23
Karangan Naratif

Karangan naratif Cikgu Lila

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Berikut adalah sliaids yang saya gunakan di dalam kelas buat rujukan kamu.

Citation preview

Page 1: Karangan naratif Cikgu Lila

Karangan Naratif

Page 2: Karangan naratif Cikgu Lila

PLOT

Rentetan yang berdasarkanSEBAB & AKIBAT

Page 3: Karangan naratif Cikgu Lila

SEBAB & AKIBAT

Apakah sebab & apakah akibat?

SEBABAKIBAT

Page 4: Karangan naratif Cikgu Lila

SEBAB & AKIBAT

Apakah sebab & apakah akibat?

SEBAB AKIBAT

Page 5: Karangan naratif Cikgu Lila

Susun plot cerita Janji Mira (1)

Aku bergegas masuk ke arah pintu bilik kecemasan sebaik sahaja tanganku dilepaskan dari pegangan pegawai polis. Aku menolak pintu itu dengan sekuat hati dan menerpa masuk mendapatkan kakakku. Kakakku yang sedang terlantar kaku di atas katil dengan raut wajah yang pucat lesu. Bekas calar-balar dari kemalangan menghiasi kedua tangan kakak yang berkulit kuning langsat. Wajahnya yang putih bersih kelihatan tidak bermaya dan rambutnya yang sudah mencecah paras bahu diikat kemas ke kanan. Aku menoleh ke belakang apabila terasa seseorang memegang bahuku. Abang Zul, tunangan kakak, berada di belakangku dengan wajah yang sugul. “Ini semua salah Mira abang. Salah Mira. Mira meminta maaf semuanya kerana Mira!” Aku bersuara cuba melepaskan rasa bersalahku. Abang Zul hanya mampu mengusap kepalaku untuk menenangkan aku kerana dia sendiri masih tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Page 6: Karangan naratif Cikgu Lila

Susun plot cerita Janji Mira (2)

Siang dan malam, selepas dipenjarakan kerana didapati bersalah melakukan kecurian, aku sering mengenangkan keadaan kakakku. Aku diberi kebenaran untuk melawat kakak di hospital seminggu dua kali. Sudah dua minggu berlalu, tetapi kakak masih dalam keadaan koma. Setiap kali melawat kakakku, setiap kali itu jugalah aku akan menyesali akan perbuatanku. Aku tahu aku harus berpatah balik ke pangkal jalan, sebelum aku terus hanyut dibawa arus kegagalan. Aku insaf. Aku bertekad untuk berubah tetapi aku perlukan kakakku di sisi. Tanpanya , aku tidak akan kuat kerana sesungguhnya kakaklah yang telah menjadi tunggakku sejak kecil lagi, selepas emak dan ayah meninggalkan kami berdua. Hari pengebumian emak dan ayah masih jelas lagi di kotok fikiranku. Air mataku mengalir mengenangkan peristiwa itu. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata kakak di telingaku.

Page 7: Karangan naratif Cikgu Lila

Susun plot cerita Janji Mira (3)

“Pergilah ibu dan ayah. Saya akan menjaga adik sebaik mungkin janganlah risau, saya akan menjalankan tanggungjawab saya pergilah dengan hati yang tenang. Maafkanlah kami jika kami pernah menyakitkan hati ibu dan ayah. Halalkanlah makan minum kami. Terima kasih ibu dan ayah!” Sebak rasa hati ini. Kakak mengusap batu nisan ibu dan ayah lalu mendukungku pergi. Sejak itu kakaklah yang menjagaku sehingga aku dewasa. Dia berkorban segala-galanya hanya untuk memastikan yang aku diberi dan menerima yang terbaik untuk hidupku. Masa, wang dan juga seluruh hidupnya dikorbankan untukku demi memastikan setiap masalah yang dihadapi diselesaikan segera supaya aku tidak akan dibelenggu dengan masalah itu dan menjejaskan persekolahanku. Setiap keperluanku disediakan. Tiada apa yang kurang malah dari segi agama aku juga dilengkapi. Segalanya sudah disediakan. Cuma aku sahaja buta dan tidak dapat menghargainya. Aku buta. Kakak menjagaku bagai menatang minyak yang penuh.

Page 8: Karangan naratif Cikgu Lila

Susun plot cerita Janji Mira (4)

Aku tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Aku tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Aku tersilap dalam memilih kawan. Orang yang aku anggap kawan sebenarnya adalah lawan. Aku terpengaruh dengan pujukan mereka sehingga aku melawan kata-kata seorang kakak. Aku menunjukkan belangku kepada kakak yang telah bertungkus- lumus membesarkan aku dengan titik peluhnya sendiri. Aku tidak menghargai pengorbanannya. Aku bagai kacang melupakan kulit. Pada malam kemalangan kakak, dia sedang memandu untuk menjaminku di balai polis setelah aku telah ditangkap kerana melakukan pencurian. Tapi malangnya, kakak ditimpa kemalangan dalam perjalanan ke sana. Memang betul kata orang, malang tidak berbau. Kini, aku hanya mampu berdoa agar kesilapanku tidak akan menyebabkan aku kehilangan orang yang amat menyayangiku. Seandainya kakak pergi, aku akan seperti orang buta kehilangan tongkat. Aku tidak akan memaafkan diriku sendiri selama-lamanya.

