Kata-Adjektif Power Point

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota

Text of Kata-Adjektif Power Point

  • KATA ADJEKTIF

  • KATA ADJEKTIF

    Pendahuluan

    Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut:

  • Kata Adjektif1. Adik saya tinggi.2. Ali sangat pandai.3. Orang muda itu baik sungguh.4. Pendapatnya lain sekali.5. Anaknya masih kecil lagi.6. Malam ini gelap benar.7. Reka bentuk rumah itu sangat lain.8. Hasil-mahsul negara itu amat banyak.9. Buah pokok durian itu banyak sekali.10 Suaranya masih sungguh merdu sekali.

    Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat-ayat yang berkenaan. Perkataan-perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti frasa adjektif tersebut.

  • Kata AdjektifHubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam contoh-contoh ayat di atas adalah seperti berikut:

    FRASA ADJEKTIFKeteranganKata Bantu PenguatKata adjektifKeterangan- -tinggi- - sangatpandai- - -baiksungguh - -lainsekalimasih -kecillagi - -gelapbenar - sangatlain- - amatbanyak- - -banyaksekalimasih sungguhmerdusekali

  • 8.2 Jenis Kata AdjektifWalaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut:kata adjektif sifatan atau keadaankata adjektif warnakata adjektif ukurankata adjektif bentukkata adjektif waktukata adjektif jarakkata adjektif carakata adjektif perasaankata adjektif pancaindera

  • 8.2.1 Kata adjektif Sifatan atau KeadaanKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.Contohnya:baiklemahjahatkasarcerdikberanipandai takutgopohsihatContoh penggunaannya dalam ayat:1. Budak baik selalu dipuji.Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.Anak guru itu amat cerdik.Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.

  • 8.2.2 Kata Adjektif WarnaKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya:merahunguputihkelabubiruhitamhijaukuningperangjinggaContoh pengunaannya dalam ayat:Baju merah itu kepunyaanku.Tubuhnya diselimuti kain putih.Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu.Warna perang tidak begitu digemari orang.Warna biru kegemaran ibu.

  • 8.2.3 Kata Adjektif UkuranKata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya:panjangrendahpendektebalkecilnipisbesarkerdiltinggirenekContoh penggunaannya dalam ayat:Jambatan panjang itu baru siap didirikan.Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi.Bilik kecil itu mudah diurus.Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar.Ketua pasukan itu tinggi orangnya.

  • 8.2.4 Kata Adjektif BentukKata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya:bulatbengkoklonjonglurusbujurbuncitbundarkempisleperlekukContoh penggunaannya dalam ayat:Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat.Bola ragbi berbentuk lonjong.Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur.Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.Gasing leper kesayangannya telah pecah.

  • 8.2.5 Kata Adjektif WaktuKata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya:baharulampaulamalewatsegeracepatsuntuklambatsilamawalContoh pengguaannya dalam ayat:Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.Kanak-kanak suka makan makanan segera.Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.

  • 8.2.6 Kata Adjektif JarakKata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda sebagai penerang kata nama. Contohnya:jauhhampirdekatnyarisContoh penggunaan dalam ayat:Rumah yang ditujui itu sungguh jauh.Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan rumah saya.Rumahnya paling hampir dengan sekolah.Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.

  • 8.2.7 Kata Adjektif CaraKata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya:cepatlincahderasgopohlajujelaslambatseringperlahanselaluContoh penggunaannya dalam ayat:Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.Pengaliran air sungguh itu deras.Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.Orang lambat selalu rugi.Pemain lincah itu berasal dari utara.

  • 8.2.8 Kata Adjektif PerasaanKata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya:rinduberahibenciragusegankasihsukasayanggembiraContoh penggunaannya dalam ayat: Dia amat rindu akan emaknya.Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.Dia segan sungguh dengan pemuda itu.Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan permainan itu.

  • 8.2.9 Kata Adjektif PancainderaKata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya: (i) Indera rasa:sedappahitmanismasinlazattawarmasamlemakkelatpayauContoh penggunaannya dalam ayat:Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai.Wajah perawan itu manis.Mereka akan menyediakan makanan lazat.Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam.Pisang muda kelat rasanya.

  • 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(ii) Indera Pandang:cantikburukmolektampanhodoh comellawasegakContoh penggunaannya dalam ayat:Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik.Gadis molek itu anak Pak Hamid.Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia.Pemuda lawa itu berasal dari Perak.Perompak-perompak itu itu keluar dari rumah buruk itu.Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu.

  • 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(iii) Indera dengar:bisingmersikmerduseraknyaringgaraulunakContoh penggunaannya dalam ayat:Bunyi bising itu datang dari biliknya.Penyanyi itu mempunyai suara merdu.Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring.Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun.Bunyi biolanya amat mersik.Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka.

  • 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(iv) Indera bau:harumtengikwangisemerbakbusukhanyirhapakhancingContoh penggunaannya dalam ayat:Bedak sejuk itu harum baunya.Pemuda itu suka memakai minyak wangi.Bau busuk di kilang itu mengganggu kami.Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak.Minyak tengik itu jangan digunakanKawasan di perkarangan rumahnya sentiasa semerbak dengan bau bunga- bungaan.Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.

  • 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(v) Indera sentuh:haluskesatlicinlembapkasarlembutkerasContoh penggunaannya dalam ayat:Kain halus itu hasil tenunan tangan.Jalan licin di hadapan bangunan itu sering menyebabkan kemalangan.Papan itu kasar kerana belum diketam.Bancuhan simen itu telah keras.Jangan suka memakai pakaian lembap.Mereka menguli adunan itu sehingga lembut.

  • 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera(vi) Gabungan indera:bersih (sentuh+pandang+bau)selesa (sentuh+pandang)tenteram (dengar+pandang)Contoh penggunaannya dalam ayat:Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih.Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram.

  • 8.3 Pembentukan Kata AdjektifKata adjektif boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut:kata adjektif tunggalkata adjektif terbitankata adjektif gandakata adjektif majmuk

  • 8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.1 Kata Adjektif TunggalKesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh di atas (8.2) terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya:Warna kuning digemari oleh kakaknya.Cara hidup seniman itu amat sederhana.Pada malam ini bulan sungguh terang.Sumbangannya kepadamu masih kecil amat.Tidur anak kami nyenyak benar.

  • 8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.2 Kata Adjektif TerbitanKata adjektif boleh juga terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata dasar itu.

  • 8.3 Pembentukan Kata Adjektif8.3.2.1 Awalan Kata AdjektifAwalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan se-.(i) Awalan ter-Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbi