88
BT/T6 - ms 5 Buku Teks tahun 6 Kamu dan rakan-rakan kamu telah menyertai perkhemahan pengakap di suatu kawasan hutan rekreasi. Salah seorang rakan kamu telah telah sesat dalam hutan. Ceritakan peristiwa itu. Pada minggu yang lepas, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan satu perkhemahan di suatu kawasan rekreasi yang terletak di Tanjung Bako. Rombongan kami bertolak dengan menaiki bas. Kami mengambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi. Setiba di lokasi perkhemahan, Cikgu Liew, guru pengakap memberikan taklimat ringkas kepada murid- murid. Murid-murid melakukan tugas masing-masing. Ada yang mendirikan khemah, menjerang air, memasak dan mencari kayu api di hutan. Saya, Yik Hui dan Ming Guan ditugaskan untuk mencari kayu api di hutan. Kami mencari kayu api di sekitar hutan yang berdekatan. Tiba-tiba saya dan Yik Hui mendapati Ming Guan telah hilang. Kami berdua melaung-laungkan nama Ming Guan, tetapi Ming Guan langsung tidak menyahut panggilan kami. Kami mulai berasa cemas. Kami terus keluar dari hutan lalu memberitahu kejadian kepada guru-guru.. Cikgu Liew dan beberapa orang guru serta murid-murid telah masuk ke dalam hutan untuk mencari Ming Guan. Sudah puas kami mencari di sekitar hutan. Namun, Ming Guan tidak ditemui. 1

karangan hafalan 6M 2012

  • Upload
    qca7163

  • View
    1.988

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

karangan

Citation preview

Page 1: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 5 Buku Teks tahun 6

Kamu dan rakan-rakan kamu telah menyertai perkhemahan pengakap di suatu kawasan hutan rekreasi. Salah seorang rakan kamu telah telah sesat dalam hutan. Ceritakan peristiwa itu.

Pada minggu yang lepas, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan satu perkhemahan di suatu kawasan rekreasi yang terletak di Tanjung Bako. Rombongan kami bertolak dengan menaiki bas. Kami mengambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi.

Setiba di lokasi perkhemahan, Cikgu Liew, guru pengakap memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid. Murid-murid melakukan tugas masing-masing. Ada yang mendirikan khemah, menjerang air, memasak dan mencari kayu api di hutan.

Saya, Yik Hui dan Ming Guan ditugaskan untuk mencari kayu api di hutan. Kami mencari kayu api di sekitar hutan yang berdekatan. Tiba-tiba saya dan Yik Hui mendapati Ming Guan telah hilang. Kami berdua melaung-laungkan nama Ming Guan, tetapi Ming Guan langsung tidak menyahut panggilan kami. Kami mulai berasa cemas. Kami terus keluar dari hutan lalu memberitahu kejadian kepada guru-guru..

Cikgu Liew dan beberapa orang guru serta murid-murid telah masuk ke dalam hutan untuk mencari Ming Guan. Sudah puas kami mencari di sekitar hutan. Namun, Ming Guan tidak ditemui. Hari semakin gelap. Tugas mencari semakin sukar. Cikgu Liew membuat keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

Kira-kira 20 minit kemudian, pasukan polis dan pasukan penyelamat tiba. Mereka bertungkus-lumus mencari Ming Guan yang hilang itu. Akhirnya Ming Guan ditemui tersandar di sebatang pokok di tepi sungai. Rupa-rupanya dia tersesat semasa hendak mencari kayu api.

Kami bersyukur kerana Ming Guan terselamat. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan pasukan penyelamat.(227 pp)

1

Page 2: karangan hafalan 6M 2012

PENGALAMANKelas kamu akan menyertai Pertandingan Kelas Terbersih. Ceritakan aktiviti-aktiviti yang kamu dan rakan-rakan lakukan untuk menyertai pertandingan itu.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya bersama murid-murid Tahun Enam Merah telah bergotong-royong membersih dan menghias kelas kami. Guru kelas kami, Cikgu Tan turut sama membantu.

Saya bersama Ramu, Siva, Shamsul dan Ah Keong ditugaskan untuk membersihkan tingkap. Lim dan Kumar pula sibuk menyapu sampah di dalam dan di kaki lima kelas. Johari dan David pula ditugaskan menyusun kerusi dan meja.

Sementara murid-murid perempuan diarahkan supaya menyusun semua hasil kerja murid-murid kelas Tahun Enam Merah di sudut kiri kelas.

Cikgu Faizal pula menghias papan kenyataan di sebelah papan hitam. Beliau menampal jadual waktu kelas, carta organisasi dan pelbagai carta tentang kelas kami termasuklah gambar murid-murid Tahun Enam Merah.

Setelah dua jam bekerja, akhirnya tugas kami telah selesai. Kelas kami kelihatan begitu bersih dan kemas. Kami amat berharap agar kelas kami akan terpilih sebagai "Kelas Terbersih" untuk tahun ini. (138 pp)

2

Page 3: karangan hafalan 6M 2012

PENGALAMANPengalaman yang paling menyedihkan dalam hidup saya.Ceritakan pengalaman tersebut.

Setiap orang mungkin ada mempunyai pengalaman yang menyedihkan dalam hidupnya. Saya juga mempunyai pengalaman yang menyedihkan dalam hidup saya. Pengalaman yang menyedihkan ini berlaku kira-kira setahun yang lalu.

Ketika itu aku bersekolah dalam darjah lima. Setiap hari, sebelum pergi ke sekolah, ayahku akan menguruskan segala keperluan persekolahanku. Ayahku akan menyediakan sarapan pagi, menyeterika bajuku dan menunggu aku sehingga aku menaiki bas sekolah di depan rumah.

Aku dilayannya bagai putera raja. Segala permintaanku akan ditunaikan. Setiap pagi, sarapan kegemaranku iaitu sandwic sardin dan air milo sudah tersedia di atas meja. Sebelum aku menaiki bas pergi ke sekolah, dia akan mencium dahiku sambil menasihatkan aku supaya rajin belajar.

Pada suatu pagi, aku dan ayahku telah terlewat bangun daripada tidur. Ayah tidak sempat menyediakan sarapan dan menyeterika baju sekolahku seperti biasa. Malah dia tergesa-gesa untuk membawaku ke sekolah kerana aku sudah ketinggalan bas sekolah.

Ayahku segera menghantar aku ke sekolah dengan motosikalnya. Malang tidak berbau, ketika kami melalui sebuah simpang, sebuah van yang dipandu dengan laju telah terlanggar motosikal kami. Aku tercampak di atas rumput manakala ayahku terperosok di bawah van. Aku hanya mengalami luka ringan manakala ayahku meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejak hari itu, aku ditempatkan di rumah anak-anak yatim. Ibuku sudah lama meninggal dunia manakala ayahku merupakan anak tunggal dan aku tidak mempunyai saudara-mara lagi. Hari ini, genap setahun pemergian ayahku. Aku terpaksa harungi nasib yang menimpaku dengan tabah.

(229 pp)

3

Page 4: karangan hafalan 6M 2012

PENGALAMANPada suatu petang, kamu bersama kawan-kawan berbasikal pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang sekolah. Dalam perjalanan, kamu ternampak satu kejadian kebakaran.Ceritakan tentang kejadian itu.

Aku, Abu dan Mail berbasikal untuk pulang ke rumah selepas menghadiri sesi latihan bola sepak di sekolah. Tiba-tiba kami terpandang asap berkepul-kepul menjulang ke udara. Kami segera meluru ke tempat kejadian. Kelihatan sederet rumah kedai hampir hangus dijilat api yang marak.

Kami lihat anggota bomba sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran itu. Pada ketika itu api semakin marak kerana angin bertiup kencang.

Sejam kemudian, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya. Mangsa-mangsa kebakaran dibenarkan masuk ke dalam rumah kedai mereka untuk melihat jika ada barang yang terselamat. Kami bertiga mengambil kesempatan ini untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran itu. Kedengaran suara mangsa yang menangis kesedihan kerana kehilangan harta benda.

