Upload
skst2ldp
View
190
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
1/16
1
Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup
Konsep pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran
melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk
menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya.
Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran :
- membuat lakaran bentuk-bentuk asas
- mereka bentuk dan penghasilan projek
- mengenal pasti dan membezakan litar elektrik
- menyenggara dan membaik pulih alatan
- menghasilkan tumbuhan hiasan
- mengusahaniaga barang
Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran
yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara
tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkanpemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir,
dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
boleh dipelbagaikan seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran,
main peranan, permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut
kesesuaian keadaan. Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu
objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid.
Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menariksupaya proses penerimaan ilmu yang disampaikan oleh guru-guru lebih mudah dan
berkesan. Oleh itu, salah satu lokasi penting yang perlu dititikberatkan pengurusannya
supaya menjadi sebuah bilik yang sangat kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
ialah bengkel Kemahiran Hidup (KH). Peranan guru-guru yang mengajar mata pelajaran
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
2/16
2
Kemahiran Hidup amat diperlukan bagi memastikan bengkel KH ini sentiasa sedia
untuk digunakan secara kondusif dapat direalisasikan.
Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan
kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk
mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang rapi, ceria dan harmonis, masa yang
lama diperlukan. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran
Hidup Bersepadu bertambah.
Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu
ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan
kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna. Di sekolah pengurusan
bengkel dilakukan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu. Pengurusan bengkel dijalankan di samping tugas utama mereka iaitu
mengajar.
Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang
meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas (seperti
pendawaian,pengudaraan dan perpaipan), penyusunan ruang untuk peralatan utama,
penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan
penggunaan warna di dalam bengkel.
Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang
meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan pembelian alat,
pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan
penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Tugas-tugas ini dijalankan secara khusus
sebagai satu profesion lain.
Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan danberpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan
dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Guru Kemahiran Hidup Bersepadu
menghadapi dan menangani berbagai masalah dalam perlaksanaan program
Kemahiran Hidup Bersepadu ini. Perkara ini diakui oleh Wan Zahid (1990). Di antara
masalah yang dihadapi ialah kekurangan bilik darjah dan peralatan untuk tujuan
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
3/16
3
pengajaran dan pembelajaran. Tanggungjawab guru Kemahiran Hidup Bersepadu
bukan setakat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga
melibatkan tanggungjawab guru dalam pengendalian bengkel bagi memastikan prestasi
pelajar-pelajar meningkat serta cemerlang selaras dengan kehendak kerajaan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.
Berikut merupakan sebahagian paparan yang boleh dijadikan panduan guru-guru
Kemahiran Hidup untuk mengurus bengkel KH di sekolah.
Penyusunan alatan di atas adalah lebih menarik sekiranya ia dilabelkan dengan jelas
agar murid dapat mengetahui nama setiap alatan yang dipamerkan.
http://2.bp.blogspot.com/-aUjXaxF1cMM/TfBAHUMB08I/AAAAAAAAABg/rZLXyiFztCQ/s1600/Picture2.jpg5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
4/16
4
Gambar di atas amat jelas penyusunannya kerana ia dilabelkan dan disusun secara
bijaksana dan kreatif.
Sudut Pameran bagi memaparkan hasil kerja murid yang boleh dijadikan contoh
kepada pelajar lain.
http://2.bp.blogspot.com/-ELIoOKM2SBk/TfBAk6C1INI/AAAAAAAAACA/y50LDZyRtsA/s1600/Picture10.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-ELIoOKM2SBk/TfBAk6C1INI/AAAAAAAAACA/y50LDZyRtsA/s1600/Picture10.jpg5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
5/16
5
Ruang kosong digunakan semaksimum mungkin untuk diisikan dengan maklumat
berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Dinding bengkel diolah dengan gambar-gambar yang menarik untuk rujukan dan
panduan murid.
http://2.bp.blogspot.com/-Wm2tYjpc1Mw/TfBBNkGZbaI/AAAAAAAAACs/0ctXmKclzUQ/s1600/Picture26.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oynrMNYblXw/TfBBGLcXGRI/AAAAAAAAACU/IUqXBIhFXi8/s1600/Picture30.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-Wm2tYjpc1Mw/TfBBNkGZbaI/AAAAAAAAACs/0ctXmKclzUQ/s1600/Picture26.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oynrMNYblXw/TfBBGLcXGRI/AAAAAAAAACU/IUqXBIhFXi8/s1600/Picture30.jpg5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
6/16
6
Tidak semua sekolah mampu menghias bilik kemahiran hidup dengan sempurna
kerana mereka tidak mempunyai kemampuan yang maksimum untuk menjalankan
kerja-kerja penyelenggaraan tersebut kerana sehingga kini tiada kursus yang khusus
untuk tujuan ini dilakukan. Manakala proses penyelenggaraan di bengkel perlu
dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidang tersebut, kerana penyelenggaraan
adalah segala bentuk aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk memastikan peralatan,
mesin, bahan dan bangunan itu sentiasa berada dalam keadaan yang boleh digunakan
dengan baik dan berkesan serta selamat (Yahya, 1989).
