2
Karangan PMR 2013...Cara majukan pelancongan negara Sektor pelancongan menjadi sektor utama negara. Huraikan cara-cara untuk meningkatkan sektor ini. Pelancongan telah dilihat sebagai satu bidang ekonomi yang menguntungkan buat mana-mana negara di dunia ini. Contohnya, pelancongan yang berdasarkan keindahan alam, acara sukan, dan juga persidangan antarabangsa. Jadi, apakah kaedah-kaedah yang boleh diambil oleh negara ini untuk memastikan industri pelancongan ini berkembang? Tindakan yang paling berkesan melibatkan usaha kerajaan mencari destinasi pelancongan yang baru pula. Tempat baru itu perlulah lebih menarik dan memenuhi cita rasa golongan remaja pada masa ini seperti penuh dengan aksi dan keseronokan pula. Jelaslah, semakin banyak destinasi baru dihasilkan semakin banyaklah jumlah pelancong yang akan hadir ke negara ini. Selain itu, pakej pelancongan yang lebih unik dan praktikal diperkenalkan kepada pelancong dalam serta luar negara. Tawaran pakej ini perlulah berharga murah dan memenuhi kehendak pelancong terutama golongan muda yang berminat untuk meneroka dunia baru. Sesungguhnya, pengenalan pakej yang tepat boleh menambat jiwa pelancong di negara ini. Tambahan pula, aspek kebersihan yang diberi keutamaan boleh juga menarik lebih banyak kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Banyak komen telah diberikan oleh pelancong yang mengkritik kualiti kebersihan tandas, bas, teksi, dan beberapa bilik hotel di negara ini yang begitu memalukan. Lantaran itu, usaha mengutamakan kebersihan di

Karangan PMR 2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pmr

Citation preview

Page 1: Karangan PMR 2013

Karangan PMR 2013...Cara majukan pelancongan negara

Sektor pelancongan menjadi sektor utama negara.

Huraikan cara-cara untuk meningkatkan sektor ini.

Pelancongan telah dilihat sebagai satu bidang ekonomi yang menguntungkan buat mana-mana negara di dunia ini. Contohnya, pelancongan yang berdasarkan keindahan alam, acara sukan, dan juga persidangan antarabangsa. Jadi, apakah kaedah-kaedah yang boleh diambil oleh negara ini untuk memastikan industri pelancongan ini berkembang?

Tindakan yang paling berkesan melibatkan usaha kerajaan mencari destinasi pelancongan yang baru pula. Tempat baru itu perlulah lebih menarik dan memenuhi cita rasa golongan remaja pada masa ini seperti penuh dengan aksi dan keseronokan pula. Jelaslah, semakin banyak destinasi baru dihasilkan semakin banyaklah jumlah pelancong yang akan hadir ke negara ini.

Selain itu, pakej pelancongan yang lebih unik dan praktikal diperkenalkan kepada pelancong dalam serta luar negara. Tawaran pakej ini perlulah berharga murah dan memenuhi kehendak pelancong terutama golongan muda yang berminat untuk meneroka dunia baru. Sesungguhnya, pengenalan pakej yang tepat boleh menambat jiwa pelancong di negara ini.

Tambahan pula, aspek kebersihan yang diberi keutamaan boleh juga menarik lebih banyak kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Banyak komen telah diberikan oleh pelancong yang mengkritik kualiti kebersihan tandas, bas, teksi, dan beberapa bilik hotel di negara ini yang begitu memalukan. Lantaran itu, usaha mengutamakan kebersihan di negara ini terutama di kawasan pelancongan boleh memberikan imej positif kepada pengusaha industri ini pula.

Kempen mengenai pelancongan boleh dilancarkan oleh pihak berkuasa di negara ini kerana usaha ini boleh menarik jumlah kedatangan pelancong. Pelbagai informasi yang berguna tentang negara ini seperti hari perayaan, destinasi popular, jenis buah-buahan, dan sebagainya boleh diselitkan dalam kempen itu. Maka, kempen yang dirancang dengan teliti berupaya memberikan impak yang besar dalam meninggikan jumlah kedatangan pelancong itu.

Natijahnya, semua usaha yang dipaparkan tadi boleh menarik pelancong untuk melihat keindahan negara ini. Semua pihak harus melihat industri ini sebagai penyumbang pendapatan negara yang utama untuk jangka masa panjang pula. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri yang menekankan keindahan negara memang terserlah pada mata masyarakat kita.