6
Kata Seru 1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah, hairan, sedih, takut, terperanjat dan sebagainya. 2. Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Kata Seru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GC

Citation preview

Page 1: Kata Seru

Kata Seru

1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah,     hairan, sedih, takut, terperanjat dan sebagainya.

2. Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada  meninggi atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Page 2: Kata Seru

Kata Tanya

1. Kata Tanya ialah kata yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.

2. Sekiranya kata Tanya dikedepankan, maka hendaklah disertai dengan partikel -kah

Page 3: Kata Seru

Kata Perintah

1. Kata perintah ialah kata yang digunakan supaya seseorang mematuhi perintah, larangan arahan, silaan atau permintaan.

2. Kata perintah digunakan untuk membentuk ayat perintah.

3. Kata perintah usah mempunyai nada yang lebih lembut berbanding dengan kata perintah    jangan.

4. Kata perintah sila boleh digunakan dalam pelbagai situasi berbanding dengan kata perintah    jemput yang hanya sesuai digunakan bagi situasi tertentu seperti masuk ke rumah dan  makan.

5. Kata perintah tolonglebih sesuai digunakan dalam situasi yang umum manakala kata perintah harap lebih sesuai digunakan dalam situasi yang lebih sopan.

Page 4: Kata Seru

Kata Nafi

1. Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan sesuatu, iaitu bukan dan tidak.

2. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama.

3. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

Kata Pemeri

Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata

kerja.

Page 5: Kata Seru

Kata Penguat

1. Kata penguat digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu ayat.

Kata Penegas1. Kata penegas juga dikenali sebagai partikel.

2. Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.