Namun, mereka tetap bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban. Kami turut bersimpati dengan nasib malang mereka. Peristiwa kebakaran ini tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.

4

Page 5: karangan hafalan 6M 2012

PENGALAMANKamu menyertai Hari Keluarga yang diadakan di sekolah kamu. Tujuan aktiviti itu diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara guru, ibu bapa, dan murid.Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Keluarga. Program ini dapat merapatkan hubungan antara guru, ibu bapa, dan murid.

Saya berasa gembira kerana ibu bapa saya turut menyertai program ini. Mereka sanggup mengambil cuti sebagai tanda sokongan terhadap program yang diadakan oleh pihak sekolah.

Kami berkumpul di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi. Acara pula bermula pada pukul 8.30 pagi, iaitu dimulai dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kehadiran semua pihak dalam memeriahkan program yang diadakan ini.

Pelbagai acara yang membabitkan ibu bapa, guru, dan murid diadakan. Acara yang paling mencuit hati ialah acara sukaneka untuk murid-murid. Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang acara ini berlangsung. Saya mengambil bahagian dalam acara berlari membawa bola di dalam sudu.

Saya berasa gembira kerana dapat menyertai aktiviti ini. Hubungan erat yang terjalin antara warga sekolah dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa di sekolah.

5

Page 6: karangan hafalan 6M 2012

PENGALAMANPada cuti penggal yang lalu, kam sekeluarga telah pergi bercuti ke satu tempat yang menarik.Tulis sebuah karangan tentang percutian itu.

Pada cuti penggal yang lalu, kami sekeluarga telah mengunjungi Taman Burung Pulau Pinang. Taman Burung ini terletak di daerah Seberang Perai.

Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh bapa saya. Saya dan adik berasa gembira melihat pemandangan di sepanjang perjalanan itu. Kami berpeluang melalui Jambatan Pulau Pinang iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Kami tiba di taman itu pada pukul 10.00 pagi. Bapa telah membeli tiket supaya kami dapat masuk ke dalam taman itu. Taman burung itu sangat luas dan cantik. Ramai pengunjung berkunjung ke taman itu.

Terdapat pelbagai jenis burung di taman itu. Antara burung yang terdapat di taman itu ialah burung kenari, burung kasawari, burung unta, burung kakaktua, burung hantu, burung tiung dan lain-lain lagi. Burung-burung itu sangat cantik dengan bulunya yang berwarna-warni. Kami berpeluang memberi burung-burung itu makan biji-bijian.

Selain itu, kami juga dapat mengetahui cara pembiakan burung secara semulajadi ataupun secara moden. Kami juga sempat melihat pertunjukan burung di pentas. Kami berasa sangat terhibur dan geli hati melihat pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh burung-burung itu.

Lawatan di taman burung ini banyak memberi faedah kepada kami sekeluarga. Banyak pengetahuan tentang burung yang kami peroleh sepanjang lawatan kami di sini. Kami berharap dapat pergi ke sana lagi.

6

Page 7: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 8 Buku Teks tahun 6

Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Temasya Sukan Sekolah Saya”.

Temasya sukan sekolah saya pada tahun ini telah diadakan pada 21 Januari 2008 bertempat di padang sekolah. Temasaya sukan kali ini amat berjaya dan diadakan secara meriah sekali.

Sebanyak lima pasukan telah mengambil bahagian dalam temasya ini. Pelbagai jenis acara telah dipertandingkan. Para atlet berlumba lari dalam acara lumba lari dan lari berganti-ganti. Sementara itu, acara lompat tinggi, lompat jauh, melontar peluru, meremjam lembing juga diadakan.

Para penyokong bersorak-sorai memberikan sokongan kepada wakil rumah mereka. Suasana pada masa itu mreiah sekali. Saya juga menyertai acara lumba lari 100 meter. Saya bertuah kerana mendapat pingat emas dalam acara ini.

Pada papan markah pula, catatan menunjukkan Rumah Hijau mendapat markah tertinggi, iaitu 246 mata, manakala Rumah Merah memungut markah paling rendah, iaitu 230 mata. Ini menunjukkan bahawa Rumah Hijau telah menjadi johan keseluruhan pada tahun ini.

Akhirnya, guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tan Zhi Heng dan Lim Hui Ling masing-masing menerima hadiah sebagai olahragawan dan olahragawati terbaik.

Guru besar amat rasa amat bersyukur kerana kejohanan sukan pada kali ini berjalan dengan lancar. Beliau juga amat bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para atlet.

(184 pp)

7

Page 8: karangan hafalan 6M 2012

15/BT/T6 - ms 142 Buku Teks Tahun 6

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ”Sukan yang Saya Minati”

Bersukan dapat menjaga kesihatan badan. Banyak aktiviti sukan yang boleh kita lakukan seperti bermain bola sepak, bola jaring, hoki, badminton dan juga olahraga.

Sukan yang saya minati ialah badminton. Sukan ini begitu popular di negara kita. Sejak kecil lagi, saya suka bermain badminton.

Setiap petang, saya akan bermain badminton dengan rakan-rakan di halaman rumah. Melalui permainan ini, saya mendapat banyak kawan. Oleh itu, kami dapat berbincang tentang pelajaran setelah tamat bermain. Selain itu, saya dapat menyihatkan badan serta dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Oleh sebab saya pandai bermain badminton, saya telah terpilih untuk mewakili sekolah. Selain itu, melalui permainan ini juga saya dapat mengharumkan nama sekolah.

Akhir sekali, apabila saya dewasa nanti, saya berazam untuk mewakili negara dalam permainan badminton.

8

Page 9: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 147 Buku Teks Tahun 6Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ”Hadiah Istimewa”.

Aku dan rakan-rakan berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa. Semasa di pameran buku tersebut aku menyertai peraduan yang diadakan oleh pihak penganjur.

Selepas menyertai peraduan tersebut aku terlihat sebuah buku yang menarik sekali. Aku teringin untuk memiliki buku yang berjudul Ilmuwan Agung itu. Bagaimanapun, wangku tidak mencukupi. Hasrat untuk memiliki buku itu terpaksa aku lupakan.

Meskipun demikian, aku tidak berputus asa untuk mendapatkan buku tersebut. Aku bercadang untuk meminta wang daripada ayahku. Walau bagaimanapun, belum pun sempat aku meluahkan hasratku, secara tidak sengaja aku terdengar akan perbualan ibu dan ayah. Rupa-rupanya, mereka menghadapi masalah kewangan. Nampaknya, terpaksalah kupendamkan hasratku. Bagaimanakah aku dapat memiliki buku tersebut?

Pada suatu petang, aku menerima panggilan telefon yang tidak kuduga. Aku terpilih sebagai pemenang utama peraduan yang kusertai semasa di pameran buku tempoh hari. Aku diundang untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah.

Semasa menerima hadiah, aku melihat buku-buku yang diserahkan ke tanganku. Sesuatu yang tidak kujangka telah berlaku. Sebuah daripada buku tersebut ialah buku yang kuidamkan. Oh, alangkah gembiranya aku!

9

Page 10: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 153 Buku Teks Tahun 6

Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Kereta Idaman Saya ”.

Saya idamkan sebuah kereta yang besar. Reka bentuk kereta itu mestilah menarik. Warnanya pula biru, iaitu warna kegemaran saya.

Apabila berada di dalam kereta itu, saya mahu berasa gembira dan selesa. Semasa memandunya, saya boleh mendengar radio. Pendingin hawanya pula menyegarkan badan saya.

Selain itu, kereta idaman saya boleh dicuci secara automatik. Apabila kereta itu kotor, alat pencuci akan keluar dan mencuci kereta itu. Dengan itu, saya tidak perlu bersusah payah untuk membersihkannya.

Demikianlah ciri-ciri kereta yang menjadi idaman saya. Pada suatu hari nanti, saya berharap akan dapat memilikinya.

10

Page 11: karangan hafalan 6M 2012

KEPERIHALANKeputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan. Ceritakan pengalaman anda menanti saat-saat tersebut.

