168
Kata Alu-Aluan Para pembaca sekalian, mari kita merenung persekitaran hidup kita yang diwarnai dengan seribu satu macam keadaan, kisah, kejadian, bencana, keindahan dan jalinan peristiwa yang tiada putus-putusnya. Apabila dikaitkan semuanya itu dengan pendidikan apakah yang kita faham dan harapkan dari seluruh proses pendidikan? Yang pasti kita mengharapkan kehidupan dalam keadaan sejahtera, seluruh perhubungan akan berlangsung dengan etika, akhlak, adab, sopan santun, budi bahasa yang luhur. Keamanahan dan setia berbakti menjadi amalan mulia tanpa mengharapkan ganjaran. Namun apa yang kita saksikan sekarang banyak peristiwa yang menunjukkan berlaku beberapa kesalahan dalam cara mendidik sehingga berlaku kepincangan-kepincangan dan salah tatalaku dari sekecil-kecil perkara sampailah kepada perkara-perkara besar. Berbagai teori yang dicuba dan diambil dari sistem pendidikan barat. Terlalu banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh yang berwajib setiap tahun, namun mengapa hasilnya tidak standing dengan perbelanjaan kerajaan seperti diharapkan? Berlaku juga kadar jenayah yang tinggi, tahap kebersihan persekitaran yang tidak banyak berubah, sikap masyarakat yang kurang prihatin kepada kebajikan dan hormat pada orang lain, tahap keamanahan dalam menjalankan tugas yang menjadi persoalan. Ini semua menunjukkan ada kelemahan dalam pendidikan yang perlu diperbaiki, dicari pendekatan-pendekatan yang telah teruji oleh masa, yang benar dari segi keluhuran dan yang tidak bertentangan pun dengan agama.

Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

  • Upload
    lythien

  • View
    249

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

Kata Alu-Aluan

Para pembaca sekalian, mari kita merenung persekitaran hidup kita yang diwarnai dengan seribu satu macam keadaan, kisah, kejadian, bencana, keindahan dan jalinan peristiwa yang tiada putus-putusnya. Apabila dikaitkan semuanya itu dengan pendidikan apakah yang kita faham dan harapkan dari seluruh proses pendidikan? Yang pasti kita mengharapkan kehidupan dalam keadaan sejahtera, seluruh perhubungan akan berlangsung dengan etika, akhlak, adab, sopan santun, budi bahasa yang luhur. Keamanahan dan setia berbakti menjadi amalan mulia tanpa mengharapkan ganjaran. Namun apa yang kita saksikan sekarang banyak peristiwa yang menunjukkan berlaku beberapa kesalahan dalam cara mendidik sehingga berlaku kepincangan-kepincangan dan salah tatalaku dari sekecil-kecil perkara sampailah kepada perkara-perkara besar.

Berbagai teori yang dicuba dan diambil dari sistem pendidikan barat. Terlalu banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh yang berwajib setiap tahun, namun mengapa hasilnya tidak standing dengan perbelanjaan kerajaan seperti diharapkan? Berlaku juga kadar jenayah yang tinggi, tahap kebersihan persekitaran yang tidak banyak berubah, sikap masyarakat yang kurang prihatin kepada kebajikan dan hormat pada orang lain, tahap keamanahan dalam menjalankan tugas yang menjadi persoalan. Ini semua menunjukkan ada kelemahan dalam pendidikan yang perlu diperbaiki, dicari pendekatan-pendekatan yang telah teruji oleh masa, yang benar dari segi keluhuran dan yang tidak bertentangan pun dengan agama.

Page 2: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

Sesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan kegagalan dalam pengajaran. Empat cara menuju kejayaan pendidikan ialah:

1. Cara pengajaran di pusat-pusat pengajian tinggi hendaklah menekankan sebelum sesuatu nafsu buruk timbul dalam jiwa pelajar, guru harus tahu membimbing yang betul dan membantu sifat murni supaya tabiat-tabiat buruk tidak akan terbentuk. Usaha ini adalah usaha pencegahan sebelum akhlak rosak tanpa disedari.

2. Pendidikan bersesuaian pada masa dan situasi pelajar. Ini merupakan suatu bimbingan berlandaskan peluang dan keadaan semasa.

3. Guru tidak memintas tahap kemajuan pelajar, sebaliknya pengajaran meningkat mengikut langkah demi langkah.

4. Pelajar saling belajar melalui pemerhatian dan meneladani cara baik orang lain.

Enam faktor yang menyebabkan pendidikan itu gagal dan kurang berkesan.

1. Usaha mencegah hanya selepas sesuatu tabiat atau kebiasaan buruk terbentuk. Tabiat buruk susah dibuang setelah ia berakar umbi.

2. Setelah terlepas peluang terbaik untuk pembelajaran, kemudiannya baru hendak belajar. Walaupun belajar bertungkus-lumus tetapi susah untuk memperolehi pembelajaran yang baik.

3. Bahan pengajian yang terlalu banyak dan tidak terancang, tidak teratur dan tidak mengikut tahap kemajuan, sini belajar sedikit, sana belajar sedikit. Akibatnya pembelajaran itu berserakan serta tidak sistematik.

4. Pelajar belajar bersendirian dan tidak ada rakan sealiran untuk berbincang bersama. Akibatnya pengetahuan yang ada sangat cetek.

Page 3: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

5. Pelajar mendekati kawan yang tidak baik, akibatnya melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang diajar oleh guru.

6. Pengajian terbengkalai akibat terpupuknya tabiat buruk dan kerap melakukan perkara yang salah.

Jadi pendidikan yang terbengkalai dan gagal ada hubungkaitnya dengan keenam-enam faktor yang dinyatakan di atas.

Matlamat pendidikan sebenarnya bukan sahaja menjadikan insan itu seorang yang serba berkebolehan dalam bidang yang diceburinya, tetapi hendaklah melahirkan seorang yang bijaksana, tahu dan mengamalkan mana yang benar dan mana yang salah. Mana yang baik dan mana yang buruk, mana kebaktian dan mana kedurjanaan. Mana yang betul dan asli serta mana yang palsu. Jadi manfaat seluruh sistem pendidikan itu dapat disaksikan dalam amalan-amalan kekeluargaan yang sentiasa berbuat kebajikan dengan tidak mengira kepentingan diri sendiri. Menjauhkan diri dari menimbulkan kemudaratan kepada sesama insan, haiwan dan alam sekitar. Kesemua hal yang dinyatakan di atas ada kaitannya dengan teladan yang dipamerkan oleh seorang guru yang melaksanakan sistem pendidikan. Benarlah kata orang bijak pandai, bahawa guru yang bijaksana akan melahirkan murid yang bijaksana juga. Gurulah yang membentuk murid sehingga menguasai kebijaksanaan untuk menentukan antara perkara baik dengan yang jahat. Keputusan mereka yang akan mendatangkan kesan dua puluh hingga tiga puluh tahun akan datang, dan keputusan itu dibuat sekarang!

Dalam sistem pendidikan yang sedia ada ternyata perlu dicari satu cara penyelesaian, apabila kita mendapati pelajar di peringkat sekolah menengah belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan sahaja. Keluar dari dewan peperiksaan seperti terlepas dari bilik yang menjemukan dan tertekan oleh soalan-soalan yang tidak dimengertikan. Ilmu dan pendidikan di sekolah seolah-olah tidak digunapakai dan tidak dijadikan pegangan dalam menentukan jatuh bangun dalam kehidupan. Peringatan-peringatan tentang akhlak, etika, kejujuran, keamanahan, berbuat baik

Page 4: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

kepada semua, berbakti pada orang tua dan adik beradik seolah-olah tidak meresap dalam jiwa. Jadi kita perlu perbaiki pengajaran yang berpaksi kepada peperiksaan semata-mata, gagal peperiksaan itu bukan penamat kehidupan! Apatah lagi berbelas subjek yang diambil dalam satu masa, akibatnya tidak fokus kepada satu bidang ilmu ditambah lagi dengan tugasan yang begitu banyak.

Sesungguhnya seorang guru itu kebijaksanaannya umpama mata air yang mengalir tanpa henti, manakala tingkah lakunya yang berakhlak menjadi teladan kepada orang lain. Tugas guru mendidik sehingga membolehkan orang memahami kebenaran. Dia membimbing tanpa paksaan, dia mendorong tetapi tidak menghalang, dia memberi inspirasi tetapi membiarkan orang berfikir dan menimbang. Tugas guru menimbulkan suasana yang harmoni dan mesra, lantaran itu murid belajar dengan selesa, malahan boleh berfikir secara bersendirian. Kebijaksanaan tertanam dalam dirinya, sehingga selepas tiga puluh tahun kemudian dia menjadi insan yang berguna, puas dan berjaya di samping berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Demikianlah cara pendidikan yang baik yang diperlukan oleh masyarakat.

Dalam dunia pendidikan, ibu bapa dan guru harus mempunyai persediaan dari awal barulah usaha mendidik mendatangkan kejayaan. Patut dielakkan anak-anak menjadi bahan ujikaji. Jika silap didikan, mereka akan hidup dalam pemikiran yang salah dan akibatnya mereka berada dalam haluan yang tidak betul sepanjang hayat.

Kini ternyata masalah moral dan akhlak muda mudi menjadi masalah serius dalam kebanyakan masyarakat di dunia, mereka telah dibesarkan dengan teori-teori moden yang dianggap betul. Berbanding dengan ajaran-ajaran tradisi dahulukala yang memberatkan kasih sayang kepada keluarga dan taat kepada ibu bapa. Selanjutnya sifat-sifat murni dalam keluarga itu akan berkembang dalam masyarakat. Masyarakat yang aman dan harmoni menjadikan negara sejahtera dan tenteram jauh dari pergolakan dan persengketaan. Sebaliknya etika dan akhlak yang merosot akan mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak tidak kira orang awam atau pihak yang berkuasa. Jadi asas pendidikan mesti

Page 5: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

dititikberatkan, pemupukan akhlak dan moral mesti diterapkan kepada anak-anak semenjak kecil lagi.

Sebagai pendidik, seseorang itu seharusnya mempunyai misi yang jelas yang sentiasa memikirkan peningkatan kemampuannya, kebijaksanaannya, pemikiran dan persepsi dirinya. Guru-guru yang mempunyai misi dan bersifat penyayang akan merangsang motivasi diri yang tinggi lalu merangsang jiwanya untuk belajar sepanjang hayatnya.

Dalam kontek negara, pendidikan itu ialah memperadabkan rakyat jelata. Mereka diajar dan sedar apa itu baik, apa itu jahat, apa itu norma kesusilaan dan keadilan, apa itu peranan, tanggungjawab dan kewajipan diri dan apa itu misi, sehingga akhirnya rakyat tahu mengusahakan kehidupan yang bernilai. Mereka faham sebab dan akibat sesuatu perbuatan, memahami kebenaran, melaksanakan peranan, melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing.

Dalam masyarakat zaman ini, kebanyakan manusia mengejar kekayaan, kemasyhuran dan keuntungan. Mereka tidak rasa jemu dan tidak rasa letih mengejar nama dan merebut kekayaan. Dalam kesibukan demikian rupa, jika seseorang itu tidak tahu akhlak dan etika yang patut dipatuhi, maka dia tidak tahu bagaimana hendak menjadi manusia. Tanpa disedari banyak perkara yang dibuatnya mengundang bala dan bencana serta malapetaka dalam kehidupannya. Maka keadaan inilah yang perlu dibetulkan dan perlunya ajaran dan pendidikan dari HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL itu dikembaliajarkan kepada seluruh masyarakat dan diterapkan dalam sistem pendidikan.

Ajaran dalam HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL mengingatkan kita bahawa manusia ini dilahirkan dengan sifat murni semulajadi. Namun manusia seawal dalam kandungan harus menerima pendidikan yang baik sebelum kemudian hari ia dipengaruhi oleh tabiat-tabiat yang buruk. Jika sifat murni semulajadi seorang bayi tidak diasuh, dirinya akan jadi hamba kepada sifat-sifat buruknya. Keadaan persekitaran hidupnya yang ditentukan oleh ibu bapa sangat penting. Oleh sebab itu mengembalikan kemuliaan hati

Page 6: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

semulajadi manusia adalah tugas utama ibu bapa di rumah dan guru ketika di sekolah. Mereka berkewajipan menegur anak akan silap lakunya, kemudian mengajarnya cara yang betul bagaimana seharusnya akhlak dan sopan santunnya.

Dari segi pendidikan, anak hendaklah diasuh dengan asas tatasusila dan akhlak yang kukuh semenjak kecil. Mereka diajar agar berbakti kerana selepas membuat sesuatu yang bermakna dan bernilai baharulah seseorang itu rasa sangat gembira. Persekitaran hidup yang penuh kasih sayang yang dialami oleh kanak-kanak membolehkan mereka juga jadi penyayang apabila dewasa, maka seluruh masyarakat akan menikmati kehidupan yang tenteram dan bahagia. Tetapi guru sendiri hendaklah terlebih dahulu mengamalkan sifat dan keperibadian yang diharapkan dimiliki oleh anak dan murid-murid kita.

Supaya hidup sejahtera, anak-anak kena sentiasa diingatkan untuk belajar dari awal hingga hujung kehidupan kerana pembelajaran itu bagaikan mengayuh sampan mudik ke hulu, jika tidak ke depan pasti ke belakang. Apatah lagi kita mengambil masa seumur hidup untuk belajar menjadi orang yang baik, sebaliknya dalam masa satu hari sahaja sudah mencukupi untuk belajar menjadi jahat. Jadi pengajar harus memajukan diri supaya lebih bijaksana untuk mendidik anak muridnya. Pendidik mesti bijak memberi contoh dan pandai bercerita. Pendidik sentiasa mempunyai semangat yang tidak pernah rasa penat untuk mendidik.

Para pembaca sekalian, dalam proses mendalami pelajaran dan menggunapakai ilmu dalam kehidupan, sesiapa sahaja patut mendampingi guru bukan sahaja secara fizikal berada di sisi guru tetapi juga benar-benar mengamalkan dan mematuhi segala ajaran guru. Guru telah mengajar tentang keikhlasan diri. Jadi tutur kata hendaklah sejajar dengan pembawaan diri tidak kira semasa bersama orang atau bersendirian. Jangan berkelakuan sumbang walaupun berada di tempat yang tidak dilihat orang lain. Tetap menjaga kelakuan diri walaupun tiada orang lain di sisi kita.

Page 7: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

Kita perlu kembali kepada asal budaya kita yang berteraskan kepada ketaatan, kasih sayang dan kebijaksanaan dalam pendidikan serta kehidupan. Masa telah membuktikan pendidikan yang berteraskan kepada kebebasan melampau seperti di barat akhirnya menjadikan nilai kekeluargaan rosak. Jangan biarkan akhlak dan moral masyarakat runtuh sebab kita leka dan segan mengembalikan nilai-nilai murni pendidikan tradisional.

Akhirnya, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”. Anak kecil memang mudah menghafal kerana hati mereka tenang dan kurang kerisauan. Orang dewasa terlalu banyak berfikir, gelisah dan banyak kebimbangan. Untuk kembali muda semasa usia meningkat, buangkan kerungsingan, taksub dan nafsu, barulah Falsafah Pendidikan Tradisional meresap di hati dan diturunkan kepada generasi muda.

Semoga buku ini membimbing, mendorong dan memberi inspirasi kepada pembaca sebagai pewaris ilmu dari budiman silam yang luhur. Biar pendidikan kebudayaan tradisi ini berpanjangan kerana kebijaksanaan di dalamnya membawa manfaat, bahkan kebenaran yang diajarkan telah teruji oleh masa bagai air yang sentiasa mengalir ke laut.

Sekian, terima kasih.

Hajah Zakiah bt.Md.Lassim1 Disember 2017

Page 8: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan
Page 9: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

Pengenalan Ringkas Xueji

Xueji, salah sebuah karya yang dijilid dalam Liji, satu hasil

karya monografi tentang “Sistem Perundangan” China Purba.

Penulisan ini dihasilkan pada penghujung Zaman Perang dan

khabarnya ia ditulis dan disunting oleh Dai Sheng pada Zaman

Han Barat. Mengikut penyelidikan Guo Moruo, pengarangnya

bernama Le Zhengke yang juga seorang murid Meng Zi. Teks

karangan Xueji ringkas tetapi padat dengan isi yang lengkap dan

jitu serta metafora yang menarik, ia memberi penerangan secara

sistematik dan komprehensif yang merangkumi matlamat dan

fungsi pendidikan, sistem, prinsip dan kaedah pendidikan dan

pengajaran, kedudukan dan fungsi seorang guru, perhubungan

antara guru dengan murid dan perhubungan sesama rakan kelas

dalam proses pendidikan. Karya ini juga mengumpulkan dan

merumuskan segala pengalaman pendidikan zaman Pra-Qin

China secara sistematik dan komprehensif. Ia juga merupakan

sebuah karya terawal yang menumpukan perbincangan tentang

isu pendidikan dan pengajaran di China Purba dan dunia.

Page 10: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan
Page 11: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

1

HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL

Salam sejahtera para hadirin yang dihormati sekalian! Hari ini kita akan mempelajari HURAIAN FALSAFAH

PENDIDIKAN TRADISIONAL atau yang disebut dalam bahasa Mandarin sebagai “Li Ji.Xue Ji”. Iaitu sebuah karya yang mencatatkan kegunaan, cara, matlamat dan kesan pendidikan etika terhadap seorang guru. Selain itu karya HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL ini juga mengandungi Rekod Tatasusila serta Rekod Subjek Pendidikan.

Saya seorang pendidik dan pernah berkhidmat di sekolah rendah

beberapa tahun yang lalu. Saya dapati hasil karya ini bukan sahaja guru yang patut mempelajarinya, malah ibu bapa lebih penting lagi kerana dalam keluarga, ibu bapa merupakan pendidik pertama bagi anak-anak. Ibu bapa harus mempelajari cara-cara untuk mendidik dan membimbing anak bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut selepas kelahiran anak.

Dalam “Doktrin Kesederhanaan” atau kitab “Zhong Yong”, ada menyatakan bahawa “Bagi setiap perkara yang dilaksanakan ataupun peranan yang dimainkan serta tanggungjawab yang dipikul, semuanya harus mempunyai persediaan yang baik, barulah usaha itu mendatangkan kejayaan. Sebaliknya jika tanpa membuat sebarang persediaan, semua usaha menjadi sia-sia sahaja dan pencapaian tidak seperti yang diharapkan.” Justeru HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL atau “Xue Ji” memang berbaloi dipelajari secara mendalam oleh semua guru dan ibu bapa.

Zaman sekarang ini merupakan satu era letupan pengetahuan.

Banyak teori diketengahkan tetapi mana satu yang betul? Sekiranya terdapat satu teori yang tidak betul tetapi digunakan untuk mendidik serta

Page 12: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

2

membimbing anak-anak atau pelajar-pelajar kita, maka anak-anak ini akan menjadi bahan ujikaji kita. Mujurlah jikalau eksperimen itu betul, sekiranya eksperimen itu salah, pemikiran dan persepsi anak-anak akan terpesong dan kehidupan mereka dalam haluan yang salah sepanjang hayat. Oleh kerana kehidupan setiap orang di dunia ini tidak akan berulang kali kedua, jadi isu pendidikan harus ditangani secara cermat dan berhati-hati.

Menyentuh tentang pendidikan, bangsa Cina mempunyai

kebijaksanaan dan pengalaman serta kaedah pendidikan yang sudah lima ribu tahun lamanya. Kaedah yang diamalkan sudah berjaya melahirkan ramai orang-orang suci dan budiman pada setiap generasi. Namun, sejak kebelakangan ini, kita sudah kehilangan keyakinan terhadap bangsa sendiri dan berpendapat bulan di negeri orang lebih terang daripada yang ada di tanah air sendiri atau bersikap kambing yang suka makan rumput di padang orang lain.

Kita sudah mengabaikan kebijaksanaan lima ribu tahun tersebut,

malahan telah membuang kehebatan bangsa sendiri. Dalam masa yang sama banyak mempelajari teori-teori pendidikan barat sahaja. Kita bukan mengatakan pendidikan barat tidak baik, ada juga kelebihannya. Namun, teori-teori pendidikan barat baru puluhan tahun dilahirkan. Masih belum teruji oleh masa, ruang dan tempat. Masih belum ada bukti sama ada teori-teori berkenaan betul atau tidak.

Cuba kita renung sejenak, sekarang ini masalah moral dan akhlak

muda-mudi merupakan salah satu masalah paling serius dihadapi oleh masyarakat di setiap negara dan setiap bangsa dalam dunia ini. Mengapakah masalah akhlak berleluasa seandainya teori-teori moden berkenaan keluarga dan ketaatan kepada ibu bapa semuanya betul-betul belaka? Sementara itu masalah tersebut kian bertambah serius dan mendatangkan mudarat.

Semasa saya mengajar di sekolah rendah, fikiran dan perasaan saya

Page 13: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

3

membuat satu kesimpulan bahawa pelajar sekarang bukan sahaja satu generasi yang tidak setanding dengan generasi lepas, sebaliknya etika mereka semakin merosot penggal demi penggal, tahun demi tahun. Saya memang tidak sanggup menyaksikan situasi itu berterusan dan menimbulkan kemudaratan kepada keluarga dan masyarakat. Kemudiannya saya agak bernasib baik kerana berpeluang menerima didikan Master Chin Kung dan kitab-kitab falsafah tradisi peninggalan nenek moyang kita. Barulah saya sedar tentang kepentingan pendidikan yang semestinya dimulakan dengan pemupukan akhlak dan moral anak-anak semenjak kecil, dalam masa yang sama menitikberatkan pendidikan etika serta agama. Dalam perihal pendidikan, asas pendidikan mesti dititikberatkan.

“Li Ji.Xue Ji” merupakan sebuah karya falsafah pendidikan yang amat

jitu, ia memberi penjelasan dan penerangan yang amat lengkap dan sempurna. Banyak teori betul yang disampaikan dari barat sebenarnya sudah diketahui dan diberitahu oleh nenek moyang kita semenjak beribu tahun dahulu, tetapi nenek moyang kita tidak mengumumkan bahawa “Ini hasil penemuan saya, ini teori saya.” Sebab nenek moyang kita menyedari bahawa kebenaran itu pusaka warisan daripada orang-orang suci terdahulu, ia bukan hasil ciptaan ataupun penemuan mana-mana individu. Pada hakikatnya, banyak kebenaran dan kata-kata hikmah di dunia ini semua sudah habis disampaikan oleh orang-orang suci dahulu. Jikalau seseorang itu menyedari akan kebenaran dan prinsip ini serta sanggup merendah diri, maka dia boleh mengusahakan kerjaya dan kehidupannya dengan berlandaskan kebijaksanaan bersejarah 5,000 tahun ini.

Bagi kita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, jikalau tanpa

pengalaman dan kebijaksanaan yang sangat berharga ini, akibatnya anak murid akan menjadi bahan eksperimen kerana diri kita tidak mempunyai pemikiran dan persepsi yang betul. Seseorang pendidik yang mempunyai misi yang jelas sentiasa mengharapkan peningkatan kemampuan diri dengan secepat mungkin, iaitu mengharapkan peningkatan yang

Page 14: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

4

berterusan dari segi kebijaksanaan, pemikiran dan persepsi dirinya. Apabila kebijaksanaan kita meningkat jauh lebih awal, maka anak murid akan memperolehi bimbingan yang betul sejak mula lagi dan memperolehi manfaat besar melalui bimbingan guru. Jadi, guru yang mempunyai misi dan bersifat penyayang mempunyai motivasi diri yang tinggi lalu merangsang jiwanya untuk berusaha belajar sepanjang hayatnya.

Konfusius dalam masyarakat Cina merupakan Pendidik Terunggul

Purba, beliau seorang tokoh yang memberi teladan terbaik untuk para pendidik di negara China zaman itu hingga kini. Sifat beliau yang “menuntut tanpa hilang minat” membolehkan kebijaksanaannya semakin meningkat, seterusnya memberi manfaat kepada orang lain. Melalui kebijaksanaannya, “mengajar tanpa mengadu letih” mempamerkan sifat penyayang beliau dan sikap prihatin kepada anak-anak didik.

Mari kita kembali mendalami kebijaksanaan nenek moyang dahulu

kala untuk meningkatkan semula keyakinan bangsa kita. Selepas menghayati penulisan ini, banyak masalah keluarga dan masalah sosial boleh diselesaikan secara baik.

Mari kita meneliti perenggan pertama. Perenggan pertama ini tentang pendidikan kepada rakyat yang menjadi matlamat terpenting seorang pemerintah negara. Beliau yang teliti dalam membuat pertimbangan kemudian meminta bantuan orang lain hanya mampu menaikkan sedikit nama baik sendiri, tetapi masih belum mampu mempengaruhi masyarakat umum. Sungguhpun ia sudi mendekati dan mempelajari daripada orang berakhlak tinggi dan bertimbang rasa terhadap orang yang berjauhan dengannya, serta mampu mempengaruhi orang ramai tetapi sebenarnya masih belum juga mampu mempengaruhi masyarakat keseluruhan. Jikalau budiman ingin mempengaruhi orang ramai dan membentuk adat dan budaya yang sihat, dia harus bertindak melalui pendidikan.

Page 15: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

5

“Beliau yang teliti dalam membuat pertimbangan kemudian meminta bantuan orang lain hanya mampu menaikkan sedikit nama baik sendiri, tetapi masih belum mampu mempengaruhi masyarakat umum.” Pertimbangan itu merujuk kepada pemikiran yang mendalam dan pelan-pelan perancangan untuk pendidikan. Setiap tutur kata dan perilaku tidak akan dilakukan dengan sewenang-wenangnya, malahan harus selaras dengan peraturan dan etika, yakni cara-cara betul untuk menjadi seorang insan dan cara yang betul dalam bekerja. Orang zaman sekarang pula sering berkata “Asalkan saya suka, mengapa tidak boleh dilakukan?” Sifat begini sebenarnya satu sifat yang terlalu menurutkan hati.

Bagi sesuatu perkara yang hendak dilakukan, minta mereka yang baik

hati bersama-sama menyelesaikannya. Selain itu boleh juga dapatkan bimbingan dan nasihat daripada orang berhati mulia. Ketika itu orang yang kosong jiwanya tidak akan membantu untuk menjayakan perkara-perkara baik dalam pendidikan yang kita usahakan. Cara bekerja yang melibatkan orang lain akan membangkitkan perasaan kagum orang yang mengalaminya kerana secara tidak langsung menanam sifat teliti, mempunyai pemikiran yang jelas dan berkemampuan membuat pertimbangan yang betul. “Beliau yang teliti dalam membuat pertimbangan kemudian meminta bantuan orang lain hanya mampu menaikkan sedikit nama baik sendiri.” Lantaran itu jika seseorang cendekiawan berhasrat mengejar kemasyhuran diri, maka apa yang dikejarnya sebenarnya cuma harapan palsu. Meng Zi menyatakan bahawa, “Seseorang budiman akan terasa malu jikalau kemasyhuran namanya jauh lebih besar daripada kemasyhuran akhlak dan etikanya.” Terkenal atau tidak bukanlah perkara yang dikejar oleh seseorang cendekiawan. Memang normal jika sikap dan perwatakannya yang baik menjadikannya dikagumi oleh orang ramai, namun begitu, kekaguman orang ramai tidak semestinya boleh memberi kebaikan kepada dirinya.

Page 16: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

6

Cuba kita renung seketika, berapa ramai tokoh-tokoh yang kita kagumi sejak kita kecil hingga dewasa? Mungkin perasaan kagum itu bertahan untuk satu tempoh sahaja, dia tetap dia dan diri kita masih diri kita, “Tetapi masih belum mampu mempengaruhi masyarakat umum.” Jadi, untuk memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain dengan sebaik-baiknya, bukanlah sekadar membangkitkan perasaan kagum orang lain terhadap diri kita.

“Sungguhpun ia sudi mendekati dan mempelajari daripada orang

berakhlak tinggi dan bertimbang rasa terhadap orang yang berjauhan dengannya, serta mampu mempengaruhi orang ramai tetapi sebenarnya masih belum juga mampu mempengaruhi masyarakat keseluruhan.” Sifat-sifat sedemikian sangat mengharukan orang. Pernah dikisahkan pada zaman pemerintahan Maharaja Dinasti Song, baginda telah melantik Fan Zhongyan sebagai Perdana Menteri. Ramai orang terharu dengan perlantikan tersebut. Mereka berpendapat lantikan itu membawa manfaat kepada negara kerana seorang insan yang berakhlak mulia telah dilantik untuk membantu dalam pemerintahan negara. Begitu juga dengan Maharaja Tang semasa Dinasti Shang, baginda telah melantik Yiyin sebagai Menteri Besar Negara, Zhou Wenwang belajar dari Jiang Taigong.

Semua ini merujuk kepada sifat yang “sudi mendekati dan

mempelajari daripada orang berakhlak tinggi” dan sememangnya mereka sangat prihatin terhadap orang yang berjauhan dari mereka serta “mampu mempengaruhi orang ramai”. Namun begitu, sifat tersebut masih belum sampai ke tahap boleh mempengaruhi rakyat, belum sampai ke tahap rakyat mencontohi mereka atau dianggap sebagai teladan yang boleh diikuti dan dipelajari. Mungkin anda juga pernah berpengalaman terasa amat terharu selepas membaca sesebuah karangan ataupun tulisan. Namun begitu, perasaan terharu dan tersentuh itu semakin pudar beberapa hari kemudiannya. Inilah yang dimaksudkan sebagai “masih belum juga mampu mempengaruhi masyarakat keseluruhan”. Justeru itu memang sukar untuk melihat kesan dalam usaha memperadabkan rakyat

Page 17: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

7

dan memperbaiki suasana sosial dalam masyarakat.

Selepas anda memperadabkan rakyat jelata, mereka akan sedar apa itu baik, apa itu jahat, apa itu norma kesusilaan dan keadilan, apa itu peranan, tanggungjawab dan kewajipan diri dan apa itu misi. Dari sini berubahlah pembawaan diri seseorang, matlamat dan arah kehidupannya secara keseluruhan akan menjadi nyata dan jelas. Maka dia akan tahu bagaimana hendak mengusahakan kehidupan yang bernilai. Inilah yang dikatakan pengaruh terhadap kehidupan seseorang sepanjang hayatnya. “Jikalau budiman ingin mempengaruhi orang ramai dan membentuk adat dan budaya yang sihat, dia harus bertindak melalui pendidikan.” Apakah itu adat yang baik? Iaitu empat jenis watak dan peranan terdiri daripada:

1. Peranan antara pemerintah, pemimpin dengan menteri dan orang

bawahan. 2. Peranan antara bapa dengan anak. 3. Peranan antara suami dengan isteri. 4. Peranan antara abang atau kakak dengan adik. Antara empat peranan di atas, mereka patut jelas dengan

tanggungjawab dan kewajipan diri masing-masing. Untuk merealisasikan budaya yang mulia itu, “Harus bertindak melalui pendidikan.” Memang tiada cara lain lagi, satu-satunya cara mesti bermula dari pendidikan, barulah melahirkan masyarakat yang harmoni dan kehidupan yang sejahtera. Iaitu apabila setiap orang faham sebab dan akibat sesuatu perbuatan serta memahami kebenaran, melaksanakan peranan, melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing.

“Budiman” dalam sesebuah negara, ia merujuk kepada pemerintah.

Dalam masyarakat sekarang secara keseluruhannya, apakah yang paling diperlukan? Masyarakat dunia sekarang tidak kekurangan wang dan juga tidak kekurangan kebendaan. Tetapi manusia sekarang sangat menderita jiwa manakala rohani tidak tenteram serta perasaan tidak selamat.

Page 18: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

8

Bagaimana kita boleh rasa selamat jikalau anak tidak soleh dan solehah serta tidak menghayati agama? Bagaimana kita rasa selamat jikalau kadar jenayah di negara semakin meningkat? Perhubungan sesama manusia semakin sukar saling mempercayai dan kadar perceraian kian meningkat. Fenomena-fenomena tersebut merupakan masalah paling kritikal dalam masyarakat sekarang dan memerlukan tindakan segera untuk diperbaiki.

Justeru, pemimpin atau pemerintah yang betul-betul berjiwa rakyat

harus mempertimbangkan situasi-situasi tersebut dengan sebaik-baiknya dan berikhtiar membebaskan mereka daripada belenggu kesengsaraan tersebut. Pada hakikatnya, sekiranya rakyat sudah mempunyai pemikiran dan persepsi yang betul, secara automatik semua sikap dan perilakunya akan berlandaskan tatasusila. Maka masalah kemerosotan akhlak boleh diperbaiki secara beransur-ansur.

Hati dan rohani manusia merupakan pucuk pangkal untuk

ketenteraman dan keamanan masyarakat. Sesungguhnya dengan adanya hati dan rohani yang baik barulah kita boleh menikmati kehidupan yang baik. Namun, hati dan rohani bergantung kepada pendidikan dan kesedaran. Jikalau pemimpin negara mengakui akan hakikat ini, maka dasar negara secara keseluruhan akan memberi keutamaan pada pendidikan dengan meletakkannya pada tempat teratas. Maka, dengan adanya pemimpin negara yang bijaksana, kehidupan masyarakat akan berkat dan keharmonian menyelubungi seluruh rakyat jelata.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan China amat memandang

berat tentang pendidikan moral dan etika. Dalam Laporan Utama yang ke-17 menyatakan bahawa “Menyebarkan kebudayaan tradisi Cina, bersama-sama membina halaman kerohanian bersama bangsa Cina.” Laporan Utama yang ke-18 pula melaporkan bahawa “Mengukuhkan pendidikan sivik, sosial, etika pekerjaan, nilai-nilai murni keluarga, moral dan akhlak individu, mengembangkan nilai-nilai murni tradisi Cina.” Usaha pembangunan semula kebudayaan Cina yang diterajui oleh negara China

Page 19: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

9

amat memberangsangkan orang Cina secara global kerana usaha ini bakal memberi manfaat kepada anak cucu dan penduduk seluruh dunia.

“Jikalau budiman ingin mempengaruhi orang ramai dan membentuk adat dan budaya yang sihat, dia harus bertindak melalui pendidikan.” Ayat ajaran ini digunakan dalam konteks keluarga, “budiman” merujuk kepada ibu bapa, orang yang lebih tua daripada kita, “orang ramai” merujuk kepada anak dan ahli keluarga, “adat” pula merujuk kepada tradisi keluarga, “pendidikan” ialah asuhan keluarga. Jikalau konsep itu merujuk kepada sebuah sekolah, “budiman” merujuk kepada Pengetua atau Guru Besar sekolah berkenaan.

Selagi kita masih hidup, memang patut kita membuat beberapa

perkara yang paling diperlukan oleh masyarakat. Taburlah bakti yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Begitulah jiwa lapang yang dimiliki oleh para sarjana dan cendekiawan daripada generasi-generasi yang terdahulu. Seandainya kita tidak berjiwa lapang seperti yang disebutkan, secara jujur kita tidak boleh menggelar diri dengan identiti sebagai sarjana atau cendekiawan, gelaran tersebut suatu yang palsu.

Ada satu set karya di mana kandungannya amat mendalam dan

gemilang, judulnya “Wu Zhong Yi Gui” (Lima Jenis Peraturan Warisan) yang digubah oleh Encik Chen Hongmou. Beliau merupakan seorang Menteri Besar semasa Dinasti Qing. Walaupun dalam kesibukan dengan tugas rasmi harian, namun begitu beliau tetap menggunakan masa lapangnya untuk mengumpulkan ilmu pendidikan dan ajaran paling bernilai dalam kebudayaan kita. Banyak masa untuk tidur dikorban oleh Chen Hongmou bagi menabur bakti untuk generasi kemudiannya. Jadi, kita harus sentiasa mengenang budi beliau pada setiap kali membaca buku tersebut.

Chen Hongmou pernah bertugas di belasan buah kota dan wilayah,

salah satu tempat itu ialah Jiangxi. Beberapa lama kemudian, datang

Page 20: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

10

seorang pegawai pentadbir baru di Jiangxi, beliau amat terharu dan berkata, “Ratusan tahun sudah berlalu, tetapi pengaruh bimbingan dan ajaran Chen masih tebal dan mendalam di tempat tersebut. Akhlak mulia beliau masih menjadi teladan penduduk tempatan dan kisah tentangnya masih diceritakan oleh ramai orang sehingga hari ini. Justeru, nilai akhlak terpuji seseorang boleh memberi pengaruh yang sangat lama dan mendalam. Chen berkata, “Mesti menjadi manusia yang diperlukan oleh dunia ini. Mesti membuat kerja yang tidak mampu dilaksanakan oleh orang lain.”

Kita kekurangan insan yang bagaimana dalam masyarakat zaman ini?

Kita paling kurang insan yang boleh menjadi teladan ramai, sangat sedikit insan yang sanggup memikul tanggungjawab untuk mewarisi dan mengembangkan ajaran orang-orang suci dahulu. Manusia sekarang banyak terpengaruh dengan budaya negatif, ingin mencari kekayaan, mengejar kemasyhuran dan keuntungan. Mereka tidak pernah merasa jemu dan letih semata-mata untuk mengejar nama dan merebut kekayaan pada setiap hari. Perkara-perkara untuk menabur bakti kepada generasi beribu tahun kemudian tidak ramai yang sudi melakukannya. Cita-cita Chen sangat nyata dan jelas, pengorbanannya merupakan kerja yang orang ramai enggan buat tetapi dalam masa yang sama merupakan perkara paling perlu dibuat dengan segera, iaitu kerja-kerja memberi didikan dan bimbingan.

Kitab Shu Jing menyatakan bahawa “Berkat akan dikurniakan kepada

orang berbuat baik, malapetaka akan diturunkan kepada orang berbuat jahat.” Kitab Yi Jing pula memberitahu kita bahawa “Keluarga yang banyak berbuat baik akan dilimpahi dengan keberkatan; Keluarga yang banyak berbuat jahat akan dibalas dengan bala dan bencana.” Kekerapan bencana alam dan kemalangan pada masa sekarang berpunca daripada hati manusia yang sudah terpesong daripada nilai akhlak dan etika murni sehingga mengundang pelbagai petanda buruk.

Page 21: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

11

Laozi pernah berkata, “Seseorang yang tahu bagaimana hendak menjadi insan dengan mematuhi akhlak dan etika serta peraturan, maka dia insan yang bersikap wajar. Sebaliknya jika seseorang itu tidak tahu akhlak dan etika serta peraturan yang harus dipatuhi, maka dia tidak tahu bagaimana hendak menjadi manusia. Akibatnya banyak perkara yang dibuatnya pada setiap hari akan mengundang bala bencana dan malapetaka dalam kehidupannya.” Dengan berlandaskan kekerapan dosa yang dibuat oleh manusia sekarang, sementara itu masih tidak bertaubat dan enggan berubah menjadi baik, nescaya bakal mengundang bencana besar untuk dirinya.

Kita juga pernah membaca dalam buku teks sekolah yang

menyatakan bahawa masalah pemanasan global kian semakin serius dan sekiranya fenomena tersebut tidak diperbaiki, banyak kawasan persisiran pantai akan ditenggelami air. Kebanyakan pertempatan di persisiran pantai makmur dan maju, jikalau kesemuanya ditenggelami air, nescaya sebahagian besar harta benda dan kekayaan manusia lebur begitu sahaja. Cuba kita renung apakah maknanya kekayaan yang dikumpul berpuluh tahun lamanya? Masalah yang dihadapi bersama oleh manusia pada masa sekarang ialah bagaimana hendak meleraikan kesan pemanasan global dan menjauhi bencana alam. Masalah ini harus diberi pertimbangan dan perancangan mendalam. Semua kekayaan yang dicari dengan tergesa-gesa mungkin hilang begitu sahaja apabila bencana datang menghempas.

Jika dibincang secara individu, mengejar nama dan keuntungan,

enggan berhenti berbuat jahat dan enggan berbuat baik, dosa yang terkumpul mungkin menamatkan kehidupan dan menghilangkan keberkatan diri kita. Pada masa itu, kekayaan tidak boleh menggantikan nyawa ataupun meleraikan bala dan bencana. Apabila kita sudah menyedari tentang kebenaran ini, rebutlah masa untuk mentaati ibu bapa, berhenti daripada berbuat jahat, bertaubat bersungguh-sungguh kemudian berbuat baik.

Page 22: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

12

Justeru itu, pendidikan harus diutamakan dan didahulukan. Apabila ada pihak sekolah di negara kita ini menggunakan nilai akhlak dan etika serta kebijaksanaan nenek moyang untuk membimbing dan mendidik anak murid, “Adat” itu merujuk kepada budaya dan kebiasaan sekolah. “Pendidikan” pula merujuk kepada peraturan-peraturan sekolah. Anak-anak murid yang menerima pendidikan yang benar-benar baik akan membangkitkan perasaan kagum orang ramai. Selepas mereka mula berkhidmat dalam masyarakat, orang ramai akan hairan “Budak ni sangat sopan, sangat prihatin……” lalu menimbulkan keinginan untuk mengetahui latar belakang sekolah mereka.

Kini di Sekolah-Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Malaysia,

ramai Guru Besar mengetuai pembelajaran Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup dan kebudayaan tradisi. Dalam program atau ceramah yang berkaitan dengan “Di Zi Gui”, Guru Besar sekeluarga duduk di barisan pertama untuk menjadi teladan kepada semua guru dan ibu bapa. Merekalah orang pertama yang belajar dengan bersungguh-sungguh dan melaksanakan ajaran “Di Zi Gui”. Semangat ini memang patut dihargai.

“Jikalau budiman ingin mempengaruhi orang ramai dan membentuk adat dan budaya yang sihat, dia harus bertindak melalui pendidikan”. Jikalau dilanjutkan ke tengah masyarakat dan aneka bidang dan industri, ini merupakan satu jenis pendidikan dan bimbingan yang sangat baik. Misalnya dalam sesebuah korporat, tauke ialah “budiman”, “orang ramai” merujuk kepada para pekerja, “Adat” ialah budaya korporat.

Sekarang ini ramai tauke korporat menggunakan kebudayaan tradisi

Cina untuk membimbing dan mendidik pekerjanya. Pemimpin-pemimpin korporat ini sememangnya berharap mereka boleh mendorong pekerjanya memperolehi kebahagiaan hidup dan kebahagiaan keluarga. Segala yang diusahakan semata-mata untuk kebaikan kehidupan mereka. Segala usaha tokoh korporat ini bukan sahaja mempengaruhi dan mendidik para pekerja malah menjadi teladan baik untuk semua orang di merata tempat

Page 23: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

13

malahan di seluruh dunia. Misalnya Encik Hu Xiaolin (seorang usahawan di Beijing), beliau

menjadi teladan yang sangat baik dalam bidang korporat. Beliau melaksanakan ajaran “Di Zi Gui” dalam korporatnya dan membawa kesan yang menakjubkan pada semua pekerjanya. Pekerja-pekerja banyak berubah dalam akhlak dan sikap. Kini, banyak korporat di Beijing mengikut jejak Encik Hu dan menganggap beliau sebagai contoh teladan.

Sesungguhnya, memang tidak sukar jika seseorang itu berkeinginan

menaburkan bakti untuk bangsa dan masyarakat. Buat masa ini kita masing-masing mengendalikan keluarga dengan baik dan kemudiannya memimpin korporat dengan baik, maka teladan baik ini akan menjadi ikutan ramai di seluruh dunia.

Setiap orang mengidamkan kebahagiaan dan kesempurnaan, jikalau

anda berjaya membuat keluarga bahagia dan korporat bahagia, mana ada orang yang enggan mencontohi anda? Begitu juga dengan komuniti tempat tinggal anda. Jikalau anda berjaya membimbing dan mempengaruhi komuniti anda, maka komuniti di seluruh dunia akan datang belajar daripada anda. Misalnya Komuniti Geng Xin Lian Yuan, di Bandar San Chong, Taiwan, di sana ada dua orang guru yang sangat gigih berusaha. Selepas 13 tahun titik peluh dicurahkan di sana, kini komuniti keseluruhannya umpama sebuah keluarga besar dengan ikatan perpaduan erat dan penuh harmoni.

Setiausaha Sosial Kementerian Pendidikan Taiwan pun mendalami

perkara tersebut dan menjadikan komuniti ini sebagai model untuk dipelajari oleh semua komuniti di Taiwan. Kini, ia bukan sahaja menerima lawatan sambil belajar daripada penduduk tempatan Taiwan, ramai orang Cina yang berpeluang mengunjungi Taiwan kebanyakannya akan melawat tempat ini untuk merasai suasana harmoni komuniti tersebut. Adakah sesiapa yang tidak mengharapkan komuniti tempat dia tinggal mempunyai

Page 24: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

14

suasana umpama sebuah keluarga besar dan saling bantu-membantu serta berkasih sayang? Saya pernah mengunjungi tempat ini, suasana komunitinya berjaya mengharukan kami tanpa diucapkan sepatah kata.

Jadi, “Jikalau budiman ingin mempengaruhi orang ramai dan

membentuk adat dan budaya yang sihat, dia harus bertindak melalui pendidikan.” Ayat ini mempunyai makna yang sangat mendalam, kita bergantung kepada pendidikan untuk mempengaruhi minda dan jiwa manusia, barulah sifat dan perangai orang boleh berubah. Cuba kita fikirkan, Konfusius mempunyai anak murid seramai tiga ribu orang, 72 orang anak murid yang suci dan berakhlak mulia. Seandainya kesemua anak murid ini tidak bertemu dengan Konfusius, adakah mereka akan mengalami kehidupan yang sama? Misalnya Zilu, semasa kali pertama beliau bertemu dengan Konfusius, atas kepalanya dicucuk dengan bulu ayam jantan dan bahagian perut diikat dengan sehelai kulit binatang buruannya, dia kelihatan sangat gasar sekali.

Seandainya Zilu tidak bertemu dengan Konfusius, mungkin dia kekal

sebagai seorang pemburu seumur hidupnya. Tetapi selepas dia bertemu dengan Konfusius, dia berjaya menjadi menteri besar negara dan berakhlak mulia. Pada saat genting sebelum menempuh maut, Zilu tetap tidak lupa ajaran dan didikan Konfusius. Dari sini jelas menunjukkan bahawa jiwanya sudah sebati dengan pendidikan dan bimbingan Konfusius.

Kita tidak tahu ada berapa ramai orang yang mempunyai semangat

seperti Zilu, jadi pendidikan itu sangat berharga kerana ia bukan sahaja mempengaruhi sekumpulan orang malahan sesuatu komuniti dan tempat.

Seandainya saya tidak bertemu dengan Cikgu saya, Master Chin Kung,

tidak dipertemukan dengan pendidikan kitab Falsafah Tradisi, saya tidak berani membayangkan apa yang bakal berlaku pada diri saya. Sosial masyarakat kini dipenuhi dengan beraneka jenis pengaruh negatif. Saya

Page 25: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

15

tidak sedar sejauh mana kesannya pada diri saya, mungkin sudah disalut penuh dengan aneka pengaruh negatif sehingga tidak dikenali orang. Entah saya masih hidup atau sudah mati menjadi satu persoalan. Oleh kerana tidak tahu membezakan antara baik dengan yang buruk sehingga banyak dosa telah dilakukan, mungkin mengakibatkan nyawa pun tamat lebih awal.

Sememangnya budi dan jasa orang-orang suci dahulu, nenek

moyang dan guru sukar dibalas! Maka kita harus menggunakan jasad yang diberi Tuhan ini untuk mempraktiskan segala ajaran tradisi serta mewarisi didikan dan bimbingan orang-orang suci dahulu bagi membalas segala budi mereka.

Orang-orang suci dahulu sedar tentang kepentingan pendidikan dan

pembelajaran. Sesetengah daripada mereka bimbang berlakunya kehilangan kitab-kitab Falsafah Tradisi, justeru banyak kitab tradisi diukir dan dipahat atas batu. Misalnya, Kitab Batu di Fangshan, Beijing, selama 800 tahun digunakan untuk menyempurnakan misi memahat kandungan kitab atas batu. Misi tersebut telah disempurnakan secara bersama oleh beberapa generasi suatu keluarga dan semangat itu amat mengharukan kita semua.

Semasa “Revolusi Kebudayaan”, ramai antara mereka

mempertaruhkan keselamatan nyawa mereka demi menyembunyikan kitab-kitab tradisi. Jadi, jikalau kebudayaan terputus di tangan generasi kita, malulah untuk kita berhadapan dengan nenek moyang yang mempertaruhkan darah dan mencurahkan keringat semata-mata untuk warisan kebudayaan.

Seterusnya mari kita tengok perenggan kedua. “Hayatilah biar

betapa bagusnya kualiti seketul batu jed, jikalau tidak dipotong, diukir atau diasah, ia tidak akan menjadi bekas atau peralatan yang berguna. Jikalau seseorang itu enggan belajar maka dia tidak akan tahu hakikat

Page 26: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

16

kebenaran bagaimana hendak menjadi insan yang berguna. Justeru itu para pemerintah pada zaman purba mendahulukan dan mengutamakan pendidikan dalam pembangunan negara dan pentabdiran rakyat jelata. Kitab “Shangshu, Bab Yueming” mengatakan bahawa “Sentiasa beringat untuk belajar dari awal hingga hujung kehidupan.” Begitulah maksudnya.

Perenggan ini menyatakan bahawa jikalau seseorang individu tidak

diajar pendidikan ajaran orang-orang suci dahulu, dia tidak akan tahu sebab musabab untuk menjadi seorang insan. Dari sini ternyatalah objektif pendidikan dan kepentingan pendidikan. Setiap negara mahupun setiap keluarga harus menyedari kepentingan pendidikan. Dengan adanya kesedaran tersebut, barulah tenaga dan usaha akan dicurahkan. Jikalau pendidikan diabaikan kerana tidak menyedari tentang kepentingannya, maka memang sukar apabila masalah sudah timbul baru hendak diberi pendidikan. Keadaannya umpama mengubati penyakit, kesihatan akan terjamin jikalau diberikan pencegahan awal sebelum berpenyakit. Sebaliknya, apabila pencegahan diabaikan, akibatnya entah berapa kali ganda masa diperlukan untuk mengubati penyakit yang sudah parah dan serius keadaannya.

Mari kita lihat ayat ini “Hayatilah biar betapa bagusnya kualiti seketul

batu jed, jikalau tidak dipotong, diukir atau diasah, ia tidak akan menjadi bekas atau peralatan yang berguna. Jikalau seseorang itu enggan belajar maka dia tidak akan tahu hakikat kebenaran bagaimana hendak menjadi insan yang berguna”. Ayat pertama mengambil batu jed sebagai kiasan, iaitu jikalau batu jed tidak dipotong, diukir dan diasah, ia tidak boleh menjadi bekas atau peralatan yang sangat berguna. Begitu juga dengan sifat manusia, sesungguhnya manusia semuanya dilahirkan dengan sifat murni semulajadi. Namun begitu, sekiranya dia tidak menerima pendidikan yang baik, kemudian hari dia dipengaruhi oleh tabiat-tabiat buruk. Maka sifat murni semulajadinya tidak akan menyerlah dan dirinya akan menjadi hamba kepada tabiat-tabiat buruk diri sendiri.

Page 27: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

17

Kitab “San Zi Jing” (Kitab yang terdiri daripada tiga perkataan bagi setiap bait), menyatakan bahawa “Jikalau tidak diajar, sifat semulajadi akan berubah.” Tujuan pendidikan ialah untuk mengembalikan kemuliaan hati semulajadi manusia dan mengetahui sebab musabab untuk menjadi seorang insan.

“Jikalau seseorang itu enggan belajar maka dia tidak akan tahu hakikat

kebenaran bagaimana hendak menjadi insan yang berguna.” Ayat ini memperingatkan kita yang bertanggungjawab sebagai ibu bapa, sebagai guru, sekarang ini kita menegur anak akan silap lakunya, tetapi yang menjadi masalahnya ialah pernahkah kita mengajarnya cara yang betul? Ada seorang budak berumur tujuh tahun telah mempelajari “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”, Bab 1 “Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa Semasa Di Rumah”, budak itu berkata, “Selepas saya membaca Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup, barulah saya tahu kita sebagai seorang manusia harus taat dan menyayangi ibu bapa.” Dia tidak tahu bahawa inilah teras untuk menjadi seorang manusia.

Sekarang ini banyak perangai orang dewasa yang mungkin pasangan

hidupnya juga tidak boleh menerima akan perangainya. Malahan orang luar yang nampak akan berkata, “Sudah dewasa perkara sebegini pun tak tahu!” Selain daripada memberi kritikan dan komen, kita harus bertenang, cuba tanya adakah dia pernah diajar semasa di rumah? Pernahkah sekolah mengajarnya? Pernahkah masyarakat mengajarnya? “Sudah dewasa”, yang “dewasa” itu hanya dari segi fizikal dan tidak bermaksud matang dari segi mental.

Jadi, tanggungjawab ibu bapa yang harus disempurnakan bukan

sekadar menjaga pertumbuhan fizikal, malahan harus memberi pendidikan kepadanya agar memahami kebenaran hidup untuk menjadi insan yang berguna. Jikalau tidak, dia mungkin mencederakan orang lain pada kemudian harinya. Dengan berpandukan ayat ajaran ini, memang patut kita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan berfikiran secara

Page 28: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

18

mendalam yakni pendidikan harus ada asasnya. Kita mengimbas kembali generasi 50 tahun yang lepas atau 100 tahun

yang lepas, rata-ratanya buta huruf dan mula membuat kerja di dapur pada umur 6-7 tahun. Mereka menolong emak menjaga adik-beradik, malahan ada pula yang mula menanggung beban keluarga pada umur 13-14 tahun. Adakah mereka tahu apakah itu sebab musabab untuk menjadi seorang insan? Mereka tahu. Ini tidak semestinya berhubung kait dengan taraf pendidikan. Dengan adanya pendidikan dan teladan daripada ibu bapa di rumah, maka budaya masyarakat dahulu memang menitikberatkan kasih sayang dan keadilan, maka lama-kelamaan dia terbiasa dengan kehidupan yang demikian.

Katakan seseorang berpendidikan kedoktoran, adakah dia

berpelajaran? Yang nyata kelihatan, dia memang berpendidikan dengan pembelajaran akademik lebih kurang 20 tahun. Namun begitu, adakah dia tahu sebab musabab untuk menjadi seorang insan? Mungkin dia tidak taat dan tidak sayang kepada ibu bapa. Bersikap angkuh terhadap isteri dan panas baran orangnya. Dari sini, ia memberi satu peringatan kepada kita, “Pembelajaran” adalah belajar untuk kesedaran, belajar untuk bertimbang rasa dan belajar sebab musabab untuk menjadi seorang insan. Mana ada semakin tinggi taraf pendidikan semakin tidak bermoral, semakin tidak tahu sebab musabab untuk menjadi insan berguna, semakin banyak tabiat buruk pula? “Pembelajaran” bukan semata-mata untuk mengejar ilmu dan pencapaian akademik sahaja.

Kini, kita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan mungkin

sudah melahirkan ramai anak murid dengan pencapaian akademik kedoktoran tetapi mengalami perceraian dalam perkahwinan, bolehkah kita rasa senang hati dengan keadaan begini? Walaupun anak murid ini mempunyai pencapaian kedoktoran dan sarjana dalam akademik, tetapi ibu bapanya sangat sakit hati kerana anak itu anak yang derhaka. Saya fikir kita yang bergelar sebagai guru pasti tidak akan berasa bangga tentang

Page 29: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

19

keadaan tersebut. Seandainya dia mempunyai pencapaian akademik sangat tinggi, tetapi

menjadi seorang menteri atau pegawai kerajaan yang terima rasuah, menjadi doktor yang gigih mencari wang tetapi tidak memikul tanggungjawab untuk memelihara nyawa dan kesihatan orang ramai, atau menjadi peguam yang tidak membela keadilan sebaliknya banyak menerima kes perceraian dan memberi bimbingan untuk bercerai.

Jikalau seseorang mempunyai profesyen yang sangat baik tetapi tidak

beretika, kerosakan yang dibawanya terhadap masyarakat amat besar. Katakan jikalau anak murid kita juga bergelar guru pada satu waktu kelak, tetapi mereka berpendapat bahawa menjadi guru harus mencari wang dengan banyak, pemikiran mementingkan keuntungan boleh memudaratkan generasi kemudiannya apabila minda anak murid mereka turut disemai dengan pemikiran yang sama.

Setiap bidang dan industri mempunyai “Dao” iaitu etika tersendiri,

misalnya etika seorang guru, etika seorang doktor dan etika seorang peniaga, begitu juga etika bagi seseorang yang bergelar “bapa”. Anak dibela tetapi tidak diasuh, ini salah ayah dan ibu. Apakah itu “Dao”? Dao terdiri daripada sifat penyayang dan bertanggungjawab, “asas kegembiraan ialah membantu orang lain”, inilah etika untuk setiap profesyen dan industri. Jikalau anak-anak tidak diajar menjadi insan yang berjiwa penyayang, bertanggungjawab dan rela membantu semasa di tadika ataupun sekolah rendah, bolehkah mereka diajar semasa di universiti? Pada masa itu sifat mementingkan diri dan ego sudah tersemai mendalam dan sebati dengan jiwanya. Jadi mungkinkah mereka bersifat penyayang, bertanggungjawab dan bercita-cita berbakti untuk orang ramai sebaik saja berkhidmat dalam masyarakat?

Dalam buku “Ajaran Keluarga Yan” menyatakan bahawa, “Menantu

perempuan harus dibimbing seawal mereka masuk pintu rumah, anak

Page 30: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

20

harus diasuh semenjak awal usia kecil”. Jikalau ditinjau dari sudut pendidikan, guru-guru tadika dan sekolah rendah amat penting sekali. Ini tidak bermaksud pengajian di universiti tidak penting, sebab “Tiada kata terlambat membetulkan kandang setelah kehilangan kambing”. Namun, jikalau semenjak kecil lagi anak berpeluang mempelajari sifat baik tersebut dari tadika dan sekolah rendah lagi, maka guru-guru di peringkat persekolahan tersebut bagai sudah membuat pahala yang sangat besar. Kitab Yijing menyatakan bahawa “Mendidik anak dengan asas tatasusila dan akhlak yang kukuh semenjak kecil, inilah tugas yang paling suci.”

Anak-anak harus diajar bersikap baik dan betul sejak kecil, jikalau

mereka tidak diajar agar berbakti sebagai matlamat kehidupan, membantu orang lain merupakan asas kegembiraan, maka mereka tidak akan rasa gembira tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Anda mengatakan bahawa anda gembira apabila mendapat keuntungan, tetapi sampai sekarang saya masih belum berjumpa dengan orang yang rasa gembira kerana hanya mempunyai wang. Yang pastinya ialah selepas membuat sesuatu perkara yang sangat bernilai dan bermakna menjadikannya rasa sangat gembira.

Anda semua boleh membuat pemerhatian pada para sukarelawan,

anda boleh nampak mereka amat gembira dan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh; sebaliknya mereka yang bekerja untuk mencari wang pula tidak terasa gembira. Jikalau terasa gaji yang dibayar terlalu sedikit, mukanya begitu masam dan teringin letak jawatan. Maka sukar untuknya menumpang perasaan gembira setelah nampak orang lain bermanfaat melalui bantuan yang dihulurkannya.

Andai kata seorang doktor, jikalau dia berjaya menyelamatkan nyawa

seseorang, semua ahli keluarga akan sangat menghargai budinya. Maka, dalam sepanjang hayatnya dia tidak akan lupa perasaan kejutan jiwa berkenaan. Dia akan berpendapat bahawa dalam hayatnya, rupanya dia boleh membawa pengaruh kepada sesebuah keluarga. Sebaliknya, ketika

Page 31: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

21

doktor ini menolong orang, hati baiknya juga akan dibangkitkan pada masa yang sama. Dia juga bermanfaat semasa menghulurkan bantuan kepada orang lain.

Pesakit inilah yang menjayakan kehidupan doktor ini kerana pesakit

telah membangkitkan sifat penyayangnya. Justeru, dengan memberi kemudahan dan kebaikan kepada orang lain, sudah pasti diri kita akan menerima manfaatnya. Perbuatan tersebut meningkatkan ketenteraman jiwa dan rohani kita serta rahmat pun semakin melimpah. Peningkatan rahmat, kebijaksanaan dan akhlak kita adalah hasil pemberian peluang daripada orang ramai, jadi kita harus berterima kasih kepada mereka yang sudi menerima perkhidmatan kita.

Andai kata bagi seseorang yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, kita telah mendidik anak murid menjadi baik, di mana pada asalnya dia seorang budak yang jahat berubah menjadi anak yang baik, mentaati ibu bapa dan rajin belajar. Guru pasti sangat senang hati melihat perubahan positif pada anak muridnya dan usahanya berbaloi. Sifat penyayang dan misi pula dibangkitkan atas sebab kehadiran anak murid tersebut. Anak-anak murid inilah yang mengingatkan saya, apakah misi saya, apakah tanggungjawab saya, apakah kekurangan saya semasa mengajar. “Oleh itu, kita menyedari kekurangan diri setelah belajar dan mengejar ilmu, menyedari kesukaran selepas mengajar orang” Anak muridlah yang menjayakan peningkatan ilmu dan akhlak kita.

Ayat seterusnya menyatakan, “Justera itu, para pemerintahan pada

zaman purba mendahulukan dan mengutamakan pendidikan dalam pembangunan negara dan pentadbiran rakyat jelata.” Bagi pemerintah yang sudah memahami akan kebenaran ini pasti akan memberi prioriti tentang isu pendidikan. Melalui pembelajaran dan pendidikan, kita akan tahu sebab musabab untuk menjadi seorang insan yang baik. Tetapi apakah yang harus dipelajari? Kita yang mempelajari kebudayaan tradisi Cina harus menguasai program pembelajaran yang terdiri daripada “Lima

Page 32: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

22

Hubungan Asas Dalam Kalangan Manusia” , “Lima Konvensional” , “Empat Nilai Moral Rasmi Masa Purba” , “Lapan Nilai Akhlak”, di mana ia merupakan prinsip pendidikan tradisi Cina yang mengandungi kebijaksanaan selama lima ribu tahun.

Mari kita tinjau dari segi “Lapan Nilai Akhlak” yang mana

mempunyai dua bentuk penjelasan, iaitu menggabungkan empat nilai yang lain, kesemuanya terdiri daripada “Dua Belas Nilai Akhlak atau Moral”.

Lapan Nilai Akhlak,

1. Ketaatan kepada ibu bapa (Xiao) 2. Sayang antara Adik-beradik serta saudara-mara (Ti) 3. Kesetiaan (Zhong), 4. Amanah (Xin) 5. Tatasusila, kesopanan, berbudi bahasa dari segi perangai dan Muzik

(Li) 6. Soleh, kebenaran, sanggup menyumbang dan menolong (Yi) 7. Kejujuran-bersih (Lian) 8. Tahu segan diri (Chi)

Empat lagi Nilai Akhlak,

9. Kebajikan, keprihatinan (Ren) 10. Penyayang, kasih sayang kepada semua makhluk (Ai) 11. Keharmonian (He) 12. Kesamarataan, Keamanan, Ketenangan (Ping)

Jikalau kesemua “Dua Belas Nilai Akhlak atau Moral” diajar dalam

pendidikan sosial, maka semua masalah masyarakat dan keluarga boleh diselesaikan. Ramai orang berpendapat bahawa teori pendidikan orang-orang suci dahulu tidak boleh dikecapi. Justeru, Pusat Pendidikan Kebudayaan Lujiang ditubuhkan di Tangchi, China pada tahun 2005.

Page 33: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

23

Penduduk setempat seramai 48,000 orang diberi pendidikan “Di Zi Gui” (Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup) dan hasilnya kadar penceraian dan jenayah turun dengan banyak. Setahun kemudian selepas “Di Zi Gui” diperkembangkan, langsung tiada kes penceraian berlaku di bandar tersebut. Mungkin ada juga yang berlaku tetapi pada mereka yang bekerja di luar dan tidak pernah menghadiri kelas kami.

Oleh itu, memang penting sekali seseorang itu berpeluang

mempelajari pendidikan akhlak dan moral. Sifat murni merupakan sifat semulajadi setiap insan, dia sudi belajar dan meneladani sifat yang baik jikalau ada orang yang sudi mengajarnya. Setiap insan mempunyai perasaan malu dan keaiban, dia sedar apa yang betul dan tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

Sebelum ini, penduduk Tangchi saling bersaing dari saiz rumah yang

dibina, tetapi selepas menerima pendidikan moral, sijil penghargaan “Menantu Baik” menjadi warisan keluarga dan dipamerkan di ruang tamu. Mereka berbangga kerana akhlak dan moral dan tidak lagi saling bersaing dari segi material yang ada. Melalui penyertaan pekerjaan tersebut, barulah kami mempunyai keyakinan tinggi bahawa setiap orang boleh dididik menjadi orang yang baik.

Ternyata sesungguhnya ajaran orang-orang suci dahulu memang

sangat baik. Ramai yang menyertai kelas kami pada mulanya agak ego dan angkuh; lima hari kemudian, mereka sudi membongkokkan badan untuk memberi salam. Ramai orang sangat terkejut mengapa perubahannya begitu drastik? Sebab pendidikan nenek moyang kita berlandaskan sifat kemanusiaan dan boleh diterima oleh sesiapa sahaja.

“Lapan Nilai Akhlak” merupakan prinsip pembelajaran dan

diadunkan dengan “Empat Nilai Akhlak” boleh menyelesaikan semua masalah sosial. Keluarga menjadi harmoni dan aman apabila anak mentaati ibu bapa dan persaudaraan adik-beradik yang saling berkasih

Page 34: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

24

sayang. Apabila mempunyai sifat kesetiaan dan amanah, maka tiada orang yang berhenti kerja, manakala sesetengah bukan sahaja berhenti kerja malahan membawa bersama hampir separuh rakan sekerja yang lain ke tempat kerja barunya. Apabila mempunyai sifat kejujuran dan tahu malu, maka rasuah tidak akan berlaku. Apabila mempunyai sifat tatasusila, maka pergaduhan dan konflik tidak akan berlaku. Apabila mempunyai sifat keadilan, khususnya tokoh politik, mereka akan berbakti untuk kebajikan rakyat jelata, orang yang tidak bersifat adil hanya tahu menjaga kepentingan diri, rakyat jelata tertindas dan rasuah berleluasa. Keluarga yang berakidah dan mengikut jalan yang benar sentiasa rasa selamat dan tenang.

Dengan adanya “Keprihatinan, kasih sayang, keharmonian dan

keamanan”, maka golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan lemah akan dijaga. Kita pernah belajar “Li Yun Da Tong Pian”, “Bab Zaman Keharmonian Unggul”, di mana salah satu kandungannya menyatakan bahawa, “Golongan tua mendapat penjagaan baik dan menikmati sisa-sisa hidup dengan baik, golong pemuda dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan budak-budak membesar dengan sihat. Orang dari kalangan duda, balu, bujang, anak yatim, golongan cacat dan berpenyakit mendapat keprihatinan dan penjagaan daripada masyarakat keseluruhannya.”

Golongan-golongan yang dinyatakan tersebut merupakan orang yang

memerlukan penjagaan orang ramai. Dengan berjiwa prihatin, kasih sayang, keharmonian dan keamanan, barulah kerja-kerja kebajikan yang dibuat semakin hari semakin bertambah baik. Justeru itu, untuk kestabilan politik dan ketenteraman masyarakat, teladan moral dan akhlak yang baik harus ditekankan dan diperkenalkan untuk pengetahuan umum.

Pada zaman sekarang, banyak tenaga dan usaha dicurahkan untuk

sistem politik. Jikalau seseorang tidak bermoral, biar betapa baiknya sistem yang ada tetap akan menjadi alat yang dipermainkan olehnya. Jadi, kita

Page 35: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

25

harus bertenang hati, berfikir dan menimbang dari sudut keluarga dan negara secara keseluruhan, barulah lebih menghayati makna “pendidikan harus didahulukan dan diutamakan” dan segalanya berlunaskan akhlak dan moral seseorang.

“Naluri setiap insan adalah suci dan mulia”, namun begitu, pendidikan amat diperlukan bagi menyerlahkan sifat murni semula jadi tersebut. “Jika tidak dididik, sifat murni semula jadi akan semakin merosot” kerana dikawal oleh pelbagai tabiat buruk dan nafsu. Justeru itu, perilaku dan perbuatan seseorang mungkin lebih teruk daripada binatang akibat tidak diasuh dan tidak dididik. Jikalau dia diberi asuhan dan pendidikan yang baik, setiap insan boleh menjadi makhluk paling pintar atas muka bumi ini. Boleh menjadi salah satu makhluk termulia antara bumi dan langit, boleh berjiwa lapang dan berperilaku tidak mementingkan diri sebagaimana yang dimiliki oleh langit dan bumi. “Justeru itu para pemerintah pada zaman purba mendahulukan dan mengutamakan pendidikan dalam pembangunan negara dan pentabdiran rakyat jelata.”

Menyentuh tentang isu pendidikan, Master Chin Kung pernah berkata, “Mengapakah dunia menjadi huru-hara?” Sebab orang timur sudah mengabaikan pendidikan orang-orang suci dahulu manakala orang barat pula sudah mengenepikan pendidikan agama. Akibatnya kerohanian manusia kehilangan tempat pergantungan dan tidak lagi berkemampuan membuat pertimbangan secara tepat dan betul, maka kemerosotan semakin menular.

Teras pendidikan daripada orang-orang suci dahulu dari timur ialah

“Ketaatan pada ibu bapa”. “Jikalau seseorang itu enggan belajar maka dia tidak akan tahu hakikat kebenaran bagaimana hendak menjadi insan yang berguna.” Apa yang harus diketahuinya, yang paling utama ialah sifat taat pada ibu bapa. Apabila insan itu berjiwa sedemikian, maka sudah pasti jiwanya dipenuhi dengan segala sifat dan perilaku yang baik.

Page 36: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

26

Jikalau hari ini ada orang bertanyakan pada anda soalan tentang cuaca sedangkan anda tidak begitu pasti, kemudiannya anda menjawabnya cuaca hari ini agak baik. Ini dikatakan sebagai “berselindung”, nyatakanlah anda tahu jikalau anda tahu, nyatakanlah anda tidak tahu jikalau anda tidak tahu. Maka terlepaslah peluang untuknya mengetahui sebab musabab kebenaran ini. Seandainya kita berfikiran bahawa jikalau hari ini kita banyakkan pembelajaran agar boleh membantu orang lain, tanpa mendapat gambaran jelas dan terus mengajukan pertanyaan selepas kelas. “Kita bincang esok, kita bincang esok”, berapa banyak hari esok yang ada?

“Hari esok bersilih ganti, betapa banyaknya keesokan hari, jika asyik

tunggu-menunggu hayat ini, nescaya semua perkara terbengkalai dan tidak menjadi.” Sikap esok lusa menangguhkan segala kerja bukan sahaja tidak membawa sebarang pencapaian malahan nilai akhlak dan moral tidak bertambah maju. Oleh yang demikian, semua yang dipelajari pada hari ini harus “dihadam” pada hari ini juga. “Tugasan hari ini harus diselesaikan pada hari ini.”

“Tugasan hari ini harus diselesaikan pada hari ini.” Bagi sesetengah

orang, untuk siapakah kata-kata hikmah ini diajukan? Untuk anak-anak murid. Beberapa hari yang lepas, saya bertanyakan seorang rakan, “Bagaimanakah anda melangkaui kebuntuan dalam pembelajaran?” Selepas sekian lama beliau berfikir kemudian menggeleng kepala sambil berkata “Tiada.” Saya berkata, “Bukankah anda mengajar budak-budak kecil? Sekarang anda berhadapan dengan masalah tetapi tidak berikhtiar untuk menanganinya dan menyelesaikannya. Bagaimana anda hendak mengajar anak murid menyelesaikan masalah? Bagaimana anda mengajar anak murid cekal dan tidak berputus asa seperti kata peribahasa “Bara yang digenggam biar sampai jadi arang?” Jikalau diri kita tidak mempraktiskan semangat tersebut, peribahasa itu tetap peribahasa yang tiada kena-mengena dengan kehidupan mahupun pendidikan kita.

Jadikan ajaran berkenaan menjadi sikap dan cara kita melayan orang

Page 37: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

27

serta membuat kerja, barulah kita berkemampuan memberi pengaruh kepada anak murid. Diri kita terlebih dahulu harus mengamalkan sifat-sifat keperibadian dan personaliti sebagaimana kita harapkan dimiliki oleh anak dan murid-murid kita.

Seseorang yang berjiwa kasih sayang dan mentaati ibu bapa,

mengapa boleh dikatakan jiwanya dipenuhi dengan segala sifat dan perilaku yang baik? Mari kita teliti daripada “Dua Belas Nilai Akhlak atau Moral”, “Sayang antara adik-beradik serta saudara-mara ” Dalam buku “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”, bab yang ke-2, “Etika Orang Muda Dalam Kalangan Orang Yang Lebih Tua” menyatakan bahawa “Kakak dan abang seharusnya melayani adik-adik mereka dengan baik; Si adik seharusnya menyayangi dan menghormati yang tua; Menjalin pertalian mesra sesama ahli keluarga adalah tugas kita terhadap ibu bapa”.

Dari manakah lahirnya sifat setia, jujur dan sikap bersungguh-

sungguh seseorang? Taat pada ibu bapa. “Sekiranya mampu, tunaikan apa yang ibu bapa ingini sekiranya ianya baik bagi mereka.” Kita lihat dengan jelas melalui generasi ibu bapa kita, demi memberi kehidupan baik kepada ibu bapa dengan secepat mungkin, supaya ibu bapa tidak perlu risau tentang mereka, tidak kira semasa persekolahan ataupun pekerjaan, sebagai anak mereka melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan penuh kesetiaan. Seterusnya, sebagai anak mesti bersifat amanah. Beramanah terhadap siapa? Yang pertamanya pastinya amanah terhadap ibu bapa sendiri, “Apabila disuruh membuat sesuatu, buat secepat yang boleh.”

Kesopanan, “apabila dipanggil oleh ibu atau bapa, jawab dengan segera.” Apabila seseorang itu bersopan terhadap ibu bapa, dia juga akan bersopan dengan orang lain. Apabila seseorang bersikap biadap terhadap orang lain, semasa melayan ibu bapa pasti langsung tiada rasa hormat, ini memang benar. Apabila seseorang bergaul dengan orang lain, kemudian timbul sesetengah tabiat buruk, dengan serta-merta dia akan terfikir,

Page 38: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

28

mengapa diri saya bersifat sombong? Bersikap sombong terhadap ibu dan melepaskan kemarahan terhadap ibu. Mengapakah saya bersifat cepat naik darah? Kitab “Xiao Jing” menyatakan bahawa “Orang yang menyayangi ibu bapanya tidak berani bersikap buruk terhadap orang lain; Orang yang menghormati ibu bapanya tidak berani bersikap angkuh terhadap orang lain.”

Apabila seseorang itu tahu dan melaksanakan segala tanggungjawab

terhadap ibu bapa dengan baik, maka sejajar dengannya segala sifat dan ahklak baik turut dilahirkan. Berkasih sayang dan hormat pada orang lain merupakan nilai murni semula jadi setiap insan, jikalau seseorang itu gagal berbuat begitu, ini bermakna dia bukan seorang anak yang taat. Memang penting untuk kita faham tentang kebenaran ini sebab kita belajar untuk meningkatkan akhlak dan akidah diri. Apa yang ditakuti ialah kita tidak sedar masalah yang wujud pada diri, walaupun sudah banyak mempelajarinya tetapi masih enggan mengaku akan masalah sendiri dan cuba menipu diri, nescaya tiada kemajuan dan peningkatan akhlak. Apabila timbulnya perbalahan dan konflik dengan orang lain serta tersinggung perasaan, cepat-cepatlah bertanya pada diri sama ada ibu bapa sendiri juga dilayan dengan cara sebegini? Inilah cara untuk membuang tabiat buruk kita dari akar umbinya.

Orang dahulu sangat bersifat murni dan layanan mereka terhadap

ibu bapa penuh soleh. Pasti berlinang air mata setiap kali mengenang ibu bapa yang sudah meninggal dunia, sebab mereka sedar jasa dan budi ibu bapa tidak terkira. Justeru, “Apabila ibu bapa sudah tiada, selalulah mengenangi mereka. Kenangkan taburan budi mereka sepanjang membesarkan kita.”

Bersikap bersih dan penuh dengan kejujuran, “Jangan buat salah,

walaupun kecil, nescaya ibu bapa kita akan berasa sedih dengan perbuatan yang sedemikian.

Page 39: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

29

Tahu segan diri, “Ibu bapa pastinya kecewa apabila kita membuat kesalahan atau berlaku curang.” Semua ini diajar dalam “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”.

Keprihatinan, “Pastikan ibu bapa selesa dalam sebarang keadaan

cuaca.” Prihatin dengan penuh ketelitian dan berfikir dari sudut ibu bapa serta tahu keperluan mereka.

Kasih sayang, kasih sayang terhadap ibu bapa dan menghayati

keperluan mereka dengan hati dan jiwa. “Semasa ibu bapa sakit, jaga dengan rapi ubat-ubatan mereka, dan mesti sentiasa berada di sisi mereka.”

Keharmonian, “Jikalau ibu bapa melakukan kesalahan, nasihati

mereka dengan penampilan muka yang baik dan suara yang lembut barulah mereka boleh membuat perubahan. Sekiranya nasihat kamu tidak diterima, cuba lagi pada masa lain yang sesuai, diiringi dengan nada yang sedih agar mereka memahami tujuan murni kamu.” Jikalau kita masih meninggikan suara semasa bercakap dengan ibu bapa ataupun mereka yang lebih tua, ertinya kita bersalah terhadap Konfusius dan ajaran orang-orang suci dahulu. Jikalau seseorang itu bersikap angkuh dan cara bercakap pula tidak sopan semasa berhadapan dengan pemimpin ataupun orang yang lebih tua, seandainya dia tidak sedar dan tidak bertaubat, nescaya semakin berjauhan dengan sifat murni dan akhlak baik semulajadinya.

Keamanan, jika kita sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sabar,

tidak kira apa jua situasi pun gagal membangkitkan kemarahan. “Sekiranya nasihat kamu kepada ibu bapa tidak diterima, cuba lagi pada masa lain yang sesuai, diiringi dengan nada yang sedih agar mereka memahami tujuan murni kamu. Jangan menyimpan dendam terhadap ibu bapa walaupun kamu dirotan.” Ibu bapa tidak memahami kamu, memarahi kamu malahan merotan kamu, anda tetap boleh menenangkan

Page 40: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

30

hati untuk menghadapinya tidak kira apa jua keadaannya, di samping itu tidak menyimpan dendam dalam hati.

Rakan-rakan sekalian, adakah bagus mempunyai anak lelaki seperti

ini? Adakah bagus mempunyai anak perempuan seperti ini? Adakah bagus mempunyai anak murid seperti ini? Terlebih dahulu diri kita harus menjadi orang seperti itu, betul bukan? Inilah dikatakan pendidikan melalui teladan. Apabila diri kita sudah jelas tentang bagaimana hendak melaksanakan peranan sebagai anak, lima perhubungan utama dan lapan nilai akhlak dan moral, maka kita boleh “Menyampaikan kebenaran, mengajar ilmu dan menjawab kemusykilan” anak murid.

“Pendidikan”, terdiri daripada pendidikan agama, pendidikan keluarga, pendidikan sekolah dan pendidikan sosial. Kesemuanya umpama keempat-empat tayar sesebuah kereta, kereta ini hanya boleh dipandu jauh sekiranya keempat-empat tayar berkeadaan baik. Seandainya salah satu roda sudah bermasalah, maka kereta berkenaan tidak boleh dipandu dengan stabil. Tumpang tanya anda sekalian, berapa tayar sudah rosak sekarang ini? Adakah selamat semasa dipandu? Jangan terus berkeadaan sebegini, tayar yang sudah bocor harus ditampal dan diperbaiki sebelum masalah semakin mendatangkan mudarat.

Asas akhlak dan moral seseorang berpucuk pangkal daripada keluarganya, justeru pendidikan keluarga merupakan asas pendidikan. Manakala pendidikan sekolah merupakan satu lanjutan untuk pendidikan keluarga. Sementara itu pendidikan sosial adalah perkembangan pendidikan keluarga, dan pendidikan agama adalah kesempurnaan pendidikan keluarga. Hal ini menitikberatkan keluhuran perilaku dan semangat berkorban serta personaliti yang tinggi.

Justeru, pendidikan harus diberi melalui pelbagai saluran. Setiap ibu

bapa menyedari tentang pendidikan keluarga, apabila mereka menjaga keluarga dengan baik, anak-anak diasuh dan dibimbing dengan baik, maka

Page 41: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

31

sel-sel masyarakat akan stabil. Guru Besar Liao dari Sekolah Rendah Hin Hua pernah berkongsi bahawa bapanya berpesan semasa nazak agar dia boleh menjaga semua adik-beradik dengan baik (beliau anak sulung); dan sentiasa beringat berkhidmat untuk masyarakat.

Dari sini kita dapat lihat dengan jelas bahawa mereka yang ikhlas

berkhidmat untuk masyarakat kebanyakannya terdiri daripada anak yang soleh, memang benar ajaran Falsafah Tradisi nenek moyang yang menyatakan bahawa “Keluarga yang mempunyai anak soleh melahirkan menteri yang taat dan amanah.”

Selain daripada pendidikan moral, bagi membangkitkan kesedaran orang supaya tidak berani berbuat jahat, mereka perlu diajar bahawa “Orang yang berbuat baik akan diberi balasan baik, manakala orang yang berbuat jahat akan menerima balasan buruk.” Mengapakah orang zaman sekarang berani membuat apa sahaja? Sebab mereka berpendapat bahawa semuanya tidak wujud lagi selepas kematiannya, begitu juga dengan segala perbuatan jahat yang dibuatnya, maka mereka perlu bertanggungjawab atas segala perkara jahat yang dibuatnya selepas mati.

Oleh yang demikian, semenjak ribuan tahun lagi, pendidikan moral

dan pendidikan tentang pembalasan (cause and effect) akibat berbuat jahat masing-masing tidak boleh diabaikan, kerana pendidikan moral membolehkannya tahu malu dan malu untuk berbuat jahat. Pendidikan tentang pembalasan buruk akibat berbuat jahat mengingatkan kita tidak boleh dan tidak berani berbuat jahat semenjak usia kecil.

Seterusnya tentang pendidikan sosial, sekarang ini banyak syarikat dan industri terlibat dalam pengembangan dan penyebaran nilai murni moral dan akhlak. Ramai tokoh korporat menerajui pembelajaran tersebut. Misalnya Encik Hao di Xinjiang, China, beliau bukan sahaja menggunapakai dan mengaplikasikan ajaran Falsafah Tradisi Penting dalam pentadbiran korporatnya, beliau juga menganjurkan ceramah dan

Page 42: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

32

kursus percuma untuk orang awam pada setiap hujung minggu. Pekerja-pekerjanya yang berpangkat pengurus semuanya beratur menyambut tetamu di padang. Mereka berkhidmat dengan penuh kegembiraan kerana mereka dapat menghayati maksud daripada hikmah “Membantu dan berkhidmat untuk orang lain adalah asas kegembiraan.”

Perkara yang paling mengejutkan saya ialah antara 15% daripada

pekerjanya terdiri daripada golongan kurang berupaya. Golongan pekerja inilah yang bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam syarikat Encik Hao. Inilah yang dikatakan sebagai “Orang yang bersifat pengasih akan dibalas dengan kasih sayang daripada orang lain.” Ceramah dan kursus yang dianjurkan oleh Encik Hao untuk penyertaan percuma orang awam berjaya membawa perubahan positif kepada banyak keluarga. Oleh itu ramai orang datang melanggani produk jualannya sehingga beliau terasa segan sekali. Beliau berkata, “Tujuan kami menganjurkan kursus dan ceramah ini bukan mengharapkan penjualan produk tetapi dengan harapan semua orang boleh mendapat kebaikan daripada ajaran yang baik ini.” Kata mereka, “Saya tetap hendak membeli produk anda.” Mengapa begitu? Sebab mereka telah bermanfaat daripada kursus pendidikan moral tersebut, tidak kira untuk sepanjang hayat dirinya, keluarganya mahupun organisasinya. Budi tersebut dikenang dalam jiwa dan hati mereka buat selama-lamanya.

Dalam sebuah buku klasik berjudul “Shangshu” dan salah satu karya di dalamnya bertajuk “Yueming” . Yueming ialah seorang Perdana Menteri yang sangat kebijaksana semasa Dinasti Shang di bawah pemerintahan Yin Gaozong.

Kitab “Shangshu, Bab Yueming” mengatakan bahawa “Sentiasa

beringat untuk belajar dari awal hingga hujung kehidupan.” Oleh kerana menyedari kepentingan pendidikan, maka semenjak pra-natal lagi pendidikan disalurkan kepada anak. Sampai bilakah pendidikan harus diberikan? Pembelajaran sepanjang hayat. Apatah lagi, “Pembelajaran bagaikan

Page 43: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

33

mengayuh sampan mudik ke hulu, jika tidak ke depan pasti ke belakang.” Oleh itu, kita tidak boleh belajar hari ini, cuti pada hari keesokannya.

Tiada cuti untuk pembelajaran, bak kata pepatah tradisi yang menyatakan bahawa “Selepas tiga hari tidak membaca buku, aura wajah kelihatan hodoh.” Untuk fakta ini, kita tumpang tanya sama ada keadaan tersebut boleh bertahan tiga hari lamanya pada masa sekarang? Bagi masa sekarang berapa lama tidak membaca menyebabkan aura wajah kelihatan hodoh?

Maka, beringatlah bahawa “Belajar dari awal hingga hujung

kehidupan”. Jangan sesekali bersifat leka dan malas. Pembelajaran untuk mengejar ilmu umpama memutar kayu untuk membuat api, mana ada memutar kayu tiga minit dan kemudian berehat seminit kerana tangan sudah lenguh? Dengan cara ini, sampai bilakah baru boleh dapat hasilkan api? Sampai bilakah baru boleh hasilkan kebijaksanaan?

Satu lagi perkara penting ialah mengapakah pembelajaran tidak boleh

terputus dan tergendala? Sebab menggunakan masa seumur hidup untuk belajar menjadi orang yang baik, sebaliknya dalam masa satu hari sahaja sudah mencukupi untuk seseorang belajar jahat. Bertahun-tahun lamanya diperlukan bagi seseorang untuk belajar menjadi baik dan personaliti serta karakternya akan berubah secara perlahan-lahan. Bagaimana pula untuk belajar menjadi jahat? Kalau hari ini dia dibawa ke tempat yang hingar-bingar, maka perangai dan sifat orang ini akan berubah dengan teruk pada hari keesokannya. Justeru itu, “Jauhkan diri daripada tempat yang hingar-bingar dan jangan bertanya tentang perkara yang luar biasa.”

Ajaran di sini menyuruh kita “jauhikan diri” dan “jangan”,

bermaksud kesalahan tersebut janganlah dibuat, kerana semua yang dipelajari menjadi tidak berguna jikalau larangan tersebut diingkari.

Dari sudut “pembelajaran”, kita tidak boleh leka dan malas. Dari

sudut “pengajaran” pula juga tidak boleh berhenti rehat. Pengajar atau

Page 44: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

34

pendidik harus memajukan diri supaya lebih bijaksana untuk mendidik anak muridnya. Seandainya pendidik bersifat leka, sifat ini akan memudaratkan anak murid. Jadi, bilakah masanya untuk memberi pengajaran dan pendidikan? Di mana jua pada bila-bila masa.

Maka ramai orang pun bertanya, tidakkah pembelajaran itu sungguh

meletihkan? Tumpang tanya anda sekalian, anda sanggup letih seketika ataupun sepanjang hayat? Jika sanggup letih seketika, cekalkan hati maka dalam masa tiga tahun akhlak dan akidah akan maju dan meningkat. Jikalau enggan berusaha sehingga badan dan kerohanian menjadi hamba kepada nafsu dan tabiat buruk, nescaya akan keletihan sepanjang hayat. Jika sanggup menanggung kesusahan, kesusahan akan berakhir sepintas lalu. Jika tidak, maka sepanjang hayat akan dibelenggu kesusahan. Sifat ini bukan sahaja tidak memberi kebaikan untuk diri malahan generasi di belakang kita juga tidak dapat belajar ilmu yang berguna.

Mari kita lihat perenggan yang seterusnya. “Dalam hidup ini jikalau

dihidangkan makanan enak tetapi tidak dimakan, maka kita tidak tahu bagaimana rasa dan keenakannya. Jikalau ada ajaran kebenaran yang sangat baik tetapi enggan dipelajari, maka kita tidak akan tahu kebaikan nilainya.” Ini juga satu bentuk metafora, juga satu bentuk peringatan kepada mereka yang menceburi bidang pendidikan mesti bijak memberi contoh dan pandai bercerita. Orang pada era ini kekurangan pendidikan dan akibatnya mereka kekurangan kuasa pengertian dan penghayatan, belum sampai tiga minit anda berkongsikan kebenaran bersamanya, dia mula terasa keliru dan bingung ataupun terasa mengantuk. Jikalau anda memberitahunya anda ingin berkongsi cerita dengannya, dia kembali bersemangat kerana suka mendengar cerita. Maka anda boleh menyampaikan kebenaran dan hikmah di sebalik cerita yang anda kongsikan. Memang tidak mudah untuk bergelar guru pada zaman ini, tetapi kerana kesukaran inilah menyerlahkan semangat guru yang “tidak pernah terasa penat untuk mendidik.”

Page 45: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

35

“Makanan enak” jika tidak dimakan, nescaya tidak tahu akan keenakannya. Walaupun ada ajaran kebenaran yang sangat baik, walaupun ada kitab dan kebijaksanaan bersejarah 5,000 tahun lamanya, tetapi jika kita enggan mempelajarinya, nescaya tidak akan tahu betapa besar manfaatnya terhadap kehidupan kita.

Kami pernah berjumpa dengan seorang kawan berumur dalam

lingkungan 40 tahun yang menghadiri ceramah “Di Zi Gui”. Selepas dua jam mendengar ceramah, tauke ini menghentakkan kakinya sambil berkata, “Alamak, sepatah dua kata dalam ajaran Di Zi Gui ini sudah menjadi kesimpulan pengalaman kehidupan saya selama 40 tahun.” Berapa banyak masa digunakannya untuk mencari jawapan? Lebih kurang 40 tahun. Oleh itu, “Jikalau ada ajaran kebenaran yang sangat baik tetapi enggan dipelajari, maka kita tidak akan tahu kebaikan nilainya.” Sekali belajar dan mendapati ia begitu baik sehingga enggan melepaskan buku di dalam tangan, terlupa makan kerana terlalu khusyuk membaca dan kerisauan hilang kerana terlalu khusyuk menikmati kegembiraan membaca. Dengan membaca karya penulisan beribu tahun ini, kita dapat merasai kebaikannya dan kadang-kadang sambil membaca terasa amat gembira kerana dapat menghayati dan faham tentang kebenaran yang disampaikan dan keunikan hasil karya berkenaan.

“Lantaran sedar akan kekurangan ilmu selepas pembelajaran,

kemudian menyedari akan kesukaran mengajar murid maka seseorang itu akan insaf dan boleh merenung diri. Sedar tentang kesukaran selepas mengajar, maka seseorang guru itu boleh mengambil inisiatif untuk memajukan diri. Oleh yang demikian, individu yang mengajar dan belajar saling memanfaatkan antara satu dengan lain. “Yueming” menyatakan bahawa “Separuh untuk pembelajaran dan separuh untuk pengajaran atau pendidikan.”

Dalam kitab Zhong Yong menyatakan bahawa “kebijaksanaan,

keprihatinan dan keberanian merupakan tiga nilai akhlak yang harus

Page 46: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

36

dimiliki oleh setiap orang”; “Semakin berminat dan rajin belajar, seseorang itu semakin dekat dengan kebijaksanaan; Semakin berusaha menggunapakai ajaran yang dipelajari, seseorang itu semakin bersifat prihatin; Semakin berperasaan tahu segan diri tentang sifat buruk diri, seseorang itu semakin berkeberanian.” Kita patut melatih diri melaksanakan ketiga-tiga nilai akhlak ini, barulah membawa manfaat atau dapat menolong orang lain.

Rajin belajar membantu mempertingkat kebijaksanaan kita dan

dengan adanya kebijaksanaan, barulah dapat berkongsi pemikiran yang betul bersama orang lain. Bagi kita yang bergelar ibu bapa ataupun guru, jikalau diri kita tidak mempunyai nilai ideologi yang betul, kita tidak mampu membantu anak dan murid kita. Justeru, terlebih dahulu seorang tenaga pengajar harus merupakan seorang yang suka belajar. Jadi, perenggan pada karya ini bukan sahaja dituju khusus kepada pelajar, guru sendiri juga harus menjadi orang yang suka belajar. Selepas belajar, barulah kita sedar bahawa kita kekurangan ilmu dan jauh ketinggalan di belakang jika berbanding dengan orang pada zaman dahulu. Apabila seseorang menyedari dirinya jauh ketinggalan di belakang, Konfusius yang bersifat “Lembut, berhati baik, hormat pada orang lain, berjimat-cermat dan bertoleransi”, orang yang suci seperti Konfusius pun tidak bersikap angkuh, jika kita bersifat angkuh, ia merupakan perbuatan yang sangat memalukan. Jikalau kita sentiasa boleh merenung diri dengan cara begini, tabiat buruk ditukar menjadi perasaan malu, lama-kelamaan sifat buruk diri akan hilang. Segala perbuatan dan perilaku haruslah berlandaskan sifat Konfusius sebagai piawai ukuran, dari sini kita akan “sedar tentang kekurangan diri”. “Setelah menyedari kekurangan diri, maka tahulah merenung diri dan insaf, kemudiannya memperbetulkan kesalahan diri dengan segera dan tekun belajar.” Maka, barulah “Tidak rasa jemu untuk mengejar ilmu.” Dengan merenung kesalahan diri, memperbetulkan

Page 47: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

37

kesalahan, membuang segala tabiat buruk, maka kegirangan dinikmati. Pernahkah anda sekalian berpengalaman berjaya menewaskan tabiat buruk anda? Adakah anda gembira? Adakah lebih gembira daripada dapat makan besar? Ya, memang ada malah sangat bertahan lama. Berapa lamakah kegembiraan makan besar dapat bertahan? Bergembira selama satu jam, kemudiannya sakit perut kerana terlalu kenyang.

Perkara yang betul tidak akan berubah. Misalnya, hari ini anda sangat gembira kerana membaca kitab dan Falsafah Tradisi, begitu juga pada hari esoknya, apabila pembelajaran diganda dua kali atau tiga kali, kegembiraan itu tetap meningkat dan inilah dikatakan kegembiraan yang sejati. Jikalau setiap hari saya boleh menggunakan masa 10 jam untuk membaca buku-buku tersebut, kegembiraan itu tidak terkata dan tidak ternilai. Bagaimana dengan kegembiraan makan nasi? Gembira selepas makan satu mangkuk; agak terpaksa kerana makan dua mangkuk; selepas makan tiga mangkuk pula terpaksa berlari ke tandas. Jadi, adakah makan nasi satu kegembiraan sejati? Bukan, habis itu apa namanya? Keperitan dihilangkan sementara waktu.

Perkara yang menggembirakan seseorang untuk seketika bukanlah

kegembiraan yang sejati, itu satu perangsang untuk melupakan penderitaan seketika. Orang zaman sekarang sangat kasihan, semua berpendapat bahawa kegembiraan itu ialah rangsangan dari luar yang menghilangkan penderitaan sementara waktu. Namun, cara tersebut tetap tidak boleh menyelesaikan penderitaan yang sebenar, di samping itu tidak dapat menikmati kegembiraan sejati dalam hati dan nurani.

Untuk dapat menghayati kegembiraan sebenar yang selesa ialah

dengan cara “sentiasa menggunapakai dan mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan sehari-hari.” Dengan berlunaskan ajaran kitab Falsafah Tradisi untuk melaksanakan tanggungjawab diri dari segi keprihatinan, kasih sayang dan keadilan, barulah dapat menghayati apakah itu kegembiraan mentaati dan menyayangi ibu bapa, apakah itu

Page 48: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

38

kegembiraan membantu orang, apakah itu perasaan yang selesa dan ringan selepas betul-betul membuangkan segala tabiat buruk. Pembelajaran itu umpama air yang diminum seseorang, sejuk atau panas air itu hanya dapat dirasai oleh orang yang minum. Jika enggan belajar dan enggan menggunapakai, maka jika tidak kenal tidaklah jatuh cinta.

“Menyedari akan kesukaran mengajar.” Di manakah pucuk pangkal

kesengsaraan seseorang? Seandainya dia tidak mempunyai wang ringgit, masalah diselesaikan jika saya memberikannya wang. Jikalau dia seorang yang tamak, sampai bilakah kita boleh memberi wang kepadanya? Pucuk pangkal penderitaan manusia disebabkan oleh kekeliruan, tidak tahu sebab musabab dan tidak tahu kebenaran hidup serta pemikiran yang tidak betul. Bak kata pepatah “Berpuas hati dengan apa yang ada memberi kegembiraan berpanjangan.” Orang yang berpuas hati dengan benda yang dimilikinya tidak terasa sengsara, manakala bagi orang yang bersifat tamak, dia tetap rasa sengsara biar betapa banyak benda diberi kepadanya. Untuk membuang kekeliruannya dan diganti dengan kesedaran, masalah ini hanya boleh diselesaikan dari akar umbi melalui cara pendidikan.

Orang yang benar-benar penyayang dan prihatin berkecimpung

dalam kerja pendidikan, ataupun membangkitkan kesedaran orang di sisinya melalui teladan dan pembawaan dirinya, “Mendidik tanpa rasa jemu”, inilah sifat yang prihatin dan penyayang. Dengan adanya “kebijaksanaan” dan “keprihatinan dan penyayang”, seseorang itu boleh membantu orang lain sedar diri dan kembali bersifat murni dan berakhlak tinggi dan mulia.

Sementara itu, keberanian amat diperlukan dalam proses

meningkatkan kebijaksanaan dan keprihatinan serta sifat penyayang. Sebab kita akan berhadapan dengan kebuntuan semasa pembelajaran, semuanya harus diharungi dengan penuh kecekalan dan keazaman.

Kita harus beranikan diri dan keberanian ini sama seperti terus

Page 49: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

39

memotong jari dengan pisau kerana digigit oleh ular berbisa. Nyawa sudah hampir melayang, masih hendak berfikir panjang sama ada sakit atau tidak bila jari dipotong? Begitu juga jikalau terus beralah pada tabiat buruk diri, kebijaksanaan turut melayang jauh dari hidup kita.

Adakah pembelajaran itu menyeksa anda? Pembelajaran itu satu

kegembiraan sejati, semua tabiat buruk dibuang dan ditinggalkan. Namun, pembelajaran juga ada seksanya, khususnya semasa kita bergelut untuk membuang dan melepaskan segala tabiat buruk. Semasa hendak merawat tabiat buruk paling serius, misalnya terlalu mementingkan air muka, “menyembunyikan tabiat diri”, cara rawatannya umpama mengoyak selapis kulit kita, perasaan itu amat menyakitkan. Memang terseksa semasa berlawan dengan tabiat buruk kita, namun asalkan kita memberanikan diri terus maju ke hadapan, akhirnya semua tabiat buruk akan mengalah pada anda.

Selepas anda berjaya melangkaui semua tabiat buruk, maka bolehlah

anda berkongsi pengalaman tersebut dengan orang ramai. Bagaimana caranya supaya tidak tamak. Bagaimana menangani tabiat buruk. Bagaimana cara supaya tidak bersifat ego dan merendah diri. Semua ini merupakan pengalaman sebenar-benarnya. Jikalau hari ini berkongsi dengan orang ramai agar jangan tamak, jangan naik darah, jangan bersikap bodoh, tetapi akhirnya sukar hendak meneruskan perkongsian itu kerana hati terasa lain macam sahaja, sebab perkara yang dikongsikan itu tidak diamalkan oleh diri sendiri. Maka orang lain pun tidak akan dengar nasihat kita selepas mereka banyak mendengar dan banyak melihat tentang kita.

“Menyedari akan kesukaran mengajar.” Kadang-kadang diri sendiri

terasa sudah faham dengan segala sebab musabab, tetapi semasa berkongsi dengan orang lain tersekat-sekat pula. Keadaannya sama seperti DVD yang tersangkut semasa dimainkan pada mesin. Beginilah kesukaran yang dihadapi semasa tersangkut. “Minta maaf, besok saya berkongsi dengan

Page 50: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

40

anda lagi, saya mesti jelas dengan sebab musababnya.” Adakah cara ini memalukan? Tidak sekali. Sama seperti kita bercakap dengan anak murid, “Besok saya bercakap dengan anda.” Ini satu sikap yang bertanggungjawab, jika tidak tahu biar berterus-terang, jangan berlagak, jangan macam tin kosong pula, sendiri tidak jelas dan tidak faham sepenuhnya tetapi berlagak tahu pula, adakah baik cara ini? “Kalau tahu cakaplah tahu, kalau tidak tahu cakaplah tidak tahu, inilah cara sedar diri.”

Pernahkah kalian berpengalaman macam ini? Semasa zaman persekolahan, rakan sekelas bertanyakan anda soalan matematik, anda tahu mencari jawapannya tetapi semasa anda cuba menerangkan kepadanya, tersangkut pula penerangan anda separuh jalan dan tidak boleh diteruskan lagi. Jadi, tahu buat tidak bermakna tahu mengajar. “Menyedari akan kesukaran mengajar.” Kita akan bertambah maju kerana selepas menguasai segala sebab-musabab membolehkan kita memberi bimbingan kepada orang lain. Anak murid kita juga membantu dalam peningkatan dan kemajuan diri kita, sebab merekalah kita sedar tentang kekurangan diri dan kefahaman yang belum dikuasai dengan sepenuhnya. “Kesukaran” di sini juga membawa maksud yang tersirat pada lapisan yang lain. Misalnya kita mengajar dan mendidik anak murid dengan bersungguh-sungguh, namun apakah sebabnya perangai mereka pula semakin merosot? Ini adalah satu hakikat di mana terdapat ramai guru yang berkhidmat dengan penuh kesungguhan, tetapi mutu anak murid pula semakin merosot pada setiap tahun. Mereka sangat gelisah dan situasi tersebut amat mengelirukan mereka.

“Sedar tentang kesukaran selepas mengajar, maka seseorang guru itu

boleh mengambil inisiatif untuk memajukan diri.” “Memajukan diri” ialah mempertingkatkan ilmu dalam diri, selepas mendapat jawapan dan puncanya daripada kitab-kitab Falsafah Tradisi maka hilanglah kekeliruan dalam hati. Di manakah kekeliruan tersebut? Tidak dapat cari asasnya, tidak sedar di manakah pucuk pangkalnya. Kitab Da Xue ada menyatakan

Page 51: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

41

bahawa “Setiap benda ada asal-usul dan cabangnya, setiap perkara ada hujung pangkalnya, dengan mengetahui apa yang harus didahulukan dan apa yang harus dikemudiankan, maka anda sudah mendekati “jalan benar (Dao).” “Akhlak diutamakan, kekayaan dikemudiankan.” Tetapi zaman sekarang lebih mengutamakan ilmu pengetahuan, kemahiran serta bakat, manakala akhlak dan moral pula dikemudiankan. Keutamaan kedua perkara tersebut sudah disongsangkan. Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, janganlah takut berhadapan dengan kekeliruan, kerana ini suatu perkara yang positif. Apabila kita sudah faham selok-beloknya, maka kita boleh berkongsi dengan orang ramai. Dari ayat ajaran kitab tersebut, kita dapat rasai bahawa pada hakikatnya gurulah yang paling menerima manfaatnya, kerana dengan berjiwa lapang kebijaksanaan dipertingkatkan dan kerohanian diri semakin murni.

“Yueming” menyatakan bahawa “Separuh untuk pembelajaran

dan separuh untuk pengajaran atau pendidikan.” Separuh di sini bermaksud pembelajaran dan pengajaran itu saling menyempurnakan peningkatan diri. Dengan adanya pembelajaran, akan membantu dalam pengajaran kita, semakin banyak dipelajari semakin meningkatlah kebijaksanaan semasa mengajar. Apabila mengajar, ia boleh menyedarkan kekurangan diri kita dan menginsafi diri untuk terus meningkatkan kemampuan sendiri.

Mari kita lihat orang-orang kuno. Setiap minda dan pemikiran

mereka sejajar dengan ajaran kitab Falsafah Tradisi. Bahagian hadapan berkenaan penjelasan kebenaran dan bahagian belakang pula merujuk pada ajaran kitab. Konfusius menyatakan bahawa, “orang yang menjelaskan atau menyampaikan ajaran kitab orang kuno tanpa reka cipta atau tokok tambah.” Sebab-musabab dan segala kebenaran sudah sempurna disampaikan oleh orang-orang suci dahulu dan disampaikan dengan begitu jelas dan mendalam. Semua kesimpulan dibuat berlandaskan ajaran kitab-kitab Falsafah Tradisi. “Inilah sebab-musabab dan kebenarannya.”

Page 52: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

42

Seterusnya, mengenai kemudahan pembelajaran dan pendidikan masa kuno serta matlamat pelajar. Tempat pengajian persendirian bermula dari satu tempat pengajian persendirian yang digelar “si shu”. Jikalau pencapaian pembelajaran anak murid itu baik, dia akan dihantar ke sekolah daerah yang dikenali sebagai “Xiang”. Seterusnya, disambung ke sekolah wilayah yang dikenali sebagai “Xu” dan akhirnya melanjutkan pembelajaran di universiti kebangsaan (Guo Xue) yang disediakan oleh pihak kerajaan. Pengambilan pelajar dijalankan pada setiap tahun. Peperiksaan hanya akan diadakan pada tahun kedua selepas kemasukan sekolah.

Satu tempat pengajian persendirian akan ditubuhkan apabila suatu

tempat itu mempunyai 25 buah keluarga. Manakala 25 keluarga ini dikenali sebagai “Lǘ” (si shu). Lazimnya, tempat pengajian persendirian ini disediakan di rumah pertama di lorong penempatan berkenaan yang mana tuan rumah pertama itu kebiasaanya lebih kaya dan rumahnya lebih besar. Mereka menggaji guru mengajar di rumahnya di samping itu anak-anak saudara-mara dan jiran tetangga juga dibenarkan belajar bersama. Rata-rata budak-budak yang berumur antara 5-7 tahun sudah mula belajar di rumah pengajian persendirian.

Jikalau pencapaian pembelajaran anak murid itu baik, ke manakah

dia akan dihantar untuk pembelajaran seterusnya? Anak ini akan dihantar ke sekolah daerah yang dikenali sebagai “Xiang”. Pada masa kuno, sesuatu penempatan berkeluarga 500 rumah membentuk sebuah daerah dan sekolah daerah ini dikenali sebagai “Xiang”. Jikalau berkeluarga sebanyak 12500 membentuk sebuah wilayah “Sui” dengan sekolah yang dikenali sebagai “Xu”.

Kemudian pembelajarannya bersambung di pusat pengajian wilayah

dan seterusnya melanjutkan pembelajaran di universiti kebangsaan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Di sinilah elit-elit negara mengejar ilmu dan kebanyakan pelajarnya hampir dewasa dengan berumur dalam

Page 53: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

43

lingkungan 15-16 tahun.

Pengambilan pelajar dijalankan pada setiap tahun. Peperiksaan hanya akan diadakan pada tahun kedua selepas kemasukan sekolah, ini merupakan amalan biasa sistem peperiksaan ketika itu. Mengapa? Ini memberi masa kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman. Jikalau terlalu banyak peperiksaan dalam masa setahun, kesan yang diperolehi semata-mata hasil penulisan atas kertas yang berupa pengetahuan sahaja yang belum digunapakai dan dihayati dengan sepenuhnya.

“Selepas genap setahun belajar, pelajar berkemampuan menanda

koma dan titik dengan baik pada sesetengah kitab Falsafah Tradisi penting.” Ini bermakna dia sudah mempunyai daya kefahaman yang sangat baik dan membuat penilaian pada ajaran kitab tersebut.

Kandungan pendidikan harus mengutamakan kitab-kitab Falsafah

Tradisi. Janganlah kesusasteraan diajar terlebih dahulu sebelum pembelajaran kitab-kitab Falsafah Tradisi, sebab ini akan mengakibatkan dia tidak tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk sesuatu perkara. Mari kita lihat penulis zaman kebelakangan ini, misalnya Encik Xu Zhimo, adakah beliau arif menghasilkan karangan? Adakah dia memberi kebaikan kepada masyarakat? Sikap dan perilakunya membuat orang lain rasa malu. Dia meninggalkan isteri pertamanya dan menyatakan dia hendak menjadi lelaki pertama bercerai di China. Apabila pengajaran kitab dikemudiankan jadi lintang-pukang keadaannya.

Kaedah pendidikan zaman dahulu memang sangat baik. Master Chin

Kung sering menyatakan bahawa pelajar bertaraf kedoktoran juga tidak berkemampuan menulis karangan yang setanding dengan pelajar sekolah rendah awal pembentukan kerajaan Republik China. Khabarnya guru-guru pemeriksa jawapan peperiksaan kemasukan universiti sangat pening kepala dengan penulisan pelajar sekarang, kerana banyak salah tulis dan

Page 54: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

44

hasil penulisan sangat lemah, apatah lagi tatasusila dan pembawaan diri sangat jauh ketinggalan.

Encik Xu Zhimo menyuruh isterinya menggugurkan anak tetapi apabila isterinya memberitahu bahawa pengguguran anak merbahayakan nyawa, dia pula menjawab isterinya bahawa menaiki keretapi juga mungkin mengundang kemalangan. Tiada sesiapa yang terkecuali dari bahaya. Dia langsung tidak dapat memahami perasaan isterinya, adakah dia seorang berilmu? Kemudian dia mencari Lin Huiyin, seorang wanita yang menerima pendidikan keluarga dengan baik dan dapat menilai lelaki yang pandai bermulut manis tidak boleh dipercayai, hanya pandai mengarang dan cakap tidak serupa bikin.

Kemudian Xu Zhimo cuba mendapatkan Lu Xiaoman, isteri kawan

baiknya. Orang zaman sekarang memang tidak tahu bezakan apa yang betul dan apa yang salah sampai lelaki yang tidak berhati perut seperti ini pun digelar sebagai karyawan hebat. Akibatnya, buat jahat dibalas jahat. Semasa dia berumur 35 tahun dan dalam penerbangan untuk menghadiri ceramah Lin Huiyin, kapal terbang yang dinaikinya kemalangan. Xu Zhimo seorang tokoh masyarakat, tetapi seorang tokoh masyarakat yang berbuat salah, mengelirukan masyarakat, dosa yang dibuatnya sangat besar sekali. Isteri pertamanya hidup sampai 89 tahun, sebab orang baik pasti mendapat balasan baik.

Selepas diceraikan oleh Xu Zhimo, isteri pertama ini masih terus

menjaga ibu bapa mertuanya kerana budi dan kasih sayang yang telah terjalin. Inilah kebaikan orang yang berakhlak tinggi, umurnya panjang dan boleh berbakti untuk masyarakat agar hidupnya tidak mensia-siakan hayat yang dikandung badan.

Tidak kira sama ada yang mendidik ataupun yang belajar, perkara paling utama ialah menetapkan cita-cita. Apabila cita-cita sudah ditetapkan, inilah daya penggerak yang tidak akan terputus dalam

Page 55: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

45

kehidupan. Mengapakah Fan Zhongyan tinggi ilmunya? Sebab beliau sudah menetapkan matlamat dan cita-cita akan membawa ibunya tinggal bersamanya. Dia berusaha untuk lulus peperiksaan demi mengharumkan nama keluarga. Akhirnya dia berjaya merealisasikan cita-citanya pada tarikh yang ditetapkan. Memang tidak mudah sepanjang perjalanan tersebut, di mana setiap hari bubur yang dimasak akan dibekukan dan kemudian dipotong menjadi beberapa ketul. Setiap waktu makan sedikit sahaja kerana dia mempunyai cita-cita yang teguh.

Mereka yang menjadi guru harus menilai sama ada cita-cita yang

ditetapkan anak murid betul atau sebaliknya? Jikalau cita-cita yang ditetapkan tidak betul, bimbingan harus diberikan agar tidak salah tetapkan cita-cita. Selain itu pelajar sendiri harus tahu membedakan cita-cita yang bagaimana berupa matlamat yang bermakna. Cita-cita seseorang yang sepadan dengan keprihatinan dan keadilan, itulah satu cita yang berjiwa besar. Cita-cita yang sejajar dengan persaudaraan dan keadilan ialah cita-cita yang mulia. Cita-cita yang sejajar dengan moral dan keadilan merupakan cita-cita yang perkasa. Manakala cita-cita yang sepadan dengan nafsu merupakan cita-cita yang rendah, misalnya “Saya hendak cepat mencari wang dengan banyak, boleh makan dan bermain dengan sepuas-puasnya.” Apabila seseorang menyatakan kelak saya akan jadi macam mana, biar orang nampak kehebatan saya, jelaslah cita-citanya sudah digabungkan dengan kedengkian dan ini cita-cita yang bahaya.

Apabila kita keluar bersama murid dan jikalau ditanya orang tentang

apakah cita-citanya lalu dijawabnya “Mewarisi ajaran pusaka orang-orang suci dahulu, demi untuk keamanan dan ketenteraman generasi-generasi akan datang.” Ini bermakna bimbingan untuk “Menetapkan cita-cita” dibuat dengan baik.

Selepas pembelajaran selama tiga tahun, pencapaian mereka bergantung kepada kesungguhan dan penghormatan pada guru serta pergaulan baiknya. Pada tahun kelima, pemerhatian dibuat pada

Page 56: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

46

keluasan ilmu yang ditimba dan sejauh mana dipelajari dan digunapakai dalam kehidupan serta sejauh mana dia mendekati gurunya. Perbincangan dan perkongsian ilmu serta membuat pemilihan kawan dinilai selepas tujuh tahun pengajian.

Selepas pembelajaran selama tiga tahun, sejauhmanakah

pencapaiannya? “Bergantung kepada kesungguhan dan penghormatan pada guru serta pergaulan baiknya.” Di sini satu perkara penting yang ditekankan ialah sejauhmana ilmu ditimba dan diperolehi bergantung kepada “penghormatan” dan “keikhlasan” seseorang. Jikalau dicurahkan sebanyak sepuluh peratus penghormatan dan keikhlasan, maka sepuluh peratuslah manfaat yang akan diperolehi. Jikalau dicurahkan seratus peratus penghormatan dan keikhlasan, sebanyak itulah manfaat yang akan diperolehi. Sebab dia memberi penghormatan kepada guru, nenek moyang dan ilmu serta ajaran orang-orang suci dahulu. “Penghormatan dan keikhlasan” seseorang membolehkan dia belajar dengan penuh kesungguhan dan tidak bercelaru.

Pergaulan baik dan mesra dengan orang lain. Perkara penting dalam

menimba ilmu ialah bersifat penyayang dan hormat orang lain. Inilah sifat seorang budiman yang berbeza daripada orang lain. Jikalau dia sering berkonflik semasa pergaulannya dengan rakan sekelas sekian lama dalam pembelajarannya, ini bermakna ilmu yang dipelajari sudah bermasalah.

Kitab “Da Xue” menyatakan bahawa “Pada zaman purba, orang

berhasrat mengembangkan akhlak dan sifat murninya.” Ini satu cita-cita besar, di mana ia dipraktiskan? “Bermula dari mentadbir negara. Jika ingin mentabdir negara dengan baik, terlebih dahulu boleh menguruskan keluarga sendiri dengan baik. Jika ingin menguruskan keluarga dengan baik, terlebih dahulu tingkatkan nilai akhlak dan akidah diri.” Bagaimanakah cara meningkatkan nilai akhlak dan akidah diri? Melalui “Pembuangan tabiat buruk.” Bagaimanakah seseorang hendak bergaul mesra dengan orang lain jikalau dia enggan membuang sifat egonya,

Page 57: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

47

enggan membuang sifat tamaknya, enggan membuang sifat pemarahnya? Bolehkah dia membantu orang lain jikalau dia tidak mampu bergaul mesra dengan orang lain? Semuanya tidak mungkin berlaku.

Oleh itu, pada tiga tahun pertama pembelajaran, perkara terpenting ialah mengukuhkan asas dari segi akhlak dan moral serta sifat hormatnya. Bagaimana hendak menguji sama ada seseorang mempunyai asas akhlak yang kukuh? Lihat dari segi pergaulannya dengan orang lain. Gurunya pula harus memberitahunya tentang sifat tamak, kebendaan, keangkuhan dan sifat mengaibkan orang lain yang dilakukannya. Barulah dia tahu berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Mari kita lihat penuntut yang mempelajari ilmu kebudayaan Cina, mereka bukan diuji dari sudut ilmu tetapi dari akhlak dan moral. Untuk menguji sejauhmanakah pencapaian diri, lihatlah cara kita melayan ahli keluarga dan pergaulan dengan rakan sekerja. Jikalau masih wujud konflik dan perselisihan, maka kita harus memperbaiki diri dari segi tabiat buruk diri. “Budiman berusaha dalam perkara yang paling asas, apabila perkara paling asas dikukuhkan maka lahirlah jalan ke arah kebenaran (Dao).”

“Pada tahun kelima, pemerhatian dibuat pada keluasan ilmu yang ditimba dan sejauh mana dipelajari dan digunapakai dalam kehidupan serta sejauh mana dia mendekati gurunya.” Sebab kefahaman tentang ajaran yang diterima harus dipraktis, diamal dan digunapakai. Inilah yang dikatakan ilmu yang dipelajari relevan dengan pembawaan dirinya. Kitab “Lunyu” menyatakan bahawa “Hanya orang tinggi kebijaksanaannya dan orang yang bersifat bodoh tidak akan berubah sifatnya.” Rata-rata orang enggan mengamalkan ajaran sebagaimana diajar dalam kitab Falsafah Tradisi. Hanya terdapat dua jenis orang yang akan membuat dan mengikut apa yang diajar dengan jujur. Orang dalam kategori pertama ialah mereka yang sudah sedar dan faham; orang kategori kedua ialah mereka yang

Page 58: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

48

masih tidak faham dan juga tidak jelas, tetapi dia sudi berkata, “Saya akan buat serta ikut apa yang anda kata.” Inilah orang yang jujur.

Apabila seseorang sudah berpengetahuan luas, akhirnya dia akan

sedar bahawa untuk mencapai peningkatan kebijaksanaan “Cara pembelajaran yang paling penting ialah sifat kesungguhan dan fokus serta pengkhususan.” Fan Zhongyan sangat berilmu dan kitab yang paling dikuasainya ialah kitab “Yijing”. Selepas kita mendalami sesebuah kitab, maka tidak wujud masalah untuk kita untuk menguasai kitab yang lain.

Apabila kita tidak mengingkari segala peraturan, maka lahirlah

ketenangan dan kestabilan rohani. Setelah itu barulah datang kebijaksanaan. Jikalau beberapa buah kitab dipelajari serentak dalam suatu masa, apa yang diperolehi sekadar ilmu dan bukanlah kebijaksanaan. Inilah yang dikatakan sebagai “Pembelajaran yang terlalu banyak dan tidak teratur akan mengelirukan pemikiran .”

“Keluasan ilmu” menekankan “Kefahaman tentang ajaran yang diterima relevan dengan pembawaan diri.” Malahan menitikberatkan penguasaan dan kefahaman yang menyeluruh. Kesedaran tentang sesuatu kebenaran boleh berlaku secara tiba-tiba, tetapi penguasaan tentang suatu perkara perlu dipraktis berulang kali. Contohnya pada zaman Dinasti Han ada seorang penulis buku yang tinggi ilmunya bernama Ma Rong. Dia mempunyai seorang murid bernama Zheng Xuan yang lebih cemerlang dalam pembelajaran daripada dirinya. Atas kedengkian terhadap murid menyebabkan dia cuba membunuh murid tersebut. Hati yang penuh kedengkian sememangnya sangat menakutkan orang. Adakah dia seorang yang berilmu? Memang berilmu, beliau juga membuat anotasi kitab. Adakah dia seorang yang berakhlak? Tidak. Untuk mengejar ilmu perlu ada asas nilai akhlak, jikalau tiada, hasil usahanya tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain.

“Mendekati guru” dan “bercita-cita seperti guru”, iaitu menjadikan

Page 59: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

49

cita-cita guru sebagai cita-cita sendiri, menjadikan cita-cita orang-orang suci dahulu sebagai cita-cita sendiri, ikutan dan keinginan tersebut disemaikan dalam jiwa. Kemesraan terbangkit apabila terbaca kitab-kitab Falsafah Tradisi dan ajaran orang-orang suci, seolah-olah mereka datang memberi pengajaran secara peribadi pada diri kita. Sementara itu, perkara terpenting untuk seseorang semasa berhadapan dengan guru ialah mempunyai perilaku berlandaskan ajaran guru, barulah lahir kemesraan yang sejati.

“Perbincangan dan perkongsian ilmu serta membuat pemilihan

kawan dinilai selepas tujuh tahun pengajian.” Pada masa itu, pelajar ini sudah berkemampuan berbincang ilmu yang dipelajari dengan orang lain. Ini bermakna dia sudah menguasai ilmu tersebut dan mampu membuat kaji selidik dengan orang lain dan seterusnya membimbing mereka memahami dan mendalami ajaran kitab Falsafah Tradisi.

“Pemilihan kawan” dibuat dengan kemampuan membuat penilaian

sama ada seseorang itu bersifat baik. Laozi berkata, “Orang yang bijaksana pandai menilai orang.” Mereka yang pandai menilai dan memahami sifat seseorang adalah orang yang benar-benar bijaksana. “Orang yang sedar diri ialah orang yang memahami sebab musabab.” “Apabila sudah menguasai semua ilmu yang dipelajari, pelajar berkemampuan membuat pertimbangan, bijaksana mengenali orang, semua ini dikenali sebagai pencapaian kecil.”

Dalam kehidupan bermasyarakat, siapakah yang paling berpengaruh

kepada orang dewasa? Kawan. Justeru itu “Pemilihan Kawan” amat penting untuk peningkatan akhlak dan moral seseorang. Kitab “Lunyu” menyatakan bahawa “Ada tiga jenis kawan yang membawa kebaikan, dan ada tiga jenis kawan yang membawa kemerosotan.” Jenis kawan yang membawa kebaikan ialah “kawan yang jujur dan tidak mementingkan diri”, “kawan yang bersifat pemaaf dan berjiwa lapang serta ikhlas”, “kawan yang berpengalaman dan berpengetahuan luas” boleh membantu kita menimba

Page 60: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

50

ilmu.

Kawan yang macam mana akan membawa kepada kemerosotan akhlak kita? Hari ini kita bersama-sama bincangkan “tiga jenis kawan yang membawa kemerosotan.” Dalam perbincangan ini, mungkin ada orang akan menyatakan bahawa “Apa yang kita hendak pelajari ialah belajar menjadi berhati baik dan penyayang, kita harus memberi pengaruh kepada mereka yang tidak berakhlak dan tidak bermoral supaya dia menjadi baik.” Adakah munasabah pendapat ini? Ya, memang boleh jika anda hendak membantunya tetapi jangan sampai akhirnya anda pula terikut-ikut dengan sifat jahatnya. Kita harus pandai “ukur baju di badan sendiri” dahulu sebelum menguruskan sesuatu perkara. Memang tidak bermasalah jikalau kemampuan dan pencapaian akhlak sudah cukup baik untuk mengubah kawan. Sebaliknya bagi mereka yang masih belum berkemampuan dia pula yang dipengaruhinya dan keadaan ini memang tidak boleh dilakukan. Mereka yang betul-betul tinggi akhlaknya boleh memperkongsikan ajaran Falsafah Tradisi di kelab malam? Kita pula menjadi rambang mata dan hati berserabut apabila berada di kelab malam. Bagaimana hendak memberi bantuan dengan keadaan macam ini? Jadi kita harus sedar diri sejauhmanakah kemampuan diri sendiri. Kita akan terpengaruh apabila bergaul dengan orang begini, justeru itu kita harus menjauhkan diri tetapi tetap menghormati mereka. Sifat hormat itu tetap diberikan padanya tetapi tidak mempunyai sebarang komen tentang peribadinya dan tidak berkonflik dengannya. Jangan pula anda berkata dengan dia, “Saya memang tidak mahu berkawan dengan awak, sebab Konfusius berkata kawan jahat ada tiga jenis.” Kata-kata ini mungkin membangkitkan kemarahannya sehingga mencari hal dengan anda. Kita harus menghormati setiap orang dan sentiasa mempercayai bahawa “Naluri setiap insan adalah suci dan mulia”. Berdoalah untuk diri

Page 61: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

51

supaya cepat mengecapi peningkatan keimanan supaya dapat membantunya menjadi orang yang baik. “Kawan yang jahat ada tiga jenis, iaitu kawan yang sangat pandai melayan anda tetapi tiada keikhlasan dalam batinnya. Kawan yang pandai mengampu dengan matlamat tersembunyi dan kawan yang petah berkata-kata.” Contohnya sikap dan cara pertuturannya sangat baik, tetapi mimik mukanya terus berubah apabila kawannya beredar dari sisinya. Anda harus ambil perhatian apabila mempunyai kawan yang serupa ini, inilah sifat hipokrit dan tidak ikhlas. “Kawan yang pandai mengampu dengan matlamat tersembunyi.” Orang macam ini ada udang di sebalik batu semasa melayan orang dengan baik, mesra dengan orang lain dan mengampu orang lain, semuanya berpura-pura baik. “Kawan yang petah berkata-kata”, kawan jenis ini pandai bercakap dan bijak berdebat serta memutarbelitkan percakapannya, menindas orang melalui percakapan. Orang macam ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan sebenar. Kita memang sedar sifat tersebut tidak baik apabila terdengar tutur katanya, kita mungkin terpengaruh secara tidak disedari jikalau bergaul dengan orang yang begini. Adakah baik jika suka mengampu? Tidak. “Jangan sekali-kali kita menyanjungi orang yang kaya dan menghina orang yang miskin.” Namun, adakah mudah untuk orang tidak mengampu dan membodek? Apabila nampak orang yang kaya, berstatus tinggi, berwajah cantik dan berlatar belakang baik, maka lahirlah sifat suka mengampu. Pepatah ada menyebutkan bahawa “Masa satu tahun tidak cukup untuk belajar menjadi baik; Masa satu hari dikira terlalu banyak untuk belajar menjadi jahat.” Pada hakikatnya, bagaimanakah perasaan orang biasa apabila berdamping dan bergaul dengan orang yang fasih lidah dan petah bercakap? Berasa kagum sekali. Konfusius berkata, “Orang yang pandai bermulut manis mengampu orang dan bermuka-muka untuk mengambil hati orang, jaranglah orang macam ini orang yang berakhlak tinggi.”

Page 62: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

52

“Orang yang gagah, pendiam, tegas dan tidak mudah memberi hujah merupakan orang yang menghampiri berakhlak tinggi.” Jika kita tidak mempertimbangkan masalah-masalah tersebut secara halus, kita boleh terpengaruh dengan suasana sosial sekarang ini. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Memang sukar menemui orang yang jujur dan berakhlak tinggi sepanjang hayatnya, sebabnya sifat jujur sifat yang sukar dipelajari. Sebenarnya ajaran-ajaran Konfusius memberi kita peringatan yang sangat penting. Jikalau seseorang itu sangat menitikberatkan akhlak dan keimanan diri, dia tidak berani berhujah terlalu pantas dan simpan tiga puluh peratus yang selebihnya. Pertuturan yang dihujahkan mungkin terlalu penuh dan lebih daripada seratus peratus mempunyai masalah di sebaliknya. “Orang purba tidak akan meluahkan percakapan dengan sewenang-wenangnya, sebab mereka rasa malu jika gagal menunaikan percakapannya.” Misalnya Zigong, seorang anak murid yang petah berhujah bertanyakan Konfusius, “Bagaimanakah untuk meningkatkan akhlak dan budi pekerti diri untuk menjadi seorang budiman?” Konfusius memberitahunya, “Terlebih dahulu buat seperti apa yang sudah dicakapkan, selepas menunaikan apa yang sudah dicakapkan barulah dia boleh mengikuti percakapannya. ” “Seseorang budiman rasa sangat malu jikalau apa yang dihujahkannya jauh berlainan daripada hakikat sebenar.” Jadi, janganlah mengkagumi mereka yang petah berhujah, sebaliknya apa yang baik ialah orang yang mempunyai percakapan yang benar dan jujur. Namun, gadis-gadis sangat menyukai mereka yang petah berhujah di samping menuturkan kata-kata manis kepadanya sehingga menyebabkan dia tidur tidak lena tiga hari lamanya. Mengapakah begitu banyak perkara buruk dan malapetaka dihadapi orang sepanjang hayat ini? Sebab kekurangan kemampuan membuat pertimbangan. Dia akan selamat dan berjauhan daripada malapetaka sekiranya mampu membuat pertimbangan.

Page 63: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

53

“Selepas sembilan tahun pengajian, kemampuan kefahaman secara analogi sudah dikuasai, tiada kekeliruan atau keraguan apabila berhadapan dengan masalah dan sentiasa mengingati ajaran dan bimbingan guru.” “Kefahaman tentang perkara yang dipelajari akan digunapakai dalam kehidupan harian.” Inilah pencapaian besar yang sebenar-benarnya.

Ramai cendekiawan sangat hebat sekali semasa penulisan dan

pertuturan. Mereka pandai mengungkap kata-kata hikmah dari kitab sehingga para pendengarnya amat kagum terhadapnya. Namun cendekiawan begini sukar menahan diri daripada godaan nafsu, sebab ilmu yang dipelajari sekadar faham dan tidak digunapakai. Misalnya sebagaimana yang kita bincang tadi tentang orang yang petah berhujah, jikalau orang ini tidak berakhlak tinggi, percakapannya biasanya kesat dan kasar, sifat ini memang bertentangan dengan mereka yang bersifat penyayang. Dia tidak ada sebarang pencapaian tidak kira betapa luas dalam pengetahuannya.

Ada seorang cendekiawan bernama Wang Yongyu, pernah sekali dalam mimpinya dia diberitahu bahawa “Dalam peperiksaan kerajaan untuk pemilihan pegawai kali ini, anda akan terkandas, calon yang berjaya mendapat tempat pertama ialah Zhou Ji.” Dia amat terkejut kerana di tempat tinggal mereka mempunyai dua orang cendekiawan yang berilmu tinggi, salah seorang calon ialah seorang anak yang soleh dan taat, mengapa mereka gagal dan saya juga terkandas, sebaliknya calon yang nampak lebih jujur pula berjaya dipilih?

Ada orang memberitahu Wang Yongyu bahawa “Semenjak generasi

moyang Zhou Ji, keluarga mereka banyak membuat amal jariah. Oleh yang demikian kaum kerabat keluarganya bakal makmur dan maju berkembang sebanyak tiga generasi.” Jikalau anak cucu dari generasinya turut banyak amal jariah, maka kemakmuran dan kemajuan kaum keluarganya akan berterusan dari generasi ke satu generasi. “Keluarga yang banyak membuat

Page 64: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

54

amal jariah pasti bakal menikmati rezeki yang melimpah ruah.” Moyangnya menggalakkan orang lain mencetak kitab Falsafah Tradisi berjudul “Kitab Bersabar”, menasihati orang harus bersabar dalam apa jua perkara. Ahli keluarga harus bersabar barulah keluarga boleh harmoni. Bersabar sesama insan boleh mengelakkan konflik. Bersabar sesama negara baru tiada peperangan tercetus.

Seterusnya orang itu pun berkata, “anak itu nampak soleh pada

zahirnya, tetapi pada hakikatnya dia selalu merungut tentang ibu bapa dalam hati. Walaupun nampak hormat semasa bercakap dengan ibu bapa tetapi dalam hati tidak sabar langsung. Oleh kerana takut orang luar nampak sifat buruknya, dia pun berpura-pura baik dan membuat orang lain menyangka dia seorang anak yang soleh. Pada awalnya dia memang boleh lulus peperiksaan tetapi sekarang namanya sudah dilucutkan.” “Seorang lagi cendekiawan yang berumur antara 16-17 tahun itu sangat pandai mengarang dengan baik dan tiada calon lain yang setanding dengannya, mengapa dia juga terkandas?” “Walaupun calon ini sangat berilmu, tetapi cara pertuturannya sangat kesat dan tidak baik. Mengikut statistik dari percakapannya, sejumlah 2470 kali dari percakapannya sudah melukai orang.”

Justeru, dari sini memberitahu kita bahawa ada polis yang

bertanggungjawab mengawal keamanan masyarakat dalam kehidupan ini, tetapi Tuhanlah yang menentukan segala-galanya di alam semesta ini melalui suatu sistem yang sangat ketat. Polis tidak boleh mengawal apa jua perkara jahat yang anda lakukan semasa di rumah. Namun Tuhan Yang Maha Esa, maha mengetahui sebarang niat buruk dan jahat di dalam hati manusia. Justeru sangat penting untuk sentiasa jujur dan amanah semasa “bersendirian” di mana jua kita berada.

