6
Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, "Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar", IBS Buku Sdn. Bhd, Petaling Jaya, Selangor,1990,hlm. 54-63, mengupas secara terperinci kebangkitan pelajar Islam Malaysia di England. Tulisan ini sebahagian daripada kewajipannya untuk memenuhi ijazah sarjana di Fletcher School of Law and Diplomacy, University Tufts pada tahun 1986. Menurut Profesor Michael Leifer, London School of Economics and Political Science, " Buku ini memerihalkan satu dimensi penting tentang kebangkitan semula Islam di Malaysia secara tepat,jelas, tepat dan berwibawa.Semua yang mengkaji politik Malaysia akan mendapat manfaat membacanya". - ulasan bebas [email protected] URL asal: http://idealis-mahasiswa.tripod.com/artikel- harian/may2002/06may03.html oleh Zainah Anwar Satu dorongan yang sama penting ke arah kebangkitan semula Islam di Malaysia datang daripada pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di pelbagai universiti dan institusi pengajian tinggi di Britain. Bersama-sama sistern kuota di universiti-universiti tempatan yang bertujuan menambahkan bilangan pelajar Melayu, satu aspek kembar usaha kerajaan untuk menyusun semula masyarakat dan memulihkan kedudukan sosioekonomi orang Melayu ialah dengan menghantar ramai pelajar Melayu dari sekolah-sekolah menengah dan universiti-universiti serta ahli-ahli profesional dan pentadbir Melayu ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran. la adalah sebahagian daripada usaha untuk menghasilkan secepat dan seramai mungkin pakar berbangsa Melayu yang berkelayakan dalam bidang sains dan teknologi serta ahli profesional dalam bidang-bidang lain untuk menandingi orang Cina. Pada masa ini, pelajar Malaysia merupakan pelajar asing yang paling ramai di Britain, Australia dan New Zealand dan ketiga paling ramai di Amerika Syarikat. Tetapi pada tahun 1970-an, kebanyakan pemegang biasiswa kerajaan telah dihantar ke England, dan di sanalah ramai daripada mereka terdedah buat pertama kalinya kepada erti Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 · PDF fileKebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, ... Beliau mendapat pendidikan dari Institut

  • Upload
    letuong

  • View
    218

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 · PDF fileKebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, ... Beliau mendapat pendidikan dari Institut

Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79

Zainah Anwar dalam bukunya, "Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar", IBS Buku Sdn. Bhd, Petaling Jaya, Selangor,1990,hlm. 54-63,

mengupas secara terperinci kebangkitan pelajar Islam Malaysia di England. Tulisan ini sebahagian daripada kewajipannya untuk

memenuhi ijazah sarjana di Fletcher School of Law and Diplomacy, University Tufts pada tahun 1986. Menurut Profesor Michael Leifer,

London School of Economics and Political Science, " Buku ini memerihalkan satu dimensi penting tentang kebangkitan semula Islam di Malaysia secara tepat,jelas, tepat dan berwibawa.Semua yang mengkaji politik Malaysia akan mendapat manfaat membacanya". - ulasan bebas

[email protected]

URL asal: http://idealis-mahasiswa.tripod.com/artikel-harian/may2002/06may03.html

oleh Zainah Anwar

Satu dorongan yang sama penting ke arah kebangkitan semula Islam di Malaysia datang daripada pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di pelbagai universiti dan institusi pengajian tinggi di Britain. Bersama-sama sistern kuota di universiti-universiti tempatan yang bertujuan menambahkan bilangan pelajar Melayu, satu aspek kembar usaha kerajaan untuk menyusun semula masyarakat dan memulihkan kedudukan sosioekonomi orang Melayu ialah dengan menghantar ramai pelajar Melayu dari sekolah-sekolah menengah dan universiti-universiti serta ahli-ahli profesional dan pentadbir Melayu ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran. la adalah sebahagian daripada usaha untuk menghasilkan secepat dan seramai mungkin pakar berbangsa Melayu yang berkelayakan dalam bidang sains dan teknologi serta ahli profesional dalam bidang-bidang lain untuk menandingi orang Cina.

