12
KATA KERJA DAN KATA ADJEKTIF

Kata Kerja dan Kata Adjektif

  • Upload
    colum

  • View
    124

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kata Kerja dan Kata Adjektif. Kata kerja bermaksud kata yang menunjukkan aksi atau perbuatan yang dilakukan oleh benda hidup seperti manusia dan binatang . Contoh kata kerja ialah : - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Kata Kerja dan Kata Adjektif

KATA KERJA DAN KATA ADJEKTIF

Page 2: Kata Kerja dan Kata Adjektif

KATA KERJA Kata kerja bermaksud kata yang

menunjukkan aksi atau perbuatan yang dilakukan oleh benda hidup seperti manusia dan binatang.

Contoh kata kerja ialah : - makan, duduk, berlari, mengunyah,

menelan, menggigit, tolak, tekan, pijak, sepak, tendang, tulis, dan lain-lain.

Page 3: Kata Kerja dan Kata Adjektif

CONTOH AYAT Ali sedang baca buku. Wong De Ong suka makan biskut. Gopal menendang bola dengan kuat

sekali.

Page 4: Kata Kerja dan Kata Adjektif

KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU; Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif Kata kerja pasif

Page 5: Kata Kerja dan Kata Adjektif

KATA KERJA TRANSITIF Kata kerja transitif memerlukan objek

sebagai penyambut untuk melengkapkan maksusd.

Contoh – - Pengetua memanggil Samad- Mereka membuang sampah.

Page 6: Kata Kerja dan Kata Adjektif

Terbahagi kepada bentuk berikut;a) Awalan meN – mendayung, melarang,

membawa,meranduk, dan lain-lainb) Apitan men…i – mendahului, meracuni,

menghadiahi, dan lain-lain.c) Apitan men…kan – menyediakan, melengkapkan,

memerahkan, melarikan, dan lain-lain.Kata makan, minum, mohon, dan minta merupakan

kata kerja transitif walaupun tidak berawalan meN.

Page 7: Kata Kerja dan Kata Adjektif

KATA KERJA TAK TRANSITIF Kata kerja ini menerangkan pelaku

melakukan sesuatu terhadap diri sendiri.

Kata kerja ini juga tidak memerlukan objek walaupun untuk membentuk ayat yang lengkap.

Contoh – Semua murid sedang menulis- Pegawai-pegawai itu sedang

berbincang.

Page 8: Kata Kerja dan Kata Adjektif

Kata kerja ini juga boleh diikuti unsur keterangan.

Contoh – Semua pegawai itu sedang berbincang tentang

masalah syarikat mereka. - Semua murid sedang

menulis karangan.

Page 9: Kata Kerja dan Kata Adjektif

LATIHANGarisi kata kerja yang terdapat dalam

ayat di bawah ini.1. Badrul suka bermain badminton.2. Razak menelefon Anis untuk

berbincang tentang kerja rumah.3. Rafali mendukung adiknya yang

sedang menangis.

Page 10: Kata Kerja dan Kata Adjektif

KATA ADJEKTIF Kata adjektif bermaksud kata yang

menunjukkan sifat benda hidup seperti manusia dan binatang.

Kata adjektif boleh dikenal malalui sifat fizikal seseorang. (gemuk, kurus, cantik, kacak,tinggi, putih, hitam, dan lain-lain).

Kata adjektif juga boleh dikenal melalui perlakuan seseorang (baik, jahat, penyayang, pendendam, dan lain-lain).

Page 11: Kata Kerja dan Kata Adjektif

CONTOH AYAT Razak amat menyayangi adiknya. Aminah seorang gadis yang baik hati. Ramlah sangat terkenal dengan

kecantikannya.

Page 12: Kata Kerja dan Kata Adjektif

LATIHANGARISI KATA ADJEKTIF YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH

1. Awie seorang lelaki yang berbadan tegap dan tinggi.

2. Mawi merupakan seorang anak yang bertanggungjawab.

3. Shila sangat jelita manakala abangnya pula seorang lelaki yang kacak.

4. Encik Rahman merupakan guru yang tegas.