“Pada asalnya dia boleh menjadi guru kepada maharaja semasa

berumur 50 tahun, atas sebab banyak dosa dibuat melalui mulutnya menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan. Jikalau dia enggan berubah

Page 65: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

55

menjadi baik, dosa yang dibuat melalui mulut melebihi 3,000 kali, maka nasib anak dan cucunya akan disenaraikan dalam Buku Rekod Nasib “Pengemis”. “Keluarga yang banyak berbuat jahat dan dosa bakal ditimpa malapetaka dan kecelakaan.”

Rakan-rakan sekalian, “Percakapan merupakan cara paling senang

untuk mengumpul pahala dan begitu juga mengundang dosa.” Berfikirlah sejenak sebelum meluahkan semua percakapan, teruskan percakapan jikalau ia demi kebaikan generasi akan datang. Baik jangan bercakap jikalau kata-kata yang hendak disampaikan itu boleh menjatuhkan akhlak dan moral.

Dengan berkebolehan mengaitkan semua ilmu yang dipelajari, perkara terpenting ialah semua ilmu itu digunapakai dalam kehidupan dan dalam pekerjaan harian. Berdiri teguh biarpun berhadapan dengan apa jua dugaan dan rintangan, tidak terkeliru dan tidak tergoda. Bagai ungkapan Mengzi yang menyatakan bahawa “Tidak tergoda apabila mempunyai kekayaan, tidak berganjak daripada etika apabila dalam kemiskinan, tidak beralah apabila berhadapan dengan kekerasan kuasa.”

Seterusnya, marilah kita berbincang mengenai tiga ayat ini. Pertama, tidak tergoda apabila mempunyai kekayaan; Kedua, tidak berganjak daripada etika apabila dalam kemiskinan; Ketiga, tidak beralah apabila berhadapan dengan kekerasan kuasa.

“Tidak tergoda apabila mempunyai kekayaan.” Adakah mereka yang

kaya raya pada masa sekarang boleh tercemar? Memang benar isteri pegawai tinggi kerajaan mempunyai kasut ratusan pasang. Saya memberitahu bahawa mereka memang kaya dan mewah tetapi mempunyai banyak kerisauan, mengapa? Yang lain kita tidak perlu cerita, hanya tentang kasut mana satu hendak dipakai juga menjadi satu masalah kepadanya. Wang terlalu banyak juga satu masalah, memadailah cukup untuk kehidupan. Kegembiraan yang berpanjangan datang dari berpuas

Page 66: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

56

hati dengan segala yang dimiliki. Memang sukar untuk tidak tercemar dengan sifat tamak bagi memenuhi nafsu apabila hidup kaya dan mewah.

“Tidak berganjak daripada etika apabila dalam kemiskinan.”

Walaupun miskin tetapi tetap berpegang teguh pada integriti peribadi, tidak berganjak diri, tidak membuat perkara yang tidak beretika, tidak mengampu atau membodek dan tidak membuat perkara yang bertentangan dengan hati nurani.

“Tidak beralah apabila berhadapan dengan kekerasan kuasa.” Tidak

akan melakukan perkara yang melanggar etika walaupun berhadapan dengan ancaman keselamatan nyawa.

Semasa Dinasti Nan Song, ada seorang guru bernama Zu Xi dan

beliau mengidap sakit kaki yang sudah lama tidak terubat. Namun, kemudiannya ada seorang tabib yang telah berjaya mengubati penyakit tersebut dan beliau sangat gembira. Justeru dia pun menulis sebuah sajak sebagai tanda penghargaan kepada orang tersebut.

Beberapa hari kemudian selepas tabib itu meninggalkan tempatnya,

penyakitnya datang semula dan dia pun tergesa-gesa memanggil orang untuk mendapat balik surat yang dihantar kepada tabib itu. Orang tersebut hairan lalu bertanya mengapa. Beliau memberitahu bahawa dia bukan memarahi tabib itu. Dia bimbang bahawa dengan adanya sajak penghargaan tersebut, orang lain akan mempercayainya. Jikalau tabib itu gagal mengubati orang lain atau pun salah ubat, maka ini tidak patut untuk pesakit berkenaan. Memang tidak mudah untuk orang bersifat begini, sentiasa berfikir sama ada perkara yang dilakukan oleh diri sendiri boleh membawa keburukan kepada orang lain atau tidak. Oleh kerana niat yang terlintas dalam hati yang memikirkan kepentingan orang lain, akhirnya beliau sembuh tidak lama kemudian.

Memang munasabah ajaran yang disampaikan oleh nenek moyang

Page 67: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

57

kita. Orang yang banyak bersedekah memberi ketenangan hati kepada orang lain akan dibalas dengan badan yang sihat dan panjang umur. Orang yang banyak bersedekah wang dan kekayaan akan dibalas dengan kekayaan, manakala orang yang bersedekah ilmu akan dibalas dengan otak yang cerdik, pandai dan bijaksana. Faktor sebenar seseorang itu berbadan sihat dan panjang umur ialah kerana dia menyayangi dan memelihara setiap nyawa pada setiap masa dan sentiasa berfikir untuk kepentingan orang lain agar tidak kesusahan dan ketakutan.

Adakah senang untuk bersedekah memberi ketenangan hati kepada

orang lain? Setiap orang boleh membuatnya pada setiap hari dan setiap masa di mana jua dia berada. Iaitu sedekahkan senyuman anda, ini dikatakan “wajah tanpa kemarahan dikatakan sedekah”. Jikalau semasa aura anda kelihatan bengis dan kebetulan seorang rakan yang sedang beremosi ternampak aura bengis anda, akibatnya kawan tersebut mungkin rasa tidak selesa tiga hari lamanya. Memang benar. Saya pernah dengar orang tua-tua memberitahu bahawa dia terasa tidak sedap hati tiga hari lamanya kerana anaknya menunjukkan muka masam padanya. Orang tua yang sudah berumur dan kesihatan pula kurang baik, ini menyebabkan emosi mereka mudah terganggu. Jadi, masa inilah si anak harus selalu “bercakap dengan penampilan muka yang baik dan suara yang lembut.”

“Seterusnya menggunapakai dan tidak melanggar segala ajaran

Falsafah Tradisi dalam kehidupan harian serta patuh pada ajaran guru. Jadi, jika berlandaskan kitab Da Xue menyatakan bahawa, “Inilah cara menyerlahkan sifat murni semula jadi seorang insan.” “Selepas mengalami proses di atas, barulah seseorang itu berkemampuan memperadabkan orang dan memperbaiki mutu budaya setempat. Semua perkara yang dibuatnya memenangi hati dan kepercayaan serta menerima sambutan baik daripada penduduk sekitar tempat pengelolaannya. Mereka yang tinggal berjauhan juga datang untuk taat setia padanya. Inilah matlamat yang perlu dikecapi dalam

Page 68: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

58

pengajian.” “Memperadabkan orang dan memperbaiki budaya setempat” ini sejajar dengan ajaran kitab Da Xue, iaitu “mengecapi nilai akhlak yang suci dan murni.”

“Semua perkara yang dibuatnya memenangi hati dan kepercayaan serta menerima sambutan baik daripada penduduk sekitar tempat pengelolaannya, mereka yang tinggal berjauhan juga datang untuk taat setia padanya.” Ini satu sifat “mendampingi rakyat dan mesra rakyat dan kemudiannya baru memberi didikan untuk memperadabkan dan mempengaruhi mereka, seterusnya memperbaiki dan meningkatkan mutu budaya setempat”.

Dengan memiliki ilmu yang sebenar-benarnya bererti dirinya sudah

berkemampuan memperbetulkan pemikiran, perilaku dan pertuturan. Kemampuan ini pasti membolehkannya memberi pengaruh kepada orang lain. “Naluri setiap insan adalah suci dan murni.” Justeru, naluri suci dan murni seseorang akan menyedarkan atau membangkitkan hati baik orang lain bagi setiap orang yang mendekatinya.

Pada zaman dahulu ada seorang cendekiawan bernama Xu Heng.

Masa itu ialah penghujung Dinasti Song dan awal Dinasti Yuan. Keadaan negara huru-hara dengan peperangan yang kerap berlaku. Suatu ketika kebetulan beliau singgah di Henan, cuaca sangat panas pada masa itu dan ramai pelarian berhenti rehat di sana. Kebetulan di tepi tempat rehat mereka ada sepohon pokok buah pear yang sedang berbuah, jadi semua orang pun mengerumuni pokok pear tersebut. Sebaliknya Xu Heng hanya duduk diam di situ.

Pelarian-pelarian bersebelahan mula rasa segan kerana nampak Xu

Heng langsung tidak bergerak. Salah seorang yang di tepi pun bertanya, “Mengapa anda tidak makan buah pear? Dahaga sungguh setelah berjalan jauh, pergilah petik sebiji dua.” Maka Xu Heng pun menjawab, “Pokok pear ini bukan kepunyaan saya, memang tidak boleh saya memetik

Page 69: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

59

buahnya.” Kata-kata Xu Heng memang baik dan tidak keterlaluan. Beliau tidak berkata, “Pokok pear ini bukan kepunyaan saya, memang tidak betul jika saya memetik buahnya, ini sifat pencuri, ini perbuatan yang tidak betul!” Kata-katanya sederhana dan tidak menunjukkan reaksi yang terlalu menunjuk-nunjuk. Pertuturan orang zaman dulu lebih tersirat maksudnya sebab mereka semua tahu malu, kata-kata yang hendak diucapkan sekadar sentuh sedikit sahaja.

Orang itu berkata lagi, “Sekarang ini keadaan hura-hara, pokok ini

tiada tuan yang punya.” Xu Heng menjawab, “Pokok ini tidak bertuan, tapi bolehkah hati saya tidak bertuan juga?” Adakah dia mengatakan orang lain bersalah? Tidak. Beliau hanya menjaga baik hati sendiri apabila berhadapan dengan dugaan melalui keimanan diri. Dengan pengaruh akhlak mulia Xu Heng, tidak lama kemudian tempat itu menjadi satu petempatan yang sangat menitikberatkan amanah dan sifat tahu malu atas perbuatan buruk sendiri, sampai budak pun tidak akan kutip buah yang sudah gugur, kutip pun tidak pada buah yang jatuh atas lantai. Beginilah pengaruh daripada Xu Heng.

Cendekiawan zaman dulu berkemampuan membimbing dan

mempengaruhi orang setempat dengannya. Maka mampukah dia membimbing dan mempengaruhi keluarganya? Hari ini kita mempelajari Falsafah Tradisi tetapi tidak diterima baik oleh ahli keluarga, apakah punca masalahnya? Dalam sebuah karya bertajuk “Zeng Guang Xian Wen” mengatakan bahawa, “Jangan tergesa-gesa berkawan ramai jikalau pergaulan bersama sanak-saudara tidak baik.” Berkawan ramai semata-mata memenuhi keangkuhan diri, sebaliknya orang yang paling dekat pun tidak mampu bergaul mesra ataupun dijaga dengan baik.

Dalam buku “Mo Zi” menyatakan bahawa, “jikalau satu perkara

pun tidak boleh dibuat dengan baik atau sempurna, maka orang itu harus menyedari bahawa kemampuan diri masih lemah, jangan pula berfikir hendak membuat banyak perkara dengan baik.” Apabila menyedari

Page 70: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

60

kekurangan diri melalui satu perkara, jujurlah berhadapan dengan sifat hangat-hangat tahi ayam sendiri, cepat-cepat memperbetulkan diri dan majukan diri.

Cara orang kuno membimbing dan mempengaruhi orang lain

bukan secara paksaan atau menekan orang lain dengan alasan dan sebab musabab, semuanya melalui teladan diri yang membangkitkan perasaan kagum dalam jiwa seseorang. Contohnya Guan Ning, seorang ahli politik pada Zaman Tiga Negara. Beliau berjaya membimbing dan mempengaruhi orang ramai di kawasan pentadbirannya. Di daerah pengelolaannya hanya ada sebuah perigi dan sering berlaku pergaduhan akibat rebutan untuk menadah air. Justeru, Guan Ning pun membeli beberapa tong dan diisi penuh dengan air yang ditadahnya, kemudian tong-tong tersebut disusun di tepi perigi. Apabila orang kampung berpusu-pusu datang untuk merebut tempat menadah air, mereka rasa malu pula kerana melihat air sudah siap ditadah. Guan Ning langsung tidak menegur penduduk kampung sebaliknya berusaha memberi kemudahan kepada mereka. Akhirnya beliau berjaya membangkitkan dan menyedarkan sifat murni penduduk di kawasan pentadbirannya.

Pernah sekali, beliau terjumpa seekor kerbau yang terlepas

daripada ikatan tali, akibatnya kerbau ini berkeliaran di sawah orang kampung sehingga merosakkan hasil tanaman mereka. Sebagai pegawai pentadbir kampung itu, beliau mengheret kerbau itu ke tepi jalan untuk menunggu tuannya. Tuan punya kerbau ini rasa sangat malu apabila nampak Guan Ning. Langsung tiada sepatah teguran, apa yang diberi semata-mata bantuan dan peringatan.

Satu lagi peristiwa yang mengisahkan tentang kemuliaan akhlak

beliau ialah pernah sekali bekalan makanan di rumahnya sudah hampir habis, namun beliau tetap memberikannya kepada penduduk kampung walaupun dirinya tidak dapat makan. Apabila bertemu dengan anak orang, beliau memberi galakkan agar mereka mentaati dan menyayangi ibu bapa.

Page 71: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

61

Apabila bertemu dengan mereka yang boleh dianggap adik, beliau menasihati mereka agar kasih, sayang dan menghormati orang yang lebih tua. Apabila bertemu dengan pegawai kerajaan, beliau mengingati mereka harus amanah. Inilah akhlak mulia beliau dan berjaya memberi bimbingan dan pengaruh yang sangat mendalam di tempat beliau mentadbir.

“Semua perkara yang dibuatnya memenangi hati dan kepercayaan serta menerima sambutan baik daripada penduduk sekitar tempat pengelolaannya, mereka yang tinggal berjauhan juga datang untuk taat setia padanya.” Di sini “sekitar tempat pengelolaan” merupakan tempat “berdekatan” manakala tempat selain daripada itu diklasifikasikan sebagai tempat “berjauhan”. Satu lagi definasi tentang “berdekatan” dan merujuk kepada kita bermaksud boleh didampingi di sisi secara fizikal, manakala keadaan sebaliknya sebagai “berjauhan” tetapi mereka masih boleh mengetahui dan dengar tentang akhlak dan perilaku serta perwatakan kita. “Berasa kagum” merupakan satu perasaan yang lahir dari jiwa dan batin seseorang itu. Memang benar dan pada era ini, jika sesebuah komuniti itu didiami oleh orang yang benar-benar berakhlak tinggi dan bersifat mulia, pasti ramai orang akan berpindah ke komuniti berkenaan. Jikalau anda mendapat tahu bahawa seorang yang berakhlak tinggi dan mulia seperti Da Shun (Seorang anak yang taat) tinggal di sesebuah komuniti, adakah anda akan berpindah ke komuniti tersebut? Kata pepatah orang Hokkien, “Bendang boleh dibeli dengan ribuan tahil emas tetapi jiran yang baik tidak semestinya boleh dibeli dengan puluhan ribu tahil emas.” Dengan erti kata lain, bendang boleh dibeli dengan wang ringgit yang banyak, tetapi pemilihan jiran lebih penting daripada bendang sebab pelbagai masalah akan timbul jikalau berjiran dengan orang yang jahat. Orang yang berakhlak tinggi dan mulia seperti Da Shun berkemampuan menarik perkumpulan orang untuk tinggal bersama di

Page 72: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

62

satu tempat dengan cepat. “Di mana adanya “Dao”, di situlah wujud kesetiaan atau menjadi ikutan ramai. Di mana ada sifat moral, di situ ada kehormatan daripada orang ramai. Di mana ada keprihatinan, di situ ada kesayangan daripada orang ramai.” Adakah baik berjiran dengan Teresa Hsu Chih? Semua orang sangat menghormati beliau kerana beliau seorang yang murni akhlaknya dan berhati mulia. Beliau adalah seorang pekerja sosial di Singapura yang telah diiktiraf dengan Penghormatan Kesetiaan Sepanjang Hayat. Beliau aktif dalam membantu orang tua yang melarat dan sakit di negaranya. Beliau merupakan jururawat bersara dan pengasas bagi badan amal “Heart to Heart Service” dan “Home For The Aged Sick” yang menjadi rumah orang tua yang pertama di Singapura. Pada tahun 2005, beliau menerima Anugerah Pengiktirafan Khas daripada kerajaan Singapura bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara. “Orang yang berjauhan sentiasa mengingati beliau.” Mereka mengingati kewibawaan dan kebaikannya dengan harapan dapat hidup bersama serta berada di sisinya. Contohnya Fan Zhongyan, seorang ahli politik, ahli strategi, sasterawan dan pendidik dalam Dinasti Song. Kemuliaan akhlak beliau berjaya mempengaruhi pihak musuh berpindah ke tempat yang ditadbirnya untuk menerima bimbingan dan didikan beliau. Semasa beliau meninggal dunia, tangisan tentera pihak lawan jauh kedengaran. “Jikalau mereka yang berjauhan ini tidak akur, maka beri bimbingan dan pengaruh melalui nilai akhlak murni.” Walaupun Fan Zhongyan selaku panglima angkatan tentera, tetapi beliau melayani tentera pihak musuh dengan penuh kebaikan hati, di samping membantu tentera musuh menetapkan ahli keluarga. Beliau mempengaruhi dan mendidik mereka melalui akhlak yang tinggi dan kemuliaan hatinya. Beliau berjaya mempengaruhi pihak musuh.

Page 73: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

63

Jadi adakah mungkin beliau gagal mempengaruhi dan membimbing kerabat keluarganya? Inilah matlamat yang perlu dikecapi dalam pengajian kitab Da Xue. “Kemampuan menguasai segala ilmu yang dipelajari dan mampu saling menghubungkait antara ilmu yang dipelajari; tidak mengingkari ajaran kitab Falsafah Tradisi dan guru, mempengaruhi orang ramai supaya mempunyai budaya dan bertamadun; Orang yang berdekatan akur pada ketinggian akhlaknya dan orang yang berjauhan mengingatinya.” Semua ini merupakan matlamat yang sejajar dengan pengajian Kitab Da Xue, iaitu “menyerlahkan sifat murni semulajadi manusia, menyayangi setiap insan dan mengecapi nilai akhlak yang paling suci dan mulia.”

Dalam karya tradisi bertajuk “Ji” menyatakan bahawa, “Semut belajar mengumpul tanah dan ditimbunkan semasa masih besar anak semut, kemudian timbunan tanah itu akan menjadi sarang yang besar.” Di sini anak semut diambil sebagai contoh. Apabila “kemampuan atau kemahiran” anak semut mengumpul tanah dilatih sehingga menjadi mahir, dewasa kelak mereka sudah boleh membuat sarang sendiri. Kemahiran itu dilatih semasa kecil pada setiap masa dengan penuh kegigihan dan kerajinan. Semangat ini sejajar dengan pengajian seseorang selama sembilan tahun tanpa berhenti atau berputus usaha. Seandainya tidak terlatih, nescaya menghadapi kemunduran dan segala usaha sia-sia belaka. “Justeru, semua matlamat harus diusahakan dengan penuh kegigihan dan kecekalan.”

Perenggan pertama menekankan matlamat pendidikan, mendidik dan mempengaruhi orang ramai supaya mempunyai budaya dan bertamadun tinggi. Perenggan kedua pula menyentuh tentang kepentingan pendidikan, sebab “Orang tidak tahu-menahu sebab tidak diberi pendidikan”, dengan adanya pendidikan dan pembelajaran barulah dia tahu membawa diri dan menunaikan tanggungjawabnya. Pemimpin yang mempunyai kesedaran tentang bab ini pasti sangat memandang berat tentang pendidikan dan “Mendahulukan pendidikan”. Perenggan ketiga

Page 74: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

64

pula menyatakan dengan mendalami pembelajaran kitab Falsafah Tradisi, baru sedar akan keistimewaan kitab-kitab Falsafah Tradisi dan seterusnya lebih menghargainya. Pembelajaran itu satu proses yang saling membantu dengan pengajaran. Kesannya memberi kebaikan kepada orang lain dan seterusnya pasti berfaedah untuk diri sendiri. Perenggan keempat pula membincangkan tentang sistem pendidikan masa silam dengan bermulanya pendidikan pengelolaan di rumah persendirian. Kemudian melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang dibina berlandaskan kepadatan penduduk di daerah, bandar dan ibu kota. Pusat pengajian di ibu kota kebanyakannya terdiri daripada kerabat bangsawan yang berumur dalam lingkungan 15-16 tahun, di samping itu pelajar yang cemerlang dan lulus peperiksaan, misalnya peperiksaan dari pusat pengajian di daerah, kota dan bandar juga berkelayakan melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi kebangsaan kelolaan kerajaan pusat. Dalam perbincangan, ia juga menyentuh tentang peraturan pengelolaan pusat pengajian tinggi kebangsaan, di mana terdapat pengambilan pelajar pada setiap tahun dan peperiksaan akan diadakan pada tahun yang seterusnya.

Perbincangan yang kemudiannya berkenaan menetapkan cita-cita

pembelajaran. Selepas pengajian genap satu tahun di mana pembelajaran bermula daripada pengkhususan secara mendalam kitab Falsafah Tradisi, membedakan apa yang benar dan apa yang salah serta apa yang baik dan apa yang jahat. Menetapkan cita-cita ialah perkara paling utama dalam pembelajaran. Para pelajar harus menilai sama ada matlamat dan cita-citanya tepat atau tidak. Sementara itu pendidik harus tahu memberi penilaian sama ada matlamat dan cita-cita itu sepadan dengan sikap keperibadian pelajarnya. Selepas pengajian genap tiga tahun, penilaian dibuat pada sifat penghormatan dan pergaulannya. Ini disebabkan

Page 75: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

65

peningkatan dan pencapaian ilmu bergantung kepada sifat hormat dan keikhlasan pada pembelajaran.

Semakin tinggi penghormatan dan keikhlasan diberi semakin besar

kebaikan yang diperolehi. Kata-kata hikmat yang kita sering ungkapkan “Keikhlasan dan kesungguhan yang tulus nescaya membawa pencapaian kepada usaha yang dicurahkan.” Misalnya Mengzi mempelajari ajaran Konfusius dengan penuh kesungguhan dan penuh hormat, walaupun Konfusius sudah meninggal dunia pada masa itu, namun Mengzi merupakan tokoh terbaik yang meneladani ajaran Konfusius sehingga pelajar yang pernah belajar di sisi Konfusius juga tidak setanding dengannya. Justeru itu beliau dikenali sebagai “Orang Suci Kedua Terunggul”. Nyata dari sini ia menyedarkan kita bahawa sikap paling penting semasa mengejar ilmu ialah ketulusan hati dan sifat hormat seseorang itu kepada gurunya.

Teladan ibu bapa memberi pengaruh kepada sikap hormat dan keikhlasan si anak semasa mengejar ilmu. Sebagai ibu bapa harus rajin mengejar ilmu terlebih dahulu apabila mengharapkan anak juga suka belajar. Jikalau kita memberi tunduk hormat tiga kali dengan penuh penghormatan kepada Konfusius setiap kali sebelum membaca buku, jadi adakah mungkin anak itu bersikap biadap semasa membaca apabila teladan itu disaksikan anak dari kecil hingga dewasa? Apabila hendak membaca kitab dan setiap kali kitab itu dikeluarkan dengan penuh hormat, sifat yang disaksi anak hari demi hari ini pasti memberi kesan tanpa disedari. Pada zaman dahulu kitab-kitab amat dihargai kerana ia sukar diperolehi dan perlu disalin sendiri sepatah demi sepatah di sekolah. Berbanding dengan zaman sekarang, kemajuan teknologi percetakan membolehkan kitab-kitab Falsafah Tradisi mudah diperolehi sehingga sesetengah orang meletakkannya di merata tempat, malah ada yang meletakkannya di bilik air. Justeru itu adakah mungkin anak tahu

Page 76: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

66

menghormati kitab dengan menyaksikan begitu caranya orang dewasa melayani kitab? Semua ini merupakan bimbingan dan asuhan mengikut situasi dan keadaan setempat serta teladan diri. “Pergaulan mesra dengan keserasian bersama orang ramai” juga akan dinilai semasa pengajiannya. Mengzi menyatakan bahawa “Kesesuaian masa tidak sebaik daripada kesesuaian lokasi, kesesuaian lokasi tidak sebaik daripada keserasian antara orang.” Orang yang sudah puluhan tahun mengaji tetapi tidak tahu bergaul dengan orang lain, itulah ulat buku namanya yang hanya pandai membaca buku. Di Pusat Pengajian Kebangsaan kelolaan kerajaan, sebanyak mana kitab yang berjaya dihafal bukan ukuran kejayaan sekolah, tetapi penilaian dibuat dari segi setakat mana ajaran kitab Falsafah Tradisi digunapakai dalam kehidupan seharian dalam pergaulan dan bekerja.

Ajaran Konfusianisme menyatakan bahawa “Pada zaman purba, mereka yang berhasrat mengembangkan akhlak dan sifat murni manusia adalah mereka yang berjiwa lapang dan mempunyai matlamat agung”. Namun, apakah asas sebagai permulaan untuk menyempurnakan matlamat yang begitu mulia dan terpuji itu? “Menghapuskan nafsu tamakkan kebendaan dan segala tabiat buruk.” “Apabila berjaya menghapuskan nafsu tamakkan kebendaan dan segala tabiat buruk, maka lahirlah kebijaksanaan yang jelas memahami segala kebenaran. Apabila lahirnya kebijaksanaan memahami segala kebenaran, maka segala niat dan fikiran yang lahir akan ikhlas dan benar”.

Namun, keazaman dan kecekalan merupakan faktor terpenting dalam

usaha untuk “menghapuskan nafsu tamakkan kebendaan dan segala tabiat buruk”. Jikalau asyik beralah pada tabiat buruk dan berjanji pada diri untuk berubah pada hari esok, bagaimana keadaannya apabila tiba hari keesokannya? Tunggu esok lagi. “Hari esok silih berganti, berapa banyak hari esok bakal menanti?” Jikalau seseorang mempunyai kualiti diri yang

Page 77: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

67

sangat baik tetapi gagal mengecapi peningkatan akhlak dan moral, faktor utamanya ialah sifat suka berlengah. Hari demi hari enggan mencurahkan usaha dan kualiti baik yang dimiliki dengan segera lalu peluang disia-siakan sahaja.

Namun, satu masalah yang timbul ialah adakah mudah untuk

seseorang menyedari tentang masalahnya? Seumpama ajaran dalam “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” yang menyatakan bahawa “Jikalau kesalahan itu cuba dilindungi atau disembunyikan, ini adalah satu perkara yang tidak dapat dimaafkan.” Kita berkemungkinan berhadapan dengan sesuatu masalah, tetapi sudah menjadi tabiat kita cuba untuk berselindung, bersembunyi, memberi penjelasan dan memberi alasan, namun sendiri tidak sedar akan kewujudan tabiat tersebut. Misalnya kita ada temu janji dengan rakan tetapi terlambat pula, kemudian memberi alasan sambil berkata, “Bukan awak tidak tahu lalu lintas jalan raya di sini, selalu berlaku kesesakan jalan.” Inilah satu tabiat! Sudah bersalah tetapi masih hendak memberi alasan.

Untuk mengecapi kemajuan akhlak dan ilmu, terlebih dahulu

janganlah kita menipu diri sendiri. Apabila kita sudah biasa memberi alasan, rakan dan sanak saudara di sisi pasti akan berkata, “Sudahlah!” Mereka tidak lagi sudi memberi nasihat kepada kita. Sebaliknya jikalau kita berani mengaku kesalahan diri, nescaya kita akan memenangi penghormatan daripada orang lain. Jadi, bukan mudah untuk seseorang itu melihat masalah diri. Konfusius telah mengajar kita satu cara yang sangat baik, “Insaflah diri apabila nampak mereka yang tidak bersifat mulia.” “Memperbetulkan diri apabila nampak sifat buruk.”

Semua orang di luar sana umpama pelakon, bersandiwara untuk

tontonan kita. Apabila nampak menteri atau pegawai yang jujur, teladanilah sifat mulianya. Apabila nampak orang bersifat jahat, renung-renungkan diri sama ada kita juga berperangai sepertinya. Orang lain umpama cermin di hadapan kita yang memberi peluang untuk merenung

Page 78: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

68

dan menginsafi diri. Apabila kita dapat bergaul mesra dan harmoni dengan rakan sekolah,

kawan-kawan dan orang lain, ini bermakna konflik, keangkuhan dan kedengkian dalam hati serta sifat panas baran sudah berkurangan. Justeru, untuk menilai sejauh mana peningkatan akhlak seseorang, lihatlah dari sudut sama ada dia masih tidak menyukai seseorang atau masih ada perkara yang dia tidak boleh bersabar. Apabila sudah tiada orang yang tidak disukai, tidak berkira dengan orang lain, inilah orang yang berbudi bahasa dan boleh bergaul ramai.

Asas yang kukuh dari segi akhlak dan moral harus disemaikan

sebelum mengejar ilmu, “Budiman berusaha dalam perkara yang paling asas, apabila perkara paling asas dikukuhkan maka lahirlah jalan ke arah kebenaran.” Cuba perhatikan sama ada tabiat buruk berbangkit semasa pergaulan.

“Pada tahun kelima, pemerhatian dibuat pada keluasan ilmu yang

ditimba dan sejauh mana dipelajari dan digunapakai dalam kehidupan serta sejauh mana dia mendekati gurunya.” Sedalam mana ilmu yang dipelajari menitikberatkan kefahaman bersinambung antara kitab-kitab tradisi yang dipelajari dan menjadi amalan kehidupan. Bagaimanakah untuk mengecapi peningkatan ilmu? Iaitu harus ada pemahaman tentang ilmu yang dipelajari dan menjadikan ilmu tersebut sebagai amalan kehidupan harian, di mana pemahaman ilmu adalah sejajar dengan gunapakai ilmu itu. Sementara itu, sejauhmana kekukuhan asas akhlak itu disemaikan bergantung kepada kefahaman ilmu yang sejajar dengan amalan ilmu dalam kehidupan harian.

Anda mengatakan anda sudah menyemaikan asas akhlak setelah

mempelajari sepuluh kali “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”, adakah begitu caranya? Sepuluh kali mempelajari ilmu tersebut sekadar untuk pemahaman sahaja, sejauhmanakah ia dibuat dalam

Page 79: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

69

kehidupan harian sebagai amalan? “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup” menyatakan bahawa “Sekiranya kita menganggap pelajaran itu sebagai satu pengisian masa”, apa yang diperolehi hanya pengertian dan tidak dibuat dalam kehidupan harian.

“Tidak menggunakan faedah pelajaran, kita kerugian dan tidak dapat

faedah daripadanya.” “Jikalau kita tidak meneruskan pelajaran walaupun pengetahuan yang sedia ada itu digunapakai, tahap pencapaian kita tidaklah begitu tinggi kerana ini adalah pengetahuan individu, bukan digabung dengan pengetahuan cerdik pandai.” Di sini menyatakan kita hanya buat apa sahaja mengikut pengetahuan diri tanpa merujuk kepada kitab-kitab Falsafah Tradisi, maka berkemungkinan begini keadaannya, “Pengetahuan dan kefahaman sendiri mungkin tidak begitu tepat sasarannya.”

Dalam proses “meluaskan, mendalami pelajaran dan menggunapakai

ilmu dalam kehidupan”, kita perlu mendampingi guru kerana inilah cara yang paling penting untuk meneladani guru. Contohnya kita mendampingi Konfusius, menjadikan beliau sebagai teladan merupakan perkara terpenting. Timbang-timbanglah sendiri bagaimanakah pemikiran Konfusius apabila ada niat yang terbangkit dan bermain dalam fikiran kita. Bagaimanakah beliau akan buat apabila berhadapan dengan perkara berkenaan? Setiap masa mengambil Konfusius sebagai piawaian rujukan, sentiasa berbangkit perasaan malu dan sentiasa mengingatkan diri bahawa “keimanan dan akhlak diri jauh ketinggalan di belakang Konfusius, rebutlah masa untuk majukan sendiri.” Cara mendampingi guru bukan sahaja secara fizikal berada di sisi guru, ini semata-mata satu bentuk keadaan. Jikalau benar-benar menggunapakai dan mematuhi segala ajaran guru, inilah cara paling tepat dan betul sikap mendampingi guru.

Jikalau berdamping dengan guru setiap hari tetapi di belakang guru

lain pula perangainya, perbuatan begini yang paling menggores hati guru. Semasa berada di sisi guru, penuh hormat melayani guru, apabila

Page 80: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

70

berjauhan dengan guru, bersifat angkuh melayani orang lain. Beginilah sikap cakap tidak serupa bikin semasa di hadapan dan belakang guru. Guru terasa amat dukacita apabila menyedari sifat dan perilaku anak murid tidak sejajar dengan ilmu yang dipelajarinya.

Oleh itu, asas utama untuk mengejar ilmu tertakluk pada keikhlasan

hati. Kitab Zhong Yong menyatakan bahawa “Keikhlasan” ini sejajar dengan sifat murni setiap insan. Bagaimana hendak meningkatkan keikhlasan diri? Tutur kata harus sejajar dengan perilaku dan pembawaan diri tidak kira semasa di hadapan atau belakang orang, di atas atau di bawah pentas, semasa atau selepas waktu pejabat, ataupun semasa bersama orang atau bersendirian. Justeru, Konfusianisme amat menitikberatkan kemampuan “Bersikap berhati-hati semasa bersendirian.” “Jangan berkelakuan sumbang walaupun berada di tempat tidak boleh dilihat orang lain. Jagalah kelakuan diri walaupun tiada orang lain di sisi kita”.

“Perbincangan dan perkongsian ilmu serta membuat pemilihan kawan

dinilai selepas tujuh tahun pengajian. ” Dari segi “amalan dan gunapakai ilmu yang dipelajari”, ilmu tersebut boleh digunapakai dalam kehidupan, pekerjaan, pergaulan dan pengurusan, membedakan betul dan salah, baik dan buruk serta penyalahgunaan sesuatu perkara. Misalnya “Apakah kesan sampingan sekiranya perkara berkenaan diselesaikan demikian cara?” Dari sini, dia menjadi pandai menimbang jauh dan berfikir secara mendalam, tahu kepentingan cegah sebelum parah, tahu meramal perkembangan sesuatu isu melalui perkara-perkara halus.

Saya masih ingat pernah sekali semasa saya bersama Pakcik Lu,

beliau ternampak satu pemetik api yang berlabel gambar gadis berpakaian seksi. Pakcik Lu pun berkata, “Melalui pemetik api ini sudah boleh tahu suasana sosial akan merosot”. Orang zaman kuno berkemampuan begini. Misalnya Ji Zha, seorang tokoh sangat berilmu pada zaman peperangan Chunqiu, selepas mendengar irama muzik yang dimainkan oleh Negara Zheng, beliau pun memberitahu bahawa Negara Zheng bakal binasa dan

Page 81: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

71

tidak lama kemudian memang berlaku peristiwa seperti apa yang dikatanya.

“Pemilihan kawan”, kita memerlukan kebijaksanaan untuk mendapat kawan yang baik. Laozi berkata, “Orang yang bijaksana boleh memahami orang lain; Orang yang berhati terang boleh memahami diri sendiri.” Terlebih dahulu seseorang itu harus memahami diri, memang sukar untuk memahami orang lain seandainya tidak jelas dan faham tentang diri. Dengan hati yang cukup tenang dan suci membolehkan kita benar-benar memahami diri dari setiap niat yang berbangkit dan di mana pemikiran salah diri. Selepas memahami diri dengan jelas, barulah berkemampuan untuk melihat dan memahami orang lain.

Dalam kitab Lunyu, Konfusius juga berbincang tentang cara untuk melihat orang, iaitu “Lihatlah perkara yang selalu dibuat oleh seseorang, perhatikan motifnya. Bolehkah seseorang itu menyembunyikan karakternya? Bolehkah seseorang itu menyembunyikan karakternya?” Konfusius mengulang sebanyak dua kali tentang “Bolehkah seseorang itu menyembunyikan karakternya?” Ada maksud disebaliknya mengapa ungkapan tersebut diulangi. Jikalau pemerhatian dibuat dengan cara tersebut, bagaimana seseorang boleh menyembunyikan karakternya?

Pemerhatian itu dibuat pada perkara yang dilihat di depan mata.

Kemudian penelitian secara mendalam, di sini bukan sekadar apa yang dapat dilihat dengan mata sahaja. Latar belakang keluarga dan pekerjaannya harus diketahui secara keseluruhannya. Misalnya adakalanya sebelum pegawai pendidikan datang melawat sekolah, semua guru dan murid sibuk sekali, begitu juga dengan mesin pencetak. Semua sibuk beberapa minggu demi berusaha menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Selepas habis diperiksa oleh pegawai pendidikan baru terasa lega hati mereka. Kemudian semua bahan-bahan tersebut disimpan pada keesokan harinya. Ini semata-mata untuk menghadapi keperluan semasa!

Page 82: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

72

Di rumah pula, si ibu akan cepat-cepat mengemas rumah apabila ada tetamu hendak datang berkunjung. Pemerhatian dan pemahaman anak tentang perkara tersebut ialah rumah hanya akan dikemas apabila ada tetamu datang. Justeru, masa diperlukan untuk melihat mentaliti sebenar seseorang. Jikalau beranggapan bahawa seseorang itu memberi imej yang baik pada saya, itu tidak semestinya tepat. Cuba kita lihat perhubungan kaum lelaki dan wanita pada zaman sekarang, bagaimanakah kesudahannya mereka yang jatuh cinta pandang pertama? Saya tengok hampir separuh sudah bercerai. Mengapa? Cinta pandang pertama itu perbuatan yang tidak rasional, semua akibat hati teruja. Perbuatan yang teruja tiada keikhlasan, adakah ia mudah berubah? Cepat sekali, pagi kahwin dan petang minta cerai. Masing-masing teruja dan belum saling memahami terus jatuh cinta sampai tidur pun tidak lena, ini nafsu namanya.

Oleh itu, cara mengguna orang, memilih kawan dan memilih pasangan hidup merupakan perkara penting dalam dunia ini. Jikalau rakan kongsi atau pekerja yang sangat penting disalahpilih, maka usaha yang dicurahkan akan lebur begitu sahaja. Konfusius pun berkata, “Saya tidak bimbang orang tidak memahami saya, tetapi saya bimbang saya tidak memahami orang.” Tidak memahami seseorang itu satu kebimbangan yang sangat besar. Jadi, “Pemerhatian pada motifnya secara mendalam diperlukan.” Ia boleh dibuat dari segi latar belakang keluarga dan pekerjaannya untuk pemahaman dan pengenalan yang lebih komprehensif. Banyak keputusan penting perlu dibuat dalam dunia ini, jangan bertindak sembarangan jikalau kurang kepastian, kesannya sukar diuruskan apabila salah buat keputusan.

Saya ada kawan yang sudah berkahwin dan saya pun berbincang

dengan mereka tentang mencari pasangan hidup, kawan saya memberitahu bahawa sudah terlambat selepas mendengar percakapan saya. Biar saya mengingatkan anda sekalian, pada masa ini anda hanya perlu

Page 83: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

73

beringat pada satu pepatah, iaitu “Keikhlasan yang optimum akan membawa hasil.” Asalkan masih ada kitab Falsafah Tradisi, ada kebijaksanaan, semua perkara yang berlaku bukanlah perkara buruk, semuanya perkara baik. Misalnya Da Shun, Maharaja Zaman Purba, beliau terkenal dengan ketaatannya kepada ibu bapa. Beliau mempunyai ibu bapa yang sangat jahat, ini perkara baik atau buruk? Beliau berjaya mengecapi peningkatan akhlak tinggi dan kebijaksanaan.

“Apabila Tuhan hendak memberi misi kepada seseorang, terlebih

dahulu kecekalannya akan dilatih supaya merasai keletihan tulang dan otot, menghadapi kelaparan dan menanggung kemiskinan hidup serta terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan dugaan dalam setiap kerja yang diusahakan. Melalui cara sedemikian terlatihlah keazaman, kegigihan dan kecekalannya, barulah kemampuannya akan meningkat.” Bilakah kata-kata hikmah ini digunapakai? Kita harus bercita-cita tinggi, harus “Mewarisi dan meneruskan pusaka ajaran orang-orang suci dahulu.” Semakin awal kita diuji dan diduga, barulah kita bijaksana. Kita harus melatih diri berjiwa kental dan cekal hati, berani mati dan tidak gentar sama sekali.

Akhir sekali “Meneliti keadaannya selepas dia melaksanakan sesuatu

perkara.” Apakah yang hendak diperhatikan? Perhatikan ketenteraman hatinya selepas dia membuat semua perkara, sama ada yang baru dibuat ataupun yang sudah lepas. Jikalau dahulu berbuat salah dan sekarang sangat menyesal dan bertaubat, orang ini bersifat baik. Jikalau seseorang itu bermegah dan ingat dirinya sangat berkebolehan terhadap kesalahan lepasnya, nescaya orang seperti ini tidak boleh dipakai. Jikalau dia sudah berbuat baik kemudian jiwanya begitu tenang, walaupun dipuji dia tetap rasa takut dan bimbang, inilah orang yang terasa tenang rohaninya selepas membuat kebajikan. Itu tandanya orang yang beriman.

Jikalau seseorang sudah banyak membuat kerja-kerja kebajikan dan

amal jariah tetapi asyik memberitahu orang lain tentang kebaikannya

Page 84: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

74

kerana takut orang lain tidak tahu tentang usahanya, inilah orang yang mengejar nama baik sahaja. Jikalau amal jariah yang dibuat tidak mendatangkan kemasyhuran, usaha tersebut akan ditinggalkannya, ataupun apabila tidak mendapat pujian yang diharapkan, dia rasa tidak gembira.

Sekarang kita lihat tujuh prinsip utama pendidikan di pusat pengajian tinggi. “Pada hari pertama persekolahan di pusat pengajian tinggi, semua pelajar berpakaian rasmi dengan kemas menghadiri upacara untuk mengingati Konfusius, beliau adalah Guru Teragung.” “Pada hari pertama persekolahan” memberi kita satu peringatan yang sangat mustahak, iaitu para pelajar baru sampai di pusat pengajian tinggi. Maka adalah perlu memberi mereka bimbingan, didikan dan peringatan yang paling mustahak. Dengan adanya “Langkah berjaga-jaga pada peringkat permulaan”, barulah mereka boleh mematuhi peraturan tanpa ada yang terbengkalai. Jikalau mereka diperbetulkan sejak permulaan lagi, maka tidak sukar untuk dibimbing jika ada sikap yang salah selama ini. Itu sebabnya asuhan dan didikan anak harus dari peringkat awal pembesaran iaitu semasa mereka masih kecil. Ini satu “langkah berjaga-jaga pada peringkat permulaan.” Justeru, pendidikan kepada anak-anak perlu bermula semenjak “pra-natal”, iaitu pendidikan dari dalam janin lagi.

Sebelum ini kita sudah berbincang tentang “tiga perkara penting untuk mendapat zuriat”. Adakah anda semua berkongsi dengan sanak-saudara tentang perkara ini? Perkara ini sangat mustahak, mesti dikongsi dengan mereka yang sudah kahwin tetapi masih belum beranak. Inilah masa keemasan untuk berkongsi ilmu tersebut, jangan sampai terlepas peluangnya.

“Tiga perkara penting untuk mendapat zuriat”. Pertama, memelihara

kesihatan supaya memberi asas yang baik untuk kanak-kanak. Kedua, hubungan pasangan pengantin mengikut ritual, memelihara akhlak yang

Page 85: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

75

baik dan mengumpul pahala, sebab orang yang berakhlak akan dikurnia dengan keturunan yang baik. Ketiga, Pendidikan Pra-natal diberi dengan sebaik-baiknya supaya tidak menyesatkan kanak-kanak.

Seterusnya, sebelum si anak berumur 3-5 tahun, asuhan dan

bimbingan melalui teladan ibu bapa untuk menyemaikan asas pendidikan moral si kecil patut diamalkan. Pepatah ada mengatakan bahawa “Asuhlah anak seawal bayi, bimbinglah menantu seawal dia masuk pintu.” Semuanya merujuk kepada “peringkat permulaan”. Sesungguhnya asuhan yang betul diberikan semenjak peringkat permulaan lagi, maka pihak yang menerima asuhan dan bimbingan akan buat mengikut cara yang betul. Jika tidak diasuh dan tidak dibimbing semenjak peringkat permulaan, memang sungguh memenatkan apabila nampak kesalahannya baru hendak diberi bimbingan untuk pembetulan.

