46
PERMARKAHAN TAJUK ESEI ILMIAH TUGASAN 1 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK KUMPULAN EL-A19 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 29 APRIL 2013

KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (ADHD)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ciri-ciri dan penyebab ADHD, Intervensi awal melalui Model Perubatan dan Model Sosial terhadap Kanak-kanak ADHD dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak ADHD

Citation preview

PERMARKAHAN

TAJUK ESEI ILMIAHTUGASAN 1KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASDISEDIAKAN OLEHNAMA

NO. MATRIK

KUMPULAN EL-A19 (A122PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 29 APRIL 20131

KANDUNGANPendahuluan

(a) Ciri-ciri dan penyebab ADHD

(b) Intervensi awal melalui Model Perubatan dan Model Sosial terhadap Kanak-kanak ADHD

(c) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak ADHD

Bibliografi

MUKA SURAT

3 3

9

16

22

2

PENDAHULUANMenurut Beverly Davies (1988) ADHD, comprises a range of problem behaviours, including implusiveness, inattentiveness, restlessness and hyperactivity. Mereka yang mengidap ADHD mempunyai masalah tingkahlaku termasuklah impulsif (mengikut dorongan hati), inatensi (kekurangan tumpuan), sukar berehat dan hiperaktif (terlalu aktif). Biasanya kanak-kanak yang mengalami ADHD akan juga mengalami pelbagai masalah pembelajaran dan kesukaran untuk tidur. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa masalah ini tidak mempunyai kaitan dengan kepintaran seseorang kanak-kanak itu.Kanak-kanak ADHD sebenarnya mempunyai kepintaran yang tinggi, kreatif dan penuh dengan semangat. Oleh itu kanak-kanak ini boleh menjadi seorang yang berjaya kelak sekiranya mereka diberi didikan dan persekitaran yang sesuai dengan keadaan mereka. Namun begitu apa yang biasanya berlaku ialah pengidap ADHD mengalami masalah pembelajaran dan sukar untuk bersosial. Ini menimbulkan masalah kepada mereka sama ada di sekolah atau dirumah.

(a)Ciri-ciri gangguan hiperaktif dan sebabnya

CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHDSeorang kanak-kanak yang mengalami gangguan hiperaktif biasanya akan mula mengalaminya sebelum berumur tujuh tahun. Kanak-kanak tersebut boleh dikategorikan mengalami gangguan hiperaktif jika dia menunjukkan ciri-ciri hiperaktif selama enam bulan berturut-turut sekurang-kurang di dua tempat yang berlainan seperti di sekolah dan di rumah. Ciri-ciri tersebut boleh dikategorikan kepada tiga iaitu inattensi, impulsif dan hiperaktif.

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami ADHD adalah seperti berikut:

Kategori Inattensi1.Ingatan singkat terhadap sesuatu perkaraTerdapat kanak-kanak jenis ini yang mempunyai kadar ingatan jangka pendek. Dengan itu mereka selalu kehilangan barang. Fikiran yang mudah terganggu juga menyebabkan kanak-

3

kanak ini mudah lupa. Sebagai contoh, setiap hari ibunya menyiapkan dan meletakkan barang-barangnya disuatu tempat. Walaubagaimanapun kanak-kanak berkenaan tidak boleh mengingatinya. Kanak-kanak ini mula mengingatinya selepas satu tempoh tertentu iaitu selepas kanak-kanak ini bersusah-payah untuk mengingati tempat ibunya meletakkan buku-bukunya. Biasanya kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri ini mempunyai masalah pembelajaran. Kanak-kanak ini masih tidak boleh membaca walaupun selepas satu jangka masa yang lama dan hanya dapat mengingati beberapa suku kata perkataan sahaja.

2.Mudah tergangguKanak-kanak ini mudah terganggu dengan persekitaran mereka atau dengan pelbagai fikiran yang timbul di dalam kepalanya. Sebagai contoh, jika terdapat sedikit bunyi bising yang mungkin disebabkan oleh rakan-rakannya berbisik antara satu sama lain maka kanak-kanak ini akan terus hilang tumpuan terhadap apa yang sedang dipelajarinya di dalam kelas.

3.Kekurangan tumpuanKanak-kanak ini mudah hilang tumpuan semasa PdP dijalankan. Fikirannya melayang kepada pelbagai perkara yang tidak ada kaitan dengan apa yang sedang diajar oleh guru. Ini membuatkannya mengalami perasaan apati dan fikirannya juga penat lalu menyebabkan anggota badannya bergerak-gerak.Kanak-kanak ini apabila diminta menjawab soalan mereka sukar melaksanakannya kerana hilang daya tumpuan walaupun tiada gangguan persekitaran walaupun terdapat minat untuk melaksanakannya. Mereka mula melihat-lihat disekeliling mereka dan akhirnya berkhayal. Daya tumpuan yang sangat kurang ini juga menyebabkannya berasa marah dan risau kerana dia tidak mendapat apa yang diinginkannya.

4.Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasanKanak-kanak jenis ini hanya boleh menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru semasa peringkat awal sahaja kerana mereka cepat merasa bosan. Rasa bosan ini menyebabkan mereka sukar untuk memberi perhatian lagi kepada kerja yang diberi oleh guru. Oleh itu mereka akan berhenti membuat kerja itu. Walaubagaimanapun, Kanak-kanak ADHD boleh

4

diberi aktiviti fizikal untuk mengurangkan rasa bosan tersebut memberi tumpuan yang lebih baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi.

