penipuan korporat dan sekuriti, dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan, SSM pada tahun 2007.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Certified Fraud Examiner (CFE); Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bidang Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Akauntan Bertauliah, Malaysia Institute of Accountants (MIA).

Pengurusan Eksekutif SSM (bersambung)

AZRYAIN BORHAN Pengarah, Pembangunan Korporat dan Polisi

sehingga Julai 2010; Pengarah, Bahagian Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC) dari Mei 2011

• Portfolio: Latihan kepada pengarah syarikat, pegawai, setiausaha syarikat dan orang awam dalam aspek undang-undang korporat dan meningkatkan keupayaan serta kemampuan warga kerja SSM.

• Karier: Peguambela dan Peguamcara pada 1999; Pegawai Kanan Pendakwaan, Suruhanjaya Sekuriti (SC) di antara 2000 dan 2004; Pegawai Eksekutif Kanan, Bahagian Terbitan Sekuriti dan Pelaburan, SC; Pengurus Perundangan, Broncos Shipping Sdn. Bhd.; Timbalan Pengurus Besar (Perundangan), Biotech Medical Corporation Sdn. Bhd.; Penolong Naib Presiden, Perundangan dan Kesetiausahaan, Khazanah Nasional Berhad; dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Korporat dan Polisi, SSM pada 2007; dan dipinjamkan ke Unit Inovasi Khas Pejabat Perdana Menteri dari Ogos 2010 sehingga April 2011.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Page 39: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

37SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

ROSLI HAJI AHMAD Pengarah, Bahagian Pematuhan

• Portfolio: Pengurusan aktiviti pematuhan dan pemeriksaan korporat SSM ke atas setiausaha syarikat, juruaudit dan ahli lembaga pengarah syarikat.

• Karier: Memulakan kerjaya sebagai Penolong Pendaftar Syarikat pada tahun 1985; Pengurus Cawangan ROC Labuan; Ketua ROC Cawangan Pahang dan Melaka; ahli jawatankuasa pelaksana penubuhan SSM antara tahun 1999 dan 2002; dilantik sebagai Pengarah Negeri SSM Melaka pada tahun 2004; Pengarah Negeri SSM Johor pada tahun 2006 dan kemudiannya Pengarah Bahagian Pematuhan pada tahun 2008.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia.

ISKANDAR SHAH IBRAHIM Pengarah, Bahagian Perkhidmatan

Perundangan

• Portfolio: Penasihat undang-undang kepada SSM dan menguruskan hal-hal berkaitan kes-kes pendakwaan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 serta kes-kes sivil oleh dan terhadap SSM.

• Karier: Berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwaraya dan Peguam Persekutuan di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor pada tahun 1994; Ketua Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Insolvensi pada tahun 2001; Peguam Jabatan Insolvensi pada tahun 2003; Peguam Kanan Persekutuan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2004; Peguam Kanan Persekutuan Unit Kerjasama Awam-Swasta di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perundangan, SSM pada tahun 2010.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Institut Teknologi MARA.

Pengurusan Eksekutif SSM (bersambung)

Page 40: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

38 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pengurusan Eksekutif SSM (bersambung)

MUHAMAD FARIS OTHMAN Pengarah, Bahagian Pemasaran dan

Pembangunan Perniagaan

• Portfolio: Pembangunan produk dan perkhidmatan SSM, membekalkan maklumat dan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

• Karier: Bermula sebagai Peguambela dan Peguamcara pada tahun 1993; dilantik sebagai Ketua Seksyen Perundangan, SSM pada tahun 2004 dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan pada tahun 2010.

• Kelayakan Akademik: Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia; Ijazah Sarjana Undang-Undang (Business Law), Universiti Malaya.

Page 41: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

39SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

STRUKTUR KORPORAT

MENTERI PERDAGANGAN DALAMNEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN

ANGGOTASURUHANJAYA

KETUA PEGAWAIEKSEKUTIF

Akademi LatihanSuruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC)

BahagianPerkhidmatanPendaftaran

TIMBALANKETUA PEGAWAI

EKSEKUTIF(Operasi)

TIMBALANKETUA PEGAWAI

EKSEKUTIF(Perkhidmatan)

PENGARAH KANAN(Penguatkuasaan)

BahagianPerkhidmatanPerundangan

BahagianPembangunanPerniagaan dan

Pemasaran

Bahagian SumberKorporat

BahagianPematuhan

Bahagian PembangunanKorporat dan Polisi

Bahagian ICT

BahagianSiasatan

Seksyen OperasiPejabat Negeri

SeksyenPerhubungan Awam

SeksyenAduan

Audit Dalam

Page 42: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…
Page 43: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

IMBASAN EKONOMI 2010 DAN ANALISA STATISTIK UTAMA SSM

Page 44: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

42 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Malaysia telah berjaya keluar daripada kegawatan ekonomi yang dialami pada tahun 2009. Pada tahun 2010, kebanyakan negara-negara maju telah pulih daripada kegawatan ekonomi. Amerika Syarikat yang merupakan ekonomi yang terbesar di dunia telah mencatat kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 2.8% (2009: -2.6%), diikuti oleh Jepun 3.9% (2009: -4.1%) manakala ekonomi gergasi Asia yang diterajui oleh negeri China dan India masing-masing berkembang sebanyak 10.4% dan 8.6%.

Seiring dengan pemulihan ekonomi dunia, Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 7.2% berbanding dengan penguncupan 1.7% pada tahun 2009. Pada separuh tahun pertama, ekonomi negara tumbuh sebanyak 9.5% terutamanya disokong oleh permintaan dalam negeri serta permintaan dari luar negeri yang teguh. Dalam tempoh tersebut, permintaan dalam negeri telah meningkat sebanyak 7.1% didorong oleh penggunaan sektor swasta dan penggunaan sektor awam yang kukuh.

Ekonomi dunia berkembang secara sederhana pada separuh tahun kedua disebabkan oleh krisis hutang di negara-negara Eropah dan perdagangan dunia yang perlahan. Namun, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5% dalam tempoh tersebut disokong oleh peningkatan permintaan dalam negeri yang teguh sebanyak 5.3%. Peningkatan ini disokong oleh penggunaan swasta dan perbelanjaan modal yang berterusan.

Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu akibat krisis hutang di Eropah dan langkah-langkah penjimatan yang diambil oleh beberapa negara maju yang telah menjejaskan sentimen pengguna dan perniagaan di negara-negara tersebut, ekonomi Malaysia dijangka akan tumbuh di antara 5% dan 6% pada tahun hadapan kerana permintaan dalam negeri dijangka akan dapat mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh untuk mengatasi ketidaktentuan dari persekitaran luar negeri.

IMBASAN EKONOMI 2010 DANANALISA STATISTIK UTAMA SSM

Perniagaan Baharu Didaftarkan

Jumlah (Syarikat TempatanBaharu dan Syarikat

Asing ditubuhkan)

Jumlah (Syarikat Asing Baharu ditubuhkan)

Jumlah (Syarikat TempatanBaharu ditubuhkan)

Tidak Terhad

Syarikat Tempatan(Berhad menurut jaminan)

Syarikat Tempatan(Berhad menurut syer)

Syarikat Tempatan (Sendirian Berhad)

0 50 100 150 200 250 300 350

271,414

44,20241,63841,623

44,14841,57841,599

44,04341,42541,401

546024

244

10310097

04997

269,866312,581

2008

Pemerbadanan/ Pendaftaran Syarikat & Perniagaan

2009

2010

Pemerbadanan/ Pendaftaran Syarikat & Perniagaan

Page 45: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

43SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PEMERBADANAN SYARIKAT PADA TAHUN 2010

Jumlah syarikat tempatan baharu yang diperbadankan pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak 6.2% berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan ini seiring dengan pemulihan ekonomi negara serta hasil daripada pengenalan pakej rangsangan ekonomi SSM yang memberi pengurangan fi untuk pemerbadanan syarikat baharu. Langkah tersebut menggalakkan penubuhan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, terutamanya yang mempunyai modal yang dibenarkan kurang daripada RM1 juta.

Untuk pendaftaran syarikat asing, jumlah pendaftaran tahunan melebihi 50 syarikat bagi tempoh dua tahun lepas iaitu sebanyak 54 pendaftaran baharu pada tahun 2010 dan 60 pada tahun sebelumnya. Jumlah tersebut menunjukkan bahawa pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan telah mewujudkan suasana pelaburan yang kondusif dan berterusan bagi menarik syarikat asing untuk membuka cawangan-cawangan mereka di

Malaysia dan dijangka semakin banyak pendaftaran akan dicatatkan pada tahun-tahun akan datang.

PENDAFTARAN PERNIAGAAN PADA TAHUN 2010

Untuk pendaftaran perniagaan pula, sebanyak 271,414 pendaftaran baharu telah dicatatkan sepanjang tahun 2010. Jumlah tersebut adalah yang kedua tertinggi dalam tempoh lima tahun (2006-2010) meskipun jumlah pendaftaran adalah 13.2% lebih rendah berbanding tahun lalu yang mencatatkan pendaftaran tertinggi iaitu 312,581 pendaftaran baharu. Rekod yang dicatat pada 2009 telah didorong oleh pengurangan fi oleh SSM dan program kesedaran yang dilaksanakan untuk mempromosi serta menyediakan kemudahan pendaftaran melalui program Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan SSM.

Jumlah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sehingga 31 Disember 2010 adalah seperti di bawah:

Perniagaan yang didaftarkan sehingga 31 Disember

0

1,000

2008 2009

Perniagaan

2010

2,000

3,000

4,000

5,000

3,778,1294,090,710

4,362,124

Syarikat yang didaftarkan sehingga 31 Disember

841,205882,843

927,045

0

200

2008 2009

Syarikat

2010

400

600

800

1,000

Imbasan Ekonomi 2010 dan Analisa Statistik Utama SSM (bersambung)

Page 46: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

44 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Jumlah pendaftaran baharu untuk sektor ini meningkat sebanyak 6% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan yang kukuh untuk perkhidmatan hasil daripada penggunaan isi rumah yang meningkat didorong oleh keadaan pasaran tenaga kerja yang positif dan sentimen pengguna yang baik.

Pertumbuhan dalam kedai runcit dan pasar raya besar baharu serta kedatangan pelancong yang ramai pada tahun ini telah menyebabkan pertumbuhan yang besar dalam sub-sektor restoran, peruncitan, hotel & pemborongan.

SEKTOR PERKHIDMATAN

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan keseluruhan KDNK negara. Sektor ini mencatat bilangan yang tertinggi untuk syarikat baharu yang ditubuhkan pada tahun 2010. Kebanyakannya terdiri daripada sub-sektor restoran, borong, runcit, dan hotel (46%) dan sub-sektor kewangan, insurans, hartanah, pelaburan dan perkhidmatan perniagaan (20%).

Imbasan Ekonomi 2010 dan Analisa Statistik Utama SSM (bersambung)

Jumlah (Bilangan Syarikat)

Lain-lain

Perkhidmatan Komuniti,Sosial & Peribadi

Perkhidmatan Kewangan, Insurans,Hartanah, Pelaburan & Perniagaan

Pengangkutan & Komunikasi

Perdagangan Borong, Peruncitan,Restoran & Hotel

Pembinaan

Utiliti Umum

Pembuatan

Perlombongan, Kuari &Sumber Semulajadi

Pertanian, Pemburuan,Perhutanan & Perikanan

0 100 200 300 400 500

44,50541,651

217

3,9293,779

9,0459,042

2,9152,982

20,25018,594

3,1263,185

276214

2,9262,304

720356

1,3161,331

Syarikat yang didaftarkan mengikut kategori perniagaan

2009

2010

Syarikat yang didaftarkan mengikut kategori perniagaan

ANALISA SEKTOR

Page 47: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

45SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Jumlah kedatangan pelancong pada tahun 2010 adalah seramai 24.6 juta. Ini merupakan jumlah yang tertinggi setakat ini hasil daripada keadaan ekonomi dunia semakin baik dan usaha gigih pihak kerajaan untuk mempromosikan industri pelancongan khususnya dalam eko-pelancongan, edu-pelancongan, pelancongan kesihatan dan agro-pelancongan.

SEKTOR PERKILANGAN

Jumlah syarikat yang diperbadankan dalam sektor perkilangan meningkat sebanyak 27% berbanding tahun lalu seiring dengan pengembangan mendadak dalam sektor ini. Kilang-kilang yang berorentasikan industri dalam negeri telah menyebabkan pendaftaran lebih banyak syarikat yang terlibat dalam pengeluaran bahan asas dan industri berasaskan pembinaan. Permintaan tinggi untuk produk elektrik dan elektronik; serta pertumbuhan dalam industri peralatan pengangkutan juga telah menyebabkan peningkatan pendaftaran syarikat dalam sektor ini.

SEKTOR PEMBINAAN

Jumlah syarikat yang diperbadankan dalam sektor pembinaan menurun sedikit sebanyak 1.8% berbanding tahun sebelumnya. Kebanyakan syarikat-syarikat ini terlibat dalam pembinaan rumah kediaman dan juga bukan kediaman terutamanya pembinaan kondominium, pejabat dan pusat membeli-belah di Lembah Klang. Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan yang kukuh, sentimen pengguna dan perniagaan yang lebih baik dan juga kadar faedah yang rendah.

Selain itu, banyak syarikat diperbadankan bagi melaksanakan projek pembinaan infrastruktur di bawah pakej rangsangan kerajaan kedua dan Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini termasuk pembinaan lebuh raya, menaik taraf jalan raya,

membaiki sekolah dan kuarter Kerajaan, Jambatan Pulau Pinang kedua, Terminal Kapal Terbang Tambang Rendah baharu dan saluran paip gas di Sabah dan Sarawak.

SEKTOR PERTANIAN

Jumlah pendaftaran baharu bagi syarikat di sektor pertanian hampir sama dengan tahun lalu. Sebanyak 1,316 syarikat baharu yang diperbadankan berbanding dengan 1,331 pada tahun 2009. Sektor ini telah mendapat manfaat secara langsung daripada kenaikan harga komoditi pertanian dunia pada tahun 2010 disokong oleh permintaan yang kukuh terutamanya dari pasaran negara-negara maju dan pengeluaran lebih rendah disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk. Permintaan tersebut disokong oleh harga yang tinggi pada harga getah dan minyak kelapa sawit yang meningkat secara mendadak pada akhir tahun 2010 iaitu masing-masing meningkat sebanyak 56% dan 46%. Selain getah dan kelapa sawit, banyak syarikat yang diperbadankan terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan seperti ternakan, ikan dan buah-buahan kerana permintaan yang meningkat dan harga yang lebih tinggi.

SEKTOR PERLOMBONGAN

Jumlah syarikat yang ditubuhkan untuk kegiatan perlombongan melonjak sehingga 102% dari tahun lalu seiring dengan pertumbuhan yang mendadak direkodkan dalam sektor perlombongan tahun ini didorong oleh peningkatan pengeluaran gas asli, walaupun terdapat penurunan bagi pengeluaran minyak mentah, kegiatan ekonomi yang meningkat di sektor perlombongan tertumpu kepada sub sektor berkaitan gas asli, dan dijangka akan dapat lebih berkembang pada tahun hadapan apabila dua medan cari gali gas baharu dibuka di Terengganu dan Sarawak.

Imbasan Ekonomi 2010 dan Analisa Statistik Utama SSM (bersambung)

Page 48: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

46 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KADAR PEMATUHAN

Pada tahun 2010, SSM telah mencapai kadar pematuhan sebanyak 87% dalam penyerahan penyata tahunan dan akaun berbanding dengan 84% pada tahun sebelumnya. Peningkatan kadar pematuhan menunjukkan kejayaan SSM dalam melaksanakan Nota Amalan 1 pada tahun 2008 yang menghendaki penyerahan penyata tahunan bersama-sama dengan akaun yang diaudit mengikut seksyen 165(1) Akta Syarikat 1965. Selain itu, pencapaian ini mencerminkan kejayaan SSM dalam meningkatkan kesedaran kepada pengarah-pengarah syarikat terhadap peranan mereka supaya mengamalkan tadbir urus korporat dengan telus dan bertanggungjawab.

Kejayaan pelaksanaan Nota Amalan 1, tidak hanya menghasilkan tahap pematuhan yang bermakna dan dipercayai, ia juga membolehkan SSM memberikan maklumat kewangan yang tepat dan terkini kepada orang awam.

PEMBUBARAN DAN PENUTUPAN SYARIKAT

Disebabkan oleh pemulihan ekonomi dalam negara dan dunia, jumlah syarikat yang dibubarkan pada tahun ini menurun sebanyak 26% berbanding tahun lalu. Kebanyakan daripada syarikat yang dibubarkan pada tahun 2010 terdiri daripada pembubaran secara sukarela oleh ahli-ahli (98%), manakala yang lain merupakan pembubaran oleh Mahkamah.

Jumlah syarikat yang dibubarkan oleh SSM di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965 juga mengalami penurunan sebanyak 35% selepas jumlah yang besar dibubarkan pada tahun sebelumnya, khususnya sepanjang tempoh moratorium di antara 1 April dan 31 Disember 2009.

PENAMATAN PERNIAGAAN

Jumlah penamatan perniagaan pada tahun 2010 meningkat sedikit berbanding tahun lalu. Sepanjang tahun ini, sebanyak 19,738 perniagaan telah ditamatkan, meningkat sebanyak 2% dari 19,345 pada tahun 2009. Peningkatan peratusan kecil ini berbanding dengan bilangan besar bagi pendaftaran baharu menunjukkan bahawa kebanyakan peniaga dan pengusaha kecil mampu mempertahankan operasi mereka kerana disokong oleh permintaan dalam negeri yang mampan.

Penamatan Perniagaan

20,43118,885 19,345 19,738

0

5,000

2007 2008

Termination of Businesses

2009 2010

10,000

15,000

20,000

25,000

Tahun 2010 2009 2008 2007

PenggulunganSyarikat 1,487 2,013 1,450 1,276

Penutupan Syarikat (S. 308) 24,098 37,062 26,542 13,668

Imbasan Ekonomi 2010 dan Analisa Statistik Utama SSM (bersambung)

Page 49: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

47SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PEMBEKALAN MAKLUMAT

Jumlah pendapatan hasil daripada pembekalan maklumat syarikat dan perniagaan pada tahun 2010, menurun sedikit sebanyak 1.8% berbanding tahun lalu setelah mencatat peningkatan yang ketara sebanyak 14.4% pada tahun 2009.

Peningkatan dari tahun ke tahun bagi pemohonan maklumat yang diterima oleh SSM jelas menunjukkan bahawa maklumat korporat dan perniagaan yang dibekalkan semakin dipercayai oleh orang awam, justeru itu SSM akan meningkatkan kualiti maklumat secara berterusan melalui inisiatif penguatkuasaan seimbang untuk memastikan kesemua dokumen berkanun diserahsimpan mengikut masa yang ditetapkan dibawah akta-akta yang berkenaan.

SKIM KEPENTINGAN

Sebanyak empat (4) skim kepentingan baharu telah didaftarkan sepanjang tahun kewangan,

menjadikan jumlah sebanyak 166 bagi kesemua skim kepentingan yang berdaftar sehingga 31 Disember 2010. Daripada jumlah tersebut, 76% terdiri daripada kelab golf dan rekreasi diikuti dengan skim kongsimasa (15%). Walaupun hanya terdapat empat (4) pendaftaran baharu, ia merupakan peningkatan yang signifikan berbanding dengan beberapa tahun sebelumnya, dan mencerminkan kejayaan kempen kesedaran SSM untuk mempromosikan industri skim kepentingan.

Sebagai usaha untuk menggalakkan penyertaan dalam industri skim kepentingan, SSM telah mengeluarkan dua (2) garis panduan yang baharu seperti berikut:

(1) Garis panduan dan keperluan bagi penjualan kongsitani plot-plot pertanian; dan

(2) Garis panduan berhubung pengeluaran pengiklanan bagi skim yang berdaftar.

Kadar Pematuhan

44%

64%

71%

80%

91%

80%84%

87%

0

20

03’ 04’ 05’ 06’ 07’ 08’ 09’ 10’

40

60

80

100

Hasil daripada Pembekalan Maklumat (RM)

11,5

30,0

43

13,5

46,1

83

14,0

23,0

03

8,50

3,69

0

9,33

3,49

7

8,43

2,18

0

20,0

03,7

33

22,8

79,6

80

22,4

55,1

83

0

50

Syarikat

2008 2009 2010

Perniagaan Jumlah

100

200

250

350

Imbasan Ekonomi 2010 dan Analisa Statistik Utama SSM (bersambung)

Page 50: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

48 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Garis panduan tersebut adalah tambahan kepada dua (2) garis panduan yang telah pun dikeluarkan iaitu garis panduan bagi penjualan keahlian kelab dan penjualan keahlian kongsimasa.

Dijangka terdapat lebih banyak lagi pendaftaran skim kepentingan baru pada tahun-tahun akan

datang oleh kerana SSM akan mempergiatkan aktiviti-aktiviti promosi ke seluruh negara melalui seminar, roadshow dan penglibatan media serta melalui penyertaan dalam program-program yang diadakan oleh jabatan dan agensi yang lain.

Jenis Skim Kepentingan 2010 2009 2008

Kelab Golf &Rekreasi GR 71 71 70

GR(S) 19 19 19

Kelab Rekreasi R 33 32 31

R(S) 3 3 3

Marina 9 9 9

Taman Memorial 3 3 3

SkimKongsimasa 25 24 24

Skim Kongsitani 3 1 1

JUMLAH 166 162 160

SkimKongsimasa, 25

SkimTaman Memorial, 3

KelabMarina, 9

Kelab Golf &Rekreasi, 126

SkimKongsitani:Kelapa Sawit,1Burung Walit, 2

Jenis Skim

Imbasan Ekonomi 2010 dan Analisa Statistik Utama SSM (bersambung)

Page 51: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

LAPORAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

Page 52: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

50 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

LAPORAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

Jumlah Modal Dibenarkan syarikat Fi sebelum diskaun Fi selepas diskaun (RM) (RM)

Untuk Pemerbadanan Syarikat:

(i) bagi modal saham nominal tidak 1,000 850 melebihi RM100,000

(ii) bagi modal saham nominal melebihi RM100,000 3,000 2,550 tetapi tidak melebihi RM500,000

(iii) bagi modal saham nominal melebihi 5,000 4,250 RM500,000 tetapi tidak melebihi RM1 juta

Pada tahun 2010, SSM mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan proses perniagaan dan menggalakkan persekitaran perniagaan yang kondusif dengan (i) mengurangkan kos memulakan perniagaan dan (ii) memperkemas proses-proses yang sedia ada. Berikut adalah beberapa inisiatif:

• Pengenalan pakej rangsangan ekonomi kedua

• Rekayasa semula proses perniagaan (Business Process Reengineering) untuk memulakan perniagaan di Malaysia

• Pengenalan perkhidmatan 1-Hari Pemerbadanan Syarikat

• Pengenalan Malaysia Corporate Identity (MyCoID)

PENGENALAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

SSM memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pada tahun 2010 memandangkan impak positif yang diperolehi daripada pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama pada tahun 2009. Selain daripada usaha untuk menggalakkan pemerbadanan syarikat baharu semasa negara menghadapi kemelesetan ekonomi, Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua SSM ini merupakan inisiatif yang berterusan bagi memberi sokongan kepada usaha Kerajaan untuk mengekalkan pemulihan ekonomi negara.

Pakej Rangsangan Ekonomi SSM Kedua ini menawarkan pengurangan fi 15% ke atas pemerbadanan syarikat baharu bagi modal dibenar kan tidak melebihi RM1 juta. Tempoh pengurangan ini bermula dari 1 April 2010 sehingga 31 Disember 2010.

Perbandingan fi diskaun dan fi sedia yang ada terkandung dalam Jadual Kedua Akta Syarikat 1965 adalah seperti berikut:

Page 53: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

51SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Objektif utama penawaran pengurangan 15% bagi fi pemerbadanan adalah untuk menggalakkan penubuhan perusahaan kecil dan sederhana (SME). Berdasarkan jumlah syarikat baharu diperbadankan dalam tempoh tiga (3) tahun yang lepas, SSM mendapati 95% daripada syarikat yang ditubuhkan dalam tempoh merupakan syarikat yang mempunyai modal dibenarkan kurang daripada RM1 juta. Statistik ini menunjukkan hubungkait yang jelas dengan jumlah peratusan syarikat-syarikat SME yang didaftarkan adalah 99.2% daripada keseluruhan syarikat berdaftar di negara ini. Fokus SSM ke atas syarikat-syarikat SME adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan penubuhan syarikat-syarikat baharu.

Pengurangan fi ini telah memberi manfaat kepada 43,613 syarikat baharu yang mempunyai modal dibenarkan kurang daripada RM1 juta pada tahun 2010.

REKAYASA SEMULA PROSES PERNIAGAAN (BUSINESS PROCESS REENGINEERING) MEMULAKAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Sejak Oktober 2009, SSM telah melaksanakan rekayasa semula proses perniagaan berkaitan dengan perkhidmatan kaunter. Antara pelaksanaan yang dilakukan:

(i) mengenalpasti dan pengelasan tatacara kerja yang sedia ada berkaitan dengan pemerbadanan syarikat;

(ii) menyesuaikan dan mendalami tatacara kerja yang terlibat secara dalaman.

Proses dalaman yang melibatkan kelulusan nama syarikat, serahsimpan dokumen pemerbadanan syarikat dan penyeteman Memorandum dan Artikel (M&A) telah diperkemaskan menerusi pengenalan interaksi kaunter tunggal dan penyatuan proses akhiran yang melibatkan aktiviti di belakang kaunter.

Berkaitan dengan penyeteman M&A, proses perolehan setem hasil, menampal dan mematikan setem kini boleh dibuat di SSM ekoran daripada pemberian kuasa oleh Menteri Kewangan untuk mematikan setem mulai 1 Januari 2010. Manakala mulai 1 April 2010, SSM telah diberi kuasa oleh Menteri Kewangan untuk menjual setem hasil di premis SSM. Sebelum ini pelanggan terpaksa mendapatkan setem hasil di pejabat pos atau di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan proses mematikan setem hasil dibuat di pejabat LHDNM. Melalui kemudahan ini pelanggan tidak lagi perlu membuat penyeteman M&A di LHDNM bagi tujuan permohonan pemerbadanan syarikat di SSM.

Semasa serahsimpan dokumen pemerbadanan syarikat, pihak-pihak berkepentingan juga boleh membuat pesanan bagi mendapatkan buku-buku berkanun, sijil saham dan meterai syarikat (pakej pasca pemerbadanan). Ketiga-tiga barangan tersebut boleh diperolehi secara pakej berharga RM100. Harga jualan barangan tersebut adalah lebih murah berbanding dengan kos yang dinyatakan dalam laporan World Bank’s Doing Business 2010 iaitu sebanyak RM350. Buku berkanun dan sijil saham boleh dibeli terus daripada kaunter SSM manakala meterai syarikat boleh disiapkan dan dihantar melalui kurier ke alamat pihak berkepentingan pada hari yang sama. Selain daripada pelanggan di Kuala Lumpur dan di Lembah Kelang, semua pelanggan di seluruh negara akan mendapat pesanan meterai syarikat pada keesokan harinya. Untuk pelanggan di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, pakej pasca pemerbadanan boleh diambil di kaunter SSM bersama-sama dengan sijil pemerbadanan pada hari yang sama. Konsep interaksi kaunter tunggal yang diperkenalkan oleh SSM membolehkan serahan dokumen dan perolehan pakej pasca pemerbadanan dilaksanakan secara serentak.

Rekayasa semula proses perniagaan ditunjukkan seperti pada muka surat sebelah:

Page 54: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

52 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Rekayasa semula proses perniagaan SSM juga melibatkan pengenalan kaunter khidmat nasihat. Sebelum dokumen pemerbadanan diserahsimpan, pelanggan boleh menyemak dan mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan cepat. Sebarang masalah berkaitan dengan serahsimpan borang dapat diselesaikan dan mengelakkan kemungkinan permohonan pemerbadanan ini ditolak atau proses pemerbadanan syarikat mengambil masa melebihi satu hari.

Sekiranya semua dokumen dilengkapi dan sempurna, sijil pemerbadanan boleh diambil sebelum jam 5.00 petang pada hari yang sama. Rekayasa semula proses perniagaan yang dijalankan oleh SSM telah membolehkan SSM memperkenalkan perkhidmatan

yang dikenali sebagai 1-Hari Pemerbadanan Syarikat.

PENGENALAN PERKHIDMATAN 1-HARI PEMERBADANAN SYARIKAT

Mula diperkenalkan pada 1 April 2010, 1-Hari Pemerbadanan Syarikat adalah perkhidmatankaunter tunggal yang disediakan oleh SSM yang melibatkan proses penyerahan dokumen untuk pemerbadanan syarikat. SSM telah menetapkan parameter khusus yang membolehkan pemerbadanan syarikat baharu melalui transaksi kaunter kovensional dalam masa satu (1) hari. Kaunter ini juga menyediakan khidmat nasihat berkaitan pembentukan syarikat.

1. Carian dan kelulusan nama

2. Serahsimpan dokumen

3. Penyeteman M&A * Pembelian setem hasil dan mematikan setem boleh dilakukan di SSM

4. Membuat meterai Syarikat

5. Pembelian buku statutori dan sijil saham

6. Pendaftaran dengan LHDNM

7. Pendaftaran dengan KWSP

8. Pendaftaran dengan PERKESO

9. Memaklum LHDNM mengenai pengambilan pekerja

PROSES DI SSM

1. Carian dan kelulusan nama

2. Serahsimpan dokumen

PROSES LUARAN

3. Pembelian buku statutori dan sijil saham

4. Membuat meterai Syarikat

5. Penyeteman M&A

6. Pendaftaran dengan LHDNM

7. Pendaftaran dengan KWSP

8. Pendaftaran dengan PERKESO

9. Memaklum LHDNM mengenai pengambilan pekerja

Proses 1

Proses 2

Proses 3

SSM sebagai‘One Stop Centre’

I. KENALPASTI & PENGELASAN II. PENYESUAIAN III. JANGKAAN HASIL UNTUK ‘DOING BUSINESS 2011’

Penyesuaian Lanjut

* Kuala Lumpur dan Lembah Kelang,

menterai syarikat boleh diperolehi pada

hari yang sama

MyForm* Inisiatif MAMPU

Page 55: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

53SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Parameter-parameter adalah seperti berikut:

(i) serahsimpan dokumen pemerbadanan dibuat sebelum tengahari;

(ii) semua serahan dokumen perlu mengikut susunan;

(iii) semua pembayaran telah dibuat sama ada secara tunai, kiriman pos, kiriman wang atau bank deraf; dan

(iv) pengambilan sijil pemerbadanan dan Pakej Pasca Pemerbadanan sebelum jam 5.00 petang pada hari yang sama untuk permohonan di SSM ibu pejabat manakala pada hari bekerja berikutnya bagi Pejabat Negeri.