Serba tak kena. Duduk salah, bangun pun salah. Aku baring di sofa sambil merenung dinding. Aku semakin gelisah tatkala jarum jam bergerak ke angka 12.

"Yan Yan, tidur cepat!" jerit emak dari dapur. Tanpa menjawab, aku bingkas menuju ke bilik. Aku cuba lelapkan mata. Fikiran aku menerawang jauh. "Macam mana kalau aku tak berjaya?" bisikku.

Esoknya, debaran jantungku kian kencang. Aku melihat makanan di atas meja. Aku hanya minum secawan kopi dan sepotong roti. Sebelum keluar, aku salam tangan emak dan ayah.

Langkahku atur dengan kemas. Aku semakin berdebar sebaik sahaja melangkah ke pintu pagar sekolah. Mataku melilau mencari muka-muka yang aku kenali. Aku lihat ada yang ketawa dan ada yang menangis.

Tanpa sedar, aku sudah berada di dalam pejabat. Tiba-tiba, "Tahniah Yan Yan, kamu berjaya." Aku menoleh ke arah suara itu. Cikgu Amir senyum sambil menghulurkan tangannya. Aku sambut tangan itu dengan perasaan terharu.

Keputusan peperiksaan UPSR kini di tanganku. Berakhir sudah sebuah debaran. Aku gembira. Terlalu gembira. 7A, itulah impianku.

(162 pp)

11

Page 12: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 11 Buku Teks tahun 6Tulis catatan harian kamu pada suatu hari Ahad

Ahad, 23 Januari, 20106.30 pagiSaya bangun pagi dan membersihkan diri. Saya menyiapkan diri dengan pakaian sukan kerana saya hendak mengikuti ahli keluarga berjoging di taman.

7.00 pagiSaya dan ahli keluarga berjoging di taman. Udara di taman pada waktu pagi sungguh segar dan nyaman.

8.00 pagiSaya dan keluarga makan sarapan bersama-sama di sebuah kedai kopi yang berdekatan dengan taman. Saya makan mi goreng kegemaran saya.8.30 pagi

Saya mengemaskan bilik dan menjemur pakaian. Selepas itu, saya menonton rancangan televisyen kegemaran saya.

11.00 pagiKakak dan saya menolong ibu yang sedang memasak di dapur. Ibu memasak kari kepala ikan untuk hidangan tengah hari.

12.30 tengah hariKami sekeluarga makan tengah hari. Kami makan sambil berbual-bual dengan mesra.

2.00 petangSelepas selesai makan tengah hari, saya berehat seketika sambil menonton televisyen.

4.30 petangMenjelang petang, saya dan rakan-rakan beriadah di taman bunga. Selepas itu, kami bermain bola sepak di padang yang berhampiran dengan taman.

6.00 petangSaya membantu ibu menyiapkan makan malam. Kemudian, kami sekeluarga makan bersama-sama.

8.00 malamSaya mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan kakak. Kakak mengajar saya membuat soalan matematik tentang tajuk pecahan.

10.00 malamSaya berasa letih dan terus tidur.

12

Page 13: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 93 Buku Teks tahun 6

Kamu dan rakan-rakan telah mengikuti lawatan sekolah ke suatu tempat. Tulis catatan lawatan tersebut.

Sabtu, 22 November 2008

8.00 pagi Kami berkumpul di sekolah. Hari ini ahli Persatuan Bahasa Malaysia akan mengadakan lawatan ke pusat membuat labu sayung di Kuching.

8.30 pagi Bas yang membawa kami ke Kuching bertolak. Sepanjang perjalanan, murid-murid bernyanyi dengan gembira.

10.00 pagi Kami tiba di destinasi. Pengurus kilang telah menyambut kedatangan kami. Kemudian, kami mendengar taklimat.

10.15 pagi Kami dibawa ke tempat memproses labu sayung. Kami ditunjukkan dan diterangkan cara-cara membuat labu sayung.

12.00 tengah hariSeterusnya, kami dibawa ke sebuah gerai menjual labu sayung. Pelbagai jenis labu sayung dijual di sini. Saya mengambil peluang untuk membeli sebiji labu sayung untuk ibu

13

Page 14: karangan hafalan 6M 2012

CATATANPerkhemahan Unit Beruniform telah diadakan di sekolah kamu. Kamu terpilih menyertainya. Tulis catatan aktiviti perkhemahan tersebut.

Sabtu, 20 Jun 2008.7.00 pagiSemua murid yang menyertai perkhemahan berkumpul di pekarangan sekolah. Guru penasihat mengambil kedatangan para peserta aktiviti perkhemahan. Cikgu Liew telah memberi taklimat ringkas tentang atur cara perkhemahan.

8.00 pagiBas sewa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Para peserta beratur menaiki bas dengan berdisiplin. Bas bertolak tepat pada pukul 8.15 pagi dan kami mengambil masa selama sejam untuk tiba di tapak perkhemahan, Hutan Lipur Tanjung Kirara.

9.30 pagiGuru penasihat membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Saya ditempatkan dalam Kumpulan Kenyalang. Selepas itu, ahli kumpulan pun melakukan tugas masing-masing. Ada yang mendirikan khemah, mengemas barang, mencari kayu api, memasak dan lain-lain. Saya pula ditugaskan untuk memasak.

12.30 tengah harisemua peserta menikmati juadah tengah hari yang disediakan oleh kumpulan masing-masing. Selepas makan tengah hari, para peserta diberi rehat sehingga pukul 2.00 petang.

2.00 petangPertandingan kawad kaki antara kumpulan telah diadakan. Kumpulan Kenyalang telah muncul sebagai naib johan. Pertandingan mencari harta karun telah diadakan selepas itu. Pertandingan ini amat mencabar kepintaran dan semangat kerjasama ahli kumpulan masing-masing.

6.00 petangSatu pertandingan memasak juga diadakan. Akhirnya kumpulan Sri Gading telah muncul sebagai juara. Pada waktu malam pula didakan pesta unggun api. Setiap kumpulan mengadakan persembahan kebudayaan secara bergilir-gilir.

Ahad, 21 Jun 2008.7.00 pagiSelepas menikmati sarapan pagi, para peserta berkumpul semula untuk upacara penutupan dan penyampaian hadiah. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kumpulan Kenyalang telah disahkan sebagai Johan keseluruhan.

9.00 pagiSemua peserta membersihkan tapak perkhemahan masing-masing. Kemudian bas pun bertolak pulang ke sekolah. Semua peserta kelihatan letih tetapi amat seronok dan puas hati kerana dapat mengikuti perkhemahan ini.

14

Page 15: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 35 Buku Teks Tahun 6

Tulis perbualan semasa kamu membeli barangan di kedai.

Lisa : Selamat pagi, encik? Bagaimanakah perniagaan encik pada pagi ini?Jurujual : Selamat pagi. Perniagaan saya pada pagi ini agak memuaskan. Ada apa boleh saya tolong?Lisa : Berikan saya sebotol sos cili yang berjenama Maggi.Jurujual : Baiklah, ini sos cili yang kamu minta.Lisa : Berapakah harganya sebotol?Jurujual : Harganya murah sahaja, Cuma RM4.30.Lisa : RM4,00 sudahlah, encik.Jurujual : Baiklah, saya jual dengan harga RM4.00. Kamu hendak beli apa lagi?Lisa : Berikan saya 2 kg tepung gandum?Jurujual : Ini tepung gandum yang kamu minta.Lisa : Berapakah harganya pula?Jurujual : Harganya RM4.00. Jadi jumlah harga kedua-dua barangan ini ialah RM8.00.Lisa : Ini wangnya. Terima kasih.Jurujual : Sama-sama. Sila datang lagi.

(121 pp)

15

Page 16: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 73 Buku Teks tahun 6

Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang rancangan untuk menyaksiakan sambutan Hari Kebangsaan. Tulis perbualan itu selengkapnya.