Pengurusan bengkel ini bukan sahaja melibatkan masa pengajaran dan
pembelajaran, bahkan tenaga pelajar-pelajar. Bebanan tugas ini sedikit-sebanyak
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya menimbulkan
ketidakpuasan bekerja. Ada yang terpaksa menggunaka masa di luar waktu
persekolahan yang kadangkala bertindan dengan aktiviti ko kurikulum yang juga
dipertanggungjawabkan ke atas guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu.
Carta gantung dibeli dengan menggunakan wang PCG bagi kegunaan p&p guru.
http://1.bp.blogspot.com/-7_dGxotUtaw/TfBBPV3zpeI/AAAAAAAAACw/6VfhjT_8lFA/s1600/Picture27.jpg5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
7/16
7
Hal ini mungkin lebih tidak terurus untuk di sekolah rendah kerana bantuan
daripada pelajar kurang boleh digunakan apabila pengawasan yang rapi perlu diberikan
kepada pelajar di sekolah rendah untuk memastikan keselamatan mereka terjaga.
Maka kerja penyusunan dan penyimpanan alatan perlu diletakkan di atas bahu guru
kemahiran hidup sepenuhnya. Di sinilah timbulnya masalah apabila ketua panitia
kemahiran hidup dibebani dengan pelbagai tugasan lain yang menyebabkan kerja-kerja
pengurusan bengkel tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Maka jadilah bilik
kemahiran hidup seperti bilik darjah biasa.
Walaubagaimanapun semasa di dalam bengkel kemahiran hidup. Keselamatan
pelajar menjadi keutamaan. Untuk itu setiap sekolah perlu mengamalkan langkah
keselamatan dengan menyusun peraturan keselamatan untuk memastikan suasana
kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel Kemahiran Hidup yang teratur dan
selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.
Keselamatan Bengkel Meliputi Aspek Yang Berikut:-
(i) Keselamatan am
(ii) Keselamatan diri dan rakan
(iii) Keselamatan alatan dan bahan
(i) Keselamatan Am
Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas
dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
2. Rambut mestilah pendek dan kemas.
3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam
apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah
pengawasan guru sepenuhnya.
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
8/16
8
5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan
teratur.
6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di
bengkel.
7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.
8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
(ii) Keselamatan Diri dan Rakan
Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.
Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel,
Pakai apron dan kasut getah yang bertutup.
Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja.
Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel.
Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan
daripada guru.
Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan.
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, segera beritahu guru yang
berkenaan. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan
bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.
Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang
bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas.
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
9/16
9
Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel
Kemahiran Hidup.
Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli
kumpulan.
angan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel
Kemahiran Hidup.
(ii) Keselamatan Alatan dan Bahan
1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada
guru sebelum murid boleh menggunakannya.
2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi
memelihara peralatan daripada cepat rosak.
3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum
memulakan sesuatu projek.
4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah
selesai penggunaannya.
5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
10/16
10
perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di
bengkel Kemahiran Hidup.
Keselamatan di dalam bengkel kemahiran hidup juga harus dikawal dan dijaga
agar:
Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum, semasa dan selepas
menggunakan bengkel serta segala peralatan di bengkel
Guru dan pelajar mestilah tahu bagaimana bertindak apabila berlaku
Kecederaan dan kemalangan.
Guru dan pelajar didedahkan dengan teknik mengelak daripada terkena kejutan
elektrik dan cara menolong mangsa kejutan elektrik
Penggunaan alat semasa kebakaran berlaku dan laluan yang perlu diambil untuk
keluar daripada bengkel.
Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan
untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
11/16
11
Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru
bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap
bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan
mudah dicapai.
Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan
kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu
atau menekan suis keselamatan bengkel
Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih
mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik
Alat Bantuan Kebakaran
1. Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan sekiranya
terjadi kebakaran yang kecil di bengkel.
2. Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran
yang berlainan.
3. Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya.
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
12/16
12
Contoh alat pemadam api
Kedudukan alat pemadam api adalah sesuai diletakkan di luar bengkel
Rutin Bengkel Kemahiran Hidup
Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan
sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan dengan lebih lancar dan
teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan lebih sistematik.
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
13/16
13
Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup. Melalui organisasi bengkel
murid berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan
amalan kerja yang teratur serta selamat.
Murid dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal penyelenggaraan
alatan dan bangunan sepanjang pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Murid
dapat menimba pengalaman baru yang boleh diaplikasikan di rumah bagi membantu
ibubapa masing-masing. Di bawah adalah contoh bengkel yang selesa, kemas dan
mengutamakan keselamatan pelajar.