HARIPEMERBADANAN SYARIKAT

• Interaksi satu-kaunter

• Penyeteman Memorandum & Artikel di SSM

• Pembelian buku-buku statutori, sijil saham dan meterai syarikat boleh dilakukan di kaunter SSM/laman sesawang SSM

• Pewujudan kaunter advisori pemerbadanan untuk membuat proses pemerbadanan

• Untuk Kuala Lumpur dan Lembah Klang, meterai syarikat boleh diperolehi pada hari yang sama.

Untuk negeri-negeri lain, meterai syarikat akan dihantar dan penerimaan pada hari berikutnya.

KEPERLUAN UNTUK 1 HARI PEMERBADANAN(i) Penyerahsimpan dokumen pemerbadanan dibuat sebelum

jam 12.00 tengahari.(ii) Semua serahan dokumen perlu tersusun dan semua

pembayaran dibuat (sama ada secara tunai, kiriman pos, kiriman wang atau bank deraf).

(iii) Pembayaran berasingan untuk (a) Pemerbadanan (b) Perolehan Meterai Rasmi & Buku Statutori(iv) Pengambilan sijil pemerbadanan dan Pakej Pasca

Pemerbadanan sebelum jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-2299 5500 atau masuk ke laman website kami di www.ssm.com.my

BERM

ULA

1

APR

IL 2

010

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Sejak diperkenalkan pada 1 April 2010 sehingga ke akhir tahun sebanyak 7,365 syarikat baharu telah diperbadankan mengikut proses perkhidmatan 1-Hari Pemerbadanan Syarikat. Sebanyak 3,292 dan 1,296 keping setem hasil masing-masing bernilai RM100 dan RM10 telah dijual bagi melengkapkan proses perkhidmatan 1-Hari Pemerbadanan Syarikat.

Pengenalan MyCoID

Sebelum Februari 2010, syarikat di Malaysia terpaksa menggunakan nombor rujukan yang berbeza-beza yang dikeluarkan oleh setiap agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. Idea penggunaan nombor rujukan tunggal oleh syarikat telah dicetuskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (PEMUDAH). Satu Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan yang diketuai oleh Kementerian Kewangan dan dianggotai oleh SSM, PEMUDAH, Kastam DiRaja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB). Jawatankuasa ini telah mengkaji daripada pelbagai sudut sama ada dari segi teknikal, perundangan dan polisi, sistem dan proses kerja ke arah merealisasikan konsep ini.

Jawatankuasa telah mencapai kata sepakat bahawa nombor pemerbadanan syarikat yang tercatat pada Sijil Pemerbadanan Syarikat yang dikeluarkan oleh SSM dijadikan nombor rujukan tunggal yang dikenali sebagai Malaysia Corporate Identity atau ringkasnya MyCoID. Penggunaan MyCoID secara rasminya telah dilancarkan pada 11 Februari 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mulai tarikh tersebut dalam sijil pemerbadanan syarikat mula mencatatkan perkataan “Nombor Syarikat MYCoID” menggantikan “Nombor Syarikat”. Penggunaan nombor MyCoID telah mula dilaksanakan untuk agensi-agensi berikut - LHDNM, KWSP, PERKESO, PSMB dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp).

Page 56: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

54 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Pelaksanaan Malaysia Standard Industrial Classification 2008

SSM sebagai sumber maklumat korporat utama di negara ini telah mengguna pakai Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC 2008) mulai 1 September 2010 untuk penjenisan atau klasifikasi semua aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat dan perniagaan berdaftar dengan SSM. Langkah ini dilihat sebagai pelengkap kepada penggunaan MyCoID ke arah satu identiti korporat dengan satu nombor rujukan serta kod penjenisan perniagaan yang sama dipakai oleh semua agensi Kerajaan dan pihak swasta.

MSIC 2008 merupakan kod penjenisan perniagaan terkini yang diperkenalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) mengikut standard piawaian yang ditetapkan dan selaras dengan pengkelasan aktiviti ekonomi perniagaan di peringkat antarabangsa. Penggunaannya membolehkan data dan maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti perniagaan syarikat dapat dikemaskini mengikut kod yang lebih sesuai dan tepat berbanding sebelum ini. MSIC 2008 mengklasifikasikan aktiviti perniagaan mengikut 21 sektor utama berbanding sembilan sektor yang digunakan dalam pangkalan data SSM.

MSIC 2008 akan digunapakai oleh semua agensi Kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan keseragaman data dan maklumat penjenisan untuk perniagaan di Malaysia.

Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan di The Mall, Putra Place

Walaupun SSM telah berpindah ke bangunan sendiri agar dapat terus memberikan perkhidmatan yang cekap dan selesa. SSM masih mengekalkan Kaunter Pendaftaran Perniagaan di Tingkat 16, The Mall, Putra Place, 100, Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Pemerbadanan Syarikat dan Pendaftaran Perniagaan Sempena Tarikh Istimewa 2010

SSM telah mempromosikan tarikh 101010 dan 201010 sebagai tarikh istimewa untuk pemerbadanan syarikat dan perniagaan baharu. Sempena tarikh 10 Oktober 2010 dan 20 Oktober 2010, sebanyak 439 syarikat baharu dan 4,931 perniagaan baharu telah didaftarkan pada kedua-dua tarikh tersebut.

Kajian Semula Piagam Pelanggan

Selaras dengan pelaksanaan perkhidmatan1-Hari Pemerbadanan Syarikat, SSM telah mengkaji semula Piagam Pelanggan yang sedia ada. Piagam Pelanggan yang baharu adalah seperti berikut:

Pendaftaran Perniagaan

1. Pendaftaran perniagaan baharu 1 jam2. Pendaftaran perubahan butiran maklumat perniagaan 1 jam3. Pembaharuan pendaftaran perniagaan 15 minit4. Pendaftaran penamatan perniagaan 15 minit

Syarikat

1. Pemerbadanan syarikat 1 hari2. Pertukaran taraf syarikat 1 hari3. Pertukaran nama syarikat 1 hari4. Permulaan perniagaan syarikat awam 1 hari5. Pendaftaran gadaian 2 hari6. Kelulusan surat ikatan amanah 5 hari7. Pendaftaran prospektus 3 hari8. Salinan dokumen syarikat yang disahkan 1 jam9. Salinan dokumen syarikat yang tidak disahkan 30 minit

Nota: Tempoh masa semua perkhidmatan di atas dikira dari bayaran diterima sehingga sijil dikeluarkan.

Page 57: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

55SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Piagam Pelanggan SSM diukur berdasarkan dua kategori iaitu:

(i) Piagam Pelanggan Perniagaan yang terdiri daripada Pendaftaran Perniagaan Baharu, Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan, Perubahan Butiran Maklumat Perniagaan dan Penamatan Perniagaan.

(ii) Piagam Pelanggan Syarikat yang terdiri daripada Kelulusan Nama Syarikat, Pemerbadanan Syarikat, Pertukaran Nama Syarikat, Pertukaran Status, Pendaftaran Gadaian, Pendaftaran Surat Ikatan Amanah dan Prospektus.

Jadual di bawah ini menunjukkan pencapaian keseluruhan piagam pelanggan SSM untuk tahun 2010.

Pencapaian Piagam Pelanggan 2010

Perniagaan Piagam Bulanan Pelanggan (%)

Pendaftaran perniagaan baharu (Borang A) 1 Jam 99.69

Pembaharuan pendaftaran perniagaan (Borang A1) 15 Min 99.98

Perubahan maklumat perniagaan (Borang B) 1 Jam 99.69

Penamatan perniagaan(Borang C) 15 Min 99.67

Syarikat Piagam Bulanan Pelanggan (%)

Pemerbadanan syarikat(Borang 6) 1 Hari 99.99

Kelulusan nama syarikat (Borang 13A) 1 Hari 99.99

Sijil permulaan perniagaan 1 Hari 98.49

Pertukaran nama syarikat (Borang 11) 1 Hari 99.98

Gadaian(Borang 34) 2 Hari 99.36

Surat Ikatan Amanah 5 Hari 100

Pendaftaran Prospektus 3 Hari 100

Nota : Pelanggan Piagam dikira bermula daripada penerimaan dokumen dan bayaran sehingga keputusan / sijil yang dikeluarkan.

Perkhidmatan e-Lodgement SSM

Sejak perkhidmatan e-Lodgement SSM diperkenalkan pada penghujung tahun 2007, kadar penggunaan e-Lodgement sangat menggalakkan. Jumlah transaksi e-Lodgement ini menunjukkan bahawa orang awam dan setiausaha syarikat semakin selesa untuk menggunakan perkhidmatan secara dalam talian kerana ia terbukti lebih mudah, cepat dan dipercayai. Peningkatan ini adalah ekoran daripada inisiatif dan promosi besar-besaran yang dijalankan oleh SSM bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini melalui seminar, taklimat dan latihan khususnya setiausaha syarikat, ahli badan profesional, dewan-dewan perniagaan, persatuan peniaga dan agensi kerajaan.

Page 58: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

56 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Transaksi e-Lodgement Syarikat 2010 2009 2008

Carian nama syarikat 19,277 11,144 5,151 Pemerbadanan syarikat 1,440 1,384 917

Serahan pertama Borang 24, 44 dan 49 selepas pemerbadanan 766 656 453

Penyata tahunan & sijil syarikat persendirian yang terkecuali 204 170 88

Penyata tahunan & akaun 1,654 1,340 583

Borang 44 1,138 555 473

Borang 53 19 28 87

Borang 24 266 247 144

Borang 11 254 214 130

Borang 49 1,727 1,339 1,207

Borang 48B 2 2 1

Borang 48C 54 30 65

JUMLAH TRANSAKSI 26,801 17,409 9,299

Transaksi e-Lodgement Perniagaan 2010 2009 2008

Carian nama perniagaan 59,147 59,489 54,263

Pendaftaran baharu 31,100 34,025 30,437

Pembaharuan perniagaan 7,268 7,106 3,501

Perubahan perniagaan 6,442 14,800 19,330

Penamatan 2,240 2,016 1,717

JUMLAH TRANSAKSI 106,197 117,436 109,248

Peningkatan sebanyak 53.9% dalam transaksi e-Lodgement oleh syarikat pada tahun 2010 (26,801) berbanding tahun sebelumnya (17,409). Walau bagaimanapun perkhidmatan carian nama, serahsimpan Borang 44 dan Borang 49 menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding serahan dokumen yang lain.

Secara keseluruhan, penggunaan perkhidmatan e-Lodgement perniagaan merosot sebanyak 9.6% berbanding tahun 2009. Jumlah pendaftaran perniagaan baharu melalui e-Lodgement terdapat penurunan 8.6% permohonan dari 34,025 yang diterima pada tahun 2009 kepada 31,100 pada tahun 2010.

Page 59: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

57SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Permohonan Korporat

Pada tahun 2010, SSM turut menerima permohonan korporat berikut:

• permohonan lanjutan masa bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan pembentangan Laporan Kewangan;

• pelantikan proksi bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan;

• permohonan mendapatkan pelepasan daripada memenuhi keperluan tertentu di dalam akaun yang diaudit;

• pengecualian daripada menyerahsimpan akaun cawangan bagi syarikat asing di Malaysia;

• penyerahsimpan initial public offerings and abriged prospectus; dan

• penyerahsimpan laporan sukuan oleh pengarah borrowing corporation.

Pada tahun 2010 permohonan korporat yang diterima meningkat dengan amat ketara khususnya bagi permohonan lanjutan masa. Ini berkait dengan arahan menerusi Nota Amalan No 1 (PN1/2008) yang dikeluarkan oleh SSM berkaitan serahsimpan penyata Tahunan bersama akaun menurut seksyen 165 Akta Syarikat 1965 dengan pengecualian untuk syarikat sendirian berhad yang dikecualikan. Peningkatan juga disebabkan oleh pelaksanaan dasar desentralisi di mana mulai Februari 2010 semua pejabat Negeri dan cawangan SSM dibenarkan untuk menerima dan memproses permohonan lanjutan masa. Jadual di bawah menunjukkan jumlah permohonan bagi dalam tahun 2008-2010.

JUMLAH PERMOHONAN JENIS PERMOHONAN 2008 2009 2010

1. Permohonan lanjutan masa 372 709 1,039

2. Permohonan pelantikan proksi 5 25 16

3. Permohonan untuk mendapatkan pelepasan daripada memenuhi keperluan di dalam akaun yang diaudit 244 220 140

4. Permohonan untuk mengecualikan daripada penyerahsimpanan akaun cawangan luar negara di Malaysia 31 32 58

5. Penyerahsimpan initial public offerings and abriged prospectus 110 77 251

6. Penyerahsimpan laporan sukuan oleh pengarah borrowing corporation 411 393 249

JUMLAH 1,173 1,456 1,753

Page 60: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

58 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Keluaran Notis Pembatalan Nama Syarikat

Pada tahun 2010, SSM meneruskan usaha membatalkan nama syarikat yang tidak aktif dan dorman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 308 Akta Syarikat (AS) 1965.

Sepanjang tahun ini, 143,454 notis dikeluarkan di bawah seksyen 308(2) AS 1965 berbanding dengan 16,014 notis pada tahun 2009. Peningkatan ketara dalam pengeluaran notis mengikut seksyen 308(2) disebabkan oleh lanjutan projek khas yang telah bermula sejak 2008. Walau bagaimanapun sebanyak 24,098 syarikat yang dibatalkan dari pendaftaran pada tahun 2010 berbanding dengan 37,062 syarikat pada tahun 2009. Ini adalah hasil daripada pengenalan semula tempoh moratorium di antara 1 April dan 31 Disember 2009.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah notis yang dikeluar di bawah seksyen 308(1) dan 308(2).

Isu Notis 2010 2009

Seksyen 308(1) 21,988 17,568Seksyen 308(2) 143,454 16,014

Kaunter Perkhidmatan

Kaunter di SSM menawarkan perkhidmatan seperti serahan dokumen dan bekalan maklumat/dokumen. Dokumen yang diserahsimpan di kaunter SSM akan direkodkan secara elektronik melalui proses memasukkan data dan imbasan dokumen supaya maklumat syarikat dan perniagaan dapat dibekalkan secara elektronik. Kaunter ini juga menawarkan perkhidmatan untuk serahan dokumen berbayar dan tidak berbayar mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965.

Kaunter bekalan maklumat/dokumen mencatat peningkatan yang ketara dalam bekalan maklumat/dokumen di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kenaikan 22.5%

dicatatkan pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. Aliran ini menunjukkan permintaan yang tinggi untuk maklumat syarikat dan perniagaan.

Perkhidmatan e-Info

e-Info adalah salah satu saluran SSM bagi membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan. Sebagai saluran elektronik berasaskan sesawang, ia boleh dicapai secara global, baik untuk komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Pada tahun 2010, terdapat peningkatan bagi transaksi e-Info iaitu sebanyak 10.4% berbanding dengan tahun 2009. Kadar penggunaan untuk pembelian dalam talian melalui sistem e-Info meningkat sebanyak 38.4% pada tahun 2010 dan terdapat 79.96% transaksi melalui pembelian dalam talian berbanding 20.24% melalui kiosk.

Sistem e-Info telah mencatatkan peningkatan sebanyak 34.4% dalam kunjungan ke laman sesawang e-Info oleh komuniti perniagaan antarabangsa pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa produk elektronik SSM mendapat perhatian komuniti perniagaan antarabangsa. Maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan e-Info adalah seperti berikut:

Perkhidmatan e-Info (Statistik kunjungan ke laman sesawang e-Info)

NEGARA 2010 2009 2008

Singapura 25,812 21,590 16,916Hong Kong 5,965 3,602 3,119United Kingdom 4,441 4,752 4,438Amerika Syarikat 4,969 3,775 -Australia 4,240 2,250 1,608India 3,761 2,256 3,952Jepun 2,033 1,950 1,981China 2,507 1,176 552Filipina 625 1,620 1,813Lain-lain 4,377 732 791

JUMLAH 58,730 43,703 38,563

Page 61: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

59SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN (KBPP)

Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan (KBPP) merupakan salah satu saluran penyampaian yang berkesan dalam sistem penyampaian perkhidmatan SSM. Mengkonsepsikan ‘ease of doing business in Malaysia’, inisiatif ini telah memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada komuniti perniagaan di Semenanjung Malaysia dan Labuan. KBPP tidak hanya menawarkan perkhidmatan yang selesa tetapi juga menyediakan perkhidmatan ke lokasi luar bandar serta memperluaskan liputan perkhidmatan SSM berkaitan dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. KBPP biasanya mengadakan program-program dipelbagai acara atau lokasi berjadual dan menggunakan van bergerak untuk aktiviti perkhidmatan.

Peningkatan yang ketara telah direkodkan bagi hasil yang dikutip bagi tahun 2010 iaitu 20.4% berbanding 2009 adalah seperti berikut:

Tahun Hasil (RM)

2010 8,244,4062009 6,850,3302008 5,436,587

Program KBPP juga telah berkembang sejak perkhidmatan ini dimulakan. KBPP sekarang berada di beberapa lokasi strategik yang telah dikenalpasti. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Kaunter Litar Pendaftaran Perniagaan (KLPP) dan menawarkan perkhidmatan kaunter pendaftaran perniagaan yang konsisten mengikut jadual. Tahun 2010 dilihat sebagai anjakan berkesan bagi KLPP. Maklumat lanjut KBPP dan KLPP bagi tahun 2010 adalah seperti jadual berikut:

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Tahun Dalam Kadar Kiosk Kadar Jumlah Jumlah Talian Penggunaan Penggunaan Transaksi Hasil % % (RM)

2010 992,977 79.76 250,295 20.24 1,243,272 16,632,4752009 717,639 69.69 311,472 30.31 1,126,167 15,306,433

Perkhidmatan e-Info (transaksi mengikut tahun), kadar penggunaan dan jumlah hasil

Hasil (RM)

5,436,587

6,850,330

8,244,406

0

2,000

2008 2009 2010

4,000

6,000

8,000

10,000

Page 62: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

60 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Negeri Kekerapan Bilangan Bilangan Hasil KBPP Pendaftaran Pembaharuan (RM) Baharu

KUALA LUMPUR 763 6,647 14,689 2,057,330JOHOR 176 3,030 10,016 1,385,704KEDAH 402 5,217 12,645 1,481,824PAHANG 141 1,362 3,220 456,712PULAU PINANG 135 2,581 7,285 849,724PERAK 121 2,282 7,270 747,704SELANGOR 131 1,685 2,062 352,336MELAKA 114 511 437 75,869N. SEMBILAN 134 845 2,785 302,828TERENGGANU 106 964 2,749 242,948KELANTAN 116 1,339 2,580 270,032PERLIS 40 287 72 18,755LABUAN 10 1 49 2,642

JUMLAH 2,389 26,751 65,859 8,244,406

Lokasi Kekerapan Bilangan Bilangan Pendaftaran Hasil KLPP Pendaftaran Pembaharuan Perubahan (RM) Baharu Maklumat

Majlis PerbandaranAmpang Jaya (MPAJ) 11 59 95 22 14,430

Majlis Perbandaran Sepang(MP Sepang) 8 22 24 4 3,981

Majlis PerbandaranKajang (MPKJ) 12 76 110 44 21,198

Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Malim 12 96 234 38 32,194

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangi 12 69 65 29 16,031

Kaunter Khidmat Pengguna KPDNKK, Putrajaya 51 286 223 132 53,395

JUMLAH 106 613 764 269 142,927

Page 63: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

61SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Satu lagi perkhidmatan baharu yang berkembang daripada KBPP adalah Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan (KPPP). Pada mulanya perkhidmatan KPPP bertempat di Majlis Daerah Selayang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sambutan daripada komuniti perniagaan terhadap perkhidmatan adalah amat menggalakkan walaupun ianya baharu diperkenalkan.

Maklumat lanjut berkaitan dengan KPPP pada tahun 2010 adalah seperti berikut:

Inisiatif–Inisiatif Baharu

Pelbagai inisiatif yang lain juga telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010 untuk memenuhi permintaan pelanggan SSM. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah seperti:

(a) Memudahkan pihak-pihak berkepentingan menyerahsimpan penyata tahunan dan akaun secara pukal semasa tempoh waktu puncak melalui pengenalan senarai unik serahan. Ini mempercepatkan proses serahan dokumen dan mengurangkan waktu menunggu.

(b) Menerapkan prinsip mesra alam sekitar dengan mengamalkan konsep hijau dengan melupus kertas dokumen (yang telah diimbas) ke pusat kitar semula.

Pendaftaran Pembaharuan Pendaftaran Pelanggan HasilKPPP Perniagaan Pendaftaran Pertukaran (RM) Baharu Perniagaan Maklumat

Majlis Perbandaran Selayang 3,588 9,236 2,402 16,197 470,100

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 851 2,175 278 3,731 264,035

Produk-Produk Lain

SSM telah mempelbagaikan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan komuniti perniagaan dan orang awam. Kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah hasil kajian secara mendalam dengan memahami persekitaran perniagaan.

Data Maklumat Korporat dan Perniagaan, Sijil Memperingati Penubuhan Syarikat dan Perniagaan serta Tender Nombor Syarikat adalah produk yang ditawarkan kepada pelanggan SSM. Produk produk ini telah menjana pendapatan sebanyak RM1,239,242 pada tahun 2010 iaitu peningkatan

21.4% berbanding RM1,021,138 pada tahun 2009.

Pengurusan Pertanyaan Dan Aduan

Unit khidmat pelanggan (CSU) SSM yang menguruskan panggilan Hotline 03-2299 5500 menerima sebanyak 42,446 panggilan telefon pada tahun 2010, peningkatan sebanyak 22.4% berbanding 34,675 panggilan telefon pada tahun 2009.

Unit khidmat pelanggan juga telah memberi maklum balas kepada 4,642 emel, iaitu peningkatan 54.8% berbanding 2,998 emel yang diterima pada tahun 2009.

Page 64: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

62 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam (bersambung)

Saluran Komunikasi 2010 2009 2008

Hotline (menerima panggilan telefon) 42,446 34,675 31,244Pertanyaan melalui emel 4,642 2,998 2,405Kaunter maklumat (pertanyaan umum) 84,774 135,943 140,795e-Complaints 919 255 391

JUMLAH 132,781 173,875 175,835

Jadual di atas menggambarkan aliran komunikasi moden di mana pertanyaan pelanggan akan dilayan dengan segera melalui telefon dan emel. SSM sentiasa berusaha memberikan pelanggan

pengalaman yang positif melalui unit khidmat pelanggan yang menangani aduan dan pertanyaan dari pelanggan secara efisyen.

Page 65: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

LAPORAN INISIATIF PENGUATKUASAAN

Page 66: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

64 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

LAPORAN INISIATIF PENGUATKUASAAN

Aduan Diterima dan Diselesaikan (2008-2010)

Aduan Diterima Aduan DiselesaikanTahun 2010 2009 2008 2010 2009 2008

Syarikat 1,260 762 616 1,239 702 470Perniagaan 344 287 169 328 269 138

Jumlah 1,604 1,049 785 1,567 971 608

**Penipuan dan Kesalahan Serius

Ketidakpatuhan

Kelakuan tidak wajar oleh Pengarah

Kelakuan tidak wajar oleh Setiausaha Syarikat

Kelakuan tidak wajar oleh Juruaudit

Aduan terhadap SSM

Pertanyaan

NFA

Lain-lain

Luar/Dalam Bidang Kuasa Bersama

0 50 100 150 200 250 300 350 400

400155

2185

600

540

20

2315

19591

170

16010

13168

PerniagaanSyarikat

Kategori isu-isu aduan untuk tahun 2010. Jumlah = 1,604 aduan

Graf di bawah menyenaraikan pecahan aduan yang diterima.

Memastikan pematuhan melalui aktiviti penguatkuasaan yang berkesan dan meningkatkan kesedaran umum terhadap pematuhan undang-undang ke arah membudayakan pematuhan secara sukarela merupakan dua teras utama kepada pemacuan penguatkuasaan SSM pada tahun 2010. Terdapat peningkatan yang mendadak dalam jumlah aduan yang diselesaikan berbanding tahun lalu. Lebih banyak pemeriksaan juga dilakukan ke atas syarikat, dan lebih banyak kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pelanggaran serius terhadap tadbir urus korporat telah didakwa berbanding dengan tahun 2009.

ADUAN TERHADAP PELANGGARAN UNDANG-UNDANG KORPORAT

Pada tahun 2010, jumlah aduan yang diterima telah meningkat secara ketara berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebanyak 1,604 aduan yang terdiri daripada 344 aduan yang melibatkan perniagaan dan 1,260 aduan yang berkaitan dengan syarikat telah diterima.

Jadual berikut menunjukkan aduan yang diterima dan diselesaikan bagi tahun 2008-2010.

** Serah simpan maklumat palsu/mengelirukan, tidak berdaftar atau tamat tempoh perniagaan/syarikat, pengambilan deposit haram/ penawaran pembelian saham kepada orang awam, tidak berdaftar/ skim pelaburan haram.

Page 67: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

65SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Skim PelaburanHaram (252)

KetidakpatuhanRutin (223)

Memberi maklumat Palsu/ Mengelirukandalam dokumen yangdiserahsimpan (261)

Jan

0

10

20

30

40

50

60

70

Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

Jenis-jenis Aduan yang Diterima pada tahun 2010

Analisis tiga kategori isu aduan yang paling tinggi untuk tahun 2010

Tiga kategori aduan tertinggi yang diterima pada tahun 2010 adalah berkaitan:

• Memberi maklumat palsu dan mengelirukan (261) dalam dokumen yang diserahsimpan;

• skim pelaburan haram (252); dan

• ketidakpatuhan rutin (223).

Daripada 1,260 aduan yang diterima pada tahun 2010, aduan berkaitan maklumat palsu dan mengelirukan dalam dokumen yang diserahsimpan merupakan kategori tertinggi pada tahun 2010, khususnya aduan terhadap pelantikan pengarah syarikat tanpa pengetahuan pengarah yang terlibat.

Aduan kedua terbanyak adalah skim pelaburan haram yang kebanyakannya merupakan skim kepentingan atau skim wang kutu. Skim-skim ini melibatkan ramai pelabur dan jumlah wang yang banyak. Misalnya, maklumat yang diterima oleh SSM mengenai skim pembiakan lintah oleh sebuah perniagaan dan syarikat melibatkan sekurang-kurangnya 71 pelabur dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5 juta. Selain itu aduan juga di terima mengenai skim pembiakan cacing tanah yang melibatkan seramai 3,000 pelabur, yang telah mengalami kerugian melebihi RM25 juta. Satu aduan terhadap aktiviti wang kutu yang melibatkan seramai 100,000 peserta dan pelaburan berjumlah RM33 juta juga diterima pada tahun 2010.

Memandangkan kegiatan skim pelaburan haram yang semakan berleluasa berdasarkan maklumat yang diterima, SSM telah membuat hebahan melalui media pada tahun 2010 untuk mendedahkan skim-skim tersebut kepada orang awam.

Page 68: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

66 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Sehubungan itu, Seksyen Aduan menerima 195 pertanyaan berkenaan dengan skim kepentingan pada tahun 2010. Ini menunjukkan tanda-tanda positif bahawa masyarakat mula mengambil tindakan untuk menyemak kesahihan atau latar belakang pengusaha skim tertentu sebelum membuat keputusan melabur dalam skim yang berkenaan.

Aduan terhadap ‘ketidakpatuhan rutin’ merupakan aduan ketiga terbanyak pada tahun 2010. Aduan-aduan yang diterima adalah mengenai isu-isu kegagalan menyerahsimpan penyata tahunan, tidak membentangkan akaun dan tidak mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan.

Tindakan Proaktif

Berikutan dengan aduan yang diterima pada tahun 2010, SSM telah mengeluarkan beberapa laporan akhbar untuk mengingatkan masyarakat tentang aktiviti pihak-pihak tertentu yang menyamar sebagai pegawai SSM untuk memperdayakan para pemilik perniagaan. Mereka menyatakan bahawa perkhidmatan kawalan serangga perosak yang ditawarkan oleh mereka adalah diwajibkan oleh SSM sebelum sesuatu sijil pendaftaran perniagaan itu boleh diperbaharui.

Selain daripada itu, SSM juga mengambil tindakan proaktif dengan memberi amaran kepada orang awam melalui media supaya tidak menjadi mangsa kepada sebuah sindiket tawaran pekerjaan iaitu Sea Wave Cruise Line (Malaysia) Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat yang tidak pernah diperbadankan.

BAHAGIAN SIASATAN

Pada tahun 2010 fokus Bahagian Siasatan lebih tertumpu kepada kesalahan-kesalahan yang melibatkan kes-kes berkepentingan awam, penyelewengan kewangan dan penyalahgunaan kuasa di bawah Akta Syarikat 1965. Tindakan ini adalah bersesuaian dengan dasar kerajaan untuk

membendung jenayah ekonomi yang dipercayai mempunyai potensi menjejaskan prestasi korporat dan ekonomi negara.

Pada Mac 2010, sebuah jawatankuasa khas yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Bersama Membanteras Jenayah Kolar Putih” telah ditubuhkan oleh Kabinet dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jawatankuasa Bersama ini dianggotai oleh beberapa agensi penguatkuasaan dan pengawalseliaan antaranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jawatankuasa ini berperanan untuk memastikan kerjasama di antara agensi terlibat diselaraskan dan tiada pertindihan fungsi di dalam tindakan penyiasatan.

