Upload
mohd-faizal-abdul-razak
View
1.358
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
Kebudayaan melayu (Bidang Sosial)
AHMAD ZHARIF BIN AHMAD ZAKIMUHAMAD NOR FAIZAL BIN SAMUSUDINMOHD FARHAN HANIFF BIN AB RAHMAN
MOHD FAIZAL BIN ABDUL RAZAK(PISMP BAHASA MELAYU SEM 7 AMBILAN JANUARI 2008)
PENSYARAH : ENCIK ZAKARIA BIN KHALID
SKOP PERBINCANGAN
• Agama Islam, Adat dan Kepercayaan• Bahasa• Nilai dan Falsafah
AGAMA ISLAM
• Islam adalah agama rasmi Malaysia. Menurut kepada rajah
banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi
Malaysia mengamalkan Islam.
• Dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh
menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim.
• Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai
asal-usul daripada bahasa pilihan agama Islam iaitu bahasa
Arab.
• Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun
demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih
dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka.
• Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan
tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur
kepercayaan sebelum Islam disesuaikan dengan unsur Islam.
• Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu pengubatan
Melayu (pengubatan tradisional), dan dalam beberapa
upacara adat seperti perkahwinan.
• Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitri) merupakan perayaan
yang penting bagi orang Islam di Malaysia.
• Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,
orang Malayu semestinya beragama Islam, tidak kira
apa warisan etniknya; jika tidak mereka bukan
Melayu dari segi undang-undang.
ADAT MELAYU
ADAT
• Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya.
• Adat melayu telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.
• Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu.
• Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu.
• Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.
Antara adat-adat yang masih diamalkan termasuklah :-
• Melenggang Perut• Menyambut Kelahiran• Berendoi• Bercukur Jambul• Bersunat• Bertindik• Berkhatam Al-Quran• Menilik atau merisik • Meminang dan bertunang• Menghantar Belanja dan Akad Nikah• Berinai di Pelamin• Bersanding• Bersalin• Berpantang Empat Puluh Empat Hari
MELENGGANG PERUT• Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap
tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam
perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.
• Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam
perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan
menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau
belum cukup bulan lagi.
• Tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain dan dengan tangannya yang
sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya
sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya
panggilan Lenggang Perut itu.
MENYAMBUT KELAHIRAN• Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup
sembilan bulan sepuluh hari.
• Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga
dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau.
• Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di
bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di
dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan
makhluk halus.
• Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa
menyambut kelahiran ini.
ADAT BERENDOI• Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian
dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah
dengan bunga-bungaan.
• Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik
perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.
• Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh
sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat
Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi
nama dan adat cukur rambut.
ADAT CUKUR JAMBUL• Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu.
Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan.
• Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu
belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping
ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
• Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
-Nasi kunyit dan lauk-lauk
-Seekor ayam hidup
-Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
-Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian
ADAT BERKHATAN• Lazimnya untuk bayi perempuan dilakukan ketika bayi itu masih kecil
iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
• Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani
upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.
• Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka
akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika
umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
• Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran
Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin.
ADAT BERTINDIK
Adat Bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun.
BERKHATAM AL-QURAN
• Tujuan asal mengadakan majlis ini untuk bersyukur kerana tamatnya pengajian Al-Quran seseorang pelajar.
• Majlis berkhatam Al-Quran selain merupakan satu adat yang bercorak agama, ia diadakan bertujuan untuk mengingati jasa seorang murid kepada gurunya. Hadiah bunga telur biasanya diberikan kepada guru tersebut.
MERISIK
• Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.
• Wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
MEMINANG DAN BERTUNANG
• Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak
keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu
rombongan peminangan.
• Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat
pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka
yang sebenarnya secara rasmi.
• Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan
dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk
upacara bertunang
AKAD NIKAH
• Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang
dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti
wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
• Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau
pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh
tok kadi atau imam.
BERINAI
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
• Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara
mara terdekat sahaja.
• Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk
saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
• Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau
selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan
pihak perempuan.
BERSANDING• Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian
pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan
perhiasannya sekali.
• Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan
diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak
menuju ke rumah pengantin perempuan.
• Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah
dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar.
ADAT EMPAT PULUH EMPAT HARI
• Selepas tamat tempoh berpantang, iaitu selepas empat
puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh
lima akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga.
• Ibu tersebut akan dimandikan dengan air sintok limau
serta dilangirkan sebagai syarat melepaskan pantang.
• Bermula dari hari tersebut, maka ibu itu bebas
menjalankan kerja-kerja rumahtangga atau sebarang
pekerjaan lain.
KEPERCAYAAN MELAYU
• Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.
DUDUK ATAS BANTAL
• Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.
• Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak.
• Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.
BERGENDANG DALAM RUMAH
• Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah,
seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang
oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang
dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.”
• Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di
rumah, ataupun mengelakkan barang-barang di dalam rumah
boleh rosak.
MENJAHIT DI WAKTU SENJA
• Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam
pada waktu senja dengan segeranya akan berkata,
“Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru
engkau akan buta.”
• Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga
kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan
rosak atau jarum tercucuk tangan.
MAKAN DENGAN BEKAS RETAK• Apabila si isu melihat anaknya makan dengan
menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si
ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan
menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau
suami yang telah berkahwin dua atau tiga.”
• Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya
anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu
MENYANYI DI DAPUR
• Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi
ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua.
• Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya
kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti
dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah
tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan
bernyanyi di dapur.