71
KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF

  • Upload
    dennis

  • View
    157

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KATA ADJEKTIF. KATA ADJEKTIF. Pendahuluan - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: KATA  ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF

Page 2: KATA  ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF

Pendahuluan

Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut:

Page 3: KATA  ADJEKTIF

Kata Adjektif1. Adik saya tinggi.2. Ali sangat pandai.3. Orang muda itu baik sungguh.4. Pendapatnya lain sekali.5. Anaknya masih kecil lagi.6. Malam ini gelap benar.7. Reka bentuk rumah itu sangat lain.8. Hasil-mahsul negara itu amat banyak.9. Buah pokok durian itu banyak sekali.10 Suaranya masih sungguh merdu sekali.

Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat-ayat yang berkenaan. Perkataan-perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti frasa adjektif tersebut.

Page 4: KATA  ADJEKTIF

Kata Adjektif Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam contoh-

contoh ayat di atas adalah seperti berikut:FRASA ADJEKTIF

KeteranganKata Bantu Penguat

Kata adjektif Keterangan

- - tinggi -

- sangat pandai -

- - baik sungguh

- - lain sekali

masih - kecil lagi

- - gelap benar

- sangat lain -

- amat banyak -

- - banyak sekali

masih sungguh merdu sekali

Page 5: KATA  ADJEKTIF

8.2 Jenis Kata Adjektif Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai

subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut:

(i) kata adjektif sifatan atau keadaan(ii) kata adjektif warna(iii) kata adjektif ukuran(iv) kata adjektif bentuk(v) kata adjektif waktu(vi) kata adjektif jarak(vii) kata adjektif cara(viii) kata adjektif perasaan(ix) kata adjektif pancaindera

Page 6: KATA  ADJEKTIF

8.2.1 Kata adjektif Sifatan atau Keadaan

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.

Contohnya:baik lemahjahat kasarcerdik beranipandai takutgopoh sihat

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. 1. Budak baik selalu dipuji.2. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.3. Anak guru itu amat cerdik.4. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.5. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.

Page 7: KATA  ADJEKTIF

8.2.2 Kata Adjektif Warna Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang

memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya:

merah unguputih kelabubiru hitamhijau kuningperang jingga

Contoh pengunaannya dalam ayat:1. Baju merah itu kepunyaanku.2. Tubuhnya diselimuti kain putih.3. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu.4. Warna perang tidak begitu digemari orang.5. Warna biru kegemaran ibu.

Page 8: KATA  ADJEKTIF

8.2.3 Kata Adjektif Ukuran Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian

ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya:panjang rendahpendek tebalkecil nipisbesar kerdiltinggi renek

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Jambatan panjang itu baru siap didirikan.2. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi.3. Bilik kecil itu mudah diurus.4. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar.5. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.

Page 9: KATA  ADJEKTIF

8.2.4 Kata Adjektif Bentuk Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi

pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya:

bulat bengkoklonjong lurusbujur buncitbundar kempisleper lekuk

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan

meja bulat.2. Bola ragbi berbentuk lonjong.3. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur.4. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.5. Gasing leper kesayangannya telah pecah.

Page 10: KATA  ADJEKTIF

8.2.5 Kata Adjektif Waktu Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi

pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya:

baharu lampaulama lewatsegera cepatsuntuk lambatsilam awal

Contoh pengguaannya dalam ayat:1. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.2. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.3. Kanak-kanak suka makan makanan segera.4. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.5. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.

Page 11: KATA  ADJEKTIF

8.2.6 Kata Adjektif Jarak Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi

pengertian konsep ruang antara dua benda sebagai penerang kata nama. Contohnya:

jauh hampirdekat nyaris

Contoh penggunaan dalam ayat:1. Rumah yang ditujui itu sungguh jauh.2. Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan rumah

saya.3. Rumahnya paling hampir dengan sekolah.4. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.

Page 12: KATA  ADJEKTIF

8.2.7 Kata Adjektif Cara Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi

pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya:

cepat lincahderas gopohlaju jelaslambat seringperlahan selalu

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.2. Pengaliran air sungguh itu deras.3. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.4. Orang lambat selalu rugi.5. Pemain lincah itu berasal dari utara.

Page 13: KATA  ADJEKTIF

8.2.8 Kata Adjektif Perasaan Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi

pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya:

rindu berahibenci ragusegan kasihsuka sayanggembira

Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Dia amat rindu akan emaknya.2. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.3. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.4. Dia segan sungguh dengan pemuda itu.5. Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan permainan

itu.

