Upload
miss-iera
View
219
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
1/10
1.0 PENDAHULUAN
Jepun ataupun Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit.
Masyarakat primitif Jepun dikenali sebagai Ainu yang merupakan bangsa proto-Caucasoid
yang telah menduduki Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid.1 Ringkasnya,
sejarah awal Jepun terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu dimulai dengan Zaman Jomon
dan Zaman Yayoi (600 S.M 709 S.M ), Zaman Nara (710-784 S.M), Zaman Heian (784-
1185 T.M), Keshogunan Kamakura (1192 T.M), Keshogunan Ashikaga (1338-1573 T.M),
Sengoku Jidai, Keshogunan Tokugawa (1603-1867 T.M) dan diakhiri dengan Zaman Meiji.
Pada zaman awal Jepun, kuasa mereka tidaklah menonjol kecuali selepas
pengambilalihan kuasa Meiji pada 1868.2 Sejarah panjang kebudayaan Jepun selalu ditandai
Iitoko-Dori.3 Kepandaian Jepun dalam berasimilasi dengan persekitaran telah bermula
sejak zaman Meiji.4 Jika dilihat, Jepun telah meminjam banyak unsur-unsur luar dan bukan
bermula dari Era Meiji namun dari era terdahulu terutama dari Cina dan Korea, dan pada
masa moden meminjam dari kebudayaan Barat.5 Setelah berakhirnya Perang China-Jepun
khususnya, Jepun telahpun diserapi dengan kebudayaan luar terutama kebudayaan dari China.
Hanya semasa pemulihan Meiji barulah budaya Barat terbuka kepada penduduk Jepun dan
menjadi perintis kepada kewujudan pelbagai budaya di Jepun.6 Walaupun pada awal 1890-an,
kebudayaan China masih kukuh di Jepun terutama dalam kalangan konservatif ataupun
gerakan nasionalisme Jepun.7 Akan tetapi, atas semangat Jepun Baru, banyak pencapaian
yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Pemulihan Meiji merupakan salah
satu konsep mengembalikan kedudukan kuasa maharaja kepada kedudukan sebenar sebagai
1 Beberapa orang ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang-orang Ainu telah tinggal di Jepun selama
lebih kurang 5000 tahun yang dulu dan ia dapat dibuktikan melalui penyelidikan arkeologi. Rujuk buku M.
Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 2.2 Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu
masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem
pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar
Meiji yang membawa maksud pemerintah yang menerima pencahayaan, struktur pemerintahan hanya terdiridaripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30-an dan penghujung 20-an. Adalah
dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun.3Kemampuan mengadaptasi kebudayaan asing dan seterusnya berasimilasi menjadi budaya setempat yang unik.
Buktinya, Iitoko-Dori ini terlihat pada pesatnya kemajuan bidang industri dan ekonomi Jepun, setelah kekalahan
Perang Dunia II pada 1945.4
Untuk lebih matlumat, sila rujuk buku Yutaka Tazawa, Shunsuke Okuda & Yasunori Nagahate, Terjemahan
oleh M. Rajendran, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, Jepun: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri,
1987, hlm. 99.5 Kejayaan Meiji ialah kebolehannya mengubah struktur feudal Jepun dan membentuk semula Negara mengikut
model barat. Idea-idea barat juga dilaksanakan secara meluas dalam aspek pentadbiran, pendidikan, kewangan,
ketenteraan, perindustrian dan dasar luar. Sila rujuk buku Samri Sainuddin, Mohd Shariefuddin Abdullah,
Zuraini Jamil dan Ahmad Sohaimi, Modul Titas 2, Perak: Malim Teguh Trading, 2001, hlm. 123.
6 Sila rujuk buku H. Paul Varley, Japanese Culture: A Short History, Tokyo: Charles E. Tuttle Company, 1995,hlm. 195.7Ibid, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, hlm. 100.
1
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
2/10
ketua masyarakat yang tertinggi.8 Walau bagaimanapun, kuasa ini sebenarnya hanyalah
merupakan simbolik kepada pemerintahan maharaja dan pentadbiran sebenarnya dipimpin
oleh beberapa orang pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif untuk
menjatuhkan rejim Tokugawa.9
2.0 KEBUDAYAAN SEMASA MEIJI
Jika kita analisa, kebudayaan semasa pemerintahan Meiji sangat berkembang pesat.
