4
KATA GANDA BERIRAMA Terang-benderang Tindak-tanduk Turun-temurun Tungkus-lumus Ulang-alik Serba-serbi Umbang-ambing Serta-merta Warna-warni Simpang-siur Tali-temali Sorak-sorai Tanah-tanih Susur-galur Teka-teki Sedu-sedan Segar-bugar Sayur-mayur Sampah-sarap Saudara-mara Saki-baki Rumput-rampai Remuk-redam Riuh-rendah Muda-mudi Mundar-mandir Rempah-ratus Remeh-temeh Pindah-randah Punah-ranah Porak-peranda Kuih-muih Lekak-lekuk Kusut-masai Mandi-manda Lalu-lalang Kenduri-kendara Batu-batan Kering-kontang Bukit-bukau Keluh-kesah Comot-momot Kelam-kabut Compang-camping Kaya-raya Kayu-kayan Kacau-bilau Karut-marut Jongkang-jongket Huyung-hayang Desas-desus Huru-hara Dolak-dalik Hingar-bingar Gelap-gelita Gotong-royong Gembar-gembur Gundah-gulana Gilang-gemilang Gunung-ganang

kata ganda.doc

  • Upload
    lskjun

  • View
    127

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kata ganda.doc

KATA GANDA BERIRAMA

Terang-benderang Tindak-tandukTurun-temurun Tungkus-lumus

Ulang-alik Serba-serbiUmbang-ambing Serta-merta

Warna-warni Simpang-siurTali-temali Sorak-sorai

Tanah-tanih Susur-galurTeka-teki Sedu-sedan

Segar-bugar Sayur-mayurSampah-sarap Saudara-mara

Saki-baki Rumput-rampaiRemuk-redam Riuh-rendah

Muda-mudi Mundar-mandirRempah-ratus Remeh-temehPindah-randah Punah-ranahPorak-peranda Kuih-muih

Lekak-lekuk Kusut-masaiMandi-manda Lalu-lalang

Kenduri-kendara Batu-batanKering-kontang Bukit-bukau

Keluh-kesah Comot-momotKelam-kabut Compang-camping

Kaya-raya Kayu-kayanKacau-bilau Karut-marut

Jongkang-jongket Huyung-hayangDesas-desus Huru-haraDolak-dalik Hingar-bingarGelap-gelita Gotong-royong

Gembar-gembur Gundah-gulanaGilang-gemilang Gunung-ganang

Gopoh-gapah Hal-ehwalBengkak-bengkil Bengkang-bengkok

Beli-belah Bolak-balik

Page 2: kata ganda.doc

Awan-kemawan Calar-balarCampur-baur Cerai-berai

Nota Ringkas

KATA GANDA Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 

o Kata ganda seluruh

Kata ganda separa

Kata ganda berentak/berima

Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.

Contoh kata ganda seluruh iaitu:

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIFBuku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik

Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjangMeja-meja Gelak-gelak Merah-merah

Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL

Api-api Banyaknya api Sejenis seranggaKuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyanggaAnak-anak Banyaknya anak mainan

KATA GANDA SEPARA Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA

Layang Layang-layang LelayangKuda Kuda-kuda KekudaTupai Tupai-tupai TetupaiSiku Siku-siku SesikuBola Bola-bola BebolaJari Jari-jari Jejari

Langit Langit-langit Lelangit

Page 3: kata ganda.doc

Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYATPersamaan bunyi di hujung

Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja

Persamaan bunyi di pangkal

Batu-batan, bukit-bukau

Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok

Persesuaian bunyi keseluruhan

Kusut-masai, simpang-siur

Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHANAwalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompatApitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknyaSisipan Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilapAkhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan