28
KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN Jenis-jenis kecederaan: 1. Kecederaan Intrisik (Direct Injury) Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan (hyper) atau mengalami kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan extrintik atau kecederaan yang kena dari luar. 2. Kecederaan Intrinsik (Indirect Injury) Kecederaan disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan pelanggaran atau hentakan peralatan yang digunakan atau sebagainya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan kecederaan intrinsic kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang, koyak yang teruk pada ligamen atau tendon atau koyak pada otot. Atlet sukan seperti bolasepak, hoki, silat, bolasepak futsal sering mengalami kecederaan begini.

KECEDERAAN DALAM SUKAN3h

  • Upload
    sh4wn99

  • View
    99

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN

Jenis-jenis kecederaan:

1. Kecederaan Intrisik (Direct Injury) Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan (hyper) atau mengalami kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan extrintik atau kecederaan yang kena dari luar.

2. Kecederaan Intrinsik (Indirect Injury) Kecederaan disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan pelanggaran atau hentakan peralatan yang digunakan atau sebagainya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan kecederaan intrinsic kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang, koyak yang teruk pada ligamen atau tendon atau koyak pada otot. Atlet sukan seperti bolasepak, hoki, silat, bolasepak futsal sering mengalami kecederaan begini.

3. Kecederaan lebih guna Ia biasanya disebabkan oleh tekanan yang berulang dikenakan pada dikenakan pada satu-satu tempat samada tisu, tulang , ligamen dan tendon. Jika ketelaluan kecederaan aka terkumpul sehingga ia melebihi mekanisme pemuliharaan tisu berkenaan. Pada tahap ini atlet akan mengalami rasa sakit bengkak dan terdedah kepada kecederaan.

Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak jauh: 1500 meter ke atas termasuk pelari marathon, pemain tenis, badmiton dan golf. Mereka biasya mempunyai sejarah dari segi perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensity sesuatu aktiviti dimana tubuh mereka belum bersedia. Contohnya jika atlet biasa berlari 4 kilometer selang sehari dan tiba-tiba jurulatih bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara 10 kilometer dengan persediaan hanya 2 minggu. Pertambahan jarak secara mendadak akan menyebabkan lebih beban dan mikrotrauma berlaku khususnya terhadap kaki atlet lalu mengalami kemungkinan pelbagai jenis kecederaan. Teknik yang baik juga mungkin menyebabkan kecederaan sebegini. Contoh pelaksaan backhand secara kurang betul akan menyebabkan berlakunya tennis elbow. Membuat pilihan kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna boleh berlaku. Contohnya raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak betul akan menambahkan lagi kecederaan tennis elbow tadi.

Kecederaan Lazim dalam permainan bola sepak

Terseliuh :

berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau terpulas disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba.Rawatana) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.c) Jangan mengurut bahagian cedera.d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak.f) Dapatkan rawatan perubatan.Otot terkoyak :

Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-otot secara drastik, ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban ang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.Rawatana) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.c) Jangan mengurut bahagian cedera.d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak.f) Dapatkan rawatan perubatan.Otot kejang :

Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot Kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidak seimbangan atau kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dankurang daya tahan.

Kaedah Rawatan SegeraJika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan. Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari. Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk

KECEDERAAN LAZIM DALAM PERMAINAN RAGBI

PATAH tulang boleh dikatakan kecederaan yang sering terjadi ketika bersukan, terutama membabitkan sentuhan badan seperti bola sepak dan ragbi. Kecederaan paling biasa terjadi ialah kepatahan pada tulang pergelangan tangan (tulang radius dan ulna), tulang tangan (metacarpal), tulang selangka (clavicle), tulang pergelangan kaki (tulang tibia dan fibula) dan tulang kaki (metatarsal).Sejenis kepatahan tulang dipanggil patah tekanan (stress fracture) sangat biasa berlaku disebabkan bersukan yang membabitkan pergerakan berulang-ulang untuk tempoh lama, misalnya pelari jarak jauh boleh mendapat patah tekanan pada tulang kaki (tulang metatarsal).

Tanda-tanda patah tulangGejala yang biasa terlihat ketika terjadi kecederaan kepatahan tulang ialah bengkak, kulit kemerahan dan sakit pada anggota tercedera. Kepatahan lebih kompleks disebabkan impak tinggi boleh menyebabkan tulang menembusi kulit (compound fracture).

