29
No. Kad Pengenalan 660610-04-5243 Ringkasan Eksekutif “IPGM bertanggungjawab menyediakan latihan keguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara dengan menjamin bahawa guru pemulaan yang dihasilkan berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar” [Datuk Hishammudin Tun Hussein, 2008]. Ini merupakan satu cabaran yang perlu digalas oleh semua tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk memastikan guru berkualiti kekal berkualiti di sepanjang perkhidmatannya. Persoalannya, bagaimana? Sesungguhnya, saya yakin bahawa amalan terbaik guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui pengajaran dan pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai pensyarah yang melatih guru permulaan, saya sentiasa melaksanakan perancangan yang sesuai, spesifik dan releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Sesungguhnya, pengurusan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran melibatkan pemilihan, penyusunan, pemanipulasian sumber untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang saya sandarkan kepada Model “Learning Pyramid” dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Kemahiran ini sepatutnya dikuasai oleh setiap guru dalam perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber 1

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penilaian PTK DG 48

Citation preview

Page 1: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

Ringkasan Eksekutif

“IPGM bertanggungjawab menyediakan latihan keguruan untuk memenuhi keperluan

tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara dengan menjamin bahawa

guru pemulaan yang dihasilkan berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan

keberkesanan mengajar” [Datuk Hishammudin Tun Hussein, 2008]. Ini merupakan satu

cabaran yang perlu digalas oleh semua tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru

Malaysia (IPGM) untuk memastikan guru berkualiti kekal berkualiti di sepanjang

perkhidmatannya. Persoalannya, bagaimana? Sesungguhnya, saya yakin bahawa

amalan terbaik guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui pengajaran

dan pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran

dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai

pensyarah yang melatih guru permulaan, saya sentiasa melaksanakan perancangan

yang sesuai, spesifik dan releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik

darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.

Sesungguhnya, pengurusan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

melibatkan pemilihan, penyusunan, pemanipulasian sumber untuk meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang saya sandarkan kepada Model

“Learning Pyramid” dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Kemahiran ini sepatutnya dikuasai

oleh setiap guru dalam perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan

pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber

pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan

penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan

mengintergrasikan TMK. Disamping itu guru perlu proaktif untuk melaksanakan

penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Penyelidikan

dan Pembangunan (R&D) serta Inovasi. Dalam konteks ini, guru perlu meningkatkan

kualiti diri melalui kursus, seminar dan forum. IPGM kini diperkenalkan kepada

Standard Guru Malaysia sebagai mekanisma jaminan kualiti. Ini menjadi pemangkin

kepada transformasi guru berkualiti kekal berkualiti. Usaha mewujudkan jaringan

seprofesion dan kolaborasi dengan Institusi pendidikan lain juga, pastinya melonjak

kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf dunia.

1

Page 2: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

1.0 PENGENALAN

“… kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai”

Dato’ Sri Abdulah Ahmad Badawi PIPP2006-2010 m.s 38

Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

[Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988].

Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang

mengajarnya mengenal tulis baca. Bagi menjayakan wawasan ini, guru perlu

profesional dan kompeten disamping mempunyai intergriti dan kredibiliti yang tinggi.

Guru yang kompeten mampu mengabungjalinkan sumber pengetahuan dan

kemahirannya untuk mendidik pelajarnya supaya menjadi insan yang seimbang dan

bersepadu. Justeru, guru juga hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan

menguasai kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama,

pemudah cara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar.

Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah

pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah

melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyidin Yasin, 2009). Dapatkah guru

merealisasikan peranan ini? Meneliti cabaran ini, guru perlu kreatif dan inovatif dalam

sistem penyampaian P&P supaya menjadi menarik dan menyeronokan. Hal ini

berupaya meningkatkan keberkesanan proses P&P yang dilaksanakan. Sesungguhnya

guru perlu berusaha ke arah pembentukan warga negara yang tinggi nilai

profesionalisme, taat setia, bertanggungjawab, berakhlak dan berketrampilan.

2

Page 3: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

Agenda ini hanya dapat dicapai melalui proses P&P yang berkesan.

