25
KEBERKESANAN KAEDAH LATTICE UNTUK MENCARI HASIL DARAB BAGI MURID-MURID TAHAP 2 YANG LEMAH 1.0 PENDAHULUAN Murid-murid sering kali beranggapan bahawa Matematik itu merupakan subjek yang sukar untuk dipelajari dan dikuasai. Kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid juga boleh mengakibatkan mereka tidak mempunyai semangat yang tinggi untuk mempelajari Matematik dan seterusnya belajar sambil lewa sahaja. Sebenarnya, Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang menarik dan mudah difahami. Akan tetapi, kadangkala ia dianggap sebagai satu bebanan yang sukar dipikul oleh sesetengah murid. Di manakah kesilapannya? Adakah berpunca daripada guru, murid itu sendiri atau persekitaran yang tidak memberangsangkan? Tugas guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran Matematik menggunakan pedagogi yang sesuai dan berharap murid-murid akan mempelajari segala ilmu yang disampaikan oleh guru. 1

Keberkesanan Kaedah Lattice Untuk Mencari

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ppg

Citation preview

KEBERKESANAN KAEDAH LATTICE UNTUK MENCARIHASIL DARAB BAGI MURID-MURID TAHAP 2 YANG LEMAH

1.0 PENDAHULUAN

Murid-murid sering kali beranggapan bahawa Matematik itu merupakan subjek yang sukar untuk dipelajari dan dikuasai. Kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid juga boleh mengakibatkan mereka tidak mempunyai semangat yang tinggi untuk mempelajari Matematik dan seterusnya belajar sambil lewa sahaja.Sebenarnya, Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang menarik dan mudah difahami. Akan tetapi, kadangkala ia dianggap sebagai satu bebanan yang sukar dipikul oleh sesetengah murid. Di manakah kesilapannya? Adakah berpunca daripada guru, murid itu sendiri atau persekitaran yang tidak memberangsangkan? Tugas guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran Matematik menggunakan pedagogi yang sesuai dan berharap murid-murid akan mempelajari segala ilmu yang disampaikan oleh guru.Kaedah yang digunakan misalnya bentuk lazim atau kaedah tradisi untuk menjawab soalan darab mengelirukan murid-murid terutamanya sekali bagi murid-murid yang lemah. Mereka akan menghadapi masalah sekiranya mendarab nombor yang besar, menentukan nilai tempat dan sebagainya. Ini menyumbang kepada murid-murid untuk melakukan kesilapan tanpa mereka sedari. Ini kerana, darab menggunakan bentuk lazim memerlukan murid yang betul-betul memahami konsep nilai tempat untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat. Sasaran utama adalah untuk membantu murid-murid mempelajari konsep masteri dan pada masa yang sama memupuk minat dan tingkah laku yang positif terhadap subjek tersebut (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

1.1PengenalanDarab merupakan salah satu operasi asas dalam matematik. Murid-murid mestilah menguasai setiap operasi untuk memastikan mereka dapat menguasai sesebuah topik. Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas Matematik. Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi.

Bagi kajian yang akan saya jalankan ini , saya mendapati murid-murid berhadapan dengan masalah sekiranya ingin mendapatkan jawapan untuk topik pendaraban yang melibatkan nombor besar dan salah mentafsir nilai tempat. Kebanyakan daripada mereka cuai dan melakukan kesalahan yang sama ketika menjawab soalan dengan menggunakan bentuk lazim. Ini merupakan pengalaman saya sendiri semasa mengajar Tahap 2. Nilai tempat puluh bagi pekali mengelirukan kebanyakan murid ketika mendarab untuk menentukan nilai tempat sehinggakan mereka menulis di bahagian nilai tempat sa.

Kajian ini adalah untuk memerhatikan keberkesanan pembelajaran Matematik berasaskan pernyataan masalah yang melibatkan jalan penyelesaian masalah bagi meningkatkan prestasi murid - murid Tahun 5 Tekun dalam mata pelajaran Matematik khususnya topik pendaraban.