Menantu perempuan yang baru masuk pintu itu satu peringkat

permulaan. Begitu juga seseorang yang baru melaporkan diri di tempat kerja yang baru, perkenalan baru dengan seseorang pada hari ini juga satu “permulaan”. Jikalau anda bersifat sambil lewa dan sembrono semasa perjumpaan pertama, janganlah menyalahkan orang lain jikalau anda sudah dipandang rendah kemudian harinya. Ini termasuk pada hari pertama anak kita menghadiri kelas ajaran Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup dan buat pertama kali menerima buku “Di Zi Gui”, masa inilah peluang terbaik untuk memberi asuhan dan didikan agar dia tahu menghargai buku ajaran Falsafah Tradisi yang diterimanya. “Semua pelajar berpakaian rasmi dengan kemas menghadiri upacara untuk mengingati Konfusius, beliau adalah Guru Teragung.” Penghormatan amat dititikberatkan semasa upacara tersebut, ia memperingatkan para pelajar bahawa penghormatan paling diutamakan. Penghormatan kepada ilmu warisan orang-orang suci, termasuk tanda hormat kepada guru-guru di sekolah. Semua pelajar dididik menghormati guru dan ajaran guru semenjak peringkat permulaan lagi.

Page 86: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

76

“Terlebih dahulu mempelajari sajak “Lu Ming”, “Si Mu” dan “Huang Huang Zhe Hua” yang terkandung dalam buku “Koleksi Sajak Xiao Ya” iaitu sebahagian kecil kandungan daripada “Shi Jing”(Kitab Sajak). Ini bertujuan memberi bimbingan tentang protokol sebagai seorang menteri atau pegawai. Kandungan sajak “Lu Ming” menyatakan bahawa Maharaja menyambut kepulangan menteri yang bertugas di luar negeri. Kandungan sajak “Huang Huang Zhe Hua” menyatakan Maharaja menghantar menteri untuk berkhidmat di negara lain. Semuanya menyatakan khidmat untuk negara.

Mesej utama yang hendak disampaikan ialah objektif melanjutkan

pelajaran di pusat pengajian tinggi adalah demi berkhidmat untuk negara. Sajak-sajak ini boleh membangkit dan memberangsangkan semangat cinta akan negara. Ini yang kita harus pelajari daripada orang-orang kuno. Buku Lun Yu menyatakan bahawa “Kecemerlangan pengajian pelajar membolehkan dia berpeluang menjadi menteri atau pegawai kerajaan.” Belajar dengan baik dan kemudiannya berkhidmat untuk rakyat dan negara. Dengan itu, semenjak peringkat permulaan lagi pelajar dibimbing menetapkan matlamat untuk menjadi menteri atau pegawai kerajaan yang baik dan berkhidmat untuk negara.

Gendang dipukul untuk menghimpunkan para pelajar dan bunyi

pukulan gendang membakar jiwa sehingga semua orang memberi tumpuan penuh semasa menghadiri upacara pembukaan sekolah. Begitu juga sifatnya apabila mengeluarkan buku dari beg. “Sewaktu menerima ajaran, hendaklah sopan santun dan penuh hormat semasa berhadapan dengan ilmu yang dipelajari” sebab dengan bersifat hormat dan rendah hati, barulah kita boleh memperolehi kebaikan daripada ajaran-ajaran Falsafah Tradisi.

“Di satu sudut kelas digantung dengan ranting pokok catalpa dan

ranting pokok chaste sebagai rotan untuk mengingati para pelajar harus

Page 87: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

77

mematuhi peraturan dan tidak boleh bertindak sembarangan. Barulah lahir kewibawaan di kalangan pelajar.” Jikalau pelajar mempunyai salah laku, mereka boleh dihukum rotan. Namun hukum rotan sudah tidak dibenarkan pada masa sekarang, mengapa? Jika murid dirotan oleh guru dan hukuman tersebut tidak boleh diterima oleh murid sehingga membuat aduan kepada guru besar, sebenarnya, jikalau seseorang guru benar-benar menyayangi dan mendidik anak murid itu, jika dirotan adakah dia akan membenci guru itu?

Apa yang sering berlaku ialah emosi terganggu semasa guru

menghukum muridnya dan ini yang tidak boleh diterima oleh anak murid. Ibu saya mengajar di sekolah melebihi 30 tahun dan pada masa itu tidak pernah melarang hukuman rotan. Ibu saya berkata, “Hairan sungguh, sekian lama saya mengajar, anak murid yang paling teruk dirotan akan memberi salam apabila nampak saya dari jauh lagi dan bersemangat sekali”. Mengapa? Sebab dia sedar guru ini betul-betul menyayanginya dan membimbingnya. Ibu saya juga memberitahu, “sebaliknya pelajar yang berkeputusan baik akan menyembunyikan diri apabila nampak guru dari jauh.” Anak murid yang pernah dihukum rotan pula lebih mesra dengan guru.

Janganlah naik darah semasa menghukum anak murid, sebaliknya

harus membolehkannya balik dengan senyuman selepas menerima hukuman, sebab dia faham rasa sayang daripada anda dan hukuman itu semata-mata untuk kebaikannya. Selepas dihukum, guru harus memberitahunya cara-cara untuk memperbaiki kesalahan diri dan sambil berkata, “Cikgu yakin anda akan menjadi bertambah baik”. Dengan adanya dorongan dan galakan, anak murid ini akan balik dengan penuh keriangan selepas dihukum guru. Sebaliknya masalah akan bertambah buruk jikalau dia balik dengan penuh kemarahan dan kedengkian kerana didenda oleh guru. Justeru, seseorang pendidik harus ada kewibawaan dan berkaliber dan peraturan kelas harus dititikberatkan.

Page 88: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

78

Dengan cara bimbingan guru yang penuh kasih sayang dan hukuman yang bersesuaian serta murid menerima dengan penuh kerelaan, cara begini membawa kesan yang baik kepada anak murid. Sesungguhnya, apa jua cara yang digunakan, tujuan asas semata-mata demi kebaikan murid agar mereka berakhlak tinggi dan dapat menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya. Inilah perkara asas yang dipertimbangkan oleh ibu bapa dan guru dalam pendidikan anak dan muridnya. Berikhtiar untuk membantu anak dan murid menjadi bertambah baik. Dengan adanya perasaan tanggungjawab sedemikian barulah mereka memberi bimbingan dan asuhan berlandaskan karakter dan sifat peribadi anak dan murid. Sebelum maharaja menghadiri upacara sembahyang agung, maharaja dan para menteri tidak akan melawat ke pusat pengajian tinggi, tujuannya membolehkan para pelajar mempunyai masa yang secukupnya untuk mengembangkan cita-citanya. Upacara sembahyang yang dihadiri oleh Maharaja berlangsung pada musim panas. Sebelum upacara tersebut diadakan, perkiraan dibuat untuk menentukan tarikh yang bersesuaian untuk upacara sembahyang tersebut. Selepas upacara sembahyang, barulah beliau akan melawat ke pusat pengajian untuk meninjau sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar. “Pembelajaran tidak harus kerap diganggu barulah pembelajaran itu selesa dan tidak terkongkong.” Pembelajaran mereka akan terganggu kerana kekerapan lawatan orang luar ke pusat pengajian. Dari sini kita dapat lihat bahawa pendidikan di pusat pengajian tinggi amat menitikberatkan peningkatan kesedaran, sementara itu kesedaran itu tidak sama seperti ilmu pengetahuan yang boleh disuap sahaja. Tanpa sebarang gangguan, barulah hati boleh tenang dan membolehkan pembelajaran lebih fokus. Ini tidak bermaksud mereka belajar secara sambil lewa tetapi sangat berinisiatif menerima dan memahami ajaran Falsafah Tradisi dengan mempamerkan satu situasi yang sangat bersahaja. Ilmu orang-orang suci dahulu sukar difahami dan dihayati sekiranya pelajar itu berkeadaan panik dan tegang.

Page 89: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

79

“Semasa membimbing para mahasiswa, pengajar memperhatikan keadaan mereka dan tidak terburu-buru untuk bercakap banyak dengan mereka, misalnya berpesan ini dan itu, menunjuk ajar dan sebagainya.” Cara pengajaran di pusat pengajian tinggi berlainan dengan sekolah rendah. Di sekolah rendah banyak peraturan masih belum terbentuk maka banyak perkara kecil dalam kehidupan perlu dipesan dengan berulang kali. Pelajar di pusat pengajian tinggi sudah cukup besar dan janganlah bercakap berulang kali. Biar mereka menghayati secara perlahan-lahan tentang ajaran Falsafah Tradisi.

“Dalam proses menerima ajaran, biarkanlah mereka perlahan-

lahan berfikir dan menghayatinya, kegembiraan akan dirasai setelah mereka beroleh ilmu yang dipelajari. Kemudian anda merangsangnya, mendorongnya dan menyakinkannya melalui penghayatan dan amalan. Di samping itu memberitahunya bahawa “Penghayatan anda sangat baik, banyak perkara juga mempunyai sebab musabab yang sama”. Bimbinglah memahami dengan lebih lanjut tentang perkara itu secara menyeluruh. Sebab jikalau kesedaran minda pelajar itu masih belum terbuka tetapi disuap pula dengan terlalu banyak ilmu, perbuatan begini kadang-kadang boleh menghalang mindanya untuk menerima.

Cuba kalian perhatikan zaman sekarang, antara pelajar sekolah rendah dengan mahasiswa pusat pengajian tinggi, siapakah mempunyai kesedaran yang lebih tinggi? Sepatutnya semakin banyak umur semakin tinggi kesedaran seseorang. Tetapi selepas membuat ujian dengan bercerita tentang “Dua Puluh Empat Anak Yang Soleh” di sekolah rendah, budak kecil akan menangis selepas mendengar cerita berkenaan, sebaliknya jikalau kisah tersebut diceritakan kepada mahasiswa di universiti, sukar hendak mencari seorang yang menangis. Jikalau dia menangis, bermaksud dia sudah sedar dan jiwanya mempunyai respon dengan niat mulia orang-orang suci dahulu. Mengapakah semakin meningkat usia semakin sukar untuk menangis?

Page 90: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

80

Sudah lali? Sebab kesedaran tersebut belum tercungkil dan hanya disuap dengan beraneka ilmu sehingga kesedaran minda tersumbat. Kemampuan ini sangat penting untuk seorang pelajar kerana semakin meningkat kesedaran minda semakin tinggi kebijaksanaannya, barulah ilmu yang dipelajari boleh digunapakai dalam kehidupan harian.

“Pelajar junior harus banyak mendengar dan jangan banyak bertanya.” Oleh kerana pelajar junior baru dalam kelas dan masih kurang jelas tentang suasana kelas secara keseluruhan dan pembelajaran di sana, justeru jangan banyak bercakap ataupun bertanya pada masa itu. Cuba membuat penelitian dan biasa dengan suasana sekitar. Biarkanlah pelajar senior yang menonjolkan ilmu yang dipelajari dan bertanyakan soalan untuk kemusykilan yang timbul. Ini juga satu tatasusila dalam perhubungan sesama rakan sekelas.

Tidakkah rasa janggal jikalau orang yang paling cetek pengalaman

pula paling banyak bersuara? Ataupun semasa ada tetamu di rumah anda, anak anda pula paling banyak bercakap berbanding dengan anda sendiri, bukankah janggal keadaannya? Dulu semasa orang dewasa bercakap, budak dilarang menyampuk, meminta izin dahulu baru boleh bercakap, inilah tatasusila. Lain pula keadaannya pada zaman sekarang, tidak kira bagaimana keadaannya perbualan sesama orang dewasa, budak yang terasa teringin bercakap terus menyampuk sahaja dan langsung tidak tahu tatasusilanya.

Bagi seseorang yang menuntut ilmu harus tahu merendah diri dan

jangan sesekali menonjol diri apabila sampai di suatu tempat yang baru kerana sifat sedemikian tidak memberi kebaikan untuk pembelajaran. “Merendah diri membolehkan kita membuka hati untuk menuntut ilmu dan ia memberi kebaikan yang tidak terbatas.” “Sifat merendah diri satu sifat paling bertuah.” “Jangan melangkaui urutan antara senior semasa menuntut ilmu.”

Page 91: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

81

“Perkara-perkara tersebut merupakan peraturan-peraturan etika utama dalam pendidikan. Secara tidak langsung perkara tersebut membentuk satu suasana yang baik untuk pendidikan. Upacara sembahyang rasmi dihadiri pada hari pertama masuk sekolah, kemudian mempelajari “Koleksi Sajak Xiao Ya” yang boleh merangsang semangat dan cita-cita. Apabila menghadiri kelas, pukulan gendang dan ranting-ranting pokok catalpa dan pokok chaste yang tergantung dalam kelas, suasana sangat serius dan mulia. Perkara-perkara tersebut semata-mata membantu para pelajar membentuk tingkahlaku yang betul dan tidak terpengaruh semasa pembelajaran dan seterusnya memperolehi kebaikan daripadanya.

Dalam karya tradisi bertajuk “Ji” menyatakan bahawa, “Pegawai Pendidikan harus faham bahawa pendidikan ialah perkara yang paling penting dalam negara dan rakyat diutamakan.” Semasa menerima pendidikan, katakan dia berhasrat menjadi seorang pegawai kerajaan, mesti belajar “Koleksi Sajak Xiao Ya”. Hati berkhidmat untuk negara akan dipupuk. “Orang yang belajar mementingkan penetapan hasrat”. Jika seseorang belajar mempunyai matlamat dan arah yang jelas, maka pembelajaran akan tercapai. Kita sudah mempelajari ajaran Falsafah Tradisi, tetapi sudahkah kita menetapkan hasrat? Kita harus “Memasuki ilmu besar daripada para budiman silam yang luhur, melahirkan ketenteraman yang berlanjutan untuk ribuan generasi yang akan datang.” Budiman harus tahu di manakah misinya pada hayat ini. Semasa mempelajari ajaran Falsafah Tradisi, terlebih dahulu harus tetapkan cita-cita atau matlamat, sedar apakah tanggungjawab terhadap keluarga, misi untuk masyarakat dan negara, semua matlamat sangat nyata dan jelas. Justeru, cara pendidikan sedemikian bertujuan membantu para pelajar membina matlamat dan sikap yang tetap. Seterusnya kandungan pendidikan harus kita titikberatkan. Susun atur kurikulum pembelajaran harus berkombinasi dengan kehidupan

Page 92: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

82

harian. “Pengajaran di universiti adalah teratur dan ia diajar mengikut musim. Musim bunga dan musim luruh mengajar tatasusila (Li) dan muzik (Yue), manakala musim panas dan musim sejuk mengajar sajak (shi) dan Falsafah Tradisi (shu). Setiap kurikulum diajar berlandaskan peredaran musim. Katakan kurikulum musim bunga ialah belajar tatasusila, maka fokus pembelajaran diletakkan pada tatatasusila sahaja sepanjang beberapa bulan pada musim tersebut. Melalui pembelajaran penuh penumpuan untuk suatu tempoh tertentu, minda pelajar akan terbuka dan seterusnya memberi kefahaman dan kesedaran. Adakah kurikulum pendidikan zaman sekarang disusun atur mengikut empat musim? Tidak. Setiap hari ada 3-4 subjek, sesi pertama belajar mata pelajaran bahasa, sesi kedua matematik. Sekarang ini berapa lamakah untuk satu sesi? 30 minit di sekolah rendah. Jadi, dalam satu hari frekuensinya terpaksa ditukar banyak kali. Cuba kita renungkan, bagaimanakah keadaan otak pada masa itu? 30 minit Matematik, 30 minit Bahasa Inggeris, 30 minit Bahasa Melayu. Otak anak murid terpaksa mengingati semua perkara tersebut dengan tergesa-gesa. Adakah semua yang dipelajari diingati dengan sebaik-baiknya? Ingat sampai bila? Sampai peperiksaan. Semua dilupakan selepas habis peperiksaan. Perkara yang tidak dihayati sepenuh hati tidak akan berkekalan dalam ingatan. Semua yang dihafal secara paksa akan cepat lupa.

Sudah berpuluh tahun kita belajar dan masing-masing menghadapi

masalah yang sama. “Pelajaran yang fokus” sangat penting kerana kesedaran akan timbul selepas penghayatan dan pemahaman yang terus-menerus. Kita harus menimbang secara mendalam, sudah sekian lama kita belajar tetapi otak pula berserabut dan sudah lupa semua yang dipelajari.

Adakah anda juga mengharapkan anak cucu mewarisi masalah yang

sama? Kita enggan menggunapakai cara pendidikan yang begitu baik, semuanya menyanjungi budaya barat, tetapi hasil pencapaian pendidikan pula amat mengecewakan. Nyata sekali kita kekurangan kewarasan pada

Page 93: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

83

era ini. Era sekarang era sains. “Tunjukkan bukti jika anda berpendapat cara ini sangat baik.” Macam mana? Kita perlu menunjukkan hasilnya untuk mengembangkan ajaran Falsafah Tradisi di era ini.

Semasa menghadiri mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, UNESCO), Master Chin Kung memberitahu para hadirin tentang kebijaksanaan kebudayaan tradisi Cina bersejarah 5,000 tahun untuk menyelesaikan masalah keluarga dan masalah dunia. Maklum balas yang diterima oleh Master Chin Kung tentang hujah tersebut dengan menyatakan bahawa “Hujah pembentangan itu amat baik, namun itu sekadar ideal dan tidak mungkin dikecapi.” Setelah mendengar maklum balas begini, Master Chin Kung berpendapat bahawa wujudnya krisis keyakinan di era ini, orang lain tidak mungkin percaya dan yakin jikalau tidak ditunjukkan dengan kesan dan teladan. Untuk tujuan tersebut, Pusat Pendidikan Kebudayaan Lujiang ditubuhkan di Tangci, China pada penghujung tahun 2005. Maka eksperimen tersebut begitu berjaya dan telah membuktikan “pembelajaran mesti fokus” amat berkesan. Kita mempelajari “Xueji” pada hari ini, harus memulihkan cara nenek moyang yang begitu baik, iaitu “Cara pengajaran mengutamakan tumpuan dan fokus”. Cara yang begitu baik harus ada teladannya. Siapakah yang harus melaksanakannya? Saat inilah kita harus sentiasa teringat tentang kata-kata Mengzi, “Jikalau berkeinginan mengecapi keamanan atas bumi pada zaman ini, siapa lagi selain daripada saya sudi memikul tanggungjawab tersebut?” “Jikalau kebenaran tidak ditegakkan, kesesatan tidak mungkin ditumpaskan.” Kita mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan pendidikan akhlak dan moral. Mari kita bersama-sama memikul tanggungjawab ini dengan niat yang baik, berusaha bersungguh-sungguh untuk

Page 94: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

84

meningkatkan akhlak diri. Maka kita bakal nampak hasilnya dengan cepat. Perkara paling penting ialah niat dan aspirasi masing-masing. Kuasa niat dan aspirasi setiap orang adalah tidak terhingga. Kemudahan sesebuah sekolah senang dibina, tetapi apa yang lebih penting ialah tenaga pengajar. Apabila semakin ramai orang sudi memikul misi ini, maka ia akan menjayakan aspirasi tersebut. “Waktu selepas meninggalkan sekolah ialah waktu pembelajaran di rumah dan ulangkaji serta kaji selidik di luar kelas dan tidak bermaksud terus lupa tentang tanggungjawab untuk mengejar ilmu selepas kelas”. Jadual pembelajaran sangat mementingkan pemupukan kemahiran asas. “Jikalau jari jemari tidak lincah, muzik tidak boleh dipelajari dengan baik.” Muzik sangat baik digunakan untuk memperbaiki budaya dan adat resam kerana muzik boleh mempengaruhi sifat dan perangai orang. Kemahiran asas yang paling penting ialah belajar bermula dari lagu pendek. Apabila jari jemari sudah mahir dan lincah, barulah irama muzik dapat dimainkan dengan lancar, inilah dikatakan sebagai kemahiran asas. Dalam penulisan kaligrafi, kemahiran asasnya dilatih melalui penulisan perkataan “yong”, iaitu lapan cara yang asas. Apakah kemahiran asas menyanyi? Pengeluaran suara “ar” harus dinyanyi dengan mantap dan tepat. Jikalau terlalu mengejar pencapaian sehingga mengabaikan kemantapan kemahiran asas, ia akan membantutkan pembelajaran seterusnya. Umpama pokok tidak boleh tumbuh tinggi lagi kerana akarnya tidak kukuh. Perkara paling pantang semasa pembelajaran ialah sifat tergesa-gesa dan enggan jujur melatih kemahiran asas. “Sajak dan puisi tidak boleh dicipta dengan syahdu jikalau tidak mempunyai pengetahuan mengenai burung, haiwan, mergastua dan pepohon.” Pengetahuan ini digunakan sebagai maksud simbolik atau dijadikan metafora tentang sesuatu perkara ataupun orang. Jikalau seseorang itu mahir menggunakan cerita ataupun metafora, maka dia

Page 95: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

85

boleh berkomunikasi dengan baik dan memudahkan orang lain memahami kebenaran yang disampaikannya. Seseorang bersifat lembut dan jujur kerana pendidikan melalui sajak dan puisi berjaya memberi kesan yang sangat mendalam. Lebih-lebih lagi jikalau seseorang pemuda itu mempelajari sajak dan puisi, emosi dan cita-citanya akan terangsang dan dilahirkan secara semulajadi. “Jikalau tidak mempelajari adat istiadat dan keperluan asas kehidupan, maka susah bagi berurusan dengan pelbagai adab.” “Adat istiadat” ada dua makna. Pertama, adat istiadat pakaian rasmi, kedua, adat istiadat di rumah. Dalam majlis perhimpunan kerabat dalam keluarga, majlis perkahwinan, upacara sembahyang patut memakai pakaian rasmi. Oleh kerana setiap majlis dan upacara mempunyai peraturan pemakaian yang tersendiri, sesudah menguasai ilmu tentang segala majlis dan peraturan, maka bolehlah ia menguasai protokol dan adat dengan baik. Ketika di rumah seseorang itu juga harus mempelajari cara-cara untuk melayan ibu bapa, melayan orang yang lebih tua dan melayan guru semasa di sekolah serta membuat kerja rumah dan melayan tetamu semasa di rumah.

“Jikalau seseorang itu tidak berminat untuk mempelajari kemahiran enam seni iaitu tatasusila (Li), muzik (Yue), memanah (She), memandu kereta kuda (Yu), kaligrafi (Shu) dan ilmu hisab (Shu), pembelajarannya akan jadi tidak bersemangat.” Sebenarnya ia tidak akan membosankan. Dari kemahiran bermain alat muzik, membuat metafora dan adat pemakaian rasmi, ternyata ilmu yang dipelajari begitu kaya sekali dan tidak menjemukan. Mereka yang berminat akan seronok semasa mempelajarinya.

Pendidikan nenek moyang kita sangat menitikberatkan “Pengajaran

yang mengandungi keseronokan”. Tatasusila dalam kehidupan, peraturan dan pendidikan semuanya terkandung dalam pengajaran. Termasuk juga

Page 96: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

86

upacara perayaan kelihatan begitu meriah, juga mengandungi nilai pengajaran di sebaliknya. Misalnya kami pernah mengadakan Pesta Tanglung yang dihadiri oleh lebih kurang dua ratus orang ibu bapa. Upacara bermula pada pukul lapan malam. Sebelum pukul lapan, bulan masih belum kelihatan dan langit banyak berawan hitam, tetapi bulan mula kelihatan selepas pukul lapan, langit kelihatan terang-benderang dan langsung tidak ada tompokan awan hitam. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana ciptaanNya terhadap alam semesta, kuasa pemeliharaanNya dan penjagaanNya untuk semua hidupan atas muka bumi ini.

Melalui penyertaan aktiviti-aktiviti enam seni, ia mendatangkan hasil

pembelajaran dan sangat menggembirakan. Katakan semasa memanah, bagaimana untuk memanah dengan baik? Penumpuan yang sepenuhnya! Apabila seseorang terlatih dengan cara memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya semasa memanah, maka dia akan mempunyai sikap yang sangat baik semasa membaca atau membuat kerja pada masa hadapan kelak. Sikap fokus seseorang semasa budak akan mempengaruhi pencapaian kerjayanya pada masa yang akan datang, hati yang tidak tenang nescaya gagal mengecapi kejayaan.

Dalam penulisan kaligrafi pula, penulisan tidak akan menjadi jikalau

fikiran melayang ke sana sini. Sebab kemahiran kaligrafi memerlukan kepekaan untuk membentuk struktur dan rangka kaligrafi. Apabila terbentuknya sifat baik begini, nescaya tidak mudah kelam-kabut semasa bekerja malahan mempunyai seni komposisi. Semua ini merupakan latihan dan peningkatan minda dan kerohanian diri.

Pernahkah anda semua bermain zither iaitu sejenis instrument

muzik tradisional Cina? Bermain alat muzik ini memerlukan ketenangan jiwa dan mengasimilasikan diri secara menyeluruh dalam muzik.

Pernahkah kalian memandu kereta kuda? Memang tidak mudah

untuk memandu kereta seekor kuda, apatah lagi kereta yang dibawa oleh

Page 97: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

87

empat ekor kuda. Jikalau tanpa moral dan akhlak yang tinggi, memang sukar hendak mengawal kuda dengan penuh kelembutan dan kuda-kuda pula berlari dengan penuh kesefahaman. Andai kata salah seekor kuda tidak terkawal dan anda terus naik darah, nescaya kemalangan akan berlaku.

Melalui pembelajaran enam kemahiran tersebut akan membantu peningkatan minda dan kerohanian. Tumpang tanya lagi, adakah memandu kereta juga melatih keprihatinan kita terhadap orang lain? Zaman kini tiada kuda untuk ditunggang tetapi ada kereta untuk dipandu, namun teorinya sama sahaja, adakah anda bertimbang rasa terhadap mereka yang menumpang kereta anda? Kita menjadi kurang penyayang dan kurang prihatin jikalau semua penumpang rasa cemas semasa menumpang kereta yang kita bawa. Ataupun kemahiran menekan brek anda kurang baik dan ditekan dengan kuat, jikalau ada penumpang yang baru habis makan nasi pasti termuntah. Memang benar, saya pernah berjumpa dengan kawan yang membawa kereta yang sudah biasa brek kereta dengan sangat kerap dan semuanya brek kecemasan, akibatnya semua penumpang terhuyung-hayang dalam kereta. Dia sendiri juga sukar hendak relaks dan bertenang. Jadi kita boleh menilai akhlak seseorang melalui cara dia membawa kereta. Jikalau dia prihatin tentang perasaan orang lain, dia akan brek kereta dengan perlahan dan tenang. Di samping itu, semasa membawa kereta, jangan hanya melihat pada lampu isyarat di depan mata tetapi harus memandang jauh, supaya kita boleh lebih relaks dan boleh membuat persediaan awal.

“Dari segi pembelajaran seseorang budiman, dia tidak pernah lupa tentang ilmu yang dipelajarinya malah disimpan dalam hati dan digunapakai pada setiap masa tidak kira semasa berehat ataupun beriadah.” Sikap sedemikian sama dengan Yan Hui, salah seorang anak murid Konfusius. Yan Hui akan menyimpan dalam hatinya setiap pengajaran yang baik. Ilmu yang dipelajari diletak dalam hati dan akan digunapakai semasa pergaulan. Malahan tidak pernah berlengah ataupun

Page 98: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

88

malas, sikapnya tetap sama walaupun guru tiada di sisinya. Semasa berehat pun beliau tetap teringat tentang ajaran yang diterima.

Kita pula asyik berfikir cepatlah cuti sekolah. Apabila tiba cuti sekolah, kita hendak bermain dengan sepuas-puasnya dalam seminggu. Seminggu kemudian, entah melayang ke mana ilmu yang dipelajari. Kitab Zhong Yong menyatakan bahawa, “Janganlah kita meninggalkan biar pun seketika ajaran yang membawa kita ke arah kebenaran.” Kita mempelajari Falsafah Tradisi peninggalan orang-orang suci dahulu, bolehkah kita lupakan kasih sayang dan ketaatan terhadap ibu bapa? Bolehkah kita lupa hati yang penyayang? Bolehkah kita lupakan sikap hormat? Sikap-sikap tersebut dibawa pada setiap masa dan tidak diambil mudah.

Meng Zi berkata, “Budiman lain daripada orang biasa kerana niat

hatinya”. Budiman sentiasa berhati penyayang dan prihatin serta berbudi bahasa. Sifat kasih sayang dan perasaan hormat yang kita curahkan pada orang lain akan dibalas balik pada diri kita. Hati dan kelakuan budiman prihatin, berbudi bahasa, hormat. Akhir sekali, kita sering berkata jauh perjalanan luas pemandangan, ilmu yang dipelajari juga dibuktikan semasa perjalanan beriadah.

“Jikalau dia mengejar ilmu mengikut cara ini, nescaya dia sangat

suka dan gembira dalam proses belajar, malahan suka mendekati gurunya, sudi memberitahu guru tentang kefahaman dan kesedaran yang diperolehi, sudi bertanyakan guru jikalau ada kemusykilan.”

“Sementara itu, dia juga suka bercampur gaul dengan rakan-rakan

yang mempunyai pembelajaran sehaluan dengannya, malahan tidak pernah timbul syak wasangka terhadap ilmu yang dipelajari. Ini disebabkan banyak ilmu dipelajari terbukti kebenarannya selepas digunapakai dalam kehidupan.”

Adakah anda semua mempercayai bahawa “Sifat kasih sayang dan

Page 99: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

89

perasaan hormat yang kita curahkan pada orang lain akan dibalas balik pada diri kita?” Masih tidak mempercayainya, sebab kasih sayang dan perasaan hormat yang dicurahkan tidak cukup banyak. Sesungguhnya jika anda betul-betul buat mengikut ajaran, sememang begitu balasannya. Laozi berkata, “Sesungguhnya semakin banyak timbang rasa yang diberi kepada orang lain, semakin banyak yang anda bakal perolehi.” Adakah kalian percaya bahawa apabila seseorang sedekahkan semua barangnya kepada orang lain, semakin banyak pula yang diperolehinya. “Bukankah saya kehilangan segalanya jikalau semua diberi kepada orang.” Ini bermakna anda tidak menghayati secara mendalam tentang kata-kata Laozi tersebut. Memang benar, anda akan mempunyai pengertian lebih mendalam apabila anda langsung tidak berfikir untuk diri sendiri. Guru saya, Master Chin Kung satu teladan yang terbaik. Beliau langsung tidak pernah berfikir untuk diri sendiri. Semuanya disedekahkan kepada orang ramai. Sejauhmanakah keberkatan hidup beliau? Poketnya tiada satu sen pun apabila tidak perlukan wang. Agak berat juga kalau wang disimpan dalam poket dan sungguh memenatkan. Di samping itu terasa tidak selamat pula jika poket disimpan dengan wang yang banyak. Jadi keadaan yang paling selesa ialah tiada wang di poket apabila tidak diperlukan. Jikalau diperlukan, ia akan datang mengikut jumlah diinginkan. Ini adalah satu matlamat yang boleh dikecapi oleh setiap orang. Adakah kalian teringin mencubanya? Selepas mencuba barulah anda mempercayai kebenaran ini. Anda boleh menghayati secara mendalam kata-kata Laozi tersebut apabila anda langsung tidak berfikir untuk diri sendiri, tidak berkepentingan diri dan segala yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan umum. Sesungguhnya seseorang yang benar-benar ikhlas mewarisi ajaran orang-orang suci dahulu, barulah dia faham tentang kebenaran kata-kata tersebut. Walaupun tidak banyak yang dibuatnya tetapi ke mana jua dia

Page 100: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

90

pergi dia akan menerima penjagaan daripada orang ramai. Bukankah ini keadaannya apabila semakin seseorang itu berfikir untuk orang lain semakin banyak yang diperolehinya.

“Walaupun pelajar sudah meninggalkan gurunya dan tidak

berdamping di sisi guru lagi, dia tetap tidak akan menderhaka terhadap ajaran-ajaran Falsafah Tradisi dan guru-gurunya.”

Kitab “Shang Shu”, bab “Yue Ming” menyatakan bahawa, “Orang

yang rajin, hormat dan memandang berat tentang pembelajaran serta merendah diri untuk mengejar ilmu, berazam dan menghargai masa serta berusaha gigih tanpa melengahkan masa.” Jikalau usaha dicurahkan dengan berpandukan sikap-sikap tersebut, pembelajaran boleh disempurnakan dengan baik dan mengecapai kejayaan.

Dalam banyak keadaan pendidikan pada masa kuno juga kurang memuaskan dan hasilnya juga kurang berkesan. Sementara itu masalah yang wujud pada masa sekarang ialah “Guru hanya membaca mengikut buku teks.” dan “Guru terlalu banyak bercakap panjang lebar, langsung tidak memberi peluang anak muridnya berfikir untuk mendapat pemahaman secara mendalam”. Tadi kita menekankan bahawa anak-anak yang mengaji di pusat pengajian tinggi sudah mencecah umur 15-16 tahun, berilah mereka peluang untuk mendalami kefahaman tentang ilmu yang dipelajari, jangan sekadar suapkan mereka dengan berlambak ilmu untuk mengelakkan daya kefahaman mereka menjadi buntu.

“Terlalu mengharapkan peningkatan segera sehingga tidak

mengendahkan ketenangan kerohanian dan jiwa anak murid”. Konfusius menyatakan bahawa “Terlampau cepat malah menjadi lambat, akhirnya tidak tercapai.” Kita harus sedar bahawa pendidikan lain daripada pembuatan produk. Kilang pembuatan hanya perlu meletakkan barangan dengan baik, dengan mengecop saja terhasillah produknya. Bolehkah

Page 101: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

91

pendidikan diusahakan sedemikian cara? Tidak. Kita sudah salah tafsir tentang keadaan pembelajaran orang sehingga

menjadikan orang sebagai suatu produk. Jikalau ini caranya pendidikan, bagaimanakah nasib mereka yang tidak memenuhi mutu kepiawaian? Mereka rasa murid yang tidak memenuhi syarat kepiawaian ialah murid jahat, tidak berpotensi maju dan mengaturkan mereka ke kelas belakang, murid ini terus dinafikan dengan begini caranya.

Pendidikan kita memang kurang betul caranya, ia sepatutnya

melahirkan pakar untuk setiap bidang. Sebaliknya pendidikan sekarang mengejar markah tinggi, mereka yang terkandas terpaksa menghadiri tuisyen untuk menduduki semula peperiksaan demi peperiksaan bagi mata pelajaran yang terkandas. Pelajar terpaksa hafal semua yang diberi, apakah erti untuk markah yang diperolehi? Bagaimanakah perasaan anda jikalau disuap secara paksa walaupun sudah kenyang? Pasti termuntah, normallah sebab terlalu kenyang.

Cuba anda perhatikan mereka yang selalu mendapat markah tinggi

dalam Matematik dan Bahasa Inggeris, adakah mereka sangat cemerlang? Kita tidak prihatin terhadap minda dan kerohanian mereka, tekanan yang diberikan menyebabkan dia semakin takut menghadapi kegagalan, boleh menangis setengah hari kerana kurang dua markah dalam keputusan peperiksaan, saya salah seorang daripadanya yang bersikap macam ini. Tanpa disedari, mentaliti orang itu semakin menurun dan tidak mampu menghadapi kegagalan.

Justeru, banyak masalah timbul akibat terlalu mengharapkan

pencapaian cepat dan pengajaran tidak diberi berlandaskan sifat natural dan kualiti murid. Pada zaman sekarang ini, berapa orang mempunyai mentaliti yang sihat? Mereka yang mendapat markah rendah terasa rendah diri, ataupun dijawabnya “Jangan awak peduli.” Mereka yang mendapat markah tinggi pula bersifat sombong dan dengki. Semua ini memang patut

Page 102: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

92

kita renung-renungi. Lagi, pernahkah anda semua perhatikan bahawa ramai yang mengejar

ilmu gagal meningkat ke tahap lebih tinggi lagi apabila pencapaian pembelajarannya sudah sampai ke satu tahap tertentu. Misalnya keputusannya sangat cemerlang semasa menengah rendah, tetapi sebaliknya keputusan merosot selepas melanjutkan pelajaran ke menengah tinggi, mengapa? Kerana sudah sampai ke tahap optimumnya.

Namun, ada juga fenomena yang sangat menghairankan, di mana ada juga jenis murid yang tidak suka belajar semasa menengah rendah dan menengah tinggi, mereka suka bermain tetapi mentaliti mereka sihat, walaupun dihukum oleh guru, mereka masih boleh bersenyum lebar. Sayang daya kefahamannya masih belum matang pada masa itu, namun selepas beberapa tahun bekerja, dan kemudiannya menyambung pembelajaran kerana teringin melanjutkan pengajian, keputusan yang diperolehi amat baik malahan berjaya memperolehi Ijazah Ph.D. Tempoh kematangan daya kefahaman setiap orang berlainan, mana boleh kita jadikan mereka seperti produk-produk yang dihasilkan di kilang.

Memang benar, saya berpendapat bahawa orang sudah dijadikan

seperti mesin, kerja lima hari, mesin telah letih mesti berehat, jadi sabtu dan ahad cuti, berehat dan beriadah. Apabila umur orang mencecah 60 tahun, mereka mesti bersara kerana sudah tua dan tidak boleh digunapakai lagi. Jikalau setiap orang bekerja dengan niat demi berkhidmat untuk orang lain dan kerja dengan penuh kasih sayang, maka kerja itu dibuat dengan gembira.

Namun, pemikiran orang zaman sekarang memang tidak

menganggap orang sebagai manusia. Manusia ini hidup, kebijaksanaan dan pengalamannya meningkat sejajar dengan umurnya, semakin meningkat usianya semakin bernilai!

Page 103: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

93

Sesuatu pemikiran yang salah boleh memberi pengaruh negatif kepada masyarakat keseluruhannya. Orang tua sekarang terasa sangat panik semasa berjalan di jalan raya, kerana terasa orang muda menganggapnya tidak berguna lagi. Jikalau kita mengajar anak dengan memberitahu mereka bahawa orang tua mempunyai kebijaksanaan, orang tua banyak menyumbang untuk keluarga dan masyarakat, maka apabila orang muda nampak orang tua, mereka tahu mencari ilmu daripada orang tua!

Saya masih ingat semasa kecil di tempat sembahyang Cina, ramai

orang mendengar datuk tua “bercerita” di sana, cerita-cerita sejarah mereka perkongsikan menjadikan para pendengar begitu terpegun sekali.

Oleh kerana terlalu mengharapkan kemajuan dan pencapaian dengan

cepat, maka kerohanian pelajar tidak tenteram semasa kelas alat muzik, tatasusila dan bersajak atau masa berpuisi. Pengukuhan asas sesuatu ilmu sangat penting semasa pembelajaran sesuatu pengetahuan, jikalau terlalu tergesa-gesa, asas ilmu berkenaan gagal diperolehi dengan kukuh.

Misalnya belajar bermain Zither, Guzheng (instrumen muzik

tradisional Cina) dan kaligrafi Cina, apakah yang dibimbangkan? Kemasyhuran nama dan keuntungan. Jikalau kemasyhuran dan keuntungan menjadi kejaran, maka ketenangan kerohanian tidak boleh dipupuk. Sesetengah pengajar kaligrafi menyatakan bahawa “Menjamin kemenangan dalam pertandingan kaligrafi dengan pembelajaran dalam tiga bulan.” Mahukah anda belajar?

Memang dia sudah menang dalam pertandingan selepas tiga bulan

belajar, namun apakah yang dipelajarinya? “Rangka” sahaja. Adakah kemajuan dan peningkatan dari segi kerohanian dan jiwanya? Tidak ada. Apa gunanya rangka itu? Elok dipandang. Berapa lama ia boleh bertahan? Tidak lama. Cara pembelajaran begini tidak boleh merangsang kegembiraan jiwa pelajar, sebaliknya rasa susah hati, tidak sedap hati dan

Page 104: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

94

rimas. Mengapa? Memaksanya berjaya mempelajari ilmu berkenaan dengan tergesa-gesa, ini cara yang tidak natural, ini umpama “Menarik tanaman untuk membantu pertumbuhan.”

Saya pernah membaca satu artikel yang melaporkan seorang budak

perempuan yang mendapat johan dalam satu pertandingan piano. Wartawan bertanyakannya, “Anda sudah menjadi johan dan apakah yang anda paling teringin lakukan?” Dia menjawab dengan raut wajah yang kaku, “Saya teringin robohkan piano saya.” Cuba kita renungkan, ibu bapa memperolehi sijil penghargaan kemenangan, tetapi si anak pula teringin robohkan piano, apakah erti sijil penghargaan kemenangan itu? Ada, air muka yang bangga, “Lihatlah, anak perempuan saya sudah menjadi johan.”

Sekarang ini, manusia hanya menjaga perkara di depan mata saja,

mereka tidak dapat menjaga hati sendiri dan tidak dapat menjaga hati anak dan murid. Bahagia atau tidak, bukan taraf pendidikan ataupun faktor-faktor luaran yang menentukannya tetapi pada hati kita. Kita mendidik anak adalah agar dia menuju ke arah kehidupan bahagia, jika jiwa dan mentalnya sudah sakit, bolehkah dia berbahagia? Oleh itu jikalau “Kerohanian dan jiwa yang tidak dijaga” boleh menyebabkan dia semakin menderita, semakin tidak bernas pengajiannya, semakin kehilangan sabar sepanjang pembelajarannya.

“Tidak ikhlas hati semasa pengajaran.” Semasa pengajaran, jikalau

seseorang guru itu bermuka manis apabila berhadapan dengan pelajar yang disukainya sebaliknya bermuka masam terhadap pelajar lain, inilah sifat yang tidak ikhlas. Pelajar itu akan bersedih hati kerana layanan guru yang berlainan. Satu definasi yang lain tentang “Tidak ikhlas hati semasa pengajaran” ialah guru gagal memberi penerangan yang jelas tentang sesuatu kebenaran. Anak muridnya tidak boleh faham maksud dan kebenaran yang tersirat, maka gagal mencapai kesan pembelajaran melalui analogi. Hanya pandai satu ilmu atau kerja dengan belajar satu ilmu atau buat satu kerja sahaja, cara pengajaran begini membosankan.

Page 105: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

95

Dengan hanya belajar satu perkara pandai satu perkara, hanya membuat satu perkara dan pandai satu perkara sahaja, cara dia mengajar tidak fleksibel. Kadang-kadang dia seolah-olah belajar satu perkara dan pandai satu perkara sahaja sehingga bersifat degil terhadap perkara yang dipelajarinya kerana tidak pandai membuat perubahan. “Mengajar tetapi tidak memahami ciri-ciri murid.” Akibatnya guru tidak boleh memberi didikan berlandaskan mutu pelajar itu. Maka, “pengajaran yang dicurahkan sudah menyimpang dari landasan semula jadi dan urutan pendidikan”.

Pendidikan harus bermula dari ilmu yang cetek kepada yang dalam,

dari yang mudah kepada yang sukar. Anda tidak boleh terlalu tergesa hendak nampak kemajuannya dengan pantas, ini menyebabkan pelajar tidak tahan dengan keadaan tersebut, kerana permintaan terhadap pelajar adalah tidak munasabah.

Jikalau seorang guru mengajar sedemikian cara, apakah akibatnya?

Pelajar terasa menderita dan bimbang. “Kenapa hendak belajar lagi?” Hatinya rasa marah dan benci pada guru. Dia menderita kerana kesusahan pembelajaran, tidak boleh faham dan rasa tersekat serta sukar hendak melangkaui batasan, tidak tahu kebaikan ilmu yang dipelajari. Walaupun sudah tamat pengajian, semua yang dipelajari akan dilupakan dengan cepat, malahan tidak teringin hendak melihatnya lagi. Adakah kalian berperasaan sama apabila terbaca ayat ini?

Saya dapat perhatikan bahawa sebaik sahaja habis kertas terakhir

peperiksaan untuk kemasukan universiti, selepas loceng dibunyikan, semua calon yang keluar seolah-olah dirinya sudah “bebas”, beg-beg sekolah pun dilontar dari kelas di tingkat atas. Maka pendidikan tidak “terbentuk”. “Terbentuk” bermaksud model. Tidak membentuk, tidak boleh menghasilkan keputusan yang baik. “Maka pendidikan tidak boleh mengecapi pencapaian cemerlang dan tidak mendatangkan hasil yang

Page 106: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

96

baik. Mungkin atas faktor-faktor tersebut, pendidikan gagal mencapai prestasi yang baik.”