Perubahan dan pemulihan telah dibuat oleh Meiji bagi kepentingan semua rakyat merangkumi
semua aspek kehidupan. Sejarah kebudayaan Jepun telahpun bermula bukannya daripada
Meiji tetapi sejak zaman Jepun awal lagi. Namun, pada Meiji kebudayaan menuju ke satu
arah pembaharuan dan dianggap tinggi statusnya oleh pemerintahan Meiji.10 Zaman ini
selalunya dipanggil era kebudayaan dibaratkan. Percubaan dengan pengaruh kebaratan dapat
dilihat melalui hasil sajak, di mana penyajak-penyajak Jepun adalah pada mulanya didorong
oleh kuasa-kuasa Barat terutamanya oleh british, dan akhirnya menerima pengaruh seperti
Perancis iaitu seperti Symbolism, Dadaism, dan Surrealisme, walaupun terdapat beberapa
sajak tradisional. Orang Jepun menjemput juruteknik-juruteknik, jurutera, arkitek, dan
seniman daripada Eropah dan negara-negara Barat yang lain bagi mengajar mereka
kemahiran-kemahiran moden untuk membangkitkan rasa ingin tahu dikalangan pelajar. Era
Meiji menjadi satu zaman yang menggunakan teknik artistik yang kebaratan dan mempunyai
stail. Arkitek dan seniman mencipta bangunan-bangunan yang sangat besar yang terdiri
daripada keluli dan tetulang konkrit dengan ruangan ala Greek, lukisan cat minyak Eropah
yang sesuai dengan kedalaman. Hakikat yang kebudayaan Barat bagaimanapun sedang
tersebar dan mempengaruhi dengan mendalam kehidupan orang Jepun tidak dapat dinafikan.
Namun, apa yang sering berlaku ialah pertembungan dua budaya, yang menghasilkan
dorongan sesama, ataupun yang kerap berlaku dalam bidang kesenian, percantuman bentuk
yang sangat diingini.
2.1 KESENIAN
8 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 60.9 Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603 hingga 1616. Beliau merupakan
pemimpin yang teragung di Jepun pada abag=d ke-17. Selain itu, beliau merupakan pengasas kepada
Keshogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan Tentera yang memerintah paling lama dalam
sejarah Jepun. Walaupun mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang semasa era Keshogunan ini, namun
masyarakat pada masa itu masih menggalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu
sendiri. Ketidakseimbangan taraf pendapatan serta monopoli oleh golongan saudagar serta kemiskinan yang
melanda masyarakat menyebabkan kejatuhan Tokugawa ini.10Rujuk buku William J. Duiker & Jackson J. Spieluogel, World History: Comprehensive Volume, Kanada:
Thomsan Learning, Inc, 2001, hlm. 711.
2
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
3/10
2.1.1 DRAMA
Kabuki11 adalah sejenis teater tradisional Jepun. Teater Kabuki dikenali ramai kerana gaya
dramanya dan juga solekan yang dipakai oleh pelakonnya. Tulisan Kanji individual dari kiri
ke kanan bermaksud menyanyi, menari dan kemahiran. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki
adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman
Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat.
Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan
filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden,
penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, prop dan sebagainya. Kabuki menggalami
perubahan besar. Hal ini kerana kegemilangannya semasa Zaman Edo terus berkembang
sehingga ke Zaman Meiji. Perubahan budaya yang besar bermula pada tahun 1868 dengan
kejatuhan Shogun Tokugawa, penghapusan kelas samurai dan pembukaan Jepun kepada
Barat. Ini telah membantu membangkitkan semula Kabuki12. Dalam Era Edo, Kabuki diminati
oleh saudagar-saudagar (yang menduduki hierarki terendah dalam sistem sosial), manakala
drama mendapat tempat yang tinggi semasa Era Meiji.13 Sedang budaya ini bergelut untuk
timbul dari pengasingannya, pelakon cuba mendapatkan reputasi Kabuki di kalangan kelas
atasan untuk mengikut citarasa moden. la terbukti berjaya iaitu pada 21 April 1887 dengan
satu persembahan yang diadakan untuk Maharaja Meiji. Kebanyakan rumah Kabuki telah
musnah semasa pengeboman Perang Dunia Kedua dan pihak penjajah Kuasa Sekutu
mengharamkan persembahan Kabuki selepas peperangan. Namun, pada tahun 1947,
pengharaman ini dibatalkan. Ini bermakna, semasa Era Meiji, seni Kabuki mula dianggap
statusnya sehingga diminati oleh golongan atasan. Salah seorang pelopor Kabuki teragung
ialah Ichikawa Danjuro (1838-1903).14 Peranan beliau menyebabkan munculnya satu
golongan yang dikenali Shinpa15 pada pertengahan era pemerintahan Meiji. Shimpa telah
11 Sejarah Kabuki bermula pada tahun 1603 semasa Okuni ataupun lebih dikenali sebagai Izumo No Okuni,
seorang Miko (Perempuan muda yang berkhidmat di Kuil Shinto) dari kuil Izumo Taisho mulamempersembahkan drama tarian baru di tebing sungai Kyoto. Pelakon perempuan melakonkan kedua-dua watak
lelaki dan perempuan tentang kehidupan biasa. Gaya ini kemudiannya menjadi lebih popular dengan Okuni turut
diminta melakukan persembahan di hadapan golongan diraja. Di dalam kebangkitan kejayaannya, banyak
kumpulan Kabuki telah ditubuhkan dan seni ini dilihat sebagai drama tarian yang dipersembahkan oleh
perempuan, satu bentuk yang sangat berbeza pada hari ini. Apabila bilangan kumpulan Kabuki semakin
bertambah, kebanyakan pelakon turut menawarkan perkhidmatan pelacuran. Oleh kerana itu, Kabuki telah ditulis
sebagai pelacur yang menyanyi dan menari semasa di Zaman Edo.12 Sila rujuk buku Shirley Hew, Cultures Of The World Japan, Singapore: Times Editions Pte. Ltd, 1990, hlm.94.13 Ibid, hlm. 72.14 Beliau merupakan seorang pelakon terkenal yang menjadikan Kabuki satu seni drama yang halus dan
sofistikated. Beliu telah mementaskan drama istimewa yang menggambarkan sejarah dan peristiwa yang benar-
benar berlaku pada masa lampau.Ibid,Sejarah Jepun, hlm. 73-74.15 Rujuk buku Conrad Totman, A History Of Japan, United Kingdom: Blackwell Publishers Ltd, 2000, hlm.355.
3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kanjihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Meijihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kuil&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Shintohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kyoto&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kuil&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Shintohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kyoto&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kanjihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Meiji8/14/2019 kebudayaan meiji baru
4/10
mempersembahkan drama-drama yamg berkaitan dengan politik dan hal ehwal semasa, di
samping memaparkan peristiwa-peristiwa perang Jepun di Asia. Beliau telah mengubahsuai
komposisinya muka dan pengucapan dan pergerakan bagi menjadikan mereka lebih realistik.
dan semasa 1890, puisi Jepun digunakan, tanka ( Meiji penggal untuk 31 suku kata waka),
dan kanshi lebih kreatif untuk menyatakan mereka mempunyai individualisme, kebebasan,
dan sensibiliti romantik. Bagaimanapun, pengkritik utama puisi dan drama telah
menggunakan orang Eropah, khasnya hasil dari kerja-kerja puisi pada abad kesembilan belas
penulis-penulis bahasa Inggeris. Style puisi yang baru,(shintaishi) diperlengkap dan
digabungkan dengan hasil kerja yang lebih tua, dan baru dan pelbagai drama diperlengkap
dan sebahagiannya membentuk drama yang baru. Selain itu juga, pada era Meiji, rrama
Kabuki telah menggalami perubahan-perubahan lain dalam bentuk muzik, pentas, peralatan,
struktur panggung dan teknik lampu. Turut mendapat tempat ialah industri filem. Pengusaha
filem telah menikmati banyak keuntungan dalam bidang ini ekoran beberapa buah filem yang
dipetik daripada adegan-adegan Kabuki. Pelakon-pelakon Kabuki yang berlakon dalam
beberapa filem terawal biasanya merupakan filem-filem bisu. Buktinya, panggung wayang
yang pertama telah dibina dalam tahun 1903 dan menjelang akhir Era Meiji.