5.Menghasilkan kerja yang tidak berkualitiKanak-kanak jenis ini cepat berasa jemu dan bosan dan inginkan perkara-perkara yang baru. Biasanya mereka akan menyiapkan kerja yang diberi oleh guru dengan cepat oleh itu kerja yang dihasilkan tidak berkualiti dan banyak kesalahan.

Kategori Hiperaktiviti1.Suka melakukan perkara yang berbahayaKanak-kanak ini tidak dapat membezakan aktiviti yang merbahaya atau tidak asalkan ianya menggembirakannya. Biasanya ia berlaku diluar kawalan. Mereka sering berkhayal dan kemudian cuba merealitikannya tanpa dapat membayangkan bahaya yang mereka akan hadapi. Kadangkala mereka sangat agressif dan ini tentunya merbahaya kepada kanak-kanak lain. Sebagai contoh mengambil kayu dan memenggalnya kepada kanak-kanak lain, melompat tangga dan sebagainya.

2.Agresif iaitu suka berlari-lariKanak-kanak jenis ini suka berlari-lari kerana aktiviti ini mengembirakan mereka. Mereka tidak berkemampuan untuk memikirkan tentang masalah yang mereka akan hadapi akibat berlari-lari. Menurut Beverly Davies (1989), kanak-kanak ADHD tidak berasa penat atau letih walaupun mereka membuat aktiviti yang menggunakan banyak tenaga dalam jangka masa dimana kanak-kanak normal akan berhenti berehat.Bagi kanak-kanak ADHD, aktiviti seperti ini juga akan membuatkan keadaan mereka lebih teruk lagi.

3.Masalah tidak cukup tidurKanak-kanak ADHD memerlukan tempoh tidur yang sama seperti kanak-kanak lain tetapi biasanya mereka tidak mendapat tidur yang cukup. Daya tumpuan yang tidak cukup dan sukar keletihan membawa kepadapergerakan anggota badan secara berlebihan.Ini

5

mengakibatkan mereka sukar untuk tidur. Dalam pada masa yang sama masalah kurang tidur menyebabkan ADHD mereka bertambah teruk.

4.Tidak berhati-hatiKanak-kanak ADHD tidak berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara dan mereka sering terdedah kepada pelbagai bahaya. Sebagai contoh terdapat sebiji bola yang menarik perhatiannya diseberang jalan maka kanak-kanak ini akan terus berlari kearahnya tanpa mengira kenderaan yang menuju ke arahnya.

Kategori Impulsif1.Tindak boleh menunggu giliranKanak-kanak ADHD terdapat yang sukar untuk menunggu giliran. Sebagai contoh, sebelum gilirannya tiba untuk menjawab soalan, murid ADHD itu menjerit menjawab soalan tersebut terlebih dahulu yang sepatutnya dijawab oleh murid lain. Kanak-kanak ADHD ini pula sukar memahami mengapa dia tidak boleh berbuat demikian. Perkara ini kadangkala berlaku semasa bermain dengan rakan-rakan yang akhirnya menyebabkan berlaku pergaduhan di antara kanak-kanak ADHD tesebut dengan kanak-kanak normal lain. Biasanya kanak-kanak ADHD ini tidak dapat mengawal diri sepenuhnya tentang perbuatan dan percakapannya.

2.Suka bergaduh dengan rakanMurid ADHD juga ingin mempunyai rakan-rakan seperti murid-murid normal yang lain. Tetapi murid ini tidak sematang murid-murid lain yang sebaya dengannya.Ini menyebabkannya menjadi bahan ejekan rakan-rakan. Seterusnya murid jenis akan mudah bergaduh dengan murid lain tanpa memikirkan masalah yang akan menanti akibat tindakannya itu.

6

3.Perlakuan secara tiba-tibaApa yang ingin mereka lakukan biasanya sukar dikawal dan diramal. Mereka mempunyai mood yang menaik dan menurun yang melampau Mereka juga mungkin berasa gembira tetapi selepas beberapa ketika berasa sangat terganggu dan kemudiannya menjadi sangat marah. Sebagai contoh selepas berlari-lari kesana kemari murid ini memukul kawan.

4.Tidak mahu mendengar arahanMurid jenis ini mudah diganggu oleh persekitaran dan terlalu banyak didatangi oleh pemikiran-pemikiran yang datang secara rawak dan tidak diperlukan pada ketika itu. Ini menyebabkan mereka mengabaikan arahan guru atau ibu bapa. Mereka juga tidak dapat memikirkan masalah yang akan dihadapi apabila mereka ingkar kepada arahan.

5.Suka membuat bisingMurid ADHD suka membuat bising dengan menjerit-jerit dan sebahagian besar daripada masanya dihabiskan dengan bercakap. Mereka juga suka mengganggu rakan-rakan yang sedang bercakap. Ini disebabkan mereka cepat merasa bosan dan jemu serta daya tumpuan yang pendek terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh guru.