Pada masa ini, pelajar Malaysia merupakan pelajar asing yang paling ramai di Britain, Australia dan New Zealand dan ketiga paling ramai di Amerika Syarikat. Tetapi pada tahun 1970-an, kebanyakan pemegang biasiswa kerajaan telah dihantar ke England, dan di sanalah ramai daripada mereka terdedah buat pertama kalinya kepada erti Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Page 2: Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 · PDF fileKebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, ... Beliau mendapat pendidikan dari Institut

Memang mungkin peristiwa-peristiwa yang menyelubungi rusuhan 13 Mei itu telah mengakibatkan suasana genting yang melahirkan kebangkitan semula Islam di Universiti Malaya. Tetapi bolehlah dikatakan bahawa kejutan budaya disebabkan perubahan mendadak daripada latar belakang luar bandar atau bandar yang bercorak tradisional kepada suasana kebaratan yang asing dengan budaya yang berbeza serta nilai-nilai sosial dan moral yang liberal, menyebabkan pelajar-pelajar Melayu berasa terpencil, kurang yakin, memulaukan diri serta tidak berupaya. Serupa dengan suasana baru, nilai-nilai baru serta standard akademik yang baru yang mengakibatkan rasa cemas di kalangan pelajar baru dari luar bandar di kampus universiti di Kuala Lumpur, mereka yang baru tiba di kampus-kampus di England itu lebih rela menjadi sebahagian daripada kumpulan yang dapat memberi mereka perasaan selamat, identiti dan kumpulan yang mereka kenal. Islam mewakili apa yang mereka kenal, memberikan mereka suatu bahasa serta perbendaharaan kata yang khusus, dengan gambaran, tanggapan serta impian yang dipunyai bersama, dan satu pandangan dunia yang sungguh tersusun yang dapat mereka paut dan percayai di tengah-tengah suasana asing tempat mereka berada itu. Dalam Islam, mereka menemui identiti, kestabilan serta kesepaduan yang mereka perlukan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru itu.

Sungguhpun kebangkitan semula Islam yang bermula di Malaysia berkembang secara beransur-ansur, mengikut garis ABIM yang sederhana yang mengaku serta menerima tahap penumpuan khidmat yang berbeza-beza kepada Islam, kebangkitan semula Islam yang mempengaruhi pelajar-pelajar Malaysia di England dengan cepatnya bergerak di atas garis radikal. Ini di-sebabkan terutamanya oleh pengaruh ideologi Timur Tengah dan Pakistan yang dianjurkan oleh gerakan Ikhwan Muslimin dan Jamaati-i-Islami yang diasaskan oleh Maududi.

Ketika kerajaan mula menghantar ramai pelajar Melayu ke luar negara pada tahun 1971, sudah ada Kumpulan Pengajian Islam Malaysia (MISG), sebuah organisasi yang berpusat di London yang bergabung dengan Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan Pelajar Islam (FOSIS). Tetapi pada tahun-tahun awal itu, MISG tidak dianggap sebagai gerakan dakwah sepenuhnya. Kegiatan-kegiatannya dijalankan terutama sekali di bawah naungan FOSIS yang bertujuan menambahkan kesedaran pelajar-pelajar Islam terhadap dunia Islam. Oleh sebab FOSIS dikuasai oleh pelajar-pelajar Arab dan Asia Selatan, biasanya perbincangan-perbincangan yang diadakan dalam perhimpunan-perhimpunan memberi tumpuan kepada konflik Arab-Israel serta isu Pakistan dan Bangladesh.