Page 14: KATA  ADJEKTIF

8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya:

(i) Indera rasa:sedap pahitmanis masinlazat tawarmasam lemakkelat payau

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai.2. Wajah perawan itu manis.3. Mereka akan menyediakan makanan lazat.4. Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam.5. Pisang muda kelat rasanya.

Page 15: KATA  ADJEKTIF

8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(ii) Indera Pandang:

cantik burukmolek tampanhodoh comellawa segak

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik.2. Gadis molek itu anak Pak Hamid.3. Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia.4. Pemuda lawa itu berasal dari Perak.5. Perompak-perompak itu itu keluar dari rumah buruk itu.6. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu.

Page 16: KATA  ADJEKTIF

8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(iii) Indera dengar:

bising mersikmerdu seraknyaring garaulunak

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Bunyi bising itu datang dari biliknya.2. Penyanyi itu mempunyai suara merdu.3. Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring.4. Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun.5. Bunyi biolanya amat mersik.6. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka.

Page 17: KATA  ADJEKTIF

8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(iv) Indera bau:

harum tengikwangi semerbakbusuk hanyirhapak hancing

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Bedak sejuk itu harum baunya.2. Pemuda itu suka memakai minyak wangi.3. Bau busuk di kilang itu mengganggu kami.4. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak.5. Minyak tengik itu jangan digunakan6. Kawasan di perkarangan rumahnya sentiasa semerbak

dengan bau bunga- bungaan.7. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.

Page 18: KATA  ADJEKTIF

8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(v) Indera sentuh:

halus kesatlicin lembapkasar lembut

keras Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Kain halus itu hasil tenunan tangan.2. Jalan licin di hadapan bangunan itu sering menyebabkan

kemalangan.3. Papan itu kasar kerana belum diketam.4. Bancuhan simen itu telah keras.5. Jangan suka memakai pakaian lembap.6. Mereka menguli adunan itu sehingga lembut.

Page 19: KATA  ADJEKTIF

8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(vi) Gabungan indera:

bersih (sentuh+pandang+bau)selesa (sentuh+pandang)tenteram (dengar+pandang)

Contoh penggunaannya dalam ayat:1. Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih.2. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.3. Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram.

Page 20: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif

Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut:

I. kata adjektif tunggalII. kata adjektif terbitanIII. kata adjektif gandaIV. kata adjektif majmuk

Page 21: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.1 Kata Adjektif Tunggal Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh

di atas (8.2) terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya:

1. Warna kuning digemari oleh kakaknya.2. Cara hidup seniman itu amat sederhana.3. Pada malam ini bulan sungguh terang.4. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat.5. Tidur anak kami nyenyak benar.

Page 22: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif

8.3.2 Kata Adjektif TerbitanKata adjektif boleh juga terdiri daripada satu

kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata dasar itu.

Page 23: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.2.1 Awalan Kata Adjektif Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan

se-.(i) Awalan ter- Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila

bergabung dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contoh:

ter + kecil = terkecil ter + masyhur = termasyhurter + panjang = terpanjangter + merah = termerah ter + muda = termuda

Page 24: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:1. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu.2. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia.3. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia.4. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang

termerah.5. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.

Page 25: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif(ii) Awalan se- Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif,

apabila bergabung dengan kata-kata dasar, untuk memberi pengertian sama.Contohnya: se + tinggi = setinggi se + besar = sebesar se + pandai = sepandai se + indah = seindah se + buruk = seburuk

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:1. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya.2. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan kompleks Daya

Bumi.3. Aminah tidak sepandai abangnya.4. Warna baju itu semerah darah ikan.5. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya

sekarang.

Page 26: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.2.2 Apitan kata adjektif Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-…an.

(i) Apitan ke-…-an Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar daripada jenis kata

nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya:

kebaratan kearabankecintaan keindonesiaankemelayuan

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:1. Cara hidupnya sungguh kebaratan.2. Rupanya agak kecinaan.3. Pakaiannya terlalu kearaban.4. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan.5. Sifat kemelayuannya begitu menonjol.

Page 27: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.2.3 Sisipan kata adjektif Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan

kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan -em-, -el-, -er-, dan –in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya.(i) Sisipan -em-

Sisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya:

guruh = gemuruhgilang = gemilangserbak = semerbaksantan = semantanketot = kemetot

Page 28: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang

berikut:1. Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak.2. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan

bacaan doa.3. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.4. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai.5. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.

Page 29: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif(ii) Sisipan -el- Sisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar

tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif, seperti yang berikut:

serak = selerakgembung = gelembungkebak = kelebak

Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Bilik selerak itu kepunyaan abangku.2. Kulitnya jarang melecur itu gelembung.3. Kain layarnya kelebak dipukul angin.

