47
PERMARKAHAN TAJUK ESEI ILMIAH TUGASAN 2 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK KUMPULAN EL-A19 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 29 APRIL 2013

KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLKUAN KHAS (HOWARD GARDNER DAN PINTAR CERDAS)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner, Peranan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas, Pendekatan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas, Masalah social dan emosi kanak-kanak pintar cerdas.

Citation preview

PERMARKAHANTAJUK ESEI ILMIAH

TUGASAN 2KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASDISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

KUMPULAN EL-A19 (A122PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 29 APRIL 20131KANDUNGANMUKA SURAT

Pendahuluan3

(a) Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner3

(b) Peranan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas8

(c) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas13

(d) Masalah social dan emosi kanak-kanak pintar cerdas17

Bibliografi22

2PENDAHULUANKecerdasan difahami sebagai kebolehan kognitif yang yang lahir bersama seseorang individu sama ada dipelajari daripada pengalaman-pengalaman sendiri atau pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh orang lain. Pengalaman-pengalaman ini membolehkannya menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan kehidupan hariannya. Sir Francis Galton adalah orang yang mula-mula memperkenalkan istiah kecerdasan. Beliau meyakini bahawa intelektual seseorang adalah bersifat warisan.David Wechsler (1975) pula mengatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan seseorang individu memahami alam persekitarannya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong dia menghadapi cabaran hidup. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat ataupun universal. Binet (1905), pula mengatakan kecerdasan merupakan kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri. Faktor utama kecerdasan ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat pentaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi.(a) Kepelbagaian kecerdasan mengikut Horward Gardner TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNERHorward Gardner (1983) mengatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Beliau menyatakan lagi bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang berasingan dan bebas iaitu kecerdasan. Menurut beliau terdapat sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996).KSSR memberi imbangan yang sama rata terhadap penilaian kecerdasan pelbagai dimana subjek teras dan bukan teras dilihat sama penting dan guru perlu melakukannya secara3bersungguh-sungguh. Setiap jenis kecerdasan ini boleh diperkembangkan dengan membuat persekitaran kelas yang penuh dengan bahan-bahan dan aktiviti yang merangsangkan. Oleh itu guru perlulah mengenalpasti kelemahan dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak yang diajar bagi mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak dalam semua bidang dengan lebih berjaya. Kecerdasan yang kuat dapat membantu menguatkan kecerdasan yang lemah dalam diri kanak-kanaak.Berikut merupakan elemen-elemen yang terdapat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang dikaji oleh Horward Gardner:1. Kecerdasan pertuturan dan liguistik Mengikut Dr. Hashimah Hashim Dan Yahya Che Lah (2003:73) kecerdasan pertuturan dan linguistik merangkumi kebolehan seseorang kanak-kanak menggunakan perkataan sama ada secara lisan ataupun dalam penulisan. Menurut pengarang-pengarang ini lagi, kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pertuturan dan linguistik, berkebolehan memanipulasikan struktur atau peraturan bahasa, bunyi-bunyi bahasa, makna-makna bahasa dan dimensi pragmatik bahasa, menggunakan bahasa untuk meyakinkan, mengingat maklumat, menjelaskan dengan panjang lebar dan bercakap berkenaan diri sendiri. Mereka juga mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan linguistik dapat menggunakan bahasa bagi melahirkan perasaan dan komunikasi. Bagi mengembangkan kecerdasan ini, guru bolehlah membuat Sudut Membaca di dalam kelas. Buku-buku yang sesuai dengan murid itu disediakan yang meliputi buku-buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sudut membaca ini dikenali sebagai sudut Nilam. Guru-guru boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan perbincangan terkawal antara murid-murid.2. Kecerdasan logikal atau matematik Menurut Dr. Hashimah Hashim Dan Yahya Che Lah (2003:73), kecerdasan logical atau matematik melibatkan pemikiran atau pertimbangan induktif dan deduktif. Mengikut Dr. Hashimah Hashim Dan Yahya Che Lah (2003:73) lagi, seseorang yang mempunyai 4kecerdasan ini berkebolehan mengenal corak-corak logic dan hubungannya, mahir dengan bentuk-bentuk geomatri, dapat mengaitkan