Salim : Saya rasa tidak sabar hendak menyaksikan perbarisan itu esok.Chee Weng : Yalah. Saya pun begitu juga. Tentu banyak perkara menarik yang akan kita saksikan esok.Salim : Bapa saya memberitahu bahawa banyak kontinjen akan menyertai perbarisan pada hari esok. Antaranya termasuklah sektor kerajaan, sektor swasta dan badan-badan sukarela.Chee Weng : Kalau begitu, tentu menarik? Salim : Ya. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara perbarisan ini.Chee Weng : Selain itu, apakah lagi yang boleh kita saksikan? Salim : Ada juga persembahan udara seperti persembahan helikopter dan pesawat pejuang.Chee Weng : Menarik tu. Jangan lupa kita pergi awal esok ya. Salim : Baiklah.

16

Page 17: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 73 Buku Teks tahun 6

Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang rancangan untuk menyaksiakan sambutan Hari Kebangsaan. Tulis perbualan itu selengkapnya.

Salim : Saya rasa tidak sabar hendak menyaksikan perbarisan itu esok.Chee Weng : Yalah. Saya pun begitu juga. Tentu banyak perkara menarik yang akan kita saksikan esok.Salim : Bapa saya memberitahu bahawa banyak kontinjen akan menyertai perbarisan pada hari esok. Antaranya termasuklah sektor kerajaan, sektor swasta dan badan-badan sukarela.Chee Weng : Kalau begitu, tentu menarik? Salim : Ya. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara perbarisan ini.Chee Weng : Selain itu, apakah lagi yang boleh kita saksikan? Salim : Ada juga persembahan udara seperti persembahan helikopter dan pesawat pejuang.Chee Weng : Menarik tu. Jangan lupa kita pergi awal esok ya. Salim : Baiklah.

17

Page 18: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 36 Buku Teks tahun 6

Tulis karangan yang bertajuk ”Faedah MenguasaiBahasa Malaysia”.

Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Banyak faedah yang diperoleh sekiranya kita menguasai bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia ialah bahasa perpaduan. Bahasa ini digunakan oleh seluruh rakyat negara ini. Mereka menggunakannya untuk berhubung dalam urusan seharian. Oleh itu, secara tidak langsung perpaduan dapat diwujudkan melalui penggunaan bahasa Malaysia.

Seseorang yang menguasai bahasa Malaysia dengan baik dapat menghasilkan penulisan bermutu dalam bahasa Malaysia. Hasil karya mereka dapat menambahkan khazanah penulisan dalam bahasa ini. Misalnya, kita boleh menghasilkan sajak, cerpen, novel, dan sebagainya. Di samping itu, kita juga dapat menambahkan pendapatan dengan menjadi penulis.

Kesimpulannya, bahasa Malaysia amat berfaedah untuk kita kuasai dengan sebaik-baiknya. Bagaimanapun, hal ini tidak bermakna kita tidak perlu menguasai bahasa lain. Kita perlu menguasai bahasa lain untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang.

18

Page 19: karangan hafalan 6M 2012

FAKTAMasa sangat berharga kepada kita. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara menghargai masa.

Ada kata-kata hikmat yang mengatakan, "Masa itu emas" yang bermaksud masa itu sangat berharga dalam kehidupan kita.

Beberapa cara boleh kita lakukan untuk menghargai masa. Cara yang pertama ialah membuat jadual waktu. Jadual waktu penting sebagai perancangan jangka panjang atau jangka pendek. Dengan adanya jadual waktu, kita boleh menetapkan masa untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti untuk belajar, bermain dan bersiar-siar.

Kedua, kita perlu melakukan sesuatu kerja dengan pantas dan bersungguh-sungguh. Sesuatu tugas atau pekerjaan dilakukan dengan pantas dan bersungguh-sungguh dapat menjimatkan masa. Sebaliknya,jika dilakukan secara sambil lewa atau banyak bertangguh, kerjo akan menjadi lambat dan kemungkinan tidak dapat diselesaikan. Namun begitu, kepantasan bekerja hendaklah seiring dengan sikap berhati-hati agar tidak berlaku kesilapan.

Cara yang ketiga pula ialah dengan mematuhi arahan dan nasihat orang yang lebih tua daripada kita. Arahan dan nasihat ibu dan bapa atau guru hendaklah dipatuhi. Melakukan sesuatu kerja dengan segera dapat menjimatkan masa. Masa yang selebihnya boleh digunakan untuk melakukan aktiviti lain.

Peringatan daripada ibu, bapa dan guru amat penting untuk dipatuhi demi kelancaran sesuatu tugas atau kerja yang dilakukan. Contohnya, jika ibu meminta kita mengemaskan majalah yang berselerak di ruang tamu, kita hendaklah melakukannya dengan segera.

Oleh itu, gunakanlah masa dengan bijak. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

19

Page 20: karangan hafalan 6M 2012

Tuliskan sebuah karangan tentang "Kepentingan Air".

Air merupakan sumber kehidupan yang penting. Tanpa air semua hidupan akan mati. Kepentingan air jelas kelihatan dengan hampir tiga per empat daripada muka bumi ini diliputi air.

Air banyak digunakan dalam kehidupan kita. Kita menggunakan air untuk menjalankan kegiatan seharian seperti memasak dan mencuci.

Dalam bidang pertanian pula, air digunakan untuk mengairi sawah padi, menyiram tanam-tanaman di kebun sayur supaya tanaman tersebut dapat hidup subur.

Selain itu, air juga digunakan untuk perternakan dan perlombongan.

Air juga penting dalam sektor perindustrian. Sektor perindustrian memerlukan air untuk mencuci jentera. Air juga digunakan sebagai tenaga utama untuk menjanakan kuasa elektrik. Hal ini menunjukkan kepentingan air sememangnya tidak dapat dinafikan.

Air memang penting kepada semua benda hidup. Oleh itu, masyarakat harus dididik tentang penggunaan dan kepentingan air.

20

Page 21: karangan hafalan 6M 2012

FAKTA“Faedah Membaca Buku”.Tulis karangan tentang tajuk tersebut.

Selain mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, membaca buku juga dapat memberi kita bermacam-macam faedah.

Membaca buku boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di dalam bas atau ketika menunggu ibu bapa datang menjemput ketika pulang dari sekolah.

Dengan membaca buku, kita dapat menguasai bahasa dengan lebih baik. Kita boleh membaca buku berbahasa Inggeris jika ingin memantapkan lagi kemahiran kita dalam bahasa tersebut.

Dengan membaca buku, kita dapat mengetahui maklumat-maklumat tentang pelbagai hal seperti hal kesihatan, pengetahuan am dan tentunya dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Dengan bertambahnya ilmu pengetahuan, fikiran kita akan menjadi semakin luas.

Selain itu, kita dapat mengelak diri daripada melakukan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak. Ini kerana dengan membaca kita dapat mengetahui kebaikan dan keburukan setiap perbuatan. Semakin banyak kita membaca buku, maka semakin baiklah mutu pelajaran kita.

21

Page 22: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 36 Buku Teks tahun 6

Sekolah kamu telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik. Tulis berita tentang minggu tersebut.

KUANTAN, 25 Mei - Minggu Sains dan Matematik telah diadakan dengan jayanya oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah. Kegiatan tahunan sekolah ini telah diadakan selama lima hari dengan kerjasama murid-murid dan guru-guru.

Pelbagai acara telah diadakan pada Minggu Sains dan Matematik ini. Antara yang menarik perhatian termasuklah Program Saintis Muda. Dalam aktiviti ini, murid-rnurid telah menunjukkan kemahiran membuat uji kaji sains yang mudah seperti memasukkan telur rebus ke dalam kelalang kon.

Untuk murid tahun enam, Bengkel Pintar Matematik telah diadakan. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan Matematik kepada murid-murid. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Aktiviti lain yang diadakan adalah seperti Kuiz Sains dan Matematik, Pertandingan Teka Silang Kata Sains, dan Pertandingan Membuat Carta Sains dan Matematik. Semua aktiviti telah dapat dijalankan dengan lancar.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh guru besar sekolah tersebut, Encik Lai Siaw Pin. Pada majlis tersebut, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang.