Page 30: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif(iii) Sisipan -er- Sisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata

dasar untuk menerbitkan kata-kata adjektif, seperti berikut:kelip = ker(e)lipgodah = gerodak

Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam Jumaat.

2. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh.

Page 31: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif(iv) Sisipan -in- Setakat ini hanya terdapat satu sahaja kata terbitan yang

terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama.

Page 32: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.3. Kata Adjektif Ganda Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara, iaitu

penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak

8.3.3.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh merupakan cara yang paling mudah,

iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contohnya:

besar-besar tumpul-tumpulkecil-kecil bijak-bijaktinggi-tinggi hijau-hijaurendah-rendah kuning-kuningpanjang-panjang merah-merah

Page 33: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Kehadiran kata adjektif ganda dalam ayat adalah seperti

yang berikut:1. Rumah di bandar itu besar-besar.2. Buah pokok durian itu kecil-kecil.3. Tinggi-tinggi bangunan di bandar itu.4. Pokok di kebun bunga itu rendah-rendah.5. Tali pengikatnya panjang-panjang.

Page 34: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan

ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya:

kuning = kekuning-kuningan

merah = kemerah-merahanmalu = kemalu-maluanhijau = kehijau-hijauangila = kegila-gilaanbodoh = kebodoh-bodohan

Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:1. Warna payungnya kekuning-kuningan.2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian.3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan.4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik.5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.

Page 35: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan

sebahagian daripada kata dasar diulang.Kata adjektif gandaan separa terhad jumlahnya dalam bahasa Melayu. Kata adjektif gandaan ini digunakan untuk membawa maksud penekanan pada kata dasar.Contohnya:

besar-besaran gila-gilaan awur-awuran kecil-kecilan takut-takutan

Page 36: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:1. Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan

secara besar-besaran. 2. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian

tunangnya.3. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh

ibunya.4. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah

pendapatan keluarga.5. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah

oleh abangnya.

Page 37: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif

8.3.3.3 Penggandaan berentak Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan

menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.Contohnya: kacau-bilau gilang-gemilang

kontang-kanting lekak-lekuk titik-bengik porak-peranda kusut-masai kucar-kacir simpang-siur hiruk-pikuk

Page 38: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:1. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang

tidak bertanggungjawab.2. Pesta pada malam itu gilang-gemilang.3. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik

itu.4. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang

gelap-gelita.5. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di

hutan itu.

Page 39: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.4 Kata Adjektif Majmuk

Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya: merah jambu kuning langsat hijau daun muda remaja biru laut

Page 40: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang

berikut:1. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri

orang.2. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.3. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru

laut.4. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan

fesyen kebaya.5. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.

Page 41: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa

maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: panjang tangan besar kepala ringan tulang

terang hati rabun ayam

Page 42: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang

berikut:1. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.2. 184.Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.3. 185.Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang.4. 186..Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang

hati.5. 187.Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana

beliau rabun ayam.

Page 43: KATA  ADJEKTIF

8.3 Pembentukan Kata Adjektif Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali

imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada

bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya.Contohnya:

riang gembira - riang dan gembira tua muda - tua dan muda miskin kaya - miskin dan kaya cantik manis - cantik dan manis panas terik - panas yang terik Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif

atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu.

Page 44: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu:

I. darjah biasaII. darjah bandinganIII. darjah penghabisan

Page 45: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

8.4.1 Darjah Biasa Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi

menunjukkan darjah biasa, seperti dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Hidup keluarga itu sederhana.2. Malam ini bulan terang.3. Perangai pemuda kampung itu baik.4. Tubuh budak itu kurus.5. Laut tenang ketika waktu pagi.

Page 46: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

8.4.2 Darjah Bandingan Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan

darjah bandingan dengan dua cara yang berikut:(i) bandingan yang sama: iaitu menggunakan kata-kata

adjektif dengan awalan se-, seperti sebesar, setinggi, sepandai, secantik, sesedap. Contoh-contoh dalam ayat ialah:

1. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.2. Anak saya tidak setinggi anaknya.3. Fatimah tidak sepandai kakaknya.4. Gadis itu secantik puteri raja.5. Masakannya tidak sesedap masakan ibu.

Page 47: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh juga bertukar ganti dengan perkataan sama, iaitu:

sebesar boleh menjadi sama besar dengan setinggi boleh menjadi sama tinggi dengan sepandai boleh menjadi sama pandai dengan secantik boleh menjadi sama cantik dengan sesedap boleh menjadi sama sedap dengan

Page 48: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

(ii) bandingan yang berbeza:iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang, yang berfungsi sebagai bandingan,seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut:

1. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad2. Murid itu kurang pandai daripada murid ini.3. Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya.4. Kedai syarikat itu lebih maju daripada kedai-kedai lain.5. Kami menang kerana lebih cekap daripada pasukan lawan.