Pada tahun 2010, Bahagian Siasatan buat pertama kalinya, telah menjalankan siasatan melibatkan kesalahan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang dikuatkuasakan oleh SSM.

Sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka berkaitan dengan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan sehingga kini kertas siasatan terbabit telah selesai serta dirujuk kepada Seksyen Pendakwaan. Ketiga-tiga kes tersebut adalah:

a) Grand Merger Network & Services

b) Kristal Karisma Enterprise

c) World Heritage Resources.

Bahagian Siasatan juga telah mengorak langkah dalam menjalankan siasatan yang melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) pada tahun 2010 dimana dua kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA telah

Page 69: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

67SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

0

50

Seksyen364(2)

Seksyen132

Seksyen125

Lain-lainSeksyen12 (1)(d)

APP

100

150

200

151

66

131118

31

dibuka dan selesai siasatannya. Kes-kes skim pelaburan yang ditawarkan kepada orang awam dengan dijanjikan pulangan lumayan yang tidak wujud.

Kesalahan yang disiasat di bawah Akta Syarikat 1965 adalah kesalahan predikat di bawah AMLATFA. Siasatan telah pun selesai dan dua IP telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan. Kedua-dua kes tersebut adalah seperti di bawah:

a) Golden Nest Properties International (M) Berhad – Izin untuk pertuduhan dibawah Seksyen 4 (1) AMLATFA 2001 telah diberikan untuk membuat tuduhan ke Unit Perlucuthakan Harta, Pejabat Peguam Negara di mana 68 dakwaan telah didaftarkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

b) Toppick Network International Berhad – Izin untuk pertuduhan dibawah Seksyen 4 (1) AMLATFA 2001 telah diberikan untuk membuat tuduhan ke Unit Perlucuthakan Harta, Pejabat Peguam Negara.

Penyiasatan Terhadap Kesalahan-Kesalahan

Pada tahun 2010, sebanyak 497 kes melibatkan pelbagai kesalahan dibawah Akta Syarikat 1965 dan Pendaftaran Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP) telah disiasat. Daripada jumlah tersebut, majoriti (30.38%) merupakan kesalahan dibawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang melibatkan penyerahan dokumen yang mengandungi pernyataan palsu dan mengelirukan. Ini diikuti oleh pelanggaran seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965, dimana seorang yang muflis bertugas sebagai pengarah syarikat (26.36%), manakala kesalahan di bawah seksyen 132 adalah sebanyak 13.28% daripada keseluruhan kes yang disiasat. Pecahan jumlah dan jenis kesalahan yang disiasat adalah seperti berikut:

Kertas siasatan baharu yang dibuka dan diselesaikan Pada tahun 2010, sejumlah 226 kertas siasatan baharu telah dibuka dan 269 kertas siasatan diselesaikan. Jumlah siasatan yang diselesaikan meningkat sedikit iaitu 3.46% berbanding tahun 2009. Jumlah kertas siasatan yang dibuka dan diselesaikan untuk tahun 2006 sehingga 2010 adalah seperti berikut:

0

50

212

253

326

260

226

269

2008 2009 2010

100

200

150

250

300

350

Dibuka Diselesaikan

Page 70: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

68 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KERTAS SIASATAN (IP) PENTING TADBIR URUS KORPORAT YANG SELESAI

Sejajar dengan objektif untuk meningkatkan tahap tadbir urus korporat, terdapat peningkatan jumlah IP yang dibuka untuk menyiasat kes-kes berkaitan pelanggaran tugas fidusiari pengarah. Sehingga 31 Disember 2010, Bahagian Siasatan berjaya menyelesaikan beberapa kes penting tadbir urus korporat yang disiasat di bawah seksyen 132 Akta Syarikat 1965. Jadual di bawah menunjukkan jumlah IP dibuka, selesai dan diizin untuk pendakwaan pada tahun 2010:

No. Kertas SiasatanKemungkinan

Kesalahan

1. Seal Incorporated Berhad

132(1), 132C

2. Citivest Sdn. Bhd. 132, 364

3. Golden Plus Holding Berhad

69E, 69G

4. L&R Warehousing Sdn. Bhd.

132, 67(1)

5. Pampena Berhad 132, 133, 125

6. Innobina Sdn. Bhd. 133

7. Prospek Perkasa Sdn. Bhd.

132, 364

8. Tetap Progresif Sdn. Bhd.

132, 254

9. Flexomers Sdn. Bhd. 131, 132

10. Ho Hup Construction Company Bhd.

69F

11. Pusrawi Corporation Sdn. Bhd.

132, 107

12. BK Commercial Trucks Sdn. Bhd.

131, 132

13. Folin Food Processing Sdn. Bhd.

132(1)

14. Consolidated Farms Berhad

132(1)

15. CS Opto Semiconductors Sdn. Bhd.

132(1)

KERTAS SIASATAN (IP) KES-KES PENIPUAN YANG SELESAI

Sejajar dengan objektif untuk memerangi jenayah kolar putih dan aktiviti penipuan, Bahagian Siasatan telah menyelesaikan sejumlah kes-kes penting penipuan yang disiasat di bawah pelbagai seksyen Akta Syarikat 1965 dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Jadual di bawah menunjukkan jumlah IP yang telah selesai berkaitan dengan penipuan yang diizin untuk pendakwaan:

No. Kertas SiasatanKemungkinan

Kesalahan

1. Golden Nest Properties International (M) Bhd.

366(3)

2. Toppick Network International Bhd.

366(3)

3.Midlands Studylinks Sdn. Bhd.

366(3)

4. Mahekhamay Agrotech Farm (M) Sdn. Bhd.

363, 84

5. Grand Merger Network & Services

3 ALKWK

6. Kristal Karisma Enterprise

3 ALKWK

7. Faridah Binti Mohd Ali

3 ALKWK

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 71: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

69SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Pendakwaan Terhadap Kesalahan

Sepanjang tahun 2010, sebanyak 7,552 kes telah didakwa di bawah pelbagai Akta yang ditadbirkan oleh SSM. Tahun 2010 juga mencatatkan sejarah dalam usaha pendakwaan SSM kerana tindakan jenayah buat julung kalinya telah dimulakan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971(Akta 28).

Agenda utama aktiviti penguatkuasaan SSM merupakan usaha berterusannya dalammembanteras jenayah kolar putih yang melibatkan pengarah-pengarah syarikat. Oleh yang demikian, tindakan jenayah utama yang diambil adalah kesalahan dibawah Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965, yakni satu kesalahan yang melibatkan pengarah-pengarah syarikat.

Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) ini telah dipinda secara substansial menerusi Akta Syarikat (Pindaan) 2007 dan telah mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2007. Akta Pindaan tersebut telah menggantikan seksyen 132(1) dan (2) dengan memperkenalkan tujuh subseksyen baru, merangkumi Seksyen 132 (1A) hingga 132 (1G).

Tahun 2010 mencatatkan sebanyak sembilan kes yang melibatkan pengarah syarikat melanggari

Seksyen 132 Akta Syarikat 1965. Daripada sembilan kes tersebut, dua telah disabitkan di bawah Seksyen 132(1) pada tahun 2010. Senarai penyabitan adalah seperti berikut:

(i) PP vs. Sariffudin Bin Mohd Yusop (63A-431- 2010)

(ii) PP vs. Tan Huck Jin (62A-438-2010)

Seksyen Pendakwaan juga telah mengambil inisiatif secara proaktif bagi mengekang pesalah ulangan. Inisiatif ini dilaksanakan melalui pemantauan sistem daftar pengarah-pengarah delinkuen yang dikenali sebagai DDR (‘Delinquent Directors Register’) secara kerap. Sistem DDR memuatkan pangkalan data pengarah-pengarah syarikat yang telah disabit dengan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125). Maklumat yang disimpan di dalam sistem DDR berserta kuasa-kuasa yang termaktub pada Pendaftar Syarikat di bawah Seksyen 130 Akta Syarikat membolehkan SSM melaksanakan pemantauan pada tahap yang lebih ketat ke atas individu yang mengemukakan permohonan untuk menjadi pengarah syarikat.

Pencapaian keseluruhan Seksyen Pendakwaan dan sorotan kes-kes pendakwaan pada tahun 2010 adalah ditunjukkan di mukasurat seterusnya.

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 72: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

70 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NO.KESALAHAN SERIUS MELIBATKAN PELANGGARAN TADBIR URUS KORPORAT DI BAWAH AKTA SYARIKAT DAN AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

BILANGAN SABITAN SEPANJANG TAHUN

2010

1. Seksyen 7D(5) Akta Syarikat 1965Kegagalan hadir di hadapan Pendaftar untuk diperiksa secara lisan di bawah Seksyen 7D(1)

1

2. Seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965Seorang yang bankrap dan masih belum dibebaskan daripada kebankrapan bertindak sebagai pengarah syarikat

17

3. Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965Kegagalan melaksanakan kewajipan sebagai pengarah syarikat untuk kepentingan syarikat

2

4. Seksyen 139A Akta Syarikat 1965Bertindak sebagai setiausaha syarikat tanpa lesen yang sah

1

5. Seksyen 364A(1)(a) Akta Syarikat 1965Pegawai syarikat dengan niat untuk memperdaya, mengemukakan laporan palsu kepada pengarah syarikat

5

6. Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971Menjalankan perniagaan wang kutu

3

7. Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965Orang yang membuat atau membenarkan dibuat, pernyataan palsu atau mengelirukan

5

JUMLAH KESALAHAN SERIUS BERHUBUNG PELANGGARAN TADBIR URUS KORPORAT YANG TELAH DISABITKAN

34

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 73: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

71SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NO. KESALAHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965BILANGAN SABITAN SEPANJANG TAHUN

2010

1. Seksyen 7(11)(a) & (b) Akta Syarikat 1965Kegagalan mengemukakan maklumat secara bertulis kepada Pendaftar & gagal memberi apa-apa maklumat, atau dalam memberi maklumat itu membuat apa-apa pernyataan yang ia ketahui palsu

4

2. Seksyen 7D(5) Akta Syarikat 1965Kegagalan hadir di hadapan Pendaftar untuk diperiksa secara lisan di bawah Seksyen 7D(1)

17

3. Seksyen 15(1)(d) Akta Syarikat 1965Melanggar larangan pelawaan kepada orang ramai untuk mendepositkan wang dengan syarikat persendirian

4

4. Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965Pengeluaran atau penawaran kepada orang awam untuk langgan atau pembelian pemilikan tanpa kelulusan surat ikatan

2

5. Seksyen 121(1)(b) Akta Syarikat 1965Kegagalan mencetak nama syarikat dan nombor syarikat di dokumen-dokumen rasmi syarikat

1

6. Seksyen 121(3) Akta Syarikat 1965Kegagalan untuk mempamerkan nama syarikat di semua pejabat

2

7. Seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965Seorang yang bankrap dan masih belum dibebaskan daripada kebankrapan bertindak sebagai pengarah syarikat

28

8. Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965Kegagalan melaksanakan kewajipan sebagai pengarah syarikat untuk kepentingan syarikat

9

9. Seksyen 133A Akta Syarikat 1965Melanggar larangan pinjaman kepada orang-orang yang mempunyai hubungan dengan pengarah syarikat

1

10. Seksyen 139(1B) Akta Syarikat 1965Jawatan setiausaha syarikat dibiarkan kosong lebih daripada satu bulan

2

11. Seksyen 139A Akta Syarikat 1965Bertindak sebagai setiausaha syarikat tanpa lesen yang sah

2

12. Seksyen 139C Akta Syarikat 1965Seorang yang bankrap dan masih belum dibebaskan bertindak sebagai setiausaha syarikat

2

13. Seksyen 143(1) Akta Syarikat 1965Kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan

1,487

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 74: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

72 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NO. KESALAHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

BILANGAN KES YANG TELAH DIDAFTAR/ DITUDUH PADA

TAHUN 2010

14. Seksyen 156(1)(a) Akta Syarikat 1965Kegagalan merekodkan semua minit prosiding mesyuarat agung atau mesyuarat pengarah-pengarah/ pengurus-pengurus

2

15. Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965Kegagalan menyerahsimpan Penyata Tahunan

3,578

16. Seksyen 165A(1) Akta Syarikat 1965Kegagalan untuk menyertakan penyata juruaudit

46

17. Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965Kegagalan untuk membentangkan akaun untung & rugi dalam Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa yang ditetapkan

1,666

18. Seksyen 169(4) Akta Syarikat 1965Kegagalan untuk audit Akaun Untung & Rugi sebelum membentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan syarikat

2

19. Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965Orang yang membuat atau dibenarkan dibuat, pernyataan palsu atau mengelirukan

27

20. Seksyen 364A(1)(a) Akta Syarikat 1965Pegawai syarikat dengan niat untuk memperdaya, mengemukakan laporan palsu kepada pengarah syarikat

2

21. Seksyen 363(3) Akta Syarikat 1965Dengan secara tipuan telah mempengaruhi orang ramai untuk membuat pelaburan

2

22. Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965Memperolehi bayaran wang kepada syarikat dengan sumpah palsu dan dengan niat untuk menipu

6

23. Seksyen 367(1) Akta Syarikat 1965Penyalahgunaan perkataan ‘Limited’ dan ‘Berhad’

1

24. Seksyen 370(1) Akta Syarikat 1965Prosiding penalti ingkar

84

JUMLAH KES YANG DIDAFTAR/ DITUDUH 6,977

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 75: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

73SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NO. KESALAHAN DI BAWAH AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

BILANGAN KES YANG TELAH DIDAFTAR/ DITUDUH PADA

TAHUN 2010

1. Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran

22

2. Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Menjalankan perniagaan selepas pendaftaran tamat tempoh

348

3. Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Kegagalan mematuhi kehendak-kehendak Pendaftar di bawah Seksyen 10

11

4. Seksyen 12(2) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Kegagalan mempamerkan Sijil Pendaftaran Perniagaan

81

5. Kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1956 Kegagalan untuk menyerahsimpan butir-butir pendaftaran perniagaan

32

6. Kaedah 17A(2) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1956 Kegagalan untuk mempamerkan papan tanda

69

JUMLAH KES YANG DIDAFTAR/ DITUDUH 563

NO. KESALAHAN DI BAWAH AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

BILANGAN KES YANG TELAH DIDAFTAR/ DITUDUH PADA

TAHUN 2010

1. Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971Perniagaan berdaftar telah dengan secara tidak sah menjalankan/ mengumpul wang kutu dari orang ramai

12

JUMLAH KES YANG DIDAFTAR/ DITUDUH 12

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 76: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

74 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2008 2009 2010

5,567

6,790

7,552

0

2,000

1,000

3,000

5,000

7,000

4,000

6,000

8,000

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Jumlah Kes yang Didakwa.

PP v MyBroadband.Com Sdn. Bhd.

Pengarah syarikat Mybroadband.com Sdn. Bhd. telah dituduh dan disabitkan di bawah Seksyen 132(1) Akta Syarikat atas kesalahan bertindak dengan niat buruk dan gagal melaksanakan kewajipan sebagai pengarah syarikat untuk kepentingan syarikat. Beliau dikatakan telah menyalahguna kuasanya dengan menyebabkan Mybroadband kehilangan kiosk perniagaannya di Giant Bukit Tinggi, Klang kepada pesaing perniagaan yang mana pengarah yang sama memegang saham dalam syarikat pesaing tersebut. Tindakan tersebut telah menyebabkan Mybroadband.com mengalami kerugian.

PP v Grand Merger Network & Services

Tiga individu, dengan menubuhkan perniagaan bernama Grand Merger Network & Services telah didapati menawarkan skim pinjaman wang kutu kepada orang awam melalui pengiklanan akhbar. Perniagaan itu memerlukan mereka yang terlibat menyertai skim berlandaskan prinsip Islam yang dipanggil sebagai ‘Skim Tawoon’, di mana mereka perlu mendepositkan sejumlah wang dalam bentuk Wang Pos. Skim tersebut telah diperkenalkan pada Mei 2009 melalui laman web dan telah berjaya menarik sejumlah 81,003 peserta yang dianggarkan telah membuat pelaburan sebanyak RM2,444,848.00. Ketiga-tiga mereka telah disabitkan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Wang Kutu 1971 atas kesalahan menawarkan skim yang dilarang di bawah akta berkenaan.

PP v World Heritage ResourcesPP v Kristal Karisma EnterprisePP v Al Falah Global Resources

Pemilik-pemilik kepada ketiga-tiga syarikat di atas telah didakwa pada 28 September 2010 dan 15 Oktober 2010 atas kesalahan menawarkan skim pinjaman wang kutu kepada orang awam. Perniagaan-perniagaan ini memerlukan peserta menyertai suatu skim yang dikenali sebagai ‘Program Ekspress’, di mana mereka yang terlibat perlu mendepositkan wang dalam bentuk Wang Pos. Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2003 dan masih lagi beroperasi.

Pendakwaraya (PP) v Island Red Café Franchise Sdn. Bhd.

Dua (2) pengarah Syarikat Island Red Café Franchise Sdn. Bhd. telah didakwa dibawah Seksyen 366(3), 363(5) dan 27(8) Akta Syarikat pada 9 Februari 2010 atas tuduhan menawarkan syer syarikat untuk tujuan pelaburan dan juga telah mengelirukan pihak awam untuk membuat pelaburan ke atas syarikat mereka.

PP v Golden Nest Properties International (M) Berhad

Golden Nest Properties International (M) Berhad telah didapati membuat tawaran syer kepada pihak awam melalui skim bird’s nest cultivation. Oleh itu, syarikat tersebut telah dikatakan bertindak diluar perjalanan perniagaannya i.e. dengan menawarkan syer-syer tersebut kepada pihak awam. Tawaran itu adalah bertentangan dengan Seksyen 363(3) Akta Syarikat. Disamping itu, syarikat tersebut juga telah didapati membuat tawaran pelaburan skim ‘bird’s nest cultivation’ itu tanpa suratikatan yang diluluskan oleh Pendaftar. Ini adalah berlanggaran dengan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1956. Oleh itu, dua pengarah berkenaan telah didakwa ke Mahkamah Petaling Jaya dan dituduh di bawah kesalahan-kesalahan terbabit pada 18 Mac 2010.

Page 77: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

75SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SEKSYEN LITIGASI

Tahun 2010 merupakan tahun yang padat bagi Seksyen Litigasi yang membawa kepada peningkatan besar dalam jumlah fail yang dikendalikan. Sebanyak 154 kes baru litigasi sivil yang berkaitan dengan kes-kes berkaitan dengan Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 62 kes sudah ditutup selepas penghakiman tercatat di Mahkamah, meninggalkan 92 kes yang masih menunggu pendengaran dan pelupusan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Ulasan kes-kes sivil penting melibatkan SSM:

(i) Mahkamah Persekutuan Rayuan Sivil No. D1(f)-15-2008 (w): N.V Multicorporation Berhad & 10 Yang Lain v. SSM (kes Nirvana)

• N.V Multicorporation Berhad merupakan syarikat induk bagi anak syarikat yang membangun dan mengusahakan taman- taman peringatan (‘memorial parks’) di Malaysia dan luar negara dengan nama dan gaya ‘NIRVANA’. Mereka menawarkan plot perkuburan dan petak abu mayat di taman peringatan yang canggih dan berstruktur untuk penganut agama Kristian dan Buddha.

• Pada tahun 2004, N.V Multicorporation dan 10 anak syarikatnya tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh SSM yang mengarah mereka untuk mematuhi peruntukan Bahagian IV Divisyen 5 AS 1965 (“AS”) kerana menjalankan skim kepentingan. Mereka telah memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berjaya mendapatkan suatu deklarasi bahawa operasi perniagaan mereka bukan merupakan suatu ‘skim kepentingan’.

• Mahkamah Rayuan memutuskan pada bulan Jun 2008 bahawa perniagaan N.V Multicorporation dan 10

anak syarikatnya adalah suatu skim kepentingan. Menurut keputusan sebulat suara panel hakim yang disampaikan oleh Dato’ Abdul Hamid Embong HMR, hanya dengan menandakan suatu perjanjian sebagai ‘perjanjian lesen’ adalah tidak konklusif. Ciri-ciri transaksi tersebut serta keperluan untuk melindungi pemegang kepentingan adalah sangat penting. Setelah kajian terperinci dibuat ke atas ciri-ciri operasi N.V Multicorporation dan 10 anak syarikatnya, maka dapat disimpulkan bahawa operasi mereka merupakan suatu ‘skim kepentingan’. • N.V Multicorporation dan anak- anak syarikatnya kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Pada 8 Jun 2010, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti menyampaikan penghakiman mereka yang menyebelahi pihak SSM. Tan Sri Richard Malanjum HBSS dan Tan Sri James Foong HMP menyebelahi pihak SSM walau bagaimanapun Dato’ Hashim Yussof HMP memberikan penghakiman berbeza. Majoriti memutuskan bahawa memandangkan definisi ‘kepentingan’ itu luas di bawah seksyen 84 AS dan teras sebenar perniagaan Nirvana, mereka perlu mematuhi Bahagian IV Divisyen 5 AS.

• Sebahagian daripada penghakiman Tan Sri James Foong yang patut diambil maklum: ‘Taman Peringatan yang selamat, tertib dan tersusun menarik perhatian orang awam. Dalam situasi seperti ini, kedua- dua belah pihak mempunyai kepentingan bersama untuk memastikan usaha bersama itu berjaya. Oleh sebab itu, adalah salah untuk menyatakan bahawa transaksi antara pembeli dan plaintif (Nirvana) adalah transaksi satu kali sahaja (‘a one-off transaction’). Usaha pihak plaintif adalah suatu usaha yang

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 78: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

76 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

berterusan dan bukan setakat penjualan petak pengebumian atau ruang di dalam kotak.”

• Keputusan bagi kes Nirvana ini adalah keputusan penting untuk skim kepentingan di Malaysia dan merupakan pencapaian hebat untuk SSM. Ini sangat berguna untuk SSM dalam usaha untuk menguatkuasakan peruntukan di bawah Bahagian IV Divisyen 5 AS. Secara khususnya, SSM akan mengikut pada keputusan ini untuk kes-kes yang menunggu penyelesaian di Mahkamah dan yang sedang disiasat.

(ii) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Saman Pemula No. D-24NCC-67-2010 Pendaftar Syarikat lwn Dato’ Low Tuck Choy, Low Lai Yong, Low Chee & Sons Sdn. Bhd. dan Ho Hup Construction Berhad

• SSM memulakan tindakan sivil melalui Saman Pemula terhadap tiga pemegang saham utama Ho Hup berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas Lembaga Pengarah syarikat ini. Aduan tersebut menyatakan isu pemegang saham utama tersebut telah memperoleh saham Ho Hup tanpa memenuhi keperluan pendedahan mengikut seksyen 69E dan 69F AS. Selain itu, pemegang saham bertindak bersama dengan individu-individu secara senyap (‘discreet’) bagi memperolehi saham Ho Hup untuk mendapatkan kuasa majoriti syarikat sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dijadualkan pada 17 Mac 2010.

• Dalam Saman Pemula tersebut, SSM memohon untuk perintah untuk menahan 3 pemegang saham utama tersebut daripada melaksanakan hak mengundi mereka sehingga SSM menyelesaikan siasatan dan sehingga Pendakwa Raya memutuskan sama ada untuk memulakan tindakan pendakwaan terhadap pihak-pihak yang bersalah.

• Pada 10 Mac 2010, SSM telah mendapatkan perintah ex parte dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Dato’ TC Low, LY Low dan Low Chee & Sons Sdn Bhd untuk menahan mereka daripada menggunakan sebarang hak mengundi mereka pada semua saham Hup Ho yang berdaftar di atas nama mereka.

• Perintah ex parte tersebut kemudian dibantah oleh pihak-pihak yang terlibat dan perkara ini telah menyebabkan perintah variasi diberikan oleh Mahkamah pada 16 Mac 2010. Di bawah perintah variasi tersebut, perintah penahanan itu diubahkan dan terbatas kepada ‘saham yang terbatas’ atau ‘impugned shares’ yang diperoleh oleh Dato’ TC Low dan LY Low pada tahun 2009 dan 2010. Pihak yang memihak kepada Dato’ TC Low telah meneruskan dengan mengundi keluar lembaga pengarah Ho Hup dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 17 Mac 2010.

• Diadakan pada 3 September 2010, semua pihak bersetuju untuk merekodkan penghakiman persetujuan dengan syarat defendan-defendan bersetuju untuk memberitahu pihak SSM sekiranya mereka menerima sebarang notis berkenaan dengan mesyuarat agung syarikat pada atau sebelum 31 Disember 2010.

• Tindakan sivil yang diambil oleh SSM telah mendapat liputan media yang luas. Ini adalah pertama kalinya SSM menggunakan kuasa di bawah seksyen 69N AS. Sesuatu yang harus diambil maklum adalah beberapa liputan media mendakwa SSM telah dipengaruhi oleh pihak ketiga dalam mengambil tindakan ini dan dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali. Pada ketika ini, SSM telah menyelesaikan siasatan dalam hal ini dan Kertas Siasatan sedang disemak oleh Pendakwa Raya.

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 79: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

77SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

(iii) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Penggulungan Syarikat No. D-28NCC- 90-2010 Suruhanjaya Syarikat Malaysia v. Isles International Universite (European Union) Limited (dahulu dikenali sebagai Irish International University)

• Irish Internationale Universite (European Union) Limited (sekarang dikenali sebagai Isles Internationale Universite (European Union) Limited) (“Syarikat tersebut”) adalah sebuah syarikat asing yang berdaftar di Malaysia menurut seksyen 332 (1A) AS.

• SSM telah memulakan tindakan penggulungan terhadap Syarikat tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menurut seksyen 218 (1) (m) & (n) AS atas alasan Syarikat tersebut digunakan untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan umum dan bertentangan dengan undang-undang negara.

• Sebelum bermulanya tindakan penggulungan tersebut, SSM telah menerima aduan dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (‘KPTM’) bahawa Syarikat tersebut menjalankan perniagaan secara tidak sah dengan menyediakan institusi pendidikan tinggi swasta. Dengan kata lain, Syarikat tersebut adalah sebuah ‘universiti palsu’ (bogus university).

• Pada tarikh pendengaran Petisyen pada 8 April 2010, peguam bagi Syarikat tersebut menyuarakan dua isu bantahan awalan. Pertama, SSM tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan Petisyen tersebut. Kedua, seksyen 218 AS merujuk kepada penggulungan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, bukan sebaliknya.

• Hakim Mahkamah Tinggi, YA Tuan Mohamad Ariff Mohd Yusof memberikan keputusan pada 27 Mei 2010 bagi isu- isu awal yang dibangkitkan oleh Syarikat

tersebut bahawa SSM tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan penggulungan syarikat di bawah seksyen 315 AS.

• Menurut seksyen 315 AS, sebuah syarikat asing boleh digulung dalam tiga keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 315 (1) (c) (i - iii), iaitu seperti berikut:

o syarikat telah dibubarkan atau tidak lagi mempunyai tempat perniagaan di Malaysia atau telah berhenti menjalankan perniagaan di Malaysia;

o syarikat tidak boleh membayar hutangnya; dan

o Mahkamah berpendapat bahawa adalah adil dan saksama sekiranya syarikat itu digulungkan.

• 315 tidak menyebut pihak yang boleh memfailkan petisyen untuk menggulungkan syarikat. Oleh itu, rujukan harus dilakukan kepada seksyen 217 AS sebagai panduan. Menurut YA Hakim, tiga alasan untuk penggulungan di bawah seksyen 315 (1) (c) (i - iii) lebih kepada tindakan yang dimulakan oleh pemiutang atau penyumbang dan tidak sesuai untuk dimulakan oleh Pendaftar Syarikat.

• hasil daripada keputusan kes ini, SSM sedang meneliti cadangan untuk meminda seksyen 315 dan 315 AS supaya Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa untuk menggulungkan syarikat asing, seperti kuasa yang sedia ada di bawah seksyen 217 (1) (h) dan 218 (1) (m) dan (n) AS.

Sumbangan untuk Program Outreach SSM dan di peringkat Antarabangsa

Pegawai undang-undang SSM meneruskan sumbangan mereka terhadap usaha outreach dengan memberikan taklimat dalam program

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 80: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

78 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

dalaman dan tempat-tempat lain, khususnya di ILKAP, KPDNKK, MAICSA dan lain-lain. Pada tahun 2010, 4 orang pegawai undang-undang SSM telah berjaya mengikuti kursus akreditasi sebagai Certified Trainer yang dianjurkan oleh COMTRAC dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Pegawai undang-undang SSM juga memberikan sumbangan terhadap peningkatan pengetahuan dalaman melalui penerbitan berkala Notis Undang-undang (‘Legal Notifications’) dan ceramah dalam Knowledge Empowerment Sessions (‘KES’).

Di peringkat antarabangsa, seorang pegawai kanan undang-undang SSM telah tamat kursus Mutual Evaluation Assessors Workshop anjuran International Monetary Fund dan Asia-Pacific Group on Anti-Money Laundering yang diadakan di Singapura pada bulan Ogos 2010. Pegawai tersebut kini mampu melakukan Mutual Evaluation Exercises on Anti-Money Laundering di rantau Asia-Pasifik.

Pegawai undang-undang SSM juga telah mendapat penghormatan apabila dilantik sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja Typology bagi Asia-Pacific Group on Anti-Money Laundering bagi sesi 2010-2011. Salah satu tugas awalan beliau adalah mempengerusikan secara bersama Bengkel Typology APG yang telah diadakan pada bulan November 2011 di Dhaka, Bangladesh. Kumpulan Kerja ini sedang mengendalikan beberapa projek iaitu mengenai kegiatan penipuan merentas sempadan (‘cross-border organized frauds’) dan aktiviti badan-badan bukan bermotifkan keuntungan (‘non-profit organizations’). Laporan mengenai projek-projek tersebut akan dibentangkan pada bulan Julai 2011 dalam Mesyuarat Agung Tahunan APG.

