Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

  • Upload
    nndz

  • View
    981

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/21/2019 Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

    1/6

    Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

    Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi

    di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang

    penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu

    suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia,

    aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di

    negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan

    semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat

    dan sejahtera.

    Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih

    membolehkan kita menyedut udara yang segar. dara yang bersih dan segar sememangnya

    amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih la!imnya dipenuhi dengan

    tumbuhan menghijau. "umbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan

    membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. #elain itu, alam sekitar

    yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. $uaca panas dan kering yang

    disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan

    kehidupan dalam keadaan yang baik. %elalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,

    orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh

    menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam

    keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan

    terjamin.

    %enjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan

    menjamin keseimbangan ekosistem. &kosistem yang terpelihara daripada kerakusan

    manusia akan membantu menjamin sumber air. "anpa pemusnahan hutan, ia dapat

    berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan

    menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. 'utan yang lengkap

    dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baikke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk

    meneruskan peredaran air. (ni dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan

    persendirian mahupun industri. #elain itu, hutan merupakan aspek penting untuk

    penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini

    membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat

    mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan

    arang batu yang memusnahkan alam. #ecara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah

    tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

  • 8/21/2019 Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

    2/6

    Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan

    flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya

    memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara

    satu sama lain, )lora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. )lora

    merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama

    haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam

    semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi

    panas dan kering. (ni akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan

    terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

    Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh *abatan

    Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera

    kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida

    dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah

    ditebang. "ujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan

    tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang

    baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

    Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang

    kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia.

    #ebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. #elain

    itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. +alat yang membawa kumanakan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas

    seperti cirit-birit dan muntah. leh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah

    penting.

    Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara

    kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara

    atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. %elalui aktiviti pelancongan, kitadapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka

    panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. %elalui aktiviti itu. peluang perkerjaan

     juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran

    di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,

    penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

    Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih

    ada pada hari ini. saha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam

    sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen

  • 8/21/2019 Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

    3/6

    kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media

    dan penerbitan bahan-bahan cetak. #emuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan,

    kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam

    sekitar adalah tanggungjawab bersama. #etiap generasi perlu turut serta supaya

    pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

  • 8/21/2019 Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

    4/6

    Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

    Alam sekitar adalah anugerah "uhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.

    %anusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telahmencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. umi yang luas dijadikan tempat

    tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber

    makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan

    hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa

    dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit

    sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di

    negara kita tidak dijaga dengan baik.

    Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. dara yang bersih

    merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar

    dan bersih la!imnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. "umbuh-tumbuhan

    membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen

    secukupnya.

    dara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati

    keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. $uaca panas

    dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kitamenjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. %elalui persekitaran yang segar dan

    nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang

    boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan

    dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

    #elain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke

    semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang

    sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanamanpokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan

    karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan

    ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan

    dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan

    banjir. 'utan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

    Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu

    membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan

    tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman

    denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh

  • 8/21/2019 Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

    5/6

    vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat

    dielakkan.

    angguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalamkeadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti

    nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. "anpa serangga tersebut, kita

    dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. #elain itu, persekitaran yang

    bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

    #elain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan

    manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidupbertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. "ubuh kita mengandungi lebih

    kurang /01 air. #ekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga.

    Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan

    tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana

    kepada kehidupan di muka bumi. leh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan

    manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan

    air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

    "ambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat

    mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 'aiwan dan tumbuh-tumbuhan

    adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar

    yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan

    sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan

    dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat

    menstabilkan kesihatan manusia. #ekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut

    seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.

    %anakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk

    pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan airterpelihara.

    Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara.

    #esebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik

    perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan

    meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan

    ekonomi negara kita. #elain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor

    perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada

    masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

  • 8/21/2019 Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

    6/6

    Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber

    makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, (a turut berperanan sebagai

    sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. *usteru, semua

    lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam

    sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.