Kajian ini juga merupakan kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan kaedah Lattice Method dalam proses pembelajaran fakta asas darab Matematik Tahun 5 Tekun. Dua pendekatan pengajaran akan digunakan sebagai perbandingan iaitu kaedah bentuk lazim dan kaedah lattice method.Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan maksud. Pengajaran berkesan pula merujuk kemampuan guru untuk merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar. Ini bermakna penggunaan atau pendekatan sistematik dalam pengajaran hendaklah ditekankan iaitu dengan memperkenalkan Kaedah Lattice sebagai langkah awal untuk mengajar topik pendaraban. Walaupun keadah Lattice ini termasuk dalam buku teks Tahap 2, saya dapati penekanan tidak diberikan dalam mengajar cara ini kepada pelajar-pelajar lemah. Ini kerana hasil temubual dengan beberapa guru yang mengajar kelas terakhir, mereka berpendapat bahawa kaedah ini mengelirukan dan mengambil masa yang lama. Walau bagaimanapun, saya berpendapat, lebih baik murid itu lambat asalkan jawapannya betul kerana ini akan memotivasikan murid tersebut untuk menjawab soalan-soalan seterusnya.1.2 Refleksi Pengalaman yang laluSebelum kajian ini dijalankan, saya telah membuat analisis terhadap markah keputusan peperiksaan akhir bagi murid-murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di bandar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya mendapati peratus murid yang mendapat gred E dan gred D amat merisaukan(Sila rujuk Lampiran). Apabila saya menemuramah guru yang mengajar murid Tahun 5 ini semasa di Tahun 4, beliau berkata bahawa murid-murid tersebut hanya mampu menjawab kertas satu (soalan objektif) dengan baik kerana mereka boleh memilih jawapan tanpa menunjukkan jalan pengiraan. Tetapi apabila sampai kepada kertas dua (soalan subjektif) mereka tidak dapat menjawab soalan mengikut skema yang disediakan oleh guru.

Pengajaran berkesan dari segi professional menunjukkan kemahiran guru dalam mengajar dan mengaplikasikan pelbagai kaedah mengajar yang memudahkan pemahaman murid, menanamkan minat untuk belajar dalam kalangan murid dan mempunyai pengetahuan yang luas bagi membantu muridnya dalam pembelajaran. Ini juga melibatkan pembelajaran secara aktif iaitu dengan melakukan aktiviti perbincangan mengemukakan soalan, memberi pendapat dan lain-lain yang menunjukkan murid bukan pasif setelah memperkenalkan Kaedah Lattice.

Dengan itu, saya telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan Kajian Tindakan berdasarkan isu yang didapati yang berlaku dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Tekun seramai 24 orang yang juga merukan murid-murid paling lemah dalam aliran. Akan tetapi, saya akan memilih 20 orang murid sebagai responden untuk kajian saya.

Saya akan menyoal murid-murid tentang sifir darab dan mengetahui tindakbalas mereka. Untuk mengalakkan lagi murid-murid mempelajari topik pendaraban, saya bercadang untuk memberi bintang kepada sesiapa yang menghafal atau memberi ganjaran kepada mereka.

Dengan pengalaman yang ada dan perbincangan yang dibuat bersama-sama guru yang mengajar Matematik, saya akan mencari satu kaedah yang lebih sesuai untuk menggantikan kaedah yang sedia diamalkan agar murid-murid dapat menggunakan kaedah ini bagi membantu dan mempermudahkan untuk murid-murid mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh mereka. Dengan itu, saya akan menggunakan Kaedah Lattice ketika proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam pembelajaran topik pendaraban.

1.3 Refleksi Sorotan LiteraturMatematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi juga oleh semua saintis dan bagi penemuan dan ciptaan manusia. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian untuk menyelesaikan pelbagai masalah harian. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan contohnya mengukur jarak, pertukaran wang atau jual beli, membaca jadual atau carta, mengira diskaun, tempoh masa dan sebagainya. Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. Kita sewajipnya menghargai ilmu, kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari sejak diperingkat sekolah sehingga sekarang melalui masalah mahupun secara langsung atau tidak langsung. Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan. Selain itu, matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh, penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains. Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu the building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities, telah memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik yang baru, tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan. (Mok, 2005)

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan Kaedah Lattice dalam menyelesaikan masalah Matematik bagi topik pendaraban dalam lingkungan 1 000 000 untuk murid-murid lemah Tahun 5 dan dapat membantu meningkatkan prestasi murid dalam Matematik. Kajian ini akan meninjau dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan murid-murid ketika menjawab soalan masalah Matematik dan akan mengatasinya dengan menggunakan strategi penyelesaian yang sistematik.