Contoh Bengkel Yang Menggunakan Konsep Ruang Kerja Pengurusan 5S
Iaitu:
1) Sisih
2) Sapu
3) Susun
4) Seragam
5) Sentiasa Amal
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
14/16
14
Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel Kemahiran Hidup perlu dititikberatkan
selepas sesuatu aktiviti dijalankan untuk pelajar lain menggunakan bilik tersebut.
Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik, kertas, kaca dan
sisa logam perlu diuruskan dengan baik. Pengurusan sisa buangan yang baik mampu
mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan
untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca
dan plastik. Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan
untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula bahan. Guru atau pelajar dilarang
sama sekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan.
Papan tanda perlu diletakkan di tempat-tempat yang sesuai di dalam bengkel sebagai
peringatan kepada pelajar dan juga guru.
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
15/16
15
RUMUSAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah mata pelajaran berbentuk
pra-vokasional yang dijalankan secara teori dan amali. Kerja-kerja amali dijalankan
didalam bengkel yang telah disediakan di sekolah. Bengkel perlu sentiasa
kemas,teratur dan selesa agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan sempurna. Pengurusan bengkel seringkali menimbulkan masalah kepada guru-
guru KHB di sekolah. Penambahan Kualiti guru-guru kemahiran hidup perlu
dipertingkatkan untuk melihat keberkesanan pengurusan bengkel
Kualiti guru-guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran
mereka sendiri tetapi juga bergantung kepada darjah motivasi mereka untuk
menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan
(Sharifah,1990). Untuk menguasai tahap kecekapan yang lebih tinggi mereka perlu
menjalani proses menambah, mendalami dan memahami dunia keguruan serta
menguasai pelbagai kemahiran melalui latihan-latihan yang dibentuk oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Dengan berlakunya perubahan di dalam masyarakat pada amnya dan bidang
pendidikan khususnya, guru-guru perlu mengemaskinikan tahap profesionalisme secaraberterusan menerusi kursus-kursus dalam perkhidmatan. Dengan cara ini guru-guru
yang terlatih dapat bersaing seiring dengan perubahan yang pesat dalam bidang
pendidikan dan pembangunan. Mereka akan merasa bahawa mereka dapat memberi
sumbangan yang bermakna terhadap matlamat pendidikan negara dengan
menyumbangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid di sekolah.
Rancangan KBSM merupakan satu langkah ke arah meningkatkan lagi mutu
pendidikan dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya ialah untuk melahirkan rakyat yang dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara.
Semoga segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak membuahkan hasil dan
berterusan. Kejayaan hari ini akan membentuk masyarakat yang cemerlang di masa
hadapan
5/27/2018 Karangan Bengkel Kemahiran Hidup
16/16
16
RUJUKAN
Cikgu KH (2010) Program 5s Dalam Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup, 13 April
2010 diakses ada 04 April 2013 di
http://www.kemahiranhidup2u.com/2010/04/program-5s.html
Mohd Taufik Bin Abd Rashid ( 2011 ) Peraturan Keselamatan Bengkel Kemahiran
Hidup , 4 April 2011 diakses pada 07 april 2013 di
http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/05/asas-keselamatan.html
Rosli Ibrahim, Salomah Ahmad(2005), Ulangkaji Total Kemahiran Hidup Tahun
4,5,6,Petaling Jaya, Sasbadi Sdn Bhd.
Raja Firdaus ( 2011 ) Nota Tahun 6: PeraturanDan Keselamatan Di Dalam Bengkel,
22 April2011 diakses ada 07 Aril 2013 di
http://rajafirdaus.blogspot.com/2011/04/nota-kh-year-6-peraturan-dan.html
Zainal Abidin Bin Ismail, Mohd Rahim Bin Mohd Sharif, Rahimah Binti Ibrahim (2005),Buku PanduanGuru Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 4,Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka
http://www.kemahiranhidup2u.com/2010/04/program-5s.htmlhttp://www.kemahiranhidup2u.com/2010/04/program-5s.htmlhttp://tangkapgambar.blogspot.com/2011/05/asas-keselamatan.htmlhttp://tangkapgambar.blogspot.com/2011/05/asas-keselamatan.htmlhttp://rajafirdaus.blogspot.com/2011/04/nota-kh-year-6-peraturan-dan.htmlhttp://rajafirdaus.blogspot.com/2011/04/nota-kh-year-6-peraturan-dan.htmlhttp://rajafirdaus.blogspot.com/2011/04/nota-kh-year-6-peraturan-dan.htmlhttp://tangkapgambar.blogspot.com/2011/05/asas-keselamatan.htmlhttp://www.kemahiranhidup2u.com/2010/04/program-5s.html