PEMERIKSAAN PANGKALAN DATA DAN FIZIKAL

Menuju ke arah penguatkuasaan yang berstruktur dan sistematik seperti yang terkandung dalam SDP II, aktiviti pemeriksaan dirancang secara menyeluruh bagi memastikan keseragaman strategi antara setiap cawangan SSM. Melalui pemeriksaan pangkalan data dan pemeriksaan fizikal, SSM komited untuk menggalakkan pematuhan secara sukarela di bawah prinsip penguatkuasaan seimbang dengan mendekati pemilik syarikat dan perniagaan serta

mendidik dalam aspek pematuhan kepada undang-undang.

Pada tahun 2010, sebanyak 455,864 syarikat dan 527,975 perniagaan telah diperiksa. Jumlah pemeriksaan fizikal meningkat sebanyak 23% dimana 100,529 pemeriksaan fizikal dijalankan berbanding 82,023 pada tahun 2009. Sebahagian besar pemeriksaan fizikal dijalankan ke atas perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah sebanyak 76%.

Daripada keseluruhan pemeriksaan yang dijalankan 883,310 atau 90% merupakan pemeriksaan ke atas maklumat korporat dan perniagaan yang tersimpan di dalam pangkalan data SSM. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, SSM telah mengambil tindakan penguatkuasaan seperti berikut:

• 682,442 notis peringatan dihantar kepada syarikat dan pengarah-pengarah syarikat sebelum tamat tempoh mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan membentangkan akaun beraudit berdasarkan peruntukan seksyen 143(1) dan 169(1) AS1965.

• 66 notis berhubung peruntukan seksyen 125 AS1965 telah dihantar kepada pengarah- pengarah syarikat yang masih bertindak sebagai pengarah selepas disahkan muflis.

• 1,208 notis peringatan telah dihantar kepada pengarah dan setiausaha syarikat yang gagal mengemukakan Penyata Urusan (Statement of Affairs) dan Akaun kepada penerima (receiver) berdasarkan peruntukan seksyen 234 AS1965. Sebanyak 2,197 notis berkaitan seksyen 7(II)(a) AS 1965 telah dihantar kepada 470 buah syarikat dan pegawainya untuk mendapatkan status gadaian berdasarkan seksyen 113 AS 1965.

Pemeriksaan data juga dijalankan untuk mengesahkan kebolehpercayaan penyata kewangan serta tahap integriti dan tadbir urus korporat pegawai syarikat. Sehubungan itu

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 81: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

79SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

tindakan-tindakan berikut telah diambil:

• 56 surat teguran dihantar berdasarkan peruntukan seksyen 166A(5) AS 1965 kepada syarikat yang gagal menyediakan penyata kewangan menurut piawaian perakaunan yang diluluskan.

• 12 syarikat dirujuk untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 133(1) AS1965 kerana didapati mengeluarkan atau memberi pinjaman secara tidak sah kepada pengarah syarikat.

Jumlah notis kompaun yang dikeluarkan bagi kesalahan yang dikesan daripada aktiviti pemeriksaan fizikal dan pangkalan data pada tahun 2010 meningkat sebanyak 58% berbanding tahun 2009.

PEMANTAUAN AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN MEDIA DAN LAMAN SESAWANG

Dalam tahun 2010, SSM meneruskan aktiviti pemantauan ke atas pematuhan syarikat dan perniagaan yang mewarwarkan, mengiklan atau menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan media dan laman sesawang. Pemeriksaan yang dijalankan ke atas pelbagai syarikat dan perniagaan yang dikenalpasti melalui media tempatan dan sejumlah 1,012 laman sesawang mendedahkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta yang ditadbir oleh SSM seperti berikut:

JenisKesalahan

Jumlah Syarikat / Perniagaan

LamanSesawang

Media Tempatan

2010 2009 2010 2009

Kesalahan di bawah Divisyen 5 Bahagian IV AS1965 kerana menawarkan perniagaan melibatkan“kepentingan” menurut seksyen 84 AS1965.

52 15 76 18

Kesalahan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 10 1 1 1

Kesalahan melibatkan isu kepentingan awam (contoh : Jualan langsung, pengambilan deposit secara tidak sah, dll)

19 9 8 -

Kesalahan lazim di bawah AS1965 dan APP1956 (contoh: gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan & Penyata Kewangan, gagal mengemaskini maklumat perniagaan

477 20 523 276

Jumlah 558 235 608 295

Berdasarkan hasil penemuan pemeriksaan, kes berkaitan kesalahan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh SSM diteruskan dengan tindakan penguatkuasaan atau tindakan pentadbiran manakala kes yang tidak berkaitan dirujuk kepada agensi-agensi lain yang berkaitan.

Laporan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan yang diambil ke atas kes-kes yang dikenalpasti melalui pemantauan laman sesawang turut dilaporkan kepada Majlis Keselamatan Negara secara bulanan.

PEMANTAUAN KE ATAS SKIM KEPENTINGAN

SSM meneruskan aktiviti pemantauan ke atas skim-skim kepentingan berdaftar dan tidak berdaftar berdasarkan peruntukan Divisyen 5 Bahagian IV AS1965 bagi memastikan kepentingan orang awam terpelihara. Seksyen 94(1) AS1965 memperuntukkan penalti penjara 5 tahun

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 82: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

80 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

atau RM100,000 atau kedua-duanya bagi kegagalan mematuhi peruntukan Divisyen tersebut. Selain itu, penawaran kepentingan tanpa prospektus yang sah juga boleh dikenakan denda di bawah seksyen 363(5) yang memperuntukkan penjara 10 tahun atau denda RM250,000.

Sehingga 31 Disember 2010, sebanyak 166 skim kepentingan telah berdaftar dengan SSM.

Sepanjang tahun 2010, 31 skim yang melibatkan 6 syarikat pemegang amanah telah diperiksa berbanding 23 skim dalam tahun 2010 seperti jadual di bawah:

Jenis Skim yang Diperiksa

2010 2009 2008

Kelab Golf & Rekreasi 8 7 1

Kelab Rekreasi 9 8 4

Perkongsian Masa 9 3 -

Marina 2 5 1

Skim Kongsitani 1 - 3

Taman Peringatan 2 - -

Jumlah 31 23 9

Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, notis kompaun telah ditawarkan kepada operator skim bagi kesalahan-kesalahan mengikut seksyen Akta Syarikat 1965 berikut:

KESALAHAN (AS1965)JUMLAH

KES

Seksyen 90(1)Tawaran/jemputan kepada orang awam untuk melanggan keahlian tanpa prospektus yang sah

2

Seksyen 93(1)Kegagalan menyerahsimpan kepada Pendaftar satu Penyata Pemegang Kepentingan (Borang 32) dalam tempoh 2 bulan selepas tahun kewangan berakhir

1

Seksyen 94(1)(b)Kegagalan mematuhi perjanjian yang terdapat dalam surat ikatan amanah

3

Seksyen 143(1)Kegagalan mengadakan MAT

2

Seksyen 165(4)Kegagalan menyerahsimpan penyata tahunan kepada Pendaftar

2

Seksyen 169(1)Kegagalan membentangkan akaun untung & rugi semasa MAT dalam masa 6 bulan selepastahun kewangan berakhir

6

Selain daripada pematuhan terhadap peraturan pendaftaran, pemeriksaan juga mendapati pematuhan terhadap penyerahan penyata tahunan dan akaun beraudit meningkat sebanyak 87% berbanding dengan 83% pada tahun lepas. Peningkatan ini disebabkan oleh inisiatif dari SSM untuk memupuk amalan tadbir urus korporat di kalangan pengarah penganjur skim melalui program kesedaran, yang merangkumi perjumpaan bersama dan perbincangan dengan pertubuhan skim kepentingan dan pihak-pihak yang berkaitan.

SSM mengambil berat terhadap isu perlindungan pemegang kepentingan dan pengguna. Pada tahun 2010, SSM telah mengenalpasti dan memantau sebanyak 151 skim tidak berdaftar serta memastikan tindakan awal diambil bagi melindungi para pemegang kepentingan yang mungkin diperdaya untuk melanggan dalam skim yang tidak sah. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 83: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

81SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

26% berbanding 120 skim yang dipantau dalam tahun 2009. Statistik pemantauan ke atas skim tidak berdaftar adalah seperti berikut:

Jenis Skim Kepentingan tidak berdaftar yang di pantau

2010 2009

Penternakan 90 28

Pengurusan Perniagaan 2 7

Skim Kongsitani 11 21

Perbankan Tanah 8 2

Skim Sewa Balik 4 5

Keahlian - 9

Kelab Kecergasan - 5

Pemasaran Pelbagai Aras 5 11

Skim Persaraan - 4

Lain-lain 31 28

JUMLAH 151 120

Hasil daripada aktiviti pemantauan yang dijalankan sepanjang tahun 2010, 11 syarikat dan perniagaan telah dirujuk untuk siasatan lanjut kerana menawarkan skim yang meragukan kepada orang awam, 18 kes dirujuk ke Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran untuk diberi penerangan berhubung peruntukan Divisyen 5 Bahagian IV AS 1965, tiga (3) syarikat dan pengarah-pengarahnya telah dikompaun di bawah Seksyen 94(1) AS1965, 12 kes yang didapati bukan di bawah bidang kuasa SSM telah dirujuk ke agensi-agensi berkaitan manakala kes-kes yang lain masih dipantau bagi menentukan samada skim yang terlibat merupakan skim kepentingan di bawah definisi seksyen 84 AS 1965. Terdapat sebanyak 60% daripada skim yang masih dipantau merupakan skim di bawah kategori penternakan dan daripada jumlah ini 64 kes melibatkan penternakan ikan Arowana.

Pada tahun 2010, SSM telah meningkatkan pemantauan ke atas aktiviti yang mempromosikanperniagaan berbentuk wang kutu. Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 menghalang

seseorang individu menjalankan perniagaan berbentuk pengumpulan wang kutu. Seseorang yang didapati bersalah menganjurkan perniagaan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sehingga Disember 2010, 29 skim telah dipantau di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Empat (4) skim yang disahkan sebagai skim kutu telah dirujuk untuk siasatan lanjut.

Hasil dari siasatan yang dijalankan, 19 perniagaan telah dibatalkan oleh Pendaftar di bawah peruntukan seksyen 5C(2) APP1956 atas kesalahan menjalankan perniagaan berbentuk pengumpulan wang kutu atau menjadi agen mempromosikan wang kutu. Pemilik perniagaan yang berkenaan telah dirujuk untuk pendakwaan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Maklumat perniagaan serta tindakan yang diambil oleh SSM turut dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Seremban atau pihak berkuasa tempatan untuk tindakan sewajarnya.

SSM mengambil maklum bahawa pertumbuhan skim pengumpulan dana di Malaysia adalah disebabkan oleh keghairahan orang awam untuk mendapatkan pulangan yang cepat dengan pelaburan yang sedikit dan kurang pengetahuanterhadap undang-undang yang berkaitan. Sehubungan itu SSM telah melaksanakan program-program kesedaran secara agresif melalui hebahan di media-media masa untuk menghalang pertumbuhan skim yang berterusan. SSM juga dalam proses meminda peruntukan dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 untuk meningkatkan denda yang diperuntukkan di bawah akta tersebut daripada RM5,000 atau 3 tahun penjara kepada RM250,000 atau 10 tahun penjara dan mewartakan kesalahan tersebut sebagai kesalahan predikat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 84: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

82 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PEMANTAUAN JURUAUDIT

Sehingga 31 Disember 2010, seramai 1,514 atau 80% juruaudit berdaftar dikenalpasti sebagai aktif dalam 1,479 firma audit di Malaysia. SSM menerima 27 permohonan baru bagi pendaftaran firma audit iaitu peningkatan sebanyak 68% berbanding 16 permohonan pada tahun sebelumnya.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan pada tahun 2010, SSM telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap para juruaudit seperti berikut:

• 22 firma audit berdaftar dikompaun di bawah Peraturan 8A(4) kerana gagal menyerahsimpan Borang 5 dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya perubahan butiran firma audit.

• 17 juruaudit dikompaun kerana gagal mematuhi peruntukan seksyen 9(4)(a) AS1965. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa sesebuah firma tidak boleh bertindak sebagai juruaudit bagi mana-mana syarikat melainkan semua rakan kongsi adalah juruaudit yang diluluskan dan bermastautin di Malaysia.

• 25 firma audit milikan tunggal dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Syarikat kerana masih beroperasi setelah gagal memaklumkan SSM mengenai penutupan firma audit yang berkenaan.

• 378 fail dan maklumat peribadi juruaudit yang tidak aktif dikeluarkan dari pangkalan data SSM.

• Surat teguran yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 9(6) AS1965 dihantar kepada lima (5) firma audit kerana gagal memberi kebenaran secara bertulis sebelum dilantik sebagai juruaudit.

• Tiga (3) surat teguran dihantar kepada tiga (3) juruaudit bagi kesalahan di bawah seksyen 169(1) dan dua (2) kesalahan di bawah seksyen 174(8A).

• Saranan untuk penarikan balik kelulusan daripada seorang juruaudit kerana gagal mematuhi peruntukan seksyen 9(1)(c)(i) AS1965. Kelulusan juruaudit yang berkenaan telah ditarik balik oleh Menteri pada 10 Februari 2010.

PEMANTAUAN KE ATAS SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN (SBMJ)

Sehingga 31 Disember 2010, sebanyak 1,587 SBMJ telah didaftarkan dengan tahap pematuhan sebanyak 86% iaitu kenaikan sebanyak 0.38% berbanding pada 31 Disember 2009 (85%). Kenaikan ini disebabkan oleh inisiatif yang diambil untuk meningkatkan amalan tadbir urus korporat di kalangan pengarah dan setiausaha syarikat SBMJ, terutamanya peningkatan dalam penyerahan Penyata Tahunan. Pemeriksaan telah dijalankan untuk memastikan syarikat-syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan (NPO) ini mematuhi peruntukan AS1965 serta memastikan sumber pendapatan dan penggunaan dana tidak menjurus kepada aktiviti tidak sah dari segi undang-undang yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara. Pemantauan yang dijalankan oleh SSM adalah selaras dengan satu aspek penting di dalam Financial Action Task Force (TATF) Nine Special Recommendations on Terrorist Financing 2001, yang memerlukan semua negara mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan organisasi pengganas tidak berselindung disebalik NPO yang sah.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan ke atas 274 SBMJ pada tahun 2010, kesalahan-kesalahan berikut telah dikesan:

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 85: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

83SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

No. Kesalahan oleh SBMJ di bawah AS 1965 2010 2009 2008

1. Seksyen 9(6)Kegagalan mendapatkan persetujuan juruaudit secara bertulis sebelum pelantikan juruaudit dibuat.

- 6 9

2. Seksyen 19(2)Kegagalan mendapatkan kelulusan/ keizinan daripada Menteri terlebih dahulu berkaitan pemilikan tanah oleh syarikat.

- 3 4

3. Seksyen 24(4)Kegagalan mendapatkan kelulusan/ keizinan daripada Menteri terlebih dahulu berkaitan pindaan terhadap Memorandum dan Artikel syarikat.

1 2 4

4. Seksyen 121(1)(b)Kegagalan mencetak nama dan nombor syarikat di atas dokumen syarikat.

1 5 1

5. Seksyen 129(6)Kegagalan mendapatkan kelulusan ahli bagi pelantikan pengarah yang berusia melebihi 70 tahun dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

- 2 7

6. Seksyen 141(6)Kegagalan menyimpan buku daftar pengarah, pengurus dan setiausaha di alamat berdaftar syarikat.

1 1 -

7. Seksyen 143(1)Kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh yang ditetapkan.

2 27 -

8. Seksyen 157(1)Kegagalan menyimpan buku minit di pejabat berdaftar.

- 1 -

9. Seksyen 158(1)Kegagalan menyimpan buku daftar ahli-ahli.

- 1 1

10. Seksyen 165(5)Kegagalan menyerahsimpan Penyata Tahunan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

2 29 7

11. Seksyen 169(1)Kegagalan membentangkan Penyata Kewangan beraudit syarikat dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8 61 38

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 86: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

84 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Kesalahan di bawah AS1965 2010 2009 2008

Seksyen 139(1)(B)Jawatan setiausaha syarikat dibiarkan kosong melebihi tempoh 30 hari

2 892 2,151

Seksyen 139B(5)Kegagalan untuk memperbaharui lesen tidak lewat 30 hari sebelum tamat tempoh lesen

38 90 92

Seksyen 139C(2)Kegagalan untuk bertindak jujur atau kegagalan menggunakan tindakan yang wajar dalam melaksanakan tugas sebagai setiausaha

64 45 20

Seksyen 139C(3)• Setiausaha syarikat berterusan berkhidmat selepas hilang kelayakan/ tamat tempoh lesen• Pengarah syarikat membenarkan setiausaha syarikat yang telah hilang kelayakan berterusan bertindak sebagai setiausaha syarikat

27

315

69

589

85

64

JUMLAH 446 1,685 2,412

SETIAUSAHA SYARIKAT

Sehingga 31 Disember 2010, seramai 9,594 setiausaha syarikat berlesen dan 46,254 ahli badan profesional didapati layak dilantik sebagai setiausaha syarikat di Malaysia.

Pada tahun 2010, SSM menerima sebanyak 194 permohonan baharu bagi lesen setiausaha syarikat, iaitu penurunan 19% berbanding 239 permohonan pada tahun 2009. Pengurangan dalam permohonan tersebut disebabkan oleh polisi yang ketat oleh SSM dalam menentukan hanya calon yang benar-

benar layak dan sesuai untuk diberi lesen sebagai setiausaha syarikat.

Mulai 25 Februari 2010, ujian bertulis telah dijadikan prasyarat untuk menilai tahap kemahiran teknikal semua calon-calon sebelum mereka diberi lesen. Daripada 26 sesi temuduga yang dijalankan yang melibatkan 153 calon, seramai 53 calon telah berjaya, 66 gagal dan yang baki 34 calon telah gagal menghadiri sesi temuduga.

Pemeriksaan yang dijalankan ke atas setiausaha syarikat mendapati kesalahan-kesalahan seperti berikut:

Bedasarkan kepada statistik di atas, terdapat penurunan jumlah kesalahan yang dilakukan oleh setiausaha syarikat. Ini adalah kerana hasil pemantauan yang berterusan bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan dan sesuai sahaja dibenarkan untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat.

Tindakan Pentadbiran

Berdasarkan prinsip pendekatan ‘Penguatkuasaan Seimbang’, SSM juga mengenakan pelbagai tindakan pentadbiran terhadap setiausaha syarikat seperti berikut:

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 87: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

85SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

i) Mengeluarkan surat tunjuk sebabii) Mengeluarkan surat inkuiriiii) Mengeluarkan surat amaraniv) Mengeluarkan surat amaran kepada pengarah syarikat bagi syarikat yang beroperasi tanpa setiausaha syarikat/gagal melantik setiausaha syarikatv) Menyenarai hitamvi) Pembatalan lesenvii) Menguatkuasakan syarat-syarat baharu lesen setiausaha syarikat.viii) Pengumuman pelaksanaan ‘SSM Continuing Professional Education (CPE) Points’ yang akan dilaksanakan bermula pada tahun 2011.

Pada tahun 2010, seramai 7 setiausaha syarikat berlesen telah diberi surat teguran kerana gagal bertindak jujur dan menggunakan tindakan yang wajar apabila melaksanakan tugas mereka, 12 diberikan surat tunjuk sebab. Manakala 21 setiausaha daripada ahli badan profesional yang diiktiraf diberi surat teguran kerana gagal bertindak jujur dan menggunakan tindakan yang wajar apabila melaksanakan tugas mereka sebagai setiausaha syarikat, 18 telah dirujuk ke badan profesional berkenaan untuk tindakan lanjut berkaitan aduan salahlaku yang diterima daripada orang awam. Selain daripada itu seramai 315 pengarah syarikat diberikan surat teguran kerana membenarkan setiausaha syarikat yang telah hilang kelayakan terus bertindak sebagai setiausaha syarikat.

Pemeriksaan Pejabat Berdaftar

Pada tahun 2010, pemeriksaan fizikal telah dijalankan ke atas pejabat berdaftar setiausaha syarikat bertujuan untuk menentukan tahap kompetensi setiausaha syarikat dan memastikan buku berkanun disimpan dan dikemaskini dengan sempurna mengikut kehendak AS1965 dan Peraturan Syarikat 1966. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, tindakan penguatkuasaan berikut telah diambil:

• 44 setiausaha syarikat telah dinasihatkan agar meningkatkan kompetensi sebagai setiausaha syarikat.

• Surat teguran diberi kepada 28 setiausaha syarikat atas kesalahan di bawah seksyen 139C(2).

• 1 surat teguran dan 6 tawaran kompaun dikeluarkan di bawah seksyen 364(2) berhubung kesalahan setiausaha membuat atau membenarkan penyataan palsu berhubung tarikh pembentangan penyata kewangan yang diaudit.

KERJASAMA DENGAN AGENSI-AGENSI LAIN

SSM meneruskan kerjasama dengan badan korporat dan agensi penguatkuasaan lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kerjasama ini membolehkan perkongsian maklumat supaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh badan-badan kawalselia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sempurna.

Kerjasama tersebut termasuk:

• Memantau aktiviti syarikat dan perniagaan melalui laman sesawang dan blog bagi mengenalpasti aktiviti yang tidak sah;

• Memantau pematuhan syarikat dan perniagaan yang memohon lesen premis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau pihak berkuasa tempatan yang lain;

• Memantau penggunaan dana oleh SBMJ melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan aktiviti-aktiviti melibatkan kepentingan awam dan keselamatan negara;

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 88: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

86 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

• Memantau syarikat dan perniagaan berhubung isu-isu semasa yang melibatkan aqidah dan syariah (terutamanya bersama JAKIM, Polis DiRaja Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain); dan

• Isu-isu lain melibatkan tadbir urus korporat.

Kempen Kesedaran

SSM telah meneruskan kempen kesedaran dengan menganjurkan Seminar yang telah dijalankan bersama-sama badan-badan profesional seperti Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) dan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), dengan memberi ceramah-ceramah serta program yang telah di anjurkan bersama. Di samping itu juga SSM telah mengambil bahagian di dalam ekspo/pameran serta program-program yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan Kementerian yang berkaitan. SSM juga telah mengedar risalah berhubung skim kepentingan semasa majlis serta program ini berlangsung.

KESEDARAN DAN MENDIDIK PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN

Pada tahun 2010, Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC) melangkah setapak lagi dalam usaha melengkapkan inisiatif penguatkuasaan SSM ke arah menggalakkan pematuhan secara sukarela di kalangan pihak-pihak berkepentingan, dengan mengadakan lebih banyak lagi sesi latihan di seluruh negara dan lebih banyak topik diperkenalkan untuk program-program latihan.

Panel Penasihat Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Panel Penasihat Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC) yang ditubuhkan berpandukan sub-seksyen 19(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 terdiri daripada tujuh (7) orang ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif

SSM yang bertindak sebagai ex-officio. Sepanjang tahun 2010, Panel Penasihat ini berterusan membimbing, memantau dan menasihat COMTRAC di dalam merumuskan hala tuju yang strategik, perlaksanaan rancangan program-program latihan dan pembangunan kurikulum. Bagi tahun 2010, sebanyak empat (4) mesyuarat telah diadakan oleh Panel Penasihat COMTRAC.

Panel Penasihat COMTRAC ini terdiri daripada:

1. Prof. Dr. Aishah Bidin (Pengerusi)Dr. Aishah merupakan Dekan Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Aishah mempunyai Sarjana Muda Perundangan (LLB) daripada Universiti Malaya, Sarjana Undang-Undang daripada Universiti Kent dan Ph.D dalam bidang Undang-Undang daripada Universiti London. Beliau telah menyiapkan 3 projek UKM yang bertajuk Insolvency Governance, Reforms in Malaysia and its Impact on Creditors in 2002 dan Corporate Financing in Malaysia and Australia in 2007.

2. Y. Bhg. Dato’ Sri Abu Kassim Mohamed

Dato’ Sri Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Januari 2010. Memulakan kariernya sebagai Pegawai Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada tahun 1984 dan kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Perisikan dari tahun 1985-1987; beliau pernah dilantik sebagai Pengarah BPR Perak, Pulau Pinang dan juga Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Malah, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian Integriti di Amanah Raya Berhad. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah BPR I dari bulan Jun 2007 sehingga 31 Disember 2008 dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya SPRM pada tarikh 1 Januari 2009.

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 89: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

87SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

3. Y. Bhg. Datuk Idris AbdullahDatuk Idris Abdullah adalah rakan kongsi utama Idris & Co. Peguambela. Beliau merupakan penasihat kepada beberapa syarikat di Sarawak yang terlibat dalam sektor pembinaan dan perdagangan motor, kelab rekreasi serta institusi pendidikan.

4. En. Chen Voon HannEn. Chen merupakan rakan kongsi CAS & Associates dan juga Ketua Pegawai Eksekutif CAS International. Beliau merupakan ahli kepada pelbagai badan profesional termasuk MIA, ACCA, MIT dan IIA. Beliau mempunyai MBA daripada Universiti Strathclyde, UK. Kini, beliau merupakan Ahli Penasihat MIA serta ASEAN Federation of Accountants.

5. Y. Bhg. Datuk Ali Abdul KadirDatuk Ali merupakan Pengerusi Yayasan Laporan Kewangan (Financial Reporting Foundation) dan Pengerusi Bukan-Eksekutif Bebas Microlink Solutions Berhad. Datuk Ali merupakan bekas Penasihat Kanan di Ernst & Young Malaysia sehingga 31 Disember 2005. Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau juga merupakan ahli rakan Institute of Chartered Accountants (England and Wales) (ICAEW), dan juga Ahli kepada MICPA. Kini, beliau merupakan Penasihat Kehormat Institute of Chartered Secretaries and Administrators (UK), Ahli Kehormat Malaysian Institute of Directors dan juga Profesor Adjung di Universiti Malaya.

6. En. Wong Wing SeongKetua Khidmat Nasihat BDO Binder Malaysia, dan beliau memiliki pengkhususan dalam bidang Kewangan Korporat dan Penstrukturan Semula.

7. Y.Bhg Dato’ Azmi bin Ariffin (Ex-Officio)

Dato’ Azmi merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau juga telah berkhidmat di pelbagai bidang dan memegang pelbagai jawatan tinggi undang-undang di jabatan kerajaan. Sebelum memegang jawatan sekarang, beliau merupakan Ketua di Unit Jenayah Komersial di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

PROGRAM ANTARABANGSA

Tahun 2010 telah menyaksikan anjakan usaha COMTRAC ke peringkat antarabangsa. Kejayaan ini terbukti apabila pada 22 hingga 24 Jun 2010, SSM dengan kerjasama Centre for International Documentation on Organised and Economic Crime (CIDOEC) telah mengadakan satu simposium antarabangsa bertajuk The Regional Cambridge International Symposium on Economic Crime di Kuala Lumpur. Simposium antarabangsa ini merupakan salah satu strategi yang ke-5 di dalam Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM untuk mengadakan program pendidikan dengan kerjasama institusi antarabangsa bagi memperkenalkan simposium bertaraf antarabangsa kepada pihak-pihak berkepentingan di rantau Asia Timur.

Simposium ini merangkumi pelbagai isu yang berkaitan:

• Tadbir Urus Korporat dan Tanggungjawab Pengarah;

• Misfeasans dan Akauntibiliti Korporat;

• Fungsi Audit Dalaman semasa waktu krisis;

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 90: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

88 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

G. Philip Rutledge, Rakan Niaga, Bybel Rultledge, LLP, Amerika Syarikat; Stefan Gannon, General Counsel / Pengarah Eksekutif, Hong Kong Monetary Authority dan Profesor J.J. Johan Henning, Dekan Fakulti Undang-undang, University of the Free State, Afrika Selatan.

Seramai 342 orang delegasi menghadiri simposium antarabangsa ini yang terdiri daripada delegasi dalam dan luar negeri. Simposium ini telah mendapat pengendorsan daripada Bursa Malaysia Berhad, Labuan Financial Services Authority (LOFSA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) serta 12 badan-badan profesional, persatuan peniaga dan agensi kerajaan.

SEKSYEN PEMBANGUNAN KORPORAT

Pada tahun 2010 sebanyak 152 program latihan korporat yang telah dihadiri oleh 6,255 peserta berbanding 134 program dan 3,749 peserta pada tahun 2009. Graf di bawah menunjukkan perbandingan program dari tahun 2008 sehingga 2010

• Konflik Tugas Fiduisari dan Orang Dalam;

• Rasuah dan Menanganinya;

• Integriti Laporan Kewangan Korporat dan Maklumat Korporat yang lain;

• Mengawal penipuan dan pembentukan kerangka “Whistle Blowing”;

• Menguatkuasa integriti; dan

• Memperkasakan kerangka perundangan yang berkaitan.

Simposium ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Antara penceramah yang terkemuka adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad; Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Malaysia; Dato’ Azmi Ariffin, Ketua Pengarah Eksekutif, SSM; Tun Zaki Tun Azmi, Ketua Hakim Malaysia; Profesor Barry A.K. Rider, Pengarah dan Pengerusi Bersama Centre for International Documentation on Organised and Economic Crime (CIDOEC), United Kingdom; Lord Davision of Glen Clova QC (Peguam Negara Scotland); Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia; Michael Ashe QC (UK & Eire), Recorder of the Crown Court of England dan Wales, Dato’ Idrus Harun, Peguamcara Negara Malaysia; Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Presiden dan KPE Kumpulan Maybank, Malaysia; Dato’ Abu Kassim Mohamed, Ketua Suruhanjaya, SPRM; Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia; Prof. Dr. Aishah Bidin, Dekan Fakulti Undang-undang UKM; Datuk Idris Abdullah, Ahli Suruhanjaya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia; Datuk Ali Abdul Kadir, Pengerusi the Financial Reporting Foundation, Malaysia; Sir Kenneth Warren, Perunding, Mantan Pengerusi, Jawatankuasa Pemilihan Industri dan Perdagangan, House of Commons, United Kingdom;

Jumlah Program dan Peserta dari 2008 sehingga 2010

0

1,000

2010 2009 2008

2,000

4,000

3,000

6,000

5,000

6,255

3,7494,049

152 134 138

7,000

8,000

JumlahProgram

JumlahPeserta

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 91: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

89SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Program Latihan Korporat Tahun 2010

Kategori Program Bilangan Program

BilanganPeserta

SSM International Symposium 2010 1 342

1-Hari Program Latihan Pengarah Korporat 11 157

2-Hari Program Latihan Pengarah Korporat 4 68

Program Latihan Setiausaha Berlesen 60 3,157

Siri Pengarah SSM 3 58

Siri Setiausaha Syarikat SSM 13 260

Siri Undang-Undang Syarikat SSM 6 132

Siri Kewangan SSM 3 27

Siri SME & Perniagaan Enterpris SSM 1 5

Siri Tanggungjawab Korporat & Penguatkuasaan SSM 1 12

Taklimat Percuma e-Lodgement SSM 22 628

Kerjasama SSM 10 921

Program Khusus 17 488

JUMLAH 152 6,255

Program Latihan Pengarah Korporat (CDTP)

Pada tahun 2010, COMTRAC telah mengendalikan sebanyak 11 Program Latihan Pengarah Syarikat (CDTP) yang dihadiri seramai 157 peserta manakala untuk 2-Hari Program Latihan Pengarah Korporat, sebanyak 4 program telah diadakan dan dihadiri seramai 68 orang.