Drama pementasan sandiwara Barat yang lain turut muncul pada permulaan Meiji
ialah Shingeki.16 Ia mengambil pendekatan yang bercorak realistik dan intelektual dalam
persembahannya dengan menonjolkan keburukan politik masyarakat Meiji. Ia dipelopori oleh
Tsubouchi Shoyo, Osanai Kaoru dan lain-lain. Ia sejenis persembahan teater bentuk baru yang
bermula di Osaka dalam lewat lapan puluhan. Ia menggunakan ucapan kehidupan harian yang
diaspirasikan oleh peristiwa-peristiwa. Shinpa terbukti terkenal, dan merebak Tokyo, dan
sepanjang sembilan puluhan ia telah diambilalih oleh kabuki, yang memperkenalkan gaya-
gaya penyampaian tersendiri, memberi genre satu endosentrik dan menekankan perpaduan.
2.1.2 SENI LUKIS
Perubahan dalam gaya hidup dan sosial masyarakat telah menyebabkan perubahan dalam seni
Jepun. Dalam bidang ini, pemerintahan Meiji telah memperbaharui semula seni lukis
16
Shingeki merupakan lakonan bagi watak-watak wanita, dan ia telah digunakan untuk penyampaian drama-drama asing.Ibid.
4
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
5/10
tradisional Jepun. Ia telah dipelopori oleh Shimomura Kanzon, Okakura Tenshin dan lain-lain.
Pada masa ini, lukisan minyak telah menjadi trend dan diminati oleh semua pelukis.
Campuran ilustrasi Barat juga menjadi satu gaya ikutan oleh para pelukis Jepun. Warna-warna
yang jelas (bold) telah semakin banyak digunakan oleh para pelukis Jepun yang semakin
meminati gaya lukisan daripada Barat.17 Jika dilihat, rangaku iaitu seniman semasa Zaman
Edo telah memulakan seni lukisan sejak dari dulu lagi dan unsur-unsur ragam Eropah dan
teknik Jepun telah pun bersatu. Sepanjang Meiji, pengimportan paling ketara lukisan minyak,
dimana bahan-bahan dan hasil keindahannya mungkin berbeza dengan lukisan air.
Sesungguhnya, kelihatan jelas bahawa semas Era Meiji, seni berjaya menggalami
transformasi seperi di Barat. Mereka menandakan lukisan minyak, dan gayanya, sebagaiyoga
(lukisan barat), manakala semua gaya watercoll Jepun, adalah dikenali sebagai nihonga
(Lakaran Jepun). Seniman telah dirangsang untuk mengenalpasti diskriptif sifat-sifat yoga
dan nohonga dan mencantumkan mereka untuk membentuk satu kebudayaan baru yang
mustahak yang akan menjadi keduanya "Jepun" dan "moden". Kesenian ini diikuti oleh
perkembangan dalam bidang seni plastik dimana pola yang sama, dan mungkin pemautan
paling berjaya adalah hasil daripada gabungan antara Jepun dan moden di dalam bidang
mencetak.18
Selain itu, pembaharuan dapat dilihat dalam bidang seni moden ataupun fine artdi
mana mass graphics atau popular fashions dalam pakaian dan barangan lain sehinggakan ia
menjadi salah satu seni yang diiktiraf dunia. Perubahan konsep seni horizontal dan vertikel di
akhir Meiji telah mengimpretasikan satu pandangan yang positif terhadap seni Jepun di mana
ia mempunyai makna-makna tersendiri.19
2.1.3 MUZIK
Pada masa pemerintahan Meiji, muzik tidak terkecuali menerima arus perubahan dari Barat.
Kemasukan piring-piring hitam Barat terdapat di Jepun. Muzik intrumental dan vokal mula
17Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 72.
18 Ibid, A History Of Japan, hlm. 357-358.19 Elise K. Tipton dan John Clark,Being Modern In Japan: Culture And Society From The 1910s To The 1930s,Singapore: Australian Humanities Research Foundation, 2000, hlm. 25-27.