2.1Tinjauan Masalah Selepas menjalankan temubual dengan guru matematik dan meneliti serta menyemak beberapa buku, saya dapati sebahagian murid tidak menguasai bentuk lazim dalam mendarab. Daripada 10 soalan yang diberikan oleh guru, pastinya ada minimum 5 kesalahan yang sama yang dibuat oleh setiap murid. Ini menunjukkan mereka belum mahir menggunakan bentuk lazim bagi mendarab dan kaedah Lattice juga tidak ditekankan untuk mengatasi masalah..2.2 Analisis Masalah2.2.1Penyemakan ujian praBerdasarkan penyemakan ujian pra bagi tajuk pendaraban ini, saya mendapati murid keliru dengan cara pendaraban dan cara menulis hasil darab. Hal ini disebabkan mereka selalu meletakkan digit pada nilai tempat yang berbeza. Sebahagiannya pula, cuai dalam operasi penambahan, kumpul semula dan silap sifir.2.2.2Temu bual dengan guru matematik yang lainTemu bual telah dijalankan dengan menemui guru mata pelajaran bagi mengenal pasti murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran tajuk tersebut. Temu bual juga merangkumi masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam mengajar tajuk pendaraban.

2.2.3Semakan Buku LatihanHasil daripada semakan buku latihan pelajar juga saya dapati pelbagai kesalahan dilakukan. Contoh daripada latihan murid.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1Objektif umumDalam kajian ini, Kaedah Lattice digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam pembelajaran topik pendaraban.3.2Objektif khusus3.2.1Mendapatkan jawapan yang betul dengan menggunakan Kaedah Lattice.3.2.2Menguasai topik pendaraban menggunakan Kaedah Lattice untuk mengira dengan betul dan sistematik.3.3Soalan kajian3.3.1Adakah murid-murid mendapat hasil darab yang betul semasa menggunakan kaedah Lattice? 3.3.2Adakah murid-murid dapat meningkatkan prestasi markah setelah menekankan penggunaan Kaedah Lattice?

4.0 KUMPULAN SASARAN Murid kelas Tahun 5 Tekun, 20 daripada 24 orang murid yang paling lemah melalui pemarkahan peratus iaitu 50% dan kebawah dianggap menghadapi masalah. Pemilihan responden dilakukan dengan menggunakan instrumen Pra Ujian (Lampiran 1) dan juga menemu bual guru subjek tersebut dan semakan buku latihan murid-murid.

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN5.1Perancangan langkah-langkah tindakanSebelum kajian dijalankan, murid-murid diberi Pra Ujian untuk mengenal pasti masalah murid dan bagi memilih responden bagi kajian ini. Ujian ini diberi kepada semua murid tahun lima daripada kelas terakhir seramai 24 orang. Selepas ujian tersebut, saya seterusnya akan mengenal pasti murid yang mengalami masalah dalam memahami tajuk tersebut. Setelah mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui Pra ujian, murid-murid akan didedahkan sesi rawatan iaitu kaedah Team bagi tajuk pendaraban. Kaedah team ini diharap berkesan kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran dalam semangat bekerjasama antara ahli kumpulan. Bukan hanya menggunakan kaedah Team sebaliknya saya turut bercadang untuk menggunakan kaedah Pair yang mana murid-murid bebas memilih pasangan untuk bekerjasama dibawah pemerhatian saya. Saya akan memastikan setiap pasangan yang dipilih berdasarkan pilihan sendiri bekerjasama antara satu sama lain.

Pada hujung sesi rawatan, murid akan diberikan satu ujian pasca bagi mengesan tahap pencapaian murid. Rekod kemajuan murid akan direkod untuk digunakan sebagai salah satu indikator kemajuan. Semasa sesi rawatan, rakaman video akan dibuat untuk merakan interaksi murid dengan rakan dan interaksi murid dengan guru dan segala proses yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman video juga bertujuan untuk memerhati minat murid terhadap kaedah yang digunakan.