Walau bagaimanapun, beberapa orang pelajar MISG di London sudah mula pergi ke wilayah-wilayah berkenaan untuk menyambut pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur 17 dan 18 tahun yang dihantar oleh kerajaan untuk menamatkan pengajian 'A-level' selama dua tahun sebelum memasuki universiti di Britain. Mereka mengadakan perjumpaan-perjumpaan orientasi dan mengelolakan kumpulan-kumpulan kajian dengan pelajar-pelajar muda ini sambil mengalu-alukan kedatangan mereka ke England dan pada masa yang sama mempengaruhi mereka tentang betapa perlunya Islam sebagai

Page 3: Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 · PDF fileKebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, ... Beliau mendapat pendidikan dari Institut

suatu cara hidup. Hubungan awal ini penting bagi membimbing pelajar-pelajar tersebut melibatkan diri dengan Islam akhirnya.

Tetapi pandangan antarabangsa FOSIS dan pendekatan umumnya ke tahap Islam dikritik oleh pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Seorang bekas pengikut Imaduddin yang pergi ke England untuk mengikuti pengajian Sarjana Kejuruteraan berkata:

FOSIS bercakap tentang Islam secara abstrak. Mereka kata Islam suatu cara hidup, tetapi mereka tidak berusaha mentakrifkan Islam secara praktik. FOSIS lebih terlibat dengan prinsip-prinsip umum Islam, dan fahaman umum tentang Islam sebagai suatu cara hidup.

Perasaan tidak puas hati dengan FOSIS, telah memungkinkan kemunculan dua gerakan dakwah Malaysia, iaitu Suara Islam dan Majlis Perwakilan Islam (IRC), kedua-duanya ditubuhkan pada awal tahun 1975 oleh pelajar-pelajar di Brighton, tempat terletaknya Universiti Sussex dan Maktab Teknik Brighton yang kedua-duanya menjadi tumpuan pelajar Malaysia yang paling ramai di England.

Di Universiti Sussex yang pada masa itu sudah pun menjadi pusat pendekatan Dunia Ketiga dan kajian pembangunan yang baru dan lebih progresif, pelajar-pelajar Malaysia dipengaruhi Javed Ansari, seorang ahli Jamaati-i-Islam berbangsa Pakistan yang ketika itu menjadi pensyarah sambilan mata pelajaran ekonomi antarabangsa. Menurut Kamaruddin Jaafar, seorang penuntut sains politik pada masa itu, Ansari memberi tafsiran radikal tentang Islam kepada pelajar-pelajar Malaysia, dengan mendedahkan bukan sahaja ajaran-ajaran Maududi malah membandingkannya dengan pemikiran Mao dan Lenin. Pada masa Kamaruddin meninggalkan England dalam tahun 1974, pelajar-pelajar tersebut sudah mula menjauhkan diri dari FOSIS dan MISG dan sedang menuju ke arah penubuhan Suara Islam dan IRC. Kamaruddin memang sudah berusaha untuk menubuhkan sebuah kumpulan ABIM, tetapi cadangannya itu ditolak oleh MISG yang terikat dengan peraturan-peraturan FOSIS. Kamaruddin Jaafar berkata:

FOSIS merupakan perhimpunan semua pelajar Islam - pelajar Saudi, Pakistan, Arab yang lain - dan walaupun bilangan pelajar Malaysia jauh lebih besar dan telah menjalankan kebanyakan kerja pengelolaan, orang Arab dan Pakistan menguasai kami dan isu Arab serta Pakistanlah yang menjadi tumpuan kami. Tidak banyak perbincangan tentang isu Malaysia. Pelajar-pelajar lain berpendapat FOSIS tidak memadai untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka lebih mengutamakan keperluan menyiapkan diri agar dapat meneruskan perjuangan Islam sekembalinya mereka ke tanahair.