antara satu maklumat dengan maklumat lain atau sebab akibat dan proses-proses kompleks.Terdapat sekolah-sekolah yang menyediakan Bilik Matematik Dan Sains. Disini murid-murid dan guru-guru disediakan dengan pelbagai alat-alat geomatri untuk pengajaran dan pembelajaran seperti bulatan, radius, diameter dan sebagainya. Dengan alatan yang sediakan, guru-guru dapat mengembangkan konsep-konsep geometri murid-murid. Guru-guru juga boleh menggantung modul, bentuk atau formula disekeliling bilik darjah. Guru juga boleh melukis atau meletakkan jam tangan besar yang tangannya boleh digerakkan.3. Kecerdasan visual atau spatial Mengikut Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat, dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Modul ini juga mengatakan bahawa seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui, bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Menurut Dr. Hashimah Hashim Dan Yahya Che Lah (2003:73), kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini berkebolehan menanggap warna, garisan, bentuk, ruang dan hubungan yang wujud dalam elemen-elemen tersebut. Sebagai contoh sekolah boleh menyediakan Bilik Seni yang boleh menyimpan dan menyediakan pelbagai alatan seni seperti krayon, warna air dan berus serta lain-lain. Dinding Bilik Seni bolehlah dihiasi dengan pelbagai gambar-gambar sebagai contoh lukisan dan kraftangan.4. Kecerdasan muzikal atau irama Mengikut Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Muzik, Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Modul ini juga mengatakan seseorang individu dapat5menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.Sebagai contoh, bagi mengembangkan kecerdasan ini guru boleh membuat penilaian berdasarkan sama ada murid dapat membuat gubahan lagu ataupun tidak. Murid juga boleh menentukan masalah melalui lirik dalam muzik.5. Kecerdasan Bodily/Kinesthetic Mengikut Modul Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, KPM, mengatakan bahawa kecerdasan ini merupakan kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Menurut Dr. Hashimah Hashim Dan Yahya Che Lah (2003:74), kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kemahiran asas fizikal seperti koordinasi fungsi otot-otot , keseimbangan, ketangkasan, pergerakan fizikal yang lemah lembut, kekuatan otot, fleksibiliti, kelajuan dan sensitif kepada sentuhan. Oleh itu pihak sekolah bolehlah memberi kemudahan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dengan menyediakan Stor Sukan yang lengkap. Dengan demikian, potensi murid-murid yang berkenaan dengan kecerdasan ini dapat diperkembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu bagi murid-murid yang berkebolehan dalam bidang ini.6. Kecerdasan Interpersonal Mengikut Modul Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, KPM, kecerdasan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juuga dapat membantu individu menangani perasaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri. 6Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini lebih mudah memahami mood, maksud, motivasi dan perasaan orang lain. Murid jenis ini dianggap murid yang baik dan disukai oleh murid-murid lain kerana mereka pandai berkomunikasi dan berkebolehan untuk memahami, mempunyai rasa simpati dan mengambil berat terhadap rakan-rakan. Mereka lebih sensitif terhadap air muka, gerak isyarat dan kualiti suara seseorang seperti rakan-rakan dan guru-guru. Selain daripada itu, mereka juga boleh membezakan tanda-tanda personal dan perasaan yang tersembunyi disebalik tanda-tanda ini serta bertindak terhadap tanda-tanda ini untuk meredakan emosi yang negetif.7. Kecerdasan intrapersonal Mengikut Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Modul ini juga mengatakan kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu mungkin kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan bewawasan.Menurut Dr. Hashimah Hashim Dan Yahya Che Lah (2003:73), kecerdasan ini sebenarnya merupakan kebolehan untuk mengawal dan mamahami diri sendiri dan kemudian bertindak mengikut kesusaian. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini merupakan murid yang lebih jujur, tepat dan memperolehi gambaran yang baik tentang dirinya. Mereka mempunyai motivasi intrinsik, mereka menyedari kehendak dan keupayaan diri mereka. Selain daripada itu, mereka berkeupayaan untuk mendisiplinkan diri dan mempunyai harga diri yang baik.78. Kecerdasan naturalist Kebolehan ini merujuka kepada keupayaan kanak-kanak dalam memerhati, memahami dan mengambil contoh-contoh dalam pembelajaran mereka menggunakan alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan serangga. Mereka lebih berminat dan lebih mahir dalam mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kanak-kanak seperti ini lebih mahir memilih dan mengasingkan batu serangga, tumbuhan dan segala yang berada disekeliling