5
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
6/10
mendapat tempat. Tarian Barat, iaitu Ballroom mula menjadi popular terutama dikalangan
aristokrat dan elit politik. Keadaan ini menyebabkan Barat semakin diterima dalam
masyarakat Jepun. Minat dalam alat-alat dan gaya muzik tradisional mula dipupuk dan
dihidupkan semula. Selain itu, lagu asli meneruskan kewujudannya di kalangan orang awam,
dan muzik yang baru tetapi mempunyai genres yang menarik telah mendapat penyertaan dari
orang ramai. Orang kaya semasa pra-Meiji, telah membina pelbagai kemudahan bagi
menghayati seni muzik sepertigagaku Court Music, tempat nyanyian bagi penganut Buddha,
muzik iringan untuk teater no dan kabuki, dan memasang lagu di kawasan warung teh dan
rumah pelacuran adalah diperlengkap dan muzik gereja sepanjang 1860, dan lagu untuk
kanak-kanak sekitar 80-an. Angkatan tentera asing membawa masuk bunyi the sounds of life,
seperti gegendang (drum), dan trompet; mubaligh, membawa alatan bunyi untuk sesi
nyanyian dan koir. Namun begitu, hasil seni tradisonal tidak pula dilupakan dan semakin
berkembang dari hari ke hari. Contohnya, Gagaku (suatu gaya muzik yang dimainkan di
istana-istana diraja). Shakuhachi (seruling buluh), koto(sebuah alat bertali), dan samisen20
(sebuah alat muzik bertali tiga)21 juga telah dihidupkan kembali. Selalunya, koto dan samisen
digabungkan dengan campuran alat-alatan dari Barat seperti biola untuk menghasilkan
paduan muzik tradisional Jepun dan Barat. Ketiga-tiga alat muzik tradisional seperti koto,
samisen dan shakuhachi telah digunakan secara meluas bagi menghasilkan seni muzik dan
keadaan ini telah mengembalikan kegemilangan alat-alat muzik tradisional semasa di Era
Meiji.22
Pembukaan institusi muzik merancakkan lagi proses perkembangan semasa era
pemerintahan Meiji. Sepanjang 1870-an, Izawa Shuji belajar di United State, di mana dia
mendapati pengajar-pengajar dia telah melihat sekolah muzik adalah baik untuk kesihatan dan
pengucapan kanak-kanak. Dia cuba menggunakan konsep yang sama di Jepun tetapi isu
pendidikan adalah sesuatu yang sukar di Jepun. Dia telah mengaplikasikan muzik ke dalam
pendidikan di mana muzik tersebut akan menggalakan pembangunan "muzik sesuai untuk
negara kita," dan satu muzik yang akan menggabungkan "Eropah dan Timur". 23 Usaha beliau
telah berjaya di mana pada lewat 90-an, puluhan muzik telah diterima oleh rakyat Jepun yang
20 Shamisen mempunyai tiga utas tali seperti balalaika, mempunyai satu kertas kulit diliputi bunyi kotak, dan
dimainkan dengan sekeping plektrum seperti satu banjo. Persamaannya, ia kedengaran seperti sama ada alat
balalaika (alat untuk orang Rusia) dan banjo, untuk orang Afrika. Rujuk buku, Japan Culture Institute,A
Hundred Things Japanese, Japan: Japan Publications Trading Co., Ltd, 1975, hlm. 143-144.21 Samisen atau Shamisen adalah sangat popular di kalangan rakyat biasa semasa Era Tokugawa. Alat ini dibawa
ke Jepun daripada Kepulauan Ryuku (Okinawa) oleh saudagar-saudagar Jepun.22Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 72.
23 Sepanjang 80-an, apabila muncul golongan elit Meiji yang melihat cara Izawa boleh menghasilkan pendudukyang rajin. Oleh itu, mereka telah meminta Izawa membentangkan kertas kerja "pendidikan moral sesuai," iaitu
satu disiplin yang akan meningkatkan patriotisme. Ibid,A History Of Japan, hlm. 358.
6
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
7/10
diajar di sekolah-sekolah swasta. Pada masa tersebut, ahli muzik telah menggabungkan
melodi tempatan dan asing bagi menghasilkan corak-corak nada yang baru bagi kedua-dua
muzik.24
2.2 KESUSASTERAAN
Dalam Era pemerintahan Meiji, bidang kesusasteraan merupakan salah satu bidang yang
paling berkembang. Semasa Meiji juga kita dapat lihat bagaimana pengaruh Barat sangat kuat
dan mempengaruhi kesusasteraan Jepun. Hal ini dipertunjukkan melalui kewujudan dan
kebanjiran banyak karya-karya sastera daripada Barat yang telah diterjemah ke dalam Bahasa
Jepun seperti terjemahan biografi dan tokoh-tokoh barat terkenal seperti Homer, Shakespeare,
Voltaire dan lain-lain telah mendapat sambutan yang baik terutama daripada golongan elit. 25
Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah
kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Dalam
bidang kesusasteraan, terdapat banyak genre atau bidang yang dianggotai oleh masyarakat
Jepun pada masa Meiji. Jika dikaji, kedatangan Barat telah meningkatkan semangat
nasuionalisme dalam diri pribumi itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui kehadiran
lambakan karya-karya kesusasteraan seperti akhbar-akhbar, novel-novel, cerpen-cerpen, dan
diperkukuhkan lagi melalui kegiatan persuratan dan perkembangan teknologi contohnya
kegiatan percetakan.