SEBAB GANGGUAN ADHDKajian menunjukkan ADHD boleh disebabkan oleh masalah genetik dengan gabungan beberapa

masalah yang lain:

1.ADHD dan keturunanKajian saintifik telah menemui terdapatnya kaitan yang kuat antara ADHD dengan warisan genetik. Bagi kanak-kanak kembar seiras, terdapat 73% hingga 83% probabaliti kedua-dua kanak-kanak tersebut akan menerima ADHD. Sebaliknya bagi kembar tidak seiras tetapi sama jantina probabalitinya adalah 21% hingga 45%.

7

Kajian juga menunjukkan pengidap ADHD mempunyai ibu atau bapa, adik-beradik, nenek moyang dan saudara rapat yang juga merupakan pengidap ADHD semasa kanak-kanak dan mungkin juga sehingga dewasa.

Terdapat 2 jenis ketidak seimbangan kromososm iaitu autosomal dominant dan juga autosomal excessive. Bagi autosomal dominant kanak-kanak itu akan mengidap ADHD dan bagi autosomal excessive iaitu apabila ibu bapa memiliki pembawa gen cacat. Apabila ibu bapa merupakan pembawa maka anak akan mendapat ADHD. Jika salah seorang daripada ibu atau bapa memiliki gen cacat maka anak merupakan pembawa gen cacat.

2.ADHD dan otakKajian menunjukkan bahawa mereka yang mengidap ADHD mempunyai aktiviti otak yang berbeza dengan mereka yang normal. Sejenis bahan kimia pembawa mesej yang terdapat di dalam otak yang dipanggil neurotransmitter tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu berlaku kekurangan aktiviti di bahagian otak yang mengawal bahagian otak yang lain. Disini berlakunya ketidakseimbangan bahan-bahan kimia tertentu seperti noradrenalin dan dopamine.

Kajian menunjukkan mereka yang mengalami ADHD mempunyai keabnormalan di

tiga bahagian otak iaitu prefontal cortex, basal ganglia dan sereblum yang dipercayai mengawal fungsi eksekutif otak. Fungsi eksekutif merupakan aktiviti mental yang spesifik yang menjurus kearah kawalan diri. Mengikut Dr Dan Rutherford, masalah-masalah kawalan diri ini adalah seperti menguruskan rasa kecewa, menyelesaikan masalah, mengingati sesuatu dan daya tumpuan. Mereka yang mengidap ADHD iaitu hiperaktif, inattensi dan impulsif disebabkan mereka menghadapi masalah fungsi eksekutif ini.

Tahap aktiviti neurotransmitter juga memberi kesan terhadap tahap glukos di dalam

otak. Bagi orang yang normal lebih banyak glukosa yang digunakan maka lebih banyak tenaga dan aktiviti yang akan berlaku di dalam bahagian-bahagian otak tersebut. Sebaliknya mereka yang mengidap ADHD mempunyai tahap noradrenalin and

8

dopamine (sejenis neurotransmitter) yang rendah di dalam otak menyebabkan otak mereka tidak dapat menggunakan glukosa.Ini menyebabkan berlaku kekurangan electrical activity dan kekurangan tindakbalas stimulasi dibahagian otak.

3.Kecederaan otak semasa dalam kandungan ibu dan semasa dilahirkanKajian menunjukkan apabila otak bayi mengalami kecederaan sebelum ataupun selepas dilahirkan akan menyebabkan bayi itu besar kemungkinan akan mengiadap ADHD. Perempuan yang merokok, banyak mengambil minuman beralkohol atau mengalami tekanan yang berat semasa mengandungkan anak boleh memeberi kesan kepada otak bayi. Bayi yang dilahirkan dengan bacaan berat yang rendah didapati lebih cenderung mengalami ADHD.

(b)Intervensi awal atau model perubatan dan model social terhadap pengidap ADHD

INTERVENSI AWAL (MODEL PERUBATAN) BAGI ADHDSehingga kini masih lagi belum terdapat ujian ringkas untuk menguji kehadiran ADHD

seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang disyaki mengidap ADHD dibawa berjumpa dengan paediatrik atau psikiatri kanak-kanak yang melibatkan pemerhatian ke atas kanak- kanak itu selama enam bulan. Kanak-kanak diuji dalam sekurang-kurangnya dua keadaan iaitu seperti di rumah dan juga di sekolah. Ujian tersebut juga melibatkan pelbagai criteria dan juga soalan.

Oleh itu proses mengenalpasti kanak-kanak yang dipercayai mengidap ADHD

mengambil masa selama enam bukan atau mungkin lebih. Tempoh yang panjang ini diperlukan kerana mereka perlu menunjukkan sekurang-kurangnya 6 simtom sebelum mereka diberi diagnosis ADHD.

9

Langkah-langkah awal penilaian1.Temuramah bersama paediatrk, psikiatri atau psikologiLangkah ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah ADHD kanak-kanak berkenaan termasuk sejarah keluarga yang berkemungkinan juga mengalami ADHD. Maklumat dari segi kesihatan, sosial dan pendidikan keluarga kanak-kanak itu juga diambilkira. Temuramah ini adalah diantara ibu bapa dan kanak-kanak itu dengan pakar-pakar berkenaan secara bersama-sama dan secara individual. Temuramah ini boleh mengambil sehingga dua kali perjumpaan.

2.Pemeriksaan kesihatanPemeriksaan kesihatan ini dijalankan oleh paediatrik atau psikiatrik untuk memperolehi maklumat tentang masalah kecacatan genetik yang lain yang belum pernah di diagnosis seperti kecacatan pendengaran dan epilepsy.Masaalah yang sedia ada juga dibuat pemeriksaan lagi seperti kesukaran tidur. Sekiranya kanak-kanak itu disahkan mengalami ADHD maka pemeriksaan diteruskan dengan mengukur tinggi, berat, tekanan darah dan kadar nadi. Pemeriksaan ini diambil secara berkala sepanjang tempoh perubatan.

3.PemerhatianPemerhatian juga dibuat terhadap pencapaian dari segi pendidikan seperti perkembangan kemahiran membaca dan menulis.

Kesemua perkara ini dijalankan sehingga satu tempoh tertentu bagi mendapatkan keadaan sebenar dan tepat tentang kanak-kanak ADHD itu.

Kanak-kanak pra sekolah sukar untuk di diagnosis kerana biasanya mereka berkelakuan

nakal dan ADHD boleh jadi salah satu daripada penyebabnya. Terdapat lain-lain kecacatan yang menunjukkan simtom yang sama seperti masalah pembelajaran. Walaubagaimanapun sekiranya tiada penyebab kepada perlakuan-perlakuan negetif seperti itu sebagai contoh masalah kekurangan disiplin maka kanak-kanak itu perlu menerima rawatan.

10

Kanak-kanak yang berusia 6 tahun adalah paling sesuai mendapatkan rawatan ADHD. Usia yang paling optimal adalah usia seawal mungkin. Simtom ADHD semakin jelas di awal persekolahan kanak-kanak.

Semasa ibu bapa berjumpa dengan doctor, beberapa maklumat penting akan diperolehi seperti: 1.Sejarah keluarga sekiranya mengidap ADHD dan juga masalah tingkah laku yang lain

seiranya ada.

2.Tingkah laku seharian kanak-kanak itu.

3.Masa-masa tertentu apabila masalah tingkah laku semakin sukar. 4.Tahap daya tumpuannya

5.Tindakan ibu bapa menangani masalah tingkah laku kanak-kanak itu.

6.Sekiranya terdapat sesuatu dirumah yang menyumbang kepada maslah tingkahlakunya. 7.Pola tidur dan diet kanak-kanak itu.

8.Aduan guru tentang masalah tingkahlakunya sekiranya kanak-kanak itu sudah bersekolah

Semasa penilaian dibuat perkara diatas juga diambil kira selain daripada simtom-simtom

ADHD iaitu kanak-kanak tersebut mungkin mengidap ADHD sebagai satu-satunya kecacatan atau terdapat kecacatan lain seperti masalah kognitif dan masalah mental yang juga sebagai penyumbang masalahnya.

Pakar tersebut akan membuat ujian untuk mencari punca kepada ADHD kanak-kanak tersebut atau membuat rawatan lanjut. Pakar tersebut juga mungkin akan menggunakan ujian fizikal untuk menilai tahap kemahiran motornya seperti kebolehan menulis atau menangkap bola. Selain daripada itu kanak-kanak itu juga diuji dengan kebolehan memahami apa yang dikatakan padanya.

Kanak-kanak yang telah disahkan mengidap ADHD akan dicadangkan dengan rawatan yang sesuai. Kaedah rawatan perubatan hanya akan diberi sekiranya keadaanya memberi kesan terhadap pembelajaran. Walaubagaimanapun ubat-ubatan diberi apabila umurnya 6 tahun dan ke atas selepas satu penilaian extensif diadakan yang mengambil masa 6 bulan.

11

Kaedah-kaedah TerapiTerdapat beberapa kaedah terapi yang boleh diberi kepada kanak-kanak ADHD. Antaranya ialah Kaunselling, Psikoterapi, Terapi Tingkahlaku Kognitif, Terapi Tingkahlaku dan Terapi Keluarga.

1.KaunsellingKaedah ini diberi oleh orang yang terlatih untuk mendengar masalah kanak-kanak tanpa memberi sebarang kritikan agar mereka dapat meluahkan perasaan mereka serta membincangkan cara mengatasinya dan membantu mereka mengambil keputusan yang betul.

2.PsikoterapiKaedah ini mempunyai banyak persamaan dengan kaedah kaunselling termasuk kemahiran yang digunakan.Kaedah ini mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada kaunselling.Ianya melibatkan eksplorasi yang lebih jauh terhadap pengalaman-pengalaman yang lalu.

3.Terapi Tingkahlaku KognitifKaedah ini membolehkan kanak-kanak ADHD membicarakan tentang pandangan mereka terhadap diri dan kehidupan mereka.Kaedah ini juga membantu kanak-kanak ini memahami pandangan orang yang normal terhadap tingkahlaku mereka. Ianya menggunakan fokus terhadap keadaan pada masa itu dan tidak menyentuh perkara-perkara yang telah lepas. Biasanya kanak-kanak ADHD yang menerima kaedah ini kurang memberi respon terutamanya kanak-kanak lelaki.

4.Terapi TingkahlakuKaedah ini memberi tumpuan terhadap tingkahlaku sebenar kanak-kanak ADHD sama ada disekolah ataupun dirumah. Terapi ini adalah untuk mengubah tingkahlaku kanak-kanak ADHD agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang menyukarkan mereka. Ahli terapi ini membuat analisis mendalam terhadap tingkahlaku kanak-kanak itu dalam

12

situasi yang berlainan dan membuat perancangan yang baik untuk kanak-kanak tersebut untuk mengatasi masalahnya. Selain kanak-kanak yang bermasalah ahli terapi ini juga membuat perancangan berkenaan untuk ibu bapa dan penjaga.

