21
Kata Adjektif ( Kata Sifat ) Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat,

Kata Adjektif

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kata Adjektif

Kata Adjektif ( Kata Sifat )Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

Page 2: Kata Adjektif

Ciri-ciri kata adjektif

1.Kata adjektif boleh disertai kata penguat.

Contohnya; hebat,amat hebat, paling cantik,sangat cantik,laju betul,agak yakin,sangat tajam, amat rajin,paling tinggi, dan sebagainya.

Page 3: Kata Adjektif

2.Kata adjektif seringkali disertai imbuhan ter yang bermaksud paling dan se yang bermaksud sama.

Contohnya; terhebat(paling hebat), termanis(paling manis),terkasar(paling kasar),seindah(sama indah), seharum (sama harum),seberani(sama berani) dan lain-lain lagi.

Page 4: Kata Adjektif

3.Digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara.

Contohnya; Tenunannya halus, ukirannya cantik,caranya menakjubkan, fikirannya tajam dan lain-lain lagi.

Page 5: Kata Adjektif

4.Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi tidak.. Contohnya; Tidak putih,tidak lancar, tidak canggih, dan sebagainya.

Page 6: Kata Adjektif

5.Dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya. Contohnya; sedalam-dalamnya, setinggi-tingginya,semaju-majunya , dan lain-lain.

Page 7: Kata Adjektif

Jenis-jenis kata Adjektif

(a) Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan (b) Kata AdjektifWarna (c) Kata Adjektif Ukuran (d) Kata Adjektif Bentuk (e) Kata Adjektif Jarak (f) Kata Adjektif Waktu (g) Kata Adjektif Perasaan (h) Kata Adjektif Cara (i) Kata Adjektif Pencaindera

Page 8: Kata Adjektif

(a)Kata adjektif sifatan atau keadaan- Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama

-Dapat dilihat melalui 4 keadaan;

a.Keadaan sifat atau rupa seseuatu benda yang dapat dilihat.Contohnya;menakjubkan,canggih,mempesonakan.

b.Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu(benda/orang).Contohnya;cantik,mulia,bersedia,pagan.

Page 9: Kata Adjektif

c. tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda .

d. Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat,atau watak.Contohnya;pemurah,pemarah, Penyayang ,pelupa,ramah.

Contoh kata adjektif adalah seperti berikut;

budiman ganas berakal Cermat

letih kasar canggih cemas

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 10: Kata Adjektif

(b)Kata Adjektif warna• Kata adjektif warna terdiri daripada

perkataan yang memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan.

• Contohnya;

putih Jinggabiru merah

Page 11: Kata Adjektif

(c)Kata adjektif ukuran• Kata adjektif ukuran ialah jenis

perkataan yang memberikan peng-ertian ukuran sebagai unsur keter-angan

• Contohnya;

Pendek Tebal Kerdil TinggiNipis Panjang Renek Besar

Page 12: Kata Adjektif

(d)Kata Adjektif Bentuk• Kata adjektif bentuk ialah perkataan

yang memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.

• Contohnya;

Bulat Bengkok Lonjong Bujur Leper

Lurus Lekuk Kempis Gelembung Bundar

Page 13: Kata Adjektif

(e)Kata Adjektif Waktu• Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan

yang mempunyai pengertian konsep masa sebagai unsur penerangan.

• Contohnya;

Baharu Awal Lambat Segera Suntuk

Silam Lama Cepat Lampau Lewat

Page 14: Kata Adjektif

(f)Kata Adjektif Jarak• Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan

yang mempunyai makna konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata adjektif .

• Contohnya;

Jauh Hampirdekat nyaris

Page 15: Kata Adjektif

(g)Kata adjektif Cara• Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang

mempunyai makna konsep keadaan kelaku-an atau ragam,sebagai peneranga kata nama.

• Contohnya;

Cepat DerasLaju Lambat

Perlahan LincahGopoh JelasSering Selalu

Page 16: Kata Adjektif

(h)Kata Adjektif Perasaan• Kata adjektif perasaan ialah jenis perka-

taan yang mempunyai makna konsep parasaan sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama.

• Contoh kata adjektif perasaan;

Rindu Benci Segan Suka Gembira

Berahi Ragu Kasih Sayang

Page 17: Kata Adjektif

•Contoh penggunaannya dalam ayat;

• Dia amat rindu akan emaknya.• Gadis itu terlalu segan untuk

bertanya.• Anak kecil itu gembira sekali dengan

permainan itu.• Pemuda itu rindu sangat akan gadis

pingitan itu.

Page 18: Kata Adjektif

(i)Kata adjektif Pancaindera

• Kata adjektif pancaindera ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep rasa,pandang,dengar,bau, sentuh,atau gabungan kelima-lima indera,sebagai penerang kata nama.

• Contohnya;

Page 19: Kata Adjektif

Rasa Sedap,manis,lazat,masam,kelat,pahit,masin,tawar, lemak, payau

Pandang Cantik,molek,hodoh,lawa,buruk,tampan,comel,segak

Dengar Bising,merdu,nyaring,lunak,mersik,serak,garau

Bau Harum,wangi,busuk,hapak,tengik,semerbak,henyir, hancing

Sentuh Halus,licin,kasar,keras,kesat,lembap,lembut

Gabungan Bersih(sentuh+pandang+bau),selesa(sentuh+pandang), tenteram(dengar+pandang)

Page 20: Kata Adjektif

Rumusan• Kata adjektif juga dikenali sebagai kata

sifat,ialah kata yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif

• Kata adjektif boleh dikenalpasti dengan beberapa penggunaan seperti seringkali disertakan dengan imbuhan ter, digunakan selepas kata nama benda atau perkara dan lain-lain.

Page 21: Kata Adjektif

Rujukan• Dr.Ali Mahmood,Mashudi Bahari,Dr.Seman Salleh,Munsyi Zainal Abidin Kasim,(2010). HBML2103 Morfotlogi dan Sintaksis Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan:

Open University Malaysia.