Sepanjang tahun 1880, sekumpulan anak tokyo memulakan kerja-kerja menghasilkan
karya sastera dengan menggambarkan kehidupan menggunakan bahasa basahan dan idea dari
Eropah seperti komplot, watak, dan lain-lain. Di antara novelis yang terkemuka ketika itu
ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous dalam
tahun 1889 serta Ukigimo. Beliau telah mencipta hampir tanpa plot psikologikal descritions
hidup dalam kelas menengah atas, yang merupakan paling mengharukan oleh pembaratan.
Higuchi Ichiyo, sasterawati pertama moden Jepun, ditulis realistik novel tidak ketara
cadangan kesukaran-kesukaran psikologikal adjusment ti kebendaliran lebih besar meiji
24selepas tempoh permulaan penyerapan sastera barat, satu tindak balas berlaku pada pukul penghujung abad
ke-19 abad kerana ramai artis telah pulang ke Jepun bersama-sama dengan teknik-teknik baru. Dalam tahun
1889, Tokyo School of Fine Arts (hari ini dikenali sebagai Tokyo Nasional University Of Fine Arts and Music )
telah ditubuhkan untuk menggalakkan seni tradisional Jepun. Beberapa dekad, seni Jepun mengalami satu
kebangkitan semula yang dinamik memantul kemunculan negara serupa, dan menjadi satu negeri yang makmur
dan berkuasa. Manakala sesetengah artis-artis semasa Meiji melakukan percubaan untuk mensintesis teknik-
teknik asli dan asing, untuk menghasilkan artistik tradisional yang baru. Ibid, World History: Comprehensive
Volume, hlm. 713.25Antara karya-karya sastera sepertiPilgrims Progress, The Bible (New Testament), Social Contract(Rousseau)telah diterjemah dalam bahasa Jepun sejak dekad pertama pada zaman Meiji.
7
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
8/10
masyarakat.26 Gaya bahasa yang diperkenalkan oleh beliau iaitugembun-itchi menjadi bahasa
pengantar kesusasteraan yang diterima ramai oleh penulis muda yang mengembangkan aliran
novel naturalistik selain Mori Ogai dengan karyanya, Gan, yang menyebabkan kebangkitan
yang luar biasa dalam bidang sastera.27 Sepanjang era Meiji, telah mewujudkan sebuah
bangsa yang dididik dalam kesusasteraan baru dan pemburuan kerjaya sastera, serangan ke
atas idea pemikiran Sogun yang tradisional.28 Di sini, dapat dilihat bahawa pengaruh Barat
telah meresap ke dalam kesusasteraan Meiji dimana hasil kesusasteraan Barat dijadikan
panduan oleh orang-orang Jepun.
Pada masa ini juga, telah membawa kepada kelahiran tokoh sastera yang beraliran
politik seperti Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke. Namun, yang patut
diberikan perhatian lebih ialah Fukuzawa29kerana beliau dikenali sebagai perintis pendidikan
Barat dan juga salah seorang pemikir politik yang teragung dalam sejarah kebangkitan politik
di Jepun. Beliau dikenali sebagai perintis pembelajaran kebaratan dalam banyak bidang. insan
istimewa ini boleh diambil sebagai satu contoh unggul orangnya yang mempunyai sifat-sifat
akal dan hati yang menggambarkan sifat pemimpin-pemimpin aktif reformasi dalam masa
yang genting sejurus sebelum dan selepas pemulihan. Jika dilihat, semasa Era Meiji juga,
telah muncul banyak tokoh ilmuan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lain-
lain. Jika Fukukawa menjadi pelopor dalam bidang politik Jepun, Taguchi Ukichi30 pula
menjadi pelopor dalam bidang ekonomi iaitu mengenengahkan konsep laissez-faire ataupun
dotrin perdagangan bebas. Antara bukunya yang terkenal iaitu buku Keizai Saku atau Dasar
Ekonomi.31
Selain itu, semasa Era Meiji juga, perkembangan akhbar dan majalah seiring dengan
kegiatan kesusasteraan di mana para novelis, pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang telah
menggunakan media sebagai alat untuk menyampaikan kepentingan mereka. Akhbar-akhbar
utama sehingga tahun 1887 mempunyai kepentingan tersendiri di mana kelahiran akhbar
tersebut adalah dipengaruhi dengan faktor pertumbuhan politik semasa Era Meiji yang
bertujuan untuk mendapatkan keuntungan jika dapat menyebarkan liputan yang meluas.