Program Latihan Setiausaha Berlesen (LSTP)

Sehubungan dengan pelaksanaan SSM Continuing Professional Education (CPE), sebanyak 60 program LSTP (Tahap 1 hingga 3) telah dilaksanakan dan dihadiri oleh 3,157 peserta.

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 92: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

90 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Program Luaran Yang Dirangka Khusus Pada Tahun 2010

Tajuk Program Organisasi

Implications Of The Companies (Amendment) Act 2007 On Companies and Directors

GAMUDA Berhad

Program Latihan Pengarah Korporat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Program Latihan Setiausaha Berlesen (Tahap 1 - 3)

MMC Corporation Berhad

Insight on Voluntary Winding-Up, Registration of Documents for Court Winding-Up & Striking-Off

Rimbun Corporate Advisory Services

Appreciating Financial Statements for Non-Accounting Personnel

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

2-Hari Program Latihan Pengarah Korporat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Implications Of The Companies (Amendment) Act 2007 On Companies and Directors

Malaysian Biotechnology Corporation Berhad

2-Hari Program Latihan Pengarah Korporat Malaysian Directors Academy (MINDA)

Advanced Company Secretarial Practice: Examining Critical Company Secretarial Issues @ Boardroom

Equity Trust

2-Hari Program Latihan Pengarah Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)

Program Latihan Pengarah Korporat Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN)

Program Latihan Pengarah Korporat Bank Pembangunan Berhad

2-Hari Program Latihan Pengarah Korporat Malaysian Directors Academy (MINDA)

Understanding Compliance Requirements Under Companies Act 1965 & Registration of Businesses Act 1956

Kementerian Kewangan (MOF)

2-Hari Program Latihan Pengarah Korporat Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

Program Luaran Yang Dirangka Khusus

COMTRAC terus menerima permintaan daripada pelbagai organisasi untuk melaksanakan program

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

khusus untuk pengarah dan pegawai. Sebanyak 17 seminar seperti itu telah dilaksanakan dan dihadiri seramai 488 peserta. Butiran program disenaraikan seperti jadual di bawah.

Page 93: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

91SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Usahasama dengan Organisasi / Badan-Badan Profesional

Pada tahun 2010, COMTRAC telah mengukuhkan perhubungannya dengan pihak-pihak berkepentingan melalui pelaksanaan program usahasama dengan pelbagai organisasi dan badan-badan profesional seperti Internal Auditors Malaysia (IIAM), Malaysian Institute of Chartered

Secretaries and Administrators (MAICSA), Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bursa Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Program-program yang diadakan telah dihadiri seramai 921 peserta.

Butiran terperinci mengenai program yang dilaksanakan jadual di bawah.

Usahama Dengan Organisasi / Badan-Badan Profesional Pada Tahun 2010

Tarikh Tajuk Program Tempat

28-Jan SSM-IACS Roadshow on Voluntary Winding-Up, Registration of Documents for Court Winding-Up & Striking-Off Application and Its Procedures

Hotel Seri Pacific,Kuala Lumpur

10-Mac SSM-IACS Roadshow on Voluntary Winding-Up, Registration of Documents for Court Winding-Up & Striking-Off Application and Its Procedures

Hotel Mutiara, Johor Bahru

18-Mac SSM-IACS Roadshow on Voluntary Winding-Up, Registration of Documents for Court Winding-Up & Striking-Off Application and Its Procedures

Hotel Traders, Pulau Pinang

7-Apr SSM-IACS Roadshow on Voluntary Winding-Up, Registration of Documents for Court Winding-Up & Striking-Off Application and Its Procedures

Tower Regency Hotel and Apartment, Ipoh

13-Apr SSM-IACS Roadshow on Voluntary Winding-Up, Registration of Documents for Court Winding-Up & Striking-Off Application and Its Procedures

Hotel Grand Margherita, Kuching

22-Sept COMTRAC-MAICSA Roadshow Bilik Antarabangsa, Menara SSM@Sentral

5-Okt COMTRAC-IACS Roadshow

19 & 20 Okt Tunku Ja'afar Law Conference-International Conference on Corporate Governance & Corporate Responsibility (UKM & SSM)

Tingkat 13, Menara SSM@Sentral

29-Okt COMTRAC-MAICSA Roadshow Pulau Pinang

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 94: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

92 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Program-program Percuma

Sebagai sebahagian daripada usaha SSM ke arah mempromosi amalan tanggungjawab korporat, COMTRAC berterusan menyediakan latihan percuma untuk mendidik orang awam dan menggalakkan para mahasiswa, lulusan institusi pendidikan tinggi yang menganggur, bakal usahawan untuk berkecimpung dalam perniagaan. Pada tahun 2010, COMTRAC telah menghantar wakil untuk berceramah atas tajuk ‘Start Your Own Business : Registration of Business and Incorporation of Companies’ di 67 program yang dianjurkan oleh pelbagai organisasi dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS). Program-program tersebut telah di hadiri seramai 2,409 peserta.

PROGRAM KERJASAMA DENGAN PEJABAT PENGUATKUASAAN

Pada tahun ini, COMTRAC dengan kerjasama Pejabat Penguatkuasaan SSM telah menganjurkan Persidangan Penguatkuasaan SSM kali yang ke-2 dengan tema “Leveraging Enforcement Resilience through Inter-Agencies Collaboration” di Parkroyal Hotel, Penang dari 25 – 28 Oktober 2010. Persidangan Penguatkuasaan ini telah memberi manfaat kepada 103 pegawai penguatkuasaan SSM dan tujuh pegawai daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Antara topik-topik yang dibincangkan semasa persidangan tersebut ialah Penipuan Perdagangan, Pemantauan yang Berkesan, Kerjasama Antara Agensi daripada sudut siasatan, Peranan CyberSecurity dalam Menangani Jenayah Kolar Putih dan Pendakwaan Bersama dalam Kes Jenayah Komersial.

Laporan Inisiatif Penguatkuasaan (bersambung)

Page 95: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

LAPORAN PENGLIBATAN, KERJASAMA PIHAK BERKEPENTINGAN DAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG

Page 96: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

94 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Penglibatan Pihak-Pihak Berkepentingan

Dalam menyokong agenda Kerajaan ke arah merealisasikan sebuah ekonomi yang moden dan mapan yang mempunyai rangkaian dengan semua pasaran utama dunia, SSM berpendapat adalah penting untuk melestarikan hubungan kerjasama yang baik dengan pihak-pihak berkepentingan. Hubungan secara terus dengan pihak berkepentingan melalui perbincangan formal dengan kumpulan perniagaan telah memberi faedah yang berguna kepada SSM yang berperanan sebagai sebuah organisasi pengawal selia responsif yang prihatin serta bersedia untuk meneroka dan menerima idea-idea baharu bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan yang sentiasa berkembang.

Hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan ini membolehkan SSM mengikuti perkembangan perubahan perniagaan yang dinamik dan persekitaran yang dikawalselia. Hubungan yang baik ini juga telah berjaya meningkatkan kefahaman pihak-pihak berkepentingan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh SSM, matlamat SSM, dasar-dasar dan perkhidmatan yang disediakan. Kesemua ini telah berjaya dicapai melalui pelbagai aktiviti yang telah diadakan sebagai platform untuk menggalakkan amalan urus tadbir korporat yang baik, membincangkan isu-isu berkaitan Akta Syarikat 1965 dan undang-undang subsidiarinya, menyebarkan maklumat bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjana idea-idea serta pandangan ke arah mempertingkatkan sistem penyampaian awam seperti berikut:

Forum Rundingan Amalan Korporat

Forum Rundingan Amalan Korporat (CPCF) mula diperkenalkan sejak tahun 2005 dengan objektif untuk menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara SSM, ahli badan-badan yang ditetapkan, persatuan-persatuan setiausaha syarikat dan organisasi terpilih yang ahli-ahlinya terlibat dalam

amalan kesetiausahaan syarikat. Keahlian CPCF adalah terdiri daripada:

(a) The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA);

(b) Malaysian Institute of Accountants (MIA);

(c) Institut Akauntan Bertauliah Malaysia (MICPA);

(d) Majlis Peguam Malaysia;

(e) Malaysian Association of Company Secretaries (MACS);

(f) Institute of Approved Company Secretaries (IACS);

(g) Malaysia Corporate Counsel Association (MCCA);

(h) The Advocates Association of Sarawak;

(i) Sabah Law Association; dan

(j) Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) [diwakili oleh Khazanah Nasional Berhad dan Bumiputera Commerce Holdings Berhad].

Pada tahun 2010, SSM telah menganjurkan tiga (3) forum CPCF iaitu CPCF 1/ 2010 pada 14 Januari 2010, CPCF 2/2010 pada 6 April 2010 dan CPCF 3/2010 pada 9 Ogos 2010. Penganjuran forum-forum ini telah memberi impak yang positif ke atas kumpulan sasaran.

• Keperluan SSM menganjurkan forum CPCF di Malaysia Timur dikenal pasti untuk mendekati pihak-pihak berkepentingan di kedua-dua negeri ini. Langkah SSM ini juga adalah sejajar dengan konsep gagasan 1Malaysia yang dipelopori oleh pihak Kerajaan serta untuk memperbetulkan tanggapan salah bahawa SSM hanya memfokuskan kepada isu-isu serta masalah yang dihadapi

LAPORAN PENGLIBATAN,KERJASAMA PIHAK BERKEPENTINGAN DAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG

Page 97: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

95SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

oleh syarikat-syarikat serta pihak-pihak berkepentingan di Semenanjung Malaysia sahaja.

• SSM juga menggunakan forum CPCF ini sebagai platform bagi perbincangan dua hala untuk memaklumkan kepada pihak berkepentingan mengenai produk-produk, polisi-polisi serta projek-projek terbaru seperti MyCoID, konsultasi berhubung Draf Rang Undang- Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), Agenda Tanggungjawab Korporat SSM serta sebagai wadah untuk menanamkan kesedaran terhadap isu-isu tadbir urus korporat.

Dialog Tahunan SSM di Kuching dan Kota Kinabalu

Dialog Tahunan SSM telah mula diperkenalkan sejak tahun 2005 sebagai salah satu cara untuk mengadakan perbincangan terbuka antara SSM dengan pihak-pihak berkepentingan.

Objektif-objektif utama Dialog Tahunan adalah:

(i) menggalakkan persefahaman dan hubungan rapat antara SSM, pihak industri dan badan- badan profesional;

(ii) pertukaran idea dan memperjelaskan isu-isu berkaitan operasi perkhidmatan secara keseluruhan yang akan mempertingkatkan kecekapan SSM; dan

(iii) menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli dialog dan orang awam untuk memastikan fungsi-fungsi SSM sebagai penguatkuasa undang-undang korporat yang berkaitan difahami sepenuhnya.

Dialog Tahunan SSM 2010 telah berjaya diadakan pada 2 dan 3 Disember 2010, di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Dialog Tahunan tersebut telah berjaya menarik minat seramai 250 peserta (130 di Sarawak dan 120 di Sabah) yang terdiri daripada pelbagai badan-badan profesional, dewan perniagaan, persatuan-persatuan industri dan agensi-agensi Kerajaan di Sarawak dan Sabah. Kedua-dua Dialog Tahunan ini telah dirasmikan dan di pengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi). Dialog tahunan tersebut terbahagi kepada dua sesi dan sesi pertama merangkumi daripada tiga (3) pembentangan kertas kerja. Puan Nor Azimah Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pembangunan Korporat & Polisi telah membentangkan kertas kerja pertama bertajuk “Analysis of the 2011 World Bank Ranking on Starting of Business in Malaysia”. Untuk pembentangan kertas kerja kedua, SSM telah menjemput wakil dari Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Cik Maya Fachrani Faisal, Pakar Kanan Polisi Sosial UNICEF untuk berkongsi pandangan UNICEF terhadap kempen ‘Get On Board’ mereka dan ‘Toolkit On How To Set Up A Child Care Centre At The Workplace’. Kertas kerja terakhir telah dibentangkan oleh Encik Azryain Borhan, Naib Presiden Kanan, Unit Inovasi Khas, Pejabat Perdana Menteri (UNIK) yang bertajuk ‘Innovation: A Perspective’.

Sesi Kedua Dialog Tahunan ini telah berjaya membincangkan pelbagai isu yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkepentingan menerusi perbincangan antara SSM dan pihak-pihak berkepentingan dengan dibantu oleh Pengurusan Eksekutif SSM sebagai ahli-ahli panel. Segala isu, maklumbalas dan cadangan yang diterima akan dipertimbangkan sewajarnya dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan SSM kepada pihak-pihak berkepentingan.

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 98: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

96 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Mesyuarat ke-39 Kumpulan Kerja V (Undang-undang Insolvensi) Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) (Vienna, 6–10 Disember 2010)

Pada tahun 2010, SSM meneruskan penglibatannya sebagai ahli delegasi Malaysia dalam mesyuarat sesi ke-39 Kumpulan Kerja V Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) berhubung Undang-undang Insolvensi yang telah diadakan pada 6 hingga 10 Disember 2010 di Vienna, Austria. Berikutan penerimaan “Practice Guide on Cross-Border Insolvency Cooperation” yang telah disiapkan oleh UNCITRAL, Kumpulan Kerja V telah diberi mandat baru oleh UNCITRAL untuk membangun dan menyediakan satu panduan tentang tajuk-tajuk baru insolvensi seperti berikut:

(i) tafsiran dan penggunaan beberapa konsep terpilih dalam Panduan Perundangan mengenai Insolvensi Rentas Sempadan (“UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency”) yang berkaitan pusat utama kepentingan (“Centre of Main Interest”) (COMI);

(ii) tanggungjawab dan tanggungan pengarah dalam kes-kes insolvensi dan pra-insolvensi; dan

(iii) isu-isu kehakiman dalam Model Undang- Undang mengenai Insolvensi Rentas Sempadan UNCITRAL.

Peningkatan perdagangan dan pelaburan merentasi sempadan telah menunjukkan bahawa perniagaan kini dijalankan secara global. Ini telah membawa kepada banyak kes yang melibatkan syarikat yang mempunyai aset dilebih daripada satu negara yang menjadi subjek kepada prosiding insolvensi. Keadaan ini memerlukan satu mekanisma kerjasama dan penyelarasan rentas sempadan untuk mengawasi serta mentadbir aset-aset syarikat

yang terlibat dalam prosiding insolvensi ini. Usaha ini mampu menyelamatkan sesebuah syarikat yang menghadapi masalah kewangan.

Penglibatan SSM dalam mesyuarat ke-39 Kumpulan Kerja V (Kumpulan Insolvensi) UNCITRAL menandakan usaha berterusan SSM yang menyokong penglibatan Kerajaan dalam menyediakan infrastruktur perundangan moden yang berkesan dan mudah dalam bidang insolvensi bagi memastikan penamatan perniagaan dan penyusunan semula mekanisma perniagaan di Malaysia agar setaraf piawaian antarabangsa.

Forum Pendaftar Korporat 2010

Forum Pendaftar Korporat atau Corporate Registers Forum (CRF) merupakan sebuah organisasi antarabangsa tidak berasaskan keuntungan yang dianggotai oleh pihak pengurusan korporat dan pendaftar sekuriti. Forum ini diadakan sekali setiap tahun bagi memberi peluang kepada para perwakilan untuk mengkaji dan berbincang mengenai perkembangan terkini isu-isu daftar perniagaan korporat dan berkongsi pengalaman serta idea-idea baharu serta pengetahuan yang terkini. CRF juga mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada masa berlangsungnya Forum tersebut untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif untuk tahun seterusnya. Kini terdapat sejumlah 36 negara ahli dari benua Asia Pasifik, Eropah, Afrika dan Amerika Selatan, dan yang terbaru dari negara Brazil iaitu Junta Comercial do Estado do Rio de Janeiro.

Malaysia, sebagai salah sebuah negara pengasas CRF (Charter Member) terlibat secara aktif dalam organisasi tersebut dan telah menghadiri enam forum yang telah dianjurkan sebelum ini di beberapa lokasi di seluruh dunia. CRF 2010 telah diadakan di Mauritius dan dianjurkan oleh Bahagian Syarikat, Ministry of Finance and Economic Empowerment, Republic of Mauritius. SSM telah menghantar seramai tiga orang delegasi. Forum tersebut telah

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 99: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

97SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

diadakan dari 19–23 April 2010 yang bertemakan “The Integrity of Corporate Registers”. Tema tersebut adalah berinspirasikan keperluan untuk tadbir urus lebih baik untuk informasi demi kepentingan pelanggan pendaftar korporat. Forum tersebut memberikan peluang untuk pendaftar-pendaftar korporat berbincang mengenai isu-isu kesahihan data yang merangkumi isu-isu berkaitan kelulusan nama, “corporate hijacking” melalui rekod daftar dan cara untuk mencegah penipuan dalam daftar syarikat.

Kenyataan Polisi Untuk Rang Undang-Undang Syarikat Yang Baharu

SSM telah memulakan semakan semula ke atas kerangka perundangan korporat seawal Disember 2003 dengan penubuhan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat (CLRC) untuk menerajui semakan semula Akta Syarikat 1965. Sebanyak 12 dokumen konsultasi telah dikeluarkan oleh CLRC bagi mendapatkan maklumbalas pihak awam dengan tujuan untuk memodenkan Akta Syarikat 1965.

Hasil daripada proses konsultasi tersebut, Laporan Akhir Semakan Semula Akta Syarikat 1965 oleh CLRC telah diserahkan kepada Suruhanjaya pada bulan Oktober 2008. Laporan Akhir tersebut mengandungi 188 cadangan yang bertujuan untuk membentuk suatu kerangka perundangan korporat Malaysia yang moden dan dinamik.

Setelah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya, sejumlah 184 cadangan telah diterima yang kemudiannya dirumus menjadi 19 kenyataan-kenyataan polisi yang akan digunakan sebagai asas untuk penggubalan Rang Undang-Undang Syarikat yang baharu. Kenyataan-kenyataan Polisi ini telah pun diberi pengendorsan oleh Kabinet pada 18 Jun 2010.

Perkara-perkara penting dalam kenyataan-kenyataan polisi adalah seperti berikut:

Kenyataan Polisi 1: Pemodenan Akta Syarikat dengan:

• memperkenalkan kerangka undang-undang baharu yang akan terpakai ke atas semua jenis syarikat;

• memudahkan undang-undang dan prosedur bagi syarikat berdasarkan kepada perbezaan syarikat persendirian dan awam; dan

• menghapuskan halangan dan memper-mudahkan pertumbuhan syarikat-syarikat

persendirian.

Kenyataan Polisi 2:

Pemudahan dan pemodenan memulakan perniagaan di sektor korporat dengan:

• memberi syarikat kapasiti penuh sebagai manusia biasa. Ini akan memberi kapasiti tidak terhad ke atas syarikat yang membawa kepada pemansuhan doktrin notis konstruktif atau pembahagian fasal objek syarikat;

• memperkenalkan konsep syarikat dengan seorang ahli;

• memudahkan proses kelulusan nama dan menjadikan proses penempahan nama sebagai pilihan;

• memperkenalkan satu borang pemerbadanan;

• menggantikan keperluan akuan berkanun dengan kenyataan pematuhan bagi tujuan pemerbadanan;

• menjadikan keperluan sijil pemerbadanan dan meterai syarikat sebagai pilihan; dan

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 100: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

98 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

• memanfaatkan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat bagi tujuan pemerbadanan dan penyerah simpanan.

Kenyataan Polisi 3:

• Migrasi kepada rejim saham tanpa nilai tara

Kenyataan Polisi 4:

Memudahkan pengurusan dan penstrukturan semula komposisi saham syarikat dengan:

• memperkenalkan prosedur alternatif untuk pengurangan modal; dan

• pembaharuan polisi-polisi berhubung pem-belian semula saham dan bantuan kewangan melalui pengenalan ujian solvensi.

Kenyataan Polisi 5:

Memudahkan proses membuat keputusan dalaman sesebuah syarikat dengan:

• memansuhkan keperluan mandatori bagi syarikat persendirian untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan;

• menstruktur semula prosedur resolusi bertulis yang terpakai ke atas syarikat persendirian dengan memansuhkan unanimity rule dalam meluluskan resolusi bertulis tersebut;

• memudah dan menjelaskan peraturan berhubung prosedur mesyuarat;

• memansuhkan larangan berhubung orang yang boleh dilantik sebagai proksi dan memudahkan urusan mengenai proksi semasa mesyuarat am;

• meliberalisasikan kaedah mengundi semasa mesyuarat am melalui pengiktirafan amalan terbaik; dan

• mengurangkan takat minima bagi maksud mengadakan/memanggil mesyuarat am.

Kenyataan Polisi 6: Memperkukuhkan struktur tadbir urus melalui pemantapan peranan dan tanggungjawab pengarah termasuklah:

• hubungan antara lembaga pengarah dan pengarah bayangan;

• menjelaskan had umur minimum bagi pelantikan pengarah dan memansuhkan had umur maksimum bagi pelantikan pengarah;

• menyemak semula keperluan residensi seseorang pengarah;

• memantapkan peraturan berhubung pelantikan, perletakan jawatan dan penyingkiran pengarah;

• mengkodifikasi keperluan berhubung penggajian pengarah syarikat awam yang akan dikenakan sanksi;

• memberi hak kepada pemegang saham untuk meneliti kontrak perkhidmatan di antara pengarah dengan syarikat awam;

• keperluan supaya pembayaran kerugian pekerjaan bagi pengarah syarikat awam diluluskan oleh pemegang saham yang tidak mempunyai kepentingan;

• menjelaskan peraturan mengenai pengecualian dan liabiliti pengarah dan pegawai/juruaudit; dan

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 101: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

99SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

• memantapkan peraturan berhubung kehilangan kelayakan pengarah.

Kenyataan Polisi 7:

Memantapkan peranan, fungsi dan tanggungjawab setiausaha syarikat.

Kenyataan Polisi 8:

Memperkenalkan rejim pendaftaran mandatori bagi setiausaha syarikat yang menjalankan amalan kesetiausahaan.

Kenyataan Polisi 9:

Menerapkan elemen dan fahaman tanggungjawab korporat dalam Akta Syarikat yang baharu.

Kenyataan Polisi 10:

Penambahbaikan hak dan perlindungan ke atas pemegang saham dengan:

• menjelaskan pemakaian peraturan berhubung penindasan hak seseorang pemegang saham;

• memperhalusi sepenuhnya pemakaian tindakan derivatif statutori; dan

• memperbaharui peraturan berhubung kepelbagaian kelas hak-hak dan pemegang saham keutamaan.

Kenyataan Polisi 11:

Memperkukuhkan struktur tadbir urus korporat dengan menghalusi peranan dan tanggungjawab juruaudit dengan:

• mengekalkan keperluan mandatori pelantikan juruaudit bagi semua jenis syarikat;

• memperkenalkan rejim baharu berhubung pelantikan juruaudit dalam syarikat persendirian ekoran cadangan memansuhkan keperluan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi syarikat persendirian;

• memantapkan peraturan berhubung peletakan jawatan juruaudit;

• menggunapakai amalan industri bagi penggiliran firma audit secara mandatori; dan

• memberi akses kepada semua surat menyurat kepada juruaudit dan apa-apa resolusi syarikat yang ingin diluluskan melalui prosedur resolusi secara bertulis.

Kenyataan Polisi 12:

Penekanan terhadap kepentingan pengauditan penyata kewangan dan pendedahan maklumat mengenainya menurut tempoh yang ditetapkan.

Kenyataan Polisi 13:

Memperkukuhkan amalan tadbir urus korporat dengan menambahbaik serta menjelaskan peraturan berhubung transaksi yang melibatkan pengarah dan pemegang syer substansial seperti berikut:

• peraturan berhubung transaksi harta substansial dan orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham tersebut; dan

• prinsip pendedahan untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 102: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

100 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Kenyataan Polisi 14:

Memudah, memperjelaskan dan mempercepatkan proses penggulungan syarikat dengan:

• memendekkan masa yang diambil untuk menggulung sesebuah syarikat;

• memperkenalkan dan menetapkan parameter untuk pelupusan yang dikecualikan;

• menjelaskan konsep transaksi keutamaan tidak wajar;

• meningkatkan takat minimum jumlah hutang statutori untuk mengelakkan salahguna proses penggulungan oleh pemiutang;

• memberi kuasa kepada Mahkamah untuk menamatkan prosiding penggulungan bagi menentukan status sesebuah syarikat;

• mempertingkatkan peranan pelikuidasi untuk memudahkan proses likuidasi;

• mempertingkatkan hak pemiutang;

• memberi penekanan terhadap peraturan mengenai hutang keutamaan; dan

• memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap pekerja sebagai pemiutang yang tidak dijamin.

Kenyataan Polisi 15:

Memodenkan undang-undang insolvensi melalui pengenalan mekanisma alternatif bagi menyelamatkan syarikat korporat yang masih mempunyai perniagaan yang berdaya maju melalui:

• konsep skim pengurusan kehakiman; dan

• konsep penyusunan korporat secara sukarela.

Kenyataan Polisi 16:

Menstruktur semula konsep skim penyusunan di antara syarikat dan pemiutangnya.

Kenyataan Polisi 17:

Memantapkan peranan penerima dan pengurus dalam proses penerimaan syarikat dengan:

• menjelaskan kuasa dan status penerima; dan

• memperkenalkan peruntukan baharu mengenai liabiliti, tanggung rugi dan pemberian keutamaan terhadap kos penerima.

Kenyataan Polisi 18:

Menghalusi sistem pendaftaran gadaian dengan menambahbaik prosedur dan proses sedia ada.

Kenyataan Polisi 19:

Memodenkan rejim penguatkuasaan dengan:

• memperkenalkan konsep prosiding sivil dan pentadbiran bagi pelanggaran peruntukan Akta Syarikat yang terpilih bersama-sama dengan hukuman jenayah;

• mengenakan hukuman jenayah terhadap pegawai-pegawai syarikat yang terlibat dalam perbuatan jenayah dan bukan terhadap syarikat; dan

• memantapkan peraturan berhubung penyingkiran pengarah.

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 103: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

101SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Cadangan Rang Undang-Undang Syarikat yang baharu sedang digubal berdasarkan kenyataan-kenyataan polisi tersebut dan dijangka siap untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada tahun 2011.

Semasa peringkat penggubalan cadangan Rang Undang-Undang Syarikat yang baharu ini, SSM telah melantik dan akan terus melantik pihak berkepentingan yang terpilih bagi memastikan agar Rang Undang-Undang tersebut kekal kontemporari dan relevan dengan persekitaran perniagaan semasa.

Cadangan Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad

Cadangan untuk memperkenalkan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sebagai suatu bentuk perniagaan alternatif di Malaysia adalah bersandarkan pemahaman bahawa ia akan menggalakkan keusahawanan dan memudahkan memulakan perniagaan. Pengenalan PLT akan menjadi pelengkap bentuk perniagaan yang sedia ada iaitu syarikat, pemilikan tunggal dan perkongsian.

Pada tahun 2010, Rang Undang-Undang PLT telah dimuktamadkan dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan lanjutan daripada maklumbalas dan komen yang diterima semasa proses rundingan awam dan perbincangan meja bulat yang telah diadakan.

Rang Undang-Undang PLT tersebut dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2011.

TANGGUNGJAWAB KORPORAT

SSM berpegang kepada kepercayaan bahawa amalan perniagaan yang baik tidak sepatutnya diabaikan dalam menjana keuntungan perniagaan. SSM telah menganjurkan beberapa siri aktiviti

bertujuan untuk menyemai konsep tanggungjawab korporat di kalangan syarikat dan perniagaan di Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan melalui kerjasama strategik dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa–Bangsa Bersatu (UNICEF), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Kerjasama-kerjasama yang dibentuk selaras dengan Agenda Tanggungjawab Korporat SSM yang mengandungi empat (4) objektif utama iaitu:

1) untuk memupuk budaya tanggungjawab korporat di kalangan komuniti perniagaan di Malaysia;

2) untuk menggalakkan syarikat dan perniagaan berusaha ke arah mencapai keseimbangan antara penjanaan keuntungan dan mewujudkan persekitaran yang lestari;

3) untuk menyemai nilai budaya tanggungjawab korporat di kalangan komuniti korporat yang memperakui bahawa inisiatif-inisiatif berhubung tanggungjawab korporat boleh mewujudkan premium bagi syarikat dan perniagaan; dan

4) untuk memanjangkan dan menanamkan konsep tadbir urus korporat dalam bentuk yang lebih holistik.