Page 49: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

8.4.3 Darjah Penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah

penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:

i. se- + kata adjektif + gandaan + kata namaii. ter- + kata adjektifiii. paling + kata adjektifiv. kata adjektif + sekaliv. ter- + { amat/sangat } + kata adjektivi. { amat / sungguh/sangat } + kata adjektif + sekali

Page 50: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

(i) se + kata adjektif + gandaan + kata nama Contoh: sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung sekeras-keras batu sebaik-baik manusi secantik-cantik bunga

Page 51: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

(ii) ter- + kata adjektif Contoh:

terpandai tertinggi terbaik tercantik termasyhur

(iii)paling + kata adjektif Contoh:

paling pandai paling tinggi paling baik

paling lazat paling cerdik

Page 52: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

(iv) kata adjektif + sekali Contoh:

pandai sekali tinggi sekali baik sekali cantik sekali masyhur sekali

Binaan ter + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali.

terbesar sekali terpandai sekali

Page 53: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

Begitu juga binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali lagi sebab binaan ter-, paling, dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan

misalnya: terbesar sekali terpandai sekali paling tinggi sekali paling baik sekali paling besar sekali

Page 54: KATA  ADJEKTIF

8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan

(v) ter + { amat sangat } + kata adjektif Contoh:

teramat pandai tersangat tinggi teramat baik tersangat cantik teramat masyhur

(vi) { amat sungguh sangat } + kata adjektif + sekaliamat pandai sekalisungguh cergas sekalisangat merdu sekali

Page 55: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN KATA SIFAT- segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau keadaan- perkataan sifat terbahagi kepada dua iaitu:1. Sifat nama – merupakan kata yang menerangkan sifat kepada nama.

KATA ADJEKTIF- berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan dengan cirinya boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contoh : 1. Adik saya tinggi.2. Orang muda itu baik sungguh.3. Suaranya masih sungguh merdu sekali

Page 56: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

Jenis kata sifat nama- dibahagikan mengikut makna dan sifat yang diterangkani. yang menerangkan sifat jaticontoh : hitam, puteh, tinggi, rendahii. yang menerangkan banyak (a) banyak bilangan contoh : satu, suatu, beberapa, ramai (b) banyak kadar atau sukatan contoh : banyak, sedikit, separuh

Jenis Kata Adjektif- kata adjektif digolongkan berdasarkan kriteria makna iaitu:i. kata adjektif sifatan atau keadaanii. kata adjektif warnaiii. kata adjektif ukuraniv. kata adjektif bentukv. kata adjektif waktuvi. kata adjektif jarakvii. kata adjektif caraviii. kata adjektif perasaanix. kata adjektif pancaindera

Page 57: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

iii. yang menjadi petunjuk (a) penunjuk tentu contoh : ini, itu, begini, demikian (b) penunjuk umum contoh : lain, asing, barang, manaiv. Yang menjadi pencerita Contoh : tiap-tiap, masing-masing- dari segi penggunaan, sifat nama boleh digunakan sebagai;

Bentuk kata adjektif- kata adjektif terdiri daripada bentuk-bentuk berikut:a. kata adjektif tunggal- terhasil daripada bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan atau proses penggandaan- kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama dan menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur tersebut. Contoh;

Page 58: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

i. penerang kepada nama contoh : baju baharuii. cerita kepada nama contoh : Baju saya baharu- penggunaan kepada penjenis dan pemadan bilangan (penjodoh bilangan), sifat nama membilang dikhaskan kepada pasangan masing-masing iaitu;

1. Warna kuning digemari oleh kakaknya.2. Pada malam ini bulan sungguh terang.3. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat.b. kata adjektif terbitan- boleh terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan seperti awalan, apitan dan sisipan yang digandingkan pada kata

Page 59: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

i. jika membilang manusia digunakan orang.ii. jika membilang binatang digunakan ekor.iii. jika membilang benda yang bulat atau berisi digunakan buah atau butir atau biji.iv. jika membilang benda yang panjang dan keras digunakan batang.v. jika membilang benda yang panjang lembut atau panjang lebar digunakan helai.

dasar itu. Contoh; termasyhur kebaratan gemuruh seindah kemelayuan gemilangc. kata adjektif ganda- kata adjektif ganda diterbitkan melalui tiga cara iaitu;i. penggandaan penuhii. penggandaan separaiii. penggandaan berentak