Apakah punca pendidikan gagal mencapai prestasi baik? Pertama,

adakah pengajar sendiri menjadi teladan? Kita sendiri tidak buat apa yang patut, tetapi meminta pelajar menunaikannya, nescaya mereka tidak puas hati. Adakah pengajar ikhlas semasa mengajar? Adakah cara yang digunakan bersesuaian? Adakah pengajar bersifat penyayang? Jangan apabila pelajar tidak dengar ajaran dan dia terus marah dan enggan mengajar serta mengalah pada dugaan, sikap begini memang tidak betul.

Jadi, bagaimanakah hendak menilai seseorang pengajar? Melalui

kesusilaan dan budi bahasanya, ini satu piawaian penilaian yang sangat penting. Laozi berkata, “Orang-orang suci pandai menyelamatkan jiwa manusia, maka teori mereka bernilai pada sesiapa dan tiada seorang pun ketinggalan; sentiasa pandai menjaga barangan, maka tiada barang ditingggalkan”.

Para cendekiawan semua bermatlamat untuk menjadi orang-orang

suci, jadi kita harus mengikut teladan orang-orang suci yang bersifat penyayang terhadap setiap insan dan tidak berputus asa terhadap sesiapa jua. Kita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, jikalau sudah berputus asa terhadap seseorang bermakna kita sudah menyimpang dari sikap sepatutnya dalam pendidikan. Di sekolah, tidak kira yang berkeputusan cemerlang atau sebaliknya, kita harus menyayangi mereka tanpa diskriminasi. Inilah sikap yang betul dan bersusila serta berbudi bahasa, barulah anak murid dapat mempelajari nilai moral dan etikanya.

Jikalau seseorang guru melayan baik terhadap murid yang pandai

sahaja dan mengabaikan mereka yang lemah, ini satu sikap yang tidak betul dan semua murid akan terikut dengan sikap guru yang salah itu. Murid yang cemerlang akan menjadi angkuh, manakala yang lemah menjadi rendah diri ataupun bersikap dengki dan tidak akur pada gurunya.

Page 107: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

97

Seseorang yang boleh menderhaka pada ibu bapa dan gurunya, kelak juga akan menderhaka kepada masyarakat. Justeru, kesusilaan dan budi bahasa seseorang guru memberi pengaruh terus terhadap mentaliti anak muridnya.

Ada empat cara yang membolehkan pendidikan berjaya dan enam cara yang menyebabkan kegagalan dalam pengajaran, semua ini sangat penting untuk seseorang yang menjadi tenaga pengajar. Mari kita sambil-sambil mencermin diri sama ada cara yang digunakan betul atau salah. Pertama, cara pengajaran di pusat pengajian tinggi (Da Xue), sebelum sesuatu nafsu buruk timbul dalam jiwa, kita harus tahu memberi bimbingan yang betul dan membantu memupuk sifat murni supaya tabiat-tabiat buruk itu tidak akan terbentuk. Cara “pencegahan” di sini umpama amalan dalam bidang perubatan iaitu pencegahan dilakukan sebelum berpenyakit.

Konfusius menyatakan bahawa, “Orang yang budiman mempunyai

tiga pengajaran yang harus dipatuhi; Semasa remaja, darah sebagai zat penting kurang stabil pada peringkat usia ini, lindungi diri dari godaan hawa nafsu. Semasa dewasa, berdarah panas, dilarang bergaduh dan berlawan. Semasa tua, tenaga dan darah sudah lemah, dilarang bersifat berkeinginan memperolehi apa jua benda; yakni membuang sifat tamak.”

“Dilarang bergaduh dan berlawan” adalah untuk membuang sifat ego

dan angkuh serta berlawan, bertanding dengan orang lain. “Lindungi diri dari hawa nafsu”, ini membantu memupuk semangat budiman dan terpengaruh dengan perkara yang negatif. Semasa anak masih kecil, kita harus mendidik mereka tidak tergoda pada hawa nafsu. Tidak tamak, tidak terlampau memandang berat terhadap pencapaian dan kegagalan. Tidak berlawan dan bertanding dengan orang lain. Semasa kecil sudah tahu bersopan-santun, berpuas hati dengan segala yang dimiliki, menitikberat akhlak dan moral dan tidak tergoda dengan nafsu, menyedari bahawa

Page 108: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

98

“Hawa nafsu dan maksiat paling cepat mengundang malapetaka untuk diri.”

Orang yang tidak menyayangi diri dan menjaga kesucian diri paling

cepat mengundang bencana dan malapetaka untuk diri, semua ini merujuk kepada “Sebelum sesuatu nafsu buruk timbul, kita harus tahu memberi bimbingan yang betul dan membantu memupuk sifat murni supaya tabiat-tabiat buruk tidak akan terbentuk.”

Secara ikhlas, semua ajaran dalam “Falsafah Tradisi Penting Untuk

Kejayaan Hidup” bertujuan “mencegah” sebelum sesuatu tabiat atau sikap buruk terbentuk. Misalnya, “Apabila dipanggil oleh ibu bapa, jawab dengan segera.” Apakah yang dicegah? Mencegah sifat tidak hormat. Maka sifat tidak hormat tidak akan terpupuk. Sebaliknya, jikalau dipanggil oleh ibu bapa, dia pula berlengah-lengah, dari sini terpupuklah sifat tidak hormatnya.

“Letakkan topi dan baju di tempat yang disediakan.” Adakah ini juga

bertujuan mencegah sebelum sifat buruk terbentuk. Ya. Sebelum terbentuknya sifat suka menyepah, membimbingnya memupuk tabiat baik. “Tabiat baik” ini akan membetulkan kesalahannya, itulah cara “pencegahan”. Contoh lain, “Jauhkan diri dari tempat yang hingar-bingar dan jangan bertanya tentang perkara yang luar biasa.” “Jikalau terdapat buku-buku yang berunsur tidak sihat, ia harus diketepikan dan dibuang.” Perkataan “jangan” dititikberatkan di sini. Mestilah “dilarang sama sekali”, kemudaratannya sangat besar jikalau tabiat atau sifat buruk itu terpupuk dan terbentuk.

Kedua, berilah bimbingan apabila pelajar boleh diajar bersesuaian

pada masa dan situasi mereka. Ini boleh dikategorikan sebagai bimbingan berlandaskan peluang dan keadaan semasa. Misalnya, daya fokus seseorang sangat baik semasa kecil, masa ini harus diajar menghafal kitab-kitab Falsafah Tradisi. Apabila terlepas peluang ini, daya fokusnya

Page 109: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

99

kurang menumpu selepas mencecah umur 20an ataupun selepas dewasa, masa ini sukar untuknya menghafal.

Adakah senang untuk kita yang sudah berumur 30-40 tahun

menghafal? Sangat susah. Namun, masa ini tidak harus kita berfikir susah, kita harus beringat bahawa “Perkara-perkara yang susah boleh direalisasikan melalui kekuatan keyakinan dan kegigihan diri.” Justeru, hati sendiri yang menjadi batu penghalang diri kita.

Contoh lagi, anak tidak pandai, masa ini anda boleh membantunya.

Apabila dia berlaku salah, masa ini anda boleh membimbingnya. Bersifat terlampau menitikberat pencapaian dan kegagalan, kebimbangan atau beremosi, semua ini peluang baik untuk memberi bimbingan. Justeru, bagi mereka yang arif mendidik, tiada perkara buruk, beliau boleh mendidik diri dan orang lain berlandas perkara yang timbul.

Kerisauan atau kesedaran lahir pada minda secara sepintas lalu.

Apabila anak melahirkan kesedaran selepas bimbingan, jikalau itu satu perkara yang buruk, ia akan menjadi peringatan yang sangat penting sepanjang hayatnya malahan menjadi satu pengalaman yang berguna untuk diperkongsikan dengan orang lain.

Ketiga, tidak memintas tahap kemajuan, sebaliknya meningkat

mengikut langkah demi langkah. Pada hakikatnya, setiap pelajar ada perbezaannya dari segi daya penerimaan dan pemahamannya. “Jangan terlalu mengharapkan kemajuan sehingga mengabaikan tahap penerimaan pelajar.” Pengajaran harus langkah demi langkah dengan mempertimbangkan umur dan ciri pelajar serta kesesuaian bahan pengajaran yang sederhana, jangan terus diajar dengan yang terlalu susah.

Keempat, saling belajar melalui memerhati dan meneladani cara

baik orang lain. Keempat-empat cara pengajaran ini merupakan faktor kejayaan pendidikan. Semua ini merujuk kepada cara, tetapi apakah yang

Page 110: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

100

harus sejajar dengan caranya. Hati dan perilaku sejajar dengan kerohaniannya. Biar betapa baik caranya, jikalau hati tidak sampai tahap, nescaya ia sukar diterima orang. Oleh itu, “Mencegah sebelum sesuatu tabiat atau sifat buruk terbentuk” adalah demi kebaikan anak dan jangan sampai ibu bapa menjadi “polis” pula , “Oh.. saya dah dapat tangkap awak.” Buruk kesannya jikalau secara paksaan.

“Berilah bimbingan apabila pelajar boleh diajar bersesuaian pada

masa dan situasi semasa.” Semua ini atas niat menyayangi pelajar. Apabila timbul masalah, bantulah dengan cara yang lembut dan kemudian memberi bimbingan kepadanya. Jikalau pelajar itu gelisah dan anda pula menghentak meja, “anda membuat kesilapan lagi”, maka hilanglah peluang untuk memberi bimbingan bersesuaian.

“Tidak memintas tahap kemajuan dan sebaliknya meningkat

mengikut langkah demi langkah.” Pengajar harus membuang sikap yang tergesa-gesa hendak nampak mutu pencapaian pelajar. Guru harus sentiasa bersikap sudi belajar daripada semua orang, perkara dan benda, barulah dia boleh membimbing pelajarnya. Apabila hati dan budi pekerti pengajar sudah sampai tahap, maka dia boleh menggunakan keempat-empat cara ini dengan baik dan mahir. Seterusnya ialah enam faktor pendidikan itu gagal. Pertama, mencegah selepas sesuatu tabiat atau sifat buruk terbentuk. Tabiat buruk susah dibuang jikalau ia berakar umbi. Namun, “Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.” Kita sudah dewasa, memang tidak mudah hendak membuang sesuatu tabiat yang dipupuk berpuluh tahun lamanya.

Kedua, apabila terlepas peluang terbaik untuk pembelajaran,

kemudiannya baru hendak belajar. Walaupun belajar dengan bertungkus-lumus tetapi susah memperolehi pembelajaran yang baik. Adakah anda mempunyai perasaan macam ini semasa menghafal karya

Page 111: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

101

klasik? Bagi budak 7-8 tahun, mereka cepat menghafal kerana hati mereka sangat tenang dan kurang kerisauan. Jadi kita harus merebut peluang semasa anak masih kecil dengan daya peringatan yang terbaik. Berilah mereka menghafal dengan masak semua Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup dan kitab-kitab falsafah klasik. Bagi kita, biar betapa susah sekali pun kita juga harus belajar. Biar saya beritahu anda semua, ia berkaitan dengan mentaliti kita, kita rasa perkara itu susah, maka susahlah perkara itu.

Ada seorang bapa saudara saya, beliau buta huruf tetapi mengaji

kitab-kitab falsafah dengan penuh kesungguhan. Anak perempuannya Profesor Bahasa Cina, satu perkataan demi satu perkataan dia bertanyakan anaknya dan akhirnya beliau berjaya menghafalkan kitab falsafah itu. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Biar saya beritahu anda semua, mengapakah memori orang makin hari makin lemah? Memori yang semakin lemah merupakan akibatnya, apakah puncanya? Puncanya disebabkan kita terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan, gelisah dan kebimbangan yang terlalu banyak.

Asalkan kita sudi membuang kesemua ini, memori kita boleh

dipulihkan secara beransur-ansur. Sebahagian rakan sekerja saya juga terasa keadaan pembelajaran mereka masa sekarang setanding semasa zaman menengah tinggi atau universiti. Jadi, orang boleh kembali muda semasa usia meningkat, yang terpenting ialah membuangkan segala kerunsingan, taksub dan nafsu.

Ketiga, bahan pengajian terlalu banyak dan tidak terancang, tidak

teratur dan tidak mengikut tahap kemajuan, sini belajar sedikit, sana belajar sedikit. Akibatnya pembelajaran itu berkecai dan tidak sistematik.

Keempat, masing-masing belajar bersendirian dan tiada rakan

sealiran untuk belajar dan berbincang bersama-sama. Akibatnya

Page 112: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

102

pengetahuan yang ada cetek. Melalui perbincangan dan perkongsian bersama dengan orang yang bercita-cita sama boleh mendatangkan ilham dan idea yang banyak sama ada secara meluas ataupun mendalam.

Kelima, jikalau mendekati kawan yang tidak baik, maka

bertentanglah dengan ajaran guru. Namun, “Enggang sama enggang, pipit sama pipit.” Jikalau dia sangat serasi dengan kawan-kawan yang tidak baik walaupun baru berkenalan, ini bermakna sebelum ini kita tidak mengukuhkan asas moral dan asas untuk menilai sama ada orang itu kawan baik atau sebaliknya.

“Walaupun kita semua sesama manusia tetapi tidak sama di antara

kita. Kebanyakan kita ialah manusia biasa hanya segelintir di antara kita sahaja yang mempunyai kewibawaan dan berakhlak tinggi.” Selepas belajar “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”, baru kita menyedari bahawa “Orang yang mentaati ibu bapa dan menyayangi adik beradik serta orang lain yang lebih tua atau muda merupakan orang yang berakhlak tinggi.”

Di samping itu dalam cara “Mencegah sebelum sesuatu tabiat atau

sifat buruk terbentuk” juga memperingatkan kita bahawa “Jauhkan diri dari tempat yang hingar-bingar dan jangan bertanya perkara yang luar biasa.” Dari sini membentuk kemampuan membuat penilaian, barulah tidak akan mendekati tempat-tempat yang tidak baik.

Keenam, pengajian terbengkalai akibat terpupuknya tabiat buruk.

Justeru, tabiat buruk dan berkawan dengan orang yang tidak baik merupakan penghalang utama terhadap pengajian.

Mengapakah pendidikan terbengkalai? Semakin hari semakin gagal

dan tiada bakat yang muncul? Pendidikan terbengkalai dan gagal semuanya berhubungkait dengan keenam-enam faktor tersebut. Misalnya “tabiat buruk terpupuk”, memang itulah padahnya jikalau terjebak dalam

Page 113: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

103

kancah internet, kerana mungkin tidur juga diabaikan. Bak kata pepatah yang menyatakan bahawa seseorang itu akan kehilangan cita-cita akibat terlalu leka dengan hobi permainan, kehilangan akhlak dan moral apabila terjebak dalam kancah hawa nafsu. Sama seperti jasad tubuh manusia ini, untuk mengelakkan serangan penyakit, daya ketahanan badan harus tinggi. Maka, tidak boleh dilengahkan lagi bagi mengukuhkan asas moral pada setiap orang memandangkan godaan dari luar terlampau banyak sekarang ini.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai ibu bapa membawa

anak-anak mereka menghadiri kelas di Pusat Pendidikan Nilai-nilai Murni ini pada setiap Isnin, Rabu dan Khamis. Lagu-lagu berunsur murni dinyanyi dengan baik oleh para ibu bapa dan anak. Ibu bapa dan anak mempelajari pendidikan moral, pemikiran murni dan lagu-lagu berunsur murni, maka si anak tidak akan “membengkalaikan pembelajaran kerana tabiat buruk.” Si anak sudah biasa dan sangat gembira dengan pendidikan murni ini, mereka rasa tidak selesa apabila wujudnya perkara yang tidak baik dan secara sendiri akan terelak daripadanya.

Sekarang kita menyentuh tentang pendidikan yang menitikberatkan pemberian inspirasi dan bimbingan. Orang budiman sedar punca dan cara pembangunan pendidikan, mereka juga sedar punca kegagalannya. Oleh itu, mereka yang menjadi guru harus mengetahui arah matlamat dan cara pendidikan yang betul, mereka juga sangat jelas punca kesilapan dan kekurangan yang ada. Jadi, bukan dengan memiliki sijil maktab perguruan dan anda terus boleh menjadi guru.

Mereka yang benar-benar boleh menyampaikan kebenaran hidup baru boleh digelar sebagai guru. Dalam Kitab Sejarah menyatakan bahawa “Memang mudah untuk dipertemukan dengan kitab Falsafah Tradisi, tetapi memang sangat susah hendak dipertemukan dengan guru yang betul-betul mengajar kita bagaimana hendak menjadi orang baik.”

Page 114: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

104

Dalam Ulasan Puisi oleh Prof. Han Ying dalam Dinasti Han menyatakan bahawa “kebijaksanaan guru umpama mata air yang mengalir tanpa berhenti, tingkah laku yang berakhlak menjadi teladan, inilah guru.”

Kitab “Xiao Jing” menyatakan bahawa “Tutur kata dan perilaku serta

cara dia membuat kerja boleh memberi inspirasi kepada orang lain dan menjadi orang lain bertambah baik, maka dia boleh menjadi teladan orang lain.

Ajaran-ajaran dalam kitab-kitab ini mengharapkan kita yang

berkecimpung dalam bidang pendidikan berusaha mengecapi matlamat tersebut. Oleh itu pendidikan yang disampaikan oleh orang-orang yang budiman khususnya untuk membolehkan seseorang itu memahami kebenaran. Apakah cara yang digunakan? “Membimbing tetapi tidak memaksa seperti mengheret hidungnya.” “Mendorong tetapi tidak menghalang” “Memberi inspirasi tetapi tidak memberi jawapan sepenuhnya, biarkan dia berfikir dan menimbang.” “Memberi bimbingan dan nasihat, bukan menariknya secara paksa”. Maka dengan cara yang harmoni ini, anak murid pun terasa gurunya sangat mesra.

“Memberi dorongan dan tidak memberi tekanan, maka anak murid

terasa selesa dan mudah. Dorongan yang diberikan menjadikannya lebih berkeyakinan membuat dengan baik.” “Memberi rangsangan atau inspirasi dan tidak memberi jawapan sepenuhnya membolehkannya berfikir secara bersendirian.” “Suasana yang harmoni dan mesra membolehkan murid belajar dengan selesa, malahan boleh berfikir secara bersendirian.” Cara pendidikan seperti ini boleh dikatakan sebagai cara yang baik.

Mari kita ambil contoh daripada Encik Liaofan, seorang tokoh

lagenda dari Dinasti Ming. Buku “Empat Ajaran Liaofan” sudah dijadikan sebagai kitab rujukan untuk pemerintahan negara Jepun. Orang Jepun

Page 115: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

105

menyanjung tinggi terhadap karya tersebut. Bapa Encik Yuan Liaofan meninggal dunia semasa dia masih kecil. Oleh itu ibu pun menyuruhnya berhenti belajar, baik belajar menjadi tabib. Mengapa? Boleh mencari nafkah hidup, di samping itu boleh membantu orang. Dengan adanya kemahiran ini pasti boleh mengharumkan nama, malahan ini juga satu harapan mendiang ayah.

Kemudiannya Encik Yuan Liaofan pergi ke tempat sembahyang Ci

Yun dan di sana beliau bertemu dengan seorang tua berjanggut panjang dan beraura luar biasa. Orang tua ini berkata dengannya, “Anda akan menjadi pegawai kerajaan, belajarlah bersungguh-sungguh tahun hadapan, anda akan lulus peperiksaan imperial peringkat daerah (Xiu Cai), mengapa anda tidak belajar? Justeru, Encik Liaofan pun memberitahu orang tua itu bahawa harapan ayahnya yang berkeinginan dia menjadi tabib. Orang tua itu pun memberitahu Encik Liaofan, “Nama Keluarga saya ialah Kong, orang Yunnan, saya merupakan pewaris tilikan nasib aliran Shao Zi Huang Ji Shu.

Aliran tilikan ini boleh mengira nasib seseorang atau sesebuah negara

dengan tepat. Orang tua tersebut juga memberitahu hendak mewariskan ilmu tersebut kepada Encik Yuan Liaofan yang kemudiannya membawa dia balik rumah untuk mencuba sama ada tilikan beliau tepat atau tidak. Tilikan beliau sangat tepat walaupun pada perkara-perkara kecil. Encik Yuan Liaofan pun percayakannya kerana tilikannya terlalu tepat.

Justeru, Encik Yuan Liaofan pun mula belajar. Encik Kong pernah

memberitahu Encik Yuan Liaofan bahawa dia akan mendapat tempat ke-14 dalam peperiksaan daerah, tempat ke-71 dalam peperiksaan wilayah dan tempat ke-9 dalam peperiksaan dalam negeri. Akhir sekali, Encik Kong mengira nasib Encik Yuan Liaofan sepanjang hayat ini dengan memberitahunya pada tahun bila jawatan kerajaan yang bakal disandang dan jumlah ganjaran beras yang diperolehi. Dan selepas itu pada tahun bila menyandang jawatan pembantu kanan majistret di Sichuan. Selepas tiga

Page 116: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

106

tahun setengah bertugas akan pulang ke kampung. Akan meninggal dunia pada tarikh lunar 14hb Ogos, jam 1-3 pagi sewaktu berumur 53 tahun.

Memang hebat kerana boleh mengira tarikh dan masa kematiannya.

Tetapi tidak berzuriat anak lelaki. Encik Yuan Liaofan pun mencatit semua kiraan tersebut sebagai rujukan pada masa depan. Beberapa tahun kemudian, semua keputusan peperiksaan memang tepat seperti kiraan Encik Kong.

Hanya satu perkara yang Encik Kong tilik dia bakal memperolehi

jumlah beras sebanyak 91 Dan 5 Dou baru dilantik menjadi pegawai. ( Dan dan Dou merupakan unit kiraan beras zaman dahulu 1 Dan = 10 Dou), umpama kiraan “Gantang” dan “Cupak” (1 Gantang = 4 Cupak).

Tetapi apabila mendapat 70 Dan beras, pegawai atasannya ingin

mengesyorkan kenaikan pangkatnya. Ini menyebabkan Encik Yuan berasa ragu tentang tilikan Encik Kong. Kemudiannya cadangan kenaikan pangkat tersebut ditolak oleh pegawai atasan yang lain, sampai tahun 1567 barulah dinaik pangkat. Kemudiannya Encik Yuan Liaofan mengira semula, jumlah beras yang sudah dimakan betul-betul genap 91 Dan 5 Dou. Selepas peristiwa tersebut, Encik Yuan Liaofan tidak ragu-ragu lagi dan akur pada nasib yang sudah ditakdirkan dan tiada benda yang hendak diminta lagi.

Oleh itu, selepas itu beliau pergi ke Yan Du (Beijing) dan tinggal di

sana selama satu tahun. Di sana beliau bertapa setiap hari dan tidak membaca buku.

Kemudian dia balik ke Nanjing untuk belajar. Pada suatu hari, beliau

menziarahi orang alim Master Yun Gu di Gunung Qixia. Mereka berdua tinggal sebilik, di sana Encik Yuan Liaofan tidak melelapkan mata tiga hari tiga malam.

Page 117: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

107

Master Yun Gu sangat hairan lalu bertanya “Orang biasa tidak boleh menjadi orang suci kerana mereka lazimnya terpaut dengan fikiran yang bukan-bukan bermain di otak, tetapi anda kelihatan langsung tidak terpengaruh setelah bertapa selama tiga hari, mengapa?” Encik Yuan Liaofan menjawab, “Nasib saya sudah dikira dengan tepat oleh Encik Kong, soal hidup atau mati semua sudah ditakdirkan, berfikir macam mana pun tiada gunanya, kenapa hendak berfikir tentangnya lagi?”

Master Yun Gu pun ketawa sambil berkata, “Saya ingat anda seorang yang luar biasa, rupa-rupanya insan biasa sahaja.” Encik Yuan Liaofan rasa hairan setelah mendengar kata-kata tersebut lalu bertanya, “Apakah maksudnya?” Lazimnya minda manusia sentiasa dikongkong oleh pemikiran yang bukan-bukan dalam otak, semuanya terikat dengan nasib. Kita tidak boleh menafikan fakta kewujudan nasib, tetapi hanya orang biasa sahaja yang akan terikat padanya. Orang yang membuat kebajikan yang sangat baik tidak terikat pada takdir, kerana pahala daripada kebajikan itu begitu besar sehingga menukar nasib asalnya menjadi bertambah baik. Merit-merit yang terakru itu boleh mengubah nasib mereka daripada kesengsaraan menjadi kebahagiaan, kemiskinan menjadi kekayaan dan memanjangkan umur daripada jangka hayat yang pendek. Begitu juga bagi orang yang membuat jahat juga tidak terikat pada takdir. Apabila perbuatan jahat seseorang itu begitu besar dan kuat, maka segala kekayaan dan kejayaan yang sudah ditakdirkan akan luput, kehidupannya akan berubah daripada baik menjadi buruk. “Selama dua puluh tahun yang lepas, anda telah menjalani kehidupan sama seperti yang diramalkan oleh Encik Kong dan tiada sebarang perubahan yang dilakukan. Sebaliknya anda terikat pada nasib sendiri. Jika anda tidak dianggap sebagai seorang manusia biasa, apakah yang sepatutnya?”

Page 118: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

108

Encik Yuan Liaofan bertanya lagi, “Adakah benar nasib seseorang boleh berubah dan tidak terikat padanya?”

Melalui perenggan yang seterusnya kita boleh menyaksikan Master

Yun Gu arif mendidik orang. Kemudian, Master Yun Gu mengambil kata-kata hikmah yang boleh difahami oleh Encik Yuan Liaofan sebagai contoh untuk memberi bimbingan. Master Yun Gu berkata, “Nasib ditentukan oleh kita sendiri; Nasib yang baik atau buruk juga ditentukan oleh diri kita sendiri.” Dari sinilah Master Yun Gu mula memberi bimbingan, malahan membimbing mengikut kata-kata hikmah yang diketahui oleh Encik Yuan Liaofan dan bukan bercakap panjang lebar tentang perkara yang dia tidak tahu.

Dalam Kitab Koleksi Puisi dan Shang Shu menyatakan sedemikian

cara. Ini memang pengajaran yang arif dan tepat. Lima Kitab Utama yang terdiri daripada Shi Jing, Shang Shu, LiJi, Zhou Yi dan Chun Qiu, merupakan subjek yang wajib dipelajari. Maka contoh-contoh yang diberikan mudah diterima oleh Encik Yuan Liaofan.

“Ajaran orang alim menyatakan bahawa segala doa akan

dimakbulkan, sama ada doa itu untuk mendapat kekayaan dan kedudukan, mendapat zuriat lelaki ataupun perempuan mahupun doa untuk mendapat umur panjang. Hukum berbohong merupakan hukum utama dan manalah boleh berbohong untuk menipu orang.”

Encik Yuan Liaofan terus bertanya lagi, “Mengzi pernah berkata, doa

dimakbulkan kerana apa yang dipohonkan hasil dalam batin, dan benda dalam batin ini terdiri daripada akhlak dan moral yang boleh dipohon. Namun, kekayaan dan ternama merupakan takdir serta nasib, bagaimana saya boleh berdoa dan dapat?” Master Yun Gu memberitahunya bahawa kata-kata Mengzi tidak salah, dia yang salah tafsir.

Master Hui Neng memberitahu bahawa “segala tuah dan rahmat tidak

Page 119: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

109

lari dari hati kita.” “Keikhlasan hati akan membuahkan hasil, doa itu tertakluk pada dirinya. Ia bukan sahaja akan memakbulkan doa untuk perkara yang bermoral dan prihatin, kemasyhuran dan kekayaan juga boleh direalisasikan. Doa boleh termakbul tidak kira perkara dari dalaman ataupun luaran. Jika tidak insaf dari dalam hati, asyik mengejar dari luar, walaupun doa itu dipohon dengan cara yang betul dan dimakbulkan, tetapi masih ditetapkan oleh nasib. Mestilah insaf dari hati, guna cara yang betul, nasib baru boleh berubah.

Master Yun Gun juga memberi inspirasi dan rangsangan agar dia

berfikir. Beliau tidak bercakap penuh agar Encik Yuan Liaofan sendiri menyedari tentang maksud kebenaran yang disampaikan. Kemudiannya Encik Yuan Liaofan memberitahu segala tentang kehidupannya selama ini. Master Yun Gu pun bertanya, “Anda sendiri berfikir, adakah anda patut lulus peperiksaan? Patut mempunyai anak lelaki?” Inilah soalan yang diajukan untuk dia berfikir. Inilah cara memberi inspirasi kemudian untuk dia berfikir sendiri.

Encik Liaofan seorang yang sudi menerima ajaran, “Saya mencermin

diri atas perbuatan sebelum ini dan sikap pada masa lalu dengan lama, lalu menjawab, “Tidak patut.” Dari sini Encik Yuan Liaofan cepat-cepat berfikir dan menimbang serta menginsafi diri, lalu berkata tidak patut. Seseorang itu sendiri mengaku, adakah sama kesannya? Jikalau Master Yun Gu berkata, “Pada asalnya anda memang tidak patut ada zuriat, anda tidak patut lulus peperiksaan.” Dengan cara ini mungkin Encik Yuan Liaofan mungkin tidak berpuas hati, mengapa? Sebab cara tersebut bukan kefahaman daripada dirinya, dia mungkin masih merungut di sana. Tetapi berfikir.

Encik Yuan Liaofan berkata, “Mereka yang berjaya dalam peperiksaan

untuk menjawat jawatan pegawai kerajaan, semua mempunyai aura yang bertuah dan berezeki, tetapi aura saya kelihatan kurang bertuah atau tiada rezeki dan tidak membuat kerja kebajikan untuk mengumpul pahala.

Page 120: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

110

Mudah naik darah, kecil hati dan sering menggunakan akal untuk menindas orang lain, ego dan sering bercakap yang bukan-bukan, mengkiritik ini dan itu, bersikap buruk. Semua ini harus disedari sebagai faktor saya tidak bernasib baik.

Encik Yuan Liaofan terus berkata, “Tanah yang kotor menjadi asas

kepada banyak hidupan, air yang jernih kebiasaanya tiada ikan. Saya terlalu pentingkan kebersihan, ini sebab pertama saya tidak patut ada zuriat. Keharmonian memupuk pertumbuhan segala kehidupan, saya mudah naik darah, ini sebab kedua saya tidak patut ada zuriat. Sifat penyayang itu asas untuk kitaran kehidupan, sifat zalim punca kemandulan. Saya terlalu mementingkan reputasi diri, sering tidak sudi mengorbankan sesuatu untuk membantu orang lain, inilah sebab ketiga saya tidak patut berzuriat. Sebab keempat ialah saya bercakap terlalu banyak sehingga kehausan “qi”. Sebab kelima ialah saya suka minum arak dan mabuk sehingga memudaratkan tenaga. Sebab keenam ialah saya suka berjaga malam dan tidak menjaga tenaga dan semangat.

Dari sini, Encik Yuan Liaofan banyak menganalisa masalah dirinya,

keterlaluan mementingkan kebersihan, mudah naik darah, banyak bercakap sehingga kehausan “qi”, suka minum arak pada waktu malam dan berjaga malam, semua ini menjadi faktor dia tiada anak lelaki. Banyak lagi kejahatan sehingga tidak terkira.

Percakapan Encik Yuan ini juga membantu kita insaf, kerana begitu

banyak buku Falsafah Tradisi dibaca tetapi kejahatan yang dilakukan tidak terkira banyaknya, maka ini sudah menyimpang dari tujuan belajar. Belajar adalah untuk memperbaiki tabiat buruk dan orang-orang suci dijadikan teladan diri, sekiranya tidak, semua yang dipelajari semata-mata menjadi ilmu sahaja.

Pada masa ini juga, Master Yun Gu pun memberitahunya akan kebenaran berikut sejajar dengan keinsafan Encik Yuan. Master Yun Gu

Page 121: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

111

berkata, “Bukan sekadar rezeki kemasyhuran sahaja, kita harus memahami bahawa mereka yang mempunyai rezeki ribuan wang emas dalam hayat ini adalah hasil daripada pahala dan usaha yang dibuat. Begitu juga mereka yang mempunyai rezeki ratusan wang emas pasti mereka yang telah berbuat baik dan berusaha yang membawa mereka kepada nasib sebegitu.”

Mereka yang patut mati kebuluran pasti akan mati sedemikian cara; Semua nasib yang dihadapi orang adalah hasil daripada perbuatan sendiri. Semua nasib itu hasil akhlak diri dan Tuhan hanya melaksanakannya tanpa pilih kasih.

“Jikalau berzuriat, orang yang mempunyai balasan daripada pahala

terkumpul yang boleh bertahan untuk ratus generasi, mereka pasti mempunyai pewaris yang baik sebanyak ratusan generasi. Misalnya Konfusius, generasinya sudah melebihi 80 generasi. Semua anak cucu dan cucu-cicitnya soleh dan berakhlak tinggi. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai balasan daripada pahala terkumpul yang boleh bertahan untuk puluhan generasi, mereka akan dikurnia dengan pewaris sebanyak puluhan generasi. Manakala bagi mereka yang mempunyai balasan daripada pahala terkumpul yang boleh bertahan untuk tiga atau dua generasi, mereka akan mempunyai generasi tiga atau dua generasi sahaja. Bagi mereka yang tidak mempunyai generasi, pahala yang dikumpul amat sedikit.”

Selepas habis menganalisis dan menjelaskan kebenarannya, Master

Yun Gu pun memberi tunjuk ajar secara spesifik dengan berkata, “Hari ini anda sudah menginsafi akan kesalahan diri. Perbaikilah segala sifat buruk yang lepas, buangkan segala kesalahan yang mengakibatkan kegagalan dalam peperiksaan dan tidak beranak. Mesti mengumpul pahala, mesti melapangkan dada, mesti harmoni dan prihatin serta menjaga kesihatan diri dari segi mental dan fizikal.” Semua ini masalah yang ada pada beliau dan ditunjukkan oleh Master Yun Gu.

Seterusnya Master Yun Gu memberi dorongan dan galakan dengan

Page 122: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

112

memberitahu Encik Yuan Liaofan bahawa “Yang lepas biarkan dan jangan dikenang lagi; bertaubat dan mulakan kehidupan baru pada hari ini.” Inilah kata-kata terpenting, semasa membaca karya ini, janganlah dibaca seperti buku cerita. Sebaliknya harus mendapat inspirasi daripadanya dengan menganggap ia diceritakan kepada diri kita. Maka kita akan beroleh manfaat daripada setiap bait yang disampaikan. Jikalau kita beranggapan bahawa itu kisah tentang Encik Yuan Liaofan dan tiada kena-mengena dengan diri kita, maka sukarlah kita hendak mendapat kebaikan daripadanya.

Ini ibarat kelahiran semula dan tidak terikat pada nasib yang asal lagi,

sebab selepas bertaubat setiap tutur kata dan perilaku serta fikiran dan niat yang timbul, semuanya bersifat baik dan murni. Dengan jasad tubuh ini sebelum kita bertaubat, nasib kita boleh dijangka, nasib kita akan berubah kerana segala perbuatan, tutur kata dan fikiran murni dan baik selepas bertaubat! Dalam buku-buku kuno “Tai Jia” menyatakan bahawa “Bencana alam boleh dielak tetapi kita tidak boleh terlepas daripada balasan akibat dosa yang dibuat oleh sendiri”. Kitab “Shi Jing” pula menyatakan bahawa “Orang-orang suci sering menyatakan bahawa kita harus bersifat penyayang, tidak mementingkan diri, bersikap adil dan saksama, maka kita akan dikurnia dengan limpahan tuah dan rezeki.”

Master Yun Gu seorang pendidik yang sangat baik, beliau

membimbing dengan penuh kesabaran dan keprihatinan, kita harus meneladani cara bimbingan beliau.

Mari kita lihat perenggan yang seterusnya. Sebenarnya untuk

menjadi seorang guru yang berkesan memerlukan kesungguhan dan ketekunan. Ia bukan hanya perlu menghayati teknik pengajaran yang baik, malahan harus memahami masalah pelajar secara mendalam, barulah boleh mengajar mengikut kualiti dan sikap pelajar berkenaan. Ini ibarat doktor harus tahu punca penyakit barulah dia boleh mengubati pesakit itu.

Page 123: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

113

“Ada empat jenis kesilapan yang mudah dilakukan oleh pelajar, pengajar harus sedar tentang ini.” Dari seorang “Pengajar”, kita boleh melanjutkan peranan ini sebagai seorang pemimpin, ibu bapa atau guru. “Pelajar” boleh terdiri daripada anak, murid dan kakitangan anda. Kita patut mengajar mereka dengan baik. Justeru, tidak kira mana satu peranan yang dimainkan sama ada sebagai pemimpin, ibu bapa ataupun guru, jadilah teladan yang baik, menyayangi mereka seperti ahli keluarga sendiri, bimbingilah mereka seperti murid sendiri secara teratur.

“Lazimnya masalah-masalah ini berlaku pada kebanyakan orang

yang mengejar ilmu.” Pertama, terasa tamak untuk mempelajari semua ilmu, pelbagai yang dipelajari dan tiada pengkhususan. Pada akhirnya apa yang dipelajari sekadar pengetahuan dan sukar hendak memperbaiki minda mereka.

Kedua, berpuas hati dengan sikit ilmu yang dipelajari, akibatnya

pembelajaran itu sangat terbatas dan skopnya sangat sempit. Ketiga, mudah berubah hati semasa pembelajaran, hari ini belajar

ini dan esok belajar itu, mudah berubah. Sifat “mudah” berubah ini atas sebab memandang rendah terhadap ilmu yang dipelajari. Maka kekurangan kesungguhan semasa pembelajaran.

Sama seperti budak-budak yang berkata, “Saya sudah pun belajar

“Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup”, inilah sikap yang dikatakan memandang rendah kerana guna pakai ilmu yang dipelajari itulah perkara yang dititikberatkan.

Keempat, semasa menghadapi masalah dalam pelajaran, dia akan

berhenti. Ini cara pembelajaran yang sendiri membataskan diri sendiri. Keempat-empat ini merupakan perasaan hati dan sikap pelajar

Page 124: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

114

yang mudah wujud semasa pembelajaran, namun tidak semestinya semua orang mempunyai sikap yang sama. Kita harus memahami arah pelajar itu sudah tersimpang, barulah kita boleh memperbaiki kesalahan dan memperbetulkan sikap yang tidak betul itu. Pengajar, orang yang memupuk sikap betul dan baik hati serta membantu semasa pelajar melakukan kesalahan. Inilah kerja asas dalam pendidikan.

Hari ini kita selaku ibu bapa, fikirkanlah masalah-masalah yang ada pada anak. Guru pula fikirkanlah masalah-masalah murid dan sambil itu senaraikannya, seterusnya memberi bimbingan sebaik-baiknya dengan berlandaskan masalah mereka. Yang menarik ialah selepas disenaraikan, sendiri akan terasa “saya macam mempunyai masalah yang sama.” Mungkin ini masalah daripada teladan diri. Justeru itu, sesiapa yang menjadi pemimpin, ibu bapa mahupun guru, apabila anak buah atau murid sukar diajar, memang perlu renung-renung sendiri. Apabila minda diri sudah berubah, faktor keluarga dan kehidupan turut berubah. Ini kerana selepas menginsafi diri, ini satu sikap yang ikhlas dan dengan keikhlasan kita boleh mempengaruhi orang lain. Pengajar harus memahami masalah pelajar. Sementara itu, seorang pengajar harus mempunyai karisma, personaliti dan daya pengaruh.

“Kemerduan suara nyanyian seseorang boleh mempengaruhi orang

lain terikut-ikut menyanyi di belakang secara tidak disedari, inilah daya pengaruhnya.” Ini juga satu bentuk metafora. “Seseorang yang arif mendidik, selepas orang lain mendengar ajarannya mereka hendak mengikuti jejak langkahnya.”

Apakah cita-cita seseorang pendidik? Mewarisi ilmu daripada para

budiman silam yang luhur. Pendidik menyedari bahawa kebudayaan harus diwarisi, tanpa pewarisan, masyarakat dan bangsa akan menghadapi bencana besar.

Page 125: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

115

Dari sini, kami teringat pada Datuk Sim Mow Yu, beliau merupakan tokoh yang sangat bijaksana dan sangat penting dalam pewarisan kebudayaan Cina di Malaysia. Pada pertemuan kali pertama kami, beliau mengetahui saya mengajar di sekolah rendah, beliau berkata, “Guru merupakan pekerjaan yang paling tiada prospektif dari segi pendapatan, tetapi merupakan pekerjaan yang paling penting.” Wang ringgit boleh dicari semula apabila sudah tiada; jikalau kebudayaan sudah terputus, generasi kemudian tidak berpeluang mempelajari lagi, maka kemungkinan perangainya menjadi buruk yang tiada bezanya dengan binatang.

Rakan-rakan sekalian, adakah keterlaluan jika bercakap sedemikian

cara? Ini dikira sudah cukup sopan. Patut dikatakan lebih teruk daripada binatang. Di kalangan hidupan zaman sekarang, siapakah yang paling banyak membunuh anak sendiri? Pengguguran anak berlaku pada setiap hari.

Melalui fenomena masyarakat ini, kemudian teringat pula kata-kata

Datuk Sim Mow Yu, kita selaku pendidik atau pengajar harus mempunyai misi sedemikian. Mengapakah orang dulu berkata “Berpuas hati walaupun hidup miskin dan memberi penumpuan pada perkara-perkara rohani.” Ketenangan hati membolehkannya mengajar dengan tiada keraguan kerana dia sedar tentang kepentingan pendidikan masyarakat. Sebelum kami mempelajari Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup, kehidupan kami tanpa arah tujuan. Selepas belajar dan digunapakai dalam kehidupan dan pekerjaan, perhubungan antara orang semakin bertambah baik, barulah kami faham manfaat ini yang begitu besar sekali.

Memang sukar untuk menemui guru yang arif. Saya sering berkata

dengan kawan bahawa memang syukur boleh mempelajari Falsafah Tradisi, saya tiada sebarang kekesalan lagi dalam hayat ini, seperti yang dikatakan umum sudah “cukup berbaloi” dan “cukup banyak beruntung”. Orang yang berpuas hati, hidupnya akan gembira.

Page 126: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

116

Ingin saya memberitahu kalian, beramallah dan kumpulkan pahala secepat mungkin, sebab apabila bencana datang menimpa, masa itu baru bergegas hendak berbuat baik memang sukar sekali. Mujurlah masa itu saya sudah mempelajari Falsafah Tradisi, nasib sudah ada sedikit perubahan dan terlepas daripada malapetaka tersebut. Jadi, orang yang arif mengajar boleh merangsang kesedaran orang lain, mengubah nasib pelajar dan pelajar ini akan menyedari kehidupan sedemikian sangat bernilai dan akan meneladani gurunya, inilah cara “mengikut jejak atau meneruskan cita-cita” gurunya.

Seterusnya, bagi seorang pengajar, bahasa yang digunakan semasa pengajaran harus ringkas, jelas dan mudah difahami, jangan berjela-jela. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan konflik seluruh dunia, sama seperti pesakit yang merawat penyakitnya. Semua orang faham tentang ini sebab semua orang berpengalaman berjumpa doktor. Terlebih dahulu perlu tahu punca penyakit barulah ia boleh dirawat. Semua boleh faham, penerangan yang ringkas dan mudah difaham. Dari manakah pucuk pangkal penyakit ini? Dari keluarga. Jikalau suami isteri berkonflik, maka si anak menyaksikan pergaduhan antara ibu bapa semenjak kecil lagi, jadi bolehkah si anak percaya bahawa kedamaian boleh wujud apabila bersama orang? Di sinilah pucuk pangkal konflik. Jadi, ringkas dan mudah difaham serta masalah diselesaikan dari akar umbinya.

“Penjelasan yang diberikan padat dan jitu tetapi menyampaikan maksud yang mendalam.” Misalnya, mengapa budak zaman sekarang tidak dengar cakap, murid sukar diajar, pekerja susah diselia? Punca masalahnya dari hati orang. Bagaimana hendak menyedarkan orang akan kekurangan diri dan di mana hatinya sudah tersimpang, dan penjelasan yang diberikan mesti boleh diingat dengan segera? Pikullah peranan sebagai pemimpin, peranan sebagai ibu bapa atau saudara dan peranan sebagai guru.