Kerjasama dengan UNICEF Memorandum Persefahaman (MoU) antara SSM dan UNICEF telah ditandatangani pada 28 Januari 2010 dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan/kebajikan kanak-kanak di Malaysia melalui amalan tanggungjawab korporat di kalangan komuniti korporat dan perniagaan. Bidang tumpuan yang dinyatakan di dalam MoU tersebut termasuklah:

1) mempromosikan kesedaran yang lebih mengenai isu-isu berhubung hak kanak-kanak di Malaysia;

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 104: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

102 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2) menggalakkan amalan perniagaan yang mesra kanak-kanak meliputi di tempat kerja, tempat berniaga, masyarakat dan alam sekitar;

3) mempromosi aktiviti–aktiviti kemasyarakatan/ derma dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang kekurangan; dan

4) mempromosi penyelidikan dan pembangunan ke arah mewujudkan penyelesaian yang inovatif bagi kanak-kanak.

Pada hari yang sama MoU ditandatangani, SSM dan UNICEF juga telah melancarkan edisi pertama Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (Best Business Practice Circular 1/2010) (BBPC) yang memberi tumpuan kepada pembukaan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja. BBPC mengandungi panduan bagi majikan dan korporat mengenai pembukaan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk pekerja mereka. BBPC tersebut menyatakan rangka undang-undang dan peraturan secara am, pilihan-pilihan yang ada dan prinsip–prinsip penting untuk penjagaan kanak-kanak.

Sebagai pelengkap kepada BBPC, SSM dan UNICEF telah mengeluarkan satu set kit panduan bertajuk “Bagaimana Hendak Menubuhkan Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Tempat Kerja”. Pelancaran Tool Kit tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada 9 November 2010 di Menara SSM@Sentral yang turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Encik Hans Olsen, Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas UNICEF ke Brunei Darussalam.

Kit panduan ini mengandungi maklumat terperinci bagaimana membuka pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja dan merangkumi panduan seperti berikut:

1) pengaplikasian prinsip kepentingan terbaik bagi kanak-kanak;

2) pengambilan pekerja yang berkelayakan;

3) kepentingan mempunyai program dan ko- kurikulum yang mengutamakan kanak-kanak;

4) keperluan untuk penyeliaan ke atas mutu kerja pekerja;

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 105: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

103SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

5) keperluan untuk pengurusan sumber manusia;

6) sumber kewangan; dan

7) tatacara pendaftaran.

Pada majlis pelancaran tersebut, SSM juga telah mengiktirafkan empat (4) syarikat di atas inisiatif mereka dalam menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak untuk pekerja–pekerja mereka. Syarikat-syarikat itu adalah Kein Hing Industry Sdn. Bhd., MK Land Holdings Berhad, Proton Holdings Berhad dan Sime Darby Berhad. Syarikat-syarikat ini telah dipilih oleh SSM dan UNICEF berdasarkan kepada kriteria-kriteria pemilihan seperti berikut:

1) pematuhan kepada undang-undang, di mana pusat jagaan kanak-kanak tersebut perlu mematuhi:

a) peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Akta Pusat Asuhan Kanak- Kanak 1984; dan

b) peruntukan-peruntukan asas mengenai tadbir urus korporat yang terdapat di dalam Akta Syarikat 1965.

2) beroperasi berpandukan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak; selaras dengan falsafah serta syor di dalam BBPC.

Kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia (IIM)

Pada tahun ini, SSM dan IIM telah bersama mengadakan beberapa forum bersiri mengenai tanggungjawab korporat dan integriti korporat. Tujuan utama forum-forum ini adalah untuk meningkatkan pemahaman tanggungjawab korporat dan integriti korporat dikalangan perniagaan kecil dan sederhana.

Forum “SSM–IIM Corporate Responsibility and Corporate Integrity Forum” telah diadakan buat julung kalinya pada 18 Mac 2010 di Kuala Lumpur. Forum pertama ini adalah untuk pihak-pihak berkepentingan di sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. Ia telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Azmi bin Ariffin dan Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap bin Salleh. Tema untuk siri ini ialah ‘Beyond Compliance – Towards SME and SMI Excellence in the 21st Century’. Penceramah-penceramah yang dijemput telah membentang topik seperti “Corporate Responsibility in the 21st Century”, “SME & SMI Corporate Integrity System: The Case for Action” dan “The Role of Professional Ethics SME & SMI Business Excellence”.

Forum kedua pula telah diadakan di Pulau Pinang pada 16 Julai 2010 bagi pihak-pihak berkepentingan di sekitar Kedah, Perak dan Perlis. Para penceramah jemputan untuk forum ini telah membentangkan topik “Corporate Responsibility in the 21st Century Business Environment” dan “Corporate Integrity System and Professional Ethics”.

Kerjasama dengan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM)

MoU di antara SSM dan UKM telah ditandatangani pada 30 Jun 2009 bermatlamat untuk mempromosi dan menjalankan kajian ke atas tadbir urus korporat dan tanggungjawab korporat. Berikutan dengan perlaksanaan MoU tersebut, SSM dan UKM telah bersama mengadakan Persidangan Undang–Undang Tuanku Ja’afar 2010 (Persidangan Antarabangsa mengenai Tadbir Urus Korporat dan Tanggungjawab Korporat) pada 19 dan 20 Oktober 2010 di Menara SSM@Sentral. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Canselor UKM, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Manakala Profesor Lynn A Stout dan Profesor Paul Hastings dari Undang-undang Keselamatan dan Korporat, Sekolah Undang-undang, Universiti California, Los Angeles telah menyampaikan

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 106: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

104 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

ucapan dasar bertajuk “Corporate Governance: New Thinking in the wake of the BP Oil Disaster”.

Beberapa siri kuliah yang bertemakan tadbir urus korporat dan tanggungjawab korporat telah dijalankan sepanjang persidangan ini. Lebih daripada 30 kertas kerja telah dibentangkan dengan tema dan tajuk seperti berikut:

1) “Directors’ Duties & Liabilities”;

2) “Whistle-Blowing & the Law”;

3) “Prevention of Fraud” dan “Due Disclosure”;

4) “Corporate Responsibility & Consumer Protection” dan “Corporate Responsibility & Issues on Human Rights”;

5) “Corporate Responsibility & Corporate Legislation” dan “Corporate Responsibility & Syariah”;

6) “Corporate Responsibility & Corporate Ethics” dan “Ethical Practices”;

7) “Empowering Shareholders’ Rights, Relationship between Company & Stakeholders” dan “Investor Protection”;

8) “Corporate Responsibility & Environmental Protection” dan “Corporate Responsibility & Sustainable Development”;

9) “Corporate Responsibility & Corporate Governance”;

10) “Issues Relating to Information Communication & Technology”;

11) “Insolvency and Restructuring Issues”; dan

12) “Financing Reporting” dan “Auditing Issues”.

Seramai 193 peserta telah mengambil bahagian di dalam persidangan kali ini termasuk penyertaan dari India, Australia dan Indonesia.

Buat masa ini, SSM dan UKM sedang menyiapkan kaji selidik (untuk diedarkan ke seluruh negara) bertujuan untuk mengukur pemahaman dan amalan tanggungjawab korporat di kalangan syarikat di Malaysia. Hasil daripada kaji selidik ini akan memberikan petunjuk penting kepada SSM dalam penilaian tahap amalan tanggungjawab korporat di Malaysia.

INISIATIF PROMOSI OLEH SSM PADA 2010

SSM telah menjalankan pelbagai bentuk aktiviti promosi dan komunikasi korporat secara agresif pada tahun 2010 dengan penumpuan lebih kepada pihak-pihak berkepentingan dan golongan remaja, terutamanya mahasiswa universiti.

Perniagaan Anda Bermula di SSM

SSM bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah mengadakan program ”Perniagaan Anda Bermula di SSM” selama tiga hari bermula 27 Januari hingga 29 Januari 2010 bertempat di kampus induk UniKL di Kuala Lumpur. Idea mewujudkan program ini adalah berlandaskan konsep Program Outreach yang diwujudkan oleh SSM sejak tahun 2006 lagi. Program Outreach ini diadakan bertujuan untuk memastikan orang ramai memahami peranan dan fungsi SSM dengan lebih jelas.

Selain dengan objektif program ”Perniagaan Anda Bermula di SSM” ia adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran serta menyematkan pemahaman di kalangan masyarakat awam khususnya mahasiswa-mahasiswa bahawa setiap perniagaan itu bermula di SSM. Menerusi program ini mereka akan dapat mempelajari asas-asas perniagaan di mana ianya akan turut menyumbang kepada

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 107: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

105SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

penglibatan golongan ini untuk menceburi bidang perniagaan apabila tamat pengajian nanti. Pengetahuan mengenai perniagaan penting untuk menggalakkan lepasan universiti untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Pada program tersebut juga, Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan tagline “Perniagaan Anda Bermula di SSM” atau dalam bahasa Inggerisnya “Your Business Begins at SSM” sebagai salah satu langkah penjenamaan SSM.

Lanjutan daripada usaha berterusan untuk menyematkan pemahaman dikalangan pelajar universiti tentang perkara yang wajib dilakukan sebelum memulakan perniagaan dan juga selok belok dunia perniagaan. Pihak UniKL telah muncul dengan satu program baharu ”Pertandingan Perniagaan Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2010”. Sejumlah 106 pasukan yang mewakili institusi pengajian tinggi dan swasta seperti UMS, USM, UNIZA, UMT, UUM, UIA, UNIMAS, UniRAZAK, KLMU, Kolej MARA dan UniKL telah menggunakan kemahiran perniagaan dan pengetahuan mereka bersaing antara satu sama lain di dalam pertandingan ini dari 13 sehingga 21 Disember2010.

MyCoID

Pemerbadanan syarikat kini boleh dilakukan secara serentak dengan pendaftaran di pelbagai agensi melalui gerbang Identiti Korporat Malaysia atau dikenali sebagai MyCoID. Orang ramai melalui setiausaha syarikat boleh berbuat demikian secara serentak dan automatik dengan hanya mendaftar masuk ke laman Portal MyCoID dan mengisi maklumat berkaitan pemerbadanan syarikat untuk disalurkan kepada SSM, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Perbadanan Perusahaan Kecil

dan Sederhana (SME Corp) secara serentak dan automatik.

Pembangunan sistem ini secara tidak langsung akan mengurangkan masa, prosedur dan kos memulakan perniagaan di Malaysia kerana kini orang ramai tidak perlu lagi pergi ke setiap agensi untuk membuat pendaftaran, sebaliknya boleh berbuat demikian secara sistem transaksi tunggal.

Kewujudan sistem ini memberi manfaat bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada pihak pengguna, malah ia turut memberikan impak besar kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ini kerana ia memudahkan interaksi sesama agensi kerajaan dari segi pelbagai aspek terutamanya pertukaran maklumat, penyaluran input, pengesahan dan pengemaskinian data.

Idea untuk mewujudkan sistem MyCoID adalah salah satu usaha kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat pengguna. Atas dasar itu, kerajaan telah memberi tanggungjawab kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan SSM dengan kerjasama agensi berkaitan telah membangunkan sistem MyCoID yang melibatkan dua fasa.

Fasa pertama projek MyCoID telah berjaya dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 11 Februari 2010. Pelancaran MyCoID fasa pertama ketika itu bertujuan memperkenalkan MyCoID sebagai satu nombor identiti korporat yang boleh dijadikan nombor rujukan tunggal bagi urusan pendaftaran dan transaksi oleh agensi kerajaan.

Rentetan daripada kejayaan pelancaran MyCoID fasa pertama, KPDNKK, SSM dan agensi berkaitan telah bertungkus lumus membangunkan sistem laluan MyCoID dan dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 3 November 2010.

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 108: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

106 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KPDNKK dan SSM merancang untuk memperluas-kan pemakaian sistem ini kepada agensi-agensi kerajaan yang lain sejajar dengan harapan Perdana Menteri yang dinyatakan dalam ucapan bajet 2010 baru-baru ini. Pada masa yang sama KPDNKK dan SSM juga dalam perancangan untuk membuka kiosk-kiosk MyCoID bagi memudahkan lagi orang ramai untuk berurusan berkaitan dengan pemerbadanan syarikat.

Majlis Perasmian Menara SSM@Sentral

Pada 29 Julai 2010, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menyempurnakan majlis perasmian ibu pejabat SSM yang diberi nama Menara SSM@Sentral bertempat di No 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral.

Ini merupakan satu titik sejarah yang amat bermakna kepada SSM sejak penubuhannya pada tahun 2002 kerana telah berjaya memiliki bangunannya sendiri. Warga SSM mula berpindah ke bangunan baharu ini sejak awal Januari lalu secara berperingkat dan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2010.

Lokasi strategik Menara SSM@Sentral iaitu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dijangka akan dapat menampung 300 pelanggan yang berurusan dengan SSM setiap hari terutamanya komuniti peniaga dan golongan korporat yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang. Dikelilingi sistem pengangkutan awam yang efisyen di kawasan ini, memudahkan lagi orang ramai untuk datang berurusan dengan SSM serta boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh SSM seperti surau, kantin, dewan, auditorium dan ruang parkir.

Salah satu inisiatif tanggungjawab korporat, SSM menyediakan pusat jagaan kanak-kanak atau taska

untuk anak-anak warga SSM. Taska yang terletak di Tingkat 2 di bangunan ini diwujudkan kerana dalam konteks ibu bapa yang bekerja. SSM yakin bahawa dengan adanya pusat jagaan kanak-kanak dalam bangunan ini dapat menyediakan persekitaran kondusif bagi ibu bapa mengawasi dan berhubungan dengan anak-anak mereka.

Pelancaran Menara SSM@Sentral diharap mampu menjadi lambang kemajuan sebuah badan berkanun yang baru menjangkau usia lapan tahun. Bagi mencapai visi untuk memenuhi keperluan perniagaan menerusi pendaftaran, bekalan maklumat, kawal selia dan khidmat nasihat yang berkesan, ke arah mempertingkatkan daya saing ekonomi negara untuk menarik pelabur luar negara.

Penglibatan Media dan Pengiklanan

Beberapa kenyataan media dan temuramah telah diatur bagi menyebarkan maklumat-maklumat penting untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap peranan, produk, perkhidmatan dan inisiatif dalam memperbaiki penyampaian perkhidmatan awam.

Pada tahun 2010 menyaksikan kekerapan SSM muncul di media elektronik dan cetak terutamanya dalam penerbitan iklan-iklan (televisyen) serta sesi temuramah bersama pihak pengurusan SSM dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam menerusi rangkaian radio seperti Radio Bernama, Hot FM serta menerusi rangkaian televisyen seperti TV1, TV3 dan TV9.

Sepanjang tahun ini liputan media telah mengupas isu-isu semasa seperti Skim Kepentingan, Skim Kutu, 19 Kenyataan Polisi SSM serta promosi inisiatif dan program-program anjuran SSM seperti Program Perniagaan Anda Bermula di SSM, Simposium Jenayah Ekonomi Antarabangsa, 1-Hari Pemerbadanan Syarikat, MyCoID dan sebagainya.

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 109: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

107SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Lawatan Delegasi

SSM turut menerima beberapa siri lawatan daripada delegasi dalam dan luar negara serta lawatan sambil belajar daripada para pelajar universiti tempatan. Siri lawatan tersebut kebiasaannya memberi fokus kepada pengenalan tentang fungsi, produk dan perkhidmatan SSM terutamanya perkhidmatansecara dalam talian serta inisiatif-inisiatif lain yang sedang dijalankan serta yang berada dalam perancangan untuk mempertingkatkan perkhidmatan am.

Pameran, Program-program Outreach dan Sesi Taklimat

Pada tahun 2010, SSM turut mengambil bahagian dalam pelbagai pameran dan expo di seluruh Malaysia seperti:

- Ekspo 1Malaysia di PWTC

- Karnival 1 Komuniti 1 Koperasi, oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sg. Buloh, Selangor

- Persidangan Keusahawanan Kebangsaan 2010 di SACC Shah Alam

- Seminar Pelaburan untuk Usahawan dan Syarikat Swasta 2010 di Negeri Sembilan

- Hari Harta Intelek Negara 2010 (HHIN2010) di Kuala Lumpur

- Malaysia’s Largest Youth Festival (YOUTH’10) di PWTC

- Taklimat Tadbir Urus Korporat di Bursa Malaysia

- Hari Koperasi Kebangsaan 2010 di Pahang

- SMIDEC 2010 di KLCC

- Karnival JOM KE FELDA 2010 di Johor

- Women Entrepreneur Conference 2010 di Kuala Lumpur

- International Conference on Financial Criminology oleh UiTM & SSM

Program Outreach di Pejabat-pejabat Negeri

Peranan pejabat-pejabat negeri SSM seluruh Malaysia adalah sama pentingnya dengan ibu pejabat. Pejabat-pejabat negeri telah mengatur program untuk mendidik komuniti perniagaan mengenai keperluan mendaftar perniagaan mereka, menyediakan maklumat tugas dan tanggungjawab pengarah, setiausaha dan pemegang saham, serta inisiatif-insiatif baharu yang disediakan oleh SSM.

Kerjasama yang baik dengan kerajaan tempatan, persatuan-persatuan perniagaan dan agensi penguatkuasaan yang lain memberi kesempatan kepada SSM untuk menerangkan kepada orang awam fungsi dan peranan SSM. Pendekatan ini juga membantu SSM dalam usaha memudahkan proses pendaftaran dan meningkatkan tahap pematuhan syarikat.

SEKSYEN PEMBANGUNAN PEKERJA

Pada tahun 2010, program pembangunan pekerja yang bertujuan membangun dan meningkatkan kompetensi pekerja telah dilaksanakan secara berterusan oleh COMTRAC, di bawah Seksyen Pembangunan Pekerja. Sebanyak 73 program latihan telah berjaya dianjurkan berbanding 62 program yang menunjukkan peningkatan 11 program tambahan. Penyertaan seramai 1,814 pekerja-pekerja dalaman yang mengikuti program seperti undang-undang syarikat, ICT, perakaunan,

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 110: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

108 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

analisa kewangan, latihan penulisan Bahasa Inggeris dan Peraturan Pesisir Labuan serta sebagainya. Penambahan program latihan yang dijalankan adalah berdasarkan penemuan Analisa Jurang Latihan (TGA) 2009 dan juga termasuk program latihan ad-hoc yang perlu dilaksanakan dalam tahun ini.

COMTRAC juga telah mengambil langkah inisiatif memperkenalkan enam (6) modul baharu di bawah Program Peningkatan Pengetahuan Untuk Pekerja (KEEP) iaitu modul Lanjutan Undang-Undang Syarikat (KEEP Advanced Company Law) dan modul Penguatkuasaan (KEEP Enforcement) seperti berikut:

• KEEP Advanced Company Law – Insolvency Law;

• KEEP Advanced Company Law – Shares & Maintenance of Capital;

• KEEP Advanced Company Law – Corporate Governance;

• KEEP Enforcement – Criminal & Civil Procedures;

• KEEP Enforcement – Interpretation of Statute; dan

• KEEP Enforcement – Evidence.

Selain daripada program KEEP, COMTRAC juga telah memperkenalkan empat (4) program baharu di bawah Sekolah Litigasi Sivil, Pendakwaan dan Penyiasatan dan Sekolah Perundangan Perniagaan dan Korporat seperti berikut:

• Methodology of Investigation;

• Legal Opinion Writing;

• Mock Trial Training (kerjasama dengan seksyen pendakwaan); dan

• What Do You Need to Know About the Regulatory Framework of Labuan FSA.

ANALISA JURANG LATIHAN 2010

Pada tahun 2010, COMTRAC telah meneruskan kaji selidik Analisa Jurang Latihan (TGA) untuk mengenalpasti jurang kompetensi teknikal pekerja serta keperluan latihan mereka. Sebanyak 458 borang TGA telah diedarkan kepada semua penyelia di Ibu Pejabat dan juga Pejabat Negeri berbanding 440 borang TGA pada tahun 2009.

Hasil kaji selidik menunjukkan peningkatan sebanyak 10% tahap jurang kompetensi di kalangan eksekutif SSM.

COMTRAC akan mengendalikan jurang kompetensi yang telah dikenal pasti di kalangan eksekutif SSM melalui program-program latihan yang direka khas mengikut keperluan pekerja-pekerja ini.

Membentuk Pakar-Pakar Bidang Teras Di Bawah Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM (SDP II)

Sejajar dengan Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM (SDP II), di bawah Teras Strategik 6 iaitu, “Membina Kemampuan dan Keupayaan Ke Arah Budaya Kerja Berprestasi Tinggi”, COMTRAC telah berjaya mengendalikan program latihan “Train-the-Trainers” yang dihadiri oleh 18 penceramah SSM terpilih.

Permulaan sebagai projek perintis, COMTRAC membina dan melengkapi penceramah dengan kemahiran dalam merancang dan mengendalikan sesi latihan yang efektif. Peserta juga diberi pengiktirafan “Certification in Training” daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad selepas tamat sesi latihan.

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 111: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

109SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Para penceramah diharap akan dapat menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka dalam budaya perkongsian pengetahuan serta mewujudkan lebih ramai lagi pakar-pakar bidang teras SSM.

PUSAT SUMBER SSM

Pusat Sumber SSM telah mengenal pasti sebuah sistem baru yang lebih komprehensif yang dikenali sebagai sistem Knowledge Management Portal (KM Portal) pada tahun 2009. Bermula pada tahun 2010, sistem yang dibangunkan itu dikenali sebagai Virtual Library System (VLIB) dan ianya merupakan sebahagian daripada sistem KM Portal telah diperkenalkan kepada pekerja SSM. VLIB merupakan salah satu sistem dalam talian perpustakaan SSM yang menyediakan pelbagai kemudahan pengurusan maklumat seperti katalog buku dalam talian, artikel dan sumber-sumber lain yang terdapat di Pusat Sumber SSM. Sistem baru ini juga telah dipertingkatkan lagi kepada sistem yang lebih mesra pengguna daripada yang sebelumnya dan memberi nilai tambah kepada warga kerja SSM yang menggunakannya.

Pusat Sumber SSM juga telah memperkenalkan satu teknologi baru yang dikenali sebagai Radio Frequency Identification (RFID) di mana penggunaan teknologi ini adalah bagi menggantikan penggunaan sistem barkod yang diguna pakai sebelum ini. Sistem RFID ini juga telah memudahkan lagi urusan keluar masuk buku di Pusat Sumber SSM. Teknologi RFID yang mempunyai RFID Gate, RFID Strips dan RFID Reader dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi urusan keluar masuk buku melalui 3M Machine Reader, di mana pemulangan dilakukan di kotak yang dikhaskan tanpa kehadiran pustakawan.

Pada tahun ini, Pusat Sumber SSM telah mengenalpasti beberapa tajuk buku dan laporan undang-undang seperti Industry Law Report, All India Report, All Malaysia Report sebagai koleksi baru dan penambahan kepada jumlah buku-buku

dan bahan-bahan rujukan yang sedia ada. Jumlah buku yang terdapat di Pusat Sumber SSM adalah sebanyak 2,874 buah dan merangkumi pelbagai subjek seperti undang-undang syarikat dan korporat, undang-undang berkaitan komersial dan perniagaan, sistem perundangan Malaysia, undang-undang pentadbiran dan perlembagaan, sumber manusia, perakaunan dan kewangan.

Selain dari itu, Pusat Sumber SSM juga menyediakan perkhidmatan dalam talian seperti Lexis Nexis dan Current Law Journal bagi memudahkan lagi pelbagai maklumat diperolehi. Pusat Sumber di Menara SSM@Sentral boleh memuatkan seramai 70 pengguna dalam satu masa dan terdapat satu bilik belajar, dua bilik perbincangan dan satu makhamah moot.

Pusat Sumber SSM dijangka akan menjadi sebuah pusat informasi dan sumber bukan sahaja kepada warga kerja SSM tetapi juga kepada pihak-pihak berkepentingan SSM menjelang tahun 2012.

Gambaran Keseluruhan

Jumlah pekerja SSM seluruh negara telah meningkat sekitar 1.46% kepada 1,183 setakat 31 Disember 2010. Memandangkan pekerja SSM berpelbagai dan kebanyakannya adalah golongan muda (di mana secara puratanya berumur di bawah 36 tahun), organisasi ini yakin dalam usaha untuk membina dan mengembangkan pekerja-pekerja dengan kemampuan, kecekapan dan kemahiran kepimpinan untuk memastikan keberkesanan yang berterusan, kebolehpercayaan dan keselamatan dalam operasi. SSM berusaha memberikan pekerja-pekerjanya persekitaran kerja yang seimbang, disokong dengan skim penggajian yang kompetitif serta peluang pembangunan kerjaya yang sama rata tanpa ada diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina atau budaya. SSM menyediakan peluang pekerjaan berdasarkan prestasi bersesuaian dengan semua undang-undang dan peraturan kepada

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 112: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

110 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

individu yang memenuhi syarat untuk melakukan tugas. Berdasarkan objektif SDP II, khususnya teras strategik 3 dan 6, SSM optimis bahawa aliran holistik bagi keseluruhan organisasi akan tercapai dengan beberapa inisiatif yang telah bermula pada tahun ini.

Eksekutif 195Eksekutif Kanan 112Ketua Unit 132Ketua Seksyen 52Pengarah 9Kakitangan Sokongan 688

Pengiktirafan

SSM mengiktiraf dan menghargai pengalaman serta sumbangan pekerja melalui sistem pengurusan prestasi dan kecekapan, yang menjadi pendorong utama dalam membezakan antara pekerja yang mempunyai prestasi dan kepimpinan cemerlang berbanding pekerja sederhana yang memerlukan pelan pembangunan khusus untuk memperbaiki diri.

Seramai 178 pekerja dikenalpasti untuk kenaikan gred dalam band masing-masing berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam dasar Mekanisma Kenaikan Gred dan Kenaikan Pangkat. Setiap individu dalam SSM diberi pilihan untuk menyertai pembangunan profesional kerana minat pembelajaran jangka panjang, rasa kebertanggungjawaban, untuk mempertahankan dan meningkatkan kecekapan profesional, meningkatkan kemajuan kerjaya, mengikuti perkembangan teknologi baru dan amalan atau untuk mematuhi keperluan profesional.

Pengurusan Bakat

Untuk memastikan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan adalah penting untuk mengekalkan pekerja yang terlatih untuk terus mencurahkan tenaga kepada Suruhanjaya. Adalah penting untuk meningkatkan kemahiran pekerja di samping menarik bakat baru yang boleh dimanfaatkan untuk memenuhi cabaran dan halangan baharu serta memastikan peluang kerjaya yang baik dan mencapai matlamat SSM dalam menguruskan bakat mereka.

(a) Latihan Modal Insan

Prestasi sumber modal insan didorong oleh pembangunan sumber manusia dan latihan yang berterusan. Melalui projek SDP II yang dirancang untuk mengekalkan pekerja yang cemerlang, adalah penting untuk memastikan bahawa pekerja diberi peluang untuk melengkapi diri dengan bakat, kualiti kerja dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

Pekerja dari semua peringkat telah diingatkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kedua-dua elemen tersebut merupakan perkara paling penting untuk menghasilkan pekerja yang berprestasi tinggi dan mampu membawa kejayaan kepada SSM.

Seramai18 pekerja daripada pelbagai jawatan telah dihantar ke luar negera untuk diberikan pendedahan mengenai konsep-konsep baru pengurusan organisasi bertaraf dunia. SSM juga menyertai pelbagai misi perdagangan dan pelaburan di luar negara misalnya bersama CIDOEC, PERNEC, ICFE dan Forum Perniagaan Asia yang diadakan di beberapa negara seperti Jepun, Mauritius, Singapura, Filipina, United Kingdom, Amerika Syarikat, Bangladesh dan Thailand.

Jumlah Pekerja Seluruh Negara

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 113: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

111SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Seramai 238 pekerja daripada pelbagai peringkat telah dihantar ke 99 program-program awam seperti Korporat Insolvensi dan Penggulungan, Pengurusan Penyelenggaraan, Mendraf Kontrak secara Efektif, Strategik Siasatan Frod, CSR dan kemampanan serta Kongres Akauntan Sedunia.

(b) Pengukuhan Pekerja

Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan di bawah seliaan Seksyen Pembangunan Organisasi bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi pekerja melalui ‘Program Penambahbaikan Prestasi’. Peserta-peserta dipilih berdasarkan penilaian prestasi tahun 2009 dan diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan. Peserta-peserta berkenaan dilatih oleh jurulatih profesional agar dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam memimpin dan turut disasarkan supaya bersedia dalam menghadapi persekitaran kerja yang kompetitif yang secara tidak langsung membangunkan kemahiran interpersonal yang turut berupaya bekerja dengan lebih efisien dan cekap di dalam organisasi. “Program Pengurusan Pembangunan Eksekutif” ini diinisiatifkan atas dasar untuk mencari generasi pemimpin/eksekutif pada masa hadapan.

(c) Kecemerlangan Seimbang

Menyedari pentingnya pengukuhan EQ, IQ dan SQ di kalangan pekerja-pekerja SSM, satu program yang dikenali sebagai Program Pembangunan Kendiri diwujudkan untuk menghasilkan individu-individu yang cemerlang.

Program berkenaan diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pertama telah diadakan di Felda Residence Trolak, Perak yang disertai seramai 37 orang pekerja manakala sesi kedua pula

telah diadakan di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat dengan disertai oleh 38 pekerja.

(d) Menarik Bakat

SSM percaya, selain mengekalkan tenaga kerja sedia ada, adalah penting buat SSM untuk menarik bakat-bakat baru yang berpengalaman dari luar. Bermatlamat untuk menjadi majikan pilihan, SSM giat menjalani beberapa projek seperti pesta dan ceramah kerjaya di institusi pengajian tinggi (awam dan swasta).