Page 60: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

2. Sifat kata – kata yang menerangkan atau menunjukkan dari hal perkataan-perkataan lain selain nama.Jenis sifat kata- Sifat kata terbahagi kepada;i. sifat kata cara atau gaya- menerangkan gaya atau cara bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan

d. kata adjektif majmuk- terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contoh; merah jambu muda remaja hijau daun

Page 61: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

ii.sifat kata masa- menerangkan masa iaitu bila berlakunya sesuatu perbuatana) menentukan bilab) menentukan lamac) menentukan kali atau ulanganiii. sifat kata tempat- menerangkan di mana berlaku sesuatu perbuatanContoh: Biarlah dia berjalan dahulu.

- terdapat juga kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan iaitu terdiri daripada simpulan bahasa. Contoh; panjang tangan ringan tulang terang hati- terdapat juga rangkaian kata adjjektif yang seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya. Contoh; riang gembira - riang dan gembira

Page 62: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

iv. sifat kata sebab atau tujuan- menerangkan mengapa, kenapaContoh: Mengapakah engkau lambat?v. sifat kata darjah atau kadar- menerangkan bagi menentukan darjah sifat atau darjah perkataan yang mengandungi makna sifat.Contoh: Hampir kena

tua muda - tua dan muda panas terik - panas dan terikKata adjektif dalam bentuk perbandingan- kata adjektif digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu;1. darjah biasa- dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa. Contoh;a. Hidup keluarga itu sederhana.b. Malam ini bulan terang.c. Laut tenang ketika waktu pagi.

Page 63: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

vi. sifat kata penentu- menerangkan keadaan sesuatu perbuatan atau sifat itu benar atau tidakContoh: Ia tentu datang.

2. darjah bandingan- digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara berikut,i. bandingan yang sama- iaitu menggunakan kata-kata adjektif dengan awalan se- seperti sebesar, setinggi, sepandai, secantik, sesedap. Contoh;a. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.b. Masakannya tidak sesedap masakan ibu

Page 64: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

ii. bandingan yang berbeza- kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai bandingan. Contoh;a. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad.b. Murid itu kurang pandai daripada murid ini.

Page 65: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

3. Darjah penghabisan- penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan seperti berikut;i. se + kata adjektif + gandaan + kata namaContoh: Sepandai-pandai tupai Sebaik-baik manusiaii. yang + ter + kata adjektifContoh: yang terpandai yang tertinggi

Page 66: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

iii. paling + kata adjektifContoh: paling pandai paling baikiv. kata adjektif + sekaliContoh: cantik sekali baik sekaliv. yang + ter + (amat/sekali) + kata adjektifContoh: yang teramat pandai yang tersangat tinggi

Page 67: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

Kata adjektif dan unsur keterangan- rangkaian frasa adjektif yang mengandungi satu kata adjektif dan beberapa unsur kata bantu dan penguat yang letaknya di hadapan ataupun di belakang kata adjektif.i. kata bantu + kata adjektifContoh; masih kuat sudah sihat mahu cantik

Page 68: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

ii. kata penguat + kata adjektifContoh; sungguh cantik sangat baik agak keciliii. kata bantu + kata penguat + kata adjektifContoh; belum terlalu lewat mahu benar pandai sudah amat jelas

Page 69: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

iv. kata adjektif + kata penguatContoh; besar sekali indah amat baik benarv. kata bantu + kata adjektif + kata penguatContoh; sungguh cinta akan tanah airnya sangat sibuk dengan pekerjaannya amat malas oleh sebab kejemuan

Page 70: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

Persamaan - Kedua-dua buku memberi maksud yang sama tetapi istilag berbezaPerbezaan- Dalam Nahu Melayu Za’ba kata sifat terbahagi kepada dua iaitu sifat nama dan sifat kata. Sebaliknya dalam Tatabahasa Dewan sifat kata tidak wujud.- Dari segi jenis, Nahu Melayu Za’ba mengkategorikan kata sifat berdasarkan penggunaan dalam sifat nama dan sifat kata tetapi Tatabahasa Dewan mengkategorikan kata adjektif kepada 9 jenis.

Page 71: KATA  ADJEKTIF

Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan

NAHU MELAYU ZA’BA TATABAHASA DEWAN

Ulasan:Tatabahasa Dewan membuat pembahagian yang lebih terperinci berbanding dengan Nahu Melayu Za’ba. Sungguhpun begitu, Tatabahasa Dewan tidak memasukkan sifat kata dalam kata adjektif bagi menerangkan perkataan selain nama.