22

Page 23: karangan hafalan 6M 2012

Tuliskan berita tentang suatu peraduan . (BT ms 55)

TAPAH, 31 Januari - Satu peraduan melukis poster telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuching semalam. Peraduan tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kuching.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuching telah merasmikan peraduan ini. Dalam ucapan perasmiannya, beliau amat bangga dan berbesar hati kerana pihak Majlis Perbandaran Kuching dapat menganjurkan peraduan seumpama ini.

Menurut pengerusi peraduan, Encik Lee Kim Seng, pertandingan melukis ini hanya terbuka kepada murid-murid sekolah di bandar Kuching. Seramai 300 orang murid telah menyertai peraduan ini. Minuman dan kuih-muih disediakan untuk peserta yang mengambil bahagian.

Beliau melahirkan rasa bangga kerana murid-murid dapat menghasilkan lukisan yang baik dan berwarna-warni. Beliau juga berharap peraduan seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Hadiah-hadiah lumayan telah disediakan oleh pihak penganjur. Pemenang bakal mendapat wang tunai, piala serta sijil penyertaan setiap kategori yang dipertandingkan. Semua hadiah ini adalah tajaan sebuah syarikat swasta yang membekalkan alat-alat elektrik.

23

Page 24: karangan hafalan 6M 2012

BERITASebuah sekolah di tempat kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes. Sebagai seorang wartawan, kamu diminta untuk membuat liputan tentang aktiviti tersebut.

TAPAH 29 September - Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah telah mengadakan aktiviti gotong-royong dengan jayanya pada hari ini.

Aktiviti gotong-royong itu dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut. Gotong-royong itu diadakan untuk menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes serta mewujudkan persekitaran yang bersih kepada warga sekolah.

Aktiviti gotong-royong itu disertai oleh ibu bapa, guru-guru, murid-murid, dan kakitangan sekolah. Mereka bekerjasama membersihkan longkang yang tersumbat. Selain itu, bahan buangan seperti tin dan botol kosong yang boleh menakung air juga ditanam.

Inisiatif untuk mengadakan aktiviti tersebut timbul ekoran beberapa kes demam denggi dilaporkan di kawasan tersebut. Justeru, sebelum perkara itu menjadi lebih parah, adalah lebih baik mereka menyediakan payung sebelum hujan.

Hasil aktiviti itu, kawasan sekolah tersebut tentu akan bebas daripada nyamuk aedes. Mereka berasa sangat gembira kerana aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.

24

Page 25: karangan hafalan 6M 2012

Kelab Alam Sekitar sekolah kamu ingin mengadakan perkhemahan di sebuah taman rekreasi. Tulis sepucuk surat untuk memohon kebenaran. (BT ms 52)

Kelab Alam Sekitar,SJK Tapah, Batu 23½, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching,Sarawak.____________________________________________________________________

Pengarah,Taman Rekreasi Air Panas Panchor,Batu 32, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching,Sarawak 12 JANUARI 2012.

Tuan,

Mohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan

Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa Kelab Alam Sekitar sekolah kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ke taman rekreasi di bawah pengurusan tuan.

2. Butir-butir tentang perkhemahan adalah seperti yang berikut:Tarikh : 28-30 Februari 2012Bilangan peserta : 44 orang

3. Bersama-sama surat ini disertakan atur cara perkhemahan.

4. Kami berharap pihak tuan sudi mempertimbangkan permohonan kami. Atas kerjasama tuan saya dahulukan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Tan.......................................(TAN JIP CHIN)Setiausaha,Kelab Alam Sekitar.

25

Page 26: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 131 Buku Teks tahun 6Yuk Sing, setiausaha Kelab Kemahiran Hidup. Dia diminta menulis surat memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ke kilang Kereta Proton. Tuliskan surat itu.

Kelab Kemahiran Hidup,Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah,Batu 23½, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching,Sarawak.__________________________________________________________________

Pengurus Besar,Pusat Perusahaan Automobil (Perodua),Sungai Choh, Beg Berkunci 226,48009 Rawang,Selangor Darul Ehsan 10 SEPTEMBER 2008.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kilang

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah ingin mengadakan lawatan ke kilang tuan. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada kami cara-cara membuat kereta nasional.

2. Butir-butir tentang lawatan tersebut adalah seperti yang berikut:Tarikh : 20 September 2008Hari : sabtuBilangan peserta : 40 orang anggota kelab

Empat orang guru penasihat

3. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat menyediakan seorang pegawai pengiring untuk menerangkan proses pembuatan kereta kepada kami.

4. Oleh itu, kami berharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan kami dan memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekiranya tarikh dan masa yang dicadangkan itu tidak sesuai, tuan boleh mencadangkan tarikh dan masa yang baharu.

Kerjasama daripada tuan, amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Zhi Heng(LAU ZHI HENG)Setiausaha,Kelab Kemahiran Hidup.

26

Page 27: karangan hafalan 6M 2012

Kamu tidak dapat hadir ke satu latihan Rumah Sukan. Tulis sepucuk surat untuk memohon cuti.

No. 23, Kampung Tapah, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching.____________________________________________________________

Guru Rumah Hijau,Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah,Batu 23½, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching. 5 APRIL 2011.

Tuan,

Tidak Dapat Menghadiri Latihan Rumah SukanDengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.2. Nama saya Lim Kok Meng. Saya murid Tahun Enam Merah dan merupakan ahli rumah sukan Hijau. Saya ingin memaklumkan kepada tuan bahawa saya tidak dapat menghadiri latihan mmah sukan pada minggu ini.3. Untuk makluman tuan, saya dan keluarga terpaksa pulang ke kampung untuk melawat nenek yang sakit tenat. Saya akan berada di kampung selama beberapa hari sehingga keadaan nenek bertambah baik.4. Saya berharap tuan dapat memaafkan saya. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar. Lim KM

27

Page 28: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 65 Buku Teks tahun 6

Sekolah kamu telah mengadakan Minggu Bahasa Malaysia. Tuliskan sebuah laporan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam tempoh itu.

Laporan Minggn Bahasa Malaysia SJK Tapah

Dari 23 Jun hingga 27 Jun 2008, Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah telah menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid menggunakan bahasa Malaysia dengan betul

Sepanjang program tersebut, banyak aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya termasuklah kuiz, pameran dan ceramah. Selain itu, pertandingan-pertandingan lain turut dijalankan seperti pertandingan syarahan, pertandingan bercerita, dan berbalas pantun.

Murid-mnrid telah menunjukkan minat yang tinggi dalam pertandingan tersebut, Hal ini mernbuktikan bahawa tahap penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan murid sekolah ini amat baik.

Majlis penutupan Minggu Bahasa Malaysia ini diadakan pada 27 Jun 2008. Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak kerana kejayaan program ini. Pada majlis tersebut, para pemenang pertandingan menerima hadiah masing-masing.

Program ini amat berfaedah kepada murid-murid. Oleh itu, diharapkan program seumpama ini akan terus diadakan pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh, 20 JANUARI 2008.

Lee(LEE CHONG WEE)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia.

28

Page 29: karangan hafalan 6M 2012

Sediakan satu laporan tentang aktiviti gotong-royong di yang dijalankan di sekolah anda.

LAPORAN HARI GOTONG-ROYONG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAPAH

Pada hari Sabtu, 29 Januari 2011, Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah telah mengadakan Hari Gotong-royong. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid mencintai kebersihan sekolah.

Pada jam 9.00 pagi, semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan. Semuanya kelihatan penuh semangat untuk membersihkan kawasan sekolah. Mereka kelihatan sudah bersedia dengan penyapu, pongkes dan sebagainya. Kemudian guru kelas membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil. Ada yang mengutip sampah, menebas rumput, menanam tin kosong dan mengutip ranting kayu dan daun kering.