26 Herschel Webb, AnIntroduction To Japan, New York: Columbia University Press, 1955, hlm. 133.27 Ibid,Japan: A Short History, hlm. 92-93.28
Ibid,A History Of Japan, hlm. 355.29 Sila rujuk buku G. B. Samsom, TheWestern World And Japan: A Study In The Interaction Of European &
Asiatic Cultures, London: The Cresset Press, 1950, hlm. 428-429.30Ibid, hlm. 438.31 Taguchi menentang perlindungan industri yang dikenakan oleh Negara kerana ia dikatakan melindungi dan
menjaga hak golongan samurai dan mendorong mereka kembali kepada tabiat tradisional yang malas bekerja.
Beliau telah melancarkan satu serangan yang bersifat melindungi rakyat daripada kerajaan pada 1861. langkah
beliau menjadi panduan kepada tokoh-tokoh lain seperti Amano iaitu seorang ahli ekonomi yang juga telahmenghasilkan dua buah karya penting kepada ekonomi Jepun iaitu The Principles Economics dan Standard OfCommercial Policy.Ibid, hlm. 439.
8
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
9/10
Kebiasaannya, media tulis digunakan untuk tujuan perbincangan politik dan pendidikan
rakyat. Editor-editor dan ketua syarikat media pula bukannya terdiri daripada jurnalis
profesional tetapi terdiri daripada orang-orang di persekitaran polotik dan sastera. Setiap
jurnal mempunyai satu fokus utama iaitu untuk menyampaikan satu perincian aliran
pemikiran. Antaranya, majalah-majalah kelompok(dojin zasshi), di mana ia menjadi tempat
untuk menyediakan penulis-penulis dengan satu wadah untuk membentangkan kerja-kerja dan
pendapat masing-masing. Klik-klik sastera timbul sekitar majalah-majalah. Klik-klik
sesetengah menjadi terkenal sebagai penyokong Romanticism32 atau Naturalism, iaitu ideologi
pemikiran yang dianuti. Keadaan ini menyumbang kepada kewujudan penulis-penulis
idiosinkratik. Hal ini dibuktikan dengan pendaftaran di Tokyo Imperial dan Waseda
University. Penyokong "Naturalisme" (shizen shugi) dan penulis-penulis bersekutu dengan
Shirakaba, iaitu satu majalah sastera.33
2.3 BAHASA
Bahasa ibu bagi orang Jepun secara umum adalah bahasa nasional (Kokugo) iaitu bahasa
Jepun standard yang dibentuk berdasarkan bahasa atau dialek Tokyo. Namun, seseorang dapat
saja menganggap bahasa ibunya sendiri adalah dialek atau bahasa daerah asalnya yang disebut
Hougen. Dialek (bahasa daerah) di Jepun pernah mengalami masa krisis ketika gagasan
pembentukan bahasa Jepun sebagai bahasa nasional terjadinya setelah Pemulihan Meiji 1868.
Memasuki zaman Meiji ini, pemerintah Jepun menentukan bahasa nasional agar komunikasi
antara masyarakat-masyarakat di seluruh daerah menjadi tidk susah. Sebelumnya, Jepun tidak
mempunyai bahasa nasional, yang ada hanya bahasa-bahasa dialek atau bahasa daerah. Tidak
diperlukannya bahasa nasional pada waktu itu karana mobiliti masyarakat pada zaman Edo
masih terbatas. Berbeza dengan era Meiji, penggunaan bahasa nasional dalam pendidikan
sangat penting dan mutlak. Hal ini seiring dengan perkembangan ilmuan di Jepun. Buku-buku
dan cetakan dibuat dalam bahasa nasional. Begitu juga kaum intelektual Tokyo, anak-anak,
orang dewasa semuanya menggunakan bahasa nasional.
