Upload
norma-jatin-mah
View
153
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
JENIS KATA ADJEKTIFKata adjektif sifatan atau keadaan
Kata adjektif warna
Kata adjektif ukuran
Kata adjektif bentuk
Kata adjektif waktu
Kata adjektif jarak
Kata adjektif cara
Kata adjektif perasaan
Kata adjektif pancaindera
KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.
baik pandai takut jahatlemah sihat cerdik berani gopoh
Contoh penggunaan dalam ayat:
Budak baik selalu dipuji.Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.Anak guru itu amat cerdik.Pegawai tentera itu sungguh berani.
KATA ADJEKTIF WARNA
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan.
merah ungguputih hijaubiru kuning
Contoh penggunaan dalam ayat:
Baju merah itu kepunyaanku.Tubuhnya diselaputi kain putih.Warna biru kegemaran ibu.Warna pakaian seragam kami unggu.
KATA ADJEKTIF UKURANJenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
panjang rendahpendek tebalbesar nipis
Contoh penggunaan dalam ayat :
Jambatan panjang itu baru siap didirikan.Bilik kecil mudah diurus.Lukanya di balut dengan kain nipis.
KATA ADJEKTIF BENTUK
Jenis perkataan yang memberi pengertian bentuk yang berunsur keterangan.
bulat bengkokbujur lurusleper buncit
Contoh penggunaan dalam ayat:
Bola ragbi berbentuk lonjong.Garis lurus menemukan dua titik.Tayar kempis itu segera ditukarnya.Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup.
KATA ADJEKTIF WAKTUJenis perkataan yanga memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan.
lama lampausegera lewatsuntuk awal
Contoh penggunaan dalam ayat:
Ali ke kedai untuk membeli baju baru.Ketibaannya terlalu awal.Perjalanan bas ekpres sangat cepat.Usah dikenang waktu yang lampau.
KATA ADJEKTIF JARAKJenis perkataan yang memberi pengertian ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama.
jauh hampirdekat nyaris
Contoh penggunaan dalam ayat:
Rumah itu sungguh jauh.Kedai itu paling dekat dengan sekolah.Dalam kemalangan, mereka nyaris menemui ajal.
KATA ADJEKTIF CARAJenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama.
cepat lincahderas gopohlaju selalu
Contoh penggunaan dalam ayat:
Pengaliran air sungai itu sangat deras.Orang lambat selalu rugi.Gerak-gerinya amat perlahan.Dia selalu gopoh dalam peperiksaan.
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
rindu beranibenci ragusuka kasih
Contoh penggunaan dalam ayat:
Dia amat rindu akan emaknya.Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.Haiwan pun sayang akan anak-anaknya.
KATA ADJEKTIF PERASAAN
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan.
sedap masam maniskelat lazat lemak
Contoh penggunaan dalam ayat:
Wajah perawan itu manis.Mereka akan menyediakan makanan lazat.Pisang muda kelat rasanya.Masakan itu terlalu masin.
PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
Boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut:
Kata adjektif tunggal
Kata adjektif terbitan
Kata adjektif ganda
Kata adjektif majmuk
KATA ADJEKTIF TUNGGAL
Terhasil daripada bentuk kata dasar : tanpa gabungan dan bentuk imbuhan, tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan.
Diguna dalam ayat sebagai penerang kata nama, menerima sama ada kata bantu dan kata penguat.contoh :-
Warna kuning digemari oleh kakaknya. Tidur anak kami nyenyak benar.
KATA ADJEKTIF TERBITANTerdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan berbentuk imbuhan seperti awalan,apitan, dan sisipan.
AWALAN KATA ADJEKTIF
Ter….(penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling) - Ter + kecil = terkecil - Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu.
Se….(memberi pengertian sama) - Se + tinggi = setinggi - Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya.
AWALAN KATA ADJEKTIF
i)Apitan Ke…-an - menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama diterangkan. - Kebaratan, Kearaban, Kecinaan, Kemelayuan.
CONTOH :Sifat Kemelayuannya begitu menonjol.
SISIPAN KATA ADJEKTIF
Dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif. Melibatkan empat jenis.
Contoh em, el, er
Sisipan – em -guruh = gemuruh
CONTOH
Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.
Sisipan - el - serak = selerakBilik selerak itu kepunyaan abangku.
Sisipan - er - godak = gerodakBunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh.
Sisipan - in - sinambunganSastera Melayu moden ialah sastera sinambungan dari Indonesia.
SISIPAN KATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF GANDA
PENGGANDAAN PENUH
- menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contoh : besar-besar bijak-bijakRumah di bandar itu besar-besar.
PENGGANDAAN SEPARA
- penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata dasar diulang. Contoh: gila-gila takut-takutkanPemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya.
- dihasilkan dengan menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.
kacau-bilau kusut-masai gilang-gemilang simpang-siur Pesta pada malam itu gilang- gemilang.
PENGGANDAAN BERENTAK
KATA ADJEKTIF MAJMUK
Terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Dieja terpisah
merah jambu panjang tangan ringan tulang
KATA ADJEKTIF DALAM BENTUK PERBANDINGAN
Diguna untuk menyatakan tiga darjah perbandingan :
Darjah Biasa Darjah Bandingan Darjah Penghabisan
DARJAH BIASA
Hidup keluarga itu sederhana.Malam ini bulan terang.Laut tenang ketika waktu pagi.
DARJAH BANDINGAN
a) Bandingan yang sama
Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. Anak saya tidak setinggi anaknya. - Gadis itu secantik puteri raja.
b) Bandingan yang berbeza
Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad. Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya. Murid itu kurang pandai daripada murid
ini.
DARJAH PENGHABISAN a) Se+ kata adjektif +gandaan + kata nama sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung sekeras-keras batu
b) Ter+ kata adjektif terpandai tertinggi terbaik
c) Paling + kata adjektif paling pandai paling tinggi
d) Kata adjektif + sekalipandai sekalitinggi sekali
e) Ter + (amat sangat) + kata adjektifteramat pandaitersangat tinggi
f) (amat sungguh sangat) + kata adjektif +sekaliamat pandai sekalisungguh cergas sekalisangat merdu sekali
SEKIAN DAN
TERIMAKASIH