mereka. Guru bolehlah membuat Taman Sains dan murid-murid seperti ini menjadi ahli jawatankuasa Taman Sains tersebut kerana murid yang mempunyai kecerdasan naturalist sangat berminat dengan tumbuh-tumbuhan. Mereka akan menjaga Taman tersebut dengan baik.9. Kecerdasan existentialist Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini cenderung kearah mempelajari pegangan manusia. Kecerdasan ini berkaiatan dengan kecerdasan disiplin Falsafah. Mereka lebih suka bertanya tentang soalan-soalan seperti Mengapa kita berada disini? dan Apakah perancangan kita pada dunia? (b) Peranan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas Marilyn (2008) mendefinisikan pelajar pentar cerdas dengan children and youth either outstanding talent who perform or show the potential for perming at a reamarkably high levels of accomplishment when compared with others of their age, experience or environment. These children and youth exhibit high performance capability in intellectual, creative and or artistic areas, possess an unusual leadership capacity or excel in specific academic fields. They require services or activities not ordinarily provided by the schools. Outstanding talents are present in children and youth from all culture groups, across all economics strata and in all areas of human endeavour.8Melalui definisi yang dinyatakan oleh Marilyn diatas, ibu bapa yang mempunyai anak yang pintar cerdas hendaklah memahami bahawa anak mereka mempunyai bakat yang luarbiasa dan mempunyai potensi yang cemerlang dalam sesuatu pencapaian berbanding dengan kanak-kanak atau remaja lain yang mempuyai umur, pengalaman dan persekitaran yang sama. Kanak-kanak dan remaja pintar cerdas menunjukkan keupayaan tinggi dalam intektual, kreativiti dan atau pelbagai bidang seni, mempunyai kapasiti kepimpinan yang luarbiasa atau cemerlang dalam sesuatu bidang akademik. Ibu bapa juga memainkan peranan yang besar kerana anak mereka memerlukan aktiviti-aktiviti yang tidak terdapat disekolah. Sebagai ibu bapa juga mereka hendaklah menerima hakikat bahawa anak mereka mungkin anak pintar cerdas kerana kecerdasan luar biasa ini terdapat di dalam pelbagai kumpulan budaya, melintasi kesemua strata ekonomik dan juga kesemua lapangan yang ada.Oleh itu terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam menangani anak yang pintar cerdas agar mereka dapat hidup dengan baik dan sempurna. Di antara peranan tersebut ialah:1. Mendidik untuk menggunakan kelebihan untuk tujuan yang baik Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini perlu dididik untuk menggunakan kelebihan-kelebihan yang mereka ada untuk tujuan kebaikkan dan yang penting adalah hasil daripada kepintaran itu bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Ibu bapa juga perlu mengubah persepsi anak mereka bahwa kelebihan itu bukan untuk menjadi sombong dan membuatkannya dibenci. Selain daripada itu anak-anak ini perlu didik agar tidak memandang rendah terhadap kebolehan rakan-rakannya dengan mengejek atau lain-lain kaedah. Sebagai contoh anak atau remaja pintar cerdas ini diberi galakan untuk mencipta sebuah mesin bagi memudahkan kerja-kerja perkebunan. 2. Menjadi kaunsellor kepada anak pintar cerdas Mereka yang pintar cerdas sebenarnya mempunyai banyak masalah kerana sifat unik yang terdapat pada diri mereka. Menurut Davis dan Rimm (1998) semakin tinggi aras kecerdasan seseorang itu semakin tinggi keperluannya terhadap sesi kaunseling. Walaupun dikatakan bahawa mereka dapat menyesuaikan diri dengan mudah tetapi terdapat 9diantaranya yang menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan persekitran mereka. Menurut Bee (1999), mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain atau remaja lain. Ini kerana mereka lebih mementingkan kesempurnaan tentang sesuatu yang dilakukan. Disini ibu bapa perlu membimbing anak mereka agar sentiasa menerima kekurangan orang lain. Sebagai contoh dalam menyiapkan sesuatu kerja berkumpulan, anak pintar cerdas ini akan dapat menyiapkan bahagian yang diberi kepadanya dengan cemerlang tetapi hasil murid-murid lain dalam kumpulannya jauh ketinggalan. Perbezaan dari segi pengetahuan yang lebih tinggi, berbendaharaan kata, hobi yang lebih kepada aktiviti menambah ilmu menyebabkan murid ini menjadi murid yang membosankan murid-murid lain dan tidak diminati. Oleh itu murid ini akan berasa diri mereka keseorangan. Mereka juga mungkin meninggalkan minat mereka agar diterima oleh rakan-rakan. Disini ibu bapa merupakan tempat meluahkan perasaan yang paling hampir dengannya bagi mengelakkan perkembangan kendiri yang rendah.Disebabkan bakat dan potensi yang menyerlah dan berbeza dengan orang lain, anak pintar cerdas mempunyai keyakinan diri yang rendah dan ini bukanlah perasaan yang luarbiasa (Gallagher & Gallagher, 1994). Ibu bapa berperanan besar dalam meningkatkan keyakinan diri mereka kerena