Di samping itu, murid-murid juga membersihkan bilik darjah masing-masing. Serentak dengan itu juga, Pertandingan Kelas Tercantik dilancarkan oleh guru besar. Semua murid begitu bersemangat untuk mencantikkan kelas masing-masing.

Gotong-royong tamat pada pukul 1.00 petang. Setelah penat, murid-murid dan guru menjamu selera di kantin. Sebelum itu, guru besar memberikan ucapan terima kasih dan meminta murid-murid mengekalkan kebersihan sekolah.

Laporan disediakan oleh, 1 Februari 2011

Kum Zee(LAM KUM ZEE)Pengerusi,Hari Gotong-royong

29

Page 30: karangan hafalan 6M 2012

Tulis sebuah laporan tentang kejohanan sukan sekolah kamu yang telah diadakan baru-baru ini.

Laporan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah

Pada 16 April yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah telah

mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-3 di padang sekolah.

Tepat jam 8.00 pagi, setelah bacaan doa dan taklimat ringkas selesai, acara perbarisan dimulakan. Warna pakaian peserta berasaskan warna pasukan masing-masing. Kira-kira jam 8.30 pagi, acara lontar peluru, lari pecut, lompat tinggi dan acara sukaneka tahap satu dimulakan.

Acara sukaneka melibatkan semua murid tahun satu hingga tahun tiga manakala semua acara olahraga hanya disertai oleh beberapa orang wakil dari setiap rumah sukan yang terdiri daripada murid tahap dua.

Suasana di dalam khemah setiap pasukan riuh-rendah dengan sorakan ketika acara dipertandingkan. Acara yang mendapat perhatian ialah acara sukaneka dan lari pecut.

Majlis penyampaian hadiah dijalankan sebaik sahaja setiap acara tersebut tamat. Namun acara penyampaian hadiah utama diadakan pada pukul 11.00 pagi. Tetamu kehormat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Jamil bin Ngah telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Rumah Lekir menjadi juara perbarisan dan menjadi johan keseluruhan. Kejohanan sukan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Laporan disediakan oleh, 12 APRIL 2011. Kah yee(CHEW KAH YEE) Setiausaha, Kelab Sukan dan Rekreasi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah

30

Page 31: karangan hafalan 6M 2012

Tulis sepucuk surat kepada kawan untuk menceritakan pengalaman kamu ketika menyertai perbarisan Hari Kebangsaan. (BT ms 69)

Tan Jing Hwa,Lot 123, kampung Tapah,Batu 23½, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching,Sarawak.

20 Januari 2008.

Menemui sahabatku Petrus yang berada di Sarawak. Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat-sohat hendaknya.Saudara,

Saya ini bercerita tentang pengalaman saya menyertai perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Seawal pukul 6.30 pagi, saya dan rakan-rakan berkumpul di sekolah. Kami memakai kostum menarik yang bertemakan alam sekitar. Selepas itu, pada pukul 6.45 pagi, bas tiba dan membawa kami ke Dataran Menara Condong, Teluk Intan.

Pada pukul 7.15 pagi, para pemimpin dan pembesar negeri tiba. Selepas itu, tepat pada pukul 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan pembacaan ikrar Rukun Negara. Kemudian, pada pukul 7.45 pagi, barulah acara persembahan udara diadakan. Hanya pada pukul 8.30 pagi, barulah acara perbarisan dan lintas hormat bermula. Saya dan rakan-rakan berarak dengan penuh semangat. Pada pukul 10.45 pagi, majlis perbarisan tamat.

Setakat ini sahajalah surat saya pada kali ini. Saya berharap agar saudara berasa gembira membaca surat saya.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Nash

31

Page 32: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 73 Buku Teks tahun 6

Yang berikut ialah petikan surat yang kamu terima daripada kawan kamu. Balaslah surat tersebut.… Saya bercadang hendak berkunjung ke tempat saudara pada musim cuti yang akan datang. Oleh itu, besarlah harapan saya agar saudara dapat menceritakan tempat-tempat menarik di tempat saudara.

Tan Jing Hwa,Lot 123, kampung Tapah,Batu 23½, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching,Sarawak.

20 Januari 2008.

Ke hadapan sahabatku, Ravin yang berada di Sri Aman, Sarawak. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga yang tercinta.

Terima kasih atas kesudian saudara untuk berkunjung ke tempat saya pada musim cuti yang akan datang. Eloknya kiranya saya menceritakan serba sedikit mengenai tempat saya kepada saudara seperti yang diminta.

Pelbagai tempat menarik yang terdapat di tempat tinggal saya. Saya pasti saudara akan teruja. Salah satu daripadanya ialah Pantai Damai. Sudah tentu saudara pernah mendengar mengenainya. Rancangan saudara untuk ke sini pada waktu ini adalah tepat pada masanya. Kebetulan pula diadakan pesta di Pantai Damai.

Jangan lepaskan peluang untuk ke Semantan. Saudara boleh membeli pelbagai hasil laut seperti keropok, ikan kering, dan kraf tangan sebagai buah tangan. Di samping itu, saudara juga boleh terus ke Pulau Layang-layang. Keindahan pulau dan pantai di situ sudah pasti memukau sesiapa sahaja.

Saudara juga boleh berkunjung ke Kampung Budaya yang terletak bersebelahan dengan Pantai Damai. Di Kampung Budaya, kamu boleh mengenai budaya dan adat resam pelbagai suku kaum yang mendiami Sarawak. Jika saudara ingin menikmati suasana di air terjun, bolehlah saudara ke Rancang atau Matang.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya tuliskan. Diharap saudara tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.

Sekian. Yang benar,

Mei Ling

32

Page 33: karangan hafalan 6M 2012

Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.

No. 23, Kampung Tapah, Jalan Kuching-Serian,94200 Kuching.5 April 2011.

Menemui sahabatku, Amira yang kini berada di Kampung Tapah, Sarawak, semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Saudari,

Apa khabar saudari? Saya di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sudah lama kita tidak berutus surat sejak saya berpindah ke Sri Aman.

Untuk makluman saudari, sekolah baharu saya berdekatan dengan pekan Sri Aman. Saya perlu menyesuaikan diri ketika mula-mula berada di sekolah baharu. Namun, kawan-kawan di sekolah baharu sangat raesra. Saya dapat bergaul dengan mereka dengan mudah.

Guru-guru di sini juga baik hati dan sangat prihatin terhadap pelajaran murid-murid. Namun. mereka sangat tegas dalam memastikan semua murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Murid-murid di sekolah saya sangat tekun dan gigih belajar. Baru-baru ini, saya menyertai kumpulan belajar. Kumpulan belajar ini diadakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi.

Saya amat merindui kawan-kawan di sekolah lama. Kirimkan salam kepada mereka dan juga ahli keluarga saudari. Semoga kita akan berjumpa suatu hari nanti.

Sahabatmu, Wendy Ling

33

Page 34: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 109 Buku Teks tahun 6

Melengkapkan karangan.Mulakan karangan kamu dengan ”Aku mengayuh basikalku. Ketika itu, langit yang cerah menjadi mendung. Aku mempercepat kayuhanku... .

Aku mengayuh basikalku. Ketika itu, langit yang cerah menjadi mendung. Aku mempercepat kayuhanku.

Ketika aku mengayuh basikal, tiba-tiba sebuah kereta menghimpitku ke tepi jalan. Aku hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. Hujan mula turun dengan lebat. Aku cuba bangun tetapi tidak berjaya. Pandanganku menjadi gelap kerana kepala aku terhantuk.

Aku mendengar suara orang bercakap-cakap di tepiku. Mereka mengangkat aku ke dalam kereta. Aku tidak mampu membuka mata kerana badanku terlalu lemah. Selepas itu, aku tidak sedar apa yang berlaku.

Ketika aku mencelikkan mata, aku terkejut apabila mendapati aku berada di dalam sebuah bangunan. Aku terlantar di atas katil. Kepalaku dan tanganku berbalut. Di sisiku berdiri seorang perempuan yang berpakaian serba putih. Dia jururawat. Sedarlah aku kini bahawa aku berada di hospital.