Sesungguhnya P&P berkesan lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu guru

yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya

membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,

berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu),

[Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, 1999]

2.0 Definisi Konsep Pengajaran Berkesan

"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global,"

(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001); hlm.24)

P&P berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi

psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Ketua Pengarah Pendidikan

Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999) menyatakan P&P berkualiti lahirnya

dari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha

meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan

pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan

dapat menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Merujuk kepada Dasar Penyataan

Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan

pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang

digariskan. Antaranya ialah:-

3

Page 4: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

a. pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan

murid secara aktif;

b. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap

pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

c. penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan

sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi

skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan

bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

3.0 MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

“...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school

improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large

measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their

teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005 petikan daripada PIPP 2006-2010, KPM 2007, hal. 106)

Proses P&P diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan formal di

Malaysia. Hal ini sinonim dengan P&P dalam bilik darjah yang menyediakan pendidikan

komprehensif dan efektif dalam menyampaikan isi pelajaran mengikut sukatan yang

dikeluarkan. Mohd Azhar, (2001) menyatakan proses P&P di sekolah melibatkan dua

pihak iaitu guru dan pelajar. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan

penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Manakala, menurut Sharifah Alwiah

Alsagoff (1984), pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat

membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini

melibatkan satu corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta

mementingkan pemeringkatan isi pelajaran. Selain itu, pengajaran guru juga lebih

4

Page 5: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

memusatkan kepada pelajarnya sehingga mereka tertarik untuk mengikuti aktiviti

pembelajaran yang dilaksanakan. Justeru, pembentukan proses pengajaran yang

berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza antara seorang guru dengan guru lain,

namun masih bermatlamatkan kepada keberkesanan pembelajaran.

Sebagai seorang pensyarah yang bertanggung jawab melatih guru-guru

permulaan, maka saya akan membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan

seperti yang digariskan mengikut sistem yang diguna pakai oleh IPGM, Kampus Gaya.

Sebagai seorang pensyarah Sains, saya sentiasa mengoptimumkan sumber bahan dan

teknik pengajaran bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi

kepuasan pelanggan. Kepelbagaian kaedah penyampaian seperti kuliah, tutorial dan

amali dipraktikkan sepenuhnya bagi membuka minda guru permulaan. Adalah menjadi

cabaran besar kepada saya untuk menjadikan mata pelajaran ini diminati serta

memberi kesan positif ke dalam diri pelajar. Atas kesedaran bahawa mereka bakal

menjadi guru dan mendidik puluhan ribu anak murid di sekolah, saya melakukan yang

terbaik bagi memastikan keberkesanan proses perkongsian ilmu. Tambahan pula, hal

ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t. dengan firmannya

yang bermaksud “sesungguhnya kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab)

kepada langit, bumi dan gunung-ganang untuk memikulnya tetapi manusia itu banyak

kesalahan dan bodoh”. (Surah Al-azab :72).

Bagi membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan bagi mata pelajaran

yang saya ajar, model “Learning Pyramid” (National Traning Laboratoris, 2002); Teori-

teori Pembelajaran dan Teori Kecerdasan Pelbagai (Gadners, 1999) digunakan

sebagai asas perbincangan. Dalam menghasilkan P&P berkesan, saya percaya dan

5

Page 6: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

yakin bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan berbeza. Justeru, dengan

mempraktikan Teori Kecerdasan Pelbagai, saya dapat memberi peluang kepada setiap

pelajar memahami hasil pembelajaran yang dihasratkan mengikut kebolehan mereka.

Menurut teori kecerdasan pelbagai, setiap individu mempunyai kecerdasan berbeza

(Gadners, 1999). Justeru, saya perlu lebih kreatif dan berupaya untuk mensintesis

pengetahuan serta kemahiran dengan mengintegrasikan 9 jenis kecerdasan ini bagi

menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan adil untuk semua. Maka, saya

mengabungjalinkan teori pelbagai kecedasan dengan Model “Learning Pyramid” bagi

meningkatkan kualiti P&P seperti pada Rajah 1 di bawah.