mereka selalu merasakan apa yang mereka ada masih belum cukup lagi. Selain daripada itu mereka juga sukar menerima kritikan yang boleh menyebabkan mereka menyerang orang lain kerana tidak dapat menerima kelemahan dan masalah diri mereka.Disini dapatlah dikatakan bahawa ibu bapa perlu mendapatkan bantuan bagaimana mendidik anak pintar cerdas mereka agar anak ini sentiasa memahami diri sendiri selain daripada ibu bapa itu sendiri.3. Menyediakan keperluan yang cukup untuk anak pintar cerdas Terdapat dua keperluan penting yang diperlukan oleh anak pintar cerdas. Keperluan yang pertama iaitu mereka memerlukan keselesaan daripada perbezaan yang mereka ada yang mengundang pelbagai kemungkinan dan mendatangkan pelbagai kesusahan. Keperluan 10yang kedua iaitu keperluan untuk mengembangkan bakat dan potensi yang dimiliki. Mereka mempunyai gerak hati yang kuat untuk meningkatkan keupayaan diri mereka. Menyekat keperluan-keperluan ini hanya akan mengakibatkan masalah dari segi emosi. Oleh itu ibu bapa hendahlah menerima hakikat bahawa kejayaan jangka panjang seperti menerima anugerah nobel bukanlah sesuatu yang diperlukan tetapi kanak-kanak ini perlu membesar dengan keadaan selesa dan menggunakan bakat dan potensi yang dimiliki secara efektif.Sebelum anak pintar cerdas ini masuk ke alam persekolahan, ibu bapa sudah mulai perlu memperkembangkan kematangannya mengikut kemampuannya. Sebagai contoh semasa umurnya dua tahun sekiranya kanak-kanak ini suka bermain dengan permainan kanak-kanak berumur 6 tahun, maka ibu bapa perlu memberinya permainan tersebut. Jika kanak-kanak ini berumur 3 tahun dan sudah boleh membaca dengan lancar maka buku-buku yang sesuai perlu diberikan kepadanya.Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu mengelakkan anak ini daripada bakat dan potensinya diketahui umum. Sebagai contoh kanak-kanak pintar cerdas yang duduk di dalam kereta sorong membaca buku kanak-kanak berumur 7 tahun. Ini akan mengejutkan orang yang berada dipersekitarannya dan menyebabkan anak ini membesar dalam persekitaran yang tidak selesa.Bagi memastikan anak pintar cerdas ini membesar dengan selesa dan bakat dan potensinya dapat dikembangkan dengan normal, maka ibu bapa seharusnya meletakkan anak mereka di dalam program pendidikan khas intergrasi di sekolah kerajaan. Ini kerana anak ini perlu diberikan perhatian istimewa jika bakat kecerdasannya tidak ditanganai akan merugikan dirinya, ibu bapa dan juga negara.4. Sentiasa mengikuti perkembangan anak mereka Ibu bapa perlu mempunyai hubungan rapat dengan anak pintar cerdas mereka. Ini biasanya berlaku di negara-negara di timur dimana ibu bapa mengawal kebebasan anak mereka ini agar tidak terjebak dengan masalah sosial. Walaupun kanak-kanak ini merupakan anak 11yang mempunyai potensi luar biasa tetapi ibu bapa perlu sentiasa memantau perkembangannya dari segi akademik kerana masaalah persekitaran boleh menyebabkan kemerosotan dalam bidang ini. Selain daripada ini ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak pintar cerdas mereka sewaktu berada diluar rumah kerana tekanan yang mereka hadapi boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan. Pertalian kekeluargaan antara adik beradik juga diberi perhatian serius dari semasa ke semasa. Ini kerana mereka mudah dicemburui dan akan menyebabkan timbulnya pelbagai konflik diantara ahli keluarga jika dibiarkan.5. Bekerjasama dengan pihak sekolah Ibu bapa perlu berbincang dengan pihak sekolah tentang anak pintar cerdas mereka. Ini kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku akibat perbezaan yang dimiliki. Ibu bapa juga perlu membuka minda mereka denga luas dan bersedia untuk mendengar dan juga bercakap dengan guru. Ibu bapa juga perlu mengelak daripada selalu menyalahkan pihak sekolah apabila anak pintar cerdas tersebut tidak mempunyai motivasi dalam pelajarannya. Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pendidikan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada anak tersebut maka ibu bapa perlu menunjukkan tindakan yang positif.Sebelum ibu bapa berjumpa dengan guru atas masaalah yang dihadapi oleh anak pintar cerdas tersebut maka anak itu perlu diberitahu terlebih dahulu. Mendengar dari pihak anak tersebut dan juga guru merupakan satu tindakan yang wajar. Kadangkala anak itu kurang memahami situasi yang berlaku atau guru tersebut yang tidak menyedari perasaan anak itu. Anak pintar cerdas lebih sensitif berbanding dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan bahawa anak itu tahu mereka sedang cuba menyelesaikan masaalah yang dihadapi dan bukan hanya membuat komplen kepada pihak sekolah.Ibu bapa sebaik-baiknya menyimpan potfolio kerja anak pintar cerdas mereka. Portfolio itu boleh digunakan untuk menyokong tahap pencapaian anak mereka dimana ibu12bapa boleh cuba menunjukkan pentaksiran yang diberi terlalu diberikan dirumah.