Pada awal tahun 1975, Suara Islam ditubuhkan di bawah pengaruh Javed Ansari. Selaras dengan ajaran Maududi, gerakan tersebut percaya bahawa penubuhan sebuah negara Islam yang unggul bergantung pada wujudnya sekumpulan orang Islam tulen yang dapat mengambil alih kuasa. Dengan demikian, ahli-ahli Suara Islam bersungguh-sungguh menyiapkan kerja-kerja dasar di England untuk menubuhkan Parti Revolusi Islam sekembalinya mereka ke Malaysia. Seperti Jamaati-i-Islam, ia tidak menjadi gerakan yang

Page 4: Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 · PDF fileKebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, ... Beliau mendapat pendidikan dari Institut

besar di England, dengan hanya lebih kurang 50 orang ahli setia yang menyediakan teras kepimpinan yang diperlukan untuk memupuk suatu sistem masyarakat Islam. Dengan Javed Ansari membantu merencanakan strategi dan ideologi Suara Islam, gerakan dakwah Malaysia yang baru ini berpendapat bahawa Islam mungkin terlaksana dan berkembang hanya jika kuasa politik berada di tangan sebuah parti Islam. "Kami percaya revolusi Islam perlu dipimpin oleh sebuah parti politik," kata Ishak Ali, seorang pelajar kejuruteraan yang berada di barisan hadapan Suara Islam pada masa itu"

Strategi Suara Islam bermatlamat mencari jalan mengusahakan perjuangan Islam di Malaysia dengan memulakan perjuangan ideologi yang akan menimbulkan konflik asas antara cara Islam dan bukan Islam. Suara Islam mahukan perubahan masyarakat sepenuhnya, menolak tolak ansur dan sikap sederhana, yang menjadi pegangan gerakan-gerakan lain seperti ABIM, sebagai kabur dan hams dihapuskan.

Tidak lama selepas penubuhan Suara Islam di Brighton, lahir pula IRC kerana perbezaan strategi perjuangan Islam mereka. Sungguhpun mereka bersetuju dengan matlamat umum untuk menubuhkan pemerintahan Islam yang sepenuhnya, IRC tidak bersetuju dengan corak konfrontasi terbuka yang diamalkan oleh Suara Islam. Dengan mengikut pegangan Ikhwan Muslimin, IRC percaya bahawa unit-unit sulit yang kecil harus dibentuk sebagai cara terbaik untuk menyebarkan ajaran Islamnya. Strategi mereka ialah untuk menembusi organisasi-organisasi yang sedia ada dan cuba memulakan perubahan dari dalamnya. Tatkala Suara Islam menekankan perjuangan melalui sebuah parti politik Islam, IRC pula menekankan tarbiah (pendidikan), iaitu pcnyebaran agama Islam sebagai satu-satunya pilihan yang membawa kepada jalan yang benar ke arah cara hidup yang sempurna, melalui penubuhan dan penyebaran unit-unit sulit di kalangan para pelajar.

Dalam memberi hierarki nilai-nilai yang tiada tolak ansur serta prinsip-prinsip tingkah laku yang ketat, IRC dan Suara Islam telah dapat memupuk rasa kepastian berkumpulan di kalangan pelajar. Tafsiran mereka tentang Islam, perjuangan mereka yang tegas ke arah masa hadapan yang dijanjikan serta penyertaan dalam membangunkan semula masyarakat di atas landasan Islam, memberi tarikan ideologi yang kuat kepada pelajar-pelajar yang hilang tempat bertapak. Ini tidak dapat diberikan oleh pendekatan FOSIS dan MISG yang umum dan kabur. Oleh yang demikian mereka ditewaskan oleh kedua-dua gerakan baru itu.

Di Englandlah pelajar-pelajar Malaysia mula sekali mengecam kerajaan sebagai bukan Islam. Melalui risalah keluaran Suara Islam bertajuk 'Suara Al-Islam', pelajar-pelajar tersebut mencadangkan penyelesaian-penyelesaian secara Islam bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh Malaysia, mengecam kerajaan sebagai menurut sistem kafir, dan UMNO iaitu parti politik Melayu yang utama di dalam kerajaan Barisan Nasional yang memerintah, sebagai parti nasionalis Melayu yang sekular, oleh itu ia bukan Islam. ABIM juga dikritik sebagai sebuah kumpulan pemulih yang tidak mem-punyai ciri-ciri gerakan revolusioner.