Sumber: http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009

Rajah 1: Model “Learning Pyramid”

4.0 ELEMEN-ELEMEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEMBENTUK MODAL INSAN CEMERLANG

“Guru selain memainkan peranan utama dalam mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotism, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,

6

Auditori

Visual

Kinestatik

Purata memanggil semula ingatan selepas 24 jam

5%

10%

20%

30%

50%

75%

90%

Mendengar

Membaca

Audio Visual

Demontrasi

Perbincangan

Amalan melalui latihan

Mengajar rakan sebaya

Pa

sif

Akt

if

Page 7: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan Hari Guru 2009)

Bertitik tolak daripada penyataan ini, guru perlu meningkatkan kompetensinya

dalam P&P di bilik darjah. Hal ini adalah penting kerana guru perlu memiliki kemahiran

dan kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi pelajaran dengan

agenda nasional negara. Maka, dalam proses P&P, selain saya perlu kreatif dan

inovatif dalam pengurusan bilik darjah, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa

elemen bagi membolehkan P&P yang saya laksanakan berkesan dan berkualiti.

4.1 Kesesuaian Bahan Pengajaran & Pembelajaran

“…guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan

menguasai kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama,

pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar”

(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)

Peranan guru kini telah beralih dari seorang penyampai maklumat kepada

seorang pemudahcara dalam proses P&P. Justeru, saranan agar guru terus

mengemaskini ilmu pengetahuannya adalah wajar terutamanya dalam bidang

kepakarannya. Dalam usaha menangani cabaran ini, guru harus bersikap keterbukaan

untuk membolehkan perubahan dan penyesuaian berlaku dalam sistem pendidikan di

sekolah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 1993). Maka, sebagai seorang pensyarah,

saya perlu peka dengan keperluan bahan pembelajaran yang akan menyokong proses

pembelajaran yang akan dilaksanakan. Antara pertimbangan yang perlu dibuat adalah:

4.1.1 Kesesuaian bahan pengajaran dengan perubahan zaman

Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik serta pembacaan melalui

buku dan jurnal penyelidikan, saya mendapati bahan pengajaran yang digunakan

perlulah mudah dibawa, fleksibel serta selfteaching. Bahan yang saya gunakan perlu

7

Page 8: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

tepat bagi membantu saya berkongsi maklumat dengan berkesan di samping

membolehkan saya mempraktikan gaya pembelajaran “teach other” seperti yang

diutarakan melalui model Learning Pyramid di atas. Rashidi dan Abdul Razak (1998),

mendapati penggunaan bahan bantu mengajar dapat merangsang minat dan tumpuan

pelajar dan menjamin pemerolehan pengetahuan serta kemahiran.

Penggunaan bahan pembelajaran maujud mungkin sudah tidak sesuai lagi

dengan dunia pendidikan masa kini. Ledakan teknologi menuntut saya untuk lebih peka

dalam menyediakan bahan pembelajaran. Dalam hal ini, saya telah memperkenalkan

satu konsep bahan bantu mengajar berasaskan TMK bagi memperluaskan jaringan

komunikasi tanpa batasan. Menyedari kekangan masa yang dihadapi oleh pensyarah,

saya membangunkan Claroline.com, iaitu satu laman perbincangan atas talian yang

membolehkan interaksi maya berlaku tanpa sempadan seperti pada Rajah 2 di bawah.

Rajah 2 : Laman perbincangan Claroline.com bagi Jabatan Sains

Kaedah ini telah banyak membantu saya berkongsi maklumat dengan pelajar

dan merangsang minat mereka untuk terus menerokai ilmu. Perkara ini boleh

diperhatikan melalui penilaian pelajar di akhir semester yang memberikan penilaian

8

Pensyarah

Mata pelajaran

Kelas yang terlibat

Aktiviti perbincangan yang disediakan

Laman perbincangan

Alamat yang dilayari

INOVASI DALAM KAEDAH PERBINCANGAN KKBI JABATAN SAINS 2009

Page 9: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

yang baik (min = 3.96, Lam-PT 09-03). Saya percaya, pemilihan bahan pengajaran

yang sesuai dapat membantu membuka minda pelajar untuk lebih kreatif dan bersedia

dengan pelbagai inovasi yang selari dengan perubahan zaman. Seperti kata Saidina

Umar Al-Khatab, “ajarlah anak kamu seperti mana zamannya”.