potfolio tersebut kepada guru yang mengajar sekiranya mudah berbanding dengan latihan-latihan yang pernahMembesarkan anak pintar cerdas penuh dengan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Ibu bapa perlu memberikan sokongan terhadap bakat dan potensi anak yang luarbiasa ini dan dalam pada masa yang sama tidak boleh memaksanya dalam menuruti kehendak ibu bapa. Membesarkan anak pintar cerdas juga merupakan sesuatu yang memerlukan perbelanjaan yang besar dan penggunaan kekuatan fizikal dan mental yang banyak. Walaubagaimanapun peranan ibu bapa kepada anak pintar cerdas sebenarnya mempunyai persamaan dengan kanak-kanak istimewa yang lain.(c ) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang oleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdasMenurut Marland dan Marilyn (2005), gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Melalui definisi ini dapatlah dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas memerlukan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada mereka yang normal kerana kanak-kanak istimewa ini mempunyai darjah kecerdasan yang luarbiasa. Di Malayisa kurikulum bagi kanak-kanak pintar cerdas masih sama dengan kanak-kanak normal dan guru merupakan asset yang penting untuk memaksimakan pencapaian mereka agar mereka dapat memberi sumbangan dan faedah kepada pembangunan negara. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak pintar cerdas boleh dilaksanakan melalui program pengayaan, program pecutan dan program asas.13Program PengayaanDisini alat bantu mengajar dan aktiviti dipelbagaikan lagi dalam keadaan pembelajaran yang masih sama dengan kanak-kanak normal. Terdapat 3 jenis pengayaan iaitu Jenis 1, Jenis 2 dan Jenis 3.Aktiviti Jenis 1 berbentuk pendedahan dan penerokaan. Pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin, topik, isu bidang pekerjaan, individu tertentu, peristiwa sama ada melalui pusat sumber, lawatan, perbincangan dengan pakar rujuk (jika ada), filem dan sebagainya. Semua aktiviti jenis ini adalah di luar kurikulum biasa. Sebagai contoh, bagi kanak-kanak pintar cerdas pembelajaran menjadi lebih menarik dan mengandungi banyak informasi apabila mereka diberi satu projek iaitu mencari dan mengumpul maklumat di internet dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah kemudiannya membuat persembahan PowerPoint terhadap data yang diperolehi bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Kemudian mereka mempersembahkannya di dalam kelas. Mereka juga boleh diminta untuk menyediakan dialog-dialog di dalam Bahasa Inggeris yang sesuai dan melakonkan peristiwa yang bersejarah seperti kedatangan Parameswara ke Melaka, kemudian merakamkannya dan memuat naikkan rakaman itu ke Youtube untuk ditontoni oleh seluruh penonton di dunia.Dalam aktiviti pengayaan Jenis 2, para pelajar diberikan knowledge how sebagai sebahagian komponen pengajaran dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan kajian atau penyelidikan. Pengayaan dalam Jenis 2 ini dibentuk untuk mengembangkan proses berfikir dan perasaan murid (development of thinking and feeling processes). Selepas murid-murid memperolehi maklumat tentang perubahan keadaan bahan dan kegunaannya bagi mata pelajaran Sains, mereka boleh diminta untuk memikirkan sendiri eksperimen atau aktiviti lain yang boleh menunjukkan perubahan keadaan bahan dan ini boleh dibuat secara berkumpulan kecil. Selain daripada itu, murid boleh juga menunjukkan proses yang kompleks tentang kegunaan perubahan keadaan bahan dengan membuat sendiri persembahan multimedia dan jika tahap kecerdasannya lebih tinggi daripada itu, murid boleh mencipta sendiri alatan yang sesuai.14Aktiviti pengayaan Jenis 3 adalah aktiviti penyelidikan dan penghasilan produk kreatif yang asli. Dalam aktiviti pengayaan Jenis 3 ini, pelajar berperanan sebagai seorang first hand inquirer. Oleh itu mereka perlu berfikir, berperasaan dan bertindak seperti seorang profesional. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan kecil. Menurut Renzulli (1994), aktiviti pengayaan Jenis 3 ini adalah;the highest level of experience that can be offer in special program. Murid boleh mencipta sendiri lagu-lagu daripada alat muzik yang dipelajari di sekolah sebagi contoh rekorder. Disebabkan mereka mempunyai keupayaan otak yang jauh melebihi kanak-kanak yang seusia dengan mereka maka boleh mencipta sendiri lagu dengan menggunakan semua not yang ada. Murid lain boleh tolong merakamkannya dan memuat naik ke laman Youtube. Murid yang mendapat paling ramai penonton dan pendengar Youtube dalam satu tempoh tertentu akan mendapat ganjaran daripada pihak sekolah. Pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif untuk mengumpul lagu-lagu tersebut dan menjualnya ke sekolah-sekolah lain dan membantu mereka mendaftarkannya sebagai hakcipta