5.Terapi keluargaAhli terapi ini memerlukan penglibatan keluarga kanak-kanak tersebut bagi membantunya. Terapi ini biasanya dijalankan sebelum kaedah rawatan ubat-ubatan diberi kepada kanak-kanak ADHD.

6.Pengambilan ubatanUbat-ubatan yang diambil hanya memberi kesan sementara sahaja. Walaubagaimanapun mereka yang mempunyai ADHD akan berasa lebih tenang, dapat memberi tumpuan dan kurang agresif. Di Malaysia terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Ubat-ubat ini adalah terkawal. Kanak-kanak ADHD akan diberi dos yang kecil dahulu kemudian dos akan ditingkatkan dari semasa ke semasa jika perlu. Jika keadaan bertambah baik dan stabil, pengambilan ubat akan diberhentikan untuk sementara waktu bergantung kepada sejauh mana tingkahlaku kanak-kanak ADHD itu tanpa ubat.

MODEL SOSIALModel Sosial bagi masalah kecacatan yang merangkumi masalah ADHD merupakan satu pandangan daripada perpekstif yang berbeza tentang kecacatan menggantikan pandangan lama iaitu Model Perubatan. Ianya telah diperkembangkan dari semasa ke semasa oleh ahli-ahli akademik sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebab-sebab keperluan Model SosialPandangan lama tentang kecacatan dikenali dengan Model Perubatan. Ianya masih diperlukan oleh pengamal perubatan tetapi bagi mereka yang lain ianya sudah kurang sesuai.Model Perubatan memberi tumpuan terhadap penyakit dan kecacatan. Ianya melihat kepada perbezaan

13

seseorang itu berbanding dengan orang lain. Oleh itu ianya lebih menjurus kepada mencari punca-punca penyakit. Ianya juga mendefinisikan dan mengkategorikan keadaan yang dialami oleh seseorang pesakit dan kemudiannya membuat penilaian yang pelbagai.

Kesemua ini perlu didalam mendiagnosis, prognosis, rawatan dan pencegahan. Walaupun begitu ianya kurang relevan kepada kehidupan seharian seseorang yang mengalami kecacatan seperti ADHD.Mereka yang mengidap ADHD mengetahui bagaimana rasanya mengidap ADHD. Mereka tidak perlu mengetahui sama ada ADHD mereka itu ditahap rendah, sederhana atau kuat. Model Perubatan lebih kepada perkara-perkara yang praktikal.

Model Perubatan memberi penekanan untuk menjadikan seseorang yang mengalami ADHD itu sama seperti orang yang normal. Oleh itu Model Perubatan ini kurang bersifat kemanusiaan tetapi lebih kepada simtom dan rawatan. Model Perubatan menyebabkan manusia takutkan ADHD kerana ianya memberi penekanan terhadap keadaan mereka dan bukan siapa mereka. Perbezaan yang terdapat pada Model Sosial

Model Sosial meletakkan seseorang itu di bahagian yang paling hadapan. Ia menekankan kemuliaan, ketidakbergantungan dan pilihan. Konsep Model Sosial ialah kekurangan disebabkan oleh kecacatan seperti ADHD berpunca daripada masyarakat itu sendiri dan bukannya orang yang mengalami ADHD itu atau kecacatan lainnya. Adakah kelainan yang terdapat pada seseorang menyebabkan kecacatan. Jawapannya tidak. Tetapi pilihan masyarakat terhadap keadaannya meletakkannya dalam kategori cacat atau sebaliknya. Apabila kehidupan mereka berbeza daripada orang normal, maka dianggap cacat. Sebagai contoh remaja yang mengidap ADHD yang belajar di dalam kelas normal, dia memerlukan kaedah pengajaran yang berlainan tetapi guru tidak berkemampuan untuk itu, maka dia dikatakan mengalami masalah pembelajaran.

Bagi Model Sosial ini, kecacatan seperti ADHD masih lagi merupakan satu masalah.

Daya tumpuan yang lemah, bersifat agresif dan lain-lain memberi kesan negetif kepada orang lain disekeliling mereka.Walaubagaimanapun mereka yang mengalami kecacatan seperti ADHD sedikit sebanyak masih boleh lagi membuat apa yang orang normal boleh buat sekiranya

14

mereka diberi peluang. Idea utama Model Sosial ini adalah kepada memberi peluang terhadap golongan ini dan mengenepikan halangan yang dibuat oleh masyarakat. Halangan-halangan ini membentuk diskriminasi terhadap golongan malang ini. Penghapusan diskriminasi ini pula memerlukan banyak pendekatan dan pandangan yang bersesuaian dengan cara sesebuah masyarakat itu di organisasikan. Halangan-halangan ini wujud didalam pendidikan, system teknologi dan maklumat, persekitaran pekerjaan, khidmat sokongan kesihatan dan social, kenderaan, perumahan dan bangunan awam. Nilai yang begitu rendah diletakkan terhadap golongan ini di dalam filem-filem di televisyen dan juga di dalam media cetak lainnya juga merupakan halangan. Model Sosial juga mengambilkira kewujudan golongan ini sebagai sebahagian daripada isi sektor ekonomi, persekitaran dan juga kebudayaan sesebuah masyarakat itu.