4.1.2 Tahap Kecerdasan Pelajar

Dalam menyediakan bahan pembelajaran, saya perlu mengambil kira tahap

kecerdasan murid. Penggunaan Caroline.com juga telah banyak membantu pelajar

yang mempunyai kecerdasan pelbagai untuk berkolaborasi bagi mencapai matlamat

pembelajaran. Bimbingan rakan sebaya berlaku secara berterusan dan pensyarah

bertindak sebagai pemudah cara yang berkesan. Dengan kreativiti yang ada ini, saya

turut melengkapkan mereka melalui kombinasi kaedah pembelajaran yang lain seperti

eksperimen, kerja lapangan dan sebagainya. Bahan-bahan yang disediakan menuntut

mereka untuk berfikir dan bersedia untuk mencetuskan idea bagi menghadapi cabaran

dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah. Mereka dapat memanipulasikan bahan

sumber yang disediakan secara maksimum dan adil selari dengan kecerdasan pelbagai

(Gadners, 1999). Abdul Rahman (1995) mendapati penggunaan bahan bantu mengajar

yang sesuai dengan tahap kecedasan dapat mempertingkatkan kejayaan murid.

4.2 Sumber Pembelajaran

Dalam era globalisasi, pembinaan bahan bantu mengajar sememangnya tidak dapat

lari daripada sumber pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) serta penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Maka, sebagai pensyarah yang

mendidik bakal guru, saya perlu kreatif dan inovatif untuk mengintergrasikan TMK serta

R&D dalam P&P saya. Sumber-sumber pembelajaran berasaskan teknologi jaringan

internet dan intranet seperti lahirnya konsep e-learning, distance learning dan web-

9

Page 10: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

based education saya aplikasikan dalam P&P saya. Pembinaan Laman Web IPGM

Kampus Gaya saya maksimumkan penggunaannya untuk proses P&P selain

pembinaan Laman Blog saya sendiri. Hal ini membolehkan saya menjalankan interaksi

secara e-learning semasa sesi ISL (Independent Self Learning) dan menaikmuat bahan

pengajaran saya untuk rujukan pelajar. Saya turut menggunakan perisian

pembelajaran yang dibekalkan oleh KPM untuk pengajaran Sains dan Matematik.

Roblyer & Edwards (2000) mendapati pengguna perisian pembelajaran

berbantukan komputer dapat belajar sejumlah bahan pengajaran dalam masa yang

singkat berbanding dengan kaedah konvensional. Kajian sikap pelajar terhadap

penggunaan Edutainment Interaktif oleh Mohd Nazri (2006) mendapati pembelajaran

berbantukan komputer dapat menggalakkan pelajar bersikap lebih positif, matang dan

mempunyai kendiri yang tinggi. Pelajar dikatakan merasa seronok, terhibur untuk

belajar dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Oleh

sebab itu, saya menekankan kepada penggunaan teknologi dalam menyediakan bahan

pembelajaran supaya selari dengan keperluan zaman mereka. Ringkasnya, atas

keyakinan ini, dalam usaha saya meningkatkan keberkesanan P&P, saya akan terus

mengintergrasikan sumber-sumber pembelajaran berasaskan TMK dengan lain-lain

sumber pembelajaran yang bersifat maujud.

4.3 Pembelajaran Aktif Murid

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna, guru haruslah

memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan

strategi secara bijksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian

sesuatu subjek atau modul (Salina & Mohd Nazri, 2007). Sesungguhnya, penggunaan

10

Page 11: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

teknik chalk & talk dan test &drill secara berlebihan telah dibuktikan menjadi punca

pelajar bosan dan burnt-out (Lea, 2003 & Sam 2004). Pemilihan kaedah, teknik dan

strategi P&P berasaskan konsep “teach others” dan “practice by doing” seperti dalam

model ‘Learning Pyramid’ menjadi sandaran saya dalam setiap perancangan aktiviti

P&P. Semasa sesi P&P untuk Eksperimen Sains di makmal, saya sering menggalakan

pelajar saya melalui kaedah inkuiri-penemuan serta mempraktikkan pendekatan

‘Discover Learning’ berasaskan Teori Bruner. Saya turut mengaplikasikan system

ganjaran dan hukuman bagi memastikan setiap pelajar terlibat aktif dalam sesi P&P.