Sebentar kemudian, ayah dan ibu aku sampai. Mereka terkejut melihat keadaan aku begitu. Namun, mereka bersyukur kerana aku selamat. Aku berjanji kepada diriku bahawa aku akan menunggang basikal dengan lebih berhati-hati.

34

Page 35: karangan hafalan 6M 2012

MELENGKAPKAN CERITAJam menunjukkan pukul 7.20 pagi. Kim heng tergopoh-gapah mandi dan bersiap untuk pergi ke sekolah. Dia…Lengkapkan karangan di atas atas. Mulakan karangan kamu dengan “Dia…”

Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi. Kim Heng tergopoh-gapah mandi dan bersiap untuk pergi ke sekolah. Dia terlewat bangun pada pagi itu. Dia terus mencapai begnya dan berjalan kaki pergi ke sekolah.

Kim Heng berjalan dengan cepat. Dia tidak menunggu bas kerana hendak cepat sampai ke sekolah. Peluh sudah membasahi bajunya namun tidak dipedulikannya. Di kepalanya tergambar wajah Cikgu Lee yang garang itu.

Dia menyesal kerana menonton televisyen hingga larut malam hingga menyebabkan dia terlewat bangun pada pagi tadi. Ibunya telah menegur perbuatannya itu tetapi tidak diendahkannya.

Kim Heng tiba di sekolah pada pukul 8.00 pagi. Kawan-kawannya sedang belajar Matematik. Cikgu Lee memarahi Kim Heng kerana datang lewat. Kim Heng didenda berdiri di depan kelas. Kim Heng berasa sangat malu.

Loceng rehat telah berbunyi. Kim Heng berasa amat lapar kerana tidak sempat bersarapan. Dia tidak dapat membeli makanan kerana wangnya tertinggal di rumah. Waktu pulang, sekali lagi Kim Heng terpaksa berjalan kaki kerana tiada wang untuk membayar tambang bas.

Kim Heng berasa amat menyesal. Dia berjanji akan mengubah tabiatnya itu.

(169 pp)

35

Page 36: karangan hafalan 6M 2012

Tulis sebuah karangan dan mulakan karangan kamu dengan ayat-ayat di bawah.Orang ramai berkerumun di tepi jalan. Aku tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku. Aku pun…

Orang ramai berkerumun di tepi jalan. Aku tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku. Aku pun melangkah dengan pantas ke tcmpat tersebut.

Rupa-rapa, satu kemalangan antara sebuah kereta dengan sebuah motosikal telah berlaku di tempat tersebut. Penunggang motosikal cedera parah. Kakinya berlumuran darah.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu remuk di bahagian hadapan. Beberapa orang anggota bomba mencuba mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Tidak lama kemudian, pihak ambulans tiba di tempat kejadian. Petugas ambulans mengusung mangsa-mangsa kemalangan ke dalam van ambulans. Mangsa-mangsa kemalangan itu dibawa ke hospital dengan segera.

Selepas itu, aku pun pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku meneeritakan hal tersebut kepada ibuku. Ibu mengingatkan aku supaya berhati- hati semasa di jalan raya untuk menggelakkan berlakunya kemalangan.

(123 pp)

36

Page 37: karangan hafalan 6M 2012

BT/T6 - ms 120 Buku Teks tahun 6

Tulis karangan yang bertajuk “Juakim Petani Berjaya.

Pagi-pagi lagi, Juakim sudah bangun. Dengan menaiki kenderaan pacuan empat rodanya, Juakim menuju ke Iadang ternaknya yang terletak di hujung kampung.

Dari jauh, Juakim sudah melihat para pekerjanya sibuk memberikan makanan kepada kambing-kambing di kandang. Di ladang itu, Juakim menternak 150 ekor kambing. Juakim segera ke kandang itu untuk meninjau keadaan kambing-kambingnya.

Selepas itu, Juakim pergi ke kolam ikan ternakannya yang terletak tidak jauh dari kandang kambing itu. Di kolam kanvas itu, Juakim menternak 10 000 ekor ikan keli Afrika. Pada hari itu, ikan-ikan tersebut akan dibeli oleh pemborong.

Juakim bersyukur kerana penat lelahnya selama ini telah mula menampakkan hasil. Dia berhasrat untuk mempelbagaikan penternakannya bagai memenuhi keperluan pasaran.

37

Page 38: karangan hafalan 6M 2012

BIOGRAFIKamu mempunyai seorang tokoh yang amat dihormati.Tulis sebuah karangan tentang tokoh tersebut.

Tokoh yang paling saya hormati ialah guru saya. Nama guru saya ialah Cikgu Richard Hoo. Beliau berumur 43 tahun. Cikgu Richard lahir pada 16 April 1963 di Teluk Intan, Perak.

Beliau telah mengajar di sekolah saya selama 12 tahun. Beliau telah beristeri dan mempunyai dua orang anak. Cikgu Richard dan keluarganya tinggal di Taman Mutiara.

Beliau mengajar saya mata pelajaran Matematik. Beliau seorang guru yang rajin dan bertanggungjawab. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Jika ada murid yang tidak memahami apa yang diajar, beliau akan menerangkan semula topik yang diajar sehinggalah kami memahami pelajaran tersebut.

Selain itu, Cikgu Richard sering mengadakan kelas tambahan percuma pada waktu malam. Dengan usahanya itu, prestasi mata pelajaran ini dalam peperiksaan UPSR semakin meningkat setiap tahun. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.

Sikapnya yang lemah-lembut dan sentiasa tersenyum memudahkan murid-murid mesra dengannya. Cikgu Richard tegas apabila mengajar di dalam bilik darjah. Kami menganggap Cikgu Richard seperti ayah kami sendiri. Beliau sentiasa menasihati kami agar rajin belajar.

Saya bercita-cita untuk menjadi guru seperti Cikgu Richard. Saya mendoakan semoga beliau hidup bahagia di samping keluarganya.

38

Page 39: karangan hafalan 6M 2012

Kamu selaku ketua murid diminta menyampaikan ucapan sempena perayaan Hari Guru peringkat sekolah. Sediakan teks ucapan itu.

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Guru Besar, guru-guru yang diraikan serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Hadirin sekalian,Sebagaimana yang kita ketahui, tanggal 16 Mei setiap tahun

merupakan hari yang paling bermakna buat guru-guru di seluruh negara. Pada hari ini, kita akan meraikan guru-guru kita sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.

Guru amat penting dalam hidup kita. Mereka umpama lilin yang menerangi kegelapan. Tanpa guru tiadalah doktor, jurutera, peguam dan sebagainya pada hari ini. Guru adalah insan yang paling mulia kerana mendidik anak-anak bangsanya tanpa mengharapkan balasan.

Rakan sekalian,Guru tidak mengharapkan agar jasa mereka dibalas. Mereka cuma

berharap kita berjaya dalam hidup. Bagi mereka apabila melihat anak didiknya berjaya itu merupakan satu hadiah yang paling bermakna.

Bersempena dengan Hari Guru pada tahun ini, saya mewakili murid-murid sekolah ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang dikasihi. Tanpa guru siapalah kami. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi guru sekalian.

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua guru kerana sabar dan tabah dalam mendidik kami.

Sekian, terima kasih.(197 pp)

39

Page 40: karangan hafalan 6M 2012

UCAPANSebagai ketua kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan guru kelas kamu. Tulis ucapan itu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, yang diraikan Puan Tan Ming Ling, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan ini khas untuk Puan Tan. Hari ini adalah hari terakhir Puan Tan berkhidmat di sekolah ini. Beliau terpaksa mengikut suaminya yang bertugas ke tempat lain.

Saya dan murid-murid kelas 4 Cerdik berasa berat hati untuk melepaskan beliau. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan mendidik kami dalam pelbagai perkara. Beliau seorang guru yang amat dedikasi, berkaliber, bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat akan perkembangan pelajaran kami.