Sebagai contoh, bagi mereka yang mengalami ADHD, tanpa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul mereka akan mengalami masalah pembelajaran dan dianggap lemah. Mereka sukar mendapat rakan sebaya yang baik kerana mereka dianggap mengalami masalah pembelajaran seperti masih sukar membaca walaupun sudah di Tahun 4. Mereka juga tidak mampu untuk memasuki pelbagai pertandingan yang memerlukan keupayaan membaca dan menulis yang baik di sekolah. Kadangkala ADHD ini juga membahayakan mereka semula. Tetapi apabila guru biasa di beri pendekatan untuk mengajar murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah Aliran Perdana, maka mereka akan dapat mencapai tahap yang sama dengan murid lain di Aliran Perdana. Oleh itu dapatlah mereka kehidupan seperti yang mereka mahukan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan membuat pilihan tentang kehendak mereka sendiri.

15

(c ) Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Dibawah adalah beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengandalikan murid ADHD:

1.Menggunakan kaedah interaksi yang sesuai untuk murid ADHDGuru perlu menyatakan cara-cara berinteraksi yang diterima oleh guru dan murid-murid lain. Walaubagaimanapun guru tidak boleh menyatakan perkara ini secara bersemuka dengan murid itu tetapi hendaklah menyatakannya dihadapan murid-murid lain.Ini untuk mengelakkan rasa tidak puas hati yang mungkin akan membangkitkan emosi yang tidak sepatutnya. Tekanan yang diterima memungkinkannya untuk melakukan sesuatu secara agresif tanpa disedarinya.

Jika tahap ADHD yang lebih tinggi di alami oleh kanak-kanak itu, guru bolehlah duduk disebelahnya dan menyatakan apakah tingkah laku yang diterima dan tingkah laku yang tidak diterima di dalam kelas dan juga di sekolah secara keseluruhannya. Pada masa ini guru bolehlah menyatakan sejelas mungkin matlamat yang perlu dicapai oleh murid ADHD berkenaan disekolah. Disini guru bolehlah menyatakan kepada murid agar dia mengawal tingkahlakunya semampu boleh agar matlamatnya datang ke sekolah setiap hari tercapai.

Guru hendaklah menggunakan pujian yang jelas ke atas sesuatu kejayaan yang ditunjukkan oleh murid. Sebagai contoh, murid ADHD yang dapat menjawab soalan yang dengan betul, kata-kata pujian atau hadiah kecil yang murah diberi kepadanya. Guru juga hendaklah menerapkan rasa penghargaan kepada murid ADHD bahawa pujian dan hadiah yang diberikan sungguh bermakna di dalam hidupnya. Oleh itu dia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkannya.

Semasa PdP di dalam kelas guru hendaklah memasukkan murid ADHD ini ke

dalam satu kumpulan kecil sekiranya PdP guru memerlukan murid duduk di dalam kumpulan. Guru juga perlu menjelaskan kepada murid matlamat yang perlu dicapai oleh murid ADHD itu semasa duduk di dalam kumpulan. Guru juga perlu mengulanginya

16

beberapa kali sepanjang PdPnya kerana murid ADHD mudah diganggu oleh persekitaran dan mudah lupa dengan apa yang dikehendaki oleh guru. Guru juga boleh mengingatkan murid-murid lain di dalam kumpulan itu agar bekerjasama dengannya dan tidak membuat perkara-perkara yang akan menyebabkannya hilang tumpuan. Oleh itu guru perlu mahir dalam menetapkan peserta di dalam kumpulannya yang mempunyai tingkah laku yang sesuai dengan tingkah laku murid ADHD tersebut. Sebagai contoh murid ditempatkan bersama beberapa orang murid yang boleh memberi bimbingan kepadanya tetapi pasif di dalam kelas. Mereka juga diingatkan agar sentiasa berinteraksi dengannya kerana murid ini mudah berkhayal dan tidak dapat menyiapkan kerja.

Sepanjang PdP, guru perlu mengenalpastikan kekuatan murid ADHD tersebut dan memastikan agar murid lain mengetahuinya agar murid ADHD itu tidak diketepikan oleh murid lain kerana adanya tanggapan positif.

Guru juga boleh menggunakan kaedah main peranan sebagai salah satu daripada aktiviti PdPnya dan guru hendaklah menekankan kemahiran spesifik yang dikehandaki kepada murid ADHD itu.

2.Kemahiran pengurusanGuru bolehlah menyediakan tugasan murid dan memintanya membawa pulang ke rumah. Jika murid berkeupayaan untuk menyalinnya daripada papan putih maka bagi pelajaran bahasa, cara ini lebih berkesan.

Guru juga bolehlah menyediakan senarai semak kepada ibu bapa tentang persediaan

murid untuk ke sekolah keesokan harinya. Guru juga perlu pastikan ibu bapa atau penjaga murid mempunyai Jadual Waktu Kelas.

Murid ADHD juga tidak boleh diberi pebagai arahan tugasan. Mereka hanya

boleh diberi satu arahan tugasan sahaja. Apabila tugasan itu berjaya disiapkan maka arahan tugasan yang lain dikemukan kepadanya. Terdapat juga murid ADHD yang mempunyai kemampuan yang baik tetapi terhalang dengan kecacatan mereka. Oleh itu

17

guru bolehlah memberi tugasan pada aras yang sesuai dengan murid tersebut. Tugasan yang rendah daripada tahap kemampuan akan menyebabkan murid cepat berasa bosan dan meninggalkan tugasan tersebut.

Murid ADHD boleh digalakkan menggunakan computer untuk membuat sesuatu tugasan dan mencetaknya juga. Penggunaan computer menjadikan murid ini memeberi lebih tumpuan dan menyebabkannya berasa lebih menyeronokkan.

3.Masalah tumpuan murid ADHDDaya tumpuan yang sukar diberikan oleh murid ADHD menyebabkannya mudah berkhayal atau beralih kepada perkara-perkara lain. Oleh itu guru boleh meminta murid untuk menyiapkan semua tugasan di sekolah. Walaubagaimanapun adalah penting untuk guru memberitahu ibu bapa atau penjaga tentang perkara ini.Ini penting bagi mengelakkan ibu bapa atau penjaga daripada berasa bimbang dan membuat aduan kepada guru besar. Lagipun disebabkan ianya menjadi rutin murid untuk balik lambat setiap hari maka dapatlah ibu bapa atau penjaga menyediakan pengangkutan balik kepada anaknya.

Semasa membuat kerja di dalam kelas, guru perlu menetapkan jangka masa yang

sesuai untuk murid ini menyiapkan tugasan yang diberi. Sekiranya masa yang diberi tidak sesuai guru perlu memberi masa tambahan kepadanya. Guru boleh menggunakan kata-kata motivasi agar murid ADHD lebih cepat menyiapkan tugasan tersebut. Seboleh-bolehnya guru perlu membuat murid ADHD tersebut tidak berasa rendah diri dengan kelembapannya dan juga cuba menutup kelembapan itu daripada menjadi bahan ejekan murid-murid lain.

Soalan-soalan yang diberikan perlulah ringkas. Ini kerana daya tumpuan yang

singkat menyebabkan murid ini tidak mampu memberi konsentrasi terhadap soalan-soalan aras tinggi. Soalan yang ringkas memungkinkan mereka merasai kejayan tetapi perlu diberi dengan kerap. Bagi yang mempunyai masalah ADHD diperingkat yang lebih kritikal, satu soalan sudah mencukupi dan apabila soalan itu sudah dijawab guru bolehlah meneruskannya dengan soalan yang lain.

18

Bagi memastikan perkembangan murid ADHD ini, soalan yang diberi perlu

diulang-ulang dalam bentuk yang lain. Soalan yang berulang-ulang membolehkan mereka memahami sesuatu konsep yang diberikan.

Guru juga boleh menyediakannya seorang rakan untuk membantunya menjawab

soalan sekiranya murid ini menghadapi masalah mencatat. Perkara paling penting ialah guru sentiasa berada berdekatan dengannya bagi membolehkan objektif murid itu tercapai.

4.Sikap impulsifGuru hendaklah bersikap realistik terhadap tingkah laku murid ADHD. Guru juga tidak boleh mengharapkan murid ini menjadi seperti kanak-kanak lain kerana kelainan yang ada padanya. Bagi mengajar murid mengulangi tingkah laku yang baik, maka guru bolehlah memberi puji-pujian dan hadiah seperti gula-gula kepada murid.Sebagai contoh, guru memberikan hadiah sebatang pensel kepada murid sekiranya murid itu tidak berjalan-jalan di dalam kelas dan duduk di tempatnya dalam tempoh masa yang tertentu atau sehingga kerjanya siap.

Guru juga tidak boleh begitu memberi tekanan terhadap perkara-perkara kecil

yang dilakukan oleh murid ADHD tetapi lebih memberi focus terhadap perkara-perkara yang lebih menganggu seperti bergadoh atau cuba mencederakan murid lain. Jika guru tidak mengabaikan perkara-perkara kecil yang dilakukannya maka seluruh proses PdP guru akan terganggu kerana masa banyak digunakan untuk memberi perhatian kepadanya.Dengan itu guru-guru perlu mendidik murid-murid normal yang lain terhadap tindakan yang boleh mereka buat selagi tidak menyentuh anggota badan murid ADHD tersebut bagi mengatasi tingkahlaku negetif murid ADHD yang mengganggu tumpuan mereka terhadap PdP. Walaubagaimanapun memulaukan murid ini bukanlah satu langkah yang bijak kerana ianya akan mendatangkan kesan emosi yang buruk terhadap kanak-kanak yang bertindak luar kawalan ini.

19

Walaupun terdapat tingkah laku murid yang diluar kawalannya, tetapi guru tidak tahu tingkah laku yang manakah yang berada dibawah kawalannya atau diluar kawalannya. Oleh itu respon negatif terhadap tingkahlaku yang tidak diingini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu murid ini tidak lagi mengulangi tingkahlaku itu. Respon negetif seperti dendaan perlu diberi secara langsung sebaik sahaja murid ini melakukannya. Penangguhan membuatkan murid mungkin lupa dengan kelakuannya dan memungkinkan dia berasa dirinya teraniaya dengan dendaan yang diberi oleh guru.