Penglibatan pelajar yang proaktif pastinya menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Saya perlu peka dalam memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik yang

sesuai dengan perkembangan semasa dan kebolehan pelajar. Strategi yang saya pilih

perlu berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, dan harus mampu membantu

menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar bagi menghasilkan

pembelajaran yang bermakna. Dalam ertikata lain, sesi P&P saya perlu menggarapkan

tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor serta afektif. Saya sentiasa memberi fokus

terhadap penglibatan aktif pelajar dan perkara ini dapat dipantau melalui perbincangan

dalam Claroline.com yang digunakan sebagai medium berinteraksi. Kolaborasi antara

rakan sebaya secara aktif dapat mempraktikan pedagogi “Teach Other” dalam

mencapai kejayaan. Hal ini turut disokong oleh pendidik lain seperti Kajian Tindakan

Inovasi P&P “The Apperentice” oleh Mohd. Nazri & Salina (2007) yang telah mendapati

pelajar yang terlibat secara aktif telah mencapai keputusan cemerlang.

Kesimpulannya, amalan P&P yang lebih mengutamakan domain kognitif

sehingga membudayakan pembelajaran yang hanya berorientasikan peperiksaan akan

menyebabkan ketidakseimbangan pembentukkan modal insan. Kesannya, lahirlah

11

Page 12: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

pelajar yang pasif dan rendah pencapaian disebabkan proses P&P tidak berkesan

serta gagal mengadaptasikan pedagogi yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

4.4 Penilaian Prestasi

“Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang terkawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”

(Raminah, 1991)

Pengajaran berkesan sentiasa mempraktikan pengukuran dan penilaian prestasi

secara berterusan sama ada terhadap pelajar ataupun pensyarah. Hal ini dilakukan

untuk tujuan kepastian kualiti. Penilaian yang dilakukan bukan bertujuan untuk

menghukum, tetapi sebaliknya digunakan bagi proses penambahbaikan. Kaedah ini

akan dapat memastikan kualiti sistem dipertahankan seperti yang dituntut dalam MS

ISO 9001:2000. Berdasarkan sistem penilaian yang sedia ada di IPGM, Kampus Gaya,

saya berpeluang untuk melihat keberkesanan proses P&P yang telah dilaksanakan.

4.4.1 Penilaian Prestasi Pelajar

Proses penilaian ke atas pelajar tidak dilakukan secara kertas pensel semata-mata.

Penilaian secara global dilakukan melalui kombinasi kaedah penilaian seperti

pemerhatian, interaksi dua hala, percambahan minda dan hasil kerja projek. Hal ini

memungkinkan saya untuk menilai pelajar secara lebih adil dan tepat. Semasa sesi

pengajaran, saya sentiasa menjalankan penilaian secara formatif bagi menguji

kefahaman serta tahap penguasaan mereka. Saya juga berpeluang untuk mengesan

pelajar yang tercicir dan membuat tindakan susulan.

Manakala dalam penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, saya berpeluang

untuk menilai mereka melalui kombinasi kaedah seperti keaktifan berinteraksi atas

12

Page 13: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

talian (Claroline. com), pencerapan klinikal semasa interaksi bersemuka, penyediaan

folio dan kit pembelajaran. Kombinasi pelbagai ini digunakan bagi membolehkan saya

menilai pelajar secara adil mengikut kebolehan berdasarkan perbezaan individu.

Akhirnya, penilaian sumatif dilaksnakan di akhir semester bagi mengredkan pelajar

setelah pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan mereka mampu menggalas

tanggung jawab sebagai guru permulaan.

4.4.2 Penilaian Prestasi Pensyarah

Saya juga turut membuat refleksi kendiri bagi menilai tahap prestasi diri. Perkara ini

perlu dilakukan bagi memperbaiki aspek amalan sedia ada. Dalam hal ini, kekuatan

dan kelemahan yang diperhatikan boleh dijadikan asas untuk membangunkan semula

perancangan yang lebih berkesan. Sebagai seorang pensyarah, saya perlu berada di

dunia nyata. Amalan yang sama mungkin mendapat reaksi yang berbeza dari sudut

pandangan pelajar yang berbeza. Saya percaya, tidak semua perancangan yang

dilakukan dapat dilaksanakan mengikut seperti yang dirancang. Amalan refleksi

membolehkan saya menghimpunkan semua kekuatan dan memperbaiki semua

kelemahan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dari masa ke masa.

Amalan refleksi ini telah membantu saya memperbaiki aspek amalan. Analisis

menunjukkan terdapat peningkatan dalam keberkesanan P&P terutamanya dalam

usaha meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah, pengurusan masa serta mutu

penyampaian P&P. Sesungguhnya seseorang guru yang membuat refleksi kendiri,

sebenarnya melihat diri sendiri dalam konteks bilik darjah yang mereka ajar. Dalam

perkataan lain, satu cara untuk saya memperbaiki proses amalan P&P adalah

memantau tindakan, membina semula pentafsiran tindakan itu sebagai asas untuk

penilaian prestasi pada masa depan. Hal ini menjadi asas utama yang saya amalkan

13

Page 14: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

bagi meningkatkan kepuasan kendiri dengan melakukan Kajian Tindakan. Disamping

itu, saya turut melaksanakan penilaian pelajar terhadap perlaksanaan aktiviti P&P

[LAM-PT09-03] saya pada setiap hujung semester. Penilaian yang diberikan oleh

pelajar adalah satu nilai yang paling berharga dan perlu diberikan perhatian. Beberapa

penambahbaikan dalam P&P telah saya laksanakan berdasarkan komen yang

diberikan oleh pelajar yang lepas. Manakala, keberkesanan penambahbaikan yang

dilakukan dapat dinilai semula oleh pelajar baru. Kesannya, saya dapat

memperkemaskan lagi mutu sedia ada seperti perbincangan di bawah.

Komen Subjektif:

i. Aktiviti yang dijalankan tidak sesuai dengan pelajar

ii. Pensyarah mempunyai unsur humur yang baik. Seronok.

iii. Great Job. Sangat bermotivasi dan bersungguh-sungguh.

Dalam menangani masalah ini, saya berfikiran terbuka dan cuba menganalisis

semula aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, saya perlu membuka minda

pemikiran pelajar KPLI saya yang masih belum memahami keperluan mendedahkan

14

Masih terdapat aspek yang perlu ditingkatkan walaupun penambahbaikan telah dilakukan.

Perlu dibuat refleksi semula

Page 15: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

aktiviti tersebut. Perseiaan mental perlu ditanam dalam diri mereka untuk bersedia

menjadi guru permulaan di sekolah rendah dan berhadapan dengan murid yang lemah

dalam pencapaian. Oleh sebab itu, saya percaya pendapat negatif yang diutarakan

boleh dibangunkan sebagai satu kekuatan untuk membentuk pembelajaran bermakna.

4.4.3 Penilaian Prestasi Institusi [Key Performance Indicator (KPI) ]

Penilaian terhadap institusi juga akan dilaksanakan oleh kerajaan. Sesungguhnya

perlaksanaan KPI dialu-alukan memandangkan selama ini prestasi kerja guru kurang

dipantau secara spesifik. Transformasi dalam sistem Penilaian Prestasi Intitusi ini

bukan semata-mata pembaharuan tetapi juga perubahan. Saya sentiasa berusaha

untuk mencapai sasaran KPI bagi melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara

ke persada dunia seperti yang digariskan dalam PIPP 2006-2010.

4.5 Pengukuran dan Penambahbaikan dalam P&P

Pemantauan, pentaksiran dan penilaian adalah tiga mekanisma jaminan kualiti bagi

pengajaran seorang guru. Menyedari akan kepentingan proses pengukuran,

penambahbaikan dan tindakan susulan dalam P&P, saya melaksanakan pengukuran

dan penambahbaikan mengikut prosedur MS-ISO 2008 dan seterusnya memenuhi

garis panduan menjalankan pengukuran dan penilaian seperti yang disarankan oleh

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi sesuatu program yang dijalankan di IPGM.

Semasa proses P&P, saya mempelbagaikan strategi pemantauan dan

pentaksiran yang berterusan untuk menilai kemajuan pelajar sepertimana yang telah

ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Tindakan serta-merta saya ambil untuk

meningkatkan prestasi pelajar yang lemah bagi sesuatu topik seperti maklumbalas

dengan segera kepada pelajar untuk membantu mereka membuat penilaian kendiri;

15

Page 16: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

mengesan kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam sesuatu topik seterusnya

menyelesaikan kesukaran tersebut dan memperkayakan pengalaman sedia ada

mereka. Saya turut menggunakan maklumbalas pemantauan, pentaksiran dan

penilaian bagi menambahbaik amalan pengajaran. Pengukuran dan penambahbaikan

yang saya laksanakan dalam P&P direkodkan secara sistematik mengikut prosedur

kerja MS-ISO 2008. Saya membuat penulisan Rancangan Pengajaran Harian,

Rancangan Pengajaran Semester serta mencatatkan markah kemajuan pelajar dalam

setiap sesi pengujian dan penilaian dalam prosedur Kerja LAM-PT-09. Tindakan

Susulan dan Penambahbaikan juga telah dilaksanakan mengikut prosedur MS ISO

9001:2000 untuk menambahbaik pengajaran. Atas kapasiti sebagai pensyarah, saya

turut mengimplimentasikan Standard Guru Malaysia yang dikeluarkan oleh BPG yang

merupakan mekanisma Jaminan Kualiti bagi guru permulaan yang saya latih.

Standard 2 yang memfokuskan kepada Pengetahuan dan Kefahaman, menjadi

landasan kepada saya untuk mengaplikasikan dan seterusnya menjadi contoh kepada

pelajar saya bagaimasa sesuatu instrument pengukuran dan penilaian boleh

dilaksanakan dalam bilik darjah. Tambahan pula ini diperkukuhkan lagi dengan

Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. Disebabkan saya terlibat dalam

melatih seorang guru permulaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk

mempraktik dan mengimplimentasikan kemahiran P&P seperti yang digariskan dalam

Standard 3 ini. Melalui cara ini, secara tidak langsung pelajar saya mengetahui

bagaimana elemen-elemen pengajaran berkesan diaplikasikan dalam bilik darjah.

Penambahbaikan yang diketengahkan melalui Standard Guru Malaysia ini tidak hanya

terbatas kepada guru permulaan yang saya latih, sebaliknya sebagai role model

kepada pelajar, seharusnya saya turut meningkatkan kompetensi Amalan Nilai

16

Page 17: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

Profesionalisme di samping pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran P&P seperti

yang termaktub dalam Rajah 3: Model Standard Guru Malaysia.

5.0 Cadangan

“Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang”

Tan Sri Muhyidin Yasin, Hari Guru 2009

Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan positif para guru bagi

merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri para pelajar. Bagi

tujuan tersebut penelitian terhadap elemen-elemen pengajaran berkesan khususnya

dalam bilik darjah menjadi asas pertimbangan ke arah pencapaian kecemerlangan

akademikdalam pembentukan modal Insan berminda kelas pertama. Dalam usaha

meningkatkan keberkesanan P&P, guru perlu mempunyai kebolehan untuk membuat

perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan penilaian P&P, pengurusan bilik darjah

dan aktiviti kokurikulum. Namun pengajaran yang berkesan bukan sekadar

menghasilkan pelajar yang celik akademiknya tetapi juga guru melahirkan modal insan

yang merupakan harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjak nilai inteleknya

serta diperbanyak modal budayanya.” (Standard Guru Malaysia,2009). Justeru, bagi

meneruskan kesinambungan warisan kecemerlangan pendidik guru ini, sewajarnya

setiap guru diwajibkan untuk melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

17

Rajah 3 : Model Standard Guru Malaysia

Page 18: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

melalui penulisan reflektif dan kajian tindakan Sesungguhnya guru sebagai

penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk

membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan

kefahaman mereka tentang amalan reflektif itu serta situasi di mana amalan reflektif itu

dilakukan” (Jamil Ahmad, 2002) akan menghasilkan P&P berkualiti.

Pengajaran berkesan sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti diri

seorang guru. Maka, dicadangkan agar lebih banyak Latihan Pembangunan Staf

serta kursus-kursus pedagogi terkini diberikan guru-guru sepanjang tempoh

perkhidmatan mereka. Ini dalam usaha melonjak kualiti guru, indikator yang perlu diberi

perhatian adalah kebolehan guru menterjemahkan ilmu pengetahuan ‘practitioner’

(pengetahuan tentang subjek, tahap pencapaian murid, kesesuaian startegi P&P) dan

ilmu pengetahuan profesional (analisa proses pembelajaran, rekabentuk sistem

penilaian pelajar dengan cara mengaplikasikan pengetahuan berasaskan kajian)

(Hiebert, et al. 2002). Justeru Latihan Dalam Perkhidmatan, Seminar dan Forum akan

membantu guru meningkatkan kualiti diri guru tersebut. Usaha BPG melahirkan

Standard Guru Malaysia sebagai satu garis panduan kompetensi professional yang

patut dicapai oleh setiap guru perlu disusuli dengan satu sistem pemantauan

berterusan terhadap semua guru permulaan yang dihasilkan ke dalam sistem

pendidikan sekurang-kurangnya satu tahun pertama dalam perkhidmatan. Standard

yang sama juga dapat diguna pakai kepada pendidik guru sebagai Key Performance

Indicator (KPI).

