7
Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali. Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Israk dan Mikraj Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga. Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133: Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman: Mereka berehat di dalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13) Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan

Keadaan Di Syurga

  • Upload
    aza88

  • View
    9

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

syariah

Citation preview

Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali. Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Israk dan MikrajKetika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga. Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133: Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman: Mereka berehat di dalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13) Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar). Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim). Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun. Sungai-Sungai di Syurga Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda: Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu. Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:

Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga.

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan,

Keadaan di SyurgaABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah saw daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "Satu bata daripada emas dan satu bata daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. Siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya." Nabi bersabda lagi bermaksud: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin hakim) yang adil. Orang puasa ketika berbuka. Orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan, lalu berfirman: Demi kemuliaan dan kesabaran-Ku, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya." Abu Hurairah berkata lagi, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun tidak putus naungannya. Bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). "Dan dalam syurga, kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka daripada kesenangan yang memuaskan hati sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan daripada api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung." Ibn Abbas berkata: "Sesungguhnya dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan zafaran, sedangkan tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan, maka semua bidadari asyik kepadanya. Andaikan ia berludah dalam laut, tentu menjadi tawar airnya, tercantum pada lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku." Mujahid berkata: "Bumi syurga daripada perak dan tanahnya daripada misik dan urat pohonnya daripada perak, sedang dahannya daripada mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu. Maka, siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring." Abu Hurairah berkata lagi: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad. Ahli Syurga Tidak TuaSesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, seperti dulu di dunia bertambah tua." Abul-Laits pula meriwayatkan dengan sanadnya daripada Shuhaib berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka, Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihat-Nya, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah." Hari Jumaat di SyurgaAnas bin Malik berkata: "Jibril datang kepada Nabi membawa cermin putih yang di tengahnya ada titik hitam, maka Nabi bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada pada Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (Kristian). Dan ada saat pada Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu, pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah daripada suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). "Nabi bertanya: "Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar daripada nur (cahaya) yang diduduki oleh nabi. Dan ada mimbar-mimbar daripada emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki siddikin suhada dan salihin, sedangkan ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu, berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). "Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumah-Ku dan Aku muliakan kamu. Kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zat-Nya, maka tidak ada hari yang mereka suka seperti Jumaat, kerana mereka berasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka."Nikmat Makanan di SyurgaDalam riwayat lain Allah menyuruh malaikat: "Berikan makan kepada wali-Ku, maka dihidangkan pelbagai makanan, maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga apabila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hamba-Ku, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai. "Maka, Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta reda-Mu, Kami minta reda-Mu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripada-Ku, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. "Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih daripada semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok daripada yang biasa.Syurga itu Bertingkat-Tingkat Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan). Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.