Page 9: Karangan naratif Cikgu Lila

Susun plot cerita Janji Mira (5)

Aku telah dikejutkan daripada lamunanku apabila sebuah suara menegurku. Mataku berkaca apabila menyedari kakaklah yang memanggilku. Aku menghampirinya. Dia berbisik di tilingaku, “Jaga diri Mira baik-baik. Kakak akan menyayangi Mira sampai bila-bila. Tiada rasa marah yang hadir di hati kakak. Kakak maafkan Mira. Pulanglah ke pangkal jalan yang baik untuk diri Mira. Kembali ke landasan yang betul. Kakak mahu Mira berjaya. Sampaikan kepada Abang Zul yang kakak amat menyayanginya. Maafkan kakak, Mira kerana kakak harus meninggalkan Mira. Mira harus tabah.”

Page 10: Karangan naratif Cikgu Lila

Susun plot cerita Janji Mira (6)

Itulah kata-katanya yang terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya dan memajamkan mata. Aku menangis teresak- esak mengenangkan kata-kata kakak yang kerap diulangi di mindaku. Aku sedar yang aku tidak patut meratapi pemergian kakaku . Sebaliknya, aku patut menunaikan janjiku kepada kakak untuk berubah, kembali ke pangkal jalan. Aku tidak harus mempersia-siakan pengorbanan kakak selama ini. Ibu, ayah dan kakak, aku akan menjadi anak dan adik yang baik dan membanggakan mereka. Itulah janjiku seorang adik kepada seorang kakak. Aku sedar bahawa bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Aku redha dengan apa yang terjadi dan akan ku pastikan aku berubah. Janjiku.

Page 11: Karangan naratif Cikgu Lila

PLOTDi dalam PLOT terdapat :

1. Permulaan2. Konflik / Masalah3. Klimaks 4. Penyelesaian / Peleraian5. Kesudahan

Page 12: Karangan naratif Cikgu Lila

PLOT

Ali dalam perjalanan ke sekolah

Ali sedar dia kehilangan dompetnyaTidak dapat membayar yuran sekolah

Mencari tetapi tidak jumpa

Takut dimarahi oleh guru & ayah.Fikirkan alasan yang akan diberikan

Ali baru sedar dompetnya Tertinggal di rumah

Page 13: Karangan naratif Cikgu Lila

PLOT1. Permulaanmemperkenalkan watak & latar.

jika dibina dengan berkesan akan membuat pembaca terpukau untuk terus membaca.

Mewujudkan sebuah kejadian yang menunjukkan perubahan dalam kehidupan harian watak.

Page 14: Karangan naratif Cikgu Lila

PLOT2. Konflik (masalah & kesan)boleh dianggap sebagai masalah atau

halangan yang dihadapi watak.

boleh terdapat lebih daripada satu konflik.

Ketegangan yang wujud akan terus meningkat sehingga tercapai bahagian klimaks.

Page 15: Karangan naratif Cikgu Lila

PLOT3. Klimaks (puncak cerita)bahagian yang paling menarik atau tegang.

bahagian yang amat genting, mencemaskan, mendebarkan, mengerikan dan menyentuh pembaca.

mampu memberi impak kepada pembaca.

Page 16: Karangan naratif Cikgu Lila

Kerja Kumpulan

Cam 4 aspek tersebut di dalam cerita Janji Mira.

Page 17: Karangan naratif Cikgu Lila

Plot – kronologi / tidak kronologi

KRONOLOGI

TIDAKKRONOLOGI

Page 18: Karangan naratif Cikgu Lila

UNSUR-UNSUR LAIN Latar

Suspens

Mimpi

Imbas balik (flashback)

Imbas muka (foreshadow)

Tidak disangka

Bahasa yang menarik

Page 19: Karangan naratif Cikgu Lila

UNSUR-UNSUR LAINIMBAS KEMBALI :

Tidak mengikut kronologi atau urutan konvensional.

Mengenangkan kembali atau teringat peristiwa yang berlaku.

Penggunaan OBJEK, LAGU, FILAM, PEMANDANGAN dan sebagainya untuk mencetuskan ingatan kepada watak.

Page 20: Karangan naratif Cikgu Lila

UNSUR-UNSUR LAINIMBAS MUKA :

Meramal atau membayangkan tentang sesuatu yang bakal berlaku pada masa depan.

Teknik ini boleh menyelitkan unsur alamat atau petanda.

Penulis dapat membuat ramalan atau andaian tentang peristiwa atau kejadian yang bakal berlaku.

Page 21: Karangan naratif Cikgu Lila

MENGARANG memerlukan…

Daya FikirDaya ImaginasiDaya KreativitiDaya TumpuanDaya UsahaDaya Tahan

Page 22: Karangan naratif Cikgu Lila

Aktiviti 1 :Filem Pendek

ARAHAN :

Nyatakan : 1. Teknik PERMULAAN (latar, watak) 2. KONFLIK

Page 23: Karangan naratif Cikgu Lila

Klip video…