IPGM juga perlu membentuk satu “Jaringan Seprofession” dalam kalangan

pensyarah IPGM dan guru permulaan yang baru memulakan tugas pertama di sekolah

sebagai satu usaha bimbingan berterusan, saluran perkongsian pintar serta

18

Page 19: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

percambahan idea antara guru permulaan dengan pensyarah-pensyarah di IPGM,

Jemaah Nazir dan Jabatan Pendidikan Negeri. Secara tidak langsung, ia membentuk

satu jaringan yang kukuh ke arah keberkesanan P&P dalam bilik darjah yang

seterusnya merealisasikan wawasan pendidikan. Usaha ini akhirnya akan membentuk

satu kolaborasi antara pensyarah, guru lepasan IPGM dan IPT Awam yang

menawarkan program Keguruan dengan institusi pendidikan luar negara. Perkongsian

pintar ini pastinya akan meningkatkan lagi keberkesanan P&P melalui usahasama dan

benchmarking yang dijalankan.

6.0 PENUTUP

“Guru Pembina Negara bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta”

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2009

Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan hasrat

“Membina Negara Bangsa”. Justeru, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar P&P

yang dilaksanakan berkesan. Pengajaran berkesan memerlukan guru yang

berkenbolehan untuk mengaplikasikan ganjaran dan hukuman bersesuaian mengikut

tahap murid; mampu mengaplikasikan kepelbagaian kaedah, strategi dan teknik

pengajaran dengan berkesan dan impak akhir murid cemerlang dalm akademik dan

sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik dengan melaksanakan

analisis SWOT atau Blue Ocean Strategy bagi mempertingkatkan keberkesanan P&P.

Disamping itu, peningkatan kualiti pengajaran sangat memerlukan kajian, maka guru

digalakan untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri dan seterusnya

melaksanakan inovasi dalam P&P. Pengajaran yang berkesan sangat bergantung

kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran penggunaan kepelbagaian

19

Page 20: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan serta gaya belajar murid. Guru berkesan

adalah adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kritis dan kreatif.

Bibliografi:

Abdul Shukor Abdullah, 1999, Perutusan Hari Guru 1999, KPM, Kuala Lumpur. Alimuddin Bin Mohd Dom. 2008. Perutusan Hari Guru 2008 di Perayaan Hari Guru

Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Alimuddin Bin Mohd Dom. 2009. Perutusan Hari Guru 2009 di Perayaan Hari Guru Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Anna Craft. 2000, Creativity AcrossThe Primary Curriculum, Routledge Group : London.

Bahagian Pendidikan Guru, KPM, 2009, Standard Guru Malaysia, Selangor

Gardner, H,1999, Multiple intelligences for the 21st century, New York : Sage.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008, Modal Insan Cemerlang: minda Kelas Pertama

Lea, C.2003. Embedding Learning Technologies. Australian Capital Territory

Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM.

Muhyidin Yasin, 2009, Perutusan Hari Guru 2009, KPM, Kuala Lumpur

Muhyidin Yasin, 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru 2009 Kuala Lumpur

Musa Mohamad, 2002, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru 2002, Kuala Lumpur

Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2007, Jurnal BTP jld 7: The Apperentice: P&P Ekonomi STPM, BTP Sabah.

Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2006, Jurnal ILMIAH SPA jld 1: MyCard: Pengajaran Berlajar Sambil Bermain, JPN Sabah.

Syarifah Alawiah Asagof, 1984, Falsafah Pendidikan, Heinemann Asia, Kuala Lumpur.

Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1987. Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran

20

Page 21: KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No. Kad Pengenalan 660610-04-5243

Wan Zahid Mohd Noordin.1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian, KL: Nurin Enterprise. http://www.csus.edu/indiv/m/mackj/chem1a/lecture.html dimuat turun pada 23 Oktober 2009.

Huitt.W.&Hummel.J.2003.CognitiveDevelopment. Learning Pyramid, http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009

21