terpelihara. Sikap keusahawanan juga dapat dipupuk sehingga ke tahap memasarkan barangan sendiri.Program PecutanMurid yang pintar cerdas akan sentiasa berada dihadapan murid-murid lain. Bagi mengelakkan rasa bosan belajar dan murid pintar cerdas akan belajar dalam tempoh tertentu di satu tahun dan selebihnya menyambungnya ditahun yang lain. Kaedah ini juga dikenali sebagai kelas lompat. Ini dapat memendekkan masa pembelajaran mereka dan mempercepatkan masa untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Kaedah pecutan dapat memenuhi keperluan akademik dan juga keperlkuan sosial kanak-kanak pintar cerdas. Keupayaan mental yang tinggi meyebabkan kanak-kanak jenis ini dapat bergaul dengan rakan-rakan yang lebih tua daripada mereka. Menurut Gross (1992), Thecurriculum must continue to be challenging for the accelerated student. In case studies of successfully accelerated students, subject matter was carefully planned and monitored, and it addressed the students social and emotional maturity as well as academic achievement.15Program ini juga dibuat bagi meningkatkan motivasi dan keyakinan kanak-kanak pintar cerdas. Kaedah ini juga akan mengelakkan mereka daripada menjadi malas. Kanak-kanak ini juga berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan lebih tua daripadanya. Menurut Janos and Robinson (1985) telah dikenalpasti bahawa kanak-kanak pintar cerdas lebih suka mencari rakan yang lebih tua daripadanya yang mempunyai tahap kematangan yang sama disamping kecerdasan dan minat yang sama. Kanak-kanak ini perlu diberikan peluang yang mencabar kecerdasan minda mereka secara berterusan seterusnya mengembangkan kemahiran-kemahiran yang mereka ada sehingga ke peringkat seterusnya. Tahap kematangan kanak-kanak pintar cerdas perlu diselarikan dengan pengalaman pembelajaran yang diberikan kepadanya bagi membolehkan kendirinya meningkat. Aktiviti pengayaan juga dapat banyak membantu kanak-kanak ini disamping pelaksaan program pecutan.Program AsasSekolah juga boleh membentuk pelbagai program yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan kanak-kanak ini. Seperti Program berkaitan dengan Sains, Matematik, Kemanusiaan dan juga Sains Sosial. Program-program ini dibangunkan bagi mengembangkan potensi dan pengetahuan umum yang mereka ada dan pengalaman yang berkaitan. Program-program asas ini juga dibuat konsisten dengan keperluan masa kini dan juga akan datang. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan minat. Walaubagaimanapun program-program ini adalah berdasarkan kecenderungan kanak-kanak pintar cerdas di sekolah itu.Program yang berkaitan dengan Sains yang diadakan perlu lebih mencabar daripada program untuk kanak-kanak normal. Sebagai contoh, sekolah boleh melaksanakan pertandingan mencipta pelbagai alatan elektrik dan juga eksperimen-eksperimen lain. Pertunjukkan eksperimen sains juga boleh diadakan iaitu masih menggunakan topik-topik didalam standard kurikulum sains sekolah rendah tetapi lebih mendalam. Selain daripada itu lawatan ke Planetarium Negara dan lain-laian bagi memberi mereka pengalaman yang sebenar.16Program yang berkaitan dengan Matematik juga penting bagi mengembang bakat yang terdapat di dalam kanak-kanak pintar cerdas ini. Guru boleh memberikan pertandingan mengira secara congak setiap pagi semasa perhimpunan pagi atau selepas rehat. Murid yang paling cepat mengira dengan betul diberikan hadiah. Permainan Sudoku atau lain-lain permainan yang menguji minda sebagai salah satu daripada permainan dalam aktiviti Kokurikulum atau dibuat sebagai pertandingan oleh Panitia Matematik.Selain daripada itu Program Sains Sosial seperti Kuiz Sejarah yang jauh lebih mendalam daripada silibus Kajian Tempatan Tahun 4, 5 dan 6. Guru juga boleh membuat pertandingan lakonan berdasarkan cerita bersejarah dimana dialog-dialognya direka oleh pelajar sendiri dan dirakamkan serta dimuat naik ke Youtube bagi meningkatkan keyakinan apabila ditonton oleh ramai orang. Pertandingan mencipta lagu patriotik dan puisi-puisi kemerdekaan dimana keupayaan ini biasanya diluar jangkauan kanak-kanak normal di sekolah rendah.(d) Masalah social dan emosi kanak-kanak pintar cerdas Menurut Syamsu Yusuf (2007), perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial juga ditakrifkan sebagai proses kanak-kanak itu mempelajari dan menyesuaikan diri dengan nilai-nilai dan norma sesuatu masyarakat itu dan untuk menjadi ahli masyarakat itu kanak-kanak perlu komunikasi dan memberikan kerjasama.Menurut Daniel Goleman (1995), emosi ditakrifkan sebagai setiap pergolakan pemikiran, perasaan dan nafsu yang mengakibatkan kecenderungan untuk melakukan sesuatu. Dengan itu emosi memberi pengaruh yang besar terhadap sikap manusia. Ianya merupakan perasaan afektif yang dialami oleh seseorang itu apabila melalui sesuatu keadaan yang memberi makna kepadanya.Menurut Webb And Klein (1993), kanak-kanak pintar cerdas ini melalui tahap-tahap perkembangan yang sama dengan kanak-kanak biasa tetapi dalam umur yang lebih cepat daripada sepatutnya. Ini menyebabkan mereka terpaksa melalui pelbagai tekanan emosi dan17social yang mengakibatkan masalah tingkah laku. Selain daripada itu mereka juga tetap menghadapi pelbagai masalah kehidupan seperti kemiskinan, kes penderaan dan sebagainya.Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas adalah seperti dibawah:1. Masalah disisihkan oleh rakan-rakan Masyarakat pada kebiasaannya lebih berkehendakkan kewujudan seorang insan yang normal tetapi kanak-kanak pintar cerdas adalah disebaliknya. Kanak-kanak pintar cerdas biasanya mempunyai perbendaharaan kata yang tinggi dan cara pemikiran yang berbeza daripada kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Secara keseluruhannya mentaliti mereka juga berada pada tahap yang lebih tinggi. Kanak-kanak lain tidak dapat menerima mereka kerana perbezaan ini seterusnya kanak-kanak pintar cerdas ini akan menghadapi tekanan sosial kerana disisihkan. Terdapat kanak-kanak pintar cerdas yang merahsiakan kecerdasan mereka dengan memperolehi pencapaian akademik yang rendah dan mengurangkan keluasan penggunaan perbendaharaan kata apabila bergaul dengan kanak-kanak lain. Walaubagaimanapun apabila mereka diberi peluang untuk bergaul dengan kanak-kanak pintar cerdas lain yang lebih tua dari usia mereka, mereka kelihatan bebas menggunakan kecerdasan yang dianugerahkan tanpa halangan. 2. Masaala kesempurnaan Tahap kecerdasan yang tinggi dikalangan kanak-kanak pintar cerdas ini menyebabkan mereka menjadi seorang yang mementingkan kesempurnaan. Kesempurnaan merupakan satu keinginan yang baik kerana ianya dapat membantu seseorang itu menjadi seseorang yang lebih berkualiti. Kesempurnaan juga ditunjukkan oleh tahap kebertanggungjawaban yang tinggi atau kehendak terhadap sesuatu pencapaian. Masaalah timbul apabila kanak-kanak pintar cerdas cuba mencapai tahap kesempurnaan yang sesuai dengan tahap kecerdasan mental mereka tetapi jauh lebih tinggi daripada tahap kesempurnaan fizikal yang selari dengan umur mereka.. Ketidaksetaraan pencapaian mental dan perkembangan fizikal menyebabkan kesempurnaan cuba dicapai secara tidak sihat. Mereka mula membuat perbandingan antara pencapaian kendiri dengan kesempurnaan yang diingini. Pemikiran 18ini akhirnya menyebabkan rasa ragu-ragu tentang keupayaan diri lalu menaikkan rasa marah dan pencapaian yang rendah dalam bidang yang diikuti.Pencapaian terhadap kesempurnaan yang tidak sihat ini biasanya berpunca daripada ibu bapa atau guru-guru. Apabila kanak-kanak itu membawa pulang kejayaan yang cemerlang, ibu bapa akan berasa bangga dan memberi pelbagai ganjaran kepada kanak-kanak ini. Guru-guru juga akan memandang tinggi terhadap mereka selain menghujani mereka dengan kata-kata pujian. Situasi ini menyebabkan kanak-kanak pintar cerdas mengganggap bahawa mereka dikatakan berjaya jika mereka dapat membuat sesuatu dengan sempurna. Selain daripada itu, rakan-rakan yang mencemburuinya akan cuba menyakiti hati mereka dengan walaupun sedikit kesalahan sahaja juga mempengaruhi mereka membuat sesuatu dengan sempurna.3. Perasaan sensitivif Kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai minat yang tinggi terhadap pemerhatian, imaginasi dan mempunyai keupayaan untuk melihat jauh kehadapan akan menyebabkan mereka mempunyai perasaan malu yang mendalam. Ini bergantung kepada situasi yang diharunginya dan implikasi terhadap situasi tersebut. Guru yang berasa teruja dengan kerja yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut biasanya akan menjadikan hasil kerjanya sebagai contoh kepada murid-murid lain. Kanak-kanak tersebut akan berasa bersalah kerana kelebihannya apabila terdapat rakan-rakan yang cemburu dan cuba menjauhi diri daripada kanak-kanak ini. Rasa bersalah akan menyebabkan perasaan malu dan seterusnya memungkinkan pencapaian yang rendah dalam bidang yang diikuti.Kanak-kanak pintar cerdas juga boleh berasa sangat memalukan apabila mereka menyedari diri mereka tidak seperti rakan sebaya mereka. Jika kanak-kanak lain menjadikan mereka bahan yang melucukan atau membenci mereka kerana menjadi kesukaan guru, kanak-kanak pintar cerdas ini akan menjauhkan diri daripada rakan-rakan sebayanya.194. Masalah kebosanan Kanak-kanak yang tidak dikenalpasti sebagai seorang yang pintar cerdas biasanya menunjukkan pencapaian yang rendah dalam bidang akademik. Masalah ini timbul daripada rasa bosan belajar dikelas normal kerana mereka mempelajari sesuatu dengan sangat pantas sementara kanak-kanak lain didalam kelas yang sama masih belum menguasai ilmu yang disampaikan. Oleh itu kanak-kanak ini akan cepat hilang tumpuan dan tidak lagi memberi