5.2Perancangan cara mengumpul data5.2.1UjianUjian pra diberikan kepada murid sebelum rawatan dan pemarkahan diberikan dan direkodkan. Setelah sesi rawatan dan proses pengajaran dan pembelajaran, ujian pasca akan dijalankan bagi menguji tahap pencapaian murid serta direkodkan juga untuk analisis.5.2.2Pemerhatian melalui rakaman videoDalam kajian ini saya akan membuat pemerhatian menggunakan rakaman video. Rakaman video ini berfungsi sebagai pemerhatian saya terhadap aktiviti yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mengkaji tingkah laku murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kumpulan. 5.2.3TemubualSoal selidik ini merangkumi beberapa soalan bagi guru subjek tersebut dan juga murid-murid tahun lima. Keputusan soal selidik ini akan dijadikan sebagai satu sumber rujukan dalam kajian ini.

5.2.4 Siri latihanLatihan akan diberikan dalam bentuk kumpulan, berpasangan dan individu dan secara tidak langsung diharap dapat meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menjawab soalan pendaraban.

5.3Perancangan cara analisi dataAnalisis yang dibuat melibatkan proses yang terperinci dan formal untuk menemukan data dan merumuskan hipotesis seperti yang disarankan dan sebagai usaha untuk membantu kajian ini. Analisis data adalah proses mengorganisasikan dan mengurutkan data kedalam pola, kategori, dan satuan uraian dasar sehingga dapat ditemukan tema dan dapat dirumuskan hipotesis kerja seperti yang disarankan oleh data (Lexy J. Moleong , 2000).5.3.1Analisis ujian Dalam kajian analisis ujian, prestasi murid dalam ujian akan direkodkan dari mula sejak Ujian Pra hingga Ujian Pasca. Markah ujian pra akan menunjukkan prestasi mereka sebelum pembelajaran atau rawatan diberikan sementara itu, markah ujian pasca akan menunjukkan prestasi mereka selepas sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu selepas rawatan dijalankan. Perbezaan kedua-dua markah dalam ujian pra dan ujian pasca akan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian dan menunjukkan keberkesanan dalam penggunaan Keadah Lattice ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.3.2Analisis rakaman videoSaya akan memainkan semula rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran secara berulang kali dan membuat analisis pengajaran dan pembelajaran bersama rakan-rakan sekerja bagi berkongsi pendapat dan pengalaman. Analisis ini dilakukan melalui pendekatan analisis kandungan. Pendekatan ini membolehkan saya menganalisis ciri dan pola yang muncul melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan memfokuskan tingkah laku murid dan kaedah yang saya akan jalankan.

LAMPIRAN 1UJIAN PRABahagian A :Sila lengkapkan perkara dibawah. Segala kerjasama anda diperlukanuntuk menjawab soalan yang diberikan.Nama : ________________________Kelas : _______________Markah Matematik Semester 2 (Tahun 4): ________Bahagian B :Selesaikan soalan yang berikut.1.425 x 37 = _______

2.5240 x 18 = _______

3.3413 x 12 = _______

4.41122 x 18 = _______

5.23151 x 14 = _______

6.62312 x 12 = ________

7.51774 x 18 = _________

8.21225 x 32 = __________

9.

30126 x 25 = __________

10.

MARKAH : 66558 x 15 = __________

5.4PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.4.1Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan (Carta Gantt)BilAktivitiJUNJULAIOGOSSEPTOKT

Minggu12341234123412341234

1 Soal Selidik

2Membina Pra Ujian

3MelaksanakanPra Ujian

4P & P KaedahLattice

5Latihan Individu

6Membina ujian pasca

7MelaksanakanUjian Pasca

8Analisis Ujian

9Menulis Laporan

10

Pemurnian

Senarai Rujukan

Mok, Soon Sang : Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman, 1995. Matematik Untuk Dinamika Guru.

Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah): Kompenan 1 & 2. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Norazlin Rusdin ( 2012) Dimuat turun pada 12 September 2014 dari: http://norazlinrusdin.blogspot.com/2012/12/mendarab-dengan-kaedah-lattice-atau.html

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Matematik Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.Latihan dan contoh soalan: www.maths-drills.comwww.education.com

Lampiranwww.maths-drills.com

www.education.com

1