Kebebasan Tidak Bersifat Mutlak

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Kebebasan Tidak Bersifat Mutlak

    1/3

  • 8/18/2019 Kebebasan Tidak Bersifat Mutlak

    2/3

    Malah kebebasan juga tidak lunak diamalkan sekiranya ia menghina orang lain atau prejudis

    hak orang lain. Kebebasan adalah hak awam dan sekiranya terdapat percanggahan antara

    kepentingan awam serta kepentingan peribadi, kepentingan awamlah yang mengatasi.

    Perlembagaan Persekutuan menyatakan dalam Perkara 10 yang memperihalkan tentang

    kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan dengan jelas menerangkan bahawa sekatan-

    sekatan boleh dikenakan bagi tujuan menjaga hubungan baik dengan negara-negara lain,

    ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan melindungi

    keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan

    menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan.

    Oleh itu dapatlah disimpulkan kebebasan yang dicanangkan dalam Perlembagaan Persekutuan

    sendiri tidaklah bersifat mutlak. Selagi ia antara lain tidak menggugat ketenteraman awam

    membuat fitnah atau seumpamanya ia mesti dibenarkan.

    Berbalik kepada tentangan terhadap ceramah Dr Zakir yang didakwa menghina agama lain

    ataupun memutarbelitkan ajaran agama lain, saya sendiri telah meneliti banyak ceramah beliau

    di internet dan media lain. Saya tidak mendapati bahawa beliau menghina mana-mana agama

    lain. Apa yang diseru oleh beliau adalah merujuk kepada kitab-kitab suci semua agama

     berkenaan. Sekiranya beliau salah mengutip ayat-ayat dalam kitab suci agama lain tampillah

     perbetulkan beliau.

    Apa yang menariknya beliau sendiri mengajak orang bukan Islam sekiranya mahu memahami

    ajaran Islam rujuklah kepada al-Quran dan Hadis sahih, jangan sesekali merujuk kepada orang

    Islam yang tidak menjadi autoriti kepada sumber Islam. Begitu jugalah keadaannya jika ingin

    mengkaji agama Kristian mestilah merujuk kepada Bible, agama Hindu kepada Vedas dan

    kitab-kitab lain, sama juga keadaannya untuk agama Buddha, Yahudi dan lain-lain.

    Merujuk kepada kitab asal sesuatu agama bukanlah suatu penghinaan walaupun dikatakan para

     pendukung agama berhak mentafsirkan kitab-kitab itu sendiri. Namun tiada penjelasan yang

    ditawarkan bagaimana pentafsiran berlawanan itu terpakai dalam amalan agama tertentu.

    Mengatakan bahawa umat Islam arus perdana baru sedar tentang peri pentingnya kebebasan

     bersuara ini adalah suatu yang sangat janggal. Umat Islam arus perdana telah lama menjuarai

  • 8/18/2019 Kebebasan Tidak Bersifat Mutlak

    3/3

    kebebasan bersuara kerana ia sangat sebati dalam ajaran Islam. Sebab itulah dalam Islam

    terdapat  perbezaan pandangan dalam perkara furu’ yang menyebabkan terbentuknya empat

    mazhab fiqh yang utama.

     Namun dalam berbeza pandangan umat Islam menekuni adab dan sopan-santun, sedar akan

     batasan perbezaan tersebut dan tidak berbeza dalam perkara yang asas. Apatah lagi tidak

    mendatangkan kegusaran atau penghinaan kepada pihak yang berada di posisi berlawanan.

    Tiada kebebasan bersifat mutlak, kebebasan mempunyai batasan yang perlu diinsafi.

    * Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

    Dipetik daripada Sinar Harian Online (http://www.sinarharian.com.my/)