3.0 KESIMPULAN
32Ibid,Japanese Culture: A Short History, hlm. 200-201.
33 Shirakaba menjangkau melebihi kesusasteraan menjadi sebuah kenderaan untuk perbincangan dan pameran
kerja-kerja Eropah yang seumpama artis sebagai Rodin dan Renoir. manakala Naturalists bermaksud untuk
mencari perkara seni dalam pengalaman sebenar bersungguh dilaporkan, penulis-penulis Shirakaba gergaji satu
lebih rumit hubungan antara seni dan hidup. Untuk lebih matlumat, rujuk buku Conrad Totman, A History OfJapan, United Kingdom: Blackwell Publishers Ltd, 2000, hlm. 356.
9
8/14/2019 kebudayaan meiji baru
10/10
Kesimpulannya, kebudayaan semasa pemerintahan Meiji adalah lebih bercorak kebaratan
kerna sikap pemerintah Meiji yang mengadakan dasar pro-barat. Kita dapat lihat, bagaimana
tinggalan-tinggalan sejarah lampau Meiji berkekalan sehingga sekarang. Era Meiji telah
memainkan peranan positif dalam sejarah negara Jepun. Era ini telah membawa Jepun ke
dalam arena politik antarabangsa yang menyebabkan Jepun menjadi salah sebuah negara yang
berkuasa dan moden. Pembaharuan Meiji menjadi titik tolak kepada penghapusan sistem
feudalisme yang membuka jalan kepada refomasi dan penyebaran idea-idea dan pemikiran
yang lebih bersifat bebas dan bersuara rakyat. Transformasi Jepun sebagai sebuah negara yang
moden dan berkuasa lebih menakjubkan memandangkan bahawa pencapaian ini telah
terlaksana dalam tempoh kurang daripada 45 tahun.34 Kemangkatan Maharaja Mutsuhito
(Maharaja Meiji) pada 30 Jun, 1912 telah digantikan oleh anaknya Yoshihito yang telah
memakai gelaran Taisho. Meiji menandakan bahawa bahawa Jepun menjadi salah satu negara
yang paling gemilang dan meletakkan Jepun setaraf dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti
Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan lain-lain. Negeri Jepun sezaman memberi kesan
bahawa ianya adalah campuran pelbagai kebudayaan yang diimport, yang nampaknya
menguasai kebudayaan asli Jepun. Namun, apabila kita lihat kembali, didapati memang ada
unsur Jepun yang tulen di sini. Sejarah kebudayaan Jepun dicirikan oleh penerimaan dan
asimilasi pengaruh asing yang tegas.35 Kebudayaan Jepun terutama semasa Era Meiji
menunjukkan dua ciri asas iaitu dengan adanya penyesuaian antara budaya-budaya asing dan
juga hasil campuran dan penyesuaian tersebut telah mewujudkan kepelbagaian dalam
kebudayaan masyarakat Jepun.36 Pertembungan dua budaya iaitu budaya asli Jepun dengan
budaya Barat telah menyebabkan munculnya satu kebudayaan yang berbeza dengan aspek
kebudayaan secara material iaitu kebudayaan nasionalisme. Di sini, kita dapat lihat betapa
kuatnya budaya keilmuan ataupun intelektual menyebabkan perubahan kepada semangat
nasionalisme masyarakat Jepun. Keadaan inilah yang menyebabkan kegiatan kesusasteraan
dikategorikan sebagai salah satu unsur kebudayaan yang terdapat semasa Meiji. Kegiatan
nasionalisme telah tersebar dengan luas setelah Meiji mengambilalih pemerintahan kerana
sikap pemimpinnya yang lebih pro-barat. Kontra yang berlawanan dengan golongan
konservatif yang masih lagi mempertahankan agama lama dan adat lama menyebabkan
reformasi dilancarkan terhadap pemerintahan Meiji.37
34Ibid,Sejarah Jepun, hlm. 60-61.35Ibid,Sejarah Jepun, hlm. 94.
36Ibid, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, hlm. 107-109.37 Matlumat lanjut rujuk buku Irokawa Daikichi, The Culture Of The Meiji Period, New Jersey: PrincetonUniversity Press, 1969, hlm. 196-197.
10