Senarai pameran dan ceramah kerjaya sepanjang tahun 2010 adalah seperti yang berikut:

(e) Model Rundingan

Model rundingan merupakan satu model yang

No. Lokasi

1 Universiti Multimedia Malaysia (MMU)

2 PWTC- Anjuran Jobstreet

3 Universiti Teknologi MARA (UiTM)

4 Kolej Teknologi YPC-ITWEB

5 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

6 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

diwujudkan dalam projek melalui Pelan Hala Tuju Strategik SDP II (2010-2014). Objektif projek ini ialah untuk mengubah struktur organisasi kini SSM dari “bottom-heavy” atau model transaksi kepada “middle-heavy” atau modul perunding yang mana mempunyai keupayaan dalam menjalankan tugas berkaitan perkhidmatan perundingan dan memberi nilai tambah kepada pelanggan. Transformasi

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 114: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

112 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

ini melibatkan pembangunan tenaga kerja peringkat bawahan seperti pekerja sokongan dan peningkatan kemahiran serta penempatan semula untuk membina kapasiti dan keupayaan tenaga kerja peringkat pertengahan yang merangkumi pekerja peringkat pengurusan dimana ia akan mengambil tempoh selama lima (5) tahun. Pihak perunding berkenaan telahpun dikenalpasti dan memulakan kajian serta penyelidikan pada tahun hadapan di mana mereka akan mencadangkan struktur organisasi yang sesuai kepada SSM.

PELAKSANAAN MBJ

SSM memberi ruang kebebasan kepada pekerja untuk berpersatuan sebagai wakil organisasi dan tertakluk kepada peraturan yang sedia ada. SSM telah mewujudkan satu saluran yang dinamakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang berperanan

membincangkan faedah-faedah yang diterima oleh kumpulan eksekutif dan bukan eksekutif.

SSM juga memainkan peranan dalam promosi dan perlindungan hak-hak buruh. Polisi dan praktis organisasi tidak membenarkan mana-mana daripada operasinya digunapakai dalam cara-cara yang mana boleh mencabul hak asasi manusia, budaya dan kepelbagaian generasi. Dasar-dasar dan amalan yang dipraktiskan SSM perlu mematuhi Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614) dan Akta Badan Berkanun (Disiplin dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Dua (2) mesyuarat telah diadakan dan antara perkara yang dibincangkan serta diluluskan adalah:

i. Peningkatan dalam perlindungan perubatan pesakit luar daripada RM1,000 kepada RM3,000 untuk setiap keluarga setiap tahun.

ii. Kenaikan gred gaji pekerja SSM.

Laporan Penglibatan, Kerjasama Pihak Berkepentingandan Pembaharuan Undang-Undang (bersambung)

Page 115: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

PENYATA KEWANGAN

Page 116: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

114 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SIJIL KETUA AUDIT NEGARAMENGENAI PENYATA KEWANGAN

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIABAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Penyata Kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tahun berakhir 31 Disember

2010 telah diaudit oleh wakil saya. Pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap

Penyata Kewangan ini. Tanggungjawab saya adalah mengaudit dan memberi

pendapat terhadap Penyata Kewangan tersebut.

Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan

piawaian pengauditan yang diluluskan. Piawaian tersebut menghendaki pengauditan

dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada

Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara.

Pengauditan ini termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang

menyokong angka dan memastikan pendedahan yang mencukupi dalam Penyata

Kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip perakaunan yang digunakan,

unjuran signifikan oleh pengurusan dan persembahan Penyata Kewangan secara

keseluruhan. Saya percaya pengauditan yang dilaksanakan memberi asas yang

munasabah terhadap pendapat saya.

Pada pendapat saya, Penyata Kewangan ini memberi gambaran yang benar dan

saksama terhadap kedudukan kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada

31 Disember 2010 serta hasil operasi dan aliran tunainya untuk tahun tersebut

berdasarkan piawaian perakaunan yang diluluskan.

(HJH. ZAINUN BT TAIB)b.p. KETUA AUDIT NEGARAMALAYSIA

PUTRAJAYA31 MEI 2011

Page 117: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

115SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENYATA PENGERUSIDAN SEORANG ANGGOTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Kami, DATUK MOHD ZAIN BIN MOHD DOM dan DATO’ AZMI BIN ARIFFIN, yang merupakan

Pengerusi dan salah seorang Anggota SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA, dengan ini menyatakan

bahawa, pada pendapat Anggota, Penyata Kewangan yang mengandungi Lembaran Imbangan, Penyata

Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai yang berikut ini berserta dengan nota-

nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya, adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang

benar dan saksama berkenaan kedudukan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA pada 31 Disember

2010 dan hasil kendaliannya serta perubahan kedudukan kewangannya bagi tahun berakhir pada tarikh

tersebut.

Bagi pihak Suruhanjaya, Bagi pihak Suruhanjaya,

DATUK MOHD ZAIN BIN MOHD DOM DATO’ AZMI BIN ARIFFIN

PENGERUSI SURUHANJAYA ANGGOTA SURUHANJAYA

Tarikh: 30 MEI 2011 Tarikh: 30 MEI 2011

Tempat: KUALA LUMPUR Tempat: KUALA LUMPUR

Page 118: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

116 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMAYANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Saya, ZAHRAH BT ABD. WAHAB FENNER, pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan

kewangan dan rekod-rekod perakaunan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA, dengan ikhlasnya

mengakui bahawa Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata

Aliran Tunai dalam kedudukan kewangan yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata

Kewangan di dalamnya mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya

membuat ikrar ini dengan sebenarnya mempercayai bahawa ia adalah benar dan atas kehendak Akta

Akuan Berkanun, 1960.

Sebenarnya dan sesungguhnya )

diakui oleh penama di atas di )

Kuala Lumpur pada )

18 Mei 2011

Di hadapan saya,

................................................................

PESURUHJAYA SUMPAH

Page 119: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

117SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

LEMBARAN IMBANGANPADA 31 DISEMBER 2010

Nota 2010 2009 RM RM

Aset Bukan SemasaHarta, kelengkapan dan peralatan 3 188,203,760 14,060,188Pelaburan jangka panjang 4 120,082,367 121,660,247Kerja dalam kemajuan 5 6,275,358 178,226,933Pembiayaan pekerja 6 27,430,333 20,325,395

341,991,818 334,272,763

Aset SemasaPenghutang perdagangan 7 804,531 758,455Penghutang lain, deposit dan pra bayar 8 4,847,228 6,937,476Pembiayaan pekerja 6 2,226,121 1,720,775Pelaburan jangka pendek 9 125,242,699 119,871,240Inventori 10 794,680 -Tunai dan kesetaraan tunai 11 211,737,714 183,906,625

345,652,973 313,194,571

JUMLAH ASET 687,644,791 647,467,334

EKUITI DAN LIABILITIEkuitiGeran Kerajaan 12 24,866,596 20,011,596Lebihan terkumpul 433,828,865 407,333,158Dana pembiayaan pekerja 13 56,000,000 56,000,000

514,695,461 483,344,754

Liabiliti Bukan SemasaPeruntukan Faedah Pekerja 14 623,954 684,747

623,954 684,747

Liabiliti SemasaKumpulan Wang Disatukan Persekutuan 15 161,432,699 156,952,560Pemiutang lain 16 9,836,600 5,424,831Pemiutang projek jangka pendek 17 1,056,077 1,060,442

172,325,376 163,437,833

Jumlah Liabiliti 172,949,330 164,122,580

JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 687,644,791 647,467,334

Nota-nota di muka surat 121 hingga 144 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Page 120: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

118 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENYATA PENDAPATANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Nota 2010 2009 RM RM

Pendapatan 18 328,715,698 313,905,120Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 15 (161,432,699) (156,952,560)

167,282,999 156,952,560

Perbelanjaan Operasi

Kos pekerja 19 71,200,642 65,637,458

Kos pentadbiran 20 53,891,859 38,386,877

Susutnilai 3 17,016,670 7,950,038

Pelunasan ke atas geran yang diterimadan pelaburan jangka panjang (3,198,319) 338,908

Kerugian pelupusan harta, kelengkapan danperalatan 1,876,440 -

140,787,292 112,313,281

Lebihan sebelum cukai 21 26,495,707 44,639,279

Cukai 22 - -

Lebihan selepas cukai 26,495,707 44,639,279

Nota-nota di muka surat 121 hingga 144 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Page 121: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

119SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENYATA PERUBAHAN EKUITIBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Geran Modal Dana Geran Manfaat Lebihan Pembiayaan Kerajaan Peletakhakan Terkumpul Pekerja Jumlah RM RM RM RM RM

Baki pada 1 Januari 2009 56,974,990 838,251 318,267,224 56,000,000 432,080,465

Lebihan bersih tidak diambil kira dalam penyata pendapatanPelunasan ke atas geran yang diterima - - - - - Geran Kerajaan diiktiraf dalam penyata pendapatan (43,600,000) (826,655) 44,426,655 - - Geran Kerajaan yang diterima dalam tahun semasa 6,625,010 - - - 6,625,010 Lebihan selepas cukai - - 44,639,279 - 44,639,279

Baki pada 31 Disember 2009 20,000,000 11,596 407,333,158 56,000,000 483,344,754

Lebihan bersih tidak diambil kira dalam penyata pendapatanPelunasan ke atas geran yang diterima (4,100,000) - - - (4,100,000) (4,100,000) - - - (4,100,000) Geran Kerajaan yang diterima dalam tahun semasa 8,955,000 - - - 8,955,000Lebihan selepas cukai - - 26,495,707 - 26,495,707

Baki pada31 Disember 2010 24,855,000 11,596 433,828,865 56,000,000 514,695,461

Nota-nota di muka surat 121 hingga 144 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Page 122: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

120 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENYATA ALIRAN TUNAIBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

2010 2009 RM RMAktiviti KendalianLebihan sebelum cukai 27,433,927 44,639,279 Pelarasan bagi: Susutnilai 17,016,670 7,950,038 Pelunasan ke atas geran yang diterima (4,100,000) - Pelunasan ke atas pelaburan jangka panjang 901,681 338,908 Kerugian dari pelupusan harta, kelengkapan dan peralatan 1,876,440 - Keuntungan dan dividen daripada pelaburan (17,051,666) (16,650,402) Keuntungan operasi sebelum perubahan modal kerja 26,077,052 36,277,823(Pertambahan)/Pengurangan inventori (794,680) - (Pertambahan)/Pengurangan penghutang (46,076) (312,379)(Pertambahan)/Pengurangan penghutang lain, deposit dan prabayar 2,090,248 437,136Pertambahan/(Pengurangan) Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 3,541,919 (488,715)Pertambahan/(Pengurangan) pemiutang lain 3,529,654 77,349Pertambahan/(Pengurangan) pemiutang kerja dalam kemajuan (4,365) (4,252,996)Pertambahan/(Pengurangan) peruntukan faedah pekerja (43,471) (2,653)Tunai bersih dari aktiviti kendalian 34,350,281 31,735,565

Tunai dari aktiviti pelaburanPemerolehan harta, kelengkapan dan peralatan (193,458,094) (8,123,273)Terimaan daripada pelupusan harta, kelengkapan dan peralatan 384,525 -Kerja dalam kemajuan 171,951,575 (74,712,105)Peletakan dalam pelaburan (3,793,579) (81,478,209)Terimaan keuntungan dan dividen 17,051,666 16,650,402Pembiayaan pekerja (9,599,053) (5,929,460)Bayaran balik pembiayaan pekerja 1,988,768 1,436,880Tunai bersih dari/(digunakan untuk) aktiviti pelaburan (15,474,192) (152,155,765)

Tunai dari aktiviti kewanganGeran Kerajaan 8,955,000 6,625,010Tunai bersih dari aktiviti kewangan 8,955,000 6,625,010

(Pengurangan)/Pertambahan bersih tunai dan kesetaraan tunai 27,831,089 (113,795,190)Tunai dan kesetaraan tunai pada awal tahun 183,906,625 297,701,815Tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 211,737,714 183,906,625

Nota-nota di muka surat 121 hingga 144 merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

Page 123: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

121SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

1. AKTIVITI UTAMA

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Suruhanjaya) adalah merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614). Aktiviti utama Suruhanjaya adalah pengawal selia perbadanan, syarikat dan perniagaan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat Amanah 1949, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kootu 1971 dan mana–mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-Akta yang disebut di atas.

Tiadaperubahanyangsignifikanterhadapaktivitiutamadalamtahunsemasa.

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN

Polisi perakaunan yang dinyatakan di bawah telah diguna pakai secara konsisten oleh Suruhanjaya pada semua tahun terdahulu yang dibentangkan dalam penyata kewangan ini, melainkan jika dinyatakan sebaliknya. (a) Asas Penyediaan

Penyata kewangan Suruhanjaya telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) untuk entiti persendirian (Piawaian Pelaporan Entiti Persendirian).

Penyata kewangan Suruhanjaya telah disediakan mengikut asas kos sejarah, kecuali yang didedahkandalamringkasanpolisiperakaunanyangsignifikan.

Penyediaan penyata kewangan memerlukan pengurusan untuk membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang mempengaruhi pemakaian polisi perakaunan dan laporan amaun aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan. Walaupun pertimbangan, anggaran dan andaian adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan tindakan semasa yang terbaik, keputusan sebenar mungkin berbeza.

Anggaran dan andaian disemak atas dasar berterusan. Semakan anggaran perakaunan diiktiraf dalam tempoh di mana anggaran disemak dan dalam mana-mana tempoh hadapan yang berkenaan. (b) Peletakhakan Aset, Hak dan Liabiliti

Ini merupakan aset, hak dan liabiliti Kerajaan Malaysia yang dipindahkan kepada dan dipeletakhakan dalam Suruhanjaya. Ianya dinyatakan selepas mengambilkira semua perbelanjaan terus dan susutnilai aset yang dipeletakhakan.

Peletakhakan aset, hak dan liabiliti dinyatakan pada nilai saksama dan diiktiraf dalam lembaran imbangan berdasarkan kepada tarikh peletakhakan.

Page 124: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

122 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)

(b) Peletakhakan Aset, Hak dan Liabiliti (sambungan)

Peletakhakan aset bukan tunai dilunaskan berdasarkan kepada anggaran hayat penggunaannya. Manfaat ini dinyatakan sebagai pelunasan ke atas geran yang diterima dalam penyata perubahan ekuiti.

(c) Harta, Kelengkapan dan Peralatan

Harta, kelengkapan dan peralatan dinyatakan pada kos sejarah setelah ditolak susutnilai terkumpul dan kerugian kemerosotan. Kos adalah termasuk perbelanjaan yang berkaitan terus dengan perolehan sesuatu aset berkenaan.

Kos berikutan diambil kira dalam jumlah bawaan aset atau diiktiraf sebagai aset berasingan, yang mana berkenaan, jika manfaat ekonomi masa hadapan berkaitan item berkenaan berkemungkinan akan mengalir kepada Suruhanjaya dan kos berkenaan boleh diukur dengan pasti.

Harta, kelengkapan dan peralatan disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus untuk menghapus kira kos sesuatu aset, atau amaun nilaian semula, kepada nilai baki ke atas anggaran tempoh hayat kegunaan. Kadar susutnilai tahunan yang diguna pakai telah diringkaskan seperti berikut :

Bangunan 2% Peralatan Bangunan 20% Kenderaan Bermotor 20% Perisian dan Perkakasan Komputer 20% - 331/3% Peralatan Pejabat, Perabot dan kelengkapan 20% Ubahsuai 20% - 331/3%

Susutnilai ke atas harta, kelengkapan dan peralatan dalam pembinaan akan bermula apabila harta, kelengkapan dan peralatan berkenaan diserahkan dan sedia untuk kegunaan yang dimaksudkan. Susutnilai ke atas harta, kelengkapan dan peralatan yang tidak diiktiraf akan dihentikandandiklasifikasisebagaihartauntukjualan.

Nilai baki dan tempoh jangka hayat kegunaan harta, kelengkapan dan peralatan akan dikaji dan diselaraskan, jika perlu, pada tarikh pelaporan.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 125: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

123SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)

(c) Harta, Kelengkapan dan Peralatan (sambungan)

Pada setiap tarikh pelaporan, Suruhanjaya akan menilai sama ada terdapat sebarang petanda kemerosotan. Sekiranya petanda berkenaan wujud, satu analisa akan dilaksanakan untuk menilai sama ada amaun bawaan aset boleh diperolehi semula sepenuhnya. Penurunan nilai dilakukan jika amaun bawaan melebihi amaun boleh pulih. Sila rujuk Nota 2(d) polisi perakaunan mengenai kemerosotan aset.

Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan harta, kelengkapan dan peralatan adalah perbezaan antara hasil pelupusan bersih dan amaun bawaan bagi harta, kelengkapan dan peralatan, dan didedahkan dalam penyata pendapatan.

(d) Kemerosotan Aset

Nilai bawaan harta, kelengkapan dan peralatan disemak semula untuk menentukan sama ada terdapatnya sebarang petunjuk kemerosotan. Kemerosotan diukur dengan membandingkan nilai bawaan aset dengan jumlah boleh diperolehi semula. Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan dengan serta-merta.

Peningkatan jumlah boleh diperolehi semula aset yang berikutnya dianggap sebagai penerbalikan kerugian kemerosotan sebelum ini dan diiktiraf sehingga tahap nilai bawaan aset yang akan ditentukan (bersih daripada pelunasan dan susutnilai) sekiranya tiada kerugian kemerosotan diiktiraf. Penerbalikan diiktiraf dalam penyata pendapatan dengan serta-merta. (e) Pelaburan Jangka Panjang

Pelaburan jangka panjang dinyatakan pada kos dan dipegang sehingga matang. Peruntukan pengurangan nilai dibuat apabila wujudnya pengurangan yang kekal.

(f) Kerja Dalam Kemajuan

Kerja dalam kemajuan dipermodalkan sebagai harta, kelengkapan dan peralatan setelah sijil akuan siap atau sijil akuan penerimaan diterima oleh Suruhanjaya.

(g) Pembiayaan Pekerja

Pembiayaan pekerja dinyatakan pada kos ditolak peruntukan hutang lapuk dan hutang ragu.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 126: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

124 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)

(h) Penghutang Perdagangan

Penghutang perdagangan dinyatakan pada amaun invois ditolak peruntukan hutang ragu. Peruntukan ini dibuat apabila terdapat bukti bahawa Suruhanjaya tidak dapat mengutip amaun berkenaan berdasarkan kepada terma asal penghutang.

(i) Inventori

Inventori dinyatakan pada kos berdasarkan kepada nilai yang diinvois oleh pembekal.

(j) Tunai dan Kesetaraan Tunai

Untuk tujuan penyata aliran tunai, tunai dan kesetaraan tunai adalah terdiri daripada tunai dalam tangan, deposit panggilan dengan bank, lain-lain jangka pendek dan pelaburan berkecairan tinggi dengan tempoh kematangan asal sehingga setahun.

(k) Geran Kerajaan

Geran Kerajaan diiktiraf pada nilai saksama apabila terdapat keyakinan munasabah bahawa geran tersebut akan diterima dan kesemua syarat yang ditetapkan akan dipatuhi oleh Suruhanjaya.

Geran kerajaan yang dikaitkan dengan perbelanjaan diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan berdasarkan kepada pendekatan yang sistematik ke atas tempoh yang diperlukan untuk memadankan geran tersebut dengan perbelanjaan yang dimaksudkan.

Geran kerajaan yang dikaitkan dengan pembelian aset dimasukkan sebagai pendapatan tertunda pada nilai saksama dan diiktiraf dalam penyata pendapatan berdasarkan jangka hayat aset berkenaan melalui amaun ansuran yang bersamaan.

(l) Faedah Pekerja

Faedah Pekerja Jangka Pendek Gaji, cuti tahunan dan cuti sakit berbayar, bonus dan faedah bukan kewangan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tempoh di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja Suruhanjaya.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 127: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

125SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)

(l) Faedah Pekerja

Pelan Caruman Wajib

Suruhanjaya mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja yang memilih skim KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk pekerja yang memilih skim pencen Kerajaan. Caruman ini diambil kira dalam penyata pendapatan dalam tempoh di mana ia berkait. Setelah caruman dibayar, Suruhanjaya tidak mempunyai kewajipan pembayaran selanjutnya.

Faedah Pekerja Jangka Panjang

Pembayaran faedah pekerja jangka panjang selepas persaraan dan/atau setelah tamat tempoh perkhidmatan kontraknya akan diiktiraf dalam penyata pendapatan tahun semasa sebagai faedah pekerja, manakala dalam lembaran imbangan, amaun ini diiktiraf sebagai liabiliti yang dikenali sebagai Peruntukan Faedah Pekerja.

Jenis-jenis faedah pekerja jangka panjang yang diiktiraf adalah seperti berikut :

(i) bayaran gantian cuti rehat dalam bentuk tunai; dan

(ii) bayaran gratuiti kepada pekerja kontrak yang tamat tempoh perkhidmatan.

Kaedah pengiraan tunai boleh bayar untuk gantian cuti rehat kepada pekerja yang bersara dan pengiraan gratuiti boleh bayar kepada pekerja kontrak yang tamat tempoh perkhidmatannya adalah berdasarkan kepada maklumat sebenar sedia ada pada tarikh lembaran imbangan dan kelayakan berdasarkan kepada terma dan syarat perkhidmatan Suruhanjaya. Kadar gaji semasa digunakan untuk pengiraan liabiliti ini. (m) Caruman kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

Caruman kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan mewakili lima puluh peratus (50%) daripada jumlah hasil diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 35(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614).

Pengiraan amaun caruman boleh bayar kepada Kerajaan adalah berdasarkan kepada jumlah kasar hasil yang diterima dalam sesuatu tahun dan ditolak peruntukan hutang ragu. Caruman ini diakrukan dalam tahun di mana pendapatan diiktiraf.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 128: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

126 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)

(n) Pemiutang Lain

Pemiutang lain dinyatakan pada nilai nominal yang merupakan nilai saksama pertimbangan yang perlu dibayar dalam tempoh hadapan untuk barangan dan perkhidmatan yang diterima.

(o) Cukai

Cukai pendapatan ke atas lebihan atau defisit bagi tahun kewangan terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa merupakan amaun cukai pendapatan yang dijangka perlu dibayar ke atas lebihan bercukai bagi tahun semasa dan dikira mengikut kadar cukai yang dikuat kuasakan pada tarikh lembaran imbangan.

Cukai tertunda diperuntukkan mengikut kaedah liabiliti, ke atas perbezaan sementara yang timbul antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai bawaannya dalam penyata kewangan. Pada prinsipnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara bercukai dan aset cukai tertunda diiktiraf bagi semua potongan perbezaan sementara bercukai, setakat mana terdapatnya kemungkinan keuntungan bercukai masa hadapan yang ada boleh digunakan terhadap potongan perbezaan sementara.

Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang dikuatkuasakan pada tarikh lembaran imbangan.

(p) Peruntukan

Peruntukan diiktiraf apabila Suruhanjaya mempunyai obligasi perundangan atau konstruktif semasa hasil daripada peristiwa terdahulu yang berkemungkinan akan memerlukan aliran keluar sumber untuk menjelaskan obligasi tersebut, dan apabila anggaran berhubung jumlah tersebut boleh dibuat. Jika Suruhanjaya menjangka sesuatu peruntukan akan dibayar balik (contohnya, di bawah kontrak insurans), pembayaran balik tersebut diiktiraf sebagai aset yang berasingan tetapi hanya apabila pembayaran balik tersebut benar–benar boleh dipastikan. Peruntukan tidak diiktiraf untuk kerugian operasi masa hadapan.

Jika terdapat beberapa obligasi yang serupa, kemungkinan keperluan aliran keluar untuk penyelesaian ditentukan dengan mempertimbangkan obligasi-obligasi tersebut secara keseluruhan mengikut kelas. Peruntukan diiktiraf walaupun kemungkinan aliran keluar berhubung dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam sesuatu kelas obligasi yang sama adalah kecil.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 129: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

127SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)

(p) Peruntukan (sambungan)

Peruntukan diukur sebagai nilai semasa perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan untuk menjelaskan obligasi dengan menggunakan kadar sebelum cukai yang menggambarkan taksiran pasaran semasa nilai masa wang dan risiko khusus obligasi. Peningkatan dalam peruntukan yang disebabkan oleh peredaran masa diiktiraf sebagai perbelanjaan faedah.

(q) Pengiktirafan Pendapatan

Pendapatan terdiri daripada nilai saksama pertimbangan diterima atau boleh terima bagi perkhidmatan yang diberikan mengikut aktiviti Suruhanjaya yang biasa. Pendapatan dinyatakan sebagai nilai bersih selepas cukai tambah nilai, pengembalian, rebat dan diskaun.

Suruhanjaya mengiktiraf hasil apabila amaun tersebut boleh diukur dan dipercayai, kemungkinan aliran manfaat ekonomi masa hadapan kepada Suruhanjaya dan kriteria tertentu telah dapat dipenuhi bagi setiap aktiviti Suruhanjaya seperti berikut:

(i) Pendapatan Perkhidmatan

Pendapatanperkhidmatanterdiridaripadakutipanfipendaftaransyarikatdanperniagaan dan bekalan maklumat korporat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 masing-masing. Pendapatan ini diiktiraf apabila sesuatu perkhidmatan telah sempurna dilaksanakan.

(iI) Kompaun

Kompaun diiktiraf apabila pembayaran diterima kerana memandangkan setiap kompaun yang dikeluarkan hanyalah merupakan satu tawaran dengan tempoh pembayaran yang ditetapkan oleh Pendaftar. Kompaun yang tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan akan disusuli dengan tindakan pendakwaan selaras dengan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Walau bagaimanapun, denda yang diperolehi daripada keputusan Mahkamah hasil daripada tindakan pendakwaan akan menjadi adalah merupakan hasil Kerajaan dan bukannya Suruhanjaya.

(iii) Program Latihan Korporat

Pendapatan daripada Program Latihan Korporat diiktiraf apabila program selesai dilaksanakan.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 130: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

128 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

2. POLISI PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN (sambungan)

(q) Pengiktirafan Pendapatan (sambungan)

(iv) Faedah, Dividen dan Keuntungan

Faedah, dividen dan keuntungan diiktiraf mengikut kaedah perkadaran masa, dengan mengambil kira tunggakan prinsipal dan kadar efektif sehingga tempoh matang, apabila pendapatan berkenaan pasti akan diakrukan kepada Suruhanjaya. (r) Instrumen Kewangan

Instrumen kewangan adalah sebarang kontrak yang meningkatkan aset kewangan sesebuah perusahaan dan liabiliti kewangan atau instrumen ekuiti kepada perusahaan yang lain.

Aset kewangan adalah sebarang aset yang berupa wang tunai, hak berkontrak untuk menerima wang tunai atau lain-lain aset kewangan daripada perusahaan lain, hak berkontrak untuk menukar instrumen kewangan dengan perusahaan lain di bawah syarat yang berpotensi menguntungkan, atau instrumen ekuiti perusahaan lain.

Liabiliti kewangan adalah sebarang tanggungan yang merupakan obligasi berkontrak untuk memberi wang tunai atau aset kewangan lain kepada perusahaan lain, atau menukar instrumen kewangan dengan perusahaan lain di bawah syarat yang berpotensi tidak menguntungkan.

Kaedah pengiktirafan yang diterima pakai bagi instrumen kewangan yang diiktiraf dalam lembaran imbangan didedahkan dalam kenyataan polisi perakaunan individu yang berkaitan dengan setiap instrumen kewangan.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 131: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

129SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

3. H

AR

TA, K

ELEN

GK

APA

N D

AN

PER

ALA

TAN

Pera

lata

n

Peja

bat,

Pe

rala

tan

dan

Pe

rala

tan

Pera

bot

dan

Peri

sian

K

ende

raan

Bang

unan

Ba

ngun

an

Kel

engk

apan

K

ompu

ter

Berm

otor

U

bahs

uai

Jum

lah

RM

RM

RM

RM

RM

RM

RM

K

os

Pa

da 1

Jan

uari

2010

-

- 8,

404,

406

47,6

73,1

91

6,90

3,28

4 16

,512

,089

79

,492

,970

Ta

mba

han

135,

307,

436

15,1

70,5

77

8,93

1,84

2 10

,335

,238

91

8,82

2 22

,794

,179

19

3,45

8,09

4

Pe

lupu

san

-

- (3

,538

,285

) (2

,800

,930

) (1

,300

,911

) (3

,225

,341

) (1

0,86

5,46

7)

Pa

da 3

1 D

isem

ber

2010

13

5,30

7,43

6 15

,170

,577

13

,797

,963

55

,207

,499

6,

521,

195

36,0

80,9

27

262,

085,

597

Su

sutn

ilai t

erku

mpu

l

Pa

da 1

Janu

ari 2

010

- -

5,80

1,45

5 36

,520

,708

5,

132,

622

14,8

27,0

16

62,2

81,8

01

Su

sutn

ilai t

ahun

sem

asa

2,

706,

149

3,03

4,11

6 2,

249,

599

3,70

3,27

2 96

2,55

4 4,

360,

980

17,0

16,6

70

Pe

lupu

san

-

- (2

,365

,707

) (2

,612

,309

) (1

,070

,258

) (2

,519

,341

) (8

,567

,615

)

K

emer

osot

an

- -

- 3,

150,

981

- -

3,15

0,98

1

Pa

da 3

1 D

isem

ber

2010

2,

706,

149

3,03

4,11

6 5,

685,

347

40,7

62,6

52

5,02

4,91

8 16

,668

,655

73

,881

,837

N

ilai b

uku

bers

ih

Pa

da 3

1 D

isem

ber

2010

13

2,60

1,28

7 12

,136

,461

8,

112,

616

14,4

44,8

47

1,49

6,27

7 19

,412

,272

18

8,20

3,76

0

Pa

da 3

1 D

isem

ber

2009

-

- 2,

602,

951

8,00

1,50

2 1,

770,

662

1,68

5,07

3 14

,060

,188

Su

sutn

ilai b

agi t

ahun

ber

akhi

r

31 D

isem

ber

2009

-

- 1,

197,

983

4,80

4,55

5 1,

063,

024

884,

476

7,95

0,03

8

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 132: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

130 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

3. HARTA, KELENGKAPAN DAN PERALATAN (sambungan)

Aset-aset Projek Migrasi telah dipeletakhakan kepada Suruhanjaya mengikut Perjanjian Novasi (Novation Agreement) bertarikh 23 April 2004 dan dinyatakan pada nilai saksama pada tarikh peletakhakan.

Terdapat kelewatan dalam penggunaan Projek Migrasi Suruhanjaya serta teknologi yang usang telah menyebabkan kemerosotan pada anggaran RM 3,150,981 berbanding dengan kos pembangunan sistem dalam tahun 2005. Kerugian kemerosotan diiktiraf dalam tahun 2005 sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan.