Selain itu, beliau juga seorang guru yang baik hati. Beliau sentiasa mengambil berat akan masalah kebajikan muridnya. Sikap itulah yang menyebabkan kami amat menyayangi beliau. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat untuk murid-muridnya supaya tidak mudah berputus asa.

Semenjak beliau bertugas di sekolah ini, prestasi kami semakin meningkat dan amat menggalakkan. Kami amat terhutang budi dan berterima kasih kepada Puan Tan. Jasa dan pengorbanan cikgu amat kami hargai. Kami memohon maaf jika kami ada melakukan kesalahan terhadap cikgu.

Sekian ucapan saya. Semoga cikgu sentiasa beroleh kejayaan di sekolah baru. Sekian, terima kasih.

40

Page 41: karangan hafalan 6M 2012

Kamu telah menyertai pertandingan syarahan. Sediakan teks syarahan kamu yang bertajuk “Aktiviti Kokurikulum Banyak Mendatangkan Kebaikan kepada Murid-murid”.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim, guru-guru, serta hadirin sekalian. Saya, sebagai pencadang tetap menyokong tajuk perbahasan pada hari ini, iaitu “Aktiviti Kokurikulum Banyak Mendatangkan Kebaikan kepada Murid-murid”.

Para hadirin sekalian,

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman murid-murid dengan aktiviti kokurikulum.

Aktiviti kokurikulum meliputi aktiviti yang dijalankan oleh badan beruniform, kelab, persatuan dan permainan. Aktiviti yang dijalankan dapat membantu murid-murid mengisi masa terluang mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Selain itu. menerusi aktiviti permainan pula, murid-murid dapat menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping murid- murid dapat mengasah bakat menerusi sesuatu permainan.

Malah bukan itu sahaja, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk sikap bekerjasama, tolong-menolong, berdikari dan aktif dalam menjalankan sesuatu tugasan. Ini secara tidak langsung akan membentuk pergaulan sosial yang sihat di kalangan murid-murid.

Oleh itu, murid-murid disarankan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini dapat menjamin keperibadian yang unggul di masa hadapan.

Sekian terima kasih.

(163 pp)

41

Page 42: karangan hafalan 6M 2012

Kamu telah menyertai pertandingan syarahan. Sediakan teks syarahan kamu yang bertajuk “Kepentingan Komputer Pada Masa Kini”.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Guru Besar, para hakim yang bijaksana. guru-guru, dan para hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Kepentingan Komputer Pada Masa Kini”.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menghuraikan tajuk ini, izinkan saya memberi definisinya terlebih dahulu. Komputer adalah alat eiektronik yang menyimpan maklumat dan menganalisis serta mengeluarkan maklumat apabila diperlukan. Pada pendapat saya komputer amat penting untuk memudahkan kerja kita.

Dengan adanya komputer, segala kerja atau dokumen tidak perlu ditulis menggunakan tangan lagi. Komputer dapat memudahkan tugas seseorang dengan menaip sahaja pada papan kekunci. Malah segala kerja juga dapat disiapkan dengan cepat. Selain itu, komputer juga dapat menjimatkan masa kita. Urusan bank dan pembayaran bil dapat dilakukan dengan mudah di rumah tanpa perlu ke mana-mana dan beratur panjang,

Hadirin sekalian,

Komputer juga dapat merapatkan hubungan kita dengan rakan- rakan kita yang berada di merata-merata tempat. Melalui komputer yang mengandungi Internet kita dapat bersembang siber dengan rakan-rakan kita. Di samping itu, kita dapat bertukar-tukar maklumat.

Bukan itu sahaja, komputer dapat menyimpan maklumat dan dapat dijadikan bahan rujukan ataupun untuk kegunaan pada masa hadapan. Ini amat memudahkan kita.

Namun begitu komputer juga boleh mendatangkan kesan negatif jika kita menyalahgunakan fungsinya.

Sekian, terima kasih.(201 pp)

42

Page 43: karangan hafalan 6M 2012

AUTOBIOGRAFITulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah perpustakaan”.

Aku sebuah perpustakaan yang besar. Aku sangat berguna kepada murid-murid yang mahu mencari ilmu.

Aku telah dibina di negeri Sarawak. Aku terletak di tengah-tengah bandar Kuching. Hal ini menjadikan aku senang untuk dikunjungi oleh orang yang mahu menggunakan aku.

Aku dilengkapi dengan meja, kerusi, lampu, dan penghawa dingin. Di dalam badanku terdapat berbagai-bagai jenis buku. Antaranya ialah buku cerita, buku-buku sains, surat khabar, dan majalah. Bahan-bahan bacaan itu disusun di rak buku dengan teratur dan kemas.

Aku mempunyai pelbagai kegunaan. Ada orang yang menggunakan aku untuk mencari maklumat. Ada juga yang mengulang kaji pelajaran di dalam tubuhku. Sesetengahnya pula menggunakan aku untuk mengisikan masa lapang mereka. Aktiviti ini sangat berfaedah.

Semua orang yang menggunakan aku mesti mematuhi beberapa peraturan. Antaranya ialah tidak boleh berbuat bising. Hal ini adalah untuk mengelakkan mereka mengganggu orang lain yang sedang membaca atau mengulang kaji pelajaran. Selain itu, mereka juga tidak boleh merosakkan buku-buku yang ada di dalamku. Sesiapa yang merosakkan buku akan didenda. Mereka perlu membayar wang sebagai ganti rugi.

Aku sangat gembira kerana menjadi sebuah perpustakaan. Aku berharap agar dapat terus memberi khidmat kepada orang ramai.

(183 pp)

43

Page 44: karangan hafalan 6M 2012

AUTOBIOGRAFIAndaikan kamu ilah “Sepasang kasut Sekolah”.Tulis riwayat hidup kamu selengkapnya.

Namaku "Pollose". Aku ialah sepasang kasut sekolah yang dilahirkan di sebuah kilang kasut di Pulau Pinang. Setelah siap, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak kasut.

Aku bersama kawan-kawanku dibawa menaiki sebuah lori untuk dihantar ke sebuah kedai kasut. Tiba di sana, aku telah dipamerkan di rak kaca bersama kasut-kasut sekolah berjenama lain.

Pada suatu hari, seorang murid lelaki telah masuk ke kedai itu untuk membeli sepasang kasut sekolah. Setelah puas membelek-belek aku, akhirnya dia membeliku dengan harga RM20.00. Sejak hari itu, budak lelaki itu menjadi tuan aku.

Setiap pagi. aku dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku dijaga dengan baik sekali. Pada hujung minggu, aku akan dicuci. Aku disimpan rapi di rak kasut. Aku berasa bangga kerana mempunyai seorang tuan yang begitu menyayangi diriku.

Pada suatu petang. tuan aku telah memakaiku untuk bermain bola kerana kasut sukannya basah. Aku digunakan untuk menendang bola. Aku hanya mampu menjerit kesakitan.

Setelah pulang ke rumah. tuan aku mendapati kulit badanku telah terkoyak. Semenjak hari itu, aku semakin diabaikan. Tuan aku telah membeli sepasang kasut baharu. Walaupun berasa sedih, tetapi aku tetap berasa gembira dan bangga kerana pernah berbakti kepada tuan aku.

(187 pp)

44

Page 45: karangan hafalan 6M 2012

Latihan :

1. Kamu dan rakan-rakan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan taman sains. Ceritakan aktiviti yang dilakukan oleh kamu semua. (BT T5 ms 5)

2. Kamu baharu berkenalan dengan seorang sahabat baharu. Tuliskan perbualan antara kamu berdua. (BT T5 ms 8)

3. Tuliskan sebuah karangan untuk menceritakan pertandingan syarahan peringkat sekolah kamu. (BT Thn 5 ms 14)

4. Bincangkan cara-cara untuk menjadikan anak yang baik. (BT Thn 5 ms 34)

45

Page 46: karangan hafalan 6M 2012

46

Page 47: karangan hafalan 6M 2012

47

Page 48: karangan hafalan 6M 2012

48

Page 49: karangan hafalan 6M 2012

49

Page 50: karangan hafalan 6M 2012

50