8
KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 4 : MENYAPU DI ATAS KHUF Andalus Corporation Pte Ltd

KBM 1 FIQH ISLAMI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 1 FIQH ISLAMI. BAB 4 : MENYAPU DI ATAS KHUF. DALIL YANG MEMBOLEHKAN MENYAPU KHUF. Khuf ialah sejenis kasut yang menutupi dari hujung kaki hingga ke buku lali. Dalam hadis daripada Jarir r.a.: - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: KBM 1  FIQH ISLAMI

KBM 1 FIQH ISLAMI

BAB 4 : MENYAPU DI ATAS

KHUF

Andalus Corporation Pte Ltd

Page 2: KBM 1  FIQH ISLAMI

2007 KBM 1 FIQH BAB 4 2

DALIL YANG MEMBOLEHKAN MENYAPU KHUF

Khuf ialah sejenis kasut yang menutupi dari

hujung kaki hingga ke buku lali.

Dalam hadis daripada Jarir r.a.:

“Aku lihat Rasulullah s.a.w.buang air

kemudian berwuduk dan baginda menyapu

di atas dua khufnya.”

Page 3: KBM 1  FIQH ISLAMI

2007 KBM 1 FIQH BAB 4 3

SYARAT-SYARAT MENYAPU KHUF

1) Kedua-duanya dipakai setelah wuduk yang sempurna (iaitu dipakai dalam keadaan berwuduk .

2) Kedua-dua khuf itu harus kuat dan boleh digunakan untuk berjalan.

3) Kedua-duanya hendaklah suci atau dari kulit bangkai yang telah disamak.

4) Kedua-duanya mesti menutupi dua kaki bahagian yang wajib dibasuh.

Page 4: KBM 1  FIQH ISLAMI

2007 KBM 1 FIQH BAB 4 4

CARA MENYAPU KHUF

Memadai menyapu di bahagian atas khuf. Jika disapu di bawah, di tumit atau tepi, maka hukumnya tidak sah.

Menyapu khuf memadai hanya sekali sapu, tidak perlu diulang 3 kali seperti wuduk.

Page 5: KBM 1  FIQH ISLAMI

2007 KBM 1 FIQH BAB 4 5

Orang yang bermukim dibenarkan menyapu khuf sehari semalam jika dalam keadaan berhadas.

Orang yang bermusafir diharuskan menyapu khuf selama tiga hari tiga malam dalam keadaan berhadas juga.

TEMPOH MENYAPU KHUF

Page 6: KBM 1  FIQH ISLAMI

2007 KBM 1 FIQH BAB 4 6

PERKARA YANG MEMBATALKAN MENYAPU KHUF

1 )Menanggalkan khuf

Menanggalkan di sini bermaksud menanggalkan sebelah khuf saja atau kedua-duanya atau tertanggal sendiri seperti khuf itu terlalu besar atau tidak boleh disapu lagi kerana koyak.

Page 7: KBM 1  FIQH ISLAMI

2007 KBM 1 FIQH BAB 4 7

PERKARA YANG MEMBATALKAN MENYAPU KHUF

2) Habis masa menyapu

Yang dimaksudkan adalah apabila tiba had sehari semalam bagi yang bermukim, dan tiga hari tiga malam bagi yang bermusafir.

Page 8: KBM 1  FIQH ISLAMI

2007 KBM 1 FIQH BAB 4 8

PERKARA YANG MEMBATALKAN MENYAPU KHUF

3) Kedatangan perkara yang mewajibkan mandi.

Batal menyapu khuf apabila kedatangan sesuatu yang mewajibkan mandi seperti mandi junub, haid dan nifas. Jika berlaku demikian, hendaklah ditanggalkan khuf, kemudian bersuci barulah dipakai semula.