Guru juga boleh membuat sedikit jadual atau memberitahu murid ADHD itu tentang bilakah dia boleh meninggalkan tempat duduknya untuk melepaskan tenaganya. Murid boleh dibenarkan untuk berada diluar kelas selama beberapa minit kemudian guru hendaklah memanggilnya semula untuk berada didalam kelas. Guru boleh juga meminta murid itu naik dan turun tangga beberapa kali apabila murid kelihatan gelisah dan tidak mampu lagi berada ditempat duduknya. Selain daripada itu murid ADHD tersebut boleh diminta untuk menyapu kelas, mencuci papan putih dan sebagainya.

5.Ekspresi EmosiDalam hal ini guru bolehlah berbincang dengan ibu bapa tentang perasaan kecewanya. Bagi masalah tumpuan dan perhatian boleh diperhatikan sendiri oleh guru yang mengajar. Apabila guru telah mengetahui bila fokusnya akan hilang maka guru bolehlah menyediakan aktiviti lain kepada kanak-kanak ADHD tersebut. Ini kerana mengenakan denda tidak akan membawa apa-apa perkembangan kepada pendidikannya sebaliknya akan membuatkannya rasa gagal dan kecewa. Apabila murid berasa kecewa maka guru boleh membuat sesuatu tindakan agar rasa kecewanya hilang ataupun terus berbincang dengan murid. Membuat murid itu suka dengan guru adalah penting agar pengajaran guru menjadi lebih berkesan.

Rasa kecewa murid ADHD ditunjukkan melalui rasa tingkahlakunya atau melalui

perkataannya.Guru boleh menyediakan satu label iaitu kecewa dan memintanya menunjukkan label itu setiap kali dia berasa kecewa. Apabila murid menunjukkan label tersebut guru perlu mengambil tindakan yang wajar dan jangan membiarkannya kerana

20

perasaan kecewanya boleh mengubahnya menjadi agresif. Cara ini dapat mengurangkan tekanannya secara lisan dan bukan tingkahlaku.

Guru perlu mengajar murid ADHD tentang konsep marah yang sihat. Murid jenis

ini perlu didedahkan dengan peraturan marah yang baik seperti berbincang dengan orang yang dimarahinya dengan segera dan menggunakan perkataan yang baik apabila berhadapan dengan orang yang dimarahinya. Perkataan kamu hendaklah digantikan dengan saya atau kami. Ini akan mengurangkan rasa marahnya.

Kehilangan kawalan membawa kepada tekanan dan seterusnya pemprotesan.

Oleh itu guru perlu membimbing murid terhadap semua aspek kehidupan yang dapat dikawalnya seperti memilih tugas-tugas kecil di dalam kelas yang diminatinya. Sebagai contohnya menghantar buku latihan kepada guru, menyapu sampah dan lain-lain yang boleh dikawal.Rasa kawalan terhadap persekitaran dapat membantu mereka menstabilkan emosi mereka.

21

BibliografiBuku Ilmiah1. Davies B., 2011. How To Help Your Child With ADHD, Surrey : Crimson Publishing

2. Bull, S.L., and Solity, J.E., 1987. Classroom Management Principles To Practice, London : Croom Helm.

3. Aird, R. 2001. The Education And Care Of Children With Severe, Profound And Multiple Learning Difficulties, London : David Fulton Publishers.

4. Edward M.H., 2007. John J.R., Driven To Distraction : Recognizing and Coping with Attention Deficit Disorder from Childhood Through Adulthood, London : Touchstone Publishing

5. Pamela P., Marta F., Meg P., 2009. I Can't Sit Still!: Living with ADHD, Hampshire : Published by Barrons Educional Series

6. Sam G., Allie D., 2009. Some Children Just Cant Sit Still!, Essex : Published by Specialty Press/A.D.D. Warehouse

7. Annette U.R., 2007. Attention Deficit Hyperactivity Disorder in Children And Adults, Yorkshire : Hogrefe And Huber Publishing

Jurnal1. Phillips A. et. All, 2005. Unravelling the complexity of attention-deficit hyperactivity disorder: a behavioural genomic approach. The British Journal of Psychiatry.

2. Sydney C., Francis L., 2007. Occupational Therapy for Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Part 1: A Delineation Model of Practice. British Journal of Occupational Therapy September 2007 70(9).

3. Sanford N., 2013. Are ADHD Medications Overprescribed? The Wall Street Journal.

4. Mohammed M. Alqahtani, The Comorbidity of ADHD in the General Population of SaudiArabian School-Age Children. Journal Of Attention Disorders.

22

Sumber Internet1. Jim H., Treatment Of ADHD In Children (laman web), diambil pada Mac 2013 daripada http://psychcentral.com/lib/2012/treatment-of-adhd-in-children/2. Causes Of ADHD (laman web), diambil pada Mac 2013 daripada http://www.myadhd.com/causesofadhd.html3. Possible Causes Of ADHD (laman web), diambil pada Mac 2013 daripada http://www.adhd.org.nz/cause1.html4. Martin B., Causes of Attention Deficit Disorder (ADHD), diambil pada Mac 2013 daripada http://psychcentral.com/lib/2007/causes-of-attention-deficit-disorder-adhd/5. Pamela D.W., Attention Deficit Disorder in Children: Developmental, Parenting, and Treatment isssues, diambil pada Mac 2013 daripada http://www.wrightslaw.com/advoc/articles/ADD_in_Children_Developmental_Issues.html

23