Page 5: Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 · PDF fileKebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, ... Beliau mendapat pendidikan dari Institut

Meskipun Suara Islam lantang bersuara serta terbuka, namun pendekatan IRC menggunakan unit-unit sulit yang bergerak dalam diam mengubah pegangan serta mendidik penyokong-penyokongnya, lebih berjaya mempengaruhi pelajar-pelajar prauniversiti dan mahasiswa-mahasiswa Malaysia. Kini dipercayai bahawa IRC telah mempengaruhi paling ramai pelajar Malaysia dengan corak Islam mereka. Pendekatan mereka yang mutlak terhadap perjuangan Islam - sama ada sese-orang itu orang Islam yang mengamalkan Islam sepenuhnya sebagai cara hidup ataupun dia seorang kafir, sama ada seseorang itu berjuang untuk Islam ataupun dia dianggap tidak beriman, sama ada seseorang itu menyertai suatu kumpulan Islam ataupun dia bukan sebahagian daripada gerakan tersebut - menarik minat pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar sains yang mengjkuti pengajian pra-universiti atau ijazah pertama.

Kesimpulan

Kepulangan kumpulan-kumpulan pelajar Melayu yang terawal dari England pada pertengahan hingga lewat tahun 1970-an, meruap-ruap dengan semangat keagamaan yang baru mereka temui, itulah yang mula-mula sekali menarik perhatian seluruh negara dan menimbulkan kebimbangan kerajaan serta ibu bapa tentang gerakan dakwah ini. Kepulangan anak perempuan Perdana Menteri ketika itu dengan memakai hijab bukan sahaja memeranjatkan Perdana Menteri Hussein Onn, malah juga orang awam dan menyedarkan mereka bahawa gerakan dakwah ini bukan sahaja menjangkiti orang kampung yang berpindah ke bandar, bahkan cukup kuat mempengaruhi anak-anak Melayu muda dari latar belakang kelas pertengahan dan atasan yang telah membesar dalam persekitaran bandar yang sekular dan kebaratan.

Menjelang penghujung tahun 1970-an, kebangkitan semula Islam di Malaysia menjadi semakin radikal. Apa yang dahulunya dikuasai oleh PKPIM dan ABIM yang sederhana itu, kini disaingi kepercayaan-kepercayaan serta strategj yang lebih bersifat radikal yang dibawa oleh pelajar-pelajar yang baru pulang ini yang tersebar di serata tempat kerana kedudukan mereka sebagai pensyarah-pensyarah baru di pelbagai universiti, termasuk Universiti Malaya, Universit Kebangsaan Malaysia dan UTM, sebagai guru-guru sains di sekolah-sekolah menengah berasrama yang didirikan oleh kerajaan khusus untuk pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang, dan sebagai ahli-ahli profesional serta pentadbir di pelbagai jabatan kerajaan. Ketika berkhidmat untuk memenuhi ikatan kontrak mereka dengan kerajaan, mereka juga mula menyebarkan ajaran Islam, suatu pendekatan asasi yang keras dan tegas ke arah perjuangan Islam, lalu membiakkan generasi pengikut-pengikut dakwah yang lebih bersifat radikal di kalangan pelajar universiti dan sekolah menengah yang akhirnya memudarkan pengaruh ABIM yang sederhana itu.

Zainah Anwar adalah seorang penyelidik di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS), membuat penyelidikan tentang kerajaan,politik dan dasar luar negara. Sebelum ini dia pernah menjadi wartawan di The New Straits Times mengkhusus

Page 6: Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 · PDF fileKebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK 1971- 79 Zainah Anwar dalam bukunya, ... Beliau mendapat pendidikan dari Institut

dalam laporan politik dan diplomatik. Beliau mendapat pendidikan dari Institut Teknologi Mara, University Boston dan Fletcher School of Law and Diplomacy, University Tufts.