4. PELABURAN JANGKA PANJANG

Pelaburan jangka panjang terdiri daripada pelaburan dalam Keluaran Pelaburan Kerajaan, Cagamas Berhad Sukuk dan Islamic Medium Term Notes dengan kadar kupon antara 3.04% hingga 5.0% (2009: 2.57% hingga 5.0%) dengan tempoh sehingga sepuluh (10) tahun.

Dalam tahun semasa, Suruhanjaya telah meletakkan dananya dalam Akaun Amanah Institusi yang diselenggarakan oleh Amanah Raya Berhad, satu syarikat awam berhad dengan saham yang ditubuhkan di Malaysia. Keuntungan kasar boleh terima oleh Suruhanjaya ialah 5% setahun (2009: 5% setahun) dengan tempoh matang peletakan selama lima (5) tahun.

Struktur kematangan pelaburan jangka panjang pada akhir tahun kewangan adalah seperti berikut :

2010 2009 RM RM

Sehingga tempoh lima tahun 61,076,700 60,923,200 Lebih daripada lima tahun 59,005,667 60,737,047 120,082,367 121,660,247

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 133: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

131SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

5. KERJA DALAM KEMAJUAN

2010 2009 RM RM

Baki pada 1 Januari 178,226,933 103,514,827 Tambahan kerja dalam kemajuan dalam tahun kewangan 19,900,161 80,851,882 Permodalan kepada harta, kelengkapan dan peralatan [Lihat Nota 5(a) dan 5(b)] (191,851,736) (6,139,776) Baki pada 31 Disember 6,275,358 178,226,933

Kerja dalam kemajuan adalah termasuk pembinaan bangunan dan projek teknologi maklumat dan komunikasi Suruhanjaya yang ditawarkan dalam tahun semasa seperti berikut:

2010 2009 RM RM

Peralatan bangunan dalam kemajuan 3,219,952 178,164,563 Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kemajuan 3,055,406 62,370 Baki pada 31 Disember 6,275,358 178,226,933

(a) Pembinaan Bangunan Pejabat Suruhanjaya

Pembinaan bangunan pejabat Suruhanjaya bersekali dengan kerja-kerja hiasan dalaman telah siap dalam tahun 2009 dan Notis Hak Milik Kosong (Vacant Posession Notice) telah diserahkan kepada Suruhanjaya pada 1 Januari 2010. Kerja dalam kemajuan berkaitan dengan pembinaan bangunan pejabat ini berjumlah RM 180,232,495 telah dipermodalkan dalam tahun semasa.

(b) Pembangunan dan Pemasangan Insfrastruktur dan Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Suruhanjaya telah menawarkan beberapa projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalamtahunsemasaberjumlahRM10,084,988.Projekinidiklasifikasikansebagaikerjadalam kemajuan dalam tahun semasa berdasarkan kepada invois yang diterima.

Kerja dalam kemajuan berjumlah RM 11,619,241 (2009: RM 6,139,776) telah dipermodalkan dalam tahun semasa.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 134: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

132 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

6. PEMBIAYAAN PEKERJA

2010 2009 RM RM

Pembiayaan perumahan 33,426,954 24,626,595 Pembiayaan kenderaan bermotor 1,621,820 1,128,040 Pembiayaan komputer 160,100 171,777

Amaun kasar pembiayaan 35,208,874 25,926,412 Keuntungan belum diperolehi daripada pembiayaan (5,552,419) (3,880,242) Nilai semasa pembayaran belum terima minima 29,656,455 22,046,170

Struktur kematangan pembiayaan pekerja pada akhir tahun kewangan adalah seperti berikut : 2010 2009 RM RM Amaun kasar pembiayaan:

Dalam tempoh satu tahun 2,343,870 1,797,943 Lebih daripada satu tahun dan sehingga lima tahun 10,666,364 7,904,440 Lebih daripada lima tahun 22,198,640 16,224,029

35,208,874 25,926,412

2010 2009 RM RM Nilai semasa pembayaran belum terima minima:

Dalam tempoh satu tahun 2,226,121 1,720,775 Lebih daripada satu tahun dan sehingga lima tahun 10,027,376 7,528,416 Lebih daripada lima tahun 17,402,957 12,796,979 29,656,454 22,046,170

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 135: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

133SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

6. PEMBIAYAAN PEKERJA (sambungan)

Pembiayaan pekerja merangkumi pembiayaan perumahan, kenderaan bermotor dan komputer secara Islam kepada pekerja Suruhanjaya. Pembiayaan kenderaan bermotor dan komputer mempunyai tempoh bayaran balik maksima masing-masingnya selama lapan (8) tahun dan empat (4) tahun dengan kadar keuntungan pembiayaan sebanyak 4% setahun (2009: 4% setahun). Pembiayaan perumahan mempunyai tempoh bayaran balik maksima tiga puluh (30) tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 2% setahun (2009: 2% setahun).

Kadar keuntungan efektif untuk semua pembiayaan pekerja adalah 7% hingga 9% setahun (2009: 7% hingga 9% setahun).

7. PENGHUTANG PERDAGANGAN

Penghutangperdaganganterdiridaripadafiperkhidmatanbelumterima,termasukfiperkhidmatan e-info yang dibekalkan oleh ejen yang dilantik, perkhidmatan e-lodgementdanfidaripadaProgram Latihan Korporat. Tempoh kredit yang diberikan kepada penghutang perdagangan adalah tiga puluh (30) hari daripada tarikh invois dikeluarkan atau sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian dengan agen yang dilantik berkaitan.

8. PENGHUTANG LAIN, DEPOSIT DAN PRA BAYAR

2010 2009 RM RM

Keuntungan dan dividen belum terima 2,930,122 3,530,289 Deposit dan pra bayar 1,140,100 2,945,026 Pendahuluan pekerja 739,781 426,376 Lain-lain terimaan 37,225 35,785 4,847,228 6,937,476

Termasuk dalam keuntungan dan dividen belum terima adalah keuntungan yang diterima terdahulu daripada Akaun Deposit Mudharabah (MDA) berjumlah RM 438,890.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 136: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

134 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

9. PELABURAN JANGKA PENDEK

2010 2009 RM RM

Kertas Komersial Islam - 14,654,740 Sijil Instrumen Hutang Boleh Runding 10,096,199 15,000,000 Deposit Komoditi Murabahah 45,000,000 15,000,000 Pelaburan Jangka Panjang yang matang dalam tempoh dua belas (12) bulan 70,146,500 75,216,500 125,242,699 119,871,240

Suruhanjaya juga membeli Kertas Komersial Islam, Sijil Instrumen Hutang Boleh Runding, Perjanjian Jual Beli Semula dan Deposit Komoditi Murabahah melalui beberapa institusi kewangan berlesen. Keuntungan efektif boleh terima oleh Suruhanjaya untuk sekuriti ini adalah pada kadar antara 3.0% hingga 3.4% setahun (2009: 2.3% hingga 4.5% setahun) dengan tempoh matang peletakan sehingga dua belas (12) bulan.

10. INVENTORI

2010 2009 RM RM

Baki pada 1 Januari - - Belian 2,323,100 - Jualan (1,528,420) - Baki pada 31 Disember 794,680 -

Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 24 Mac 2010 telah memberikan kelulusan di bawah seksyen 82 Akta Setem 1949 kepada Suruhanjaya untuk menjual setem hasil untuk dilekatkan atas Memorandum and Article of Association syarikat-syarikat yang diperbadankan.

Inventori ini dinyatakan pada kos.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 137: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

135SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

11. TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI

2010 2009 RM RM

Baki tunai dan bank 37,437,260 27,359,413 Peletakan deposit dengan:

Bank tempatan berlesen dan institusi kewangan 174,300,454 156,547,212 211,737,714 183,906,625

Kadar keuntungan efektif bagi pelaburan am Al-Mudharabah dan pelaburan khas Al-Mudharabah dengan bank-bank dan institusi-institusi kewangan berlesen adalah antara 3.0% hingga 3.40% setahun (2009: 2.40% hingga 2.60% setahun).

Tempoh matang bagi pelaburan am Al-Mudharabah ialah tiga puluh (30) hari hingga 1 tahun (2009: tiga puluh (30) hari hingga 1 tahun) dan pelaburan khas Al-Mudharabah ialah satu (1) malam hingga sembilah puluh (90) hari (2009: satu (1) malam hingga sembilan puluh (90) hari).

12. GERAN KERAJAAN

Geran Geran Manfaat Permulaan Modal Peletakhakan Jumlah RM RM RM RM

Pada 1 Januari 2010 - 20,000,000 11,596 20,011,596 Tambahan geran diterima dalam tahun semasa - 8,955,000 - 8,955,000 Pelunasan ke atas geran yang diterima - (4,100,000) - (4,100,000)

Pada 31 Disember 2010 - 24,855,000 11,596 24,866,596

Pada 1 Januari 2009 43,600,000 13,374,990 838,251 57,813,241 Tambahan geran diterima dalam tahun semasa - 6,625,010 - 6,625,010 Pelunasan ke atas geran yang diterima - - (826,655) (826,655) Klasifikasikepadalebihan terkumpul (43,600,000) - - (43,600,000)

Pada 31 Disember 2009 - 20,000,000 11,596 20,011,596

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 138: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

136 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

12. GERAN KERAJAAN (sambungan)

Geran modal termasuk geran permulaan dan operasi yang diberikan oleh Kerajaan, geran pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe9) dan manfaat peletakhakan. Geran permulaan yang diberikan adalah untuk menampung liabiliti kewangan dan perbelanjaan modal semasa penubuhan Suruhanjaya manakala geran operasi dan pembangunan diberikan bagi menampung perbelanjaan modal untuk bangunan baru dan projek pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Suruhanjaya.

Dalam tahun semasa, Suruhanjaya telah menerima tambahan geran pembangunan berjumlah RM 500,000 (2009: RM 6,625,010) untuk kerja-kerja hiasan dalaman.

Sebagai tambahan, Suruhanjaya juga menerima peruntukan di bawah geran operasi berjumlah RM 8.46 juta untuk pembangunan Laluan SSM untuk Identiti Korporat Malaysia (MyCoID) dan Sistem Pangkalan Data Hak Milik Ekuiti Sektor Korporat. Manfaat peletakhakan bagi permulaan tahun kewangan adalah merupakan aset yang dipeletakhakan kepada Suruhanjaya dalam tahun 2002 hingga tahun 2004. Ini termasuk harta, kelengkapan dan peralatan, wang yang dikutip daripada Program Latihan Pengarah Syarikat dan novasi Projek Migrasi. Aset Projek Migrasi ini diklasifikasikan sebagai manfaat peletakhakan dan dinyatakan pada nilai saksama.

Pelunasan ke atas geran kerajaan dalam tahun semasa diambil kira sebagai manfaat penggunaan ke atas harta, kelengkapan dan peralatan yang berkenaan yang mana ia bersamaan dengan susutnilai harta, kelengkapan dan peralatan. Amaun ini dinyatakan sebagai pelunasan ke atas geran yang diterima dalam penyata perubahan ekuiti.

13. DANA PEMBIAYAAN PEKERJA

2010 2009 RM RM

Dana pembiayaan perumahan 50,000,000 50,000,000 Dana pembiayaan kenderaan bermotor 5,000,000 5,000,000 Dana pembiayaan komputer 1,000,000 1,000,000 56,000,000 56,000,000

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 139: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

137SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

13. DANA PEMBIAYAAN PEKERJA (sambungan)

Suruhanjaya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 50.0 juta, RM 5.0 juta dan RM 1.0 juta untuk dana pembiayaan perumahan, kenderaan bermotor dan komputer masing - masing untuk pekerja Suruhanjaya. Dana pembiayaan perumahan telah diperuntukkan daripada lebihan terkumpul sebanyak RM 10.0 juta setiap tahun mulai 2002 hingga 2006.

14. PERUNTUKAN FAEDAH PEKERJA

2010 2009 RM RM

Baki pada 1 Januari 767,345 800,834 Bayaran kepada pekerja dalam tahun semasa (43,471) (33,489) Baki pada 31 Disember 723,874 767,345

Berkuat kuasa pada Oktober 2004, semua pekerja kontrak yang telah menyelesaikan perkhidmatan kontraknya tidak lagi layak untuk pembayaran gratuiti. Ini adalah hasil daripada keputusan Suruhanjaya untuk menaikkan caruman majikan KWSP daripada 12.5% kepada 17.5% berkuat kuasa pada bulan yang sama.

Struktur kematangan peruntukan faedah pekerja pada akhir tahun kewangan adalah seperti berikut:

2010 2009 RM RM Liabiliti semasa

Dalam tempoh satu tahun (Lihat Nota 16) 99,920 82,598

Liabiliti jangka panjang

Lebih daripada satu tahun dan sehingga lima tahun 350,540 392,796 Lebih daripada lima tahun 273,414 291,951 723,874 767,345

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 140: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

138 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

15. KUMPULAN WANG DISATUKAN PERSEKUTUAN

2010 2009 RM RM

Baki pada 1 Januari 156,952,560 157,441,275 Peruntukan hasil belum bayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 164,357,849 156,952,560 Kehilangan pendapatan daripada diskaun yang ditawarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (2,925,150) - Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dalam tahun semasa (156,952,560) (157,441,275) Baki pada 31 Disember 161,432,699 156,952,560

Seksyen 35(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614) memperuntukkan bahawa Suruhanjaya perlu membayar lima puluh peratus (50%) daripada jumlah hasil tahunan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Dalam tahun semasa, Suruhanjaya telah diberikan kelulusan oleh Menteri Kewangan bertarikh 23 Mac 2010 untuk menolak 50% daripada jumlah kehilangan pendapatan daripada sumbangan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan untuk tahun 2010. Kehilangan pendapatan ini adalah daripadadiskaunyangditawarkandibawahinisiatifpengurangansementarafipemerbadanansyarikat berhubung dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua bagi tempoh daripada 1 April 2010 sehingga 31 Disember 2010.

16. PEMIUTANG LAIN

2010 2009 RM RM

Perbelanjaan belum bayar dan terakru 6,739,960 3,361,072 Perbelanjaan statutori belum bayar 372,470 442,904 Akaun amanah 1,114,201 65,223 Lain-lain pemiutang (Lihat Nota 14) 1,609,969 1,555,632 9,836,600 5,424,831

Tempoh kredit yang diterima untuk pemiutang lain adalah antara tiga puluh (30) hingga enam puluh (60) hari daripada tarikh invois diterima.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 141: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

139SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

17. PEMIUTANG PROJEK JANGKA PENDEK

Pemiutang projek jangka pendek adalah kos yang ditanggung untuk pembinaan bangunan pejabat Suruhanjaya yang tertunggak pada akhir tahun.

Tempoh kredit yang diterima untuk pemiutang projek jangka pendek adalah antara tiga puluh (30) hingga enam puluh (60) hari daripada tarikh invois diterima.

18. PENDAPATAN

2010 2009 RM RM

Pendapatan bersih daripada aktiviti operasi: Pendapatan perkhidmatan 264,553,915 253,165,120 Kompaun 45,025,855 42,774,792 Program Latihan Korporat 1,047,095 608,351

Pendapatan lain: Keuntungan dan dividen 17,051,666 16,650,402 Lain-lain pendapatan 1,037,167 706,455 328,715,698 313,905,120

Suruhanjaya telah memperkenalkan inisiatif dengan menawarkan diskaun antara 10% hingga 15% untuk menyokong Pakej Ransangan Ekonomi Kerajaan berkuatkuasa pada 1 April 2009 sehingga 31Mac2010.DiskauninimelibatkanfiyangdikenakandibawahAktaSyarikat1965,AktaPendaftaran Perniagaan 1956 dan Program Latihan Korporat.

Sebagai sambungan kepada inisiatif pertama, Suruhanjaya telah memperkenalkan inisiatif kedua denganmenawarkandiskaunsebanyak15%keatasfipemerbadananuntuksyarikatbarudengan modal dibenarkan kurang daripada RM 1.0 juta berkuatkuasa mulai 1 April 2010 sehingga 31 Disember 2010. Diskaun yang ditawarkan di bawah kedua-dua inisiatif ini telah mengurangkan pendapatan Suruhanjaya untuk tahun semasa sebanyak RM 11,514,025 (2009 : RM 15,038,633). Pecahan pendapatan kasar Suruhanjaya adalah seperti berikut :

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 142: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

140 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

18. PENDAPATAN (sambungan)

2010 2009 RM RM

Pendapatan kasar daripada aktiviti operasi: Pendapatan perkhidmatan 276,067,940 268,172,914 Kompaun 45,025,855 42,774,792 Program Latihan Korporat 1,047,095 639,190

Pendapatan lain: Keuntungan dan dividen 17,051,666 16,650,402 Lain-lain pendapatan 1,037,167 706,455

Jumlah Pendapatan Kasar 340,229,723 328,943,753 Diskaun yang ditawarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (11,514,025) (15,038,633) 328,715,698 313,905,120

19. KOS PEKERJA

2010 2009 RM RM

Gaji 40,995,355 38,637,804 Elaun tetap 4,819,975 4,552,853 Sumbangan berkanun 9,771,800 9,099,288 Elaun lebih masa 588,630 450,325 Bonus dan lain – lain faedah 11,090,809 9,793,134 Faedah perubatan 3,502,328 2,857,986 Elaun Anggota 321,200 119,847 Subsidi pembiayaan pekerja atas pinjaman Kerajaan 110,545 126,221 71,200,642 65,637,458

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 143: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

141SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

20. KOS PENTADBIRAN

2010 2009 RM RM

Perjalanan dan penginapan 4,079,563 3,444,740 Komunikasi dan utiliti 5,377,545 2,644,831 Sewa 12,999,160 11,322,116 Percetakan dan alatulis 9,611,312 6,295,847 Penyelenggaraan peralatan 12,461,627 7,975,358 Penyelenggaraan dan kawalan pejabat 2,483,884 1,144,610 Fi profesional 687,366 1,654,772 Keraian dan hospitaliti 5,754,872 3,645,849 Lain-lain kos pentadbiran 436,530 258,754 53,891,859 38,386,877

21. LEBIHAN SEBELUM CUKAI

2010 2009 RM RM

Lebihan sebelum cukai bagi tahun semasa diperolehi setelah mengambil kira: - Keuntungan dan dividen 17,051,666 16,650,402 Lain-lain pendapatan 1,037,167 706,455 dan kenaan: - Elaun Anggota 321,200 119,847 Ganjaran juruaudit 56,430 51,300 Bonus dan lain-lain faedah 11,090,809 9,793,134 Susutnilai 17,016,670 7,950,038 Pelunasan ke atas geran yang diterima 4,100,000 - Pelunasan ke atas pelaburan jangka panjang 901,681 338,908 Kerugian pelupusan harta, kelengkapan dan peralatan (1,876,440) -

22. CUKAI

Pada 13 Disember 2007, Kementerian Kewangan telah memberi pengecualian pembayaran cukai pendapatan ke atas semua pendapatan statutori Suruhanjaya untuk tempoh sepuluh (10) tahun mulai tahun 2002 hingga tahun 2011.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 144: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

142 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

23. KOMITMEN MODAL

2010 2009 RM RM

Komitmen perbelanjaan modal: Diluluskan dan berkontrak 5,084,957 17,512,932 Diluluskan dan belum berkontrak - - 5,084,957 17,512,932

24. POLISI PENGURUSAN RISIKO

Program pengurusan risiko kewangan Suruhanjaya menumpu kepada ramalan pasaran kewangan dan cubaan untuk meminimumkan potensi kesan yang berlawanan ke atas prestasi kewangan Suruhanjaya. Pengurusan risiko kewangan dilaksanakan melalui kajian risiko, sistem kawalan dalaman, program insuran dan pegangan kepada polisi pengurusan risiko kewangan Suruhanjaya. Suruhanjaya sentiasa mengkaji risiko-risiko ini dan meluluskan polisi perbendaharaan yang merangkumi pengurusan risiko berkenaan.

Risiko utama yang timbul daripada aset dan liabiliti kewangan Suruhanjaya adalah risiko kecairan, risiko aliran tunai dan risiko kadar keuntungan dan faedah.

(a) Risiko Kecairan

Suruhanjaya mengurangkan risiko kecairannya dengan mengekalkan sebahagian daripada pelaburannya dalam aset yang cair dalam bentuk deposit dengan institusi kewangan bagi memenuhi komitmen kewangan jangka pendek.

(b) Risiko Aliran Tunai

Suruhanjaya sentiasa mengkaji kedudukan aliran tunainya untuk pengurusan pendedahan turun naik aliran tunai masa hadapan.

(c) Risiko Kadar Keuntungan dan Faedah

Suruhanjaya mempunyai tunai, baki di bank dan peletakan deposit dengan bank dan institusi kewangan berlesen yang mempunyai kepercayaan kredit. Suruhanjaya mengurus risiko kadar keuntungan dan faedahnya dengan meletakkan baki berkenaan mengikut terma kematangan, keuntungan dan kadar keuntungan dan faedah yang berbeza-beza.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 145: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

143SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

24. POLISI PENGURUSAN RISIKO (sambungan)

Instrumen Kewangan Analisa kadar keuntungan/faedah efektif

Kadar Keuntungan/ Dalam Lebih Efektif Tempoh 1 1 Hingga 5 Daripada 5 Setahun Tahun Tahun Tahun Jumlah % RM RM RM RM

Baki pada 31 Disember 2010 Aset Kewangan Peletakan deposit: Bank tempatan dan institusi kewangan 3.0 - 3.4 211,737,714 - - 211,737,714 Amanah Raya Berhad 5.0 - 54,919,820 - 54,919,820

Sekuriti hutang dipegang sehingga matang: Keluaran Pelaburan Kerajaan 3.04 - 5.0 30,422,500 61,076,700 4,085,848 95,585,048 Cagamas Berhad 3.04 - 5.0 39,724,000 - - 39,724,000 Kertas Komersial Islam 3.0 - 3.4 - - - - Sijil Instrumen Hutang Boleh 3.0 - 3.4 10,096,198 - - 10,096,198 Perjanjian Jual Beli Semula 3.0 - 3.4 45,000,000 - - 45,000,000 336,980,412 115,996,520 4,085,848 457,062,780

Baki pada 31 Disember 2009

Aset Kewangan Peletakan deposit: Bank tempatan dan institusi kewangan 2.40 - 2.60 183,906,625 - - 183,906,625 Amanah Raya Berhad 5.0 - 56,116,019 - 56,116,019 Sekuriti hutang dipegang sehingga matang: Keluaran Pelaburan Kerajaan 2.57 - 5.0 14,964,000 60,923,200 4,621,028 80,508,228 Cagamas Berhad 2.57 - 5.0 60,252,500 - - 60,252,500 Kertas Komersial Islam 2.3 - 4.5 14,654,740 - - 14,654,740 Sijil Instrumen Hutang Boleh 2.3 - 4.5 15,000,000 - - 15,000,000 Perjanjian Jual Beli Semula 2.3 - 4.5 15,000,000 - - 15,000,000 303,777,865 117,039,219 4,621,028 425,438,112

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 146: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

144 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

24. POLISI PENGURUSAN RISIKO (sambungan)

(d) Nilai Saksama

Berhubung dengan tunai dan kesetaraan tunai, pelaburan jangka pendek, penghutang perdagangan dan penghutang lain, sumbangan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, pemiutang lain dan pemiutang projek jangka pendek, nilai bawaan adalah lebih kurang nilai saksamanya disebabkan oleh tempoh matang yang pendek yang dimiliki oleh instrumen kewangan ini. Nilai saksama aset kewangan lain dalam lembaran imbangan pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:

2010 2009 Nilai Nilai Nilai Nilai Bawaan Saksama Bawaan Saksama RM RM RM RM Aset kewangan Pelaburan jangka panjang 135,309,047 135,399,547 140,760,728 142,976,700 Pembiayaan pekerja 29,656,455 30,640,707 22,046,170 44,342,226

25. MAKLUMAT PEKERJA

Bilangan pekerja Suruhanjaya sehingga 31 Disember 2010 adalah seramai 1,239 termasuk 40 orang pekerja sambilan (2009: 1,168 termasuk 40 orang pekerja sambilan).

26. KELULUSAN PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 telah diluluskan oleh Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 25 Februari 2011.

27. ANGKA PERBANDINGAN

Angka-angka perbandingan tertentu telah diklasifikasikan amaunnya agar selari dengan persembahan penyata kewangan tahun semasa.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Page 147: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

145SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SSM DI SELURUH NEGARAIBU PEJABAT

Menara SSM@Sentral No 7, Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur. Tel : 03-2299 4400 Faks : 03-2299 4411 Hotline : 03-22995500E-mel : [email protected] Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROB) Tingkat 16, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50622 Kuala Lumpur. Tel : 03-4043 0811 Faks : 03-4043 0832E-mel : [email protected]

PEJABAT NEGERI

PERLIS Rashidan bin Abd Rashid Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-978 1877 / 976 7899 / 977 3182 Faks : 04-977 4758 E-mel : [email protected]

KEDAH Abu Hassan bin Bin Kasim Tingkat 10, Menara Sentosa, Jalan Tunku Ibrahim, 05621 Alor Setar, Kedah. Tel : 04-733 0111 Faks : 04-731 5517 E-mail : [email protected]

PULAU PINANG Roslan bin Hussain Tingkat 6-7, Bangunan KWSP, No. 3009, Off Leboh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Pulau Pinang. Tel : 04-397 7793 Faks : 04-397 7713 E-mel : [email protected]

PERAK Norihan binti Elias Tingkat 2C, Greentown Mall, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak. Tel : 05-241 6900 / 254 7913 / 253 3071 Faks : 05-255 7162 E-mel : [email protected]

SELANGOR Mohammad Nasir bin Zakaria Tingkat 3 & 4, Plaza Alam Sentral, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-5511 6500 / 5513 9570 / 5513 5997 / 5513 3976 Faks : 03-5510 4200 (Tingkat 3) / 03-5510 6200 (Tingkat 4) E-mel : [email protected]

NEGERI SEMBILAN Khairudin bin Rusli Aras 3, Wisma Perkeso, Lot 3757 & 52, Jalan Sungai Ujong,70000 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06-761 9098 / 761 5506 / 764 1885 / 764 5598 Faks : 06-765 5877 E-mel : [email protected]

MELAKA Ahmad Shatar bin Azizan Aras Bawah Menara MITC, Kompleks MITC, Jalan Konvensyen, 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel : 06-231 1717 Faks : 06-231 3502 E-mel : [email protected]

JOHOR Kalsom binti Abd Samad Podium 4B & 5, Menara Ansar, 65 Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel : 07-223 3589 / 224 4710 / 224 4708 Faks : 07-224 1714 / 224 8169 E-mel : [email protected]

PAHANG Rozaini bin Muhamed Lot 202-216, Tingkat 2, Blok B, Kuantan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang. Tel : 09-516 4866 / 516 4600 Faks : 09-516 1869 / 516 3316 E-mel : [email protected]

TERENGGANU Rohaimi bin Abd Manan Tingkat 6-7, Menara Yayasan Islam, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-623 7170 / 623 7127 Faks : 09-623 0945 / 6237172 E-mel : [email protected]

Page 148: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…

146 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SSM DI SELURUH NEGARAKELANTAN W.Abd Rahim bin W.Daud Tingkat 2, 3 & 4, Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-748 2860 / 748 4599 Faks : 09-744 7622 / 747 2607 E-mel : [email protected]

SARAWAK Hairul Anuar bin Yasin Tingkat 2 & 3, Wisma STA, 26 Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak. Tel : 082-481 499 Faks : 082-334 622 E-mel : [email protected]

SABAH Rosnah binti Ali Tingkat 4, Menara MAA, 6 Lorong Api-Api, Locked Bag 2039, 88999 Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-233 551 / 233 346 Faks : 088-237 884 E-mel : [email protected]

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Muhd Nasir bin Mahmood No. 6A1 & 6A2, Tingkat 6, Block 4, Kompleks Ujana Kewangan, Jalan Merdeka, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel : 087-414 100 Faks : 087-414 152 E-mel : [email protected]

PEJABAT CAWANGAN

TAWAU Mohd Yasin bin Abd Malik TB 4444, Aras Bawah & Tingkat 1, Blok F, Sabindo Square, Jalan Dunlop, 91018 Tawau, Sabah. Tel : 089-750 585 / 752 585 Faks : 089-754 585 E-mel : [email protected]

MIRIAbdul Rahman bin RosliAras Bawah, Plaza Yu Lan,97, Jalan Brooke,98008 Miri, Sarawak.Tel : 085-424 777 / 421 117Faks : 085-422 225E-mel : [email protected]

MUARNorsilawati binti Bachek No. 1, Jalan Perdagangan,Off Bulatan Jalan Bakri,84000 Muar, Johor.Tel : 06-954 6611 / 954 7711Faks : 06-954 6600 E-mel : [email protected]

TEMERLOHAhmad Tarmizi bin HussainNo. 15 & 16, Aras Bawah,Jalan Ahmad Shah,28000 Temerloh,Pahang Darul MakmurTel : 09-296 4600/5600Faks : 09-296 0010E-mel : [email protected]

PUSAT PERKHIDMATAN

LANGKAWIPusat Perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia No 4, Aras Mezzanine, Kompleks LADA Jalan Persiaran Putra,07000 Langkawi, Kedah. Tel : 04-966 7943 Faks : 04-966 5318

KAUNTER PERKHIDMATAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

SELAYANGLobi, Blok AMajlis Perbandaran Selayang,68100 Batu Caves, Selangor.Tel : 03- 6120 2642Faks : 03-6120 2641

PUTRAJAYAKaunter Khidmat Pengguna, Aras G,Kementerian Perdagangan Dalam NegeriKoperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK),No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62623 Putrajaya,Wilayah Persekutuan Putrajaya.Tel : 03-8882 6509/6480

Page 149: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…
Page 150: KANDUNGAN - ssm.com.my Tahunan... · • mempromosi dan mendorong amalan tadbir urus yang baik dan tanggungjawab korporat ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian ... meningkatkan kesejahteraan…