tumpuan kepada pelajaran yang seterusnya. Selain daripada itu, apabila rakan-rakan sekelas memandang rendah atau mengejek kanak-kanak pintar cerdas yang dikatakan kanak-kanak lemah ini akan menyumbang kepada pencapaian yang lebih rendah lagi. 5. Masalah kemurungan Menurut anggapan masyarakat masaalah kemurungan yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas dianggap lebih ringan berbanding dengan kanak-kanak normal. Kelebihan yang tinggi dalam bidang penulisan dan lukisan membolehkan mereka meluahkan perasaan kepada orang lain secara tersirat. Walaubagaimanapun kajian masih belum mengenalpasti kebenaran kenyataan ini. Kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai keupayaan kognitif yang jauh lebih maju, lebih suka menyendiri, mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi, perkembangan mental dan fizikal yang tidak setara menyebabkan mereka terpaksa menghadapi pelbagai isu sosial dan emosi. Walaubagaimana bagi kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kelebihan dari segi penyelesaian masaalah dan kemahiran bersosial yang lebih baik mengurangkan penderitaan mereka terhadap masalah ini mungkin sehingga ke tahap minima. Walaubagaimanapun bagi kanak-kanak pintar cerdas yang tidak mempunyai kecenderungan ini ditambah pula dengan keupayaan terhadap pemikiran abstrak yang tinggi meletakkan mereka di dalam tekanan. 6. Masaalah dalam kelebihan memanipulasi orang dewasa Terdapat kanak-kanak pintar cerdas boleh jadi seorang yang pandai berhujah atau mempunyai keupayaan dalam memanipulasi orang lain. Terdapat juga yang menggelarkan mereka sebagai peguam kecil. Walaupun mereka mempunyai kelebihan ini tetapi mereka masih kanak-kanak kecil yang perlu diberi perhatian dan didisplinkan. Orang dewasa yang 20menyedari kanak-kanak pintar cerdas yang berkenaan boleh memanipulasikan mereka, mereka akan merasakan diri mereka sangat tidak selamat apabila berada bersamanya. Kanak-kanak pintar cerdas juga dengan mudah boleh memperbodohkan guru dan juga ibu bapa.Kesimpulannya, walaupun kecerdasan luar biasa merupakan suatu anugerah yang tidak terhingga tetapi ianya tetap tidak akan menjadikan seseorang itu sentiasa sempurna dimata orang lain dan dapat diterima oleh orang lain dengan gembira. Manusia penuh dengan pelbagai perasaan negetif yang boleh merosakkan mereka yang pintar cerdas ini oleh itu manusia lain perlu mengambil inisiatif untuk melindungi mereka agar bakat dan potensi mereka ini dapat menyumbang ke arah kemajuan tamaddun manusia sejagat. Oleh itu walaupun pada zahirnya kelihatan seperti seseorang yang pintar cerdas merupakan kejadian yang penuh dengan kesempurnaan dan dilahirkan untuk menyempurnakan ketidaksempurnaan manusia lain yang pelbagai dan terlalu banyak. Tetapi pada hakikatnya mereka memerlukan dorongan dan sokongan yang lebih kuat berbanding dengan orang normal.21BibliografiBuku Ilmiah1. Azizah, Zainun, 2001. Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru, Kuala Lumpur : Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd. 2. L.K. Choong, 2009. Murid Dan Alam Belajar, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. Zainab Ahmad, 2009. Pembelajaran Aktif, Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia. 4. Dr. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah, 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah, Bentong : PTS Publications Sdn. Bhd. 5. Marilyn Friend, 2005. Special Education: Contemporary Perspective For School Proffesionals, USA : Pearson Jurnal1. Ronald Casey, 2013. Gifted and Talented Education : The English Policy Highway at a Crossroads?. Journal For The Education Of The Gifted. 2. Tracy L.C., 1997. Psychological and Social Aspects Of Educating Gifted Children. Peabody Journal Of Education. 3. Gross M., 2006. Exceptionally Gifted Children: Long-Term Outcomes of Academic Acceleration and Nonacceleration, Journal for the Education of the Gifted 4. Vicky Needham, 2012, Primary Teachers Perceptions of the Social and Emotional Aspects of Gifted and Talented Education. The New Zealand Journal of Gifted Education, 17(1). 22Sumber Internet1. Jackie Swift, 2012. Just What is Gifted And Talented?, diambil pada Mac 2013 daripada http://www.guardian.co.uk/teacher-network/teacher-blog/2012/may/09/teaching-gifted-and-talented-pupils 2. Carol Bainbaridge, 2013. What Is A Gifted Child?, diambil pada Mac 2013 daripada http://giftedkids.about.com/od/gifted101/p/gifteddef.htm 3. Azman Kamil, 2004. Kanak-kanak Pintar Cerdas: Masaalah Dan Program Pendidikan, diambi pada Mac 2013 daripada http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm 4. Jill Levey, 2012. How To Help Your Gifted School-age Child Suceed., diambil pada Mac 2013, daripada http://www.babycenter.com/0_how-to-help-your-gifted-school-age-child-succeed_67430.bc?showAll=true 23