“Pemimpin” berperanan memberi teladan dan tidak mementingkan

Page 127: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

117

diri sendiri; “Ibu bapa atau saudara” berperanan memberi penjagaan seperti ibu bapa mereka yang tidak berputus asa, tidak meminta balasan dan mempercayai anak, mempercayai kakitangan. “Guru” berperanan mengajarnya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, membimbing dan memupuk sifat baik serta membuang perbuatan jahatnya. Jikalau semua ibu bapa, pemimpin dan guru boleh melaksanakan ketiga-tiga peranan tersebut, nescaya masing-masing boleh memainkan watak diri dengan baik.

Inilah masalah serius yang berlaku dalam dunia sekarang, hanya

beberapa patah perkataan disampaikan dan tiada orang yang tidak faham. Banyak fenomena aneh berlaku pada zaman sekarang, apa yang diceramahkan oleh seseorang di atas pentas jikalau semakin sukar difahami oleh pendengarnya, maka semakin menonjolkan kehebatan orang itu. Kefahaman orang zaman sekarang sudah tersimpang jauh dan sudah terbalik.

Lagi satu ialah guru mengeluarkan soalan yang sangat susah sehingga

murid-murid rasa sangat geram, dan guru itu terasa dirinya sangat hebat. Fenomena ini harus direnung dan difikir dengan sedalam-dalamnya. “Hati, teras segala-galanya.” Apabila hati sudah rosak, apa jua fenomena aneh akan berlaku. Tanpa memahami Falsafah Tradisi, maka manusia tidak tahu membezakan apa itu baik atau jahat. Misalnya mereka yang menjalani pembedahan plastik, sebagai contoh kaum wanita yang teringin mengubah struktur wajah asal yang kelihatan bulat dan berisi (Jenis aura bertuah dan berezeki) menjadi lebih bersegi (jenis aura malang dan kurang berezeki).

Kita bukan sekadar berpegang teguh pada peranan sebagai pemimpin,

ibu bapa atau saudara dan guru, memainkan ketiga-tiga peranan tersebut dengan baik. Tidak kira mana satu peranan yang dimainkan, asalkan semangat ketiga-tiga peranan tersebut dikuasai dengan sempurna, samalah seperti yang dinyatakan dalam buku Liji, iaitu “Kebenaran yang jitu tidak terikat pada satu-satu perkara sahaja.” Kebenaran yang difahami dan disedari secara menyeluruh tidak terbatas pada suatu benda, ataupun pada

Page 128: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

118

suatu sudut, ataupun pada sesebuah negara, ia boleh melangkaui ruang dan masa. Ia boleh digunapakai dan sesuai di mana jua, inilah dikenali sebagai “Kebenaran agung”.

Cuba kita renung-renungkan, perlukah seseorang anak memainkan

peranan pemimpin, ibu bapa atau saudara dan guru? Perlu, seandainya ibu bapa ada salah laku, si anak harus menjadi teladan untuk mempengaruhi kedua orang tua melalui akhlaknya. “Peranan guru”, anda harus arif dan bijaksana memberi nasihat kepada ibu bapa. “Jikalau ibu bapa melakukan kesalahan, nasihat mereka dengan penampilan muka yang baik dan suara yang lembut, barulah mereka boleh membuat perubahan.” Begitu juga di tempat kerja, ketiga-tiga peranan ini wujud.

Tidak kira semasa bekerja ataupun melayan orang lain, dia menjadi

teladan kepada semua rakan sekerja, inilah peranan “Pemimpin” yang dimainkan. Menjaga semua rakan sekerja dengan perasaan menganggap mereka sebagai adik-beradik sendiri, inilah peranan “ibu bapa atau saudara”. Membantu dengan sepenuh hati melalui pengalaman dan kebijaksanaan diri yang tidak dimiliknya, inilah peranan “guru”. Orang mudah memahami dan merasai pengalaman berkenaan melalui metafora yang diberikan. Orang yang mempunyai keupayaan dalam pengajaran seperti di atas, boleh dikatakan mewarisi cita-citanya.

Kita semua berkata bahawa “Kerungsingan itu bagai pencuri.” Apakah

barang kita dicuri olehnya? Kebijaksanaan dan ketenangan jiwa kita yang hilang. “Pencuri”ini satu penggunaan metafora yang baik. Kalau ia pencuri, ia juga ketakutan semasa memecah masuk rumah anda, ketika itu anda terjaga dan terus hentak meja, bagaimanakah reaksi pencuri itu? Terus terjatuh. Jadi apabila pemikiran positif timbul, maka tiada peluang untuk minda yang jahat bermain di otak. Mana ada tuan rumah yang takut pada pencuri, betul tak? Kitab ShangShu menyatakan “Perbezaan antara orang suci dengan orang yang angkuh terletak pada pemikiran sepintas lalu pada minda mereka.” Membangkitkan pemikiran positif, menyedarkan tuan

Page 129: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

119

dan tidak membenarkan pencuri bermaharajalela, semua ini metafora. Satu lagi metafora, “Kucing tangkap tikus”, cuba kalian imaginasikan,

kucing melihat pada tikus, maka tikus itu akan bersembunyi dalam lubang dan tidak berani keluar. Jadi, kita harus mempelajari cara kucing itu melihat pada tikus, jika dia keluar terus tangkap dan jangan membiarkan dia melampau batas. Esok mula berlatih kucing tangkap tikus, sentiasa merenung hati sendiri, kalau terbangkit pemikiran yang tidak baik, terus matikannya agar ia tidak bermaharajalela.

Semasa mengajar dan bimbingan secara “ringkas, jelas dan mudah

faham, penjelasan padat dan jitu menyampaikan maksud dengan mendalam” daripada guru amat memanfaatkan pelajarnya, kerana ia menyedarkan pelajar itu bahawa Falsafah Tradisi memberi inspirasi dan pengaruh mendalam terhadap kehidupannya. Maka dia juga berharap dirinya juga boleh mewarisi cita-cita yang sama seperti gurunya.

Cita-cita seperti ini juga boleh diaplikasikan dalam apa jua bidang

dan industri. Jikalau anda sebagai ketua bahagian, selain daripada “peranan pemimpin” yang harus dipikul, anda juga boleh memainkan peranan sebagai “ibu bapa atau saudara dan guru”. Justeru, kami amat menghormati dan kagum kepada usahawan dan tokoh korporat yang mempelopori pendidikan Falsafah Tradisi di tempat kerja mereka.

Usahawan-usahawan ini juga merupakan guru yang baik, kerana

mereka mendidik melalui teladan dan tutur kata diri yang baik, menyediakan suasana tempat kerja yang baik untuk pekerjanya belajar menjadi baik. Ramai tokoh korporat sangat berusaha dan bersungguh-sungguh dalam kerja ini dan mereka berjaya membantu pekerjanya berubah dari kurang bermoral menjadi anak yang taat kepada ibu bapa, sehingga kedua orang tuanya sanggup terbang jauh dari kampung yang beribu batu dari tempat kerja anak semata-mata untuk berterima kasih kepada pemimpin korporat anaknya. “Saya tidak mendidik anak saya

Page 130: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

120

dengan baik sepanjang 30 tahun lebih ini, tetapi pemimpin syarikat ini berjaya mengajarnya menjadi baik.”

Ada beberapa ciri yang harus dimiliki oleh seseorang guru. Guru

mampu membantu memupuk sifat baik dan membuang tabiat buruk murid, memahami masalah murid, mempunyai kuasa pengaruh dan mempengaruhi murid melalui akhlak diri.

Pengajar atau orang yang budiman dan berakhlak tinggi menyedari bahawa mereka menghadapi masalah sepanjang proses pembelajaran, tidak kira sejauh mana kesukaran masalah itu ataupun masalah yang mana satu yang perlu dihadapi dahulu. Dia akan tahu bagaimana hendak maju beransur-ansur mengikut peringkat. Fakta utama yang diketengahkan di sini ialah “Pengajar sendiri harus merupakan seorang murid yang baik”, barulah dia tahu masalah yang bakal dihadapi sepanjang proses pembelajaran dan cara untuk mengecapi kejayaan. Umpama pepatah yang menyatakan bahawa “Jikalau sudah menjangka masalah yang bakal dihadapi, mintalah nasihat daripada orang yang berpengalaman.” Seseorang guru juga pernah menjadi pelajar yang pernah belajar dengan bersungguh-sungguh, memperbaiki tabiat buruk sendiri dan menggunapakai ajaran Falsafah Tradisi dalam kehidupan, pekerjaan, perhubungan dengan orang, melalui pengalaman dan kesedaran yang ada, barulah dia berkemampuan membimbing muridnya.

“Guru yang jelas tentang tahap murid boleh memberi didikan dan

bimbingan berlandaskan kualiti dan tahap pencapaian mereka.” Melalui kefahaman tersebut, maka guru berkenaan tahu mengguna cara yang bersesuaian untuk membantu pelajarnya maju secara beransur-ansur.

Kemudian pengajar harus mempunyai kearifan memberi

penerangan secara metafora. Semasa membantu pelajar, guru harus

Page 131: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

121

berkebolehan memberi bimbingan, penjelasan berlandas metafora secara meluas agar pelajarnya faham dan jelas tentang kebenaran yang disampaikan. Justeru, pihak pengajar harus menimbang dari sudut pelajar, kerana faktor kelainan latar belakang dan pemikiran, gunakanlah cara yang boleh diterima dan bahasa serta perkataan yang boleh difahami mereka. Selain daripada memiliki ilmu pengetahuan yang meluas, dengan pengalaman pembesaran, perasaan hati serta pandai menjalinkan persefahaman dengan pelajar, maka pengajar itu boleh berkomunikasi baik dengan pelajarnya.

Apabila seseorang berkebolehan memberi metafora secara meluas dan penerangan yang jelas, maka bolehlah dia menjadi guru. Semasa menjadi guru, dia seorang yang penyayang, mengajar berlandaskan kualiti pelajarannya, kemudian barulah dia berkemampuan menjadi pegawai ataupun pemimpin yang mentadbir sesuatu tempat. Seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan tahu mendidik berlandaskan kualiti pelajar, dia juga tahu cara mendidik apabila berhadapan dengan rakyat umum. Dia juga tahu membimbing apabila berhadapan dengan kakitangan yang membantunya.

Cuba anda semua fikirkan, sekarang ini menjadi tokoh korporat lebih susah, ataupun mengajar di sekolah lebih susah? Kita sendiri cuba rasai, mudahkah semasa cuba menerangkan sesuatu kepada sanak-saudara di sisi kita sehingga mereka faham dengan baik? Memang tidak mudah. Orang dewasa lagi sukar diajar berbanding dengan budak kecil, pemikiran budak jauh lebih naif berbanding dengan orang dewasa yang terlalu kompleks. Jadi, tahap kesukaran mengajar orang dewasa jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak. Bagi mereka yang sudah berkahwin, dia mempelajari Falsafah Tradisi tetapi pasangan hidupnya tidak, maka dia umpama membawa seorang adik lelaki ataupun adik perempuan, betul tak? Terpaksa memberi belaian dan bimbingan kepada mereka. Tahap kesukaran yang dihadapi oleh tokoh korporat sangat tinggi, kerana masing-masing mempunyai karaktor dan personaliti serta kefahaman yang

Page 132: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

122

berlainan, ia memerlukan bimbingan untuk mendirikan persefahaman secara beransur-ansur.

Memang tidak mudah untuk menjadi pemimpin! Ramai orang tidak

pernah menjadi pemimpin tetapi puas memberi komen dan kritikan. Memang kita patut dengar apabila percakapan orang itu tepat dan betul. Namun, kalau dia selalu memberi kritikan, masa itu anda berilah kepadanya peluang mencuba, kerana jikalau tidak pernah mengalaminya maka tidak tahulah bagaimana perasaan itu. Seseorang tidak akan sedar akan kesukaran sesuatu perkara jikalau tidak berpengalaman tentangnya. Memberi kritikan memang mudah, apabila sendiri buat baru sedar kesukarannya.

Apabila dia sudah berkebolehan menjaga rakyat jelata sesuatu

tempat atau organisasi, maka bolehlah dinaikkan pangkat untuk menjadi pegawai tinggi ataupun pemimpin negara.

“Ilmu pengetahuan dan kerohanian positif yang disemaikan oleh

seseorang guru menjadi asas kepada pelajar untuk menjadi pemimpin dan pemerintah negara pada masa akan datang kelak.

Justeru, amat penting sekali semasa memilih guru yang baik. Pelajar

sangat bermanfaat jikalau gurunya berkeluarga harmoni, berpengalaman luas dan menangani segala urusan dengan penuh kesabaran dan harmoni. Selain itu, “pemilihan guru” dibuat mungkin demi kepentingan kaum kerabat dan keluarga. Demi pendidikan seluruh negara, maka bertambah pentinglah ketelitian semasa pemilihan tersebut.

Karya klasik “Ji” menyatakan bahawa “Ketiga-tiga maharaja dan

pengasas negara, iaitu Maharaja Yu (Dinasti Xia), Maharaja Tang (Dinasti Shang) dan Maharaja Wu (Dinasti Zhou) dan keempat-empat zaman pemerintahan semasa generasi Maharaja Yao dan Maharaja

Page 133: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

123

Shun, generasi Xia, Yin dan Zhou, mereka sangat menitikberat tentang pendidikan dan pemilihan guru untuk mendidik rakyat jelata.

Di samping itu, pemerintah sendiri merupakan guru yang paling baik.

Oleh itu, pemerintahan zaman dulu dikenali sebagai pemerintahan orang-orang suci, kerana pemerintah tersebut cukup berakhlak tinggi, merupakan teladan ikutan ramai, barulah mereka dicalon untuk menjadi pemimpin negara.

Shun seorang rakyat biasa, mengapa dia dipilih menjadi pemerintah

negara? Beliau dipilih oleh Maharaja Yao yang amat menyayangi dan prihatin terhadap rakyatnya. Atas niat demi kebaikan rakyat jelata, beliau mengahwinkan anak perempuannya dengan Shun, dan kesemua sembilan orang anak lelaki dijadikan kawan Shun. Melalui perkahwinan Shun dengan anak perempuannya, maka segala kehidupan peribadi Shun tidak boleh disembunyikan lagi. Dengan bertanyakan anak perempuannya, Maharaja Yao boleh mengetahui sama ada orang ini berakhlak atau tidak. Jikalau si isteri juga begitu menghormati dan mengkagumi si suami, nescaya akhlak mulia suami ini memang tidak terkata.

Tidak ramai orang begini yang saya temui, tapi masih ada orangnya.

Misalnya isteri Pakcik Lu yang sangat mengkagumi Pakcik Lu. Pakcik Lu pernah menyatakan bahawa “Kaum lelaki tidak berhak meminta isterinya menyayangi dan mentaati ibu bapa sendiri, sebaliknya sendiri harus melayan baik isteri sehingga si isteri melahirkan perasaan bersyukur kepada ibu bapa suami secara automatik. Ibu bapa seperti inilah yang berjaya memupuk lelaki yang begitu cemerlang, memberi kebahagiaan kehidupan kepada saya, saya harus membalas budi kedua orang tua ini.

Cuba anda lihat kerohanian dan niatnya untuk mengurus

perkahwinannya. Mana ada pasangan hidup yang tidak terasa terharu terhadapnya.

Page 134: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

124

Oleh itu pada zaman terebut, memang rakyatnya rasa malu kerana nilai akhlaknya tidak setanding Maharaja Yao dan Shun. Sementara itu, semasa zaman pemerintahan Maharaja Yu, apabila rakyatnya salah laku, Maharaja Yu akan menginsafi diri, “Semasa pemerintahan Maharaja Yao dan Shun, rakyat rasa malu kerana akhlak tidak setanding mereka, saya rasa sangat malu kerana sekarang giliran saya mentadbirkan negara dan mereka sudah tiada perasaan itu lagi.” Oleh itu, pemimpin negara pada zaman tersebut juga merupakan guru terbaik dalam jiwa rakyat jelatanya.

Satu lagi perkara penting dalam pendidikan ialah maruah dan

martabat guru. “Guru yang tegas”, merujuk kepada hormat kepada guru dan profesyen serta ilmu pengetahuan. Sifat menghormati guru ditonjolkan melalui menggunapakai ajaran guru. Manfaat yang diperolehi sejajar dengan keikhlasan dan penghormatan yang diberikan. Semakin tinggi keikhlasan dan penghormatan yang dicurahkan semakin banyak manfaat yang diperolehi. Apabila seseorang itu tahu menghormati guru, maka kebenaran yang disampaikan oleh guru diterima secara automatik dengan rasa hormat, inilah sifat menyanjungi ajaran orang-orang suci. Belajar dengan penuh hormat dan langsung tidak berani leka dan malas.

Oleh itu, dalam dua bentuk keadaan di mana seseorang pemerintah

atau maharaja tidak perlu melayan menterinya mengikut protokol yang ditetapkan. Keadaan pertama ialah semasa menghormati nenek moyang. Seseorang yang berwajah paling mirip dengan nenek moyang dipilih dan diatur duduk di utama. Orang tersebut akan dihormati sebagai nenek moyang. Jikalau pemerintah atau maharaja itu masih melayan orang tersebut sebagai menterinya, maka keikhlasan itu gagal dilahirkan dari jiwa.

Keadaan kedua ialah seseorang itu dilantik menjadi guru kepada

pemerintah atau maharaja. Dari segi protokol tempat duduk antara pemerintah atau maharaja dengan menteri juga ada tatasusilanya.

Page 135: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

125

Maharaja akan duduk berhadap ke arah selatan manakala menterinya duduk berhadap ke utara. Tetapi, lahirlah satu terminologi, iaitu “xī xí”, iaitu di mana tempat duduk guru di arah barat dan muka mengadap ke timur. Maharaja pula duduk di arah timur, ini bukan protokol rasmi antara maharaja dengan menteri, sebaliknya protokol ini sedarjat layanan tertinggi untuk tetamu terhormat. Perkara terpenting yang diketengahkan di sini ialah maharaja sendiri mempelopori sifat menghormati guru. Ini satu sifat yang amat terpuji.

Pada zaman sekarang, pendidikan kebudayaan tradisi sudah terputus untuk beberapa generasi. Jadi, kini menjadi tanggungjawab kita sebagai pendidik dan tanggungjawab orang yang mengejar ilmu, janganlah kita minta orang lain buat kerana mereka tidak tahu. Anda berkata, “Sudah dewasa masih tidak tahu menghormati guru?” Pertanyaan ini kedengaran munasabah, tetapi jika orang lain terus bertanya lagi, “Siapakah guru sekolah rendahnya? Mengapa tiada orang mengajarnya?” Kita yang susah menjawab pada akhirnya. Kitab “San Zi Jing” menyatakan bahawa “Pengajaran tidak tegas kerana kemalasan guru.” Justeru, martabat dan maruah guru bergantung kepada akhlak guru sendiri, demi membangkitkan perasaan kagum dan hormat orang lain terhadap guru secara automatik. Andai kata guru bertungkus-lumus untuk mencari wang, berkereta jenis BMW ataupun Benz, bagaimana hendak memperolehi penghormatan daripada orang lain? Dia sudah menghormati profesyen dirinya bagaimana orang lain hendak menghormatinya?

Seterusnya dalam pendidikan menekankan interaksi yang baik antara pelajar dengan guru, iaitu semasa proses pengajaran, guru tahu bagaimana mengajukan soalan dan memberi jawapan. Bagi orang yang arif belajar, guru mengajar dengan senang dan releks, hasil pencapaiannya sangat baik dan berkali ganda. Guru mengajar dengan

Page 136: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

126

senang, anak murid belajar dengan baik. Semua jasa ini datangnya dari guru. Bagi mereka yang tidak arif belajar, guru mengajar dengan penuh kesungguhan tetapi hasil pencapaiannya sangat lemah. Malahan masih merungut guru tidak mengajar dengan baik.

Bagi mereka yang arif bertanyakan soalan sama seperti orang

menebang pokok. Batang pokok dengan cincin pertumbuhan tahunan yang lebih padat lebih keras batang pokok itu, maka pokok akan ditebang melalui bahagian yang mempunyai cincin pertumbuhan tahunan yang lebih longgar dan semua tenaga ditumpukan di sini. Kemudian sambil itu bahagian yang paling susah pun ditebang. Masuk tangan melalui bahagian yang senang ditebang, kemudian baru tebang bahagian yang keras. Maka barulah pokok berjaya ditebang.

Bagi orang yang arif bertanya, mereka akan bertanya dengan bermula

dari kebenaran itu, kemudian diikuti dengan program pembelajaran, dilanjutkan kepada konteks pemikiran, guru pula akan menjawab mengikut urutan tersebut. Ini satu cara yang baik. Orang yang tidak pandai selalunya akan sini tanya sikit, sana tanya sikit dan sambil itu banyak soalan melayang dalam otaknya. Sebelum guru habis menjawab, sambil itu dia mengajukan soalan lagi. Otaknya keliru dan berserabut, justeru soalan yang diajukan tidak mengikut peraturan. Pada hakikatnya, kadang-kadang soalan yang dikemukakan bukan untuk kefahaman yang lebih lanjut, sebaliknya berniat untuk mengalahkan guru melalui soalan yang diajukan. Jadi, mentaliti harus betul semasa mengajukan soalan.

Orang yang arif menjawab sama seperti orang yang memukul

loceng. Anda pukul dengan ringan, dia membalas secara lembut. Jikalau dipukul dengan kuat, loceng akan berbunyi dengan kuat. Jikalau soalan yang diajukan bukan soalan yang penting, dia tidak akan menggunakan masa dua jam untuk memberi penerang kepada anda, jawapan yang diberi akan berlandaskan kebenaran.

Page 137: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

127

Sama seperti orang yang memukul loceng, loceng dipukulnya

dengan bersahaja (tenang) dan bunyi loceng bergema dengan lama dan tersebar jauh. Begitu juga dengan seorang guru semasa menjawab soalan anak murid, jika ia dijawab dengan bersahaja (tenang), semuanya luahan dari kebijaksanaannya yang memberi tanggapan mendalam, boleh difaham dengan serta-merta.

Seorang guru yang baik mengecapi ketenangan jiwa dan minda, dari

sinilah lahirnya kebijaksanaan yang membolehkan dia begitu bersahaja dan tenang. Apabila soalan diketengahkan, ibarat loceng dipukul, dan beliau pun menjawab. Bagi mereka yang tidak arif menjawab tidak boleh menerang masalah berlunaskan kebenaran. Kesemua ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Seseorang pengajar atau pendidik tidak harus terasa jemu untuk mengejar ilmu dan tidak harus mengeluh penat semasa mengajar.

Contohnya, semasa interaksi sesama guru dengan anak murid, soalan diajukan oleh murid dan guru akan menjawab. Soalan yang diajukan harus berlunaskan konteksnya. Yan Hui seorang murid yang baik. Beliau pernah bertanyakan Konfusius, “Apakah itu “Ren” dan apakah kemurahan hati? Konfusius menjawab, “Terlebih dahulu seseorang harus mengawal tabiat buruk diri, barulah dia boleh menyayangi dan prihatin terhadap orang lain.” Yuan Hui yang arif bertanya soalan lagi, “Bagaimana hendak mengaplikasikannya secara spesifik dalam kehidupan harian?” “Bagaimana hendak suka mengejar ilmu?” Konfusius menjawab, “Segala yang tidak senonoh atau tidak sopan, jangan dipandang atau dilihat, jangan didengar, jangan diucap dan jangan disentuh atau dibuat.” Pada hakikatnya, apabila seseorang sudah melihat sesuatu yang tidak patut dilihat, keseluruhan nafsu tamak boleh dibangkitkan. Jadi bagaimana hendak mengawal tabiat buruk diri supaya beradab, bersopan dan bertatasusila? Justeru, ajaran “Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan

Page 138: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

128

Hidup” menyatakan bahawa “Jauhikan diri dari tempat yang hingar bingar.” “Jika terdapat buku-buku yang berunsur tidak sihat, ia harus diketepikan dan dibuang, buku-buku sedemikian sesungguhnya akan merosakkan akhlak, cara pemikiran dan arah tujuan”. Jadi, adalah dinasihati kalian bahawa jangan terlalu banyak menonton televisyen kerana apabila rancangan yang tidak sihat ditonton, tabiat-tabiat buruk diri akan dibangkitkan. Seseorang yang hendak mengawal tabiat buruk dan bersifat wajar, jangan lihat apa yang tidak patut dilihat, jangan dengar apa yang tidak patut didengar, jangan cakap apa yang tidak patut dicakap. Seseorang boleh meluahkan kata-kata yang tidak patut atas sebab hatinya sudah tidak betul, mungkin sudah beremosi dan bersikap ego dan berkepentingan diri, tidak boleh prihatin pada orang lain. “Segala yang tidak senonoh atau tidak sopan yang disentuh.” Ini termasuk niat jahat jangan sesekali dibangkitkan. Melalui dengar, lihat dan cakap, walaupun badan masih belum bertindak, dosanya cukup besar apabila badan mempunyai tindak balas dengannya, kerana ia mungkin mencederakan orang lain. Kita mendapati Yuan Hui sangat arif mengajukan soalan dan Konfusius pula arif menjawab. Seseorang yang arif menjawab pertanyaan orang lain umpama kita memukul loceng. Semakin kuat pukulan loceng itu, semakin kuat gemanya. Semakin lemah pukulan loceng, semakin rendah balasan bunyinya. Soalan pula akan dijawab dengan begitu bersahaja.

Mari kita lihat perenggan yang seterusnya. “Orang yang sekadar

mengkaji ilmu pengetahuan tidak layak menjadi guru orang lain.” Jikalau orang yang mengkaji ilmu ini kelihatan gembira dan ketawa riang pada setiap hari, inilah yang dikatakan “Belajar dan mengejar ilmu dan kemudian menggunapakainya, bukankah itu satu perkara yang menggembirakan?”

Kami telah melawat ke University of Cambridge, England pada tahun

2006. Di sana perkara yang paling mengejutkan kami ialah pelajar British

Page 139: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

129

yang mendengar taklimat dengan kami amat fasih berbahasa Mandarin malah sebutannya lebih baik daripada saya. Amat mengkagumkan. Berapa banyak usaha dicurahkannya? Tesis mereka berlandaskan buku “Meng Zi”, “Wang Wei” dan Sutra Buddha iaitu “Sukhāvatī-vyūhaḥ-sūtra” untuk Ijazah Kedoktoran mereka, memang hebat sekali.

Mereka sudah berijazah kedoktoran tetapi masalah sosial tetap tidak

dapat diperbaiki. Inilah yang dikategorikan sebagai “Pengkajian ilmu”. Kebijaksanaan seseorang guru boleh mengubah seseorang, sesebuah keluarga dan negara. Justeru, cendekiawan-cendekiawan semenjak dahulu kala, pemerintah negara akan menganugerahkan kepada mereka gelaran sebagai “Guo shi”, guru untuk rakyat jelata seluruh negara. Kita sepatutnya memajukan diri untuk mengecapi matlamat ini. Walaupun sudah berijazah kedoktoran, namun dia masih mempunyai masalah yang dirunsingkan dalam kehidupan harian. Jikalau dia masih tidak boleh menghayati maksud “orang yang berpuas hati dengan segala yang ada sentiasa hidup bergembira”, maka masalahnya masih belum dapat diselesaikan.

Ajaran-ajaran Falsafah Tradisi merupakan koleksi kebijaksanaan, ia

bukan ilmu pengetahuan. Kebijaksanaan boleh menyelesaikan masalah kehidupan. Dari manakah lahirnya kebijaksanaan? Bermula dari pembuangan tabiat-tabiat buruk dan kefahaman tentang ajaran Falsafah Tradisi yang dipelajari dari satu bait ke satu bait ajaran itu kemudian diaplikasikan dalam kehidupan harian. Melalui cara ini, barulah akhlak dan kerohanian seseorang itu boleh meningkat.

Sekiranya kita menganggap pelajaran itu sebagai satu pengisian masa

dan tidak menggunakan faedahnya, kita kerugian dan tidak dapat faedah daripadanya. Akibatnya akhlak dan kerohanian bukan sahaja tidak meningkat malahan semakin merosot. Jikalau kita tidak meneruskan pelajaran walaupun pengetahuan yang sedia ada itu digunapakai, tahap pencapaian kita tidaklah begitu tinggi kerana ini adalah pengetahuan

Page 140: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

130

individu, bukan digabung dengan pengetahuan cerdik pandai, pengetahuan dan kefahaman sendiri mungkin tidak begitu tepat sasarannya. Kekunci untuk peningkatan akhlak dan kerohanian terletak pada kefahaman ajaran Falsafah Tradisi dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Selain daripada ilmu pengetahuan yang dimiliki, setiap soalan yang

diajukan oleh anak murid, gurulah yang boleh memberi penerangan dan penjelasan yang bersesuaian. Ini seorang guru yang mempunyai daya pemerhatian yang tinggi melalui percakapan dan perkongsian murid tentang ilmu yang dipelajari. Apabila murid menghadapi kebuntuan dalam pembelajaran tetapi tidak tahu untuk bertanya, guru itu boleh nampak masalah yang dihadapi, seterusnya memberi bimbingan berlandaskan fakta atau kebuntuan yang dihadapi oleh pelajar itu. Guru harus segera memberi peringatan sebaik saja nampak kebuntuan yang dihadapi oleh murid sama ada kerana tamak dan berkeinginan banyak dan ingin cepat dalam pembelajarannya.

Sekiranya murid ini masih belum nampak masalahnya walaupun

sudah diberitahu oleh guru, masa ini guru jangan memaksa dan asyik mengulanginya, kerana ini akan membuntukan kefahamannya kerana terlalu banyak disuap maklumat. Ia patut dihentikan seketika dan peringatan diberi lagi apabila mempunyai peluang bersesuaian.

Dari segi menjawab soalan murid, jawapan itu harus berpadan

dengan tahap murid itu, jangan memberi jawapan yang terlalu dalam dan tidak boleh difahami. Mengapakah seseorang guru itu mampu memberi penerangan bersesuaian dengan peluang semasa? Selain daripada kebijaksanaan, guru juga harus berfikir dari sudut anak muridnya.

Sekiranya kita masih belum mampu memahami keadaan murid

dengan sepenuhnya pada ketika itu, salah satu petua ialah renungi mata

Page 141: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

131

anak murid itu semasa menjawab soalannya. Kerana kita boleh lebih mengetahui melalui renungan mata itu. Namun, demi menunjukkan sifat hormat orang zaman sekarang akan berpura-pura faham pada hakikatnya dia tidak faham. Masa inilah anda harus lihat mimik muka, jikalau mukanya sudah releks dengan mata yang bersinar, maknanya dia sudah faham. Jadi, guru dan murid harus sentiasa saling berinteraksi.

Mari kita lihat satu karya yang dipetik daripada buku “Shuo Yuan”, sebuah karya yang merekodkan akhlak dan kemampuan orang-orang suci dahulu dan maharaja dahulu yang memainkan peranan mereka sebagai pemimpin, sebagai pemimpin keluarga dan sebagai seorang guru dengan sempurna.

Pada suatu hari, Maharaja Da Yu nampak seorang penjenayah semasa

berada di luar, beliau pun turun kereta untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjenayah tersebut. Beliau sangat sedih sehingga mengalirkan air mata selepas mendengar penjenayah itu mengisahkan tentang dirinya. Penjenayah itu menanggung akibatnya hari ini kerana dia tidak mematuhi etika untuk menjadi orang yang baik. Orang yang bersebelahan hairan mengapa Maharaja Da Yu menangis kesedihan sedangkan penjenayah itu sendiri tidak baik. Da Yu pun berkata bahawa rakyat jelata menjadikan mendiang Maharaja Yao dan Shun sebagai teladan mereka. Tetapi sekarang ini semasa dia yang menjadi pemerintah, rakyat jelata pula bekerja mengikut kepentingan diri sehingga akhirnya mungkin berbuat salah.

Kitab Falsafah Tradisi “Shang Shu” mencatitkan bahawa Da Yu

menginsafi bahawa semuanya kerana kesalahan dia apabila mana-mana satu rakyatnya berbuat salah. Dia rasa bersalah kerana tidak mendidik rakyat dengan baik. Dari sini kita nampak orang suci dan pemerintah dahulu mempengaruhi dan mendidik rakyat jelatanya melalui teladan diri.

Seterusnya ialah kisah tentang “Menarik anak pokok untuk

Page 142: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

132

mempercepatkan pertumbuhan” daripada Kitab tradisi “Meng Zi bab Gong Shun Chou”. Di Negara Song ada seorang yang nampak anak pokok padi lambat tumbuh. Justeru itu dia pun menarik setiap anak pokok padi itu untuk membantu mempercepatkan pertumbuhannya. Kemudiannya dia pun pulang ke rumah kerana keletihan dan sakit badan kerana menarik setiap anak pokok padi. Bila sampai di rumah, dia memberitahu ahli keluarganya tentang sebab dia keletihan. Anaknya pun berlari ke sawah dan mendapati semua anak pokok padi sudah mati.

Oleh kerana tergesa-gesa ingin nampak hasil dengan cepat, jarang yang

tidak menarik anak pokok padi itu. Biasanya ada dua jenis pesawah, jenis pertama ialah golongan yang membiarkan sahaja sawah itu selepas ditanam, akibatnya rumput-rampai tumbuh dengan banyak. Jenis kedua ialah mereka yang ingin nampak hasil dengan cepat dan menarik anak pokok itu sehingga menyebabkan pokok-pokok itu mati. Karya ini mengingatkan kita yang berperanan sebagai ibu bapa, guru atau pemimpin, jarang ada yang tidak menarik anak pokok itu. Kita harus insaf sama ada anak kita sudah menjadi lain macam selepas “ditarik” oleh kita? Cuba kalian perhatikan anak zaman sekarang, berapa orang yang sangat gembira dan tidak bermasalah dalam jiwanya, berketawa riang dan begitu suci dan naif. Ada anak-anak bersifat macam itu? Didapati mereka sudah bernafsu banyak. Salah satu fenomena ialah bermasalah dalam berkomunikasi dengan ibu bapa, kerana ibu bapa mempunyai permintaan yang banyak sehingga mereka sangat menderita, sehingga sukar hendak bernafas. Inilah keadaannya menarik anak pokok untuk mempercepatkan pertumbuhannya.

Apabila seseorang ibu bapa mempunyai permintaan daripada anak, maka lahirlah nafsu ibu bapa yang menginginkan markah tinggi semasa peperiksaan dan macam-macam lagi. Berkembangnya nafsu ini akan mengkaburi kebijaksanaan ibu bapa sehingga gagal merasai keadaan jiwa anak kerana terlalu asyik meminta anak mencapai matlamatnya.

Page 143: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

133

Akibatnya komunikasi antara anak dengan ibu bapa semakin buruk keadaannya. Ramai mengadu mengapa anaknya tidak dengar cakap. Bukan semalam dengar cakap hari ini tidak mendengari cakap ibu bapa. Logiknya bukan macam ini, sebaliknya makin hari makin tidak memahami sesama diri dan masing-masing semakin berjauhan. Jadi apakah maknanya markah peperiksaan yang dipandang berat yang akhirnya mengakibatkan anak beranak saling tidak boleh berkomunikasi.

Semenjak kecil hingga sekarang, saya berpendapat ibu bapa saya

paling memahami saya, jadi saya tidak pernah mempunyai masalah seperti dalam novel “The Sorrows of Young Werther” (German: Die Leiden des jungen Werthers). Malahan saya rasa diri orang yang paling bahagia. Apabila keputusan kurang memuaskan, bapa sangat memahami saya sambil memberi galakan. Ibu bapa saya memberi teladan dengan memupuk tabiat yang terbaik iaitu minat membaca kepada saya.

Kita tidak harus sekadar memuji anak tetapi diri sendiri tidak

menunjukkan teladan untuknya. Jadi, saya tidak menghadapi sebarang masalah berkomunikasi dengan ibu bapa saya. Saya tidak lena tidur jika tidak berkongsi masalah yang tersimpan dalam hati, biarpun dihukum oleh guru ataupun berbuat salah, semuanya saya mengaku salah pada ibu. Malahan bagi sesetengah orang berpendapat sesuatu yang tidak baik, misalnya semasa persekolahan menengah rendah, kebanyakan orang berpendapat permainan snooker tidak baik, sebenarnya permainan snooker tiada keburukannya, cuma tempat permainan tersebut terlalu hingar bingar.

Masa itu saya memang teringin hendak pergi malahan sudah

memberitahu ibu saya. Ibu juga sudah membenarkan saya ke sana. Saya tidak akan mencuri-curi buat sesuatu yang dilarang oleh ibu saya. Dari dahulu hingga sekarang, memang tiada rahsia antara kami. Ibu membenarkan saya ke sana bermakna beliau mempercayai saya dan tidak akan berkawan dengan mereka yang kurang baik. Kemudian saya tidak

Page 144: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

134

pergi ke sana lagi setelah mengetahui orang yang mengunjungi tempat itu terlalu hingar bingar.

Semua orang tergesa-gesa hendak nampak hasilnya dalam

perhubungan dengan anak tetapi cara begini akan mendatangkan kesan negatifnya. Sepatutnya kita harus membiarkan setiap anak membesar dengan baik berlandaskan ciri-ciri semulajadinya. Ada sebuah keluarga yang mempunyai lima orang anak dan kelima-limanya berijazah kedoktoran. Maka ramai orang berpendapat ibu bapa mereka sangat pandai mendidik. Pada hakikatnya, adakah kesemua anak ini mempunyai sifat yang sama? Berapa ramai orang adik-beradik yang anda pernah jumpa mempunyai karaktor yang sama? Biarpun anak kembar, masing-masing mempunyai perangai yang berlainan, betul tak? Jadi, bagaimana boleh beberapa orang yang berlainan karaktor boleh dihasilkan seperti pembuatan produk melalui mesin? Kita harus memberi peluang kepada anak yang berlainan karaktor menyerlahkan sifat unik mereka. Kemudian mereka boleh merealisasikan nilai kehidupannya dengan gembira, barulah ini dikatakan sebagai arif mendidik anak!

Kami tiga beradik dalam keluarga, semuanya menjawat tugas sebagai

kakitangan kerajaan. Kak Ngah saya lulusan maktab perguruan dan selepas beberapa tahun mengajar kelas menengah rendah, beliau memberitahu ayah bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran. Oleh kerana Kak Ngah saya menerima pembiayaan kerajaan semasa pengajian di maktab perguruan, sejumlah besar ganti rugi terpaksa dibayar kepada kerajaan untuk pembiayaan pengajian selama 4 tahun berkenaan. Tetapi ayah pula menjawab dengan segera, “Bagus, anda teringin sambung pelajaran, teruskan.”

Atas pemahaman ayah tentang hasrat anak untuk terus melanjutkan

pelajaran dan tanpa bercakap banyak, ganti rugi dibayar tanpa berfikir panjang. Ayah juga tidak bimbang jika anaknya gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian kelak sedangkan pekerjaan mengajar pada masa

Page 145: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

135

itu agak baik juga. Ayah langsung tidak rasa khuatir. Justeru, Kak Ngah pun meletak jawatan dan mengambil Ijazah Kedoktoran Psikologi Matematik. Sekarang ini beliau kembali mengajar di sekolah lamanya. Sebenarnya, jikalau kita sudah faham tentang kebenaran kehidupan, kita tidak akan terlalu bimbang kerana jika itu rezeki anda, ia pasti datang kepada anda, jangan risau.

Kemudiannya Kak Long saya juga menjawat sebagai kakitangan

kerajaan yang bertugas di pejabat kerajaan di Taipei. Selepas berumah tangga, beliau bercita-cita menjadi seorang ibu yang baik, lalu beliau meletak jawatan selepas berbadan dua. Kedua ibu bapa saya sangat menghormati keputusan Kak Long, kini beliau seorang suri rumahtangga sepenuh masa.

Saya pernah mengajar di sekolah rendah untuk beberapa tahun. Saya

berpendapat pendidikan harus mempunyai pendidikan Falsafah Tradisi yang terdiri daripada pendidikan akhlak dan etika. Saya pun memberitahu ayah bahawa asas saya kurang baik dan perlu melanjutkan pelajaran. Kemudiannya saya pun meletak jawatan dan ayah saya langsung tidak merungut. Tanpa ibu bapa yang sedemikian, saya pasti tidak boleh mengecapi pencapaian hari ini. Jikalau ibu bapa yang bersifat suka mengongkong dan semua yang dibuat mesti mengikut kehendak mereka, nescaya saya mungkin membuat kerja yang bertentangan dengan sifat diri sendiri.

Andai kata ayah saya menjawab, “Awak tidak boleh meletakkan

jawatan, putuslah hubungan kita anak-beranak kalau awak letak jawatan.” Sudah pasti saya tidak berani mengingkari kata ayah tetapi adakah saya akan gembira pada masa yang akan datang? Tidak. Dalam keluarga kami, setiap anak mempunyai kesedaran dan kefahaman yang sangat baik tentang kehidupan, ibu bapa sangat menyokong kami.

Baguskah kakak saya berhasrat menjadi seorang ibu yang baik? Yang

Page 146: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

136

mana satukah lebih penting antara ibu yang baik dengan pendapatan sebagai pegawai kerajaan? Apa yang lebih penting harus dipertimbangkan dan didahulukan sepanjang kehidupan kita. Paling tidak apabila anak selesema, selepas dua atau tiga hari berhingus, selesema itu akan sendiri baik dan tidak perlu pergi jumpa doktor, mengapa? Sebab sejak kecil dipelihara ibu sendiri dan ibu yang menyusukannya, maka kekuatan badannya lebih baik daripada yang lain. Dari segi ini, entah berapa banyak kos perubatan yang dijimatkan.

Orang sekarang nampak sangat pandai mengira, tetapi tidak pada

hakikatnya, mengapa? Apakah yang mereka nampak? Yang depan mata sahaja. Mereka tidak nampak kesihatan kerohanian anak sepanjang hayat, tidak nampak kemampuan belajar terbentuk daripada meneman, ia tidak terbentuk melalui kelas tuisyen yang dibayar. Apabila badan fizikal, personaliti dan akhlak sudah rosak, ia tidak boleh diganti biar betapa banyak wang ringgit yang ada.

Apakah itu kebijaksanaan? Boleh membezakan kepentingan sesuatu

perkara dan mana yang harus didahulukan, apa yang harus diawalkan dan dikemudiankan. Apakah itu asas seorang manusia? Apabila seseorang sangat jelas tentang apa yang mesti didahulukan dan apa yang dikemudiankan, inilah yang dikatakan orang yang bijaksana. Namun begitu, orang sekarang tidak boleh membezakannya, setiap hari sibuk dengan perkara yang kurang penting dan masa dibazirkan begitu sahaja, apabila sudah bermasalah memang sukar hendak menyelesaikannya.

Sesetengah orang langsung tidak mendisplinkan anak mereka, anak

itu diberi kebebasan, langsung tidak dikawal, dengan andaian membolehkan mereka lebih ceria dan aktif. Ia umpama sawah padi yang tidak dijaga dan dibiarkan tumbuh dengan sendiri, akibatnya bersemak dengan rumput-rampai. Anda tidak menemani anak, bagaimana anda boleh mengetahui sejak bila dia sudah terpengaruh dengan nilai pemikiran yang tidak betul? Bagaimana hendak membantu anak dari kesilapan dan

Page 147: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

137

kembali bersifat murni? Oleh itu, ibu bapa dan guru yang ikhlas yang menemani anak boleh

mengetahui anaknya sudah membuat sesuatu yang tidak patut melalui air muka dan renungan matanya, kemudian serta-merta bercakap sepatah dua untuk mendapat tahu isi hatinya. “Ketelitian harus dititikberatkan pada peringkat permulaan setiap perkara.” Mungkin semalam kali pertama dia bercakap bohong. Pada masa ini anda harus perlahan-lahan membimbing dia untuk memberitahu kisah yang sebenar dan kemudian membantu memperbetulkannya. Ramai ibu mengadu mengapa anaknya begitu pandai bercakap bohong? Sebenarnya semua disebabkan anak itu sudah diabaikan. Memang sukar untuk mendapat perubahan baik apabila tabiat buruk itu sudah berakar umbi pada anak.

Yang satu lagi ialah terlalu mengongkong. Cara ini bukan sahaja tidak

membantu malahan memberi kesan buruk pada si anak. Semasa belajar di sekolah rendah, ibu saya juga mengajar di sekolah yang sama. Cuba kalian fikirkan, jikalau anda guru sekolah rendah dan anak sendiri belajar di sekolah anda bertugas, apakah harapan anda terhadap keputusan peperiksaannya? Keputusan peperiksaan saya tidak seberapa, menduduki tempat antara belasan dan dalam lingkungan dua puluh lebih. Tetapi ibu saya langsung tidak pernah memaksa saya kerana keputusan peperiksaan itu. Oleh itu ibu bapa tidak mementingkan air muka, begitu juga kami tidak memandang berat tentang air muka. Sebenarnya, adakah senang kehidupan yang terlalu mementingkan air muka? Tidak pernah hidup senang. Nanti anak kena jaga air muka saya, isteri atau suami mesti menjaga air muka saya. Berapa banyak air muka yang diperlukan? Berlambak air muka itu. Air muka itu air muka “Saya”, dan kesengsaraan itu lahir daripada kerana “Saya”.

Jikalau kita boleh prihatin, kita boleh faham bahawa kualiti dan asas

setiap anak memang berlainan. Misalnya karangan Kak Ngah saya sering dijadikan karangan contoh untuk seluruh sekolah, manakala karangan

Page 148: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

138

saya jenis yang dibuang ke lantai oleh guru saya, begitu jauh perbezaannya! Jikalau ibu bapa saya menilai saya mengikut standard kakak saya, nescaya akibatnya teruk sekali, betul tak? Tidak membuat perbandingan dan tetap mempercayai anak. Ayah saya sering memberitahu saya, “Anda pasti boleh, berusaha lagi”, “Anda mesti menyayangi diri!”, akhirnya potensi itu akan menyerlah secara beransur-ansur di bawah kesayangan dan kepercayaan yang diberikan.

Kita harus tahu bahawa penyerlahan potensi setiap orang berlaku

pada masa yang berlainan, sesetengah berlaku dengan cepat dan ada pula yang lambat. Bak kata pepatah menyatakan “Orang yang berbakat besar mengambil masa untuk matang”. Dalam loghat Hokkien mengibaratkan “Ayam bersaiz besar lambat mengeluarkan bunyi kokoknya” Mengapakah begitu? Oleh kerana saiz badan yang besar, ia memerlukan masa yang lebih panjang untuk tarik nafas.

Sepanjang masa itu keputusan peperiksaan saya kurang memuaskan,

namun ibu bapa dan beberapa orang guru saya sangat yakin terhadap saya, akhirnya melalui dorongan dan galakan mereka, keputusan saya pun meningkat secara beransur-ansur.

Ada satu bait dalam karya “Lun Yu bab Yang Huo” yang menyatakan bahawa apabila seseorang mempunyai kemusykilan tetapi tidak tahu menyoal dengan spesifik, sekiranya kita berinisiatif memberi penerangan kepadanya, kemusykilan itu akan hilang selepas dia faham dan jelas.

Konfusius berkata, “Zhong You, pernahkan anda dengar 6 jenis akhlak dan 6 jenis kelemahan atau kejahatan atau keburukan?” Konfusius mesti sudah dapat memerhatikan kemusykilan pada Zhong You (nama budinya Zhi Lu), malahan Zhi Lu sangat berkeras berpaut pada kemusykilan tersebut. Oleh itu, Konfusius pun sendiri ketengahkan persoalan tersebut. Zhi Lu menjawab, “Tidak pernah dengar.”

Page 149: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

139

Konfusius berkata, “Mari duduk! Saya beritahu anda.”

1. Menyukai kemurahan hati dan akhlak tetapi tidak mempelajari tatasusila, keburukannya ialah menjadi bodoh atau dungu.

2. Menyukai cerdik pandai dan kebijaksanaan tetapi tidak mempelajari tatasusila, keburukannya ialah tingkahlaku menjadi liar.

3. Menyukai sifat amanah tetapi tidak mempelajari tatasusila,

keburukannya ialah mudah diperguna oleh orang lain, ia bukan sahaja membawa kemudaratan kepada orang lain tetapi juga pada diri sendiri.

4. Menyukai sifat lurus dan berterus-terang tetapi tidak mempelajari tatasusila, keburukannya ialah kerana terlalu tergesa-gesa sehingga mencederakan orang lain; Zhi Lu bersifat lurus dan berterus-terang, mungkin Konfusius mempunyai sesuatu yang hendak diperingatkan-nya melalui percakapan ini.

5. Menyukai sifat berani tetapi tidak mempelajari tatasusila,

keburukannya ialah akan membawa masalah; Zhi Lu bersifat gagah, jikalau dia tidak faham tentang prinsip perhubungan antara pemerintahan atau pemimpin dengan orang bawahan, maka dia mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan kewajipan moral.

6. Menyukai sifat gagah dan tegas tetapi tidak mempelajari tatasusila,

keburukannya ialah berani bertindak melulu. Semua di atas kita bincang tentang apabila murid menghadapi

kebuntuan dalam pembelajaran tetapi tidak tahu untuk bertanya, guru sendiri mengambil inisiatif memberitahunya. Selepas memberi penerangan

Page 150: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

140

tetapi murid masih tidak faham. Ini bermakna dia masih belum mencapai tahap kesedaran tersebut, sementara waktu jangan terlalu memaksanya sebaliknya cuba membuat pemerhatian terhadap pelajar tersebut. Selepas dia berjaya mengecapi tahap kesedaran yang diperlukan sedikit demi sedikit, barulah berbincang dengannya lagi.

Rata-ratanya ibu bapa dan guru kita serta para pendidik kekurangan

kesabaran, mereka bersifat “Hari ini dia mesti faham percakapan saya.”, masa ini nafsu mengongkong sangat tinggi. Berkeras hendak buat walaupun ketika itu tidak bersesuaian, akibatnya hasil yang diperolehi lain daripada yang diharapkan. Janganlah terlalu tergesa-gesa terhadap perkara duniawi ini, sifat sebegini tidak mendatangkan hasil sebagaimana yang diinginkan. Sama seperti apa yang diajar oleh alam semulajadi pada kita, buah atas pokok mesti tunggu sampai masak baru boleh dipetik, baru sedap dimakan. Jikalau dipetik sebelum masak, buah itu sangat masam dan tidak sedap dimakan.

Semasa guru menjawab soalan murid, sememangnya harus dengan

bijaksana. Melihat perkara berkenaan dengan jelas malahan mendalam, baru boleh membimbing murid nampak sesuatu kebenaran. Zhi Lu bertanyakan Konfusius bagaimana hendak mentabdir sesebuah negara? Konfusius menjawab, “Seseorang pemimpin harus boleh menghormati orang yang berakhlak dan bersifat murni dan menggunakan mereka, sementara itu berjauhan dengan orang yang berkeperibadian buruk, jangan mengguna orang yang bersifat khianat.”

Zhi Lu bertanya lagi, “Pada Zaman Chun Qiu, Fan dan Zhong Xing di

Negara Jin sangat menghormati mereka yang berakhlak tinggi dan berjauhan daripada orang yang bersifat khianat, mengapakah negara mereka musnah juga?” Zhi Lu sangat berusaha, jika tidak beliau tidak akan menyuarakan pertanyaan ini. Konfusius menjawab, “Mereka hanya berpura-pura sahaja, walaupun mereka menghormati orang berakhlak tinggi, tetapi tidak menggunakan mereka.”

Page 151: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

141

Mereka bukan benar-benar menghormati dan mengkagumi orang berakhlak tinggi, mereka hanya menyukai kemasyhuran nama yang diperolehi kerana “menghormati orang berakhlak tinggi”. Semasa Konfusius di Negara Wei, maharaja Wei Ling Gong juga seorang yang menyukai kemasyhuran nama yang diperolehi kerana menghormati orang yang berakhlak tinggi. Semasa Wei Ling Gong keluar bersama Konfusius, Wei Ling Gong bersama isterinya duduk di hadapan kereta kuda dan membiarkan Konfusius duduk di belakang, mana sifatnya yang menghormati orang berakhlak tinggi? Ini dikatakan nafsu jauh lebih penting dan akhlak tidak mungkin meningkat lagi. Patutlah Konfusius mengeluh dan berkata bahawa “Saya tidak pernah nampak orang yang menyukai akhlak dan moral seperti mana dia menyukai kecantikan wanita.”

Pada zahirnya menolak orang yang bersifat khianat tetapi tidak menghalau mereka, malahan sering bersuka-ria bersama mereka. Apabila orang berakhlak tinggi tiba di negara mereka dengan harapan pelaksanaan pemerintahan penuh keprihatinan, tetapi selepas pergaulan beberapa ketika baru menyedari bahawa semuanya sekadar nama baik sahaja, indah khabar dari rupa, baru sedar bahawa pemerintah negara itu sebenarnya hipokrit. Mereka yang tidak berakhlak sedar bahawa mereka tidak dihormati oleh pemerintah negara dan juga tidak akan diguna oleh pemerintah, apabila orang yang bersifat khianat ini menyedari dia tidak akan dipandang tinggi dan tidak diguna, mereka akan mendekati orang yang berkuasa dan mencari peluang untuk memberontak.

Seterusnya saya berkongsikan cerita tentang maharaja Qi Huan Gong yang berbincang tentang calon Perdana Menteri semasa Guan Zhong terlantar sakit di atas katil.

Semasa Guan Zhong hendak nazak, Qi Huan Gong bertanyakan

pendapat daripada Guan Zhong tentang calon yang sesuai untuk menjadi

Page 152: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

142

perdana menteri. Qi Huan Gong menamakan tiga orang calon, iaitu Yi Ya, Shu Diao dan Kai Fang dan bertanya sama ada mereka bertiga boleh menyandang tanggungjawab tersebut. Yi Ya seorang tukang masak. Dia bertanya Qi Huan Gong, “Pernahkah anda makan daging bayi?” Qi Huan Gong menjawab, “Tidak pernah.” Selepas anak Yi Ya dilahirkan, dia pun masak anak sendiri untuk dihidangkan kepada Qi Huan Gong. Qi Huan Gong bertanya, “Bolehkah orang macam ini menjadi perdana menteri?” Qi Huan Gong ini masih belum sedar bahawa dia sudah ditipu oleh keadaan luaran. Guan Zhong memberitahunya, “Anak sendiri pun dia tidak sayangi, bolehkah dia menyayangi anda?” Orang yang melanggar etika, “Orang yang tidak menyayangi ibu bapa serta ahli keluarga sendiri tetapi menyayangi orang lain, ini disifatkan sebagai kelakuan yang tidak bermoral.”

Kemudiannya Qi Huan Gong berkata lagi, “Shu Diao demi masuk

sahaja ke dalam istana untuk menemani saya, dia sanggup mengasi dirinya untuk menjadi sida, dia taat kepada saya?” Guan Zhong menjawab, “Benda yang paling disayangi oleh seseorang ialah badannya, jika dia sanggup mengorbankan badannya pasti ada muslihat yang lebih besar, jadi ini juga sesuatu yang pelik. ”

“Kai Fang seorang putera sebuah negara, dia datang menemani beta,

dia tidak pulang untuk pengebumian ibu bapanya yang meninggal dunia. Orang ini cukup taat kepada saya?” Guan Zhong berkata, “Dia tidak menyayangi ibu bapa sendiri, bagaimana dia boleh menyayangi anda? Dia putera sebuah negara kecil, manakala negara Qi pula sebuah negara besar, matlamatnya ialah takhta negara besar.

Melalui cerita-cerita tersebut, kita harus mempelajari hikmah di

sebalik cerita itu. Bolehkah gadis yang ingin mencari pasangan hidup mendapat inspirasi melalui cerita tersebut? Boleh. Terlebih dahulu perhatikan sama ada lelaki itu mentaati ibu bapanya atau tidak. Jikalau dia bertemankan anda bersuka-ria sehingga larut malam pada setiap hari dan

Page 153: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

143

anda pun berkata dia sangat mencintai anda, itu kebodohan namanya! “Jasad tubuh dan setiap helai rambut yang kita miliki diberi oleh ibu bapa, tidak berani merosakkannya mahupun mencederakannya, dari sini bermulanya menyayangi dan mentaati ibu bapa.”

Yi Ya membunuh anak untuk disumbangkan kepada pemerintah,

apakah tujuannya sehingga sanggup mengorbankan anak? Kekuasaan. Cuba kalian renung-renungkan, adakah orang sekarang sanggup mengorbankan generasi barunya demi merebut nama dan kekayaan, membuat lebih banyak keuntungan? Demi kemasyhuran dan kekayaan, Shu Diao membinasakan badannya, ibu bapa bimbang terhadapnya. Semua ini merupakan perbuatan merosakkan badan sendiri sehingga ibu bapa dalam kebimbangan dan ketakutan. Kai Fang pula tidak mempedulikan ibu bapanya demi mengejar kemasyhuran dan kekayaan. Fenomena begini banyak berlaku dalam masyarakat zaman sekarang. Banyak tempat di mana orang tua tidak diambil peduli, kehidupan mereka serba kekurangan sementara anak mereka hidup di kota dengan memiliki beberapa unit rumah.

Mengapakah Qi Huan Gong gagal membuat penilaian? Ini satu

perkara yang penting. Kitab “Da Xue” menyatakan bahawa “Apabila hati tidak betul, penilaian menjadi tidak jelas.” Mengapa? Dia sangat suka makan, suka berseronok atau bermain, suka mendengar kata-kata yang sedap didengar. “Hanya baginda seorang dalam hati patik.” Dia suka dengar kata-kata seperti ini.

Akibatnya nafsu itu sudah mengaburi kebijaksanaannya. Selepas

kematian Guan Zhong, Qi Huan Gong sudah tidak boleh tahan lagi, teringin makan dan berseronok serta bermain sahaja, maka ketiga-tiga orang tersebut dibawa semula ke sisinya. Mereka bertiga pun mula merancang untuk merebut kuasa dan memberontak. Akibatnya kematian Qi Huan Gong hanya dikesan orang selepas dia sudah mati 67 hari. Pada masa itu mayatnya sudah reput dan ulat-ulat mayat menjalar ke luar istana.

Page 154: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

144

Justeru, bagi sesebuah negara, seseorang pemimpin, perkara terpenting ialah orang yang digunakan dalam pemerintahan. Negara akan membangun dengan baik jikalau calon yang berwibawa diamanahkan. Jikalau salah pilih pegawai atau kakitangan akan mengakibatkan negara cepat musnah. Oleh yang demikian, analisa daripada Konfusius menerangkan bahawa orang yang berakhlak tinggi tidak puas hati terhadap pemerintah yang salah pilih kakitangan, mereka yang tidak beretika pula mencari peluang untuk bertindak jahat terhadapnya dengan secepat mungkin, lantaran itu tidak mungkin negaranya tidak boleh dimusnahkan dari dalam.

Sekarang lihat bagaimana seorang pendidik membimbing muridnya, membantu membentuk ilmu asas yang kukuh. Pengukuhan asas sangat mustahak sekali. Kata orang jikalau sebuah rumah hendak bertahan lama, ia bergantung kepada kekukuhan asas yang dipacakkan. Kekukuhan akar pokok pula akan menentukan pertumbuhan pokok. Justeru, asas yang ditanamkan merupakan kekuncinya.

Seorang tukang emas yang berpengalaman akan memberi anak

muridnya belajar membuat baju kulit terlebih dahulu. Ini disebabkan semasa membuat baju kulit, pertama sekali dia harus biasa dengan sifat api kerana dia perlu menggunakan pemanggang kulit.

Sementara itu api bersuhu tinggi diperlukan semasa melebur emas,

justeru kemahiran yang sangat tinggi diperlukan. Jadi untuk membuat perkara dengan tahap kesukaran yang sangat tinggi ini, dia harus mempunyai kemahiran asasnya. Memang tidak mudah jika sejak peringkat permulaan lagi terus mengajar seorang budak mempelajari kemahiran yang begitu berbahaya dengan tahap kesukaran yang tinggi. Maka terlebih dahulu dia diajar membuat baju kulit bagi tujuan lebih mengenali sifat api, kemudiannya dia boleh menggunapakai kemahiran tersebut untuk melebur emas pada masa hadapan kelak.

Page 155: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

145

Kesabaran dan ketelitian sangat diperlukan semasa membuat baju kulit dengan mencantumkan beberapa kepingan kulit dari sekeping ke sekeping. Begitu juga kerja melebur emas juga amat memerlukan kemahiran tersebut, barulah boleh menghasilkan perkakas yang berkualiti.

Tukang yang mahir membuat panah dan anak panah apabila

mengajar anak murid mempelajari kemahiran, terlebih dahulu akan mengajarnya membuat penadah sampah. Penadah sampah ini diperbuat daripada kepingan buluh yang lebih lembut. Panah dan anak panah diperbuat daripada kayu, jadi tahap kesukaran pembuatannya jauh lebih tinggi.

Selepas dia belajar membuat penadah sampah, dia menjadi semakin

sensitif kepada kelembutan tenaga. Dengan adanya kemahiran asas ini, barulah boleh belajar membuat panah dan anak panah yang lebih sukar pembuatannya.

Bagi kuda yang pertama kali membawa kereta, biarkan ia mengikut

di belakang kereta, barulah ia boleh beransur-ansur mahir dengan tahap kelajuan keseluruhan. Arif dengan cara kuda-kuda lama yang berpengalaman membawa kereta. Selepas ia semakin mahir barulah ia dibenarkan membawa kereta di hadapan dan barulah senang untuk dipimpin. Semua proses ini semata-mata untuk memupuk kemahiran mengikut urutan, jangan menggunakan cara pintas untuk mempercepatkan pencapaian.

Selepas pelajar memahami bahawa ketiga-tiga contoh tersebut mengajarnya tentang kepentingan kemahiran asas, kemajuan mengikut urutan dan kerajinan berlatih atau mengulangkaji, maka bertambahlah kesungguhannya belajar dengan matlamat jitu.

Dalam proses mengejar ilmu, sebenarnya tidak ramai mencapai

Page 156: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

146

peningkatan. Memang belajar dengan bersungguh-sungguh, tetapi beberapa tahun kemudian terasa pembelajaran itu tidak boleh diteruskan lagi kerana kerunsingan tidak berkurang dan kegembiraan tidak bertambah. Bukan hanya mereka yang mengejar kebijaksanaan berhadapan dengan masalah tersebut, pembelajaran segala kemahiran kesenian, kaligrafi, Sitar (Guqin), pembelajaran semua kemahiran yang boleh memupuk ketenangan kerohanian juga akan menemui kebuntuan. Ini kerana kemahiran asas yang diperolehi tidak kukuh dan diri sendiri pula tidak mengetahui akan kekurangan ini dan berkeras hendak meneruskan ke tahap yang lebih tinggi.

Umpama pokok berakar tetapi tidak mencengkam kukuh ke dalam

tanah, semakin tumbuh tinggi, apabila ditiup angin maka pokok itu terus tumbang dengan akar-akarnya sekali akan tercabut. Janganlah berlagak hebat, janganlah cuba menipu diri. Hadapi dengan jujur sama ada kemahiran asas diri itu kukuh atau sebaliknya dan berusaha bersungguh-sungguh. Kita lihat semasa pembinaan rumah, asas rumah itu ditanam dengan lama dan mendalam. Apabila asas itu sudah kukuh ditanam, maka rumah itu boleh dibina dengan cepat. Jangan tergesa-gesa, biar rentaknya stabil bagi pengukuhan kemahiran asas.

Ramai penuntut yang belajar kemahiran kesenian. Dia sangat gembira

menerima tepukan orang selepas persembahannya, tetapi gagal melangkau ke hadapan. Pada masa inilah kita harus memberi cadangan agar dia kembali ke peringkat asas bagi meningkatkan kemahiran. Misalnya bagi mereka yang menyanyi, adakah dia sudi menerima nasihat anda untuk belajar semula dari peringkat paling asas. Memang benar bahawa apabila seseorang itu perasan dirinya sudah cukup baik, dia tidak akan menundukkan diri. Hanya yang sudi merendah diri mampu melangkaui halangan dengan kemajuan baru.

Orang yang ikhlas dan benar-benar menyayangi kita ialah mereka

yang sudi memberitahu kita di mana masalah asas kita. Mereka tidak

Page 157: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

147

melayan kita dengan kata-kata manis sahaja. Xun Zi menyatakan bahawa “Orang yang memberitahu tentang

kelemahan dan tabiat buruk saya dengan tepat merupakan guru baik saya, mereka yang memberi keyakinan dan galakan dengan bersesuaian merupakan rakan sehaluan dengan saya, saya serba kekurangan tetapi jika diampu dan dipuji berlebih-lebihan dia merupakan orang yang membinasakan saya. Ia mengakibatkan saya tidak mengenali diri, sehingga tidak boleh memperbaiki diri dan maju, malahan perasaan hanya diri sendiri yang cukup baik.” Mengukuhkan asas pengetahuan adalah untuk membuang tabiat buruk yang terdiri daripada sifat tamak, panas baran, jahil, angkuh dan sangsi, syak wasangka serta curiga. Dalam mengikis tabiat buruk tersebut ada satu proses, dan dalam proses ini mempunyai satu sikap belajar yang sangat penting. Iaitu kefahaman tentang ilmu yang dipelajari sepadan dengan perbuatan serta sifat semasa ilmu itu digunapakai. Kefahaman tentang kebenaran itu diaplikasikan dalam kehidupan, pekerjaan dan pergaulan dengan orang lain, di samping itu menginsafi kekurangan diri dan memperbetulkannya. Semasa bersama ahli keluarga dan pergaulan dengan kawan, apabila menyedari tabiat buruk yang masih wujud, berani membuangnya, barulah kemahiran atau ilmu asas boleh diperkukuhkan. Janganlah bersifat lembut terhadap tabiat buruk diri, manakala lebih bersifat murah hati terhadap orang lain. Apabila menyedari akan masalah diri semasa pergaulan dengan orang ramai, mereka semuanya merupakan guru kita, dengan bersikap begini barulah ilmu dan kemahiran asas boleh dipelajari dengan kukuh. “Ikutilah tabiat orang yang selalu membuat kebajikan. Walaupun kita masih jauh ketinggalan, kalau bertekun mencuba, kita akan sampai ke tahap itu juga.” “Ambil iktibar daripada kesalahan orang lain, sekiranya kita telah membuat kesalahan yang sama, insaflah. Jika tidak, berhati-

Page 158: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

148

hatilah supaya kita tidak sama terjerumus.”

Di sini kita juga membincangkan bahawa budiman menyedari tentang ketiga-tiga fakta tersebut. Pendidikan anak harus mengikut urutan, memberi kemahiran dan ilmu asas yang kukuh. Maka dirinya boleh belajar dengan baik dan seterusnya membimbing murid belajar dengan baik juga. Dengan matlamat dan cita-cita yang ditetapkan, tidak kira dalam pembelajaran sendiri ataupun mendidik orang lain, kedua-duanya boleh dibuat secara berkesan. Pepatah menyatakan bahawa “Pemimpin yang hebat dan berkaliber tidak kurang hebat orang bawahannya.” “Bagaimana sifat seseorang pemimpin begitulah sifat orang bawahannya.”

Sekiranya seseorang pemimpin itu berjiwa berkhidmat untuk

masyarakat, kita yang menjadi orang bawahannya pasti mempunyai bentuk pengalaman yang berlainan. Jikalau pemimpin itu seorang yang kedekut, orang bawahannya mungkin terikut-ikut dengan tabiatnya yang tidak baik itu.

Dari catatan sejarah, para siswa zaman kuno pandai membuat perbandingan, persamaan dan perbedaan pada benda ataupun perkara. Kemudiannya mendapat kefahaman secara analogi berlandaskan perbandingan tersebut. Bunyi gendang tidak dikategorikan dalam lima nada yang terdiri daripada “do, re, mi, so, la”, sekiranya tanpa gabungan bunyi gendang dalam lima nada, ia seolah-olah kekurangan sesuatu. Dengan adanya gendang, bertambah menyerlahlah keharmonian muzik secara keseluruhannya.

Warna air bukan dalam kategori lima warna yang terdiri daripada

hijau, kuning, merah, hitam, putih. Namun begitu, jikalau tanpa gabungan air semasa melukis, lukisan itu kurang menyerlah dan warna menjadi kurang menarik.

Page 159: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

149

Siswa tidak termasuk dalam kategori lima jawatan pegawai kerajaan yang terdiri daripada “Si Tu”(Pegawai bahagian pendidikan), “Si Ma”(Pegawai bahagian ketenteraan), “Si Kong” (Pegawai bahagian kejuruteraan) “Si Shi”(Pegawai bahagian penyeliaan), “Shi Kou”(Pegawai bahagian kehakiman). Namun begitu, jikalau tanpa pembelajaran, akhlak dan kemampuan pegawai-pegawai tersebut tidak akan terbentuk.

Tanpa didikan dan bimbingan guru, orang tidak akan tahu etika yang

menyebabkan pertalian perhubungan dalam masyarakat menjadi renggang. Kita boleh perhatikan bahawa oleh kerana kekurangan pendidikan moral dan etika pada zaman sekarang, perhubungan adik-beradik tidak erat, malahan ada yang bermusuhan. Walaupun ibu bapa sakit tenat, mereka langsung tidak mengambil kisah. Beginilah fenomenanya akibat kekurangan pendidikan.

Sebenarnya guru termasuk dalam kategori “Zhan Cui”. Apabila ibu

bapa orang zaman kuno meninggal dunia, tempoh berkabung selama 3 tahun. Manakala mereka akan berkabung dalam hati selama 3 tahun apabila guru meninggal dunia. Semasa Konfusius meninggal dunia, anak-anak muridnya berkabung dengan menjaga di tepi tanah perkuburan beliau selama 3 tahun. Zi Gong oleh kerana bertugas di luar dan tidak kesempatan menghadiri upacara pengebumian Konfusius, beliau amat menyesal dan berkabung 6 tahun selepas tiba di sana. Semasa Zi Gong bergegas pulang untuk upacara pengebumian gurunya, dahan pokok yang dibawanya pun dipacak ke tanah dan sambil itu beliau menangis kesedihan sehingga air mata menitis pada dahan tersebut, akibatnya dahan itu bercambah dan tumbuh besar menjadi sepohon pokok .

Jikalau anda semua pergi ke persemadian Konfusius, anda boleh

nampak pokok tersebut. Perenggan ini juga menyerlahkan pendidikan guru yang mengajar kita tahu akan kepentingan moral dan etika. Tahu bagaimana hendak menjadi orang, barulah tidak berlaku kerenggangan

Page 160: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

150

perhubungan sesama ahli keluarga.

Akhirnya, budiman yang luhur adalah, “Seseorang yang berakhlak tinggi dan mulia, berkaliber dan berkemampuan yang dikagumi. Kerana dia tahu bertolak-ansur, taat-setia, amanah dan mempunyai daya kefahaman yang tinggi. Ini membolehkan orang itu cepat menguasai ilmu yang dipelajari, maka potensinya menyerlah sedikit demi sedikit. Berlandaskan kefahaman melalui analogi, kemampuannya tidak terbatas pada satu-satu jawatan sahaja, biarpun tidak diberi sebarang jawatan, beliau tetap boleh memberi pengaruh besar kepada seluruh masyarakat. Konfusius merupakan contoh yang terbaik. Konfusius tidak mempunyai sebarang jawatan dalam birokrasi kerajaan, dan dalam Buku “Shi Ji” (Records of the Grand Historian atau Rekod-rekod Sejarah Agung) hasil karya Encik Sima Qian, beliau telah menyenaraikan Konfusius dalam keluarga raja yang terdiri daripada bangsawan, raja-raja, maharaja, pemerintah negara. Ini satu pengesahan terhadap akhlak dan pengaruh Konfusius. Pengaruh tersebut tidak hanya terbatas pada orang zaman berkenaan, tetapi berkurun-kurun lamanya sehingga hari ini.

Ada sebuah sajak yang merakamkan bahawa “Dalam sejarah beribu tahun dahulu merekodkan peristiwa-peristiwa yang menggemparkan pada ketika itu. Beribu-ribu nyawa terkorban dan tercedera dalam peperangan dan pertempuran, tetapi dengan beberapa bait ayat dicatatkan atas beberapa keping kertas sahaja sudah habis mengisahkan peristiwa luar biasa ketika itu”.

Semua pahlawan dan satria yang gagah bertempur di medan

peperangan pada suatu ketika, mereka pernah disanjungi dan disegani tetapi akhirnya semua sudah mati. Ratusan maharaja yang menguasai pemerintahan pada masa itu, berapa orang maharaja yang anda semua mengetahui tentang mereka? Semua sudah berada di tanah pusara. Lebih-

Page 161: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

151

lebih lagi bagi sesetengah orang apabila sudah berkuasa, mereka menjadi tidak terkawal dan banyak membuat dosa. Walaupun mempunyai kuasa besar tetapi tiada kebijaksanaan dan tidak berakhlak. Dosa yang dibuat semua dosa besar yang sukar ditebus.

Pada zaman sekarang, masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan

pemimpin ialah “Orang ini agak jujur tetapi kurang berkeupayaan; Orang ini amat berkaliber dan berbakat, dia boleh meringankan beban jika diambil untuk membantu saya, tetapi anda serba tidak tahu apa yang dia fikir dalam hati.” Rakan-rakan sekalian, mana satukah calon yang baik? “Cai De Lun”(Prinsip Bakat dan Akhlak), sebuah karya Sima Guang yang menyatakan bahawa apabila bakat seseorang jauh lebih baik daripada akhlaknya, maka orang ini keji orangnya. Apabila akhlak jauh lebih tinggi daripada bakatnya, maka orang ini budiman yang luhur.” Anda semua cuba perhatikan bahawa banyak korporat besar di dunia ini sudah dimusnahkan oleh siswa lepasan universiti-universiti tersohor.

Mereka ini sangat cerdik dan berbakat. Oleh itu terus dipilih sebagai

pekerja oleh pemimpin korporat yang menyukai bakat mereka. Selepas itu langsung tidak tahu apa yang mereka buat sehingga syarikat atau korporat itu jatuh bankrap kerananya. Jadi, gunakanlah pekerja yang selamat biarpun kurang pandai sedikit tetapi kebijaksanaannya akan terbuka suatu hari nanti sebab pekerja begini mempunyai asas akhlak yang baik dan sesuai dibimbing dan dilatih.

Kebenaran yang agung tidak terbatas pada sesuatu tempat sahaja.

Mari kita lihat “Xiao” (Mentaati ibu bapa), “Ti” (Jalinan persaudaraan adik-beradik), “Zhong” (Kesetiaan), ”Xin” (Amanah) , “Li” (Tata-susila), “Yi” (Keadilan atau perkara baik yang patut dilakukan), “Lian” (Bersih), “Chi” (Malu). Semua ini kebenaran yang tepat diaplikasikan di mana jua. Bagi orang yang mengejar kebenaran agung, harus pandai mendapat kefahaman secara analogi. Pandai mengaplikasikan aneka bentuk perkara serta menggunapakai ilmu itu tanpa terkongkong.

Page 162: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

152

Jikalau seseorang guru itu berakhlak tinggi, berilmu tinggi dan pandai mendapat kefahaman melalui analogi berjaya mendidik dan melahirkan murid yang sedemikian sifatnya, maka inilah pahala yang sangat besar daripada guru tersebut. Cuba kita fikirkan bahawa guru yang berjaya mendidik Fan Zhongyan, adakah besar pahala gurunya? Fan Zhongyan, insan yang berjaya dan membimbing penduduk setempat dan memperbaiki masalah dan budaya masyarakat dan negara.

Orang yang bersikap amanah dan jujur tidak semestinya

memerlukan perjanjian kontrak. Sebenarnya, apabila kontrak dikeluarkan bermakna orang sudah tidak amanah dan tidak jujur. Apabila “Akta Perlindungan Kanak-kanak” dilahirkan, apakah maksudnya? Bukan satu perkara yang baik, hanya mereka yang memukul kanak-kanak sewenang-wenang yang melahirkan undang-undang begini. Memukul anak dengan sewenang-wenang adalah untuk melepaskan emosi, perbuatan ini memang tidak patut. Namun, kebiasaannya semasa suatu undang-undang diluluskan, pertimbangan hanya dibuat pada satu pihak sahaja, satu pihak yang lain mungkin terpaksa menanggung kesan buruk yang besar.

Langkah pencegahan sangat penting. Budak sekarang sangat cerdik

dan tahu tentang “Akta Perlindungan Kanak-kanak”. Dia boleh bercakap dengan bapanya, “Kalau awak berani pukul saya, saya akan membuat dakwaan terhadap awak”. Jikalau ini jadinya, cuba tanya bolehkah ibu bapa mengajar anaknya? Di Taiwan, murid tidak boleh dipukul, berpuluh ribu saman mesti dibayar jika terpukul sedikit. Adakah baik perundangan macam ini? Sebenarnya apabila sudah sampai ke tahap tersebut, tidak perlu dibincang lagi baik atau tidak undang-undang tersebut. Sukar untuk dibawa berbincang kerana apabila situasi sudah jauh terpesong dari etika, barulah masalah itu diselesaikan melalui undang-undang.

Pernah sekali kami mengunjung sebuah kampung dan berjumpa

dengan seorang tua. Di rumahnya tersimpan dengan banyak buku-buku lama yang dijilid dengan benang. Semuanya koleksi yang sangat sukar

Page 163: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

153

ditemui dan kami semua selak dengan gembira sekali, sambil itu kami bertanya untuk meminjam bukunya. Oleh kerana gembira bertemu dengan peminat koleksi tersebut, beliau terus bersetuju sambil berpesan agar berhati-hati dengan pusaka keluarganya dan jangan sampai tercicir. Kami juga takut dia bimbang dan memberitahu bahawa kami ingin memberinya resit pinjam. Baru habis bercakap, beliau menjawab dengan mata terbeliak besar, “Apa yang awak cakap tadi? Adakah itu cakap orang?”

Cuba kita lihat perkataan Xin (Amanah), ia merupakan gabungan

perkataan Ren (orang) dan Yan (ucapan/percakapan). Maka, ucapan atau percakapan orang itu ialah satu amanah. Jikalau seseorang tidak amanah pada percakapannya, maka kata-katanya bukan percakapan orang, dia sudah tiada asas menjadi orang.

Tentang amanah ini, Konfusius sudah ketengahkan banyak fakta

penting, antaranya ialah “Apabila seseorang itu tidak amanah, maka tiada tempat untuknya dalam masyarakat kerana tiada orang mempercayai dia.” Tetapi masalah yang serius sekarang ialah melalui ujian psikologi yang diberikan pada kanak-kanak, hasilnya ialah masalah paling serius yang dilaporkan ialah “Ibu bapa tidak berpegang janji pada percakapan mereka.” Sekiranya budak-budak rasa ibu bapanya tidak boleh dipercayai sejak kecil lagi, siapakah yang dia boleh percaya sepanjang hayat ini.

Amanah itu umpama lahirnya kecekalan dalam hati biarpun tidak diluahkan dalam kata-kata. Ada seorang lelaki semasa dia berkawan baik dengan seorang gadis, tetapi malang kemudiannya gadis ini lumpuh akibat kemalangan. Pada masa itu, mereka masing-masing baru berumur awal 20an dan belum berbincang tentang perihal perkahwinan. Lelaki ini menjaga gadis itu setiap hari selepas gadis itu lumpuh.

Semasa musim panas, gadis ini paling menderita terbaring di atas

katil dan memerlu ketulan ais untuk menyejukkan badan. Bongkah ais

Page 164: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

154

ratusan kilogram beratnya dibeli dan semua diangkut pulang oleh lelaki ini dengan mengayuh basikal selama satu jam. Pada musim sejuk dengan suhu di bawah takat beku, beliau berulang-alik dengan berbasikal untuk menghantar arang bagi membakar api memanaskan badan. Berapa lama agaknya dia melakukan semua kerja tersebut. Melebihi 30 tahun.

Ibu bapanya pernah menggesanya berkahwin tetapi dia tidak

mengendahkan. Akhirnya dengan arahan ibu bapa dia terpaksa berkahwin dengan gadis yang lain. Selepas itu, memang tidak mudah bagi isterinya, dia juga bersama-sama menjaga kawan suaminya yang sudah lama lumpuh itu. Inilah perbuatan murni yang membantu suami dalam peningkatkan akhlak. Si isteri ini bukan sahaja tidak terasa dengki, malahan kagum dengan akhlak murni suaminya yang berpegang kepada amanah, si isteri berkata,”Dia boleh melayan gadis itu dengan baik, tidak kurang layanan baik terhadap saya.”

Inilah yang dikatakan sebagai daya penilaian. Kemudiannya anak

mereka turut menjadi anak angkat kepada gadis tersebut. Memang tidak mudah bagi kedua-dua generasi ini yang boleh berpegang teguh kepada amanah dan cekal melakukan perkara yang patut, inilah “Orang yang bersikap amanah dan jujur tidak semestinya memerlukan perjanjian kontrak.”

Siapakah mereka yang dianggap sebagai cendekiawan? Orang yang

sentiasa berjiwa mengutamakan keamanan negara dan dunia. Orang yang ikhlas terhadap ajaran Falsafah Tradisi orang-orang suci. Melalui “Si Shu” (Four Books), “Da Xue”(Great Learning) yang kita baca, cendekiawan dahulu memang berjiwa lapang. Memperingatkan kita bahawa tiada orang yang boleh terlepas daripada bencana yang menimpa di kawasan setempatnya. Mereka insan yang amat pemurah hati dan berjiwa lapang. Beban kemajuan dan kemusnahan negara dipikul sepenuhnya sebagai tanggungjawab sendiri. Ini merupakan satu amanah perkasa.

Page 165: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

155

Amanah ini merupakan satu perjanjian dan satu misi terhadap dunia atau negara dan rakyat jelata. Orang kuno kebanyakannya berjiwa melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya terhadap kerabat dan keluarga sendiri dan membantu mereka dengan sepenuh hati. Pendapatannya seorang digunakan untuk membela ahli keluarga ratusan orang. Misalnya Encik Fan Zhongyan, Yan Ying, tokoh-tokoh suci berakhlak tinggi sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut melalui teladan diri.

Adakah tanggungjawab tersebut dilaksanakan kerana kontrak

perjanjian? Tidak. Semuanya atas prinsip amanah dan tanggungjawab sepatutnya. Amanah merupakan faktor penting untuk pencapaian akhlak tinggi. Mereka yang bersifat amanah, taat-setia dan jujur pasti akan mengotakan janjinya dengan sepenuh jiwa. Orang begini orang yang bermisi, bertanggungjawab dan penyayang.

Langit dan bumi menyemai dan menyuburkan setiap hidupan ini

mengikut keperluan masing-masing. Pada musim bunga, semua hidupan aktif hidup dan pertumbuhan pesat berlaku pada musim panas, musim luruh pula musim menuai dan selepas itu semua hasil akan dikumpul dan disimpan untuk kegunaan musim sejuk.

Bagi mereka yang dapat meneliti hal-hal yang dijelaskan tersebut,

ia amat membantu pada pembelajaran dirinya dan kerja-kerja pengajaran. Jelas sekali, perkara terpenting dalam pembelajaran dan pengajaran seseorang ialah asas akhlak dan moralnya. Kemudian baru berusaha untuk peningkatan ilmu pengetahuan. Untuk pencapaian cita-cita anak, biarkanlah mereka merasai kelainan orang lain dengan dirinya dan kelainan sebab-musabab orang lain. Setelah itu memberi manfaat kepada orang ramai berlandaskan cara yang bersesuaian dan kebijaksanaan yang dimiliki. Justeru, beginilah sifat dan akhlak orang yang mengajar. Maka bakat yang diasah dan dilahirkan sebagai hasil daripada acuannya. Maka, amat besar sekali kebaikan dan manfaat yang diberikan

Page 166: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

156

kepada kerabat serta keluarga dan masyarakatnya. Dari mendiang pemerintah-pemerintah Dinasti Xia, Shang sehingga

Zhou, mereka menghayati keadaan sungai dan lautan. Mengikut adat, sungai diutamakan dahulu dan kemudiannya lautan. Mengapa begitu? Sebab sungai merupakan punca atau sumber lautan, kerana lautan terjadi dengan adanya penggabungan semua aliran sungai.

Bagi seseorang murid yang mengecapi kejayaan, prasyaratnya ialah

dia perlu dapat bimbingan daripada guru. Pelajar yang berkelulusan sarjana tidak semestinya berguru dengan orang yang kelulusan sarjana. Jikalau tanpa didikan dan bimbingan bersungguh-sungguh daripada guru, nescaya tidak lahir seorang anak murid yang hebat lagi berbakat. Selepas semua sungai dipertemukan, di mana tempat perkumpulan air-air sungai itu sebenarnya merujuk kepada lautan. Lautan itu umpama takungan untuk semua aliran air sungai.

Melalui gambaran dan penerangan perenggan di atas, kita boleh

menghayati bahawa nenek moyang kita amat menitikberatkan asas akhlak. Inilah yang dimaksudkan sebagai melaksanakan tanggungjawab asas. Budiman yang luhur melaksanakan tanggungjawab asas.

Sebenarnya dalam setiap perkara dan orang yang kita temui

mempunyai sebab yang tertentu. Kita sentiasa ingat dan memuliakan nenek moyang atas sebab mereka merupakan asal-usul dan akar kita. Inilah tanggungjawab asas yang dilaksanakan. Apakah asas dalam pembelajaran? Apakah asas untuk menjadi seorang guru? Cuba kita imbas kembali. Keseluruhan karya ini, jika dilihat dari sudut pembelajaran, apakah asasnya? Lagi, akhlak dan kemampuan yang macam mana harus dimiliki oleh seseorang guru? Kita yang berkecimpung dalam pendidikan harus keluar mencari asas-asas tersebut.

Page 167: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

157

Keseluruhan karya ini menyentuh tentang penetapan cita-cita. Pelajar dan orang yang mengejar ilmu harus bercita-cita, manakala guru serta pendidik harus mendirikan cita-cita anak muridnya. Dengan adanya cita-cita, barulah jelas dan tepat hala-tuju dan matlamat pembelajaran. Sifat hormat diwajibkan semasa pembelajaran kerana kebaikan dan pencapaian pembelajaran yang diperolehi setimpal dengan sifat hormat yang dicurahkan. Menghormati guru dan pembelajaran, lebih-lebih lagi sifat tanda hormat pemerintah atau maharaja terhadap guru demi untuk membangkitkan sifat hormat kepada guru yang merupakan perkara penting semasa pembelajaran.

Seorang guru yang bagus harus kebijaksana merangsang daya

kefahaman dan kesedaran muridnya. Di samping itu, guru juga harus pandai memberi penjelasan secara metafora. Berlandaskan kefahaman tentang tahap pembelajaran orang sekarang, tanpa penggunaan metafora, mereka sukar merasai maksudnya. Semua ini atas niat dan sifat penyayang guru dan secara automatik cara mudah yang bersesuaian akan digunakan.

Penyayang dan cara mudah yang bersesuaian bukan dua perkara yang

berasingan. Orang yang benar-benar baik hati pasti akan berikhtiar dan mencari cara yang paling berseseuaian untuk mendidik anak-anak muridnya. Ini termasuk “Kepentingan teladan daripada guru” yang ditekankan dalam karya ini. “Orang yang arif mendidik membolehkan orang lain mewarisi cita-citanya.” Teladan diri dan akhlak merupakan perkara terpenting untuk yang arif mendidik.

Seseorang guru juga harus memperakui bahawa perkara terpenting

dalam dunia ialah pendidikan. “Dalam pembangunan negara dan pentadbiran rakyat, pendidikan diutamakan dan didahulukan.” Berlandaskan misi dan keyakinan yang dimiliki, barulah kerja mengajar boleh dilaksanakan dengan sempurna.

Pada hakikatnya, kita boleh nampak bahawa mesej yang disampaikan

Page 168: Kata Alu-Aluan - diziguitc.files.wordpress.com fileSesungguhnya ada empat cara yang boleh menjadikan pendidikan itu berjaya. Dalam masa yang sama ada enam faktor pula yang mengakibatkan

158

dalam setiap perenggan dalam karya ini ialah “melaksanakan perkara atau tanggungjawab asas”. “Pengajar, orang yang memupuk sikap betul dan kebaikan hati murid serta membantu semasa berlaku salah.” Inilah asas pendidikan. “Seorang tukang emas yang berpengalaman akan menyuruh anak muridnya belajar membuat baju kulit terlebih dahulu.” Dari sini ia memperingatkan kita bahawa mengukuhkan asas ilmu yang dipelajari satu perkara wajib dalam pendidikan. Inilah asas. Dalam setiap perenggan, bagaimana hendak mendefinisikan “asas” itu, jika dinilai melalui sudut ini, ia merujuk kepada kemampuan-kemampuan yang dimiliki oleh seseorang pengajar.

Setakat sini perbincangan kita tentang “Xue ji” yang kita tamatkan

dengan sempurna. Terima kasih.