Secara amnya, kepatahan tulang menyebabkan pergerakan anggota tercedera menjadi terhad atau terganggu untuk satu tempoh waktu, ini bergantung kepada tahap seriusnya kepatahan. Punca-punca patahBoleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga) Secara LangsungPatah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.b) Secara Tidak LangsungPatah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah

a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

b) Patah riok (Compound fracture)Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.

c) Patah melarat (Complicated fracture)Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala pataha) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Pataha) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah-patah Tertentu

Pecah Tengkorak KepalaKemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.Tanda-tanda dan gejalaa) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.c) Muntah.d) Mangsa berkeadaan gelisah.e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.h) Nafas berbunyi kuat.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.d) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah Tulang RahangTanda-tanda dan gejalaa) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.e) Gigi mangsa berselisih.

Rawatana) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.d) Dapatkan bantuan perubatan. Patah Tulang BelakangTanda-tanda dan gejalaa) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.

Rawatana) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.b) Tenangkan mangsa.c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang RusukTanda-tanda dan gejalaa) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.c) Susah bernafas.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)Tanda-tanda dan gejala.a) Sakit pada bahagian bahu.b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.

Rawatana) Tenangkan mangsa.b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.c) Rawat kecederaan yang terdapat.d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota AtasRawatana) Tenangkan mangsa.b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang tercedera.d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang PunggungTanda-tanda dan gejalaa) Sakit di bahagian punggung.b) Susah bergerak atau berdiri.c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenangkan mangsa.c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang PahaRawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenangkan mangsa.c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Tibia dan FibulaRawatana) Letak mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenangkan mangsa.c) Rawat kecederaan.d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang yang patah.e) Dapatkan rawatan perubatan.

PENGSAN (TIDAK SEDAR DIRI)Suatu keadaan yang diakibatkan oleh berlakunya gangguan di otak yang menyebabkan otak tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan bekalan oksigen atau kecederaan di bahagian otak.

Peringkat-peringkat pengsana) Setengah pengsan (drowsiness) Mangsa mudah sedar tetapi akan kembali pengsan kemudiannya.b) Stupor- mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya.c) Tidak sedar langsung (koma) Tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung. Otak mengalami kerosakan.

Punca-punca pengsana) Terkejut- contohnya terkena kejutan elektrik atau petirb) Terhenti pernafasan.c) Kecederaan di kepala atau kecederaan luar anggota yang teruk.d) Penyakit-penyakit tertentu- contohnya penyakit jantung, angin ahmar, epilepsi, kencing manis dan barah otak.e) Lemas dalam asap atau dalam air.f) Penyakit sawan pada kanak-kanak.g) Keracunan atau alahan kepada sesuatu bahan ubatan atau racun ( gigitan ular atau binatang berbisa )

Rawatan am pengsana) Baringkan mangsa secara mengiringb) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasannya. Periksa gerak pernafasan dan nadinya dan lakukan bantuan CPR jika di perlukan.c) Cari punca-punca yang menyebabkan mangsa pengsan dan buat catatan untuk memudahkan rawatan perubatan.d) Rawat kecederaan sekiranyan terdapat kecederaan.e) Selimutkan mangsa.f) Catatkan pergerakan nadi dan pernafasan dari masa kesemasa.g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman kepada mangsa apabila berada dalam keadaan pengsan.h) Dapatkan perubatan segera.

Pengsan Akibat Kecederaan Otak

Ia terjadi akibat dari gegaran yang kuat pada otak, pecah tempurung kepala dan sebagainya. Otak tercedera atau terganggu secara sementara kesan dari gegaran yang kuat.

Tanda-tanda dan Gejala Gegaran Otaka) Muka menjadi pucat, kulit badan sejuk.b) Nadi berdenyut perlahan.c) Anak mata tidak bertidak balas terhadap cahaya dengan sempurna.d) Muntah-muntah.e) Mangsa gelisahf) Pernafasan mangsa berbunyi kuat.g) Mangsa tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Periksa tempat cedera dan beri rawatan kecederaanc) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa. Berikan rawatan CPR jika di perlukan.d) Dapatkan rawatan perubatan segera.